Hari ini aku je masjid yang sama,mendengar kuliah haji. Hadirku lebih awal hari ini. Berpakaian segak dan kemas. Aku rasa tertarik benar dengan kuliah haji. Meskipun aku belum ada persediaan untuk kesana. Tapi siapa tahu,berkat doa dan kesungguhan,aku dipermudahkan Allah.
Tersentuh hatiku bila ustaz menceritakan doa yang mustajab di hadapan Kaabah. Ceritanya,isterinya sakit teruk. Terlantar di hospital. Kebetulan,waktu tu musim haji. Ustaz memang kena bawa orang pergi haji, terpaksa tinggal isteri. Isteri ustaz kata, "Takpe, Abang pergilah, Abang doakan saya depan Kaabah. Kalau saya mati sebelum Abang balik, Abang doakan depan Kaabah,kita bertemu semula di Syurga."
Ustaz pergi juga Kaabah,dengan hati yang walang. Seminggu tiba di Madinah, Ustaz dapat berita isteri ustaz sakit makin teruk. Doktor dah tak bagi harapan. Ustaz cakap dengan isteri,
"Yah (nama isteri ustaz kot) kena kuat. Allah dengar doa Abang. Yah kena yakin Allah dengar doa Abang."
Tapi Ustaz kata keadaan usteri makin teruk,sudah tak lalu makan dan minum. Ustaz minta kebenaran untuk balik Malaysia lebih awal demi isteri tercinta. Sebelum balik, saban waktu ustaz berdoa di masjidil haram. Sehari semalam ustaz berdoa. Ustaz kata, "Kalau mati itu lebih baek untuk isteriku, benarkanlah aku menatap wajahnya kali terakhir."
Sewaktu ustaz nak naik flight di Jeddah, orang telefon beritahu isterinya tenat. Perjalanan dengan flight sangat mengambil masa,tapi tu yang paling cepat. Takkan nak naik kapal selam pula.
Ustaz bertawakal,beserta doa tiada henti. Perjalanan ke Malaysia penuh air mata. Ustaz kata, "Siapa tak sayang bini? Bangun tidur, dia ada sebelah kita, nak tidur pun dia ada. Nak makan,minum pun dia bersama."
Macam tulah Ustaz cerita.
Sampai di hospital USM, Ustaz terus bergegas ke wad isterinya. Ustaz masuk dalam bilik,bertemu isteri,kucup dahinya dan minta dengan Doktor untuk beri isteri minum air zamzam. Tapi doktor tak benarkan. Ustaz sempat borak dengan isteri. Isteri ustaz tanya, "Abang doakan saya di Mekah?"
Ustaz dengan air mata, angguk. "Abang doa Yah disayangi Allah.. "
"Abang,jaga anak-anak kita ya. Saya dah nak pergi jumpa Allah."
Tak sampai 10 minit ustaz berjumpa isterinya, isteri oergi menghadap Ilahi di pangkuannya.
Ustaz kata, ustaz bersyukur, doa nak kucup dahi isteri sebelum isteri pergi dimakbulkan Allah. Aku dengar sebaknya ustaz bercerita.
Ustaz cakap, "Dah setahun isteri saya pergi menemui Allah. Saya tak cari lain. Dah tua dah, fokus amal ibadah.."
Aku yang dengar pun turut sebak.
Teringin benar aku mahu berdoa depan kaabah. Doaku banyak,melimpah ruah. Moga Allah perkenankan doaku! ;)
Selepas kuliah,aku baring untuk merehatkan badan yang lenguh sambil membaca Solusi yang aku bawa dari rumah.
Sedang baring, seorang makcik datang tegur, "iktikaf ke?" aku angguk, eh ye ke iktikaf. Angguk sajalah. ;)
"Bulan Syaaban,malam nanti ramai orang ni. Datanglah malam ni."
Aku senyum.
Sebak masih lagi bersisa. Teringin benar mrnjenguk tanah Haramain.
Andai ajalku datang sebelum sempat aku memijak haramain, moga niat yang ada hari ini bernilai pahala disisi Allah.
Niat nak buat benda baek pun Allah dah hitung. Jadi,mari semai harapan yang baek-baek. ;)
Ruang solat muslimat sudah kosong. Yang tinggal cuma aku,sendiri. Makcik-makcik yang tadi memenuhi ruang ini sudah beransur pulang,mahu memasak katanya. Ada yang bertanya namaku, aku jawab "Nurul."
Nak jawab 'Abdullah Hanzalah kang terkejut pula mereka. Hehe.
Sunyi, yang ada cuma bunyi kipas angin yang berpusing,serta detik jarum jam yang bergerak menghitung saat.
Lama aku mengelamun. Banyak yang aku fikir. Mujur aku tidak sendirian meskipun zahirnya aku bersendirian. Tapi hakikatnya Allah ada bersamaku. Allah tahu semua masalahku. Meskioun aku tidak berteman manusia, aku berteman yang Esa, yang maha pengasih dan penyayang,
Pelbagai mimpi buruk datang dalam lamunan, tapi kembalikan semuanya kepada Allah. ;)
Seronok melihat karpet masjid berwarna biru. Aku sesekali mengira bilangan saf di karpet. Sesekali membilang biji kipas di ceiling. Mrngira butir lampu yang tertutup.
Saat bersendirian,adalah saat muhasabah yang terindah antara aku dan Dia. Miga Dia beri aku kekuatan dan beri aku kasih sayang. Hidup ini tiada makna jija tidak di landasan yang sepatutnya.
Ada yang bertanya, kenapa tulisanku beberapa waktu ini genre nya sedih dan dukacita. Seperti aku dilanda hujan masalah, dipukul ribut ujian.
Jawabku, masalah itu adalah ruji bagi yang bergelar manusia. Ujian itu bujan pelik bagi yang bernama hamba.
Meskipun tulisan ini bunyinya dukacita, percayalah penulisnya sedang tersenyum ceria. Kerana benar aku yakin, datangnya ujian itu penghapus dosa, bukan menambah sengsara. Aku juga yakin, ujian itu dari Allah untuk aku kembali kepada Allah. Aku juga yakin, iman ini sedang diuji dan teruji. Dan senyuman yang terukir adalah manifestasi hati yang mahu redha dan ikhlas dengan seciput ujian yang berdentum kuat di langit. ;)
Sehingga dipertemukan lagi!
No comments:
Post a Comment