♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Monday, August 26, 2013

Menjejak UIA. ;)

Hampir dua bulan bercuti, akhirnya 22 Ogos, saya menjejak semula ke bumi Kuantan. Bumi yang penuh dengan impian dan harapan. Alhamdulillah, 5 jam memandu tanpa henti. Untung bertolak awal pagi, tidak banyak kenderaan di jalan raya.

23 Ogos, saya dan 79 orang komiti Taaruf Program 2013/2014 bertolak ke Agro Semuji Resort untuk induksi Taaruf Program.

Kalau nak dikira, officially semester belum bermula. Tapi saya datang awal kerana bertugas sebagai salah seorang komiti Taaruf Program untuk intake adik-adik yang bakal mendaftar di UIA pada 3hb September nanti.

Berat rasa hati nak tinggalkan rumah lebih awal dari orang lain. Tapi mana nak dinamakan pengorbanan kalau kita tak rasa susah kan? ;)

Agro Semuji Resort sangat cantik. Err, walaupun bersebelahan dengan PLKN Gambang, suasananya cukup tenang dan melapangkan. Kebetulan hati yang sedang berserabut, memang sesuai dapat menginap di resort yang melapangkan barang sehari dua. Alhamdulillah. ^^

taaruf program komiti. ;)

Induksi ni antara tujuannya nak bina bonding antara 80 orang komiti. So a lot of program yang best dibuat. Antaranya hiking. Tapi aktiviti best ni bertukar jadi tragedi buat saya bila di akhir pengembaraan, saya terjatuh dengan best.

Di awal pengembaraan, bukan main lagi berhati-hati. Duk risau dah dalam hati, kalau jatuh ni, habislah nak jawab apa dengan ibu ayah satgi. Bila dah nak habis pengembaraan, hati rasa eksaited sebab "yes, i proved it i can make it."

Sedang hati bermonolog dengan penuh bangga terhadap kemampuan diri sendiri, time tu jugaklah tergelincir dan jatuh. Subhanallah. Kehendak Allah kan. ;)

Kemudia, detik di resort dah bertukar jadi menyakitkan sebab nak bergerak pun sangat susah dan sakit.

"Berdikarilah.."

Teringat pesan Ibu. Berdikari.

Saya tidak suka sekiranya kelemahan saya diketahui oleh orang lain. COntoh, sekiranya saya sakit. Sebolehnya sedaya upayanya saya akan sembunyikan dari orang. Sakit macamana pun kalau boleh tahan, tahan dulu. Kalau boleh jalan, jalan dulu. Kalau dah tak tahan sangat, baru surrender.

Kelemahan adalah aib. ^^

Makanya, saya berdikari. Takkisah kaki sakit pun, jalan tetap jalan. Inni qawiyy. Sesungguhnya saya kuat. ;)

Selepas 3 hari dua malam di resort, kami bertolak balik ke UIA. ALhamdulillah.

Isnin pula, Eid Gathering yang cukup bermakna di Grand Hall bersama honourable IIUM Rector, Prof Dato Dr Zaleha.

Eid Gathering

Alhamdulillah ala kulli hal.

Walaupun datang awai dan tak dapat nak spend lebih masa dengan Ibu, pengalaman yang baru ini cukup bermakna bagi saya. Sekuranya-kurangnya, banyak benda baru yang saya tahu dan belajar.

Tiba-tiba dapat taklifan sebagai assistant head Discipline and Ibadah (DnI) membantu Azam Amirdun. Tak kekok nak bekerja dengan Azam, sebab sejak PJ dalam MEDCY, cukup rapat bekerja bersama. Alhamdulillah, walaupun jawatan ini baru dan cukup kejutan, tapi bila dikelilingi orang yang kita kenal, ia tidak menjadi masalah besar. Seramai 8 orang yang bersama dalam DnI iaitu, Azam saya sendiri, Afiqah Ibrahim, Fauhatuzzahroh (pengantin baru), Syahir Yusup, Salihin Harun, Khairi dan Hanif Mat Isa.

Mereka semua sangat sporting dan enjoy. ;)

So they make my day. Alhamdulillah. ^^

Esok Selasa, akan bermula dengan Preparation Week, which mean a week that full with meeting. May ALLAH bless.



:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

2 comments:

Anonymous said...

Azam saya sendiri?

Haha kak husna dah berapa kali kantoi ni dok sebut nama head dia. rupanya..

berTABAHlah kak husna.

husnataqwa said...

gosip jah pandai. cehh.

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.