♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Monday, January 25, 2010

AGD: Kemuncak dan Penghargaan

No comments:
Tanzim Gerak Kerja AGD

Program Manager: Nur Azam Amirdun
Asst. Prog Manager: Qistina Zulkifli
Secretary: Hafizah Rosle
Treasurer: Syafiq Ramli
Ast Treasurer: Husna Kamarudin
Prog Coordinator: Siddqi Abidin, Fathiah Radzi, Bahiah ShakimanCatering: Fuad, Farah Adlina, Anis, MusyirahPublication& Promotion: Fahmi Mat Zain, Inamul Hasan, Aina Fauzi, Munirah Zulkifli
Prep& Technical: Hafizuddin, Fateh, Ainu Mardhiah
Transportation: Fahmi, Nadhirah, Maryem
Sponsorship: Luqman Hafidz, Afiq Ghazali, Najwa Hamali, Hani Nabilah Shuhaimi, Zaleha
Special Task: Syukri Nordin, Bazli Aminmokhsin, Nazrin, Asyraf Azhar, Badriah, Aisyah


Kenangan yang berlalu memang terasa manis. Should i?
tape la. Yang penting, walopon AGD dah habes, jawatan sebagai bendahari memang tak dapat dilucutkan lagi. Komited jgk ana buat kerja. Haha.
Malas je nak cite panjang. Tengok aje gambar2 ni.







bakal bersambung..
:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

susah jugak..

No comments:
"adek,susah la jugak kite nak jage mata."

"hem. memang la."

"mata ni permulaan setiap benda. tambah2 kalo selalu jumpa, patu tak jaga pandangan plak, macam2 bole jadi."

"betol2,walopon iman setinggi Gunung Kinabalu."

"Dalam satu taalim tu, ada ustaz kate, klo kite nak latih jaga mata, dah lame kite latih, yakni dalam solat kite. Dalam solat, Allah suro kite tengok pada 'tempat sujud'. Yakni fokus dan jaga pandangan. Sebab klo pandangan kite terjatoh pada benda laen, contohnya tertengok hset. macam2 kite bole pikir, dari sebersih2 perkara, higga sejijik2 perkara."

"ohhoo.."

"Maka same jugak dengan menjaga pandangan mata. Sekali dua mungkin kite ok lagi, pikir yang baek2, tapi pasni klo banyak2 kali, selalu jumpa.. ape cerita nanti.."

"betol tu. lagi2 lelaki. tengok pompuan bukan sekadar tengok."

"Haa. tau tape. Terok la lelaki ni."

"Tade la, bukan terok, fitrah kot??"

"kot?"

"tape la. janji kite same2 jaga pandangan mate. bukan senang. nak jaga hati, kena jaga mata dulu. Mula dengan anggota yang kecik, pasni kite hijrah2, jihad anggota dan jihad tinggaikan maksiat."

"Insya allah.."

"Haa.. tadi kamu maen mata dengan sapa ye??"

"Hehhe.. tade la. 'ter' je. tade niat.."

"Jangan la cantu, yang 'ter' ni yang risau ni. bimbang pasni jadi benda laen. Alim canne pon orangnya, kite jangan hanyut, klo nak snagat tengok, grab je buat suami."

"Macam la die nak kite."

"hah, da tau tu, pegii baiki diri. jadi hebat macam dia. pastu pegi la pinang die. stakat tenung dari jaoh. ape pon tadapat. dosa melimpah ruah ja."

"haa.. yelah2. terima kaseh ye sudi berkongsi. Berguna."

"Ok2. no hal le."
:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Friday, January 22, 2010

AGD: Pelaksanaan dan Permasalahan

No comments:
Akhirnya. Sudah ramai sahabat yang bertanya tentang post mengenai AGD yang berlangsung pada 18 Januari yang lalu. Benar, ana menjanjikan akan mengeluarkan post secara bersiri mengenai AGD. Tapi sayang, mase sangat tak mengizinkan ana. Masa yang ada digunakan untuk topap kembali masa yang dikorbankan untuk AGD baru2 ini.

Tapi sayang, ana minta maaf sebab tak boleh lagi nak letak gambar AGD,sebab Musyirah dan Hafizah serta Afiq maseh belom bagi lagi gambar2 tersebot.. Dan ana pon maseh belom mintak daripada mereka.

Tidak mengapalah. Bakal ada satu lagi siri kesah pengakhiran AGD? Mungkin. tanak janji,nanti mereka sebok bertanya.
(sebenarnya mereka mahu nama mereka disebot ;) )

sedikit serabot pada permulaannya. Apalagi jika tidak berkenaan DUET dan KUOTA yang memang tak penoh. Dari 300 kuota, berkurang menjadi 210 sahaja!

Tapi Allah Maha Pengampun dan Mengasihi. Satu demi satu masalah terselesai dgn sendiri.
BERKAT MUNGKIN?

Duet ibarat jatoh berselerak ke dalam kotak pensil sape tah yang dipinjam.
Alhamdulillah, perihal duet sewaktu AGD mampu diselesaikan.

Pelaksanaan?
Siapa kata tidak ada masalah? Imposible!!
Mungkin pada dasarnya, ana mendapat sangat banyak mesej komen dan tegoran pujian dari sekalian penduduk CFS.
(Mungkin PM dan APM mendapat lebih banyak pujian)

"Tahniah Husna! Best AGD,ramai orang puji."
"Bagos, tak rugi pegi AGD."
"Dengar cerita mereka, nyesal tak gi AGD."
"Berbaloi ah bayar RM40. Walopon pada awalnya asyik kutuk je."
"Best gile AGD nih. Tak sangka kornag mampu buat seGRAND nih."

Dan kalau buka blog budak2 MEDCY, kelihatan bersepah2 pujian untuk AGD.
Tu belom bukak lagi FACEBOOK dan sebagainya.
Mungkin penoh dengan gambar AGD.
Mungkin dan mungkin. Konklusinya,
boleh ana katakan, "HAPPY ENDING".
Dan Hafizah Medcy jugak sepatah perkataannya menggambarkan AGD adalah "SUKSES".

alhamdulillah, PC menjalankan tugasnya dengan baek, dan cekap sekali ana kira.
PC terdiri dari SIDDQI, FATHIAH dan BAHIAH.
(kenapa semuanya produk DQ? Konspirasi apakah ini?)
SIDDQI sebagai ketuanya boleh dikatakan sangat "WORK HARD" walaupon masing2 tahu masalah dan tribulasi yang melanda. Tidak lupa Fathiah yang dalam keadaan 'kurang sehat', maseh mencurahkan seluruh tenaga untuk AGD. Dan tentunya Bahiah yang baru pertama kali menceburi DUNIA MEDCY tetapi kelihatan sangat komited dan kerja juga completed. Alhamdulillah. Inilah barisan peneraju yang kuat dalam perjalanan AGD selepas dipimpin barisan MAINBOARD yang terdiri dari
Azam, Qistina, Hafizah, Syafiq dan ana sendiri, Husna.

Ana adalah comm yang terawal berada di hotel tersebot, kononnya mahu berehat di bilik hotel. Tapi cukop aje selepas ana check in bilek tersebot, 2minit saja berada di dalamnya, selebihnya dihabeskan di laman dewan besar hotel. Mehnah dan tribulasi tidak berakhir di situ.

Untuk melakukan apa2 tindakan, tentunya fikiran yang cukop matang sangat diperlukan.
Kesan semasa dan selepas keputusan diambil adalah aspek penting untuk kita fikir dan kaji.
Memang pada waktu itu, Azam selaku PM dan Siddqi serta Qistina selaku APM tidak ada di hotel. Mereka sampai agak lewat dengan bas disebabkan kelas mereka abes kol 6.

Memang setiap masalah perlukan keputusan yang segera, dan membuat keputusan bukanlah sesuatu yang sangat mudah. Boleh buat keadaan jadi parah, kalau keputusan kita buat itu salah!!

Alhamdulillah, makanan yang hotel hidangkan sangat sedap!
Terutamanya kambing BBQ. Memang sedap dan ana kira itulah makanan paling popular malam itu!
Sehinggakan dalam satu blog, bunyaminkhair.blogspot.com
, beliau memuji kelazatan kambing BBQ dan berhajat membuat hidangan yang sama dalam majlis perkahwinannya!!
Ehem2. Ketahuilah harga seekor kambing BBQ itu adalah RM750. Dan pada malam itu terhidang 2 ekor kambing. Bererti Rm1500.

Dikira lumayan ana menghabiskan duet untuk itu. Puas hati dengan komen bernas dari jemputanyang diraikan.

Saat yang menyayatkan hati, apabila ana ingin membayar duet hotel, dan bayaran yang dikenakan sedikit bermasalah berbanding apa yang ana faham. Mmg masalah. Pada waktu itu, PM dan PC jugak tiada di tempat kejadian. Pucat lesi muka ana ditemani Munirah Zulkifli dalam VIP room pada waktu itu. Kegusaran mmg mengganggu. Tapi dipendam sahaja, risau mengganggu gerak kerja comm yang laen. Lagipon ana tidak mahu senyuman Najwa hilang dari bibir manisnya, selaku unit Sponsorship yakni duet banyak bergantung dengannya.

Paling comel, tentunya meja VVIP. Dihidang seperti orang kawen, kerusi kawen dan di serve pulak oleh pelayan hotel. Memang istimewa. Ana kira, memang GRAND. Alhamdulillah. Tapi mungkin susah nak makan. Terpaksa beradab dan sopan jitu yang perlu dijaga. Maka, tidak mustahillah, selepas itu ana melihat PM menghadap makanan di meja reserve di belakang. ;)
Risau jugak, takot mereka tak kenyang!! Tentulah tak puas hati ana, lebih2 lagi buat Presiden MEDCY yang dihormati, AKH MUNTAQIM. Risau ana.

Alhamdulillah. Dan terima kaseh buat sahabat GEN9 yang sanggup menghadirkan diri dalam AGD MEDCY. Sedikit serba salah sebab ana melihat depan mata apabila mereka diprovok oleh seorang second year tentang status mereka untuk menghadiri AGD 2010.
Ana rasa sangat bersalah, dan sesungguhnya, ketahuilah, masalah yang pihak kami hadapi memang tidak dinilai oleh ornag luar. Maka, mereka tidak mengetahui kenapa hadirnya tetamu istimewa dari 1st YEAR dalam AGD 2010. Ana cube counter kedua2 belah pihak dan berharap sahabat 1st year tidak berkecik hati.
Terima kaseh buat Hafizah, Maryam, Aimi Shamsudin, Liyana Arsani, dan tetamu istimewa, tentunya Qurrotu Aini dan Siti Zakirah.

"Ingat tak nak datang dah AGD tadi.." kata Zakirah.
"Patu canne datang jugak?"
"Sebab sayang kat Husna la mai ni.." jawabnya.
Ana teros kelu. Bab2 sayang2 ni teros kaku,terpegun dan terkagum.
Wah, pengorbanan mereka!

Belah banin GEN9 jgak sedikit kejutan bila mendapat pesanan text dari PM mengatakan disokong 4 banin yakni Afiq Arshad, Fauzul Kabir, Syahmi Sahar dan Syed Syahmi. (adakah bakal menimbulkan fitnah meletakkan nama mereka disini? percayalah, tiada niat laen disebaleknya.)
Alhamdulillah.

Dan part yang paling best tentunya persembahan video show daripada unit Prep and Tech. Walopon malam sebelomnya, salah seorang krewnya menitiskan air mata dek kerana diterjah dengan pelbagai mehnah. Alhamdulillah, kami( Mainboard dan PC) mampu counter segalanya. Syukur Ya Allah kerana telah memudahkan pelaksaan gerak kerja kami.

itu saja untuk kali ni.
Mungkin akan datang akan dimuatkan tanzim dan gambar2 AGD. Sebagai penghargaan buat comm AGD yang pahit berjuang bersama, akhirnya manis digapai semua!!
Alhamdulillah semoga aktiviti medcy yang akan datang teros dikepalai oleh mereka yang begitu komited.
Tertarik dengan ayat Bunyamin Khair dalam blognya,

"apabila society itu dipegang oleh orang yyang thiqoh dan bertanggungjawab, makan kelaenannya dapat dilihat pada programnya."

Bukan nak mengaku diri sendir thiqoh. Tapi mahu menjadikan ia sebagai satu matlamat.
Matlamat yang perlu dicapai.
Insya Allah.
Mengislamisasikan program di UIA!
Cadangan unit SPECIAL TASK, nyasidan lagi Asma Al HUSNA sebelom majlis.
\Yang itu ana setuju!!
Good IDEA.
Cemerlang, tengoklah PIC nya siapa!

Wassalam. Bakal Bersambung?
:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Thursday, January 21, 2010

PenGorBanAnMu dIsaNjUnG tIngGi

No comments:
Kasih MAMA


Nurse, boleh saya tengok bayi saya?" ibu muda yang baru bersalin itu bersuara antara dengar dan tidak kepada seorang jururawat.

Sambil tersenyum jururawat membawakan bayi yang masih merah itu. Si ibu menyambut dengan senyum meleret. Dibuka selimut yang menutup wajah comel itu, diciumnya berkali-kali sebaik bayi tersebut berada dipangkuan.

Jururawat kemudian mengalihkan pandangannya ke luar tingkap. Tidak sanggup dia bertentang mata dengan si ibu yang terperanjat melihat bayinya dilahirkan tanpa kedua-dua cuping telinga.

Namun gamamnya cuma seketika. Dakapan dan ciuman silih berganti sehingga bayi yang sedang lena itu merengek. Doktor bagaimanapun mengesahkan pendengaran bayi itu normal, sesuatu yang cukup mengembirakan si ibu.

Masa terus berlalu...

Pulang dari sekolah suatu tengahari, anak yang tiada cuping telinga itu yang kini telah memasuki alam persekolahan menangis memberitahu bagaimana dia diejek rakan-rakan. "Mereka kata saya cacat," katanya
kepada si ibu.

Si ibu menahan sebak. Dipujuknya si anak dengan pelbagai kata semangat. Si anak menerimanya dan dia muncul pelajar cemerlang dengan menyandang pelbagai jawatan di sekolah.. Bagaimanapun tanpa cuping
telinga, si anak tetap merasa rendah diri walaupun si ibu terus memujuk Ayah kanak- kanak itu bertemu doktor. "Saya yakin dapat melakukannya jika ada penderma," kata pakar bedah. Bermulalah suatu pencarian bagi mencari penderma yang sanggup berkorban. Setahun berlalu...

"Anakku, kita akan menemui doktor hujung minggu ini. Ibu dan ayah telah mendapatkan seorang penderma, tapi dia mahu dirinya dirahsiakan," kata si ayah. Pembedahan berjalan lancar dan akhirnya si anak muncul sebagai
manusia baru, kacak serta bijak. Pelajarannya tambah cemerlang dan rasa rendah diri yang kerap dialaminya hilang.

Rakan-rakan memuji kecantikan parasnya. Si anak cukup seronok, bagaimanapun dia tidak mengabaikan pelajaran. Pada usianya lewat 20-an, si anak menjawat jawatan tinggi dalam bidang diplomatik.

"Sebelum saya berangkat keluar negara, saya ingin tahu siapakah penderma telinga ini, saya ingin membalas jasanya," kata si anak berkali-kali. "Tak mungkin," balas si ayah. "Perjanjian antara ayah
dengan penderma itu masih berjalan. Tunggulah, masanya akan tiba." "Bila?" tanya si anak.

"Akan tiba masanya anakku," balas si ayah sambil ibunya mengangguk-angguk. Keadaan terus kekal menjadi rahsia bertahun-tahun lamanya.

Hari yang ditunggu tiba akhirnya. Ketika si anak berdiri di sisi keranda ibunya, perlahan-lahan si ayah menyelak rambut ibunya yang kaku.Gelap seketika pandangan si anak apabila melihat kedua-dua cuping
telingaibunya tiada.

"Ibumu tidak pernah memotong pendek rambutnya," si ayah berbisik ke telinga anaknya. "Tetapi tiada siapa pernah mengatakan ibumu cacat, dia tetap cantik, pada ayah dia satu-satunya wanita paling
cantik yang pernah ayah temui. Tak percaya... tanyalah pada sesiapa pun kenalannya."

Ps :Kecantikan seseorang bukan terletak pada fizikal tetapi di hati. Cinta sejati bukan pada apa yang dilakukan dan dihebah-hebahkan tetapi pengorbanan tanpa diketahui. Selagi ibu kita ada didunia ini, ciumlah dia, cium
tangannya, sentiasa minta ampun darinya, berikan senyuman kepadanya, bukannya dengan
bermasam muka, kasih ibu tiada tandingannya, ingatlah SYURGA DI BAWAH TELAPAK
KAKI IBU, penyesalan di kemudian hari tidak berguna, selagi hayatnya ada, curahkanlah sepenuh kasih sayang kepadanya, 'love u mom'
:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

21st January~

1 comment:
When i wake up from my sleep, i know today is a very special day to someone i care.

When i look at the date, i know the person surely wait for my wishes.


She is very special for me.

Dialah kakak saya.
Kakak yang sentiasa menemani pahit manis perjuangan saya.
meskipon dipisahkan jaoh tak terkira.

Kakak, nothing special i can give to u on ur besday,
i want to make this day very special to u,
but,
i cant.

Memang saya ada dua ornag kakak.
tapi kakak sulong, beza umurnya dengan saya 16TAHUN!
Sangat jaoh..

Tapi..
this sister,

NUR HANNANI MURNI INDAH KAMARUDIN
21 JANUARY 1986

DUlu waktu kecik2,mmg kami same2 membesar.
dan Ibu selalu bercerita,
kakak sangat sayangkan aku.

Ibu kate,
waktu aku umur 4tahun, aku dah masok belajar di darjah 3.
Sebab bile ibu nak hantar aku masok TADIKA,
kakak tak bagi,
kakak nak jaga aku.
Kononnye..
Maka kakak bawak aku belajar dalam kelas bersama2 dengannya.

Kami mmg rpaat,
kalau jumpa, kakak pasti tak henti ketawa. Aku kan pakar buat orang ketawa.
Kakak suke. Kalau kakak sedih, kakak selalu call aku.

Selepas kakak fly,
aku jadi sornag2.
Aku tade kakak.
Kakak yang sulung dah kawen, laen sket.
Maka, sebab tu aku lebih rapat dengan abang2 aku.

Setiap kali sume ornag balek kampung, pasti aku sornag je anak perempuan.
Jadi, aku snagat rapat dengan abang.
Kemana saje abang pegi, aku terpaksa ikot.
Apa saja abang nak makan, aku terpaksa masak.
(LELAKI mmg suke memberi arahan dan memaksa orang patu nak suro orang ikot cakap dia)

Sebab tu aku pandai beli baju bundle, pandai beli barang komputer, pandai baiki kereta, dan banyak kemahiran yang aku dapat dari abang..

Susahnya tade kakak. Aku sayang kakak aku. Bile die balek, mesti die suro aku teman die shoping lame2. Yang ni aku paling tatahan. Aku benci shoping lame2. Tapi sebab sayang kat die, aku snaggup teman die.. Akak,baek kan adek akak ni.

Setiap kali hari raya, kakak jarang ade. (tapi biasanya tiket flight akan disponsor oleh abang2).
kalo kakak balek, kakak balek skejap. Aku tade teman. Aku sorang2 tolong ibu kat dapur.(sebab tu bile kakak balek,aku tinggalkan die sorang2 tolong ibu kat dapor)

Aku nak kakak. Aku jeles tengok orang bole same2 dengan kakak.
Bile kakak nak balek, aku asyik hitung jari kaki.



Kakak, kakak..
Kite mmg berbeza. Abang kata, kite jaoh berbeza.
Kakak suke nangis, kakak mudah sensitif. (kalo gado pasal nak makan megi pon kakak bole nangis)
dan biasa aku adalah penzalim. Aku susah nak nangis. Tapi bile kakak nangis, aku rasa sebak. Sian kakak aku nangis nak makan megi tak dapat sebab aku dah habeskan.

Aku jahat, tapi kakak aku baek je. Setiap hari lahir aku, kakak aku mesti bagi sumthing kat aku. Walopon jajan super ring yang berharga 20sen yang kakak balut dengan kertas A4 ayah(pastu kakak kena tego sebab bazirkan kertas a4 ayah nak buat kerja). Tapi setiap hari jadi kakak, aku pasti tunjuk muka tade duet walopon 20sen nak belikan kakak jajan..

Bile kakak tade, baru aku tahu, sedihnya tade kakak. Aku tatau nak ngadu kat sape dah. Sekarnag, aku susah nak reach kakak aku. Kalo ade masalah, aku kena setel sendiri.
Abang? Kadang2 ade masalah yang takle gitau abang, nanti die marah.
Lelaki tak mungkin same dengan perempuan.
Abang takkan paham ape yang aku mahu walopon abang mmg cube faham dan buat2 paham.

Tapi kakak selalu tahu ape yang aku nak.
Aduh. rindunya aku kat kakak.
Bercucuran air mata tatkala post ni aku tulis,
KHAS BUAT RENUNGAN KAKAK DI NEGARA SUKARNO.

Kakak,dekna sayang kakak.
Abang pon same.
Tadi abang cakap,
nanti akak balek kite pg Pulau Perhentian same2.
Tu pon kalo abang tasebok keje.
Kakak,cepat balek,
banyak nak cerita..
dan bile kakak balek,
ibu dan baba pasti tatau nak layan sape.
nanti kite sebok2 buat cerita masing2.
kalo ibu dengar cerita aku,
nanti kakak nangis.
kakak suke nangis..
haha..

sume gambar dah hilang nak letak.
Computer aku masok virus.
dan sume gambar tak mampu nak selamatkan.
Semua kenangan telah lari ditelan MOBEZAT.
huh.

-LUAHAN BUAT KAKAK DI HARI LAHIRNYA.
SELAMAT HARI LAHIR KAKAK YANG KE 23!!-
CEPAT2 KAWEN.
:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Tuesday, January 19, 2010

Maafkan aku,Ibu..

2 comments:
Habes kelas Fizik, 1 PM. SMAWP3

"Ketua samseng, ikan keli ZC jom?"

"tamau. tadi dah makan. Ikan keli+roti canai lagi.."

Vibrate.. Vibrate..

'ABANG QI'

"Bulat, exam bile? Tulang blakang saket lagi? Lame tak call abang.."

Terharu bukan maen, abang yang sangat sebok dengan kerjanya, mampu menelefonku pada LUNCH HOURnya.

"Smalam bu tanyo abe, dekna ade telepon ke.. Dah lame ke tok telepon bu?"

Tersentak!

"Ibu demam tu, tahu tak?"

Tersentak lagi.

"Sebok sangat ke? 2minit pon tak leh tepon Bu?" Nada sedikit tinggi.

Diam. Membisu.

"Abang bukan marah.. Kesian ibu..Ok lah, got to go. Nak make nasik."

Pap! Abang letak telefon.

"Husna,jom buat RIM skrang." ajak Zakirah. Teros melangkah. Telefon ibu? Teros lupe.

Petang. Menghadap LAPTOP.

Mesej dari Abang Taufiq.

"Ibu demam. Abe dok umah ni. Abe beli nasik ko ibu. Ibu kate, dekna dah makan ke belom.. Bu kata lama dekna tak telefon?? Kalo Bu call, dekna asyik tak dapat cakap,sebab meeting?"

Nasi teros tak lalu nak telan. Ibu!! Dah 5hari aku tak sempat nak cakap dengan ibu.

Waktu ibu call, setiap kali itulah aku ade hal.
Sebok nak g umah akak, meeting, kelas. Dan macam2.
Dan aku pasti jadi anak yang jahat sebab tak return panggilan itu.

Kejamnya aku.
Dan kasehnya seorang ibu.

"Dekna dinner semalam, bu asyik pikir je takot dekna penat,saket.."

Aku buntu lagi. Teringat waktu dinner, dua "panggilan terlepas" dari IBU.
Dan sekali lagi ibu menelefonku, berpesan,

"nanti makan la jugak. Jangan tak makan."

Ibu kenal anak ibu. Ibu tahu aku takkan boleh makan dalam keadaan macam tu.

Tak mahu ade cacat cela. Biar semua orang makan, gembira, itu dah buat aku jadi kenyang.

Bukan tak makan, makan aje, tapi hanya disuap dan makan lebihan orang aje.

Ithar? haha. Tak de lah.

Recall.
Dulu sewaktu aku dirumah, aku lihat sendiri bagaimana ibu risaukan akak yang sudah tidak menelefonnya 2minggu. Kebiasaannya akak paling kurang menelefon 2x seminggu.

Ibu asyik risau. Ibu fikir macam2. Ibu risau akak saket. Ibu risau jadi ape2 pada kakak.

Dan aku? Aku marahkan kakak sebab tak dapat luangkan masa pon nak telefon ibu.

Dan sekarang? Aku yang ghalibnya menelefon ibu setiap hari..
Kejamnya anak ibu..

Teringat mimpi semalam,
aku mimpi, ibu datang melawat aku yang sedang tido waktu tu. Tatau la aku kat mana.

Ibu datang, dan waktu tu aku tak sempat layan ibu. Ibu tetap senyum. Ibu tunggu aje aku habeskan kerja2 aku. Ibu tunggu sampai aku habes kerja. Tapi aku tak datang2 kat ibu.

Mimpi. Maenan. Silap aku. Salah aku.

Maafkan aku,ibu..
Tak terniat aku melukaimu.
Tuntutan ini telah melalaikan aku menjaga kebajikanmu. Kebajikan perasaanmu.
Maafkan anakmu ibu.
Berkali menyusahkan ibu.

Bila depan mata, macam2 karenah,
bila jaoh dimata, menyeksa perasaan ibu.




Maaf ibu,
Anak ibu tak pernah melupakan ibu.
Sentiasa ibu dalam ingatan.
Anak ibu gagal menjadi anak yang baek.

Ibu,
senyumlah teros menanti aku hadir untukmu.

Senyumlah teros menanti aku mengucup keningmu.

Senyumlah teros menunggu aku mencium kakimu tanda kemaafanku..

Ibu, sabarlah menanti aku. dan usahlah jemu ibu.

Aku menyayangimu ibu. sepenoh hatiku.

Ibu..

'Mereka itu mudah lupa pada kaseh sayang seorang ibu,
mereka mudah lupa pada kecintaan seornag ibu pada anaknya,
mereka itu tidak akan pernah mencium bau syurga..'

Ibu.. Aku tidak mahu menjadi seperti "mereka"..

Dekat padamu
arah ingin ku tuju
walaupon jauh akanku tempuh
kerana hanya sunyi yang menemani hari semenjak kau pergi membawa diri
oh..
dekat padamu
disanakan bersatu
dua jiwa yang telah terpisah
kesetiaan yang telah aku ikrarkan
ku pegang tegoh janjiku kotakan

andai tersalah arah
berikanku tanda
agar kau terima yang sebaekny...
-LUAHAN BUAT IBU-
:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Sunday, January 17, 2010

kena MarAh..

No comments:
Petang jumaat yang bahagia, tatkala semua orang usai solat gerhana, ana dan Zakirah, happy ending tengah siapkan presentation untuk RIM. Tetiba akak call mintak ke Seremban. Jaga anak saudara, esok akak ade hal, kene kua.
Maka, dengan Maghrib yang mula menuinjukkan Merah2 di kaki langit, ana gagahkan kaki keluar ke Seremban. Meskipon ibu agak risau dengan tindakan ana. Demimu, keluargaku, susahmu pastiku tolong. Haha.

Ternampak comm Special Task baru sampai dapatkan gift untuk AGD. Alhamdulillah. Setel satu perkara. Senang hati..

Sehari saja di Seremban. Petang Sabtu, akak dan abang Ipar menghantar ana ke stesen KTM. Ana yang beriya nak balek. Sangat banyak kerja. Kat rumah kakak pon hset asyik bunyi. Kebetulan, kena buat meeting on the spot dengan unit Sponsorship. Alahai.. Dengan saket kepalanya, teramat2 saket, memang under pressure..

Dan malam tu bukan ana sorang yang underpressure. Najwa dan Ainu pon turut bengang. Semua orang jadi nak marah2. Luar kawalan. hypotalamus tak sempat process. haha.

Kebetulan mainboard yang boleh dihubungi waktu tu hanya lah ana.
Orang kuat laen sume ade hal sendirik.
Azam, Siddqi, Fathiah, Bahiah sume ada LEADTRAIN.
Diorang ni mcm rancang2 je nak LEADTRAIN sesama.
Terpaksa berhempas pulas.

Marah pon tak selesai masalah jugak.

Hari tu Zakirah ada bertanya,
"canne kite nak tarbiah hati untuk tak rasa marah, iri hati,dengki?"

Panjang ana memberi jawapan. Tapi bile tiba part ana, diri sendiri yang hilang kawalan.

Ibu kata, semua orang ada rasa marah. Ibu tahu, ana ni cepat naek marah, ibu kata, didik la dari sekarang canne nak control rase marah. Bile nak marah je, zikir banyak2. Tenang2..

Jadi, tadi mmg ana betol2 aplikasikan petua ibu. Berkesan!

Marah bukan penyelesaian semua perkara.

Kite tak suke kan orang marah kite?

Ana tak suke klo sesapa tinggikan suara pada ana.

Tayah tinggikan suara, cakap dengan nada marah pun, mmg rasa tak suke.

Itu part kite, tapi klo part ana marah prang, tade plak ana pikir.

Manusia. Slaah ornag saje yang dilihat. Salah sendiri, pandang pon tamau.

Hakikat yang muallaq.( Boleh diubah).

Ana tringat kali terakhir ana kena marah pada ayah ana.

Sebabnya kecik aje. Waktu tu ana form 4. Dah akhir tahun dah mase tu. Malam tu ade sorang lelaki muncul dari mana tah tepon rumah patu nak cakap dengan ana.
Pastu mmg ayah ana marah takle bla.. Marah2 gile. Die tabagi ana pegi sekolah klo nak maen2 dengan lelaki ni. Hampeh tol. Punyalah ana tak bersalah. Dan sampai sekrang tatau sape lelaki tuh. tapi mmg mase tuh ayah siap tolak2 kepala lagi.
Ingat lagi ape ayah kate,
"ni nak blaja ko nak gewe?"
Ya Allah, serius waktu tu mmg ana tatau sape lelaki tu. Ana sket punya baek waktu skolah, kawan lelaki pon tade.
Tu last kena marah yang terok. Pastu mmg fobia dengan orang2 marah.
Lagipon sejak tuh mmg ayah dah tak marah cantu. Ayah lebih kepada mendidik. Mungkin apa yang ayah buat satu benda baek, sebab memang lepas tu ana cuak nak kawan dengan lelaki. FOBIA LELAKI. Stakat untuk keje2 bole..
Itulah didikan terbaek dari seorang ayah.

Tapi, ade satu part yang waktu ana form 3, mase tu baru blajar kete. Tetiba terlanggar tiang garaj kereta. Patu bile ayah tanya, ana tak ngaku. Padahal waktu tu mmg ana yang tengah pandu kete tuh. Tatau nape ana tak ngaku. Cam bodo je. Sedangkan mmg jelas dah ana yang buat.
Ayah mmg marah. Ayah kate,

kereta yang rosak ayah boleh baiki, bayar seratos dua, keta ok balek,
tapi klo anak yang reti menipu macam ni, bayar berjuta pon tak le buat ape dah.

Mmg ayah marah sebab menipu. Kebaekannya, sampai sekarng takot nak menipu. Elak menipu. Sebab waktu tu bulan pose, ayah marah, dan 2hari takle bukak puasa same2..
Terjurung dalam bilek. Waktu orang pegi terawih baru kua makan, tu pon lauk sume ayah dah habeskan. Sedih tak? nasib baek bilek tu lengkap dengan bilik air. Kalo tak, tatau la ape jadik.

Kadang2 marah ni ade kebaekan jugak kan? Tapi, dalam banyak keadaan, marah bukan cara yang baek untuk menyelesaikan sesuatu.

Marah biar kena pada tempatnya.

Mmg ibu dan ayah jarang marah. Lbih2 lagi bile dah besau canni. Sume jalan..
Tapi tegoran berupa tarbiah tetap konsisten walopon tak pernah marah.

tah la ape tujuan post ni dikuakan. Just nak cerita pengalaman kena marah yang terok oleh ayah.
Sebab tadi ramai orang marah2.
Dan..
Ramai jugak orang marah2 ana.
Ingat best ke marah orang?
Meh kite same2 control rase marah..

Dulu,
klo Cokdi maseh ingat,
ana selalu berkata,

"MARAH ITU SETAN."

Hem..

jadi?

jangan marah2 ana.

Tak best kena marah.
dan pesanan buat diri sendiri,
jangan asyik nak hangin kat seapa.
Blaja untuk kawal kemarahan.
Marah itu setan.
:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Saturday, January 16, 2010

PRE AGD: Mehnah dan Tribulasi

7 comments:
Sebulan berlalu, sejak mendapat taklifat sebagai Assistant Treasurer dalam AGD MEDCY. Dan sejak gerak kerja AGD bermula, setiap hari yang dilalui pasti diwarnai dengan masalah dan kerja yang berkaetan dengan AGD.

Rasanya dalam sehari, setiap kali nak keluar bilek ke kuliah, pasti dalam hatiku, berniat,

"harap2 hari ni tade sape sebot pasal AGD.. Ameen.."

Tapi memang hampeh. Tambah pulak, penggerak AGD terdiri dari rakan2 sekeliling. Memang imposible tak cakap soal AGD.

Kerja dari awal memang bertimbun. Ye ke? Tapi dalam kepala otak mmg pk duet aje.
Sekarang diri sendiri pun dah jadi sengkek.

"weh nak beli baju palestin tak?" soal Adlina.
"Tade duet. sume dah masok akaun AGD. haha."

Memang satu cabaran yang besar buat committee AGD untuk melaksanakan program besar yang melibatkan hampir 20ribu ringgit Malaysia. Dan ana kira, tidak cukop dengan pening kepala, bengang otak dengan program yang bakal berlangsung,
tetapi saket hati dan tertekan perasaan dengan provokasi dari pelbagai pihak.

Sejak awal gerak kerja dimulakan, kami diprovok dengan PAYMENT yang terlalu mahal.
Tapi sekarang rasanya AGD Medcy berada di tangga AGD YANG PALING MURAH.
Sebab INTECH=RM50
Enginius= RM40
dan AGD mereka tidak dilakukan di hotel.
Nyata, MEDCY sangat bertimbang rasa dengan harga RM40 dan dilaksanakan di HOTEL SINGGAHSANA.
Buat pengetahuan semua, pihak kami support RM30 untuk setiap orang. hampir 2kali ganda dengan bayaran yang anda bayar.

Kemudian, karenh birokrasi dengan STAD. Bagaimana Saudari Setiausaha menitiskan air mata dek kerana kena marah oleh kakitangan STAD berkenaan dengan bas STAD yang dicaj RM800 sebijik(sedangkan bas luar pon harganya cume RM200). Dan kami (mainboard) memerah otak dan mencari jalan di bawah pohon yang redup di sebelah AMF. Saat itu, kepala rasa nak pecah. Dan mula rasa, BATALKAN SAJA AGD INI.

Kelihatan Program Manager, Azam, sangat optimis dan yakin. Ana tumpang berlagak.
Tenang. Walaupon dalam kepala memikirkan mane nak cari duet bayar bas. Time tu timbul idea gile nak suro sume naek teksi sebab bayaran teksi lagi murah dari BAS STAD!

Azam tetap optimis. Dan ana tumpang optimis lagi. Sedangkan petang nanti ada QUIZ MATH. Dan unit Sponsor tarik muncung. MANA KAMI NAK CARI RM5K cik Husna??
Ana tongkat dagu. Hem, ROMPAK BANK??

Najwa bersemangat! Najwa sangat optimis mampu cari sponsor. Ana sekali lagi tumpang optimis. DAPAT.. RM5k Ja..

Sesudah itu, diuji lagi, kuota tak cukop. Alasan mereka, MAHAL sangat!
Brothers ade 8 orang saja.
Sisters alhamdulillah penoh.
Masa tu memang Special Task hentak kaki sebab terpaksa bukak booth lame2.
Walaupon idea awalnya bukak booth 2hari saja.
Namun terpaksa extend. Lebih payah, kena berurusan lagi dengan DATIN STAD. Huh.

Pelbagai rumours dan fitnah mula menyerang. Dah la kuota tak cukop, diterjah pulak dengan KHABAR ANGIN yang bertiup kencang. Menyebabkan hubungan ana dengan PC, SIDDQI tegang sekejap. Masing2 pening kepala. Assistant Sponsorship pula menitiskan air mata.
2 terkorban. Ana? tak mungkin. Ana tak nak menangis. Tak mungkin.

Ana kagum dengan mereka. Walupon kami ditolak, ditarik, ditendang, tapi mereka maseh bersemangat.
Mereka tetap jitu. Melihat muka AJK yang bersemangat, ana tumpang semangat.
Walupon ana pon terasa ingin jatoh,
terasa ingin rebah.
tapi tak mungkin. Jika semua orang nak jadi lemah,
sapa yang nak jadi tiang?
tempat mereka bergantung harap.

Setiap kali unit datang mintak duet, ana rasa pening. Dahulukan duet sendiri. Tapi tergugat jugak..
Setiap committee bukan saja berkorban tenaga, malah wang ringgit.
Mereka membayar 4kali ganda berbanding para peserta bayar.

Ana bangga dengan mereka. Sangat baek dan nilai integriti yang hebat.
Tahniah semua committee.

Sekarang pon pelbagai masalah yang maseh belom selesai.
Tetapi ana senyum saje,
kerana teruja nak DINNER di HOTEL.
Excited plak~

Takpe, semoga Allah tolong gerak kerja kami.
Semoga Allah ringankan beban kami.
Dan jaohkan kami dari rasa putus asa dan susah hati.

* pos ini bertujuan menghargai jasa committee AGD. (list name akan dikeluarkan dalam post akan datang)
disamping itu memberi kesedaran kepada mereka yang memprovok, menguji pihak gerak kerja AGD.
Semoga jasa kalian digantikan Allah dengan sesuatu yang lebih baek.
Insya allah.
:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Wednesday, January 13, 2010

aku XX, kau XY.

No comments:



Kita takkan pernah sama
Baik sekepala, mahupun satu rasa.
Apatah lagi untuk punya satu hati, satu jiwa.

Sebab sudah terbukti kita telah berbeza dari segi jenis kromosom nya

Aku XX manakala engkau XY.
Masakan kita boleh sama?

Aku dikatakan kuno,
Hanya kerana diriku mempertahankan apa yang kufahami dari agama aku.
Aku diperlakukan olehmu seolah-olah aku sudah ketinggalan zaman,
hanya semata apa yang aku perjuangkan selama ini.

Engkau katakan aku tidak matang, perlakuanku seperti anak kecil,
hanya kerana bila aku tidak mahu menuruti kemahuanmu.

Aku diperkatakan oleh engkau sebagai seorang perempuan yang berfikiran tertutup,
tidak 'world' dan kononnya aku ini perempuan berlagak baik
kononnya aku ini 'jual mahal'

Namun, aku tidak akan boleh menghalangmu dari berfikiran sebegitu,
kerana ku tahu engkau mungkin tidak tahu
kerana aku tahu engkau mungkin belum faham.



Aku mahu engkau ketahui tentang keadaan diriku
Diriku telah dididik oleh Tuhanku dengan pendidikan tak terkira hebatnya
Diriku yang telah dijaga seperti menatang minyak yang penuh oleh emak dan ayah,
ditarbiyah oleh para guru tercinta
supaya menjaga maruahku
Supaya memelihara kehormatan diriku.
Supaya aku dapat menjadi wanita yang tegas dalam mempertahankan prinsipnya

Prinsip tetap prinsip
Syariat tetap syariat

Bahawa lelaki dan perempuan itu takkan punya alasan untuk ada perkaitan
melainkan bila ada urusan, melainkan keadaan sangat-sangat darurat
melainkan keadaan sangat-sangat memerlukan untuk kita berhubungan.

Antara aku dan engkau, tidak akan punya ikatan
takkan boleh ada hubungan antara hati-hati
melainkan bila takdir Tuhan menetapkan bahawa kita bakal disatukan.

Benar, hanya itu yang benar-benar halal
buat diriku dan dirimu jua.


Oh ya, aku telah lama menetapkan bahawa antara kita punya jurang yang sangat luas
antara kita punya hijab fizikal yang sudah aku tanam sejak sekian lama
Dan bila ku dapati hijab luaran ini semakin teguh berdiri,
maka hatiku juga sudah terhijab dengan sendirinya

Benar, hatiku telah terhijab agar tidak punya sebarang hubungan dengan dirimu

Kerana aku sudah faham,
maka ku harap suatu hari nanti engkau dapat memahaminya juga

Kerana aku mahu mencintai Dia dahulu, utamakan Dia dahulu
Kerana aku lebih mahu mendahulukan Tuhanku melebihi yang lain.


p.s: Semua ini adalah untuk cik XX(baca=CIK bukan ENCIK) Sila tabahkan hati. Sila jadi kuat dalam mempertahankan prinsipmu.

dicopy-paste dari sister Cairo;
http://fathiyyah.blogspot.com/2009/12/aku-xx-engkau-xy.html



_____________________________________


Pesanan daripada roomate saya bila selesai dengar saya bacakan post ini padanya:
kalau ada orang yang tawarkan pada kita,"saya nak couple dengan awak"
apa kita nak cakap eh?
kuatkan diri,tekadkan prinsip.
"mana boleh saya halalkan apa yang Allah haramkan"
good idea :)
:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Monday, January 11, 2010

JANGAN puji saya!

No comments:

kebelakangan ini, semua manusia suka memuji.

"eh,hebatlah ko. Terror ah boleh buat sume tuh."

"kak Husna ni knowledgeable tol la."

"hebat ah pemikiran akak."

"tip top kak! mmg tak sangka ah akak hebat."

pelbagai pujian yang diberikan. (atas tu hanyalah contoh semata-mata)

itu tak termasok email dari orang yang tidak dikenali, memuji dan menyanjung tinggi.

Ini ada satu PERINGATAN buat orang yang suka menyanjung atau anda yang selalu disanjung.
(kredit buat orang yang menyelitkannya "dalam kotak" (inbox) email ana. Syukran Jazilan)

Taburkanlah Tanah ke Muka Orang yang Suka Menyanjung


Dalam kitab Hayatush Shahabah dikisahkan, ketika Bani Amir menghadap Rasulullah SAW dan mengucapkan kata-kata yang mengandungi pujian, seperti "Anda adalah Sayyid (tuan) kami yang terhormat." Maka Nabi SAW mengatakan, "As-Sayid itu Allah." Ketika mereka mengatakan, "Anda sangat mulia dan agung." Nabi Saw. berkata, "Berkatalah dengan kata-kata yang wajar, atau seperlunya saja. Dan janganlah kamu sampai diperdaya syaitan. Sungguh aku tak menginginkan kalian menyanjungku di atas kedudukan yang diberikan Allah kepadaku. Saya Muhammad bin Abdullah, hamba-Nya dan Rasul-Nya."

Demikian Rasulullah SAW mengingatkan para shahabatnya agar tidak berlebih-lebihan dalam memuji manusia. Namun, saat ini banyak orang menyanjung dan memuji presiden, para menteri, gabenor dan lain-lain dengan harapan mendapat kedudukan, kedudukan, jawatan, projek atau yang lainnya. Bahkan untuk mencapai hasratnya itu, mereka tak segan-segan menindas para pengkritik atasannya itu.

Dalam kehidupan sehari-hari, memuji itu dibolehkan sebatas untuk memberikan motivasi, agar apa yang telah dicapai dapat dipertahankan dan ditingkatkan. Tapi, bila sanjungan dan pujian itu berlebihan, maka akan menjadi boomerang bagi orang yang dipujinya itu.

Abu Bakar Radhiyallahu 'Anhu berkata, "Seseorang telah memuji orang lain di hadapan Rasulullah SAW., maka baginda berkata, "Celaka kamu! Kamu telah memotong leher temanmu." Perkataan itu diulang sehingga tiga kali. Kemudian baginda bersabda, "Siapa saja di antara kamu yang suka menyanjung saudaranya, maka jangan ragu katakanlah kepadanya," "Apa kamu tahu keadaan si fulan sebenarnya? Allah-lah yang mencukupi hal ehwalnya, dan tidak ada seorang pun yang lebih suci daripada Allah. Mengapa kamu mengira begini dan begitu, padahal kamu mengetahui bahwa semua itu dari Allah".
(HR Asy-Syaikhan dan Abu Daud)

Bahkan Rasulullah SAW menganjurkan para shahabatnya untuk menaburkan tanah kepada orang yang suka menyanjung orang lain secara berlebihan. Agar kebiasaan seperti itu tidak membudaya dalam masyarakat Islam. Perbuatan itu hanya akan menebarkan benih-benih nifak.

Imam Bukhari, Muslim, Ahmad, dan Tarmidzi meriwayatkan, ada seseorang memuji salah seorang pemimpin. Maka Miqdad Radhiyallahu 'Anhu menyiramkan muka orang itu dengan tanah, sambil berkata bahwa Rasulullah SAW telah bersabda, "Jika ada di antara kamu masuk ke dalam golongan para penyanjung, maka taburkanlah tanah ke muka mereka."

SEMOGA MEMBERI MANFAAT UNTUK KITA BERSAMA.
SIIRU ALA BARAKATILLAH.
:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Sunday, January 10, 2010

Terima Kaseh,Kekasihku..

1 comment:
Bertemu tidak jemu.
Berpisah tidak gelisah.

Selepas selesaikan semua urusan AGD yang perlu diselesaikan, teros keluar menuju LCCT untuk pulang atas permintaan kekasihku.

Tepat pukol 5 petang, mendarat tiba di Sultan Yahya Petra Pengkalan Chepa. Disambut senyuman indah si Aleeya anak saudara. Bersalaman, berpelukan.

Meluncur laju ke kampong yang memang sentiasa membuat jiwa tersenyum tatkala membayangkan kenangan didalamnya.

Jatuh bangon, menangis meraung, gelak tawa, kampong itu menyimpan segala pahit maung,manis masam perjuangan kami. Istana itu. Rumah itu. Lebih-lebih lagi. 3 minggu tidak pulang ke kampong, sudah mampu membuat jiwa ini meronta kerinduan pada segala yang ada dalam Istanaku, terutamanya KASEH SAYANG yang ada didalamnya. Sukar dicari ganti.

Melintas kilang abang Taufiq. Nampak pekerja kilang berarak keluar, baru habis kerja barangkali. Memberi mesej untuknya. Lantas beliau menelefon,membalas balek mesej usikanku.
“Ajak sume malam ni kite kua makan. Cakap la dekna nak makan kat mana. Abang belanja.”
“Hotel?”
“Apa saja untuk anda..”
“haha. Bile abang balek.”
“pukol 7 abang sampai. Siap2 cepat. Baru habes keje ni.”

Terima kaseh kekasihku
.
Sayangnya memang sukar dicari ganti.
Kasehnya tak mungkin bisa diganti.

Segala kepenatan, kepeningan, kesaket kepalaan, teros hilang.
Selama berminggu memerah otak untuk AGD, memerah tenaga untuk RAFEST.

Segalanya teros diganti dengan perasaan indah, disini. Di kampong ini. Di bumi serambi Mekah ini. Di Bandar jajahan Tok Guru ini. Penoh rahmah dan kaseh.

Seperti dijanjikan. Kami keluar dinner bersama2. AWAS! Tidak di hotel. Kami bukan keluarga hartawan, jutawan, tapi dermawan insya Allah. Gelak tawa malam itu menguburkan sekadar resah yang pernah bertandang 2minggu yang lalu.

Minggu2 yang sangat ku rasa berat untukku lalui. Minggu yang tak habes2 menguji kekuatan hati. Menguji tahap kesabaran dan kebergantungan pada Ilahi.
Terima kaseh kekasihku.
Beban yang ku pikol berminggu terasa hilang ditiup kaseh sayangmu.

Keesokannya, proses rawatan bermula. Dan itu mmg matlamat utama pulang ke kampong. Ini part tak best,tamau cite. Balek dari rawatan, belom sempat menyuarakan hasrat perut dan nafsu. Ayahanda siap memasak segalanya. Beliau tahu kegemaranku. Beliau tahu kesukaanku. Beliau benar2 meraikanku.
Terima kaseh kekasihku
. Takkan ada yang biasa memahami kegemaranku selaenmu. Masakanmu tiada bias ditandingi sesiapa pon untukku, kerana perisa tambahan “kaseh sayang” itu tak ada untuk ku cari ganti.

Ibu menemankan ku sepanjang hari. Segala keinginanku dipenuhi. Senyuman ibu,cerita ibu, segalanya pengubat hati. Nasehat ibu sangat berguna sekali!
Ibu, dimana manusia yang akanku cari saat kepayahan menggunung tinggi,
Dimana manusia mahu ku dakap disaat semua manusia menudingku jari,
Dimana manusia mahu ku mengusapku tatkala semua manusia ‘menyakiti’ku..
Tiada.. selaen kamu.
Tiada ibu. Belom ku temui penggantimu. Dan aku yakin tak mungkin ada yang bias menggantikan kaseh sayangmu dihatiku.
Terima kaseh kekasihku.

Kini,hatiku sedikit tenang, kesaketanku sedikit terubat.
Terima kaseh kekasihku.

Hadiah ini sangat bermakna untukku.
Akanku kenang kaseh sayangmu,
Supaya aku maseh mampu tersenyum,
Menghadapi segala masalah dan tribulasi.
Supaya aku tetap gagah begitu,
Tatkala aku diuji dengan ‘peluru besi’.
Keluargaku kekasehku,

Apa yang mampu ku hadiahi untukmu
Hanyalah setegok doa tulus dari hatiku dalam tahajjudku.
Semoga engkau,die, dan kita semua,
Menjadi kekasih sesame kite.
Dan menjadikan DIA kekaseh kite.

Keluargaku kekasihku.

Semoga saat2 akan datang lebih indah
Lebih syahdu untuk kite ukir di pentas dunia.
Sambil mengukir jalan ke idaman SYURGA.

Kekasehku kecintaanku,

Aku bakal pergi lagi kerana jihadku.
Aku bakal pergi lagi demi thoriq yang aku pilih.
Usah gelisah. Usah resah.
DIA pasti melindungiku kerana DOAMU.
DIA pasti menyayangiku lebih darimu menyayangiku.
DIA pasti tahu kamu mencintaiku.
DIA pasti menjagaku untukmu.

Aku pergi lagi.
Aku mahu kembali lagi.
Aku menghitung hari.
Aku mahu kembali ke pangkuan kekasihku.
Namun,
Jihadku wajib aku utamakan.
Doakan aku syahid di jalan kebenaran,
Syahid di jalan perjuangan.
Dan kita bakal berjumpa di SYURGA IDAMAN,
Keluargaku.. kekasih kecintaanku..

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Monday, January 04, 2010

kawen jom!

No comments:
Wes mangan?
Selalu aje dengar orng cite sal kawen.
Orang tu nak kawen 2nd year kat Main Campus.
Bile tanya calon, tade plak.
Steady calon tade la.
Tapi list calonnya mesti ade kan?

Aduh. Cakap sal kawen nih sensitip sket. Yelah,macam tak sabau sangat ja.(tetiba jadik loghat utagha. Nak sangat jadik orang utagha..huh.)

Umuq muda lagi. Baru 19tahun.(malu mengaku 19thn,rase tak cukop bulan ja). Tapi kebanyakan kawan2 lagi tua. 20tahun dah mereka. Tahniah. Sebab tu mereka dah berani cakap soal kawen. Ana ni kena control sket. "BAWAH UMUQ" lagi.

Sapa yang dah ade steady calon tuh, haa.. kawen cepat2. Jangan lupe jemput.
Sekarang kite buat kempen,
"MARI BERKAHWIN"
disamping kempen
"MARI MENGAJI" ust ZAMRI.
Why not..

Mari kawen! Mari! Mari!

Nih ade Q&A session untuk kite renungkan bagi yang nak kawen.

Berhati2. Jangan salah faham.
Ana mengajak kite semua sempurna separuh dari agama kite sekiranya kite dah layak.

Lagipon mmg kena kawen time blaja pon kan korang sume? Dah habes degree paling kurang umuq korang dah 25tahun. Tua laa.. Kena kawen mase blaja.
Jadi sesapa yang dah ade niat tuh,
teroskan laa.
(saje je budak tak cukop umuq bagi nasihat kat orang2 tua sekeliling)

discover!

Soalan
==========
Saya telah berkenalan dengan seorang pemuda yang alim dan warak orangnya. Dia banyak memberi nasihat dan panduan agama kepada saya. Sejak berkenalan dengannya, saya telah banyak berubah. Saya mengikuti nasihatnya agar menutup aurat dengan sempurna dan tidak meninggalkan solat lima waktu. Saya dapat rasakan ada perasaan indah yang timbul dalam hati sanubari saya terhadapnya. Saya selalu berangan-angan agar dapat bersamanya sebagai suami isteri suatu hari nanti. Ustaz, apakah yang saya lakukan ini dalam keredaan Allah? Tidakkah saya berubah kerana pemuda tersebut, bukan sepenuhnya kerana Allah SWT? Bagaimana untuk memastikan agar saya sentiasa berada di landasan yang betul?

Terima kasih atas kesudian ustaz menjawab persoalan ini

Jawapan
========
Tahniah, kerana bertemu dengan pemuda yang alim dan warak. Dalam hal yang melibatkan hubungan lelaki dan wanita, Islam cukup teliti dan sering dituduh sebagai ‘konservatif’ dari kacamata barat. Hakikatnya, Allah maha bijaksana dan amat mengetahui baik dan buruk untuk manusia di dunia dan akhirat.

Justeru, jika dilihat dari apa yang telah meresapi hati saudari, bolehlah di katakan saudari sudah ‘jatuh hati’ kepada si pemuda tadi serta memasang niat baik untuk mempersuamikannya. Sebagai manusia biasa, ia sememangnya satu niat dan perasan yang sukar di tolak. Bagaimanapun, saudari perlulah mengawal semua batasan perhubungan dengan pemuda tadi bagi mendapat keredhaan Allah. Tindakan berikut perlulah saudari lakukan :-

1) Meluahkan hasrat secara berselindung tetapi boleh di fahami kepada pemuda tadi untuk membina “rumahtangga” bersama. Ia berdasarkan tindakan Khadijah yang menggunakan orang tengah, dan juga seorang wanita lain yang tanpa segan silu menyatakan hasratnya kepada baginda SAW. Imam Al-Bukhari di dalam sohihnya meletakkan satu bab bertajuk “ Wanita mendedahkan / menawarkan dirinya kepada lelaki Soleh” (Rujuk Kitab Nikah) ; , juga terdapat satu riwayat bahawa Anas r.a berkata di sisi anak perempuannya : “telah datang seorang wanita kepada Rasulullah SAW lalu menawarkan dirinya (untuk menjadi isteri baginda) ; berkatalah wanita itu : “ Adakah dikau punyai hajat kepadaku? “ ; maka anak perempuan Anas menyampuk : “ Alangkah kurangnya malu si wanita itu dan amat malunya perbuatannya ” ; maka Anas menjawab : “ Dia lebih baik darimu, ia berkehendakkan Nabi SAW lalu menawarkan dirinya kepada baginda SAW” ( Sohih Al-Bukhari, 7/17 ). Imam Ibn Hajar menegaskan tiada catatnya wanita menawarkan dirinya untuk menjadi isteri kepada seorang lelaki ( Fath al-Bari, 9/175 ) Justeru, jangan terlalu terpengaruh kononnya orang wanita tidak boleh melamar si pemuda yang baik lagi warak. Teruskan hasrat dan jangan bertangguh dalam melakukan hal yang baik. Malah Khawlah bt Hakim adalah dari kalangan wanita yang menawarkan dirinya kepada Nabi SAW ( Sohih al-Bukhari, 7/15)

2) Saudari diizinkan untuk menjemput sipemuda ke rumah saudari bagi memperkenalkannya kepada kedua Ibu bapa saudari. Dengan kewujudan ibu bapa atau ‘wali’ lain di majlis itu, saudari dibenarkan untuk berada bersama di ruang tamu (dengan menutup aurat lengkap) dan tidak perlulah bersembunyi di dalam bilik. Ia berdasarkan hadith-hadith yang mengizinkan lelaki dan wanita yang berniat untuk kahwin, bagi mengenali dengan lebih dekat bakal pasangan masing-masing.

Antaranya dalilnya : “telah datang kepada Nabi SAW seorang lelaki lalu menceritakan bahawa ia ingin memperisterikan seorang wanita Ansar, maka Nabi bersabda : “Adakah kamu telah melihatnya? : “Belum jawabnya” ; Nabi menjawab : “ Pergilah kamu melihatnya kerana di mata wanita Ansar ada sesuatu (tanda)” ( Riwayat Muslim) Juga pesan Nabi kepada Mughirah bin Syu’bah selepas mengetahui ia ingin meminang seorang wanita : “ Pergilah melihatnya, sesungguhnya ia lebih menjamin berkekalannya – bagi menilai kesesuaian- (perkahwinan) kamu berdua” ( Riwayat Ahmad, At-Tirmidzi, Ibn Hibban ; Hasan menurut At-Tirmidzi no 1087, cet Maktabah al-Ma’arif ; Sohih menurut Albani ) Perlu diingat bahawa melihat bukan hanya dengan mata, tetapi ia juga membawa maksud suatu meninjau sikap, budi bahasa, cara hidup dan apa-apa info yang dapat menambahkan ketepatan pemilihan pasangan (kecuali yang HARAM dibuat dan dilihat). (Fiqh as-sunnah, Sayyid Sabiq, 2/23 dengan tambahan, Nizom al-Usrah, Dr Muhd ‘Uqlah, 1/206)

3) Jangan bertangguh atau berhubung tanpa ikatan sah terlampau lama, ( Nizom al-Usrah, 1/216) kerana ia amat mudah membawa keapda yang haram. Perihal berangan-angan saudari tadi juga bukanlah sesuatu yang baik untuk diteruskan. Nabi SAW menyatakan : “ Tidak dilihat (penyelesaian) bagi dua orang yang cinta-mencintai kecuali NIKAH ” ( Riwayat Ibn Majah, al-Hakim, sohih menurut al-Hakim, As-Suyuti , Al-Jami’ As-Soghir, no 7361, 4/397 cet Jahabersa) . Al-Allamah Al-Munawi menegaskan ubat yang terbaik bagi pasangan yang sedang asyik bercinta dan kasih adalah Nikah ( Faidhul Qadir, 5/294)

4) Jangan menghebahkan kepada awam sekali mana belum di ijab kabulkan, kerana ikatan ‘janji untuk berkahwin’ boleh membawa fitnah dengan mudah. ( Nizom al-Usrah Fil Islam, 1/214)

5) Jangan bertemu berdua-duaan di luar, sama ada di tempat terbuka atau tertutup, kecuali diringi mahram lelaki yang telah dewasa dan mampu menilai baik buruk menurut Islam. Saya nyatakan begini kerana ramai juga mahram lelaki yang ‘merapu’ dan tidak langsung punyai ilmu tentang batas hubungan lelaki wanita menurut Islam. Kehadiran orang seperti ini, tidak mencukupi syarat yang ditetapkan Islam.

6) Mengurangkan komunikasi yang tidak berkenaan, serta mengawal isi kandungan perbincangan dari yang membawa syahwat. Mengetahui hati budi bakal pasangan menggunakan alatan media elektronik seperti email, surat dan sms lebih baik dari bercakap dalam banyak keadaan (kerana mendengar suara mudah menaikkan syahwat), bagaimanapun, saya tidak menafikan email, surat dan sms juga boleh menaikkan syahwat, tetapi saya kira secara ‘verbal’ lebih mudah.

7) Kerana perbicaraan adalah panjang dan dalil amat banyak, ringkasan perkara perlu ( semuanya menurut dalil al-Quran & Al-hadith) dijaga seperti berikut :-
a. Haram bersentuh, menyentuh satu sama lain.

b. Haram ber”dating” tanpa disertai mahram yang thiqah.

c. Haram berbicara dan bersembang dengan syahwat. ( sms, phone, chat, mesengger )

d. Awas fitnah masyarakat sekeliling.

e. Awas fitnah dalam diri anda dan pasangan.

f. Haram melihat kepada aurat masing-masing.

g. Awas daripada bertukar gambar.

h. Awas daripada hebahan umum sebelum di ijab kabul.


#sumber : zaharuddin.com
:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Sunday, January 03, 2010

what do u want to be?

No comments:
Jam 1.45 tengahari aku menghadap pak cik guard selepas berhempas pulas naek tren dari Seremban kembali ke PJ untuk menyertai LEADTRAIN sesi kedua. Walaupon pada awalnya berniat untuk menangguhkannya. Tapi takdir Tuhan menentukan ana menyertai LEADTRAIN kedua,bukan ketiga mahupon keempat.

Selepas beberapa sesi yang ku kira 'bole la'. Malamnya Bro. Izdihar training semua participant. Not bad. Tamau cite panjang.

Brother Izdihar, Brother Azmi Sulong buat gerakan bagi Mic kat sesapa yang nak jawab soalan mereka.

Soalannya banyak.
Antaranya,

WHAT DO U WANT TO BE?

"i want to be a lecturer because i like to teach."

"i want to make my parents happy."

"i want to struggle hard in my life.."

"i want to SYAHID FISABILILLAH.."

there are to many answers. Me? i dont give any answer to the speaker?
Heh, why i am too silent?

Am i am very shy?

Because i think.. I dont know what i want to be.

Speechless.

There are
too many i want to be.


I said that,
"i want to be a person that people never be.. I want to be myself. A person that has my own succesful. I dont want to demand on other succesful. I dont want to be Sheikh Muzaphar, I want to be better than him. I want to be myself."

Liyana said,
"husna nak jadik ALLIEN?"

"nope. Better than that. I want to be a new person and one day everyone want to be like me. I want to be a very independent person, not rely on anyone. i want to build my own personality, i dont want to copy anyone.. except.. him.."

i look at someone.
There, he is standing there. With sweet face.

"Nabi Muhammad.. Innama...makarimul akhlak.."


Yeah, thats is my aim to be."

Liyana mengangguk.
"bagosnya."

Adlina kat sebelah tak habes2 dengan statement,

"doktor ni tade life la.."

"what u mean by 'life' Ad?"

"life tu life laa.. Doktor tade life.. Siyes cakap.."

"aduh. Doktor ade je life. tak tipu. ade je."

"ok. aku nak ko buktikan.."

"Ad,masalahnya aku bukan doktor pon. tamau pon jadik doktor. Sebab doktor.."

"sebab doktor tade life kan..??"

"huh. tak. sebab jadik doktor nanti tak sempat nak layan "suami"..."

haha. He smile. me too. Ad blur.. Haha.

"suami" is dakwah. islam. and perjuangan.

"nanti aku nak tulis dalam blog.."

"haa.. tulis2.. sempat lagi ko update blog. katenye busy sangat."

tah. no idea.

....

Session 3 finished.

"husna, pegi tido,esok nak QIAM."

"eh,bukan tiap2 hari ke kite QIAM?"

ting.. ting.. ting..

"moga2 amalan kite kat DQ istiqamah sampai ke sini."

"insya allah jika Allah izinkan.."

"ya. jika Allah izinkan dan jika kita mahukan.."

huh.
mengantuk.
:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.