♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Monday, May 27, 2013

Bicara Husna tentang TAQDIR

Akhir-akhir ini, saya kerap belajar tentang takdir.

Belajar dari guru yang paling dekat,iaitu kehidupan.

Hudup ini tiada yang kebetulan. Semuanya takdir Allah.

Dulu, saya kurang percaya. Saya masih percaya pada kebetulan.

Sekarang, saya mula yakin, kehidupan mengajar saya, hidup ini semuanya adalah percaturan Allah Taala.
Dari sekecik-kecik perkara, sampailah sebesar urusan seperti hidup mati, semuanya dari Allah.

Saya pernah meluahkan banyak urusan hidup pada kakak yang kedua. Suaminya tabligh. Walaupun selalu bertukar pendapat berkenaan jemaah, kami tetap rapat dan menerima taadud jemaah dengan tenang dan damai.

Kakak sering memotivasikan,

"Kita berjalan atas taqdir Allah. Begitu atau begini sudah ditentukan Allah. Sebagai hamba,kita berusaha, tapi mesti yakin dan ikhlas dengan taqdirNya. Yakinlah taqdir Allah itu terbaek."

Tiga tahun yang lepas, Allah hadiahkan saya prolapsed interveterbral disk. Sakitnya, subhanallah... Hanya Allah yang tahu. Hadiah ini saya dapat sewaktu saya dengan gigih mahu membantu seorang sahabat yang berada dalam kesusahan. Terlalu nak cepat, akhirnya kemalangan kecil di tandas itu berlaku.

Awalnya,saya kerap mengadu pada Ibu dalam sendu tangis.

"Kakak tolong orang.. Kenapa Allah bagi kakak sakit?"

Tapi sekarang saya cukup mengerti. Inilah taqdir. Bukan kebetulan. Itulah caturan Allah. Bukan tidak sengaja.

Allah memang mahu ia berlaku begitu, asbabnya begitu.

Besar ujian ini buat saya. Berulang alik ke hospital,mencari rawatan yang terbaek. Allah mahu hati kita kuat. Tidak takut dengan ujian. Yakin dengan ketentuan.

Bila saya kuat bekerja, kudrat saya mula terbatas. Tapi Allah banyak beri kelebihan untuk saya. Antaranya kelebihan menahan rasa sakit. Sakit yang sedikit,bukan alasan untuk terus belajar dan bekerja. Paling tak,sampai tak boleh gerak,baru saya terlantar. Allah ajar saya kuat dan tabah. Tidak mudah rebah dengan ujian.

Ujian ini bukan satu kekurangan. Meskipun,ia banyak membataskan. Tapi bagi saya taqdir Allah itu sangat cantik.

Saya berhajat ke Jepun. Menyambung bidang engineering disana. Ia impian saya,tulus dari jiwa saya. Saya mahu ke Jepun. Waktu saya SPM, abang ulang alik ke Jepun. Bertambah rasa ingin saya bila abang berkongsi pelbagai cerita dari sana.

Tapi Allah taqdirkan saya ke Darul Quran. Taqdir yang cukup indah,melebihi segala keindahan dunia serta isinya.

Peluang menghafal 30 jyzuk Al-Quran bukan milik semua orang. Tapi Allah mentaqdirkan saya,memilih saya menjejak Darul Quran. Pada waktu itu,saya perempuan yang jauh dengan solehah, jauh dengan taqwa, malah penuh dengan lagha dan dosa. Allah memilih.

Dan taqdir ini taqdir yang cukup indah buat saya. Buat saya tersenyum lebar setiap kali melihat gambar konvo dan gambar kenangan di sana. Saya senyum lebar!

Dua taqdir yang berbeza. Taqdir yang indah dan taqdir yang menduga.

Sepertimana saya gembira beroleh taqdir indah dari Allah,seperti itulah harus saya redha dengan taqdir menduga.

Semuanya berasbab. Semuanya bakal terlerai persoalannya kelak.

Saya berhenti mengeluh.

Sakit menjadi inspirasi untuk saya bangkit. Menyedari mungkin ruang waktu untuk saya berbakti adalah terbatas,menjadi faktor pendesak agar saya sentiasa gagah.

Hidup ini membuat kita sentiasa senyum.

Orang yang percaya pada taqdir, tidak akan rasa hidup ini membebankan.

Kereta rosak,duit habis. Takpe. Inilah taqdir Allah.

Demam. Tak dapat belajar. Takpe. Ini percaturan Allah.

Redha dan usah gelisah. Allah ada bersamamu, mendengar saban waktu luah hatimu.

Tapi sebagai hamba yang beriman, berusahalah untuk menjadi hamba yang terbaek.

Usaha dengan taqdir berkait rapat.

Jangan nanti, tak study, tapi mengharap result gempak. Bila result punah,mula menyalahkan taqdir.

Berusaha buat semua perkara dengan baek,selebihnya tawakal kepada Allah. Apasaja yang mendatang,terima dengan hati yang terbuka. Itulah redha. Dari hati mukmin yang ikhlas.

Saya tidak layak mempersoalkan kenapa Allah tidak beri saya itu ini.

Yang saya tahu, Allah sudah beri saya banyak nikmat dan pelbagai keseronokan hidup sebagai hamba.

Andai selepas ini, Allah menguji, usah cepat mengeluh. Tapi berdoalah agar hati kita tsabat menerima ujian. Taqdir itu boleh jadi tidak indah sekarang, tapi ia mungkin indah pada masa akan datang.

Taqdir masuk Darul Quran adalah taqdir yang keindahan kemuncaknya saban tahun semakin dirasai nikmatnya.

Taqdir itu, akan indah pada waktunya.

Allah, hati ini mahu jadi hati yang soleh. Yang rintihnya untuk redhaMu. Yang menangisnya demi kasihMu. Yang cintanya hanya untukMu.

Allah, apabila Kau mahu hidup ini indah, ia tetap indah meskipun dalam ujian yang bertambah-tambah.

Apabila Kau mahu hidup ini seksa, ia derita meski sekeliling penuh dengan rahmat dan cinta.

Aku serahkan hidup ini untukMu, Allah.

Sejak dari dulu, Kau mengatur taqdir hidupku dengan indah. Maka, untuk masa akan datang, aku serahkan taqdirku untukMu. Aturlah yang terbaek untukku. Tentukan yang terindah buatku.

Dan hadirlah rasa redha dan ikhlas di hatiku atas semua taqdirMu.

Campaklah aku dimasa saja,kecuali nerakaMu.

Aku memohon rahmat dan petunjukMu untuk seluruh kehidupanku didunia dan akhirat!

Allah, terimalah aku disisiMu. ;)

Published with Blogger-droid v2.0.10

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

6 comments:

athirahariffin said...

trah percaya Allah dah tetapkan perjalanan yang indah utk semua hambaNya kan.

:)

love you kak husna :)

Anonymous said...

Kak husna sangat menjadikan kehidupan itu guru. Semua benda yg berlaku in ur life seems interesting.. Bersihnya hatimu,kakak!

Semoga Allah redha selalu.

husnataqwa said...

Athirah, yeah, it is,dear. Hiduplah dgn penuh makna. Insya Allah,hti kte tenang dan lapang.

Anonymous, sbb kite d dunia ni untuk cari kehidupan yg hakiki kt akhirat. Usah buang masa termenung od taqdir. Tp sbaliknya isilah hidup dgn penuh cinta. Hehe. ;)

Unknown said...

Allah not promise that life will be easy, but He promise that He will be always with us as long as we put Him priority in our life. Moga Allah beri kekuatan dan kemudahan dlm tiap urusan k husna..

Anonymous said...

macamana hatinya tidak bersih.. Saya cemburu dengan dia.. Seawal 5 pagi dah bangun.. Walaupun dalam bilik dia macam tak wujud, tapi kitorang selalu dengar dia baca Quran.

Walau roomate x mcm roomate, tak de di bilik, tp khusna mmg terbaik. Jgn lah pindah rumah sewa,nt sape nk baca Quran sokmo kt bilik.

Masa khusna sakit pn, rutin tetap sama. Bangun awal dan byk baca Quran.

X mustahil hatinya kental..

Walaupu jarang sgt nk kira berborak dgn khusna. Tp thu dia mmg tabah. Huhu

kakju said...

Dekna, tahniah.

With all the bitter sweet in ur life, u always make us happy. Family sunyi kalau dekna tak ade. Susah ke sakit ke, u just smile and happy. Bertuahnya orang yang akan share his life with u.

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.