♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Monday, August 30, 2010

Cara menjaga hati. Mari tatapi!

No comments:

1. Selalu ingat mati, menyedari segala amal perbuatan akan dihisab satu persatu di akhirat nanti. Ini akan menyedarkan manusia bahawa harta, jawatan, dan segala apa yang ada di dunia hanyalah pinjaman sementara dalam musafir seorang hamba kembali pada Tuhan.

2. Rajin menghadiri majlis ilmu bagi menambahkan ilmu pengetahuan duniawi dan ukhrawi.

3. Mencari dan berkawan dengan orang-orang yang baik dan soleh.

4. Membaca Al-Quran dan memahami isi kandungan, seterusnya mengamalkannya sedaya termampu.

"Ya Allah, bersih dan sucikanlah hati kami daripada segala sifat mazmumah, ampuni kami semua dan seluruh kaum muslimin,

Bantulah saudara seagama kami yang tertindas dan jadikanlah kami semua hamba-Mu yang benar-benar bertaqwa…Amin"


:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Berbicara dengan tulisan

1 comment:

Dah lama rasanya aku beristirehat. Bila terfikir kembali, lama rupanya aku mengambil masa mencari diri. Kasihan pada diri sendiri. Terkecuali dalam banyak perkara setelah aku sedari.

Kasihan pada ibu dan ayah. Risau anakanda di sini tidak mampu bertahan dengan segala tragedi. Kasihan pada abang dan kakak. Risau adinda di sini tak tega istiqamah dgn jalan ini.

Jangan risau wahai kesayangan hatiku. Aku punya Allah yang senantiasa menemaniku.. DIA tidak meninggalkan aku walau sedetik. DIA tidak pernah menjauhi aku. Tetapi aku yang sering menjauhinya. Manusia jenis apakah seorang AKU..

Dua minggu aku lalui dengan payah. Dengan ujian kesihatan yang tak pernah sudah. Mengah. Tapi aku mahu tetap gagah. Melihat mereka yang tabah. Aku jadi tak gelabah. Dengan ujian akademik yang menimpa-nimpa. Hati mula rasa hampa. Mahu bertapak rasa putus asa. Namun Allah yang Maha Kuasa. Apa yang ku mampu hanyalah memanjat doa. Agar aku terlindung dari segala binasa.

Seminggu yang bakal aku lalui, terasa lama. Terasa terlalu banyak taklifan yg perlu diselesaikan. Namun, hati mahu terus berbicara dengan perjuangan.

Duhai jalan yang telahku pilih,

Jangan kau bosan memilikiku,

Jangan kau bosan dengan sikapku,

Kadang-kadang bermutu,

Kadang-kadang lesu,

Memang tak menentu.

Kadang-kadang aku membisu,

Bukan bererti aku malu,

Tapi bisuku bererti aku perlu waktu,

Bukan untuk lari dari tanggungjawab itu,

Tapi untukku mencari kembali diriku,

Yang hilang ditelan kabus maksiat yang beribu.

Terima kasih Tuhan, masih memberiku peluang. Untukku teruskan perjuangan. Biarpun pahit. Biarpun masam. Mahupun masin. Aku mahu teruskan. Aku mahu teruskan. Hingga nyawa bercerai dari badan. Biar aku teruskan. Biar aku usahakan. Bagi aku peluang untuk buktikan. Aku mahu disini. Di jalan ini. Penuh semangat dan lindungan dari Ilahi.

Doakan aku yang terbaek.

Buat ibu di kampung,

Benar, aku mahu pulang. Terlalu mahu pulang. Usah risau tentangku, aku masih boleh bertahan. Dan akan terus bertahan. Sampai nyawa terpisah dari badan. Pintaku, doamu berterusan~

Salam juang buat semua~


:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Saturday, August 28, 2010

Fatwa : Kuffar masuk masjid.

No comments:

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-90 yang bersidang pada 1 Mac 2010 telah membincangkan Hukum Pelancong Bukan Islam Memasuki Masjid Dan Ruang Solat Utama Di Dalam Masjid. Muzakarah telah memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab. Walaubagaimanapun, perbuatan berdoa atau bertafakur oleh pelancong bukan Islam mengikut cara agama mereka dalam keadaan yang boleh menimbulkan fitnah adalah dilarang.

Keterangan/Hujah: 


 
 

  1. Dalam hal-hal yang berkaitan ibadah, sensitiviti umat Islam sangat tinggi dan nilai-nilai ta'abbudi amat dititikberatkan oleh masyarakat Islam.
     
  2. Umat Islam dibenarkan melakukan ibadah sembahyang walaupun di dalam gereja kerana Saidina Umar al-Khattab pernah melakukannya. Umat Islam perlu bersikap tasamuh dan tidak terlalu rigid dalam membenarkan orang bukan Islam mendekati masjid.
     
  3. Keindahan Islam boleh ditunjukkan kepada orang bukan Islam melalui lawatan mereka ke masjid-masjid selaras dengan peraturan dan garis panduan yang telah ditetapkan oleh pengurusan masjid.
     
  4. Sikap membenarkan orang bukan Islam memasuki masjid tidak boleh disamakan dengan sikap tidak membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh Kristian kerana konsepnya adalah berbeza.

For more information,

You may refer to:

This web site. E-FATWA.


:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Friday, August 27, 2010

Saya Tahu Dia Ada.

2 comments:
jangan biarkan saya lemas dalam perjuangan..
bantulah saya.. capai tangan saya.. jangan biar saya hanyut..

peganglah erat tanganku..


pegang dan genggamlah tanganku erat.. agar aku tidak lari..



dan bawa saya bersamamu terus melangkah ke dalam PERJUANGAN
yang maharnya benar-benar PENGORBANAN.
Supaya saya sentiasa sedar,
saya seorang PEJUANG.
Hidup MULIA,
atau
Mati SYAHID.

Pegang erat tanganku teman..

Dan yakinlah..

DIA ADA…..

Oh……..


ALWAYS BE THERE – MAHER ZAIN

Allahuakbar…

If you ask me about Allah
And what I know about it
I'll answer will be .....

It's everything about Allah
The pure love to our soul
Who have created you and me,
The heaven and whole universe
The One that made us hold and free
The Guardian of His True believers

So when the time gets hard
There's no way to turn
As He promises to you
He'll always be there
To bless us with His love and His mercy coz
As He promises to you
He'll always be there

He's always watching us, guiding us
And He knows what's in our little heart
So when you lose your way to Allah
You should turn
As He promises to you He'll always be there ...

Could bring the sun from the darkness
Into the light
Subhanallah
Capable of everything
Should never feel afraid of anything
As long as we follow His guidance
All the way through a short time
We have in this life
Soon it'll all be over
And we'll be in His heaven
And we'll all be fined

So when the time gets hard
There's no way to turn
As He promises to you
He'll always be there
To bless us with His love and His mercy coz
As He promises to you
He'll always be there
He's always watching us, guiding us
And He knows what's in our little Heart
So when you lose your way to Allah
You should turn
As He promises to you He'll always be there

Allahuakbar


I don't know what happen to me right now..

But I know, He always here, with me, watch me, and guide me.

He always be there……

Ya Allah,

Jadikan jiwa ini cinta pada perjuangan. Cinta yang berterusan. Berkekalan. Jadikan jiwa ini seronok memerah keringat untuk Islam. Jadikan hati ini gembira dan tidak jemu dengan Islam.

Jadikan jiwa ini bersemangat. Bersemangat.

Duhai teman,

Berilah aku secubit roh dan semangat perjuanganmu. Supaya aku tidak terus jatuh dan jatuh.

Biar aku bangun dan kembali melangkah penuh semangat. Supaya aku tidak gentar untuk terus bangkit.

Tuhan,

KAU maha tahu akan hatiku. KAU maha mendengar akan jiwaku.

Jiwaku merintih padaMU..

Kekalkan aku pada jalan kebaekan. Jalan jihad dan perjuangan.

Jangan biar aku lari dari jalan kebenaran.


Bawa aku. Pimpin aku. Pegang erat tanganku.


Untuk terus bersamamu teman,


Di dalam perjuangan,


Yang pasti penamatnya adalah kejayaan.


Tuhan, beri aku kasih sayang..

Supaya aku bangkit dan teruskan berjalan.

Aku mahu terus di sini.

Aku cintakan perjuangan ini.

Namun dugaan dan halangan tiada henti.

Maka kuatkan jiwaku ini.


Hindari aku dari segala musuh yang mendatangi.

Musuh luar dan dalam yang menghampiri.

Bawa aku jauh dari segala perasaan putus asa.

Jauh dari sebarang rasa yang membawa binasa.

Terima kasih Tuhan

Aku tahu,

KAU ADA.

KAU ADA.

Ya, DIA ADA!




KAU ADA…






Dan aku mahu terus dekat padaMU.






Pegang erat tanganku~



:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Thursday, August 26, 2010

Tahajjud = Tawajuh cinta

1 comment:

"Malam itu gelap gelita tetapi ia amat indah. Di muka langit bertaburan bintang-bintang yang berkelipan, disisi bulan yang terang benderang. Untuk apakah Allah s.w.t jadikan malam? Ada waktu malam yang dihiasi dengan munajat kepada Allah s.w.t dan ada malam yang dihiasi dengan derhaka kepada Allah s.w.t. Jadi malam itu tidak sentiasa indah dan permai kerana ia bergantung kepada penghuni-penghuninya.

Bagi orang-orang yang soleh merindui malam ibarat pengantin menanti malam pertama. Kerana pada waktu malam untuk mereka bermesra-mesra dengan Tuhannya. Pada waktu malam tiada kebisingan kecuali mereka mengadu dan bermunajat kepada Tuhannya.

Kalau sepasang kekasih mencari waktu malam untuk memadu kasih, maka tidak hairan kalau orang-orang yang soleh juga menggunakan waktu malam untuk memadu cinta sejati dengan Allah s.w.t. Berkata Al Fudhail bin Iyadh, "Apabila terbenam matahari maka saya gembira dengan gelap. Dan apabila terbitnya matahari maka saya berdukacita kerana datangnya manusia kepadaku!" Abu Sulaiman pula berkata, "Jikalau tidaklah kerana malam nescaya saya tidaklah menyukai tinggal di dunia ini."
    
Selain dari keheningan malam yang ada pada waktu malam, Allah juga menurunkan malaikat-malaikat pada malam hari untuk memberi rahmat kepda hamba-hambaNya yang sedang beribadah. Malaikat akan turun ke bumi mencari manusia-manusia yang menghidupkan malam dengan ibadah untuk diberi rahmat dan diaminkan doanya.
    
Pada waktu malam juga akan ada satu detik di mana barangsiapa yang berdoa ketika itu akan dikabulkan segala hajatnya. Solat yang didirikan pada waktu malam juga lebih banyak manfaat dan lebih pahalanya. Sabda Rasulullah bermaksud: "Dua rakaat yang dikerjakan oleh hamba pada waktu tengah malam adalah lebih baik baginya dari dunia dan isinya. Dan kalaulah tidak memberi kesukaran kepada umatku, nescaya saya wajibkan kedua rakaat itu atas mereka."


Sabda Rasulullah lagi yang bermaksud: "Kerjakan solat dua rakaat dalam kegelapan malam untuk kesuraman kubur."


Maka sebaik-baik pengisian waktu malam ialah dengan mendirikan ibadah solat. Allah memberi pandangan kepada golongan ini kerana mereka telah sanggup meninggal keenakan dan keselesaan beristirehat untuk bangun mengabdikan diri sebagai seorang hamba. Di tengah-tengah kesejukan dan kedinginan malam, maka golongan ini telah membasuh diri dengan wudhuk dan berdiri serta sujud kepada Allah s.w.t. Untuk melakukan pekerjaan ini bukannya mudah. Ia memerlukan kegigihan pada hati serta hidup cintanya dengan Tuhan. Sebab itu Allah menyediakan sebuah syurga bagi hamba-hambaNya yang menghidupkan malam.

Meskipun itu adalah janji dari Allah s.w.t. kepada kita namun kepayahan untuk menghidupkan malam lebih ketara lagi kerana syaitan turut memainkan peranan dengan bersungguh-sungguh menghalang manusia melakukannya.
    
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Diikat oleh syaitan di atas seseorang kamu dengan tiga ikatan apabila ia sedang tidur. Maka syaitan memukul tiap-tiap tempat ikatan tersebut sepanjang malam sehingga tertidurlah kamu. Kalau kamu terbangun dan berzikir kepada Allah s.w.t nescaya terbukalah satu ikatan. Kalau berwuduk nescaya terbukalah satu ikatan lagi dan kalau bersolat nescaya terbukalah semuanya. Sehingga kamu menjadi rajin dan baik jiwanya. Kalau tidak yang demikian nescaya menjadi keji jiwa dan malas."

Bila dilihat dari segi halangan-halangan yang terpaksa ditempuhi oleh seseorang yang mahu menghidupkan malam dengan ibadah, maka tidak salah kalau diletakkan mereka dealam golongan mnusia yang berjiwa gigih dan hidup cintanya dengan Allah s.w.t. Golongan ini juga telah mewarisi pekerjaan orang-orang soleh.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Haruslah kamu bangun malam kerana itu adalah kebiasaan orang-orang soleh sebelum kamu. Sesungguhnya bangun malam adalah mendekatkan diri kepada Allah Azzawajalla, menutup segala dosa, menghilangkan segala penyakit pada tubuh dan mencegah daripada dosa."

Dipetik dari Panduan Solat Tahajjud, oleh Muhammad Uzair Al Aziz.


 


 

manisnya tahajjud apabila dikerjakan dengan hati yang ikhlas...
manisnya tahajjud apabila kita dapat bersendirian dengan Allah...
manisnya tahajjud apabila kita dapat menangis kerana Allah..
manisnya tahajjud apabila kita dapat melembutkan jiwa dengan zikrullah...
manisnya tahajjud di saat sujud memohon keampunan...
manisnya tahajjud apabila ditemani malam yang dingin...
manisnya tahajjud apabila disulami dengan perasaan kerdil...
manisnya tahajjud apabila diiringi dengan hati yang sarat dengan rindu...
manisnya tahajjud apabila mengadu kepada Allah...
manisnya tahajjud apabila ia jauh dr perasaan riak...
manisnya tahajjud apabila kita istiqamah....


 

Mari.. Di bulan Ramadhan ini sangat sesuai untuk kita melatih diri untuk bangun bertahajjud dan beristiqamah dengannya. Lepas Ramadhan berlalu, moga2 kita tetap istiqamah dengan Qiam. Kerana? Kerana kita mahu buktikan bahawa Ramadhan adalah bulan pentarbiyahan yang terbaek~

p/s: bila bangun sahur tu, solat dulu dua rakaat. Minta berkat hari yang bakal dimulakan. Minta berkat dunia dan akhirat. Insya allah.. kalo bangun awal lagi bole buat soalt taubat serta hajat. Kan bagos tu.. Bahagia pun bahagia.. tak percaya? Boleh cube~

Tak semestinya waktu ada qiam perdana ke, qiam ramai2 ke kita qiam.. waktu kita sorang2 lagi best nak qiam. Nak tahajjud. Maklumlah, itu waktu terbaek kita dengan Allah. Lagipun, saya lagi suka solat tahajjud sendiri. Bukan tak suka berjamaah. Tapi bagi saya, tahajjud adalah tempat saya berkomunikasi dgn Allah dengan keadaan tenang. Hoho. Anda bagaimana?

Mari bertahajjud~~


 


 


 


:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Tuesday, August 24, 2010

Nikah- cadangan yg menarik. Pertimbangkan!

19 comments:

2. Taysir Az Ziwaj ialah " Permudahkan Proses Perkahwinan " terutama kepada anak - anak muda yang tidak berkemampuan dari segi material untuk mendirikan rumahtangga tetapi dalam masa yang sama mempunyai keinginan yang tinggi untuk hidup berpasangan .

3. Islam adalah agama yang penuh dengan rahmah dan berkah. Ia diutuskan oleh Allah swt Tuhan yang mencipta manusia bukan untuk menghalang atau menidakkan keperluan manusia seperti keinginan [ nafsu ] syahwah dan sebagainya tetapi Islam datang untuk membetulkan dan memandu manusia agar melunas keinginannya secara yang betul , benar dan baik .

4. Gejala seks bebas [ zina ] dan rogol adalah angkara nafsu yang tidak terkawal dan ia disalurkan secara tidak betul , tidak benar dan membawa keburukan kepada diri dan orang lain . Sedang Islam menggalakkan perkahwinan [ aqad nikah ] agar hati manusia tenteram dan tenang serta nafsu dapat dikawal . Ini membawa kebaikan kepada semua ummat manusia .ala

Firman Allah swt yang bermaksud :

dan kahwinkanlah orang - orang bujang [ lelaki dan perempuan ] dari kalangan kamu dan orang - orang yang soleh dari hamba - hamba kamu , lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin , Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah swt Maha Luas rahmat dan kurniaNya lagi Maha Mengetahui . (An Nuur : Ayat 32)


5. Perkahwinan yang digalakkan oleh Islam ini sewajarnya dipermudahkan prosesnya agar generasi muda negara tidak liar dan kemaruk nafsu lalu terjebak dalam kancah seks bebas [ zina ]. Memudahkan prosesnya boleh dilakukan oleh pihak berwajib [kerajaan] seperti [ sekadar menyebut beberapa contoh ] :

Memberi peruntukan kepada pasangan muda yang ingin berkahwin

Memberi insentif sebagai galakan berkahwin

Mengurangkan karenah birokrasi yang menyulitkan
Kursus dan khidmat bimbingan perkahwinan secara percuma
Menganjurkan perkahwinan beramai - ramai yang menjimatkan
Mendidik masyarakat dengan budaya sederhana dalam majlis perkahwinan
Merendahkan hantaran perkahwinan

6. Antara kaedah mempermudahkan proses perkahwinan ini ialah Nikah Khitbah atau dalam bahasa mudah disebut oleh masyarakat kita sebagai Nikah Gantung . Nikah Khitbah adalah sama seperti nikah biasa mengikut hukum dan perundangan Islam yang mempunyai 5 rukunnya iaitu :


Suami
Isteri
Wali
Saksi
Aqad [ Ijab Qabul ]

cuma bezanya ialah pasangan pengantin [ suami isteri ] tidak tinggal serumah dalam tempoh - tempoh tertentu kerana beberapa keadaan seperti [sekadar menyebut beberapa contoh] :

Masih menuntut di kolej atau uniersiti
Tidak mempunyai kemampuan menyewa rumah
Belum bersedia menanggung komitmen kehidupan berumahtangga

justeru itu , buat tempoh tertentu pasangan suami isteri yang telah dinikahkan itu tinggal berasingan [ atas persetujuan bersama kedua - dua pihak ] dan barangkali tinggal bersama keluarga masing sehinggalah mereka merasakan segala halangan diatas telah selesai dan mereka benar - benar bersedia mengharungi kehidupan berumahtangga yang besar tanggungjawabnya.

7. Kelebihan Nikah Gantung ini ialah mereka adalah pasangan suami isteri yang sah mengikut hukum agama dan undang - undang negara . Andai dalam tempoh itu mereka bertemu , keluar makan , dating , study bersama bahkan kalau mereka terlanjur sekalipun mengadakan hubungan seks , maka apa yang mereka lakukan itu tidak salah atau tidak haram .

8. Andai berlaku kehamilan , maka pasangan itu tidak perlu panik terutama pihak gadis yang hamil kerana ia menghamilkan anaknya yang sah nasab [ keturunan ] . Bahkan nanti mereka tidak perlu malu dan menjauhkan diri dari keluarga kerana keluarga pula akan menyambut kedatangan bayi itu dengan bangga dan bermaruah .

9. Kes buang bayi yang berleluasa hari ini rata - ratanya adalah ekoran rasa panik dan hilang pertimbangan akibat malu dan hilang maruah dari pasangan terbabit. Malah mereka juga takut untuk kembali kepangkuan keluarga justeru mereka mengetahui bahawa hubungan mereka salah dan mereka hamil hasil hubungan terlarang . Ia memalukan keluarga dan mencemarkan maruah bangsa dan agama . Akhirnya , jalan pintas dan terdesak yang ada pada mereka ialah buang bayi tersebut dengan harapan selesai masaalah dan beban yang mereka hadapi tanpa mereka menyedari bahawa akan mencetus bencana yang lebih parah kepada sosial negara .

10. Sebenarnya Nikah Khitbah ini pernah dilakukan dalam masyarakat Arab . Menurut amalan tersebut , sewaktu majlis pertunangan , ia dilangsungkan sekali dengan majlis aqad nikah [ halflun nikah ] tetapi mempelai tidak boleh tinggal sekali [serumah] sehingga berlangsungnya pula majlis perkahwinan [haflul Qiran] . Terkadang tempoh itu [ antara pertunangan dan perkahwinan menjangkau tahun lamanya.]

11. Dalam masyarakat Melayu , amalan ini sebenarnya pernah diamalkan sebelum ini dengan nama Nikah Gantung . Ia pernah di kaji oleh beberapa Anthropologist seperti Paletz , Djamour dan Jones. Mereka mengistilahkan Nikah Gantung sebagai "Suspended Marriage Contract" iaitu satu fenomena sosial yang diamalkan oleh masyarakat Islam di Asia tenggara .

12. Malah menurut Abdul Jalil Borhan , perkara yang berkaitan dengan Nikah Gantung terdapat dalam seksyen 112 [dalam bahagian 5] enakmen Pentadbiran Agama Islam Johor.

Perbahasan Hukum

13. Salah satu dalil yang digunakan oleh sebahagian para alim ulama' ialah Perkahwinan Rasulullah saw dengan Aishah rha. menurut hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim , Rasulullah saw telah mengahwini Aishah ketika berumur 6 tahun dan hanya duduk serumah ketika Aishah berumur 9 tahun . Hadis ini menjadi dalil berlakunya aqad nikah , maka bukan menjadi kewajipan bagi mempelai untuk terus tinggal serumah terutama atas persetujuan kedua pihak untuk beberapa tempoh yang dipersetujui.

14. Apabila pasangan pengantin [ nikah gantung ] bersetuju untuk tinggal berasingan kerana beberapa perkara yang diambil kira seperti yang saya sebutkan di atas tadi , maka tidaklah berbangkit isu nafkah batin [ jima' \ bersetubuh ] . Apa yang timbul ialah perbahasan dari segi nafkah zahir [ material ] . Berkait perkara ini , kita mempunyai beberapa pandangan :

a] Mazhab Zahiri seperti yang dinyatakan oleh Ibn Hizam iaitu nafkah ini [ nafkah zahir ] wajib dengan berlakunya aqad , maka selepas sahaja aqad nikah , suami wajib memberi nafkah zahir kepada isterinya .

b] Pandangan Jumhur ulama' iaitu nafkah zahir itu hanya wajib apabila isteri memenuhi syarat - syarat tertentu seperti isteri menyerahkan diri kepada suami [ berpindah ke tempat suami ] , boleh melakukan istimta' [ mengambil keseronokan] , jima' [ bersetubuh ] , isteri tidak keluar rumah tanpa izin suami dan seumpamanya .

15. Nikah khitbah dapat disimpulkan bahawa : bebanan nafkah itu tidak diwajibkan ke atas suami sekiranya kehidupan biasa suami isteri belum berlaku . Bagaimanapun sekiranya suami isteri tersebut keluar bersama , maka tiada halangan dari segi hukum syara' kerana mereka adalah suami isteri yang sah. Demikian juga andai berlaku kehamilan maka bayi itu sah dan mereka boleh menjalani kehidupan berkeluarga seperti biasa yang sah. Tidak perlulah mereka melarikan diri , buang bayi dan menggugurkan bayi atau membunuhnya .

16. Tegasnya saya sebutkan disini , terutama kepada pihak berkuasa agama , ibu bapa dan seluruh anggota masyarakat termasuk anak - anak muda agar mereka kembali kepada cara hidup Islam . Walaupun nikah gantung ini kelihatan seperti baru dalam negara kita bagi sesetengah pihak , tetapi ia lebih baik dari kita membiarkan anak - anak gadis dan teruna kita berpeleseran , bergaul bebas lalu akhirnya mereka terjebak dalam kancah seks bebas dan penzinaan yang memalukan . Bukan sahaja maruah keluarga dan agama tercalar , murka Allah swt itulah yang paling ditakuti .


 

Sumber daripada: Ustaz Nasrudin Hassan Al -Tantawi

P/S: saket mata sangat tengok orang couple haram sana sini. Melebih-lebih pulak tu. Kalau la kawen, gado pun dapat pahala. (???)

Tu yang Nampak, yang maen hati dan perasaan tak Nampak? Pun ada… Takesah la sape dan bagaimana anda, masalah hati mesti ada punya. Control le. Jangan sampai makan diri. Binasa dan dosa menanti. Hoho. Pesanan buat diri sendri khususnya.

Hoho.

Mak, jangan marah ye~


 


 


 


:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Sunday, August 22, 2010

Bagaimana anda dengan ayah anda??

5 comments:


Ayahandaku..


Kamarudin Ab Rahman…


Kesihatannya kini sudah tak menentu. Umurnya meningkat dan kesihatannya mula surut. Namun beliau tetap kuat semangat. Mungkin dari beliau aku belajar untuk bangun walaupun tak sihat.


Ayahandaku walaupun suaranya memang dengar tak sihat, tapi tetap beliau memikul cangkul dan melawat kebun kecilnya di tepi rumah. Ayahandaku walaupun kesihatannya aku tahu merosot, namun setiap kali kepulanganku beliau tetap memasak makanan kegemaranku, membeli durian kempunanku. Segalanya dituruti. Segalanya dipenuhi. Saat broadbandku rosak, terus diganti dengan yang baru. Saat bil broadbandku tertunggak, terus dibayar demi menyenangkan hatiku. Namun, kadang-kadang aku tak nampak apa yang beliau lakukan kerana aku lebih nampak apa yang ibu lakukan. Disini, bukan bermakna aku melupakan ibu. Tidak, ibu tetap yang pertama dihatiku. Ibu tetap yang dicintai di jiwaku. Namun, aku tidak melupakan ayahandaku. Beliau jua menyayangiku, tapi dengan cara yang berbeza. Apa yang paling mengingatkan aku pada ayah tentunya masakannya. Sebut apa saja, pasti disediakan. Dan yang lagi best, tak kena tolong pun,ayahandaku boleh buat sendiri semuanya. Istimewanya ayahandaku! Bila nak tanya resipi, pasti ayahanda yang dihubungi. Tapi, aku mungkin bukan anak yang mithali buat ayahandaku. Namun, jauh disudut hati, beliau tetap ada dihati. Kerana beliau ayahandaku yang aku sayangi. Doakan kesihatan ayahandaku membaek. Insya allah.




Bila aku membaca kisah ini di Facebook, aku mula menyedari. Ayahandaku juga menyayangiku. Waktu aku sakit tiada terhitung pada suatu hari, wajahnya cukup untuk membuktikan apa yang ada di hati. Bagaimana anda dengan ayah anda?? Walaupun ayah kita adalah seorang lelaki, namun beliau tetap punya hati. Beliau tetap mahu dikasihi. Biar apapun yang ayah lakukan, biar bagaimanapun ayah pernah lakukan pada kita, beliau tetap ayah kita. Beliau tetap bapa kita.


Biasanya, bagi seorang anak perempuan yang sudah dewasa, yang sedang bekerja diperantauan, yang ikut suaminya merantau di luar kota atau luar negeri,yang sedang bersekolah atau kuliah jauh dari kedua orang tuanya...Akan sering merasa rindu sekali dengan ibunya..Lalu bagaimana dengan AYAH?




Mungkin kerana ibu lebih sering menelefon untuk menanyakan keadaanmu setiap hari, tapi tahukah kamu, jika ternyata ayah-lah yang mengingatkan ibu untuk menelefonmu? Mungkin dulu sewaktu kamu kecil, ibu-lah yang lebih sering mengajakmu bercerita atau berdongeng, tapi tahukah kamu, bahwa sekembalinya ayah dr bekerja dan dengan wajah lelah ayah selalu menanyakan pada ibu tentang khabarmu dan apa yang kau lakukan seharian?




Pada saat dirimu masih seorang anak perempuan kecil.Ayah biasanya mengajari putri kecilnya naik basikal .Dan setelah ayah mengganggapmu sudah boleh menunggangnya, ayah akan melepaskan roda bantu di basikalmu .Kemudian Ibu bilang : "Jangan dulu ayahnya, jangan ditanggalkan dulu roda bantunya", itu kerana ibu takut puteri manisnya akan terjatuh lalu terluka.... Tapi sedarkah dikau?Bahwa ayah dengan yakin akan membiarkanmu, menatapmu, dan menjagamu mengayuh basikal dengan seksama kerana dia tahu puteri kecilnya PASTI mampu melakukannya.




Pada saat kamu menangis merengek meminta alat permainan yang baru, ibu menatapmu hiba.Tetapi ayah akan mengatakan dengan tegas : "Boleh, kita beli nanti, tapi tidak sekarang" Tahukah kamu, ayah melakukan itu kerana ayah tidak ingin kamu menjadi anak yang manja dengan semua tuntutan yang selalu dapat dipenuhi.




Saat kamu ditimpa sakit , ayah lah yang terlalu khawatir sampai kekadang sedikit membentak dengan berkata : "Sudah di beritahu! kamu jangan minum air sejuk!".Berbeza dengan ibu yang memperhatikan dan menasihatimu dengan lembut.Ketahuilah, saat itu ayah benar-benar mengkhuatirkan keadaanmu..




Ketika kamu sudah beranjak muda remaja..Kamu mulai menuntut pada ayah untuk mendapat keizinan keluar malam, dan ayah bersikap tegas dan mengatakan: "Tidak boleh!".Tahukah kamu, bahwa ayah melakukan itu untuk menjagamu?Kerana bagi ayah, kamu adalah sesuatu yang sangat - sangat luar biasa berharga..Setelah itu kamu marah pada ayah, dan masuk ke kamar sambil membanting pintu... Dan yang datang mengetok pintu dan memujukmu agar tidak marah adalah ayah.Tahukah kamu,bahwa saat itu ayah memejamkan matanya dan menahan gejolak dalam batinnya, Bahwa ayah sangat ingin mengikuti keinginanmu, Tapi lagi-lagi dia HARUS menjagamu?




Ketika saat seorang teman lelaki mulai sering menelefonmu, atau bahkan datang ke rumah untuk menemuimu,ayah akan memasang wajah paling cool sedunia.... :') ayah sesekali menguping atau mengintip saat kamu sedang berbuall berdua di ruang tamu..Sedarkah kamu, kalau hati ayah merasa cemburu? Saat kamu mulai lebih dipercaya, dan ayah melonggarkan sedikit peraturan untuk keluar rumah untukmu, kamu akan memaksa untuk melanggar jam malamnya.Maka yang dilakukan ayah adalah duduk di ruang tamu, dan menunggumu pulang dengan hati yang sangat khuatirdan bimbang.Dan setelah perasaan khuatir itu berlarut - larut.Ketika melihat puteri kecilnya pulang larut malam hati ayah akan mengeras dan memarahimu..Sedarkah kamu, bahwa ini kerana hal yang di sangat ditakuti ayah akan segera datang? "Bahwa puteri kecilnya akan segera pergi meninggalkannya"




Setelah lulus SPM, Ayah akan sedikit memaksamu untuk menjadi seorang Doktor atau Engineer. Ketahuilah, bahwa seluruh paksaan yang dilakukan ayah itu semata - mata hanya karena memikirkan masa depanmu nanti.Tapi ayah tetap tersenyum dan menyokongmu saat pilihanmu tidak sesuai dengan keinginan ayah.




Ketika kamu menjadi gadis dewasa.Dan kamu harus pergi kuliah dikota lain.ayah harus melepaskanmu di bandar.Tahukah kamu bahwa badan ayah terasa kaku untuk memelukmu? Ayah hanya tersenyum sambil memberi nasihat ini - itu, dan menyuruhmu untuk berhati-hati.Padahal ayah ingin sekali menangis seperti ibu dan memelukmu erat-erat.Yang ayah lakukan hanya menghapus sedikit air mata di sudut matanya, dan menepuk pundakmu berkata "Jaga dirimu baik-baik ya sayang".Ayah melakukan itu semua agar kamu KUAT....kuat untuk pergi dan menjadi dewasa.




Disaat kamu kesempitan wang untuk membiayai perbelanjaan semester dan kehidupanmu, orang pertama yang mengerutkan kening adalah ayah. Ayah pasti berusaha keras mencari jalan agar anaknya boleh merasa sama dengan teman-temannya yang lain.Ketika permintaanmu bukan lagi sekadar meminta alat mainan yang baru, dan ayah tahu ia tidak mampu memberikan apa yang kamu inginkan... Kata-kata yang keluar dari mulut Ayah adalah : "Tidak.... Tidak boleh!" Padahal dalam batin Ayah, Ia sangat ingin mengatakan "Iya sayang, nanti ayah belikan untukmu".Tahukah kamu bahwa pada saat itu Ayah merasa gagal membuat anaknya tersenyum?




Saatnya kamu berjaya sebagai seorang sarjana. Ayah adalah orang pertama yang berdiri dan memberi tepuk tangan untukmu.Ayah akan tersenyum dengan bangga dan puas melihat "puteri kecilnya yang tidak manja berhasil tumbuh dewasa, dan telah menjadi seseorang"




Sampai saat seorang teman Lelakimu datang ke rumah dan meminta izin pada ayah untuk mengambilmu darinya. Ayah akan sangat berhati-hati memberikan izin..Kerana Ayah tahu.....Bahwa lelaki itulah yang akan menggantikan posisinya nanti. Dan akhirnya.... Saat ayah melihatmu duduk di kerusi pelaminan bersama seseorang Lelaki yang di anggapnya mampu menggantikannya, Ayah pun tersenyum bahagia..Apakah kamu mengetahui, di hari yang bahagia itu ayah pergi kebelakang pentas pelaminan sebentar, dan menangis? Ayah menangis karena ayah sangat berbahagia, kemudian ayah berdoa....Dalam lirih doanya kepada Tuhan, Ayah berkata: "Ya Allah tugasku telah selesai dengan baik....Puteri kecilku yang lucu dan kucintai telah menjadi wanita solehah yang cantik....Bahagiakanlah dia bersama suaminya...rahmatilah kehidupan mereka Ya Allah"




Setelah itu Ayah hanya mampu menunggu kedatanganmu bersama cucu-cucunya yang sesekali datang untuk menjenguk...Dengan rambut yang telah dan semakin memutih....Dan badan serta lengan yang tak lagi kuat untuk menjagamu dari bahaya....Ayah telah menyelesaikan tugasnya.... Papa, Ayah, Bapak, atau Abah kita...Adalah sosok yang harus selalu terlihat kuat...Bahkan ketika dia tidak kuat untuk tidak menangis...Dia harus terlihat tegas bahkan saat dia ingin memanjakanmu.Dan dia adalah yang orang pertama yang selalu yakin bahwa "KAMU MAMPU" dalam segala hal..




Abah, terima kasih atas segalanya. Bodohnya aku tatkala mengejar cinta lelaki lain, sedangkan ada engkau, lelaki hebat yang sentiasa bersedia mencurah cintamu buat diriku!




Moga Allah memberkati dirimu selalu Abah! :)


:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

BAZAAR di CFS IIUM PJ. Berminat meniaga?

No comments:

salam alaik,

nak
promote sket....

PELUANG KEPADA PENIAGA-PENIAGA BUKA GERAI DI BAZAAR UIA PJ !!

kalau dulu saya tengok di dada akhbar dulu masa bulan syaaban, Masya Allah, sangat ramai peniaga2 yang berebut2 untuk buka gerai di bazaar di seluruh Malaysia...

so, kepada peniaga2, anda amat2 dialu2kan untuk membuka gerai di sekitar

BAZAAR RAMADHAN di UIA PETALING JAYA.

APA TUNGGU LAGI??? AYUH...

details as follow:

Tarikh- 23 sehingga 28 Ogos 2010
Tempat- CFS IIUM (Matriks UIA PJ)
Masa- Start 5.00 petang smpai 8.oo malam
harga tapak- RM50 sehari (murah sgt2 tu, hrga boleh dibincang lg)
anjuran- Entrepreneur Club CFS UIA PJ

bagi sesiapa yang berminat menambah income anda, bukalah gerai anda di sini.... InsyaAllah walau hanya seminggu pasti byk yang akan anda dapat kerana apa?

kerana perut2 students di sini memerlukan makanan... baju pun xpa...kueh raya ke....suke2

sila contact dengan

Adli: 0145170225
Atiqah: 0133273011
Razanah: 0133778466


 


 

P/S: saya selalu tension bila kena berebut beli makanan. Akhirnya saya makan nasik putih dengan ayam goreng saja untuk berbuka. Mungkin kerana populasi pelajar di CFS terlalu ramai menyebabkan makanan yang disediakan penjual tak cukop. Saya saya suka kalau ada bazaar. Harap2 tak kena berebut lagi dah lepas nih. Ameen..

Sapa yang berminat nak bukak gerai tu, sila lah. Student yang berminat pun bole. Sekali sekala tambah pendapatan. Sapa yang dah habes duet elaun tu,haa.. elok le..

Jual la pa pun, kad raya, buku raya, baju raya, tudung raya, biskut raya..

Suma bole! Pakat2 mai meh!


:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Saturday, August 21, 2010

boleh potong kuku ke tak? muslimat only.

No comments:
SOALAN:
Dari apa yang saya dengar, ada yang mengatakan bahwa seorang perempuan yang sedang haid, tidak boleh memotong rambut dan potong kuku. Mengapa demikian? Apakah ada akibat buruknya? Apakah memang ada dalilnya?

Terima kasih atas kesudian ustaz menjawab persoalan ini.

Jawapan : Disebutkan di dalam syarah al-‘Iqna’ Matan Abi Syuja’ ( 1/60 ), menurut Imam al-Ghazzali di dalam Ihya Ulumiddin, bahawa tidak seharusnya seseorang yang berjunub memotong kuku atau mencukur bulu dan rambutnya kerana semua tadi akan dikembalikan di hari akhirat nanti dalam keadaan junub ( tidak bersih) .

Bagaimanapun, setelah diteliti asas kepada pendapat ini, maka tiada didapati sebarang dalil yang menyokongnya kecuali logik aqal semata-mata tadi. Demikian menurut Syeikh Sayyid Sabiq, Syeikh Atiyyah Saqar dan Dr. Rif`at Fawzi, professor Shari`ah di Univ. Kaherah


Soalan ini pernah di tujukan kepada Imam Ibn Taymiah di dalam kitabnya “Ghiza’ al-albab, 1/382 ) maka beliau menjawab : “ Tidak aku ketahui hukum makruh membuang rambut dan bulu dan kuku ketika junub, bahkan Nabi SAW bersabda : “ Sesungguhnya seorang mukmin tidak najis (tubuhnya) samada hidup ataupun mati”, malah Nabi memberitahu : “ buangkan darimu bulu-bulu kufur (yang tidak dicukur semasa kafir) dan berkhatanlah (apabila masuk Islam) “ maka arahan Nabi tidak menunjukkan sebarang tangguh cukur selepas mandi. Demikian juga diperintah wanita haid agar menyikat rambutnya semasa mandi junub, yang mana diketahui bahawa dengan menyikat ini boleh menggugurkan rambut (sebelum tamat mandi)..justeru apa yang dikatakan sebenarnya tiada asalnya.”


Tiada sebarang halangan untuk memotong kuku secara junub. Pandangan ini juga datang dari tokoh ulama Tabien iaitu Ato’ bin Abi Rabah. ’Ata disebut pernah menyatakan seseorang boleh melakukannya dalam keadaan junub, malah dalam keadaan junub dan tidak berwudu’ (Riwayat al-Bukhari)

Sebagai makumat tambahan, kemestian menanam rambut, kuku yang dipotong dan sebagainya juga tiada sebarang dalil (kecuali jika dibimbangi akan diambil dan disihirkan), demikian juga larangan memotong kuku di waktu malam. Wallahu a’lam

Sumber:http://www.zaharuddin.net/content/view/102/99/

Sesungguhnya saya juga jahil dalam soal begini.. sama-sama mencari nas yang terbaek.. insya allah..
Pedoman buat muslimah..

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Bagaimanalah saya tanpanya..

No comments:

Syukur. Dapat berpuasa bersama kakak, abang ipar dan anak saudara serta sepupu di Seremban mampu mengubat rindu untuk berbuka di rumah. PEtang semalam kakak memasak ikan singgan kegemaran. Dengan ikan goreng. Walaupun tak dapat menandingi masakan Bak di rumah, namun sekurangnya aku tak makan nasik kosong dengan ayam goreng untuk berbuka. Kat UKC terlalu ramai orang. Lelaki. Nak ke ZC,malas pulak rasanya nak kena panjat tangga tinggi-tinggi. Tadi baru kena marah kat abang atas banyak perkara. LAntaranya sebab banyak jalan walaupun kaki tak elok. Di CFS, nak ke Bazaar pun tak mampu. Ibu melarang keras aku berjalan jauh. Tapi sekurangnya dapat berjimat~ Alhamdulillah.JJ

Kadang-kadang sebagai manusia aku selalu lupa dan lagha. Memang tak dapat dinafikan. Kadang-kadang aku lupa bahawa perkara itu salah dan melampaui batas. Kadang-kadnag hati ini terlalu jauh ia pergi,sehingga susah untukku kejar kembali. Itulah manusia. Maka dari situ kenapa Allah turunkan Surah Al-Asr ayat 3. Berpesan-pesan pada kebaikan dan kebenaran. Sebab manusia selalu lupa dan memang selalu lagha. Hati manusia selalu berbolak balik. Sebab hati manusia Allah yang pegang. Dan hidayah pulak memang milik mutlak Allah.

Dari situ, aku tidak menafikan untuk menerima nasihat dan pandangan dari mereka yang berada di sekitarku. Lebih-lebih lagi dari mereka yang mengenali aku dengan lebih dekat dan mengetahui segalanya tentang aku. Tentunya. Aku alpa. Benar, hidupku kucar-kacir. Segala gerak kerja aku rasa terbantut. Segala apa yang aku kena buat berterabur. Aku rasa, kalau aku CT SCAN kan otak aku ni, berselirat wayar dan skru kat dalam kepala ni. Betapa banyak yang nak kena piker dan betapa banyak yang dah aku abaikan. Masya Allah. Hina dan lemahnya diri aku sebagai manusia biasa.

Aku memohon maaf dari sekalian manusia yang aku telah melakukan kesilapan dan pengabaian. Aku juga mausia biasa yang selalu hilang diri. Benar, aku hilang diri. Ketawakan aku? Terpulang. Biarlah seego manapun diriku yang engkau kata, namun aku kadang-kadang hilang diri. Memang tak boleh lari. Kali ini, aku cuba untuk memahami diri kalian dan apa yang kalian mahu dariku. Naam. Itu apa yang cuba aku buat untuk kalian yang berada disekitarku. Tapi dalam masa yang sama, aku cume memohon agar kalian tidak membuliku, tidak membebankanku dan tidak mengabaikan kebajikanku. Itu saja. Sepertimana aku cuba memahami kalian dalam bergerak kerja, seperti itulah aku memohon kalian memahami aku dan keadaan aku.™

Apapun, aku berterima kasih buat abang Ki atas nasihat dan segala perkataannya. JMemang kena pada hati. Kena pada jiwa. Dan kena pada diri yang hilang buat beberapa ketika. *tetiba rasa sebak*

Walaupun aku ditempelak, dihujani kata-kata pedas, namun nasihat itu yang aku perlukan. Dia menyedarkan padaku siapa aku sebenarnya. Bagaimana aku seharusnya. Syukran jazilan abang. Betapa aku tidak tahu bagaimana aku tanpa dirimu. Tanpa nasihat dan perkataan indah darimu. Aku sendiri buntu kenapa aku boleh menjadi sejahil ini. Tapi aku menyedari hakikat bahawa aku adalah manusia biasa. Biasa saja. Seperti manusia yang lain. Tak selamanya sempurna. Tak selalunya sempurna. Itu hakikat!

Demikian titipan aku dari Taman Chengal Utama Seremban. Aku masih kucar kacir. Aku masih bingung. Aku mencari ketenangan yang mampu mengembalikan aku seperti aku yang dulu. Dan aku memohon dikurniaakan nikmat kesihatan yang baek. Ameen~~~~ dan kepada Allah aku serahkan segalanya. Semoga DIA memberi yang terbaek untuk aku. Jua segala taklifan di bahuku. ❸


:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Friday, August 20, 2010

Buat yang bakal bertunang :)

No comments:

"Khitbah" bererti "peminangan".

Tafsiran lafaz atau perkataan "peminangan" ini juga dapat di kaitkan dalam adat istilah melayu iaitu "pertunangan".

Pertunangan berbeza mengikut tempat, kawasan, adat dan suasana masyarakat masing-masing. Berbeza di antara negara-negara di semenanjung Asia Tenggara.

Pertunangan dimaksudkan untuk membuka ruang antara pasangan untuk saling mengenal

sebelum menikah, baik dari segi lahiriah maupun batiniah sebelum bernikah atau berkahwin.

Dari Mughirah bin Syu'bah baerkata "Aku pernah melamar seorang wanita. Lalu Nabi SAW
bersabda, 'Lihatlah ia, kerana yang demikian itu akan menimbulkan kasih sayang antara kalian
berdua."
(HR Nasa'I, Ibn Majah dan Tirmidzi).


 

1. Jumhur Ulama' berpandangan: boleh melihat wajah dan kedua telapak tangan, kerana

melihat wajah dan kedua telapak tangan akan dapat diketahui kecantikan wanita itu.
2. Ibnu Daud mengatakan: boleh melihat seluruh anggota.
3. Imam Abu Hanifah membolehkan melihat dua telapak kaki, wajah dan dua telapak

tangan

Dalam adat resam orang Melayu, pihak lelaki akan membawa bersama hadiah beberapa
dulang hantaran termasuk sebentuk cincin atau sebagainya.

Pada ketika ini, kedua-dua wakil
akan menetapkan tarikh ijab kabul dan persandingan mengikut kesesuaian kedua belah pihak.

Acara kemuncak majlis pertunangan adalah adat sarung cincin di mana wakil pihak lelaki yang terdiri dari ibu atau saudara perempuannya akan menyarungkan cincin pertunangan atau cincin tanda ke jari manis gadis yang dilamar.

Setelah itu rasmilah sudah pertunangan tersebut.

Cincin yang disarungkan di jari manis di sebelah kanan tangan si gadis itu menandakan

bahawa dia sudah dipinang atau bertunang.

Dapat dikaitkan dengan hadith Rasulullah SAW:

" Tidak boleh bagi seorang lelaki melamar tunangan orang lain sehingga ia menikahinya atau
meninggalkannya ".
(HR Bukhari dan An-Nasai)

Islam tidak mengharamkan cincin pertunang atau perkahwinan akan tetapi hendaklah kita

memperbetulkan niat kita sebagai seorang Muslim.

Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat.(4) Dan kamu pula tidak mahu beribadat
secara aku beribadat.(5) Bagi kamu agama kamu dan bagiku agamaku.(6)
(Al-Kafirun, 109:4-6)


 

Rasulullah melarang umatnya mengikut cara-cara orang-orang kafir, baik dari segi ibadah, adat

resam, mahupun dari segi pemakaian.

Ali bin Abu Talib r.a. berkata: "Rasulullah s.a.w. mengambil sutera, ia letakkan di sebelah
kanannya, dan ia mengambil emas kemudian diletakkan di sebelah kirinya, lantas ia berkata:
Kedua ini haram buat orang laki-laki dari umatku."
(HR. Ahmad, Abu Daud, Nasa'i, Ibnu Hibban dan Ibnu Majah)


 

Demikian juga sabdanya SAW,

"Dihalalkan (mengenakan) sutera dan emas bagi kaum wanita dari umatku dan diharamkan

bagi kaum laki-lakinya."

(HR. Ahmad)

Tempoh / masa khitbah yang dipersetujui oleh jumhur ulamak (ramai Ulamak) ialah tempoh
yang tidak panjang atau lama. Tempoh ini juga ditentukan oleh 'uruf / adat yang masyhur
dipegang di sesuatu tempat.

Pada hakikatnya Islam menggalakkan agar tempoh pertunangan itu disingkatkan, ianya bagi
mengelakkan daripada berlakunya sebarang fitnah atau berlaku perkara-perkara yang tidak
didugai. Dibimbangi kedua pasangan banyak melakukan dosa disepanjang tempoh petunangan
dengan kerapnya mengadakan pertemuan yang tak syarie.

Susah untuk menjaga batas aurat
dan syarat ditemani oleh Muhram.


 


:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

18 menjadi 20.

No comments:





Salam buat kalian. Pembaca yang diredhai Allah. Alhamdulillah disandarkan pada ZatNYA kerana maseh diri ini mampu bernafas dan mengecap nikmat iman dan Islam. Alhamdulillah.



Post ini mungkin terlewat. Untuk mengucapkan ucapan selamat. Buat dia yang selalu menjadi penyelamat, kepada diriku yang kadang2 tak kuat.



Alhamdulillah, 18 Ogos yang lalu, dia telah menjejak umur 20.



Nurul Nadiah Hassan, selamat menjadi 20 tahun!



Kau istimewa teman. Kau istimewa. Tapi aku yang tak mampu meraikan keistimewaan bersamamu di hari ulangtahun kelahiranmu. Benar, aku rasa sangat bersalah.



Tuhan menemukan kita sejak di Darul Quran. Pelbagai mehnah kita lalui teman. Pelbagai dan pelbagai. Sehingga hubungan kita renggang hampir setahun lamanya. Namun, Tuhan satukan kita kembali dalam keadaan yang lebih indah dan barakah. Tuhan letakkan kita dalam keadaan yang lebih baek. Alhamdulillah. Syukur yang tiada terhingga kepada Tuhan kerana mengutusnya menemaniku dalam jerih payah perjuangan. Subhanallah..



Maafkan ku dengan jutaan kemaafan kerana tidak mampu bersamamu meraikan ulangthaun kelahiran. Pada detik awal kelahiranmu, aku masih di LY, meeting bersama trainer LG dan Blackhawk. Kemudian, seusai meeting, aku terus menghubungimu. Lantas, menunggumu pulang dan meraikan dengan sangat ala kadar. Masya Allah, bersalahnya aku. Lab coat, Fererro Roshe, Air epal dan lagu Allah Selamatkan Kamu. Hanya itu yang mampu aku beri di malam ulangtahunmu. Keesokannya pula, kami berhajat meraikan sekali lagi, dengan Pizza Domino. Saat khusyuk merancang, baruku ingat, malamnya aku perlu menghadiri meeting lagi untuk Final Touch GCI. Akibat sudah dirancang, ia diteruskan. Dan sambutannya tanpa aku. Hanya mereka berdua. Betapa kusamnya aku membiarkan kau. Aku mahu pulang. Waktu meeting tersebut aku terasa ingin berlari pulang. Namun taklifanku disitu tak mampu aku tinggalkan. Maafkanku teman. Akhirnya aku pulang dan kalian tertidur menungguku sehingga pukul satu. Masya Allah.. Maafkan aku teman. Dan kalian meninggalkan kepingan Pizza serta air minuman untukku. Syukran teman. Namun dalam hati, aku dipenuhi dengan rasa yang sangat bersalah. Sekali lagi, maafkan aku Nadiah Hassan a.k.a Cokdi.



Aku tahu, pahit susahku engkau sentiasa menemaniku. Kau antara mausia yang memahamiku. Memahami segala masalah. Menjaga kebajikanku. Waktu aku demam steruk sehari sebelum Induction MEDCY akibat keracunan makanan, kau setia menemani aku. Menyuapkan makanan. Menyediakan roti. Mendemah kepala. Segalanya. Sehingga aku mampu tersenyum kembali. Teman, besarnya pengorbananmu. Tak lupa, dengan bantuan Wirdah jua. Benar, minggu lepas Tuhan menguji aku dengan menarik nikmat kesihatan. Seminggu lamanya. Semoga dengan itu terhapuslah dosa-dosa yang aku lakukan. Ampunkan aku ya Ghaffar!



Saat hari-hari yang aku lalui menjadi hari yang tough, hari yang tertekan, saat meeting-meeting yang aku hadiri dibuli oleh mereka yang 'lagi besar', saat gerak kerja terbantut akibat rakan sekerja, dialah yang setia menungguku, menemani aku dalam aktiviti 'meluahkan rasa'. Dialah yang sabar mendengar butir bicaraku saat semua orang meletakkan pelbagai kesalahan keatas diriku. Dialah yang membelaku saat aku dipersalahkan tanpa difahami kalian. Dialah yang ada disisiku. Terima kasih Tuhan, memberi insane sebaek itu untukku yang sederhana.



Harapanku teman, moga umurmu yang meningkat, kau lebih bersedia untuk menerima pelbagai dugaan yang mungkin berlipat-lipat. Ingatlah teman, ujian itu ibarat air panas. Lama-lama terkena air panas, kulitmu bias menebal, sehingga panasnya air itu tak dirasakan lagi. Seperti itulah ujian. Saat pertama kali menanggungnya, kita rasakan ia sangat pedih dan menyakitkan. Namun berkat kesabaran, berkali-kali ditimpa ujian, insya allah, jiwa bakal kebal dan kalis dengan ujian. Bersedialah menerima apa saja pemberian dari Tuhan samada nikmat mahupun ujian. Aku melalui pelbagai jalan yang 'istimewa',maka aku tahu berat melalui ujian, namun lama-kelamaan ujian menjadi kebiasaan. Tak ada ujian, rasa sunyi dari kasih sayang Tuhan.



Tuhan, dia istimewa. Dia tabah melayan segalanya. Apa yang aku ada untuknya? Meluangkan satu malam untuknya nyata terlalu susah. Apa yang aku mampu beri padanya? Sesungguhnya Tuhan, aku tidak mempu memberi apa-apa. Maka pintaku, kau hadiahkanlah untuk sahabat dunia akhiratku ini satu hadiah yang aku tidak mampu beri, yakni kasih sayang dan barakahmu sepanjang hayatnya abadi. Kerana aku tahu dia mendambakan cintaMu Tuhan. Maka pintaku, kasihilah sahabatku ini. Redhalah perjuangannya. Jagalah hatinya dan berilah yang terbaek untuknya. Kerana semuanya ada padaMU Tuhan, aku tidak punya apa-apa melainkan yang kau beri padaku Tuhan.



Kenangan terbaru antara kami, sewaktu mereka (nadiah dan farah) menemaniku ke PPUM tatkala kakiku cedera. Sehingga 4pagi mereka tabah bersamaku disana. Dan membantuku apa yang perlu sewaktu kakiku tidak mampu berfungsi seperti dulu. Dia istimewa. Dia bukan biasa. Itulah nikmat berteman kerana Sang Pencipta. Bukan mudah bermatlamat untuk menghadapNYA, tapi itu yang kami mahu dalam persahabatan akrab ini. Insya allah. Biiznillah. Kisah ke PPUM boleh dibaca daripada blog Cokdi yang memceritakan tentang PPUM dan bagaimana dia memahamiku. Syukran teman. Akrabnya kita hanya mampu dinilai Tuhan. Dan aku mahu kau tahu, kau bukan semut untukku. Kau malah lebih dari itu. Permaisuri semut? Mungkin. Haha. J apapun, aku menyukai postnya yang ini..



Aku mahu kau tahu teman,



Aku punya banyak kekurangan. Namun kau selalu bersama. Aku punya banyak ragam. Namun kau tetap setia disisi. Aku punya banyak cerita. Namun telingamu ada untukku. Aku punya banyak rintangan perjuangan, namun kau tidak serik dengan nasihat dan perkataanmu. Teman, jika hari ini aku ditakdirkan pergi, aku sudah mampu merasa bahagia. Kerana pernah mengecapi saat bahagia bersamamu. Jika Tuhan mahu aku ketemunya, aku jua mahu pergi, kerana tidak mahu terus menyusahkan dirimu dengan bebananku. Tabarakallah. Tabarakallah. Semoga Allah meredhai aku kamu dan dia. Sesungguhnya aku mahu mereka tahu, kau dalam hatiku, ISTIMEWA. Kau dalam doaku, ADA.



Semoga tatapan ini menjadi bukti dan saksi kepada persahabatan yang kian akrab ini. Semoga suatu hari nanti, jika kau rasa marah nak benci padaku, bacalah tulisan ini. Agar kau tahu, aku mengharamkan rasa benci bertapak dalam hatiku untukmu. Tidak sesekali. Semoga Allah menjadi saksi atas segalanya teman. Dan terimalah lagu sebuah pertemuan dariku buatmu teman..



Ketika diri mencari sinar
Secebis cahaya menerangi laluan
Ada kalanya langkahku tersasar
Tersungkur di lembah kegelapan

Bagaikan terdengar bisikan rindu
Mengalun kalimah menyapa keinsafan
Kehadiranmu menyentuh kalbu
Menyalakan obor pengharapan

Tika ku kealpaan
Kau bisikkan bicara keinsafan
Kau beri kekuatan, tika aku
Diuji dengan dugaan...
Saat ku kehilangan keyakinan
Kau nyalakan harapan
Saat ku meragukan keampunan Tuhan
Kau katakan rahmat-Nya mengatasi segala

Menitis airmataku keharuan
Kepada sebuah pertemuan
Kehadiranmu mendamaikan
Hati yang dahulu keresahan

Cinta yang semakin kesamaran
Kau gilap cahaya kebahagiaan
Tulus keikhlasan menjadi ikatan
Dengan restu kasih-Mu, oh Tuhan

Titisan air mata menyubur cinta
Dan rindu pun berbunga
Mekar tidak pernah layu
Damainya hati
Yang dulu resah keliru
Cintaku takkan pudar diuji dugaan
Mengharum dalam harapan
Moga kan kesampaian kepada Tuhan
Lantaran diri hamba kerdil dan hina

Syukur sungguh di hati ini
Dikurniakan teman sejati
Menunjuk jalan dekati-Nya
Tika diri dalam kebuntuan

Betapa aku menghargai
Kejujuran yang kau beri
Mengajarku mengenal erti
Cinta hakiki yang abadi

Tiada yang menjadi impian
Selain rahmat kasih-Mu Tuhan


:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Wednesday, August 18, 2010

Trigger me! Dush! Dush!

2 comments:

Titipan buat Sang Pejuang Nun Jauh Di Sana Dan Jua Di Sini. Buat Kau, Aku, Dan Dia. Catalystkan jiwa anda. Kerana Anda Seorang Pejuang. Benar, Ada Susah. Ada Senang. Ada Payah. Ada Mudah. Semuanya Ada. Oleh Itu, Perjuangan Perlukan Jiwamu Yang Gagah. Bangkitlah. Berjuang. Aku Mampu Mengutus Kata Dari Hati Buatmu. Aku Tidak Mampu Melakukan Lebih Dari Itu. Kerana Semuanya Ada Pada Dirimu. Bangunlah. Aku menunggumu. Jika tidak disini, di SYURGA nanti, Insya Allah Pasti..

Sudah sunah orang berjuang

Mengembara dan berkelana

Miskin dan papa jadi tradisi

Berenggang dengan anak dan isteri kembali

Biasanya para pejuang

rumah mereka merata-rata

Rezekinya tidak menentu

tidur baringnya tak berwaktu

Orang lain buat harta

tapi dia membuangnya

Orang lain kawan terbatas

tapi pejuang kawan merata;

Orang lain musuhnya kurang

pejuang musuh tidak terbilang kembali

Tidak kurang yang sayang padanya

Orang lain mati dilupa

Para pejuang tetap dikenang

sejarahnya ditulis orang

Makamnya sentiasa dizarai

walau perjuangan tak berjaya


 

Berjuang menempah susah

Menanggung derita menongkah fitnah

Itulah gelombang hidup samudera duka

Seorang mujahid memburu syahid.

Dibuang dia berkelana

dipenjara dia uzlah dibunuh syahid

Namun jiwa tetap mara menuju cita

membara demi Allah dan Rasul-Nya.

Berjuang tak pernah senang

Ombak derita tiada henti

Senang susah silih berganti

Inilah sunah orang berjuang.

Malamnya bagai rahib merintih sayu

Diiring serta air mata

Siangnya bagaikan singa di rimba

Memerah keringat meluah tenaga.

Berjuang memang pahit

Kerana syurga itu manis

Bukan sedikit mahar yang perlu dibayar

Bukan sedikit pedih yang ditagih.

Berjuang ertinya terkorban

Rela terhina kerana kebenaran

Antara dua pasti terjadi

Tunggulah syahid atau menang.


:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

MEDCY ENGINIUS 1st year dan programnya..

4 comments:

aLHAMDULILLAH.. sudah lebih seminggu Ramadhan kita lalui dengan barakah. Alhamdulillah..

kini, kami (Husna, Syarah, Syahir, Fahmi) ditaklifkan menjadi ex-officio untuk program GCI (Grand Charity Iftar) yang bakal berlangsung esok hari. Sesunguhnya program ini boleh dikatakan rapid. Express. Segera. Kerana ia dibincangkan dalam masa satu malam dan digerak kerjakan dalam masa kurang daripada seminggu. Namun, Alhamdulillah, berkat gabungan tenaga kerja MEDCY dan ENGINIUS, semuanya berjalan lancar. Tambah pula diperhatikan oleh trainer yang pro dalam bab program-program macam ni. Alhamdulillah. Syukur kepada Allah.

Paperwork diluluskan dalam sehari sebelum program. Memang kerja gila,setuju? Dan disebabkan paperwork baru saje lulus, segala poster dan promotion bermula sehari sebelum program. Tidak dapat tidak, muka Program Manager, Aliff Yazit sangat tertekan. Kasihan aku tengok budak nih. Sabaq naa dik..

Program ini merupakan event pertama yang dibuat oleh MEDCY dan ENGINIUS. Colaborasi pertama. Kamilah perintisnya. (sebab tu banyak masalah). Program ini bakal dihadiri anak yatim dan ibu tunggal dari Rumah Anak Yatim Kampung Medan, Petaling Jaya. Seramai 40 orang dijadualkan hadir ke CFS PJ untuk memeriahkan lagi majlis berbuka puasa pada kali ini. Majlis ini boleh dihadiri semua members budak2 MEDIC dan budak2 Engine, dengan bayaran Cuma RM4. Mahal? Tak.. ini kerana RM4 termasuk berbuka puasa + moreh + donation + solat terawih di AMF. Ok la tuh kan. Haha. Yelah, kalau tak ada event canni, korang mane bole nak solat kat AMF kan? So, kire la jugak tuh. Huhu.

Ini merupakan kali pertama aku berurusan dengan LSTAD baru yang diketuai Bro Iz. Alhamdulillah. Takku sangka paperwork yang cincai tu boleh lulus. Dengar cerita, ia diluluskan kerana OBJEKTIF yang best. Tahniah SU. Aku pun tak pasti apa objektif tersebut. Dah diminta cek paperwork, tapi tak cek pulak tempat objektif tuh. Senget. Ting! Bukan saja lulus, malah mendapat bajet RM1000 daripada LSTAD. This is the 1st event yang aku handle LSTAD bagi aku RM1000. Huh. Bangga dengan Aliff Yazit yang merayu dengan Madam Sabrina untuk disahkan paperwork sebelum dihantar ke LSTAD. Kemudian paperwork tersebut lulus dengan bajet RM1000 diluar jangkaan kami. Sesungguhnya ALLAH lah yang memegang hati manusia. Allah yang membolak balikkannya. Subhanallah.

DEMIKIAN,

Ana sertakan butiran program yang bakal berlangsung:

GRAND CHARITY IFTAR

VENUE: ALMALIK FAISAL HALL

DATE: 19082010 (THURSDAY)

TIME: 6.00 PM

FEE: RM4 = IFTAR + MOREH +DONATION TO ORPHAN

ALL OF MEDCY AND ENGINIUS MEMBERS ARE INVITED.

*semoga matlamat kami dalam program kali ini Berjaya dicapai dan memenuhi syarat Allah agar amalan ini diterimaNYA.

Syukran jazilan kepada yang terlibat dan yang sentiasa membantu hamba yang lemah ini,

Terutamanya,

Syarah Munirah, adek beradek Enginius yang sudah dikenali hampir dua tahun.

Syahir, Vice President Enginius, yang baru kali pertama bergerak kerja, Alhamdulillah, berjalan lancar,

Serta tak lupa,

Fahmi Mat Zin, partner Trainer LG, mantan Head Comm DnW tenure lepas dan antara orang yang berpengalaman dalam menguruskan program seperti ini.

Syukran jazilan yang tidak terhingga kerana membantu hamba menjadi lebih pro dengan situasi sebegini. Semoga Allah membalas gerak kerja kita bersama. Dan semoga nilaiannya baek disisi Allah. Insya allah.

Buat adek2 MEDCY dan ENGINIUSku.. Kalian baru mula bertatih, dan kami memahami. Kami tidak mengharapkan 100% sempurna daripada gerak kerja kalian yang pertama, cukuplah kesungguhan dan keterlibatan serta komitmen kalian untuk bekerja. Semoga Allah meredhai kalian dan menjaga kalian sepertimana Allah menjaga kami. Semoga adik2 tidak penat dengan arahan dan karenah kami yang kadang-kadang menyusahkan. Kami mohon maaf. Dan semoga adik2 tahu bahawa, kami mahu melatih adik2 dengan latihan yang terbaaeekk.

Insya allah.

Syukran jazilan.

Wassalam.


:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Tuesday, August 17, 2010

Mahasiswa ‘bergurindam’ dalam kes buang bayi

No comments:
KEMANA HILANGNYA PERIKEMANUSIAAN WAHAI HAMBA TUHAN??
KEMANA PERGINYA RASA KASIH SAYANG?
INILAH KEADAAN JIKA MEMBELAKANGKAN TUHAN!






Kes buang bayi meningkat




KUALA LUMPUR 16 Ogos - Kes buang bayi di negara ini semakin serius apabila ia meningkat mendadak lebih 54 peratus sejak Januari sehingga hari ini berbanding lapan bulan pertama tahun lalu.




Statistik terbaru dikeluarkan oleh Ibu Pejabat Polis Bukit Aman menunjukkan, terdapat 65 kes buang bayi dilaporkan di seluruh negara sejak awal tahun ini berbanding hanya 42 kes dalam tempoh sama tahun lalu.




Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Mohd. Zinin berkata, pihaknya bimbang dengan trend peningkatan kes pembuangan bayi itu.




Sehubungan itu, beliau berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mempertimbangkan untuk menyiasat kes pembuangan bayi di bawah Seksyen 302 dan 307 Kanun Keseksaan.




"Jika kita lihat ada trend peningkatan (kes pembuangan bayi). Saya nampak dalam akhbar-akhbar banyak kes yang dilaporkan, malah Peguam Negara sudah membuat kenyataan berkaitan isu ini.




"Ketua Polis Negara telah kata laksanakan (Seksyen 302 dan 307 Kanun Keseksaan) kalau itu boleh selesaikan kes-kes pembuangan bayi," katanya pada sidang akhbar di Bukit Aman di sini hari ini.




Pada 12 Ogos lalu, Kabinet mengarahkan mana-mana individu yang terlibat dalam kes buang bayi disiasat mengikut Kanun Keseksaan iaitu perbuatan membunuh atau percubaan membunuh.




Mohd. Bakri menjelaskan, sejak tahun 2005 sehingga kini, terdapat 472 kes buang bayi dilaporkan di seluruh negara.




Beliau berkata, daripada jumlah tersebut, 214 bayi yang ditemui masih hidup manakala 258 lagi sudah meninggal dunia.




"Sepanjang tahun lalu, 79 kes pembuangan bayi dilaporkan iaitu 25 kes membabitkan bayi lelaki, 29 bayi perempuan dan 25 kes lagi tidak dapat dipastikan jantinanya kerana dibuang masih janin.




Sumber-http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0817&pub=Utusan_Malaysia&sec=Jenayah&pg=je_02.htm




Perbincangan di Facebook:




Respons para menteri kabinet serta tokoh-tokoh kerajaan berkenaan meningkatnya kes pembuangan bayi serta cadangan mereka dalam mengatasinya wajar dihasilkan dalam bentuk kompilasi dan dijual, ia sungguh melucukan. – YB Din Abbas




Memperkenalkan kondom, baby hatch, sekolah pelajar hamil, pddikan seks. Bernasnya ! – YB Qah Zulkifli




saranan yg sama dgunakan ketika isu HIV satu ketika dulu
apabila kerajaan mncdgkn dberikan kondom,dberikan jarum suntikan,dan sjenih dadah jenis methadone...
sumenye mcm keluar mulut naga masok mulut harimau – YB Kim Amran




sedangkan, pada masa yg free2 tu diperkenalkan, kerajaan US telah pon buat perkara yg sama da mengalami KEGAGALAN, tp Malaysia tetap x phm2 mende 2 da gagal, naseb baek x jd, xpe, cadangan ja, tp, yg undang2 dah ada depan mata, yg sempurna, Al Quran dan Sunnah, x mau amek,HOH! – Senator Sahel










  • betol tu sahel akmal al-fateh...
    mmg xjd buat...
    analogi dye sme mcm psal isu illegal hamil...
    idea/strategi mereka sme jek...
    psal isu hamil nie sme je...
    ...seolah2 mghalalkn ape yg telah haram... – YB Kim Amran



    sbenaqny dierang fikiq masalah baby yang dibuang tuh. mereka tak rasa zina tuh salah. mungkin dah sebati kot. bile mereka anggap baby kena buang tu masalah,sebab tu mereka cari penyelesaian untuk masalah tu. mereka tak cari penyelesaian untuk elak zina. satu je cara, hukum hhudud. habes cite. tak kena pakai duet banyak. rejam sebat. rm100 pun dah lebih dari cukop. nak buat skolah, nak bekalkan kondom, berjuta2 pun belom tentu cukop. malaysia bankrup la jap lagi. Haih – YB Taqwa




    kalau la mereka sedar.tahu,faham, bahwa, zina itu wajib dibanteras, tutup la pusat2 karaoke dan segala benda yg menyebabkan jadinya zina. ni tak, dok pk benda laen. mereka ni kuno sangat, 'flight' ada, nak jugak naek 'kereta unta'. – YB Taqwa




    Ya tepat skali, Inilah masaalahnya kerajaan Malaysia Yang Kita Teramat2 Sayang Sekali- Kerajaan hanya melihat masalah2 ini dari perspektif yang cetek dan hanya menyelesaikan masalah2 ranting dan bukannya menyelesaikan masalah pokok – Senator Fiq Ramli




    dan sesunguhnya islam,rujukannya ALQURAN telah menyediakan PERLEMBAGAAN terunggul untuk menyelesaikan masalah yang timbul. namun mereka tetap bisu,buta,pekak dan angkuh untuk menerimanya. semoga kita tidak tergolong dalam kalangan mereka yang menolak alquran.. – YB Taqwa







  • Cultural Relativism. dalam ilmu SOCIOLOGY. istilah cultural relativism adalah kecenderunagn melihat puak/kaum/bangsa lain adalah lebih hebat dari puak/kaum/bangsa sendiri.........sebab tu lah, ape2 nak buat tgk barat..sedangkan..dasar melih..-.at ke timur masih lagi releven walaupun sedikit....

    ini semua berlaku kerana kegagalan memahami tujuan penciptaan manusia.....
    mereka ini perkara kepada pak cik charles darwin...YB Ash Azhar.







    P/S : inilah mahasiswa kita. Berani mengeluarkan pendapat yang betol. Dan menyedari hakikat kesyumulan Islam sebagai Addeen itu sendiri. Alhamdulillah. Sekurang-kurangna, mahasiswa hari ini tidak dicucuk hidungnya seperti seekor lembu. Nauzubillah. Semoga Allah merahmati mahasiswa yang bakal memimpin negara suatu hari nanti. Dan semoga Malaysia mendapat terbaek, yang selayaknya sebagai sebuah NEGARA ISLAM.




    *ia tidak berkaetan dengan isu yang sensitif. Ia mempersoalkan tentang agama. Tidak mempersoalkan tentang mana-mana parti politik. Harap maklum. Terima kaseh.




    * sape kata Facebook tidak memberi manfaat? Ia bergantung kepada penggunanya. Bergantung pada bagaimana ia digunakan. Sekian._




rujukan satu,rujukan dua,.


:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.