♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Tuesday, August 30, 2011

Jangan rosakkan AidilFitri anda!

No comments:

Lepas ni mesti dah susah nak update blog. Kalau lappy ON pun, yang ada depan lappy ni mesti budak empat orang tu (anak saudara). Diterkamnya dengan begitu ganas walaupun nak tekan ENTER je pun. Aduh. Sabarlah!
Makan berpada-pada
Bila hari raya, tidak ada lagi sahur di awal pagi. Dan asal raya je mesti banyak makanan sodap-sodap. Nasi impit, biskut Almond London, soto, nasi minyak, sate, macam-macam lagi lah. Waktu ni, dinasihatkan untuk makan berpada-pada. Kalau dah kenyang, jangan sumbat lagi. kadang-kadang, bila hari raya, semua orang jadi malas nak beribadah sebab makan banyak sangat. Bukan tak boleh kalau nak makan semua jenis makanan, tapi setiap jenis tu makan sikit-sikit pun dah memadai. Esok lusa makan lagi. jangan hari raya pertama, semua benda nak makan. Kita juga mesti jaga kesihatan. Nanti ada pula yang cirit-birit, muntah-muntah akibat makan banyak sangat. Kena jaga kesihatan, tuntutan tu. J Jadi anda semua dinasihatkan mengawal nafsu makan. Tunjuklah akhlak seperti orang muslim yang bertaqwa. Jangan makan macam esok dah tak boleh nak makan. J

Makanan selalu membuat manusia malas. Malas beribadah adalah penyakit yang patut kita takut!

Pakaian lawa-lawa
Bila raya, kita disunatkan memakai baju baru. BAJU BARU tak bererti baju yang melilap-lilap macam artis dok pakai tu. Kadang-kadang, bila raya penat nak tengok baju cantik-cantik, tapi sayang tak tutup aurat. Dengan cara begitu ke kita meraikan kemenangan kita selepas sebulan berpuasa menahan nafsu? Waktu nak shopping hari raya hari tu, saya tengok, banyaaaak sangat dijual di pasaraya, baju yang jarang, kain tak cukup, sengaja di kecikkan di bahagian-bahagian tertentu dan macam-macam lagi la fesyen zaman Dajjal ni. Baju kurung pun dah jadi seksi bila pakai. Maklumlah, jarang sangat kainnya. Malu nak tengok.

Di samping itu, berhati-hati juga bila kita berpakaian. Kalau dah menutup aurat, takut nanti tabarruj pula. Tak perlulah nak tampal mekap dua inci kat muka. Gincu merah menyala. Kening melentik panjang. Tak perlu rasanya. Kalau pakai tudung tu, tak payah nak bergaya lebih-lebih sampai orang tengok pun terkejut.

Berpakaianlah ala-kadar. Jangan pula bila hari raya, tapi tak pakai baju baru. Pakai seluar track dengan t-shirt putih yang dah nak berubah jadi hitam. Jangan macam tu pula.

Ambil sunnah, jangan sampai punah.

Tak guna lawa di dunia, tapi seksa di akhirat.

Ziarah dan silaturrahim
Bila hari raya, amalkan ziarah menziarahi. Jangan duduk terperuk habiskan biskut raya anda seorang diri. Kemudian, kalau ada orang datang bagi salam pun, anda diamkan diri dalam rumah, sebab malas nak layan tetamu. Masya ALLAH. Jangan pandang remeh dengan bersilaturrahim.

Kalau ada sepupu-sepapat buat open house, rajinkan diri anda untuk memenuhi jemputan. Jangan jadi kera sumbang yang tidak suka bersosial dengan orang lain.

Waktu ni kita nak kenal semua saudara-mara kita. Yelah, bila hari raya biasanya semua orang ada di kampong halaman masing-masing.k kalau ziarah, bolehlah jumpa ramai-ramai. Bertemu mata, berjabat tangan, bertegur mesra. Itulah hari raya. Bukan pesta makanan. J

Bukankan menyambung silaturrahim itu tuntatan ISLAM?

Muamalat dan Ikhtilat
Bila dah bertemu saudara-mara, kena jaga batas pergaulan. Walaupun dengan sepupu, kita tetap ada batas-batasnya. Tak boleh bersalaman dengan berlainan jantina. HARAM tetap HARAM. Jangan pula bila hari raya, semuanya jadi OK dan BOLEH BELAKA! Nanti keberkatan Aidilfitri terbang dek kerana ikhtilat tidak terjaga.

Berhati-hati juga dengan sahabat berlainan jantina. Kadang-kadang ternampak bila aidilfitri, keluar beraya bersama sahabat satu sekolah, satu university ke, tapi sayang, macam-macam terjadi. Tidak menjaga pergaulan dan tidak peka dengan ikhtilat. Minta jauh… J

Berhati-hati dalam bermuamalat, jangan sampai menjadi ikhtilat!

Jangan memBAZIR
Aidilfitri memang kaya dengan makanan. Banyak biskut raya, banyak makanan, dan serba banyaklah. Pastikan anda dan keluarga mengelak pembaziran. Jangan terlalu diturut nafsu, kelak yang menanggung ruginya diri sendiri.

Ingatlah, ada golongan yang tidak bernasib baik tidak mampu untuk hidup mewah dengan makanan seperti anda. Beringat-ingatlah agar kita tidak hilang rasa bersyukur dengan apa yang kita ada.

Pembaziran itu amalan syaitan. Jangan hari raya nanti anda pula menjadi sahabat syaitan!

Hantu Televisyen
Sempena hari raya ni, terlalu banyak siaran TV yang terpampang di dada televisyen kita semua. Rumah saya yang tak ada astro pun dah rasa terlalu banyak iklan rancangan TV yang menarik sempena aidilfitri. Kalau yang ada astro tak tahulah macamana.

Jangan rosakkan aidilfitri anda dengan terlalu membuang masa menonton TV. Memang banyak cerita menarik yang disiarkan di TV, dan biasanya tiada di hari-hari biasa. Tak mengapa. Tak rugi pun kalau tak tonton. Rilek la.

Kalau ada masa lapang dan terluang tu, boleh la tilik-tilik TV tu, tapi jangan sampai menunggu rancangan TV berjam-jam sampai tak terziarah rumah saudara-mara.

TV itu adalah SYAITAN kecil yang selalu menggoda manusia menjadi alpa dengan MASA!

Istiqamahkan 'Ramadhan'
Kalau waktu Ramadhan kita istiqamah melakukan solat sunnat tahajud, solat sunnat taubat dan solat sunnat rawatib, jangan pula bila hari raya, kita seolah-olah lupa dengan amal ibadah kita. Teruskan membuat amal ibadah. Malah, kalau boleh gandakan lagi. sebab bulan Ramadhan, ALLAH lipat gandakan pahala. Buat sikit, dapat banyak. Kalau bulan biasa, nak dapat banyak pahala kena buat banyak amal soleh kan? Jadi jangan berhenti melakukan ibadah yang anda lakukan seperti waktu Ramadhan yang baru saja melabuhkan tirainya.

Waktu Ramadhan dulu, kita mampu solat terawih paling sedikit 8 rakaat, apa salahnya kita kekalkan momentum solat sunnat walaupun untuk 2 rakaat? Boleh. Anda boleh. Kita semua boleh. Bergantung pada kemahuan dan keinginan anda sendiri! J

Ramadhan pergi, tetapi IMAN mesti lebih MENINGGI!







*Demikianlah penulis meninggalkan semua sahabat alam maya dengan pesanan-pesanan serta inzar untuk kita saling menjaga keberkatan aidilfitri kita. Jangan rosakkan aidilfitri anda. J
Di samping itu, suka untuk penulis mengambil kesempatan yang ada untuk memohon jutaan ampun dan maaf. Bukan sekiranya melakukan kesilapan, tetapi saya yakin saya melakukan kesilapan kerana saya terlalu dhaif dan hamba biasa yang tidak lari dari salah silap dan dosa. Maka, lapangkanlah dada kalian untuk memaafkan semua kesilapan saya.
*saya amat berbesar hati sekiranya ada apa-apa perhitungan yang masih belum selesai dengan saya, saya jemput kalian mampir dan kita hitung semuanya. Saya risau, kelak di akhirat, saya terlalu banyak perhitungan sehingga boleh menyebabkan saya ke neraka jahannam kerana tidak menjaga hubungan dengan manusia. Nauzubillah.
*kalau ada hutang duet, boleh contact dan minta bagitau saya. Mungkin saya terlupa. Kerana saya manusia yang terlalu dhaif.
Akhirul kalam,

Saya dan keluarga mengucapkan,

SELAMAT
HARI RAYA
AIDILFITRI
kepada semua yang mengenali insan dhaif ini.


p/s: Saya menjemput semua hadir ke rumah terbuka pada hari raya pertama di teratak saya di Kubang Batang Pasir Mas Kelantan. Nak datang, SMS dulu. J


wallahu A'lam.

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Monday, August 29, 2011

DIARI akhir RAMADHAN

1 comment:

Bismillah Alhamdulillah.



Ramadan is not over yet, and the last 10 days are not over yet, so it's not time to take it easy yet. As the Arab proverb says: "Good horses speed up when they get close to the finishing line." The race is still on, and the finishing line is Eid, so we still a chance to do more to get closer to Allah swt :) - Maher Zain


Detik 29 Ramadhan diharapkan lambat berlalu. Betapa hati ini mengharap Ramadhan tidak berlalu pergi. Mahu terus bernafas dalam jiwa Ramadhan. Tapi apakan daya, Syawal bakal menggantikan Ramadhan. Syawal juga bulan dimana kita boleh mengaut sebanyak mungkin pahala dengan menziarah saudara mara, menghubung silaturrahim, puasa enam dan sebagainya. Maka rugilah orang yang tidak mengambil peluang di bulan Syawal untuk mengaut sebanyak mungkin pahala ibadah.

Alhamdulillah. Rumah mula dipenuhi adik-beradik. Macam-macam cerita nak kongsi. Seronok. Anak saudara pula dah semakin membesar. Seronok dapat layan depa empat orang tu. Macam-macam karenah. Semalam abang Taufiq bawa balik kucing Parsinya dengan 'kandang'nya sekali. Tiba-tiba saya tengok Ali, anak saudara yang bongsu masuk dalam kandang kucing tu. Masya ALLAH! Waktu tu semua orang sibuk nak buka puasa. Si Ali dan Si Naim tu dok operate kandang kucing sampai pecah dua! Telatah mereka mencuit hati sungguh. Itu tak kira lagi kalau mereka gaduh berebut mainan. Terpaksalah usahakan semuanya kena ada dua. Ada sekali tu mereka berebut lampu suluh. Sampai nangis-nangis. Terpaksalah ayah pergi selongkar stor cari lampu suluh lagi satu. Sabar sajalah. Kalau pagi-pagi, kena suapkan mereka nasi. Yang ni paling menggoda iman. J

Persiapan hari raya tidak ada yang istimewa. Seperti biasa, rumah using ni tak perlu decorate banyak-banyak. Kebetulan, sebelum kenduri kahwin kakak Jun lalu, dah banyak setelkan rumah. Jadi bila raya, tak ada apa yang perlu nak touch up. Kalau anda belum kemas rumah anda, bersiap-siagalah. Jangan nanti tetamu datang, terkejut tengok rumah macam tongkang pecah. Bukankah rumah itu melambangkan peribadi penghuninya? J

Pagi ni, kami sekeluarga bercadang nak melawat sepupu saya di hospital USM Kubang Kerian. Kalau tak silap,24 Ogos baru-baru ni beliau kemalangan. Sangat teruk. Masya ALLAH. Saya dah pergi melawat hari Rabu hari tu. Kepalanya membesar macam belon. Kata doctor, pendarahan yang berlaku kat otak berlalu banyak. Patutlah asyik keluar darah aje ikut telinga, hidung, mulut dia. Kemalangan yang melibatkan 4 orang. Semuanya orang kampong saya. Sekarang sepupu saya juga masih koma, belum sedarkan diri. Waktu melawat beliau hari tu, beliau di tempatkan di Wad ICU Neuro. Maka, terjumpalah saya dengan Doktor Irsyad. Kantoi dengan dia dah lama tak datang specialist neuro. J Bila saya tanya pada Doktor berkenaan sepupu saya, katanya 'tunggu masa saja samada cepat atau lambat wallahu a'lam, tapi kami doctor tak boleh buat apa-apa dah. Boleh tengok dan pantau sajalah.' Umur sepupu saya baru mencecah 15 tahun. Wallahu a'lam bagaimana kemalangan itu boleh berlaku, takde sapa pun tahu. Kebetulan berlaku waktu malam, kami sedang solat terawih. Depa pi naik motor nak pi beli baju raya rasanya. Dugaan juga buat keluarganya sempena aidilfitri kali ni. Beraya di hospital nampaknya.

Pesanan penaja, jangan drive kereta/motor laju-laju. Anda bukan saja menyusahkan diri anda sendiri, tetapi orang lain juga. Ayah selalu pesan, "Kakak naik motor laju-laju, kalau terus mati takpe, tanam je kat kubur. Tapi kalau patah kaki, patah tangan, lumpuh tak boleh gerak, itu menyusahkan orang." Dulu, waktu zaman sekolah dulu, selalu sangat pandu motor laju-laju, tambah-tambah bila dah terlewat nak ke sekolah. Sekarang dah insaf sikit. J

Dalam keseronokan nak berhari raya, risau juga dengan persediaan nak ke Kuantan. Bimbang tak terselesai semuanya. Nanti ada pula urusan yang tertinggal. Menyusahkan orang lain pulak nanti. Masya ALLAH. Semoga semua urusan ke Kuantan mampu diselesaikan dengan baik insya ALLAH, Ameeeeen! J



Ramadhan Masih bersisa walaupun beberapa jam. Manfaatkan sebaeknya. Kalaupun ini bukan Ramadhan terakhir kita, siapa tahu Ramadhan akan datang kita tidak punya banyak masa lapang seperti tahun ini untuk mempertingkatkan ibadah.



sedih tika solat subuh terakhir dlm ramadhan,kalaulah semua bulan jadi ramadhan dan semua mlm jadi lailatul qadr, sebab rasa malaikat maut makin menghampiri bila baca akhbar hari2 org lain yg pergi,tentu tak lama giliran sendiri, Ya Allah!ampuni kami, ibubapa,anak2 dan adik beradik serta rakyat didlm negeri kami dipenghujung ramadhan ini serta kurnia dan kembalikanlah royalti petroleum utk kerajaan Kelantan!Amin  - Kak Mumtaz Md Nawi

Semoga ALLAH memberkati kalian dan keluarga. J

Ramadhan terakhir, moga terpilih menyarung jubah TAQWA stlh grad drpd madrasah Ramadhan~ Izzati Johari


p/s: takde sape ke nak ajak saya ziarah ke rumahnya? Ehhe. Sedih je bunyinya.
Wassalam J

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Friday, August 26, 2011

Bakal Berakhir T.T

2 comments:

Alhamdulillah.


diari ramadhan 2011 bakal berakhir. Subhanallah... =(


25 Ramadhan

Tinggal empat hari lagi kita bakal berpisah dengan Ramadhan Al-Mubarak. Perasaan anda bagaimana? Adakah gembira sebab lepas ni senang lenang boleh makan di waktu siang? Atau gembira sebab tidak perlu bangun awal pagi untuk bersahur?

Atau mungkin.. kita merasakan kesedihan yang teramat untuk berpisah dengan Ramadhan. Sedih. Bulan ini penu barakah, Berjaya mendidik nafsu kita. Berjaya melemahkan nafsu kita. Bukan itu saja, malah bulan ini adalah gedung pahala yang cukup-cukup lumayan. Masya Allah.

Seringkali saya tertanya-tanya pada diri sendiri. apakah perubahan yang mahu aku bawa untuk Ramadhan kali ini? Maknanya, KPI kita untuk Ramadhan kali ini.

Sewaktu tingkatan tiga, waktu muda remaja dulu, Ramadhan itu saya gunakan untuk melatih diri Qiam. Sejak Ramadhan tahun 2005, saya belajar untuk bangun awal sebelum Subuh dan Qiam sekurang-kurangnya dua rakaat solat sunnat tahajud. Disitulah saya membiasakan diri dengan qiam.

Maka, saya terfikir, apa pula untuk Ramadhan kali ini? Enam tahun berlalu. Tak mungkin momentum Qiam masih sama seperti dulu. Mungkin sekarang membaek sedikit. Paling kurang Qiam dengan empat rakaat. Dua rakaat taubat diteruskan dengan dua rakaat tahajud. Kali ini, perlu perubahan yang lebih baek. Perubahan bukan untuk setahun dua, tapi untuk selama-lamanya.

Anda bagaimana? Apa KPI anda untuk Ramadhan kali ini? Teruskan untuk berpuasa sunnat Isnin dan Khamis? Atau mahu konsisten baca Quran paling kurang sejuzuk sehari? Atau bagaimana? Terpulang. Asalkan segala amal ibadah itu kita lakukan sebagai santapan rohani kita. Makanan buat jiwa kita. Agar tidak mati ditelan kabus nikmat dunia. insya ALLAH.

Pencarian Lailatul Qadar

Bagaimana pencarian anda? Sederhana? Atau biasa saja? Walaupun tak dapat iktikaf kat masjid, sekurangnya bangun awal untuk Qiam. Kalau ada yang mampu tak tidur tu, memang saya salute sangat. Tapi kalau saya sendiri, tak mampu untuk tidak tidur. Sekurang-kurangnya tidur sekejap 2-3 jam. Kemudian bangun semula. Baru rasa segar dan bertenaga. J

Masih bersisa Ramadhan. Jangan dijangka-jangka malam tertentu untuk beribadah. Anda akan rugi sekiranya jangkaan atau ramalan anda tidak berhasil. Lebih baek borong semua kesepuluh malam. Beribadah sebaeknya, semaksimanya. Banyakkan doa. Jangan doa nak dapat 4.0 flat je. Atau jangan doa nak kawen lelaki soleh je. Mesti doa ditsabatkan iman. Dikekalkan istiqamah. Digolongkan dalam golongan orang yang bertaqwa. Dan dikurniakan hidayah dan taufiq berpanjangan. Itu baru ada class! Jangan doa untuk dunia saja, akhirat pun kena doa juga. Moga dibebaskan dari seksa kubur, seksa api neraka dan diberikan husnul khatimah, insya ALLAH, ameeen!

Lagi satu, kalau nak berdoa, jangan tunggu Lailatul Qadar saja. Setiap masa pun berdoalah. Lagi-lagi dibulan Ramadhan. Bulan yang memang dijanjikan ALLAH penuh barakah. Jadi, banyakkan doa senantiasa. Bukan waktu qiam saja. Bukan waktu nak berbuka puasa saja. Dan yang paling-paling penting, jangan lupa minta keampunan dari ALLAH atas dosa-dosa kita yang menggunung tinggi. Moga keluarnya dari madrasah Ramadhan kita menjadi orang yang bersih tanpa dosa. Dan hati pun bertenaga untuk melaksanakan amal soleh. Insya ALLAH. J

Debaran hari raya kian mendekat.

Debaran? Macam apa pulak bunyinya.

Ya, berdebar. Entah bagaimana lebaran kali ini diraikan. Adakah benar-benar meraikan KEMENANGAN setelah sebulan melatih nafsu? Atau kembali kembali diri yang 'kotor' seperti sebelumnya?

Ya, berdebar. Lebaran kali ini sebagai seorang yang lebih dewasa. Perlu pada peningkatan diri yang lebih hebat. Tidak boleh sama. Kerana mukmin yang cemerlang itu adalah mukmin yang hari ini lebih baek dari semalam. Tahun ini lepas baek dari tahun lepas. Itu dia! J

Bakal merindui terawih.

Tiap-tiap malam, motosikal itu dipandu ke masjid, kadang-kadang bersama Ibu, kadang-kadang seorang diri. Walaupun hujan, tetap diredah, sebab malas nak bawa kereta. Susah nak parking.

Pernah sekali meninggalkan terawih. Setelah tiga hari diserang sakit kepala melampau, hari yang ketiga, memang langsung tak boleh bangun. Musabbabnya langsung tak diketahui. Memang menderita. Akhirnya, setelah dipaksa, terpaksa ke klinik malam tu jugak. Sebab muka dah pucat macam mayat, abang kata. Maka, ter'miss' terawih. Nasib baek miss terawih je, tak miss puasa. J

Disamping seronok dapat solat berjamaah di masjid, seronok juga dapat mengulang Al-Quran sewaktu solat terawih. Imam di masjid saya, bacaannya Cuma di juzuk 1-4 saja. Maka, seronoklah kita mengulang. Yelah, kalau juzuk 22 tu, mahu kelu juga. Kalau Imam tersilap baca, sibuklah dok cerita kat Ibu. Memang seronok boleh mengulang. Efektif pula tu!

Persiapan hari raya

Persiapan hari raya anda bagaimana? Boleh nak bersiap untuk hari raya, tapi jangan sampai melebih-lebih sehingga terlupa Ramadhan masih bersisa. Kalau nak basuh langsir ke, jangan buat waktu malam sampai tak dapat datang terawih. Buatlah waktu petang atau pagi. Pandai-pandailah adjust masa.

Seorang kenalan di masjid baru-baru ini menceritakan, kakaknya tak dapat datang terawih sebab nak pasang langsir baru kat rumah. Kemudian saya tanya, pagi-pagi kakak kerja ke? Jawabnya tidak. Habis tu kenapa nak pasang malam? Musykilah kathirah!

Saya pula tak sabar menunggu kepulangan kakak abang di perantauan. Alhamdulillah. tahun ni semua adik-beradik beraya di kampong kecuali kakak yang sedang belajar di Indonesia. Yang baru kawen Jun baru-baru ni. Tahun ini beliau tak boleh balik beraya, katanya cuti pendek sangat. Maka, suaminya pergi beraya ke sana. Wah, tadhiyyah yang sungguh mengterharukan. Itulah perkahwinan jarak jauh. Sabarlah, sedikit saja lagi perjuangan kalian perlu pada mujahadah! Semoga ALLAH memudahkan urusan kalian ya.

Bermula pagi Sabtu nanti seorang demi seorang akan menjejakkan kaki ke kampong. Wah, teruja saya setelah hamper 4 bulan menjadi anak tunggal yang kebosanan. Lepas ni boleh jadi adik yang menceriakan pula. J Kalau dah adik tu, umur 20-an pun tetap jadi adik. Seronok jadi adik. J

Termasuk pagi tadi, dah 6 kali abang saya menelefon bertanya tentang kek coklat kegemarannya. Matilah saya. Mereka semua memang suka demand-demand. Aduh!

Persiapan ke Kampus Kuantan

Semakin dekat nak ke Kuantan semakin berdebar-debar pula. Takut pun ada. Entah bagaimana kehidupan di sana. Cepat atau lambat untuk adapt dengan suasana baru dan system baru. Moga-moga ALLAH permudahkan.

Alhamdulillah semua urusan telah saya selesaikan sendiri. membuktikan 'independent'. Berjaya. Ayahanda pun kagum. Erk, anak ayah dah tua la. Dua puluhan dah umurnya. Tak perlu terkejut. J

Cuak dan inferior nak masuk Kuantan. Lepas ni jumpa senior yang lagi-lagi tua. Lagi-lagi hebat. Masya ALLAH.

Semoga ALLAH mudahkan semuanya urusan saya dan sahabat-sahabat yang bakal masuk ke Kuantan dan Gombak nanti. Insya ALLAH. Ameeeen!

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Monday, August 22, 2011

Warkah PERJUANGAN dari Encik Muslimin *__*

7 comments:

Kehadapan Srikandi Penyambung Perjuangan Rasulullah SAW,

Sudah termaktub dalam diari srikandi perjuangan harakah, variasi mehnah dan tribulasi dalam mengharungi jalan yang penuh onak dan duri. Sedarlah wahai adinda srikandi pejuang sayap kiri burung enggang, yang mana kekuatan kita terletak pada ukhuwwah yang utuh,jitu bermutu dan padu.



Malam berganti siang, siang berganti malam, sudah setahun kita berukhuwwah, adakah ukhuwwah kita masih di takuk SALAMATUL SODRI? Mungkin inilah masanya, waktu dan detiknya untuk kita mempertingkatkan ukhuwwah kita ke tahap ithar. Ukhuwwah adalah INSPIRASI dan ukhuwwah juga adalah MOTIVASI.



Disini kami coretkan pantun buat tatapan srikandi sekalian,


Sekian lama berjuang bersama,
Kini menempuh alam yang baru,
Antara reality, komitmen dan gerak kerja,
Pastikan niat sentiasa diperbaharu.



Tempat baru dengan niat yang murni,
Agar tercapai matlamat yang dikehendaki,
Usah remehkan masalah hati,
Nanti kelak memakan diri.


Pergi ke kedai membeli baja,
Pergi bersama Lady Gaga,
Wahai muslimat jangan dok bershopping sangat,
Kukuhkan institusi kewangan juga.



Berlari-lari ke taman permainan,
untuk bermain dengan kawan-kawan,
Pulun habis dalam pelajaran,
Agar tak difitnah dalam pelajaran.


Slogan muslimat sangatlah hebat,
Muslimat POWER (3x) menjadi sorakan,
Nak pastikan komitmen padu dan kuat,
Elakkan keluarga jadi ancaman.


Dari Klang ke Petaling Jaya,
Berkelana jauh dengan Innova,
Sekian lama berjuang bersama,
Usah tertipu dengan nikmat dunia.


Kami dipihak putera mujahid mendambakan sejuta harapan semoga terus tsabat dalam perjuangan bertunjangkan kefahaman demi memperjuangkan Islam dalam diri, keluar, masyarakat, dan Negara. Juga mencontohi para isteri Rasulullah SAW dalam usaha melahirkan kader-kader Islam, dan kami juga berharap agar srikandi sekalian dapat menjaga dan mempertingkatkan kesihatan dalam memastikan Islam dijulang.



Sebagai muslimah sejati, anda juga haruslah jujur dan ikhlas serta berterus terang dalam apa jua perkara. Juga tak lupa untuk melawan nafsu yang bakal hadir dalam detik kehidupan seorang daie. Semoga terus tsabat dan istiqamah dalam perjuangan.



Perkasakan tarbiyyahmu kerana mehnah dan tribulasi (ibtila') disana tidak seperti disini.
Bila mana dirimu terasa lemah dalam perjuangan, cari Allah dan Rasul sebgai sumber motivasimu yang utama kerana itulah sebaik-baik motivasi. Usahakan dirimu agar dapat menjadi hamba Allah yang mukminah, umat Rasulullah SAW yang mulia, anak yang soleh dan isteri yang taat seperti Khadijah, Aisyah dan Fatimah.

Jangan sesekali abaikan akademikmu kerana kamu juga seorang pelajar .
Kami dipihak muslimin selalu mendoakan agar dirimu sekalian sentiasa tsabat berjuang di bawah redha Allah.

Chaiyok!! Fighting!

p/s: Kawin jangan lupa jemput.

Warkah IKHLAS daripada,

Encik Muslimin. J





tulisan tangan penuh ikhlas. =) 










p/s: Moga ia menjadi renungan. Kerana saya yakin, surat ini ditulis dengan hati untuk hati. Maka bacalah dengan hati agar sampai maksudnya ke dalam hati. Sama-sama renungkan dan mengambil iktibar dari pesanan CINTA PERJUANGAN daripada Encik MUSLIMIN.

Muslimin, teruskan menjadi sayap kanan yang tak jemu memperbetulkan sayap kiri yang sesekali terbabas dari landasannya.



Wallahu a'lam.  

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Saturday, August 20, 2011

Tip Memburu Lailatul Qadar

5 comments:

Bismillahirrahmanirrahim..


Pesanan daripada Syeikhuna Al-Fadhil Ustaz Muhadir Bin Haji Joll bersempena 10 Malam terakhir Ramadhan :

Berusahalah beramal bersungguh-sungguh pada
malam ini (21 Ramadhan) dan siangnya, malam 27 dan siangnnya, juga malam 29 dan siangnya. Amalkan juga doa:

 "ALLAAHUMMA INNAKA 'AFUWWUN KARIM, TUHIBBUL 'AFWA FA' FUANNAA. ALLAHUMMARZUQNAA LAILATAL QADR, FII HAAZIHIS SANAH, WA FII KULLI SANAH, WA A'INNAA 'ALAA QIYAMMIHAA. ALLAAHUMMA INNAA NAS'ALUKA KHAIRA HAAZIHIL LAILAH, FATHAHAA WA NASHRAAHAA WA NUURAHA WA BAROKATAHA, YA A ARHAMAR ROOHIMIINA WA YAA AJWADAL AJWADIN."
 Amalkan juga SUNNAH NABI SAW setiap hari : Selepas salam untuk solat Subuh dan maghrib : (1) tetap di daam keadaan duduk tahiyyat akhir (sama ada tawarruk atau iftirasy jika sakit kaki), jangan rongkaikan kaki dan jangan berkata-kata sehingga selesai membaca 10 kali : LAA ILAAHA ILLALLAHU WAHDAHUU LAA SYARIIKALAH, LAHULMULHAMDU YUHYII WA YUMIT, WAHUWA 'ALAA KULLI SYAI'IN QODIR. (2) jangan berkata-kata sehingga selesai membaca 7 kali ‎: ALLAHUMMA AJIRNAA MINANNAR.





Demikian sekadar perkongsian. Dilarang terlalu taksub. Beramallah dengan istiqamah. Moga dengan karamahnya istiqamah, Allah menemukan kita dengan Lailatul Qadar. Jangan Cuma bangun Qiam pada waktu-waktu tertentu saja. J

Teringin merasai suasana 10 malam terakhir di Makkah. Mak Cik kata, semua orang tak tidur. Ada pesta ibadah! Terang benderang. Semua orang iktikaf. Kat Malaysia ni, susah nak iktikaf. Masjid kunci. Harap juga Malaysia jadi seperti Makkah. 10 malam terakhirnya hidup dengan ibadah, bukan semua manusia menghabiskan duet di kedai-kedai dengan penuh serakah. L

Doanya, semoga kita semua dipertemukan dengan Lailatul Qadar.

Nanti jangan lupa doakan saya juga ya! J 
Oh ya, tadi jalan-jalan di FB, melihat status sahabat-sahabat alam maya. Terbaaca status Ustaz hasrizal yang dikongsikan oleh Najah Solihah.


Antara yang seronok mengahwini seorang doktor ialah, selain sudah tidak lagi ke klinik, kita akan sangat rajin mengulangkaji Google Calendar, sensitif dengan masa dan semua itu menjadikan kita sangat dinamik. Orang-orang bujang keliling saya, tolonglah pertimbangkan cadangan ini. Kahwinlah dengan doktor. Pleaseee!!!

dalam hati terfikir, ada ke perempuan yang tak nak kawen dengan doktor?

Wallahu a'lam.  

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Aku ingat. Mustahil lupa. =)

No comments:

Sinonimnya, kita akan ingat sesuatu yang penting dalam hidup kita. Contohnya, mustahil anda lupa siapa nama ayah anda. Kalau lupa juga, tak tahu nak kata. J

Bila sesuatu yang penting, ia akan berada dalam 'list' kepala otak kita, betul kan?

Dalam belajar, ada urusan yang pentingnya. Dalam bekerja, ada urusan yang pentingnya juga. Dalam segala apa urusan, masing-masing punya bahagian yang terpenting.

Dan, jangan diambil remeh dengan perkara yang tak penting dalam bab ukhuwwah tetapi bermakna. Seperti? Tanggal lahir sahabat kita. J

18 Ogos 2011.

 Genap 21 tahun umur sahabat baekku. Nurul Nadiah Hassan. Merangkap roommate setia sejak dari Darul Quran, kemudian, sambung jadi roommate kat PJ. Alhamdulillah. ukhuwwah yang terjalin semakin utuh, dan punya banyak sebab untuk teruuuuus utuh.

21 tahun.

What a BIG number! Tapi suka untuk saya mengingatkan semua orang terutamanya birthday girl (Cokdi), umur yang BESAR tidak memaknakan apa-apa melainkan angka semata-mata. Tapi yang dinilai adalah pengalaman hidup dalam dunia ini mengutip pahala dan dosa. Keberkatan umur itu adalah terletak pada cara kita MENGISI umur tersebut. J

Pada 20 Ogos, tepat jam 3 pagi kalau tak silap, saya menghantar sekeping SMS buat beliau. Sebagai tanda ingatan hari lahirnya. Benarlah, lewat dua hari dari tarikhnya. Tapi, jujurnya, bukan saya terlupa pada tanggal lahirnya, namun dek kerana kekangan yang tak boleh nak cerita, pagi tadi baru saya Berjaya juga akhirnya menghantar salam ingatan buatnya.

Terkesima juga dengan responnya. "..ingatkan dah lupa.."

Subhanallah. Mana mungkin saya melupakannya. J Walaupun tak ada reminder dalam telefon bimbit, saya tetap ingat. J

suasana bilik bila beliau mula mengajarku subjek Chemistry. Terima kasih jadi cikgu yang paaaaaaaling baek. =)


Kerana saya mahu menggunakan segala cara untuk membuktikan pada anda dan semua sahabat saya, saya menghargai anda. J Dan sangat memerlukan sahabat seperti anda. J

Tidak mampu saya membalas keberadaan anda disamping saya melainkan dengan menghargai anda, dan mendoakan kesejahteraan anda. 
meja study yang sentiasa kemas. ehem. =)

Oh ya, teringat lupa kenangan tahun lalu. Sewaktu ulangtahunnya, kami bertiga (saya, Farah Adlina dan Yeni Mardhiyyah) memesan dua biji Domino's Pizza untuk meraikan ulangtahunnya. Selepas mengambil pizza dari lobi Mahallah Khadijah, kami bertiga menunggu kepulangan birthday girl di dalam bilik. Bila birthday girl masuk, kami bertiga yang memakai lab coat menyanyikan lagu Negaraku. J Macam lawak tapi serius, tak menjadi langsung gimik tu. Sebab birthday girl dah boleh agak. Erk, semua orang macam tu kot. Asal birthday je dah boleh agak mesti ada orang nak kenakan ni. Tapi tengok pada kepakaran si pengena juga. Ada yang tak terdetect. J

kita sahabat. =)


Lepas dah wish segala bagai, kotak pizza kami buka dengan semangatnya di meja jepun berkelip-kelip milik saya. Belum sempat dibuka sepenunya, NOKIA saya memainkan lagu Insya ALLAH, tandanya ada panggilan masuk. Pemanggilnya cukup dikenali kerana urusan kerja. Sebelum panggilan di jawab, mereka berdua (Cokdi dan Farah Adlina) sudah boleh mengagak. Saya pula yang rasa tak sedap. Seperti biasa, ad-hoc. Kena pergi meeting, sudah ditunggu di LY. Kalau tak silap, waktu tu saya sedang bergelumang dengan GCI, first event adik-adik di bawah training saya, LG bergabung dengan adik-adik di bawah training Syarah Munirah dan Syahir Yusuf, Enginius. Pizza itu sempat saya gigit sedikit, kemudiannya terpaksa meninggalkan mereka berdua.

Syahdu pula rasa bila teringat. Betapa saya bukan seorang sahabat yang baek. Sobssss. Tapi Allah kurniakan sahabat sebaek beliau untuk saya. Alhamdulillah. beliau memahami. Walaupun pizza tersebut tak sempat kami jamu ramai-ramai, tapi beliau tidak merungut. "Ad-hoc la tu. Pergi laaa. Dah agak da.." Itulah ayat 'redha' yang sering beliau keluarkan. Alhamdulillah. cokdi, kau sebaek-baek sahabat. J



Terima kasih atas segalanya sahabatku. Mempunyai roommate seperti aku, yang jarang berada di bilik, tentu membosankan, kan? Tak selalu bersama, tak selalu menjadi yang setia. Betapa tidak bertuahnya kau mempunyai sahabat seperti aku. Sedangkan betapa bertuahnya aku mempunyai sahabat seperti engkau. J dan betapa sabarnya engkau melayan mejaku yang selalu bersepah-sepah (alamak kantoi). Kau menjadi sahabat yang paling setia untuk mengemaskannya. Subhanallah. Hadiah Allah mempunyai sahabat sepertimu sungguh berharga buatku. J

Harapannya, semakin meningkat umur, semakin matang kita sama-sama melalui hidup ini. Mungkin keadaan selepas ini berbeda bukan? Sebagai pelajar medic, tentu kau tak punya banyak masa untuk 'melayan' seorang aku. Namun, aku akan sentiasa doakan yang terbaek buat kau. Dan semoga Allah melindungi engkau sahabatku.

Erk, nak minta maaf atas semuuuuua salah silap aku selama hamper 4 tahun kita saling mengenali. 
Semoga Allah merahmati dirimu dan diriku jua semua orang.

Insya Allah.

Wallahu taala 'alam. J

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Thursday, August 18, 2011

Berubah kerana CINTA

1 comment:

Bismillah Alhamdulillah. J

Allahumma solli 'ala Muhammad. Ya Rabbi Solli Alaihi Wassalam.


Dengan umur yang semakin dewasa, semakin banyak yang saya pelajari tentang CINTA. Dengan keadaan yang semakin mematangkan kita, semakin banyak saya lihat tentang CINTA.

Kadang-kadang saya merasakan teruja untuk mendapatkan CINTA. Tapi kadang-kadang terasa CINTA itu hanya menderita.

Sesekali menjadi pendengar setia mereka yang sedang menikmati CINTA. Seronok mendegar kisah CINTA orang. Ada yang menarik. Ada yang menakjubkan. Ada yang.. Wah! Adorable! J

Sejak sekolah menengah, perbualan tentang CINTA menjadi topic hangat. Tak kesah samada anda sedang berCINTA atau tidak, tapi yang pasti, topic CINTA hangat dimana-mana. Samada di meja kelas, di katil asrama, di kerusi kantin, di court bola jarring, atau di gawang gol sekalipun.

Dari CINTA yang tidak serius, main-main sehingga CINTA yang membuahkan PERKAHWINAN. Semuanya ada kisah yang tersendiri. J



Seorang sahabat yang perkenalan kami bermula di bangku sekolah lagi. Pada usia yang masih awal, beliau mendalami CINTA. Dari seorang yang berperwatakan kasar, berubah menjadi ayu dan lemah-lembut. Dari seorang yang berseluar menjadi seorang yang selaluuuuu berjubah. Kebetulan, CINTA yang dikenalinya itu dari LELAKI KAKI MASJID. Maka, untung tumpang berubah. Dari hari ke hari, perubahannya banyak. Habis sekolah, mereka berkahwin. Selepas berkahwin, saya bertemu beliau. Dengan JUBAH serta TUDUNG LABUH yang dipakainya, sangat mengejutkan saya. Beserta seorang permata hati mereka, anak sulungnya yang comel. Alhamdulillah. Tahniah. Dan saya teringat kata-katanya kepada saya,

"Aku syukur sangat CINTA dah mengubah aku menjadi seperti hari ini."

Saya menyelak pula kisah seorang saudara seislam. Jua kerana CINTA. Seorang wanita yang cukuuuup solehah dengan didikan agamanya. Tapi sayang, dalam proses membesar mengenal dunia, terjelepuk jatuh CINTA dengan seorang lelaki yang 'tidak seberapa'. Perokok tegar, rambut panjang, kaki lepak, dan.. uh.. solat entah kemana! CINTA itu buta, semua orang tahu bukan? Dia sendiri tidak pernah meminta untuk terperangkap dalam CINTA yang sebegitu. Lagi pula, CINTA itu tidak bertepuk sebelah tangan. Si lelaki berjanji untuk berubah. Setelah berubah, sayangnya keluarga si wanita tetap tidak mahu menerima. Ibu ayah mana mahu menghadiahkan kuntuman bunga segar kepada seekor kumbang buas? Tentu susah dan payah. Selepas terhalang CINTA itu, si wanita memberontak. Membuang tabiat. Melakukan perkara-perkara yang tidak wajar dilakukan wanita muslimah solehah. Si lelaki apatah lagi. dari jahat berubah menjadi semakin jahat. Keduanya saling menunjukkan belang kejahatan masing-masing. Dan saya suka mengingatkan kata-kata wanita tersebut kepada saya.

"Kalaulah CINTA orang baik seperti aku tidak boleh untuk orang sepertinya, maka biarlah aku jadi sepertinya. Mungkin dengan itu, CINTAku layak untuknya."
Sekali lagi CINTA mengubah manusia. Dan berapa ramai orang menjadi gila kerana CINTA.





Dan.. Aku juga punya seorang teman. Dia juga sedang asyik bercinta. Bercinta sehingga melupakan DUNIA. sering saya tertanya-tanya. Apakah yang membuatnya hanyut dalam CINTA?

Jawapannya cantik, "Kerana aku tidak kenal apa itu CINTA melainkan aku terhutang CINTA dengan PENCIPTA. Maka, sekarang aku mahu membayarnya."
Itu temanku. Pernah diuji dengan ujian yang besar. Nyawanya hamper diragut ganas oleh kekejaman jalan raya. Saat semua doctor membuka kot putih mereka tanda menyerah kalah untuk menyembuhkannya, rahmat ALLAH datang kepadanya. Menyembuhkannya. Memberinya sinar bahagia untuk HIDUP. Sejak hari itu, dia cukup rapat dengan ALLAH. Cukup dekat dengan ALLAH. Dan, dia selaluuuuuuu berkata, "MAHU MEMBALAS CINTA ALLAH."

Itu jua kerana CINTA. Kerana CINTA, manusia yang mati, boleh hidup kembali. Kerana CINTA, dari barat boleh berubah ke timur, dari selatan boleh berubah ke utara. Semuanya KERANA CINTA.
CINTA boleh mengubah manusia. Tapi CINTA pada ALLAH adalah segalanya.


Dan CINTA selain daripada ALLAH itu tidak kekal. Berubah kerana manusia, hasilnya tidak lumayan. Kerana ALLAH menilai setiap apa yang kita buat kerana NIAT. Andai elok niatnya, eloklah perbuatannya. Andai kerana manusia niatnya, kerana manusialah hasilnya. Tidak lumayan bukan? Andai kerana ALLAH melakukannya, maka rahmat ALLAH balasannya. Ini sangat lumayan bukan? 
Kagum dengan perubahan insan-insan seperti Wardina Safiyyah, Cat Steven, Amer Munawir dan Bob Lokman. Bagaimana CINTA ALLAH mengubah mereka. Dan harapan kami yang memandang, moga mereka tsabat dengan CINTA ALLAH.

Kalau berubah kerana CINTA, hanya CINTA yang boleh memastikan kita sentiasa kekal berubah.

Saya juga sering tertanya-tanya, bagaimana rasanya khusyuk bercinta denga Tuhan? Sedangkan berCINTA dengan makhluk pun Nampak seperti mengasyikkan. Inikan pula berCINTA dengan ALKHALIQ.

Maka, saya berharap beroleh CINTA itu. Ramadhan ini segunung doa saya mahu panjatkan buat ALLAH, supaya menemukan saya kenikmatan berCINTA denganNYA. Supaya dengan CINTA itu, saya mampu menjadi kekasih yang SETIA, walaupun badai datang melanda, walaupun ujian dihantar menderita. Ya, saya juga mahu CINTA.


Saya melihat manusia sanggup menderita kerana CINTA sesame manusia. Andai CINTA terhalang, sanggup diperjuangkan. Andai CINTA jarak jauh, sanggup berkorban wang. Andai CINTA kesusahan, sanggup berhempas-pulas. Kekuatan apa yang mendorong mereka? tidak lain melainkan kekuatan CINTA.

Bagaimana Shah Jehan membina Taj Mahal buat Mumtaznya sebagai tanda CINTA? Hebat kuasa CINTA.

Maka, dari situ, mari kita panjat gunung-gunung doa, supaya kita ditemukan dengan CINTA ALLAH. Moga-moga lepas ni kita tak malas nak solat sunnat banyak-banyak. Tak malas nak buat amal soleh selalu-selalu. Tak malas nak jadi hamba yang taat dan bertaqwa kepadaNYA.

Insya ALLAH.

Kuasa CINTA itu luar biasa.

Mari dakap erat-erat Ramadhan yang tersisa, moga kita Berjaya mendapatkan CINTA yang ESA.



Kadang-kadang rasa tak layak untuk bercakap soal CINTA pada MAKHLUK, kerana diri sendiri belum kenal sepenuhnya bagaimana itu CINTA kepada PEMILIKNYA MAKHLUK.


Wallahu a'lam.



p/s: tak mampu nak menaip walaupun rasa banyak lagi nak tulis. Dah dua hari sakit kepala mengganggu aktiviti saya. Masya Allah. Semoga Allah melapangkan urusan kita semua. J

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Tuesday, August 16, 2011

Salam Nuzul Quran ^___^

4 comments:

17 Ramadhan. Rabu. Bersamaan hari ESOK, bukan hari INI. J (advance sket..)


Alhamdulillah. Esok cuti umum bagi negeri terchenta Kelantan Darul Naim bersempena dengan hari kebesaran Islam iaitu Nuzul Quran.

Baca tentang Sejarah Nuzul Quran --àklik dengan hati yang tenang.


Wah, semakin mendekat kita dengan Lailatul Qadr nampaknya. Sejak semalam, Imam mula membacakan surah Al-Qadr pada rakaat kedua solat Witir. Dan complete dengan Qunut sekali. Nanti boleh pesan pada Imam, sesekali buatlah Qunut Nazilah. Mana tahu PRU13 dah nak dekat. J

Baca tentang Lailatul Qadr ----àklik dengan rasa ingin tahu… J


Oh ya. Saya kagum sungguh dengan penduduk kampong saya a.k.a kampong Kubang Batang yang terletak di Bandar yang cuuuuukup kaya di di Kelantan, iaitu Bandar Pasir Mas. J Apa yang nak dikagumkan, jemaah kat masjid tu tak ada pula nak berkurang, malah makin bertambah. Yang tua memang memenangi barisan depan, yang muda-mudi pula memenuhi saf belakang. Masya Allah. Dan lagi seronok bila saya tahu, ada antara mereka yang baca blog saya tentang LURUSKAN SAF baru-baru ni. Wah, teruja sekejap. "Na hari tu ada tulis pasal saf masjid kita kat blog eh?" Terkejut saya tapi sempat lagi mengangguk dengan senyum kambing. Sebab tak tahu apa reaksinya pada mulanya. Tapi akirnya mereka bersetuju dengan saya. Sekarang SAF makin membaek, tidak jarang macam dulu-dulu. Alhamdulillah...J



Oh ya juga. Persiapan ke UIA macamana? Dalam tiga minggu lagi lebih kurang nak menjejak bumi baru. Dan.. Persiapan kelengkapan tak dirisaukan sangat, tapi persiapan mental dan fizikal perlu. Entah bagaimana kehidupan di tempat baru. Macam-macam 'judgement' yang timbul. Hidup kat Kuantan boring lah macam dalam zoo. Hidup kat Kuantan susah. Study life kat kuantan dalam neraka. Dan macam-macam. Eh, macam tahu je neraka tu macamana pulak. Wallahu a'lam. J

Tapi, bagi diri saya sendiri, tak perlu sangat nak fikir benda-benda negative tu. Makin difikir, makin makin kita malas, bosan nak jejak UIA. Kalau boleh, sebelum jejak ke tempat yang bakal kita huni selama paling kurang pun EMPAT TAHUN, mesti dengan HUSNUZON yang tinggggiii. Sebab husnuzon tu nanti akan memberi efek yang positif pada kita. Tak percaya? Cuba dulu. J Bayangkan yang baek-baek dan fikirkan yang molek-molek. Tentu bila sampai sana nanti, anda takkan gelisah resah gundah gulana. Insya ALLAH. J







Oh Ya. Sekalung TAHNIAH buat adik-adik MEDCY-IDEA yang berjaya melaksanakan GCI pada 14 Ogos baru ni. Tahniah. Bangga pula selaku pengasas event ini. Apapun, adik-adik memang terbaek. Alhamdulillah..
kalam dari Presiden MEDCY =)

Dan Oh Ya lagi. Sekarang ni macam-macam isu agama dah mula dipolitikkan. Sebagai seorang WARGANEGARA (bukan Mismah, rujuk SINAR HARIAN, pendedahan ekskusif berkenaan Mismah dan kemudian diputar belitkan sehingga berbelit-belit. Kerajaan memang suka benda belit-belit ni. J), mestilah kita bertanggungjawab mengambil tahu apa yang sedang berlaku kat semesta Malaysia. Kes pembesar suara di Pulau Pinang dan kes Murtad. Wah, kena banyak-banyak tambah tsaqafah ni. J Jangan nak tunggu kena tengking, kena provoke, baru terhegeh-hegeh nak baca pasal isu semasa. Jadi, sila ambil berat dan cakna dengan isu semasa sekliling anda lebih-lebih lagi apabila ia melibatkan soal agama dan politik.

Ramai golongan INTEKTUAL sekarang ni suka buat FATWA sendiri. Janji FATWA yang memberi keuntungan buat diri mereka. Apa lagi, HENTAM SEMBORONO sajalah. Hukum TUHAN dalam QURAN dan HADIS terus letak tepi. Entah apa yang dicari dan dikejar dalam DUNIA ini seperti terus menerus melupakan adanya HARI AKHIRAT, yakni hari PEMBALASAN buat mereka yang SERING MELUPAKAN HUKUM TUHAN. Dan yang lagi TERUK, sengaja buat-buat TAK TAHU.
Oh YA! Semalam baru selesai urusan menjual kereta. Alhamdulillah, usaha yang sedikit berbaloi juga akhirnya.
kereta Mits abang yang telah berjaya saya jual dengan harga yang berpatutan. Dijual sebab beliau sudau punya kereta lain yang lagi sesuai untuk orang tua macam beliau. =)

Kebetulan, abang saya minta tolong jualkan keretanya. Sambil-sambil online, saya iklankan keretanya di Mudah.my.

Tak ada niat pun, memang nak main-main. Sekali letak, terus berduyung-duyung (hiperbola) orang menelefon. Dah terlanjur melangkah selangkah, terpaksalah saya mendalami ilmu kereta sedikit sebanyak untuk melancarkan urusan jual beli. Mana boleh jual tanpa ilmu. Buat kerja tanpa ilmu, ibarat mencangkul angin. Sia-sia. Lagipun, apasalahnya menambah ilmu pengetahuan, walaupun takde sangkut-paut. Tapi saya kira, semua ilmu itu adalah berharga walaupun dengan mengetahui kuasa enjin kereta tersebut. J Dan Alhamdulillah, rezeki buat saya, dapat juga komisyen. Tak banyak sampai beribu-ribu ringgit, tapi Alhamdulillah, cukup kalau nak buat simpanan untuk bertunang pun, lebih dari cukup. J Wah, seronok jadi usahawan Mudah.my sebab memang mudah. Dapat duet sekelip mata. J

S.O.L.D!


Oh Ya mungkin ini yang terakhir, HIDUP ini diciptakan bukan untuk bersenang-senang dengan nikmat dunia. kerana DUNIA ini bagi orang MUKMIN adalah PENJARA. PENJARA kepada NAFSU yang sentiasa memuncakkan rasa cinta pada DUNIA dan rasa LUPA pada MATI. 

Terima kasih kawan-kawan yang selalu mendoakan saya. Semoga ALLAH membalas doa kalian dengan  barakah yang berpanjangan buat kalian di dunia dan akhirat. Allahu Rabbi.

Haasibu anfusakum, qabla an tuhaasabu. J

Sehingga bertemu lagi. J

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Monday, August 15, 2011

Pemilik yang selayaknya.

4 comments:

Ehem. Alhamdulillah.

Beberapa hari ini agak sibuk, menguruskan beberapa urusan yang sudah lama terbengkalai. Alhamdulillah. terlalu banyak nikmat yang diberikan oleh Allah, maka kufurlah mereka yang tidak pernah bersyukur.



15 Ramadhan

15 hari berpuasa. Cek semula diri sendiri, perubahan yang bagaimana telah berlaku pada diri? Tidak perlu merujuk pada perubahan jasadi, tapi rujuklah pada perubahan insane serta rohani.

Sejauh mana amalan puasa meningkatkan iman kita serta melemahkan nafsu kita?

Sejauh mana solat terawih itu menjadi benteng kita dalam melakukan maksiat?

Sejauh mana bacaan Al Quran kita mampu melembutkan hati kita?

Kita ada jawapannya. Kerana kita yang tahu samada kita ikhlas melakukannya atau sebaliknya.

Kalau belum ada apa-apa kesan yang positif, masih berbaki Ramadhan 15 hari, jadi jangan disia-siakannya begitu saja. Gunakanlah sebaeknya. Sungguh rugi orang yang melalui Ramadhan dengan penat lelah ibadah tapi sayang, kesannya pada hati, kosong, langsung tidak berbekas. Cek semula ibadah kita sempurnakah? Ikhlas kah? Cukup rukunkah? Atau ada apa yang tertinggal. Jangan kata tertinggal hati pulak. J



Persiapan Hari Raya

Keadaan di Bandar mula berubah dan semakin menunjukkan taringnya saban hari. Jalan raya sudah kerap kali sesak dan penuh dengan kenderaan samada kenderaan luar Negara ataupun kenderaan buatan Malaysia terchenta. Lagu-lagu raya mula dimainkan di corong radio. Rancak dan merancakkan. Sungguh teruja mendegar lagu raya. Saya sendiri pun pelik, bila dengar lagu raya, hati terus jadi riang gembira. Masya Allah. Tak salah, asalkan jangan diabaikan Ramadhan yang masih sedikit tersisa ini. J

Kalau yang belum bershopping hari raya, disyorkan untuk membeli dengan penuh hemat dan jimat. Ikut keperluan, bukan kemahuan. Tengok kewangan, bukan nafsu dan keinginan.

Erk, dan buat budak-budak ribena UIA yang bakal masuk ke kampus utama masing-masing pada 6 September nanti, jangan lupa persiapan untuk ke kampus. Risau nanti ada yang tak cukup bersedia untuk kembali ke alam kampus akibat terlalu sibuk bersiap-siaga untuk berhari raya. Kena bersedia. 3 bulan bercuti, kalau masih tak cukup bersedia mental dan fizikal, itu memang tak patut. Jadi, tawazun (sama rata) anda punya persediaan. Tapi yang penting, berpada-pada. J



Pemilik yang SELAYAKNYA.

Dalam fatrah masing-masing sebuk mengejar durian runtuh dalam beribadah, mungkin ada yang terganggu dengan pelbagai masalah dan ujian. Bersyukurlah kalau ada ujian. Tandanya Allah mahu dekat dengan kita. Kerana bila datang ujian, kita kembali pada DIA. Kita meminta pada DIA. Kita merujuk semuanya pada DIA.


Allahlah pemilik yang selayaknya. Selayaknya untuk mengadu. Selayaknya untuk memohon. Selayaknya untuk kita sembah.

Dan DIA jugalah pemilik cinta yang selayaknya.

Andai kita sibuk memberikan cinta buat yang SELAYAKNYA, tentu kita tidak punya masa untuk memberikan cinta buat yang selain darinya. Kerana orang yang sibuk itu tidak punya banyak masa.
Berhati-hati memberikan cinta. Bimbang tidak pada yang selayaknya.

Ya Allah, aku mohon padaMu, janganlah Kau singgahkan cintaku buat orang yang bukan pemilik cintaku selepas Allah dan Rasul.

Ketahuilah dan sentiasa ingatkan diri sendiri, bahawa Allah yang memiliki kita. Dan kita adalah hambaNya. Selagi mana kita meletakkan Allah di hadapan, insya Allah, kita tak akan menjadi keterbelakang. Malah, insya Allah, kita akan sentiasa tenang dalam rahmatNya.
Ingatlah. Kita dimiliki Allah sepenuhnya. Maka, segala amal ibadah, segala perbuatan baik atau apa-apa saja, sandarkan padanya. Moga-moga kita sedar, kita Cuma manusia biasa yang dimiliki sepenuhnya oleh DIA.

Agar kita tidak lupa diri dan kecundang dalam meletakkan CINTA.

ALLAH adalah pemilik yang SELAYAKNYA.
Layak mendegar rintihanmu.
Layak mendengar permohonanmu.
Layak memiliki cintamu sepenuh hati.
Maka, berilah pada yang selayaknya.
Buat yang diuji, ketahuilah, mencintai Allah itu bakal mencipta ruang untuk kita mencintai orang yang dicintai Allah. Dan bukankah rahmat yang cukup besar dapat bercinta dengan orang yang bercinta dengan Allah? Maka, first thing first, bercintalah dengan Allah. Pasti cinta orang yang mencintai Allah bakal mendampingimu. Insya Allah.
Harapan

Harapannya, Ramadhan yang masih bersisa diabadikan sebaeknya. Dipenuhkan dengan amalan-amalan sunnat yang boleh menghidupkan hati. Lima hari lagi kita bakal berhempas pulas memburu lailatul qadr. Dan sewajarnya sekarang kita melatih diri untuk bangun lebih awal untuk bertahajud dan bermunajat padaNya.

Satu tips yang saya suka untuk kongsikan bersama. Setiap malam, latih diri untuk bangun awal 5 minit dari hari sebelumnya. Contoh, pada awal Ramadhan, bangun pada pukul 5 pagi. Keesokannya, bangun pukul 4.55 pagi. Lusanya pula, bangun pukul 4.50 pagi. Saya yakin, akhirnya kita tak terasa mengantuk untuk bangun seawal 4.30 pagi. Kadang-kadang, tak perlu set alarm pun, memang terbangun. J Seronok. Try buat kalau tak percaya. Yang penting, kena ada keazaman yang tinggi, bila dah tersedar tu,mesti terus bangun. Jangan naïf nikmat pula. Allah dah sedarkan, tapi masih berusaha untuk lelapkan mata. Ishk, minta jauh. J kalau Allah sedarkan kita awal pagi, bersyukurlah, itu tandanya Allah mahu kita bangun dan beribadat kepadaNya. Bukan semua orang ada peluang begitu. Maka, gunakan sebaeknya. J

Dan pesanan penaja, sila tidur awal. Jangan online tanpa manfaat sehingga larut malam, tidur pun lambat. Nanti siang-siang asyik dok nak qadha tidur. Sapa suro hang tiduq lambat. J



Semoga Allah melapangkan usaha kita untuk memburu lailatul qadr. Insya Allah, malam yang lebih baik dari seribu malam. J

Sehingga ketemu lagi dalam bingkisan yang akan datang. Jangan lupa doakan saya agar Allah memudahkan urusan saya dan menjadikan saya hamba yang taat serta tenang dalam keimanan. Insya Allah. Ameeeen! J


Subhana Allah! Half of Ramadan is gone already! :( No matter how we spent the 1st half, let's do our best in the second half to make the best out of Ramadan in worship and Quran. Beautiful full moon tonight! :) - Maher Zain-

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Sunday, August 14, 2011

Dosa

4 comments:

Dosa itu adalah penggelap hati.

Semakin banyak dosa, semakin gelaplah hati.
Berhati-hati, walaupun berjaya disembunyikan dosa itu didunia,
di akhirat kelak tetap dihitung Allah satu persatu semuanya.

Jagalah hati. Minimakan dosa. Maksimakan pahala.
Sesungguhnya HATI itu raja pada tubuh badan.

Ighfirlanaaa zunuubana Ya Allah.. ♥♥♥








Berada di fasa maghfirah, membuatkan hati sering mengenang dosa-dosa lalu. Dalam keadaan sedar atau tidak, dalam keadaan sengaja atau tidak, dalam keadaan tahu atau tidak, dosa itulah yang menggelapkan hati. Dosa itulah yang mengeraskan jiwa. Sehingga menjadi beku tanpa airmata. Sehingga menjadi keras tanpa taubat nasuha.

Ya Allah, moga-moga muhasabah ini bukan sekadar muhasabah. Moga-moga istiqamah ini bukan hanya untuk Ramadhan  ini. Moga-moga mampu aku untuk tsabat begini, dekat denganMu seperti ini.


Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Hati-hatilah kamu terhadap dosa kecil,kerana apabila sering dilakukan oleh seseorang, maka pasti akan merosakkannya(akan menjadi dosa besar).” (Hadis riwayat Imam Ahmad)

Salam menghidupkan Ramadhan.
Salam Memohon Keampunan Berpanjangan.
Moga-moga Ramadhan Memberi sinar taqwa yang berkekalan.
Salam Fasa Kedua Ramadhan!


p/s: Bagaimana tadarus anda? Jangan lupa tadabbur ayatNYA juga. Baru complete.

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Friday, August 12, 2011

Jumaat: Mulialah orang yang memuliakannya.

6 comments:

Alhamdulillah.


Hari ini kebetulan saya ada sedikit urusan di Bandar Pasir Mas. Maka, keluar sebentar. Lumra, semua kedai tutup. Hari Jumaat di Bandar Pasir Mas sungguh sunyi dan ibarat 'Bandar Yang Mati'. Kedai-kedai yang dibuka Cuma kedai-kedai yang menjual bahan mentah untuk memasak. Itupun ditutup apabila solat Jumaat.


"Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu diseru untuk solat pada hari Jumaat, maka hendaklah kamu segera mengingat Allah dan TINGGALLAH JUAL BELI". (Al-Jum'ah:9)
EH, Shin Chan pun solat Jumaat jugak ke? =)



Kagum dengan mereka yang menghormati dan memuliakan hari Jumaat.

"Sebaik-baik hari dalam seminggu adalah hari Jumaat. Padanya Allah mencipta Nabi Adam, dan padanya juga dimasukkan ke Syurga, dan padanya juga dikeluarkan. Dan tidak terjadi hari Kiamat melainkan pada hari Jumaat." Hadith riwayat 5 perawi kecuali Bukhari.
Tapi, tutup kedai, atau duduk dirumah bukan cara terbaek untuk memuliakan hari Jumaat. Sepatutnya pada hari Jumaat yang penuh barakah, kita memperbanyakkan melakukan ibadah sunnat hari Jumaat seperti mandi sunnat Jumaat, memotong kuku, membaca surah Al-Kahfi dan macam-macam lagi, boleh rujuk di SINI dan klik disini dengan hati yang ikhlas.


Al-KAHFI

Gunalah apa saja cara untuk memuliakan hari Jumaat, moga-moga kita juga mulia kerana memuliakan yang mulia. Insya Allah.

Hari Jumaat merupakan hari yang paaaaling mulia dalam seminggu. Di dalamnya ada waktu yang SANGAT MUSTAJAB DOA. Di dalamnya disyariatkan SOLAT JUMAAT. Di Dalamnya disyariatkan KHUTBAH JUMAAT. Yakni, tidak ada pada hari-hari lain. Maka, apakah kita masih mahu mendustakan hari Jumaat yang penuh barakah ini?


Tiba di satu kedai, saya dan Ibu singgah untuk mendapatkan bahan mentah untuk berbuka hari ini. Tiga lelaki muda sedang menjual dengan kelam-kabut. Waktu itu jam menunjukkan 12.40 tengahari. Selepas selesai mebeli, kami keluar dari kedai itu dengan perasaan tertanya-tanya. Kenapa pulak budak-budak muda ni?

Kebetulan, waktu kami keluar, ada pelanggan lain baru sampai. Kemudian, salah seorang lelaki tadi berkata,

"Maaf la, kami nak tutup kedai dah. Takut tak sempat nak Jumaat."

Wah, terharu pulak dengar. Pelanggan tersebut beredar, menghormati hak peniaga tersebut. Saya dan ibu berlalu. Dalam kereta, sempat juga ibu memuji mereka. "Bagus budak-budak muda ni, jaga SOLAT."

Ya, memang bagus.



"Barang siapa yang pergi ke masjid untuk solat Jumaat pada waktu pertama, maka seolah-olah dia telah mengorbankan seekor unta. Dan siapa yang pergi pada saat kedua, maka seolah-olah ia telah mengorbankan seekor lembu. Siapa yang pergi pada saat ketiga, maka seolah-olah dia telah pergi mengorbankan sekor biri-biri. Siapa yang pergi ke masjid pada saat keempat, maka seolah-olah dia telah mengorbankan seekor ayam. Dan siapa yang pergi ke masjid pada waktu kelima, maka seolah-olah telah menghadiahkan sebiji telur. Kemudian apabila imam telah, maka ditutuplah pintu cacatan, diletakkan pena dan berkumpullah para malaikat di sisi mimbar untuk mendengarkan khutbah. Siapa yang datang selepas itu, maka ia hanya datang untuk hak solat sahaja , dia tidak memperoleh apa-apa keutamaan" (HR Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah)

klik pada gambar untuk paparan yang lebih jelas.



"Sesungguhnya Rasulullah membicarakan tentang hari Jumaat ia berkata. " Padanya terdapat suatu saat yang tidak ditemui oleh seorang hamba(Allah) yang Muslim dengan ia mendirikan solat sambil memohon kepada Allah akan sesuatu, melainkan apa yang dimohonnya akan diberikan kepadanya. Ia mengisyaratkan dengan tangannya yang diangkatkan." (HR Bukhari dan Muslim)




 Telah diriwayatkan oleh Anas bin Malik ra. Ia berkata, Rasulullah telah ditanya oleh orang tentang hari Jumaat, maka baginda menjawab:

 
"Hari Jumaat adalah hari silaturrahim dan hari pernikahan." 

Kemudian sahabat bertanya lagi:

"Mengapa demikian ya baginda?"

 
Rasulullah pun menjawab:

 
Kerana para anbiya' pada masa lalu melaksanakan pernikahan pada hari tersebut. Antaranya ialah pernikahan antara Nabi Adam as dengan Siti Hawa, Nabi Yusuf as dengan Siti Zulaikha, Nabi Musa as dengan Shafrawa, Nabi Sulaiman as dengan Puteri Balqis, Nabi Muhammad SAW dengan Siti Khadijah, Rasulullah SAW dengan Siti Aisyah dan pernikahan antara Sayyidina Ali bin Abi Talib dengan Fatimah.


Kerana JUMAAT itu datangnya sekali dalam seminggu. Selepas Jumaat ini, belum tentu kita bakal bertemu Jumaat akan datang. Lebih-lebih lagi Jumaat di bulan Ramadhan. Masya Allah. Selamat berJUMAAT semua orang!

Mari banyakkan SELAWAT.


"Manusia yang paling utama bersamaku nanti pada hari Kiamat, ialah orang yang paling banyak mengucapkan selawat kepadaku." (HR Tarmizi)

"Siapa yang mengucapkan selawat kepadaku, Allah berselawat(memberi rahmat) kepadanya sepuluh kali kerana selawatnya itu." (HR Muslim)

Wallahu a'lam.





  p/s: Tengah memandu tadi, dapat mesej dari IIUM KUANTAN. Mengingatkan bahawa enrollment day dah nak kunjung tiba, 3 minggu dari sekarang. Rasa macam cepat pula masa berlalu. 3 bulan cuti dah tinggal 3 minggu. Alhamdulillah kebanyakan urusan kemasukan sudah diselesaikan. Alhamdulillah, berjaya juga nak jadi 'independent'. Tinggal beberapa urusan kecil yang masih terbengkalai akibat buntu seperti mencari homestay untuk menginap di Kuantan nanti. Pss. Sapa ada idea, boleh la tolong. Ehhe. Alhamdulillah, 3 minggu bukan masa yang lama, lebih-lebih lagi di Bulan Ramadhan. Jangan fokus pada enrollment day sampa terlupa kita berada di Ramadhan ye. Sekejap rasa tak sabar nak masuk Kuantan, tapi kadang-kadang rasa MALAS pun ada. Tapi teruja tetap ada! Ehhe.
latest : menyediakan gambar passport untuk pendaftaran di Kuantan. FORMAL. =)

FOKUS PADA KAPUR : Bila tengok kpaur ni, terasa takut untuk ke Kuantan. Amanah yang hendak digarap beserta harapan dan impian terlalu tinggi. Bersediakah untuk berhempas pulas melaksanakannya?
Semoga ALLAH memudahkan urusan.

 

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.