♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Thursday, June 13, 2013

Terbang mengejar cinta.

Bila sendirian di rumah, banyak bermuhasabah. Luang waktu melihat potensi diri dan list out kekurangan diri.

Kita kena cari masa untuk tahu dan lebih kenal tentang diri kita. Waktu cuti adalah waktu yang paling sesuai untuk merancang perjalanan akan datang dengan lebih teratur.

Saya di verandah. Hujan masih renyai dan rintik. Titis air yang jatuh di simen rumah ada nilai sentimental yang tersendiri.

Langit masih gelap.

Sedang merenung langit diiringi qasidah jalaliyyah, bunyi kapal terbang menerjah pendengaran.

Saya bingkas bangun. Cari dari arah mana datangnya bunyi kapal terbang yang sedang membelah angin itu.

Kiri,kanan saya berlari.
Akhirnya saya nampak kelibatnya.

Kemana ia terbang?
Saya tidak tahu.

Apabila kelibatnya hilang,saya berhenti mendongak.

Ibu keluar dari pintu utama dan bertanya,

"Heh buat apa tu? Kaki ayam pulak tu!"

Baru perasan saya berkaki ayam. Saya senyum,dan jawab.

"Tengok aeroplane." dengan neniru gaya anak saudara yang pelat.

Ibu ketawa. Akhirnya Ibu melabuhkan punggung di sebelah port saya berteleku tadi.

"Seronok tengok langit?" tanya Ibu. Saya jadi segan bila keadaan antara kami romantik begini. Kemudian saya angguk. Senyum saya melebar.

"Asyik tengok langit je kakak akhir-akhir ni.." kata Ibu,perlahan. Tapi telinga saya menangkap butir perkataan dengan jelas.

"Langit tu menenangkan." jawab saya.

"Dapat pahala tengok langit." sambung Ibu tanpa sempat saya melalut. Baru ingat nak bersajak tadi. Ehhee.

"Kakak teringin nak naik flight ke?" soal ibu,seperti tahu.

"Haah,lama tak fly. Last fly masa dok PJ ritu la. Sekarang dok Kuantan, tak fly. Kena drive pulok." saya cuba bergurau. Menghiburkan suasana yang malap.

"Kakak nak fly jauh-jauh?" soal Ibu. Mengabaikan semua lawak antarabangsa saya.

Saya angguk dan senyum.

"Semoga Allah makbulkan doa kakak. Kakak kena banyak doa. Ibu doa kakak dapat pergi Aussie, capai cita-cita kakak. Mana tahu, sambil kejar cita-cita, berjumpa cinta.. Kakak banyak doa pada Allah ya! Ibu harap sebelum Ibu mati, Ibu sempat tengok kakak habis belajar dan kawen."

Pesan Ibu yang paling mengesankan, kakak banyak doa ya.

Doa,senjata yang tumpul tapi perkasa!

Saya pandang langit. Dalam hati, saya lukis doa. Agar Allah bukakan rezekinya di langit dan di bumi untuk saya dan ibu. Besar harapan ibu buat saya,satu-satunya anak perempuan yang sedang memilih dan membina hidup.

Boleh kata, ini saat kritikal seorang manusia. Dipersimpangam inilah kita menentukan masa depan kita.

"Nanti kakak fly jauh. Kakak mesti suka kan?"

Saya angguk. "Haah. Suka lah sebab Ibu gembira."

Ibu bangun, saya masih setia duduk di pangkin.

"Langit tu,tinggi. Cita-cita kakak pun tinggi. Letak harapan pada Allah,bukan pada manusia. Kakak tak akan kecewa lagi. Kakak, Allah ada bersama."

Ibu pergi tinggalkan saya. Tablet saya pegang. Saya rasa teruja mengabadikan detik bermakna bersama Ibu di blok blog saya. Mungkin ramai yang tidak faham,apa signifikasinys. Tapi bagi saya besar maknanya.

Saya tekan-tekan papan kekunci tablet. Hujan turun makin lebat. Tempiasnya terkena wajah saya. Segar. Dan menyegarkan!

Saya gembira ada family yang sentiasa sokong dan bersama saya. Itulah nikmat Allah yang paling indah buat saya.
Keluarga saya tidak sempurna. Tapi mereka telah sempurnakan hidup saya. Alhamdulillah!

Published with Blogger-droid v2.0.10

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

1 comment:

Srikandi permata said...

Subhanallah..sungguh menyentuh hati..
melihat kebesaran-Nya..
dlm segala tindakan, meletakkan semua pergantungn kepada-Nya..
Allahuakbar!

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.