Semalam, usai usrah bersama tentera IKIP, berbumbungkan langit yang tidak berbintang, berteman suram cahaya neon di jalanan, kami bersimpuh kemas, mengukir kisah dan bertukar pendapat.
Aktiviti yang kurang baek sebenarnya sewaktu setadi week. Adeh, jangan tiru aksi ini. ;)
Seorang sahabat bertanya,
" Pendapat awak tentang poligami?"
Salah seorang menjawab,
"Ok je asalkan saya yang pertama."
Serius.
Yang lain diam.
"Awak?"
"Insya Allah, saya lebih memilih yang beriman pada kahwin satu kot."
Senyumnya panjang. Ceria.
"Tanya orang, diri sendiri?"
Krik.. Krik..
Tiada jawapan.
Lucunya bila budak kecik bercakap tentang poligami.
Throwback. Teringat kuliah fiqh wanita di CFS, bersama ust Wan DQ. Selepas slot, ustaz bertemu saya. Kami makan semeja, bersama isteri dan anaknya yang dua.
Ustaz merupakan guru tasmik saya di DQ. Kami rapat. Lucu pula teringat jadi class representative (ketua kelas) masa kat DQ. Sekarang,orang suruh jadi class rep, saya 'terpaksa' tolak.
Ustaz tanya pendapat saya tentang kahwin muda. Saya kata, saya tiada jawapan rigid, semuanya bergantung pada persediaan individu. Ustaz nyata tidak berpuas hati dengan jawapan saya. Soalan digubal semula.
Ustaz tanya,
"Kalau Husna, nak kawin awal?"
Sata gelak. Ustaz menunggu jawapan.
Kata saya,
"Definisi awal tu berbeza bagi individu. Bagi saya, awal adalah sebelum umur 24,bagi seorang perempuan. Peribadinya, saya setuju kawin awal. Tapi untuk aplikasi pada diri sendiri, kena tengok keadaan, buat table pro and contra dan yang paling penting, ikut nasihat family."
Ustaz kemudian sempoi menjawab,
"Enti ni tak yakin dengan Allah. Allah janji rezeki bagi orang kawen awal. Nabi saran kawin bila mampu. Enti bagi banyak alasan, sepatutnya optimis."
Saya kagum benar dengan pendirian Ustaz Wan. Beliau dengan Allah sungguh erat. Saya tahu banyak kisah hidupnya. Kami rapat,dengan isterinya pun rapat. Alamak, tetiba jadi teringat pada Ustaz dan family, sudah lama tidak bertemu.
Anaknya Busyra dan Hajar. Agaknya sudah ada 'Husna' yang ketiga. Sebab Ustaz pernah kata nak letak nama anaknya Husna. ;)
Ustaz tanya lagi,
"Enti setuju dengan poligami?"
Saya gelak panjang,tapi perlahan.
Saya masih ingat di meja bulat di depan finance department CFS PJ situasi ini berlaku. Saya yang pada masa tu, Vice President Medcy ditugaskan menemani VIP makan. Sebelumnya,menemani Dr Danial Zainal Abidin. ;)
Memorable moment yang very priceless di PJ. ;)
Saya kata pada Ustaz, saya ni berfikir untuk kawen pun belum, Ustaz sudah tanya pasal poligami, macamana saya nak jawab.
Ustaz serius memulangkan paku buah keras,
"Kita sedang berbincang dengan intelek."
Saya terdiam. Senyum dan berfikir.
Akhirnya menjawab setelah memandang zaujah Ustaz yang sedang tersenyum manis.
"Jujur, saya tak pernah fikir pun tentang poligami. Yang saya tahu, tak de perempuan pun yang suka poligami. Melainkan keadaan memaksa. Kalau keadaan memaksa,tu kira lain ceritalah kot."
Ustaz sengih.
"Enti ni matang berfikir, tapi suka gelak."
Ustaz ikhlas memberi komen. Saya tertunduk,segan.
"Ustaz takkan madukan isteri Ustaz."
Kata ustaz memecah segan yang bertapa. Saya kembali mengangkat muka.
"Sebab?" soal saya sepatah. Sambil memandang wajah ceria zaujahnya.
"Sebab zaujah ana tak pernah kurang buat ana. Sejak ana terima dia untuk jadi zaujah, dia selalu senangkan hati ana. Ana tak bagi dia kerja, dia berhenti. Hadiahkan pula anak-anak. Selalu teman ana berdakwah dan bagi semangat pada ana. Apa lagi yang ana mahu cari.. Lengkap dah kehidupan ana sebagai seorang lelaki."
Saya terkesima dengan jawapan Ustaz. Saya memandang kak Mardhiah, zaujah Ustaz, berseri sekali wajahnya.
Ustaz menyambung,
"Husna, bukannya zaujah ana malaikat, dia ada kekurangan. Tapi sebab dia zaujah, ana jadi buta dengan kekurangan. Yang ana nampak, kelebihan. Begitulah nanti bila enti berkahwin. Kekurangan pada pasangan jangan dicari. Anggaplah pasangan kita itulah satu-satunya yang akan bersama kita sampai syurga."
Zaujah Ustaz bersuara,
"Husna dengarlah nasihat Ustaz. Kak Mar selalu suruh Ustaz kawen dua, sebab Ustaz mampu. Ramai muslimat yang tak bersuami kat luar tu. Tapi Ustaz tak mahu.."
Saya kagum dengan baitul muslim mereka. Saya ingat lagi, sewaktu Ustaz berceramah, zaujahnya lintang pukang menjaga dua anak di belakang. Wajahnya tenang dan gembira.
Saya tanya,
"Kak Mar tak penat ikut Ustaz kesana kemari dengan anak kecik?"
Ustazah senyum manis sekali dan berkata,
"Kak Mar rasa kalau Kak Mar tak ada, Ustaz susah. Tak pe ikut suami berdakwah, dapat tumpang pahala. Lagipun Ustaz mana boleh berenggang dengan anak-anak."
Terharu. Baitul muslim yang harmoni.
Fikiran kembali ke tanah lapang berbumbung bintang bersama mereka.
Mata mereka memandang saya, penuh erti dan makna.
Saya senyum dan terus senyum, memberi erti pada yang cuba untuk mengerti,
Poligami itu seperti masih terlalu jauh buat yang muda remaja seperti saya.
Jika ditanya mana-mana wanita pun, tentu sebolehnya tidak mahu berpoligami.
Melainkan berkongsi kasih suami dengan dakwah dan perjuangan. Yang itu lain pula kisahnya.
Perbualan berkait poligami terhenti disitu.
Topik seterusnya merancang trip ke Terengganu usai final exam nanti,buat memenuhi undangan majlis meraikan cinta Kak Sarah dan Ahmad Syahid. Insya Allah!
Peribadinya, mengaku bahawa topik kahwin menjadi topik hangat remaja UIA (terutamanya) masa kini.
Tidak salah, tapi bincangkanlah ia dengan penuh ilmiah. Isi perbincangan baitul myslim dengan intelek.
Tapi rata-ratanya bukan begitu. Cakap soal kawen sampai jadi lembik.
Mohon jauh, Ya Allah!
No comments:
Post a Comment