♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Thursday, November 29, 2012

Baitul Muslim : Erti sebuah MIMPI

10 comments:
Penangan penat berhujan di tengah malam, terpaksa telan ubat sakit kepala. Apabila masuk waktu Dhuha, saya tidur, untuk hilangkan sakit kepala sebagai preparation untuk ke kelas petangnya. Walaupun hati sangat ingin melangkah ke library untuk persediaan kuiz Jumaat nanti. Apapun,migrain ni perlu di'raja'kan dulu.
Sekejap saja kepala mendarat ke bantal empuk, saya terus terbang ke dunia separa sedar.


"Bulan ni awak habiskan baca buku ni ya." kata Encik X sambil menghulurkan tiga biji buku.

Saya diam. Mengambil buku tersebut,membelek dan kemudian tersenyum sambil mengangguk.

Saya menuju ke sebuah rak buku di tepi tingkap berhampiran sinki berwarna hijau. Kelihatan di situ, sebuah rak buku penuh dengan buku-buku sehingga tiada ruang untuk saya letakkan buku yang baru.

Belum sempat saya pusing ke belakang dan berkata, suara Encik X berbunyi,

"Takpe, nanti kita beli rak buku baru."

Saya tersenyum lagi. Saya pun pelik kenapa saya asyik senyum. Realitinya saya seorang yang talkative teramat, suka cakap, mengomel dan suka buat bising.

Tapi,satu perasaan yg saya rasa, begitu puas melihat rak buku yang dipenuhi buku itu. Perasaan yg tidak dapat dibicarakan.

you and me, sharing and giving. ;)
Kemudian Encik X berkata,

"Saya ada usrah malam ni, lepas tu ada meeting. Kita makan sebelum Maghrib ya?"

Lagi saya mengangguk dan senyum. Pelik,kenapa saya tidak bercakap.

Akhirnya jam loceng henset mengganggu ketenteraman tidur saya. Bila saya sedar, "Eh,kenapa rasa macam tak tidur pun?"

Sakit kepala berkurang, saya bingkas bangun. Saya ada date dengan Tuan Library hari ini. Mesti tunaikan.

Bila di library, saya terpandang rak buku yang penuh, teringat mimpi tadi.

 Saya tersenyum, "Cehh, nak sangat datang library sampai termimpi rak buku." Saya senyum sorang diri sambil menghadap nota Pharmacology.

Tiba-tiba terfikir, "Best jugak kalau mimpi tu jadi realiti kan. A house with thousands of book. Bestnya dapat suami yang cintakan ilmu!"


Tapi, lihat keadaan diri sendiri. Aku ni cintakan ilmu ke tidak? Atau asyik mengelak dengan majlis ilmu? Tu baru majlis ilmu, belum cerita berapa buku ilmiah yang dah habis dibaca. Tak cerita lagi keadaan ummat di Mesir, di Rohingya, di Palestin. Sejauh mana aku update?

Kalau buku akademik,sanggup berhempas pulas baca sampai hadam. Buku Manhaj Daurah Tadribiyyah pun tak habeh baca. Adehh.

Belum cerita Quran. Mengulangnya bila ada semangat. Kalau malas mengulang, nak sedapkan hati, buka MP3 Quran. Hampeh betul.

Part Encik X minta kebenaran nak pergi usrah, siap minta masak awal, boleh pula saya tersenyum. Indahnya rumahtangga kalau begitu. Aku meredhai perginya dia di jalan dakwah. Malah,membantu segala persiapan dia di jalan harakah. Bila fikir semula, diri sendiri pun kadang-kadang liat menghadiri usrah, rasa 'terpaksa' menghadiri daurah, penuh rasa malas datang program tarbiah. Ada hati nak dapat suami yang setia di lorong dakwah?

Kalau diri sendiri masih beralasan untuk ditarbiah, bagaimana nak relakan suami berpergian menunaikan tanggungjawab harakah? Diri sendiri masih belum memahami peri pentingnya gerak kerja tarbiah, bagaimana mahu menjadi tulang belakang kepada pencinta dakwah?

Memang isteri untuk dibimbing. Suami adalah pembimbing. Alangkah bertuahnya aku mampu meringankan tanggungjawab suami dalam mendidik isteri.  Sebagai tanda cinta dan kasih aku pada suami, tidaklah beliau berdosa kerana dosa isterinya.

Akhirnya, aku menerima hakikat diri yang masih serba kekurangan dan perlu banyak belajar. Perlu banyak memahami dan mendalami. Bercakap soal baitul muslim, bunyinya indah dan gah. Tapi pasti, menghiasinya perlu mujahadah dan tadhiyah.

Aku perlu banyak memberi di medan harakah, agar aku terbiasa untuk terus memberi meskipun kelak keadaannya berbeza.

Aku perlu banyak mencari manisnya berada di jalan tarbiah, agar kelak kemanisan itu berganda bilamana aku sudah 'berdua'.

Soal jodoh adalah peramcangan Allah. Aku cuma mampu bermimpi dan berimaginasi. Mengharap yang datang adalah rijalul harakah, syababul dakwah, yang hatinya terikat dengan Quran, jatuh cinta dengan masjid. Kelak,apabila datang ia kepadaku, aku harus tahu, dia bukanlah malaikat, yang sempurna dan cukup sifat. Tapi, aku dan dia akan menjadikan baitul muslim tapak rasmi menjadikan kami lebih hebat, lebih mantap. Perkahwinan bukan penyatuan jiwa yang sempurna. Tetapi, aku mahu jadi pelengkap dimana kurangnya dia dan berharap dia menjadi pelengkap dimana kurangnya aku.

Nota Pharmacology masih bersih. Aku ambil sekeping kertas dan aku tulis,

"Encik, one day we will walk along the way to Jannah."

 

Simpan kertas tersebut, di tempat yang sukar dicapai. Aku tidak boleh kerap hanyut dengan perasaan dan angan-angan. Didepanku ada pelbagai urusan yang perlu segera aku titikberatkan. Sedang soal jodoh itu, bila ia datang, alhamdulillah. Dan jika belum sampai detik waktu, aku tetap akan menunggumu di batas waktu.

Tarik nafas dalam-dalam. Hembuuuus. Fokus pada nota Pharmacology dengan khusyuk. Dengan harapan my other half juga begitu itqan menuntut ilmu. =)

Such a very jiwang post. Sorry. It just comes from the bottom of the heart. Mimpi yang memberi erti sejuta muhasabah buat diri!


Published with Blogger-droid v2.0.9

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Wednesday, November 28, 2012

~Random update

2 comments:
Sigh. What a very sweet semester. I learnt a lot of things. Good. Bad. Sweet. Sour. And also, bitter. Thats what we called L.I.F.E.
And this sem,almost to the end. Ohh, i started to worry on my academic. Tido pun tak lena fikir nota tak baca habeh. Started to scramble all the notes. Tapi bacanya tidak. Adehh
I still remember, waktu letak jawatan dalam Medcy di Petaling Jaya. Mum said, "Nanti kat Kuantan kakak tak payah la pegang jawatan besar. Banyak sangat kerja kakak."
"Kerja dakwah...?" soal saya.
"Yang tu takpe."
Tapi bila datsng Kuantan,tahun pertama memang jadi nerd dan ulat buku. Tahun kedua, buka Facebook,rasa nak mati. Tengok nama berada agak atas dalam organisasi Masjid UIA. I screamed, "Oh, vice president? Again and again."

Unfortunately, i didnt attend the meeting even at once. Oh,this is unfair.

First person to inform of course lovely mum, sebab dah janji tidak akan memegang jawatan tinggi.

Mum just said, "Kalau kakak rasa tu boleh bawa kebaekan untuk kakak, teruskanlah.. Ibu tahu kakak suka masjid, Ibu tak halang."

Crying. Sobsss. Sobsss. Just remember,waktu cuti panjang, mum never hesitate bila saya minta kebenaran untuk bermusafir di masjid. Bila abang marah dan malas teman, she will say, "adik tu nak buat kebaekan. Takkan abang nak biar adik pergi sorang. Temankan dia.."

Nak taknak, abang kenalah teman,walaupun setiap kali teman, dia akan cakap, "tolong la kawen.. Sampai bila abang nak ikut awak.."

Bnyak songeh betul.
So protective they are. ;)
Oh ya, abang singgah Kuantan on the way balik ke Kerteh dari Sabah.
First thing yang dia berleter,

"Ya Allah kereta ke tong sampah ni?? Hai tak pernah kereta macam ni tau abang jaga. Bla... Bla... Bla..."
Then, dia terjumpa plastik jajan dalam kereta, adehh,

"Ni apa ni? Still makan jajan? Pkease la. Benda ni tak baek untuk kesihatan awak tu, awak faham tak?? Ni kalau abang marah,cakap saya bukan budak kecik lah,tapi sampai sekarang pun tak reti nak jaga diri. Bla... Bla.. Bla.."

See,suka betul membebel. Pastu balik macam tu je, sebab marah la tu kononnya. Heh,sabar..


I got a lot of notes yg belum conteng dan putih bersih. Sampai tidur pun saya bermimpi baca notes. Tambah lagi, program IKOD dah nak menjelang. As a one of the organizer, memang tak lena tidur. Banyak masalah tapi alhamdulillah dengan bantuan sahabat sekeliling memang rasa best. <3

Am craving for durian. Tapi selalu pujuk diri, "belajar tahan nafsu..."

Oh ya, the poster above is my program. Organize under me and dedicated friends. Hope everything going on very well. Even mcm banyak masalah,
 tapi macam Encik Soleh kata, "Kita takkan menghargai sesuatu kalau ia mudah. Lagi payah,lagi banyak pahala kalau kita sabar.."

Semalam everyone talking about baitul muslim. Unfortunately, ada khabar angin kata, saya bakal berkahwin Januari nanti. Pergh? Heh, how can i dont ever know about the wedding itself? Of course not my wed. Apa kes angin takde ribut takde,tunang takde,tiba tiba kawen. Heh,matured sangat ke muka ni sampai orang ingat dah nak kawen? Adehh. When i said "No,not me surely."

They reply,
"Kami tunggu kad kak Husna!"

Annoying jugak. Tatau dah nak cakap macamana.

Saya? Kawen? Pergh.

A lot of people want to move a step ahead. Just go on. As what i said before, everyone has its own rezeki. Whenever it is, just say, Alhamdulillah!

Menunggu itu sakit. Lebih baek pergi. ^__^
Then, goodbye. =)
Published with Blogger-droid v2.0.9


Kadang-kadang, kita jadi orang yang eksklusif.
Mengaku daie, tapi bila nak buat kerja dakwah, MEMILIH.
Kerja kecil, kita rasa tak penting. Nak buat cuma kerja besar dan yang jelas dakwahnya.

Sepatutnya, para daie tidak memilih kerja. Apa saja kerja yg dilakukan kerana Allah walaupun hanya taip surat, teman sahabat pergi usrah, atau sekadar tolong basuh pinggan. Semua kerja kecil tu, PENTING. Tan

pa kerja kecil tu selesai,agenda yg lebih besar mungkin tidak berjalan.

Daie mengaku cintakan Allah, tapi nak cari populariti dalam kerja dakwah. Adehh, virus!

Sepanjang mengepalai opening IKOD,saya sangat rasa menghargai dan pentingnya semua komiti. Tanpa nereka,siapalah saya!
Terima kasih in advance untuk semua. Counting the days. =)

Daie, jangan eksklusif dan memilih. Pesanan untuk diri sendiri.
 

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Saturday, November 24, 2012

Meniti 10 Muharram 1434H

1 comment:



Malam 10 Muharram, tercapai impian nak bersidang dengan mereka. Mereka yang buat rasa hilang berat beban dibahu apabila bersidang. Walau tak cukup ahli, very meaningful meeting. Apakah yg boleh mengikat hati kita selain dari aqidah perjuangan. Kan kan? Sejak awal sem lagi rancang,tapi nak habeh sem,baru tercapai. Maklumlah,pakat busy belaka.
Selepas bersidang di bulatan kecil yg istimewa, saya menyambung persidangan besar yg bermakna. Meeting IKOD di mana-mana. Adehh.
Keesokan paginya,bangun saja dari tidur, hati rasa begitu tersentuh dan menangis. Entah apa musabbabnya,tidak saya tahu. Apa yang terjadi pada hati saya? Adehh. Misteri betul. Sejak nak tidur semalam lagi,saya rasa hati saya berkelakuan pelik!

Selepas solat berjemaah dan bertazkirah riang, saya membelek tablet. Sejak semalam saya sembunyikanya di dalam kereta. Kadang-kadang kena lawan nafsu suka online ni. Hehe.
Melihat whatsapp family,penuh. Satu persatu nesej saya baca dan akhirnya deru air mata macam air terjun Jeram Linang. Adehh.
Anak anak mithali.
Kami minta Ibu dan Ayah rehat di rumah.
Biar cucu-cucu yang jaga Nenek di hospital.
;)
Ketiga-tiga abang ada dalam gambar.
Mereka memang awesome!
Semua pakat dok ungkit cerita dengan Arwah Nenek. Ada yang cerita hari ini tapi dua tahun yg lepas. Abang Long asyik mengingatkan pesan Nenek yang mahu bertemu anak cucunya kelak di dalam Syurga. Abang Ki pula tak henti mengimbau saat pemergian Nenek. Seolah satu persatu bermain dimata.
Kami tidak sedih,sekadar teringat kenangan yg menggamit hati.
Pesan Abang yg sangat menginspirasikan saya,
"Dekna, sambung perjuangan Nenek. Abang sokong sokmo."
Anak cucu Nenek tak henti baca Yaasin buat Nenek. 
Abang Ki berbaju Merah (dari pagi di hospital lagi dia pakai baju ni)
sapu air mata.
Abang Long, berbaju putih (dari pagi juga) khusyuk menyelesaikan urusan jenazah.
Abang Taufiq, berbaju putih khusyuk melihat orang mencangkul. Dia nak cangkul tak pandai.
Anak murid Nenek, berbaju hijau berserban sedang bersila di tepi kubur, tiada henti meratib dan bertahlil buat Nenek. Di waktu kami semua adik beradik nak balik rumah, abang ajak beliau balik, beliau menggelengkan kepala.
Hebat!
Terina kasih sebab walaupun hati abang berat bila tahu adik dia tak duk diam kesana kemari, tapi kerana memahami perjuangan ini, mereka benarkan dengan penuh kasih dan cinta.
Sewaktu saya deman teruk baru-baru ini,abang menelefon dan saya di tempat meeting. Saya tahu beliau nak marah,tapi beliau menahan rasa marah. Walaupun panggilan dimatikan,saya dapat sms yang sangat memotivasikan,
"Abang sokong awak apa saja yg awak buat. Abang yakin awak tahu kemampuam diri awak. Abang percayakan awak. Kalau awak nak duit untuk beli ubat atau check up,bagitau abang."
Terpaksa keluar dari meeting. Pergi toilet,sapu air mata. Haha.
Nenek merupakan susuk yang bermakna buat kami adik beradik. Nenek paling rapat dengan kami. Nenek paling tak serik nak ajar kami baca kitab. Kalau Nenek tak paksa saya baca kitab sampai nangis-nangis dulu,mungkin saya tidak seperti hari ini.
Akhirnya, kami adik beradik menghabiskan seharian di whatsapp menceritakan kenangan masing-masing dengan Nenek. Semua ada kenangan tersendiri. Ada juga yg sampai tergelak guling-guling bila baca. Adehh,adik beradik saya ni memang kaya dengan sense of humor.
10Muharram cukup istimewa buat kami sekeluarga.
Published with Blogger-droid v2.0.9

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Thursday, November 22, 2012

musim demam ^__^

3 comments:

Biasanya, saya susah nak demam. Tapi bulan ni dah dua kali. Yang peliknya, demam ni dapat setiap kali dari Kelantan nak bertolak ke Kuantan. Jasad dan hati berat sangat nak balik Kuantan? Rasanya tidak. Terlalu banyak urusan cinta di Kuantan yang menggembirakan. Yang risau melebihnya,tentu Ibu Ayah. Bila tengok anak demam, hati mereka paling gelisah. Rasanya,sejak saya lahir,sampai besar gedabak pun,asal demam ke sakit ke, mereka yang paling tak tentu hala. Eh,tapi bila dah makin besar ni,ada juga orang laen tumpang risau. Sape? Itu, Encik Abang dan Puan Kakak. Bukan risau kot,lebih tepat, Tukang Bebel.

"Itulah awak.. Itulah kan orang dah cakap jangan makan jajan. Sampai bila jajan tu nak jadi kawan baek awak?"
"Brape kali nak demam? Minum ais banyak? Dah besar,tak reti jaga diri. Pastu kalo abang control,cakap dah besar,bukan budak kecik. Awak dari dulu macam tu."

Dulu,selalu jygak tensi bila kena bebel. Sekarang dah biasa dah. Bila dapat mesej bebel macam tu, dalam hati cakap, "its ok. This is how they show their love."

See, positive thinking always GOOD.

Demam ni seronok, Ibu kata. Sebab bukan semya orang boleh rasa demam. Demam memang kafarah dosa. Dapat bersihkan hati kita. Dengan syarat,jangan banyak mengeluh. Jamgan banyak merungut. Kalau tak,tak dapat pahala sabar. Huh,besar tau pahala sabar.

Demam ni nqk uji hati kita dengan Allah. Nak uji tawakkal kita pada Allah. Kalo demam, kita minta dengan Allah untuk sembuh ke atau bergantung pada ubat? Haa,time macam ni boleh cek siapa yg kuat imannya,tinggi tawakkalnya.

Dah balik Kuantan, 4hari demam,coolfever tak lepas kat dahi. Overheating. Sekarang dah beransur pulih,tapi ramai pulak kawan sekeliling yang demam. Ni memang musim demam? Mungkin.

Dalam hidup, ni paling lama demam. Hari ini dalam sejarah. Biasanya demam dua hari je. Bila dah lama demam, Tuan Diktator siap keluarkan surat pekeliling lagi, berbunyi,

"Tolong pergi KMC. Cek kenapa. By Thursday tak check, balik Johor. Duet untuk ke KMC, dah bank-in. Titik"

See, memang diktator. Tapi belum sempat lagi nak pergi, demam dah OK. Kelas full, meeting overfull. Bilamasa nak pergi. KMC tu bukan dekat, kat bandar kot. Huh,bagi saya,bandar tu jauh. Dalam satu sem,berapa kali je sampai bandar,walaupun cuma 15 minit je dari UIA. Kalau pergi pun, sebab ada kelas di JHC, atau nak beli tiket bas, atau nak beli barang penting. Buleh kira dengan jari berapa kali ke bandar. Sebab tu liat bila kena pergi KMC. Malas nak drive, ^__^

Demam ni virus. Mudah berjangkit. Kan seronok kalau kita boleh sebar dakwah macam kita sebar virus demam. Mudah nak sebar,mudah orang terima. Bukan terima je,tolong sebar plak kat orang lain. Osem.

Waktu demam,mencabar sikit nak baca Quran. Memang hanya yang bermujahadah sahaja yang berjaya. Adehhh.

Buat mereka yg baru dapat virus demam, semoga mendapat banyak ibrah dari demam. Dan semoga dapat banyaaaak pahala sabar. Cool ok. Demam tu baru azab dunia. Hehe.

Doakan saya jyga semoga cepat sembuh,totally. Terutama suara. Kalau suara macam ni, memang Tuan Diktator takkan percaya saya sudah sembuh.

Ok,Tuan Diktator pasti baca post ini. Any how, Tuan Diktator sangat protective dan jalankam tanggungjawabnya. Memang selagi takkawen, Tuan Diktator serta kuncu-kuncunya bertanggungjawab keatas saya. Ok,fine. Esok saya pergi KMC, ya. Tuan doakan saya~ :-P






Published with Blogger-droid v2.0.9

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Wednesday, November 14, 2012

Take 5 @ hometown. ;)

7 comments:

Such a hectic weeks after the mid break. The mid term paper, the grand program on this December, and so on. Perhaps, this is such a way to regain more energy to go on without fatigue on the next and next weeks. ;)

jangan jadi sampai macam ni. So, better take 5 dulu. ;)


A lot of presentation. Sampai rasa tak cukup nafas nak prepare for presentation. Selepas satu, satu, satuuu presentation. Dan berhasrat, nak perform dalam semua presentation. So, kena work hard. ;)

Tapi kalau presentation non-stop, memang rasa macam nak pengsan dan terjeluak. Adehh =.='

Sambil menyelam minum air. ;)
Sambil menziarahi keluarga yang baru ditimpa musibah Jumaat lepas.
Sambil meraikan tahun baru bersama keluarga.
Sambil menjenguk baby baru, Anissofea di Kelantan.
Sambil menarik nafas segar untuk minda yang lebih gempak.
Sambil menjenguk program besar di bumi Kelantan.


Semoga semuanya mendapat keberkatan dari ALLAH. ;)

A friend said, "You are too much fatigue. Go and take your rest. Rehatlah."

Istilah 'REHAT' kelihatan begitu menakutkan. Istilah 'TAKE 5' mungkin lebih sesuai.

Kalau dalam lecture 3 hours, bila lecturer cakap, "Ok, take 5!"

Semua orang gembira. Pergi toilet basuh muka, betulkan tudung. Pergi HEALS Shop beli air, beli nuget. Semua tujuan yang dibuat waktu TAKE 5 tu untuk segarkan diri sebelum another half lecture yang tough.

Same goes to these situation.

Take 5 ni kena guna sebaek mungkin untuk recharge energy dan menjadi lebih bertenaga untuk bertahan. Bukan untuk separuh masa lagi, malah mungkin lebih lama dan lebih tough berbanding sebelumnya. ;)




Seronok dapat balik. Walaupun ada ramai yang lagi lama cutinya. Tadi lecture kat KAHS, sunyi saja UIA ni, semua dah balik kampung, bergembira dengan keluarga. Ohh, saya bakal menjejak mereka. ;)

Oh ya, take 5 ni bukan tandanya futur, putus asa, lembik. Semua orang perlukan rehat. Robot pun kalau kerja tak henti-henti, boleh jeng krengg. ;)
Same goes to people. Need some rest. The best rest, of course, at home. Ada peluang untuk balik kampung, disamping tanggungjawab nak ziarah Ibu Ayah selepas musibah. ^_^



Ok, let me take 5. ;)

See you again and again later on. ;)


:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Kemalangan : Tenang dalam ujian!

1 comment:


Jumaat yang barakah lepas, seusai dhuha,khabar kurang manis dari Kelantan masuk ke telefon bimbit saya.
Terus buka semula sejadah,dan solat hajat dua rakaat, mohon Allah melindungi, Allah menjaga.

Hati mana yang tidak gusar dan risau. Ibu, Ayah, Adik dan anak saudara yg sebelumnya berborak riang dengan saya melalui telefon dimaklumkam terlibat dalam kemalangan jalan raya. Kelas Analog pagi Jumaat itu saya cuma mampu hadirkan jasad. Hati yang tidak keruan tidak mampu fokus.

Saya bersama kakak dan abang tak henti mendapatkan update melalui whatsapp.

Abang di Kerteh,terus minta half day dan balik ke Kelantan, dengan baju kerja. Abang dari Johor juga bertolak pulang. Walaupun Mereka semua tidak cedera, melainkan Ibu yang dikejarkan ke wad kecemasan sebab tak dapat bernafas. Tapi alhamdulillah keadaan Ibu stabil. Ayah yang menelefon hanya berkata,
"Doakan Ibu. Doakan. Takut apa-apa jadi dengan operation Ibu."

Dapat saya rasakan risaunya hati Ayah. Dan kami adik-beradik juga risaukan operation Ibu yang masih belum pulih 100%.

Antara sebab abang-abang pulang adalah untuk beri sokongan kepada Ibu Ayah. Disamping nak tengok Munir yang ditinggal Umi Abahnya ke Mekah.

Kepulangan abang lebih kepada merawat psikologi disturbance Ibu Ayah selepas kemalangan. Bertuah punya Abang-abang yang begitu protective. Abang Long siap minta cuti kerja seminggu. Menjadi anak lelaki tambah pula sulung memang besar tanggungjawab pada keluarga. Seringkali saya diingatkan abang-abang, agar selepas berkahwin nanti memahami tanggungjawab suami terhadap keluarga. Kakak ipar saya semuanya memahami abang yang seharusnya mendahulukan Ibu Ayah

Sering juga saya dinasihati, "bagaimana awak suka abang jaga ibu ayah,macam tu juga awak kena suka suami awak jaga ibu ayah dia. Syurga suami bawah tapak kaki ibunya. Syurga awak bawah tapak kaki suami. Kalau suami tak jaga syurga dia dengan ibunya,macamana awak nak masuk syurga?"
Ramai sahabat bertanya tentang kepulangan saya ke Kelantan. Sebenarnya sudah nyaris-nyaris beli tiket MAS ke Kota Bharu, transit di KLIA pulak tu. Tapi dihalang abang. Mereka diktator dalam beberapa perkara. Terpaksa saya turutkan. Mesej abang, "jangan balik. Abang dah balik. Blaja. Titik."
Mesej begitu,tandanya sudah muktamad,tiada perbincangan. Ya,diktator.

Saya gagahkan hati, besarkan jiwa. Tanggungjawab dan amanah yang ada di bumi Kuantan satu persatu saya selesaikan. Sengaja saya luang banyak masa dengan sahabat,agar saya tidak keseorangan. Kalau sorang diri, nanti asyik fikir nak balik,sedih dan nangis. Not a good muslim.

Ibu kata, redha dan ikhlas dengan senyuman. Bersyukurlah Allah uji dengan kemalangan harta benda,bukan jwa raga. Alasan itu sudah cukup besar untuk kta bersyukuuuur pada Allah. Ibu saya berjiwa besar, hatinya tenang. Saya mahu menjejak beliau.

Siapa tahu apa yang ada di dalam hati. Cuma doa agar Allah lindungi Ibu Ayah tak pernah henti saya panjatkan. Saya yakin, Allah mendengar dan Allah menjaga mereka.

Kepada mereka yang mengucapkan takziah, terima kasih ats doa dan sokongan kalian. Bermakna sungguh buat saya doa anda semua.

Sejak akhir ini,saya agak sibuk,blog pun tidak terupdate. FB pun jarang dijenguk melainkan noti penting dan chatbox meeting di FB. Telefon bimbit saya juga sering buat hal. Tadapat mesej, tade line. Mesej orang tapi depa tadapat mesej saya. Nak telefon baru,tapi kena tunggu balik Kelantan. Dah besar gedabak pun still tadapat pilih hset sendiri. Laptop ke, tablet ke, jam ke, henset ke, dari kecik sampai tua ni, dipilih wali. Haha. Alasannya cuma satu, "nak yang terbaek unt awak."

They are very protective but sometimes destructive. :-P

Terima kasih Allah,memberi saya tenang sepanjang ujian ini menimpa keluarga. Rasa tenang adalah rasa yang cukup istimewa. Terima kasih Allah,kerana beri aku rasa itu. <3
Published with Blogger-droid v2.0.6

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Monday, November 05, 2012

Anissofea: welcome to the world!

11 comments:
Dear Anissofea, welcome to the world.
29th October 2012.
Dah pandai senyum ya. ;)
With Papa and Abang Ali.
Adeh Ali dah jadi Abang?
Ingat lagi kakak ipar cerita,
bangun tidur, Ali jerit,
"Umi, Papa, Ali nak bbini!"
Adeh, gelak guling guling Papa dan Umi dia. ;)
Cukur dan tahniq Anissofea di hari ketujuh. ;)


Dear Anissofea,
Welcome to the world.
Look around you, there are lot of people put a high hope on you.
Look around you, i smiled towards you even i know you do not understand.



Anissofea,
Dunia ini nampak indah.
Tapi keadaannya banyak mengundang gundah.
Sediakan bekalan jati diri yang kukuh.
Agar engkau menjadi teguh.



Ramai orang yang hadir ke dunia,
Terlupa matlamatnya.
Kesini kesana tidak berguna,
Malah sekadar menambah dosa.



Khalifah Allah tugas kita,
Bukan mudah tapi boleh berjaya,
Sekiranya engkau mahu berusaha,
Menjadi hamba Allah yang bertaqwa.



Selamat datang ke dunia,
Teristimewa buat Anissofea,
Tahun 2012 memang istimewa,
Tanda lahirnya pejuang agama.


Anissofea,
menjadi seorang perempuan adalah satu keistemewaan yang lebih indah.
Mencari pahala sebagai seorang wanita sangat mudah.
Tapi beringat-ingatlah,
tersalah langkah kelak,
boleh menjadi lubuk neraka.

Wanita itu dimuliakan Allah melalui pelbagai cara.
Wanitalah Ibu. 
Wanitalah Isteri.
 Wanitalah golongan yang sentiasa dilindungi. 
Jadilah wanita yang solehah, Anissofea.
Kerana ia lebih berharga dari dunia dan seisinya. 


Congrate Abang Long dan Kak Long for the baby girl.
Anissofea, see you soon, insya Allah.
Dear Anissofea,
your CikNa sangat tak sabar to celebrate hari raya with you.
To spend the moment with you, like i spend the moments with your cousins, before.
;)
Lepas ni, Anissofea cepat cepat membesar tau, biar Aina Nuha ada kawan. Nanti, Anissofea bole join sepupu sepupu Anissofea enjoy di Starhill. <3

Anissofea, see, your cousins really do enjoy their life moment in this family.
COme and join us, Anissofea. ;)
Anissofea tahu tak, here, we are happy family, love the holiday together and spend the precious time together. Anissofea,selamat datang ke keluarga bahagia. Moga kehadiran Anissofea menambah kebahagiaan kami, juga keriuh-rendahan bila berkumpul nanti. Cepat Anissofea membesar, we are planning to have a holiday @ Bandung Indonesia, soon. Kena tunggu Anissofea available untuk naik flight dulu. :-)

Your brother, sister and cousin sangat OSEM, Anissofea!




Published with Blogger-droid v2.0.6

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

A call from Australia. ^_^

2 comments:
Hari ini seorang sahabat dari Australia menelefon, bertanya khabar berita.
Selepas berkongsi rasa dan cerita, beliau bertanya pada saya,

"Apa masalah enti?" soalnya, seperti tahu apa yang berlegar di kepala.


"Akademik. Study. Belajar. 2nd year tough more than i tough. *Sigh" Luah saya, senafas.

Tapi gelak beliau bergema dari Australia.

"Heh, tak baek gelak kuat, dari Australia dengar sampai Malaysia tau." bertambah lagi gelak beliau.

"Satu perkara yang ana belajar di Australia, dalam belajar ni, kita kena berjemaah. Ok fine, enti lone ranger, tak suka study group, tapi make sure dalam belajar ni, jangan kedekut. Jangan kedekut untuk bertanya dan jangan kedekut untuk ditanya."

"Bagilah lagi tips belajar cemerlang!" kata saya, senang mendengar motivasi beliau.

"Enti tahu tak, kadang-kadang kita lupa, bila kita terkehadapan, kita tinggalkan orang di belakang kita dalam belajar. Pentingnya dalam menuntut ilmu ni kita banyak memberi, tambah lagi bila orang minta tolong kita ajarkan sesuatu, jangan kedekut."

"Lagi?"

"Niat belajar dan menuntut ilmu must be always on the right track. Selain tu, jaga keberkatan dengan lecturer, jaga keberkatan dalam kelas. Ha, dalam kelas jangan main henset tau. Except for very very important problem."

"Lagi?"

"Kalau nak lagi enti kena datang Australia dulu. Enti kata nak datang kan? Ana tunggu enti di sini."

Ok, ini motivasi paling OSEM.

here i come, Australia!

"Tunggu ana di Australia ya." sebuah harapan berbaur impian, mungkinkah jadi kenyataan? Monolog dalaman.

"Datang berdua ya, jangan datang sorang." Sambung beliau lagi. Adehh =.='. Mentang-mentanglah dia dah nak kahwin.

Perhaps, beliau telefon sebab nak inform, "Finally i got engaged!"

Ok fine. Busyralana buat saya dengan berita tersebut. Alhamdulillah. ;)
Congratulations, dear friend. ;)



Seronok ada kawan seluruh dunia, banyaaaak benda kita boleh share.

Eh jap, beliau ni sahabat bulatan gembira saya tau. ;)

See, how much bulatan gembira benefit us. ^_^

Nice kan? ;)

p/s : Cuba kalau fatrah minggu nak exam, pukul 11 dah collapse dan nak mati. Bila fatrah tak exam ni, pukul 2 pagi pun tamau lelap lagi. Adehh.



:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Sunday, November 04, 2012

Bulatan Gembira : Mari mengisi jiwa

3 comments:
Angel pakai Gucci merupakan orang yang sering menggunakan perkataan bulatan gembira merujuk kepada satu bulatan yang penuh dengan pengisian.



Sungguh, nama memainkan peranan yang cukup penting untuk menarik hati kita, gembira dengan bulatan yang penuh pengisian itu. 

Terlibat dengan bulatan gembira, sejak sekolah menengah. Tapi dulu, saya tidak pernah tahu, apa kepentingannya. Apalagi keperluannya. Atau mungkin matlamatnya. Benarlah, saya tidak tahu. Saya hanya ikut, ikut dan ikut. Malah, kadang-kadang rasa malas dan bosan dengan bulatan gembira tersebut.

Waktu sekolah menengah, jiwa masih nakal, asyik nak memberontak dan terbang tinggi tanpa hala. 


Sejak masuk Darul Quran, persepsi terhadap bulatan gembira terus berubah. OSEM sangat bulatan gembira kat Darul Quran. Dengan nama Marjan Hanani, sampai hari ini kami masih berusrah dan hubungan usrah itu masih kekal walaupun ada antara kami dah berumah-tangga. Best tau, adik beradik usrah kawin, kita pun rasa macam dapat ahli keluarga baru. Walaupun usrah Marjan Hanani semuanya dah terbang jauh, tapi hati tetap dirasakan dekat. Apa yang mendekatkan kami? Mungkin ikatan hati setelah hampir 18 bulan bersama di bumi barakah Darul Quran. 


Bulatan gembira di Petaling Jaya juga tak kuran OSEMnya. Menyertai bulatan gembira membuatkan saya tidak lari, tidak jauh dari kebaekan dan dakwah. 

Walaupun nampak so simple, hanya  duduk dalam bulatan dan bercakap, berbincang, berkongsi pendapat. Tapi dalam bulatan gembira itulah kami membentuk jiwa muslim yang cintakan kebaekan, yang menyedari hakikat penciptaan manusia sebagai khalifah di muka bumi.

Bulatan gembira adalah ruang untuk bertafakur dan berhenti sejenak untuk berfikir dan kemudiannya dimanifestasikan dengan perbuatan. Sungguh, bulatan gembira itu memberi banyak ruang diri untuk bermuhasabah menjadi lebih baik.

Anda sudah ada bulatan gembira? Jika belum, rugi sangat rugi. Carilah bulatan gembira. Anda akan menemui apa yang telah kami temui padanya. ;)

aktiviti makan makan dengan usrah
Oh ya, masih saya teringat sewaktu menyertai program MRC di Ambang Resort, Pekan Pahang pada 12-13  Oktober baru-baru ini. Saya ke sana sebagai seorang fasilitator. Maka tugasnya tidak berat dan penat. Sewaktu para komiti sedang bermesyuarat post-mortem, saya dan beberapa orang fasilitator lain, membentuk bulatan, dan kami berkongsi sedikit sebanyak berkenaan surah Jumuah. Dalam masa sejam, banyak sangat yang kami dapat. Walaupun itu bukanlah bulatan gembira rasmi saya, tapi tentunya, bulatan gembira itu boleh dibentuk dengan siapa saja, dimana saja, dan bagiamana sekalipun perjalanannya, asalkan di dalam bulatan itu, kita dapat bertafakur sejenak berbincang tentang perkara-perkara yang mendekatkan diri kita kepada Al-Khaliq. 

Ahli bulatan gembira saya cukuuuup besau.
Bila susah, ada yang tolong.
Bila payah, ada yang menghulurkan bantuan.
Bila terkandas tepi jalan, ada yang tolong susah bersama.
Ahha.
^__^
Selepas berbulatan gembira dengan fasilitator, kami tidur bersama dan bangun qiam dengan para peserta. Manisnya toksah cerita. ;)

Sejak hari tu, kami yang berbulatan gembira di Pekan, sentiasa rasa dekat, bila bertemu, si Athirah Nur tu pasti mengungkit sejarah di Pekan. Dan kami akan tertawa bersama mengenang saat berkongsi kisah-kisah teladan. Bila bertemu, mesti Athirah Nur bertanya,
"Kak Husna, bila kita nak ber'mini' usrah lagi? Rindu..."
Dan beliau akan peluk saya kuat-kuat. 
See, sekali saja bulatan gembira, dah boleh rapat sampai macam tu. ;)
Sebab?
Sebab kita diikat dengan aqidah. Hati kita diikat Lillah. ;)

Kalau tiada bulatan gembira, biar kita jadi pencetus kepada bulatan gembira. 

Saya ada banyaaaaak bulatan gembira. 

Bulatan gembira kami berbunga.
Suatu hari nanti ia akan mengeluarkan buah yang masak ranum, yang mana darinya muncul daie murabbi yang mursyid. Semoga Allah menjaga bulatan gembira ini dan ahli-ahlinya.

Dengan adik-adik junior Radio KAHS, dengan adik-adik yang OSEM di IKIP, dengan sahabat se'batch', dengan adik-adik medik study circle dan....... banyaklah!

For sure, setiap bulatan gembira, beri pelbagai ilmu baru untuk saya. Oh Allah, bless me!

Ziarah mahabbah ke rumah @najah91, najah solihah. Bersama 6 orang sahabat laen yg tidak interframe bersama. Semoga cepat sembuh buat kekanda Najah, Hilmi Hamdan.

Dalam bulatan gembira, mengikut Almarhum Ustaz Yahya Othman, ada lima perkara yang perlu menjadi pengisian buat para mad'u,

1- Quran (tafsir dan tadarus)
2- Hadis
3- Fikrah
4- Sirah
5- Isu semasa

Implementing all those in our happy circle would help us much to get near to Allah. ;)

Sekarang ni, saya dah tak pandang remeh dengan bulatan gembira, by hook or by crook, saya akan cuba jugak untuk hadir bulatan gembira. Dan bila saya ditaklifkan jadi naqibah, i'll try my best to make my happy circle very interesting place to remember Allah. ;)

Bertuah dikurniakan sahabat yang suka memotivasi. Semoga tidak hilang sahabat seperti anda. Terima kasih semua.
Ramai yg mesej,ini antaranya. ♥ kalian mmg sahabat yang OSEM!

Bulatan gembira ibarat sebuah telefon bimbit. Ada waktunya, bila kita gunakan telefon bimbit, kita perlu mengecas baterinya. Begitulah perumpaan kita dan bulatan gembira. Bayangkan kitalah telefon bimbit itu. Kadang-kadang kita akan exhausted, penat, letih, dan bulatan gembira itu ibarat charger kepada teleefon bimbit tersebut. Bila dah kena cas, kita terus rasa bertenaga, kita lebih OSEM dan lincah di pentas dakwah. ^_^

Ohhh, bulatan gembira, saya sentiasa gembira dengan happy circle, sebab happy circle ni selalu buat saya dekat dengan Tuhan. OSEM sangat kan? ;)

Jom jom.

"..... Ni makanan sahur untuk budak nakal yang tengah stress. Senyum."
Terima kasih sebab remind esok adalah hari Khamis, serta makanan sarapan kegemaran untuk sahur. 
Tapi part stress tu tak tepat sangat. :-P
Ukhuwwah ini indah jika kerana Dia.
Terima kasih, anonymous! ♥

Bagi yang belum ada bulatan gembira, find it. Must!
Bagi yang dah ada, jom perbetulkan niat kita setiap kali nak berbulatan gembira dan meriahkan bulatan gembira dengan pelbagai pengisian menarik dan mendekatkan kita pada ALLAH. ;)

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Menjejak SYAHIDnya seorang Hanzalah.

1 comment:

Langit itu tinggi, dan aku mahu menggapainya.
Bintang itu indah, dan aku teringin memetiknya.
Mutiara itu jauh didasar lautan, dan aku ingin mencarinya.
Syurga itu indah,dan aku bercita-cita memasukinya

Aku penjejak SYAHIDNYA seorang Hanzalah.

Semoga cinta ALLAH menjadi milik kita. 
^_^

Andai kita tak jumpa lagi
Ku semai cintamu di syurga
Berpisahlah dua jiwa
Meninggalkan kuntum cinta
Mekar di istana taqwa
Menyahut panggilan Allah
Dengan nama-Mu Allah yang Maha Gagah
Langkahku atur pasrah daku berserah
Menangkanlah kaum muslimin
Hancurkanlah kaum musyrikin
HANZALAH pergi ke medan jihad
Bersama dengan para sahabat
Bertempur hebat penuh semangat
Sehingga dia syahid akhirnya
Turunlah malaikat ke bumi
Mandikan jasadnya simpati
Sucilah jasadnya mewangi
Diarak rohnya ke Firdausi
Hening malam menyaksikan
Korban cinta dua insan
Baru diijabkabulkan
Rela menyahut seruan
Demi Islam ditegakkan
Jihad menjadi pilihan

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.