Lama juga rasanya tidak bertemu pena. Dalam kesibukan 'mengupdate' nota-nota yang bersepah-sepah atas meja, sempat juga dicapai laptop dan berniat nak 'mengupdate' blog yang sunyi dari pengunjung, sunyi juga dari tinta pemiliknya.
Alhamdulillah. Kesihatan yang memuaskan. Kehidupan yang menenangkan. Minggu ke delapan dilalui dengan aman dan damai. Mustahil tidak ada ujian menimpa, mustahil tidak ada kesusahan mendatang, tapi semuanya jadi 'senang' dan 'tenang' bila kita letak ALLAH didepan. Alhamdulillah.
Beberapa malam yang lepas, saya 'didatangi' BUZZ dari seorang yang tidak dikenali dan tidak mahu mengenalkan diri. Khair, tidak ada masalah, selagi mana perkongsiannya itu menarik dan membuatkan saya tertarik. (tertarik pada perkongsian)
Tulisan dari Anonymous itu banyak memberi inspirasi kepada saya. Tersentap pada hati, mendayu-dayu pada jiwa. Bukan diulit dengan kata cinta, tapi dinukilkan dengan 'puisi' jihad yang membara.
Terlupa pula untuk 'save' kata-kata beliau. Tapi saya teruja dengan nukilannya. Sesiapapun anda, terima kasih saya hulurkan, sebagai tanda penghargaan atas pekongsian yang bermakna. Alhamdulillah.
Dimana letaknya matlamat kita akan datang, bermula dengan keadaan kita hari ini. Dimana posisi kita akan datang, bermula dengan bagaimana kita hari ini. Dan disisi SIAPA kita akan datang, bermula dengan BAGAIMANA kita menentukannya hari ini.Mendambakan peneman hidup yang CINTA PADA PERJUANGAN, perlu dilihat pada diri sendiri, sejauh mana kecintaan kita pada PERJUANGAN. Kalau agenda pun 'liat' nak buat, tak perlu bercakap soal 'jihad'.
Tinta yang menarik daripada Anonymous yang paling terkesan di hati, "Allah hadiahkan Khadijah buat Muhammad, Allah hadiahkan Aisyah buat Muhammad. Allah hadiahkan Fatimah buat Ali. Allah hadiahkan Sumayyah buat Yasin. Allah hadiahkan Datin Sabariah buat Tuan Guru Nik Aziz. Bertuahnya muslimat yang dihadiahkan Allah buat mereka yang bukan calang-calangnya. Moga anda salah seorang daripadanya."Ya, saya juga mahu jadi bidadari. Bidadari kepada seorang Rijalul Harakah. Bidadari bukan untuk dunia semata-mata, tapi juga untuk akhirat jua. Moga Allah perkenankan.
(Oh ya, tinta ni macam jiwang sangat pulak. Orang nak exam memang macam ni kot gayanya. Tambah pulak dengan hujan dan sejuk yang menggigit tulang sum-sum. Erk..)
Yang penting, budak kecik ini sungguh tidak sabar untuk pulang berhari raya di kampung halaman terchenta. Subhanallah. Hampir tiga bulan dah tak balik! Allah saja yang tahu bagaimana perasaannya. Ibu Ayah Adik Abang kat rumah pun dah mula rasa rindu. Dulu depa tak sempat rindu sebab asyik balik je, sekarang baru depa tau depa akan merindui saya. Ehhe.
Doakan Allah permudahkan urusan kami. Urusan anda dan urusan semua. Ameeeeen!
Ya Allah, hadiahkanlah aku rijalul harakah. Jadikanlah aku mar'ah yang bertuah.Salam Mujahadah!











