Sudah lama tidak aku jejak bangunan berwarna purple itu. Terdetik segala kenangan dan rasa rindu untuk bertamu. Aku akhirnya menjejak lagi ke hospital itu, setelah tiga kali sepanjang Ramadhan,aku dihubungi.
Kedatanganku disambut hangat oleh doktor yang dominan merawat aku. Pelbagai soalan ditebak. Aku jadi malu sendiri. Doktor lebih risaukan pesakitnya, berbanding pesakit sendiri.
Yang paling menggugat hatiku, bila aku gagal menggerakkan ibu jari kaki kiriku. Doktor memandangku, speechless. Berulangkali ujian fizikal itu dibuat. Keputusannya tetap sama.
Dari 8 pagi, sehingga 12 tengahari aku disitu. Wajahku kelu. Tidak tahu riyak apa yang seharusnya aku tunjuk.
Kalau ikutkan hati, ingin aku menangis tiada sendu. Tapi aku malu menangis atas ujian yang sedikit. Sedang rahmatNya jauh lebih banyak untukku.
Pesan ustaz, jangan kita menangis kerana hal dunia. Biar kita menangis kerana dosa.
Ujian adalah penghapus dosa. Ya, aku harus ingat. Tetap ingat.
Wajahku bersahaja. Doktor jadi kaget. Lantas bertanya persis seorang kaunselor.
"Say it out. Apa yang Nurul fikir sekarang?"
Tidak terluah sepatah kata pun buat doktor yang terlalu concern tersebut. Hanya senyuman dan aku menjungkitkan bahu,tanda tiada kata yang boleh aku ungkap.
"Ingat Allah banyak-banyak, Nurul. Allah sayangkan Nurul. Semua orang sayang Nurul." sedikit terubat hati yang terpukul ombak.
"Nurul tengok tu, (sambil menunjukkan kearah seorang wanita sebaya aku), dia ada scoliosis. Cant further study. Very bad. Suffer almost everyday!" aku tahu ada nada pujukan disitu. Melihat irang yang jauh teruji, akan mendatangkan rasa syukur. Aku kagum dengan pendekatan doktor.
"Look at yourself. Very energetic. Fun, happy. Success study, very outstanding. Allah give you more than what He takes from you."
Aku jadi malu mendengar motivasi tersebut. Apa aku ini orang yang tudak bersyukur? Aku menempelak diri swndiri. Aku hamba yang teruk. T.T
"Tak pernah gembira datang jumpa saya kan? Saya selalu buat Nurul upset." diselang tawa di hujung kata, aku jadi turut sama tertawa.
"Agaknya bila doktor boleh buat saya gembirakan.." kataku, sindir.
"Satu hari nanti,kalau Allah izinkan.. Adalah.."
Allah tidak pernah hilang dari butir bicaranya. Mitivasi tidak pernah lekang dari bibirnya. Bertuah orang yang dirawatnya. Kalaulah semua doktor muslim memainkan peranan sedemikian rupa...
Besar sebenarnya ruang lingkup dakwah seorang doktor.
Sedang aku yang menggelarkan diri sebagai daie tegar pun rebah ditemvak ujian. Peranan doktor yang profesional sangat besar ertinya.
Aku tahu benar jerih payah membanting tulang menjadi seorang doktor. Bukan mudah, tidak senang.
Alangkah indah andai segala lelah itu disulam indah dengan bunga dakwah?
Ya,terlalu indah! <3
Aku akhirnya mampu tersenyum. Tidak aku gusar akan apa yang bakal terjadi. Kerana di akhir pertemuan tadi, doktor meninggalkanku dengan sepotong ayat motivasi,
"Esok,lusa.. Kita tak pernah tahu apa yang bakal terjadi. Nurul jangan risau fikir tentang tahun depan.. Nurul jangan resah fikir boleh tak sambung belajar.. Sebab, Nurul tahu tak, tahun depan tu belum tentu ada. Kalau ada pun, belum tentu keadaannya sama seperti hari ini. Allah berhak mengubah semuanya mengikut kehendakNya. Kita ni Nurul,kena banyak doa. Banyak minta dari Allah. Insya Allah Allah beri kita yang terbaek. Ok?"
Apalah ertinya sedikit ujuan, jika dibandingkan dengan nikmat yang melimpah ruah? Bangkitlah,terus bermujahadah!
Pimpinlah dunia dengan dakwah. Tegakkan harakah. Selagi kudratmu mampu, jasadmu kuat. Berjuanglah! ;)
No comments:
Post a Comment