♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Thursday, June 13, 2013

Lama mendiam.

Rasa seperti lama saya tidak menulis di lembaran ini. Bukan tidak ada crayon untuk mewarna, malah ada sesuatu yang ingin dilakar menjadi secantik lukisan pastel.

Perancangan Allah maha Agung. Andai pergantungan kita pada Allah, nescaya tidak ada rasa hampa dan kecewa.

Alhamdulillah. Syukur masih mampu menghirup udara segar kala Subuh di kampung halaman.
Masih lagi gagah mendayung sampan kehidupan meski ombaknya makin meninggi.

Senyumlah pada ujian. Usah gelisah andai terbuang. Terus gagah dan cari ruang untuk berjuang.

Hujan saban petang di bumi Kelantan. Hyjan yang renyai-renyai mengubat hati yang mendung. Kerana datangnya hujan menjanjikan pelangi,selepas guruh berdentuman.

Oh ya, now am counting the days for the clinical practice. Surely tak seronok pun tinggalkan tilam yang empuk,bilik yang selesa untuk berkelana di negeri orang. Tapi demi sebuah pengalaman dan kehidupan,langkah ini aku atur dengan gagah!

Terima kasih Tuhan for all the bless! ;)

Published with Blogger-droid v2.0.10

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

No comments:

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.