♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Saturday, May 25, 2013

Let me.. ;)

Heh, musim exam je, semangat update blog. Tak tahulah kenapa.

Let me write je. ;)

Dah masuk tahun dua di Kuantan ni, kiranya dah 6 tahun saya meninggalkan bangku persekolahan. Dalam masa enam tahun tu, dah lebih 12 kali menduduki final exam. Mungkin sebab tu debarannya kian lama kian susut. Tak rasa dah debaran exam final macam kat PJ dulu. Sekarang rasa lebih cool walaupun study tak habes. Sindrom yang kurang baek sebenarnya. ;)

Cuti sekolah bermula. Dengar cerita Kelantan dah start sesak dengan manusia. Kakak yang kerjanya cikgu, suaminya cikgu, sedang bercuti di Kelantan. Adeh,jeless kott. Setiap kali cuti sekolah,dia pun cuti. Berangan nak jadi macam kakak. Kerja pensyarah,ada banyak cuti. Bila cuti, boleh banyak luang masa untuk family dan rumahtangga.

Saya banyak baca cerita anak-anak terabai bila ibu terlalu obses bekerja. Terbiar tanpa kasih cinta ibu bapa. Malah, kesibukan dalam kerjaya juga ada yang menyebabkan retaknya hubungan suami isteri. Itu pentingnya toleransi suami isteri. Jangan masing masing nak pertahankan kerjaya masing masing,sehingga menjahanamkan institusi kekeluargaan. Saya rasa macam sedang menulis karangan BM bertajuk keruntuhan institusi keluarga. Ehheee. ;)

Cuti sekolah, waktu kenduri kawen melimpah ruah. Berapa kali saya terpaksa u-turn kereta sebab jalan ada khemah. Terpinga-pinga ingat ada jamuan makan free,rupanya ada walimah. Alfu mabruk buat semua yang baru kawen dan bakal berkahwin. Selamat berjimat cermat berwalimah ya. Elakkan pembaziran bernafsu. Kadang-kadang, yang saya perasaan, dalam walimah ni, bakal pengantin biasa saja. Yang over nya, orang sekeliling. Makcik, pakcik,mak andam dan jiran pun termasuk sekali.

Teringat kenangan menghadiri walimah sahabat, disebabkan cincin yang dipakai kurang cantik,terus didesak orang sekeliling agar beli cincin baru. Akhirnya terkorban duit hantaran yang sepatutnya boleh digunakan untuk yang lebih bermanfaat. Saya selalu sebut pada Ibu, saya tidak mahu majlis kahwin besar-besaran. Cukuplah bersederhana. Boleh jadi tiada pelamin, tiada mak andam. Ibu tidak kisah,cuma syaratnya, tetamu jemputan Ibu kata nak jemput seramai mungkin. Semua saudara mara jauh dekat dan kawan-kawan. Maklumlah, majlis kawen anak perempuan bongsu. Hehe,untung,untung!

Fatrah exam ni, nafsu asyik request makanan yang high quality. Berat nanang. T.T

Kena mujahadah. Kuat mujahadah,disayangi Allah! ;)

Hari ni dah selesai satu paper. Ada 6 residue paper. Hehe. Kena banyak sabar dan terus kuat mujahadah. Tak boleh main-main. Kena cari semangat bila hilang semangat. Kena kuat membaca walau bersarang rasa malas. Jangan dirajakan rasa malas tu,kelak jadi sultan. Susah pulak kan. Ahha. ;)

Sehingga bertemu lagi.

Let me write whatever i want. Musim exam ni,kawan-kawan sibuk study, blog jadi ganti,tempat teman melukis diari hari yang dilalui.

Let me write!

Published with Blogger-droid v2.0.10

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

No comments:

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.