♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Wednesday, October 31, 2012

hatimu milik Allah,hatinya juga.

6 comments:

Semalam, saya didatangi seseorang yang berhajat. Oh, tidak berhajat kepada saya,tapi berhajat pada kenalan lelaki saya. Dengan serius, beliau bertanya pada saya.

Persoalan perigi cari timba, perempuan mulakan menjadi isu besar yang beliau persoalkan. Saya tidak punya jawapan yg solid. Mustahil saya mengatakan BERDOSA perempuan meminang lelaki,sedangkan Kekasih kecintaan Nabi, Saidatina Khadijah melakukan demikian.

Saya sedar hakikat umur yang kian meningkat dewasa. Tekanan dari keluarga yang bertanya begitu begini. Saya juga mengalami perkara yg sama, ya, ia normal, tp mungkin caranya berbeza.

Saya tidak punya banyak masa untuk diluangkan bersama sahabat saya tersebut,kekangan exam dan assignment tidak membenarkan kami berbicara panjang.

Cuma,satu soalan yg saya tinggalkan pada dia,

"kalau kita tanya si dia, dan dia bersetuju menerima, awak dah sedia nak move on another step ahead? Nak jaga hati, nak jaga hubungan.. Nak jaga hak Allah, dah sedia?"

"dan kalau dia tolak,sedia untuk tidak kecewa?"

Bukan saya berfikir terlalu negatif dan tidak bersetuju, saya cuma mahu persediaan yg lebih. Tidak kisah jika ingin proceed, saya cuma berinya seminggu masa untuk membentuk kekuatan itu. Bentuk ekuatan sekiranya diterima ataupun ditolak.

Saya sudah berpengalaman melihat sahabat yg kurang bersedia. Apabila lamaran diterima, terbsng tinggi kaki tak jejak bumi. Hak Allah entah kemana, hubungan tidak terjaga. Yg ditolak pula, hadir rasa kecewa hingga wujudnya futur di jiwa. Lemah. Lembik. Hilsng punca. Semuanys terbukti pernah terjadi.

Demikian pesan saya buat kesekian kalinya,

"isstikharahlah, andainya benar dia baek untuk awak, Allah pasti mudahkan. Hati dia, hati awak, Allah yg jaga. Kembalikan segalanya pada pemilik hati dan segalanya."

Akhirnya, saya menutup pertemyan dengan satu harapan untuk beliau,
"kalau awak rasa ni masanya untuk awak lsngkah setapak kedepan, make sure hak awak terhadap Allah, Rasulullah, parents, family, sahabat dan yang penting hak awak terhadap dakwah dan perjuangan Islam. Fikir fikirkanlah."

Dah lama tak cakap pasal baitul muslim. Sedangkan keadaan sekeliling hangat cerita topik baitul muslim. Takpe, setiap orang telah ditentukan rezekinya masing masing.

Published with Blogger-droid v2.0.6

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Tuesday, October 30, 2012

Doktor yang sangat OSEM!

5 comments:
Sewaktu pulang ke kampung, Ibu Ayah tak henti berleter pada mata saya. Kata mereka, muda-muda dah rabun, silau, tak nampak. Akhirnya dengan terpaksa, saya menapak ke Oftalmologis, buat pertama kalinya setelah banyak kali dipaksa.

"Nama?" tanya nurse berbaju purple di kaunter pendaftaran.
"Abdullah Hanzalah." Terkejut nurse tu. Tasengaja kak. ;p
"Nama saya.. Nah, IC.." Risau dia fikir saya tukar gender pulak. ^_^

Bila dipanggil masuk di bilik doktor, bergema alunan Quran bacaan qari kegemaran, Mishary Al-Feasy. Subhanallah. Memang dari dulu, saya mengakui Doktor Rosli memang OSEM. Dah banyak kali bertemu Doktor Rosli, tapi sebagai peneman Ibu. Kali ni officially jadi patient pulak.

"Cantik je mata, ada masalah ke?" kata Doktor Rosli bila saya menghadap beliau.
Ibu di belakang menyampuk, "Banyak masalah, Doktor.."

"Muda lagi ni. Apa masalahnya?" Doktor menunjukkan minat yang tinggi untuk mendengar kisah cerita mata saya. Apalagi, saya yang memang suka bercerita, tak tunggu lama untuk bercerita, ibarat masuk pertandingan bercerita masa sekolah rendah dulu-dulu.

"Pada suatu malam yang hening....dan... lepas tu.. begitulah ceritanya.."

Lepas habis cerita, Doktor Rosli tersenyum panjang.
"Lawak la anak Puan ni." kata beliau pada Ibu. *blur, kat mana yang lawak, serius kot saya bercerita.

Setelah beliau menjalankan check-up menggunakan mesin gaya-gaya Power Rangers beliau yang canggih, beliau memberi saya rehat sebelum consultation seterusnya. Sempat baca buku Solusi yang tersedia di rak buku beliau.

Setelah hampir sepuluh minit rehatkan mata, beliau bercerita apa yang beliau diagnos. Serius, saya pun tak faham sangat. Panjang beliau cerita, sampai mengantuk saya dengar. =.='
Gaya tak best gaya beliau cerita macam lecturer pun ada. Siap guna whiteboard dan figure mata lagi. Adehh.

Akhirnya, beliau comes out with solution,
"Kalau anak Puan malas pakai spek, memang susah lah. Kenapa susah sangat dia nak pakai spek? Spek mahal pun tak sampai seribu. Kalau treatment, lebih dari tu, risiko pun tinggi."

Beliau memandang saya, sambil tersenyum, "Mengantuk ke? Husna kan science-based student, kena tahu, sebab tu saya cerita. Kalau orang lain, saya tak cerita."

"So sekarang macamana Doktor?" soalan saya.

"Husna, saya cadangkan Husna titikkan air zamzam dalam mata. Baca doa, minta dengan ALLAH, ALLAH sembuhkan mata. Husna muda lagi. Belum kahwin pun lagi. Pakai spek, banyakkan makan makanan berkhasiat, dan jangan paksa mata. Kalau tak boleh, jangan buat. Kalau rasa tak nampak, berhenti. Kalau drive malam, dah start tak nampak tu, stop sekejap, rehatkan mata, baru proceed semula. Jangan bagi mata tu stress, kalau mata overstress, mata buat tuannya lagi lagi stress, kan?"

"Saya tak bagi Husna ubat. Lepas ni ramai orang balik Mekah, Husna cari air zamzam, titiskan ke dalam mata dan jangan henti doa. Air zamzam ni ikut hajat peminumnya. Insya ALLAH Husna boleh sembuh. Tapi jangan lupakan spek. Kalau mata tu tak suka matahari, jangan bagi dia tengok matahari. Boleh? Sayanglah mata tu, cantik tapi sakit."

Penuh motivasi kata-kata Doktor Rosli.

Akhirnya kami pulang, selepas membayar kos consultation dan check-up. Tanpa ubat. Alhamdulillah.

Berbaloi-baloi jumpa Dr Rosli. Such a very nice and good Doctor. =.='

Sekarang, dah start titiskan air zamzam dalam mata. Rasa lega dan dah jarang sakit kepala bila mata ni dipaksa-paksa. Ok, Doktor, saya tak paksa dah mata saya. =.='

Begitulah Doktor, walaupun buka klinik sendiri, kerjanya bukan untuk jual ubat semata-mata. Tapi kerjanya untuk beri penyelesaian pada masalah pesakit. Kerjanya bukan nak ambil duit patient semata-mata, tapi kerjanya nak tengok patientnya sembuh dan survive. Terima kasih, Dr Rosli. Semoga ALLAH memberkati Doktor sentiasa. ^_^

XXXX
Tadi Kakak dan Abang Ayub singgah Kuantan, dalam perjalanan mereka ke JB. Bersama Munir dan adik lelaki tunggal saya, Ridha. Sekejap cuma. Sempat lunch bersama di Jungle. Dengan nasi kukus. Sempat juga terjumpa big boss kat Jungle. Adehhh. =.='

Sekarang kami family hampir everyday bersidang di what'sapp. Nice sangat application ni. Macam-macam perkara bincang di what'sapp. Kereta nak habeh minyak waktu dalam perjalanan ke Kuantan pun story kat what'sapp.


Dapat baby baru pun story kat what'sapp. Dah jarang menelefon. Jarang berFB. Macam dulu.

Rasa makin rapat, sebab dapat share gambar, dapat share video sesama family. Privately. Very nice. ^_^


exam fever
=.='







Published with Blogger-droid v2.0.6

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Random update

6 comments:

A lot of things happen. Kembali ke Kuantan dengan senyuman. Walaupun spanjang perjalanan penuh ujian.

Hidup, tidak selalunya tenang dan mendamaikan, sesekali datang resah dan gelisah bertandang. Bila ditanya pada Ustaz Azhar Idrus, kenapa seorang wanita seringkali merasa sedih tanpa sebab dan menangis tanpa musabbab? Kata Ustaz, itu fitrah, hanya lelaki sejati yang mampu merawatnya. Guling-guling gelak. Ustaz Azhar,jawapannya tak pernah mengecewakan.

Kembalikanlah hati pada pemiliknya. Rabbul Izzati. Disitu ada ketenangan sejati.
Serahkan jiwa pada yang menciptakannya. Al Khaliq. Disitu ada keabadian cinta teragung.

Hidup, adakalanya tidak seperti yang kita rencanakan. Begitu begini. Begitu begini. Hati mula gelisah bila rencana kita tidak berjalan dengan baek. Sehingga kita terlupa, Allah punya perancangan jauh lebih sempurna.

Kita sering terlupa, Allah itu maha bijaksana. Kita lebih suka berlagak bijak daripada Dia. Celakalah manusia.

Hidup, kita mengharap sesuatu yang laen, tapi Allah hadirkan sesuatu yang berbeza dari harapan kita.
"Aku mengharapkan dia,tapi kenapa yang datang adalah kamu?"
Siapakah kita mahu mempersoalkan percaturan Dia? Kita makhluk, yang boleh mengharap, tapi wajib redha dan bersangka baek dengan aturan Sang Khaliq.

Ya Allah, jiwa ini memberontak keluh kesah,gelisah,resah.. Angkatlah rasa ini dari jiwa ini. Hadirkan rasa tenang,damai,ikhlas untuk melalui sebuah kehidupan pendek,menuju ke syurga abadi.

Ya Allah, jiwa ini mempersoalkan pelbagai soalan. Gantikan rasa ini dengan rasa redha,tulus dan qudus menerima qada dan qadar.

Esok,bakal bermula pertarungan sengit berentap dengan pen,kertas dan tulisan. Mengharap demam kebah dan jasad kembali sihat dan kuat. Terbuktilah, sakit memberi kesan pada psycology. Termasuk hari ini,sudah tiga hari tidak menyentuh nasi. Sekadar mengalad perut dengan air milo tin. Tiada rasa ingin makan. Walaupun lapar. Itulah nikmat yang kita dustakan sewaktu sehat. Tidak oernah syukuri. Sekarang,baru tahu bagaimana seksanya nak stay up tanpa bekalan tenaga yang cukup. Kirim salam sajalah,memang collapse awal. Adehh =·='
Ya Allah,sekiranya sakit itu penghapus dosa, aku ikhlas dengannya. Semoga sakit ini bukan alasan untuk skip mengaji,skip tahajud,skip belajar,skip buat kerja Islam.
Kita tidak ada masa untuk berhenti seketika, kerana masa bergersk terlalu pantas. Berhenti sekejap pun boleh membuat kita rugi dengan banyak. Keep on moving,Husna!

Published with Blogger-droid v2.0.6

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Wednesday, October 24, 2012

kad siswa punya cerita..

5 comments:

Have a very nice day,outing dengan Ibu. Jalan jalan cari kelengkapan di sekitar bandar Kota Bharu.

Memandang cermin mata kesayangan sudah menjadi arwah,saya berhajat mendapatkan cermin mata baru. Saya mencari outlet yang disenaraikan di dalam list diskaun kad siswa 1Malaysia. Akhirnya,saya dengan wajah gembira, berhasrat dapat cermin mata gaya baru penuh style, masuk ke outlet tersebut.

"Akak, ada disksun untuk kad siswa kan?"

"Ada ada. Adik nak spek macamana?"

Punya rasa lega dalam hati. Untunglah, hari tu tanya di Kuantan, cermin mata baru yang sama function spt arwah cermin mata, harganya mencecah RM800++. Then,now you know kenapa sanggup bersengkang mata rabun tanpa cermin mata. Mahai kot nak dapatkan yang baru. Drive malam malam sampai ke Muadzam Shah,berbekalkan tawakkal dan dapat juga leteran berbaldi baldi.

Selepas pilih style spek yang diminati,warna biru jadi pilihan hati, pilih yang murah murah je frame spek tu,sebab dah expected cermin anti silau yang mahu dimiliki,harganya mahai. Selepas dah test power, hati punya girang nak dapat spek baru yang penuh style.

Tiba tiba,
"Maaf dik, untuk cermin anti silau jenis ni takde diskaun..,"

Terkejut saya tengok bil yang disediakan. Ok,tak cool langsung.

Saya kata dengan tak malunya,
"tajadik ahhh"

Ibu disebelah bising, "Ya Allah budak ni, beli sajalah,spek tu kan keperluan...blaaa blaaaa...."

Dalam hati saya mengomel dengan comel, "Apa gunanya ya kad ni kalo kesana kemari takboleh guna? Atau aku yang tak reti nak guna?"

Ada orang tahu tak macamana the exact way untuk maksimakan kegunaan kad siswa ni? Yelah,alang alang dah ada kad,lawa olak tu, nak juga dapat privilage as a student. Tapi till now,masih cari HOW to use it wisely.

Akhirnya tajadik lagi buat spek baru,mood rosak sebab kad siswa. Dalam kereta,sepanjang drive, Ibu jadi mangsa dengar omelan comel anak dia tentang kad siswa dan macam macam. Sabarlah Ibu, dapat anak debater pencen!

Saya terfikir, nanti pergi TC makan KFC dengan Geng Konvoi, bole la kot nak guna kad siswa ni. Tapi kalau setakat KFC,  bukan keperluan pun. Kami pergi TC pun sebab nak berukhuwwah sambil makan KFC. Itu je ke?? Tak cool pun OK.

Published with Blogger-droid v2.0.6

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Monday, October 22, 2012

bantu saya menjadi lebih baek

2 comments:

Pagi yang damai, tenang dan harmoni, saya meluangkan masa membuka planner dan diari 2012. Terkejut melihat beberapa helai saja lagi, planner bakal bertukar wajah. Berfikir untuk meluangkan masa ke toko buku mencari planner 2013. Memiliki sebuah planner adalah langkah bijak untuk mengurus waktu. Jujurnya, tahun 2012 merupakan tahun rasmi saya menggunakan planner dengan istiqamah,dan sungguh, kesannya sungguh efektif dan saya merasai kelaenannya. Hidup lebih tersusun. Tiada taklifat yang terlepas pandang. Bukankah salah satu dari muwasafat tarbiah adalah TERSUSUN URUSANNYA?

Sedang membelek catitan kecil di hujung planner berbentuk diari, saya senyum sendirian. Seolah olah, Januari masih segar dan dekat dihati. Sepertinya Jun masih baru ditinggalkan beberapa hari. Pantas sungguh waktu itu berlalu. Baru semalam mengukir senyum tawa di bumi PJ,tapi kini keadaan sudah banyak bezanya. Semakin dewasa,semakin mencabar.

Sedang membaca sambil ditemani qasidah Ya Hanana, sekeping kertas jatuh di kaki. Tulisan tangan yang berterabur, tapi ia tetap bermakna buat saya. Senyum saya sinis sebelum menunduk mengambil kertas kecil itu. Tulisan siapa,saya sendiri tidak tahu pemiliknya,tapi yang saya tahu penulisnya sedang mengajak saya bermuhasabah akan diri sendiri. Dan saya cukup yakin,penulisnya bukan seorang,boleh jadi enam orang, sepuluh orang, dan mungkin juga ia mewakili 66 orang. Itulah sebabnya kertas kecil ini saya selit di diari,kerna nilai sentimentalnya terlalu tinggi.

Sebelum saya terjun dalam menyelami surat tersebut, ingin saya ucapkan jutaan terima kasih atas kesungguhan kalian yang menulis demi kebaekan saya. Dimana lagi mampu saya cari sahabat sebaek kalian yang mahukan kebaekan buat sahabatnya. Segala teguran pada surat tersebut, teramat saya hargai. Kadang kadang kita tak sempat melihat diri kita sendiri,itulah perlunya sahabat. Kepada yang melintarkan pujian serta harapan, saya juga mengucapkan penghargaan. Ia menjadi motivasi untuk saya terus melangkah gagahperkasa. Namun begitu, tidaklah segala pujian itu melaenkan segalanya disandarkan pada pemilik Alam semester, Allahu rabbul jalil. Alhamdulillah, bini'matihi tatimmussoolihaaat.

Saya meluangkan masa beberapa ketika membaca kembali tulisan di cebisan kertas tersebut. Antara yang menarik perhatian, "susah didekati". Melihat kepada diri, apa yang menyebabkan orang merasakan kita susah didekati. Pasti ada barrier yg kita bina. Saya termenung seketika, teringat pesan nenek, "dalam hati,jangan ada riya,ujub,bangga diri. Semua itu milik Allah. Manusia akan merasa janggal dengan orang yang ujub."

Kembali muhasabah diri. Kemana hilang pergi sifat tawadhu dan rendah hati? Ikutkah sebabnya mereka merasa saya susah didekati? Soal saya pada diri sendiri. Laen kali, saya perlu berubah. Kalau sahabat sendiri merasakan kita sukar didekati,apalagi jutaan mad'u diluar sana? 

Antara laen adalah saya dikatakan "kurang penyayang". Haruslah saya mengaku. Saya bukan seorang yang penyayang. Mungkin persekitaran membuatkan hati saya jering dan tandus untuk memberi kasih sayang. Sebagai seorang adik, yang mempunyai abang kakak yang begitu penyayang, membuatkan saya selesa menerima,berbanding memberi. Sejak dewasa, saya menyedari saya agak kurang memberi kasih sayang,jika dibandingkan dengan sahabat sekeliling. Untuk menerima kasih sayang pun,saya agak ego dan liat. Tidak suka dibantu. Hari demi hari,saya cuba untuk berubah. Kasih sayang itu indah. Abang kakak yang mula menyedari saya seorang yang kering dan tidak suks memberi,mereka mula melatih saya berdikari. Saya mohon maaf,jika saya kelihatan eksklusif,sukar didekati,tidak penyayang dan sebagainya. Saya terima ia sebagai satu bentuk tarbiah terus dari Allah untuk saya menjadi lebih baek.

Saya dalam proses membentuk fardhu muslim yang terbilang dan proses ini mengambil sedikit masa. Selaen itu, proses ini akan berterusan,bukan semata untuk baitul muslim,tetapi matlamat akhir pembentukan fardhu muslim adalah keredhaan Allah.

Selaen itu,saya sangat berbesar hati mengajak sahabat yang dekat dan sekeliling saya untuk membantu saya berubah kearah yang lebih baek. Terima kasih buat mereka yang sabar melayan karenah saya,bersama saya menjalani tarbiah fardhu muslim dan tak pernah mrninggalkan saya hanyut tanpa pedoman. Besarnya hati saya menerima segala teguran dan nasihat dari kalian.

Setiap seorang dari kalian bermakna dalam mencorakkan seorang HUSNA. Bertuahnya saya ada kalian yang hebat dan menghebatkan.

Lantas saya teringat pada satu kata-kata, "bersahabat dengan penjual minyak wangi, terkena tempias wanginya."
Bertuahnya saya bersahabat dengan kalian yang tinggi pekerti dan imannya.

Demikianlah bingkisan ikhlas saya buat sekalian sahabat sejati.
Teruskan menegur saya dan bantulah saya menjadi individu yang lebih baek.

Andai saya silap, peganglah tangan saya,lihatlah mata saya,senyumlah pada saya dan katakan pada saya, apa yang sepatutnya saya buat.
Andai saya salah, sentuhlah bahu saya, ajaklah saya duduk, katakan pada saya, pembetulan yang sebetulnya.
Andai saya futur, pegang erat tangan saya, bawa saya terbang tinggi ke awan dan katakan pada saya, masih ada ruang untuk saya.
Andai saya jatuh, tarik tangan saya, bawa saya berlari,katakan pada saya, harus saya berdiri kembali.

Saya memerlukan sahabat sekalian,walaupun di mata kalian saya sudah cukup outstanding,tapi hakikatnya, memerlukan seorang sahabat bukan kerana mahu menjadi hebat,tapi memerlukan sahabat sekalian untuk jadi penguat, melangkah lebih jauh dan padat. Kalianlah teman yang hebat. Allahu Allah.

Terima kasih atas nikmat persahabatan ini. Alhamdulillah.

Published with Blogger-droid v2.0.6

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

kelantan, here i am.

6 comments:

Sabtu petang yg damai dan mendamaikan, letih dan penat masih belum hilang, tidur belum sempat dicukupkan, saya dan sahabat bertolak pulang ke Kelantan dari Kuantan. Semua wajah gembira. Senyum sampai ke external aqustis meatus kot. o_O

Saluran radio yg melaungkan bait bait "labbaikallahummalabbaik....." menggamit hati untuk terus gagah perkasa pulang ke kampung halaman. Selaen faktor pendesak mahu ketemu Ibu selepas operasi mata dua minggu lepas.

Dalam perjalanan pulang, ramai orang mesej remind perlawanan bola sepak Kelantan vs ATM malam tersebut. Alamak,tadapatlah menonton,mana nak dapat tv radio yg jelas dalam hutan ni. Walaupun hakikat sebenarnya saya bukan peminat tegat bola sepak. Tapi sebab abang adik semua mibat bola,terkena jugaklah sedikit sebanyak tempiasnya. Kata abang, "blaja tengok bola,kang dapat suami gila bola,tak kekok nak layan nanti."

"tamaulah suami gila bola. Tak cool langsung. Minat sikit sudah lah."

Respon abang, "baek apa dia gila bola,dari gila game,gila drift."

Dalam hati terdetik, "gila brrjuang,gila tuntut ilmu, gila dakwah tu takpe lah. Lagi baek dunia akhirat."

Isu bola ni macam isu besau. Kena juga ambil tahu,mudah merapati mad'u nanti. Banyak tahu,banyak ilmu adalah syarat nak jadi da'ie yang mursyid. Insya Allah,on the way. o_O

Tahniah menang kelantan. Mula mula tak rasa sangat aura bola kat terengganu,sebab orang laen drive. Bila masuk Kelantan, dah tukar penumpang, baru hangat dengan Izzati Johari yg memang hantu bola. Apa saja untuk kalian,layankan saja. o_O

Selamat tiba di Kelantan jam 11,malam. Cari toilet selepas sejak bertolak dari Kuantan,tak stop langsung,melaenkan berhenti tepi jalan sekejap saja untuk tukar driver kattang.

Pergh,memang hebatlah perjalanan kali ni. Di kubang kerian,kami berhenti solat dan makan memandangkan tak makan sejak lunch.

Selamat tiba di istana tercinta jam 2pagi,ibu ayah confirm dah tido. Di akhir mujahadah untuk sampai ke garisan penamat,memang mencabar tahan rasa mengantuk. Huh,padahal dalam kereta tadi dah tidur,walaupun sekejap cuma. :-P

Ibu yg buka pintu pun mamai. Sampai je terus landing dan tidur. Penat. Penat. Puas hati dapat tidur dalam keadaan penat. Itu baru betul betul rehat namanya. Kan kan.

Hari pertama kat rumah dah kena paksa makan macam macam. Aduh. Dah agak. Dah agak. Sabau. Mula mula adik ajak makan chicken chop,lepas abang ajak makan mee sizzling. Balek rumah ayah masak kari ayam,wajiblah makan,ayah memang masak untuk anak dia. Lepas dinner dengan masakan ayah, ibu paksa pergi tahlil rumah pakcik, kat tempat tahlil pun kena paksa makan.

"Na,makanlah. Tolonglah makan. Bukan sokmo datang makan sini."

Abang sepak kaki,lepas tu dia bisik, "Kalo tak makan,orang kata sombong. Makan la sikit."

Memang kenyang. Takpe,esok puasa. o_O

Seronoknya dok kat rumah. Hujan sepoi sepoi bahasa,memang menambah rasa damai di hati.
Alhamdulillah, Allah bagi peluang menikmati hidup yang selesa di dunia. Tidak laen tidak bukan,kehidupan yg selesa di dunia adalah motivasi untuk bekerja keras dapatkan kehidupan yg lebih selesa di akhirat sana.

Malam ni rasa bertuah,beruntung, gembira sebab dapat sahabat soleh solehah yang selalu remind hamba yang dhaif ni. Ya Allah,bertuahnya dikelilingi mereka yg soleh. Tidak ada kata kata yg dilafazkan melaenkan perkataan yg mendekatkan hati dengan Tuhan Rabbul Izzati. :-)

Published with Blogger-droid v2.0.6

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Friday, October 19, 2012

midterm fever

2 comments:

Macam tak percaya, bila madam panggil nak jumpa,
Madam cakap,
"Good,good. Then,for final exam at least you gain more than 38 to achieve A for the subject. What is your planning? How to study?"

Pergh,muhasabah yang sangat baek. T.T
Tengok diri sendiri, madam dah tanya preparation untuk final, dalam hati kata, 'teruknya aku,midterm exam pun aku kucar kacir lagi.....'

See, madam lagi caring kat kita berbanding diri kita sendiri. Saya rasa,sebelum madam cakap macam tu, tapenah saya fikir pasal final exam.

Then madam sambung,
"Husna you ni.. Kata nak sambung post graduate. Kena work hard sikit la. Push your self a little bit more. Kena look for your planning. Lepas study nak terus sambung oversea ke,lepas study nak kerja dulu ke.. Ke nak kerja sambil study ke dalam Malaysia. Sume tu awak kena planning well."

Sekali lagi rasa terharu, madam plak yg fikirkan untuk kita. T.T
Kita sendiri tapernah fikir sampai situ. Walaupun berangan angan sokmo nak sambung post graduate kat australia. Doakan doakan.

"Hah,planning nak kawen bila?" Soalan serkap jarang yg baek dari madam.
Saya gelak lucu. T.T
Sejak makin dewasa ni,makin cuak cakap pasal nikah kawen. Besaaaar tanggungjawab+pengorbanan nak jadi isteri orang. Tambah tambah ada angan-angan nak jadi isteri seorang pejuang. Hoh,cuak cuak. T.T
Tengok kakak kakak yang dah kawen,rasa macam, hoooo, big big responsibilities ok. So,lepas ni,ikut nasihat abang, "married is a serious bussiness, dont talk about it unless you are serious into it and have someone serious into it with you." Haaa, what a nice nasihat kan.

Ada orang kata, baju sendiri pun malas nak iron, jadi bini orang nanti dua kali ganda baju kena iron tau. What a negative psychology effect kan. Bila dengar macam scary jah. Haha.

Bila pakai labcoat tak iron, orang kata, haih,white coat sendiri malas iron, white coat suami nanti kesian la. Haaa, ni adalah contoh reverse psychology yg baek untuk menyedarkan diri bahawa, diri sendiri pon tak mampu jaga,jangan berangan nak jaga anak teruna orang.

Eh eh,macam dah lari tajuk. Huh.

Another 4 midterm paper is awaiting for me after the mid break. Wow,mana tak ketar lutut nak cuti. Assignment pun belana-kona yg tak siap. *sigh
Tapi bila fikir rumah,semua midterm exam dan assignment terbang tinggi entah ke negara mana.
Tambah plak bila parents planning for a holiday at terengganu untuk anak bujang mereka. Hihi. Untung untung. Alhamdulillah.

Thanks mum dad sebab faham anaknda.
"kakak penat belajar,penat kerja, nanti cuti kami bawak kakak cuti cuti rehat minda,rehat badan."
Alhamdulillah,dapat ibu ayah yg sangat memahami. T.T
Tapernah minta pun nk beholiday. Rezeki. Rezeki. Ahha.
Semoga Allah menjaga ibu ayah. Selaaaluuuuu!

Published with Blogger-droid v2.0.6

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Tuesday, October 16, 2012

usrah saya OSEM bangat!

No comments:
sekitar usrah golongan profesional. Tak bawak nota, rasa bersalah. Bawak nota dan buku teks, walaupun baca pun tidak, sekadar selak selak helaiannya. Kami banyak tumpu pada pengisian mantap dari ahli ahli usrah. Seronok.

Kami usrah, kami OK!

Sekitar suasana usrah.
Ada orang tanya, 'Dah jadi naqibah pun still ikut usrah ke?'
Erk,ikut usrah bukan sebab nak jadi naqibah. Kalau matlamat ikut usrah sebab nak jadi naqibah,memang akan stop berusrah lepas jadi naqibah.

Berusrah sebab nak continuously learn a lot of things. Dalam usrah, kita discuss macam macam. Sometimes benda yang tak pernah kita tahu pun.
Just nice.

Usrah dapat menjaga kita agar terus istiqamah. Bila ada yg liat datang usrah,ada yg tak henti ajak. Bila ada yg lalai,ada yg mengingat.

Osem sgt ok!

Dalam usrah,kita share banyak benda, ilmu, masalah and so so on.
Best tau usrah. Matlamat usrah? Nak bina fardhul muslim.
Jadi maksudnya lepas dah kawen, tayah join usrah ke?
Bukan macam tu.

Lepas kawen pun,kena usrah jugak,mantapkan fardhul muslim. Erk,yang berusrah dengan suami tu satu hal yg berbeza ya.

Sahabat saya ramai tasabar tunggu tahun depan,ramai nak berusrah dengan suami. Ni penangan join baitul muslim course ni. Ahha.

Apapun,usrah best tau.

Kalau boleh,sampai mati nak hidup dalam usrah. Insya Allah.

Myself develop very well via usrah. Alhamdulillah. =)

Tambah pulak,usrah kami sangat best dan anggotanya semua sporting. Osem bangat!

Usrah anda bagaimana?

Ikatlah diri dgn usrah agar kita tidak lari dari jalan yg benar dan tidak lalai dgn perkara yg melalaikan.

Usrah saya osem ok!
Published with Blogger-droid v2.0.6

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

hidup: tulisan yang mahal.

No comments:




In PBL session, i had become the scriber. I did wrote all the information and our discussion. At the end of the class,everyone took these picture.

Zaman sekarang dah maju,dah tapayah salin nota, captured image je.
Unfortunately, tulisan tu macam buruk. Takpelah, at least ada gaya doktor tu. Ahha.
Published with Blogger-droid v2.0.6

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Sunday, October 14, 2012

Kursus Kawen : Bukan unt budak-budak.

No comments:

A piece of conversation via Whatsapp with siblings.


'Abang abang, may i attending baitul muslim course? All my friend join it.. Please, rm40 only..'

'baitul muslim course? Apakah?'

'macam kursus kawen la. Yeah,bukan macam tp memang kursus kawen pun.'

'hahaha. In your dream laa. Adik sayang,kereta awak tu,nak servis pun abang kat johor ni yang uruskan. We already discuss about this right? I do keep ur word. Sorry dear, biarlah kawan2 tu. Yg penting u urself.'

'budak kecik nak g kursus kawen? Penat guling2 dengar cito ni. Kursus kawen bukan unt budak2.'

I do remember my friend said, 'kalau jadi adik,dah matang+independent macamana pun,abang kakak still anggap kita budak kecik.'

And yes,it is. T.T

'abang abang, am in the process to grow up, you all should support me,not laugh at me.....'

'i do support you dekna. In everything. Just want the best to you. Once you are serious to married,have someone serious,then we will have adult-adult talk. Now, if you urself not serious to be there, attending kursus kawen just because your friend, just forget it. One day,when i know you can make it,me myself hntar dkna pg kursus kawen ok. Dont worry dear,i know you are in the process to grow up. And i with you,always. Fokus dulu blaja,gerak kerja Islam tuuu. Im now having a serious talk to you ok.'
(seriously bersemangat waja baca nasihat ini. ^__^ )

'hoho,love you abang!'

'you are the only sista i have now, ofkos i love you more. Allah ask me to take care of you very well. Org tuo kato,jago anok dara lg susoh dr jago lembu sekandang. Tp abg dok rajin jago lembu, so cant accept those hypothesis,but jago anda meme susoh. To make you outstanding like now,not easy dear.. Not easy. Got to go. Take care. No registration for kursus kawen until you are ready n serious with it ok. Till then.'

p/s : Mmg kami adik beradik 'gemar' speaking. Walaupun broken english. ;p


:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Tuesday, October 09, 2012

aku mahu disisimu. +__+

3 comments:









Terasa inginku berlari menuju ke arahmu,
Mahuku bawa sekuntum mawar segar,
Buat penghibur hatimu,
Meskiku tahu,
Ia tidak mampu menghilangkan sakitmu,
Tapi cukup untukku sekadar melihat senyum diwajahmu.
Senyum itu tanda hatimu tenang dalam ujianNya.

Ibu,
Maafkan aku tidak disisi.
Menyapu tangis sendumu menahan sakit.
Maafkan aku tidak disisi.
Mencetus tawa menghibur hati.
Maafkan aku tidak disisi.
Melagukan Quran penguat hati.
Maafkan aku tidak disisi.
Meredakan sakit menenangkan hati.


Kalau bukan iman yang ada di hati.
Sudah lama segala taklifan disini aku tinggal pergi.

Meskipun kerap dipujuk abang,
'tanggungjawab tu pada anak lelaki.'
Tapi selagi aku belum bersuami,
Ibulah yang pertama dan nombor satu di hati.


Ibu.. Ibu..
Sepanjang aku hidup dan diuji.
Tidak pernah kau biarkan aku sendiri.
Apalagi dalam keadaan sakit dan diuji.
Engkau sentiasa berusaha untuk disisi.
Tapi saat ini,
Akulah yang kejam dan tidak punya hati.
Kerana tidak mampu bersamamu meniti hari.


Ibu,
Bersama titis air mata,
Aku bermunajat pada yang Esa.
Tenangkan hatimu.
Lapangkan dadamu.
Redakan tangismu.
Hilangkan sakitmu.
Biar aku menanggung semuanya.
Aku mampu dan aku mahu!

Ibu,
lihatlah anaknda disini,
menjalankan segala taklifat dengan penuh semangat,
Meskipun gundah gulana dan tidak tenang hati.
Biarlah senyuman yang menjadi penyeri.
Senyuman ini menyembunyikan segala rasa hati.
Kerana aku tahu,
Ibu mahu aku kuat.
Dan Ibu,
ketahuilah,
Anak Ibu sedang menjadi kuat.

Akanku ingat nasihat Ibu,
'kelak bersuami,jangan nafikan hak anak lelaki terhadap ibunya. Itu tanggungjawab.'


Ibu,
Semoga dapat kau rasa,
Gelisah resah hati anaknda,
Tidur bangun dengan air mata,
Mengenangkan dirimu disana.

Ibu,
Semoga dapat kau rasa,
Meskipun jauh jarak kita,
Tapi hati ini tiada henti berdoa,
Agar Ibu dalam lindunganNya.

Ibu,
Aku menjadi manusia tabah hari ini,
Adalah kerana adanya kamu.
Kerana disebalik seorang aku.
Ada seorang Ibu yang jauh lebih tabah.
Mengajar aku menjadi gagah.
Aku sangat bertuah.

Allahu Rabbi,
Engkau tahu apa dihatiku.
Andai dimudahkan urusanku,
Aku pasti pulang ke sisi Ibu.
Aku cuma mampu,
Menyerahkan segala urusanku kepadaMu.
Dan meninggalkan Ibuku,
Di dalam jagaan dan lindunganMu.
Wallahu a'lam.
Published with Blogger-droid v2.0.6

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Monday, October 08, 2012

5th Week : Terlalu pantas waktu berlalu.

No comments:

Minggu yang kelima. Teruja melihat bilangan minggu yang banyak. Semakin banyak minggu, semakin cepat tarikh untuk konvokesyen. Its such a strong motivation bila tengok gambar orang konvo. And some people do post about their parents feeling on convocation day. Walaupun Ibu dan Ayah dah menghadiri 5 kali majlis konvokesyen(nasiblah jadi anak yang keenam), i have my own way to make them proud. Insya ALLAH.  Make me feel very bersemangat nak mendekati hari konvo. Sepatutnya, begitulah kita bersemangat menghadapi hari kematian kan. Sedangkan mati itu lebih dekat. Tapi selalu lupa mati itu dekat. *Sigh
very motivated picture.
^_^

one day i will.
Insya ALLAH

"Detik waktu terus berjalan

Berhias gelap dan terang
Suka dan duka
Tangis dan tawa
Tergores bagai lukisan"
Sesungguhnya hati orang yang bodoh itu ada di mulutnya tetapi hati orang yang bijaksana ada di hatinya

A lot of things yang memahat memori tahun dua. Ternyata lebih dewasa. Tidak laen segala yang terjadi banyak mematangkan diri dan hati. Till now, i do believe, makin lama orang tu hidup, makin banyak pengalaman. But, ada juga some people yang tak 'explore' hidup ni. Ish, rugi. Dunia ini memang sementara. Tapi ia tetap jambatan menuju akhirat. Explore dan hiduplah dengan baik di dunia ini, kerana manifestasi bagaimana natijah kita di akhirat kelak adalah bagaimana kita mengisi kehidupan dunia hari ini.

Ada yang hidupnya diisi untuk belajar semata-mata sehingga meninggalkan kepentingan dakwah. Sedangkan menjalankan dakwah adalah wajib untuk kullu muslim. Some people might say, "Aku buat dakwah juga, dakwah bil hal. Aku pakai tutup aurat, aku buat akhlak baik. Cukuplah tu."

Kalau semua orang doing the same things, sape yang akan sampaikan kalam dakwah ke seluruh pelusuk dunia? Nabi Muhammad SAW adalah orang yang dijanjikan syurga. And see, apa baginda buat untuk dakwah? Not only just show the qudwah hasanah. Yeah, baginda buat lebih dari itu. Baginda bermati-matian menjalankan dakwah. 

Terbukti berapa banyak parut-parut perjuangan di badan baginda hasil dari dakwah baginda? Dan tengok pada diri kita, apa kesan/parut kita dalam menjalankan dakwah? Hampir tiada.
Tapi kita sudah merasakan diri kita adalah seorang daie yang berjaya dengan menutup aurat dengan sempurna. It is really not enough, friend.

@ talk comparative religion by Dr Zakir Naik.
It is proudly to welcome Dr Zakir Naik to Malaysia.
Please come again, Dr!

Minggu kelima agak mendebarkan. Sebab minggu keenam adalah minggu untuk mid-term exam. Tapi minggu ketujuh membuatkan saya lebih teruja melalui minggu keenam, sebab minggu ketujuh adalah holiday week. Sejak 1 September datang ke UIA Kuantan, belum pernah lagi rasa menangis dalam hati seperti minggu ni nak balik Kelantan. Memang lumrah, nak dekat exam, sibuk struggle untuk study, waktu-waktu macam ni macam-macam perasaan datang ganggu. Perasaan nak balik lah. Perasaan nak makan masakan Ibu lah. Not only me, kawan-kawan pun do share the same things. Pernah sorang sahabat saya kata, "Waktu nak exam ni selalu diganggu perasaan nak bercinta! Adehhh!" Tergelak, tapi ada ke? T.T



Quiz Pharmacology yang sangat tough. I do wonder macamana soalan mid-term and final exam, kalau quiz pun dah rasa macam SPOILT!
Masa berlalu begitu pantas. Rasanya tadi baru 2.45 pm apabila saya berhajat untuk mengupdate blog. Now, its already 3.15 pm and i need to stop to proceed with my study. A lot of assignment yang kena siapkan sebelum balik cuti.

Just enjoy some pics of my journey till 5th week. It is nice. Yeah, i do explore the life very well and i will explore more and better in the future weeks to comes.

Kakak said, "Waktu belajar, explore hidup baik-baik, Nanti dah start kerja, kahwin segala bagai, banyak yang membataskan kita berbanding waktu bujang trang tang tang dan waktu belajar yang enjoy."

Lets explore! ^_^
us @ Kediaman Rasmi Menteri Besar Pahang.
^_^
“Dan apa saja musibah yang menimpa kamu maka adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah memaafkan sebahagian besar (dari kesalahan-kesalahanmu).” – Surah AsSyuura : Ayat 30

roof-top sahur with Kelantanians; Zakirah dan Wirdah.

Ibnu Abil ‘Izz al-Hanafi berkata:
 “…tiada kehidupan untuk hati, tidak ada kesenangan dan ketenangan baginya, kecuali dengan mengenal Rabbnya, Sesembahan dan Penciptanya, dengan Asma’, Sifat dan Af’al (perbuatan)-Nya, dan seiring dengan itu mencintai-Nya lebih dari yang lain, dan berusaha mendekatkan diri kepada-Nya tanpa yang lain…” 

Congratulation to our new SRC line-up.
Re-election adalah sejarah terindah.
Manual voting adalah kenangan yang comel.
^_^

Ibnul Qayyim rahimahullah mengatakan, :
 “Waktu manusia adalah umurnya yang sebenarnya. Waktu tersebut adalah waktu yang dimanfaatkan untuk mendapatkan kehidupan yang abadi dan penuh kenikmatan dan terbebas dari kesempitan dan azab yang pedih. Ketahuilah bahwa berlalunya waktu lebih cepat dari berjalannya awan (mendung). Barangsiapa yang waktunya hanya untuk ketaatan dan beribadah pada Allah, maka itulah waktu dan umurnya yang sebenarnya.  Selain itu tidak dinilai sebagai kehidupannya, namun hanya teranggap seperti kehidupan binatang ternak. Jika waktu hanya dihabiskan untuk hal-hal yang membuat lalai, untuk sekedar menghamburkan syahwat (hawa nafsu), berangan-angan yang batil, hanya dihabiskan dengan banyak tidur dan digunakan dalam kebatilan, maka sungguh kematian lebih layak bagi dirinya.” 
Attending wedding of Uda Dalila with LOVE @ Terengganu. 

Perkataan yang lemah lembut itu melembutkan hati yang lebih keras dari batu batu dan perkataan yang kasar akan mengasarkan hati yang lebih halus dari sutera
shoot the love sight. 

Kemuncak segala dosa ialah bohong. Dua perkara yang sentiasa mengiringi bohong ialah banyak berjanji dan banyak memberi alasan

us @ wedding Misuari.

Kegagalan pertama, tidak ianya terus gagal: tetapi ianya kan membangkitkan cita cita yang bersemangat lagi teguh bagi sesiapa yang pernah mengalaminya
us @ himpunan membantah filem menghina Rasululah SAW.

1000 mancis tidak menerangi kau di dalam kegelapan buat selama lamanya tetapi cahaya keimanan dapat membawa kau ke jalan kesenangan
everything is a nice memory to remember.
Thanks to all who make my life better.
Who give me strong motivation to work-hard in this dakwah.
And who never stop me to struggle very well in my academic.
Thanks to family, thanks to friends, thanks to lecturers, thanks to all!
May Allah bless us!


Cintaku kepada Tuhan kerana aku adalah ciptaan-Nya. Cintaku terhadap seseorang itu adalah kerana perasaan yang dicipta-Nya
"Seribu mimpi berjuta sepi
Hadir bagai teman sejati
Di antara lelahnya jiwa
Dalam resah dan air mata
Ku persembahkan kepadaMu
Yang terindah dalam hidupku


Meski ku rapuh dalam langkah
Kadang tak setia kepadaMu
Namun cinta dalam jiwa
Hanyalah padaMu

Maafkanlah bila hati
Tak sempurna mencintaiMu
Dalam dada ku harap hanya
Dirimu yang bertakhta

Detik waktu terus berlalu
Semua berakhir padaMu"


Published with Blogger-droid v2.0.6

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Saturday, October 06, 2012

Memiliki bahagia sebelum memberi bahagia

4 comments:
Wajah bahagia Munir. =)
Pernah anda ditanya, "Kau pernah sedih tak?"
Soalan tersebut terlalu sarkastik, mustahil ada manusia yang tidak bersedih. Sedangkan siang,ada malamnya, panas ada hujannya.

Semalam, seorang adinda menghantar mesej ke inbox FB saya,
'Saya tengok kak Husna macam bahagia. Apa rahsianya? Kongsikanlah..'

Saya senyum sendiri. Dalam hati termenyanyi lagu Hakikat Kebahagiaan dari UNIC.

"Bahagia itu dari dalam diri 
Kesannya zahir rupanya maknawi 
Terpendam bagai permata di dasar hati 

Bahagia itu ada pada hati 
Bertakhta di kerajaan diri 
Terbenam bagai mutiara di lautan nurani 

Bahagia itu ada di jiwa 
Mahkota di singgahsana rasa 
Bahagia itu adalah suatu ketenangan 

Bila susah tiada gelisah 
Bila miskin syukur pada Tuhan 
Bila sakit tiada resah di jiwa 
Bukankah Tuhan telah berfirman 
Ketahuilah dengan mengingati Allah 
Jiwa kan menjadi tenang "

Penilaian adinda tersebut mungkin terlalu random atau lebih tepat dikatakan, boleh jadi beliau belum megenali saya lebih dekat. Saya bukan orang yang mampu membahagiakan orang lain.

Kata ustaz saya, "Orang yang bahagia, adalah orang yang mampu membuat orang lain turut  bahagia apabila memandangnya." 

*Terlalu jauh untuk berada di situ.


Saya sekadar berkongsi, cara untuk menjadi bahagia. Adinda tersebut sepertinya tahu, saya sedang mencari jalan bahagia, dalam pelbagai mehnah. Haruslah mencari bahagia, kerana hati yang bahagia, lebih tenang dan dekat dengan Rabbi Insya ALLAH.

Kalau kita tengok orang bahagia,sometimes we tend to assume, dia dapat semua yang dia mahu. Sebab ada assumption macam tu lah hati kita tak bahagia.

Pandanglah semua orang dengan perspektif bahagia. Tak mungkin ada orang yang dapat semua yang dia mahu,agak mustahil. Dan semua orang ada kelemahan/masalah masing-masing. Termasuk saya,begitu juga anda.

Kehidupan ini adalah persoalan tentang bagaimana kita memandang apa itu hidup.


Hidup ini bukan syurga. Hidup ini adalah dunia. Di dunia, ujian/cabaran/masalah itu adalah normal. Syurga pula,tempat istirehat yang paling sempurna,segala keinginan ditunaikan,segala kemahuan terlaksana. Itu syurga.

Ketahuilah,ini dunia,bukan syurga. Maka,segala masalah dan sebarang kekurangan bukan sesuatu yang pelik. Ia bukan hanya ada pada anda,tapi pada semua orang!

Bahagia itu datang dari hati. Bahagia itu tidak boleh dibuat-buat.


Maka, hati itulah yang perlu dijaga untuk mendapat kebahagiaan. 

Suka untuk saya syorkan kalian membaca buku Terapi Penyakit Hati, karya Ibnul Qayyim Al-Jauzi. Buku ini lebih baek dibaca sebelum kita membaca buku rahsia kebahagiaan yang laen. Saya sendiri,ternyata menemui sesuatu yang begitu berharga padanya.

Cinta pada dunia adalah penyakit hati yang paling susah diubati dan paling besar akibatnya,sengsara.
Macamana cinta pada dunia?

Kayu ukur saya sendiri adalah, sekiranya kita melakukan sesuatu,tidak ada yang dapat menandingi tanggungjawab kita kepada Allah. Contoh, belajar sampai lewatkan solat dan terbabas Subuh. Dimana kita meletakkan suruhan Allah dihati kita? Adakah ia priority atau sebaleknya?

We tend to set our alarm untuk remind kita for class/meeting, tapi kita selalu lupa nak set alarm untuk bangun solat bila kita tidur. Tidur malam tu satu hal,tidur tengahari pun sama. Tidur pukul satu, bangun pukul empat untuk solat Zohor. Dimana kita letak Allah di dalam hidup kita?

Orang yang matlamatnya adalah mardhatillah, sedikitpun dunia tidak menggugat ketenangan hatinya. Disaat itu,tenang itulah yang memberinya bahagia. Allahu Allah,saya masih jauh untuk sampai ketahap ini,tapi teringin merasainya. Harus gigih berusaha!

Setiap kali datang masalah atau ujian, kurangkan masa meratapi nasib,tapi banyakkan masa mencari penyelesaian dan mengadu pada Tuhan. Saya kerap kali diuji ujian kesakitan dari Tuhan. Dulu,saya sering menangis di birai jendela mengenangkan nasib diri tidak sebertuah orang laen. Rupanya itulah tindakan bodoh yang saya sangat menyesal melakukannya. Meratapi nasib adalah manifestasi tidak redha dengan takdir Tuhan!

Sejak sudah mula dewasa,saya kurangkan masa meratap nasib,tapi saya banyak berbincang dengan keluarga untuk menyelesaikan masalah. Surely,my family help me a lot to stand up!

Satu persatu masalah dapat diselesaikan. Tidak lupa doa dan meminta bantuan dari Tuhan. Dan alhamdulillah,terlalu banyak yang dipermudahkan.

Kadang-kadang, berfikir terlalu panjang hanya membuka ruang kita bersangka buruk pada Tuhan.

Seterusnya, banyakkan senyuman. Sekalipun besar masalah yang mendatang,jangan berhenti senyum. Susah sebenarnya untuk senyum dalam sendu,tapi ia tidak mustahil dan possible untuk dilaksanakan!

Beri senyuman pada orang sekitar kita, insya Allah, senyuman kita berbalas dan rasa bahagia itu akan hadir dengan sendirinya. Awas,senyum berpada-pada,terutama untuk yang berlaenan gender!

Next,fokus dengan apa yang kita laksanakan. Setengah orang,ada masalah dengan kereta,contoh kereta rosak. Tapi masalah tu,sampai dalam bilik, ke tempat meeting dan dalam facebook pun dibawa bersama.

Sepatutnya,dalam bilik, fokuslah pada situasi bilik,tak perlu dicampur adukkan dengan masalah kereta rosak. Dalam meeting,tak perlu fikir soal kereta rosak sampai nak emo tak pasal-pasal, nak masam muka segala bagai. Tak perlu, bukan selesai pun masalah kereta rosak tu,kau masam+emo pun,kereta tu tak elok dengan sendiri!

Minimakan dosa. Dosa adalah punca hati gelisah dan hilang bahagia. Kurangkan bercakap perkara sia-sia. Jaga aurat dengan sempurna. Elak mengumpat dan mengata. Banyak baca quran dan solat sunnat. Banyakkan puasa sunnat dan yang paling penting, jaga ibadah wajib dengan sempurna. Terlalu jauh untuk saya sendiri sampai ketahap ini,tapi tak salah gigih berusahakan?

Orang yang banyak dosa,akan selalu gelisah dan hilang ketenangan. Sedangkan tenang itu adalah sebahagian dari kebahagiaan.

Antara laen,resipi untuk bahagia adalah banyak menghitung nikmat yang Tuhan anugerahkan. Hitung nikmat sampai kita rasa banyaknya Allah sudah beri pada aku, apalah sangat dengan sedikit ujian dan musibah ini.

Contoh,kita hilang henset yang berharga tujuh ratus ringgit. Untuk menghilangkan rasa gelisah dan tidak tenang, cuba hitung berapa banyak Allah beri nikmat pada kita. Lebih berharga dari tujuh ratus tersebut.

 Sebagai contoh, Allah beri kita keluarga yang bahagia, Alkah beri kita akademik yang stabil. Tentu sekali nilai semua itu melebihi tujuh ratus ringgit yang hilang. Kan? Hati akan kebih tenang dan redha.


Hitunglah nikmat Tuhan,usah kerap membilang ujian semata-mata!

Saya, cuba jadi bahagia. Sebab saya yakin, kebahagiaan saya adalah kebahagiaan ibu,ayah,abang,kakak dan adik saya. Juga kebahagiaan sahabat-sahabat saya serta orang sekeliling saya. Saya senang bila menyenangkan mereka,damai sekali rasanya. Erti hidup inikan pada memberi!

Sebarkan aura yang positif. Anda akan mendapat aura yang positif. Mana mungkin memberi najis dibalas bunga. Begitulah perumpamaannya!
Memaafkan adalah ubat kepada kecewa dan derita. Maafkanlah, anda pasti rasa bahagia. Kadang-kadang, masalah kecil pun boleh memberi gelisah pada hati kita.


Contoh, "Ibu, tadi dalam meeting, muslimin itu jahat dengan kakak. Buat muka. Macam tak puas hati je dengan kakak. Tak tahulah apa kakak salah dengan dia. Kakak benci dia buat macam tu pada kakak."


Jawapan Ibu, saya yakin dan pasti, "Kakak, maafkan dia, kakak akan bahagia. Kakak lupakan apa dia buat pada kakak. Maafkan dia."

Hampir setiap kisah/cerita yang saya kongsikan dengan Ibu, pasti itu jawapan Ibu.
Sehingga satu tahap, saya meyakini, kuasa maaf itu benar-benar memberi bahagia.
Sewaktu kita memaafkan semua orang, beban di hati kita hilang dan tenang. Subhanallah, perasaannya begitu hebat sekali. Cubalah! Maafkan semua orang yang menyakiti kita. Samada dalam sekecil-kecil perkara mahupun sebesar-besar perkara.
Maaf itu satu perkara yang membahagiakan. Cubalah!
Mana mungkin Rasulullah sendiri menyuruh kita memaafkan kesalahan semua orang sebelum kita tidur, andai  memberi kemaafan itu sia-sia. Rupanya, Rasulullah nak kita kekal bahagia dengan memaafkan kesilapan manusia. Percayalah, its work! Really work!

Saya sendiri kadang kala tetap gagal menguruskan emosi,walau berkali ingatkan pada diri untuk mengawal emosi. Lumrah manusia, sesekali gagal dan terkandas. Tapi itu bukan alasan untuk berhenti berusaha menjadi bahagia. Percayalah. Kadang-kadang ada waktunya saya overstress, terbawa dalam meeting, dalam persahabatan dan kadang kala dalam medan akademik. Muka jadi masam. Emosi tidak stabil. Jiwa berserabut selirat. Waktu ini, mohonlah bantuan Tuhan,agar Dia beri kita kekuatan untuk mencari tenang dan bahagia. Waktu peak hour macam ni,saya suka bawa diri ke masjid. Tapi tentu sekali tidak lama. Jangan ambil masa berminggu-minggu untuk recharge energy.

Ada orang beranggapan,kita akan bahagia bila sedang bercinta dengan manusia. Eh,bercinta dengan Tuhan berganda bahagia tau. Sebab kita takkan kecewa,terluka atau terseksa. Eh,sape kata orang single tak bahagia?
Saya single, saya OK dan saya bahagia!

Kadang-kadang persepsi orang yang buat kita menderita.
Cool. Cool.
Sekadar itu tinta bahagia dari saya. Kalau boleh,selamanya dan sampai bila-bila saya mahu bahagia,kerana hanya orang yang bahagia yang boleh memberi kebahagiaan kepada orang laen.

Sape yang terfikir nak kawen, kena jadi orang yang bahagia dulu. Sebab how can you make your love one bahagia kalau anda sendiri tandus dengan kebahagiaan.


"Kebahagiaan itu suatu kesyukuran 
Bila kaya jadi insan pemurah 
Bila berkuasa amanah 
Bila berjaya tidak alpa 
Bila sihat tidak lupakan Tuhan 

Hakikatnya bahagia itu 
Adalah ketenangan 
Bila hati mengingati Tuhan 

Semua insan kan mengerti 
Maksud terseni Ilahi 
Itulah zikir yang hakiki"


Sehingga bertemu lagi,dengan bahagia!

Published with Blogger-droid v2.0.6

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Wednesday, October 03, 2012

@ Terengganu : Walimah Dalila dan Rafiq

6 comments:
Kelihatannya saya sedikit sibuk akhir-akhir ini,lantas blog pun jarang dipaut. Berbanding FB yang senang dicapai menggunakan aplikasi android.

Sibuk dengan akademik. Itulah yang paling ketara. Mana tidaknya, dengan contact hour yang agak mencabar dan dengan subjek yang memang pergh*, asyik ada presentation saja. Minggu ini saja, ada 3 presentation. Cool, cool. Memang rasa cool setiap kali presentation. ^_^


Sabtu yang lepas, saya bersama Fathiah Radzi, Nurul Aimi, dan Zakirah Khairudin menjejakkan kaki ke bumi Terengganu. Dengan satu harapan, mahu memenuhi jemputan walimah sahabat GEN9 di Batu Buruk, Terengganu.

Perjalanan berbekalkan sehelai sepinggan dan beberapa keping not sebagai persediaan.

Sepanjang perjalanan pergi, everyone dalam hati rasa gembira. Eksaited kot nak attend majlis kawen sahabat. Dulu kat DQ main kayak sama-sama, iadah kat masjid sama-sama, pergi program sama-sama, dan yang terpenting kena marah dan torture dalam program haluan siswa dan ribatul mawaddah sama-sama. Oooh, kenangan kot semua tu.

And all those things yang mengikat hati kami sampai hari ini dan selamanya, insya ALLAH. Selain ikatan Quran itu sendiri. Walaupun hampir 3 tahun tak bertemu muka, rasa nak attend majlis walimah beliau sangat tinggi. Itulah hebatnya ukhuwwah. ^_^

Setibanya di Terengganu, agak malang sebab tak sempat nak dengar lafaz sakinah dari Encik Rafiq. Sampai di Masjid Terapung, mereka sedang bergambar dengan riang gembira. Allah, terlepas lagi. Bahiah kawen pun terlepas, kali ni pun terlepas. Wajah semua orang sedih sebab tak sempat dengar khutbah nikah. Ahha. ^_^

Selepas akad nikah di masjid, kami terus follow kereta pengantin ke rumah beliau. Dekat saja dari masjid tersebut. Sampai kat rumah pengantin, perut dah bunyi-bunyi. Maklumlah dari Kuantan tak jamah apa-apa lagi. Jimat duit. ^__^ Bila tuan rumah ajak makan, takde dalih-dalih dah, terus pergi makan. ;p

girl talk.
jeng jeng jeng
Selepas makan, we are waiting for the bride beserta rombongannya datang. Waktu ni, we had a girl talk, OK. Very nice girl talk. Waktu ni semua jadi eksaited nak dengar cerita pengantin. Macamana kenal. Bila kenal. Bila tunang. Kenapa pilih dia.

Dan dalam banyak-banyak soalan, soalan kenapa pilih Rafiq paling saya suka jawapannya.

"Kenapa Uda terima Rafiq? Mean.. secepat ini? Dan how about ur family?"

Biasalah, soalan psiko. ^_^

Agak cepat sebenarnya. Walaupun beliau sudah mengenali Rafiq dalam persatuan di bumi kinanah Mesir, tapi secara officially kenal sangat baru. Kenal aje, terus bertunang pada Syawal yang lalu. Dan Aidil Adha belum pun lagi, mereka sudah diijabkabulkan.

Saya sekadar tertanya-tanya, apakah kekuatan yang ada pada beliau.

Jawapan pengantin yang membuat saya kagum,

"Entahlah adik. Sebab Allah mudahkan everything. Sebelum ni ada orang masuk, semua macam payah. Tapi kali ni, bila Rafiq datang, mak ayah dan semuanya jadi mudah. Dan Allah mudahkan sampai sekarang."

Subhanallah Subhanallah.

Dalam hati saya, saya berkata, hasil istikharahmu yang berpanjangan. Allah pasti mudahkan jalan untuk yang terbaek buatmu, Uda!

Antara soalan lain yang saya eksaited nak tahu, kenapa kawen awal? Why dont wait for another year, maybe?

Jawapan pengantin, "Rafiq taknak berkawan lama-lama."

Rafiq looks like very gentleman in this story. *alhamdulillah. He is the right person for my Uda Dalila. Alhamdulillah.

Saya tumpang gembira dengan perkahwinan mereka. Encik Rafiq yang pada awalnya kelihatan agak kekok, tapi rupanya sporting juga. Beliau melayan saja rakaman video temuramah dari kami yang nakal-nakal ini.

Soalan saya buat Rafiq pula,
"Apa harapan Rafiq buat Dalila?"

"Semoga jadi isteri solehah. Penjaga kewangan yang baik. Ibu yang mithali buat anak-anak."

Pergh* Perancangan lagi jitu dan rapi. Jauh sisi pandang Rafiq.

Konklusi, M.A.T.A.N.G. Patut dah boleh kawen. ^_^

Both of pengantin kelihatan sangat malu-malu antara satu sama lain. Walaupun sudah berkenalan di dalam persatuan, perkenalan tersebut adalah atas dasar kerja dan profesional, tentunya. Perkenalan yang serius ini sangat baru bermula. Haruslah masih malu dan segan antara satu sama lain.

Saya kerap mengusik Uda bila beliau asyik memanggil suaminya dengan panggilan 'awak'.

"Uda, panggil ABANG la.."

Mukanya terus merah padam. Malu sangat Uda aku ni. ^_^

Very nice moment, walaupun sekejap, tapi berpuas hati menghadiri wedding ini. Dapat bersama pengantin dan berborak mesra.

Majlis mereka cukup simple. But nice. Full with barakah insya ALLAH.

Alfu Mabruk Uda Dalila dan Rafiq.

Kami bertolak balik sekitar jam 4 petang. Sempat merayau ke Giant Terengganu. Jalan di Terengganu sangat jem sesak. Teruk sangat jem. Stress. Seriously stress.

Kata Fathiah,
"Tak payah nak stress sangat, terkahwin dengan orang Terengganu kang baru ternganga."

Ceyt, takde terkahwin terkahwin nya dalam cerita ni.

Dalam perjalanan pulang, semua pakat dok layan lagu syahdu. Berbeza dengan perjalanan pergi tadi, lagu Barakallah dan For The Rest of My Life dari Maher Zain diputar tanpa bosan. Aish, bila balik pakat buka lagu syahdu pulak.

"Sorang lagi dah kawen. Kita bila pulak?" Soal salah sorang dari kami.
Semua pakat diam. No answer for that such FUTURE question.

Bila didesak, saya jawab juga,
"Dalam masa terdekat ni aku takde pun perancangan nak kawen. So, aku serah kat korang la dulu untuk tahun depan punya wedding. Make sure jangan guna warna biru, itu tema aku. haha."

What a nice journey to Terengganu. Having a nice trip and alhamdulillah Allah mudahkan semuanya. Syukur dan syukur.

Kenduri siapa yang keseterusnya?
Dalam hati rasa nak konvoi ke Kedah je. ^_^

Wait and see who comes next for GEN9!
:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.