Macam tidak percaya dengan kebolehan diri sendiri.
Berjaya memandu seorang diri dari Kuantan ke Pasir Mas. Alhamdulillah, berbekalkan doa yang tiada henti, Allah mydahkan perjalanan.
Allah tahu saya tak boleh memandu jika suasana terang dan cerah. Maka Allah jadikan hari ini tenang, redup, dingin tetapi tetap tidak hujan.
Ku lihat kasihNya Allah. Dia tahu, saya terpaksa melakukannya.
Sejak kecil, Ibu kata saya memang berani. Suka mencuba sesuatu yang baru dan pantang dicabar. Sikap ini membuatkan saya mudah mahir dan cepat belajar. Sebab saya benci dilihat lemah. Dan tidak suka tewas. Ibu kata, sejak kecil memang obsvious sangat. ;)
Sikap ini ada pro. Ada contra. Kadang-kadang sikap ini boleh mengundang bahaya.
Saya bercita-cita jadi very independent girl.
Dulu, waktu kecil, saya ada abang. Ada kakak. Diorang selalu selesaikan urusan saya. Ada masalah, telefon abang. Ada masalah, telefon kakak.
Itu dulu.
Sekarang, saya cuba selesaikan semuanya sendiri. Sesuai dengan DEWASAnya seorang saya.
Ayah risau lihat saya, "Kakak jangan berani sangat. Nanti semua lelaki takut dengan kakak."
"Hah? Ayah risau kakak tak kawen lettew. Risau tade orang datang minta anak dara bonfsu dia lettew..."
Ayah gelak. Saya tahu kerisauan ayah berasas. Anak perempuan, tentu ayah risau. Eh,ni bukan risau takde jodoh! Ayah risau jadi sesuatu yang tak baek kat anak oerempuan dia ni. ;)
Being tough bukan pilihan. Ia adalah keperluan.
Bagi saya, saya bukan teruja jadi independent girl. Of course sebagai seorang perempuan kita teringin dijaga, dilindungi, dibelai dan dimanja.
Tapi, keadaan kadang-kadang tak seindah yang kita bayangkan. Percayalah. Anda akan tahu apa ertinya TOUGH, when you only have it as a choice! Indeed.
Banyak benda berlaku dalam diari hidup saya. Yang tidak saya ukir atau lukis dimana-mana. Orang kata, sesuatu yang pahit dan menyakitkan, jangan diukir, kelak bisa menambah luka. Sebaliknya biar yang pahit itu berganti madu tanpa kita sedar.
Semua yang berlaku dalam hidup kita, terutama ujian yang pahit maung, itulah yang paling besar efeknya buat kita. Sebab adanya ujian seperti itu,kita belajar menjadi kuat. Indeed.
Kuat itu tidak didefinasikan mampu drive non stop 5 jam. Tapi kuat itu adalah kuat jasadnya,kuat hatinya, kuat imannya, kuat taqwanya...
Itulah kekuatan sebenarnya. Itulah iron lady sebenarnya. Lolz
Saya, berazam jadi iron lady.
Kuat jasad itu mudah.
Tapi kuat hati,kuat iman itu payah.
Ia perlu pada mujahadah.
Muslimat yang saya kasih kerana Allah,
Mari kita jadi iron lady.
Tak terkesan dengan ibdahnya duniawi.
Kita sebut mencorak masa depan ukhrawi.
Mari kita jadi iron lady.
Mampu berdikari walau sendiri.
Mampu senyum walau dilukai.
Mampu tertawa meski dikhianati.
Mari kita jadi iron lady.
Tidak tergugat dengan sindirin manusia.
Sebaliknya terus kuat mencari redhaNya.
CintaNya dan syurgaNya.
Insya Allah.
Saya berharap, iron lady versi muslimat ini terus dibina dan dibentuk sahsiahnya cemerlang.
Insya Allah. Doakan saya ye!
No comments:
Post a Comment