♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Sunday, August 04, 2013

Sakit

Malam ini Allah uji dengan ujian sakit. Sehingga terpaksa meninggalkan solat sunnat terawih berjemaah di masjid.

Awal Ramadhan, saya berazam tidak mahu tinggal terawih,seperti tahun lalu. Tapi tahun ni, Allah tarik nikmat sihat. Allah uji sekejap.

Ibu kata takpe niat pun dah dapat pahala. Lagipun terawih tak semestinya buat kat masjid, kat rumah pun boleh. Cuma saya secara peribadinya lebih tenang dan selesa melakukannya di masjid.

Bukan mudah untuk kita hadirkan rasa syukur pada Allah saat kita senang. Seringkali kita lupa pada pemberi nikmat waktu kita senang. Waktu susah,baru kita terkenang nikmat yang Allah berikan.

Kita ni, kalau jasad tak sihat, terus nak berubat. Takkisah habis duit banyak. Tapi bila ruhani tak sehat, buat dek aje, kisah tak kisah. Nak menghabis duit untuksihatkan ruhani memang amatlah liat. Muhasabah.

Hari ini benar rasa teruji. Di saat abang kakak mula memenuhi ruang bilik kosong di istana ini, aku pula yang terbaring lemah. Merosakkan suasana gembura yang bertapa. Ala kulli hal,semuanya dari Allah. Harus ajar hati untuk ikhlas dan redha.

Semoga dengan beekat Ramadhan ini, Allah beriku kesembuhan serta kesihatan jasad dan ruhani untuk kekal taat kepada Allah dan tetap kuat melakukan amal ibadah juga amal islami Lillah.

Mohon doanya,

Kadang bila dah sakit, terfikir.. Mungkin ini Ramadhan terakhir untukku?
Juga terfikir, mungkin aku tidak sempat merayakan Aidilfitri tahun ini?

Akhirnya, ku sulam dengan dia yg paling baek,

"Ya Allah,matikanlah aku dalam keadaan husnul khatimah dan jadikanlah akhir kalamku LA ILAAHA ILLA ALLAH. Amiiin."

Published with Blogger-droid v2.0.10

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

No comments:

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.