♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Thursday, July 25, 2013

17 Ramadhan

Ramai yang membingkis berkenaan nuzul Quran sempena 17 Ramadhan di dinding muka buku.

Istimewanya kehadiran bulan Ramadhan, terlalu banyak sejarah yang bermakna berlaku dalam bulan Ramadhan. Sebagai seorang mukmin, mengetahui sejarah adalah PERLU. ;)

Kita selalu dengar bukan sejarah akan berulang?
Lagu Tomok kata, sejarah tak mungkin berulang...
Tapi sebenarnya, sejarah sering berulang.
Cuma masa, ketika, tempatnya yang mungkin berbeza. ^^

Sepanjang Ramadhan ni, saya rasa begitu bertuah sebab Allah beri nikmat yang banyak untuk menikmati Ramadhan penuh rahmat.

Sepatutnya merancang untuk bekerja sebagai guru ganti, tapi rupanya ada perancangan ALLAH yang lebih baik. Memandangkan Ibu baru lepas operation dan tidak boleh memandu, maka saya menjadi supir (driver) yang bertauliah. Sementara itu, semua urusan rumah juga saya uruskan.

Pengalaman yang berharga saya kira. Berpeluang mentadbir rumahtangga adalah satu pentuk pelajaran yang akan saya hargai sepanjang hidup. Mentadbir urus sebuah rumahtangga benar-benar memerlukan ketangkasan dan kecekapan yang baik.

Mungkin orang tertanya-tanya. Apa yang diuruskan sehingga kecekapan dan ketangkasan diperlukan?

Itulah yang kita tidak tahu tentang rumahtangga sebenarnya. Asyik cakap soal kawin, tapi tak pernah nak mendalami erti rumahtangga sebenar. Dush dush. ^^
Mentadbir rumah.... How to story ehh.. Contoh, bangun tidur, terus kena buat senarai to-do. Check segenap ruang dalam rumah, apa kena buat. Kain yang berlonggok, kena selesaikan. Dapur, ruang tamu, ruang rehat kena kemaskan. Check barang-barang untuk memasak untuk buka puasa dan sahur. Semua dah ada atau tak. Kalau tak ada, kena beli. Check bil, perbelanjaan rumah dan... mudah kata, nak pastikan semua benda dalam rumah berjalan dengan lancar.

Nampak mudah, dengar macam senang, tapi bila buat, huh. Mencabar juga kerja ni. But, i did enjoy it. Alhamdulillah.

Sepanjang dua minggu kat rumah ni, saya selalu terfikir, besarnya pahala seorang suri rumah. Bayangkan, saya sekadar melayan kehendak dan keperluan rumah. Tapi seorang suri rumah, melayan kehendak dan keperluan suami serta anak-anak. hari-harinya memudahkan urusan suami dan anak-anak. Menyediakan yang paling sempurna buat suami dan anak-anak. Subhanallah. Baruku tahu besarnya pahala seorang surirumah. Besarnya jasa seorang ibu. Masya ALLAH. :)

I did enjoy my 2 weeks holiday. I have another 1 month (lebih kurang) cuti yang tersisa. Dan saya kalau boleh nak enjoy cuti yang berbaki. Nak belajar apa yang saya tak boleh belajar di UIA. ;)

Kita rasa kita dah hebat di UIA, tapi belum tentu kita hebat di rumah. Kita mungkin rasa kita aktivis yang mantap, tapi belum tentu kita sukses sebagai anak yang cemerlang di rumah atau individu yang gemilang di rumah.

Saya selalu terfikir, sebagaimana saya cuba yang terbaek sepanjang ada di UIA, seperti itulah saya akan cuba yang terbaek sepanjang ada di rumah. ^^

Gembira bila Ibu dan Ayah hanya goyang kaki. Rasa macam bahagia tengok mereka senyum senang hati. Alhamdulillah Ya ALLAH. ;)

Rasa macam tak mahu Ramadhan berakhir.

Tapi sekarang sudah 17 Ramadhan. Ramadhan makin menghampiri garisan penamat. Saya sangat cintakan Ramadhan. Ramadhan membuka ruang ibadah yang terlalu besar dan menjatuh cintakan kita pada amal ibadah. Rasa seperti tidak mahu lepaskan Ramadhan pergi. Allahu Allah. ;(

Semoga berpeluang bertemu malam seribu bulan dan dipanjangkan umur penuh keberkatan untuk bertemu Ramadhan akan datang. Insya ALLAH. ^^
:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

No comments:

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.