♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Wednesday, May 30, 2012

Diary Exam : Takutnya salah jawab!

1 comment:








Dalam exam, kalau kita tahu jawapan itu SALAH, kita tak mungkin jawab dalam paper exam. Sebab kita tahu, kalau SALAH, nanti kita FAIL. Kena repeat paper.

Tapi dalam dunia, walaupun kita tahu DOSA itu salah (couple, aurat, muamalah, and etc) kita tetap BUAT juga tanpa TAKUT. 










Kenapa jadi macam tu?

Sebab kita eager nak jadi best student. Nak dapat 3.5 and above. Nak dean list. Nak dapat anugerah agong waktu konvo.  Kita eager sangat nak dapat pengiktirafan kat dunia dan seluruh makhluknya.

Tp kita tak eager nak dapat pengiktirafan dari AL KHALIQ. Kta tak eager nak dapat rahmat Allah, nak rebut pahala banyak-banyak, nak masuk Syurga Allah. Kita tak eager. Kita tak fikir pun. 

Itulah kita. Sekarang, jalan pulang masih ada, BERUBAHLAH. Jom kita berubah sama-sama. Menjadi yang lebih baik. ;)




Sementara ada masa sebelum Malaikat Maut datang kata GAME OVER. ;)

Kalau fail paper boleh repeat tapi kalau fail titian sirat tak dapat repeat.

Takutlah melakukan dosa seperti anda takutkan salah jawab dalam exam. Malah lebih dari tu takutnya.
 ;)

Exam mode. ;)

Anatomy preparation : 1 June 2012.
All the best~






Mahasiswa Mahasiswa juga,
akhirat jangan buat tak ingat pula.


p/s : Anatomy paper paling cuak. Continuous Assessment Mark paling tak best berbanding subjek lain. Kena kuat mujahadah ni. ;)

Doakan saya bersungguh sungguh deh. ;)



Tinta Anak Muda tak dapat join Himpunan Ekpresi Anak Muda di Kedah,
Bintu Solehah.





:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Tuesday, May 29, 2012

Diary Exam : Petua Murah Rezeki Dr Fadzilah Kamsah

22 comments:

Lepas selesai urusan revision, 
rehat minda sekejap dengan Solusi.

Tiba-tiba terjumpa petua murah rezeki ni.
Cakap dalam hati,
"Nanti nak update kat blog lah!"

Tararappappa~

  • Patuh segala suruhan Allah
  • Bermunajat pada malam hari
  • Buat baik kepada kedua ibu bapa 
  • Sentiasa mendoakan ibu bapa
  • Membaca Al Quran setiap hari
  • Melaksanakan sola taubat
  • Memperbanyakkan istighfar
  • Melakukan solat sunat Isyraq dan Dhuha setiap hari
  • Bertawakal pada Allah agar terbuka pintu rezeki
  • Banyak bersedeqah dengan ikhlas
  • Menyediakan kemudahan untuk anak yatim
  • Membantu orang miskin dan mereka yang memerlukan pertolongan
  • Memberi makan binatang seperti kucing/ burung. Bukan harimau.
  • Sentiasa bersangka baik
  • Tidak lokek untuk senyum kerana itu muka rezeki
  • Tunaikan haji atau umrah
  • Menjalin silaturrahim
  • Berumah tangga jika masih bujang
  • Banyak berdoa dan amalkan doa doa murah rezeki.
Itu sajalah post kali ni. Jom amalkan. ;)

Bukan dalam urusan peperiksaan dan natijahnya saja, tapi dalam segala urusan dunia dan natijahnya di akhirat kelak, insya Allah, murah rezeki.

Jom, fastabiqul khairat~


:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Diary Exam : 5 minit terakhir ;)

No comments:


Sepatutnya lima minit sebelum kertas dikutip, atau limia minit sebelum lecturer kata 
"Game Over"
kita kemas-kemas kertas, cek jawapan,
selawat banyak-banyak.
Semak dan semak semua jawapan.
Pastikan tidak ada ruang kosong.
Lepas tu,
tutup.
Baca Al-Fatihah.

Dan
tawakkal pada Allah.
Selawat jangan henti-henti.

Urus masa dalam peperiksaan dengan baik. 
;)

Tak comel bila lecturer kata,
GAME OVER,
kita tengah menulis,
nama dan matrik number belum isi,
kertas belum ikat.

Lecturer pun bengang.

;)

Nanti orang lain kena keluar dewan exam lambat.

Lapar kot~

;)



:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Sunday, May 27, 2012

Diary Exam : Belajar last minute

No comments:

Dalam belajar, memang selalu buat macam ni. 
Kecuali waktu kat DQ.
Satu malam takkan mampu nak revise semua benda. 
Mustahil.
Melainkan dah masyi.

Hebat sungguh ciptaan Allah. 

;)

Untuk jadi pelajar yang hebat, 
ini bukan jalannya.
Kita belajar bukan untuk exam semata-mata.

Ilmu yang kita catch up dalam satu malam tu,
hanya kekal untuk satu malam.

Nanti bila dah kerja,
nak pakai ilmu apa.

Sebab tu ramai sekarang orang yang bekerja,
tak pakai ilmu,
pakai sedap rasa.
Sebab waktu belajar,
study last minute.
Ehhe.


Contoh jelas,
waktu form 5 semua belajar pendidikan Islam.
COnfirm.
Matapelajaran wajib.
Tapi berapa kerat je yang amal?
Mesti sebab study untuk exam. 
Study plak last minute.
;)

Got to go.
^__^

Tinta Rakyat Benci Maksiat yang PM sokong,
Bintu Kamarudin.

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Diary Exam : Idea itu rezeki ;)

No comments:



Kadang-kadang, kita dah baca, kita dah hadam. Orang tanya pun, kita cair dan masyi boleh jawab.

Tapi bila dalam exam, puas kita recall, tak mai mai.

Bila masa dah tamat, TING!

Dia muncul.

Itulah namanya rezeki.

Tips untuk murahkan rezeki :

Istiqamah solat dhuha. Jangan sekali solat dhuha dah nak tengok perubahan. Kena solat setiap hari, jangan miss. Insya Allah, kita akan nampak berkatnya rezeki kita. ;)

Tips lain, banyakkan bersedeqah. Kalau tak boleh sedeqah duit, sedeqah budi, sedeqah senyum.

Tolong orang pun kira sedeqah tau. ;)
Kalau kawan minta tolong belikan makanan, kita pun tolong, tu pun kira sedeqah. ;)

Seronok kan?

Tip seterusnya... Hem mungkin jangan kedekut dan kikir kot. Maksudnya kalau ada orang minta sedeqah, berilah walau seringgit. Kalau ada orang minta derma ditimpa musibah, bantulah walau sedikit. ;)

Orang kedekut selalunya payah rezeki tau. ;)

p/s : Esok exam Radiation Physic. Killer paper. Ahha. Doakan deh. ;)
:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Saturday, May 26, 2012

Diary Exam : Senyum tapi istighfar ;)

No comments:

Senyum sebab : tengok dah nota ni, tapi tak hadam. 

Atau terfikir, waktu jumpa lecturer, dia dah bagi hint ni, tapi buat tatau.

Ala kulli hal, tak patut senyum, kena istighfar bila tak blh jawab. mungkin kerana dosa-dosa 

kita yang menghijab kita dengan jawapan. ;)


Mungkin kerana hak-hak kita kepada manusia yang tidak kita jaga. ;)

Jangan lupa solat taubat setiap hari. ;)

Aku takut pada dosa, kerana dosa itu kesannya terlalu besar, kesan pada duniaku, kesan pada akhiratku.
Aku takut pada dosa, kerana aku bimbang kerana dosa itu membuatkan rahmat Allah jauh dari aku.

Dan aku tidak punya apa-apa sekiranya Allah tidak merahmatiku.

p/s :
Masalah dalam dewan exam adalah dewan exam KAHS terlalu sejuk. Kot MEDCY tak mampu menghilangkan sejuknya. Esok kena bawak sweater 'Australia' kot. 


Esok exam 
UNGS 2040.
Islam, Knowledge and Civilization.

Doakan saya dan mereka.

Hasbiallahu wa ni'mal wakil.
Ni'mal maula wa ni'mal naseer. 

;)

Saya takde baju warna pink.
So sorry.
Lagipun hari ni blurr sangat.
Masih dalam MC sebenarnya. ;)

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Bukan segala-galanya.

2 comments:
Duit bukan segala-galanya.
Ramai orang kaya tapi hidup tak bahagia.

Duit bukan segala-galanya.
Nak buat ibadah, bukan duit syaratnya.
Nak bagi sedeqah dan infaq, bukan KAYA syaratnya.

Qarun, contoh paling jelas. Nak tahu kisah Qarun dan hartanya?


Di dalam kitab Ibn Katsir iaitu al-Bidayah wa an-Nihayah, Ibn Katsir ada mengisahkan siapa Qarun. Asalnya Qarun bukanlah orang yang senang; namun dia sangat rapat dengan Nabi Musa a.s. Qarun belajar dengan Nabi Musa a.s. Salah satu ilmu yang dipelajarinya ialah, ilmu mengenalpasti tempat mana emas tersembunyi di dalam bumi. Diringkaskan kisahnya, Qarun akhirnya menjadi kaya-raya. Allah SWT ada mengisahkan Qarun dan kekayaannya di dalam surah al-Qasas di dalam al-Quran, iaitu pada ayat-ayat 70-80.
Setelah kaya-raya, Qarun telah diminta agar memberikan sedikit harta kekayaannya kepada kaumnya. Namun, sayangnya Qarun membantah dan lebih daripada itu, Qarun mendabik dada bahawa segala harta yang diperolehinya itu adalah atas ilmu dan daya usaha dirinya sendiri. Akhirnya, kekayaan yang banyak itu tidak ke mana-mana apabila Allah SWT membenamkan Qarun dan istananya ke dalam bumi. Sesungguhnya, ini adalah suatu kisah penting dalam sejarah zakat, bahawa mereka yang kikir bahkan takbbur dengan hartanya pasti dimurkai Allah SWT.
Tidaklah menjadi kesalahan mencari harta, tapi biarlah bersederhana. Dan mengikut kemampuan kita.
Saya tertarik dengan satu ayat seorang ustaz,
"Enti boleh spend masa banyak-banyak untuk study, untuk berniaga, berbisnes dan sebagainya, jangan sampai masa enti untuk dakwah,untuk Islam terkorban pula. Syurga tak kira banyak mana duit enti, tapi pahala enti."
 
Kaya yang sebenarnya adalah kaya iman, kaya ilmu, kaya taqwa, kaya pahala. Bukan kaya duit semata-mata.
Orang Islam memang harus kaya. ;) Tapi biar dengan cara yang betul. 
Orang yang berkata, "Nanti aku kaya, aku boleh infaq banyak-banyak untuk Islam."
Jangan bagi syarat untuk infaq. Tunggu kaya baru nak infaq ke?

Saya tidak kata bahawa mencari harta itu salah, berdosa. Tapi kita harus bersederhana. Dan melalui jalan yang baik. Bukan jalan yang membahayakan diri. BUkan jalan yang mengorbankan study, bukan jalan yang mengorbankan dakwah serta tarbiah kita. 
Orang kaya tak semestinya senang. Tak semestinya bahagia. ;)

Tetapi bukan bermaksud orang islam tak boleh kaya sedangkan dahulu Saidina Uthman sangat kaya tetapi beliau diiktiraf oleh Saiditina Aishah sebagai orang lebih zuhud pada waktu itu berbanding dengan orang sanggup tinggalkan keluarga dan anak hanya mahu mengejar ZUHUD.
Kaya yang sebenarnya adalah kaya jiwa. Kaya budi. Kaya amal. ;)
Berbisnes itu sunnah Nabi. Betul... ;)
Tapi Nabi berbisnes, Islam tetap nombor satu. Bukan bisnes nombor satu tau. ;)
Tips untuk jadi kaya (terutama student) :
  • Berjimat cermat. Tak payah nak shopping sangat yang tak perlu. Kurangkan berjalan-jalan. Jalan-jalan ni pakai duit tau.
  • Berbisnes. Boleh je nak cari wang sampingan, tapi ingat, pandai-pandai susun aulawiyyat.
  • Banyakkan memberi. Beri wang. Beri budi. Beri kebaekan. Beri tazkirah. Kadang-kadang rezeki Allah tak datang dalam bentuk duit tau. ;)
  • Jaga amal-amal yang patut dijaga. Seperti bacaan Surah Al-Waqiah untuk memurahkan rezeki. Rasulullah pernah pesan, orang yang baca Waqiah takkan miskin.
  • Banyakkan mencari ilmu. Ilmu tu harta tau. Kelak ilmu tu boleh beri banyak kebaekan untuk kita didunia dan akhirat.
  • Jaga hubungan dengan manusia. Dengan Allah, of course lah. ;)
  • Amalkan istiqamah dengan solat Dhuha. 


Bear in mind : Kaya tak semestinya bahagia. Tapi kalau kaya amal, kaya pahala, dijanjikan ALLAH bahagia. 



:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Kami merindui yang sama ;)

No comments:

Bingkisan :

Bismillahirrahmanirrahim

hari ni dah jumaat! cepat sungguh masa berjalan.

semalam bukak TV channel al-hijrah. then tengok-tengok ada Ustaz Don. wah, rupenya program "Cinta Masjid" kali ini dibuat di sana.

selain tertarik dengan tajuk yang disampaikan; Cinta Rasul, hati saya juga tertarik dengan sesuatu yang lain.

jeng jeng jengggg

haha, ni la bendenye yang terus menarik saya menonton 30 minit ustaz Don sampai habis. sebab lokasi dia kat sini.

for your information, masjid ni nama dia masjid sayyidina hamzah. tak terletak kat uia pun. tapi kat kg batu, north of sentul 

this place is VERY memorable for me.masih saya ingat, di sinilah antara tempat saya jumpa 'cinta pertama' saya.wink wink :D amboi kemain



tempat saya bermain dengan kawan-kawan macam budak tadika,tempat kumpul ramai-ramai pastu wat bentuk love. hihi.malam-malam tyme orang lain tido kat kelas masjid ni juga ada sekolah rendah/tadika tak silap boleh lagi curi-curi pergi masjid. kononnya nak iktikaf la nih, tapi sbenarnya sebab kat masjid selesa, ada aircond.

area ni kat kawasan wudu' muslimiin kot, and dah dekat dengan dapur. tak sure jugak sebab area muslimin


pastu paling xle lupa kalau tyme weekend je mesti ade yang book untuk akad nikah. kat dewan pun ada pelamin =.= tortured.

paling rindu kat sorang budak ni, demukkkk bangat. mama dia kerja bersihkan masjid ni, so dia akan duk senyap-senyap atau main sensorang kat kawasan masjid. selalunya mama dia akan belikan roti canai pagi-pagi, pastu tinggalkan dia makan sensoranng sebab mama dia ada kerja. jadinya kami la yang bertanggungjawab main dengan dia bertanggungjawab nah

ni la kawasan budak gemuk tu dikenalpasti selalu bermain bersendirian

kat tingkat atas ada kelas agi n dewan. kat sana la kami berprogram. ajak adik-adik berbiah solehah, sama-sama membtulkan diri masing-masing.

dapur pun luassss. pendek kata tempat ni perfect ar.

pun begitu tempat ni bukan perfect sebab kemudahan dia je, tapi sebab memori yang dibawak oleh tempat nih .hoho

satu hari saya akan menjejakkan kaki agi kat masjid ni, InsyaAllah. nak buat ape? saje je jalan-jalan :P sambil iktikaf ke, tak pun pagi-pagi weekend dengar ceramah. rindu gak dengar ceramah ngan mak cik2. pastu sound effek belakang ada budak-budak kiut dengan kain semayang wane pink tengah bercakap2

Allah, temukan lah aku semula dengan 'cinta pertama'. kami saling merindui antara satu sama lain

haza wabillahitaufik

Kata saya :
Saya juga merindui masjid ini.
Sungguh
^_^

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Thursday, May 24, 2012

Doakan saya dan semua. ;)

2 comments:
Study-study juga, hak Allah jangan lupa. Solat awal waktu. Subuh jangan gajah apatah lagi dinasor. Quran jangan tinggal.

Kalau kita tahu bagaimana Quran itu membersihkan hati kita, tentu kita takkan tinggal baca Quran walaupun sehari. ;)

Doa banyak-banyak Allah bagi kesihatan yang baek. Ramai orang, esok paper, esoknya demam teruk. Kita doa, kalau Allah bagi sakit juga, itu ketentuan yang penuh hikmah, insya Allah. ;)

Jangan lupa doakan saya, alfaqirah ilallahi Al-Qadir.

25 Mei : Imaging Technology : Extremeties
27 Mei : Islam, Knowledge and Civilization
28 Mei : Radiation Physic
30 Mei : Bahasa Melayu Kerjaya
01 Jun : Human Structure and Function II
04 Jun : Analog Image Processing
06 Jun : Instrumentation : Conventional Imaging

Insya Allah balik ke Kelantan 6hb untuk bercuti 3 hari sebelum meneruskan posting :

11- 15hb Jun : Poliklinik Beserah
18- 22hb Jun : Hospital Bentong
25- 29hb Jun : Hospital Temerloh

Permudahkanlah urusan aku dan sahabat-sahabatku Ya Allah. ;)

Mohon doa semua!

Tinta Pelajar Cemerlang,
Bintu Kamarudin. 




:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

-From JB tu Indera Mahkota-

7 comments:
Pagi Jumaat itu, saya mesej Abang.

"Tak payah la datang Kuantan. Dah discharge KMC, dan dah sihat sikit. Makan pun OK."

Mesej reply dari Abang
"Kami bertolak pukul 5 petang. Naim dan Nuha nak jumpa Cikna ni.."

Naim yang tak suka saya ambil gambar dan Ali yang posing macho setiap kali saya ambil gambar.


Dua minggu lepas, sempat saya menginap di HTAA 2 hari dan semalaman di KMC. Saya bersungguh-sungguh tidak benarkan Ibu datang ke Kuantan. Kondisi Ibu Ayah yang tidak sihat, dan kalau saya terlantar di katil hospital, siapa yang akan uruskan penginapan Ibu Ayah nanti?
Akhirnya saya senang tidur bertemankan nurse yang baik-baik di HTAA. ;)

Baju Naim, Adik Sayang Tok Guru. Actually, saya beli baju ni untuk semua mereka, tapi Naim sorang yang bawak. Comel. ;)
Tp baju untuk Along muat pulak Papa dia pakai. Aduh. (gambar rumah Abang Yu di Kulai Johor)

Kancil yang banyak berjasa. ;)

Abang-Abang dari JB tetap bertegas nak datang.
Mereka tiba 11 malam pada hari Jumaat. Kami terus menuju ke Sungai Isap Damai, homestay yang Abang tempah. Bertambah terkejut bila Abang kata, "Kami stay kat sini 2 malam."

Naim dan Abi.


Punyalah saya ceramah, "Kenapa lah susah-susah datang. Jauh tu. Dikna dah sihat pun."

Jawab Abang, "Saja nak bagi semangat."
Akhirnya saya yang terdiam dan lari.

Sungguh terharu. Dengan telatah anak saudara, saya memang gembira dan melupakan banyak benda yang berlaku beberapa hari sebelumnya.
they make my weekend. ;)
Ali, Naim, Nuha, Aleeya.

kagum cikna tengok selipar mereka semua Angry Bird!

Sedang saya berborak-borak dengan Abang2 dan Kakak ipar, anak saudara saya bermain di luar anjung rumah. Kemudian, saya keluar melihat mereka, bersepah-sepah daun dan air atas bangku. Saya geram dan bertanya, "Sapa buat ni? Ya Allah. Sapa sepahkan ni?"

Mereka bertiga ( Naim, Aleeya, Ali) beratur dalam satu barisan. Saya bertanya lagi dan akhirnya,
Ali angkat tangan,
"Saya. Saya masak tadi Cikna." dengan pelatnya dia menjawab sambil angkat tangan.
Tak jadi nak marah, tergelak terus.

pandai cikna siapkan Nuha kan. ;)
Ali tu memang lawak.
Lepas bangun tidur, saya ajak mereka bermain di luar, tiba di tempat parking kereta sedang dia main kejar-kejar dengan Naim, boleh pulak dia berhenti lari dan tengok ke arah rumah dan kata,
"Rumah sape ni?? Rumah sape ni??"
Dengan nada marah dan tak puas hati.
Sweet lah anak saudara saya semuanya. ;)
Kak Long (kakak ipar) with Nuha and her Along.


Tak ada kata yang saya boleh ungkap untuk mereka. Mereka tahu apa yang saya rasa. Dan dengan mereka, memang saya tak mampu menipu. ;)

Dialah Abang, Dialah penjaga yang terbaik Allah hadiahkan untuk saya. ;)
Alhamdulillah. ;)

Keesokannya, kami plan untuk berjalan-jalan sambil singgah di KMC untuk further consult.
Paling best, bila saya diberikan kuasa veto untuk memilih tempat yang ingin dituju.

Akhirnya saya memilih Air Terjun Sungai Pandan. Tak pernah saya jejak, walau dekat. ;)
Have a very nice moment with them. ;)

they eating coco crunch. ;)
Naim ask me,
"Umah cikna takde mangkuk ke?"
Sweet lah.
Sampai tengahari di Sungai Pandan, saya bawa mereka solat di Masjid UIA dan makan di Jungle. Saya juga baru sekali makan di Jungle, itu pun dengan group PBL sebab ada jamuan.

Waktu kat Jungle tu, si Ali menangis satu 'hutan' dengar. Saya tengah solat Asar di surau Jungle pun dengar. Mengamuk apa pun saya dah lupa. ;)


bajet comel la tu posing. ;)
Lepas makan di Jungle, kami ke Teluk Chempedak. Oh Allah, saya tertunggu-tunggu bila masa saya akan sampai ke Teluk Chempedak. Beberapa kali nak pergi, tapi sokmo tak jadi. Rupanya Allah simpan 1st time untuk jejak TC dengan yang terchenta. ;)
Penat layan depa gaduh main belon.
Ali with Papa.
Papa with Along and Ali.
Family Abang Yu.





Jakunlah 1st time sampai TC. ;)

Sampai Maghrib kami di TC. Bergaduh-gaduh dengan anak saudara nak beli macam-macam kat TC tu. Pening nak layan. ;)

Ali gunting rambut.

Malam pula, kami memasak. Saja buat aktiviti bersama. Memandangkan homestay pun lengkap dengan segala bagai kelengkapan. Seronok masak dengan kakak-kakak ipar. ;)

Malam pula, saya minta izin untuk ke UIA, untuk bertemu mata dengan mereka yang sedang berFD. ;)

Saya janji untuk pulang pukul 11 malam.

Tapi, dah alang-alang bertemu ramai orang, terlewat pula 30 minit. Laju-laju drive balik Sungai Isap Damai, tengok Abang dah tertido tunggu saya depan TV.

Sedar-sedar je terus dia borak dengan saya macam-macam. Sampai akhirnya kami tertido di ruang tamu.
Tapi boleh pulak esok paginya dia tanya, "Semalam balik pukul berapa?"
Agaknya dia ingat tak apa yang saya cerita 'rahsia' malam tu? ;p


best la homestay ni. RM200 semalaman. Parking kereta luas. Ruang nak main pun luas. Sesuai lah dengan anak saudara yang nakal-nakal tu. Kereta Naza punya besar, kakak ipar kata, TAK MUAT tau. Sebab budak-budak kecik itu sangat hyperactive. ;)
Have a nice holiday with them. ;)
12 tengahari mereka bergerak pulang ke JB.
Sebelum balik, Abang sempat juga survey rumah sewa untuk saya.

Bila salam-salam nak balik,  Abang pesan,

"Take care." Sambil tengok muka saya yang dah mula 'suram'.

Mereka bertolak, saya mahu ke Taman Gelora mengejar sahabat-sahabat di sana, tapi sudah terlambat. Akhirnya, saya ambil buku di Tabari dan study di homestay sampai petang.

Tidak terhingga ucapan terima kasih saya pada mereka ; Abang Yu dan Family, dan Abang Ki dan family.
Kedatangan kalian bukan saja pengorbanan masa, jua pengorbanan wang ringgit.
Dan sungguh, saya tambah bersemangat dengan kedatangan kalian. Semangat untuk belajar, semangat untuk terus bersemangat. ;)

Thank you Allah, for all the blessing. ;)


:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Tuesday, May 22, 2012

Tribute Untuk Bakal Isteri

9 comments:

Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “ Jika aku hendak menyuruh seseorang supaya sujud kepada seseorang tentulah aku perintahkan isteri supaya sujud kepada suaminya."
Riwayat at-Tirmidzi, Ibnu Hibban, al-Baihaqi dan al-Wahidi




elakkan tabarruj di majlis yang penuh barakah. ;)


Bukanlah saya orang yang sesuai untuk menulis tribute untuk Isteri. Tetapi memandangkan atas dasar tanggungjawab dan menunaikan hak seorang sahabat ke atas sahabat, saya menulis. 

Hak muslim atas muslim yang lainnya ada enam.

Para sahabat bertanya: “Apakah wahai Rasulullah?.
Rasulullah s.a.w bersabda:
“Ucapkanlah salam jika berjumpa dengannya,”
“Jika ia mengundang kamu, maka penuhilah undangannya,”
“Jika dia meminta nasihat, maka berilah nasihat,”
“Jika dia bersin dan memuji Allah, maka ucapkanlah tasymit (Yarhamukumullah),”
“Jika ia sakit, maka ziarahilah dia,”
“Jika dia meninggal dunia, maka iringilah jenazahnya,” 



Pertama yang terlintas di benak fikiran saya, apabila dimaklumkan tentang pernikahan awak, lafaz ALHAMDULILLAH yang pertama saya ungkapkan. 
Bersyukur kerana dengan pernikahan itu terselamatlah dua anak Adam daripada godaan syaitan dan daripada dosa besar menghampiri zina.

Rasulullah bersabda, bermaksud: "Wanita yang paling berkat ialah yang paling murah maharnya dan mudah urusan perkahwinannya."




Hadis ini sering menjadi tarikan sejak dari Darul Quran 
(satu klu, sahabat saya yang bakal mendirikan rumah tangga adalah satu batch DQ GEN9.)
Dan saya mula merasakan cemburu, bertuahnya awak, menjadi salah seorang wanita yang dijamin keberkatannya.
Dimudahkan urusan perkahwinan.

Mendengar kisah bagaimana taatnya seorang anak, menerima pilihan jodoh ibu bapa, bertambah rasa kagum dan penuh barakah perkahwinan ini. Seriously, kalau saya berada di tempat awak, belum tentu saya segagah awak.
Melihatkan kegembiraan dan seri wajah awak, saya mula yakin,
awak gembira kerana awak telah  menggembirakan hati kedua orang tua dan keluarga awak. 

Mana nak cari kisah cinta seindah ini. 



(kalau awak taknak buat novel, biar saya buat.)

Setelah dijamin dengan keberkatan,
stage seterusnya adalah meletakkan mahar.
Saya yakin,
sebelum saya memberitahu,
awak sudah lebih dari tahu.
Kan awak juga yang mengaku dah baca banyak buku? 
Ahha.

Moga-moga mahar pernikahan nanti lebih-lebih memberi keberkatan dalam hidup awak.
Dua ciri yang Habibi Rasulillah sebutkan,
Murah maharnya.
Mudah perkahwinannya.
Dua-dua awak rembat.
Memang beruntung dan bertuahnya awak. 
:)




Maka,
pesan saya untuk awak,
janganlah dirosakkan keberkatan itu dengan perkara-perkara yang tidak nampak.
Penyakit-penyakit hati,
ibadah yang terjaga,
aqidah yang sejahtera.
Antara perkara yang wajib kita semua teliti.



Jangan lupa untuk bersyukur.
Bukan saja bersyukur dengan perkataan HAMDALAH,
tapi berakhlak, berkelakuan,
persis gaya orang yang bersyukur.



Ini sekadar peringatan dari saya.

Jagalah keberkatan hubungan dalam tempoh pertunangan. 
Moga-moga sedikit kesilapan pun sedaya upada kita elakkan. 
Sedikit dosa dan maksiat,
seboleh mungkin kita jauhkan.



Kadang-kadang,
boleh jadi perkara yang kecil,
boleh merosakkan sebuah keberkatan.

Jalan yang awak lalui sudah cantik,
tinggal lagi awak dan dia,
memperindahkannya. 
;)


tidak digalakkan meniru aksi ini dihadapan orang ramai.
;)
Masa yang ada, 
gunakan sebaiknya untuk mendalami ilmu agama.
Walaupun Encik Suami bakal mendidikmu,
tidak salah seandainya awak meringankan bebannya.
Tambah pula dia doktor,
tanggungjawab terhadap ummat
besar.




Teruskan menyokongnya di bidang perubatan.
Teruskan menyokongnya dibidang dakwah dan tarbiah.
Awak jadi penguat dia.
Awak jadi wanita yang hebat disebalik kehebatannya.


Sukanya andai kat sini saya mampu nyanyikan awak sebuah lagu,
Isteri Solehah,
nyanyian The Zikr.

Isteri cerdik yang solehah,
penyejuk mata,
penawar hati,
penajam fikiran.
Dirumah dia isteri,
dijalanan kawan,
sewaktu kita buntu,
dia penunjuk jalan.

Selebihnya lirik, awak cari sendiri. 



Menjadi seorang isteri yang solehah,
mudah tapi hakikatnya susah.
Saya pernah terbaca dalam sebuah buku,
Denyut Kasih Medik
(kalau belum baca, sila baca)
tulisan Farhan Hadi,
katanya,
seorang lelaki yang memiliki isteri solehah lebih berharga daripada dunia dan seisinya.
Ia satu motivasi yang baik untuk kita, 
kaum muslimah,
menjadi yang solehah.


Awak,
menjadi isteri nanti,
jangan mengharap dilayan bak bidadari.
Tapi jadilah suri,
jadilah permaisuri.
Jadilah orang yang menyenangkan Encik Suami
sewaktu dia susah.
Memudahkan Encik Suami,
sewaktu dia payah.
Meringankan Encik Suami,
sewaktu dia berat.

Perkahwinan itu bukan milik suami.
Walaupun dia ketua bahtera rumahtangga,
tapi tanggungjawab mengharmonikan rumah tangga
terletak di bahu keduanya.

Walaupun bayt muslim yang bakal di bina adalah
JARAK JAUH,
jangan sesekali memandang senang pada jarak.



Ramai orang kata,
kawin duduk jauh,
senanglah.
Tak kena selalu ada dengan suami.

Bagi pendapat saya,
sebaliknya.

Bagaimana jasad yang tidak ada disisi suami ini dirasai kehadirannya oleh suami?
Hebat tu kalau awak boleh buat. 
;)

Awak,
saya tahu,
sekarang awak busy bincang majlis kahwin.
Sekadar peringatan dari saya, 
bagaimana susahnya kita merancang majlis kahwin,
majlis itu hanya sehari atau dua hari.

Sedangkan,
perjalanan awak dan bakal suami,
lebih dari puluhan tahun.

Maka, 
perjalanan itu lebih perlu pada perancangan yang teliti.
Merancanglah.

Jangan asyik membincangkan majlis kahwin,
sehingga terlupa berbincang perancangan selepas kawin.

Apakah matlamat bayt muslim ini?

Tentu sekali bukan sekadar memenuhi tuntutan agama, tuntutan keluarga dan tuntutan diri,sebaliknya ia adalah memenuhi tuntutan Allah.

Renungkan kembali kenapa Rasulillah menyuruh ummatnya berkahwin.
Bukan sekadar berkahwin, malah Rasul juga memberi pelbagai guidelines dalam memilih pasangan.

Apakah matlamatnya?

Bayt dakwah.
Bayt Haraki.
Bayt tarbiah.

Apa saja nama yang ingin awak beri kepada bayt muslim yang dibina, 
saya tak nak tanya.

Tapi kemana hala tuju perkahwinan itu dibawa,
itu yang perlu ditekankan.

Sekadar peringatan,
sekiranya awak terlupa.


purple gelap macam ni eh? 

Peringatan itukan bermanfaat bagi orang mukmin.

Saya harap,
suatu hari nanti,
awak menjadi 
teladan buat kami.

Kami yang bakal mengikut jejak langkah awak,
walaupun tak tahu bila,
tapi insya ALLAH,
bakal.


 Di dalam hadis daripada Nabi s.a.w. yang menegaskan dengan maksud bahawa :
"Sesiapa yang telah berkahwin dikalangan kamu maka dia telah sempurnakan separuh dari urusan agamanya dan hendaklah dia bertaqwa kepada Allah pada setengah atau separuh urusan agama yang selebihnya".

Sempurnakan taqwa.
Separuh sudah sempurna, tinggal lagi separuh.
Separuh inilah yang akan membawa kita ke syurga. Ya, dengan taqwa.
Semoga bayt muslim tidak membuatkan awak hilang dari medan amal islami.
Semoga bayt muslim juga tidak membuatkan awak kaku di medan dakwah.
;)
Harapan saya, awak dan bakal suami, punya hala tuju yang 'meriah' dengan dakwah dan tarbiah dalam rumahtangga yang bakal dibina. 
Insya Allah. 
Saya dan sahabat-sahabat,
mendoakannya.

Banyak memberi, kurangkan mengharap.
Sudahkan awak khatamkan bacaan Women From Venus, Man from Mars?
Saya belum.
Tapi awak kena hadamkan buku ini.
Teringat saya pesanan Ustaz Hasrizal kepada yang bakal mendirikan rumah tangga. Antara cadangan buku yang diberikannya adalah buku tersebut. Mungkin bukan mudah untuk kita berjalan sama perlahan, berlari sama laju dengan bakal pasangan. Tapi usaha untuk mencari kesatuan itu yang perlu. Mustahil awak dan bakal suami sama. Sedangkan kalian melalui tarbiah yang berbeza, keluarga yang berbeza, background pendidikan yang berbeza.
Atas dasar perbezaan inilah,
perlunya tolak ansur dan toleransi.
Jua,
perlukan pengorbanan untuk saling memahami.


Awak,
berkahwin bakal menyatukan keluarga dan keluarga bakal suami.
Cetuskan suasana yang harmoni dan sentiasa sematkan dalam diri,
syurga suami tetap di bawah tapak kaki ibunya.
Sebagai anak lelaki,
benarkanlah dengan rela dia bertanggungjawab terhadap keluarganya.
Sepatutnya berbanggalah apabila dia menjadi anak yang soleh, 
kerana
itu adalah
kuncinya untuk ke syurga.
Dan kunci awak untuk ke syurga,
ada padanya.
;)

Seronok hidup berumah tangga.
Seronok itu subjektif sebenarnya.
Jadikan bayt muslim itu,
waktu senang pun seronok,
waktu ada masalah pun seronok.


Awak,
lepas ni hidup awak bakal berubah.
Saya sentiasa doakan yang terbaek buat awak.
Saya doakan awak istimaqah.
Saya sentiasa mahu awak bersama kami.

Awak,
Andai kata satu hari nanti saya nak kawin,
awak kembalikan post ini untuk saya,
supaya saya juga mengambil segala mutiara nasihat ini,
untuk bayt haraki saya kelak.


Akhirul kalam, 
akad nikah itu penamat kehidupan bujang.
tapi
sebenarnya ia adalah satu permulaan baru
kepada kehidupan yang lebih mencabar.

Sediakan mental, fizikal, dan rohani yang mantap.


Awak,
nak hadiah apa untuk perkahwinan nanti?
;)

p/s :
Jangan lupa announce,
dah ramai orang tertanya-tanya tu.

Nak nak je saya sebut nama 'awak' kat sini.
Sabau-sabau.

Kita tunggu empunya diri yang announce.
;)

Sehingga kita sentiasa bertemu andai kita istiqamah,
HUSNATAQWA.
abnaul harakah. 
;)

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.