♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Friday, December 31, 2010

Hari ini hari Jumaat, malam ni tahun baru?

3 comments:


Barakah sungguh hari Jumaat. Auranya sangat dirasai. Lebih-lebih lagi bila berada di bumi serambi Mekah ini. Memang terasa,indah dan syahdu. Keberkatan!

Kata Al-Fadhil Ustaz Muhadir, bermula pada waktu Maghrib pada hari Khamis lagi, rahmat Allah mencurah-curah buat kita. Maka, perbanyakkanlah doa dan selawat kepada junjungan besar Nabi Muhammad. Tanda hubbunnabi. Hamdalah. Sebab tu talaqi malam Jumaat. Wah, bestnya talaqi. J

Hari Jumaat di Kelantan sinonim dengan cuti. Almaklumlah, di PJ hari Jumaat biasanya disibukkan dengan kelas ganti dan kuiz. Fuh, mencabar, walaupun takde kelas. Takpe, serunuk. Dah namanya pelajar, belajarlah sungguh-sungguh. Jangan hanya cuti bersungguh-sungguh ye!

Hari ini berpeluang melawat pusara nenek. Hamdalah. Masih merah tanah kuburnya. 2minggu pemergiaannya. Tapi masih dirasai kehadirannya. Sungguh, kadang-kadang air mata menitis tanpa disedari apabila teringatkan arwah.

Malam rabu hari tu, Abang Taufiq belanja sate. Maklumlah, engineer baru dapat bonus. J Teringat sungguh pada nenek. Beliau gemar dengan sate. Dulu, bila saya pulang ke kampong, saya pasti belikannya sate untuk meraikannya. Pada hari Ibu pun, kami selalu meraikannya dengan sate. Nenek… Kami selalu meraikan hari Ibu buatnya. Tanda penghargaan dari kami sekeluarga.

Pusara nenek saya lihat hambar. Tidak tergambar perasaannya. Surah Yaasin dan tahlil sama-sama kami alunkan,lembut dan syahdu diiringi tangisan dan sedu sedan. Sungguh, melawat kubur memang mengingatkan kita akan kematian. Kematian yang bakal mendatang bila-bila masa. Kadang-kadang ada signal, kadang-kadang takde signal, datang mengejut! Subhanallah, moga-moga kita mendapat HUSNUL KHATIMAH.

Ibu paling keruh wajahnya. Kasihan ibu. Setiap kali lepas solat Maghrib, pastiku menangkap bunyi esakan dari bilik solat. Kasihan ibu. Beliau paling merasai kehilangan nenek. Kadang-kadang kalau saya menyebut tentang nenek, ibu melarang. Mungkin tidak mahu mengimbau kenangan yang manis tapi pahit dikenang. Takpe, ibu saya tabah orangnya, seperti saya! J

Selepas melawat pusara nenek, kami menziarah pula ke rumah saudara mara berdekatan. Mengaut pahala di hari yang mulia,kata ibu. Ziarah menziarahi ni besar pahalanya. Menghubungkan silah,memang disuruh Allah. Nak harapkan hari bekerja, memang susah nak spend time macam ni. Maka, ibu tidak lepaskan peluang melawat saudara mara. Dan kami bersarapan di kedai makan berhampiran dengan saudara mara. Sesekali berkenduri,bersedeqah di hari Jumaat, pasti balasannya indah. Penuh hikmah. Ibu kata, kalau kita belanja orang, duet kita bukan kurang, tapi bertambah. Jadi selalu-selalulah bersedeqah. J

Kalau waktu kecik-kecik dulu, bila adik beradik sume ada di rumah, hari Jumaat paling menarik. Nanti bila dah pukul 1 tengahari, pasti bising dengan suara abang-abang mencari butang baju melayu, mencari kopiah, mencari kain pelikat yang cantik-cantik. Kemudian mereka berebut motosikal sebab malas nak bawak kereta. Sapa lambat dapat motosikal, terpaksa berjalan kaki. Takpe,pahala lebih. Bila hari Jumaat, kami makan sup. Sodap. Tapi itu dulu, waktu semua orang ada dirumah. Waktu abang kakak belum berhijrah. Sekarang rumah dah sunyi. Kalau saya tak balik, hanya ada ibu ayah. Memang sunyi. Bila dah takde orang, nak masak pun jadi malas. Takde orang nak makan. Tapi yang bagusnya nanti boleh hantar pada jiran-jiran. J

Hujan masih berterusan. Sungguh sejuk tapi sodap. Memang sodap. Hamdalah. Syukur dengan nikmat Allah yang berterusan. Kan?

malam ni malam tahun baru. risau dan berderau darah saya. hari ini hari Jumaat, malam ni entah apa yang bakal terjadi. kenapa tahun baru yang sepatutnya dimulakan dengan azam baru tetapi dijadikan malam untuk membuat maksiat beribu??

saya khuatir selepas ini tiada lagi tahun baru yang diraikan, kerana bala Tuhan bakal datang bila-bila masa. Sejarah ummat terdahulu telah membuktikan dan janji Tuhan tidak pernah dimungkiri. percayalah pada janji Ilahi. Itu sebaek-baek janji.

sapa-sapa yang dok KL sila sertai ekspedisi dakwah GAMIS. saya tak berpeluang. memang niat nak pergi awal ke KL. tapi sayang, tiket habis. ini saja tiket yang ada. itu pun ayah dah bising-bising lambat cari tiket. Ayah kata, ingatkan cuti sebulan, seminggu je? huu. ayah, saya cuti seminggu kata sekejap sangat, nanti saya cuti 7 bulan nanti entah dihalaunya dari rumah sebab bosan tengok muka saya nanti. Hehe. takpe, saya nak jadi anak solehah. Insya allah.

Dengan doa, moga-moga tidak berlaku sebarang maksiat pada malam tahun baru. moga-moga tahun ini lebih baek dari tahun lalu. moga-moga hidayah Allah menjadi milik semua orang. Moga-moga kita semua mendapat keberkatanNya.

Malam ini, kat Kota Bharu, ada konsert Wali Band sempena tahun baru. Seorang sahabat menyoal dalam perjalanan ke HUSM, kenapa Wali Band? kenapa tidak artis nasyid? Jawapannya mudah, kalau jemput artis nasyid, yang datang konsert tentu yang baek-baek saja. Kalau buat konsert Wali Band, sasarannya sedikit meluas. Itu pandangan orang luar. mungkin betul. :)

apapun, moga-moga pendakwah-pendakwah muda berjaya semuanya malam ni dalam ekspedisi dakwah. Jasad tidak menemani, tapi ruh dan doa sentiasa mengiringi, insya allah. Hasbiallahu wani'malwakiil. Insya allah.

p/s: mohon maaf pada semua orang. Saya tak mampu menjadi yang terbaek. Tak mampu memuaskan hati semua orang. Usah mencari kesempurnaan pada diri saya. Nescaya tidak akan ditemui. Saya, hamba dhaif, penuh kekurangan, banyak kelemahan. Insya allah dalam proses penambahbaikan. Mohon sokongan dan tunjuk ajar. Insya allah. Hamdalah. Syukran jazilan atas segala tasji' dan kata-kata yang member inspirasi. Moga Allah membalas segala kebaekan dengan kebaekan. Insya allah. Salam Sayyidil Ayyam buat semua!

Moga khair-khair saja hendaknya!

Sayyidul Ayyam hari Mulia. Mari muhasabah diri dan menjadi lebih baek!


:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Bercinta =)

1 comment:

Bila sebut soal cinta, semua pasti teruja.

Cinta; perkataannya saja mampu menarik jiwa.

Cinta; merasainya sangat indah tak terkata.

Tapi berapa ramai yang menghargai cinta?

Ramai yang berkata,

"saya menghargai cinta dan pasangan saya."

Bagaimana penghargaan yang anda lakukan?

Dengan menambah dosa?

Dengan mengajaknya masuk neraka sama-sama?

Curiga sungguh curiga.

Curiga pada yang berkata sayang,

Curiga pada yang berkata cinta,

Tapi Cuma mahu membawa ke neraka.

Wanita,

bercinta itu benar fitrah.

Bercinta itu benar lumrah.

Tapi berdosa dalam bercinta pasti membawa padah.

Maksiat dalam bercinta harus jika jauhi.

Lelaki,

Mengasihi dikasihi itu indah,

Tapi indah andai ia benar halal.

Songsang andai ia haram.

Percayalah,

Tiada yang paling indah melainkan hubungan lelaki dan wanita yang halal kerana sebuah akad.

Disitu ada keberkatan. Disitu ada kerahmatan.

Lalu, apalagi yang dicari?

Kuatlah dalam bercinta.

Menyintai manusia itu fitrah.

Tapi jangan jadikan ia fitnah.

Menyintai manusia itu indah.

Jangan jadikan ia padah.

Menyintai manusia itu benar sukar dielakkan.

Tapi kita ada agama yang menjadi garisan hidup.

Maka, ikutlah agama yang ada.

Moga-moga besar maghfirah Allah untuk kita.


Bercinta bukan dosa,

Tapi ramai yang membuat dosa dengan bercinta.

Lantas,

Hilanglah kesuciannya.

Diragut hilang maruah serta imannya.

Renunglah.

Moga ada manfaatnya bersama. J


:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Thursday, December 30, 2010

Kacamata yang berbeza.

No comments:

Setiap orang mempunyai penilaiannya tersendiri terhadap sesuatu perkara.

Penilaian seseorang pasti berbeza.

Anda mungkin fikirkan begitu. Dia mungkin fikirkan begini.

Tak salah bertentangan pendapat.

Malah sangat comel.

Tapi yang salahnya, kalau percanggahan pendapat itu dijadikan 'modal' untuk mengeruhkan keadaan.

Ooh, sangat tak comel.


Terimalah hakikat,

Tak semua orang mempunyai akal yang sama.

Variasinya kita semua bukti kekuasaan Sang Pencipta.

Mengapa nak bertengkar, bergaduh atas sesuatu yang entah kemana?

Lihat kembali diri.

Egonya kita tak mahu menerima pendapat orang laen.

Lihat kembali diri.

Egonya kita tak mampu terima kehebatan orang laen

Lihat kembali diri.

Apa salahnya menerima pendapat orang laen seandainya itu lebih baek?

Tak jatuh ego, tak tercemar daulat.

Malah,

Itulah manusia yang sejati.

Berlapang dada dan tak rasa hanya 'AKU YANG BETOL, ORANG LAIN SEMUA SALAH.'


:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

2011 bakal mendatang.

2 comments:

Apakah istimewanya 2011?

Plihanraya Umum 13 seperti yang diwar-warkan?

Atau bakal ada double-wedding dalam keluargaku?

Mungkin ada yang bakal bertemu Ilahi?

Atau istimewanya kami bakal ke Kuantan pada September nanti?


 

Istimewanya 2011 terpulang pada kita yang bakal mencorakkannya.

Seronok bila masuk tahun baru,

Sebab ramai orang suka mula dengan azam baru.

Tapi yang tak seronoknya,

Bila pertengahan tahun,

Semua orang dah tak ingat atau buat-buat tatau dengan azam dulu-dulu.

Peace!


 

2011 istimewa untuk saya.

Kenapa ia istimewa?

Kerana saya mahu menjadikannya istimewa.

Lebih baek dari tahun-tahun sebelumnya.

Ini azam saya.

Moga-moga saya mampu menjai lebih baek.

Dengan pertolongan DIA.

Anda bagaimana?


 

Azam yang lepas dah setel belum?

Haa.. kalau belum, cepat-cepat setelkan.

Tak baek biarkan azam yang comel tertangguh lama-lama.

Nanti basi pulak. J


 

Tak sabar rasanya nak menjejak 2011.

Moga mampu mencorak lebih banyak kenangan indah.

Moga mampu membentuk peribadi yang lebih comel.

Moga mampu memberi bakti yang lebih baek pada agama, ibu bapa dan keluarga.

Moga mampu memberi yang terindah buat semua orang.

Moga mampu mencapai kebaekan yang dihajati.

Moga mampu mengubah segala kekurangan diri.

Moga Allah membantu segala kemahuan diri ke arah yang lebih baek.

Insya allah.


 

Maka,

Berazamlah kearah kebaekan.

Moga Allah menemani di setiap saat dan masa.

Moga Allah membantu mencapat segala hajat yang mulia.

Ameennn..



p/s: kemenangan pasukan Harimau Malaya sungguh memberi tuah pada Malaysia. Mana tidaknya, berita mengenainya saja hampir 1/3 daripada Buletin Utama. Entah kemana menghilang berita masalah ummah yang semakin lama semakin teruk mendatang? fikir-fikirkanlah... Khairul Fahmi disebut-sebut kerana ketangkasannya menangkap bola. Safee pula diangkat-angkat kehebatannya menjaring 5 gol malah mendapat anugerah Kasut Emas. tapi kita bagaimana? siapa yang bakal menjulang agama seperti Sultan Al-Fateh? siapa yang mampu tangkas mengorak langkah menghadapi dunia hari ini? bukan dia, bukan mereka tapi kita. apapun, Tahniah Malaysia kerana menewaskan Indonesia. Terfikir-fikir, risau lepas ni pembantu rumah Indon mogok. Habeslah tuan rumah! ahaa.. PEACE!
:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Sejuk jangan beku

No comments:

Nak ambil wudhu' mengucap panjang. Sungguh! Air itu terlalu sejuk. Macam air dari peti ais.

Nak mandi lagi laaa fikir panjang. Tapi mandi jugak.

Cuaca sungguh sejuk. Memang sejuk. Kalau di Bandar sudah sejuk, di sini lebih-lebih lagi.

Kalau boleh nak tidur bawah comforter setiap masa.

Heh, itu ikut nafsu namanya.


 

Sejuk-sejuk pun, kita jangan beku.

Ingat, ada perjuangan besar yang sedang menunggu.

jangan rasa malas, jangan rasa nak tidur sepanjang waktu.

Ingat, hari dan masa tak menunggu.

Banyak taklifat yang perlu disempurnakan.

Jangan tunggu-tunggu.

Selesaikan semuanya selalu.

Walaupun cuaca sejuk, kita jangan beku.


 

Lama sungguh tak update blog.

Beberapa perkara mendatang membuat diri tak sempat nak online pun.

Hamdalah dipermudahkan Allah.

Beberapa hari ulang alik ke hospital.

Tersenyum saja.

Setiap kali ke sana, mesti niat dalam hati,

"ni kali terakhir aku dating sini. Pasni tamau datang dah."

Tapi alih-alih mesti doctor bagi tarikh lain lagi. Tensi sungguh.


 

Cuti dah nak habis.

This coming Saturday dah nak pergi UIA semula.

Moga Allah mudahkan semuanya.

Risau juga kalau banjir melanda.

Minta dijauhkan Allah dari segala bala.

Kalau banjir, habislah segala perancangan manusia.

Tapi tak mengapa.

Bukanlah Allah yang maha berkuasa?

Maka serahkan padaNYA segala-gala.

Tawakkal 'alallah.


 

Terima kasih Tuhan. Atas segala yang Kau berikan. Kekalkan hamba rasa berTuhan. Indah dan mendamaikan. J


:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Sunday, December 26, 2010

Katakan itu dusta.

2 comments:

tarbBismillah walhamdulillah.


Orang kata macam-macam, itu dan ini.

Orang kata, kat UIA macam-macam ada.

Yang couple sampai tak ingat dunia.

Ada yang kat luar bukak aurat macam Mat Saleh.

Ada yang bergayut dalam bilik sampai pagi.

Ada yang pergi dating tak reti malu.

Ada yang pegang tangan kat Mid Valley tak segan silu.

Ada yang ber'sayang' ber'daling' tanpa rasa takut.

Ada yang tengah malam balik meeting, ternampak kelibat bertiga.

Pelik-pelik. Macam-macam ada.



Katakan itu dusta. Kerana aku seolah tidak percaya masih ada lagi yang sanggup melakukan perkara-perkara demikian di bawah bumbung UIA.

Lebih-lebih lagi yang membawa imej 'mulia'.

Katakan itu dusta, kerana aku tak percaya, ada manusia yang menghalalkan dosa.

Katakan itu dusta, kerana aku tak sanggup berdepan dengan pemaksiat yang tidak takut tuhan yang esa.

Katakan itu dusta, kerana aku takut kelak dipersoalkan tuhan tentang tanggungjawab dakwah yang mungkin tidak tertunai.

Katakan itu dusta, kerana aku belum ada sebaik jawpaan untuk dipertuturkan kelak di negeri abadi.

Katakan itu dusta, kerana aku malu seolah-olah aku tidak melakukan apa-apa di UIA.


Mari pertingkat biah solehah.

Sila jaga diri. Jaga nama baek agama. Kalau rasa dah tak malu nak buat dosa, kalau rasa diri dah tak kisah dengan dosa, sila beringat-ingat, anda bawa imej agama.

Saya segan bila ditanya, kenapa dia buat begitu begini sedangkan dia orang yang faham tentang agama?

Maka katakanlah, hidayah itu milik allah semuanya.

Maka saya disoal kembali,

Kalau macam tu semua yang buat dosa, bestlah buat alasan sebab tak de hidayah eh?

Maka katakanlah,

Inilah tugas kita, mari sebarkan dakwah.

Peringatan bersama : Kelak, kita bakal dipertanggungjawabkan atas segala kemungkaran yang berlaku di UIA. Maka, pandai-pandailah berusaha walau sedikit untuk menjaga biah solehah UIA. Kalau sayang diri, sila sayang orang lain juga yang sedang melakukan maksiat. Mari jadi pencegah maksiat.

SAY NO TO MAKSIAT!


:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Pemergianmu 2

5 comments:

Selepas mendapat berita pemergian nenda, doctor pun sudah mengeluarkan surat mati. Kami menunggu urusan untuk bawa pulang jenazah. Abang Qi bakal menemani jenazah dari hospital ke rumah. Abang Yu mengajak saya pulang, memandangkan di rumah, tentu khidmat saya diperlukan. Ibu kurang sihat, takkan nak biarkan kakak kemas dan sediakan rumah sorang-sorang. Maka saya pulang. Dalam kereta, Abang Yu banyak cerita kisah nenek sebelum nenek masuk wad. Abang Yu kata nenek nak sangat dengar video zikir munajat Akhil Hayy malam tu. tapi tak dapat tunaikan. Abang Yu rasa sangat sedih tak dapat tunaikan kemahuan nenek malam tersebut. saya hanya diam sepanjang perjalanan. Membuka mesej-mesej ucapan takziah yang bertandang di telefon. Sesekali sekadar membaca, tatau sapa yang menghantar. Mata dah tak larat. Badan rasa penat. Semuanya kerana jiwa yang mula rasa sedih dan kehilangan. Erti sebuah kehilangan. Entah bagaimana orang yang kehilangan ibu atau ayah. Rasanya tentu jauh lebih perit. Mohon Allah menguatkan semuanya.

Setibanya di rumah, sudah ada orang menunggu. Ramai yang bertanya itu dan ini. Saya menceritakan dengan ringkas. Tak larat saya nak cerita, hati pun masih berduka. Saya lihat Kak Elly dan Ibu Nampak khair saja. Mula menolong menyediakan rumah untuk urusan pengebumian. Semua pintu dibuka, tikar dihampar,tetamu dilayan seadanya. Hanya dengan teh panas dan biskut kering. Sesuai dengan suasananya.

Jam 9.45 pagi tadi nenek pergi. Dan jam 12.30 tengahari jenazahnya tiba di istana kami. Waktu itu, air mata tidak dapat ditahan lagi. melihat mayat nenek berbungkus elok, hati dibalut rasa hiba. Menangislah seluruh isi rumah. Ibu paling keruh wajahnya, mungkin menahan tangis. Hamdalah, ramai yang sudi menolong. Saudara mara banyak membantu. Segala urusan terasa mudah. Maklumlah, ahli keluarga terdekat semuanya tidak keruan, maka saudara mara yang banyak membantu.

Jenazah mula disediakan untuk dimandikan. Sewaktu menatap jenazah nenek, pandangan kosong. Terbayang semua kenangan dengannya. Terasa dia masih dekat di hati. Terasa baru semalam berbicara pelbagai topic dengannya. Tapi kini dia kaku di pembaringan. Allah.

Saya sekadar membantu apa yang patut. Menghidupkan bara api untuk kemenyan dan mencari kelengkapan yang diperlukan. Itu pun orang mula suruh saya berehat, melihat wajah saya yang mula pucat. Itu normal, saya sedang berpuasa, jangan takut. Itu biasa.
Pukul 5 petang, jenazah disolatkan. Subhanallah, cepat rasanya. Sebelum disolatkan, kami mengucup nenek buat kali terakhirnya. Paling kuat menangis, ibu dan ayah. Ya,mereka yang menjaga nenek, full time. Sakit sihat nenek, mereka uruskan. Makan pakai nenek, mereka mbil berat. Memang patut ibu dan ayah yang paling tak keruan. Badan nenek sejuk, saya mengucupnya syahdu,, bersilih ganti dengan abang dan kakak kemudian sepupu-sepapat. Selepas solat jenazah, Ayah Long membaca doa menyentuh hati. Benar,tersentuh jiwa. Disitu sekali lagi tangisan dilepaskan. Allah.

Jenazah mula dibawa ke tanah perkuburan. Saya mengikut dengan motosikal ke sana. Jalan sesak nak keluar dengan kereta. Penuh dengan kereta diparkir di sekitar kawasan rumah. Sepanjang perjalanan, saya dan kakak semuanya membisu. Tiada perkataan sesuai untuk dibicarakan. Kami mengekori van jenazah, sekali lagi abang Qi didalamnya. Cemburu sungguh. Urusan diteruskan seperti biasa. Ayah Cik dan Ayah Long memasukkan nenek ke liang lahad. Tidak kira siapa pun memandang saya, saya dan kakak mengalirkan air mata tanpa segan silu. Bukan tidak redha dengan pemergiannya, Cuma terasa terlalu bnyak kenangan dengannya. Terlalu dekat dirinya.





Selepas selesai urusan di kubur, saya serta kakak dan abang meluangkan masa sejenak di pondok kubur. Memandang persekitaran. Saya kata pada nenek, 'kami pergi dulu, selamat bertemu tuhan, nanti kita jumpa di syurga ya Mak. Kami balik dulu ke rumah, Mak dok sini, bahagia jumpa tuhan..' ABang dan kakak terharu dengan perkataan saya. Semakin laju mutiara jernih mengalir. Saya mula menceriakan suasana. Tak mahu mereka terus bermuram durja. ' Dah la tu, Bu perlukan kita. Kita kena kuat. Jangan dok tunjuk mata bengkak je..' nampaknya ia diterima.semua mula mengukir senyum. Tambah kakak, 'lagipun mak dah bahagia. Itu yang dia nak, berjumpa tuhan. Dia dah selesai hidup kat dunia, kita ni tatau apa perhitungannya…' selepas bicara dari hati ke hati, kami menunggang motosikal. Dua motosikal membawa kami berlima. Wajah tersenyum pulang berjumpa ibunda. Tetamu masih ramai. Tapi tak terlayan sudah. Penat dan sungguh hiba.

Setibanya di rumah, azan maghrib berkumandang, saya terus berbuka puasa dengan sedikit nasi yang masih bersisa. Ditemani Abang Qi dan sedikit kek pisang, ihsan orang sekeliling. Hamdalah. Kembali bertenaga. Lepas maghrib, kami bertahlil bersama-sama. Ahli keluarga. Kemudian kelihatan semuanya tersandar penat di tepi dinding. Ada yang berdengkur, ada yang tersengguk-sengguk. Saya menjenguk ibu. ibu yang tidak sihat dari tadi. Saya mula risau. Entah kenapa semua ubat yang saya berikan tidak berkesan. Saya berbincang dengan abang dan kakak. Setuju membawa ibu ke hospital. Tapi ibu tetap berkeras. Saya kata pada ibu, esok ibu mesti pergi kalau masih sakit. Akhirnya ibu setuju.

Malamnya, tahlil hanya dihadiri beberapa orang. Sebenarnya tidak menjemput orang datang, sebab tu jadi macam tu. memandangkan tetamu mula bersurai maghrib tadi, tuan rumah pun tak larat untuk mengadakan majlis tahlil. Memandangkan ada yang datang, kami meraikan. Mengeluarkan apa saja makanan yang ada. Hamdalah. Selesai.

Jumaatnya, saya dan abang Qi membawa ibu ke hospital. Seperti yang dirasakan, saya terduduk. Tak mengapa. Saya kuat. Alhamdulillah segala urusan dipermudahkan.

Demikianlah pengalaman yang saya lalui. Bermakna. Banyak yang saya belajar dari ini. Lepas ni, dah ada pengalaman, mahir lah saya untuk menguruskan hal-hal seperti ini lagi. insya allah.

Selepas sepakat, tahlil hanya dibuat selama 3 malam, meraikan adat orang sekeliling. Selebihnya, mungkin kami menghantar makanan ke masjid atau bersedeqah ke rumah anak yatim. Itu lebih comel.

Sabtu, saya berangkat ke UIA. Meninggalkan ibu yang masih tidak sihat, abang serta kakak yang masih di kampung halaman. Berat rasa hati, tapi ada perjuangan yang perlu diteruskan di sana nanti. Maka, saya gagahkan kaki. Sepanjang dalam bas, saya mengenangkan nenek. Tadi, sewaktu bertolak ke stesen bas, tiada lagi kucupan nenek dan pesanan mesranya. Tiada lagi lambaiannya. Saya bakal merasai kehilangan. Ibu pun sangat tidak sihat. Saya kirim doa selepas berpesan macam-macam pada ibu.

Memandangkan saya dilantik menjadi bendahari pengurusan nenek, saya juga terpaksa mewasiatkan banyak hal kepada kakak. Begitu dan begini. Kelakar pula bila difikirkan menjadi bendahari. Bila mereka perlukan wang, mereka menjerit, 'bendahari!!!" dan saya bakal datang membawa seberkas wang. Lawak, tapi menarik. Menarik kerana mendapat kepercayaan menguruskan wang ribuan ringgit di genggaman. Tentulah professional!

Apapun, saya bersyukur, pemergian nenek dipermudahkan Allah. Saya bersyukur segala urusan dipermudahkan Allah. Walaupun hati saya masih terkenangkan arwah nenda, tapi kami masing-masing redha. Nenek, pergimu berjumpa tuhan, pasti bahagia. Kerana kau bukan calang-calang hamba. Sampai umurmu 80 tahun, kau masih setia membelek Quran dan mengalunkannya. Nenek, umurmu 80 tahun, kau tak pernah jemu menuntut ilmu dan meningkatkan amal.

Selepas ini nenek, siapa lagi yang bakal mengejutkanku untuk qiam? Beberapa hari di kampung, membuat saya rasa saya sangat kehilangan. Pesan nenek, "dulu, sebelum Na hafizah Quran, qiam boleh la buat main=main,3,4 kali seminggu. Dah jadi hafizah ni kena ada beza dengan orang lain. kena qiam setiap hari."

Pesan nenek saya pegang. Beliau sentiasa menghidupkan malam. Itu paling saya kagum. Sungguh merindui saat itu.

Nenek, selepas ini siapa lagi yang sanggup mendengar bacaan Al Quran saya dan sanggup mengajarkan saya untuk membacanya dengan tajwid yang betul? Selama ini nenek sabar melayan karenah saya dalam menyebut makhraj huruf dengan tidak sempurna. nenek membuat saya prihain dan peka dengan kesempurnaan dalam membaca Al Quran. Saya bakal merindui orang yang sentiasa memperingatkan saya.

Nenek, selepas ini tak ada dah sapa nak buli saya membeli sayur dan ikan. Kalau tak, mana saya nak kenal semua jenis sayur dan ikan kat kedai. Sesekali pulang ke kampung, biasanya saya dimanjakan. Tidak disuruh itu dan ini. Tapi nenek tak segan menyuruh saya. Nenek menyuruh saya itu dan ini. Nenek kata nak melatih saya, nak harapkan ayah saya suruh saya buat kerja, sungguh lambat. Ayah dan ibu jarang benar menyuruh saya itu dan ini. Selalunya, saya yang kena menawarkan diri. Ayah ibu masih trauma mungkin dengan penyakit saya dankisah lalu yang menyeramkan. Tapi nenek banyak ajar saya menjadi anak yang baik. Anak yang solehah. Nenek… selepas ini kalau ibu ayah keluar bekerja, meninggalkan saya, siapa lagi yang nak temankan saya? Sungguh saya akan merasai kehilangan.

Nenek. Lepas ni sapa nak marah saya kalau saya asyik main computer sampai tengah malam? Sapa nak marah kalau saya bergurau dengan kakak berlebihan? Saya bnakal merinduimu nenek.

Palking saya terasa, nenek… lepas ni sapa nak urut kepala saya bila sakit kepala datang menggoda saya? Siapa yang sudi bacakan doa istimewa buat saya setiap kali saya mengaduh kesakitan? Nenek, saya terlalu banyak terhutang budi denganmu. Moga apa yang saya mampu buat, telah mampu membahagiakanmu. Kini, hanya doa dan pahala saya kirimkan buatmu nenek. Terima kasih mengajar saya untuk hidup di pondok. Tanpa nenek,mungkin saya tidak merasai kehidupan itu. Pengalaman buat saya. Tanpa nenek, tentu saya tiada sejarah yang boleh diukir di Pondok Lubuk Tapah. Kini, saya rasa takut untuk ke Pondok itu, saya risau saya tak tahan dengan segala kenangan bersama nenek di situ.

Terima kasih nenek atas segalanya. Saya akan terus mendoakan nenek. Nenek banyak menjadikan saya seperti saya yang hari ini. Saya bersyukur.

Nenek, harapan nenek untuk melihat saya bersuamikan suami yang soleh, moga dikabulkan tuhan. Harapan nenek untuk melihat kakak dan saya naik pelamin,mungkin tidak kesampaian. Tapi, nenek jagan risau, saya bakal hadiahkan menantu terbaek buat nenek, dengan izinNya. Tapi sebelum tu saya kena jadi yang terbaek dululah kan nenek? Senyumlah pada saya dan anggukkan kepalamu, moga saya tahu,kamu sedang gembira dengan apa yang saya lakukan. Nenek……


:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Saturday, December 25, 2010

Daerah ini. Biarkan aku disini.

2 comments:


 

Mereka kata kau akan sayu di daerah itu
Jawab aku selalu bersama Tuhanku
Kupasrah padaNya sehening tiupan salju
KernaNya aku rasa jitu dan mampu melebihi manusia beribu

Daerah ini daerah tenang sekalipun ada yang kata usang
Daerah ini daerah damai sekalipun sukar untuk sampai
Daerah ini daerah merdeka sekalipun ada yang memeranginya
Biarkan saja aku di daerah ini..

Kata mereka daerah mu itu jauh
Jawab ku pada Tuhan aku bersauh kukuh
Yang jauh itu jiwa yang mungkir
Padaku daerah ini amat hampir

Kata mereka daerah kau itu sepi
Jawabku aku tak pernah sunyi dengan alunan murni
Yang sepi itu jiwa yang inginkan pujian
Padaku cukuplah dengan irama keredhaan Tuhan

Daerahku ini daerah berpendirian
Berpaksikan firman Tuhan
Bukan hukum insan bukan gema sorakan bukan riuh tepukan

Daerah ini tak pernah peduli
Apa kata abdi atau pembesar negeri
Daerah ini berpasakkan Nabi
Bagindalah mimpi Bagindalah realiti..

Biarkan saja aku di daerah ini
Sekalipun ada yang tak gemari
Biarkan saja aku di daerah ini
Sendiri membawa diri & sanubari

Biarkan saja aku di daerah ini
Sekalipun ada yang tak gemari
Biarkan saja aku di daerah ini
Kerna aku mengerti ia amat suci & abadi

Di daerah ini, biarlah aku..


 


 

p/s: biarlah aku di daerah ini. Meski pahit,meski susah. Meski penuh ranjau dan duri. Biarlah aku di daerah ini,meski kehilangan segala kecintaan, meski diuji penuh dugaan, insya allah, aku mahu kekal di jalan ini. Daerah yang aku impi, daerah penuh dengan cinta Tuhan dan Nabi serta cinta orang2 yang mencintai Tuhan dan Nabi. Moga aku kekal di daerah tarbiyyah ini. Amen…..


:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Kuatlah kamu.

2 comments:

Angin bertiup sepoi,

Seolah menghantar berita kegundahan hatimu,

Teman yang telah lama aku hilang khabar beritanya,

Teman yang aku rindu pada butir bicaranya,

Teman yang aku rindu mengaut inspirasi darinya,

Hati ini tidak tahu kenapa menyebut namamu.

Merindui saat bersama denganmu.

Seolah engkau pergi membawa diri.

Seolah engkau pergi dari kenangan yang pernah kita lalui.

Teman apa saja yang terjadi ingatlah pesanan aku ini.

Kita sampai bila-bila berteman.

Kita sampai bila-bila bersahabat kerana Tuhan.

Kita sampai bila-bila ada kenangan yang menjadi ikatan.

Jangan rasa kau dikhianati.

Jangan rasa kau dizalimi.

Apapun keadaan kau tetap dihati.

Selagi belum ada putusannya.

Aku kau dia dan mereka tetap seperti dulu.

Dan aku mahu selamanya kita seperti dulu.

Seerat simpulan ikatan persahabatan sahabat Rasulillah.

Aku mahu kamu kuat.

Ak mahu kamu kuat.

Aku mahu kamu kuat.

Ingatlah teman. Kuat. Kerana aku tahu kau kuat.

Apapun yang datang bertandang di hatimu,

Tepislah ia dengan iman.

Kau yang aku kenal sungguh kuat iman.

Maka aku tidak risau kerana pasti kau ketemu sebuah kekuatan.

Pergilah mencari kekuatan.

Tapi kembalilah ke sini,

Mari kita mencoret memori.

Lagi dan lagi.


:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Pemergianmu.

6 comments:

10 Muharram – Alhamdulillah. Jasadnya selamat dikebumikan. Nenda Hajjah Hasanah Hj Ismail.

14/12/2010 (Selasa)

Ibu menelefon. Khabar nenek tidak sedarkan diri ibu sampaikan. Jiwa mula tidak tenang. Tak mampu rasanya masih di UIA sedangkan ibu berperang dengan perasaan disana. Panggilan telefon dari abang memberi sedikit keyakinan. Terpaksa meninggalkan semua tanggungjawab di UIA dan melangkah kaki pulang secara emergency ke Kelantan. Dengan bantuan abang ipar, semuanya smooth. Hamdalah.

15/12/2010 (Rabu)

Selamat tiba di Pasir Mas jam 5 pagi. Ibu mengambil. Muka ibu pucat. Ah, ibu pun tidak sihat. Pada Allah tempat memohon segalanya. Berikan kebaekan semuanya buat kami sekeluarga Ya Rabbil Izzati.

"Nenek canne?"soalku.

"Mungkin menunggu hari Jumaat. Nenek dah tak sedar. Doctor angkat bendera putih. Doktor dah usaha." Ibu tahu, saya sensitive dengan bab doctor-doktor ni. Sensitive sungguh.

"Mungkin nenek tunggu 10 Muharram kot.." Kata saya. Perjalanan dari Bandar ke istana sunyi. Tiada kata, melainkan asma' Allah menjadi peneman bibir yang mulus.

Selepas subuh, bacaan Yasin disedeqahkan pada nenek. Kemudian, saya menuju ke hospital. Saya melarang ibu mengikut bersama. Saya mahu ibu berehat. Saya berkeras. Muka ibu pucat. Maka, ibu menyerahkan kunci kereta buat saya, mengalah. Saya bersama Munir menuju ke hospital.

Di hospital, abang dan kakak menunggu semalaman di sana. Abang Yu dan Kak Elly. Bagus sungguh cucu-cucu nenek. Saya masuk sekejap menjenguk nenek. Itu pun dihalau oleh doctor. Sebab waktu tu waktu doctor nak cek nenek di CCU. Tapi saya masuk jugak. Tak kira lah. Nak masuk punya susah, kena dapat kebenaran dulu. Kena tekan loceng dan segalanya. Tak boleh ramai-ramai. Dua orang je boleh masuk. Part ni PR dengan doctor kena la tinggi. Saya terror bab ni. Mengungtungkan. J

Menjenguk saja nenek, air mata mengalir laju. Di lehernya ada tiub. Di hidungnya ada tiub. Badannya penuh dengan tiub. Saya tak mampu bertahan. Nenek tidak bermaya. Langsung tidak. saya bisik pada nenek, "bangunlah sekejap, lihatlah Na. Na balik nak tengok nenek." Tapi nenek tetap diam. Tiada respon. Nenek.. Kakak dan Abang minta saya pulang terlebih dahulu. Bawa ibu ke hospital. Saya terpaksa. Memandu pulang selepas beberapa minit melawat nenek. Pulang ke rumah. Ibu berkeras tidak mahu ke klinik. Tak dapat di paksa. Patutlah anak dia pun liat nak pergi hospital. Saya tidak terlalu memaksa. Saya ke farmasi. Membeli ubat yang sesuai. (Ni dah layak jadi doctor ni, cari ubat sendiri). Saya beli susu segar dan air zam-zam. Ubat pil pun saya beli. Painkiller pun saya beli. Kasihan melihat ibu menahan sakit. Saya tidak membeli ubat sebarangan. Pendapat doctor saya aulakan. Saya menelefon mana-mana doctor untuk meminta pendapat. Diagnosis by phone, dunia dah maju. J

Petangnya, sekali lagi kami ke hospital. Semua adik beradik saya sudah berada di Kelantan. Sayang sungguh pada nenek. Abang dari Johor turut pulang. Meninggalkan semua kerja di sana. Kalau nenek tahu, tentu nenek gembira. Nenek suka anak cucunya berkumpul. Saya yakin, nenek bahagia. Mak Cik dan sepupu dari Johor dan Gombak juga pulang bersama. Pakcik dari Port Dickson pun pulang. Ramai. Penuh dengan kami di hospital. Saya tidak berpeluang melawat nenek. Tetamu yang datang berpusu-pusu. Ibu minta saya aulakan tetamu. Kami adik beradik berkumpul di balkoni wad. Berbincang ibu dan ini. 6 adik beradik lengkap, Cuma kakak di Indon yang tidak dapat pulang. Sedang exam dan ibu ayah tak benarkan pulang. Berbincang pelbagai perkara. Nenek sudah dalam vegetative state. Allahu yusahhil. Kami berpendapat, malam ini membuat solat hajat, doakan nenek pulang ke sana dengan mudah. Moga-moga pemergian nenek dalam rahmah. Setiap orang wajib solat hajat secara individu. Kami sepakat.

Ibu semakin pucat. Saya mula berang. Saya paksa ibu pulang. Adik beradik lain pun mula menggesa. Ibu jangan paksa diri. Ibu kena rehat. Sebagainya. semua kepenatan. Perjalanan pulang ke rumah mata semuanya membengkak. Saya kata, "Nenek sedih tengok kita macam ni.." tapi makin laju pulak air mata semua orang mengalir. Sayang sungguh pada nenek. Mana tidaknya, dah bertahun-tahun nenek di rumah kami. Kami adik beradik memang sungguh rapat dengan beliau. Kami adik beradik semuanya ade pengalaman di 'paksa' menadah kitab dengan beliau. Kami adik beradik yang selalu di' buli' menghantar nenek ke rumah tuan gurunya dan ke pondok Lubuk Tapah. Kami yang meraikannya setiap kali malam Jumaat beliau meminta kami mengalunkan bacaan Yasin. Dengan bulatan di tengah ruang tamu, air satu jag besar di tengah-tengah, kami mengalunkan Yasin, tartil. Menjadi agenda keluarga apabila pulang ke kampung. Selepas itu, menggunakan satu gelas, kami minum air Yasin. Mohon dicerahkan hati, dikuatkan iman, dikekalkan dalam keadaan taqwa. Dan segala hajat di hati mohon ditunaikan. Nenek… Beliau mendidik kami dengan sabar. Walau kami liat, tapi nenek tidak jemu mengajak. Dan mengajak. Sekarang, nenek kaku di pembaringan. Semuanya buntu.

Saya cadangkan dua tin sardine di beli. Erk,perut dah lapar. Tapi takut nak bagitau lapar. Kasihan pulak. Semua orang sedih, kita pulak lapar. Cadangan diterima sebulat suara. Rupanya semua lapar. J baik sungguh! Pulang ke rumah, ayah memasak sardine. Sedap, walau hanya sardine. Kakak menggoreng telur. Itu lauk malam ini. Cukup buat mengalas perut. Selepas makan, semua di ruang tamu. Mendengar cerita sebelum nenek koma. Pelbagai cerita diungkit. Kisah nenek itu dan ini. Air mata semua orang menjadi murah. Terkenang pada nenek. Rumah nenek diintai. Rumahnya bersambung dengan rumah kami. Teringat nenek itu dan ini. Subhanallah. Perit sungguh rasa hati. Akhirnya semua tertidur dalam keletihan sementara yang lelaki masih enak melayan bola. Haih, tak boleh dipisahkan mereka dengan bola. Sabar sajelah cik Husna.

16/12/2010 (Khamis bersamaan 10 Muharram)

Pagi sebelum Subuh saya muntah-muntah. Adik beradik yang lain mula risau. Disuruh saya berehat. Pantang sungguh dalam keadaan macam ni saya mahu berehat. Muntah-muntah boleh tahan hebatnya. Tidak mampu dipastikan kenapa. Rasanya tak makan,gastric.

Lepas subuh, ibu mendapat panggilan telefon dari Ayah Chik yang sedang menunggu nenek di hospital. Kata Ayah Chik, doctor kata, 'no more I can do. Baca Yasin sajalah.' Ibu memaklumkan kepada kami. Lantas, saya dan abang-abang menuju ke hospital. Ibu disuruh berehat di rumah. Sementara kakak meng'counter' sebarang urusan di rumah. Maka, semua bersetuju. Saya ke hospital dengan abang Yu dan Abang Qi. Abang Taufiq ke hospital dari Pengkalan Chepa. Semuanya mengambil cuti kecemasan. Dalam perjalanan, kami diam membisu. Tidak ada gurau senda seperti biasa. Abang tidak mengusik seperti sebelumnya. Semuanya diam dan membasahi bibir dengan alunan-alunan yang dihafal. Apa saja, dikeluarkan semuanya. Setibanya di hospital, doctor diam melihat kami ramai-ramai masuk bilik CCU. Oh, Doktor, please don't say something. Dalam keadaan macam ni muka semua orang dah macam zombie. Doctor pun dah takut nak tegur. Biar je tengok kami ramai-ramai masuk. Mak cik dan pakcik dah ada dalam bilik nenek. Saya dan abang menapak masuk. Abang Fiq menunggu di dalam. Melihat Abang Fiq menangis, saya dan Abang Qi tak dapat menahan air mata. Kami turut menangis. Mesin bantuan disebelah nenek saya kaji. Allah. Semakin teruk dan parah. Nasib baik saya pernah belajar membaca mesin dengan doctor dulu-dulu. Terror la jugak nak baca. Kebetulan, saya satu-satunya cucu yang mengambil jurusan sains kesihatan. Maka, saya menjadi tempat rujukan. Boleh buat fatwa pulak! Memandangkan abang-abang semuanya engineer, maka, saya bebas mengeluarkan apa yang saya tahu. Sepupu pula kebanyakannya mengambil jurusan dalam bidang agama. Kalau kakak saya ada, saya mungkin tenggelam. J

Sejak 8 pagi saya menunggu di situ bersama sepupu, mak cik pakcik dan abang-abang. Bacaan Yasin diulang berkali-kali. Kami juga bergilir-gilir membisikkan kalimah Tauhid di telinga nenek. Kalimah tauhid diulang. Surah Al-Ikhlas juga diulang. La Ilaaha Illa Allah. Setiap kali kalimah tauhid dibisikkan, degupan nenek mula tidak serata. Abang Taufiq tak lepaskan tangan nenek yang kesejukan. Sedih sungguh melihat abang-abang dengan air matanya. Saya juga tidak terkecuali. Seorang demi seorang mengucup dahi nenek. Saya mula tidak kuat. Saya keluar. Kebetulan, pada 10 Muharram saya berpuasa. Mereka semua pergi bersarapan. Tinggal saya sendiri di balkoni wad tersebut sambil membelek-belek akhbar. 9.30 pagi, abang menelefon, minta saya menjenguk nenek. Saya katakan, pak cik sudah ada di dalam. Saya tidak patuh pada arahan abang, kepala saya pening-pening. saya abaikan arahan abang. 9.40;saya melangkah ke wad nenek. Yes, dapat melepaskan diri melalui pintunya. Kalau tak,memang susah nak masuk.

Kebetulan, sewaktu saya masuk, saya dengar mesin bantuan pernafasan nenek mengeluarkan bunyi yang pelik. Saya panic. Ayah Cik minta saya memanggilkan abang-abang diluar.

Saya berlari keluar. Rasional hilang. Tiada lagi rasional. Saya berlari sehingga saya terlupa, pintu itu belum tentu boleh dibuka selepas ini. Saya keluar,memanggil abang-abang dan sepupu. Mereka berlari ke arah bilik nenek. Muka mereka mempamerkan pelbagai reaksi. Saya tidak memberi apa-apa jawapan. Kami menuju ke pintu. Dan memang, pintu itu tidak dibuka. Kami menekan loceng pintu. Tidak dibuka. Lama kami disitu. Pelbagai cara kami buat. Ya, pintu tidak dibuka. Saya tahu, abang menyalahkan saya kerana tidak menunggu di dalam sambil menelefon mereka supaya masuk. Tapi abang tidak menyuarakannya. Lama kami menunggu. Akhirnya pintu dibuka. Apabila kami masuk, saya Nampak Ayah Long berjalan menuju ke pintu. Muka ayah Long tak dapat dibaca. Saya menaikkan kening, reaksi bertanya keadaan nenek. Ayah Long hanya memberi isyarat tangan. Nenek tiada lagi. no more beat. Ayah Long menangis dan keluar dari Wad tersebut.

Kami adik beradik berlari ke bilik nenek. Seolah tidak percaya. Dari pukul 8 pagi kami menunggu. Hanya keluar sebentar pada pukul 9.15pagi untuk makan. Bila datang, nenek sudah tiada. Sebak sungguh. Pada mulanya saya bertenang. Saya menyuruh semua bertenang. Tapi tidak selepas beberapa minit kemudian. Air mata saya menderu laju akhirnya. Abang-abang juga demikian. Mak CIk dan Pak cik juga sama. Saya memberitahu ibu di rumah. Ibu tenang menerima berita pemergian nenek. Kata ibu, 'betul kata kakna, 10 Muharram yang ditunggu nenek. Hari kemuliaan. Hari kebesaran.' Kata-kata ibu memaksa saya menangis semakin laju. Saya pergi pada abang, saya pegnag erat tangannya. Meminta sedikit kekuatan. Kami mengucup dahi nenek bergilir-gilir. Seperti drama, mesin bantuan itu hanya menunjukkan garisan datar. Tiada lagi peak yang muncul.

Saya dan abang berurusan dengan doctor kemudian di ambil alih oleh Ayah Cik. Memandang jasad nenek kaku.

Nenek, akhirnya kau pergi tanpa sempat melihat aku. Nenek, akhirnya kau pergi tanpa sempat meninggalkan pesanan terakhir buatku. Aku tidak sempat meminta doa yang terakhir darimu. Namun, pesanmu beribu-ribu sewaktu hidupmu buatku takkan ku lupa,bakalku kenang selalu. Satu perkara yang saya selalu ingat, setiap kali saya pulang bercuti, dan bakal bertolak semula ke UIA, saya melawat nenek di biliknya. Saya kata pada nenek, saya nak pergi UIA, nenek jaga diri, makan ubat, pantang makan dan jangan lupa baca Riyadhussolihin 4 jilid yang saya hadiahkan. Nenek senyum dan beliau bakal berkata,

"Mak ni tatau laa sempat ke tak nak jumpa Na lagi lepas ni. Mak dah nak mati dah. Tak sempat tengok Na kawen."

Dan saya dengan selambanya berkata walau dalam hati rasa perit,

"Takpe, bulan depan Na balik lagi. Lagipun mak kena tengok Na kawen. Mak kena tengok suami Na dulu. Bakal suami kakak Mak dah kenal. Tak aci kalau Mak tak kenal suami Na."

"Mak rasa dah tak sempat.. Kalau tak sempat, Mak tunggu Na kat syurga. Kita jumpa di syurga nanti. Na kena datang syurga, jumpa Mak, dengan suami nanti.."

Uwaaaaaaaaaa… waktu pesanan nenek yang itu, saya menangis laju. Kemudian saya berlalu ke ruang tamu. Tidak sanggup. Nenek keluar menghantar saya ke UIA. Nenek menunggu di balkoni rumah saya. Nenek mengirimkan saya sedikit duet. Saya kata tak perlu, nenek kata, ini je yang nenek mampu bagi. Saya ambil. Nenek pesan jaga diri. Saya kata jangan risau. Bulan depan saya balik lagi. saya kata pada nenek, doakan saya, saya bakal exam mid sem. Nenek angguk. Saya salam nenek. Nenek cium saya. Ya, kami rapat. Memang rapat. Saya terus masuk ke kereta. Tingkap kereta saya buka. Saya lambai nenek. Nenek lambai sampai kereta tak kelihatan. Saya Nampak nenek tunggu di balkoni sampai saya di jalan raya. Nenek.. Nenek.. Rupanya itu kali terakhir nenek melambai saya pergi. Dengan pesanan nenek yang memang banyak sebelum ini, saya sangat sayang pada nenek. Teramat sayang. Subhanallah.

Saya pulang selepas 3 minggu di UIA kerana pemergian nenek.


Dan cerita pengebumian nenek bakal bersambung.


Dedikasi buat kakak di perantauan dan sepupu-sepupu yang berkenaan. Moga kalian yang tidak berada di sini, mampu merasai apa yang telah kami rasai di sini.

Alfatihah buat nenda kita. Moga dipelihara Allah. J


:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Kembali

1 comment:

Alhamdulillah.

Insya allah.

Terlalu rindu untuk kembali berbicara di sini. Terlalu mahu mengungkap cerita di sini.

Akhirnya kembali lagi.

Moga bakal mencoret penuh inspirasi.

Moga-moga dengan petunjuk Ilahi.


 

Bertuahnya andai bibir tidak henti mengalunkan asma' Allah. Betuahnya andai telinga tidak bisu mendengar kalimah Allah. Betuahnya andai mata tidak buta memandang kebesaran Allah. Betuahnya andai hati diserahkan pada Allah. Bertuahnya andai segalanya kerana Allah. Bertuahnya andai mati di jalan Allah. Betuahlah orang yang dipilih Allah. -Mari Menjadi Hamba Allah-


 

p/s: selamat tiba di kampung halaman jam 6 pagi tadi. Jalan sesak. Dengar cerita, ada bas kemalangan tengah jalan. Semakin bahaya. Moga Allah melindungi. Pesanan penaja, ikhlaslah bersolat musafir sebelum memulakan perjalanan. +_________+


:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Tuesday, December 14, 2010

May Allah bless her.

No comments:

It hard to say that. but I know, kalau Allah sayang Allah ambil jugak.

Sejak dari kecik, kami terlalu rapat. Dia mengajar aku menjadi kaki pondok. Dia mengajar aku menadah kitab-kitab pondok. Dia mengenalkan aku dengan Tok Guru Haji Abdullah Lubuk Tapah. Dia mengajar aku banyak perkara. Tauhid. Aqidah. Semuanya.

Hari ini, dia sudah tidak sedarkan diri. Mungkin esok dia tiada lagi? masya Allah, tidak bersedia menerima semuanya.

Moga Allah menguatkan jiwa hamba.

Teringat kitab Riyadhussolihin yang dihadiahkan untuknya. Kitab itu dia baca. Dia kaji dan dia terangkan pada saya. Sampai tak larat nak dengar. +___+

Tapi itu memberi kesan pada jiwa.

Bila saya sakit, dia setia disisi saya. Mengusap lembut kepala. Membisikkan keramat Allah..Allah.. dan segala doa yang menguatkan iman.

Subhanallah. Aku tidak bersedia kehilangannya. Tapi Allah lebih tahu segalanya.

Malam ini saya pulang ke kampung. Sambil menunggu diambil abang ipar. Tapi Abang Ki call. Nampaknya dia pun tak mampu berbicara.

Takpe abang. Kita sayang dia. Tapi Allah lagi sayang dia. Oh.. Grandma.. the only grandma.

Insya allah, esok pagi kami berkumpul semua di istana Kubang Batang.

Moga Allah permudah semuanya.

Kirimkan saya doa.


:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

UIA atau kemana?

No comments:

Semakin dekat dengan waktu, semakin kepala menjadi buntu.

Kenapa mesti ada resah di jiwa, andai segalanya ditawakkalkan kepada yang Maha Kuasa?

Antara diri dan keluarga?

Tidak mahu mana-mana pihak kecewa.

Mencari situasi WIN-WIN.

Dua-dua pihak menang. Dua-dua pihak tidak kecewa.

Tapi masih buntu dengan langkah yang akan diambil. Moga diberi pencerahan olehNya.

Kata seorang saudara,

"ANdai kita membawa Allah dalam hidup, menjadikan Allah matlamat hidup, menjadikan Allah sebaik-baik pergantungan, insya allah, kita tidak ditinggalkan Tuhan. Tapi pillihan tetap pilihan, perlu dilakukan."

Sukar membuat pilihan.

Disini sudah terasa sayang. Sudah jelas dengan jalan. Kalau kesana entah bagaimana jalan dan keadaan.

Disini sudah punya ramai teman dan banyak kenangan. Kalau kesana entah siapa sudi menemani, entah ada yang sudi mencipta kenangan.

Aah. Terlalu takut menghadapi hari mendatang. Pengecut kah?

Terimalah apa saja yang telah Allah tetapkan.

Istikharah dan buat pilihan. Insya allah jalan yang dipilih sebaik-baik jalan.

Tak kira dimana kita berada, kita corakkan dengan indah dan bahagia?

Andai mampu membuat diri dan keluarga bahagia, tentunya itu double triple tetra gembira.

Entah mana jalan yang ingin dituju. Berada di persimpangan memang memedihkan hati dan menduga iman.

Moga Allah memberi sebaek-baek petunjuk.

Petunjuk Allah itu hadir dalam pelbagai cara.

Mungkin hari ini semuanya entah apa perancangannya,

Mungkin esok jelas jalan yang mahu dipilih demi masa depan bersama.

Moga Allah membuka jalan dan melapangkan keadaan.


 

p/s: fikiran kacau dengan pelbagai perkara yang mengganggu mood. Subhanallah. Tengok lah hati ini Allah. Dan berikannya secebis ketenangan.


:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Khabar kurang enak dari kampung.

4 comments:

Alhamdulillah.


 

Tadi ibu call. Mendengar berita dari kampung, memang hati rasa tak keruan. Subhanallah. Semoga Allah memudahkan segala urusan di sana.


 

Kalau ikutkan hati, mahu pulang. Tapi peperiksaan memang menghalang. Terlalu banyak yang perlu difikirkan.


 

Kalau perlu, saya tetap akan pulang. Tapi buat masa sekarang, belum lagi. doa saya terus menerus panjatkan, moga ibu dan keluarga dilapangkan segala urusan.


 

Semoga mereka di sana sihat-sihat semuanya. Ya Allah, sembuhkan mereka. Berikanlah kesihatan yang baik buat mereka. Ampunilah dosa-dosa mereka.


 

Saya sangat berdoa, memohon dengan sangat, moga ibu dan keluarga sihat-sihat di sana. Huh.


 

Dugaan sungguh pada jiwa. Tak tenang dibuatnya. Katakana pada hati, sereahkan semuanya pada Allah untuk dijaga.

Maka, saya bertawakkal semuanya. Mengapa masih perlu ada resah di hati andai telah ditawakkalkan kepada Tuhan segalanya?

Husna, bertenanglah. Utus doa jangan henti moga semuanya baik-baik saja disana.

Insya allah.

Mohon doa kalian jua. Moga mereka di sana kembali sihat dan moga saya disini mampu bertenang dan tidak berserabut.

Ibu, maaf. Bakalku pulang jua nanti. Namun doaku berterusan moga diringankan segala beban disana. Ya Allah, aku mohon dengan sangat. L


 

Husna, jangan mudah lemah semangat. Tawakkalkan semua pada Allah. L


 

p/s: terasa mahu terbang ke sana. Mahu melihat dan membantu apa yang patut. Mahu meringankan beban mereka. Mahu meriangkan hati mereka. Mahu memberi sokongan moral buat mereka. Tabahlah keluargaku, Allah menguji kerana kita mampu. Allah tidak menzalimi kerana Dia maha Tahu. Insya allah, ada hikmahnya yang tertentu. Sabarlah hati. Tabahlah hati. Tenanglah hati.


:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Apapun, saya tetap doakan kamu.

9 comments:

Ada orang kata, eh lama tak jumpa. Awak ni sombong. Susah nak borak-borak macam dulu.

Itu memang diakui. Saya tak dapat nak spend masa macam dulu. Lepak kat bilik orang sampai pagi. Nope. No more lepaking session.

Tapi tak semestinya kita tak jumpa, kita tak borak, kita tak makan sama-sama, saya lupakan awak. Tidak sama sekali.

Kawan-kawan, awak selalu dalam doa saya. Kalau boleh saya nak spend masa dengan awak, seperti dulu. Macam kat DQ dulu. Lepas balik masjid, kita lepak, borak-borak. Kongsi masalah dan sebagainya. saya pun rindu. Nak makan sama-sama dengan awak. Tapi saya mohon maaf, saya tidak sehebat orang lain yang mungkin hebat dalam pengurusan masanya. Saya mohon maaf.

Sahabat, tak mengapalah jarang berjabat tangan, asalkan hati berpaut berpanjangan.

Tak mengapalah jarang bertentang mata, asalkan jiwa saling merindui saat bersama.

Tak mengapa andai tak berpeluk erat, asalkan simpulan ukhwah tetap mantap.

Saya juga merindui saat-saat persahabatan, seperti kamu merinduinya.

Saya juga mendambakan masa untuk bersama kamu.

Percayalah, apapun keadaannya, saya tetap kenang kamu dalam doa, kerana kamu sahabat, kamu pernah membantu saya susah dan senang.

Kamu pernah menjadi penyejuk jiwa di waktu keadaan tegang.

Kamu pernah menjadi perungkai masalah di waktu hati dirundum pelbagai mehnah.

Kamu sahabat. Kamu teman sejati.

Diamnya saya bukan kerana melukai, bukan kerana mahu menjauhi,

Kerana kadang-kadang saya terpaksa meninggalkan sesuatu demi sesuatu yang lain.

Dan kadang-kadang saya tak mampu buat banyak perkara dalam satu masa.

Itu kekurangan saya.

Mohon ampun dan maaf. Sahabat!


Hari ini pun Abang merajuk. Katanya, saya tak pulang walau dia demam teruk.

Abang, walaupun saya tak bersama denganmu, jiwa saya memang berada di kampung. Tanyalah mereka yang mengetahui keadaan saya apabila mengetahui abang demam teruk. Disahkan denggi. Saya tak keruan. Menitis air mata kesedihan. Saya mahu pulang, tapi keadaan tak mengizinkan. Maka, hanya doa yang mampu saya titipkan. Moga-moga Tuhan memberi kesembuhan. Siapa kata saya tak risaukan keadaanmu? Tak mungkin.. itu mustahil. Saya risau. Saya terlalu risau. Tapi abang juga pernah kata, "adik abang bukan milik abang sorang, tapi milik semua orang..". maka, disaat abang demam, saya terpaksa menunaikan amanah pada orang lain, walaupun roh dan jiwa saya mahu terbang menjenguk abang. Maafkan saya, andai saya tak mampu menjadi adik yang baek. Tapi percayalah. Saya sentiasa doakan kalian, semua.


:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Subhanallah – Lihatlah penguin itu!

No comments:

Penguin hidup di bahagian kutub planet kita. Keadaan unik kawan

kutub ini ialah ia amat sejuk dan sentiasa ditutupi dengan salji dan

ais. Cuacanya terlalu sejuk hingga membentuk glasier di bawah laut.

Sekarang, fikirkan kesejukan yang orang-orang alami ketika

bermain bola salji di musim sejuk.

Mereka merasa sejuk walaupun mereka memakai baju bulu, kot,

topi, sepasang kasut dan skaf. Ketika mereka bermain bola salji,

suhunya hanya sekitar 10 darjah selsius bawah paras beku. Penguin

pula hidup di tempat yang suhunya rendah sehingga 400 C bawah

paras beku.

Tambahan pula, penguin tidak mempunyai kot, baju bulu

atau sarung tangan, dan mereka tinggal di tempat yang

jauh lebih sejuk daripada tempat kita. Mereka berjalan

di atas ais tanpa kasut dan mereka tidak pula jatuh

sakit.

Mereka tidak mempunyai rumah. Mereka tidur di atas

ais. Jika kamu berbaring di atas ais selama beberapa minit, kamu

pasti akan jatuh sakit. Tetapi, tiada apa-apa yang berlaku kepada

penguin, mengapa?

Kerana Allah telah menjadikan mereka

sedemikian rupa sehingga membolehkan

mereka hidup di sebuah persekitaran yang

sejuk. Badan penguin dan sifat-sifatnya amat

berbeza daripda tubuh kita. Kerana itu, ia

dapat hidup di dalam cuaca paling sejuk tanpa sebarang kesukaran.

Allah telah membaluti tubuh penguin dengan sekeping lapisan lemak

yang tebal, supaya ia tidak merasa sejuk. Lapisan lemak ini

melindunginya daripada merasa sejuk, dan bertindak sebagai kulit.

Sedangkan, lapisan lemak di sekeliling tubuh kita amat nipis dan

kerana itulah kita mudah merasa sejuk. Sebab itu juga kita perlu

memakai pakaian tebal ketika cuaca sejuk.

Penguin mempamerkan

kesetiaan yang hebat kepada

telur dan anak-anaknya.

Penguin mengeram telurnya

ketika cuaca sangat sejuk.

Tidak seperti makhluk lain,

bukan penguin betina yang

mengeramkannya tetapi si

jantan. Penguin betina hanya bertelur sebiji dan kemudian

meninggalkannya kepada penguin jantan. Ia berjalan jauh untuk

mendapatkan makanan kepada suami dan anaknya. Kerana mereka

dikelilingi ais dan salji, ia perlu berjalan jauh untuk mendapatkan

makanan.

Penguin jantan mengeram telurnya selama empat bulan penuh. Ia

membawa telur ini di antara kedua kakinya dan sepanjang empat

bulan ini, ia sekali pun tidak pernah meninggalkan telur ini. Jika ia

melakukannya, telur tersebut akan membeku

dan mati di dalam beberapa minit sahaja.

Penguin jantan ini begitu sabar,

sehinggakan sepanjang empat bulan ini ia

bergerak dengan telur berada di antara kedua

kakinya. Kerana itulah ia tidak dapat berburu

dan dan sentiasa lapar. Cuaca sangat sejuk.

Jika cuaca menjadi terlalu sejuk, penguinpenguin

jantan akan berkumpul bersama walaupun mereka mambawa

telur di kaki mereka.

Mereka menghampiri satu sama lain, membentuk bulatan, dan

dengan cara ini, dapat memanaskan diri mereka. Mereka bertukar

kedudukan supaya penguin yang berada di luar bulatan akan merasa

panas juga. Apabila telur tersebut amper menetas, ibu penguin

pulang daripada berburu. Ia memberi makan kepada anak kecilnya

dengan makanan yang disimpan di dalam temboloknya.

Untuk mencegah bayi tersebut daripada kesejukan, ibu bapanya

membawanya di antara kaki mereka dan memanaskan badannya

dengan tubuh mereka.

Seperti yang kamu lihat, Allah telah mengurniakan makhluk hebat

ini beberapa sifat yang mengkagumkan. Allah menjadikan penguin

badan yang dapat melindungi dirinya daripada kesejukan, dan

menjadikannya begitu taat setia. Kerana mereka amat dedikasi,

mereka memelihara anak-anak mereka. Sifat-sifat ini telah

diberikan kepada penguin berjuta-juta tahun dahulu. Penguin yang

hidup dahulu dan kini tidak berubah walaupun sedikit dari segi

kesetiaannya.


 

p/s: sambil meneliti fail-fail aktiviti yang menarik untuk dipilih, rasa tertarik pula untuk dipostkan di sini. Menarik cerita penguin ni. Hebat sungguh percaturan Allah. Jom kita maen catur jgk lah! Fening juga mencari modul yang terbaek. Yang mampu memberi kesan. Dan yang tidak membosankan. Moga Allah memberi petunjuk serta pencerahan. Ameen. J


:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Monday, December 13, 2010

Asing untuk yang asing. +___+

1 comment:

Telah bersabda Rasulullah saw, yang bermaksud:

Enam perkara yang dipandang asing di enam

tempat, iaitu:


1. Masjid adalah asing di kalangan orang-orang

yang tidak sembahyang di dalamnya.


2. Al-Quran adalah asing di rumah orang-orang

yang tidak mahu membacanya.


3. Al-Quran juga adalah asing di dalam hati

orang-orang yang fasik(iaitu orang-orang yang

tidak mahu mengamalkan isinya).


4. Seorang muslimah yang soleh dipandang asing

di sisi lelaki yang zalim, yang buruk perangainya.


5. Lelaki muslim yang soleh adalah asing di

samping perempuan yang hina,yang buruk

akhlaknya.


6. Dan... orang alim adalah asing di kalangan

kaum yang tidak mahu mendengar nasihatnya.


Kemudian Nabi Muhammad saw bersabda:

"Sesungguhnya Allah SWT tidak akan

memandang

mereka di hari kiamat dengan pandangan

kasihan."


:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Si Comel +____+

No comments:
Munir sewaktu masih di Johor Bharu. Pakai bedak selalu putih macam ni, kalau tak dia kata, "Buat apa pakai bedak kalau tak putih pun?"
Munir dah pandai berenang. selalu asah bakat kat Kolam Renang Senawang. Penakut, tapi kalau berenang, memang terror. Tengok la sapa ajar. +___+
Gembiranya dia pergi melancong. Hensem sungguh! Munir suka tegur kalau lepas solat tak baca Quran, "Cikna ni tak baca Quran ke? Munir tengok lepas solat cikna tak baca pun? Nanti kubur cikna jadi gelap. Kalau Cikna baca Quran, nanti kubur cikna ada lampu-lampu."
Tak sangka penakut-penakut Munir pun boleh naik sampan sorang-sorang. Munir paling takut lipas. Sebut je lipas, pasti kita kena panjat. Aduh..
Budak ni bijak pandai. Jalan sikit je dia kata, "Kaki Munir lenguh la. Munir tak boleh jalan lagi, nanti kaki Munir tercabut." Ha, tu tandanya dia nak suruh orang dukung dia la tuh. Kalau yang tatau taktik dia, memang selalu tertipu. Munir, Cikna dah tau dah taktik Munir, tapi Cikna sayang Munir, Cikna dukung jugak kalau Munir penat. Hehe. +___+

p/s: sekarang Munir di Kampung (Kelantan). Argh... Hati memang mahu pulang ke Kampung jugak!! Sabarlah jiwa tarbiyyah!

~Belajar Tarbiyyah Aulad bermula dari sekarang. Belajarlah dari pengalaman dan persekitaran. Jangan belajar teori saja, perlu ada praktikalnya. Mendidik anak bukan tugas yang kecik, malah amanah dari Allah. Kita nak lahirkan Mujahid. Kita nak lahirkan generasi Islam yang bakal menjulang kemenangan. Semuanya bermula hari ini. Cemburu dengan Kak Nurul dan Ust Syaari yang bakal menimang cahaya mata Al-Fateh nya tak lama lagi. Baitul Muslim yang hebat!~
:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

“AKAD” yang tidak menghalalkan. (PART 5)

4 comments:

Salam. Teruja pulak menulis tajuk ini, sehingga menjadi 5 bahagian sudah.

Kali ini, saya membawa sebuah kisah reality yang berlaku di dalam family. J

Saya teringat terimbau kenangan di majlis pertunangan kakak saya pada aidilfitri yang lalu.

pesan seorang ayah,

"Kami ni sebuah keluarga yang tidak berharta. Kami tidak punya tanah-tanah untuk diwasiatkan, kami tidak punya apa-apa harta yang boleh dibanggakan. Kami Cuma ada sebuah harta yang dipanggil 'MALU'."

Semua diam, keadaan jadi sunyi, tak faham apa maksud yang ingin disampaikan. Ada antara tetamu yang berbisik-bisik sesame mereka. Saya sendiri buntu. Saya jelling abang dan kakak ipar di sebelah. Abang saya angguk. Beliau faham ke? Saya masih bercari-cari maksud ayat tersebut.

"Malu disini membawa pelbagai aspek. Kami malu andai anak-anak kita yang bertunang hari ini tidak menjaga batas-batas yang ada. Kami malu andai anak-anak kita nanti tidak menghormati hukum Allah yang sedia ada. Maka, kami wariskan 'MALU', harta yang kami ada ini kepada anak-anak kita yang baru saja melangkah kea lam pertunangan. Moga-moga mereka malu untuk membelakangkan agama. Moga-moga mereka malu menconteng arang ke muka kita. Moga-moga mereka malu berlebih-lebihan dalam bercinta. Moga-moga anak-anak kita mewarisinya.." terang ayah.

Saya mula terkesima. Telah aku diwariskan dengan malu. Malu untuk melakukan perkara yang tidak sepatutnya. Malu dengan perkara-perkara yang mengundang murka Tuhan. Abang di sebelah mula menyampuk,

"Kerana malu itu separuh dari iman, maka kami wariskan malu itu pada kalian.. Moga kita sama-sama punya iman yang mampu menjaga diri dan keluarga dari tercampak ke lembah kehinaan."

Pesanan yang saya kira cukup terkesan. Kita perlu malu. Malu untuk membelakangkan hukum Tuhan. Kita perlu malu, pada manusia yang melihat kita melakukan dosa tanpa segan.

Andai malu itu tiada, apa lagi yang kita ada? Malu itu separuh dari keimanan, andai malu itu tiada, maka tiadalah separuh dari iman.

Maka semua berlapang dada.

Saya cuba membuat analisa sendiri dari pesan ayah. Mendalam maknanya. Saya berbincang juga dengan abang dan kakak. Ya, memang benar-benar 'ada' maksudnya.

Kalau kita buat dosa, kita tak malu pada Tuhan. Kita bercinta, sampai orang tahu, pun kita tak segan, padahal itu dosa dankesalahan. Maka, terbuktilah tiada malu dalam jiwa kita.

maka di mana keimanan?

Pesan seorang ustaz, yang masih terngiang di telinga mata dan kepala,

"awak solat,awak puasa, awak tunaikan ibadah sepanjang masa, tapi andai awak tak mampu melawan diri dari melakukan dosa, semua itu tak bermakna. Bukankah solat itu sendiri mencegah dari perbuatan mungkar? Andai itu tidak Berjaya, apa lagi yang nak awak harapkan?"

Sewaktu mendengar ayat ini, saya memberontak. Tapi lama-kelamaan saya mula sedar. Buat apa kita solat,puasa kalau kita mencuri?

Buat apa kita solat, puasa baca Quran, tapi kita melakukan dosa tanpa segan silu?

Apakah kesan solat pada kita? Kitalah yang mengetahuinya.


Kalau malu itu tiada, apa lagi yang tinggal untuk kita?


Maka, berlangsunglah pertunangan kakak di hari mulia. Alhamdulillah. Banyak pengajaran yang diambil. Kebetulan, keluarga yang bakal berbesan pun, tak kurang hebatnya. Perkataan yang keluar dari mereka penh hikmah dan bijaksana. Sewaktu di dalam majlis kakak, saya belajar banyak perkara. Pertunangan bukan lessen untuk lebih bermesra, tapi lessen untuk lebih perlu menjaga. Kerana andai tidak dijaga, dimana mahu dicari keberkatan berumahtangga?


Sewaktu kakak meminta kebenaran untuk bertunang,

Saya masih ingat pesan ibu,

"Bila bertunang, bukan nak suruh makin rancak bercinta, tapi nak suruh berpada-pada. Bila dah tunang, tak perlu risau apa-apa. Dah diikat adat dan agama."

Itu tunang, yang couple pulak bagaimana?


Andai malu itu tiada, apa lagi yang kita ada?


Andai iman didada dikaburi keindahan cinta sementara, bagaiman lagi ia mampu membezakan antara dosa dan pahala?


:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.