Bukan mudah nak berbaek sangka dengan apa yang berlaku.
Takdir Allah untuk manusia adalah yang paling baek.
Itu kuncinya untuk kita berbaek sangka. Sebab kita yakin begitu dan begini, adalah aturan Rabbul Izzati.
Berbaek sangkalah dengan Allah.
Kadang-kadang Dia tidak beri apa yang kita harap. Kerana Dia tahu apa yang kita layak. Bukan Dia menzalimi kita, sebaliknya Dia sedang merahmati kita. Susah sangatkan kita mahu berlapang dada dan berbaek sangka dengan takdir dan perancangan Allah? Soal pada diri sendiri.
Andai selama ini ada perkara yang tidak menyenangkan untuk kita,ingatlah ianya datang dari Allah. Sepertimana datangnya segala nikmat Allah untuk kita. Kenapa ya bila kita cemerlang dalam exam,kita akan rasa aku patut dapat result cemerlang, usahaku banyak,studynya sampai tak tidur malam.
Tapi,bila disingah ujian Tuhan,kita merintih sayu. Mengapa dugaan ini untukku.....
Apa kita lupa dosa kita kepada Tuhan yang satu? Sehinnga kita berani meintih dengan sedikit ujian,persisnya kita manusia yang tidak layak menerima dugaan. Apa hidupmu tidak pernah melakukan dosa? Apa kamu tidak fikir ujian itu adalah penghapus dosamu? Kamu bercakap dengan ujian seperti kamu insan yang tidak pernah dosa.
Mengapa kamu tidak menganggap ujian itu adalah kerana dosa kita?
Ya,lantaran kamu rasa diri mulia,tidak layak mendapat ujian.
Kicau burung di pagi Subuh ini mengingatkanku padapelbagai nikmat dari Rabb. Antaranya tentu nikmat nafas yang turun naik dengan teratur ini. Tahukah anda ada manusia yang sedang terlantar tanpa nafas yang teratur seperti kita sekarang? Lantas,apa yang menghalang kita ucap ALHAMDULILLAH. Dek kerana ego,kita rasa kita tak perlu bersyukur, tidak perlu neminta maaf,apalagi berdepan dengan keadaan yang teruk.
No comments:
Post a Comment