♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Thursday, June 30, 2011

Aku kerana adanya kalian

1 comment:
Bismillah Alhamdulillah. Syukur kepada Allah yang tidak terhingga. Rasanya, saya punya terlalu banyak sebab untuk bersyukur dan begitu juga anda, syukurilah nikmat yang Allah beri, jangan ditangisi dan dibebani dengan masalah-masalah sehingga terlupa ada pelangi menemani. Subhanallah.

Hari ini berpeluang bertemu empat mata dengan Al-Fadhil Ustaz Muhadir. Saya kira,sudah lama mengatur pertemuan, tapi percaturan Allah menemukan kami hari ini. Dan alhamdulillah, pertemuan yang tidak sia-sia tentunya.

Beberapa hari meng'uzlah'kan diri di bandaraya Kuala Lumpur, menemukan saya begitu banyak hikmah dan permata yang baru ditemui. Syukran pada mereka yang membantu dan menemani saya mencari 'sesuatu'.

Perasaan RINDU pada Encik Lappy di rumah memang tidak dapat dibendung. Tidak selesa untuk mengupdate menggunakan lappy orang lain, tapi kali ini nampaknya, 'terpaksa'. Masih ada urusan yang bersisa di PJ untuk diselesaikan. Moga-moga Allah mudahkan urusan kami dan memberi jalan keluar terbaek untuk kami, terutama kepada adik-adik saya. Kuat adik-adik!

Sepanjang beruzlah, saya berazam untuk mendaki gunung sehingga berjaya ke puncak. Meskipun saya terpaksa berkaki ayam, saya mahu meneruskan pendakian. Tidak ada apa-apa yang boleh mengatasi cinta Alah dan Rasul. Insya Allah.

Bersama-sama sahabat yang masih di PJ, kami mengulang sejarah-sejarah yang mungkin selepas ini susah untuk di ulang. Menjejak Ali Bistro. Pelbagai. Ukhuwwah bukan retorik, ukhuwwah ini memang tidak plastik, insya Allah.

Tentunya tidak ketinggalan saya mengucapkan terima kasih kepada Ayah dan Bonda atas keizinan yang diberikan untuk saya tinggal 'lama' disini. Tidak pernah saya jangkakan Ayah dan Bonda begitu berlapang dada, malah membenarkan saya 'berhenti bekerja' semata-mata 'urusan' di sini yang masih bersisa. Terima kasih Ayah dan Bonda, pasti saya tidak sia-siakan peluang yang diberikan. Bukan saja pengorbanan itu, malah tak kurang wang ringgit dan segala kemudahan, dan yang paling penting doa dan semangat yang berterusan dari Ayah dan Bonda. Tak kurang buat kakak dan abang yang sentiasa menyokong dari belakang. Syukran 'ala kulli hal.

Ya Qawiyy Ya Matin... Inilah zikir yang menemani saya semasa menghabiskan 'sisa' di Bandaraya Kuala Lumpur. Nikmat kesihatan sepanjang keberadaan saya disini teramat saya syukuri. Benarlah, Tuhan tidak pernah mengecewaka hambaNya yang meminta. Alhamdulillah, saya berjaya.

Tidak ada apa-apa kecintaan yang perlu dilebihkan, melainkan kecintaan kepada Allah dan Rasullah. Kekalkan kami dalam istiqamah ya Rabb. Kekalkan kami dalam jiwa ibadah ya Ilahi Rabbi. Kekalkan kami dalam istiqamah. Insya Allah.

Semalam saya menghadiri AGM MEDCY, alhamdulillah dapat melihat muka-muka bakal pemimpin MEDCY yang baru. Adik-adikku, coraklah MEDCY sebaiknya, jangan dihancurkan potensi yang ada. Allah bersama kalian dan kakak sentiasa mendoakan kejayaan kalian memandu MEDCY ke arah sebuah persatuan yang bukan saja berjaya dimata manusia, malah cemerlang di hitungan akhirat kelak, insya ALLAH.

Doakan saya sentiasa istiqamah dan berjaya mendapat taqwa. Pesanan Al-Muhtaram Ustaz Muhadir, saya semat dihati. Moga saya mampu menjadi muslimah yang lebihbaek lagi. Jazakallah Ustaz atas pesanan dan nasihat yang kena pada hati. Allahu Allah.

Akhirul Kalam, terima kasih pada semua yang mencorakkan hari-hari yang saya lalui di Bandaraya Kuala Lumpur. Banyaknya tarbiyyah yang saya dapat, Allah saja yang tahu, samada secara direct atau indirect. Yang pasti, saya hargai walaupun sedikit yang kalian pernah corakkan. Yang banyak corakkan tu tentu saya lebih lebih hargai. Allahu Allah. Semoga Allah membalas jasa-jasa kalian semua. Innallaha ma'ana.

Sehingga bertemu dalam coretan yang akan datang. Banyak yang ingin dinukilkan, tapi kurang selesa dengan laptop orang lain. Sehingga bertemu lagi. Allahu rabbi.. Ilalliqa'...
:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Sunday, June 19, 2011

Akulah daie itu.

1 comment:

Sendirian saya termenung memandang kelapa di pohonnya yang rendang. Masih kuat kelapa itu berpaut pada pohonnya. Bimbang takut jatuh. Bimbang takut terdampar ke bumi, lantas tidak dapat bersama dengan kelapa lain. Seperti juga aku, semakin lama, semakin takut ketinggalan. Takut menjadi mutasaqitun.

Orang memanggil aku "daie".

dakwah itu cinta.


Sedangkan aku dengan gelaran-gelaran itu nyata sungguh jauh. Sangat jauh.

Benarkah seorang daie sekiranya hari-hari yang dilalui dia sering meninggalkan kewajipannya sebagai pendakwah?

Seolah terlupa. "Aku daie". Tapi aku on-off. Kalau rasa nak dakwah, aku dakwah. Kalau rasa malas, hari-hari aku kosong tanpa dakwah.

Itukah sikap seorang daie?

Sedangkan istiqamah itu karamah.


Berapa ramai orang yang aku seru pada jalan kebaekan?

Tidak perlu dikira berapa ramai yang berubah dengan seruanku. Tidak perlu.

Yang perlu aku ambil kira, usaha aku sendiri. usaha untuk berdakwah.

Zaman Rasulullah, baginda berdakwah sentiasa. Walaupun hanya dengan akhlak dan kelakuan baginda. Baginda lebih banyak mehnah dan tribulasi. Tapi baginda tsabat berdakwah.

Sedangkan aku?

Cukup selesa, punya pelbagai kelengkapan dan teknologi, punya pelbagai wadah untuk berdakwah.

Tapi sayang, semuanya digunakan untuk kepentingan diri sendiri, bukan UMMAH.

Tanggungjawab yang terletak dibahu, seolah ringan, padahal diakhirat kelak, hitungannya cukup berat. Malah boleh membawa ke neraka.

Mengajak orang kearah kebaekan bukan tanggungjawab semata-mata, tapi ia AMANAH.

Mencegah orang dari kemungkaran bukan demi kebanggaan kita, tapi AMANAH.

Ramai orang boleh menyeru manusia pada kebaekan, tapi hanya segelintir yang mampu mencegah manusia dalam kemungkaran.

Aah, bagaimana diri sendiri mahu mencegah dari kemungkaran, sedangkan diri sendiri pun melakukan kemungkaran. (nauzubillah).


Kononnya nak jadi daie yang berani. Sekali di serang, sepuluh lagi mengundur diri.

Kononnya nak jadi daie yang istiqamah, sekali di herdik, seribu hari mendiamkan diri.

Kononnya nak jadi daie yang kreatif, sekali dakwah ditolak, sejuta hari membisukan kalam hati.

better u start now, before u are late!

Seolah-olah tidak serius dalam urusan dakwah. Seolah-olah dakwah itu kemahuan, bukan keperluan. Seolah-olah dakwah itu bukan amanah, tapi pekerjaan. Tidak! Anda salah jika anda beranggapan begitu. Dakwah itu amanah. Dakwah itu keperluan. Dakwah itu perlu serius.
sayalah orangnya. Pendakwah itu!

Kalau bukan kita, siapla lagi? kalau bukan di sini, dimana lagi? kalau bukan sekarang, bila lagi?

Renung-renungkanlah para daie yang berikrar dengan Tuhan. J

Selamat memperbaharui niat seorang daie. Selamat bertanggungjawab dalam menjalankan amanah sebagai seorang daie.

Anda daie. Anda daie. Anda daie.

Ya, kita daie. Kita daie. Kita daie. J

Wallahu a'lam.

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Mereka berhijrah ^-^

14 comments:

Alhamdulillah syukur pada Allah yang memberikan pagi yang tenang dan damai. Pagi kat kampong lebih comel daripada pagi di CFS. Bukan tak pernah merasa pagi di CFS, lumrah benar sewal kam 6.30 pagi melangkah kaki mengharungi embun pagi yang masih bersisa menuju 'kotak berfikir'. Kadang-kadang tersenyum kerana sering menjadi orang terawal. Tapi berbaloi, sekurang-kurangnya, amanah pada masa, dalam masa yang sama, seronok menikmati embun pagi yang masih segar dan suasana yang belum sibuk dengan brothers sisters ke sana ke mari menyelesaikan urusan masing-masing. Ahh. Merindui detik dan ketika itu. J

Pagi ini, saya turut sibuk bersiap. Seawal 6.45pagi (awal ke tu?) saya terus memecut laju Kriss Purple itu. Sejuk. Menggeletar seluruh tubuh. Tapi tetap saya redah. Kesibukan trafik pula tak kurang mengganggu. Orang sibuk nak ke sekolah, saya pula sibuk nak menyibuk. Sampai di perkarangan rumah yang dituju, saya terus masuk ke dalam dan mendukung si kecil. Badannya panas.


Papa dan dua anaknya, Ali & Aleeya.

Kak Za mula bercerita,

"Dia demam teruk sangat semalam , dah berapa kali kak za suap ubat. Itupun batuk lagi. selesema pulak" (setelah dialih bahasa)

"Kasihannya dia, dah la nak jalan jauh ni.." si kecil itu dikucup dahinya. Panas. Kemudian saya menyapu air di dahi dan kepalanya. Nampak dia senang. J

family abe yu dan kakza


Perjalanan ke Johor, paling tidak memakan 12 jam, itu wajib. Atau kalau banyak berhenti, boleh mencecah 13-14jam. Bukan sekejap, lama tu. Dulu, selalu juga ulang alik dengan kereta ke Johor, tapi sejak ayah ibu sudah mencecah umur emas mereka, kami memilih jalan yang lebih 'selamat', samada keretapi, atau jalan udara yang lebih cepat, tetapi terpaksa transit di LCCT. Itu lebih baek daripada perjalanan 12jam tanpa henti. Kalau dengan keretapi, mahunya mencecah 16jam, boleh kejang rasanya duduk di kerusi yang keras macam batu, kalau bernasib baik, dapat menempah cabin atau tembat tidur, lebih selesa, tapi totap lama dan memboringkan. Yelah, dalam keretapi mana boleh online, paling tidak dalam cabin ada TV, boleh la menonton filem, itupun kalau ada cerita yang menarik.

Membawa Ali bersiar-siar di laman rumah, mengambil angin pagi. Melihat bonet kereta penuh dengan segala keperluan yang asas dan penting. Di bahagian depan pula ada bantal dan beberapa bekalan makanan. Akhirnya, mereka berhijrah kembali ke Johor.

ibu dan menantu-menantu perempuannya.

3 tahun yang lalu, mereka balik ke Kelantan daripada Johor. Dengan musabbab, mahu mencari peluang pekerjaan di sini, kebetulan, bisnes ayah ibu juga perlukan pelapis, maka mereka tinggalkan Johor, dengan beberapa matlamat lain. Setelah 3 tahun disini, mereka sekali lagi mengambil langkah untuk berhijrah mencari hidup yang lebih baek. Benarlah, di Kelantan kos hidupnya rendah, tapi peluang pekerjaannya juga terhad. Setelah mendapat tawaran gaji 3K++ daripada syarikat yang sama abang bekerja dulu, mereka bersetuju berhijrah. Alhamdulilllah. Doa saya mengiringi mereka, moga-moga mereka ketemu hidup yang lebih baek di sana. Sekali lagi mereka berkumpul di Johor. Abang Ki sekeluarga, Ayah Su sekeluarga(Bapa saudara), Abang Ji sekeluarga (sepupu), Abang Ayub sekeluarga (abang ipar), wah, ramainya di Johor. Di seremban pula masih kekal Kak Elly sekeluarga di Senawang dan Ayah Long sekeluarga di Si Rusa. Heh, taklupa rumah baru abang Ayub buat isterinya, di Shah Alam. J

momento: Aleeya bersama Nenek dan Mak Cik-Mak Ciknya yan chumell. =)

Setelah selesai berkemas, mereka mula masuk ke kereta. Menangis juga ibu. Mungkin dengan harapan supaya mereka senang dan tenang disana. Kakak ipar dan abang juga tak kurang banjirnya, dan tak lekang dengan ucapan terimakasih dan maafnya. Saya pula hanya diam, tidak ada bicara yang sesuai untuk dituturkan. Normallah, bila tengok orang menangis, kita pun akan rasa nak menangis, tapi masih control. J

Ali dan Aleeya pula tak henti-henti dengan lambaian tangan mereka. sayu pula. Selepas ni dengan siapa lagi Cik Na nak main-main bila balik kampong. Syahdu tapi pemergian mereka ke Negeri Takzim itu kami rai, kami senang. Insya Allah, ada sesuatu buat mereka di sana.

Kadang-kadang, kita perlu berhijrah. Mungkin disini bukan untuk kita, tapi siapa tahu disana untuk kita? Mesti berani untuk berhijrah.

Erk, agak-agak, saya pun kena berhijrah jugak ke… Dari UIA nak ke mana? Argh. Tensi. Tak ada kena mengena dengan topic hari ini. J

Akhirnya lambaian mereka menghilang, mereka sudah hilang ditelan arus kesibukan jalan raya. Saya pula kembali memandu motosikal itu untuk pulang. Jaket MEDCY dipakai bangga. Kemudian, meluncur laju di Bandar Pasir Mas dan singgah sebentar mendapatkan sarapan. Alhamdulillah.

Belum apa-apa sudah kangan bangat sama mereka.

Lepas ni hari Jumaat, dah takde sapa nak datang sini. Bertambah kekosongan patik.

Mungkin lepas ni patik boleh minta ayah ibu repair dan decorate motor Kris situ supaya lepas ni patik lebih senang untuk ke mana-mana. Memerlukan sedikit bajet, tapi takpe, kan sekarang dah jadi orang yang bekerja. J Kalau motor dah OK, lepas ni patik boleh bebas, seperti burung. Boleh 'bergerak' sesenang hati. Cuma tinggal lagi nikmat kesihatan yang Allah pinjamkan. Moga-moga molek-molek saja. Patik tidak mengeluh, tapi yakin, pasti Allah memujuk dengan caranya. Insya ALLAH.

Wallahu a'lam.

Saya doakan abang kakak ipar anak saudara selamat sampai ke Johor. Baik-baik sayang~

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Selamatkan CINTA

No comments:


Alkisah di suatu pulau kecil, tinggallah berbagai macam benda-benda abstrak: ada CINTA, KEKAYAAN,KECANTIKAN, KESEDIHAN, KEGEMBIRAAN dan sebagainya. Awalnya mereka hidup berdampingan dengan baik dan saling melengkapi. Namun suatu ketika, datang badai menghempas pulau kecil itu dan air laut tiba-tiba naik semakin tinggi dan akan menenggelamkan pulau itu. Semua penghuni pulau cepat-cepat berusaha menyelamatkan diri.




CINTA sangat kebingungan sebab ia tidak dapat berenang dan tak mempunyai perahu. Ia berdiri di tepi pantai mencuba mencari pertolongan. Sementara itu air makin naik membasahi kaki CINTA. Tak lama CINTA melihat KEKAYAAN sedang mengayuh perahu.

"KEKAYAAN! KEKAYAAN! Tolong saya!" teriak CINTA.

Lalu apa jawab KEKAYAAN, "Aduh! Maaf,CINTA!" kata KEKAYAAN. "Perahuku telah penuh dengan harta bendaku. saya tak dapat membawamu serta, nanti perahu ini tenggelam. Lagipula tak ada tempat lagi bagimu di perahuku ini." Lalu KEKAYAAN cepat-cepat mengayuh perahunya pergi meninggalkan CINTA tenggelam.



CINTA sedih sekali, namun kemudian dilihatnya KEGEMBIRAAN lewat dengan perahunya.

"KEGEMBIRAAN! Tolong saya!", teriak CINTA.

Namun apa yang terjadi, KEGEMBIRAAN terlalu gembira karena ia menemukan perahu sehingga ia tuli tak mendengar teriakan CINTA. Air makin tinggi membasahi CINTA sampai ke pinggang dan CINTA semakin panik. Tak lama lewatlah KECANTIKAN.

"KECANTIKAN! Bawalah saya bersamamu!", teriak CINTA.

Lalu apa jawab KECANTIKAN, "Wah, CINTA, kamu basah dan kotor.saya tak bisa membawamu ikut. Nanti kamu mengotori perahuku yang indah ini." sahut KECANTIKAN.

CINTA sedih sekali mendengarnya. CINTA mulai menangis terisak-isak. Apa kesalahanku, mengapa semua orang melupakan saya.

Saat itu lewatlah KESEDIHAN.

Lalu CINTA memelas, "Oh, KESEDIHAN, bawalah saya bersamamu", kata CINTA.

Lalu apa kata KESEDIHAN, "Maaf, CINTA. Saya sedang sedih dan saya ingin sendirian saja...", kata KESEDIHAN sambil terus mengayuh perahunya.

CINTA putus asa. Ia merasakan air makin naik dan akan menenggelamkannya. CINTA terus berharap kalau dirinya dapat diselamatkan. Lalu ia berdoa kepada Tuhannya, oh tuhan tolonglah saya, apa jadinya dunia tanpa saya, tanpa CINTA?



Pada saat kritis itulah tiba-tiba terdengar suara, "CINTA! Mari cepat naik ke perahuku!"

CINTA menoleh ke arah suara itu dan melihat seorang tua reyot berjanggut putih panjang sedang mengayuh perahunya. Lalu Cepat-cepat CINTA naik ke perahu itu, tepat sebelum air menenggelamkannya.

Kemudian di pulau terdekat, orang tua itu menurunkan CINTA dan segera pergi lagi. Pada saat itu barulah CINTA sadar, bahwa ia sama sekali tidak mengetahui siapa orang tua yang baik hati menyelamatkannya itu. CINTA segera menanyakannya kepada seorang penduduk tua di pulau itu, siapa sebenarnya orang tua itu.

"Oh, orang tua tadi? Dia adalah "WAKTU", kata orang itu.

Lalu CINTA bertanya "Tapi, mengapa ia menyelamatkanku? saya tak mengenalnya. Bahkan teman-teman yang mengenalku pun enggan menolongku", tanya CINTA heran.

"Sebab", kata orang itu, "hanya WAKTU lah yang tahu berapa nilainya harga sebuah CINTA itu......"
Cinta yang mahal itu, tak perlu dilafazkan =)


:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Saturday, June 18, 2011

Terlambat?

6 comments:

aku terlambat. maafkan aku.
Kereta itu dipandu laju. Selaju yang mungkin. Driving like crazy, itulah perumpamaan yang sesuai.

Nokia itu bordering lagi.

"Kat mana dah?"

Kereta diperlahankan, memandang sign board di sebelah kiri.

"Erk, masih kat Surau Kota. 5 minit lagi sampai."

Panggilan dimatikan tanpa apa-apa jawapan dari orang disebelah sana. Dada semakin berdebar. Minyak ditekan rapat. Subhanallah.

Setiba di perkarangan itu, telefon bimbit dicapai dan ditekan laju, menelefon.

"Dah sampai. Kat lobi sekarang.."

Orang disebelah sana diam. Kemudian terdengar esak tangis.

"Maksudnya?" Soalku sepatah.

"Gone…" katanya dalam sedu sedan.

"NO!!"jerit aku, tak percaya.

"One minute ago…" kata beliau lagi.

Air mata berderu turun laju. Seakan air terjun di Niagra, terjun semahu-mahunya.

Kemudian langkah aku mula perlahan menuju ke bilik itu, Wad 8, Selatan.

Setibanya di wad, orang-orang disitu aku peluh lemah. Tangisan mula reda selepas melihat wajahnya tenang menghadap yang Esa.

"Innalillahi………" kataku akhirnya sambil berlapang dada.





"Tadi dia tanya kau mana…" kata beliau.

"Kau kata apa pada dia?" soalku kembali.

"Aku kata kau on the way. Dia kena tahan sikit, sekejap lagi kau sampai. Tapi…" menangis lagi.

"Maafkan aku sebab lambat.. Aku dah cuba.. Tapi.." Aku mula gelisah, tidak sempat bertatap wajah dengan Arwah.

Lama beliau diam, kemudian bersuara,

"Tak, kau tak lambat.. Kau samapi tepat pada masanya. Tak ada yang terlambat. Ini aturan DIA."

Air mataku kian laju. Pelbagai persoalan bermain di benak. Kalau lah kalau… oh….

Aku pula yang diam. Kemudian dia bangun dan masuk ke kedai runcit berhampiran, meninggalkan aku yang masih kesal.

Kemudian beliau datang kembali. Di tangan kanannya ada 100 Plus, dan di tangan kirinya ada magi cup. Lapar barangkali.

"Nah, kau punya." Katanya sambil menghulurkan aku sebotol 100 Plus.

Aku ambil.

"Macam tau je aku suka.." kata aku, terharu.

"Kawan beb. Kalau Arwah ada dia lagi tahu banyak tentang kau." Katanya, bernada sindiran tapi mampu membuat aku diam.

"Aku terlambat."

"Stop saying that, friend. Kau tak lambat. Kau tak percaya pada Allah ke? Kalau kau percaya kau takkan cakap macam tu. Mungkin arwah pun tenang pergi tak jumpa kau, orang yang dia sayang." Tangisan aku semakin galak. Allahu Allah.

"Semoga Arwah tenang kat sana… Aku sentiasa doakan dia."

"Itulah, waktu arwah hidup, aku suro datang melawat tak nak. Bajet musuh lah tu konon. Bila arwah dah tak ada, banjir juga kau menangis." Sindir beliau lagi. aku tersenyum akhirnya, tapi masih dalam kesedihan. Sedih kerana kehilangan seorang sahabat.

Siapapun dia, apapun yang dia pernah lakukan pada aku, dia tetap pernah mengukir memori menjadi sahabat aku. Dan aku akan sentiasa doakan dia. Sentiasa…

Selamat bersemadi dengan tenang sahabat. Maafkan aku kerana banyak mengecewakan kau. Dan terima kasih bersabar dengan aku.

Dan aku utuskan Al-Fatihah, moga arwah tenang disana.

Al-Fatihah buat sahabat…

Wallahu a'lam.



p/s : Tidak ada istilah terlambat. Semuanya Allah yang aturkan, kita manusia perlu berlapang dada dalam semua ketentuanNya.

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Kerana aku bukan dia untukmu.

5 comments:


Jari memegang kuntuman bunga. Mekar di ranting hijau yang masih segar. Harum benar baunya. Kemerehan, gebu menawan, kelopaknya kembang memukau. Sekali terpandang, pasti dan memang pasti akan dilontar pandangan kedua, ketiga dan seterusnya tanpa henti. Kerana bunga yang cantik merehatkan mata, menyejukkan minda dan menenangkan jiwa.

 
Kerana aku bukan bunga yang cantik.. Kerana aku bukan perempuan cantik. Walau penafsiran cantik itu cukup meluas, tapi kebiasaan manusia secara jelasnya memandang cantik itu pertama-tamanya pada tatapan zahir. Seperti pandangan pertama kita pada sekuntum bunga yang cantik. Sekali terpandang, pasti rasa ingin terus memandang.

 
Kerana aku bukan perempuan cantik. Menjadi bunga yang tidak menarik. Mungkin sekali dipandang, tiada yang sudi 'menoleh' kembali. Kelopak yang kecil, warna yang pucat, tumbuh pun hanya di bawah dedaun layu. Aku bukan si dia yang berkulit putih susu, jauh sekali bila disentuh terasa mulusnya. Aku bukan miliki mata yang bersinar seperti mutiara yang berkilauan, tidak juga punya bibir yang kemerahan bagaikan delima yang cukup manis dirasakan.

 
Aku tidak seperti si dia yang cantik menawan. Rupawan lagi solehah. Ah, cukup semuanya! Tiada apa lagi yang boleh disangkal. Dia serba cukup untukmu. Mantap ilmunya, cantik wajahnya, luhur pekertinya, lembut dan ayu sifatnya, zuhud dunianya, 'izzah imannya, sederhana hartanya, mulia keturunannya. Tiada alasan untuk menolak bunga yang sungguh cantik. Kerana Allah telah memberi hadiah untuk usahamu menjadi soleh. Itulah ganjaran dan hak dirimu.

 
Kerana aku bukan perempuan cantik, apatah lagi solehah…


p/s: Mari tenggelam dalam cinta DIA. Mencari cantik disisi Allah, cantik di akhirat. J

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

'seronoknya' COUPLE.

2 comments:

Saper yg bercoupling........BACA!!!!!!!!!!!!!!! > >

Apa perkara yg ber'manfaat' drpd ber'couple':

1) seronok (dpt fitnah)

2) seronok (dpt dosa)

3) seronok (dpt geng dgn syaitan)

4) dpt meluahkan masalah..(Allah kan ada)

5) byk habis duit (lebih baik guna utk sedekah) , tak kurang juga yg habiskan duit beli prepaid

dan bayar bil telefon yg melambung..

6) byk risau (takut awek kita org lain kebas.. berapa kali dah miss solat pasal dok asyik

berdating tak pulak risau..)

7)byk termenung dan senyum sendiri (pasal ingat peristiwa riang dgn awek.. kita sbg

muslim patutnya byk mengingatkan MATI yg boleh dtg bila2 masa..)

8) lebih mengutamakan awek drpd org lain (hidup dlm dunia sendiri, dia dan awek dia.. lain dah tak kisah..)

9) menepati masa dan janji (takut awek marah/sakit hati.. solat fardhu lewat tak takut pulak... )

10) lain2 lagi yg memberikan faedah dlm menambah saham DOSA drpd PAHALA.. > >




Hasil drpd pengalaman/pemerhatian/analisa/kajian saya terdapat beberapa sebab yg

menyebabkan PENDORONG mengapa ber'couple' terjadi;

1) Banyak sek./pusat pengajian i.e. perempuan dan lelaki satu kelas tanpa ada usaha

daripada pihak yang bertanggungjawab untuk mengawal pencampuran ini supaya tidak

bercanggah dengan syarak.

2) Perkara ini sudah jadi kebiasaan maka didapati ada pendapat (tak tahu le dalil mana dia guna)

mengatakan tak apa ber'couple' asalkan tak melanggar batas2 syarak.. Nauzubillah.. pada pendapat

mereka keluar buat date kat khalayak ramai, bukannya berduaan di tempat sunyi tak pegang tangan,

jalan pun tak rapat2 dan si awek tu pula pakai tudung...so tak pe la..dosa pun sikit jer..nanti dah kahwin

settle dan taubat le.. Saya bab ni yg payah nak jawab.. ada je alasan dia orang untuk melepaskan diri.

Orang kata kalu dah nak buat tu memang mcm2 helah. Kita nasihat kot sini dia corner kot lain.

Banyak bersabar aje le dan teruskan usaha kita, InsyaAllah lama2 dia sedar le..

3) Sudah menjadi naluri manusia ingin dibelai dan dikasih, maka sebab itu Allah

jadikan lelaki dan perempuan ada tarikan macam cas +ve dan -ve. Hasil daripada didikan /

pentarbiyahan islam yang tidak kukuh dari keluarga menyebabkan attraction between the charge

can't be control to act in a much more appropriate manner.. maka terjadinya perhubungan (kawan2)

sebelum ada ikatan yang sah, dan ada sesetengah ibubapa dengan selamba kata "tak pe le.. dia org dah besor.

. dah remaja, dah pandai fikir mana baik dan yang buruk .. bior le" . Betul juga kata ibu bapa tersebut

. Patutnya kita dah besor, tahu le menilai yang mana baik dan buruk..

tapi tanggungjawab kedua ibubapa mendidik anak pun tak boleh diabaikan...

4) Bertambahnya perempuan yang tidak menutup aurat, kalau tutup aurat pun aurat lain

tak dijaga i.e. cara bergaul, bercakap.. Maka ini membuka ruang pada lelaki2 untuk memulakan projek mereka..

Tak percaya pergi lepak (bukan lepak mcm Mat Lepakian.. lepak dengan tujuan

untuk mengambil iktibar…) kat KL (kat sini mcm2 jenis orang boleh jumpa..).

Ada yang elok tutup aurat tapi bila bersembang…tu dia, ketawa kalah lelaki…

lepas tu pandai cubit2 dan pukul2 pula tu.., lelaki apa lagi.. 'ada chance ni..'

5) Ramai perempuan semakin berani…berani menghadapi cabaran utk jadi setanding dgn lelaki

maka mereka pun goda le lelaki so dpt banyak boyfriend.. mcm Mat Cintan dan Mat Bunga yang

banyak dpt awek..

6) Ramai lelaki rasa bangga kalau ada awek, kalau tak ada awek maka mcm ada satu kekosongan

dalam jiwa ... lebih2 lagi kalau tengok member2 lain dia ada awek. Faktor sekeliling memperngaruhi

suasana.

7) Lelaki cuba nak tunjuk pada lelaki lain yang dia tu pakar dalam bab tackle/meng'ayat' awek .

. lelaki ni biasa le EGO.. ego tak kena tempat...

8) Haaa... ni paling memalukan kaum lelaki.. lelaki ni cepat sangat PERASAN

so dia pun naik semangat kacau awek. Mula2 perasan yang awek tu minat kat dia

(padahal tak minat pun), end up awek tu minat betul2…ye le dah usaha sikit punya susah

nak meng'ayat'/meng'tackle', awek tu pun accept le mat tu. ada juga awek yg manja

(dah memang fitrah wanita begitu) sikit bila nak minta tolong maka lelaki akan terperasan

yg awek tu minat kat dia maka akan try meng'ayat'. Maka dianjurkan pd kaum hawa agar

tidak menonjolkan sifat kemanjaan anda pada tempat yang tak kena. Pada kaum adam pula,

jangan le dok perasan cepat sgt..

9) Ada kaitan dgn fakta ke-8... perempuan cepat sangat kesian bila tgk

lelaki bersusah-payah utk dia. tolong nie tolong tu, tolong buat assingment

ke sbg contoh. Bila lelaki yg dok tolong tu 'ayat' sikit jer dgn mudah perempuan

tersebut termakan kata2 manis lelaki tersebut.. yg lelaki tu pula tolong tak ikhlas,

tu yg jadi mcm tu...

10) Fakta yg ke-10 ni cukup sensitif pasal mereka (lelaki) ber'awek'

disebabkan niat mereka cukup ikhlas dan jujur. Tujuannya ialah untuk

kenal antara satu sama lain dan memahami satu sama lain.. ada ngam ke tak

ngam ke sebelum berjanji utk hidup semati... > >Alhamdulillah niat bagus...

tapi niat tak boleh menghalalkan cara, ya haram akan tetap haram, sbgmana

hadis Rasulullah yg bermaksud: > > > >Drpd Abu Abdullah Al-Nu'man bin Basyir

ra :sabda Rasulullah S.A.W "Sesungguhnya yang halal itu nyata dan yang haram itu pun

nyata dan di antara keduanya ada perkara yang kesamaran, yang tidak diketahui oleh

kebanyakan manusia, maka barangsiapa yang memelihara (dirinya dari) segala yang kesamaran,

sesungguhnya ia memuliakan baginya agamanya dan kehormatannya..." > >(Mutfaq'alaih)

1-Sesunguhnya perjumpaan (keluar) antara kaum adam dan hawa itu salah melainkan ditemani mahramnya... .

2-Cintailah pasangan anda kerana Allah dengan cinta yang berlandaskan keimanan dan bukannya kerana

hawa nafsu... > >Nauzubillahi min zalik... >Wallahu'alam...

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Thursday, June 16, 2011

Melalui hari-hari yang tenang~

2 comments:

ketenagan itu datang dari hati. Sejauh manapun anda lari, sekiranya hati anda belum ketemu 'tenang', tentu ia tidak berhasil, kecuali jika anda mencari Tuhan. Kerana dengan mengingati Tuhan, hati akan menjadi tenang.
Setelah semua orang berangkat ke negeri permastautinan masing-masing, tinggal saya sendiri, menjadi anak sulung dan juga menjadi anak bongsu. Orang kata, "Wah, seronoknya dia." Saya kata, "Tak ada lah seronok sangat, tapi… boleh tahan.."

Sewaktu di UIA, susah nak dapat masa lapang. Kalau ada masa lapang, mesti pergi buat 'ziarah berdaulat', atau bersidang di mana-mana meja bulat sambil makan eskrem lazat-lazat. Subhanallah. Teringat kenangan sewaktu, ada orang 'high', kemudian, selepas Isyak, buat kerja 'baek',keluar ke Jaya One. Pak Guard tengok 'slack', semua buat muka baek. Pak Guard pun kata, "Sebelum pukul 9 awak kena masuk." Logik ke.. Waktu tu dah pukul 8.50 malam. Tapi kami bertiga keluar juga. Mencari aiskrim semata-mata. Sempat juga capai yogurt dan gula-gula, buat umpan mengantuk dalam kuliah nanti. Kemudian, masuk semula ke UIA dan melantak eskrem dengan bahagianya. Sebelum tu, menyelinap ke UKC, pergi cari sudu plastic! Kalau ingat kembali, nak tergelak pun ada, melayan karenah orang yang tensi ini, memang macam-macam. Tak lekang dengan ujian. Tapi seronok. J Siapa kata diari kami tidak menarik. Itu baru sedikit, belum lagi part 'bawak masuk orang' dalam UIA pukul 1 pagi. Ya Allah… Kenangan.. Kenangan…

walau datan ujian, ALLAH yang memberikan ketenangan. Syukur Alhamdulillah.

Kat rumah, padan muka kena duduk sorang-sorang. Sapa nak teman. Pagi-pagi bangun Subuh, jenguk ibu dan ayah yang masing-masing mula sibuk dengan urusan masing-masing. Kemudian, ibu pesan macam-macam. Nanti tolong lipat kain. Tolong sapu rumah. Tolong kemas bilik nenek. Tolong masak nasi. Tapi kat akhir sekali ibu sambung lagi, kalau tak larat tak payah la buat.. J Bila ibu sudah berangkat ke sekolah, saya masuk semula ke bilik. Masa untuk mengulang. Kadang-kadang semangat mengulang, kadang-kadang, baca habiskan satu surah, kemudian terlingkup dengan Quran sekali, 'terlelap'. J Bangun semula dan siapkan apa yang ibu pesan, kalau rajin, buat apa yang ibu tak pesan juga. Dah siapkan semua, lepak baca buku-buku yang 'menarik'. Memang sejak dari dulu, asal buka buku-buku ilmiah je mesti berat semacam matanya. Kadang-kadang terlelap juga dengan buku-buku tu. Masya Allah, kerjanya asyik 'terlelap' aje. J Itulah rutin yang diulang-ulang hamper seminggu. Kadang-kadang minta juga keizinan ayahanda untuk keluar, kalau nasib baek, Alhamdulillah boleh juga bergiat. Kalau tidak, saling memandang sajalah dengan tingkap dan dinding di rumah.

"Ha, minumlah ais tu banyak-banyak, kalau tak sehat jangan harap ada orang tu boleh pergi KL minggu depan."

aku mahu tenggelam dalam cintaNYA.

Ugutan 'famous' ni. Maka terpaksa patik berpantang. Takpe, nanti ke KL, kita langgar pantang. J

Alhamdulillah. allah memberikan ketenangan. Walaupun hari-hari yang dilalui Nampak seperti bosan, tapi hati cukup tenang dan mendamaikan. Itulah apa yang dicari. Kalau punya pelbagai hiburan dan ramai disisi sekalipun, seandainya hati tidak mampu untuk tenang, maka tentu sekali rugi. Saya sentiasa mohon pada DIA, saya minta DIA beri saya ketenangan. Biarpun banyak hal yang menduga di tengah jalan, saya mohon untuk TENANG. Kerana saya yakin, ketenangan mampu membuat kita berfikir dengan lebih waras. Ketenangan jua mampu membuat hati dan jiwa dekat dengan Pencipta. Allahu Allah.

Sesekali abang dan kakak menelefon, mengajak ke rumah mereka. tapi saya menolak. Sudah dapat pekerjaan disini, tapi masih belum memulakannya lagi. kalau ke Johor, jua ada pekerjaan, tapi memilih untuk duduk di bawah 'bayang-bayang' ibu dan ayah. Kerana mungkin suatu saat nanti, peluang untuk bermanja dengan ibu dan ayah sudah tidak ada. Itu pasti. Samada saya yang mati. Atau mungkin ajal ibu dan ayah mendekati (nauzubillah, moga-moga ayah ibu panjang umur), atau mungkin saya bakal bersuami. Kehidupan 'manja' seperti hari ini tentu sudah untuk dikecapi kembali. J

Pernah juga mendapat panggilan dari UIA. Tapi tak sempat diangkat. Agaknya kenapa mereka menelefon. Tergugat sebentar ketenangan. Tapi ditunggu-tunggu panggilannya sekali lagi, tidak muncul tiba. Ah, kalau ada urusan penting, telefon lah dua tiga lagi. J Harap-harap tidak ada apa-apa. Insya ALLAH patik cuba seawalnya untuk ke UIA menguruskan segala bagai urusan yang tidak selesai (jika ada).

Tadi berbual-buat dari sahabat yang masih di CFS. Banyak cerita baru dari mereka. seronok mengupdate. J Dan sekilas teringat kenangan di Ali Bistro. Bertemankan sebiji roti planta dan the ais kurang manis, kami 'membuang masa' bercerita soal hati masing-masing. Tidak salah menceritakan soal hati. Pada sahabat-sahabatlah tempat yang sesuai selain ahli keluarga. Kalau tidak diceritakan, bimbang dicari orang yang bukan mahram untuk berkongsi cerita,uh, bahaya tu. J Dari anjung Ali Bistro, mampu melihat gelagat ramai orang. Itulah rutin hamper setiap minggu. Kerana sebuah ukhuwwah yang kita tahu, ia bakal terpisah. J

Subhanallah.

Aku bersyukur atas hati yang tenang yang KAU hadiahkan buatku. Jika tidak, mana mungkin aku meraih kegembiraan hidup seperti hari ini. Moga-moga ketenangan ini berpanjangan. Dan aku jua mampu untuk lebih dekat dengan Tuhan, senantiasa. J

Allah. Tenang ini anugerah. Tidak aku sia-siakannya. Pasti ketenangan ini akan aku jadikan jalan untuk mencariMU dan menjadi lebih dekat denganMU. Insya ALLAH.


 
Terkejut dengan liputan akhbar hari ini. Pergh. Panas. Panas.
Apabila artis dijunjung dan ulamak dipancung. Tanda kiamat semakin mendekat. Apo nak jadi.... Sobss. Sobsss..

dunia akhir zaman.


:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Wednesday, June 15, 2011

Petua doa makbul Ustaz Zahazan.

2 comments:

inilah bukunya. kecil dan chumellll. =)
Jom kita share---

1-Berdoa dengan IKHLAS kepada ALLAH.

Persoalan ikhlas ini susah untuk kita ukur, yang penting, kita berdoa mesti bebas dari kepentingan-kepentingan lain. J

2-Mulakan dengan pujian kepada Allah diikuti dengan selawat ke atas Nabi s.a.w dan diakhiri dengan pujian kepada Allah dan selawat kepada Nabi juga.

Ustaz Muhadir setiap kali selesai ber'sms' dengan beliau, pasti beliau pesan agar memperbanyakkan selawat. Terutama dari hari Khamis selepas Maghrib sehingga Maghrib untuk hari Jumaatnya. Pasti besar barakahnya. J

3-Bersungguh-sungguh ketika berdoa, menghadirkan hati dan meyakinkan diri pada penerimaannya oleh Allah.

Biasanya kita bersungguh-sungguh berdoa bila kita mahukan sesuatu. Kalau hidup dah senang, nak tadah tangan lepas solat pun LIAT! Mesti yakin Allah akan memakbulkan doa, jika tidak didunia, pasti di akhirat kelak. Allah pasti tidak mensia-siakan hambaNya yang meminta.

4-Berdoa dengan khusyuk dan rendah diri.

Kalau kita minta kerja dengan angkuh pun, tak da siapa sudi beri kita kerja, ini pula doa. Untuk Allah pula tu. Maka, perlu rendahkan hati. DIA pencipta, sedangkan kita hanyalah HAMBA. J

5-Mengangkat kedua-dua tangan dan berdoa dengan penuh pengharapan.

Put ur hope high up the sky. Tak salah mengharap pada DIA, insya ALLAh DIA tidak memekakkan telinga daripada doa hamba-hambaNYA.

6-Berdoa dengan sabar menanti untuk dimakbulkan Tuhan.

Jangan mudah putus asa dan jangan sesekali merasakan TUhan tidak mendengar doa anda. Kadang-kadang lambat dimakbulkan, bukan maknanya DIA tidak mendengar, ketahuilah, DIA lebih tahu apa yang baek untuk hambaNYA.

7-Sentiasa berdoa setiap masa samada waktu senang atau susah.

Ramai manusia yang tunduk pada ALLAH hanya sewaktu mereka susah. Sedangkan ramai manusia yang lari jauh dari Tuhan bila mereka merasa senang. Jadilah hamba yang sentiasa syukur dalam susah, syukur dalam senang. J

8-Tidak berdoa tentang keburukan seperti mendoakan kecelakaan bagi orang lain dan memutuskan silaturrahim.

Kalaupun kita benci pada manusia, jangan doakan keburukan buatnya. Doakan moga ia mendapat hidayah dan taufiq dari Allah. Doa kebaekan, pasti tertempias jua kebaekan untuk kita. Insya Allah. Tidak sia-sia jika kita doakan kebaekan untuk orang lain.

9-Tidak berdoa pada tempat maksiat.

Jagalah kesucian doa. J

10-Merendahkan suara.

Makhruh berdoa dengan suara yang lantang melainkan dengan sebab musabbab tertentu. J

11-Mengulang Ya Rabb sebanyak 3x.

12-Menghadap kearah kiblat.

13-Berdoa dalam keadaan berwudhu'

Dalam keadaan suci, kita akan lebih dekat dengan Allah, dan pasti doa kita juga suci. J

14-Hendaklah bertaubat kepada Allah sebelum berdoa.

Suka untuk saya berpesan, biasa-biasakanlah diri dengan solat taubat. Apabila hapus dosa-dosa kita, tentu tidak berat untuk kita mendapat kasih sayang dan rahmatNya.

15-Tidak bersajak dalam berdoa.

16-Menggunakan ayat-ayat yang ringkat tapi padat dengan makna (Al-Jami')

17-Menyeru Allah dengan nama-namaNYA yang mulia.

COntoh Ar-Rahman. Ar-Rahim. Sebutlah nama Allah yang ada dalam asma Al-Husna. Insya Allah, ada keberkatannya pada nama-namaNya yang mulia itu.

18-Makanan dan minuman mestilah dari sumber yang halal.

Berhati-hati dalam memilih makanan terutama makanan yang syubhah. Mengelakkan syubhah adalah tindakan yang mulia.

19-Hendaklah melakukan amar maaruf nahi mungkar.

Tugas sebagai khalifah dan kita tidak boleh lari daripada kewajipan melaksanakan dakwah. Mesti ada usaha dalam dakwah.

20-Hendaklah berdoa untuk diri sendiri sebelum berdoa untuk orang lain.

21-Menghimpunkan anak-anak jari semuanya melainkan ibu jari.

22- Menyapu muka dengan tangan selesai berdoa.

23- Mengaminkan doa yang dibaca.



Saya memetik petua-petua ini daripada buku Doa dan Zikir Harian daripada Ustaz Zahazan Mohamad. Buku kecil yang comel hadiah pemberian Abang Ki sewaktu pulang ke kampong baru-baru ini. Setiap adik beradik dapat sorang satu. Sebelum tidur, selepas membelek-belek buku haraki, saya membuka buku doa ini, membaca doa-doa yang ada, sebelum mata berat dan terlelap. Hari ini terasa mahu berkongsi petua doa makbul. Mari kita amalkan setakat yang kita mampu, kalau boleh biar mampu semuanya. Insya ALLAH.

Abang memang peminat setia Ust Zahazan. Terutama sesi Tafsir Quran pada pukul 6.30 pagi dari IKIM, mesti berkumandang dari radio rumah dan radio keretanya. Alhamdulillah. satu contoh yang boleh diteladani. Syukran abang atas qudwah hasanah. J

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Sekitar Majlis 4th June 2011. =)

4 comments:
sweet. =)

CUTTING...
welcome to the new family. =)
hantaran buah-buahan untuk pihak lelaki
pelamin pink putih jadi pilihan kakak.
blackberry untuk pihak lelaki.

body care untuk pihak lelaki
Quran dan Coklat~
buah tangan untuk tetamu~
mahkotakanku keimanan. Agar bahagia menjadi isteri yang solehah.

Sudah menjadi milik orang. Tetapi totap hamba Tuhan~
ibu disamping pelamin anakandanya yang kelima. Anakanda yang keenam tak de pelamin kot~
flower, make me calm....!

langkahan yakin pengantin lelaki sambil hafal skrip ke bang? =)

bridemate pink in colour. =)
tengok betul-betul bank draft tu, Ayah Chik~

"Aku terima nikahnya........"

Saat Lafaz Sakinah. "Anakanda, hiduplah dengan baek.."

bagaimana lagi dapatku lafazkan kesyukuran kepadamu Tuhan atas nikmat yang berpanjangan ini.....

meraikan penyatuan dua hati.....
ur mum, my mum, we are together now, so they are OUR MUM!

Johorians punya rombongan~ Welcome to the family Kakak~
am going to start my new journey with him~
pengantin lelaki menuju ke teratak kami.
walking with love. =)
tetamu disambut mesra...
welcome to the new life. =)
and the smile show that we are happy together. insya Allah.
buat amende tuh?
burung merpati putih...
santapan raja sehari..
kasihan, makanan lazat tapi nak makan susah.. =)

our guests. ahlan!
Batu Pahat mari.... =)
its US~
now i am the boss. =)
we start our journey with love. =)
happy family ever after. insya ALLAH.

sesi buka hadiah. terima kasih semua orang~
lets the picture saying everything. =)
Tahniah kakak. Dan semoga berjaya mencapai cita-cita Zaujah Solehah.
Anda sudah berpeluang untuk berbakti pada suami. Maka lakukan dengan sehabes baek. Insya ALLAH.
Walaupun adinda seperti 'kehilangan', tapi kegembiraan masih mengatasi apabila melihat dikau bahagia. Ameen. =)
:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.