♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Monday, January 06, 2014

2014 : Apa yang mahu saya buat.

Ini post pertama untuk 2014.


Tahun yang saya kira bakal menjadi tahun yang insya Allah istimewa.
Tahun yang saya mahu jadikannya lebih bermakna.
Tahun yang saya mahu bina diri dengan lebih rapid (pesat).

Saya tersenyum dengan titisan air mata sewaktu 1 Januari 2014 mendatang.
Betapa saya tidak sangka mampu untuk terus bernafas sehingga detik ini.
Bersyukurnya saya masih diberi peluang merealisasikan impian-impian ibu ayah.
Bersyukurnya saya masih diberi peluang menjalankan tanggungjawab dan amanah sebagai khalifatullah.

Saya bayangkan 10 tahun yang lepas.
2004. Saya di tingkatan dua di sebuah sekolah agama di Pasir Mas.
Waktu itu hidup saya sangat berbeza. Jika dibandingkan dengan hari ini.
Banyak yang Allah beri pada saya.
Banyak yang Allah hadiahkan untuk saya samada berbentuk ujian mahupun nikmat.

Saya bayangkan 5 tahun lalu.
Tahun 2009.
Saya sedang menuntut ilmu di bumi barakah Darul Quran.
Dan tahun 2009 sangat istimewa, ia tahun saya khatam hafazan Al-Quran.
Air mata saya semakin laju. Laju dan laju.
Betapa bermaknaya kembara hidup ini selama 23 tahun.

Saya jenguk juga 2 tahun lalu.
Tahun 2012.
Tahun pertama saya menjejak kaki ke bumi Kuantan.
Segar lagi janji saya pada Ibu Ayah untuk belajar dengan tekun.
Untuk jadi anak yang solehah.
Segar lagi janji saya pada Ibu Ayah, akan jadi orang yang lebih baik.
Akan jadi insan yang membanggakan Ibu Ayah.


Dan akhirnya saya melihat kembali tahun 2013.
Saya senyum sedikit.
Tahun yang ajar saya BANYAK tentang erti hidup.
Allah beri rasa gembira, Allah hadirkan rasa kecewa.
Allah biarkan saya matang menempuh hidup yang panjang.
Allah biar saya jatuh. Allah izinkan saya bangkit.
Allah hancurkan hati saya. Allah pulihkan semangat saya.
Semuanya berlaku sepanjang 2013.
Tahun yang sangat MEMBINA untuk saya.

Saya buka laptop, saya lihat gambar-gambar kami sekeluarga.
Keluarga saya sudah membesar.
Sudah semakin ramai.
Sudah semakin dewasa.
Dan sudah semakin tua.
Semakin gembira dan semakin bahagia.
Alhamdulillah. Semakin laju titisan air mengalir di kelopak mata.
Betapa bersyukurnya saya punya keluarga yang sangat supportive.
Yang slealu bersama saya susah senang.
Menyokong tindakan saya walau apapun terjadi.
Sentiasa menasihati saya, mengingatkan saya.
Memberi izin untuk saya mendahulukan PERJUANGAN Islam.
Semuanya sangat indah.


Saya lihat pula folder gambar kehidupan bersama kawan-kawan.
Ramai orang yang hadir dan pergi dalam hidup saya.
Ramai orang yang mewarnai sesuatu yang indah dalam diari saya.
Tapi tak kurang yang melumurkan lumpur pada lukisan hidup saya.
Tapi semuanya menjadikan saya matang dan kuat.
Alhamdulillah, Allah hadirkan orang sekeliling yang bermakna buat saya.

Sedang peperiksaan akhir semester berlangsung dengan begitu tersusun, saya sempat berhenti dan bermuhasabah.

Tapi belum sempat merancang secara detail apa yang mahu saya capai untuk tahun kesengsaraan rakyat ini.

Mungkin selepas tamat peperiksaan adalah waktu yang sesuai untuk saya melakar perancangan.
Yang mana perancangan itu perancangan tidak mutlak.
Perancangan yang mutlak adalah hak milik Rabbul Izzati.

Saya bercita-cita, 2015 mahu keluar negara.
Sekarang 2014.
Berdebar pulak rasanya.
Semoga Allah permudahkan urusan saya.
Tidaklah saya melakukannya melainkan ianya adalah impian ibu ayah saya.
Juga tuntutan keatas saya sebagai penuntut ilmu.

Mohon doanya. ;)

ps : saya belum sempat mendapatkan planner 2014. Kalau ada yang baik hati mahu menghadiahkannya, sangat saya hargai. ;)
:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

3 comments:

Anonymous said...

tahun istimewa ni kak husna kawin insya Allah. haha. tak sabau ni nak tunggu kad wangi. jeng jeng jeng

husnataqwa said...

kad wangi jah huk dia nok. heh~

doakan cemerlang belajo, istiqamah dalam dakwah dan perjuangan. ;)

Anonymous said...

mesti lerr. tak sabau nak tengok king of the queen. hehe

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.