♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Friday, December 30, 2011

WAR started. ^_^

No comments:

“Maksud Hadis Nabi SAW: “Apabila Allah menyayangi hamba-Nya maka dia diuji agar Allah mendengar rintihannya (dengan kerendahan diri).” (HR Al Baihaqi)


Alhamdulillah jadual exam tak pack sangat. ^_^

Tapi boleh tahan mencabarnya. ^_^


29/12 : Imaging Technology : Chest, Abdomen, Pelvic

3/1: Anatomy and Physiology

5/1: Developmental Psychology For Health Sciences

7/1: UNGS 2030

9/1: Introduction to Medical Imaging

13/1: Medical Physic

13/1: Shah Alam's Trip

14/1: Seremban and Petaling Jaya Visit.

15/1: Gathering GEN9 DQ/UIAM at Kuantan Pahang.

16/1: Depart to Pasir Mas Kelantan. 

May All the planning smooth as it is. Insya Allah.

Jangan lupa doakan. Doakan kejayaan di dunia dan di akhirat. Dan bagaimana bentuk kejayaan yang Allah nak bagi, kita terima. Insya ALLAH.

Kena usaha dulu, baru konsep tawakkal itu betul.

Tawakkal macamana?

Sebelum, semasa dan selepas. ^_^

Gabra, this is the first final exam in Kuantan.

Survive ke tak, semester ni lah penentunya.

So kena buat molek-molek. 

Kena doa banyak-banyak.



p/s: Masjid dah ada. Jom imarahkan. Apakah kecintaan dunia yang menghalang kita dari menjejak masjid tu?
Fikir-fikirkan dan renungkanlah. ^_^




eharian berhadapan dengan kertas peperiksaan. Berpeluh dahi walaupun suhu bilik mencecah 14 darjah celcius. Masya Allah. Itu baru ujian dunia, belum ujian akhirat.

Esok lusa kalau Allah jemput ke akhirat, berjaya ke aku jawab?

Jangan risau preparation exam sampai lupa akhirat lebih dekat.
Jom jom ingat Allah dalam setiap derap langkah dan setiap patah perkataan menuju peperiksaan.

p/s: Scary tak tipu paper hari ni. Memang.. PERGH!

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Wednesday, December 28, 2011

2012 : Bagaimana kita menyambut kedatangannya?

No comments:
Masya Allah, time-time nak exam ni, tak sedaq pun 2011 dah nak melabuhkan tirainya. Dan 2012 pula akan membuka tirainya.

menunggu mentari 2012 bersinar terang. ^_^


Antara benda yang terfikir dalam kepala, alamak, sambutan tahun baru! Masihkah sama seperti dulu? Terngiang-ngiang ceramah Ustaz waktu jadi penuntut pondok zaman muda-muda dulu. ^_^

Antara fakta yang tercatit kat buku tulis usang ini :

Manusia mencipta kalendar Hijriah dan Masihi berdasarkan peredaran bulan dan matahari. Apapun, kedua-dua sistem kalendar itu atas ketentuan Allah. Ayat 5, surah Yunus bermaksud :

Dialah (Allah) yang menjadikan matahari bersinar-sinar dan bulan bercahaya. Dialah yang menentukan perjalanan setiap satu itu (berpindah-randah) pada tempat peredarannya masing-masing supaya kamu dapat mengetahui bilangan tahun dan kiraan masa....
Bagaimanapun, kalendar masihi lebih banyak dan familiar digunakan dalam semua urusan hidup kita seharian kan? Pastu kalendar hijrah pula sekadar digunakan waktu nak sambut awal muharam, maal hijrah, atau yang paling best, time orang hitung kalendar hijrah ni waktu BULAN PUASA DAN SYAWAL. ^_^ (MUHASABAH)






Tahu ke tak, sebenarnya Rasulullah seru ummat Islam agar mengikut peredaran bulan bagi menentukan bulan dan tahun mereka. (Dah sebut pun BULAN, kenapa kira MATAHARI? Pelik kan. ) Alamak, part ni tak jelas sangat tulisannya. Berkaitan sabda Nabi yang menjelaskan setiap bulan samada 29 atau 30 hari. Tapi kalau kita ikut masihi, ada yang 31 hari dalam sebulan. ^_^

Bila tiba tahun baru, ia menjadi satu kebanggaan. Tak kira samada hamba yang taat, atau yang melakukan maksiat, semuanya pakat melakukan apa saja aktiviti untuk meraikan kedatangan tahun baru. Ada yang menjurus kepada keredhaan Allah seperti buat solat hajat dan solat taubat (alhamdulillah) tapi tak kurang ada juga yang buat maksiat besar-besaran, berpesta dan berpekik sorak terbang habis syahadah yang diucapkan. (Masya Allah).

Marilah kita tergolong dalam golongan yang takut pada Allah. Menyambut kedatangan tahun baru ini dengan penuh rasa keinsafan atas kesilapan lalu, malah berazam untuk tidak melakukan segala mungkar, segala perangai budak-budak, segala permusuhan dan segala perkara lagha yang menjadi kebiasaan. Review semua hidup kita sepanjang 2011, sejauh mana kita lapangkan masa dalam urusan Allah dan sebanyak mana kita lapangkan masa dalam urusan maksiat kepadaNya. 

Malang sungguh di Malaysia sendiri, ada golongan yang menyambut tahun baru dengan pesta tak ingat dunia. Malah ada pula unsur syirik dan maksiat. Kepelbagaian acara sambutan tahun baru menyebabkan sesetengah masyarakat jadi keliru. Masa satu cara betul nak sambut tahun baru? Kalau keliru dan tak tahu, tak payah lah sambut. ^_^


Tengok kat TV, ada konsert, nyanyi-nyanyi, siap membazir bunga api beribu-ribu ringgit kot (Ye ke beribu ringgit? Cek dengan Najib.)


Dalam hal ini, Pengarah Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Prof Datuk Dr Mahmood Zuhdi Ab Majid, berkata walau apa pun cara sambutan ia perlu diawasi supaya tidak terkeluar daripada adab keislaman.

Menurutnya, semua masyarakat perlu menyambut tahun baru dengan penuh keinsafan, melihat kembali apa yang dilakukan setahun lalu dan cuba berfikir mengenainya supaya menjadi pengajaran dalam menjalani kehidupan.

*Menyambutnya bukan dengan memekik dan melolong. Kita kena bersyukur dan bermunajat, iaitu berdoa supaya mendapat kebaikan pada tahun baru,* Tiada tegahan dalam Islam terhadap acara menyambut tahun baru masihi, malah mengiktirafnya.


Kalau rasa kita dah hebat sangat 2011, cipta banyak sejarah, dah banyak mujahadah, kita mesti banyak bersyukur pada Allah. Ingat, hidayah Allah bila-bila saja boleh ditarik. Berdoalah gar kita istiqamah dengan kebaikan. Jangan disangkakan panas sampai ke petang, bimbang nanti hujan ditengah jalan. Jangan sangkakan beriman sampai ke akhirat, bimbang nanti tergelincir di tengah jalan kalau mendabik dada rasa hebat.


Sungguh, 2012 yang bakal datang memberi cabaran buat diri. Mana tidaknya, umur meningkat, tanggungjawab semakin meningkat. 


Banyak perkara yang dulu tak perlu fikir, sekarang dah kena fikir. So, a big deal juga tu kan. ^_^


Apa saja kisah hitam sejarah silam yang berlaku pada 2011, biarkan saja berlalu. Ambil sebagai renungan. Ambil sebagai pengajaran. Tapi jangan ambil sebagai halangan untuk maju ke hadapan. 


Kata Prof Zainul, lecterur Diagnostic Imaging saya, 


"Barang lepas jangan dikenang. CFS itu sudah jadi kenangan. Kat kuantan kita cipta kenangan yang baru."


Insya Allah. We are striving for excellence. ^_^


Superb in da'wah, Superb in academic. ^_^


Ameeen. 
2012 : Gula-gula ini dimana natijahnya? ^_^


:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Ada apa pada dhuha?

No comments:

Saya cukup yakin, memang kita semua familiar dengan solat dhuha. Kalau tak pernah buat pun, tentu pernah dengar kan? Kalau
Rindu waktu dhuha di bumi Darul Quran.
tak pernah dengar, erk, takpe, boleh dengar dan try buat mulai dari sekarang.

Kenapa dengan dhuha? 
Ada apa padanya?
^_^



Berkata Abu Murrah Ath-Tha’ifi r.a. bahwasanya Nabi s.a.w. telah bersabda : Allah telah berfirman:
“Wahai anak Adam! Bersembahyanglah untuk Aku di awal pagi, niscaya Aku akan mencukupimu di akhirnya.”
(Riwayat Ahmad)

Seronok tak setiap kali kita buat keluarga kita happy atau sahabat kita happy? Tentu seronok kan? Dan tentu lebih seronok kalau kita boleh buat apa yang Rasulullah suka. ^_^



Riwayat Abu Hurairah katanya:
“Kekasihku Rasullullah SAW telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat solat Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan”
(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Kalau kita nak sangat bersedeqah, tapi duit tak banyak. Tak kaya raya macam Siti Nur Haliza. Takpe. Ni ada cara bersedeqah lagi senang. Tak perlu keluar duit. Just kena ikhlas dan istiqamah je. ^_^



Dalam riwayat yang lain Rasullullah SAW pernah bersabda yang maksudnya :
“Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah (sebagai ganti) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat solat Dhuha .”
(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)


Kita selaluuu dengar orang kata, "nak murah rezeki, solatlah dhuha." Tapi kita solat sokmo dhuha, tak kaya-kaya pun. 
Ingatlah rezeki itu bukan pada duit, bukan pada harta. Tertolak bala itu rezeki, hidayah Allah itu jua rezeki, tidur itu juga rezeki (ada orang insomnia tak dapat tidur pun tau), semuanya rezeki. Solat dhuha bukan nak buka pintu rezeki je, malah nak tolak bala jauh-jauh. 



Kelebihan sembahyang Dhuha itu sepertimana di dalam kitab “An-Nurain” sabda Rasullullah SAW yang maksudnya : “Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan.”




Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya :
 “Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.”
(Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)

Bila waktu solat dhuha? 
Yang penting, jangan tidur sampai zohor, mesti sempat solat dhuha. 

Waktu sembahyang Dhuha ialah dari naik matahari sampai se-penggalah dan berakhir di waktu matahari tergelincir tetapi disunatkan dita’khirkan sehingga matahari naik tinggi dan panas terik.

Macamana nak solat dhuha? Senang jah. Lagi senang dari solat Subuh. ^_^

SOLAT SUNAT DHUHA
1) Bilangan rakaat : 2 hingga 12 rakaat (2 rakaat 1 salam)
2) Waktu : Pagi anggaran 8.00 pagi hingga 11.00 pagi
Niatnya:
"Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Ta'ala"

Baca ketika sujud yang terakhir - 3 kali
Baca doa ini selesai solat

Maksudnya:
Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu  DhuhaMu, kecantikanny adalah kecantikanMu,
keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu,
kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika  di dalam bumi, keluarkanlah,
jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu,
limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.
p/s: doa ni kalau malas nak hafal, tampal kat dinding. Bagus, setiap kali tengok doa ni rasa bersalah je kalau liat nak solat dhuha. Lama-lama baca nanti automatik kita ingat. Sama jugak waktu kecil, kita tak hafal pun surah Al-Fatihah. Kita ingat dengan sendiri kan? Kenapa eh? Sebab kita selalu baca. Jom baca sokmo!



Jangan rasa amalan sunnat ni dilakukan oleh orang-orang alim saja. Amalan-amalan sunnat ini untuk kita, orang yang biasa-biasa ni, insya Allah boleh menampung kekurangan kita dalam amalan-amalan wajib. Insya Allah amalan sunnat yang kita lakukan ikhlas akan dihitung oleh Allah, besar atau kecil natijahnya usah kita bimbang. Biar itu jadi rahsia Allah. Yang penting kita berusaha sebaik mungkin menyediakan diri dengan amal amal soleh untuk bertemuNYA. ^_^

Time exam period ni memang tak de halangan untuk solat dhuha. Memang kena solatlah. Sebelum start baca buku tu, solat dulu. Baca Al-Waqiah dulu. Insya Allah murah rezeki. Baca apa yang masuk exam pun kira rezeki juga kan? ^_^

Seronok sangat kalau boleh solat dhuha. Insya Allah, rasa pelik kalau tak solat dhuha bila dah selalu lakukannya. Dah jadi kebiasaan nanti insya ALLAH kita dapat rasa, besarnya hikmah dhuha ni. ^_^

Kalau tahajud liat nak buat, takkan dhuha pun liat juga?
Jangan besarkan sangat TIDUR tu. 
Tak baik untuk kesihatan. ^_^

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Tuesday, December 27, 2011

Perutusan Peperiksaan Akhir Semester ^_^

1 comment:

Musim peperiksaan, bermula sejak saya darjah satu sampai sekarang. Saban tahun, ada saja peperiksaan. Ada peperiksaan yang besar seperti PMR dan SPM (saya tak ambil UPSR). Macam-macam cara persediaan untuk menghadapinya.

Dulu, ada ibu. Semuanya Ibu Ayah. PMR dan SPM, saya lalui dengan mudah. Tak perlu fikir apa-apa. Semuanya tersedia. Nasib menjadi pelajar asrama yang stay kat rumah  ^_^

Balik kelas, makanan dah ada depan mata (nasib ayah suka memasak ^_^) Nak gi kelas, semua dah siap tersedia. Belajar sajalah yang perlu difikirkan. 

Tapi sekarang dah dewasa dah. Nak makan, kena fikir masak sendiri. Nak hidup, kena rancang sendiri. Nak siapkan apa-apa, kena siapkan sendiri.

Ya, itulah hidup kan? ^_^

Itulah dewasa.
Itulah berdikari.
Itulah lumrah. ^_^

Pengalaman macam dulu-dulu takkan berulang dah. 

Tinggal lagi sekarang mesti berusaha sebaek mungkin untuk survive.

Dulu, ibu ayah sanggup buat apa saja untuk kita belajar dan berjaya.
Tapi sekarang?
Sanggup ke kita robohkan harapan dan impian ayah bonda yang dicipta mereka sejak kita kecil?

Jangan. ^_^

Jom usaha dan berdikari molek-molek.

Saya yakin, semua ibu bapa serve yang terbaek untuk anaknya. Sekarang, anaknya pula kena SERVE YANG TERBAEK UNTUK DIRI SENDIRI.
Kalau tak, memang anak tak kenang jasa namanya. ^_^

Disamping itu, ingatlah bahawa Allah juga suka hamba yang melakukan sesuatu perkara sehabes baik kemudian bertawakkal kepadaNya. 
Dalam satu hadis Nabi,
"Sesungguhnya Allah menyukai hambaNya yang apabila melakukan sesuatu dia melakukan dengan tekun"

Tekun. Kena tekun. Kena usaha kuat-kuat.

Parallel dengan itu, kena banyak doa juga pada Allah. Kena jaga amalan dan hubungan dengan Allah.
Sedaya upaya mungkin.

Alamak, terpanjang la pulak post ni. Ingat nak update sikit-sikit je. Maklumlah kena maksimakan masa depan buku. ^_^

Exam dah dekat sangat, tapi mati lagi dekat.
Maka, jangan hanyut sangat dengan buku tu sampai tak jaga hubungan dengan DIA. 

Ingat, kejayaan itu ada ke tidak, DIA yang bagi. ^_^

So, ni jadual exam patik. Mintak doa boleh? ^_^

Doa tau.

"Ya Allah Engkau lapangkanlah dada mereka yang bakal menduduki peperiksaan akhir semester, Kau mudahkanlah urusannya, Kau kuatkanlah mujahadannya. Kau lapangkanlah rezekinya, dan Kau berilah najitah yang terbaek untuknya. Rahmatilah mereka Ya Allah dan berikanlah mereka kejayaan di dunia dan akhirat serta kemuliaan di dunia dan di akhirat. Ameeen."

Terima kasih ^_^

Budak Radio best ape.  Ada Fizik. 3 contact hour pulak tu. ^_^ Memang bahagia. 

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Sunday, December 25, 2011

Qiamat dan Amanah ^_^

No comments:


Dari Abu Hurairah r.a., katanya: "Pada suatu ketika Nabi saw. sedang berbicara dengan orang banyak (memberi ceramah atau pengajian), tiba-tiba datang seorang Arab dusun menanyakan kepada beliau: Bilakah datangnya saat (kiamat)?"Rasulullah saw. tidak langsung menjawab, tetapi beliau meneruskan pembicaraannya dengan orang banyak. Kerana sikap Rasulullah saw. yang demikian itu, sementara orang mengatakan Rasulullah mendengar pertanyaan itu, tetapi beliau tidak menyukainya. Dan setengah lagi mengatakan beliau tidak mendengarnya. Setelah Rasulullah saw. selesai berbicara, beliau bertanya, "Di mana orang yang bertanya perkara saat tadi?" Orang itu menyahut, "Saya! Ya, Rasulullah! Rasulullah saw. bersabda, "Apabila amanah telah disia-siakan orang, maka waspadalah terhadap datangnya saat." Tanya orang itu, "Bagaimanakah cara disia-siakannya amanah?" Jawab Rasulullah saw., "Apabila suatu urusan (pekerjaan) diserahkan kepada orang yang bukan ahlinya, maka waspadalah terhadap datangnya saat (kiamat, kehancuran)."




p/s: Takutlah kita dengan AMANAH.
Sumber: http://www.bankislam.net/Hadis_Sahih_Bukhari/Ilmu/#ixzz1hTHKQxvK

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Saturday, December 24, 2011

Mewarisi cinta SYAHID, seperti Hanzalah. ^_^

No comments:
Malam telah menyelimuti kota Madinah Al Munawwarah, bintang -bintang yang bertaburan membawa kedamaian dan ketenangan serta mimpi indah, yang jelas malam itu sebenarnya malam biasa, tapi tidak sama sekali bagi Hanzalah bin Abi Amir Radiallahuanhu . Hari itu hari dimana mimpinya terwujud, hari yang lama datangnya hari yang lama ditunggunya hari itu Hanzalah naik ke pelamin.

Hanzalah menikah pada suatu malam yang besok paginya terjadi perang di Uhud. Hanzalah minta izin kepada Nabi Shalallahu alaihi wa salam untuk bermalam bersama isterinya. Sementara dia sendiri tidak tahu dengan pasti apakah malam itu malam pertemuan atau justru malam perpisahan. Nabi Muhammad Shalallahu alaihi wa salam memberinya izin untuk menginap malam itu bersama pasangannya.


Manis macam apakah yang ada pada malam itu ? Rahsia apa yang dipendam hari itu dari Hanzalah? Bersamaan dengan menyembulnya fajar pertama terdengar gemuruh perang, terdengar seorang menyeru dan mengumumkan jihad.

Beberapa saat dia timbang-timbang antara kenikmatan dunia dan kenikmatan Akhirat Akhirnya dia memilih akhirat demi kenikmatannya. Untuk kemudian menyongsong panggilan jihad dan meninggalkan dunia dengan segala isinya.

Waktu itu Hanzhalah Radiallahuanhu masih Junub, belum sempat mandi besar, melesat memenuhi seruan kebenaran, serta melayang tidak menginjak bumi, Sepasang penganten malam itu melesat dengan membawa senjatanya untuk bergabung dengan Nabi Shalallahu alaihi was salam yang sedang menyiapkan barisan Muslimin, meyiapkan hati untuk melakukan transaksi dijalan Allah Hanzalah masuk pasar surga .

Perang sangat dahsyat berkemilau dengan serunya pada awalnya kemenagan diraih tapi tatkala pasukan pemanah meninggalkan posisi mereka, keadaan berbalik menjadi kacau dan orang-orang musyrik maju.




Akan tetapi beberapa tentara tetap teguh bertahan bersama Rasulullah Shalallahu alihi wa salam, termasuk di dalamnya Hanzalah Dia terus menunjukkan dan membuktikan kecintaannya terhadap Allah Subhanahu wa ta'ala. Dia maju menghadap Abu Sofyan bin Harb Dengan cepat dia menebas kaki kuda Abu Sofyan dari belakang sehingga Abu Sofyan terjatuh dia menjatuhkannya dari atas kudanya seakan-akan dia menjatuhkan kebathilan yang telah mencuri kebenaran dan kebathilan yang mengacau akidahnya.

 Pada saat itu datanglah Syaddad bin Al Aswad membantu Abu Sofyan melawan Hanzalah Radiallahuanhu, untuk kemudian salah satu dari dua orang itu bisa membunuh hati yang bersih dengan lemparan lembing yang tembus Abu Sofyan berteriak “ Hanzalah dengan Hanzalah yang maksudnya dia telah membalaskan dendam anaknya yang terbunuh dalam perang Badar. Hanzalah Radiallahuanhu meninggalkan kita, tetapi bau wangi misik darinya tetap semerbak menyirami jiwa-jiwa generasi sesudahnya agar jiwa yang sedang tertidur menjadi bangkit dengan harapan suatu ketika akan menunggangi kuda-kuda Syahid.

Tanah menjadi suci dengan pengantin kita tadi lalu perang usai mereka yang telah melakukan transaksi telah menjajakan semua barangnya mereka membawa hati mereka dalam genggaman Untuk diterima atau ditolak oleh Allah Subhanahu wa ta'ala sesuai dengan kehendak-Nya.

Mereka yakin bahwa kesungguhan / kejujuran pada waktu itu adalah kekayaan yang paling berharga. Dan siapa yang sungguh- sungguh jujur dengan Allah tidak akan sia-sia.

Para Sahabat Radiallahuanhu yang masih tersisa mulai mencari saudara-saudara mereka yang masih menanti janji dari langit memilah-milah siapa yang lebih dahulu ke langit. 




Tangan mereka yang berusaha menyentuh jasad Hanzalah Radiallahuanhu yang berlumur darah mereka kagum adanya rintik rintik air mengalir dari dahinya seperti butiran-butiran mutiara dan berjatuhan dari sela-sela rambutnya. Ini tentu menjadi misteri Apa maksudnya sampai kemudian para sahabat mendengar suara Nabi Shalallahu alaihi wa salam bersabda : “Sungguh Aku melihat Malaikat memandikan Hanzalah bin Amir ra antara langit dan bumi dengan air awan dalam bejana dibuat dari perak.

Sesungguhnya Allah telah membeli jiwa dan harta orang-orang yang beriman dengan mendapatkan harga surga Selamat wahai anda Hanzalah anda telah mendapat surga.

Sesungguhnya Hanzalah akan tetap menjadi kebanggaan dan terpatri dalam dada kaum muslimin bukan hanya untuk Aus saja! Semoga Allah ridha terhadap Hanzalah.




Mereka bertanya, kenapa saya terlalu obses dengan Hanzalah. Kerana cerita Syahidnya seorang Hanzalah diulang-ulang sejak saya masih di tingkatan tiga. Bermula dengan Nenek yang menceritakan kepada saya, kemudian diteruskan dengan bacaan buku-buku sirah lama. 


Semuanya membuatkan saya meyakini bahawa, istimewanya Hanzalah. Cintanya beliau pada Akhirah. Kasihnya beliau pada Allah.


Nescaya Allah juga mengasihinya. Kemudian saya terdengar lagu nasyid yang dibawakan oleh Rabbani. Lagunya lebih-lebih lagi membuat saya jatuh cinta dengan Hanzalah.






"Handzalah pergi ke medan jihad
Bersama dengan para sahabat
Bertempur hebat penuh semangat
Sehingga dia syahid akhirnya

Turunlah malaikat ke bumi
Mandikan jasadnya simpati
Sucilah jasadnya mewangi
Diarak rohnya ke Firdausi

Hening malam menyaksikan
Korban cinta dua insan
Baru diijab kabulkan
Rela menyahut seruan
Demi Islam ditegakkan
Jihad menjadi pilihan"


Sedikit dari liriknya yang menggetarkan jiwa, selebihnya boleh tengok di sini HANZALAH.

Ibunda saya juga meminati lagu ini. Kadang-kadang bila televisyen atau radio memainkan lagu ni, kami duet sama-sama. ^_^

Kagum bukan semata-mata kagum. Kagum dengan harapan mahu menjadi sepertinya. Sekalipun tidak mampu menjadi Hanzalah, cukuplah dipilih Allah menjadi isteri buat Hanzalah. 

Sanggup ditinggalkan suami kerana faham dengan erti sebenar JIHAD. Faham erti SYURGA dan meyakini janji Allah itu bukan dusta.
Ya, solehahnya isteri Hanzalah, 

"Keesokan harinya, pagi-pagi lagi Hanzalah mula bersiap untuk berangkat ke medan perang. Tidak ada rasa kecewa atau hampa di hatinya sekalipun terpaksa meninggalkan isteri yang baru dinikahi satu malam. Ketika hendak meninggalkan rumah, isterinya menghantar dengan linangan air mata. Dikucupnya tangan suami tanda cinta dan dia memeluk Hanzalah seolah tidak mahu dilepaskan. Masakan tidak, sudah terdetik dihatinya inilah pertemuan terakhir mereka dan malam tadilah detik paling bermakna buat dirinya.
Di hadapan beberapa orang saksi di Madinah, isteri Hanzalah mengakui mereka telah menjadi ‘suami isteri’ pada malam pernikahan mereka. Setelah Hanzalah berangkat, isterinya berpaling dan berkata,
“Malam tadi, aku bermimpi langit terbelah dua dan suamiku memasukinya. Setelah itu, belahan itu tertutup dan bertaut kembali. Hatiku menafsirkan suamiku akan dipanggil ke syurga sebentar lagi.”"

"Perkahwinan Hanzalah bin Abu Amir dengan sepupunya, Jamilah binti Ubay sudah siap diatur. Kebetulan pula, hari berlangsungnya perkahwinan Hanzalah bertembung dengan hari peperangan tentera Islam menentang musuh di Bukit Uhud. Hanzalah bin Abu Amir mendekati Rasulullah s.a.w., “Saya bercadang menangguhkan sahaja perkahwinan saya malam nanti.” Pada masa itu, Nabi Muhammad s.a.w. dan tentera-tentera Islam di kota Madinah sibuk membuat persiapan akhir untuk berperang. “Tidak mengapa, teruskan sahaja perkahwinan ini,” balas Rasulullah s.a.w.. “Tetapi saya sungguh berhajat bagi menyertainya, ” Hanzalah bertegas. Rasulullah s.a.w. berkeras supaya Hanzalah meneruskan perkahwinannya dan memberi cadangan supaya Hanzalah menyusuli tentera Islam di Bukit Uhud pada keesokan hari, setelah selesai upacara perkahwinan."

Hebat. Sungguh hebat. Atas dasar apa? Tentu keimanan yang mendasari. Hebat. Hebat.

Kagum dengan hebatnya semangat juang Hanzalah.

Mencari SYAHID bererti mencari SYURGA, mencari SYURGA adalah dengan mencari rahmatNYA.

Aku juga mahu SYAHID. ^_^

Sayang sekali seandainya remaja hari ini tidak mengetahui sejarah Hanzalah. Apatah lagi remaja hari ini terlalu hanyut dengan perasaan sehingga terlalai dengan urusan dakwah. Itu baru urusan dakwah, belum lagi diseru panggilan JIHAD. 


"Tapi hari ni kita tengok ramai sangat orang bila dah kawen, lemah longlai dalam perjuangan. Hanyut dengan bahtera sendiri. Dah hilang semangat juang. Bukan saja yang dah kawen, yang baru nak rancang bertunang, baru bertaqdim, dah hanyut bagai nak rak, tak ingat dunia, tak ingat matlamat hidup. Terfikir-fikir dibuai ombak rindu dan angin cinta berpanjangan.Mungkin tak mewarisi kecintaan Hanzalah pada SYAHID."

Ya, saya mahu mewarisi kecintaan Hanzalah kepada SYAHID. AMeeeen. ^_^

Wallahu a'lam.



Mewarisi cinta SYAHID dari Hanzalah.

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Friday, December 23, 2011

Eksiden. Sikit jah. ^_^

7 comments:
Jumaat.

Pagi yang hening. Damai. Hujan renyai-renyai.

Bergegas untuk ke Terminal Makmur, nak beli tiket balik Kelantan. Ibunda minta pulang, ada urusan katanya.

Memandu sambil mendengar radiio IKIM. Waktu itu sedang dimainkan lagu Doa Dhuha oleh DJ yang bertugas. Mengikut rentak muzik. Best lagu ni.

Nak kata pandu laju, tak, biasa je. Tak terlalu perlahan. Dan tak terlalu laju. Normal.

Lampu isyarat di depan. Kereta depan brek mengejut. Saya pun menekan brek. Sempat berhenti di belakang kereta yang brek mengejut. Tiba-tiba pandang cermin belakang, sebuah kereta wira dengan lajunya dari arah belakang.

Dalam beberapa saat,

"Bedeguuuuum!!"

Kepala menghantuk stering. Seat belt tak pakai, memang lah.
Kereta terkehadapan. Nasib saya baik, kereta di depan sudah bergerak sedikit ke hadapan. Kalau tak tentu melibatkan tiga kereta.

Kaku dalam kereta. Nak keluar takut. Sebab sorang-sorang. (Sape suruh tak ajak teman?)

Jalan sesak. Orang nak pergi kerja. Saya menghala kereta ke tepi. Takut ada lagi yang terlanggar.

Saya pandang kereta belakang. Pergh. Teruk sheikh.

Pemandunya keluar. Dalam hati saya gusar. Pemandunya lelaki.

Saya pula cuma budak kecil perempuan yang tidak tahu apa-apa. (Ye ke.)

Saya juga cuak memikirkan kancil ini. Entah macamana rupanya. Masya Allah.

Memberanikan diri, keluar berhadapan. Dan berbincang.

Semuanya OK. Alhamdulillah.

Bila tengok kancil saya, tidak seperti yang saya bayangkan. Cederanya agak ringan jika dibandingkan dengan bunyi dan kereta orang yang melanggar. Teruk kot kereta dia. Boleh kata hancur depan. ^_^

Lama juga berbincang.

Ramai orang lelaki tu telefon. Cuak saya.
Saya nak telefon sapa? ^_^

Telefon Ibu, memaklumkan keadaan. Takut juga nak bagitau.

"Bu, ada orang langgar belakang kete la."
"Teruk ke?"
"Boleh tahan."
"Kakak cedera tak?"
"Sikit. Biasa."
"Takpelah, lumrah memandu. Lumrah ada kereta. Biasalah tu."

Seriusly, Ibu relax sungguh. Tak gelabah sikit pun.

Selesaikan dengan baik. Alhamdulillah.

Bila nak drive balik Tabari, memang kaku. Terketar-ketar jugak. Terngiang-ngiang bunyi kena langgar tadi. Traumakah ini?

Tapi tahan je, drive sajalah. Kalau tak drive sendiri nak suruh sapa drive? ^_^
Waktu tu memang tak terfikir nak telefon sape pun. Nak minta tolong sapa? Takut menyusahkan. Lagipun depa takde kenderaan nak pi. ^_^

Sampai Tabari, disambut Cik Khadijah, Cik Atiqah dan Cik Wirdah.
Pucat lesi muka. Tengok kancil tu pun dah cuak. Nak drive tataulah. ^_^

Lepas tu bertalu-talu dapat call dari Abang. Serius ingat dia nak marah.

Tapi tak sangka respon abang memang buat nangislah.

Biasa je bila dengar.
"Takpe, nanti balik kelate, kita repair lah."

Saya tanya, "Gitu je abang? Abang tak sayang saya eh?"

"Sebab sayang awak la, bukan sayang kereta."

Hiii, Suke suke. Susah tu abang nak cakap macam tu. ^_^

Lagi kata abang, "takde apelah. Sikit je tu. Solat hajat and doa banyak-banyak. Kalau trauma, rilek dulu, dua tiga hari nanti boleh la drive balik."

Ibu pun pesan, "Kakak kena kuat, jangan lemah. Ujian sikit je tu. Senyum pada ujian. Kena tunjuk kita kuat. Tak lemah. Jangan dok bersedih. Ada hikmah Allah tu. Mesti kuat. Orang yang lemah adalah orang yang mati sebelum mati."

Terharu sangat. ^_^

Terima kasih semua. ^_^

Dah ada kereta, itu nikmat. Tapi tak boleh nak dapat kesenangan saja, kena bersedia terima kekurangan juga. Bila pakai kereta, antara ujiannya, kereta rosak, kereta kemalangan. Semuanya kena besarkan hati untuk melaluinya. Sama juga bila dah kahwin nanti. Dah ada suami, dah ada isteri. Tapi bukan sampai situ saja, bukan senang sokmo, mesti ada kurangnya, mesti ada ujiannya. Kena besarkan hati juga.

Ini ujian yang besar untuk saya, jujurnya. Spanjang di Kuantan ni lah. ^_^
Tanpa family, jauh dengan Abang. Macam-macamlah.
Mencabar sungguh.

Percaya, ada yang Allah ingin beri. Samada sekarang atau masa hadapan atau mungkin di sana.

Tapi yang pasti, DIA mahu saya sentiasa dekat dengan DIA. Itulah matlamat ujianNYA.

Dan insya ALLAH, tidak akan menjauhiNYA.

Terima untuk ujian ini, Allah.

Terima kasih untuk semua sokongan, keluargaku.

Terima kasih juga sahabat sahabat yang membanti, Khadijah Abbas, Atiqah Razak, WIrdah, Sarah dan Hajar. ^_^

Allah itu dzat yang baik, tidak menyukai kecuali perkara yang baik-baik sahaja. ^_^

Wallahu a'lam.
:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Thursday, December 22, 2011

SAHABAT : Lu pikir la sendiri ^_^

2 comments:
Frust sangat ni dengan presentation hari ni. ^_^ Letak gambar saje pun jadilah. ^_^






Dalam menunaikan hak dan amanah sebagai seorang kawan, aku paling takut andai aku menjadi sahabat yang suka meminta tolong tetapi liat memberi pertolongan.

Aku paling takut menjadi sahabat yang suka mengambil kesempatan, tetapi tidak suka memberi kesempatan.


Aku paling takut menjadi sahabat yang memilih teman waktu senang dan menyenangkan, tetapi meninggalkan kawan waktu susah dan disusahkan.


A
ku juga paling takut andai aku menjadi sahabat yang suka ditolak ansur, tetapi tidak suka bertolak ansur.

Ya, kita ada amanah dan hak terhadap sahabat kita, jangan cuma kita mengharap hak mereka pada kita.

p/s: Maaf semua orang, kalau tak jadi sahabat yang baek untuk anda. My bad side ^_^

Semoga Allah meredhai semua sahabatku dan moga aku juga diredhai semua sahabatku. Ameeeen!








Seriusly terkejut dengan stat blog ni. Meningkat mendadak.
Ni semua dek kerana penulis-penulis hebat yang menyumbang tulisannya disini berkenaan kos di UIA Kuantan. Tahniah. Memang objektif kita sampai, insya Allah,ada sumbangannya. ^_^

Bila macam ni, rasa macam kena muhasabah diri. Apa aku tulis kat blog ni?
Makin ramai orang datang, dan baca, makin banyak kelak aku dipersoalkan.

Astaghfirullahal 'aziim. ^_^






:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Wednesday, December 21, 2011

Bercerita soal jodoh. :)

16 comments:



"Mak,tadi kawan kakak bagitau. Ada orang Tanya pasal kakak." Kataku pada mak yang sedang membasuh pinggan. Mak berhenti sejenak, memandang anak daranya yang kelihatan tidak keruan.


"Pastu kakak kata apa?" soal mak.



"Kakak tak cakap apa pun mak. Kakak diam je. Tak cakap apa pun. Kakak tatau la mak. Kakak rasa.. Entah!" kataku sambil menyusun gelas-gelas kaca di rak aluminium.


"Kakak dah dewasa. Kena mula fikir tentang semua ni. Dari dulu asyik diam je. Nak tunggu sapa-sapa ke?" soal mak, memancing nampaknya.


"Tak adalah. Bukan macam tu mak. Kalau kakak cakap YA ke TAK ke, ada makna ke? Bukan kakak boleh kawin pun dengan dia. Buat masalah hati kakak jugak." Kataku sambil menarik kerusi untuk duduk. Mak pun kelihatan menarik membicarakan topic ini.


"Bukan macam tu. Tak semestinya terus kawin. Kakak pun muda lagi nak kawin sekarang. Entah kakak. Mak tidak paksa kakak terima ke tolak ke, mak tak kisah. Mak serah pada kakak. Tapi mak tak larang kalau kakak ada sapa-sapa yang steady, sebab mak tahu, anak mak reti beza dosa pahala. Anak mak paham benar muamalatnya macamana. Kan Kakak?" lirikan mata mak membuatkan aku rasa gundah.


"Kakak ingat nak serah semua pada mak. Biar mak yang tentukan siapa calon menantu mak. Kakak tak kisah. Kakak nak buat mak bahagia." Senyumku sambil meneguk susu segar dari peti ais.


"Yang nak kawinnya kakak. Yang nak hidup sampai mati pun kakak. Bukan mak. Kakak berhak tentukan pilihan kakak. Mak tentu bahagia dengan pilihan kakak. Kakakkan pandai memilih. Kakak kan tahu dari sudut apa kita kena pilih." Lembut bicara mak.


"Kakak suka kalau mak pilih. Mak kenal anak mak lama dah. Tentu mak tahu sapa yang sesuai dengan kakak kan? Mak mesti tahu orang macamana boleh tahan dengan perangai kakak. Mak mesti tahu lelaki mana agaknya sanggup layan semua karenah kakak." Kataku sambil memandang mak tanpa berkelip. Khusyuk beb!


"Mencari pasangan hidup bukan mudah. Pasangan hidup maknanya pasangan untuk hidup bersama. Bukan sekejap. Jika umur panjang mungkin bersama sehingga 50 tahun. Bangun bersama, makan bersama, berbual bersama, tidur bersama. Berkongsi anak, berkongsi rumah, berkongsi rasa, berkongsi kasih. Bukan senang kakak. Tak boleh bina atas rasa cinta semata. Maka, mencari pasangan hidup ini memang perkara serius. Serius. Memang serius. Jangan akibat si dia mengurat kakak, pastu kakak terus terpesona dan bersetuju. Jangan semata si dia comel atau glamour, kakak pun terus mengambilnya. Serius tau. Nak mencari bakal suami untuk hidup berpuluh-puluh tahun dengan kita, sampai kita mati, bukan mengambil masa sehari dua sayang. Kita kena usaha jugak." Mak mula mengelap tangan dengan tuala hijau di tepi sinki. Tanda siap mencuci pinggan mangkuk seusai makan malam tadi.




"Maksud Mak kakak kena macamana? Kena usaha macamana? Kakak tak pandailah. Kakak tak suka fikir benda-benda macam ni. Usaha macamana ye? Mak suruh kakak cakap apa kat orang yang Tanya kakak tu?"soalku,ghairah ingin tahu.




"Kakak, mak tak suruh kakak cakap apa-apa. Usaha ni tak semestinya dengan bercinta atau mencari kekasih tau. Kita orang yang ada agama. Kena ada beza dengan orang yang tak ada agama. Kita kena ikut garis panduan yang Allah suruh. bukan usaha pergi ngurat sana sini. Tapi sekurang-kurangnya kakak bagi peluang untuk diri kakak dan orang yang nak kenal kakak. Bagi peluang tak semestinya kena keluar bersama. Tak semestinya kena mesej-mesej, call-call. Bagi peluang orang tu kenal kakak. Dan kakak kenal dia. Dengan cara baik, cara agama kita." Mak mula menyapu lantai. Aduh, rajinnya mak!


"Jodoh tak datang bergolekkan Mak?" kataku sambil menolong Mak mengemas lantai marmar kuning itu.




"Ya kakak. Jodoh memang tak datang bergolek. Kalau jodoh datang bergolek, kasihanlah bakal suami kakak, kena bergolek-golek nak datang sini jumpa Mak." Ketawa mak memecah keseriusan dalam perbicaraan.




"Mak ni.. Macam tu pulak. Bakal suami kakak tu kan Allah dah tetapkan. Kenapa kakak mesti usaha juga?" soalku selepas ketawa dengan lawak mak yang sangat lucu.


"Kakak, nak makan kelapa, kena panjat pokoknya. Nak minum air, kena pegang gelasnya. Tak datang jodoh tu tercongok depan kakak. Nak exam pun Allah dah tetapkan keputusannya. Tapi kaka usaha jugak kan? Kakak kena usaha. Usaha macamana? Usaha perbaiki diri kakak. Kakak nak cari orang yang sayang kakak kan? Kakak kena sayang diri sendiri terlebih dahulu. Kakak usaha perbaiki diri. Insya allah, satu usaha yang Allah kira dalam usaha kakak nak dapat suami yang baik. Takkan muslimah yang baik untuk muslimin yang tak baik kan? Jadi, kena jadi muslimah solehah dulu. Kakak kena usaha jadi lebih baik. Itu satu usaha tau. Perkuatkan ibadah. Pertingkatkan ilmu agama dan sebagainya. supaya nanti bila dah berkeluarga, kakak matang dan semakin disayang suami. Kalau suami dah sayang, insya allah, Allah pun sayang juga." Mak kembali duduk bertentangan denganku.




"insya allah mak,kakak cuba baiki diri. Nak cari orang yang faham kita ni susah jugak." Kataku lagi.




"Kakak, kita jangan harapkan seorang suami yang sempurna. kita sendiri punya terlalu banyak kekurangan. Kita kena terima kekurangannya seperti mana dia perlu menerima kekurangan kita. Mak tahu, susah nak faham kakak ni. Dari kecik lagi memang degil,tak disangka-sangka perangainya. Rebut kencang angin taufan tak tahu lah. Tapi kakak kena ingat, kita tak boleh nak suruh semua orang faham kita. Kita juga kena faham suami kita. Jangan nak ikut kepala saja. kakak dah jadi anak solehah buat mak dan ayah. Mak yakin kakak boleh jadi isteri yang solehah. Cuma perlu penambahbaikan lagi sedikit. Kakak kena usahalah. Jangan dok hitung orang datang meminang saja ya?" ketawa mak halus di hujung kata. Aku mengangguk.




"Yelah mak. Kakak faham dah. Insya allah. Kakak cuba baiki diri. Kakak tak nak jadi macam kawan-kawan kakak. Belum apa-apa lagi lelaki dah bebas nak mesej, nak cakap macam-macam. Belum tentu jadi suami lagi. Kakak harap mak doakan kakak tetap dengan prinsip kakak. Kakak nak jadi permata yang berharga. Buat mak, ayah, keluarga dan tentu sekali agama. Mak doakan kakak dapat jodoh yang paaaling baik. Nanti kakak nak hadiahkan mak menantu yang terbaaaik. Tapi sebelum tu kakak nak kena jadi yang paling baik jugak la kan? Harap-harap kakak Berjaya Mak. Harap-harap Allah beri kakak suami yang boleh jaga kakak, faham kakak, dan yang tak kurang penting jugak, suami yang boleh bahagiakan hati mak dan keluarga kakak. Amin" kataku sambil meraup tangan ke muka.




"Amin. Insya allah sayang. Mak selalu doakan kakak. Suami soleh milik kakak insya allah. Yang penting, jaga diri kakak. Jaga batas dalam bermuamalat. Jaga ibadah kakak. Semua kakak kena jaga. Yelah, sebelum anak perempuan mak jaga anak teruna orang, kena pandai jaga diri sendiri dulu. Tak gitu? Kalau tak, kasihan pulak anak teruna orang nanti." Kata mak sambil membuka apron dan menggantungkannya ke dinding.




"betul tu mak. Diri sendiri pun tak terjaga, dok sibuk nak pi jaga anak orang. Jaga diri sendiri dulu kan. Insya allah, kakak cuba yang terbaik. Apa saja yang buat mak bahagia, kakak insya allah cuba ikhtiarkan. Jadi mak, macamana dengan yang Tanya pasal kakak tu?"soalku, balik pada topic asal.




"Kakak tak nak ke? Kenal dia tak?" soal mak,serius.




"Kenal tu kenal. Tapi kenal macam tu saja. Tak tahu lah lebih-lebih. Entah macamana boleh berkenan kat kakak. Tak layak dengan dia mak. Dia orang hebat. Kakak ni entah apa. Hampa padi saja nak dibandingkan dengan orang macam dia tu. Kakak rasa macam segan nak berdiri sebelah dia. Apatah lagi nak….hem.." garu-garu kepala,tandanya malu.




"Kakak hebat dari sudut lain. mungkin boleh bantu dia dalam kehebatan dia. Kita tak tahu. Nanti kalau kakak kat sisi dia, dia lagi hebat, sapa tahu."kata mak lagi.




"Aik, mak ni macam nak suruh kakak terima je?" kataku, blushing.




"eh! Tak lah sayang. Anak mak bersedia nak bagi komitmen ke? Mak harap anak mak baiki diri dulu. Biar standing dengan dia dulu. Apapun, terpulang pada kakak. Kakak lagi tahu urusan dunia kakak. Mak membantu saja."




"Ok lah kalau mak cakap macam tu. Kakak pun belum sedia nak bagi komitmen apa-apa. Kakak diam sajalah. Senang cerita kan mak? Bahagia…" kataku sambil menutup suis lampu ruang dapur dan melangkah bersama mak ke ruang menonton tv. Senyum puas.




"Kakak, pegi buat list apa yang kakak nak dari suami kakak." Kata mak. aku meluncur laju ke bilik adik. Mencari pen dan sehelai kertas. Kemudian terus menulis.






  1. Alim dan banyak ilmu agama.


  2. Solat jamaah tak tinggal,selalu p surau.


  3. Baek hati dan penyayang


  4. Lemah lembut dan penyabar


  5. Banyak buat ibadat sunnat.


  6. Pandai amek hati orang sekeliling kakak


  7. Tak pentingkan diri

  8. Boleh jadi imam dan rujukan orang sekeliling.


  9. Kefahaman agama yang jelas.


  10. ……………………….


Sampai hampir 30 item yang disenaraikan. Lalu aku tunjukkan kertas yang penuh berisi tulisan comelku kepada mak. mak membaca dengan tenang. Dibacanya satu persatu, jelas pada pendengaranku. Mak ambil kertas tersebut dan lekatkan pita selofan di belakangnya. Lalu mak menuju ke bilik tidurku. Kertas lunyai itu mak tampal kat dinding bilikku berhampiran katil tidurku, bersebelahan almari pakaianku.




"Pastikan semua item ni kakak ada sebelum kakak nak dapat suami idaman kakak ni.." kata mak sambil mengusap belakangku halus.




Aduh. Nak menangis sekarang. Mak!! anak mak nak cuba yang terbaik. Dengan bantuan dan doa serta dorongan mak, insya allah, anak mak nak jadi muslimah solehah dalam berjalan mencari calon suami, bakal penguat iman didada, bakal imam setiap solat fadhu dan sunnat, bakal insane untukku berkhidmat selamanya. Bakal lelaki yang aku mahu jadi sayap kirinya. Mak. doakan kakak. Kakak harap suami yang bakal kakak pilih, kakak jumpa, kakak hidup sama-sama adalah suami yang boleh bawa kakak ke syurga dunia dan syurga akhirat sana. Mak jangan henti doakan kakak. Kalau kakak salah, mak tegurlah kakak. Kalau kakak hilang diri, mak bantulah kakak. Ingatkan kakak. Jangan biar kakak lupa. Izinkan kakak kembara menjadi musafir mencari bakal suami yang soleh buat peneman diri. Dan kakak tak lupa menjadi yang solehah, persiapan diri untuknya yang soleh,Mak. kakak akan berusaha. Insya Allah!


p/s : Saje repost, nostalgik. ^_^

TIP : Tanya pada parent, "Mak, paling awal mak bagi kakak kahwin bila?"

Jawab Mak, "Paling awal pun tahun tiga. Jangan awal sangat. Fikirkan persediaan dan tanggungjawab."

Mencongak-congak dalam kepala, tahun tiga. Lambat lagi. Jom fokus benda lain dulu! ^_^

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.