♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Sunday, April 29, 2012

BERSIH 3.0

3 comments:
Bismillah Alhamdulillah.

bersih 3.0 Bersih 3.0 pulak
28 April merupakan tarikh keramat di bumi Kuala Lumpur. Saya yakin, tarikh ini bakal saya kenang. ;)
Ala kulli hal, bagi saya pendapat Hilal Asyraf berkenaan BERSIH agak suci untuk dikongsikan. Dan suka untuk saya kata, cerita BERSIH, cerita semua. ;)

Tamau cerita panjang, next time kita story personally. Sekarang ni baca tulisan Hilal dulu lah. ;)
(sakit kaki teramat masih mencengkam)
XXXXXXXXXXXXXXXXX

Pendapat Dan Pandangan Saya Berkenaan BERSIH.

Pertamanya, saya kena sedar yang saya ini tidak pergi ke sana. So, adalah amat berbeza dengan orang yang keluar, dan orang yang hanya duduk sahaja. Jadi penulisan saya ini sekadar daripada pemerhatian saya setelah membaca dan menonton pelbagai sources.

Apa yang saya lihat, BERSIH ini perlu dilihat secara menyeluruh. Bukan pada detik-detik terakhir semata-mata. Berdasarkan makluman ramai yang saya kutip-kutip, juga streaming Twitter yang saya ikuti kadangkala, termasuklah laporan-laporan dari pelbagai website, menyatakan bahawa BERSIH memang aman hinggalah tamat ucapan kepimpinan. Dikatakan, pada pukul 2.00 petang, majoriti duduk sebagaimana yang dirancangkan.


Dinyatakan majoriti menghormati Azan Zohor berkumandang dan senyap. Dinyatakan bagaimana pihak Polis memberikan kerjasama dengan baik, bahkan ada peserta-peserta yang menyebarkan bunga, serta cuba bermesra juga dengan FRU, ada edaran air mineral percuma, juga dikatakan ada peristiwa peserta BERSIH memberikan laluan kepada konvoi bermotor(ada riwayat kata polis, ada riwayat kata posmen. Tetapi riwayat beri laluan kepada konvoi itu konsisten). Dinyatakan, apabila tidak dibenarkan masuk ke Dataran, peserta duduk di mana sahaja mereka berada kala pukul 2.00 petang itu.

Bahkan, sekumpulan manusia yang turun ke BERSIH 3.0 melaporkan bahawa, komentar orang awam juga peserta yang lain ketika itu adalah: "Nampaknya, BERSIH kali ini lebih aman dari yang tahun lepas."

Maka tidak hairanlah, dikatakan BERSIH 3.0 ini berjaya.

Baik, laporan di atas ini, sangatlah konsisten. Setakat yang saya tanya, dan saya observe, semua bersetuju menyatakan bahawa BERSIH 3.0 bermula dan berjalan secara aman. Saya tidak pasti kalau-kalau media nyatakan atau tidak perkara seperti apa yang saya nyatakan ini.

Namun, selepas semuanya selesai, ketika inilah bermula provokasi. Ada sebilangan laporan yang saya terima, dikatakan bahawa ada segelintir pendemo yang tidak berpuas hati tidak dapat 'menawan' Dataran. Mereka mengangkat barricade. Ada juga laporan lain, yang tidak sedikit meriwayatkannya, berkata bahawa polis yang memberikan laluan, membuatkan orang gembira dan mengekori mereka yang hendak pergi ke Dataran. Rata-rata sumber menyatakan, ini adalah titik permulaan kekecohan.

Oleh kerana saya tiada di sana untuk betul-betul memutuskan mana satu peristiwa yang betul berlaku, jadi saya tidak boleh memberikan keputusan di sini. Namun, berikut adalah konklusi saya akan kekecohan yang berlaku:

1 - Saya amat yakin, setelah melihat keamanan yang panjang dari pagi hingga ke petang, mustahil Peserta-peserta BERSIH secara majoriti ingin merosakkan 'rekod BERSIH terbaik' mereka ini. Jadi jika ada yang berkelakuan buruk, itu adalah segelintir. Dan mungkin, yang segelintir inilah yang angkat barricade(jika benar cerita orang BERSIH yang angkat Barricade). Dan saya bukanlah tidak tahu, bahawa dalam dunia ini ada makhluk yang bernama SB(Special Branch) yang boleh menyusup ke dalam orang ramai, dan melakukan kekacauan ini. Tetapi saya malas nak tuduh SB dalam hal ini. Katalah memang segelintir orang BERSIH yang buat.


Bersih rally in downtown Kuala Lumpur in 2007 (Pic courtesy of theSun)
terima kasih Unit AMAL. ;)


2 - Yang menjadikan ramai orang ikut mereka ini(yang angkat barricade) itu, pendapat saya, adalah kerana memang Polis memberikan laluan mudah. Di sini persoalan, mengapa polis yang gagah menjaga sepanjang siang, tiba-tiba tidak boleh benar-benar tegas menghalang atau menangkap perbuatan segelintir orang yang angkat barricade ini bagi menghentikan flow manusia ke Dataran? Ini keanehan saya. Sebab saya yakin, kalau Polis atau FRU ketika itu bertegas menangkap mereka yang angkat Barricade, membuat pengumuman tegas agar bersurai, mungkin majoriti peserta BERSIH yang lain tidak akan mengekori.




3 - Justeru, bila peserta-peserta yang merasa aman untuk pergi ke Dataran, melihat betapa mudahnya jalan yang diberikan kepada mereka, maka mereka pergi dengan keadaan yang girang. Tetapi, diriwayatkan kepada saya dalam bilangan yang ramai bahawa - Ketika inilah polis mula menyembur air dan menembak gas pemedih mata. Maka huru-hara pun bermulalah.

4 - Kita perlu memahami realiti bahawa peserta BERSIH itu ramai. Dan bukan semuanya mahu pergi ke Dataran itu. Ada yang sudah bersiap untuk pulang. Ada yang tidak berada di sana pun, tetapi di tempat lain. Kita dapat bayangkan huru-hara yang berlaku atas 'peristiwa mengejut' ini. Hanya kerana sebahagian kecil, polis hentam semua sama rata. Gas Pemedih Mata dan Penyembur Air itu pergi kepada semua orang, menyakitkan semua orang. Menjadikan orang ramai, yang semenjak siang telah membina kepercayaan kepada pihak polis, rasa terkhianat. Menimbulkan amarah yang tinggi sebilangan peserta BERSIH yang lain. Ini ditambah pula, dengan polis-polis yang memukul dengan ganas dan kasar peserta-peserta. Bahkan, ada peserta yang telah ditangkap, pun masih ditendang dan dipukul. Semestinya sesiapa yang melihat perkara ini marah, dan akan bertindak kasar juga. Ini namanya Mass Effect.




5 - Kes kereta langgar orang, saya kira telah mendapat pelbagai penjelasan. Pada saya, nak marah kereta polis itu langgar orang, kita kena ambil kira yang kereta polis itu sendiri sudah hancur dikerjakan orang sebelum pelanggaran berlaku. Berbanding 'memang dia niat nak langgar orang', saya lebih kepada 'dia hilang kawalan kenderaannya, lalu berlakulah kemalangan'. Apa yang terjadi itu, terjadilah. Polis langgar orang, orang pukul polis kerana sangka dia berniat jahat. Namun kena jelas juga bahawa, terdapat beberapa peserta BERSIH lain yang berusaha melerai dan menghentikan pembelasahan itu. Kemudian Kereta diterbalikkan, kerana risau ada orang di bawah kereta polis. Ini kesimpulan saya selepas melihat pelbagai video akan peristiwa itu, juga penjelasan dari pihak Pro dan Anti BERSIH. Dan apabila orang menyangka 'polis memang sengaja langgar' dan melihat peristiwa pelanggaran ini, nyata mereka naik marah lagi.



Rationally - Bersih 3.0 Is A Failure

6 - Jadi, apakah BERSIH salah? Saya akan kata tidak. Pertamanya kerana kekecohan berlaku setelah tamat semuanya. 10 jam yang sangat aman hingga tamat secara rasminya. Jadi, acara BERSIH itu sebenarnya telah berakhir dengan aman dan berjaya. Keduanya, memahami Mass Effect, pada saya kejadian sebegini dapat dielakkan sekiranya Polis tidak menyembur air dan gas pemedih mata kepada semua. Bahkan, saya amat yakin, sekiranya Polis benar-benar bertegas dan tidak memberikan laluan mudah untuk mereka ke Dataran, maka yang berdegil itu akan dihentikan sendiri oleh peserta BERSIH yang lain. Tidak terjadilah apa yang terjadi.

7 - Pendapat saya, sekiranya benar-benar BERSIH bertujuan membuat huru-hara, memang mereka bertujuan membuat kekacauan, saya kira mereka tidak perlu kepada 10 jam yang aman tadi. Mereka tidak perlu menjaga solat. Baik mereka turun, bila angka sudah ramai, rempuh dan angkat sahaja barricade itu awal-awal. Tetapi nyatanya, bukan itu yang berlaku dari awal hingga akhir acara rasmi BERSIH. Selepas itulah baru berlakunya huru-hara ini. Angkat barricade dan memudahkan perjalanan ke Dataran kemudian mula menyembur air dan menembak gas pemedih mata, hakikatnya adalah satu PROVOKASI. Sekali lagi, dengan teori Mass Effect, provokasi ini akan memberikan kesan kepada orang ramai lain yang mengikuti BERSIH.



Bersih 3.0 Bersih 3.0 pulak

8 - Pandangan saya terhadap Pihak Polis. Pada saya, gas pemedih mata dan penyembur air adalah satu tindakan yang tidak patut, apatah lagi bagi majoriti peserta BERSIH lain yang jelas melarikan diri. Kenapa kelihatannya tidak ada perancangan atau usaha untuk 'memandu' peserta BERSIH ini bersurai dengan baik? Tangkap sahaja yang angkat Barricade itu, dan kemudian untuk Peserta BERSIH yang lain, tunjukkan jalan buat mereka. Sebagaimana polis-polis yang menguruskan demo-demo yang berjalan di negara lain.

Ini, mereka semua dilayan sama rata. Disembur air, ditembak gas pemedih mata. Memanglah jadi huru-hara. Kemudian, apa yang lebih terkilan lagi adalah, ada peserta yang selepas ditangkap, dipukul-pukul lagi. Selepas dijatuhkan, ramai-ramai anggota berpakaian seragam menendang, memijak. Bahkan, ada wartawan, kameranya dirampas dan diperlakukan dengan kasar.

Lebih menyedihkan hati saya, adalah rakyat yang memerhati secara online, dengan mudah memberikan komen tidak berperi-kemanusiaan seperti: "Padan muka.", "Ini mesti ada buat jahat ni, sebab itu polis buat begitu pada dia." Perompak pun polis tak boleh pukul lepas kena tangkap. Apatah lagi pendemonstrasi? Jadi bagaimana tindakan ini boleh dikatakan: "Okay la tu."?

Dan yang menyedihkan, dari sebilangan riwayat yang saya dengar, mereka menyatakan bahawa - "Orang-orang yang ajak rempuh ke Dataran itu, tidak ditangkap oleh polis, dan kemudian hilang."

9 - Media-media utama juga, pada saya membesar-besarkan peristiwa huru-hara. Memetik gambar-gambar yang boleh dipergunakan untuk menunjukkan kekasaran dan sebagainya, sedangkan gambar-gambar itu kalau ditunjukkan dalam bentuk video, disambung beberapa gambar lain, akan menunjukkan betapa apa yang diberitakan media-media utama tidak benar. Angka peserta BERSIH dinyatakan dengan angka yang sangat sedikit. Kemudian tindakan polis memijak dan memukul perserta berlebihan, tidak diangkat. Kisah polis yang tercedera pula dibesar-besarkan, dan kisah kereta terbalik dimainkan dengan penuh efisyen!



Bersih Bersih 3.0 pulak
ramai OK!

Konklusi akhir saya, untuk menutup pandangan saya berkenaan BERSIH adalah:

Peristiwa BERSIH perlu dipandang secara menyeluruh. Bukan di akhir-akhirnya sahaja. Kita nak besarkan Isu Sampah merata-rata contohnya, kita kena faham yang Peserta BERSIH hakikatnya ada sebilangan mereka bertugas kutip sampah. Tetapi apa yang kita expect selepas kena water canon dan tear gas? Orang lari la. Campak segala apa yang ada di tangan untuk mudahkan larian.




Saya lihat, kalau kita pandang BERSIH ini secara menyeluruh, dari pelbagai angle, kita akan nampak bahawa BERSIH itu sendiri hakikatnya berjaya.

Dan huru-hara ini tidak akan berlaku, sekiranya ditangani dengan baik oleh Pihak Berkuasa. Kita juga, tidak akan buta-buta menyokong semua tindakan dari Peserta BERSIH yang ada. Kita kena faham, memang ada tindakan, tidak patut disokong, seperti bertindak membaling kon, batu, dan sebagainya. Saya tidak bersetuju kenapa kereta polis itu kena dibaling batu dan kon dan sebagainya hingga menyebabkan perlanggaran.

Sekian.
---------------------------------------------
Sekadar pandangan saya,
orang yang berada di luar negara,
yang semestinya tidak turun BERSIH 3.0 ini.

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Friday, April 27, 2012

Biadap vs Sebarkan cinta

1 comment:

Bila kita tolong/bantu orang, dan orang tak ucap TERIMA KASIH, kita rasa orang tu BIADAP dan TIADA AKHLAK.
Tapi kita pula, dapat banyak NIKMAT, tak ucap ALHAMDULILLAH, agaknya kita tergolong dalam golongan yang mana?

Golongan yang rugi dan tidak bersyukur. Nauzubillah. ;)

Terima kasih satu perkataan mudah yang orang selalu 'lupa' atau segan nak cakap. 
Pernah saya bersama seorang kawan sedang makan di sebuah kedai makan. Menyantap hidangaan tomyam dan telur dadar.
Tiba-tiba air sirap di sebelahnya tumpah. Terkena beg sahabat saya.
Pekerja kedai tersebut, bergegas datang. Melakukan operasi menyelamatkan beg tersebut. Selesai urusan menyelamatkan dan beg sahabat saya pun terselamat.
Kata saya pada beliau,
"Say thanks la kat pak cik tu."
Jawabnya,
"Jatuh standard boh. Dah tu kerja dia."
XXX

Masalah itu kerja dia ke tidak, bukan persoalannya disini. Persoalannya, siapa kita?
Bukankah kita mengaku orang yang berakhlak?
Kan comel kalau kita boleh berakhlak seperti Rasulillah? 
^_^
Biadap orang yang tidak pandai mengucapkan terima kasih.
Testimoni saya sendiri, setiap kali kita ucapkan terima kasih pada orang lain, wajahnya gembira sangat. Bila dia gembira, ALLAH pun hantar kegembiraan buat kita. Erk, sebab tu saya sokmo riang. ;) Ehhe.
Bukan tu main point nya, main point disini, ucaplah terima kasih walaupun pada orang yang memang buat kerja dia.
COntoh pada Mak Cik cleaner.
Bangun pagi-pagi selipar depan bilik dan tersusun kemas. Lantai bersih. Toilet bersih dan wangi.
Keluar dari toilet, ternampak makcik cleaner tengah kutip sampah, apakata lalu depan dia, tengok wajah dia, dan senyum, lepas tu cakap, "terima kasih makcik."
Mesti dia gembira dan bersemangat nak buat kerja. ;)
Dia tahu, rupanya ada orang gembira dan menghargai apa yang dia buat. 
COmel kan? ;)

Cuba amalkan kalau tak percaya.
Kat makcik cleaner. Pakcik tukang kebun. Pak Guard. 
Kadang-kadang kita tak sedar pentingnya mereka pada kita. ;)
Depan lecturer, kita tunduk. Hormat. Sebab kita tahu, bermaknanya lecturer buat kita.
Sepatutnya depan makcik cleaner, pak cik guard, pun sama juga. Kita hormat mereka. Kalau pak cik guard takde, apa yang berlaku pada kita?
Pentingnya sebenarnya mereka ni.
So, lepas ni, rendah diri dan hormatilah orang lain. Semua orang. Tak kira pangkat. Tak kira pekerjaan. Tak kira umur. HORMAT. ;)
Memang ALLAH muliakan orang yang berilmu. Tapi alangkah lebih mulia, orang berilmu yang mengamalkan ilmunya? ;)
Dalam hati ada cinta? Jom sebarkan cinta pada yang selayaknya. Sebarkan kasih sayang. ;)
teringin juga nak memiliki buku ini. Tapi setakat ni tak terasa ia satu kepentingan lagi. ;)
Dalam cuti panjang atau waktu tengah posting nanti, mungkin boleh dipertimbangkan untuk beli.
Setakat ni sibuk mengkhatamkan buku wajib baca. ;)
Tapi kalau dapat hadiah buku ni ok what. ^_^
Mari sama-sama kita beramal. Terutama tangan yang sedang menulis. Allahu Allah..
Tinta Dakwah,
HusnaTaqwa. ;)

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Thursday, April 26, 2012

Zaman muda yang bermakna!

No comments:

Sehingga hari ini, apabila di tanya, 

"Apakah moment terindah dalam hidup mu?"
Jawapanku bakal sama,

"Sewaktu Allah memberikan aku kecintaan kepada ALQURAN, sehingga DIA memilihku menjadi salah seorang 'penjaga' kalamNYA"

Itulah detik terindah, dan bertuah. 

"Istimewa sangatkan bumi Darul Quran itu?"

Tidak ada jawapan untuk itu. 
Cuma bisa tersenyum. 

Selebihnya jawapan, carilah sendiri!

"Apa yang ada disana?"

"Disana, ada jiwa-jiwa yang semuanya cinta pada Quran. Semua bibir saban waktu mengalunkan kalimah Tuhan. Semua hati saban detik memikirkan kalam Tuhan. Disitu ada jiwa yang berusaha menjaga Quran. Tapi istimewanya, disitu Allah pertemukan cinta yang lebih indah daripada cinta manusia, iaitu cinta ALQURAN."

Mula rasa rugi, 
sewaktu di beri peluang disana,
tidak digunakan sebaeknya.


sewaktu jiwa masih suci. Hati masih muda. Muka masih innocent. ;)

Dan banyak rupanya kenangan di bumi Darul Quran. ;)

Sementara menyiapkan esaimen, terbuka file gambar Darul Quran.
Tersenyum dan dalam hati kata,

"Dah tua dah aku ni!"

Mana tidaknya, 
gambar-gambar itu sudah berusia hampir 3 tahun. 
Kalau ada anak, dah besar dah budaknya. ;)

Bukan cuma kenangan yang terimbau,
tertempias juga
semua janji dan ikrar lama.

ALQURAN,
aku akan menjagamu,
ia adalah amanah buatku!

Kenangan oh kenangan. 
^_^


Johan debat Idul Qura di Darul Quran. 
kenangan paling tak leh blah. ;)

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Cakap dan dapat pahala.

No comments:
Perkataan itu lebih tajam dari mata pedang.

Kata-kata yang buruk, yang tidak sedap didengar, diumpamakan seperti mata pedang.


Bertuturlah dengan baik, dengan indah. Supaya orang tak bosan dan tak benci dengar pertuturan kita.

Akhlak itu bukan saja pada peribadi, bukan saja pada pakaian sopan yang kita pakai, tapi ia juga pada perkataan yang kita ucapkan. Pada percakapan yang kita tuturkan.

Kalau bercakap nak 'cantas' orang lain je, kalau bercakap nak sakitkan hati orang lain je..
Sungguh diam itu lebih baik.

Kadang-kadang kita tak perasan. Saya pun sama. Rupanya perkataan tu menyakitkan hati sahabat.

Kalau tak sengaja, dah tersedar, mintalah maaf.


Tak rugi minta maaf. ;)

Kita boleh mohon ampun dengan ALLAH, tapi kalau kesalahan dengan manusia, kalau kita tak minta maaf dengan manusia, bagaimana ia boleh terampun?

Sebab tu mak selalu pesan, jaga hubungan dengan manusia. Sebaek mana hubungan dengan ALLAH, bukan alasan untuk menjadi manusia yang tidak tahu adab dan akhlak.

Dalam satu hadis Rasulillah, ada disebutkan tentang akhlak yang mulia itu lebih baik daripada qiam di malam hari dan berpuasa disiang hari.

Bercakap dengan baik, perkara yang baek, senang je, dapat pahala.

Tapi kalau sebaliknya? Dapatlah dosa.

Oooh, Senangnya nak dapat pahala. Senang juga nak dapat dosa.

Dua-dua senang, pilihlah mana yang nak kumpul banyak-banyak. Pahala ke dosa? ;)



Hebat sangat akhlak mulia ni.

Tapi kita sokmo terlupa.
Diri sendiri terutamanya. ;)


Jangan terlalu ambil mudah hubungan dengan manusia, semuanya bakal dihisab satu persatu kelak. ;)

Kalau orang buat salah dengan kita, kita maafkan.
Kalau kita terbuat salah dengan orang, awal-awal kita minta maaf.

Biar kita jadi orang yang paling mulia. Memberi maaf dan memohon maaf. ;)

So comel kan? ^_^

Berakhlaklah seperti Rasulillah. ;)


kata mutiara indah
Wallahu a'lam. 

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Wednesday, April 25, 2012

Belajar untuk berubah ^_+

No comments:
Teguran adalah sesuatu yang menyakitkan, tetapi kalau dipandang dari sudut positif, insya ALLAH ia adalah sesuatu yang baik.

Saya selalu terfikir,
Aku ni bukan Nabi, ALLAH tak turunkan wahyu untuk tegur kesilapan aku. Allah hantar manusia untuk tegur aku. Depa medium aku mendapat teguran dari ALLAH. Depa juga medium aku dihantar ujian dari ALLAH.

Kenapa bersedih bila ditegur?


Kadang-kadang, teguran yang diberikan tidak berhikmah. Tempat,keadaan, masa nak bagi teguran pun kena strategik. Kalau tak, manalah tak tension orang yang dapat teguran tu. ;)

Berkali-kali saya ditegur, kata mereka, saya garang. Wajah saya serious. Saya sombong. Orang takut nak dekat dan sebagainya. Sedih jugak, tapi tak mungkin depa cakap benda yang tak ada. Kalau dah semua orang cakap, takkan tipu lagi kot. ;)

Kalau bab garang tu, saya perasan. Kalau orang buat salah, mudah juga panas. Tapi semua tu perlu azam untuk berubah. Boleh nak berubah. Tapi kena berusahalah. Kalau orang datang lambat bila berjanji dengan saya, memang panas, minta maaflah. ;)
Dulu, bila orang lambat, saya diam je. Tak cakap sepatah pun.
Sekarang, ubah sikit, tak cakap, tapi senyum. Nak lawan nafsu ni. Nak tewaskan nafsu.

Dan alhamdulillah, rasa bahagia sangat bila sikit-sikit boleh ubah dan tahan rasa marah.
Waktu ni rasa nak berterima kasih kat orang yang selalu tegur, selalu bagi nasihat selalu komplen. ;)

Terima kasih sangat kat orang yang tak pernah bosan tegur kita. Sebab dari merekalah kita dapat tahu kekurangan diri kita.

Mustahil kita sempurna. Tapi bergerak ke arah sempurna itu tidak mustahil.


Banyak sebenarnya kekurangan diri kita. Mintalah pada ALLAh untuk beri kita kekuatan mujahadah melawan nafsu dan mengubah diri kearah kebaekan. Insya ALLAH semua OK. ;)

Belajar untuk berubah.

bagaimana kita nak orang terima teguran kita, macam tulah kita terima teguran orang lain. Berlapang dada, insya ALLAH, disukai oleh ALLAH. Dan Allah ada sebut dalam surah Al-Asr.

"Dan mereka yang berpesan-pesan pada kebenaran dan kesabaran."

Moga-moga kita tergolong dalam golongan itu, insya ALLAH.

Sakit sangat ke kena tegur?


Mak saya kata, kalau orang yang tak boleh terima teguran, dalam hati dia ada penyakit bernama EGO. ;)

Ego ni sejenis penyakit yang boleh mengeraskan hati tau. ;) So, berhati-hatilah. ^_+

Buat pada penegur, pemberi nasihat, jangan lupa untuk pilih tempat,masa, keadaan dan kata-kata yang sesuai untuk beri nasihat. ;)

Both side kena kerjasama each other untuk keharmonian bersama. Insya ALLAH boleh. ^__+


Untuk menjadi yang terbaek, kita memang tak boleh lari dari pengorbanan. ;) Berkorbanlah sedikit, hati akan tenang dalam lindungan ALLAH, insya ALLAH...


BILAKAH LAGI KITA SEMUA SATU HATI
BILAKAH LAGI KEAMANAN AKAN DIKECAPI
BILAKAH LAGI ISLAM AKAN DIJULANG TINGGI
BANGUNLAH WAHAI UMMAH KITA SATU HATI

BILAKAH LAGI KITA SEMUA SATU HATI
BILAKAH LAGI KEAMANAN AKAN DIKECAPI
BILAKAH LAGI ISLAM AKAN DIJULANG TINGGI
BANGUNLAH WAHAI UMMAH KITA SATU HATI

MARILAH BERSAMA BERSATU BERJIHAD
MENENTANG KEZALIMAN
OH INSAN SEDARLAH PEMBALASAN TUHAN PASTI AKAN DATANG

MARILAH BERSAMA BERSATU BERJIHAD
MENENTANG KEZALIMAN
OH INSAN SEDARLAH PEMBALASAN TUHAN PASTI AKAN DATANG

JANGAN TAKUT
JANGAN TAKUT BERJUANGLAH UNTUK KEAMANAN

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Tuesday, April 24, 2012

Kerana dia makhluk ;)

No comments:
Selepas makan di Tastebud Executive Cafe, kami keluar dengan riang gembira. Masuk kereta, dan bergerak untuk pulang ke Mahallah.

Zikir Munif Hijjaz berkumandang. Dan kami berbincang tentang final exam.

Sehingga, tanpa disedari, ada sebuah motosikal cross di depan, tanpa pandang kanan kiri.

Terkejut. Brek mengejut, tapi still melanggar motosikal itu.
Jantung bergerak laju. Alhamdulillah, tidak ada apa-apa. Cuma kereta sedikit calar-balar.

Baran juga hati pada penunggang motosikal tu. Tapi awal-awal brother tu minta maaf.

Lantas teringat kisah Rasulullah yang memaafkan hambanya. So, kalau dah minta maaf tu, terus jadi sejuk hati.

Cuak sebenarnya, takut kena marah, asyik langgar dan dilanggar je. ;)

Masa tu hati resah gelisah. Sehingga Ibu mesej,

"Kereta tu makhluk je. Berhak rosak, berhak tercalar. Kakak kena terima hakikat kereta itu tidak kekal dan cuma pinjaman dari ALLAH. Jaga baik-baik. Tapi kalau berlaku juga kemalangan, tak mengapalah. Sama seperti kita, kadang-kadang sakit, demam. Sebab kita makhluk. Hanya ALLAH yang tidak ada kelemahan dan kecacatan."

Tersentak.

Rupanya aku selalu terlupa, aku cuma makhluk. ;) Dan KHALIQ itu berhak atas segalanya.

Sekarang kereta ada di bengkel. Nak servis. Sejak datang dari Kuantan belum pernah servis lagi. Hari tu tambah minyak hitam pun sendiri-sendiri je. Sejak pakai kereta, macam-macam kena belajar. Banyak benda kena tahu. Ingatkan senang je, susah rupanya. ;)

Tapi tukar tayar kereta tak tahu sampai sekarang. ;p

Ada kereta, itu amanah. Kena jaga elok elok. Servis jangan lupa. Kang rosak teruk kalo tak servis.

Dalam hidup ni,
saya paling takut dengan dua benda.

Pertama, amanah yang diberi tidak dapat saya tunaikan dengan baik.

Dan kedua, janji saya pada manusia, kelak dituntut di hari akhirat. Terutama janji dengan masa. Takut juga digelar munafiq. Allahu Allah...

Kita adalah makhluk. Jauh dari kesempurnaan. ;)
:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Friday, April 20, 2012

11th week

No comments:
Tiba-tiba rasa nak update on 11th week.


Sedar tak sedar, dah masuk minggu ke 11 berada di semester 2. Cepatnya masa berlalu. Rasanya baru je drive dari Kelantan ke Kuantan untuk memulakan semester dua.

Teringat lagi, i take my diary on 2nd February, and wrote

"Today, am going to Kuantan. Bring mum and dad's hope. Dear ALLAH, help me."

Ahha. Bila tengok tulisan ni kat planner, terus rasa bersemangat. Teringat lagi waktu kat verandah rumah menulis ayat ni. Sebelum kemas barang masuk dalam kancil untuk di bawa ke Kuantan. First time waktu tu drive sendiri ke Kuantan. 5 hours journey, stop sekejap di Masjid Muadzam Shah untuk makan dan solat. Laju, sebab takde orang. Best lah highway Jabor tu! ^_^

Itu cerita di awal sem. Segar bugar lagi di ingatan.


Sekarang, sem pun dah nak melabuhkan tirainya. FInal exam schedule pun dah keluar. Cuak dah cuak, kena hadapi juga. Bersedia ke tak, itu lain cerita. ^_^

Sem ini, walaupun cepat masa berlalu, terlalu banyak tarbiah yang ALLAH beri. Macam-macam ujian yang DIA hadiahkan. Sweet sour sem ni, tak terakam pada planner. Memang sem ni, sem tarbiah. ^_^

Cukuplah ditinggalkan oleh sahabat-sahabat, kemudian diuji dengan 'on call' yang mencabar. Akademik yang tough. Dan tarbiah lain yang mengubah diri dan hati lebih dekat dengan ALLAH. Alhamdulillah, sem ni ALLAH beri kesihatan yang baik. Walaupun sesekali kaki terseliuh, dan beberapa kali juga berjumpa doktor di poliklinik Nisa, tapi better berbanding sem lepas. ALHAMDULILLAH. ^_^

Kadang-kadang rasa macam tak sabar nak habiskan sem dua. Sebab lepas ni, dah boleh jadi 2nd year!
Dah jadi semakin dewasa. Menariknya perjalanan hidup manusia. ;)
Tapi macam berat hati nak meninggalkan zaman budak-budak yang comel.

Sekarang pun dah tak best.
Abang-abang dah mula cakap,
"Think wise. Awak kan dah besar gedabak."
When i ask permission nak pg KL ada kerja,
"Tak boleh nak sekat-sekat. Pergilah, but do take care. Jaga kesihatan k."
Kalau dulu,
"Nak pergi buat apa. Dengan sape. Sape drive. Berapa hari. Dok kat mana."
Sekarang takde dah soalan-soalan bertubi-tubi, alhamdulillah, i've gained their trust on me. ;)
Erk, bukan senang tu.

Mula-mula bawa kereta ke Kuantan, Abang turun Kuantan. Katanya nak carikan workshop kalau-kalau kereta saya rosak. Then, dia cari kawan dia yang dok Kuantan, and make a deal with him. Ingat lagi kakak ipar cerita,
"Abang tu sampai pergi jumpa orang tu, belanja makan siap. Dia pesan lagi, nanti tolong tengok-tengok kereta adik aku kalau dia ada masalah. Aku harapkan kau ni."

Sehingga satu masa, saya dilanggar orang dari belakang. Balik Kelantan, he find a policeman. Lawak pulak.
Dia pesan kat saudara kami yang kerja polis di Beserah, "Kalo apa-apa jadi kat adik aku, ok je kan roger-roger kau? Aku minta tolong la kau tengok-tengok adik aku kat Kuantan tu. Aku kat JB, jauh nak turun sokmo."

See, risau sangat mereka. ^_^
Bertuahlah juga kadang-kadang bila fikir.
Memang bertuah. ^_^


That's why some people dont understand kenapa saya taat dan patuh pada mereka. ;)
Tengoklah how much they love me. Ehhe. ^_^


Sekarang ni dah mula dah terhidu bau exam. Macamana bau dia? Tu depends kat hidung dan deria bau masing-masing.

Apapun, doakan saya dan kawan-kawan satu batch dan semua orang lah, berjaya melepasi semester ini dengan riang gembira. Insya ALLAH.

Dengan nama ALLAH, kami meneruskan perjuangan ini. ALHAMDULILLAH. ^_^


11th week, i hate exam. But i like holiday. ^_^
:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Terima kasih Murabbi!

No comments:
Pesan murabbi,

"Orang beriman itu tidak sedih dengan apa yang telah berlaku dan tidak takut dengan apa yang berlaku. Kerana jiwamu penuh tawakal pada ALLAH yang satu."

Terima kasih kerana mendidik hati ini agar dekat dengan ALLAH. ^_^


Pesan murabbi lagi,

"Kekuatan itu perlu dicari. Ia tidak terbina dengan sediri. Carilah ia dengan pemilik kekuatan. Juga DIA yang satu."

Aku mengeluh lagi,

"Kenapa doaku tidak dimakbulkan DIA? Kenapa permintaanku dipandang sepi cuma?"

Jawab murabbi,
"Kalau semua permintaanmu ditunaikan, apalagi yang kau akan harap pada Tuhan? DIA sedang melatihmu bersabar. DIA juga sedang mengujimu sebentar. Barangkali kau tak pernah sedar, banyak benda yang DIA beri sebelum kau memintanya."

Aku persoalkan lagi,
"Kenapa Tuhan seringkali mengecewakan aku?"

Jawap murabbi,
"Berapa banyak Tuhan mengecewakanmu? Dan berapa banyak DIA memudahkan urusanmu? Berapa banyak DIA memberi nikmat padamu? Cubalah kau hitung. Cubalah.."


Akhirnya aku terdiam, malu pada diri.

"Kembalilah sujud dan meminta pertolongan dengan DIA. Ya, sudah lama kau merintih padaNYA, maka teruslah merintih, DIA mahu mendengar rintihanmu berpanjangan. kerana DIA sayang padamu. Sangat sayang. Aku juga menyayangimu, tapi DIA berganda ganda kasih dan cinta kepadamu."

Tiadalah di dunia ini aku mencari melainkan keredhaan ALLAH.
Tiadalah di dunia ini aku kejar melainkan rahmah ALLAH.

Dan tiadalah saat terindah bagiku didunia ini selain dari hanyut dengan lantunan suara yang memuji DIA.

Terima kasih Masjid Afzan. ;)
Dah lama tak pergi sana, last transit di situ rasanya waktu sem lepas. Waktu qiam di Masjid Afzan bersama Cik Bahi, Cik Wirdah, dan Cik Khadijah.

Hari ni, malam Jumaat yang barakah, tergerak hati mahu kesana. Selepas kelas, bergegas ke sana. RUpanya, ada hikmah atas pemergianku. ^_^


Terima kasih ALLAH, memilihku menjadi tetamu Masjid Afzan yang bertuah. ^_^
Namun Masjid UIA, kau tetap dihatiku. ;)

Sungguh, aku mencintai orang yang hatinya cinta pada masjid. ^_+


:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Thursday, April 19, 2012

Overview : Pesanan buat kalian ^_^

1 comment:
Alhamdulillah. Dah selesai interview kan?

Syukur, sekarang, masanya untuk terus berdoa dan berusaha. Jangan rasa lega lagi, keputusan ada di tangan Tuhan. ;)


Oh ya. Adik-adik yang interview ALLHS, tentu kenal dengan Prof Zainul kan? He is the Deputy Dean of Academic Affair. He controlled all the course under ALLHS, diet,opto, audio and also biomed. When you are here, korang akan lagi kenal beliau. Best lah belajar dengan beliau. Serius, dengan beliau, kalau banyak study pun, tak sempat nak riya'. ;p

selamat

Contoh, beliau tanya soalan. "Husna, any comment?" Dan saya jawab. Beliau akan tanya lagi, "Why?" Nasib baik ada reason lagi, so rasa best je boleh jawab. Tapi rupanya tak habeh kat situ, "Justify your answer!" Waktu ni dah tak tahu nak jawab apa. Seriusly, lelaki seiras Amitha Bachan ni memang 'scary', tapi best belajar dengan beliau. ^_^

Memandangkan beliau ke PJ untuk interview adik-adik pada hari Isnin dan Selasa, kelas beliau ditunda ke hari Rabu.

First thing yang beliau cerita, interview adik-adik di PJ. Tergelak sakan kami dengar.

Fakta yang beliau keluarkan, kos ALLHS nak 180 intake saja, tapi bilangan adik-adik ada 210. Might be some kena transfer to Pharmacy or Dentistry. Takde pulak beliau kata kena transfer to nursing or biotech. But, everything may happen. So, banyakkan berdoa ya!

Wait, something nak tanya. ;)

Selepas sir cerita macam-macam, then kami start belajar. Ehh. Sebelum tu, Sir called me.

"Husna, what do you tell your junior?" Terkejut saya. ^_^ Macamana Sir tahu ni? Am just keep on smiling. ;)

"Ada sorang student tu cerita, kak Husna... bla... bla.. bla... Dan dia kata Kak Husna now very happy ada dalam radiography..bla... bla... "

Alamak. Kantoi. ^_^

"So you are happy Husna?"

Angguk-angguk dengan laju.

Ceyt, nak tahulah sape junior tu. ;) Kalau sape tahu, tolong bagitahu ye. Nak sangat kenal dia. ^_^

Oh ok. Back to the topic. ;)

Lepas tu, Sir kata,

"If you want to help them, please, tell them, DO WELL IN FINAL EXAMINATION. Only that can help them all. I cannot help. We need to follow the system. But, they can help theirself. Focus on final exam."

Sambung Sir lagi,

"Husna, you told them, do not sleep ya. Struggle for final."

Short, but precise. So, untuk mengqada'kan pesanan my beloved lecturer, i do saying this to all my juniors-to-be. ;)


And also, Madam Narina Nordin, Head of Department of Radiography and Diagnostic Imaging mentioned juga ,
"Ramainya junior sebut nama awak, they told me, they read your blog. Nice."

Then, classmate angkat ibu jari. Luckily, saya tiada dalam kelas waktu tu, keluar solat Asar. So, ni classmate yang story. ;)
Katanya ada 10orang yang apply radiography waktu dia interview and all of them did mentioned my name. Madam pun geleng kepala. ;)


Yeah, strive for the final examination. Tinggalkan apa yang tak perlu. ^_^

But, another important thing is; banyakkan solat hajat, banyakkan doa, banyakkan puasa sunat dan banyakkan baca Quran.


Another tips i wanna give you, istiqamahlah dengan Ma'thurat atau Ratib Haddad, atau Hizb Bahr atau Hizb Nawawi. Istiqamahlah dengan mana-mana amalan. Insya ALLAH, it may help you, biiznillah.
BUt, dont forget one thing!

Tinggalkan maksiat, kurangkan dosa.
Mana mungkin doa dimakbulkan ALLAH, kalau buat maksiat dan dosa tanpa henti.
Hati bersih, insya ALLAH nak tuntut ilmu pun senang, kan? ^_^


Maksiat dan dosa, ibarat hijab buat ilmu. Mana mungkin yang haq bercampur dengan yang batil. Mana mungkin kebaekan seperti ILMU bercampur dengan keburukan seperti DOSA. ^_^

So, yang couple, clash lah, for mardhatillah, and also, for the sake of your future.
Yang belum tutup aurat dengan sempurna, berubahlah! Tutuplah aurat. ^_^
Insya ALLAH, disitu ada kemanisan IMAN.

Tapi sep2 UIA ni sep2 jjuruh belake. Mana main couple-couple ni. Aurat pun observe well kan? Alhamdulillah.
Maka tinggal lagi membuat amalan kebajikan. Insya ALLAH, bantuan ALLAh dekat dengan kita. ^_^

Yang pointer tinggi dah pun, jangan sedap duduk sangat, anything can happen. So, still, observe your attitude and jauhi mungkar. ^_^


Pesanan buat para junior yang bakal datang memurnikan bumi KUANTAN. ^_^

Semoga kalian dimudahkan urusan. Diberi rezeki yang berlimpah-limpahan. ^_^

Insya ALLAH, Allah dekat dengan kita bila kita dekat dengan DIA.

Wait, jangan dekat dengan ALLAH semata-mata untuk exam je tau, but for the whole life. WE NEED HIM! ^_+

Ok, thats ALL from me.

May ALLAH bless all of you, juniors~


 Ni satu doa nak share dengan adik-adik. Tapi saya takde software JAWI. Jadi rumi jelah ya.

Allahumma alhimni rusydi,
Wa a'izni min syarri nafsi. ^_^

Maksudnya : Ya Allah, ilhamkanlah aku kepintaran dan jauhkanlah aku dari keburukan diri sendiri.

Amalkan dan selamat cemerlang. ^_^
Sehingga bertemu lagi,
Poster: Ucapan Sempena Peperiksaan
Ordinary Student, Extraordinary Muslim!

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Yang Menyayangi aku +__+

2 comments:
Dalam kelas, aku menjadi pelajar yang begitu aktif. Setiap soalan yang dilontarkan guru, aku jawab dengan tepat. Malah, kesilapan guru pun, aku betulkan dengan hemah.

Sehingga aku menjadi terkenal di dalam kelas. Setiap kali kertas peperiksaan diserahkan kepada pelajar, kertas aku menjadi tumpuan semua classmates. Markah aku jadi bualan semua orang. ^_^

Aku belajar siang dan malam. Aku mengulangkaji tanpa mengira penat dan bosan. Aku membaca tanpa mengenal erti jemu. Aku bertungkus lumus demi segenggam ilmu.

Dalam kelas, guru sangat menyukaiku. Namaku, wajib disebut setiap kali sesi pembelajarannya. Bukan sekali, malah berkali-kali. Banyak pujian yang guru beri kepadaku.

Sehingga satu masa, markah peperiksaanku menjunam. Entah dimana silapnya. Kehidupan yang terlalu tenang menyebabkan aku bersenang lenang, sehingga markah peperiksaan pun lintang pukang.

Semenjak hari itu, setiap kali guru beri esaimen untuk disiapkan, dia pasti beri lebih untuk aku. Dua kali ganda berbanding classmates yang lain.

Setiap kali peperiksaan datang, dia beri soalan yang begitu susah untukku. Sehingga aku menangis merintih sayu. Aku bersedih hati. Aku pilu.

Semua ujian itu aku lalui. Meskipun payah dan air mata yang menemani. Aku lalui.



Saban hati, guru memberi latihan istimewa untuk aku. Kadang-kadang aku rasa ingin putus asa. Beban yang aku pikul berganda daripada mereka yang lain.

Semakin banyak soalan yang guru beri, semakin mencabar jawapan yang perlu aku cari. Disebabkan itu, semakin dekat guru itu aku dampingi. Saban waktu, dengan guru aku bersama selalu.

Terdetik di hatiku, "rugi menjadi pelajar cemerlang."

Rupanya, bila tiba di penghujung jalan, baru ak sedar. Guru sedang melatih aku berjiwa besar. Dia sedang mengujiku agar tegar. Dia juga sedang mengasah aku agar tabah.

Rupanya, segala ujian itu, kerana dia sayang kepadaku.

Sehingga hari ini aku menjadi OSEM. ^_^

Begitulah cara Tuhan menunjukkan kasih sayangNYA.

Semakin DIA sayang, semakin banyak ujian dihantar. Bukan benci, tapi tanda sayang.

Bukan dihantar ujian untuk melemahkan kita, malah diberi ujian agar kita 'lebih' berbanding yang lain. Cuma natijahnya entah bila, hanya DIA yang mengetahui.

Seperti itulah Tuhan. Semakin sayang DIA pada hambaNYA, semakin banyak rintangan yang diberi. Agar semakin dekat hati hambaNYA dengan DIA.

Semakin banyak ujian, lumrahnya, semakin kita mencari DIA kan?

Besarkan hatimu menempuh ujian TUHAN.

Bukan sia-sia diberikan kesusahan.
Sesungguhnya selepas kesusahan itu, pasti ada kesenangan.

Maaf, beginilah cara aku memotivasikan diri.
Kisah di atas (guru dengan pelajar), bukan kisahku.
Erk, aku pelajar biasa-biasa saja. ^_^

Kadang-kadang, dengan memberi peringatan kepada orang lain, insya ALLAH terperingat pada diri sendiri.

Semoga ujian yang datang, tidak melunturkan semangat yang mekar di jiwa muda ini.
Semoga ujian yang datang, tidak menyebabkan berat diri ini untuk berjuang dan berkorban.

Ujian, aku ada ALLAH. Tempat mengaduku, tempat meminta pertolongan.

Ujian, sebesarmanapun engkau, aku  yakin, ALLAH ada kuasa yang MAHA BESAR. Mengatasi segala kebesaran yang ada dibumi dan dilangit. ^_^

Kata lecturer UNGS, "Husna, Isbir! Isbir!" (Beliau suruh sabar sebab lain. Tapi bermotivasi dengan perkataannya. ;p)

Bersabarlah.

Mohonlah pertolongan pada DIA dengan solat dan sabar. ^_^

Insya ALLAH, Allah ada disisi, menemani. Carilah DIA, dekatilah DIA.

Dia yang menghantar masalah ini. Dia juga yang akan menyelesaikannya.

p/s : Maaf, kalau asyik 'high' dan 'lost'. Tak sengaja. Maaf kalau asyik masam tanpa disedari. Maaf kalau terlebih cerita tanpa menyedari. ^_^

Sehingga ALLAH mempertemukan kita kembali. Insya ALLAH.

Tinta OSEM-to-be,
Husnataqwa. ^_^
:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Monday, April 16, 2012

'cinta' ni makin dibicarakan makin galak. Haih~

5 comments:
Saya teringat pesan Murabbi Dakwah saya, Akhi Nuruddin, tentang cinta belum kahwin. Katanya, kalau punya kekuatan, beritahu Ibu Ayah, teruskan dengan pertunangan dan rancangkan perkahwinan. Jika belum, CLASH dulu, tunggu dulu, insya ALLAH, disitu ada kemanisan iman.


Saban detik kedengaran keluhan sahabat yang sedang menghadap laptop yang menayangkan dinding mukabukunya.

"Kenapa tu? Tengok FB pun mengeluh?" Soal saya yang sedang asyik mengemaskini fail pelajaran. Final exam nak dekat ni, kena prepare untuk STUDY dengan penuh ITQAN. =)

"Ni kak, FB ni, semua orang dok cakap pasal cinta. Kita yang baca ni naik bosan jadinya.." kata sahabat, sambil jarinya masih dok scroll down page tersebut.

"Sampai bosan? Haha. Apa yang depa dok cerita?" Soal saya, menarik isu ni.

"Ni orang yang kononnya cinta islamik la. Kalau hari-hari buka home FB penuh dengan benda macam ni, macamana la tak teringin nak kawin. Kan kak?" Akhirnya dia memandang saya yang masih sibuk menyusun nota.


"Biasalah tu. Fitrah dah kan." jawapan saya seolah malas ingin mengolah.

"Fatrah pun kalo dah macam ni, parah.." kata beliau, masih semangat.

"Akak tatau nak jawab apa, awak tanya Hilal Asyraf lah. Dia kan murabbi cinta remaja.." save answer.

"Kebanyakan yang cakap soal ni, orang-orang yang islamik. Cerita soal hati. Soal kawen. Macam isu lain takde dah nak kongsi. Pakat share pasal cinta je." masih semangat, istiqamah. ;p

"Cinta ni awak, kalau makin kita cakap, makin kita bicarakan, makin rasa galak. Cuba dalam sehari tu kita tak payah cerita soal hati, soal cinta ni, mesti hati kita lebih 'khusyuk' kan. Tapi tak boleh dinafikan benda tu fitrah. Fitrah sekalipun, jangan melampaui batas. Fitrah hamba pada Pencipta pun entah kemana. Macamana tu?" baru boleh fokus lepas siap menyusun nota.


"Haa. Tu la yang saya nak dengar. Kadang-kadang rasa meluat tengok story cinta ni penuh kat home. Banyak lagi kot isu lain yang kita tak pandang. Tak baca. Kalau post pasal cinta, huh, berderet orang LIKE. Kalau isu Syria, ada yang LIKE pun belum tentu baca." jiwa muda sungguh sahabat saya sorang ni. ;p

Saya bangun, menjenguk home FB sahabat. Tersenyum. Dalam hati cakap, "patot lah."

"Kak, kebanyakan orang yang cakap-cakap ni, tujuan dia apa eh? Memang nak ransang orang suruh kawen awal eh?" soal sahabat lagi.


"Saja je tu depa share. Dah jumpa, rasa best, depa share." jawab saya, bersangka baik.Kadang-kadang, saya pun macam tu.

Cuma, sesekali bila fikir semula apa yang sahabat saya utarakan, betul juga. Asyik cakap soal hati, soal cinta, sampai banyak benda lain kita terlepas.

Baru-baru ni juga dapat mesej dari adik-adik di PJ. Bertanya juga tentang 'soal hati'. Disamping mengadu banyak sangat kes-kes 'hati' ni, malah menjejaskan imej harmoni di sana.

Sedih pula mendengarnya. Salah senior tersalah ajar ke ni? ;p

Tadi selepas mendengar keluhan sahabat, dia tunjukkan pada saya yang Hilal Asyraf tulis. Bagi saya, membina. Bagus pendekatan Hilal Asyraf. Tahniah Hilal, murabbi cinta remaja.

Part ayat Hilal yang saya ingat sampai sekarang, "Kalau suka kat seseorang, bagitahu parents kita dulu."

Dan nanti baca huraian Hilal seterusnya di LangitIlahi. ^_^

Kadang-kadang, tak perlu cakap sangat soal cinta ni. Walaupun dalam hati ada cinta. Yelah tu fitrah, tapi fitrah kalau dibelai manja, diusap mesra sentiasa, bawa parah nanti. 

Selepas membedah sejarah Fatimah, kagum benar dengan mujahadah cintanya buat Ali Karramallahu wajhah. ^_^


Mari jadi seperti Fatimah. Ada cinta, simpan dulu. Sampai masanya, ALLAH bagi nanti.

Kita ada doa.
Bila tiba masa dan saatnya, tepat orangnya, insya ALLAH, disitulah selayaknya cinta diperkatakan.

Tak salah beri peringatan tentang CINTA, tapi jangan asyik sangat bicara soal CINTA sampai saudara di SYRIA pun tak sempat nak doa. Jangan asyik sangat cakap pasal CINTA, sampai isu PTPTN pun tak tahu menahu. Jangan asyik sangat baca pasal CINTA, sampai kalam cinta ALLAH pun tak terbelek. ^_^

Cinta; yang betulnya pada ALLAH. Pada Rasulullah. Pada Ibu Bapa keluarga. Yang utamanya pada DAKWAH. Pada SUAMI dan ISTERI. Jua pada anak-anak.

Tunang, to-be, or what so ever, selagi belum ada yang jelas, jangan... ^_^

Simpan dulu rasa cinta itu jika belum layak dan berhak. 
Simpan dulu rasa cinta itu jika dengan ALLAH pun haknya belum mampu kita tunaikan.

Simpan dulu. Sampai satu saat, ALLAH buka ruang dan jalan, semuanya mudah dan menyenangkan.
Asalkan, kita letak SYARIAT DIA di depan.

Insya ALLAH. ^_^



Ya Allah,
Andai masanya belum tiba,
Jangan izinkan aku untuk jatuh cinta,
Aku memohon agar Kau tunjukkan jalan,
Agar Kau tunjukkan aku tuntutun yang perlu aku lakukan,
Jauhkanlah aku daripada kemaksiatan,
Jauhkanlah aku daripada perkara yang tidak dapat memberi manfaat,
Dan jauhkan aku daripada perkara yang Engkau murkai,
Agar aku dapat menjaga diri.

Ya Allah,
Jika aku jatuh cinta,
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu,
Jadikanlah aku yang mencintainya kerana agama yang ada padanya,
Jika dia hilangkan agama yang ada dalam dirinya,
Maka hilanglah cintaku padanya,
Sesungguhnya, cinta yang suci itu tidak buta.

Ya Allah,
Dan jika dia mencintai aku,
Biarkanlah dia mencintai aku kerana agama itu juga,
Asalkan dia tidak lebihkan cinta kepadaku melebihi cinta kepadaMu,
Supaya cinta itu bersemi di lembayung keredhaan-Mu,
Kerna dari situ lahirlah rahmah dan mawaddah dalam rumahtangga.

Ya Allah,
Jika ini bukan masanya,
Jika ini belum saatnya,
Dan jika Kau tahu kami belum bersedia,
Selamatkan kami,
Jarakkan kami,
Pisahkan kami,
Agar kami jauh dari khilaf yang merosak izzah dan iffah,
Agar kami tak mengundang murka-MU,
Agar kami dapat lebih menjaga hati,
Agar hati menjadi yang diredhai ilahi.

Ya Allah,
Andai dia bukan untuk ku,
Andai dia bukan jodohku,
Maka berilah ganti yang lebih baik buatnya,
Berikanlah dia insan yang benar benar terbaik buat kehidupannya,
Insan yang benar-benar mampu memimpinnya ke syurga-Mu,
Dan bantulah aku untuk memperbaiki diriku,
Agar aku kukuh dalam mencari cinta-Mu.

Ameen..
 
 
Saya tak marah, tak tuju kat sapa-sapa. Just a point of view. Kalau kerap kali, asyik sangat bicara soal cinta, yang entah kemana, baik kurangkan. Baik hentikan. Insya ALLAH, ada kemanisan IMAN. Lebih khusyuk hati kita nanti. Mujahadahlah. Mujahadahlah.
Rasa nak kawin, senang je timbul. 
Tapi cuba fikir balik, layak dah ke nak kawin. Kawin-kawin ni bukan mudah macam dalam gambar kawin yang kita selalu tengok tu. 
Tapi kalau dah layak, dah bersedia, dah tiba masanya,
tak ada masalah. Bercintalah. Dengan cara yang selayaknya. 
^_^
 Kalau belum bersedia,
jangan terlalu dilayan fatrah hati itu.
Bimbang jadi fitnah. 
Bimbang kita ketinggalan banyak benda kerana asyik mengejar yang tak pasti.
 
Berpada-pada bicara soal cinta.
Bukan tak boleh,
boleh. 
Tapi biar kena masanya.
Biar kena caranya.
Biar kena tempatnya.
 
Tak gitu?
 
 
 Dan oh ya, tertarik dengan ini,
 
Kawan..
Jika kamu belum siap melangkah lebih jauh dengan seseorang, cukup cintai ia dalam diam … Karena diammu adalah salah satu bukti cintamu padanya … Dengan begitu kau telah memuliakan dia, karena kamu tidak mengajaknya menjalin hubungan yang terlarang dan tak mau merusak kesucian serta penjagaan hatinya..

Dengan diammu…
Itu dapat memuliakan kesucian diri dan hatimu juga.. Menghindarkan dirimu dari hal-hal yang akan merusak izzah dan iffahmu ..

continue reading : HERE!

 
tinta Aisyah Fatimah,
Husnakamarudin. 
^_^


:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.