assalamualaikum, kebelakangan ini saya selalu memikirkan bagaimana untuk saya menasihati kawan saya dan mengajaknya kearah kebaikan tanpa menyakiti perasannya... apabila saya ingin menegurnya saya takut dia tersinggung..harap saudari dapat bantu
inilah soalannya di formspring saya. menggunakan identiti sebagai anonymous. Ahlan bik ya Ukhtah. =) |
Demikian soalan dari Formspring saya. Pertama kali membaca soalan ini, saya tersenyum. Soalan yang sama selalu bermain di benak hati saya. Benar susah. Tak mudah. Bukan mudah nak menjawab persoalan sebegini. Sehingga kini, saya sendiri masih belum ketemu cara yang paling efektif. Tapi saya kira, ada beberapa usaha yang boleh dikongsikan bersama. Sekadar perkongsian mengikut pengalaman dan pemerhatian saya semata-mata, tidak lebih dari itu. Sebelum tu, izinkan saya menyuarakan pendapat berkenaan soalan diatas, (maaf kepada yg bertanya), 'kawan' disini bermaksud kawan yang bagaimana? Kawan rapat atau kawan kenalan atau kawan sampingan (ada ke?) atau kawan yang bagaimana? Tak mengapa. Mari kita berkongsi secara umumi. J
dakwah itu adalah CINTA. =) |
Pertama sekali, pada pendapat saya, kita mesti kenal siapa sasaran (mad'u) kita yang ingin kita seru kearah kebaekan (dakwah). Kenapa KENAL yang mesti dihighlighkan disini, biar analogi ini menjawab persoalan itu. Katakan anda mempunyai 2buah kereta, sebuah kereta berjenama Honda Civic dan sebuah lagi kereta Proton Wira. Sebelum memandu, tentu anda perlu tahu tentang kereta itu terlebih dahulu. Contoh, kereta Honda Civic sebuah kereta yang otomatik berbeza dengan Proton Wira yang manual gearnya. Selain itu, Honda Civic menggunakan system berkomputer, sedangkan tidak bagi Proton Wira. Maka, bila anda KENAL kereta itu, tentu sangat mudah untuk anda pandunya dengan begitu baik sekali. Betul kan? J Begitulah manusia. Bila kita KENAL dia BAGAIMANA, tentu mudah untuk kita mendekat, malah mudah untuk kita 'pandu' dengan nasihat-nasihat dan seruan kepada kebaekan. Insya Allah.
Yang kedua, FAHAM. Faham merupakan 'rukun' yang cukup penting dalam apa saja urusan. Kalau kita guna analogi yang sama, kereta Honda Civic dan Proton Wira tadi. Kereta Honda Civic hendaklah dipandu menggunakan skill otomatik dan berbeza dengan Proton Wira yang perlukan skill manual gear. Itu berbeza. Maka, perlunya 'layanan' yang berbeza. Jadi, suka untuk saya katakan disini, jangan melayan 'mad'u' kita sama dengan diri kita sendiri. jangan pernah samakan kita dengan sahabat kita. Walaupun mungkin kita berasal dari kampong yang sama, sekolah yang sama, university yang sama. Lagikan adik beradik tidak sama, inikan pula sahabat. Hebatnya Tuhan menjadikan manusia berlain-lain sikap dan acuan. Masya Allah. Maka, kita kena FAHAM, bahawa sahabat kita bukan kita. Maka, cara untuk serunya pada kebaekan juga tidak boleh sama dengan kita. Contoh, kita bila dengar Ustaz bagi ceramah, kita dah insaf sampai nangis-nangis, tapi berbeza dengan dia. Kita nangis, dia biasa saja. Itu normal. Masing-masing ada 'hot spot' yang tersendiri. Sebab itulah pertama sekali kita kena KENAL kemudian FAHAM akan hukum ALAM yang diciptakan Al-Khaliq, yakni manusia tidak sama. Subhanallah! J
dakwah itu adalah ibadah. Maka sabarlah dalam dakwah. =) |
Seterusnya, selepas kita sudah KENAL dan FAHAM, tibanya untuk kita melakukan 'action'. Action yang bagaimana? Action yang sesuai untuk sahabat kita bertindak balas dengan action yang kita kenakan (react). Ini bahagian yang paling sukar untuk mencari di mana 'hot spot' sahabat kita. Tentunya sahabat punya kelebihan dan punya kekurangannya. Jadi, untuk bertindak, memerlukan kreativiti kita (creative thinking). Ini yang saya sendiri merasakan cukup susah. Namun begitu, sekiranya kita melepasi fasa pertama iaitu KENAL dan fasa kedua iaitu FAHAM dengan sebaek mungkin, tentu kita tak ada masalah untuk mengenakan 'action' yang baek pada 'hot spot'nya supaya dia 'react' dengan baik. Insya Allah.
dakwah bil hal. dakwah terbaek. |
Nasihat. Addinunnasihah. (rujuk hadis 40).agama itu adalah nasihat. Apa maksud nasihat? Tidak semestinya kata-kata, tidak semestinya ceramah panjang lebar atau yang lebih kasar, 'condemn'. Bukan itu tafsiran nasihat. Ada dakwah billisan, seperti kata-kata nasihat dan tulisan-tulisan hikmat dan ada dakwah bil hal. Sesungguhnya, yang paling baik adalah dakwah bilhal. Kalau tak silap, itu kata-kata ulamak, tapi kurang ingat, siapa. (akan dirujuk kemudian,insya Allah). Tentu bukan biasa-biasa, dakwah bil hal adalah dakwah yang cukup indah. Jangan menyangkakan, saya memakai tudung labuh, memakai jubah, menutup aurat dengan sempurna, maka saya sudah sempurna dalam dakwah bilhal. Tidak. Itu silap. Dakwah bilhal ayng sempurna adalah setiap gerak langkah serta kelakuannya meskipun sekecil zarah hingga ke sebesar-besar perbuatan, itulah dakwah. Termasuk semuanya. Merangkumi semuanya. Sebab itu, dakwah dengan perbuatan adalah sebaek-baek dakwah.
tetap menjaga ukhuwwah dalam dakwah. |
Baiklah, macam banyak pulak merepeknya. Maaflah, kalau dah menulis tu banyak yang nak dicerita, tak habis. Nasib menulis, reti juga rasa penat tangan, kalau bercakap, lagilah panjang lebar. J
Secara praktikalnya, saya lebih suka mengklasifikasikan kepada beberapa bahagian.
- Sahabat baik
- Sahabat biasa
Dari dunia hendak ke syurga. =) |
Rasanya sekadar itu perkongsian saya. Sekadar perkongsian yang sederhana. Menulis sementara menunggu azan Isya' berkumandang. Terima kasih kepada yang bertanya. Dalam masa yang sama, menyedarkan saya dan membuatkan saya berfikir. J
Pesanan saya kesekian kalinya, dalam usaha dakwah, kita perlu pada SABAR dan perlu pada HIKMAH. Dan jangan sesekali pun kita pula, ALLAH yang memegang hati-hati manusia. Maka, jangan henti berdoa dan berdoa.Tahniah kepada yang bertanya kerana punya kesedaran yang tinggi dalam dakwah malah berusaha mencari jalan terbaek tanpa menyinggung perasaan sahabat. Moga balasan Allah besar untukmu, Cik Anonymous. J
Akhirul kalam, perasaan 'tegur salah, tak tegur pun salah' tak patut ada dalam hati kecil kita. Mesti usaha dan jangan pernah berhenti untuk berdakwah dan teruskan berdakwah.
Kata Guru saya, Ustaz Muhadir, "Dalam urusan dakwah, tidak ada noktah dan titik. Tidak ada perkataan putus asa dan berhenti. Mesti teruskan dan teruskan." Insya Allah, saya pegang pesan ini. Mesti teruskan dakwah, walaupun dengan sekecil-kecil usaha.Wallahu a'lam.
oh, ini ada lagi satu soalan yang saya kira SANGAT MENARIK. =) Pun dari anonymous. Syukran Ukhtah kerana bertanya. =) |
4 comments:
comeyl jawapan unt soalan nak kawen bila tu.
sekali daatang yg soleh, mati la hang.
manusia sering diuji dengan kata2nya.
jangan sampai kata2 jadi fitnah lak.
erk, jangan sampai kata-kata jadi fitnah? canne tu ye?
maksudnye, tak buat ape yang dikata. gitu le. eh, takkan ustazah husna tak tahu.. hehe ;)
oh macam tu.. nak dapatkan kepastian, bimbang apa yang ana faham tak selari dengan yang anda faham. alhamdulillah, selari. ala kulli hal, syukran peringatan. insya allah, bermakna. =)
"ustazah husna" pun manusia biasa. hanya Allah yang Maha Mengetahui. (skeptikal bunyinya. haha)
Post a Comment