♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Monday, April 06, 2015

Visit the CFS IIUM Petaling Jaya!

Alhamdulillah, saya menunggu saat saya mampu turun ke Petaling Jaya. Bertemu dengan sejuta kenangan yang pernah menghidupkan jiwa. Allah rezekikan untuk menyertai rombongan "introduction to Kuliyyah" conducted by HEALS.

 Saya senang diberi peluang kembali ke tempat yang pernah menyaksikan jatuh bangun seorang Husna. Sepanjang perjalanan dalam bas, menitis juga air mata saya, teringat satu persatu pengajaran hidup yang pernah saya kutip di Petaling Jaya. Saya belajar menjadi multitasker.

Di PJ, hidup saya lebih efektif berbanding di Kuantan. Saya memegang jawatan yang agak tinggi dalam persatuan yang agak besar di PJ. Dan saya juga orang yang handle talaqi di bumi PJ. Waktu tu, masih saya ingat, di dalam bilik, bersepah-sepah fail program-program MEDCY yang perlu diselenggara. Bersepah-sepah juga kitab-kitab yang dijual untuk talaqi, tasbih digital dan risalah-risalah ijazah. Subhanallah. Sibuknya hidup waktu tu, tapi sempat memanjang update blog. Hi. ;)

 Sibuknya hidup waktu tu, rasa macam seronoknya masya Allah. Bagaimana hujung minggu penuh dengan aktiviti-aktiviti usrah. Kadang-kadang menjadi VIP di program-program kecil UIA. Seronok pengalaman tu. Sampai sekarang saya masih belajar untuk menjadi orang yang terbaek 'public relation' nya. Doakan. :D

 Saya senang bila bas masuk ke pintu pagar utama CFS Petaling Jaya. Ada hospital COlumbia yang saya tidak tahu pun sejak bila ia dibina, tapi sekarang ia sudah gah berdiri di depan CFS. Pakcik guard melambai-lambai dan tersenyum panjang pada kami. Seolah-olah mereka memahami ke'excited'an kami kembali ke CFS. Bagai sirih pulang ke ganggang. Bangunan pertama yang saya lihat adalah Mahallah Khadijah (dulu) yang sekarang sudah menjadi Mahallah Abu Bakar.

 Mahallah Khadijah antara kenangan yang sangat banyak tercipta. Paling saya ingat, disitulah saya belajar berinteraksi dengan makhluk dari alam lain. Subhanallah. Saya bersama-sama dengan team sukarelawan diketuai Syahmi Syazeril dan dianggotai Ku Atif, Siti Khadijah dan Muna Rime sebagai core team. Dan dibantu oleh ramai lagi ahli-ahli yang kental jiwanya. Kes-kes histeria yang berlaku di PJ lebih mencabar. Sehingga 4-5 pagi kami tersengguk-sengguk menguruskan pesakit. Saya masih ingat, bagaimana ayat-ayat ruqyah menjadi zikir saban waktu. Ingat lancar kekal di minda, dek kerana diulang-ulang beberapa kali semalaman. Indah Allah mentarbiah kami. Saya kira, ini adalah tarbiah Allah. Allah sedang mendidik hati kami dengan keyakinan kepada Allah. Supaya kami menjadi hamba yang takutkan hanya kepada Allah. Masya Allah. Hebat Allah susun takdir hidup kita. Cantik dan begitu bermakna sekali. Alhamdulillah.
Saya seringkali membayangkan saya mampu meluangkan banyak masa di Petaling Jaya. Saya mampu melawat tempat-tempat yang pernah menjadi 'port lepak', tempat kami menangis bila terasa ujian memberat, tempat makan eskrem bila stress melanda, tempat mandi hujan bila rasa nak enjoy. Allah masya Allah. Tersenyum-senyum saya membayangkan detik kanak-kanak itu.
Saya terus menghala ke Mahallah Khadijah yang dulunya Mahallah Abu Bakar, berhampiran AMF. AMF merupakan tempat yang rutin buat saya selaku orang kuat persatuan. AMF tidak lagi janggal, malah terlalu istimewa dalam kenangan. Pentas AMF menjadi saksi beberapa kali saya melontar ucapan dan buah pandangan buat renungan para sahabat seperjuangan. Masuk ke mahallah itu, saya jadi teringat, mahallah ini pernah menjadi tempat talaqi suatu masa dahulu. Sewaktu talaqi mendapat tentangan pentadbiran UIA PJ. Disitulah kami geng talaqi survive untuk meneruskan majlis ilmu.

Huh, banyakkan onak duri sepanjang di PJ. Tapi itulah yang nak katanya kenangan. Kalau semuanya manis, apalah yang mengindahkan kenangan tersebut. Yang pahit itulah sakitnya. Dan yang manis itulah penawarnya. Masya Allah.

 Alhamdulillah. Saya memandang adik-adik di PJ dengan pandangan kasih sayang. Saya pernah berada di tempat mereka. Betapa seronoknya rasa mahu menghabiskan asasi dan menuju ke main campus untuk meneruskan pengajian di peringkat degree. Saya lihat adik-adik masih terjaga biahnya. Masih ramai yang menutup aurat dengan cantik. Tahniah kepada organisasi-organissasi dan individu-individu yang berjuang mengekalkan biah solehah di CFS. Allahu yubarik alaikum. Meskipun environment sedikit tercalar dengan beberapa ikhtilat yang saya lihat semalam, namun terubat melihat masih ada pelbagai kempen yang dijalankan untuk memastikan biah solehah berkekalan di bumi Petaling Jaya. Mengekalkan biah solehah adalah tanggungjawab semua. Bukan saya orang-orang yang memegang jawatan. Tapi ia adalah tanggungjawab setiap yang bergelar khalifah Allah.

 Kami meneruskan dengan sesi sharing moment. Setiap department dari kuliyyah menerangkan atau lebih tepat mem'promosi'kan department masing-masing. Dengan enam department iaitu:
 -Audiology
-Radiography
 -Biomedical Science
 -Optometry
 -Physiotherapy
 -Dietitic

 Saya mewakili department radiography tentunya. Bila ditanya mereka, kenapa saya memilih bidang ini, saya sendiri buntu. Sebab pada awalnya, saya tidak memilih bidang ini. Saya yang dipilih Allah menyertai bidang ini. Sungguh, ia adalah satu perjalanan yang dirancang Allah. Sebab itulah saya merasakan pilihan kita hanyalah perancangan kita. Selebihnya perancangan Allah lebih berkuasa. Saya seringkali juga bertanya kepada diri sendiri. Kenapa saya berada di dalam kos radiography. Ini adalah kos pilihan ketiga saya. Atau boleh kata, bukan pilihan langsung. Sorry to say. Tapi setelah empat tahun di bidang ini, bidang ini ada manfaatnya dan kena dengan jiwa saya.
Empat tahun yang dilalui membuktikan Allah tidak pernah salah menyusun takdir hidup hambaNya. Malah telah Allah susun dengan begitu cantik sekali. Alhamdulillah.
Saya memandang masa depan yang akan datang. Setelah tamatnya saya di bumi Kuantan sebagai pelajar degree, kemanakah takdir Allah akan membawa saya. Setelah empat tahun saya berjalan di atas pilihan Allah iaitu berada di kos radiography, saya begitu yakin menyerahkan sepenuhunya takdir hidup saya selepas graduasi kepada Allah. Bukan saya tidak merancang. Saya ada perancangan saya. Tapi sebulat hati saya, telah saya serahkan pada Allah, kemana mahu DIA letak saya. Akan saya redha dan ikhlas menerimanya. Kerana saya telah meyakini, Allah tidak akan salah menyusun takdir manusia.

 Saya bercita-cita mahu meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Malah, kalau ada rezeki, saya mahu sampai PhD. Saban hari saya memohon petunjuk dari Allah, sekiranya perjalanan menuntut ilmu ini baek untuk saya, maka permudahkanlah. Saban waktu saya berdoa malah turut sama mendoakannya adalah ibu ayah dan keluarga. Dan sekiranya itu bukan takdir saya, sudah tentu ada yang lebih baek untuk saya. Kenapa mahu saya persoalkan Allah? Sedangkan Allah telah menyebut, setiap jiwa itu mendapat apa yang dikerjakannya. Kalau kita baek, maka baeklah hasilnya. Kalau sebaliknya, maka sebaliknya hasil itu. Sebagai usaha, jangan berhenti membuat kebaekan dalam hidup. Terus menerus mencari peluang agar hidup dengan baek dan tidak menzalimi diri sendiri. Panjang saya menulis. Sudah lama saya mahu meluahkan rasa. Hari ini baru saya berjaya.
Percayalah bicara saya, hidup ini penuh ujian yang menduga. Setiap kali datang ujian, kembalilah kepada Allah yang maha kuasa. Sungguh, disisi Allah adalah tempat yang paling selamat dan mendamaikan jiwa
. Percayalah kata saya, tidak semuanya indah dalam kehidupan kita. Sesekali Allah hantar ujian menguji hati dan jiwa. Agar pergantungan kita sepenuhnya kepada DIA.

 Sungguh, hidup ini mengajar saya pelbagai erti. Mengajar saya terus mendekati Ilahi. Mengajar saya agar jangan berhenti mengejar redha Allah Rabbul 'Izzati.

 Buat adik-adik yang ingin menghubungi saya, saya lebih selesa sekiranya dihubungi melalui Facebook. Saya memilih untuk tidak memberikan phone no atas beberapa sebab yang agak peribadi. Bukan sombong ataupun mahu berlagak popular, tapi saya kira pelbagai masalah yang pernah timbul sudah cukup untuk membuatkan saya lebih berhati-hati.

 Bukanlah nak mengehadkan komunikasi, tapi saya lebih senang kita berinteraksi melalui FB. Rasanya, tidak ada isu yang perlu dipertikaikan. Selesa saya menjamin keselesaan anda juga. Boleh tengok link Facebook saya di sebelah kanan blog. Atau type saja, "NURUL HUSNA KAMARUDIN" ('Abdullah Hanzalah) insya Allah saya akan respon PM kalian dengan senang hati.

 Sekiranya ada yang mendapat phone no saya melalui orang laen, sebolehnya abadikan saya phone no itu dengan sejahtera. :D Atau kalau terdesak, boleh hubungi dengan syarat memperkenalkan diri terlebih dahulu. Saya boleh dihubungi secara direct meskipun melalui FB. Saya 24 jam (kecuali waktu tidur, solat, makan dan rehat) aktif di talian (online).Kecuali sekiranya saya berada di luar kawasan liputan Celcom. Maka, tidak ada masalah untuk hubungi saya melalui FB. Email sekalipun. Emael saya adalah : husnataqwa@gmail.com.

 Semoga Allah menghadiahkan yang terbaek untuk kita semua. Dan semoga kita terus mendapat rahmat dan kasih sayang Allah. 

Sehingga bertemu lagi.

 Regards,
'AH. ;)

gambar tengah bagi briefing pada adik-adik junior di CFS PJ. Semoga bermanfaat!




:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.