Jumaat.
Pagi yang hening. Damai. Hujan renyai-renyai.
Bergegas untuk ke Terminal Makmur, nak beli tiket balik Kelantan. Ibunda minta pulang, ada urusan katanya.
Memandu sambil mendengar radiio IKIM. Waktu itu sedang dimainkan lagu Doa Dhuha oleh DJ yang bertugas. Mengikut rentak muzik. Best lagu ni.
Nak kata pandu laju, tak, biasa je. Tak terlalu perlahan. Dan tak terlalu laju. Normal.
Lampu isyarat di depan. Kereta depan brek mengejut. Saya pun menekan brek. Sempat berhenti di belakang kereta yang brek mengejut. Tiba-tiba pandang cermin belakang, sebuah kereta wira dengan lajunya dari arah belakang.
Dalam beberapa saat,
"Bedeguuuuum!!"
Kepala menghantuk stering. Seat belt tak pakai, memang lah.
Kereta terkehadapan. Nasib saya baik, kereta di depan sudah bergerak sedikit ke hadapan. Kalau tak tentu melibatkan tiga kereta.
Kaku dalam kereta. Nak keluar takut. Sebab sorang-sorang. (Sape suruh tak ajak teman?)
Jalan sesak. Orang nak pergi kerja. Saya menghala kereta ke tepi. Takut ada lagi yang terlanggar.
Saya pandang kereta belakang. Pergh. Teruk sheikh.
Pemandunya keluar. Dalam hati saya gusar. Pemandunya lelaki.
Saya pula cuma budak kecil perempuan yang tidak tahu apa-apa. (Ye ke.)
Saya juga cuak memikirkan kancil ini. Entah macamana rupanya. Masya Allah.
Memberanikan diri, keluar berhadapan. Dan berbincang.
Semuanya OK. Alhamdulillah.
Bila tengok kancil saya, tidak seperti yang saya bayangkan. Cederanya agak ringan jika dibandingkan dengan bunyi dan kereta orang yang melanggar. Teruk kot kereta dia. Boleh kata hancur depan. ^_^
Lama juga berbincang.
Ramai orang lelaki tu telefon. Cuak saya.
Saya nak telefon sapa? ^_^
Telefon Ibu, memaklumkan keadaan. Takut juga nak bagitau.
"Bu, ada orang langgar belakang kete la."
"Teruk ke?"
"Boleh tahan."
"Kakak cedera tak?"
"Sikit. Biasa."
"Takpelah, lumrah memandu. Lumrah ada kereta. Biasalah tu."
Seriusly, Ibu relax sungguh. Tak gelabah sikit pun.
Selesaikan dengan baik. Alhamdulillah.
Bila nak drive balik Tabari, memang kaku. Terketar-ketar jugak. Terngiang-ngiang bunyi kena langgar tadi. Traumakah ini?
Tapi tahan je, drive sajalah. Kalau tak drive sendiri nak suruh sapa drive? ^_^
Waktu tu memang tak terfikir nak telefon sape pun. Nak minta tolong sapa? Takut menyusahkan. Lagipun depa takde kenderaan nak pi. ^_^
Sampai Tabari, disambut Cik Khadijah, Cik Atiqah dan Cik Wirdah.
Pucat lesi muka. Tengok kancil tu pun dah cuak. Nak drive tataulah. ^_^
Lepas tu bertalu-talu dapat call dari Abang. Serius ingat dia nak marah.
Tapi tak sangka respon abang memang buat nangislah.
Biasa je bila dengar.
"Takpe, nanti balik kelate, kita repair lah."
Saya tanya, "Gitu je abang? Abang tak sayang saya eh?"
"Sebab sayang awak la, bukan sayang kereta."
Hiii, Suke suke. Susah tu abang nak cakap macam tu. ^_^
Lagi kata abang, "takde apelah. Sikit je tu. Solat hajat and doa banyak-banyak. Kalau trauma, rilek dulu, dua tiga hari nanti boleh la drive balik."
Ibu pun pesan, "Kakak kena kuat, jangan lemah. Ujian sikit je tu. Senyum pada ujian. Kena tunjuk kita kuat. Tak lemah. Jangan dok bersedih. Ada hikmah Allah tu. Mesti kuat. Orang yang lemah adalah orang yang mati sebelum mati."
Terharu sangat. ^_^
Terima kasih semua. ^_^
Dah ada kereta, itu nikmat. Tapi tak boleh nak dapat kesenangan saja, kena bersedia terima kekurangan juga. Bila pakai kereta, antara ujiannya, kereta rosak, kereta kemalangan. Semuanya kena besarkan hati untuk melaluinya. Sama juga bila dah kahwin nanti. Dah ada suami, dah ada isteri. Tapi bukan sampai situ saja, bukan senang sokmo, mesti ada kurangnya, mesti ada ujiannya. Kena besarkan hati juga.
Ini ujian yang besar untuk saya, jujurnya. Spanjang di Kuantan ni lah. ^_^
Tanpa family, jauh dengan Abang. Macam-macamlah.
Mencabar sungguh.
Percaya, ada yang Allah ingin beri. Samada sekarang atau masa hadapan atau mungkin di sana.
Tapi yang pasti, DIA mahu saya sentiasa dekat dengan DIA. Itulah matlamat ujianNYA.
Dan insya ALLAH, tidak akan menjauhiNYA.
Terima untuk ujian ini, Allah.
Terima kasih untuk semua sokongan, keluargaku.
Terima kasih juga sahabat sahabat yang membanti, Khadijah Abbas, Atiqah Razak, WIrdah, Sarah dan Hajar. ^_^
Allah itu dzat yang baik, tidak menyukai kecuali perkara yang baik-baik sahaja. ^_^
Wallahu a'lam.
:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::
:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::