Kepenatan memandu semalam mendesak tubuhku merayu waktu tidur yang panjang. Sudah hampir sebulan tidurku tidak teratur. Tambah lagisewaktu paper berderet 3 hari. Orang kata pengorbanan. ;)
Selepas Subuh, aku tidak mampu bertahan. Sambil menonton Tanyalah Ustaz,aku tidak sedar bila aku terlelap. Panggilan telefon mengejutkan tidur pagi yang tidak digalakkan itu.
Oh,dari sepupu rupanya. Beliau bertanya cutiku sampai bila,mahu menjemputku ke majlis pertunangannya. Girang sungguh hatiku menerima pelawaannya. Tapi ternyata aku tidak bisa memenuhi jemputan. Tuntutan posting menghalang kedatanganku. Sepupu agak kecewa. Aku kata,aku tetap kirim doa.
Seusai bicaranya,aku bergegas bersiap untuk keluar. Seperti biasa,destinasiku adalah rumah Allah, disitu,aku mahu cari sedikit ketenangan,buat bekalan meneruskan rantau kehidupan.
Masjid yang aku jejak,ada kuliah haji. Aku bersandar di tiang seusai solat tahiyyatul masjid. Entah apa yang membuat hatiku runtun dan sayu,aku sebak bila penceramah bercerita tentang Makkah dan Madinah. Tidak pernah aku kesana, tapi rindu menjejak tanah haram itu tumbuh segar di hatiku. Disiram kasih buat Rabbul Izzati.
Aku sebak dan berazam. Beserta doa juga harapan. Mogaku bisa menjejak Haramain,sebelum datang ajal menjemput.
Seusai menceritakan pelbagai kisah haji, penceramah sebelum mengakhiri ceramahnya mengingatkan kedatangan Syaaban kepada hadirin dan hadirat.
Aku tersentak. Syaaban??
Sungguh, seperti yang pernah aku sebut, Rejab pasti berlalu dengan begitu pantas. Kini Syaaban memunculkan sinarnya. Mendekat dengan Ramadhan. Tambah sebak hatiku,
Wahai pemilik nyawaku,
Pertemukanlah aku dengan Ramadhan.
Syaaban adalah bulan melatih diri sebelum menjejak puasa.
Ada orang yang meskipun puasa,badannya cergas, tenaganya banyak.
Sebab apa?
Sebab dia sudah biasa berpuasa sunnat.
Bukankah orang Inggeris kata, PRACTICE MAKE PERFECT.
Jangan takut nak puasa. Takut tak dapat makan apa yang kita nak.
Ingatlah habuan Allah. Di syurga nanti semua yang kita nak,kita dapat.
Insya Allah!
No comments:
Post a Comment