♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Monday, August 26, 2013

Isteri yang pintar. ;)

Cuti hari raya hari tu, saya berborak dengan sepupu-sepupu sekalian. Memandangkan aktiviti family begitu penuh, membuatkan saya tidak sempat menghadiri majlis walimah sahabat dan senior.

Perasaan bersalah itu cukup tinggi hadir dalam hati. Mohon maaf. ^^

Sedang saya mengeluh tidak dapat menghadiri walimah sahabat dan senior, topik perbualan kamit terus berkisar berkenaan baitul muslim. Dengan matangnya. 

Sepupu saya yang perempuan bertanya kepada sepupu lelaki saya,

"Kalau dapat isteri, nak isteri yang macamana?"

Then he replied,

"Nak isteri yang pintar."

Saya yang sedang main Sugar Crush terus angkat muka dan pandang sepupu. 

"Heh, taknak yang solehah ke?" sindir saya, pesimis. 

"Solehah tu wajib, Una. Ni added walue, nak yang pintar." jawab beliau.

"Tolong describe pintar tu." soal sepupu perempuan saya lagi.

"Entah, susah nak cakap. Depend pada situasi. Perempuan ni selalu rasa semua benda nak serah kat suami. Ye, memang. Betul la semua tanggungjawab suami. Tapi please help lah. Jangan nak membatu je. So, i need seorang isteri yang pintar."

Saya tergamam, jawapan yang membuatkan saya terfikir. 

Normal kalau seorang lelaki jawab nak isteri solehah, cantik, sopan santun.

Tapis sesuatu yang agak baru bila lelaki jawab nak isteri yang pintar.

Walaupun selalu nyanyi lagu Isteri cerdik yang solehah... (pergh, konon pernah jadi lagu febret satu waktu dulu dengan geng ukj)

Then he said, "Kita cari isteri ni nak senangkan urusan kita. bukan bebankan kita. Korang perempuan, jangan nak buli suami je. Korang kena jadi pembantu yang paling pintar buat suami korang nanti." 

Berleter pulak mamat ni. ^^

Panjang lebar dia ceramah. Saya sambung main Candy Crush. EH ke Sugar Crush. Entah apa nama dia. 

Walaupun main Candu Crush, tetap fikir tentang statement beliau.

Betul teramat statement tersebut.

Kena asah minda, banyak membaca, banyak bersosial, banyak pergi majlis imu, insya ALLAH kita akan jadi bijak dan pintar.

nak jadi pintar ni, bukan kena baca buku tu. Tapi kena belajar dengan kehidupan, berguru dengan pengalaman.

Memandangkan topik kawen merupakan topik hot bulan ini, maka saya amat suka menyelitkan perkongsian-perkongsian bermanfaat agar perbincangan yang kebanyakannya 'menarik' berkenaan baitul muslim jadi lebih ilmiah dan sekurannya dapat ilmu yang boleh kita sama-sama praktikkan. ;)

Jom, jadi yang pintar. ^^ 

Wallahua'lam. ;)

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

No comments:

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.