♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Monday, November 23, 2009

dedikasi buat sahabat-sahabatku(versi wajib baca)

6 comments:
salamullah alaik.
sesungguhnya sekiranya ana ditakdirkan hidup sendiri didunia ini,mana mungkin ana mampu untuk menjadi seperti hari ini. Sekiranya hari ini ana tidak didampingi sahabat-sahabat seperti mereka,tentunya ana tida setabah dan serela ini untuk infaqkan diri pada Islam.
Tuhan,ana sedar peri pentingnya seorang sahabat.
Namun,ana tetap kesal kerana tidak mampu menjadi yang terbaek buat sahabat-sahabat ana. Sedangkan ana sentiasa mengharapkan yang terbaek dari mereka. Ana sentiasa mahukan mereka disisi ana saat ana memerlukan mereka,tapi nyatanya ana tidak sanggup berkorban kepentingan ana untuk bersama mereka saat mereka memerlukan ana.
Sahabat,ikatan ukhuwwah itu di dalam hati,namun bukti kaseh sayang itu pada kelakuan peribadi. Sahabat,jika dunia ini ditakdirkan milikku sekalipun,nyatanya tak mampu aku menggantikan dunia itu denganmu kerana engkau sahabatku,sentiasa bersama aku,susah senangku.
Sentiasa menyokong aku baek burukku.





Tuhan,tanpa mereka mungkin aku sudah jaoh dari jalan perjuangan ini.
Tanpa mereka mungkin aku buntu tatkala aku mencari jalan melakukan sesuatu,
Tanpa mereka,mungkin aku hilang diri tatkala pelbagai ujian menimpa.
Khususan buat sahabat-sahabat,
ikatan kita ikatan persahabatan,sampai bila-bila,ikatan itu tetap ada dihati. Meskipun suatu hari nanti kita berpisah jaoh beribu kaki,
namun selagi rasa persaudaraan itu wujud didalam hati,
tentunya kau tetap akan aku ingati.
Sahabat, pergilah engkau sejaoh mana yang ingin kau pergi,
langkahlah engkau di bumi mana yang ingin kau melangkah,
lari lah engkau sejaoh mana mahu engkau lari,
tapi percayalah,
apabila engkau memerlukanku,
engkau pandanglah kebelakang..
moga-moga TUHAN mengizinkan aku tetap disitu,
memberi tasji; jika kau perlukan,
menjadi pelepas lara jikakau mahukan.
Kerana aku sahabat,sampai bila-bila akan menjadi sahabat.
kerana aku teman,sampai bila-bila aku mahu menjadi teman.
Kepada sahabat-sahabat yang jaoh mahupun dekat,
yang dikenali atas jalan dakwah,
yang dikenali kerana kerja mahupun persatuan,
dan yang paling dekat,sahabat-sahabat yang dikenali kerana Al-Quran,
selagi mana aku mampu berdiri,engkau sokonglah aku pada jalan kebenaran,
tapi sekiranya suatu hari nanti aku jatuh lemah berdiri,engkau dokonglah aku agar aku kembali bangkit dalam nafas perjuangan.
sekiranya suatu hari nanti aku lalai tanpa peringatan,sedarkanlah aku dengan janji-janji perjuangan kita.
Kerana hidup ini sangat bermakna apabila kita infaqkan diri kita pada perjuangan selama-lamanya.



Jangan biarkan aku hanyut dibuai kesenangan dan nikmat dunia.
Sahabat,sekiranya engkau rasa senang,aku turut dibuai bahagia.
Sekiranya engkau diulit derita,akulah insan pertama yang mahu menghilangkan sengsara.
Semoga persahabatan kita diredhai ALLAH dan perasaan kaseh sayang antara kita disemai kerana ALLAH. Semoga suatu hari nanti syurga menjadi saksi persahababatan kita ini.





Dari itu,terimalah aku dan segala kekurangan aku,kerana aku juga manusia biasa yang sentiasa lemah,lalai dan berdosa.
Terimalah aku dengan hatimu yang mahu membimbingku,mahu melihat aku bangkit sebagai MUJAHIDAH AGAMA yang bakal menggegar dunia.
Sekiranya engkau ingin bangun berjuang,
datanglah kepadaku,
kejutkan aku,
pimpinlah tanganku,
kerana aku juga mahu bersamamu,
berjuang untuk agama yang satu.
Sekiranya engkau ingin syahid,
ajaklah aku,
siapkan jua medan untukku berjuang,,
temanilah aku untuk mendapat gelaran tertinggi itu.
Sahabat,
sekiranya kakimu mahu melangkah untuk ISLAM,
mahu meninggikan SYIAR ISLAM,
mahu melihat kegemilangan ISLAM,
tariklah tanganku,
bawalah aku bersamamu,
nescaya tak mungkin aku menolak menemanimu dalam perjuangan sucimu.
Takkan aku lemah bersamamu memikul tanggungjawab besar ini.
Tak mahu aku takot menggegar dunia pada jalan DAKWAH ini.

Dedikasi khas buat bakal peneman syahidku dan pejuang jihadku,

sekiranya aku bakal isterimu,pastikan isteri pertamamu adalah dakwahmu untuk ISLAM,maka aku sangat berbangga menjadi isteri keduamu..



-original by,
husnabaek.



**If One Day..**

If one day you feel like crying...

Call me.

I don't promise that I will make you laugh,
But I can cry with you.

If one day you want to run away-
Don't be afraid to call me.

I don't promise to ask you to stop...
But I can run with you.

If one day you don't want to listen to anyone...

Call me.

I promise to be there for you.
And I promise to be very quiet.

But if one day you call...
And there is no answer...
Come fast to see me.

Maybe I need you.


If I ever ignored you.


I'm Sorry...


If I ever made you feel bad or put you down.

I'm Sorry...


If I ever thought I was bigger or better than you.

I Luv You...


Don't ever forget that! Through bad times and good,

I'll always be here for you.


I am Sorry...

For everything wrong I've ever done.



I'm writing this because what if tomorrow never comes?


What if i never get to say good-bye or give u a BIG hug?

What if i never get to say I'm sorry?


Because what if tomorrow never comes?


maafkan diri atas segala khilaf yang tak pernah henti.
semoga kita sama-sma dirahmati.
ALLAH,semoga dengan tulisan ini,
KAU yang menjadi saksi!!
:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Friday, November 20, 2009

TUHAN. Terima kasih atas 'ibrah ini..

3 comments:
sedikit perkongsian buat sahabat-sahabat yang dikenali mahupun tak dikenali.
Setiap jiwa itu perlu pada pengisian,jika jiwa itu tidak diisi maka ia akan kosong,apabila ia kosong,maka perkara2 yang tidak sepatotnya akan mengisi kekosongan itu.
subanallah. Maha suci Allah kerana telah menunjukkan ana sedikit 'ibrah yang mungkin buleh dikongsi sesama kite.
Semalam,selepas melawat sekejap di closing ceremony QLEP,(tahniah Zakirah mendapat Johan on Memorising Hadith Contest) ana teros ke meting MEDCY bersama Azam dan comittee 1st year yang laen,berkenaan Anual Grand Dinner yang bakal berlangsung.
Sedang 'khusyuk' membicarakan perihalnya,ana mendapat beberapa mesej. namun,ana abaikan. Kononnya meting first. Untuk mesej yang ketiga,ana dapat mesej daripada Ateh Qurrotu mengatakan bahawa seorang sahabat kami diuji dengan sedikit ujian,yakni,hilang diri seketika dan dikuasai oleh makhluk Allah yang laen.(tetiba berderau bulu roma). Mula rasa cemas. Namun,meting diteroskan. Berbincang dengan Fathiah mengenainya. Kemudian meting sudah tidak mampu nak fokus dah. Ana mendapat dua panggilan telefon,dan rasanya memang nak balek menjengok perkara yang berlaku. Maka selepas Ustaz Azam menutup majlis dengan tasbih kafarah dan Surah As-Asr,ana teros berlari ke Mahallah Khadijah,walopon sebelom tu beberapa barrier telah berjaya diatasi,(hehe).
sampai aje je Mahallah,ana bertemu dgn Ateh,beberapa Senior Banin dari DQ pon ade di situ. Antaranya Akhi Syafiq Kamil,dan junior dari DQ jugak,Akh Syahmi Syazeril dan Akh Majdi,Akh Bukhari Akh Irfan dan beberapa orang fellow.
Kemudian ana pon turut serta masok ke dalam bilik. Sahabiah nampaknya sudah tidak menjadi dirinya sendiri. Suara sudah berubah. Itu bukan pointnya. Pointnya ape yang dicakapkan oleh 'jin' yang ada dalam badan sahabiah tersebot.
ikoti dialog yang mungkin sedikit berbeza dari realitinya.
Akh: kenapa kacau manusia..?
jin: alaa..saya bukan kacau die. manusia ni yang banyak sangat buat masalah,buat pesta..
akh: apa salah manusia?
jin: buat2 tanya pulak,kamu dah tahu kan..
akh: bagitau laa. nak tahu.
jin: manusia ni jahat. penipu. dah la. malas nak cerita. panjang laa..
mungkin itu aje sedutan yang buleh dan mampu nk cerita. hakikatnya,benarlah apa yang dikatakannya. sebelom perkara ini terjadi,ana sekadar membuat analisis tersendiri menggunakan otak sendiri dengan keadaan yang berlaku baru2 ini.
pada 18hb baru2 ni,ade malam kebudayaan untuk Mahallah Khadijah Festival.
Pada malam kebudayaan tersebut,diadakan persembahan tarian Hindustan,China dan macam2 tarian laa dengan lagu yang kuat. mungkin anda akan berkata ia perkara biasa. sama2 sister,tade masalah la kan?
pada malam tersebut ana turut menyaksikan persembbahan tersebut,apa yang ana kurang senang apabila 'pesta' itu dibuat didalam surau. wajarkah perkara sebegitu dilakukan? ana tidak berniat mahu kondem mane2 pihak. tidak. mungkin pihak yang menganjurkan tidak menyedari tentang perkara ni. ana sendiri pon langsung tak kesah. api bile difikirkan berkali2,rase kurang selesa pulak dengan keadaan sebegitu. Yelah,surau,walopon ia adalah surau,bukan masjid,namun kesuciannya perlu dijaga. tak kesah la kalo peristiwa 'jin' ni melibatkan benda ni ataupon tak,tapi sedikit pengajaran buat semua,hormatilah surau dan imarahkanlah surau dengan perkara2 yang selayaknya diadakan disurau. mungkin ini satu postmortem terbaek untuk pihak penganjur. semoga kesilapan seperti ini tidak berlaku dan tak berulang. memang sejak akhir2 ni dah beberapa kes yang sama berlaku. dikacau,histeria dan sebagainya. perkara ini tak buleh dipandang remeh. bukan masalah dia lemah,dia kurang iman,die tak baca Quran. Bukan! masalah disini adalah sifat dan akhlak manusia itu sendiri yang kadang2 bertindak seolah2 mahu membinasakan diri mereka sendiri. Maha suci Allah. Tuhan yang menguasai Alam ghaib dan nyata.
Dari pukol 11malam sehingga pukol 1pagi ana disitu,sehingga shabiah ana betol2 sedar. alhamdulillah,dengan bantuan seorang ustaz(tiak pasti berasal dari mana) namun sangat membantu,dan ana blaja jugak cara nak sembuhkn orang yang kena serangan makhlus halus ni. ana rasa ana kuat,sebab dah beberapa kali jugak berhadapan dengan perkara sebegini,tapi tatau la kenapa kali ni..seram sket. haha.
balek saje ke bilek,ana tak boleh nk lelapkan mata,tringat,terbayang2 apa yang dikatakan 'jin' itu tadi. apa yang ana fikirkan adalah satu tanggungjawab untuk ana dan anda supaya kite sama2 sedarkan dan ingatkan sesama kite supaya menjaga perkara2 kecil sehingga perkara2 besar sebagai seorang manusia. ana terfikir,macamane caranya supaya semua orang sedar dan berusaha untuk mengimarahkan Mahallah dengan NUR dan kebaekan. subhanallah Maha Suci ALLAH.
erk,hakikatnya mmg rase berdebar dan sejuk ketar. memang tk boleh tido dan sampai sekarang tak cukop tido, hanya tido hampir 3jam sahaja semalam.(eleh,rasul pon tido 3jam je dalam hidup baginda,kite tido 3jam pon rase tak cukop??malu2..)
selaen kesan berdebar2 dan terketar2,ana juga mengalami komplikasi tangan kanan yang mmg 'kurang sehat'. sewaktu menenangkan sahabiah,terpaksa menggunakan tenaga hampir sepenuhnya,dan menyebabkan tangan kanan sampai sekarang terasa kebas dan lenguh2 tak boleh buat ape2. huh.. best jugak. satu ujian untuk ana lebih taqarrub pada Allah. Risau juga sekiranya ana pulak yang diserangnya. kata ibu,ana kuat,maka teroskan zikir,jangan putus,biar zikir basah di bibir. hikmahnya,ia bpleh membiasakan bibir ana dengan zikrullah. alhamdulillah.
benarkan setiap apa yang terjadi tentu ade hikmah yang sngat besar mungkin?
ya,hanya Dia yang tahu.
tolonglah ya Allah,hilangkan debaran ni. (macam debaran jatoh cinta plak,erk,mungkin kah??)
selaen tu,antara pengajaran laen yang ana buleh amek ialah,jangan berhenti beramal. Tuan Guru selalu memberi ana zikir2 supaya diamalkan. namun syang,ana tak konsistern dengan amalan tersebot. mungkin itu satu kesilapan. benar,kesilapan yang maseh buleh diperbaeki.
Zikir itu bakal menjadi pembenteng diri kite dan jua sumber kekuatan kite.
Tahajud lagi2 laa.. memang seupayanya tak meninggalkan tahajud,walopon kadang2 terlanggar jugak.
tapi benarlah,tahajud jugak sumber kekuatan kite,menguat jiwa dan hati kite. Maha suci allah.
Maka,banyakkanlah zikir. banyakkanlah mengingati Allah.
Kerana kekuatan itu milik allah. Maka hanya allah yang berkuasa memberi kekuatan itu kepada kita.. maha suci Allah. Alhamdulillah,
moga apa yang baek itu buleh dijadikan pedoman dan yang burok itu pengajaran buat kite semua..
(erk,tak tipu seram)
salam satu malaysia.
:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Thursday, November 19, 2009

laptop SU MEDCY hilang!

No comments:
Ya Tuhan.
sesungguhnya sesiapa yang tidak berperikemanusiaan itu,Engkau berilah dia HIDAYAH agar kembali taat pada perintahMU.

"Pencuri2 lelakii dan pencuri2 perempuan hendaklah dipotong tangan mereka.."

Takziah buat Saudari Siti Hafizah Roslee, Setiausaha MEDCY yang kehilangan laptopnya pada hari Isnin yang lalu. dan sehingga sekarang maseh merayu sekiranya sesiapa terambil atau ternampak atau tersaksi sebarang kejadiaan tersebut di Surau Groundfloor Mahallah Khadijah.
Dengan izin Allah,ana memohon kekuatan untuk membuat sedikit solat hajat dan bacaan Yasin untuk mendapatkan kembali laptopnya. hakikatnya malam ini sangat banyak event dan lebih sedih lagi ana baru je tahu tadi. jika tidak,sekurang2nya buleh jugak mintak solat hajat dengan Masjid DQ.
Semoga Allah menunjukkan kepada kami orang2 yang telah menzalimi kami.
dan semoga Siti Hafizah tenang dan redha menerima ujian ini. Mungkin satu peringatan buat semua supaya tidak meniggalkan barang2 berharga di merata tempat dan sayangilah barangan yang anda sayang. Mungkin satu pengajaran buat Hafizah islah diri supaya menjaga barang yang berharga lebih berhati2. islah buat kita jua.
Buat Hafizah,kuatkan hati,tabahkan jiwa. mungkin ada hikmah yang kite tak tahu kesudahannya. Wahai hati,sabar dan redhalah dengan ujian ini.
Banyak fail2 dan surat2 MEDCY yang turut 'terkorban' dengan kemalangan yang menimpa laptop tersebut. Tuhan,sekiranya ini petanda buat hambaMU supaya lebih berhati2,maka redhakanlah hati kami menggalas beban dugaan ini.
Dan buat rakan2 yang mempunyai laptop,terutamanya diri sendiri, guna dan hargai laptop anda, jangan buat 'bukan-bukan' dengan laptop anda,risau sekiranya azab Allah menhilangkan laptop anda.
Mungkin kehilangan laptop Hafizah adalah 'ibrah untuk kite menghisab dan menghitung serta memuhasabah diri.
Menangis Ukhti Hafizah tatkala menceritakan kejadian yang menimpanya. Ukhti,tahniah kerana bersabar dan tabah dengan mehnah yang menimpa diri ukhti.
Berat mata memandang,berat lagi bahu yang memikul.
ps:kat DQ buleh la nak campak hset rata2.. tu pon ade gak yang bernasib malang,hhilang jugak.tapi kat UIA ni,sekejap aje bole lesap..berhati2..Jangan lupe tiupkan ayat Kursi beberapa kali kat laptop atau barang2 kesayangan yang berharga,moga2 dilindungi Allah. insya allah..
salam takziah buat Hafizah dan sekalian warga MEDCY~
:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

cokdi yang menyayangiku~

No comments:
"hari ni ko nak makan ape?"
"tatau la.macam tak lalu nk makan nasik."
"ko nak blanja aku tak?"
"nah duet.blanja."
"ya allah..macam tu aje? tak romantik langsung la ko ni."
kemudian gelak pendek.
Cokdi..Cokdi..
itulah antara dialog yang terjadi antara ana dan cokdi.
mengakui bahawa kami memang berbeza,bagai langit dan bintang(perumpamaan baru),kerana cokdi seorang yang mempunyai perasaan yang halus dan sensitif. sedangkan ana? bese aje.
sebagai seoranp muslim yang berukhwah kerana Allah,pasti ikatan itu akan diuji Allah. sama seberti duduknya keadaan ana dan cokdi. selepas perang jiwa dan konflik otak yang pernah tercetus sewaktu diDQ lagi,alhamdulillah,cokdi sudah boleh berlapang dada dengan ana. dan ana pun ape kurnagnya. sudah meletakkan ego sedikit rendah untuk kembali mewarnai persahabatan yang dulu terkubur sementara.
buat pedoman sahabat2 ana sekalian,jangan takut jika pergadohan berlaku antara kita dan sahabat. kerana tanpa pergaduhan,kita takkan memahami sahabat kita. jujurnya,ana semakin kenal 'hati dan budi' cokdi setelah apa yang berlaku antara kami. ana juga semakin tahu apa dan bagaimana yang cokdi mahu. itulah hikmah yang besar bagi ana. kerana sekurang2nya ana dan cokdi boleh kembali bersama menyulam sebuah ikatan bernama persahabatan.
cokdi sangat menyayangiku. kenapa tajok postnya begitu?
kerana ana tahu,walopon cokdi marah2,tempelak2,cubit2,pukol2,tapi jaoh dalam sudut hati cokdi,beliau maseh menyimpan satu harapan yang mungkin ana tak pernah fikir,yakni untuk kembali rapat dan bersahabat. cokdi seolah2 mencari jalan supaya ana dan dia kembali rapat,sedangkan ana tetap seperti selalunya,bese aje.
cokdi,ana tahu beliau mahukan semuanya seperti dulu. sama seperti ana. tapi sayang,ana hanya berkeinginan,namun tiada tindakan susulan. namun,sejak kami ditakdirkan berada sekelas dalam kelas Fizik untuk semester kedua,dan insyaallah untuk semester akan datang,hubungan kami sedikit demi sedikit pulih dan sembuh. mungkin luka dihati cokdi telah terubat setelah perkara yang berlaku itu meninggalkan kami setahun yang lalu.
cokdi melayan ana seperti manusia yang sangat istimewa. dan memang ana terasa bahangnya. beliau cube memuaskan semua kehendak ana. sedangkan ana? tetap begitu. bese aje.
"kenapa ko panggil aku cokdi?"
"tah la."
"hem..tape laa..istimewa sket kan."
ana diam. istimewa? cokdi,sejak dari dulu ia begitu,tapi tak mahu cakap ia begitu. malu. segan.
mungkin apa yang pernah terjadi antara kite mempunyai hikmah yang tinggi untuk kite bersama. hakikatnya,kite menjalin ikatan kerana aqidah,sekali aqidah kite sama,maka kite akan tetap bersama,jika jaoh di mata,mungkin dekat di hati dan sanubari.
cokdi,terima kaseh temankan ana seharian hari ini. dan semoga bibit2 kemesraan yang mula terbit hari ini,terus terbit dan menyinar indah hari2 kita yang akan kite lalui akan datang. cokdi, jika kesedihan dan keperitan yang pernah kau lalui disebabkan aku,maka buanglah segala perasaan yang menghukum jiwamu itu. kerana mana mungkin aku melukaimu yang menyayangiku..~
cokdi,jika kelukaan dulu kembali berdarah tatkala memandang wajahku,ingatlah,kebahagiaanmu adalah kebahagiaanku jua.
dan laksana(bukan laksamana tau) itulah,harapan moga segala perasaan tiak senang,benci dan bdendam yang mungkin maseh tersisa di lubuk hatimu,keluarkanlah ia,buanglah ia jaoh dari kite,agar bau yang busuk itu tidak merosakkan persahabatan yang kian mahu mewangi seharum kasturi dan seterusnya menggongcang bumi dengan ukhwah sejati.

cokdi,semoga dapat yang terbaek dan dipertemukan dengan pasangan hidup yang boleh membawa cokdi ke jalan yang lurus dan pasangan hidup yang memahamimu dan mampu membahagiakanmu selamanya seterusnya memimpinmu ke sebuah persinggahan abadi yang hakiki,tentunya FIRDAUSI..(doakan aku jugak,)
cokdi,ikhlasnya ana memohon maaf atas segala khilaf dan dingin. mintak maaf atas segala kesaketan yang mungkin pernah ana ukir di hatimu. juga maaf buat setitis pon air matamu yang pernah mengalir kerana kelakuanku.
kerana,hanya DIA yang MAHA TAHU,siapakah pasangan yang terbaek buat kite.
mohonlah pada Ilahi mendapat pasangan yang terbaek daripada yang terbaek.
salam kejayaan buat cokdi dan sahabat2 yang laen~
buat cokdi,persahabatan ini disulam kerana Ilahi,maka ingatlah sampai mati,bahawa persahabatan ini akan kite sambung meskipon di alam akhirat nanti~
:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Wednesday, November 18, 2009

"sayang..bangunlah berjuang bersama.."

2 comments:
*bertentang mata.
Ya Allah,sejenis naluri apakah yang sedang menjalar dalam hati ini?
Mata dipejam serapat-rapatnya. Lindungi aku Tuhan dari godaan syaitan.

"Wahai perempuan-perempuan yang beriman,tundukkanlah pandangan matamu.."
-surah Annur:34

Sesi ceramah diteruskan dengan jayanya. Kawan-kawan disebelah khusyu' mendengar dan menimba seberapa banyak yang mungkin ilmu yang dicurahkan oleh Ustaz Nazirul. Tapi,perasaan aku yang melayang-layang. Terbang bersama angin yang diputar oleh kipas angin berjenama Panasonic ini. Tiba-tiba terasa bahu ditolak kasar.
"Masya Allah Ukhti.. Apa yang ukhti menungkan tu. Dari tadi ana panggil." rupanya seorang muslimah teman seperjuangan yang memanggil. Jauhnya ana berkhayal.
"Nampaknya enti kena cepat-cepat bina Baitul Muslim ni. Kuat sangat berangan-angan."
kata seorang Akhowat yang lain.
Aku hanya tersenyum. Baitul Muslim? pada umur yang sebegini? Aku memandang ke arah Tenggara,mungkin 28 darjah. Kebetulan waktu itu dia sedang berbicara dengan seorang ikhwan. Tersenyum-senyum sambil menepuk bahu ikhwan tersebut. Jika benar,diakah calonnya?
Istighfar. Moga jauh dari angan-angan yang boleh merosakkan iman. Sesi ceramah sudah berakhir. Rasanya input yang aku dapat sangat sedikit dibandingkan dengan hampir 3 jam kami di situ. Itulah padahnya berkhayal. Masya Allah,hati ini mungkin dikuasai syaitan.
Sewaktu dalam perjalanan keluar dari dewan ceramah,beg hijau itu aku galas lemah. Laksana memikul beban yang sangat berat. Seolah-olah dirancang, dia pun baru saja melangkah keluar dari dewan,dan sekali lagi mata kami bertembung. Aku cepat-cepat mengalihkan pandangan mata. Namun seolah-olah terasa seperti masih dipandang. Di dalam hati,doaku panjatkan kepada Tuhan. Jauhi aku dari bisikan syaitan.
"Ukhti Nafisa, ikhwah itu sangat hebat. Ana pernah dengar dia bercakap,berdegar-degar. Memang punya jiwa haraki yang sangat tinggi laa. Salute betul ana kat dia."Ukhti Jamilah menceritakan perihal dia. Siapa yang tidak mengenali dia,ikhwah hebat dalam dakwah dan perjuangan Islam. Sebut sahaja namanya,pasti semua orang mengangguk kepala tanda mengenali nama yang gah itu. Siapa yang tidak tahu pengorbanan dia untuk Islam. Siapa yang tak tahu kegagahan dia dalam perjuangan. Lelaki berjiwa juang! Itulah yang selayaknya aku describe tentnag dia. Tuhan,malunya aku pada dia. Sedangkan dia hebat dalam medannya,sedangkan aku? Sangatlah jauh jika dibezakan dengan dia. Aku tidak sehebat dia. Tidak segagah dia. Apalagi mahu berdiri sebaris dalam saf perjuangannya,tentulah tidak layak. Malunya hamba!
####################################################

"Ukhti Nurul,malam ni ada meeting untuk projek kita bulan depan. Kita bergabung dengan Kumpulan Syamiil untuk misi kali ni. Memandangkan ukhti tak pernah lagi uruskan misi dakwah kita,apakata kali ni ana serahkan misi ni untuk ukhti mengetuainya? ana percaya kebolehan ukhti." ketua kumpulanku, Muslim memerintah,ala-ala Sultan Muhamed Al-Fateh gayanya.
"Astaghfirullah.. Ana terima taklifan ini. Moga-moga tunjuk ajar akh sentiasa mengiringi ana yang baru bermula belajar bertatih ni. Sebelum tu,boleh ana tahu siapa ya yang bakal bekerjasama dengan ana nanti?"soalku,bersopan dengan ketuaku yang cukup disegani itu lantaran kepetahannya mengeluarkan hujah dari AL-Quran dan Al-Hadith. Malunya hamba dikelilingi mereka yang cukup hebat.
"Ana rasa ukhti kenal sepotong nama ini yang memang nyata kehebatannya. Syahid Karim namanya." Aku tersentak. Subhanallah. Syahid Karim? Sepotong nama yang aku harapkan menjadi teman hidupku itu? Sepotong nama yang selalu terbayang untuk membimbing aku dalam jalan dakwah ini? Diakah orangnya? Aku sedikit blur.
"Ukhti kenalkan? Ana harap ukhti tak ada masalah untuk bekerjasama dengan Syahid. Lagipun ana rasa dia orang yang sesuai untuk bantu ukhti kendalikan misi dakwah kita kali ini. Ok lah Ukhti,ana minta diri dulu,nanti petang ni ana akan inform Syahid untuk contact ukhti bagi memulakan kerja untuk misi mulia kita kali ni. Maal salamah." Aku hanya mengangguk sedang dalam kepala berfikir bagaimana menghadapi ikhwan yang cukup aku segani itu? Tambahan pula ikhwan yang sesekali mengambil tempat yang kian istimewa di hati meskipun tidak mempunyai sebarang connection sekalipun.
Petang itu,aku sedang menaip kertas kerja misi baru yang diterima dari boss Muslim tadi. Penat jugak menaip ni. Kebetulan setiausaha untuk misi ini masih belum kembali ke sini setelah neneknya meninggal dunia 3hari yang lepas.
"Ukhti Nurul, Syahid ada kat luar. Dia mintak izin untuk berbincang dengan ukhti untuk bahagikan tugas. Nanti senang sikit ukhti nak buat kerja bila masing-masing tahu jobscope masing-masing." Muslim lembut berbicara namun nada memberi arahan tetap jelas kelihatan. Patutlah Muslim layak menjadi ketua dan sehingga sekarang tiada cacat celanya aku berketuakan Muslim. Sangat tinggi kalibernya! Aku kemudiannya mengangguk dengan picisan senyuman debaran sambil menggenggam tangan Ukhti Syuhada disebelahku. Dan kelihatan Syahid idamanku melangkah lembut masuk kedalam bilik gerakan dakwah kami. Seulas senyuman walaupun sedikit,namun jelas terpancar keikhlasan beliau. Aku menunduk. Moga-moga syaitan tak berjaya menggoda aku dengan godaan seorang lelaki yang hampir sempurna ini. Mana tidaknya,semua perempuan mengimpikannya,namun tidak berani dan sedar diri akan ketidak layakan untuk bersama dengannya.
"Ukhti Nurul?"soalnya. Tutur katanya menyapa telinga,lembut. Sekaligus memadamkan semua angan-angan bisikan syaitan.Aku mengangguk.
"Ana Syahid Karim. Selamat bekerjasama. Semoga kita mampu membina kekuatan untuk misi dakwah kita kali ni,ok?"ramah pulak dia. Aku yang terpampang. Aku hanya mengangguk. lagi dan lagi. Muka pun tak berani diangkat.
"Ukhti? Segan dengan ana ke?" soalnya lagi kerna melihat aku langsung tidak mengangkat muka. Malunya Tuhan!
"Tak adalah. Ana nak diapkan kertas kerja ni sikit tadi. Apa-apa pun selamat berkenalan jugak untuk akh. Ana harap akh boleh bagi ana banyak tunjuk ajar,sebab ana ni baru kali pertama diberi mandat yang cukup besar ni,lain la akh. Dengar nama pun dah terasa kehebatannya." aku pun cuba beramah mesra. Tak mahu nanti dia menyangka aku kera sumbang atau mungkin juga bisu. Lirikan matanya mampu buat aku pengsan disitu. Syahid,semua perlakuanmu seolah-olah menggoncang imanku! Jerit batinku.
"Kehebatan tu milik Allah ukhti. Ana tak layak pun nak menerima pujian ukhti Nurul. Rasa segan dan hina dihadapan Allah kerana Allah yang selayaknya mendapat pujian itu. Sedangkan ana,hanya Allah saja yang tahu lemahnya diri ana. Apa kata kita teruskan dengan perbincangan kerja pulak. Nanti lama-lama kat sini ana terlewat pulak untuk menghadiri usrah."
Aku cukup mengagumi makhluk Tuhan dihadapanku ini. Maha Suci Tuhan yang menciptakan makhlukNya ini. Wajahnya putih bersih tanpa secalit cacat celanya. Rambutnya yang lebat sangat sesuai dengan bentuk mukanya. Nak kata ada iras0iras Arab tak juga. Dia tidak hensem kerana kacukan tetapi hensem dengan kesucian wajah dan nur yang ada pada wajahnya. Perbincangan petang itu diteruskan dengan damai. Alhamdulillah,Ukhti Syuhada juga setia mencatit segala butiran,menggantikan sekejap tugasan setiausaha kami.
Pulang ke asrama masing-masing,Ukhti Syuhada tidak henti-henti mengusikku.
"Amboi,serasi semacam je dengan Syahid. Biasanya selama Ada buat kerja dalam tanzim,susah tau nak jumpa muslimin muslimat yang satu fikrah ni. Sekurang-kurangnya ada juga hujah debat. Tambah-tambah Syahid yang pemikirannya sangat up-to-date tu."
Aku hanya tersenyum. Terbayang-bayang gerak-gerinya yang sopan dan sangat menghormati orang lain.
#############################################################
"UKhti dah berpunya?"soal Ukhti Syuhada.
"Kenapa Ada tanya?"
"Yelah,kite kan dah cukup dewasa. Ada pun 2 bulan lagi insya allah diijabkan dengan Akh Hisyam. Dalam kumpulan kite, Ukhti aje yang belum..." Aku hanya tersenyum. Dalam usia yang sudah mencecah 23 tahun,semua orang sudah mendirikan rumah tangga. Tambah-tambah kumpulan dakwah ni. Tentunya kawen sesama Jamaah kan. Tinggal aku aje. Ada dengan Akh Hisyam,setiausaha Kumpulan Syamiil. Syamiil? Subhanallah. Teringat pula pada Syahid Karim. Bagaimana agaknya keadaan dia sekarang.. Sudah berumah ke.. atau mungkin sedang menghitung anak barangkali. Jamilah pula menjadi isteri kedua Ustaz Nazim,penceramah hebat dakwah islam. Sudah 2bulan menimang anak. Bahagia nampaknya walaupun isteri kedua. Walaupun bermadu. Alhamdulillah dan sekarang mereka sedang bahagia menunaikan umrah di Baitullah.
Nafisa pula bertemu jodoh dengan seorang ahli politik sebaik sahaja menghabiskan pengajian. Alhamdulillah. Bahagia semuanya sahabat-sahabatku.
Aku sahaja yang masih begini. Bergiat aktif dalam dakwah,dan sepenuh masa aku cuba isi dengan kerja-kerja dakwah. Sejak pengalaman menguruskan misi dakwah bersama Syahid,aku sudah makin aktif. Bergiat secara penuh masa untuk Islam. Sudah mula memberi ceramah di merata-rata tempat,berkat pendedahan yang diberikan oleh Syahid. Insan hebat itu. Setelah tamat program misi dakwah kelolaan kami, Akh Syahid mengikut keluarga berpindah ke England kerana kekangan keluarga. Entah lah,aku sendiri pun tak mengetahui cerita yang terjadi. Ada setengah pendapat meriwayatkan bahawa Syahid pergi menyambung pelajarannya. Bercita-cita menjadi seorang Engineer. Pintar. Aku cemburu. Semakin tinggi jurang yang memisahkan kami. Siapalah aku disisinya?
"Ukhti nak tak kalau Ada kenalkan ukhti dengan seseorang?"soal Ada lagi.
"Siapa?"soalku,sedikit berminat.
"Kawan Hisyam. Zafrul namanya."kata Ada.
Aku kembali mundur,ingatkan Syahid kawan Hisyam. Rupanya bukan. Apalah daya.. Angan-angan Mat Jenin.
"Assalamualaikum Ukhti Nurul.."kelihatan Muslim memberi salam manis dengan senyuman.
Muslim juga awal-awal lagi sudah berkahwin. Isterinya tidak kurang hebat,sepadan mereka berdua ni. Meskipun ramai orang berpendapat isteri Muslim tidaklah sesuai dengan kehenseman Muslim,namun itu bukan persoalannya. Yang penting,kecantikan itu tidak kekal. Tetapi iman di hati sangat abadi. Isteri Muslim bergiat aktif memimpin gerakan Muslimat PAS. Hebat sekali. Sepadan! Kehebatan mereka berdua sama. Mencapai equilibrium! Itulah perancangan Allah. Alhamdulillah. 3 orang cahaya mata Muslim aku pandang hiba. COmelnya.. Agaknya bila la aku pun nak dapat anak-anak comel seperti Mukmin,Ma'wa dan Awanis ni. Isteri Muslim berdarah kacukan Cina,maka tak mustahillah anak-anak mereka,lebih-lebih lagi yang puteri,sangat putih gebu dan comel yang keterlaluan bagi aku.
"Comel anak-anak akh.."puji aku,ikhlas.
"Alahai..Nurul pun apa kurangnya. Kalau dapat anak nanti,entah-entah lawa macam Agnes Monica kot."seloroh Kak Suma,isteri Akh Muslim. Sangat kelakar dan periang orangnya. Alhamdulillah. Sesuai dengan perwatakan Akh Muslim yang lebih senyap dan suka mendiamkan diri. Sepadan lagi. Mereka memang pasangan bahagia!
Cemburu lagi.
"Ukhti bila lagi?Ke ukhti tunggu siapa?"senyum Muslim. Perbualan itu tamat disitu setelah majlis Alumni ingin dimulakan oleh pengerusi majli,Akh Hisyam.
###############################
"Nurul,mak ni bukan apa. Nurul dah habis belajar,tak ada ke calon-calon kat tempat Nurul tu?"Tersedak aku,baru sahaja pulang tak sampai 2jam,dah disoal begitu. Baru semalam bercakap soal yang sama dengan Ukhti Syuhada dan Akh Muslim.
"Ayah pun sama Nurul."sambung ayahku yang sedang tekun membaca akhbar,masih mendengar rupanya orang tua ni. Senyum aku. Ayah memang begitu. Sebagai pakar ekonomi,pasti setiap helaian akhbar tu dilihat dan ditenung,tak mungkin satu noktah pun tertinggal.
"Ayah ni.. Nurul pergi sana belajar la. Bukan cari jodoh. Lagipun Nurul muda lagi,cergas pun lagi. Tak ada la tua sangat. Lagipun Kak Ji dengan Abang Wa kan dah kahwin. Nurul lambat-lambat sikit pun tak apa la.."
"Mana boleh Nurul. Nurul ni perempuan. Ayah risau kalau-kalau tak ada siapa yang nakkan Nurul aje kalau tunggu lama-lama. Orang-orang sekarang ni Nurul tahu-tahu aje la.." kata ayah. Tak tahu kenapa kata-kata ayah kali ni mengguris hati. Mungkin ayah hanya bersenda seperti selalunya. Tapi klai ini snagat dalam. Tak laku sangatkah aku? Malu sangatkah mereka dengan aku? Sensitifnya aku untuk kali ini. Aku masuk ke dalam bilik. Tanpa sepatah kata.
"Ayah ni.. Kasihan Nurul. Jodoh ayah. Mana kita tahu,lambat ke cepat. Kita doa saja pada Allah,moga-moga Nurul dapat yang terbaik. Dia baru aje sampai,ayah dah tanya dia macam-macam. Kalau Nurul tak balik,ayah bising-bising pula. Ji faham snagat dengan Nurul tu ayah."kata kak Ji yang mampu aku dengar dengan jelas dari bilikku. Kahwin sajalah dengan sesiapa.. Jika itu kepuasan hati ayah. Tekadku.
"Ramai sangat orang datang pinang dia,dia tolak. Dia tak tengok pun sapa,tapi dia dah tolak. Malu ayah nak menjawabnya. Habis tu dia tunggu sapa datang meminang? Anak Raja Perak? Ayah bukan apa Najihah. Ayah ni sayang sangat kat Nurul tu. Sebelum ayah tak ada,nak jugak tengok hidup dia sempurna. Ayah ni bukan makin muda Ji. Makin tua. Makin banyak penyakit nak mai,nak serang. Esok lusa kalau ayah dah mati,sapa nak walikan si Nurul tu haa.. Ayah berimpikan sangat nak walikan anak bongsu ayah tu haa.."jawab ayah,sayu.
Hati seorang ayah. Ak semakin pilu. Quran biru hadiah Abang Wa aku tenung sayu. Aku ambil dan mengalunkan kalimah suci tuhan,semoga hatiku sedikit tenang.
##########################################################
Keesokannya aku berkemas untuk pulang ke Kuala Lumpur. Sepatutnya aku cuti selama seminggu,tapi memandangkan keadaan kurang menyenangkan,aku mengambil keputusan pergilebih awal. Lagipun aku mendapat jemputan ceramah di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kuala Lumpur. Itu alasan terbaik untuk aku pulang awal ke Kuala Lumpur.
"Nurul,kalau ada orang datang minta Nurul.."sebelum Mak terlebih dahulu habiskan kata-katanya,aku terus menjawab.
"Mak terima aje la. Nurul terima aje pilihan mak dan ayah."
Lalu aku terus bersalam dan mengucup indah serta sedayanya membuat muka paling manis,hadiah buat ayah dan mak tercinta. Mak,anak bongsu mak sedih sangat. Anak bongsu mak malu.
Sedang aku memandu kereta MyVi hadiah grade dari ayah,aku mendapat panggilan telefon dari Abang Wa.
"Nurul,katanya ayah dah terima lamaran seseorang buat Nurul. Betul ke tindakan Nurul ni?"
Aku terus memberhentikan kereta di bahu jalan. Beristighfar beberapa kali dan seterusnya aku menyerahkan segala urusanku kepada Allah. Abang Wa aku katakan aku redha. Walaupun tangisan tak dapat aku bendung. Begini rupanya berakhir kehidpanku. Tiada sedikit keluhan yang cuba aku keluarkan,kerana aku ingiin menjadi redha dengan keputusan ayah dan mak.
Malamnya,aku bermunajat panjang kepada Allah. Pohon jalan yang terbaik.
Ya Allah,aku selama ini cuba menjadi hambaMu yang paling baik,maka aku mohon Kau tunjukkan aku jalan yang terbaik perihal jodoh dan masa depan islam dihadpaanku. Tuhan,mudahkan urusan ini sekiranya dia terbaik untukku..
Keesokan pagi,ayah minta akupulang ke kampung untuk urusan merisik dan bertunang. Terdesak sangatkah ayah? Kenapa secepat itu? Namun alasan ceramah dan kuliah,aku minta ayah tidak membuat kenduri pertunangan. Teruskan aje dengan perkahwinan. Aku redha. Mungkin pilihan mak dan ayah terbaik buat ku. Dalam hati yang paling dalam,aku berharap lelaki yang lamang itu menolak perkahwinan mengejut ini.
Namun hanya Tuhan yang Maha merancang.
Perkahwinan diatur berlangsung dua bulan lagi. Kepada mak aku cuma katakan aku mahu set berwarna hijau muda,warna syurga. Selebihnya aku serahkan urusan kepada emak. Aku hanya pulang selama dua hari untuk urusan baju pengantin.
#################################################################
Dua hari sebelum pernikahanku.
"Ini borang-borang yang Nurul perlu tandatangan.."kata ayah dan aku hanya memaniskan muka.
Aku membaca nama pengantin lelaki. Syahid Karim. Masya allah. Adakah dia Syahid idamanku?
"Ayah,Syahid.." belum sempat aku menghabiskan ayat aku,ayah terus mengangguk. Dan aku terus bangun memeluk ayah.

Hari Pernikahan.
Sebelum pernikahan,aku hanya berpeluang berjumpa dengannya sekali sahaja. Tanpa sempat bertanya apa-apa pun. Alah,nanti kawin tanya aje puas-puas. Bisik hati kecilku.
Sepanjang pagi aku asyik tersenyum. Berbaloi rupanya penantianku untukmu,Syahid.
Wajahnya masih tampan seperti dahulu,malah Nur di wajahnya semakin bercahaya. Aku cemburu. Aku yakin besar pengorbanan yang dia buat untuk agama. Sesekali mata bertemu pandangan,aku menunduk malu. Jika dulu,setiap kali bertentnag mata,tentu aku akan memejam mataku rapat-rapat dan mohon ampun dari Allah. Kali ini dia bakal menjadi suamiku. Tak salah aku menganggankannya. Oh,Tuhan. Berdebar untuk mendengar butir percakapannya setelah hampir 5 tahun aku menunggu. Dan bicara yang bakal aku dengar adalah bicaranya sebagai seorang suami buat isterinya. Bahagianya aku!
Tidak haram,malah penuh keberkatan.
Setelah akad nikah,majlis pembatalan air sembahyang pula. Dia menyarungkan cincin yang halus cantik ukirannya kepadaku,kemudian giliran aku. Setelah itu,dia mengucup sayu dahiku,dan kelihatan air mata mengalir sedikit dari tubir matanya. Aku genggam tangannya. Aku tenung wajah bersihnya sepuas hati. Dari hidungnya,mulutnya yang basah dan merah,sedikit kelainan pada janggutnya dua tiga helai. Semakin hensem!
Aku genggam erat-erat tangannya tanpa sepatah perkataan. Kemudian,dia membisikkan ke telingaku,
"terima kasih Nurul sudi tunggu ana.."
AKu menarik tangannya,mengucup lembut,melutut dihadapannya.
"Jaga Nurul baik-baik..A..bang.." dia senyum,bahagia. Sambil menarik hidung mancungku. Camera bertalu-talu menangkap gambar kemesraan kami suami isteri. Pelbagai komen yang aku dengar. Alhamdulillah,semoga sepadan dari parasnya,sepadan juga dari segi hati dan imannya.
Ayah dan Mak sangat gembira. Aku lagi-lagi bahagia,terasa seperti di awangan. Tangan Syahid tak pernah aku lepas. Bila dia bertanya kenapa.
"Nurul tak nak abang pergi lagi dari Nurul. Abang kena spend 3 days tau cerita kat Nurul mana abang pergi 5tahun tu.."
"ok..boleh aje untuk isteri abang yang cantik. Abang spend 3days untuk completekan story abang,tapi abang nak Nurul spend seluruh hayat hidup Nurul bersama dengan abang dalam perjuangan Islam.. Aci tak?"soalnya manja. Subhanallah. Tak sangka dengan ketegasannya,kredibilitinya dan kehebatannya,rupa-rupanya dia sangat romantik. Aku jadi malu sendiri bila Kak Ji berdehem-dehem mendengar perbualan kami.
"Kot ye pun tunggu la malam-malam sikit. Tamu ramai lagi korang dah buat drama Korea kat sini." Syahid sekadar tersenyum.
"Ji,Nurul ni bukan apa,terharu la dapat kawin dengan Prince idaman. Hari tu bukan main merajuk,lari dari rumah bila ayah suruh kawin,bila dah kawin,haa... Tu.. Tangan pun tak mau lepas. Berpeluh-peluh tangan Syahid tu dia duk genggam.."kata abang Wa bersenda.
Aku dan Syahid ketawa. Mesra. Indah dan bahagia.
"Nurul merajuk? Yang tu abang nak dengar Nurul cerita full version tau.."kata Syahid.
Aku hanya mengangguk dan terus melayan tetamu ang datang dengan gembira.
"Selain tu,Nurul kena cerita jugak lelaki-lelaki yang cuba usya isteri abang ni."kata Syahid lagi.
"Oh..tak ada masalah abang. Tapi abang sanggup ke dengar cerita tu 5tahun? Sebab speanjang hari abang tak ada,ada aje lelaki yang kacau Nurul."Syahid gelak besar.
Bahagianya kehidupan yang sementara. Namun kehidupanyang sementara inilah yang akan aku ukir membawa kepada kehidupan akhirat yang abadi.
Malamnya,Syahid menjadi imam soalt Maghrib dan Isyak,aku pula sibuk melayan tetamu yang masih bersisa selepas solat. Syahid juga sama. Rakan-rakan dari Jamaah ramai yang datang dan membawa hadiah yang hebat-hebat. Alhamdulillah. Sahabat dunia dan akhirat.
Apabila ada waktu terluang,Syahid pasti menghamiriku,mengusap lembut tanganku. Mengucupnya kadang-kadang.
"Nurul,kita kawin kerana Allah. Abang sayangkan Nurul. CIntakan Nurul. Namun cinta abang pada perjuangan Islam lebih besar dari segala isi dunia. Abang harap,kita sama-sama membawa agama islam menuju kegemilangannya. Abang dah lama sayangkan Nurul. Tapi kerana Islam,abang pendamkan. Abang biarkan Nurul dalam lindungan Ilahi,biarpun jauh jarak antara kita,namun..Abang yakin Allah menjaga Nurul seperti ana abang berhabisan menjaga agama Allah. Janji Allah benar sayang.. Allah tunaikan harapan abang untuk menikahi Nurul,walaupun abang tak tahu,berapa lama pernikahan ini bertahan dan berapa lama abang mampu buat Nurul bahagia dengan abang setelah 5 tahun Nurul tunggu abang. Setelah 5 tahun abang harapkan Nurul. Nurul,abang harap,Nurul bangun bersama abang untuk Islam,kerana perjuangan kita,kerana dakwah kita. Nurul hebat. Abang tahu Nurul mampu,walaupun kalau abang tak ada lepas ni,Nurul harus ingat,cinta kita,cinta perjuangan..."kata Syahid panjang lebar.
AKu hanya mengangguk. Sedikit pelik dengan bicaranya.
"Abang,setiap pagi kita bangun,Nurul janji,Nurul akan bersama abang dalam perjuangan kite untuk islam.."
Buat kali keduanya,dia mengucup dahiku.
#####################################################
Inilah malam pertama kami sebagai suami isteri. Alhamdulillah. Akhirnya aku memiliki cinta Syahid. Jika dulu,aku memandang matanya yang bundar itu mengunndang dosa,sekarang aku merneung puas-puas matanya yang sarat dengan cinta,bukan lagi dosa,bukan lagi noda.
Alhamdulillah Tuhan kerana memakbulkan doaku untuk bersamanya,meniti hari dalam perjuangan Islam.
:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

terSUNGKUR di AMF

6 comments:
jika pagi tadi antara orang yang gembira setelah menjumpai mechanical pencil PILOT SHAKER yang disayangi,kemudian dengan subjek Physic yang menggembirakan..
tapi malamnya tak seperti yang ana harapkan..
untuk pulang ke Kelantan berhari Raya Korban yang mmg ditunggu2..ana mmg menanti2 kemunculan Bas Cata yang diuruskan oleh persatuan anak kelantan di CFS ni. jadi malam ni adalah malam penjualan tiket.
waktu jualan tiket adalah pukol 9.30 malam. ana keluar seawal jam 8.40malam. dan melawat AMF yang sedang mengadakan pertandingan SPELL IT RIGHT dan CFS GOT TALENT.
memandangkan orang2 yang menguruskan program ni adalah sahabat atau buleh dikatekan ADEK BERADIK laa..maka ana pon turut menghulurkan tangan.(kononnya baek hati la ni).
dan untuk mengisi masa,sekadar memberi sedikit tasji kepada para peserta permaenan. (walopon dah lame tak bagi tazkirah).pukol 9 zakirah pergi berator untuk mendapatkan tiket dan meninggalkan ana di AMF. sedang ana asyik dan leka dengan sedikit hiburan yang kadang2 melucukan,menghiburkan. kebetulan ana tertinggal hset di bilek.(tatau kenapa sejak akhir2 ni asyik tinggal je asyik..nak avoid meting mungkin)sangat ngeri dengan meting..haha.
kemudian,zakirah mesej melalui ateh.
"tiket bas dah habes.."
subhanallah..itu lah stu2nye harapan ana. ya allah.. hanya satu je terbayang dalam fikiran,tak balek raya? mustahil!
tersungkur.. ana tersungkur di AMF itu.
nak marahkan siapa? cube istighfar betol2.. fikir kembali. mungkin ini akibatnya. hubungan dengan Tuhan agak tidak terjaga sejak akhir2 ini. astaghfillah. mungkin satu petunjuk supaya kembali pada hakikat,pada Zat yang menciptakan..
mahu menangis. tapi control 'ego'. menelefon ibunda tersayang di kampong. meskipon ibu tak mengatakan kesedihan,namun dari suara dan gaya percakapannya,ana tahu beliau sedih. dan same2 memikol beban dugaan dihantar tuhan ni. ohh..Allah,sekali aku terlupa pada Engkau,Engkau lebih2 lagi melupaiku. siapalah aku disisiMu tuhan. Engkau tidak pernah memerlukan aku..sedangkan aku?? sangat2 memerlukanMu tuhan..
rintih demi rintihan..semoga membasuh segala bintik hitam..subhanallah..
mmg tragis. mungkin anda tak faham apa yang ana rasa kan? kedua ibubapa sangat mahu ana pulang..sudah pasti. dan ana tak mungkin tak pulang.oh,Tuhan,bukakanku jalan,moga terbuka segala hijab dihadapan.
Mungkin Persatuan patot merancang lebih bombastik berkenaan perihal ini. ana dapat tahu,bilangan bas adalah 4biji. sebelom kaunter tiket dibuka malam ni,dah ramai orag yang tempah melalui KABEL..aih,kecik2 pon dah pandai maen KABEL..besau2 nanti tatau laa..pada mulanya,ana tak kesah.tempah melalui kabel pon lantaklah..tapi rupanya tiket yang dijual pada malam tu hanya lebih kurang 40-50 tiket sahaja.(mengikut laporan Zakirah) yang pada asalnya sepatotnya 160 tiket lebih kurang.
ini tidak adil dan ini satu penindasan.
ana tersungkur lagi.
jika sume orang tempah tiket tu dengan KABEL,ana katakan pada hati,ana tempah tiket tu pada Allah. moga2 ade tiket yang tersimpan untuk ana. namun Maha Kuasa Allah yang menguji ana kerana khilaf ana sendiri. Benar,sejak akhir2 ini sedikit jaoh denganNya. Sejak tasbih rosak,zikir sudah jarang meniti di bibir. subhanallah.. benarlah kata mereka,selangkah kite menjaohi ALlah,beribu2 langkah Allah menjaohi kite..
ampunkan hambaMu ya Allah.
namun di sebalek dugaan ini,ana tetap bersyukur kepada allah.
kerana Dia sangat menyayangi ana. sekurang2 nya Dia menyedarkan ana sebelom ana terleka lebih lama. pengajaran buat hati yang berjiwa hamba,sentiasa mendekati Allah,sentisa taat dan taqwa pada allah,kerana seperti janji2Nya,kejayaan itu adalah milik orang2 yang bertaqwa..Insya allah. sama2 kite pasakkan pada hati,teguhkan pada jiwa,jika kita percaya pada Allah,wajib kite percaya pada janji2 allah.
tabarakallah pada ibu yang mengajar ana mendidik hati dengan cara ini.
pandanglah segala ape yang terjadi dengan penuh hikmah,kerana setiap apa yang tuhan ciptakan,tentukan ade hikmah yang tersembunyi.baek mahupon buruk. tapi jangan lupe,yang baek buat mase ini buleh jadi burok pada mase akan datang dan yang burok pada mase ini mungkin terkandung hikmat yang lebih besar untuk mase yang akan datang.
saket kepala menyerang lagi dan lagi.
inilah kelemahan ana yang mmg lemah. sekali sahaja ujian tertimpa,otak ana teros lumpuh. saket kepala dan tension. kelemahan ini ana tak mahu atasi dengan panadol,paracetamol..ana mahu atasi dengan ubat yang cukop mujarab,TAQARRUB ILALLAH..
doakan ana,doakan mendapat yang terbaek dan sentesa senyum untuk melangkah hari yang mmg akan ditempuh meskiponujiannya sepahit peria di kebun ayahanda.
haaa...ibu,jangan risau,akanku usaha untuk pulang mengucup tanganmu dihari raya..
ps:sape yang ade idea nak tumpangkan ana ke..buleh2.sangat hargainya..
tuhan,bukakanku jalan...~
:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Monday, November 16, 2009

mahu pilih yg mane??

2 comments:
entah kenapa hari ini kurang bersemangat. senyum pun tidak punya tenaga. walopon dah breakfast dgn RADIX KOKO cecah roti,namun semangat tak dapat dipulihkan. masam. menghadiri kelas READING and Math 2. pelik jugak. biasanya ana lah orang yang paling aktif. wondering..
cuaca hari ini redup dan hujan renyai2 tapi lebat jugak. bile suasana canni lagi2 la tringat kat sesuatu. apalagi klo bukan kampung halaman terchenta.
adoo..rendunya pada si ibu yang setia mendengar segala duka dan cerita ria.
"pernah dulu ku sangkakan..
tanpa ibu tak mengapa..
bile berjaohan baru ku tahu
kaseh ibu sangat bermakna.."

malam ni..buntu plak bile sangat banyak benda yang berlaku kat cfs ni.
mmg penuh event unt tenure ni. pening kepala.
ari tu ade TINTA DAIE,bengkel penulisan dari ust Pahrol Juio dan Hj Muhammad bin Zakaria.
Best kot. ana tak ikot pon. ade musyaqqah laen.
malam ni plak ade..
-TALK 'syoknya dating' - macam kena pegi. sebab kebanyakan mad'u selalu tanya sal dating..tade idea nk jawab..yang ini penting untuk mad'u.
-TALK FACILITATOR BY USTAZ EMRAN - yang ni pon wajib pergi untuk markah FIM. alahai..wajib jugak. nanti ape nak cakap pada anak2 buah STUDY CIRCLE. untuk mengeluarkan output,tentunya ana perlukan input. buntu lagi.
-METING MEDCY DAN PENGGAMBARAN-yang ini pon agak penting. untuk event besar MEDCY pada 30 NOV- 6 DIS nanti. event ni sure syok punye. banyak input yang berguna bakal disampaikan. comittee kerja keras seyh. excluding me.. ye ke? setakat ni tak kerja keras lagi..esok luse mungkin..
-dan lagi satu event yang mmg klo buleh tanak lepaskan. pertandingan SPELL IT RIGHT SEMI FINAL.
fuiyoo..macam best plak nk tengok ateh lawan. kali ni maken mencabar kot dengan sesi 'tebuk menebuk'. alahai,mesti Afiq Arshad dan Sidqi kacang sekacang-kacangnya untuk jawab sesi ni. huh..
jadi mane satu nak pilih?
mmg tatau..buntu. mungkin akhirnya hanya membatu kat bilek dengan keadaan tade mood dan kurang tenaga.
itu yang sampingan. my core bussiness canne plak? math and physic ape celita??
kesana kemari..talk sana sini.. canne plak dengna tutorial yang maseh tergantung kosong di buku?(dah siap sket),canne plak dengan ulangkaji untuk Quiz nanti?
semuanya perlukan perhatian yang baek dan tinggi.
semuanya adalah tanggungjawab dan tnaggungjawab..
amanah dan pelaksaannya..
ape pon,allah itu tentunya menduga seseorang sesuai dengna kemampuannya. mungkin kemampuan ana mampu untuk melakukan semua ni(walopon kadang terduduk jugak)_nak amek kesempatan ucap TAHNIAH kepada MEDCY athletenya yang telah menaekkan name medcy sehingga berada di ranking keDUA dalam SPORTS AND MARTIAL ART CARNIVAL (SMAC) yang berakhir semalam. alhamdulillah. kejayaan besar buat MEDCY apabila dalam mase yang same memenangi ANUGERAH WELL_MANAGED TEAM. Gembira sau dara Sharaf menjulang PIALA. Alhamdulillah,berbaloi kerja keras mereka. sukan bagos untukkesihatan. sape kate budak MEDCY nerd? kononnye budak sains kesihatan punya department ni hadap buku je?? sekarang dah ade ranking nombor dua,baru anda tahu. TAHNIAH MEDCY DAN PEJUANG2NYA.
semoga kejayaan berkekalan untuk tenure akan datang~(walopon mase tu mungkin ana dh tade kat CFS)
ok. may allah bless u. dan sekadar hadis buat renungan..

~dari abu hurairah:
Aku mendengar Rasul bersabda,Apa yang aku tegah kamu daripada melakukannye,maka hendaklah kamu menjaohinya, dan apa yang aku perintahkan kamu dengannya,hendaklah kamu kerjakannya semampunya....."


ps: jangan lupe baca Quran. kerana AlQURAN itu pengubat jiwa yang lara..
pelindung hati yang setia dan peneman mati yang bakal tiba...
sayang allah!

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

moga tercapai hasratku~

1 comment:

Sunday, April 12, 2009
Catatan Seorang Isteri


Malam ini saya keseorangan di teratak indah no.36 yang kami namakan Darul Syuhada. Tempat kami beristirehat setelah penat berjuang, tempat kami menyemai kasih, melayari bahtera perjuangan baitul muslim yang baru 4 purnama cuma. Moga rumah ini yang masih kosong dari segala jenis perabot dan peralatan, akan sentiasa penuh dengan rahmah dan mawaddah dari Allah Taala. Moga barokahNya tumpah disini.


Malam ini saya kesunyian kerana 'another half of me' berada di Melaka. Hujan renyai-renyai diluar, saya di dalam asyik dengan berita-berita terkini, menjengah ke blog demi blog. Namun sebenarnya, masih belum dapat merawat rawan di hati. Tadi saya kepenatan berjuang di medan 'final exam'. Kembali ke rumah, saya sangat merindui seorang insan bernama 'suami'.


Suami di zaman 'kekurusan'


Saya mula mencari penawar untuk hati yang keresahan, motivasi buat diri yang lemah. Saya mula menaip di Google search, "Isteri Seorang Pejuang". Lalu, muncullah beribu-ribu entry dan website yang menanti untuk dibaca. Saya mula memilih-milih. Benarlah, teori yang selalu kita ucapkan tak semudah apa yang perlu kita praktikkan. Sebagai insan yang telah mula mengenal erti hidup berjemaah dan hidup berjuang ini sejak dari sekolah menengah lagi di bumi tarbiah, bumi waqafan tersebut, saya sudah lama menyimpan cita-cita untuk menjadi isteri seorang pejuang. Menjadi isteri solehah, sayap kiri perjuangan si suami adalah impian terindah sejak dulu lagi.

Saya menyimpan hasrat untuk menjadi isteri sesetia Khadijah, sebijak Aisyah, sanggup hidup susah seperi Fatimah, cintakan syahid seperti Sumayyah. Malah semasa di tingkatan 5 lagi saya telah khatam buku " Hari-hari Dalam Hidupku " karangan seorang wanita ikhwan yang menjadi idola saya, Zainab Al-Ghazali Al-Jubaili. Semangat berjuang makin berkobar-kobar, cita-cita untuk menjadi isteri sekuat Zainab Al-Ghazali yang rela diseksa demi dakwah terpasak kuat dalam sanubari. Tatkala itu saya merasakan tak ada masalah langsung untuk melepaskan suami pergi berjuang, berjihad di jalan Allah Taala. Malah saya akan berbangga, pergilah hatta ketika di malam pertama sekalipun sepertimana yang berlaku dalam cerita agung tentang sahabat Rasulullah, Hanzolah yang meninggalkan isteri di malam pertama pergi menyahut seruan jihad dan beroleh syahid. Saya rela menjadi seperti isteri Hanzolah tersebut, rela ditinggalkan bila-bila pun, lama mana sekalipun hatta di malam pertama pun. Malah cita-cita saya juga hingga kini, inginkan semua anak lelaki supaya semuanya boleh dihantar untuk pergi berjihad hingga beroleh
gelaran syahid kesemuanya seperti Khansak. Beliau merupakan ibu yang telah menyuntik semangat jihad kepada kesemua putera beliau untuk terjun ke medan perang. Akhirnya,kesemua putera beliau mendapat syahid di sisi Allah. Begitulah 'dream' saya dengan penuh semangat hasil dari tarbiah dalam jalan perjuangan ini.

Namun, itu semua baru retorik dan cita-cita. Angan-angan dan impian. Bila berdepan realiti, suami baru keluar untuk menghadiri program selama 3 hari, jiwa ini telah kacau terasa sunyi. Hidup terbayang-bayang susuk tubuh nan satu itu, hati gelisah menghitung saat bila dia akan kembali. Perasaan resah, macam hilang sesuatu yang cukup berharga. Tempat bergantung, tempat bermanja, tempat bergurau senda, tempat berkongsi masalah, tempat segalanya. Inilah kali pertama kami berpisah agak lama. Saya mula tersentak, mula merasai betapa sebenarnya 'aura' isteri seorang pejuang itu mungkin masih lemah dalam diri saya.

Saat ini saya terkenangkan bagaimana perasaan isteri-isteri yang ditinggalkan suami. Hatta isteri-isteri Rasulullah yang terpaksa bergilir-gilir untuk bersama Rasulullah turut merasa ditinggalkan suami. Isteri para sahabat agung yang ditinggalkan kerana pergi berjihad. Isteri pejuang-pejuang PAS, isteri yang berhormat-yang berhormat yang komited dan amanah dalam berjuang yang semestinya selalu ditinggalkan. Saya tersentuh membaca sajak karangan Ust Nasaruddin Tantawi yang didekasikan khusus buat isteri beliau. Sudah tentu isteri beliau selalu ditinggalkan demi perjuangan yang suci ini. Saya juga terkenangkan isteri-isteri tahanan ISA yang sudah bertahun-tahun terpisah dari suami mereka. Bagaimanalah perasaan mereka. Mesti 1000 kali ganda lebih perit dari apa yang saya rasa kini. Malah kawan-kawan saya ada yang berkahwin tetapi berjauhan dengan suami, mereka juga terus tabah menempuh taqdir hidup yang begitu.

Ada juga isteri-isteri yang terus tabah menempuh hidup setelah terpisah terus dari suami tersayang kerana suami pergi dahulu menyahut seruan Ilahi. Saya cukup mengagumi ibu mertua saya, ummi tersayang yang kematian suami tatkala beliau masih perlu membesarkan 8 orang anak yang masih kecil belaka. Betapa tabahnya hati seorang perempuan yang bernama ibu ini. Ada juga isteri-isteri yang terus hidup dengan bangga setelah kematian suami yang dijemput Ilahi dengan mendapat gelaran syahid. Saya membaca tentang Dr Rayyan, isteri As Syahid Dr Abd Aziz Rantisi. Seorang mujahidah yang telah melalui liku-liku perjuangan sebenar yang sebelum ini menjadi tunjang perjuangan suami beliau As-syahid Dr.Abdul Aziz Rantisi. Beliau yang dikenali juga sebagai Abu Muhammad telah diamanahkan mengambil alih tanggungjawab paling besar selepas syahidnya Syeikh Ahmad Yasin di bumi Al-Aqsa (Palestin) dan Dr Rayyan bersama perjuangan beliau hingga beliau syahid. Semangat dan ketabahannya sungguh luarbiasa. Saya juga membaca temuramah dengan isteri As Syahid Ismail Abu Syanab, seorang pemimpin Hamas yang terbunuh diserang helikopter Israel. Beliau juga amat mengagumkan. Saya jadi semakin bersemangat semula untuk benar-benar menjadi isteri seorang pejuang. Saya mula membuka buku, bersiap sedia untuk menelaah pelajaran untuk exam yang seterusnya. Ingatan kepada suami, saya letakkan ke tepi, buang agak jauh. Saya ingin hidup sebagai seorang isteri pejuang, yang berbangga dengan perjuangan suami. Malah saya juga ingin jadi seperti Dr Rayyan, isteri As-Syahid Abd Aziz Rantisi dan saya juga ingin jadi lebih hebat dari beliau. Saya mendambakan bukan sekadar menjadi seorang isteri kepada As-Syahid, tetapi juga mendambakan gelaran syahid itu untuk diri saya sendiri.
-insyaallah..
setiap wanita pasti mendambakan kehidupan yang mulia disisi seorang suami.
erk,tade niat nk mengarut. kan dah 18tahun.
dibelakang seorang suami yang hebat perjuangannye,pasti disitu ade seorang isteri yang teguh imannya.sebelom mengharapkan kite menjadi istimewa buat suami yang istimewa(bukan O.K.U),haruslah mencari kesempurnaan iman dan amal soleh.
bukan senang memiliki perisai utama menggapai impian sebagai seorang isteri yang solehah. isteri solehah,tempatnya disyurga.
paling best klo benarkan suami bermadu..
ana ok je.(ye ke?)haha.
yang penting,
orang yang baek tentunya untuk pasangan yang baek.
nilailah iman diri sendiri sebelom menilai pasangan yang menjadi impian dan cita2.
post kali ni mungkin berakhir di sini,namun..
perjuangan kite mencari kesempurnaan baru bermula.
selamat berjuang~
ps: coretan ini bukan diri ana eh. dipetik dari blog kak Nurul Syuhada
ape pon,moga yangbaek tu dapat dijadikan iktibar dan yang buruk itu same2 kite jaohi.
:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Sunday, November 15, 2009

besday comel~ 1511~

2 comments:



PROFILE:
MOHD KHAIRIL SEDQI KAMARUDIN
ENGINEER AT JK JOHOR BHARU
MARRIED
WIFE:JURIAH SARMANI
FIRST AND ONLY ONE SON:AHMAD NAIM
VIOS JKH 1343 BLACK IN COLOR
KEMBARA RED IN COLOR
MODENAS JFA RED IN COLOR.
CARE TO OTHERS
LOVE OUR FAMILY VERY MUCH

SUKE PANGGIL SAYA DGN PANGGILAN BEST, "COMEL","BULAT".
ayat yang suke ditanye,
"dah solat?bace quran?"
"mesej ngan sape tu?jangan mesej2.."
"meh nak cek hset."
ayat yang selalu dipesan,
"cari suami yg elok2."
"blaja rajin2.."
"jangan makan eskrem banyak,taknak bagi duet nanti.."
sangat suke mengusik,nakal,kelakar dan baek hati.
tak snggup tengok orang laen susah terutamanya adek beradek laa.
sayang sangat kat ibu dan ayahanda,hormat orang tua,tak suke hampakan harapan orang laen.
suke bagi hadiah jam kat adek beradek.
sinonim dengan Japan.
disukai pak cik dan makcik..
marah depan2,terang2 klo buat silap.
suke kaco orang.
penyayang.
paling best maen dengan die.
banyak duet,pandai save.
zuhud.
tak suke klo adek die nak kawen..(bahaya jugak ni.)
paling smart dalam family.

ade dua lulusan..
kejuruteraan dan syariah..
berfikiran laen dari yang laen,ade matlamat jelas,pandai rancang hidop.(mase dir kawen tak pakai duet parent langsung.sume die tanggung termasok majlis hantar menantu,habes sakan hamper rm20k.)
sangat baek hati. paling wara' antara adek beradek yang lelaki. suke pegi masjid.
suke jadi imam kat umah. suke tolong orang(die paling rajen tolong ana time raya@kenduri).ape2pon,die mmg sweet..so thats why sayang sangat2 kat die..
raya haji nanti balek dengan die..oh,abang..terima kaseh atas segala jasa.akan ku kenang samapai bile2..tak mungkin ku lupe..oh..

(abang..dah banyak puji ni..duet raya kasi up banyak sket ye..haha.elaun tak masok lagi ni)
:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

keluhan muslimin buat muslimah~

1 comment:

Keranamu ramai dari kalangan kaum kami menderita menanggung dosa. Tidakkah kau sedar betapa agungnya ciptaanmu di saat adam mendambakan seorang teman?? Tidakkah kau kasihankan kami yang asalnya kamu dari tulang rusuk kami?? jika kau berakal pasti kau kasihankan kami..kenapa perlu kau singkatkan pakaianmu, serlahkan auratmu, jarangkan kainmu, bertutur ikut nafsu, bergaul tanpa rasa malu…kenapa?? tidakkah kau tahu kami akan dilaknat sekeras2nya oleh ALLAH disebabkan perbuatanmu itu.. adakah kau terlalu bangga dengan apa yang kau miliki?? sedarkah dikau ayahmu, adik lelakimu dan abg2mu jua asalnya dari kaum kami?? yang bakal diazab dengan azab yg pedih disebabkan kejahilan sebahagian dari kaummu..kami tidak mampu setiap masa perlu menjaga pandangan mata, hati dan perbuatan untuk mengelak dari fitnah yang kau cipta. Maafkan kami andai kau rasakan kami yg bersalah kerana tidak pandai meluruskanmu kearah tarbiah yang sepatutnya kami warisi dari rasulullah..andai kerana sejarah masa silam yang memaksa dikau jadi begini kembalilah engkau kepada ALLAH, sesungguhnya ALLAH maha pengampun lagi maha mengasihani, siramilah kembali hati2mu dengan siraman taqwa yang bercahayakan iman dan berbajakan keikhlasan agar kau menjadi sebahagian dari pejuang2 agama ALLAH yang kian hilang di akhir zaman ini..sedarlah wahai wanita..engkaulah hiasan duniawi andai iman yang kau julang, malah engkau juga seburuk2 hiasan andai iman tidak kau pegang..sekiranya kau pernah jatuh, bangunlah membina kekuatan agar engkau menjadi gagah, janganlah kau biarkan dirimu terus jatuh dan terus tenggelam dalam permainan duniawi…sesungguhnya perempuan yang tidak beriman adalah sebaik2 senjata bagi syaitan untuk menyesatkan kami dari jalan ALLAH..NAUZUBILLAH…
Nasihatku untukmu…

Bentuklah dirimu mengikut acuan islam.
Hamparkanlah sifat malumu supaya tiada ruang lagi untuk kami difitnah.
Labuhkanlah pakaianmu agar kau dipelihara oleh ALLAH sepanjang masa.
Jagalah tutur katamu sehingga tidak menarik minat kami untuk mengetahui apa yg kau bicarakan.
Basahkanlah lidahmu dengan zikrullah supaya hatimu menjadi pendinding kepada kecantikan yang kau miliki.
Hiasilah dirimu dengan Alquran supaya kau tahu betapa mulianya dirimu di dalam ISLAM.
Jadilah wanita sebagai penyubur keimanan kepada lelaki…..

(nukilan ikhlas buat remaja yang cintakan akhirat- wantaiko)

-dipetik dari iluvislam..
wahai muslimah,same2 kite renungkan..
kite wanita,yang martabatnya tinggi namun golongan kitelah yang paling ramai berada didalam neraka..
islah nafsak,wad'u ghairak~seindah-indah hiasan adalah wanita solehah~
:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

suami idaman~

No comments:

Suami idaman kami
lautan cintanya pada Rabb Izzati
cinta teragungnya
debar rindunya hanya pada Jannatul Firdaus
tempat kembali yang sangat indah
maka kami adalah yang paling setia
mengiringi hidupnya di dunia ini

suami idaman kami
hidupnya untuk Islam
setiap detik hidupnya hanya untuk
menegakkan daulah islamiah di bumi Allah
setiap peluh yang menitis hanya kerana
memperjuangkan kelestarian Islam agar terpelihara
maka kami adalah yang paling berbangga
menjadi srikandi kepada seorang yang bergelar
mujahid

suami idaman kami
jihadnya untuk Islam
setiap darah yg mengalir
pasti kerana tekad untuk memelihara kesucian Islam
syahidnya kerana Islam
maka kami adalah yang amat beruntung
memiliki kekasih yang gagah sepertinya

suami idaman kami
wajahnya sentiasa dibasahi wudhuk yg sempurna
bibirnya sentiasa dihiasi dengan zikir padaNya
setiap tutur kata
bermanfaat buat kami dan semua
maka kami adalah yang paling bahagia
dinaungi seorang yang bijak laksana

suami idaman kami
penglihatannya sentiasa dipelihara
menjauhkan kebatilan dari dirinya
hanya memandang kepada yang hak daripadanya
dia
melindungi dan menyayangi
atas rasa tanggungjawab pada amanah yang
deanugerahkan
dia
menegur dan menasihati
dengan tulus dan ihsan
agar mendapat mardhatillah
maka kami adalah yang paling bertuah
dapat mengasihi seorang mukmin soleh sepertinya

suami idaman kami
berusaha memperelokkan diri
dengan ilmu dan pengetahuan
agar semakin petah berbicara
agar menjadi da'ei yang berhikmah
sentiasa berusaha
menghiasi diri
dengan untaian taqwa
qiamullail memang tradisinya
solat sunat menjadi kegemarannya
tilawah Quran ibadah kesukaannya
maka kami adalah yang paling beruntung
mendapat bahagian dalam doanya

suami idaman kami
dirimu permata gemilang
yang bakal menyerikan dan mewarnai hidup kami
kami adalah yang paling bersyukur
kerana menjadi permaisuri mahligaimu
insya Allah,
kami akan menjadi penyokong setiamu
dalam memperjuangkan kalimah Allah di muka bumi ini
kerana dirimu adalah
habibi...
MEMBINA BAIT MUSLIM..
INSYA ALLAH..

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

kahwin cepat:buleh jadi mudarat ke?

6 comments:


Kahwin Cepat - Yang Berkat Jadi Mudarat?

Majlis akad nikah itu baru sahaja usai. Saya dan beberapa orang sahabat
masih menikmati minuman ringan yang disediakan oleh pihak tuan rumah.
Tiba-tiba seorang lelaki tua yang memang saya kenali menarik tangan saya
dan bertanya, "Kenapa orang sekarang kahwin lambat sangat?"
Saya lantas bertanya, "Tuk dulu kahwin cepat?"
"Umur 15 tahun, nenek kau dah dapat anak seorang... "

Terbayang anak perempuan saya yang menuntut di tingkatan 5 sekarang.
Sukar nak membayangkan betapalah di usia itu dia sudah mempunyai anak.
"Bahagia Tuk?"
"Tak bahagia apa... anak Tuk 12 orang!"
Terhibur saya berbual dengannya, semuanya diukur dengan angka.
"Saya berkahwin pada umur 21 tahun. Waktu tu masih menuntut lagi, orang
heboh saya tak sabar," adu saya tanpa dipinta. Sengaja mengundang
reaksi.

"Tak sabar? Pelik, kalau zaman Tuk, tu kira terlajak dah tu!"
"Betulkah saya tak sabar, Tuk? " tanya saya semacam mengusik.
"Eh, taklah. Kalau nak buat baik, eloklah cepat. Selamat dari maksiat.
Kalau betul tak sabar, Tuk ni lagilah tak sabar... umur 17 tahun dah
kahwin, heh, heh, heh... "
"Setuju tak Tuk kalau dikatakan soal kahwin ni bukan soal cepat lambat,
tapi soal dah bersedia atau tidak?"
"Setuju. Tapi kena hurailah maksud persediaan tu... " tajam Tuk membalas.
"Kalau ikut pandangan Tuk, apa agak-agaknya persediaan tu?"
"Soal ni tak boleh agak-agak... Mesti tepat."
Terkedu saya dibuatnya. Tuk ni bukan sebarang orang.

"Maksud bersedia bukan sahaja dari segi umur... Asal akil baligh dah
boleh kahwin. Bukan sahaja diukur oleh badan yang sihat, pendapatan yang
cukup, tapi yang penting kematangan diri... Ertinya, seseorang yang nak
kahwin mesti dah mula dapat berfikir dengan baik, dah boleh sedikit
sebanyak kawal perasaan, dan jiwa tu sikit-sikit dah agak tenang."
Saya menung panjang. Tertikam di sudut hati petanyaan, sudahkah saya
matang sewaktu mula berkahwin dahulu?

"Jangan menung... Tuk cuma kata, dah sedikit sebanyak matang. Tak payah
tunggu matang betul... nanti tak kahwin pula!" usik Tuk seperti dapat
membaca fikiran saya. Walau tanpa ijazah, Tuk sebenarnya sedang
menjelaskan asas kebahagiaan rumah tangga yang kadang kala tidak dapat
ditimba di mana-mana menara gading.
"Macam mana nak matang?" tanya saya perlahan. Malu rasanya untuk
diajukan soalan sedemikian di usia 40-an ini. Terasa terlambat!
"Tentulah dengan ilmu. Dulu Tuk dan kawan-kawan... umur sebelas tahun
dah khatam Quran. Dah selesai belajar ilmu fardu ain. Rukun, sah, batal
dan lain-lain ilmu asas dah OK. Bila sudah baligh buka kitab Muhimmah,
baik lelaki, baik perempuan. Dah diterangkan tanggung jawab suami,
isteri dan asas-asas kerukunan rumah tangga."

"Itu sahaja? Ilmu lain?" soal saya pendek.
"Eh, perlu. Mesti ada ilmu untuk cari rezeki. Yang otak baik, jadilah
guru, pegawai kerajaan... ikut keadaan zaman tulah. Tuk ni tak nasib
baik... kerja kampung sahaja, guna tulang empat kerat, buka tanah.
Itulah dusun yang Tuk kutip hasilnya sampai sekarang ni... "
"Tapi sekarang Tuk dah senang. Dengarnya dah dua kali naik haji."
"Tak senang. Tapi mudah-mudahan... tenang. Tulah doa Tuk, biar hidup
kita tenang."

"Agaknya sebab kurang matang nilah orang sekarang kahwin lambat?" cuit
saya, kembali ke tajuk asal.
"Ni agak Tuklah. Budak sekarang tak macam dulu. Mereka ni macam lambat
matang. Kalau dulu umur 13 dah boleh pikul tugas. Dah berdikari, dah
boleh harap jaga emak bapak. Setakat jadi imam dan baca berzanji tu
lancar... tapi sekarang lain, umur dah 23 tahun pun masih bergantung
kepada emak bapak. Nak jadi imam? Jauh sekali."
Terbayang kekesalan di wajahnya. Dia menyambung, "Sekali tu Tuk tengok
betul-betul dengan mata kepala ni macam mana seorang bakal pengantin
tersekat-sekat mengucap kalimah syahadah depan tuk kadhi. Bila tanya
rukun sembahyang, geleng kepala. Yang dihafalnya rukun nikah saja... "

"Kalau macam tu macam mana?"
"Baik tak usah kahwin. Macam mana dia nak pimpin isteri dan anak-anaknya
nanti? Tu baru ilmu yang paling asas, belum lagi ilmu... apa orang
kata... ... parenting skill."
"Tuk pun tahu parenting skill?"
"Sekarang ni macam-macam sumber ilmu ada. Di radio, tv, ceramah,
buku-buku... ah, macam-macam."
"Tapi Tuk, kalau tak kahwin pun susah juga... Nanti terjebak dengan
maksiat," kilas saya.
"Tulah, ajaran Islam ni macam mata rantai. Lepas satu disambung satu.
Bermula dengan yang paling utama, diikuti yang kedua, ketiga dan
seterusnya... Ilmu tauhid, fekah dan akhlak perlu diasak di awal usia.
Diiring ilmu akademik. Jadi, bila dah nak kahwin nanti, ilmu tu semua
dah ada. Persediaan agama ada, persediaan material ada."

"Macam mana kalau ada yang lambat-lambatkan kahwin kerana katanya belum
bersedia, dari segi material dan agama?"
"Apapun biarlah berpada-pada. Kalau nak diikutkan ilmu agama... sampai
mati pun tak akan habis dituntut. Cukuplah sekadar keperluan dulu dan
tambah lagi selepas kahwin. Begitu juga soal material, soal kerja,
profesion... Ni pun tak akan habis-habis. Ukurlah ikut keperluan dan
kemampuan diri. Jangan sampai terlanjut usia sudahlah. Jangan nanti ilmu
ada, matang ada, duit ada, calon pulak tak ada... "
"Tuk lihat macam mana keadaan anak muda masa kini?" terluncur soalan
yang berbau akademik tanpa saya sedari.

"Akibat tak ikut tertib dalam menghayati ajaran Islam, keadaan jadi agak
lintang-pukang sekarang. Yang berkat jadi mudarat. Tak dikahwinkan,
membuat maksiat. Bila dikahwinkan, tak bertanggungjawab."
"Antara dua keadaan ni... yang mana patut kita pilih?"
"Perlukah kita buat pilihan? Pada Tuk... pilihlah keadaan yang tidak
memaksa kita membuat pilihan!"
Saya terdiam. Kagum. Kata-kata tersirat itu boleh mengundang seribu
wacana para sarjana!
:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Friday, November 13, 2009

spell it right!

5 comments:
QLEP-Quranic Language... and tak tahu EP stand for what. sorry UIA.haha
telah mengadakan bulan bahasa arab.
banyak sangat aktiviti yang dierang buat. antaranya talaqi fizilaalil quran.
CFS GOT TALENT,MEMORISING HADITH..whatsoever,tahniah sesangat kat QLEP. semoga ape yang dibuat mendapat balasan yang baek disisi allah.
tapi yang paling best....SPELL IT RIGHT..!!
walopon namenya dalam bahasa inggeris,sebenarnya peserta diminta menjawab dalam bahasa arab. ana tak berpeluang nak menghadiri semua sesi saringan yang diadakan.
tapi ana sempat menghadiri sesi saringan yang terakhir yang dibuat pada hari Khamis,bersamaan 12/11..oh,semalam la tu.
huhu.
yang unik dan tragiknye..
semua perserta untuk malam itu adalah budak DQ.
ana rase ana hafal nama mereka.
group 1
-afiq arshad
-razani azmi
-azam vice president Medcy

group 2
-nik uqbah
-amirul
-fakhrurrazi

rasenya dah betol. dan.. ni yang ditunggu2..
satu2nya group banat DQ!
siapkaah pesertanya??
-Sarah
_hajar
dan..
-Wan Qurrotu Aini,ateh ana!
haha
semangat tak ana!
semangat tau ana pegi sokong mereka semalam. keluar awal dari kelas iadah. semata2 nak sokong,sebab lepas tu terpaksa menghadiri meeting. ape pon,game ni mmg best dan klakar je. ana sokong2. sekali2 buat program canni best jugak,laen dari yang laen.
semalam,game dimenangi oleh kumpulan Afiq Arshad. sebenrnya tak bias sangat sebab sume dari DQ> sume dah kira macam adek beradek. sapa pon menang,janji DQ,tumpang gembira.
huhu
asobiah betol.
tapi penyokong banin DQ mmg penuh laa. ketok2 meja lagi. semangat seDQ betol.
banat plak tak ramai yang datang,bukan tanak datang,bukan tnaak sokong,mungkin tak tahu atau mungkin ade komitmen laen. mungkin.
ape pon.semoga mereka bersemangat dan berjaya dalam semi final dan final SPELL IT RIGHT akan datang!
marttabatkan bahasa alquran.
kenapa ana tulis kat sini? sebab ana tatau kenapa excited bile Ateh maen game ni.
haha
macam tak percaya tapi itu hakikat!
haha.
tahniah ateh.
katenya dapat ke Semi Final jugak.
tahniah!!
hohoho..dan tahniah jugak buat group yang menang tu. semoga teros maju jayaaaa!
ade gambar tapi malas nak upload..~
:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

salah ana..

6 comments:
salam. banyak pulak post kali ni. huhu.
kali ni ana nak mintak maaf dengan sume pembaca blog ni.
sebabnya salah ana kerana selalu memberi,menulis,menggunakan hadis,qoute dan ape2 saje tanpa memaklumkan daripada siapa dan kitab mana. ana mendapat teguran dari Mak Usrah ana sendiri,Hafiza Azmi. Terima kaseh atas teguran yang berhikmah itu,ayong!
tak sedar jugak itu silap awalnya. rupanya mmg silap. sepatotnya ana memaklumkan dari mana ana memetik hadis2 tersebut. sekiranya dhaif,patot ana memaklumkannya dhaif. tapi kalo hadis dhaif buleh digunakan untuk beramal.
and.. buat Anonymous 1 plak,ana tak dapat pastikan hadis berkenaan dengan salam tu dari kitab mane. tapi kalo tak silap ana dalam Riyadhussolihin,ade diceritakan satu bab perihal menyebarkan salam. dan sekiranya anda mengetahui hadis itu sumbernya,sangtlah ana alu2kan anda menyedarkan ana dari lena yang panjang.dan nampaknya anda sangat banyak mengetahui. jeles plak! mana anda tahu ha? nak jugak.. mohon ampun terhadap allah juga kerana perbuatan ana mungkin buleh menimbulkan fitnah pada agama yang terchenta ini.. astaghfirlahal a'zim..
itu saje dari ana.
kalo ade ape2 kesilapan lagi,buleh la tegor dengan hikmah.
insya allah same2 baiki diri. dan ana pon nak sangat baiki diri jadi lebih baek dari yang paling baek. insya allah. same2 menjadi lebih baek untuk manfaat kite bersama dan ummat islam seluruhnya.
sebarang teguran,blh kasi kat email.
tapi lagi best add YM ana.
husna_taqwa@yahoo.com
add je.
syukran.
islah nafsak,wad'u ghairak.
(perbetolkan diri sendiri dan menyeru orang laen)
insya allah~
:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

kembali.

No comments:
orang kata blog ni dah berabok. dah boring.dah tak update.bukan tanak update,tapi tak de kemudahan. skrang baru dapat celcom broadband,macam best sket.huu..
kehidupan yang uia rase best sangat..
sebab awal sem ni maseh belom sebok sepenuhnya dengan meting. tapi tiap2 malam ada talaqi. best kan? sangat best.. macam2 kitab. antaranya FIZILAALIL QURAN< FARIIDATUL FARAID. dan BIDAYATUL HIDAYAH. mmg tak tipu.sangat bahagia sebab mempunyai peruntukan masa yang maksima untuk menghadiri semua majlis talaqi ni. walopon ramai yang mungkin sebok dengan SMAC(sport and martial art carnival) yang berlangsung belom berakhir2 pon lagi. haha.
buat teman2,dulu ana tertanya2 kepada diri sendiri,kenapa kite kena hadiri majlis ilmu..agaknya kenapa. kadang2 ape yang kite dapat dalam majlis talaqi tu kite dah tahu,dah maklum.tapi kenapa kite kena pegi jugak?sebab..ni mengikot pengalaman ana sendiri laa.dulu ana kurang jugak,lebih pentingkan meeting,study je..patu beranggapan,dah thau banyak perkara,banyak baca buku dan artikel,pernah menuntut di pondok.rase macam tak perlu dah dengan majlis ilmu.kemudian,ape yang menjadi alasan,tentunya meting dan study.
"eh,malam ni ade talk kat LH A."
"em..takle g laa.ade meting."
kadang2 itu adalah alasan semata2. ana bercakap tentang diri ana sendiri. tidak anda ataupon mereka.
tapi sejak masok sem baru ni,ana mula mempelajari sesuatu. ana pegang ape yang Tuan Guru Haji Hussin kata,tanpa air ikan akan mati,tanpa ilmu manusia akan keji,tanpa amalan manusia dibenci.
Haji Hussin ni pengganti Tuan Guru Haji Abdullah Lubok Tapah,bekas Tuan Guru ana yang dah meninggal dunia.
Hari tu ana sempat meluangkan masa ke rumahnya an alhamdulillah banyak ilmu dan amalan baru yang ana dapat. sangat berguna!
itulah pentingnya mendampingi para ulama..
semoga allah mencucuri rahmah kepada para ulama.
insya allah.
ok,bile terlalu banyak ceramah,talaqi dan ana pon sedaya meluangkan masa sementra mase maseh memihak di pihak ana sebelom sebok dengan meting dan sebagainya,ana hadir seppenuhnya dan cube untuk ikhlas. tidak untuk mendpat pujian atau untuk menunjuk2 kepada manusia laen.
"waah,ak pegi talaqi..!" ia bukan satu kebanggaan.
sejak itu,ana tahu,ana belajar sesuatu,dengan majlis ilmu,hai kite jadi hidup. hati kite segar dengan wangian ilmu,hati kite hidup dengan zikrillah dan tidak mati dengan amalan.
kadang2 kite terlalu sebuk. kite tak sedar bahawa kesebokan itu adalah satu helah syaitan supaya kite ni jaoh dan jaoh dari tuhan. maka,ana belajar sesuatu. majlis ilmu untuk mengubati hati yang mati..~
sweet.
so,meh kite ramai2 pakat g majlis ilmu. insya allah besar ganjarannya disisi allah bagi orang2 yang ikhlas alam mengerjakannya. Insya allah..
yang penting,same2 kite mengejar keredhaan allah disamping kite mengejar keinginan dunia yang mewah dan senang.
selalu jugak ana katakan pada kawan2 waktu kat DQ bile kite same2 mengeluh tentang HEP DAN PERATURANNYA,
ana katakan,
"DUNIA ADALAH PENJARA BAGI ORANG MUKMIN"
sematkan perkataan ini i hati,insya allah,kesenangan dunia pasti tidak menyenangkan kite,kerana kite tahu bumi akhirat adalah yang abdi..
sume orang sebok membicarakan tentnag kiamat 2012..
tak kira la anda percaya atau tidak..
tapi anda harus tahu,kiamat itu semakin dekat,dan mustahil semakin jaoh. jika tidak 2012 pon,ia tetap akan datang. dan tak mustahil ia berlaku sebelom 2012,kerana hanya Dia yang maha mengetahui dan berhak menentukan segala apa yang Dia mahu. subhananllah..
ok,itu saje untuk kali ni.. jumpe lagi untuk coreetan akan datang.
sayang allah selaluuU~~
:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Monday, November 02, 2009

sendiri.

5 comments:
bismillah. ar rahman. ar rahim.
@'@
saat semua orang mungkin bergembira,di suatu sudut itu rebah seorang hamba biase yang mula merasa kalah dengan ujian dunia.
meskipon berjuta ketabahan yang diperjudikan, ratusan juta ujian yang dihidangkan.
Allah itu adil. Maha Adil. dan tidak mungkin Dia meletakkan sesuatu tidak pada tempatnya.
tidak sendiri. Dia ade mengawasi. percaya atau tidak,itu terpulang pada diri. hakikat yang hakiki, memang sentiasa Dia menjaga dan mengawasi kerana Dia Maha mengasihi dan menyayangi.
Mahu mengaku,terasa malu.
ingin ade yang membahu,tapi rasa tak mahu.

"ibu,saya sedih. saya lemah ibu. saya kalah. saya takut. saya nak nangis."
"sabarlah.."
"ibu,saya tak boleh. saya tak mahu. saya berat. saya hiba hati ibu. saya..."
"syyhhhhh...."
"ibu.. bacakan saya Quran..saya mahu tenang.."
"..MAKA INGATLAH KAMU KEPADAKU. NESCAYA AKU AKAN INGAT KEPADAMU DAN BERTERIMA KASIHLAH KEPADAKU,DAN JANGANLAH KAMU MENGKUFURI NIKMATKU.
...WAHAI ORANG2 YANG BERIMAN,MINTA TOLONGLAH KAMU DENGAN SABAR DAN SEMBAHYANG. SESUNGGUHNYA ALLAH BERSERTA ORANG2 YANG SABAR.
..DAN JANGAN KAMU BERKATA PADA ORANG YANG TERBUNUH PADA JALAN ALLAH ITU MATI,SEDANGKAN MEREKA HIDUP,TETAPI KAMU TIDAK SEDAR.."
"Ibu.. baca lah lagi.. saya mahu tenang dengan kalimah tuhan..."
"DEMI SESUNGGUHNYA KAMI UJI KAMU DENGAN SATU UJIAN IAITU KETAKUTAN,KELAPARAN,DAN KEKURANGAN HARTA,MANUSIA DAN BUAH-BUAHAN. DAN BERILAH KHABAR GEMBIRA DIATAS ORANG2 YANG BERSABAR.
IAITU ORANG2 YANG APABILA DITIMPA MUSIBAH,MEREKA BERKATA, SESUNGGUHNYA KITA KEPUNYAAN ALLAH DAN AKAN KEMBALI KEPADA ALLAH.
UNTUK MEREKA ITU SELAWAT DARI TUHANNYA DAN RAHMAT DAN MEREKA ITU MENDAPAT PETUNJUK."
"Ishk...ishk...ishk....lemahnya anak ibu. percaya pada kewujudan allah,tetapi selalu terlupa pada janji allah..."
~the end~
:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.