Sungguh seronok berada dalam halaqah yang penuh cinta tersebut. Rasa damai dan tenang meskipun ternyata kami tidak begitu rapat. Tapi dakwah dan matlamat itu yang mendekatkan hati-hati kami. Sedekat lutut yang bertemu sewaktu berada dalam bulatan gembira. Alhamdulillah.
Seusai saya berkongsi tentang perang Ain Jalut yang berlaku dalam bulan Ramadhan, saya meluangkan sedikit masa sekiranya mereka mahu bertanya dan berkongsi apa-apa dengan saya. Memandang masa sangat terbatas, saya terpaksa being very random. ^^
Pelbagai soalan yang mereka bangkitkan. Soal istiqamah, soal mujahadah dan pelbagai. Tapi satu persoalan yang paling lama dibincangkan apabila salah seorang dari mereka bertanya,
"Kak, saya nak tanya. Antara orang yang kita cinta atau orang yang cintakan kita, mana yang patut kita pilih?" soalan yang membuatkan mata saya terbeliak.
Lama saya diam. Dan tersenyum berfikir. Susah menjawab soalan yang subjektif begini. Jawapannya bukan A. Jawapannya juga bukan B. Tiada jawapan yang tepat untuk soalan seperti itu.
"Kak, saya minta pendapat akak saja. Pendapat takde yang betul dan takde yang salahkan? Saya nak dengar pendapat akak." Dia bertanya lagi setelah saya sengih bagai kerang busuk yang mati idea untuk menjawab.
"Detail kan sikit lagi soalan boleh?" Dalih saya. Taktik untuk mencari ruang masa berfikir jawapan yang sesuai. Mereka baru habis sekolah. Masih belum cukup matang untuk saya berikan jawapan yang biasa. Saya perlu cari jawapan yang tepat buat mereka. Supaya mereka mengerti, hidup itu bukan saja berkenaan pilihan.
"Ummi minta saya pilih saudara lelaki saya. Ummi kata dia dah lama sukakan saya, sejak saya kecil lagi. Tapi, saya sebenarnya dah lama sukakan classmate saya kak."
Saya tersengih panjang. Muda-muda pun dah rumit persoalan hidup mereka. Saya yang dah tua ni, haruslah ada persoalan hidup yang lebih rumit. ^^
"Ketepikan kedua-dua persoalan itu. Ia bukan soal memilih yang mencintai kita, atau yang kita cintai. Tapi ini soal memilih siapa yang lebih dicintai ALLAH."
Mata mereka berlima tidak berkelip memandang saya. Tutur kata dan ayat saya cuba jaga sebaiknya. Saya sedar, saya sedang berbicara dengan jiwa yang masih muda dan berkobar mahu memulakan sebuah kehidupan sebagai DEWASA.
"Maksud kakak?" soal salah seorang dari mereka. Kelihatannya mereka tertarik dengan pendahuluan saya, alhamdulillah.
"Iyalah. Cinta bukan segala-galanya. Rasa hati kita, dan rasa hati si dia, belum tentu tepat. Yang penting, kita memilih kriteria yang ALLAH mahu. Mana antara keduanya lebih dicintai ALLAH, itulah yang kita pilih." terang saya.
"Kalau yang mencintai kita lebih baik agamanya berbanding yang kita cintai, kenapa kita mesti memilih yang kita cintai? Mestilah kita pilih yang lebih baik agamanya. Kerana dia tentu lebih dicintai ALLAH. Bukan begitukah sepatutnya kita meletakkan harga cinta kita?" soal saya, menarik perhatian mereka agar berfikir.
"Kehidupan kita kan untuk ALLAH.." kata salah seorang dari mereka. Saya tersenyum. Mereka makin dekat dengan apa yang ingin saya sampaikan.
"Adik-adik, memilih jodoh itu bukan sekadar soal hati antara kita dan dia. Tapi ia adalah soal kehidupan selepas mati. Dan juga kehidupan sebelum mati. Dua-dua penting. Tapi kita kena pentingnya kehidupan selepas mati. Tak boleh abaikan kehidupan sebelum mati. Sebab? Sebab kehidupan sebelum mati yang menentukan kehidupan kita selepas mati. Jadi, itulah pentingnya memilih. Dan itulah dasarnya dalam memilih." terang saya panjang lebar sambil melihat telefon bimbit.
"Maksud kak Husna, rasa hati kita bukan segalanya lah ya?" soal salah seorang dari mereka.
"Dik, rasa hati dan detik hati ni semuanya datang dari ALLAH. Tapi kadang-kadang ia bercampur nafsu. Bercampur bisikan syaitan. Dan bercampur kehendak peribadi. Sehingga kita menafikan yang hakiki. Rasa yang ada dalam hati itu lebih elok kita pandu dengan syariatullah dan sunnatullah."saya terus cuba menarik hati mereka agar memahami apa yang mahu saya sampaikan.
Mereka mengangguk. Saya risau jika anggukan mereka sekadar anggukan mengambil hati.
"Faham tak apa akak maksudkan? Berperasaan itu tidak salah. Malah rasa itu tetap dari ALLAH." saya cuba memancing respon mereka.
"Faham kak, faham.. Maksud akak kita kena pandu hati kita dengan ALLAH kan? Apa saja yang terdetik di hati, kita kena amik guideline yang ALLAH sediakan.." terang salah seorang dari mereka.
"Pandai. Ahsanti! Bukan soal cinta saja tau. Dalam semua perkara.." puji saya. Aspek pujian dalam dakwah adalah seni yang essence untuk menyegarkan hati para mad'u.
"Then, kiranya saya kena buat pro and cons for both lah akak? Mana yang lebih baik disisi ALLAH, itu yang akan saya pilih.." kata orang yang bertanya. Alhamdulillah, ucapannya begitu menyenangkan hati saya.
Benarlah, tiada yang lebih baek melainkan itu yang terbaek disisi ALLAH.
"Akak tahu tak, selama ni semua orang saya tanya, mereka jawab pilih yang sayangkan saya. Itu lebih baik kata mereka. Tapi hari ni saya dapat jawapan yang terbaik. Syukur sangat."luah orang yang bertanya.
"Mereka jawab tu betul dah. Mereka jawab pilih yang sayangkan awak kan? Hence, who love you more than ALLAH? No one. Only Him. So thats right!" saya memujuk hati mad'u.
Dia datang sebelah saya dan memeluk bahu saya. Saya kaku. Kaku dengan tindakan drastik sebegitu. Waktu itu jugalah telefon bimbit saya memainkan lagu Sungai Lui nyanyian Aizat. Menandakan ada panggilan masuk. Panggilan dari Abang, yang saya nanti-nanti. Tepat pada masanya. :)
"Akak kena pergi. Abang dah tunggu di Kota Bharu." kata saya, alu-aluan untuk mengundur diri. Muka mereka kecewa.
"Sekejap sangat akak datang." luah salah seorang dari mereka. Saya tersenyum. Memang sekejap.
"Maaflah. Bukan tak mahu luang banyak masa. Bukan tak mahu.. Nak sangat sebenarnya.." saya cuba membuatkan mereka faham keadaan saya yang sangat ketandusan masa. Meskipun sukar untuk mereka memahami, tapi saya mohon dalam hati agar mereka berlapang dada dengan saya.
"Janji kakak datang lagi?" salah seorang dari mereka bertanya. Saya diam, tidak mampu memberi pengikat janji, bimbang tidak mampu ditepati. Bahaya berjanji. Memang ia manis didengari, tapi andai dimungkiri, itulah kata-kata yang akan dikenang dan boleh membuat manusia membenci. Itulah bahayanya berjanji.
"Nanti kita cuba cari masa. Kalau ada masa sesuai, kita jumpa lagi dialam realiti. Kalau tak, kita akan selalu berjumpa di FB.." play safe adalah moto hidup saya. ^^
Sebelum saya mengundur diri,
"Akak bukan orang yang sempurna. Kalau entum tahu dosa apa yang akak buat, tentu entum tidak sudi mendengar apa pun dari akak. Tapi maha suci ALLAH yang memberi akak peluang bercakap dan berkongsi dengan entum. Apa yang akak kongsi dengan entum, semuanya dari ALLAH. Kalau dari akak, untuk mengeluarkan satuperkataan yang baik pun boleh jadi mustahil. Ingatlah, sandarkan semuanya dalam hidup ini kepada ALLAH. Kerana dari DIA kita datang. Untuk DIA kita hidup dan kepada DIA kita akan kembali."
Mereka sungguh tekun dan fokus. Saya kagum dengan kesungguhan mereka. Sedang saya tidak punya apa-apa, mereka sudi memberikan telinga untuk mendengar. Sedang saya hina dan pendosa, mereka sudi meluangkan masa bersama. Masya ALLAH. ^^
Itulah pertemuan pertama kami di alam realiti. Itupun permintaan kali keberapa dari mereka untuk bertemu di alam realiti. Hanya sekali mampu saya tunaikan. Kekangan belajar di UIA tidak membenarkan kami sering bertemu mata. Tapi insya ALLAH terikat hati dengan matlamat yang sama yakni menjadikan diri lebih baik.
Terima kasih buat adik-adik yang sudi menerima kehadiran saya yang banyak kekurangan. Yang sudi meraikan saya yang serba tidak sempurna ini. Alhamdulilla ala kulli hal.
Harapan saya, moga adik-adik yang dirahmati ALLAH terus istiqamah mencari jalan mendekati ALLAH. Juga istiqamah mencari identiti diri muslimah yang terbaek disisi Rabbul Izzati. Doa saya buat mereka tiada henti. Dan moga saya dan mereka kelak diterima sebagai penghuni SYURGA yang indah. Allahumma Ameeeen. ^^
2 comments:
this post really impressed me kak husna. thanks sangat untuk penulisan yang begitu menyentuh jiwa. tak pernah terfikir pun cenggini. huhu. sayang kak husna. teruskan menulis. tertunggu2 next tulisan!!
seriusly terharu dgn post ni...hope we'll meet at kuantan soon:)
Post a Comment