♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Thursday, May 16, 2013

Update. ;)

Semalam, waktu usi borang ehem ehem, ditanya tentang hobi.

Lama kot fikir apa hobi.

Last,tulis hobi, 'menulis blog'.

Orang kat sebelah tanya dengan sinis, "Heh,bila last awak update blog?"

Tiba-tiba rasa nak tukar je hobi tu.
Tapi abaikan saja. Biarlah,sekadar memenuhkan borang. Nanti boleh cerita lagi panjang-panjang. ;)

Tade apa sangat nak update.

Cuma sekarang ni orang pakat dok terhuyung hayang dengan berita perkahwinan sahabat se-batch yang tak disangka-sangka!

Semalam, di dewan besar, saya buat anouncement. Lepas tu, unstop kot orang cakap pasal kawen. Tergugat,tercabar. Dan macam-macam TER!

Saya buat muka cool.

Sahabat yang sorang tu, meluahkan rasa hati, "Awak,nak kawen jugak! Nak kawen esok!"

Hah,itulah betapa kencangnya angin ini bertiup, bergoyang habeh hati yang teguh.

Saya pun sedikit tercabar. Tambah pulak semester depan dan tahun 3. Adehh. Kakak tak habes dengan doktrinisasi beliau, "Kakak bertunang umur 22!"

Cool. Cool. ;)

Semalam, ada orang serius tanya saya.

"Hang bila?"

"Saya kena jumpa isteri Tuan Guru Haji Hadi dulu. Kena belajar dengan dia how to jaga suami seorang pejuang. Hahaha!"

Saya jawab tak serius.

Then dia tanya, "Suami kau pejuang ke? Hebat macam Tuan Guru eh?"

Soalan serkap jarang.

Expected..

"Saya pn belum tahu siapa suami saya. Mari kita sama-sama tunggu dan lihat. Cuma sekadar harapannya, saya berharap bersuamikan seorang pejuang. Dok sehebat Tuan Guru pun dakpe. Menjejak sama-sama."

"Orang Terengganu eh? Mestilah kan?"

Soalan serkap jarang. Serius dia nak menjala,tapi tak berjaya.

Dah banyak kali jumpa soalan macam ni. ;)

Berkali saya kata,saya sendiri belum tahu siapa dia.

Huh,kencang kot bertiup. Saya tengok kawan-kawan semua pakat dok nak cari calon. Pehhh!

Tapi suka untuk saya ingatkan, jangan ghairah untuk cepat berkahwin. Merancanglah dengan berstrategi. Bersedialah dari awal.

Saya, walaupun belum tahu akan berkahwin dengan siapa, saya diajar abang kakak agar membuat persediaan.

Antaranya persediaan belajar menabung dan mengurus kewangan. Persediaan mendidik anak. Selalu kot kena brainwash cara mendidik anak. Kakak kata, didik anak ni penting berstrategi. Strategi kena ambil tahu dari awal. Nak mahir kena start early.

Banyak lagi persediaan laen. Antaranya menguruskan hidup dan belajar buat keputusan dengan matang. Abang siap cabar, until you tak berjaya tahajud every night, jangan mimpi nak kawen lelaki soleh so called seorang pejuang tersebut. Cehh,sindir,sindir. Fine. ;)

Jangan isti'jal nak kawen. ;)
Tengok semula diri sendiri. Benarlah proses berubah menjadi lebih baek so called proses tarbiah tak akan habis. Tapi sekurangnya, individu muslim yang cemerlang sudah berjaya kita bentuk. Jiwa yang mutmainnah dan jasad yang qawiyy. ;)

Santai saja update blog. Sementara tunggu nak ambil kereta di workshop. Huh, another way kearah berbaitul muslim, must learn to be independent.

Taknaklah lepas ni asyik bebankan the future hubby dengan diri kita. Mak saya cerita, ada orang tu kawen, nak cek angin kereta pun tak reti. Semua kena minta suami. Mak kata, jangan jadi macam tu. At least, kita ringankan bebannya dengan benda-benda simple yang kita boleh selesaikan sendiri. ;)

Eh,tu mak yang ajar. Sebab tu saya suka buat ayat macam ni, "saya selesaikan sendiri." Ayat yang selalu buat orang nak marah. Ahaha. ;)

Bila nak masuk tahun tiga, saya teringat Ibu. Jawapan Ibu bila saya tanya keizinan sekiranya mahu berkahwin sewaktu belajar.

"Seeloknya habiskan belajar. Kalo tak,tahun tiga tu sesuailah. Tu pun kalo dengan orang dekat-dekat situ juga."

Jawapan Ibu ni saya rekod di diari tahun lalu. ;)

Perancangan langsung tidak ada. Tapi proses membentuk individu muslim sentiasa bergerak dan berjalan ke arah yang lebih baek so called proses tarbiah. Saya, sukakan tarbiah. Dengan tarbiah saya banyak berubah menjadi lebih baek. Menjadi muslim yang lebih berwawasan. Menjadi muslim yang ada perancangan dan masa hadapan. Alhamdulillah.

Sebab tu suka untuk saya syorkan, agar kita semua mengikuti usrah. Usrahlah titik mulanya proses tarbiah buat diri kita. Saya mula kenal TARBIAH melalui usrah di Darul Quran. Alhamdulillah, dan proses itu saya tiada berhenti sehingga kini sudah masuk di tahun yang kelima. Alhamdulillah. Syukur kepada Allah yang menemukan saya dan TARBIAH.

Bertuahnya rasa berada dalam suasana tarbiah. Tenang dan damai hati meskipun hidup penuh ranjau berduri.
Bertuahnya ada dalam suasana tarbiah, cinta pada Allah dan Nabi sentiasa bersemi.
Indahnya ada dalam suasana tarbiah, dikelilingi yang soleh dan solehah yang sejati.
Seronoknya berada dalam suasana tarbiah, dapat mengenal perjuangan Nabi dan menyambung perjuangan mereka.

Syukur Alhamdulillah.

Itulah bezanya mereka yang ditarbiah. ;)

Trust me! Indeed......!

Thanks who does sent by Allah to lead me in this way. Alhamdulillah!

Ehh, macam panjang pulak. Dah tiba masanya untuk ambil kereta di workshop. Hantar workshop for service. Lepas ni nak round Terengganu,insya Allah!

Eh eh, rasa teringin nak cakap kat the other half punya future yang tak tahu sape,

"My future king of life, saya berusaha menjadi yang terbaek. Saya juga berharap awak sedang gigih berusaha. Saya mahu berada disisi awak sebagai yang meringankan beban, yang menyediakan segala keperluan, yang sentiasa memberikan awak senyuman dan buat awak tersenyum, yang sentiasa memotivasikan awak di medan perjuangan... Dan saya juga akan sentiasa bersama awak,susah dan senang. Juga akan memilih jalan perjuangan bersama awak berpimpin tangan ke syurga yang indah. Insya Allah!"

Published with Blogger-droid v2.0.10

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

No comments:

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.