♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Friday, September 30, 2011

Strong-To-Be

1 comment:

Bismillah Alhamdulillah.

Pertama dan selamanya, suka untuk saya panjatkan kesyukuran kepada ALLAH kerana memberi saya ruang dan peluang untuk terus menulis.

Sementara semalam, saya menyiapkan 'LIST TO DO' untuk ditampal di dinding compartment. Dan sayang sekali, tidak ada taklifat 'UPDATE BLOG' di situ. Sehingga saya terlintas untuk berhenti menulis, buat sementara waktu. Tapi akhirnya, saya mengambil keputusan untuk terus menulis, tapi mungkin tidak sekerap dan segagah dahulu. Ya, dahulu, sewaktu saya menjadi kanak-kanak di Pusat Asasi Petaling Jaya. J

Suka untuk saya menyentuh post terakhir sebelum ni, berkenaan tudung labuh. Syukran jazilan atas semua respon yang saya kira sangat menarik. Jazakumullah atas segala pendapat dan pandangan anda tentang isu yang tak pernah habis, seperti tudung labuh.

Dan saya juga tertarik dengan komen junior saya dari Pusat Asasi, Akh Lukhman.

Assalamualaikum. Izinkan ana, junior akak, nak komen sesuatu.

Hukum di dunia, kita akan dapat sesuatu yang kita beri. Al-Fadhil Ustaz Muhadir sendiri sudah banyak meriwayatkan kisah (dahulu dan kini), yang berlegar di sekitar hukum itu.

Pada pandangan ana, sebelum kita nak orang jangan anti dengan kita yang tudung labuh, terlebih dahulu kita jangan anti dengan mereka yang tudung pendek (atau yang tak bertudung langsung). Tudung atau tak, itu dosa mereka dengan ALLAH SWT. Tetapi, urusan antara kita dengan mereka ialah dakwah.

Ana bercakap ni berdasarkan pengalaman yang tidak jauh beza. Isu yang sama berlaku, cuma antara yang berkopiah dengan tak berkopiah. Dan kadang-kadang, mereka yang cuma menggunakan pendekatan yang berbeza (dengan menanggalkan kopiah dalam keadaan tertentu), menjadi mangsa kepada lidah-lidah liar dalam jemaah dakwah yang terlalu 'ketat tak bertempat'. Itu pun satu masalah juga.

Ana rasa ana dah bagitau apa yang ana nak cakap. Wallahu a'lam.



Dan saya juga bersetuju dengan pandangan beliau. Satu perkara yang kita selalu tidak nampak adalah tindak balas kita terhadap orang lain, sedangkan kita selalu melihat tindak balas orang lain terhadap kita. 
Mungkin sesetengah orang berpendapat, 'Saya tidak boleh bertoleransi dengan orang yang terang-terangan melakukan maksiat.'

Saya juga antara orang yang berpendapat begitu tetapi, satu perkara yang perlu dihighlighkan, adalah, sekiranya pelaku maksiat itu melakukan maksiat dalam keadaan beliau sangat mafhum dan faham akan maksiat dan dosa yang dilakukannya.

Tidaklah membenci orangnya. Tetapi, membenci sekadar maksiatnya.

Dan saya kira, orang yang membawa personaliti Islam, tanggungjawabnya bukan saja membawa Islam dengan pakaiannya, malah lebih dari itu.

Bawalah Islam dengan AKHLAK serta PERSONALITI yang selayaknya dengan keindahan dan ke'izzahan Islam itu sendiri.
Insya ALLAH.

Buat mereka atau KITA, yang mahu menjaga dan meletakkan Islam kembali ke tempat yang tertinggi, tidak elok untuk kita menjauhi golongan-golangan yang 'bertudung pendek' atau dalam erti kata lain, 'tudung tidak cukup syarat'. Soal yang tidak bertudung, rasanya itu menjadi isu lain.

Dekatilah mereka. Fahami dan cubalah mencari method terbaik untuk mengalirkan cahaya dakwah ke dalam hati-hati mereka. Moga-moga dengan keikhlasan kita, ALLAH membuka pintu hidayah buatnya. Insya ALLAH. J

Peringatan, jangan sesekali memandang orang yang bertudung kurang sempurna itu jijik dan hina. Sesungguhnya, kita tidak pernah tahu apa yang akan terjadi pada masa akan datang. Ingat, do respect others. J



Kehidupan saya di bumi Kuantan

Sibuk? Mesti. Jadual yang penuh. Kelas bermula 9 pagi dan berakhir jam 5 petang. Kecuali pada hari Selasa dan Khamis, kelas berakhir jam 7 malam!

Dan biasanya, pukul 7 malam, bas sudah tidak ada. Dan memang tak ada pun. Terpaksalah berjalan kaki, menyelusuri highway empat jalan, dengan kereta import dan buatan Malaysia yang laju-laju. Tidak termasuk dengan anjing berkeliaran dan Mat Bangla yang menakutkan. J (Macam hiperbola sangat perumpamaan ini)

Itulah tarbiyyah kan?

Tidak termasuk bagaimana cara untuk mengurus masa dengan bijak. Taklifat terlalu banyak. Taklifat pada dakwah. Taklifat pada akademik. Semuanya memerlukan komitmen yang 100%, bukan separuh-separuh.
Hanya tinggal doa dan usaha. Berdoa agar ALLAH memberi kekuatan dan kesabaran.

Petaling Jaya dan Kuantan jauh berbeza. Ibarat langit dan bumi. Ibarat lautan dan daratan. (berfalsafah pulak!)

Sehingga hari ini, masih mencari-cari majlis ilmu dan talaqi kitab. Hati ini perlu cepat diubat. Sebelum 'sakit'nya semakin melarat. 
Mungkin, bila dah ada kenderaan nanti, lebih mudah untuk bergerak dan lebih senang untuk menjadi ahli masjid. Insya ALLAH. Doa-doakanlah! J

Bila ditanya, "Macam mana Mahallah Tabari?"

Jawapan saya buat yang tertanya-tanya, "Selesa. Tapi kelengkapan terlalu kurang."

Itu jawapan yang saya kira sangat tepat. Seriously, selesa sangat. Cuma masalah dari segi pengangkutan dan facilities yang lain.

Oh ya, semalam, saya ke Hospital Temerloh (HosHAS). Buat 'lawatan sambil belajar'. Briefly diperkenalkan dengan skop kerja akan datang. Menarik juga.

Sewaktu menjejakkan kaki ke Hospital, setelah beberapa lama tak menjejak, saya tersenyum. Teringat kenangan lalu. Apabila sering ulang-alik ke Hospital, saya menjadi sangat boring, dan selalu berkata kepada keluarga, "Saya tak akan bekerja di hospital. Annoying!"

Dan akhirnya, hospital juga tempat yang saya akan jejak. Tersenyum panjang. Orang kata, benda yang kita benci itulah yang selalunya kita dapat. Tapi saya gembira, kerana ALLAH hadirkan rasa cinta kepada saya dalam bidang ini. Sehingga hilang rasa ingin bercinta dengan manusia. Ehhe.

Terima kasih kepada Ibu yang selalu memberi saya semangat dan ayat-ayat penguat dari Rabbul Izzati. Terima kasih Ibu. J



Semoga ALLAH memudahkan urusan saya dan sahabat-sahabat yang lain dalam urusan menuntut ilmu dan pengalaman hidup di persinggahan yang sementara ini sebelum memasuki alam yang kekal abadi di akhirat sana. Insya ALLAH.

Sehingga bertemu lagi.




 

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Saturday, September 24, 2011

Jangan ANTI dengan tudung labuh.

12 comments:





Kami dipecahkan ikut group. Kebetulan, waktu itu saya memakai jaket labuh. Seorang sister berselendang datang mendekati.

"Sorang lagi group kita pakai tudung labuh ke?" soal beliau. Syaa menggeleng dengan senyuman.

"Nasib baik. Kalau tak.. habislah nak kena kerjasama dengan budak tudung labuh. Fuh..!" komennya lagi.

Saya tersenyum. Tak tahu sama ada beliau perasan atau tidak keadaan tudung saya, tapi ia menarik untuk diketahui responnya.



Saya sendiri tidak pasti, apakah yang membuatkan tudung labuh begitu dibenci. Seolah-olah ia satu virus yang semua orang mahu menjauhinya.

Salahnya siapa? Pemakai tudung labuh atau kain yang labuh itu?

Beberapa statement seperti, "tak kiralah tudung tu labuh atau tidak, yang penting hati baik."

Analogi mudah untuk kita renungkan. Coklat Cadbury dibalut dengan kertas yang sempurna. Menutupi semua ruang coklatnya yang sedap. Sedangkan satu lagi coklat Cadbury, dibalut separuh sahaja. Coklat yang sama, dengan penampilan yang berbeza, tentu memberi impression yang berbeza.

Dalam urusan tudung labuh atau tidak, saya tidak pasti kenapa sesetengah orang begitu trauma dengan pemakai tudung labuh. Ya, sangat buntu.

Salahkah orang yang cuba untuk menyempurnakan penutupan auratnya?

Membenci mereka bererti anda benci Islam ditegakkan.

Ketepikan soal perangainya ataupun segala jenis 'sejarah' anda yang pernah tercipta dengan orang tudung labuh.

Ketahuilah, tudung labuh itu tidak salah. Yang silap, adalah akhlak dan peribadi manusia itu sendiri.

Jadi jangan boikot orang yang memakai tudung labuh. J



Beberapa sahabat yang ingin berhijrah daripada tudung biasa ke tudung labuh, menangis berhari-hari mencari kekuatan untuk berubah. Saya pelik. Jujurnya, sekiranya perubahan ke arah kebaikan, haruslah diberi sokongan sepenuhnya. Tapi musykil, bila dalam urusan tudung labuh, biasanya dicemuh, disindir, dan dilemparkan dengan pelbagai tuduhan.

Musykil dengan manusia yang mengeji perubahan manusia lain ke arah kebaikan.

Saya pernah terjumpa seorang mad'u. mengubah penampilan diri dengan bertudung labuh. Saya bertanya, apa respon orang sekeliling? Jawabnya, "Mereka kata saya nak mengurat 'ustaz' buat jadi pakwe!"

Bukankah menyebarkan fitnah ke atas perempuan muslim itu dalam soal agamanya lebih-lebih lagi merupakan satu perbuatan yang cukup keji di sisi ALLAH Taala?



Maka, berhentilah menjaga tepi kain orang. Dan banyakan melihat tepi kain sendiri. Kerana kelak di akhirat, yang dihitung ke atas anda adalah dosa dan pahala anda, bukan dosa dan pahala orang lain.
Berhati-hati memberi komen dalam urusan mendekati ALLAH. 


Oh, ya. Teringat post 'tudung' yang pernah ditulis lama dahulu. Sekali lagi saya kongsikan buat tatapan pembaca. J

Sebenarnya, jujur saya katakana, saya tidak apa masalah dengan sebarang tudung yang dipakai oleh rakan-rakan saya yang perempuan, khususnya rakan se-CFS. Selagi mana tudung yang dipakai menepati cirri yang digariskan islam, cukup untuk saya berlapang dada. Tetapi, apa yang menggugat perasaan saya, apabila ada yang bertudung tetapi tidak menepati cirri piawaian Islam. Ringkasnya, tudung yang dipakai harus menutup bahagian dada, atau dalam kata lain tidak menzahirkan apa yang ada sehingga jelas pada pandangan orang lain. Tudung yang dipaka I juga tidak boleh jarang sehingga menampakkan batang leher. Lebih terus lagi, sehingga orang yang memandang boleh melihat uraian rambut dan kadang-kadang dapat melihat dengan jelas jenis ikat rambut yang digunakannya! Paling tak senang, bagi yang berselendang. Saya tidak ada masalah sekiranya anda ingin berselendang. Tapi kalau boleh carilah selendang yang besar sikit dan jangan jarang. Apa tujuannya kita memakai tudung kalau setiap inci kepala kita dapat dilihat dengan jelas oleh orang lain lebih-lebih lagi lelaki lain yang ajnabi?



Persoalan kenapa memilih tudung labuh berbanding tudung besar. Sebenarnya, seperti yang saya katakana di atas, tidak ada masalah jenis tudung yang mahu dipilih. Asalkan menepati piawaian Islam. Berkenaan tudung labuh vs tudung bidang, langsung tidak memberi masalah kepada saya. Tudung bidang pun Alhamdulillah menepati piawaian jika tidak dililit hingga menzahirkan batang leher. Tudung labuh pun cantik sungguh,sempurna sekali. Jika disoal pada saya, kenapa saya tak pakai tudung bidang, cukuplah jawapan, saya lebih selesa bertudung labuh. Sejak form 1 saya biasa dengan tudung labuh. Dan bermula form 3, saya istiqamah dengannya. Tetapi ini tidak bermaksud saya memandang rendah pada mereka yang bertudung bidang. Tidak dapat dinafikan, ada yang bertudung bidang lebih baik daripada yang bertudung labuh. Sesungguhnya tudung labuh bukan ukuran melihat iman seseorang. Tak semestinya yang bertudung labuh, imannya selabuh tudungnya. Jangan menghukum begitu. Ia boleh mengundang padah.sebab itu saya katakana, saya tak kisah bagaimana anda ingin bertudung. Pilih yang mana anda rasa selesa dan berkenang di hati. Tapi rayu saya, jangan lupa jadikan Islam asas kepada cara pemakaian kita. Jika tidak mengikut syariat, pakailah apa saja, dan anda mendakwa diri anda kuat iman, itu salah.  jangan buat dakwaan bodoh la kawan. 

Sambung membaca di sini ----à
TEKAN DI SINI


 

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Friday, September 23, 2011

ALLAH pasti membuka jalan.

2 comments:

Ya, kita manusia biasa yang tidak boleh lari dari perasaan yang biasa. Mengeluh bila teruji. Menangis bila terluka. Meratapi nasib tatkala duka. Mungkin waktu itu kita belum melihat apakah hikmahnya ujian tercipta. Sehingga kita merasakan tidak ADIL ujian ini dari ALLAH buat kita.

Mungkinkah kita merasakan kita lebih hebat dari ALLAH? Lebih tahu apa yang baik dan apa yang tidak baik? Atau bagaimana? Buntu.

Kehidupan seorang insan benarlah sentiasa teruji. Dari pelbagai sudut, dari pelbagai segi, dan dengan pelbagai cara, kita diuji.

Waktu ujian datang menyusun di atas bahu, bukankah itu tanda peringatan dari ALLAH bahawa kita semakin liat untuk mendekatiNYA?

Dan beruntunglah mereka yang ALLAH tidak senang melihat mereka senang. Sentiasa dihantar ujian, agar beringat-ingat di depan ada AKHIRAT yang bakal menghitung segala-galanya.

Sesekali saya juga tidak tahan dengan ujian. Merasakan ujian terlalu banyak. Terlalu berat. Dan lebih parah apabila merasakan dalam hati, "kenapa ujian ini untuk aku bukan untuk dia?"


Dimanakah tawakal dan aqidah kita agaknya. L

Mempersoalkan ketentuan dan aturan Tuhan.

Aku mahu menjadi hamba yang redha.

Yakni, bila datang ujian, senyum dan letakkan sabar di depan.

Bila hati terluka atau dilukai, meletakkan redha di depan.

Kerana aku tahu, orang yang ALLAH sayang adalah orang yang sentiasa mengingatiNYA dalam segala perkara. Dan aku mahu menjadi antaranya. Insya ALLAH.

Setiap kali datang ujian, datang dugaan bertandang, kembalilah mencari ALLAH. Jika sudah bertemu denganNYA, teruslah mendakapinya erat agar tidak DIA menjauh dari kita, dan tidak pula kita menjauh dariNYA. Insya ALLAH.

Dan insya ALLAH, janji ALLAH itu benar.

"Sesiapa yang bertaqwa kepadaNYA, nescaya akan diberikan jalan keluar, dan direzekikannya dari sesuatu yang tidak disangka-sangka….." – Ayat Seribu Dinar. (Surah At-Talaq, Ayat 2)

Bercakap soal TAQWA, aku mahu menjadi Muttaqin, yakni orang yang bertaqwa. Kerana aku yakin, betaa tenangnya hati yang bertaqwa kepada ALLAH. Kerana ALLAH adalah tempat aku kembali. Allah juga matlamat aku di sini. Ya, aku mahu tenang. Tenang dalam iman. Juga diambil nyawa dengan tenang. Ya, tenang yang beriman!

Semoga ALLAH membuka jalan untukku dan memberikan yang terbaek untuk segala urusan serta masalahku. Kerana tawakal kepada ALLAH adalah sebaik-baik tempat untuk bertawakal. Ameeeeen!

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Dewasa.. dan Berjaya..

4 comments:

Alhamdulillah.

Syukur pada ALLAH yang memberi ruang terus menulis. Walaupun, sejak dua menjak ni bila tengok blog sendiri macam sunyi je, empunya pun malas nak menulis.

Semua orang melakar impian untuk berjaya. Terpulang sama ada dalam sudut yang bagaimana, dalam bidang apa, tapi semua orang mengimpikan kejayaan. Sama ada dalam akademik, urusan dakwah, ekonomi, urusan 'perhubungan' dan sebagainya. Bercakap soal kejayaan memang memberi sesuatu yang positif. Memberi semangat secara automatik tanpa kita sedari. Percaya atau tidak?

Kalau tak percaya, mulai hari ini, setiap pagi, sebelum memulakan hari anda, mulakan perbualan dengan bercakap tentang kejayaan yang anda ingin cipta. Sejajar dengan teori Law of Attraction. Kita kebiasaannya menarik aura yang kita hasilkan. Jadi, keep on repeating your wish. Moga-moga its become true. Insya ALLAH.

Oh ya, sejak akhir-akhir ini saya selalu merasakan saya sentiasa dan kerap kali tertewas dengan nafsu. Ya, semakin kerap.

Terlalu memanjakan diri dan mengikut perasaan. Sedangkan bermimpi sakan untuk hidup dalam MUJAHADAH.

Saya kira, mengatasi NAFSU, menjaga dan menguruskan NAFSU dengan baik adalah satu aspek yang saya TIDAK BOLEH GAGAL dalam menanganinya. Kerana, gagal menangani nafsu, bererti GAGAL menuju jalan ke arah KEJAYAAN.

Kejayaan itu subjektif bagi saya. As long as anda berubah ke arah kebaekan, yes, itulah kejayaan anda. So, make sure, everyday, sila buat SATU paling minimum kejayaan untuk diri anda sendiri. Semoga dengan cara itu, kita sentiasa berusaha untuk mengubah diri ke arah kebaekan.

Semua orang berimpian untuk menjadi baik. Tapi jarang orang istiqamah mencari jalan kebaekan. Sedangkan ISTIQAMAH itu KARAMAH. J

Menjadi dewasa, perlu berdikari dan perlu pada pengorbanan. Semuanya perlu pada proses MENUNDUKKAN NAFSU.

Saya teringat kisah seorang Ustaz. Caranya melatih nafsu sungguh UNIK. Setiap kali Ustaz berniat untuk makan sesuatu yang dihajati, tentu sekali beliau tidak menuruti kehendak nafsu. Contoh, kalau tiba-tiba teringin nak makan Mee Goreng Basah Special. Tapi beliau sengaja mengajar nafsu untuk tidak selalu mendapat apa yang dihajati. Dibelinya nasi goreng kampung. Hebat tarbiyyahnya. Pesannya pada saya, NAFSU itu biar kita yang menunggangnya. Jangan NAFSU yang menunggang kita. J

Dewasa juga semakin banyak dugaan. Makin besar umur, makin besar ujian. Datang dalam pelbagai bentuk. Tanpa mengira keadaan kita dan kesediaan kita.

Itulah perlunya mendekati ALLAH. Kerana dengan TAWAKKAL yang tinggi, jiwa pasti tenang dalam IMAN. J

Patutlah ramai orang KAHWIN bila usia mula dewasa. Sama ada dewasa secara fizikal atau kronologi, atau biologi, atau pemikiran, DEWASA memang STAGE untuk BERKAHWIN.

Takpe, kalau anda bersedia dan ada kesediaan, semoga ALLAH memudahkan urusan yang molek itu. Ameeen! J

Rasanya demikian saja untuk saat dan ketika ini. Semoga ALLAH merahmati setiap tinta dan bingkisan hamba.



Dan di sini jgua saya mengambil kesempatan untuk menukilkan ribuan kerinduan buat keluarga nun jauh di sana. L

Semoga ALLAH melindungi Ibu Ayah Abang Kakak Adik dan semuanya. J



Sehingga ketemu lagi. J

Insya ALLAH jika ALLAH panjangkan umur kita.



Semoga bertemu kembali dalam IMAN. J

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Tuesday, September 20, 2011

Kehidupan yang PERLU berubah.

2 comments:
Seminggu yang pertama

Alhamdulillah, seminggu pertama, walaupun sukar dan terkejut dengan kehidupan baru, saya masih mampu untuk survive. Mengakui bahawa banyak keluhan demi keluhan keluar dari mulut, apatah lagi dari hati. Namun, pujukan demi pujukan datang bertandang mendamaikan jiwa yang terlalu mudah resah.
Apakah kita lupa, selepas KESUSAHAN itu adalah KEMUDAHAN? 
Ya, mungkin terlupa, atau sengaja melupakan janji ALLAH itu. Wallahu a'lam.

Pulang menenangkan fikiran

Culture shock bukan satu perkataan yang sesuai, kerana tidak ter'shock' dengan culture, tetapi shock dengan benda lain. Shock dengan apa? Itu cerita belakang tabir sajalah. Yang pasti, saya tidak pernah terbayangkan kehidupan di KUANTAN seperti ini. Cuti sempena hari Malaysia, saya mengambil peluang pulang ke kampung halaman. Bertemu rumah yang sentiasa membuatkan saya senang. Dan sesiapa pun senang berada di rumah sendiri, ibarat ISTANA. Tak kisah kalau rumah buruk, kayunya reput dimamah anai-anai, janji, kebahagiaan ada disitu, kan?
Satu pesanan Ayah yang saya pegang setiap kali saya menceritakan kisah-kisah tragis saya di Kuantan, "Takkan nak duduk macam kat rumah. Kalau UIA sama macam rumah, apa istimewanya rumah?"
Silap sekiranya saya membezakan UIA dan RUMAH, ibarat membuat perbandingan kereta kancil dengan Ferrari lah!
Ibu pula tak lain tak lekang sentiasa pesan pada saya agar menyerahkan segala urusan kepada ALLAH. Dan saya tahu, itu nasihat terbaek buat yang mencintai AKHIRAT. Ameeeeen!

Optometrist atau Radiographer?

Satu jangkaan yang tidak pernah terlintas di fikiran saya. Saat saya mula redha dengan kos yang saya duduk dengan selesa, saya ditawarkan semula ke kos Optometrist. Tak tergambar perasaaannya sewaktu Brother Zainul, Deputy Dean Academic Affair memanggil saya bertemu empat mata dengannya.
Sukar membuat keputusan. Hanya ALLAH yang menjadi sandaran. Istikharah dan Istisyarah menjadi pilihan. 

Jatuh CINTA

Dan akhirnya ALLAH beri keputusan. Tanpa saya sedari, saya sebenarnya sudah jatuh cinta dengan Radiography. Ya, tanpa disedari. Saya suka dan paling penting, TENANG berada di dalamnya. Moga-moga ketenangan ini berpanjangan, dan dikekalkan dengan IMAN, insya ALLAH. Mohon doa. Ini adalah yang terbaek buat saya. Maka, tinggal lagi usaha dan kesungguhan saya untuk melakukan yang terbaek.
 Ya Allah, mudahkanlah urusan kami yang menuntut ilmu dijalanMu. Ameeeen!

Lebih Sayang pada MASA

Sekarang baru saya merasai betapa berharganya sebuah masa. Sayang sungguh nak buang masa dengan tidur yang panjang seperti di PJ dulu. Bukan sibuk, tetapi banyak agenda yang perlu diisikan setiap saat dan detik yang berlalu.
Pinta saya, moga diberi keberkatan pada setiap masa yang diberikan oleh ALLAH. Ameeen!

Universiti Perkahwinan?

Lama pulak rasanya tak cakap pasal kawin-kawin ni, samada online mahupun LIVE. Semuanya sibuk dengan komitmen masing-masing. Topik seperti Baitul Muslim, Taqdim, Khitbah sudah jarang dibentangkan. Lebih kepada tajuk perbualan yang lebih realistik. Opss, bukan Baitul Muslim tidak realistik, tetapi ada yang lebih realistik, seperti? Assignment dan tugasan dakwah Amar Maaruf Nahi Mungkar. Tak gitu?

Digelar dan dimomokkan UIA sebagai Universiti Perkahwinan, tidak saya nafikan itu. Ya, betul tu. Tidak salah. Teringat kata-kata sahabat, "Sebab Universiti ni Universiti Perkahwinan, semua yang baek-baek sudah dipunyai orang. Apalagi yang tinggal buat kita?"
Lawak statementnya. Tapi membuatkan jiwa muhasabah kembali.
Jangan lupa pada janji Tuhan, lelaki yang baik untuk perempuan yang baek. Selebihnya tawakkal banyak-banyak kepadaNYA. Nescaya dimudahkan jalan. 

Erk, siapa yang tak mahu mempunyai calon suami yang baek?

Homesick

Empat bulan dirumah, memang tidak dinafikan perasaan rindu dan terbawa-bawa perangai di rumah. Setiap hari dua kali paling minima menelefon atau ditelefon Ibu. Ya, saya tahu mereka juga merindui saya. Tapi, jihad ini mesti saya teruskan. Tidak boleh terhalang dengan keluarga apatah lagi halangan hawa nafsu sendiri. Insya ALLAH.

Banyakkan DOA

Disini, Ibu Ayah jauh dari saya. Abang Kakak jua jauh dari saya. Yang saya ada cuma DIA. Setiap kali ada kesusahan mendatang, Ibu Ayah dan keluarga hanya mampu mendengar dari corong telefon, selebihnya ALLAH yang bakal menguruskannya. Maka, kita tidak boleh lari dari mendekatkan diri kepadaNya dan banyakkan berdoa agar segala kesusahan yang kita lalui, diganti dengan kesenangan yang tiada tandingan. Insya ALLAH.
Allah sebaik-baik pelindung buatku dan jua buat kamu. 


Sehingga bertemu lagi!

Wassalam.
:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Saturday, September 17, 2011

Officially I am =)

2 comments:

Alhamdulillah.

Setelah lama tak menjenguk, apatah lagi peluang untuk mengupdate, terasa rindu juga pada blog ni. J

Kebiasaannya, setelah lama tak berupdate, sesetengah blogger muncul dengan rasminya sebagai tunangan orang ataupun isteri orang.

Tapi, berbeza dengan saya tentunya.

Hamper dua minggu tak berupdate, dengan rasminya menjadi pelajar undergraduate UIA Kuantan. J

Syukur kepada ALLAH, akhirnya dapat juga merasa perasaan menjadi pelajar degree. Alhamdulillah Allah panjangkan umur. Berapa ramai yang Allah panjangkan umur, tetapi menghabiskan sisa umurnya dengan lain-lain urusan, maka bersyukurlah diberi keberkatan untuk menghabiskan umur dengan menuntut Ilmu, insya ALLAH. J

Kehidupan yang saya impikan, bukanlah kehidupan yang senang, malah sangat mencabar. Saya bayangkan duduk di kerusi pelajar degree adalah empuk dan seronok. Ternyata, sangkaan saya meleset. Ya, seronok. Tapi mendambakan keseronokan itu memerlukan setinggi-tinggi pengorbanan. Dan sedikit pun cabaran itu tidak menjadi pelemah dan penghapus semangat saya. Malah, semakin mencabar, semakin saya perlu menjadi kuat. Dan saya mahu menang pada cabaran. Kerana impian saya serta impian kedua ibu bapa saya tidak boleh tewas dengan ujian, apatah lagi dengan ujian hawa nafsu. Maka, perlu mujahadah!
Sekadar ini buat masa sekarang. Saya akan terus menulis. Insya ALLAH. Doakan diberi kemudahan dan dikuatkan IMAN menempuhi segala cabaran. Ameeeen! J



Sehingga bertemu lagi….. J

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Monday, September 05, 2011

A new journey

4 comments:

Assalamualaikum.

Nampaknya lama juga blog ini tak diupdate. 6 hari dikira lama bagi blog yang selalunya diupdate 2hari sekali. Ehhe. J

Alhamdulillah. Syukur kepada ALLAH kerana selepas berakhirnya Ramadhan, kita diberi peluang untuk meraikan Aidilfitri dengan riang gembiranya. Dan kini, tibalah masa dan saat yang ditunggu-tunggu (ye ke tunggu?) untuk meneruskan pengajian di Kuantan. Setelah hamper empat bulan bercuti, untuk memulakan pengajian semula, agak berperang dengan penyakit 'malas' yang kemudiannya diubah suai menjadi 'TIDAK BERSEDIA'. Masya ALLAH.

Selasa, 6 September bakal menjadi tarikh sejarah saya, yakni dimana sebuah kehidupan atau lebih tepat PERJALANAN hidup yang baru bakal bermula. Samada BERJAYA atau GAGAL, sayalah PEMILIHnya.

Sekiranya saya memilih untuk Berjaya, maka segala cara usaha untuk Berjaya perlu dilakukan bermula dari sekarang.
Jika saya memilih untuk Berjaya, tetapi tidak berusaha untuk Berjaya, mana mungkin kejayaan itu menjadi milik saya. Maka, orang yang Berjaya adalah orang yang sentiasa berfikir usaha dan cara untuk mencapai kejayaan dan melaksanakannya dengan penuh rasa ingin Berjaya. Insya ALLAH.

Sungguh, saya tidak teruja, malah berdebar-debar menanti hari pendaftaran. Saya sendiri tidak mampu mengjustifikasikan apakah signifikannya rasa seperti ini. Berdebar kerana apa agaknya. Saya sendiri tidak pasti. Yang saya mampu buat, berdoa dan bersolat memohon perlindungan serta bantuan dari ALLAH ke atas hamba yang ternyatanya DHAIF ini. Ameeeen! J

Tapi ada juga perasaan tidak sabar. Tidak sabar untuk bertemu mata dengan sahabat-sahabat yang lama tidak bersua. Rasanya, pasti macam-macam cerita untuk dikongsikan bersama nanti. Wah, rindunya pada mereka semua. J

Insya ALLAH perjalanan hari Isnin (hari ini) akan dimulakan pada pukul 9 pagi nanti. Konvoi dua buah kereta. Kebetulan abang Ki nak balik ke JB, maka beliau sekeluarga juga bakal singgah di Kuantan. Alhamdulillah. J

Sesekali saya berfikir untuk mengatur strategi. Strategi agar segala kegagalan yang pernah berlaku di DQ dan di PJ tidak berulang. dan segala kejayaan yang pernah tercipta di DQ dan PJ lebih menjulang berjayanya. Insya ALLAH, semuanya perlu pada strategi. Dan strateginya harus dengan ILMU dan digaul sebati dengan PENGALAMAN. Dan puncaknya adalah TAWAKKAL.
Insya ALLAH. Mohon doa semua orang terutama ahli keluarga dan adik beradik serta sahabat handai. Ameeen! J

Oh ya, terlupa pula nak menceritakan Aidilfitri kami. Alhamdulillah, Aidilfitri tahun ini sederhana sahaja nampaknya. Ini tahun pertama hari raya tanpa Nenek, maka sedikit dukacita itu dirasai. Ya Allah, cucurilah rahmat kepada Nenekku di SANA. Ameeen!

Cerita Aidilfitri nanti kita kongsikan kemudian, insya ALLAH.


 

Yang terlebih penting, journey yang akan bermula esok, wajib dimulakan dengan NIAT yang murni.
Saya percaya, KUASA NIAT sangat memberi impak maksima kepada kita. Dan NIAT mesti sentiasa diperBAHARUi. Insya ALLAH kuasanya lebih lebih lebih MAKSIMA.

Sebelum melangkah keluar dari rumah, disamping berniat musafir ke Kuantan, niatkan juga di dalam hati, apakah KPI anda untuk di Kuantan nanti. Resepinya, niatkan satu matlamat untuk jangka masa PANJANG. Dan jangan lupa selitkan MATLAMAT jangka masa pendek. Pastikan matlamat jangka masa PENDEK anda selari dengan MATLAMAT jangka masa PANJANG anda.

Contohnya,

Matlamat jangka masa PANJANG, nak jadi MAHASISWA yang cemerlang akademik, sahsiah, thaqafah dan ……….. (apa saja yang anda mahukan).

Matlamat jangka masa pendek pula, haruslah selari. Seperti, dapatkan 3.5 untuk setiap semester pengajian. Atau khatamkan buku-buku bacaan sebiji satu sem. (CONTOH SAJA).

Saya yakin, anda punya matlamat dan strategi anda tersendiri. Saya juga mahu mengatur strategi yang lebih berapi. Yang pasti, apa yang terjadi di PJ mesti diperbaiki menjadi jauh lebih baek di Kuantan nanti. J Insya ALLAH. Mohon doanya ya!

Saya rasa, itu saja tinta saya buat kali ini.

Dan mungkin buat beberapa hari tidak dapat menulis.

Bakal me'raya'kan TAWE di Kuantan sehingga hari Ahad. Entah bagaimana TAWE (Taaruf Week) di Kuantan. Di DQ, kalau ingat semula HALUAN SISWA dan Ribathul Mawaddah, MASYA ALLAH! Di PJ dulu, kami (GEN 9 DQ) second intake, jadi tak sempat merasai TAWE. Ini kali pertama kami berTAWE di Kuantan. Harap-harap seronok!

p/s: doakan saya diberikan kesihatan yang baek sentiasa. J


 

sehingga bertemu lagi.

dan kita sentiasa bertemu didalam DOA. Mohon doa semua. J

wallahu a'lam.


:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.