♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Friday, July 19, 2013

#diari Ramadhan ;)

Salam 10 Ramadhan.
Alhamdulillah. Fasa yang pertama iaitu RAHMAT sudah sampai ke penamatnya. Tiba pula fasa kedua yakni maghfirah iaitu keampunan. Mari kita nikmati Ramadhan penuh iman, insya ALLAH.

Rasanya lama saya tidak menulis. Setelah seminggu di rumah, hari ini baru saya berpeluang membuka laptop. Laptop cantik yang berwarna biru ini kemas tersimpan di dalam beg sepanjang seminggu. Tuannya langsung buat tak kenai. ;)

Saya teringin menulis. Banyak topik yang saya ingin coret di laman yang tak seberapa ini. Banyak peringatan yang ingin saya kongsi disini. Tapi masa saya agak terbatas mutakhir ini.

Rutin sebagai seorang anak saya abadikan sebaik mungkin. Boleh jadi ini adalah cuti terakhir saya sebagai pelajar degree. Lepas ni kalau cuti pun mungkin tak lama macam sekarang.

Panggilan jihad PRK Kuala Besut saya pandang sayu. Bukan tidak ada hati untuk kesana. Saya berhasrat saya mampu menyumbang meskipun sedikit. Tapi saya terpaksa mengutamakan perkara yang lebih utama. Ibu masih kurang sihat natijah dari pembedahan mata baru-baru ini. Kemana-mana perlu berteman. Kalau saya tiada, kemasjid untuk solat terawih pun Ibu tidak mampu.

Saya korbankan keinginan. Walau tetap rasa berdosa sebab meninggalkan perjuangan. Hanya doa mampu saya titip sebagai sentaja ampuh buat kemenangan ISLAM di Kuala Besut. Che Long harapan rakyat! ;)

Saya rindu untuk menulis. Rindu untuk membingkis. Saya rindu berkongsi. Ya, saya rindu. ;)

Rutin saya sepanjang Ramadhan cukup biasa. Tiada yang luar biasa.

Bangun seawal 4.30 pagi untuk ber'dating' dengan kekasih, kemudian menyediakan makanan sahur. Biasanya sekadar memanaskan lauk dan nasi yang sedia ada.

Selepas sahur dan solat Subuh, meluangkan sedikit masa untuk sejuzuk tadarus Al-Quran. Dan end up dengan tertidur. Ehhe. ;)

Tidur sekejap, buat hilang mengantuk. Kemudian bangun menyelesaikan apa-apa urusan yang Ibu minta diselesaikan. Seperti kemaskan bilik-bilik yang bakal dihuni adik-beradik sempena hari raya dan ke kedai membeli barang-barang keperluan.

Sambil mengemas, saya juga mendapat skill baru sepanjang Ramadhan. Iaitu MENJAHIT. ;)

Dulu, tangan keras kekong, mana nak reti menjahit ni. Sekarang alhamdulillah, dah boleh nak jahit pakaian koyak. And end up jadi addicted nak menjahit. Gelak besar Ibu. First benda saya jahit adalah tudung solat. Tudung yang kita pakai kat dalam telekong untuk solat dan digunakan juga untuk baca Quran. Eh, baca Quran lagi elok pakai tudung tau. ;)

Gelak besar Ibu. Kelakar. Jahitan sangat tak kemas dan buruk teramat. Heh, stendet la, freshie lagi. ^^

Sebelum Zohor biasanya saya akan qailulah. Mengambil sunnah para Anbiya'. ;)

Tapi bab qailulah ni kena hati-hati, takut terlajak. Nanti tak jadi qailulah. Jadi panjang sangat tidur siang pulak. Hehe. ^^

Selepas Zohor, biasanya saya menonton televisyen atau membaca buku-buku yang berlambak tersusun kat dalam bilik ni. Bukan main susun buku dalam sebelah katil. Sebab nanti senang nak baca bila landing. Alhamdulillah, dibelek juga sehelai dua untuk bekalan masa depan. At least....... ^^

Petang, saya dan Ibu Ayah akan bergotong royong memasak untuk berbuka puasa. Eh, memasaknya sikit saja. Belinya yang banyak. Menu kami sama setiap hari. Ikan goreng dan sayur goreng. Memandangkan Ibu masih dalam pantang selepas pembedahan, banyak benda Ibu tak boleh makan. Jadi, to play safe, saya ikutkan saja apa yang Ibu boleh makan. And now, im being addicted to sayur goreng Ibu. Sepinggan Ibu goreng tu, saya mampu habiskan. Kadang-kadang tanpa nasi pun saya boleh makan. Sayur goreng Ibu memang sedap. Makan sayur ni seronok. Rasa badan sihat je. ;)

Sayur kegemaran saya tentunya bendi. Hari-hari Ibu gorengkan bendi untuk saya. Dan terpaksa makan BAYAM. Sebab nak kandungan IRON yang tinggi dalam bayam. Orang tua kata, nak tambah darah. Muka saya asyik pucat dan tekanan darah juga rendah. Saya pun tak tahu kenapa. ^^

Natijahya, kena paksa makan BAYAM. Tapi takpe, kena paksa buat apa yang kita suka tu menyeronokkan. Lainlah kalau Ibu paksa kawen dengan orang yang kita tak nak. Tu menyakitkan. Adehh. ^^

Selepas iftar, kami bersiap untuk ke masjid. Saya memilih masjid besar Pasir Mas sebagai destinasi solat terawih. Saya sukakan bacaan imamnya. Tartil dan tepat makhraj dan tajwidnya. Bila dengar imam baca dengan tartil, kita yang jadi makmum ni pun rasa tenang dan begitu damai sekali. Rasa solat pun khusyuk dan menyeronokkan. Alhamdulillah. ^^

Seriously, imam masjid tu suaranya dah la sodap, bacaannya pula tartil. Memang mendamaikan telinga yang mendengar dan hati yang mentafsir. Subhanallah! ;)

Balik terawih, kami moreh sambil menonton drama Ramadhan yang Hilang di TV3. ;)

Sebagai aktiviti bersama. Best juga drama tu. Sambil habiskan kuih yang tak habis waktu berbuka dan makan buah-buahan yang disediakan untuk moreh, kami jadi pengulas rancangan tv. Ehhe. ^^

Biasanya Ibu Ayah collapse awal. Tinggal saya sorang yang masih menonton.

Sebelum tidur, saya wajibkan diri habiskan satu juzuk dari Al-Quran + Al Mulk (bacaan wajib sebelum tidur). Kena ada disiplin dan tegas dengan diri sendiri. Kalau tak cukup sejuzuk, tak boleh tidur. Dan kalau tak mengantuk, selagi tu kena teruskan baca Quran, non -stop. Kalau boleh biar tertidur sambil baca Quran.

Kalau sebelum ni, musim exam, kita boleh tertidur dengan nota. Baca nota tersengguk-sengguk. Sekarang ni, tawaran bulan Ramdhan jauh lebih istimewa. Apa salahnya kita tersengguk-sengguk sebab baca Quran. Kan? ;)

Jangan bazirkan seminit pun di bulan Ramadhan untuk perkara yang sia-sia. ^^

Rutin saya sama setiap hari. Boleh tahan sibuknya.

Teringat Ramadhan tahun lepas bersama Geng KOnvoi. Lebih meriah berbanding tahun ini yang agak suram.

Rindunya Geng KOnvoi dan segala kenangan bersamanya ^^

Andai dapat kita ulang kenangan yang sama dengan rasa yang lebih baek antara kita, tentu ia sangat membahagiakan. Tapi sekarang, masing-masing dengan komitmen masing-masing. Ada yang posting, ada yang kerja dan pelbagai. ^^

Harapan tinggal harapan. Uhukk.

Ramai orang bertanya soalan pelbagai di muka buku. Saya pun jadi tidak 'bernafsu' untuk mengadap laman muka buku. Dek kerana penuh dengan iklan yang hentah hape hape, saya jadi bendi untuk scroll down dinding fesbuk.

Adehh. Tolonglah jangan tag/add saya ke group bisnes. Langsung saya tidak berminat. Saya tidak minat untuk shopping secara online. Saya lebih suka LIVE SHOPPING. Windom shopping pun tak suka. Dan saya akan cari barang yang saya nak. Bukan mencari barang apa yang ada untuk dibeli. Kalau tiada keperluan, saya tidak mahu terlibat dalam urusan jual beli. Urusan jual beli berlaku hanya apabila ada keperluan untuk mendapatkan sesuatu saja. ^^

Ramadhan ini, perbanyakkan doa. Perbanyakkan meminta dan merintih keampunan dari ALLAH.

Sepanjang 11 bulan yang lepas, kita penuh dosa kepada DIA. Penuh maksiat kita lakukan. Penuh hina kita melupakan DIA.

Jadi gunakan sebulan yang istimewa ini untuk terus memohon ampun atas dosa semalam. Atas maksiat yang disengajakan mahupun tidak.

Allah membuka seluasnya pintu rahmat buat hambaNYA. Rugilah mereka yang menolak tawaran percuma ini dengan sengaja. Subhanallah. Alhamdulillah. Allahu Akbar.

Syukur kerana mampu melalui Ramadhan dengan nikmat kesihatan yang baik.

Ada orang yang ALLAH tarik nikmat sihat, tak dapat nak berpuasa dan beribadah dengan baik. Bersyukurlah ALLAH beri kita ruang untuk merebut peluang dan tawaran hebat sempena Ramadhan ni. Alhamdulillah. Jangan henti lafazkan syukru kepada ALLAH rabbul jalil atas segala nikmat yang kita dapat. ;)

Insya ALLAH, bila dah buka laptop ni, rasa terinspirasi untuk terus menulis. Insya ALLAH, banyak yang nak ditulis sebagai perkongsian bersama. Stay tuned. ;)

Semoga Ramadhan ini menjadikan kita individu muslim yang lebih baek dari segala segi. Allahumma Ameeen. ;)

Ya Allah, pertemukan kami dengan lailatul Qadar. Pertemukanlah! Amiiin. ;)
:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

2 comments:

zylavyla :) said...

nak amik info then sebar tauu :) boleh?

husnataqwa said...

info tentang ape tuu. ..? ;)

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.