♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Wednesday, April 27, 2011

Taqdim vs Taqarrub =)

13 comments:


Cukup teruja saya ditemuramah adik-adik. Pada awal mendapat jemputan temuramah, saya bayangkan tajuk-tajuk berat untuk dikongsikan. Maklumlah yang nak menemuramah tu, bukan calang-calang orang, jawapan yang perlu saya beri juga, perlu setaraf dengan orangnya. Apabila nak berdakwah, kena kenal sasaran. Bila kenal sasaran, barulah teknik dakwah berkesan dan menyentuh apa yang perlu.


Sampai saja di tempat kejadian, saya terkejut, bukan seorang yang menunggu. Boleh tahan bilangannya,4 orang. Macam nak buat usrah pula. Saya masuk dengan ucapan salam dan terus duduk. Tak perlu buang banyak masa, kerana banyak komitmen lain yang perlu dilaksanakan. Maka, kata saya pada mereka, "teruskan, tak sabar nak kongsi ilmu dengan adik-adik."

medium tarbiyyah

Akhirnya, saya terkesima dengan soalan yang diajukan. Tidak disangka-sangka, soalannya begitu skeptical dan hilang terus bayangan buku-buku 'berat' hasil penelitian saya.

"Eh, kalau nak tanya benda-benda macam ni, tak payah lah formal sangat. Entum ni… Akak mati-mati ingat nak tanya pasal….. (censored).."

Mereka gelak. Seronok mengenakan saya, barangkali. Saya tersenyum saja. Sudah ada di tempat kejadian, nak menolak soalan yang dikemukan tak mampu dah. Semangat wajah-wajah 4 orang dari mereka menunggu jawapan saya. Sabo je laa. J

"Apa pandangan akak tentang ukhuwwah muslimin muslimat?" Tajuk yang telah dibincangkan dengan panas baru-baru ini. Maka, soalan mereka saya kira, kena pada tempatnya.


Lantas satu dalil Quran saya baca sebelum menyambung dengan huraian yang sepatutnya.

"Muslimin dan muslimat ni memang kena ada ukuwwah islamiyyah, didasari aqidah yang salim. Bukan seperti hubungan orang yang biasa-biasa. Dibenarkan ukhuwwah ni atas dasar untuk? Amar maaruf nahi mungkar. Selain dari itu, ia tidak digalakkan. Makna kata, kalau kita ada urusan DAKWAH, maka, perlu bagi muslimin dan muslimat bekerja, sekapal." Terang saya, ringkas, bukan tidak mahu menerangkan panjang lebar. Tapi ada komitmen lain selepas ini.



"Sejauh mana ia dibenarkan? Maksud saya, kadang-kadang dalam urusan dakwah pun, ada yang gurau-gurau melampau, pastu kat FB Nampak macam 'sahabat terlalu baik' walaupun mengenali atas dasar gerak kerja. Macamana tu kak?" soal salah seorang dari mereka. Saya senyum. Nampaknya, baru beberapa minggu begerak kerja, mereka sudah merasai ada yang tidak kena. Saya kagum pada mereka. tambah pula langkah mereka bertanya, walaupun bukan pada orang yang selayaknya untuk bercakap soal ini.

"Kita walaupun boleh berukhuwwah, batas-batas kita tetap Quran dan Sunnah. Selagi mana perkara tidak diharamkan, maka, silalah. Tapi ingat, orang bertaqwa adalah orang yang takut membuat perkara yang halal yang boleh jatuh kepada perkara haram. Nak jadi orang bertaqwa tak?" soal saya, sekadar mendapat respon dari mereka, sekurang-kurangnya mereka tidak hanya mendengar.

"Mestilah nak. Taqwa aim besar kot.." jawab salah seorang dari mereka. J Baguslah, kalau Ustaz Syaari menyebarkan aura Al-Fatehnya, biar kita menyebarkan aura Taqwa kepada Allah pula. J

Kemudian, mereka macam malu-malu.

"Eh, nape pula ni? Ada soalan, teruskan. Kalau tak, akak ada urusan lain yang perlu disetupkan." Adakah ini alasan seorang daie? Oohh, tapi memang ada urusan. Bukan tidak mahu berlama-lamaan bersama kalian. J

"Akak, nak tanya soalan peribadi sikit ni. Tak kira, nak pendapat akak sendiri juga." Tanya salah seorang dari mereka dengan senyuman meleret.

"Eh, tanyalah. Kalau mampu jawab, akak jawab. Tapi akak menolak soalan kontroversi yang skeptical." Gelak panjang dihujung ayat, tanda terlalu muak dengan kontroversi skeptical yang melanda sejak akhir-akhir ini. Sabo je laa.

"Apa pendapat akak tentang taqdim?" soal salah seorang dari mereka, merah mukanya. Baiklah, mungkin mereka sedang melalui fasa ini, maka mereka bertanya, jadi saya tidak salahkan mereka, malah tindakan mereka bagus, bertanya sekurang-kurangnya walaupun orang yang ditanya ini bukanlah orang yang layak untuk ditanya. Jauh lebih baek orang lain untuk disoal jawabkan.

Aku + Kau = SINERGI

"Rasanya Ustaz Muhadir dah banyak beri penjelasan tentang ni. Kalau kamu nak akak terangkan pun, persepsi akak tentu sama dengan persepsi Ustaz saja. Tidak jauh bezanya. Sebab memang akak setuju dengan pendapat Ustaz Muhadir." Jawapan saya ringkas, Nampak seperti melarikan diri, tapi sebenarnya tidak. Saya Cuma mengukuhkan jawapan saya dengan menyandarkan jawapan kepada orang soleh dan alim seperti Al Muhtaram Ustaz Muhadir. J

"Kalau akak sendiri ditaqdim, apa respon akak?" soalannya agak direct. Ya, saya tahu apa yang mereka mahu nampaknya. Tak susah membaca masalah yang mereka hadapi daripada soalan-soalan mereka. saya tersenyum panjang, bukan menyindir, tapi seronok untuk berkongsi prinsip sendiri.

"Bagi akak sendiri, ni pendapat peribadilah, taqdim ni satu benda yang akak lihat kesesuaiannya adalah pada orangnya. Tak boleh nak berikan pendapat tentang taqdim secara umum kerana taqdim ni satu perkara yang sangat subjektif. Maka, bagi diri sendir yang serba kekurangan, akak memegang prinsip bahawa, sekiranya proses taqdim itu mendekatkan diri akak pada Allah, maka, bertuahlah akak untuk berada dalam status 'bertaqdim' itu sendiri. tapi sekiranya, bertaqdim, hanya menjauhkan diri akak dari Allah, akak mohon dengan sangat untuk akak mengelakkan perkara sedemikian. Bukan tidak percaya pada keberkatan taqdim yang menggunakan orang tengah dan sebagainya, tapi kurang percaya pada diri sendiri dan 'pasangan'." Jawab saya, serius. Moga-moga mereka faham dengan maksud saya dan tidak disalah ertikan. Saya lihat respon mereka, positif dan makin bersemangat.

"Maksud akak? Mendekatkan diri kepada Allah yang bagaimana?" soal mereka lagi. Yang lain terangguk-angguk setuju dengan soalan yang ditanya.

"Maksudnya, contoh, kalau akak bertaqdim, hubungan kami dijaga. Dan tidak ada atas dasar lain melainkan perhubungan itu atas dasar perjuangan dan Islam itu sendiri. kalau bertaqdim, atas dasar perasaan semata-mata, hem… susah nak kata. Kalau taqdim atas dasar perjuangan, maka diharapkan dalam status bertaqdim, masing-masing menjaga diri, masing-masing berjuang dengan cara tersendiri untuk meraih pahala besar kelak. Masing-masing ada misi yang selari untuk Islam. Makna kata, selepas bertaqdim, akak lebih dekat dengan Dia, lebih jelas misi dan visi perjuangan, lebih ligat di medan dakwah, maka, sangat tak sabar untuk bertaqdim." Jawab saya berjenaka. Mereka tergelak. Saya menyambung lagi,

"Tapi.. Sekiranya bertaqdim, kita tak menjaga hubungan, bebas ber'sms' dan bertelefon, tidak ada maknanya bagi akak. Malah, membuatkan hati ini lebih jauh dari Tuhan. Yelah, mana ada hati yang boleh dekat dengan Tuhan kalau hati itu penuh noda dan dosa. Kalau akak bertaqdim, tapi masing-masing tak dapat control diri, asyik terlalai, akhlak berubah makin teruk, yelah, hati yang kotor kemudian digambarkan dengan akhlak yang tercela. Maka, akak rasa alasan akak wajib menolak taqdim tersebut. Sekiranya taqdim itu menjauhkan akak dari perjuangan, menyelewengkan akak dari niat sebenar berjuang, sia-sia saja mencari keberkatan dalam urusan taqdim yang begitu.." saya menoktahkan jawapan saya dengan nada untuk berundur, berharap tidak ada lagi soalan. J

Mereka terangguk-angguk dan semakin khusyuk mendengar. Saya menjeling jam tangan di tangan. Mula berkira-kira masa yang tinggal untuk bersama mereka.

"Macamana nak pastikan taqdim tu mendekatkan diri kepada Allah atau sebaliknya?" soal yang Nampak meragui statement saya.

"Jawapannya mudah. Lihatlah pada diri kita, kuat atau tidak. Kalau kuat untuk menjaga diri, kemudian faham bagaimana hukumnya muamalat muslimin muslimat walaupun dah bertaqdim…kemudian, tengok pula disebelah yang satu lagi. kalau di pihak muslimin pun, kuat dan strong untuk menjaga diri, Alhamdulillah. Kalau akak yang lari, biar dia yang syadid, kalau dia yang lari, biar akak yang syadid. Sebab hubungan ni kena jaga, untuk keberkatan. Bukan nak kata akak terlalu syadid, tidak sama sekali. Tapi begitulah prinsipnya. Contohnya kita bertaqdim dengan muslimin yang kita sering bergerak kerja bersama dengannya, kita mesti professional, masing-masing kena professional. Gerak kerja adalah gerak kerja, soal peribadi terlalu kecil untuk dibincangkan berbanding gerak kerja. Bukan mengenepikan soal hati dan peribadi, pandai-pandailah tengok aulawiyyat. Ishk, cakap pasal ni, tak sabar pula nak menjejak jejak langkah Kak Nurul dan Ustaz Syaari. Pasangan "AMIR-AMIRAH" seperti yang ditayangkan di RTM1 dalam rancangan Adam Hawa. Seronok kan kalau boleh jadi macam tu? Itulah sinergi terbaek yang dicari. " jawab saya lagi. menjawab persoalan mereka dengan hikmah. Biar kelak, jika mereka melalui fasa sebegini, mereka mafhum dan tahu bagaimana untuk menguruskannya dengan baik. J



"Hem, maaf, akak rasa akak kena pergi sekarang. Akak ada temujanji di level 1 pula sebenarnya. Macam ni sajalah, akak boleh bagi sedikit konklusi, ukurlah baju dibadan sendiri. kalau rasa diri sudah boleh menjaga diri dan menguruskan diri sendiri, silalah melangkah selangkah kehadapan. Tidak salah, tapi mesti ambil syariat jadi pegangan. Jangan menjadi nafsu tunggangan. Pastikan anda bertaqdim, meningkatkan iman anda, sekiranya ada perubahan negative berlaku pada anda, muhasabah kembali diri, untuk apa taqdim ni? Kalau kerana nafsu semata-mata, lebih baek tidak perlu. Urusan taqdim tidak dilihat sebagai urusan yang biasa, tapi urusan taqdim adalah selangkah menapak dalam soal perjuangan. Memilih orang yang betul untuk sama-sama menyambung perjuangan bukanlah perkara yang mudah dan boleh diremehkan. Akak rasa itu sajja mampu akak kongsi. Nanti kita jumpa lagi."
 saya mula menggulung perkongsian. Kemudian mahu bergegas ke level 1, bertemu ahli1, untuk melunaskan tanggungjawab terhadap saudara seaqidah. Kalau tiada siapa yang sanggup, biarlah saya melakukan apa yang boleh saya buat semampunya.
"Akak, cepatnya. Nak jumpa dah la susah. Bila jumpa sekejap pula." Saya hanya senyum.

Kemudian, menamatkan pertemuan dengan surah Al-Asr dan kaffaratul majlis. Sesungguhnya usrah bermula selepas bacaan Al-Asr. Maka, moga-moga perjalanan ini diteruskan dengan baik. Muhasabah diri sendiri dengan kata-kata diri sendiri. kerana kata-kata yang keluar dari mulut ini telinga sendiri yang paling dekat mendengarnya. Hati ini yang paling rapat menganalisisnya. Moga-moga akal ini yang paling mapan menyimpan janji dan prinsip-prinsipnya.

Dinukilkan disini sebagai sebuah prinsip diri sendiri. kelak, andai terlupa, mahu diselak kembali helaian ini, moga jadi peringatan buat diri, insya Allah. J





p/s: Hari ini sedang makan roti canai planta seorang diri di kedai Mamak, mendapat sekeping mesej dari Abi Naim (Abe Ki),
"Dik, hantar gambar dik. Ce hantar.. Ce hantar… Nk tengok muka adik. Ce hantar.. Ce hantar.."
Lawak dan menyenangkan hati sungguh abang saya. J Selepas plan mereka nak ke Si Rusa Port Dickson tak jadi disebabkan saya "outstation",mereka kononnya merajuk, tak balas SMS saya dan tak menelefon saya, tapi carik-carik bulu ayam, akhirnya bercantum juga. J Gembira pula rasanya mendapat mesej 'rindu' dari Abi Naim. Tak lama lagi Naim nak dapat adik. Kakak Ipar sudah dua bulan mengandung. Alhamdulillah. Tak sabar menunggu kedatangan anak saudara yang kelima. J Allahu Allah, moga-moga mujahid yang bakal dilahirkan menyambung mata rantai perjuangan Rasulillah. J Alhamdulillah. *Suka sangat kat budak-budak** RIndu pula pada anak saudara. J
Abang, kalau ada rezeki kita round Port Dickson, kita jalan-jalan Seremban, lepas tu kita melawat Shah Alam. J Ahha.. Insya Allah, moga Allah sampaikan hajat kita, kalau tak, kita jelajah Kelantan sajalah bulan 
Jun nanti~ J




Tinta Mujahidah Muda,
NurulHusnaKamarudin

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Tuesday, April 26, 2011

Membandingkan diri

No comments:


Diari seorang AKU.

[Tidak ada kaitan dengan yang hidup atau yang telah meninggalkan dunia]



Siapa kata aku tidak pernah kecewa dengan diri sendiri? mereka yang mengatakan demikian sangat silap. Perasaan yang aku tanggung sebagai seorang adik kepada engineer yang bermutu tinggi keluaran Universiti Teknologi Petronas dan seorang kakak, graduated dengan 1st class degree dari Universiti Luar Negara. Sedangkan apabila melihat pada diri aku sendiri, ibarat gajah dengan kucing. Tak sama padan dan tak sama tinggi. Sungguh, perasaan yang ditanggung bukan sedih yang biasa-biasa, tapi cukup luar biasa. Mereka yang memandang menyangkakan wajah ini redha dan tenang dalam ketentuan Dia. Tapi hati yang melalui, hati yang merasai, hati yang melihat semuanya. Sungguh, tak mudah.

Semua orang membandingkan kami. Ya, hamper semua orang. Malah, lebih teruk apabila mereka meletak HIGH EXPECTATION terhadap seorang aku. "Bakal mengikut jejak langkah kakak dan abang.." dan sebagainya. Mendengarnya saja mengundang gugur mutiara jernih dari wajahku. Tapi kekuatan yang Allah beri Alhamdulillah bukan kekuatan yang biasa-biasa. Malah, kekuatan yang luar biasa. Walaupun kadang-kadang rasa tersindir. Siapalah aku nak dibandingkan dengan kakak dan abang. Terlalu jauh.

Tapi siapalah aku untuk membandingbezakan kami. Bukankan apa yang dipandang Allah adalah taqwa? Dan aku mengejar erti sebuah TAQWA. Kerana disitu aku mahu menang.

Dalam pencarian sebuah kemenangan dalam perbandingan, aku tersentak, terlupakah aku pada qadar ketentuanNya? Itu qadar buat kakak. Dan itu juga qadar buat abang. Kenapa mesti aku menbedakan aku dan kakak? Aku dan abang? Sedangkan abang adalah abang. Dan kakak adalah kakak. Terlalu hipokrit dan tidak berpuas hati seorang manusia apabila membanding bezakan apa yang dimiliki.
Hilang rasa bersyukur, terbang keimanan pada Qadak dan Qadar Tuhan. Entah dimana letaknya keimanan. Aku sering membandingkan kami, sehinggakan aku merasakan, aku terlalu serba kekurangan. Kemudian, timbullah bibit-bibit rasa ketidak adilan Tuhan. Sedangkan, siapalah aku mengajar yang Maha Bijaksana itu? DIA yang memberi segala kelebihan kepada Kakak dan Abang. Dan DIA juga memberi banyak kelebihan kepada aku, tapi aku tidak pernah meluangkan masa untuk memandangnya.
Betapa kurangnya rasa bersyukur hamba ini. Sedangkan apabila dihitung nikmat Allah buat kita, tidak terhitung. Terlalu banyak.
Tapi sayang, apabila dibandingkan dengan yang lebih hebat, hilang segala nikmat, tinggal segala bala. Maka, sukar untuk berhusnu dzon dengan DIA.

Ampuni kami Tuhan Rabbul Jalil.

Kami terlalu asyik memandang kelebihan orang lain sehingga kami terlupa pada kelebihan yang KAU beri pada kami. Kami lupa pada kelebihan sendiri, dan akhirnya kelebihan yang KAU beri, tersia-sia begitu sahaja dek kerana habis masaku memandang kelebihan orang lain. 
Dan kini, aku mampu berlapang dada. Benar, setiap orang ada rezeki kurniaan masing-masing. Usah pertikaikan kenapa aku begini, dia begitu.
Ambillah masa, renunglah apa yang kita ada, dan gunakan semua kelebihan yang kita ada pada jalan yang sepatutnya. Bukan melihat kelebihan orang, sehingga terabai amanah kelebihan yang kita ada. 
Sungguh manusia itu mudah lupa pada nikmat yang Allah berikan.
Sungguh, keampunanMU sajalah yang mampu aku mohon. Tidak ada daya upaya untuk aku membandingkan aku dengan makhluk lain dan mempersoalkan kenapa dan kenapa. Sedangkan aku adalah HAMBA dan KAU adalah TUHAN kepada HAMBA.
Salam Muhasabah~


 

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Friday, April 22, 2011

Malu si makhluk. =)

1 comment:

Waktu kecik-kecik lagi, saya selalu dengar orang cakap,

MALU SEBAHAGIAN DARIPADA IMAN.
Masa tu kecik lagi, tapi terfikir, kenapa MALU tu sebahagian dari iman? Sampai besar saya terfikir-fikir.

Bila pakai baju kotor pergi kelas waktu sekolah rendah dulu, saya mesti nangis-nangis. Cakap pada Ibu, "Saya malu pakai baju kotor."

Kemudian, dalam hati saya kata, "Wah, berimannya saya, ada rasa malu!"

Sarkastik bukan?

"Ibu, saya malu pada manusia sehingga terlupa malu pada DIA..."


Bila sekolah menengah. Lain pula ceritanya. Maklumlah dididik di sekolah agama.

Bila nak bercakap dengan lelaki, (dulu waktu kat sekolah Maahad, walaupun ada laki-laki, tapi tak sekelas dengan depa, dan jarang sangat jumpa.) rasa malu sangat. Tapi cakap jugak. Bila cakap, pastu ada orang tengok, bagitau kat kawan sebelah, "Malunya saya… Orang tengok saya cakap dengan banin tadi…"

Dalam hati kata benda yang sama, "Wah, kuatnya iman saya."

Sarkastik juga. J




Sekarang, saya cukup paham, kenapa malu itu sebahagian daripada iman. J

Bagaimana kita rasa malu pada makhluk, tentu lebih-lebih lagi kita wajib malu pada Khaliq.

Bila buat dosa, kita buat sembunyi-sembunyi, bajet takde orang tahu. Kita rasa tak malu. Sebab takde sape pun tahu kita buat dosa. Tapi kita terlupa, Allah tahu. Dan sebab tak ada rasa malu pada Allah, kita mampu melakukannya.

Kita malu kalau orang tahu kita SMS dengan lelaki yang tidak halal untuk kita. Kita tak bagitau sapa-sapa. Melakukan apa saja cara supaya orang tak tahu. Tapi kita lupa, ALLAH TAHU. Dan kita lupa, kita malu pada manusia. Dan kita tidak malu PADA ALLAH. J Kita menuturkan kata yang tidak baek bagi saudara kita tanpa memberi pengenalan diri, kita malu pada makhluk, tapi kita tidak MALU pada Tuhan. Sedangkan Tuhan melihat semua yang kita lakukan.

Ooh, patutlah malu itu sebahagian dari iman. Bila malu pada Allah, kita malu nak melakukan perkara yang Allah tak suka. Automatic dapat halang kita dari melakukan perkara yang maksiat dan dosa.

Ramai orang sanggup bangun tengah malam nak bergayut sebab tak nak bagi orang tahu, tapi terlupa ALLAH sentiasa tahu dan tak pernah tidur, malah malaikat setia mencatatkan semuanya.


Ramai orang sanggup menipu orang sekeliling sebab tak nak malu bila buat dosa, sehingga terlupa untuk aulakan malu pada Allah. Kalau malu pada Allah, tentu tak buat benda-benda yang terang tang tang Allah tak suka. Betul kan?
Ramai manusia hari ini dah hilang rasa malu pada Allah, malah mengagung-agungkan rasa malu pada manusia.
Bila bawak beg kuliah buruk, rasa malu pada kawan-kawan sekuliah.

Bila pakai henset murah, rasa malu pada orang lain.

Bila markah exam sikit, rasa malu pada lecturer.

Tapi tak ramai yang lupa untuk malu pada DIA.

Kenapa aulakan pandangan manusia sedangkan pandangan Allah yang lebih utama?

J



Yang haram itu tetap haram. Dan yang halal itu nyatanya halal. Tidak perlu berdalih-dalih dalam urusan agama. Tidak ada toleransi dalam urusan dosa dan maksiat. J

Hentikanlah aktiviti maksiat yang tersembunyi akibat rasa malu pada manusia. Kerana, dengan adanya rasa malu pada Allah, insya Allah itu benar-benar sebahagian dari keimanan yang mapan. J
Saya sedang muhasabah diri sendiri.


*Saya bercakap pada diri saya.

Kebetulan, tadi satu kejadian berlaku pada saya.

Saya dah rosakkan barang seorang sahabat. Kemudian, rasa takut nak bagitau. Terfikir untuk berhelah, kononnya barang tersebut jatuh dengan sendiri. saya malu dan takut nak bagitau pada beliau bahawa saya sudah rosakkan barangnya. Dan tiba-tiba ada satu bisikan, "Kamu tak malu pada Allah ke nak menipu? Memang orang laen tatau kamu menipu, tapi DIA? Bukankah DIA maha Mengetahui?"

Maka, saya tak jadi berhelah. Saya berterus terang kepada beliau. Dan Alhamdulillah, beliau tenang menerimanya. Syukur, bukanlah Allah berjanji, sesiapa yang meninggalkan larangannya semata-mata takut kepada DIA, pasti DIA bantu? Maka, tidak ada daya upaya menafikan janjiNya Rabbi. J

Malulah pada Allah. Anda mampu menyembunyikannya daripada manusia, tapi tidak sekali-kali mampu menyembunyikannya daripada DIA.


Terima kasih sebab memberi saya pengajaran terbaek** J






 

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Thursday, April 21, 2011

La Ilaha Illallah…

No comments:


Every night and every day
Every night and every day
Never forget to say
La ilaha illa Allah
(Nothing worthy of worship except Allah)

When youre walking down the street
And you see the clouds in the sky
Praise Him and always repeat
The name of The Most High
And say with every heartbeat
La ilaha illa Allah

Chorus

No matter where you are or what you do
Remember Allah is watching over you
Hes the Light of Heavens and Earth
Hes the first, and He is the last
Obey Him and always say
La ilaha illa Allah

Chorus

La ilaha illa Allah
La ilaha illa Allah
La ilaha illa Allah
Never forget to say
La ilaha illa Allah

Chorus

La ilaha illa Allah
La ilaha illa Allah
La ilaha illa Allah

 
Sekarang tengah "menggilai" lagu ini.
Terasa dekat dengan Dia.
Terima kasih semua yang memotivasi. J

 
Pencinta Allah dan Rasulullah,
NurulHusna. J

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Wednesday, April 20, 2011

Homesicking

8 comments:

Baru tiga minggu di PJ, perasaan nak balik rumah, dah setinggi gunung Tahan. Nasib baek Allah sebokkan dengan 'banyak' benda. (macam banyak sangat). Sekurang-kurangnya, ada komitmen. Tak adalah fikir benda yang pelik seperti 'nak terbang balek Kelantan menghabiskan duet mak ayah'. Memang pantang 'dok saja'. Rasa boring dan dunia ni tak guna. J

Semalam dua kali 'on call'. Menarik. J (macam doctor pulak..)

Tengok kucing kat Mahallah, teringat kat Hurairah kat rumah. (note: Hurairah tu nama kucing kesayangan, berumur 10 tahun. Sekarang dah nyanyuk. Gelaran manja "Woh".)

Tengok Ustazah-Ustazah yang datang waktu 'on-call', teringat Ibu kat rumah. Kebetulan, Ibu pun demam. Sampai takde suara terbatuk-batuk. Syafahillah.. J

Telefon Ayah,

"Ba, kakak nak balik. Kakak tak kira kakak nak balik jugak. Kakak taknak duduk UIA. Kakak rindu nak balik." Buat gaya tengah stress.

"Kenapa nak balik sangat ni?" tanya Ayah pulak. Steady je melayan anak-anaknya. Sungguh, terharu.

"Kakak sakit tangan, pastu kakak nak basuh baju, pastu kakak takde syiling 50sen nak guna mesin basuh kat asrama." Itu saja alasan yang mampu difikirkan waktu tu. Tapi Ayah tak marah pun dengar alasan "bodoh" tu, malah Ayah bagi penyelesaian yang cukup "bernas".

"Kakak nak syiling 50 sen? Nanti Ba post… Nak berapa keping?" ok, nak tergelak. Tapi Ayah steady je kat sana. Anak Ayah dah tersenyum-senyum macam kerang busuk. Loyar buruk anak ayah, loyar buruk lagi ayahnya. J

Setelah panggilan ditamatkan dengan loyar buruk tersebut, Ayahanda mesej, "Ada masalah di UIA ke? Kalau kakak nak balik bagitau lah. Nanti Ba belikan tiket."

Sungguh, AYanhanda memang cool dan sporting. Bila baca mesej Ayah, 'hujan lebat'
pulak dah. Walaupun tak pernah nak bagitau anakanda ada masalah, tapi ayahanda memahami. Syukran daddy! J

Takkan nak cakap, "Dad, they put me in the beaker and add Hydrochloric acid with 2.0 Molarity into the beaker after that they shake me like the Shakespeer do! I under stress Dad!"

Atau,

"Ba, diorang jahat! Semua orang dah pandang 'slack' kat kakak!"

Teringat pesan Abang, "If u are under stress, don't make others stress too. Its annoying." Ok, Abang saya mmg pakar falsafah terbaek. Beliau banyak ajar saya "how to be a good couple to ur hubby". Ahha, tengkiu Abang. J Miss u a lot lah!

Teringin sangat nak balik, tapi memikirkan banyak perkara. Tambah-tambah lagi, shortsem, short money. Kasihan mummy daddy asyik bank in duet saja. Kadang-kadang tak mintak pun, tapi depa dah risau. So, tak mungkin saya jadi anak yang 'tak kenang jasa'. Apalagi nak buat benda-benda 'bodoh' di UIA.
J Prove them that, I will make this shortsem benefit me, benefit u and benefit us. J (wah, kalo ayah baca mesti bangga pastu cakap kat semua orang kampong. J)

Apapun, 3minggu yang ada untuk bersama "mereka"
pasti saya gunakan sebaek mungkin.

Nanti, kalo korang datang jaulah ke Kelantan, jemput datang walimah di rumah saya, 4 Jun 2011. Jadi, stay lama sket di Kelantan tu. Boleh makan gulai di rumah. Kalau tak kenduri, boleh menginap di rumah,m tapi kalo kenduri, sorry, out of hotel service. J Tak sabar nak tunggu kehadiran mereka ke Kelantan. Walaupun waktu tu might be…. I cant be with them. J
Bila lagi nak jumpa Ayah saya yang sporting, Ibu saya yang memahami, Abang saya yang suka falsafah, kakak saya yang banyak cerita dan anak sedara saya yang comel-comel. J



Tinta anak ibu ayah,

Cik Husnabaek. J

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Tuesday, April 19, 2011

Masa depan di hari Selasa.

10 comments:

perjalanan hidup... Menuju masa depan..
Aku tidak mahu keseorangan..

Tiga pasang tangan sedang menyusun surat khabar lama. Lalu, tiga bungkus nasi kerabu dibuka di atas surat khabar itu. Lauk yang sama, daging bakar.

Sambil mengimbau pelbagai kenangan, sesekali ketawa. Sesekali tersenyum.

"Kau serius ke nak tukar BEN?"

"Aah, dah keluar ke borang tukar kos?"

"Belom lagi.. Memang kau serius ke nak gi BEN ni?"

Mengangguk.

"No more hesitate. Tak nak dah tukar kos. Aku nak stay biomed lah. Tak nak biotech. Nak biomed. Ada hikmah tu tak dapat sem ni, moga-moga dapat sem depan.."

"Ameen…"

"Pastu aku macamana?"

"Hem?" mereka berdua menjawab.

"Yelah, sorang ke Nilai, sorang stay PJ, aku sorang gi Kuantan?"

Kami diam. Memandang langit melalui tingkap yang terbuka.

"Sedih…"

"Aku lagi sedih pegi sana takde sape-sape." Kata aku, perlahan.

Dan mereka masih diam.

"Jangan terlalu memikirkan masa depan dan masa silam.. Hingga terlupa masa sekarang." Kata cik Biomed.

"Tanak pegi Kuantan sorang-sorang, tak kuat.."kataku dalam hati. Memandang mereka yang masih diam,melayan perasaan sendiri.

Beberapa minggu tinggal, sebelum berpisah mengikut laluan masing-masing.

Dan, aku tak mampu membayangkannya. Tidak, sesekali tidak.

Biar tiba masanya, dan kelak, kita bicarakannya semula. Mungkin ada aturan Tuhan yang lebih baek untuk kita.

Ameen….


  ***


 
Moga-moga hari Selasa seperti ini berulang dan terus berulang.
Biar kami terus mengukir kenangan.
*Husna*Farah Adlina*Wirdah*
Tuhan, tunjukkan jalan terbaek!

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Sunday, April 17, 2011

Tunjang tarbiyyah

11 comments:

Sunyi juga bila semua roommate balik kampong. Walaupun jiran depan bilik penuh penghuni dan Pendatang Tanpa Izin Mahallah, bilik totap kosong. Sekosong hati ini.

Teruja untuk saya berkongsi satu cerita.

"Husna." Panggil seorang Ustaz. Saya berpaling. Memandang wajahnya yang kusut. Macam nak marah je. Ada buat salah ke?

"Kenapa Ustaz?" soal saya, cuak. Macam biasa, muka sedih dan simpati.

"Enti tahu cerita terbaru?" soal Ustaz, mula menyaingi langkah. Dalam hati, saya mengagak-agak. Cerita terbaru? Isu apa yang Ustaz mahu bangkitkan agaknya. Saya diam. Tandanya mahu Ustaz meneruskan ayatnya.

"Ada 'pasangan' tertangkap di hospital." Saya terkejut. Muka Ustaz terlalu serius untuk saya kata "Tak Percayalah!"

Maka saya mengambil langkah bijak, diam dan mengucap panjang. Sisa terakhir di sebuah sekolah dihabiskan dengan kisah yang begitu. Saya tertunduk malu.

"Maafkan saya Ustaz." Saya sendiri cukup faham kenapa Ustaz membangkitkan isu itu pada saya. Dan saya yakin, bukan Ustaz sengaja membuka aib itu pada saya. Lihat saja pada jawatan yang saya pegang sewaktu sekolah dulu. Itu cukup membuatkan saya "meminta maaf" pada Ustaz.

Ustaz senyum. Kemudian bertanya, "Apa perasaan?"

"Malu dan bersalah." Jawab saya,laju. Kemudian Ustaz menyoal lagi dengan lebih tegas,

"Malu pada siapa?"

"Malu pada Allah.." Jawab saya,juga laju.

"Pandai." Jawab Ustaz sepatah. Tiba di garaj motor. Motor KRISS berwarna purple itu saya tenung kosong. Ada sebiji helmet berwarna hitam dan sehelai sweater berwarna biru.

Langit biru bertambah keruh. Sekeruhnya hati saya pada waktu itu. Tidak lama lagi saya bakal meninggalkan sekolah ini. Ternyata, saya tidak Berjaya.

"Kamu tahu kenapa jadi macam tu?" Soal Ustaz walaupun perjalanan telah tiba di motor saya. Kunci motor saya keluarkan. Walaubagaimanapun, perasaan 'tak sedap' tetap ada, kalau orang Nampak, apa pula kata mereka, walaupun perbincangan kami tidak sia-sia.

"Ustaz rasa?" Saya menyoal soalan dengan soalan. Itu langkah bijak melarikan diri.

"Sebab kamu sorang-sorang."

Berada di sekolah yang kosong tanpa tarbiyyah, memang susah untuk menjadikannya bumi tarbiyyah. Susah! Saya mengakui.

"Bukan saya tak pernah ajak orang lain bersama saya.." kata saya, membela diri.

Dipendekkan cerita, selepas bertikam lidah dengan hujah tersendiri, Ustaz memberi resolusi,

"Kamu terlupa sesuatu sewaktu kamu nak jalankan tarbiyyah disini." Kata Ustaz, masih tegas. Saya mengangkat kening, seperti tidak berpuas hati. Apa yang saya tertinggal? Saya berusaha sebaek mungkin, saya rasa.

"Kamu terlupa pada USRAH." Ya, jawapan Ustaz, pendek tapi bernas.

Saya terdiam.

"Jiwa mereka kosong tanpa pengisian. Dan kamu tak dapat membina apa-apa dengan jiwa kosong. Sekalipun kamu ada pengikut yang ramai, sekiranya pengikut kamu berjiwa kosong, seolah-olah kamu tidak ada apa-apa. Bayangkan saya, 100 jiwa didarab dengan kosong, jawapannya tetap kosong." Terang Ustaz panjang lebar, dikaitkan juga dengan sejarah Usrah pertama dalam sejarah di rumah Al-Arqam.

Ya, saya terdiam dan saya membisu. Kesilapan saya? Kenapa saya tidak pernah terfikir pada sebuah perkataan yang cukup indah, "USRAH".

Kini, masa saya sudah tidak banyak, beberapa ketika saja lagi saya bakal meninggalkan tempat itu. Saya terasa ingin menangis. Sia-sia usaha saya, tanpa usrah.

Benarlah, usrah itu tunjang pada tarbiyyah.

"Sekarang kamu dah takde, dan semuanya tak ada. Semuanya dah tak bersambung. Akan terhenti." Kata-kata Ustaz yang terakhir menyebabkan saya terkesima.

Apakah dakwah disini sudah tidak mampu diteruskan? Saya mengelamun panjang.

Akhirnya kunci motor itu dimasukkan pada picunya. Starter ditekan, enjin dihidupkan. Sweater dipakai, helmet disarungkan ke kepala. Lantas, motor purple itu bergerak laju, seperti lajjunya pemikiran saya pada semua yang lepas. Tapi selaju manapun saya memandu, saya tak mungkin kembali pada waktu saya mentarbiyyah. Dan saya tak mampu mengulang semuanya. Itu nyata.



Sekarang, saya sudah tekad. Usrah bukan main-main dan bukan suka-suka. Usrah adalah tunjang pada tarbiyyah.dan saya menjadi orang yang paling jahil sekiranya tidak meletakkan usrah sebagai medan utama tarbiyyah. 


Allah, maafkan saya dan segala kesilapan saya. Saya tidak mahu mengulang kesilapan yang sama lagi. J



Kosongnya jiwa tanpa tarbiyyah. Kosongnya tarbiyyah tanpa usrah. J





p/s: Sungguh, terasa tidak harmonis apabila dihukum kerana kesalahan orang lain. Orang lain buat hal, tapi kita yang kena tempiasnya, sehingga antara kita, tidak ada lagi harmonis. Tuhan, aku malu padaMu dan aku jua malu pada sekalian makhlukMu. Tunjukkan aku jalan kebenaran dan jangan biarkan aku jatuh di tengah jalan. Tuhan, sungguh persahabatan itu harmonis, tapi seandainya ia perlu berakhir disini, moga Kau gantikan dengan yang lebih baek. Aku mohon, tunjukkan aku jalan terbaek menyelesaikan semuanya. Dan lapangkan dadaku dengan apa yang Kau beri. J


:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Nasyid: Kena pada masanya…

2 comments:



Pernah hati ini terguris
Dengan fitnah dan tohmahan menghiris
Sehingga terasa diri ini hina
Kerana tiada siapa yang sudi membela
Kutabahkan hatiku harungi hidup
Biarpun tiada siapa yang menemani
Keseorangan aku di lautan sepi
Ditinggalkan mereka yang aku percayai

Namun ku tahu ada hikmahnya
Setiap segala yang menimpa diri
Kuserahkan segala padaMu Tuhan
Yang berkuasa jua mencipta
Kerana engkau MAha Mengetahui
SEgala apa yang terbuku di hati

Ya Allah tidakku terdaya lagi
Menahan dugaan yang mencabar ini
Terasa bagai noktah telah kutemui
Mengakhiri segala yang telah aku mulai
Ya Allah engkau lindungilah aku
Bekalkanlah daku dengan limpahan iman
Agar tabahku menghadapi dugaan
Agar tidakku berhenti di pertengahan

Kini di sini aku berdiri
Bersama harapan yang tulus suci
Agar terbitlah kembali menteri pagi
Setelah malamku berkalut benci
mari terbang tinggi bersama. =)

 
Subhanallah Alhamdulillah allahu akbar.
Moga dipercepatkan masa…
Dan moga-moga sentiasa harmonis walau diduga.
Ini bukan salah saya tapi tempiasnya terasa pada saya.
Tuhan,
Berkatilah kami dan ampunkan dosa kami.
Berikan yang terbaek buat kami dunia akhiratMu.
JJJ

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Dia pun sama saja!

No comments:


"Akak, semalam depan tegur saya, depa kata saya tak pandai time management. Hek eleh, depa pun sama je. Balek meeting terus tidoq, siang-siang tengok movie. Tapi sebok je nak teguq orang."


 

"Aku tak respect langsung dia nak tegur aku, diri sendiri pun tak terjaga, sebok nak jaga tepi kaen orang."



Ok. Enough is enough. Cukuplah dengan pemikiran yang terlalu 'jumud'. Penat mendengar keluhan manusia yang ditegur. Belum cerita lagi keluhan manusia yang menegur.

"Dah tiga kali saya tegur dia Kak. Sikit pun dia tak amek endah."

Jawapan saya mudah,

"Cuba buat yang keempat pulak."

Kalau orang yang mengeluh terlalu hiperbola penat menegur, jawapannya juga mudah,

"Doa moga-moga dia terbuka hati nak berubah."



Tak pernah terlintas pun terasa penat mendengar keluhan sebegini, sebab kadang-kadang diri sendiri pun mengeluh juga bila menegur dan ditegur. Mungkin terlupa tujuan asal menegur. Kalau menegur untuk menjatuhkan, mengaibkan, memang mudah terasa penat. Tapi kalau menegur, kerana Allah sematamata, pasti tak timbul keluhan walau berkali-kali menegur. 
Saya bukan seorang yang sabar dalam memberi teguran. Sekali tegur, kalau tak nak dengar, kali kedua keluarkan perkataan yang ada 'api' sikit. Kalau tak paham juga, saya diam. Teruk. Jangan tiru aksi ini.(AMARAN KERAS) Memang teruk. Sedangkan usaha kita untuk menegur orang lain sepatutnya berterusan dan ikhlas. Bukan begitu?


"Sesungguhnya nasihat itu ibarat menjahit kain menggunakan jarum dan benang. Disulam benang dengan jarum yang halus satu persatu dengan teliti. Tujuannya satu, mahu menyempurnakan jahitan kain agar sempurna dipakai. Begitulah nasihat. Menggunakan method yang paling berkesan dengan penuh hikmah, tujuaannya tidak lain untuk memperbetulkan silap agar lebih sempurna."
Kalaulah semua orang tahu apa tujuan NASIHAT, tentu masalah 'masam muka sebab mendapat nasihat' tak akan timbul.


Kalau semua orang tahu bahawa NASIHAT itu adalah tanggungjawab, tentu tak timbul masalah 'mengata dulang paku serpih, (sambung sendiri)'.


Tapi terlalu ramai yang menganggap nasihat itu 'aib'. Terlalu ramai yang mengganggap nasihat itu 'hasad'.

Sehinggakan tidak Nampak apa yang dinasihatkan tapi Nampak kelemahan orang yang menasihati untuk dipertikaikan.


Huh, beri saya nasihat. Regardless AGE. Ahha. Kalau saya silap, beritahu saya. Tapi pesanan ikhlas dari saya,

BERITAHU DENGAN HIKMAH. Kerana ramai orang kecundang dalam bab memberi dan menerima nasihat, adalah kerana tidak ada HIKMAH dan BIJAKSANA. 
Ya, hikmah.

Jangan terlalu seronok memberi nasihat sehingga terlupa pada aspek HIKMAH. Ia bukan satu aspek yang boleh dipandang lekeh. Malah, Allah menekankannya di dalam Kitab Alquran. Ya, HIKMAH. J

Tinta Anak Muda.
Tinta anak muda,
Husnataqwa.

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Friday, April 15, 2011

FB seorang daie.

4 comments:

Subhanallahi wa bihamdihi…

Alhamdulillah, akhirnya mampu gagahkan tangan untuk menaip lagi. walaupun rasa dah tak bermaya 'ditembak' dari pelbagai sudut.


Anda ada FB?

Alhamdulillah. Hari Jumaat yang penuh dengan barakah. Hari ini cukup tersentuh hati dengan gathering dari UTM. Setiap perkataannya yang dilontarkan terasa menyentuh hati. Kata mereka, mungkin kerana orang yang bercakap dah berkahwin, jadi kata-katanya lebih terasa hikmahnya. Eh, apa pulak kaetan dah kawen dengan hikmah? Entah. Yang tu kena kaji sendiri. tadi sahabat-sahabat saya mengeluarkan pelbagai pendapat kenapa lebih hikmah bila dah kawen. Tapi dengan syarat, kawen yang BERKAT. J Syukur juga dengar respon positif dari kawan-kawan. Wah, UTM terbaek! J






Saya cukup terkesan dengan kata-kata yang diperolehi hari ini. Dan antara yang terkesan dan terasa nak share, bila disebutkan tentang penggunaan FB. Aduh. Ya, saya tak menafikan saya antara pengguna FB yang aktif. Memang terkesan dan terasa hingga ke hempedu. Aduyai!

Sebagai seorang daie, haruslah FB kita berbeza dengan FB orang laen. Kita, menggelarkan diri kita, kononnya sebagai seorang daie, tapi sayang, bila dijenguk FB, hilang akhlak seorang muslim, kabur akhlak seorang daie. "Sebagai seorang daie, FB kita mesti ada beza dengan FB orang-orang laen. Kerana daie untuk diteladani."

Ya, sungguhlah saya setuju. Daie untuk diteladani. Mungkin saya masih belum mencapai tahap sesuai diteladani, mungkin anda juga begitu, tapi cukup untuk saya katakan, kita adalah daie dan tak dapat tidak LA BUDDA, kita mesti membawa imej yang baek. Imej sebagai seorang daie kelak boleh menjadi fitnah sekiranya tercalar. Berusahalah untuk meneladani daripada merendahkan self-esteem sehingga tak berbuat apa-apa atau kaku.


Mengikut pemerhatian saya, orang yang kaku dalam dakwah, adalah orang yang terlalu rendah self-esteem. Takut nak buat itu. Rasa tak layak begitu. Rasa tak cukup ilmu dan sebagainya. Keyakinan pada Allah adalah sumber kekuatan untuk yakin pada diri sendiri. insya Allah.

Resolusi yang mampu saya nukilkan, sebagai seorang daie, beFB tidak salah. Ya, bukan salah FB, tapi penggunanya yang perlu dipersalahkan apabila disalahgunakan. Dengan FB anda mampu mengaut keuntungan dan saham akhirat, tapi dengan FB juga anda boleh diheret ke neraka jahannam. Maka, berwaspadalah kita dalam penggunaan FB. Lebih-lebih lagi sebagai seorang daie.

Dalam satu majlis di Shah Alam, soerang Ustaz berpesan, "Kalo tadak FB, balek nanti buat FB. Tapi ingat, mesti FB daie, bukan FB maen-maen."

Saya tidak mengeluarkan statement bahawa FB saya sebaek-baek FB. Sekadar menyampaikan dan menyindir diri sendiri untuk berubah kearah kebaekan. Usah diintai FB saya untuk mencari kesilapan saya, tapi mari intai diri sendiri dan perbaiki diri. Insya Allah.


mari jadi daie cemerlang!


Ok, terkesan.

Ops, lupa, resolusi, sebagai seorang daie, wajibkan diri kita untuk mengupdate status FB dengan tazkirah, hadis, tafsir Quran atau peringatan dan perkataan yang bermanfaat, paling kurang 2 kali seminggu. Wadahnya, setiap kali nak update, setmind bahawa "saya sedang update status FB sebagai seorang daie. Apa yang saya mahu beritahu pada mad'u saya ye?"

Berlatih otak untuk kreatif dengan keadaan semasa. Sekurang-kurangnya ada juga manfaat setiap kali orang terbaca status kita di 'home' mereka. tidaklah bosan dengan status yang entah apa-apa memanjang. Ya, saya tidak menghalang jika anda mahu mengupdate status yang anda mahu, tidak salah bagi saya selagi tidak menyalahi adab dan akhlak sebagai seorang muslim. Tapi mesti wajibkan diri mengupdate kata-kata yang baek sebagai hikmah dan peringatan buat orang laen. Pahalanya insyaAllah dihitung baek disisi Allah Taala.

Moga kata-kata ini tidak membuka ruang fitnah. J

Moga-moga setiap kali orang membaca status kita yang menyeru kepada kebaekan dan melarang pada kemungkaran, pahala mengalir untuk kita bagai air yang mengalir di sungai. Moga-moga ia menjadi menolak bala untuk kita dan penenang jiwa kita. Insya Allah.

Daie-daie yang berjihad di medan Allah, tidak pernah memberi alasan dalam melakukan kebaekan. Dan tidak pernah merasa janggal untuk menjadi ghuraba' di bumi Allah.


Pesanan penaja,

Sebhgian org merasa 'puas' & 'selesa' dalam jiwanya bila dpt menyakitkan hati org lain sama ada dgn kata2, tulisan, sindiran dan jelingan. Bg golongan ini semcm satu hobi melemparkan kata2 yg diketahui boleh 'menyakitkan' targetnya. Jika sifat itu ada dlm diri, fahamilah hati individu tu SGT KARAT dgn dosa terkumpul bertahun2. Tanpa sgr diubah, ia bkl menjadi kegemaran harian yg memufliskan akhiratnya.-Zaharudin.net
Hentikan kontroversi murahan dan tingkatkan prestasi kecemerlangan.

Lebih baek diam daripada mengeluarkan perkataan yang kita sendiri tidak tahu dan hanya beragak-agak semata-mata. Dan lebih baek diam daripada berkata-kata bertujuan memberi kemaslahatan pada orang lain. Saya tidak mengaku kalah dengan perkataan-perkataan yang melemahkan, kerana saya yakin, anda berkata-kata dalam keadaan anda sendiri tidak tahu, dan saya sekadar kasihan dengan MOTIF anda. Cadangan saya, hanya taubat sebaek-baek penyelesaian dan minta maaf adalah sebaek-baek kelakuan. Hingga bertemu kembali.

Tinta Mujahidah Muda,
Bintu Kamarudin.




:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Wednesday, April 13, 2011

Ujian itu hebat!

7 comments:


Ya Allah, sekiranya kesaketan ini adalah imbalan dari dosa-dosaku yang menggunung tinggi, maka ampunilah dosa-dosaku dengan rahmatMu yang melangit luas. Bukan aku takut menanggung saket, tapi aku gerun membayangkan dosaku seandainya tidak diampunkanMu. Bagaimanalah seksanya azab diakhirat kelak seandainya didunia lagi tidakku tertanggung azab seksa dari dosa-dosaku. Ighfirlana Zunuubana...


Kadang-kadang, saya terfikir, kenapa kita mempunyai mood yang berubah-ubah. Tapi syarahan Ustaz Badrul Amin dalam satu kasetnya yang saya beli, katanya,

"Kalau siang pasangannya malam, kalau tengkujuh pasangannya kemarau. Itulah fitrah Allah yang menjadikan segala sesuatu itu berpasangan seperti yang disebutkan dalam surah Yaasin. Jadi kenapa kita sering menafikan pasangan bagi bahagia? Pasangan bagi bahagia itu adalah derita. Pasangan bagi sedih itu adalah gembira. Ya, itu adalah pasangan."
Sungguh saya terkesan dengan kata-kata Ustaz Badrul Amin. Selalu DVD beliau dimainkan dalam kereta, pengubat sunyi bila selalu kemana-mana seorang diri.



Setelah pulang dari Shah Alam, a very sweet escape (perhaps so), entah kenapa kaki saya sakit. Tak semena-mena. Sungguh, saya sendiri tak dapat mengenal pasti kenapa. Tak mungkin disebabkan memandu kereta? Macamlah sebelum ni tak pernah jadi pemandu. Saya kurang pasti. Nak kata kena sampuk, tak ada pula main dalam hutan. Rasanya pergi tempat baek-baek je. J Memang terhinjut-hinjut, tapi control macho beb.



Waktu pergi Shah Alam, selepas buat 'reunion' dengan kawan-kawan, terlambat pula reunion tu habes. Maklumlah macam-macam isu nak bangkit. Tengah malam dah, kalau nak balik terus, cuak pula. Nak menginap di mana-mana motel, fatrah shortsem yang kering poket menghalang niat. Maka, membuat muka tak malu dan kalis segan, menumpang rumah orang. Subhanallah. Waktu nak buat keputusan 'gila' ni memang banyak buat pro dan cons. Seterusnya banyak berselawat moga keputusan yang diambil tepat dan efektif. Selepas jadi penumpang kat rumah orang, terus melilau ke PKNS Shah Alam. Mencari buku Hadis 40 yang kecik dan hand-bring (ada ke perkataan tu?). teringat pesan Ustaz Muhadir, kena biasakan baca hadis paling kurang 3 hari sekali untuk mengelakkan hati jadi mati disamping membaca Quran mesti sekali sehari. Maka, cuba untuk istiqamah dengan amalan tersebut. Selepas melawat PKNS, terus pulang ke UIA. Dan waktu tu kaki dah rasa tak sedap. Sampai UIA, apa lagi terus hujan tak berlagu. Saket OK.



Tapi dah terbiasa dah dengan 'saket', maka buat macam dah jadi kebiasaan. Allah tak pernah lepaskan saya dari ujian saket. Maka, saya sedang berusaha untuk belajar redha. Moga-moga ada balasan pada redha dan ikhlas dengan ujian, jika tidak didunia, tentu di akhirat itu pasti.

Ujian itu hebat bukan? Daripada orang yang cukup ego seperti saya, sedikit demi sedikit belajar untuk menundukkan ego. Tundukkan ego dengan Allah seterusnya tunduk ego pada manusia. 
Ujian itu hebat bukan? Daripada orang yang jauh dengan Allah, ditarik menjadi sentiasa dekat denganNya. Bukan saya ditarik, malah dengan ujian, membuatkan hambaNya takut untuk lari dari Dia.
Hebat bukan ujian?

Sekali bila dipandang dari sisi yang jahat, ujian mungkin dianggap seperti satu penghinaan. Tapi silap. Siapa yang menganggap ujian itu satu penghinaan, anda salah.

Pengalaman hidup mengatakan bahawa, orang yang diuji, pasti Allah mahu memberi sesuatu yang lebih baek lagi. maka, sabar,ikhlas dan redhalah dengan ujian yang mendatang.
Subhanallah, kagum dengan sejarah-sejarah Rasul terdahulu. Nabi Ayub yang diuji dengan kesaketan yang lebih teruk. Tapi beliau tabah dan tidak pernah kufur pada Tuhan. Malah, bertambah-tambah keimanan pada Allah yang Esa.

Ya, saya yakin, ujian itu hebat. Dan ujian yang hebat tidak akan diberikan kepada orang biasa-biasa. Tentu ujian hebat milik orang yang hebat.

Ujian saya tidak hebat. Masih ada ujian orang lain yang terlebih-lebih hebat. Sehinggakan apabila difikirkan, saya tidak sanggup berada di tempat mereka. sungguh, Allah menguji hambaNya sesuai dengan kemampuannya.

Setiap kali hamba muslim ditimpa ujian, usah memandang mereka hina, tapi pandanglah mulia. Kerana ujian itu datang dari Allah. Dan pastinya sesuatu yang datang dari Allah itu tidak sia-sia. Samada untuk menghapuskan dosa atau mengangkat martabat hambaNya. Semuanya mulia. Maka, bersangka baeklah dengan ujian Allah. J


p/s: Saya mohon maaf seandainya saya menyakiti hati sesiapa. Sebarang ketidakpuasan hati, boleh berhadapan atau tanya melalui mana-mana medium yang BERSESUAIAN. Moga-moga pertanyaan akan penjelasan itu HIKMAH bukan bertujuan lain untuk mengaibkan atau MENJATUHKAN.



Hentikan kontroversi dan tingkatkan prestasi.



Kalau ada apa-apa yang bermain di fikiran anda, tidak perlu bersoal sesame anda, boleh tanya pada saya. Pleasure bagi saya untuk menjawab pertanyaan anda. Sesungguhnya itu lebih baek daripada kata-kata fitnah yang anda sendiri tidak tahu hujung pangkalnya.



Ilalillaqa'.



Moga iman dan akal jadi pedoman. J
Ya, saya rindukan mantan-mantan classmate saya. =)



Pemilik cinta Allah dan Rasulullah,
NHK.

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Tuesday, April 12, 2011

Terima kasih kerana mencintai saya kerana Allah.

15 comments:

Assalamualaikum.

Pertama dan selamanya, izinkan saya mengukir bicara saya buat awak yang pernah mewarnai hidup saya. Mungkin ini yang terakhir kalinya. Moga-moga bicara ini bicara yang baek dan tidak menimbulkan fitnah.

Alhamdulillah, saya mampu untuk berbicara walaupun terasa pahit mahu mengimbau kenangan semalam yang masih berparut di jiwa.

Add caption

Awak,

Ingatkah lagi suatu masa dulu kita ditakdirkan Tuhan bertemu dan menjalin hubungan yang kononnya suci. Sejak kita ditakdirkan bergerak kerja bersama, dan kemudian kita mula sedikit demi sedikit menyimpang dari urusan kerja. Dari SMS yang bertanya progress gerak kerja, bertukar menjadi SMS bertanya khabar berita. Waktu itu, saya merasakan kita melakukan kesilapan, tapi awak mengatakan "Tidak. Kita berhubung atas dasar agama, tidak didasari nafsu." Dan saya percaya, kerana awak bukan calang-calang orang, awak orang yang memang ada ilmu agama.

imej soleh awak waktu itu.

Bertitik tolak dari situ, kita makin kerap berSMS, kadang-kadang menelefon. Jika tiada urusan, kita sengaja mencari urusan untuk berurusan. Seboleh-bolehnya kita mencari peluang untuk bertemu mata dan berbual mesra. Seolah-olah kita terlupa, kita pendokong agama Islam. Awak dengan kopiahnya, saya dengan tudung besar. Entah kemana letaknya agama kita waktu itu. Malah semakin hari, kita semakin jauh dengan urusan dakwah. Kita seolah-olah ada dunia kita tersendiri.

semua SMS dirasakan indah dan penuh cinta.

Sehinggalah satu hari, awak melamar saya melalui SMS. Kata awak, "sudikah ukhti menjadi calon isteri saya?" Saya terus bersetuju tanpa fikir panjang. Mungkin waktu itu saya terlupa untuk beristikharah dan mengingati Tuhan. Sungguh, entah jawapan saya waktu itu hanya didasari nafsu semata-mata. Kemudian, setelah saya bersetuju, hubungan kita kian rancak. Batas-batas pergaulan seolahh halal bagi kita. Kan saya calon isteri awak.. Tapi silap saya, kerana saya seolah-olah buta pada perkataan CALON. Ya, saya hanya calon, bukan betol-betol isteri awak. Entah saya bakal halal untuk awak ataupun selama-lamanya tidak akan halal untuk awak. Pun tidak ada dalam ilmu kita. Sewaktu itu, kita asyik dengan persoalan kehidupan kita. Kita mula menyemai pelbagai impian. Begitu dan begini.

dan kita memadu kasih islamik seolah halal.

Bila bangun pagi, SMS dari awak membuat saya senyum hingga tengahari. Panggilan "Puteri" "Bidadari" dan "Permaisuri", seolah-olah mengaburkan mata hati saya. Saya mula rasa disayangi sehingga saya tidak Nampak kasih sayang lain selain dari kasih sayang awak. Saya melupakan sahabat-sahabat saya yang sebelum ini mendampingi saya. Saya lupa pada perjuangan aqidah saya. Saya lupa pada Islam yang pernah saya ikrarkan untuk berjuang kerananya. Ya, banyak yang saya lupa, mungkin kerana waktu itu harddisk kerangka otak saya hanya dipenuhi dengan nama awak, angan-angan bersama awak, kasih sayang awak dan semuanya awaklah, sedangkan semuanya kemurkaan Allah pada saya.

ayat-ayat cinta

Awak,

Ingat lagikah, waktu kita bercakap telefon, suara saya yang sebenarnya aurat bagi awak, tapi menjadi ubat menaik semangat awak. Awak selalu kata, "Rindu nak dengar suara ukhti." Tahukah awak suara saya adalah aurat bagi awak? Tentulah awak tahu. Awak juga orang yang memahami Islam, sama seperti saya. Tapi kenapa awak izinkan saya berdosa dengan melacurkan kelunakan suara saya untuk awak? Kenapa awak izinkan saya menempah neraka kerana awak? Adakah itu nilai cinta awak buat saya? Ya, saya buta waktu itu. Semua permintaan awak saya tunaikan. Seolah-olah saya 'isteri' awak, sedangkan tidak pernah ada apa-apa ikatan pun yang menghalalkan hubungan kita. Tapi kenapa kita tidak sedar sewaktu kita seronok menjalinkan cinta dahulu kala?

dan membuat ibadah saya terganggu

Ingat lagikah awak pada kenangan kita. Sewaktu kita bertukar-tukar makanan. Pujian awak membuah riang dihati saya. Sehingga saya terlupa menunaikan kewajipan saya pada sahabat. Saya asyik memikirkan awak dan hanya awak. Dulu, saya sedih, awak pun sedih. Saya gembira, awak pun gembira. Ya, kita merasakan kita pasangan yang ideal. Kita merasakan dunia ini kita yang punya. Dulu, waktu seluruh dunia memandang hina pada kita, awak kata, "takpa, ukhti ada ana." Baru kini saya perasan, entah dimana Allah dalam hati kita pada waktu itu. Saya ada awak? Sedangkan awak juga pinjaman yang masih haram buat saya. Saya Cuma ada Allah. Dulu,kini dan selamanya.

aku cuma mahu yang halal. pegang erat tanganku.

Sewaktu sahabat-sahabat menegur tindakan saya dan awak yang keterlaluan di mata mereka, kita tetap merasakan kita betul dan tidak salah. Malah kita membenci orang yang menasihati kita untuk kebaekan kita. Kita seolah-olah ahli agama yang sedang menegakkan benang yang basah. Kita katakan kita tidak salah. Malah kita katakan hubungan kita halal, mak ayah restu. Sedangkan kita terlupa pada restu yang paling besar, iaitu restu Allah buat kita. Tidakkah kita ingat bahawa, yang haram itu adalah jelas haramnya bagi Allah? Dan mana mungkin Allah merestui hubungan kita yang masih haram dan belom tentu bakal halal atau sebaleknya. Kita mencari pelbagai dalil untuk mengatakan bahawa, KITA BETOL. Dan kita kembali menyalahkan mereka yang menasihati kita, kononnya mereka terlalu suka BUSY BODY dan suka jaga tepi kain orang. Allah, malunya saya pada sahabat-sahabat kerana kerasnya hati saya dek kerana kasih sayang awak yang melangit luas waktu itu.

sehingga kita terlupa kita membawa Islam.

Bila saya susah, saya ada awak, dan awak tak pernah menolak saat saya minta bantuan. Sehinggakan setiap kali saya ada masalah, saya mencari awak dan saya lupa mencari Tuhan. Tapi semua gelap kerana awak kata pada saya, "Ana mencintai ukhti kerana Allah!" Ya, saya merasakan kita menjalinkan hubungan yang suci, kerana hubungan kita kerana Allah. Tapi sayang, hubungan kerana Allah itu langsung tidak mengikut syariatNya malah kita menyeleweng dari jalan kebenaran. Kenapa saya terlalu buta ketika itu.


Awak,

Kenapa awak benarkan saya berdosa? Kenapa awak benarkan saya gadaikan maruah saya kerana cinta? Tahukah awak saya bukan calang-calang orang. Saya pernah infaqkan diri saya pada jalan perjuangan. Tapi waktu kita mabuk bercinta, wajah saya pun susah orang nak jumpa di jalan perjuangan. Entah kemana hilangnya saya, mungkin tenggalam dalam cinta awak yang terlalu dalam. Kalau awak mencintai saya kerana Allah, kenapa awak tidak menjaga diri saya? Malah awak memperkotak katikkan maruah saya. Awak menjadi umpan untuk saya membuat dosa. Dan kasih sayang awak adalah habuan setiap kali saya melakukan dosa. Murah dan hinanya kasih sayang awak, baru saya sedari. Rupanya kasih sayang awak, dosalah habuannya.


Saya yang dulu sebelum mengenali dan tenggelam dalam cinta kerana Allah yang awak beri, saya seorang yang disegani. Tapi hadirnya awak membuatkan seluruh dunia menghina saya. Kalau Zulaikha disanjung kerana mendapat cinta Yusuf. Balqis diagungkan kerana mendapat cinta Sulaiman. Tapi kenapa saya dihina bila mendapat cinta awak? Tentunya kerana cinta kerana Allah yang awak janjikan tidak menepati syariat dan piawaiannya. Kecewanya saya baru kini saya tahu dan sedar kesilapan bodoh saya yang lampau.

Saya mula terfikir, selepas menjalinkan hubungan cinta kerana Allah bagai nak rak, SMS, calling-calling, bermanja-manja, hanyut dalam perasaan dan sebagainya. Kalaulah ditakdirkan kita berputus di tengah jalan, tentu kita kerugian banyak benda. Antaranya masa, wang, tenaga dan yang penting kita telah kehilangan maruah dan keimanan. Sudikah lelaki baek menerima saya setelah kisah cinta kita yang meragut iman dan menambah dosa saya? Sudikah lelaki baek itu? Atau… mahukah Allah hadiahkan saya lelaki baek sedangkan saya sudah bertimbun dengan dosa sewaktu bermadu kasih kerana Allah dengan awak?

Dan kalaupun kita ditakdirkan ada jodoh sehingga ke jinjang pelamin, apakah jawapan yang bakal kita beri pada anak-anak kita kelak bila ditanya?

"Papa, dulu Papa dengan Mama bercinta macamana?"

Mahukah awak memberi jawapan bahawa dulu kita memadu kasih hingga lupa dunia? Tentu tidak! Kerana saya tidak mahu anak kita kelak terlibat dalam cinta haram seperti kita pernah tenggelam dengan dalamnya cinta kerana Allah yang nyata dusta.

Dan jika ada anak kelak, tentu anak kita malu sekiranya mengetahui bahawa sewaktu muda-muda, Mama dan Papa merupakan pasangan cinta yang haram. Malunya saya sekiranya anak kita mengetahui kita terang-terangan melanggar perintah Allah. Dan tentunya kita tak mahu anak kita menurut jejak langkah kita yang penuh dengan dosa dan noda.



Awak,

Maafkan saya kerana saya mahu menarik diri dari percintaan haram ini. Saya tidak mahu terus menerus menjadi saham dosa buat awak di akhirat nanti. Biarlah kita mujahadah. Dan biarlah saya kehilangan awak demi mendapat cinta Allah. Saya tidak kisah miskin didunia tanpa cinta, biar saya kaya dengan cinta Allah di akhirat kelak. Awak, tinggalakan saya dan jangan lupa untuk taubat berpanjangan. Dosa kita terlalu banyak awak. Terlalu banyak. Meskipun dunia masih bersisa 20 tahun, entah cukup atau tidak untuk kita menebus segala dosa dengan taubat dan amalan kebaekan. Ya, kita melakukan dosa besar kerana kita tanpa tidak sedar, kita menghampiri zina. Mari bersama kita bertaubat, moga ampunan Allah masih ada buat kita.

Suatu hari nanti jika awak bertemu jodoh, moga-moga isteri awak adalah seorang yang solehah. Dan doakan juga buat saya. Kalau diberi pilihan, saya tidak mahu suami saya yang pernah bermadu kasih secara haram dengan wanita lain. Tetapi, kini jika Allah masih beri, saya redha, saya yakin, pemberiaan Allah pasti kerana dosa silam saya yang juga pernah bermadu kasih secara haram. Bukankah janji Allah lelaki yang baek untuk perempuan yang baek? Tentu saya tidak cukup baek untuk mendapat seorang lelaki yang bersih seperti yang saya dambakan.



Awak,

Setakat ini sajalah coretan saya. Moga-moga surat saya tidak menghampakan awak. Dan selepas awak baca surat ini, bakarlah surat ini bersama dengan kenangan kita yang haram. Walaupun kita pernah bercinta kerana Allah, tapi sayang, kita telah tersalah tafsir cinta kerana Allah. Dan kerana bertopengkan cinta kerana Allah, kita lalai dan leka dalam neraka ciptaan sendiri. bakarlah surat ini, moga-moga ia tidak ditemui oleh bakal isteri awak atau anak-anak awak kelak. Jika tidak, tentu ia menyakitkan.

Sekalipun kita berusaha menyembunyikan dosa lampau, kelak bakal dihitung juga di akhirat. Maka, taubatlah sebaek-baek ubat.

mujahadahlah!


Sehingga tidak berjumpa lagi, terima kasih kerana pernah mencintai saya kerana Allah. Kali ini, pergilah dari saya dan carilah benar-benar cinta Allah. Moga-moga masih ada peluang untuk kita bertemu dengan sebenar-benar cinta yang suci dan membahagiakan abadi.



Dari,
wanita yang pernah menjadi sumber dosamu.

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.