Seusai menyiapkan diri, saya terus bertungkus-lumus mengemas bilik. Sebersih yang mungkin. Menghias sedikit-sebanyak yang termampu. Dan membuatnya wangi seperti bau kereta yang ada Ambipur. ^^
Selepas hampir sejam mengemas, saya berpuas hati dengan kondisi bilik yang sangat selesa dan wangi.
"Alhamdulillah. Bilik dah kemas. Tinggal lagi nak 'kemas' hati."
Semuanya sebagai persediaan nak sambut tetamu istimewa yang dah lama tertunggu-tunggu. ;)
Bila kedatangannya?
Saya sendiri tidak tahu. Cuma sekeping doa yang sering selalu sangat saya minta pada ALLAH, pertemukanlah saya dengannya. Saya yakin ALLAH mendengar doa saya. Tinggal lagi saya berusaha menunggu untuk menyambut kedatangannya. Atau lebih tepat, memburunya.
Ya, saya sedang memburu lailatul qadar. Sama seperti anda. ^^
Saya sedang menunggu datangnya detik paling indah antara Rabb dan hambaNYA. Subhanallah Ya ALLAH..... Pertemukanlah hamba dengan detik mulia itu. Saat tawaranMu begitu istimewa. Allahu Ya Allah. ^^
Rasulullah SAW bersabda: “Pada saat berlakunya Lailatul Qadar itu, malam terasa jernih, terang, tenang dan cuaca sejuk tidak terasa panas tidak juga dingin. Dan pada pagi harinya matahari terbit dengan jernih terang benderang tanpa tertutup sesuatu awan.” (Hadis riwayat Imam Muslim, Ahmad, Abu Daud dan at-Tirmizi).
Yang mengharap,
Husnataqwa.
Pemburu Al-Qadar. ^^
Rasulullah SAW bersabda: “Empat jenis zikir yang tidak patut ditinggalkan oleh setiap Muslim sepanjang Ramadhan. Pertama, mengucapkan istighfar (memohon ampun); kedua, memperbanyakkan ucapan syahadah; ketiga, berdoa meminta syurga dan keempat, memohon keredhaan Allah.” (Hadis riwayat Al-Baihaqi). |
Bila ada tetamu istimewa nak datang rumah kita, kita semangat sungguh-sungguh buat persiapan. Sediakan rumah secantik yang boleh. Allahu Allah...
Sekarang ni, kita sedang menunggu kedatangan tetamu yang terlalu istimewa yakni Lailatul Qadar. Sediakan ruang untuk beribadah Sediakan hati yang bersih. Sediakan persiapan dan niat yang gagah untuk memburunya. Korbankan sedikit rasa mengantuk, korbankan sedikit rasa malas, demi tetamu yang terlalu istimewa ini. Yang mana tawarannya hanya dalam masa SEPULUH HARI ini sahaja.
Semoga kita semua bukan saja berimpian mahu bertemu Al-Qadar, tapi kita juga berusaha sebaik mungkin mahu memburunya. Insya ALLAH, kita bakal dipilih ALLAH. Insya ALLAH kita semua bakal bertemu Al-Qadar. Allahumma Amiiin.
Pagi kita beriktikaf di masjid, malam kita menghidupkan malam. Indahnya Ramadhan, momentum ibadah kita luar biasa. Insya ALLAH.
Allahummar zuqnal lailatul qadar. ^^

1 comment:
rm1/pc strip test upt pregnancy dan rm1.20 stript test opk kesuburan
email; lovidoobidoo@gmail.com
blogshop; http://tester-kesuburan-pregnancy-murah.blogspot.com/
sms:puan nor 0122723104
Post a Comment