♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Saturday, July 31, 2010

Aku bukan sombong atau berlagak

9 comments:


Bismillah. Alhamdulillah. Setelah penat berhempas pulas dalam KTM,akhirnya termakbul doaku, menjejak ke Darul Quran. Insya allah, kesah-kesah manis di sana bakalku ceritakan dalam pos akan datang. Apapun, memang best kat sana! Walaupun penat dan blur, tapi tetap rasa best. Ting!


Pelbagai dialog yang pernah aku dengar. Ada yang pedih. Pedas. Dan sebagainya. Tapi aku biarkan saja. Pelbagai ragam dank omen yang aku dapat, tapi aku diamkan saja. Bukan bererti setuju dengan komen dan sindiran yang diberi. Tapi malas membangkit 'kepanasan' hati. Sehinggalah satu saat yang terbaru, (ni citer latest punya seyh),


1 Message received.


Salam. Satu teguran buat ustazah, Nampak sangat sombong dan tak sopan dengan kaca mata hitam itu. Syukran.


(unknown number)


After checking the number with YELLOW PAGES, I know number tu dari seorang yang berlawanan jantina denganku. Subhanallah. Masya allah. Segala rasional aku kumpulkan. Segala kesabaran aku kumpulkan. Aku diam. Mesej tersebut tidakku balas.


Pertama dan utamanya, aku panjatkan syukur kepada Allah kerana membuka hati kepada SENDER untuk text me with that kind of words. Even it sound hurt, but its actually good. Dan buat SENDER, syukran jazilan 'ala kulli hal. Semoga Allah memberkati antum. Ameen.


Biarlah ana jelaskan disini, supaya tidak ada sebarang fakta yang berbelit, ataupun sebarang fitnah dan salah sangka menyelubungi MISTERI dalam hati kalian. *Pergh,macam ayat artis* (sat lagi boleh jadi artis ni) Ting!


Semoga segala penjelasan yang bakal diberikan ini nilaiannya baek disisi Allah Taala.


Sebenar dan hakikatnya, bukanlah suka-suki ana memakai cermin hitam yang penuh bergaya tersebut. Bukanlah dengan niat nak menarik perhatian (tabarruj) ataupun nak menunjuk-nunjuk (dengan spek bernilai RM10?) Ting! Tidak sama sekali. Ketahuilah bahawa ana sangat alah dengan cahaya, terutamanya cahaya matahari. Cahaya matahari yang sangat unik diciptakan oleh Allah Sang Pencipta, member sejuta satu kebaekan. Namun, dengan kuasa yang ada padaNYA, setiap kali terkena cahaya matahari yang berlebihan, ana berkemungkinan mengalami saket kepala yang berterusan. Kadang-kadang menyengat dan memang continuosly. Sesungguhnya, memakai cermin hitam itu bukanlah pilihan hati ana sendiri, tetapi ianya ditunaikan demi menjaga kemaslahatan diri. Sedikit pun tidak terdetik di dalam hati ana untuk berbangga, menyombong diri dengan cermin mata tersebut. Kadang-kadang kena tegor sebab orang tak Nampak mata bila bercakap dengan ana. Ketahuilah, ia bukan dilakukan untuk ILUMINATI atau sebagainya. Ia dibuat kerana menjaga kesihatan diri. Masya Allah. Tidak sngka rupanya ia menimbulkan fitnah pada diri. Subhanallah, kerana akhirnya Allah sedarkan diri. Dan akhirnya mampu aku betulkan segala persepsi hitam terhadap diri.


Sebenarnya memang ada spek FOTOGREY yang bernilai separuh ribu. Dek kerana harga yang tinggi membuatkan ana takut nak pakai. Disebabkan itulah, spek ini menjadi pilihan. Tapi kadang-kadang bila terdesak, pakai je spek FOTOGREY tu. Apepun, ana harap post ini mampu meleraikan segala persepsi negative anda terhadap ana. Ana manusia biasa, dan ana tak sedar aku mem bina fitnah buat diri sendiri. Maka dari itu, terimalah kekurangan diri ana. Terimalah masalah dan kemaslahatan yang ana tanggung. Dan hentikanlah segala persepsi negative terhadap ana. Insya allah, Allah redho. Semua.


Dan kepada mereka yang pernah mengkritik tanpa sedar, menyindir tanpa tahu, menegor tanpa siasatan,


Ana menyusun sepuluh jari dan same2lah kita menghitung diri sendiri. Terutamanya ana.


Ilalliqa'. Semoga ketemu lagi.


PS: kalau aku mampu hidup macam korang, tak perlu pakai spek itam, tak perlu takut cahaya terik mentari, tentu aku slumber amcam korang je bila jalan tempat panas dan kena cahaya matahari. Bersyukurlah korang! Dapat nikmat tu.. Sedangkan Allah menarik nikmat itu dariku. Mungkin dibalasnya dengan nikmat tertimpa-timpa di sudut yang laen,kan? Insya allah. Haa.. Kan bagus tu berbaek sangka dengan Allah.. Ting! Ting!


Mode: Tak sabar nak balik kampung. 5hb nanti. Ting!


:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Friday, July 30, 2010

Bakalku jejaki lagi..

12 comments:



masjid yang aku rindu. Punya banyak kenangan padanya.

Bismillah. Alhamdulillah. Hujung minggu kali ni dapat memberi masa untuk diri sendiri. Sepatutnya dijadualkan pulang ke kampung halaman dan bertemu si dia berkot putih, namun kerana INDUCTION MEDCY yang jua dijadualkan pada 1 Ogos 2010. Last2 sume tak jadi. Rupanya ada hikmah yang tersembunyi.


Memberi sedikit masa untuk diri sendiri tak bererti berehat. Tapi bererti mengisi kembali 'minyak' dan semangat diri. Bukan senang untuk terus thabat pada jalan dakwah dan sebagai seorang pelajar ni. Kena pandai maintain semangat agar tak futhur dan tak tenggelam timbul. Betol tak? Jadi bagi sesiapa yang marah bila aku kata aku nak bagi masa untuk diri sendiri, tolong la jangan marah. Hak pada diri sendiri juga perlu ditunaikan, betol kan? Bayangkan, setiap malam kalau kita study dari pukol 9 hingga pukol 12 malam. Every night kita buat cantu. Cukop 2minggu, (tah2 tak sampai), tergolek bawah meja boleh jadi. Kena smart. Baru consistent dan istiqamah. Kan? Ini pendapat dan pendapat takpernah salah. Ting!


Sudah hampir 2tahun aku meninggalkan bumi barakah DARUL QURAN. Menangis rasanya tatkala memikirkan kaki yang penuh dengan lumpur bakal memijak bumi yang barakah itu. Ting! Ting!


Dulu,


Disitu aku berjanji pada diri, mahu menunaikan ketaatan maksima yang abadi buat bekalan negeri ukhrawi. Aku berjanji pada diri, mahu menjadi diri sendiri. Mahu istiqamah sampai mati. Kini, aku melihat kembali diri. Banyak perubahan rupanya tanpa aku sedari. Aku kembali menghisab peribadi, ada sesuatu yang aku ingkari. Aku menghitung segala akhlak diri. Masih banyak yang perlu diperbaiki. Belum lagi aku merenung hati ini, agaknya penuh dengan dosa mengotori. Masya Allah. Adakah aku telah lupa pada diri sendiri?


Lupakah aku pada sebuah janji? Janji dengan Ilahi. Di masjid yang aku rasa auranya dihati. Aku mahu menjadi seorang yang bertaqwa. Dari masjid itu aku mendapat 'TAQWA' dan bercita-cita menggapainya. Dari masjid itu, aku bermonolog dalaman dengan Al-Quran dan berjanji 'memegang'nya. Dari masjid itu, aku mula mengenal diri dan mula memberi syarat pada hati. Hati ini perlu diberi peraturan agar hati ini tahu bahawa pemiliknya adalah Ilahi. Yang Maha membolak-balikkan hati. Aku bukan Sumayyah, aku bukan Siti Khadijah Khuwailid, aku bukan Siti Aisyah, aku bukan Ainul Mardhiah, tapi aku Cuma cita-cita untuk menjejak jalan mereka. Ya, itu janjiku. Janjiku pada diri sendiri bersaksikan Sang Pencipta yang Maha Agung dan Suci.



Sebenarnya, since aku tinggalkan DQ, dah dua kali selepas itu aku menjejak kaki ke sana. Pertama sewaktu konvo, waktu tu, sepupuku, Baihaqi Hatta masih di DQ, GEN10. Tapi waktu konvo, sibuk sangat. Dengan keluarga yang datang, dengan majlis konvo tu lagi. Memang tak sempat aku menjejak ke sana. Rugi sangat rasanya. Kali kedua pula, waktu short sem hari tu. Kesana dengan jemputan dari ustazahku. Mursyidahku. Jua tak sempat nak menjejak masjid, dek kerana mengejar waktu dan meluangkan banyak waktu bersama adik-adik di auditorium Sheikh Mohamad Noor. Kali ni, aku harap segalanya berjalan seperti yang aku impikan. Aku mahu bermunajat di situ. Kembali merenung tasik yang tenang, yang membuatkan hatiku yang kadang-kadang berkocak menjadi tenang memandangnya. Aku mahu mendaki tangga yang tinggi ke masjid. Walaupun tinggi(selalu juga merungut waktu kat DQ, tangga tinggi sangat ), tapi kini perasaan itu menjadi rindu. Melihat basikal-basikal banin bertebaran. Dan saujana mata memandang melihat banin berjubah, banat berjubah. Sempurna! Maha suci Allah!! (bukan tak jaga pandangan ye)

Ramai sahabiahku bakal ke sana. Dan dah ada yang berada di sana. Semoga kita sama-sama menjejak diri kita yang semakin pudar sirna cahayanya. Menggilap kembali mutiara yang mungkin tenggelam sedikit berbanding dahulu. Menyapu debu yang menutupi kilauan berlian iman. Insya Allah. Menjejak diri. Mencari diri. Menggamit memori. Apa sahaja, aku doakan ianya tercapai teman.

Pstt.. Aku ada satu angan-angan di Masjid di DQ. Dan aku harap ianya bakal menjadi kenyataan. Aku berhasrat melangsungkan akad nikah di Masjid itu. Angan-angan yang aku mahu ia menjadi kenyataan. Tak salah,walaupun belum ada apa-apa, tapi aku punya cita. Mahu menamatkan zaman bujang di situ. Mahu menjadi seorang isteri di masjid itu. Kerana ia terlalu banyak kenangan. Yang menjadikan aku seperti aku pada hari ini. Pergh* Doakan aku mencapai cita-citaku. melangsungkan akad nikah di Masjid yang penuh barakah itu. Ameen. Jika diizinkan Allah, makbulkanlah permintaanku. Insya Allah. Insya Allah. Insya Allah. Angan-anganku adalah hak milik penuhku, OK!

Dedikasi buat Masjid DQ,

Wahai rumah Allah,
masihkah kau ingat telapak kaki ini?
Telapak kaki yang dulu tidak jemu mendaki tangga-tangga tinggimu?
Tapak kaki yang tidak jemu memarking selipar di berandamu?
Tapak kaki yang memijakmu dengan harapan mendapat maghfirah dariNYA?
Wahai masjid yang indah dengan alunan Al- Quran,
Ingatkah kau lagi akan suaraku?
Suara yang dulu tanpa jemu mengulang kalimah Tuhan?
Ingatkah kau lagi suara ini yang meratap dan meminta kepada Tuhan.
Ingatkah lagi akan suara yang mengangkat takbir seiring imam?
Kenalkah kau lagi suara yang seawal pagi hingga lewat malam memanjat doa di dalam perutmu?
Wahai masjid yang aku rindu dari dulu,
Kenalkan kau lagi akan dahiku ini?
Yang sujud dan sujud kepadamu?
Yang mencari diri ketika berhadapan Tuhan.
Ingatkah kau lagi titisan air mataku tatkala aku merintih dan bermanja denganmu?
Setahun sudah aku meninggalkan segala rutinku.
Aku tidak mempu menjejak masjid sejak aku di sini.
Aku tidak mampu meluangkan masa di msjid seperti dulu kerana pelbagai taklifan disini.
Namun jiwaku tetap ada padamu.
Hatiku tetap terikat padamu.
Buktinya setiap kali aku ingn beruzlah denganmu,
Pasti rumah Allah seangkatan dengamu menjadi pilihanku.
Namun tak mampu menandingi aura yang ada padamu.
Aura yang selama setahun aku hidup didalamnya.
Wahai rumah Allah di DQ,
Esok bakal aku pergi kepadamu.
Tunggu kedatanganku. Tunggu sujudku. Tunggu alunan Quran dariku.
Sesungguhnya aku merinduimu lebih dari yang kau tahu meski kau tak pernah tahu.
Allah, berilah aku peluang berafakkur di dalam rumahMU. Berilah aku peluang mencari diri dan hati. Menggilap iman yang perisai diri. Menyapu debu yang ada pada hati.
Ampunkan aku.
DQ, aku bakal kembali. Aku bakal kembali. Tunggulah aku.
PS: At the same time, I want to greet my brother with ALFU TAHNIAH. ALFU BARAKAH. Atas kenaikan pangkatnya, sebagai Assistant Manager di sebuah kilang Jepun di Johor Bharu. Tahniah Abang Ki. (Abi Naim). Rezekimu melimpah ruah. Aku cemburu denganmu Abang. Teruskan menjaga hubunganmu dengan Tuhan. Di situ ada berkat yang tak terhitung banyaknya. Harap-harap lepas ni Abang jadi manager, boleh adinda tumpang ke Jepun sekali,teringin jugak melawat Negara Matahari terbit tu. (Bini dia pun dia tak pernah bwak,apatah lagi aku..). Apapun, Abang memang terbaeek la aBang!
Satu lagi, mak aku dah pandai YM dah sekarang. Sebelum ni facebook. Sekarang YM. Siap web cam lagi. Cayalah Bu! Terubat rinduku pada keluarga. Sapa kata YM dan Facebook tak ada manfaat? Ting! Ting! Ting!


:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Thursday, July 29, 2010

Gerak kerja Muslimin dan Muslimat

2 comments:

Sebenarnya masih ramai lagi 'amilin Islam yang mensyadidkan kerjasama diantara muslimin dan muslimat dengan sebab yang tidak munasabah. Alhamdulillah ianya tidak berlaku didalam organisasi pelaksana yang sayabina bersama kawan-kawan. Bahkan ada seorang daripada ahli muslimat pasukan kami yang melontarkan pandangan bahawa kita perlu bekerjasama dengan profesional. Saya begitu teruja dengan pandangan beliau kerana beliau adalah seorang yang sangat menjaga batasan didalam pergaulan. Tetapi dalam masa yang sama beliau sangat profesional didalam berurusan dengan individu berlainan jantina ( untuk urusan kerja ). Bagaimanakah beliau boleh mengutarakan kata-kata itu?. Semestinya beliau menjaga batasan selama ini bukan hanya kerana taklid buta tampa ilmu. Beliau menjaga batasan pergaulan dengan hujjah syariah dan beliau profesional didalam berkerjasama dengan berlainan jantina juga dengan hujjah syariah. Firman Allah Taala :


 

(Engkaukah yang lebih baik) atau orang yang taat mengerjakan ibadat pada waktu malam dengan sujud dan berdiri sambil takutkan (azab) hari akhirat serta mengharapkan rahmat Tuhannya? katakanlah lagi (kepadanya): Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna.

( Surah Az-Zumar – 39 :9 )


 

Sesunggunya ramai dikalangan 'amilin muslimin dan muslimat yang masih mensyadidkan batasan berurusan diantara mereka. Saya sebenarnya begitu menghormati prinsip-prinsip sahabat-sahabat saya walaupun mereka ditohmahkan dengan gelaran 'thiqoh' dan 'syadid'. Bagi saya jika mereka mahu syadid, itu adalah hak mereka. Kita sebaggai sahabat perlu menyokong prinsip-prinsip mereka itu. Kadang-kadang kita terdengar sahabat-sahabat 'amilin kita mengeluh… " aku tak boleh buat kerja lah dengan dia, dia syadid sangat". Kita kena fikir banyak kali sebelum cakap macam ni. Ana rasa kita mesti menghormati orang lain sebelum kita dihormati,kan? Disini kita perlu meniliti satu perkara, KERJASAMA itu perlu disepadukan dengan perasaan SALING MEMAHAMI dan BERSANGKA BAIK. Contoh didalam kes yang saya sebutkan tadi, sebagai muslimin kita perlu memahami bahawa mungkin kita merasakan berurusan itu perkara biasa sahaja, tetapi mungkin ianya berbeza disisi muslimat. Oleh itu kecekapan muslimin sebagai ketua didalam menguruskan sesuatu perkara yang melibatkan muslimin dan muslimat amatlah diperlukan. Lebih-lebih lagi kerjasama itu melibatkan sesuatu yang panjang dan bersesi-sesi. Betul tu. Bila terlibat dengan society, kerjasama selama satu tenure, mencecah hampir setahun,memang memerlukan kekuatan untuk memahami. Tambah lagi bila berurusan dengan berlainan jantina. Ana dah berpengalaman bekerja. Memang ia memerlukan kesabaran yang tinggi. Jua pengorbanan serta perasaan memahami. Susah kalo tak memahami, gerakkerja boleh tergendala. Yang lebih parah jika ada satu pihak yang memendam rasa, makan hati dan sebagainya. Zalim tu..

Islam sebagai ad-den yang syumul sudah tentu membenarkan kerjasama diantara muslimin dan muslimat ini. Firman Allah Taala :


 

Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan dan melarang daripada berbuat kejahatan dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

( surah At-Taubah – 9 : 71 )

Disini kita semua jelas bahawa Islam membenarkan kerjasama diantara berlainan jantina. Di dalam Sirah Baginda Rasulullah SAW yang agung juga ada berlakunya kerjasama diantara mujahidin dan mujahidat. Contohnya, sebaik sahaja peperangan uhud selesai, sekumpulan wanita Islam telah datang ke medan. Kata Anas: Ku telah lihat Aisyah binti Abi Bakar dan Ummu Salim, sedang bersungguh-sungguh, hingga ternampak betis, mereka menggalas uncang air untuk memberi minum terus ke mulut-mulut tentera Islam yang mengalami sakit, apabila air habis mereka pulang untuk isi semula dengan air. Begitulah kesungguhan mereka, cerita Umar bin al-Khattab: Ummu Salit bertugas di hari Uhud dengan memberikan kami air minuman. (rujuk Kitab Ar-Raheeq Al-Makhtum : bab peperangan uhud ). Kisah-kisah ini membuktikan bahawa islam tidak pernah menghalang kerjasama kearah kebaikan ini. Tapi kalau kita tak buat kerja islam jangan pandai2 nak pakai dalil ni ya!


 

Namun tidak dapat tidak kita semua perlu jelas tentang cara dan batasannya. Sesungguhnya Islam itu indah, ia membolehkah sesuatu perkara dan dihiasi pula dengan batasan yang perlu dijaga. Untuk apakah batasan ini? Tidak lain tidak bukan untuk ketenteraman hati kita sendiri. Sesungguhnya Allah Taala telah menciptakan hati kita dengan sifat berbolak balik. Maka batasan syara' di dalam kita berkerjasama diantara berlainan jatina adalah untuk menjauhi kita daripada terkena panahan fitnah hati itu. Suka saya menggelarkan batasan syara' didalam berurusan dengan berlainan jantina ini dengan nama etika ketika berurusan diantara muslimin dan muslimat. Sebelum itu, izinkan saya mencoret sedikit tentang fitnah. Contoh jelas, yang pernah saya alami sendiri, apabila bekerjama dengan berlainan jantina, memang tidak boleh dari daripada fitnah yang terbahagi kepada tiga:-

  1. Antara saya kepada ketua atau partner dalam gerak kerja saya.
  2. Antara ketua atau partner saya kepada saya.
  3. Antara manusia kepada saya dan partner @ketua saya.

Dan saya sangat tisaukan fitnah yang ketiga. Iaitu fitnah yang sangat besar, meniti dari mulut ke mulut. Mengeluarkan pelbagai fakta kononnya. Masya allah. Oleh itu, kita teruskan dengan etika berurusan diantara muslimin dan muslimat. Insya allah.


 

ETIKA BERURUSAN

Suka saya untuk menghuraikan batasan ataupun etika ketika kita berurusan didalam ruang lingkup gerak kerja persatuan dan program di CFS IIUM ni sendiri. Insya allah boleh diaplikasikan ditempat lain jua.


 

  1. Mengenal pasti urusan yang perlu diselesaikan secara bersama ( muslimin-muslimat ). Sekiranya urusan itu hanya perlu diselesaikan dengan tidak melibatkan individu berlainan jantina, maka eloklah ianya diselesaikan dengan cara itu. Kalau perihal muslimat sahaja, tak perlulah kita melibatkan muslimin. Memang benar pendapat muslimin diperlukan, tapi bincang dulu sesame muslimat. Kemudian, jika perlu, barulah bangkitkan kepada muslimin. Masing-masing fahamkan?


     

  2. Sekiranya urusan itu melibatkan perbincangan yang panjang, kita perlu bijak mencari waktu untuk berurusan. Ini untuk mengelakkan kita berurusan pada waktu yang tidak sepatutnya contohnya waktu lewat malam. Berbincang bagi perkara yang besar dan panjang pada waktu malam lebih banyak menyumbang kepada ketidak seriusan semasa berbincang. Oleh itu, sebagai 'amilin yang beretika, pemilihan waktu yang tepat adalah penting disamping ianya juga boleh menjaga keberkesanan perbincangan. Namun tidak dapat dinafikan, kadang-kadang ada perkara yang memerlukan perbincangan segera dan tidak ada masa yang sesuai lain untuk dibincangkan. Jangan kita terlalu jumud dengan etika sehingga menjejaskan gerak kerja.


     


 

KONFLIK PERASAAN

2 etika diatas saya hidangkan kepada kita semua untuk diteliti dan diamalkan bagi usaha untuk membataskan perhubungan dan kerjasama diantara muslimin dan muslimat. Namun hakikatnya, konflik yang sering berlaku diantara muslimin dan muslimat bukanlah datang dari etika-etika yang saya tulis diatas. Ia biasanya bermula dari kerjasama diantara muslimin dan muslimat yang gagal diselaraskan sehingga timbul pula rasa tidak senag untuk berkerjasama.

Bagi seorang lelaki yang biasanya menjadi ketua kepada muslimat, kita perlu melengkapi diri kita dengan pelbagai persiapan baik dari sudut mental dan hati. Ramai ketua yang akan merudum jatuh apabila dia diletakkan berkerjasama dengan sesorang yang sangat menjaga batasan. Tidak kurang pula yang akan kecundang apabila ditempatkan bersama muslimat yang 'rokers'. Saya tidak hanya membataskan perumpamaan saya kepada muslimat sahaja, bahkan apa yang saya sebutkan berlaku juga sebaliknya baik muslimin ataupun muslimat. Bagi muslimin yang berkerjasama dengan muslimat yang pada pandangan kita 'sangat thiqoh', kita perlu bijak untuk mengawal emosi kita. Kita sepatutnya bersyukur kerana sekurang-kurangnya kita akan sendirinya menjaga batasan-batasan pergaulan. Namun jangan pula kita membiarkan perkara itu menjadi punca kepada kegagalan gerak kerja kita.


 

Sebaik-baiknya kita mulakan dahulu dengan memaklumkan kepada mereka bahawa kita hendak berbincang perkara yang penting disertakan bertanyakan persetujuannya. Selepas mendapat persetujuan, barulah kita mulakan perbincangan. Jika sekiranya kita mahukan respon segera, maka kita sertakan sekali notis " penting, harap reply segera". Sekiranya perkara itu benar-benar penting, maka mustihil mereka tidak akan membalas. Pihak muslimin sepatutnya lebih rasional dan matang jika berlaku perselisihan didalam berurusan. Mengalah bukan bermakna dayus, tetapi kita mahu mengawal kondisi perbincngan supaya ianya lebih tenang dan santai. Peribincangan bukanlah idea satu pihak yang WAJIB dipersetujui tetapi ianya adalah hasil daripada penggabungan idea-idea yang kemudiannya disatukan menjadi keputusan yang mantap.


 

Wajar juga saya sebutkan disini bahawa salah satu punca kecundangnya 'amilin didalam berurusan diantara muslimin dan muslimat adalah kerana ketidak seriusan kedua-dua pihak atau satu pihak. Disini syaitan la'natullah akan menusukkan jarum-jarum mereka.Pada mulanya berbincang. Selepas itu masuk sedikit gurauan yang dibalas gurauan maka terhasilah perasaan bersenang-senang dalam berkata-kata. Kemudian lahir pula fitnah hati. Akhirnya kecudanglah 2 orang individu yang pada mulanya berurusan diatas perkara-perkara yang ma'ruf. Tapi Alhamdulillah kalau muslimin dan muslimat yang sama-sama bergerak kerja, akhirnya sampai ke jinjang pelamin. Banyak pasangan yang saya jumpa, seperti Pengerusi dan Timbalan Pengerusi IQRaC di DQ pada GEN atas2. Lupa dah. Mereka berkahwin, melangkah ke hidup yang lebih barakah selepas sama-sama bekerjasama dalam gerakkerja islam. Begitu juga dengan pasangan popular, Kak Nurul dan Ustaz Shaari. Jua bertemu dalam gerak kerja. Sepupu saya pun sama. Mereka bergerak kerja. Apabila saling memahami, saling menyenangi, dan untuk mengelakkan masalah hati dan sebagainya, perkahwinan menjadi pilihan. Sweet~ Atau dalam kata lain, gerak kerja yang suci, ikhlas, murni, boleh menjadi tapak perkenalan anda dan bakal suami. Jika terjadi masalah hati, gunalah cara yang paling barakah ya. Tapi bagi ana sendiri, lebih baek menjaga hati terlebih dahulu daripada berfikir akan perkara-perkara sebegini. Petua dan tips ana sendiri, ana lebih suka menganggap muslimin yang menjadi ketua atau partner ana hanya seperti ADIK. Sekaligus, ia boleh mematikan perasaan fitrah manusia biasa. Jangan rasa diri anda kalis perasaan, mustahil! Jadi, berjaga-jaga dengan syaitan disekeliling anda~


 

Dan sesungguhnya Kami telah menetapkan kamu (dan memberi kuasa) di bumi dan Kami jadikan untuk kamu padanya (berbagai jalan) penghidupan (supaya kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur (10). Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu, lalu Kami membentuk rupa kamu, kemudian Kami berfirman kepada malaikat-malaikat: Sujudlah kamu kepada Adam, lalu mereka sujud melainkan Iblis, dia tidaklah termasuk dalam golongan yang sujud (11). Allah berfirman: Apakah penghalangnya yang menyekatmu daripada sujud ketika Aku perintahmu? Iblis menjawab: Aku lebih baik daripada Adam, Engkau (wahai Tuhan) jadikan daku dari api sedang dia Engkau jadikan dari tanah (12). Allah berfirman: Turunlah engkau dari Syurga ini, kerana tidak patut engkau berlaku sombong di dalamnya; oleh sebab itu keluarlah, sesungguhnya engkau dari golongan yang hina (13). Iblis berkata: Berilah tempoh kepadaku hingga hari mereka dibangkitkan (hari kiamat) (14). Allah berfirman: Sesungguhnya engkau dari golongan yang diberi tempoh (ke suatu masa yang tertentu) (15). Iblis berkata: Oleh kerana Engkau (wahai Tuhan) menyebabkan daku tersesat (maka) demi sesungguhnya aku akan mengambil tempat menghalangi mereka (dari menjalani) jalanMu yang lurus (16). Kemudian aku datangi mereka, dari hadapan mereka serta dari belakang mereka, dan dari kanan mereka serta dari kiri mereka dan Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka bersyukur (17). Allah berfirman: Keluarlah engkau dari Syurga sebagai makhluk yang terhina serta terusir. Sesungguhnya sesiapa di antara mereka yang menurutmu, tetaplah aku akan memenuhi Neraka Jahannam dengan (golongan) kamu (yang derhaka) semuanya (18).

(surah Al-A'raf – 7 : 10-18 )


 


:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Wednesday, July 28, 2010

Kau IsTiMeWa

No comments:

Istimewa


Tiada puisi atau lagu
Tiada potret tiada ragu
Yang dapat ku ilham seindahmu
Nyata kau satu dalam berjuta
Wahai IBUNDA kau istimewa

Walau ku kembara sedunia
Walau ketemu ramai wanita
Nyata kau tiada tandingannya
Seikhlas hati aku menyinta
Kau istimewa, teristimewa

1
Daku berikrar
Wahai maharaniku
Bina mahligai syahdu
Hanya engkau dan aku di situ

Tiada mimpi atau fantasi
Tiada rasa lebih berseri
Semekar murni hatimu sayang
Siang dan malam, aku terbayang
Kau istimewa, buat ku tenang

1

Daku berikrar
Wahai maharaniku
Bina mahligai syahdu
Hanya engkau dan aku di situ

Ingin ku bawa kau ke awana
Ingin memadu kasih asmara
Sepanjang hayatku curah cinta
Sebenar-benar ucapan kata
Kau istimewa oh! Percayalah
Ku perlu cinta dari wanitaku nan istimewa
Beriku cintamu nan istimewa


 

Lagu ini aku tujukan khas buat IBUNDAku yang aku sayang. Che Norisah Sheikh Ahmad. Serta tidak lupa Ayahandaku, Kamarudin Ab Rahman. Dan juga tidak ketinggalan Abang serta Kakak yang tak pernah melupakan aku disini. Serta adek aku yang menyambut ulangtahunnya pada hari ini,semoga adek sabar menunggu kepulanganku.

Keluargaku, kau inspirasiku. Kau buah hatiku. Kau penyokong setiaku. Kau pembangkit semangat juangku. Kau segalanya untukku.

Duhai keluargaku,

Doakan aku terus thabat dan kuat di jalan ini. Jalan yang aku pilih. Jalan yang kalian redhai. Aku senantiasa merindui kalian setiap detik dan waktu. Dan sentiasa mengharapkan kalian disisi.

Owh! Jiwangnya aku!! Dek kerana terlalu rendu-------------


:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Berkongsi tarikh yang sama.

No comments:
Today, 28 July 2010. My adek share die punya besday dengan anak sedara, Naim. Jimat sket kek! haha. Buat adekku, Mohamad Khalil Ridha Kamarudin, selamat mencari diri dan mengenal diri sendiri. Letaklah dirimu dalam kepompong yang terbaek. Dan carilah dirimu dalam tempat yang baek nescaya bakal kau jumpa jalan yang TERBAEK. Aku mungkin tidak bersamamu, kau membesar sendirian disitu dek kerana beza umur kita 6 tahun. Jauh tu. Baru je aku berangan nak jadi anak bongsu. Tapi kau potong stim! haah. Apapun, semoga adek mendapat yang terbaek,malah lebih baek dari kami, kakak2 dan abang2 mu!


Selamat menjadi setahun buat Ahmad Naim bin Mohamad Khairil Sedqi. Semoga Naim menjadi anak yang soleh buat ibu dan abinya. Buat Abinya pulak, anak itu amanah. walau sedetik bakal dipersoalkan kelak. Semoga berjaya mendidik dan memberi yang terbaek buat Naim dan bakal adik2 Naim nanti. Ting!! Hehe.
Gambar Abang dan Kakak Ipar ni majlis perkahwinan mereka. Diapit aku dan adekku, Ridha. gambar Naim ada dalam Henset. Tak upload dalam lappy. Next time ya!
aku sayang keluargaku!!

qi
:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Tuesday, July 27, 2010

Dari hatiku untuk hatimu

2 comments:

*pergh! Dengar tajuk macam jiwang. Its ok. Bertenang. Bertenang. Nescaya lepas ni akan ada yang datang kepadaku dan berkata,

"Husna, blog ko jiwang2 ni kenapa? Ada masalah ke? Ok ke?"

But its ok dikelilingi teman-teman yang caring seperti Wirdah Mohd Zin. (finally I mentioned ur name.)

Kali ni I would like to write about what I don't like around me. Macam sengal plak bunyinya. Jadi kita cakap lah bahasa Malaysia. Act, otak ni baru je habis exam. Biological clock pun masih berputar-putar. Masok kelas BIO pun lost. Sebab kononnya cakap kat Madam, "saya ni hadam sangat untuk topic midsem sampai masok kelas jadi lost". Nescaya Madam kata, "kalo awak tak dapat 100 untuk MIDTERM BIO, awak get lost!" haha. Ni ayat imaginasi je sebenarnya. Madam Haliza terbaeek lah! Maka dengan itu,dalam kelas BIO tadi aku angguk2,bila madam panggil pun,aku angguk sebab aku tatau nak Tanya apa sebab mmg blur tahap DEWA. (baru belajar perkataan ni).

Pertama sekali, aku buat post ni untuk muhasabah diri sendiri terutamanya. Sempena Nifsu Syaaban (semalam), aku memang rasa aura yang baru. Dalam kelas tasmi', aku asyik rasa nak menangis je. (???)

Pun tatau kenapa. Due to many reason. Rasa nak balek kampung sangat2. Rasa nak jumpa mak sangat2. Rasa nak baca Yasin dengan Nenek sangat2. Rasa nak makan masakan Ayah sangat2.
Holiau.
Compile,so I want to go back home!
Dan rasa malu kat Tuhan bila tanpa sedar tup-tup buku amalan dah nak tukar yang baru. Entah apa yang aku buat. Banyak kebaekan? Atau sebaleknya? Memang membuatkan hati menjadi sebak. LL Entah-entah amalan yang aku buat belum tentu diterimaNya. Waa.. patutlah rasa nak merembeskan air mata je. S(???)

Alhamdulillah. Aku panjatkan setinggi2 kesyukuran ilallah atas kurniaan yang Dia bagi padaku. Nikmatnya memang tak mampu aku kira. Benar, aku tidak sesempurna kalian. Namun, secebis nikmatNYA sudah cukup membuatkan aku tersungkur malu dihadapan Tuhan.©

Sahabatku,

kadang-kadang tanpa sedar kita lupa pada tanggungjawab yang kecil. Kadang-kadang dalam keghairahan kita mengejar taklifan yang besar, kita terlepas pandang dengan kewajipan yang laen. Sahabat, kadang-kadang kita sebuk menggenggam bara obor untuk perjuangan, tapi kita lupa pada orang sekeliling kita. Kita lupa dengan hak kita terhadap orang laen. Kita lupa hak kita terhadap rakan sebilik kita. Hak kita terhadap rakan sekelas kita. Rakan se'mahallah' kita. Kadang-kadang kita Nampak gagah dihadapan. Kita Nampak hebat berjalan, namun kita lupa kewajipan kita terhadap manusia belum sempurna tertunai. Ya,aku tahu kau membawa agenda dakwah dan Islam. Namun itu bukan alasan untukmu meninggalkan kewajipan laen. Aku sendiri terutamanya, hebat berkata-kata, hebat membawa taklifan, namun aku seolah melupakan orang sekelilingku. Aku melupakan mereka yang setia menunggu nasihat dariku. Aku melupakan mereka yang mengharapkan bimbingan dariku. Aku lupa pada semuanya,kerana aku menumpukan agenda yang lebih besar,kononnya. Namun aku sedar, belum tentu agenda yang aku bawa itu diterima Allah. Belum tentu agenda besar yang aku dokong itu dipandang Allah. Boleh jadi semuanya terhijab dek keentenganku menunaikan hak terhadap manusia di sekelilingku. Aku risau andainya semua teman perjuanganku melangkahkan kaki ke Syurga, namun aku terhalang dek kerana hak sahabatku yang laen tidak aku tunaikan. Boleh jadi hak dan kewajipan itu menghalang aku bersamamu di SYURGA. Kadang-kadang aku terlalu seronok bekerja sehingga aku melupakan rakan sebilikku yang mungkin ditimpa pelbagai perasaan. Yang mungkin mengalami pelbagai konflik dalaman. Aku lupa,kerana aku terlalu seronok bekerja. Malah, mungkin tatkala orang sekeliling memerlukanku, aku menjadi gah. Aku menjadi manusia yang tidak pedulism. Dek kerana perasaan "PERASAN SEBOK" dan "AKU ADA BANYAK TAKLIFAN YANG LEBIH PENTING". Tidak salah teman,aulakan agendamu untuk dakwahmu. Aulakan langkahmu demi kepentingan Islam. Namun, jangan. Jangan dan JANGAN sesekali melupakan hakmu terhadap orang di sekelilingmu. Kadang2 kita berusaha sedaya mungkin memenangi hati Allah, tapi kita mengabaikan hak kita terhadap sahabat kita. Aku mula merasai perubahan. Aku mengakui kesebukan kalian. Namun, aku cukop terasa dengan cara kalian melayan manusia di sekeliling kalian. (ayat ini jua ditujukan buat diri sendiri terutamanya). Sedarlah dari mimpi yang panjang. Roomate kalian, classmate kalian, mahallah-mate kalian. Atau apa sahaja. Mereka bakal menuntut hak mereka dari kalian seperti mana Allah menuntut kewajipan kita kepadaNYA. Aku benar2 tujukan ini buat kalian. Buat kalian. Buat kalian. Namun diriku adalah manusia yang paling utama aku tujukan.


 

Salam Muhasabah dan Salam Praktikal.


:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Monday, July 26, 2010

Kau selalu dihatiku..

7 comments:

Thanks Abang for dedicated me this sweet song.
TERPESONA by Gerhana Ska Cinta.


Kau selalu di hatiku
Tiap detik dan waktu
Engkau masih di hatiku
Walaupun kau tak tahu



Kaulah yang terindah
Seindah taman kota Babylon
Bagai bidadari
Ayu wajahmu tiada terperi
Inginku bersamamu selalu



Kau selalu di hatiku
Kau bertakhta di jiwaku
Cintaku hanya untukmu
Walaupun kau tak tahu

p/s: indahnya kaseh sayang yang halal. Kan best. hati pun tenang. Jiwa pun bersih. Dosa pun tak bertimbun. Mari sama2 berkaseh sayang yang halal. Lupakan kaseh sayang yang laen~

Budaya couple wajib dihazafkan!

Mari,

say NO! to COUPLE!


:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Friday, July 23, 2010

Aku risaukan aqidahmu teman..

No comments:

Salam sejahtera. Alhamdulillah. Subhanallah dan segala kepujian dipanjatkan kepadaNYA.

Liputan terkini- kecurian di KC masih berlaku dan berlaku. Semakin pelik dan semakin pelik. Aku difahamkan, tindakan telah diambil terhadap suspek,namun kes masih berleluasa. Salah siapa? Rasanya ini bukanlah masa yang sesuai untuk kita menuding jari kepada sesiapa. Tapi sama2lah kita sabahat-sahabatku, sama-samalah kita muhasabah diri kita kembali. Kes yang menggemparkan sehingga kehadiran pihak polis pada hari Rabu yang lepas. Namun selepas itu aku sudah tak tahu apa perkembangannya. Sudah lama aku tidak bersua muka dengan Madam Saayah, Principal KC. Segan pulak bila lama tak jumpa. Kejam jugak aku ni,sampai Madam yang call aku. Aku tak reti-reti lagi nak p jumpa Madam. Asif jiddan Madam, alasannya, sebuk dengan preparation untuk Midterm. Alasan tetap alas an. Walaupun kalo dulu, bila balek kelas, sempat je mencapub kat MO (bukan Modus Operandi,tapi Mahallah Office). Sekarang ni jadi segan + malas pulak. Alohai Husna..

Aku mengakui pelbagai cara dan usaha yang telah dilakukan oleh pihak Madam sendiri (pihak Madam,bukan pihak UIA ye). Dan kadang-kadang aku kasihan pada Madam. Dengan kudratnya, beliau membantu apa yang beliau mampu. Sesungguhnya wajarlah aku tabik SPRING pada Madam. Baru-baru ini,aku mendapat berita, tidak pasti soheh atau tidak.. 3 buah bilik di masuki pencuri di tingkat 9. Fuiyoo! Paling tiinggi kali ni 'hantu' tu mencuri. Dan kes inilah yang melibatkan polis. Aku juga boleh dikatakan terkena virus 'aku tidak pedulism'
yang menyebabkan aku tidak mengetahui berapa jumlah kerugiaan dan apa sebenarnya yang terjadi. Sebagai pengajaran, kita tidak wajar mempunyai sikap 'aku tidak pedulism' kerana ia sangat membahayakan. Tapi aku masih mempunyai sebab kenapa aku bertindak begitu. (sebab atau alasan?) Namun aku tetap mengakui kekhilafan aku dan syndrome yang aku ada insya allah bakal aku ubah. Insya allah

. KITA PEDULISM! Kan?

Kalau kita seorang yang pedulism, bagaimana skop pandangan kita terhadap kes yang sedang berlaku? Aku risau setiap kali aku terdengar ayat seperti:-

"Nasib baik pencuri tu tak masok bilek kite kak. Kite mmg tampal ayat kursi depan pintu. "

"Haa,tu lah,bilek diorang tu ayat Quran yang Madam suro tampal mana ade diorang tampal. Sebab tu la pencuri masok."

"eh, bilek akak tak tampal ke kertas yang madam bagi tu? Bahaya tu kak.."

Sekali dengar, mmg tak de apa yang nak dirisaukan. Tapi hakikatnya, telinga ni terasa panas sangat bila dengar teman-temanku menuturkan bicara sedemikian. Bukan aku mengaku aqidahku mantap, pegnaganku kukuh. Tapi aku Cuma risau sekiranya kata-katamu dijadikan peluang oleh syaitan untuk meyesatkan manusia. Aku risau Syaitan menganggap ia satu lubang untuk kejayaan besar memesongkan kita. Aku jua risau engkau akhirnya termakan dengan kata-katamu sendiri. Aku risau teman. Aku risau akan aqidahmu. Aku risau akan aqidah kita bersama. Sesungguhnya, seperti yang kita sedia maklum, aqidah adalah akar, tonggak, pegangan seseorang. Jika rosak aqidah, bagaimana? Benar,aku semakin risau.

Tidak salah usahamu menampal kertas, menampal ayat Quran didinding. Di pintu atau di mana sahaja selagi kesucian ayat mulia itu terjaga. Namun, ingatlah, sedarlah dan ketahuilah, bukan ayat-ayat itu yang melindungi mu. Hakikatnya, Dialah yang SATU dan yang MAHA MELINDUNGI. Bergantunglah kepadaNya. Mengharaplah padaNYA. Mintalah perlidungan dariNYA. Ayat-ayat mulia itu medium kita,teman.. Ingatlah, dengan ayat, tanpa keyakinan, ayat itu tiada apa-apa kesan keatas makhluk. Dan hanya Allah yang MAHA KUASA member kesan seperti yang Dia mahu. Sesungguhnya Allah lebih mengetahui daripada sekelian MAKHLUK CIPTAANNYA.

Mungkin aku bukanlah manusia yang selayaknya bercakap soal aqidah mu teman. Kerana mungkin aqidahku tidak semantap Rasulullah. Aqidah ku tidak sehebat Al-Siddiq. Tapi aku menyuarakan rasa risau dan PEDULISM aku terhadapmu temanku. Aku saudara seAGAMAmu, maka wajarlah aku berpesan-pesan dengan kebaekan. Tuhan, aku menyayangi saudara seAGAMAku, lindungilah kami dan selesaikanlah segala kesulitan dan musibah yang melanda Mahallah kami. Jadikanlah Mahallah kami harmoni. Seperti harmoninya taman-taman syurga. Yakni harmoni dengan keadaannya dan harmoni kerana penghuninya. Ya Ghaffar, ampunilah kami sekiranya kami pernah mahupun hampir mahupun seakan-akan terpesong dan hilang pergantungan kepadamu. Hinalah aku sekiranya Kau tidak mengampunkan segala dosaku. Tuhan, aku merindui suasana yang harmoni. Seharmoni taman Syurga.

Semoga Allah mendengar rintihanku dan mengangkat beban yang ditanggung oleh Madam Saayah dan beban yang di tanggung oleh mangsa2 yang ditimpa musibah. Sesungguhnya teman, aku peduli akanmu. Tetapi beberapa kekangan membuatkanku seperti 'tidak kelihatan' lagi, walaupun untuk mengalunkan bacaan MANZIL. Ampunkan aku diatas ketidakistiqamahanku. Ampunkan aku diatas ketidakseriusanku mengambil berat perihalmu teman-temanku, bakal penghuni Syurga. Ameen.

p/s: tadi, setelah kami bertiga usai menunaikan solat Subuh berjamaah di Surau, dalam perjalanan pulang, (lebih kurang pukul 6Pagi.) kami ternampak satu beg pikul berada di atas tangga. Kedudukannya sangat pelik. Lalu dengan perasaan takut, kami menghampiri. Lantas, rasa cuak nak bukak beg tu. Risau jugak. Hanya Allah tempat pergantungan. (bayangkan suasana suram dan tade orang). Lalu, kami beranikan diri bukak beg pikul (beg tawe adik2), Allah! Banyaknya….. BEG-BEG lain dalam tu! Lalu aku teringat ayat Madam Saayah,

"diorang curi, pastu diorang pulangkan balik beg tu kat tangga-tangga. Banyak dah student kita jumpa."

Tetiba meremanglah kami bertiga. Saling berpandangan. Dan akhirnya mengambil keputusan untuk menghantar beg yang misteri itu ke PONDOK GUARD. Lalu turunlah kami bertiga dengan berpakaian telekung smayang. Nescaya orang lari bila tengok. Guard pun dah alah bias tegal biasa dah dengan keadaan canni. Seterusnya…. Tak sempat nak g update dengan GUARD apa yang terjadi. Insya allah. Petang ni nak g usya. Akhirnya, aku sendiri bersama Nadiah Hassan dan Farah Adlina melihat bukti seperti yang sering dikatakan. Aku sendiri merasai kepelikan dan keanehan yang berlaku. Namun, segalanya dalam Ilmullah. Dia MAHA MENGETAHUI. Barangkali Dia sedang menguji aku dan kita serta kamu jua. Jangan berlepas tangan, Ini tanggungjawab kita. Bakal dipersoalkan jua. Bersama membasmi jenayah.

Kita cakna, kita terjaga!


:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Tuesday, July 20, 2010

Menyemai rasa kasih yang istimewa

No comments:


Alhamdulillah. Alhamdulillah. Sekali lagi kita mampu bertemu. Menatap lembaran maya yang sentiasa setia memberikan manfaat kepada kita semua. Subhanallah. Subhanallah Allah yang senantiasa merahmati kalian yang membaca jua penulis yang serba kekurangan.


Soalan pokok yang ingin di tanya. Apakah yang akan menyebabkan anda sayangkan seseorang?


Takpe. Biar ana yang teka. Mungkin ada yang tak pernah menyayangi sesiapa. Mungkin la.


Secara pemerhatian peribadi, antara factor yang boleh menyebabkan kita menyayangi seseorang (tak kira jantina atau apa saja. Sayang tak bermaksud cinta atau gila) ialah:



  • Sentiasa bersama

  • Saling memahami

  • Saling percaya

  • Memberi manfaat

  • Saling melindungi.

Itu yang ana mampu senaraikan. Selebihnya anda senaraikan sendiri. Ana bukan HM Tuah Iskandar nak jadi terror sangat.


Okeyh, dengan factor yang ada, dari situ ana nak kaitkan. Bagaimana kita nak timbulkan perasaan sayang kita kepada ALQURAN adalah sama seperti mana factor yang menyebabkan timbulnya perasaan semasa manusia. Tak paham? Takpe. Teruskan pembacaan.


Bagaimana kita nak sayang Quran? Ramai yang tertanya-tanya. Jadi, sebagai guidelines, ana cadangkan beberapa step yang boleh dikongsikan bersama.



  1. Sentiasa bersama – Jadikan Al-Quran teman setia anda. Kemana saja anda pergi. Kemana saja anda berada, bawaklah Quran ke mana-mana. Bayangkan Al0Quran itu adalah kawan anda, sudah tentu setiap kali anda bersama kawan anda, ia akan menimbulkan perasaan kasih sayang. Tapi wajib ingat, jangan bawak je, mesti baca jugak! Bawak je tak de kesan. Analoginya, anda bersama kawan anda berjalan-jalan bersama. Namun tanpa sepatah perkataan pun. Sudah tentu ikatan hati takkan wujud jugak,betolkan? Oleh itu,selalulah bersama Al-Quran. Bacalah Al-Quran. Jadikanlah Al-Quran teman setia anda. Dan berkasih sayanglah dengan Al-Quran.

  2. Saling memahami – Apabila dibawa kemana-mana, dibaca dan dibaca, ia tetap tidak memberi kesan yang hebat seandainya anda tidak memahami Al-Quran. Sekiranya anda tidak memahami kalam Allah itu. Seperti juga manusia, sekiranya anda selalu berbual-bual, selalu bersama, namun anda tiada persefahaman. Nescaya anda tak boleh bersama,asyik rasa nak marah je. Tak percaya? Cuba anda duduk bersebelahan dengan orang yang tak sama pendapat dengan anda, mesti tak lenang duduk punya. Confirm lah! Oleh yang demikian, fahamilah Al-Quran. Kandungannya cukup indah dan sempurna untuk difahami. Fahamilah segala suruhan dan larangan yang tercatat dalam Kitabullah.

  3. Saling percaya – meskipun anda memahami Al-Quran,membacanya selau an membawanya kemana-mana,anda tetap tak bahagia sekiranya perasaan percaya padanya tidak wujud atau lemah. Maka, wajib kita percaya kepada semua isi kandungan Al-Quran. Analoginya sama, sekiranya anda dan kawan anda tidak saling mempercayai, tentu susah dan sakit hati kan? Of course! Ana yakin lah! Kadang-kadang, bila kit abaca Quran, kita faham Quran, tapi kita lupa untuk percaya dengan semua janji Tuhan yang terkandung dalam Quran. Syahdu! Bayangkan anda mempunyai sahabat dan sahabat anda tidak pernah mempercayai anda, sedih kan? Begitu juga kita dengan Al-Quran. Yakin dan percayalah sepenuh hati dengan Al-Quran. Tiada yang dusta,tiada yang salah dari Al-Quran. Ia Kitab yang sempurna,turunnya dari Sang Pencipta Yang Maha Sempurna!

  4. Memberi manfaat – Bila kita berkawan, perasaan kasih sayang akan lebih kuat sekiranya kita mendapat manfaat dari kawan-kawan kita. Betol tak? Mesti la betol. Sekiranya ana berkawan dengan Nadiah, beliau dapat ajar ana subjek Bio dan Kimia tanpa perlu ana membaca. Bila balik bilik lepas meeting, duduk depan beliau dan beliau akan terangkan semuanya dari A-Z. Bermanfaat! Senang kerja ana. Sama jua dengan Al-Quran. Anda wajib menjadikan Al-Quran teman anda dan sudah tentu Al-Quran sangat bermanfaat kepada anda. Gunakanlah ayat-ayat Al-Quran sebagai penguat semangat anda. Gunalah Ayat Allah untuk peringatan kepada kawan-kawan anda. Manfaatkanlah Ayat Allah. Manfaatkan lah pesanan dan wahyu dari Tuhan Besar pahalanya.

  5. Saling melindungi – Ana yakin kita sangat perlukan kawan yang melindungi,betol tak? Contoh mudah, ana mempunyai Farah Adlina yang sentiasa melindungi ana. Setiap kali ana mendapat kerja yang tidak sepatutnya, beliau bakal mebela ana. Beliau bakal menuntut keadilan untuk anda. Maka, dengan adanya scene sebegini, perasaan kasih sayang tentu timbul. Sama seperti Al-Quran. Lindungilah Al-Quran dari sebarang penghinaan. Lindungilah Al-Quran dari sebarang anasir kufur dan kejam. Lindungilah! Seperti mana anda selalu menggunakan Ayat Quran untuk melindungi anda,anda jua wajib menjaga kesuciaan Al-Quran. Jagalah martabat Al-Quran. Letak di tempat yang sepatutnya. Dan melindungi dari sebarang penyalahgunaan. Insya Allah, anda akan sayangkah Al-Quran.

Rasanya ana dah cukup untuk member beberapa point sahaja. Mengikut pendapat ana sendiri secara peribadi dan individu. Kalau kita sayangkan Quran, jagalah hak kita kepadanya. Semailah rasa sayang dan kasih kita kepada Al-Quran. Usah pertikai kenapa kita tak mampu nak baca sejuzuk sehari, seandainya kita memang tak sayangkan Al-Quran. Sayangilah Quran. Ia kalam Tuhan. Penuh hikmah disebaliknya. Penuh pedoman dan peringatan darinya. Membacanya mendapat pahala berlipat ganda,apatah lagi mengamalkannya. Jangan main2 dengan Al-Quran. Jika kita sering mendengar bahawa sahabat sejati akan bertemu di Syurga kelak. Sama Seperti Al-Quran. Jika kita sayangkan Al Quran. Kita menjaga Al-Quran. Insya Allah, kita bakal mendapat syafaat dari Al-Quran. Haa.. Jangan main2 ya. Al Quran ni kalam Allah. Mukjizat dari Allah. Tanpa sebarang kesangsian, percayalah dengan Al-Quran dan martabatkanlah AlQuran dalam hati anda sebelum anda martabatkannya di dalam peribadi dan persekitaran anda. Sayangilah Al-Quran. Al Quran tidak memerlukan kita, tapi kita yang memerlukan Al-Quran.


Salam sayangkan Quran. Sayang menjaga Quran. Sayang mengulang Quran. Salam mentadabburkan Quran.


Salam Praktikal~


*~*


:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Monday, July 19, 2010

apakah ini??

2 comments:
Subhanallah.. Masya Allah..


:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Meh tebarkan salam~

No comments:

KAMAR-KAMAR DI SYURGA - bagi pemberi salam

Rasulullah S.A.W pernah bersabda bahawa di dalam

syurga itu terbahagi dalamnya kamar-kamar. Dindingnya

tembus pandang dengan hiasan di dalamnya yang sangat

menyenangkan.

Di dalamnya pula terdapat pemandangan yang tidak

pernah dilihat di dunia dan terdapat satu hiburan yang

tidak pernah dirasakan manusia di dunia.

"Untuk siapa kamar-kamar itu wahai Rasulullah S.A.W?"

tanya para sahabat.

"Untuk orang yang mengucapkan dan menyemarakkan salam,

untuk mereka yang memberikan makan kepada yang

memerlukan, dan untuk mereka yang membiasakan puasa,

dan solat di waktu malam saat manusia lelap dalam

mimpinya."


 

Same2 kite tebarkan salam ye.. Insya allah.. Allah sayang..


 

"Siapa yang bertemu temannya lalu memberi salam,


 

dengan begitu ia bererti telah menyemarakkan salam.


 

Mereka yang memberi makan kepada ahli dan keluarganya


 

sampai berkecukupan, dengan begitu bererti termasuk


 

orang-orang yang membiasakan berpuasa. Mereka yang


 

solat Isyak dan Subuh secara berjemaah, dengan begitu


 

ia bererti termasuk orang yang solat malam di saat


 

orang-orang sedang tidur lelap."


 


 

Begitu Nabi SAW menjelaskan sabdanya kepada


 

sahabatnya.


:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Allah knows best.. *_*-gagal pulang ke Kampung

No comments:

ALLAH KNOWS BEST


Allah knows what's best for us,so why should we complain,


We always want the sunshine,But He knows there must be rain.


We always want laughter, and the merriment of cheer,but our heart will


lose their tenderness,If we never shed a tear.


Allah tests us often, with suffering and with sorrow,He tests us not


to punish us, But to help us meet tomorrow.For growing trees are


strengthened if they can withstand the storm,and the sharpness of


the chisel gave the marble its grace and form.


Allah test us often and for every pain He gives us,provided we are


patient, Is followed by rich gain


So whenever we feel that everything is going wrong,It is just Allah's


way to make our spirit strong.


-P/S= yaa. Allah knows best. So that's why the date for induction jatuh pada 1hb Ogos. Dan aku terpaksa menunda tarikh balek ke Kelantan. Laenlah klo Siddqi, Si President membenarkan aku tetap pulang, namun ianya seolah mustahil. Jika beliau benarkan, belum tentu yang laen benarkan. Ya Allah,jika ini yang terbaek untuk aku, jagalah hatiku dari mengeluh dan berduka. Jagalah hatiku dari bermuran durja. Supaya aku tabah dan tidak mudah mengalah. Ohh.. Yang Maha Pencipta..


Ibu: Jadi ke kakna balek ni?


Husna: ibu.. tak jadi balek.. ade keje minggu tu..


Ibu: ye? Ibu beli dah tiket tu. Takpo la ibu g jual balek lah tiket tu..


Husna: Ye ke. Sian plak. Ibu,nak balek sangat. Tok suko la gini. Sedih la..


Ibu: biarlah kakna. Buat siap la blako kijo kakna pahtu balek la. Minta doa dengan Allah supaya hati kakna suko buat keje. Biar hati kakna ikhlas keje untuk agama. Kakna buleh eh. Jangan dok piker sedih. Nak nangis la.. Bu dok dumah ni lagi sedih klo kakna dok susah hati. DOh kakna pilih jalan tu gak,kakna kena buat betol2 la. Buat sehabis baek la..Kakna bukan calang2 orang ALLAH pilih. Allah suko kakna buat keje tu,sebab tu lamo doh kakna tok saket. Ibu lega sangat.. Bu doa kakna suko dengan keje kakna. Kakna gembira dengan jalan hok kakna pilih..


Ibu.. Bertuahnya aku memiliki ibu sepertimu. Menyokong semua gerak kerjaku. Memberi semangat dalam apajua keadaanku. Meskipun keadaan itu langsung tidak menyebelahimu. Aku tahu kau mahu aku pulang. Aku tahu kau sunyi tanpa anak-anak di rumah. Aku tahu kau menghitung hariku pulang. Namun ibu, kau meredhoi perjuanganku. Lantas kau membenarkan aku disini malah meninggalkan aku dengan semangat yang berjuta hikmahnya. Ibu, andai dapat ku tatap wajahmu, nescaya hilanglah rindu yang bersarang di hati. Andai dapat ku mencium tanganmu, nescaya hilanglah segala gusar di kalbuku. Terima kaseh ibu atas sokongan dan semangat yang kau beri. Kau ibu terbaek. Kau memahamiku, memahami jalan yang aku pilih. Bertuahnya aku…..


Ibu, nanti klo dapat pulang,akanku bercuti 4,5 hari. Membalas dendam. Dan member peluang melepaskan rindu buatku. Ibu, syahdu nasihatmu. Syahdu hatiku. Semakin masam aku mendepani hari yang mendatang. Tuhan,ubatkanlah hatiku. Tuhan, ubatkanlah rinduku. Tuhan, hadirkanlah ibuku ke dalam mimpiku. Tuhan, kembalikan semangatku. Tuhan, lindungilah ibuku. Tuhan,aku tinggalkan ibuku di bawah jagaanMU kerana tiada kuasa yang lebih hebat melainkanMU. Terima kaseh Tuhan. Semakin aku yakin,jalan ini jalan kebenaran..





Terima kaseh BU!


:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Saturday, July 17, 2010

Ini benar-benar dugaan..

11 comments:

Ya Allah..

Aku mohon padaMu, jangan biarkan perasaan ini mengganggu gerak kerjaku. Aku mohon Tuhan, jangan sampai ia menjejaskan emosi dan perasaanku. Sekuatmanapun aku cuba untuk 'stay well', namun aku tetap mempunyai fitrah manusia biasa..


 

Oh, Tuhan. Beratnya rasa hati. Menanggung perasaan ini. Sebak hati setiap kali terkenangkan segala memori. Semakin hari terasa kaki semakin berat melangkah. Bukan takut. Bukan gentar. Bukan futur. Tetapi rindu. Terasa jiwa semakin menjauh. Perasaan ini tidak pernah aku pinta. Namun ia sentiasa hadir tanpa jemu. Dan semakin hari ia semakin menggugat iman dihati. Bagaimana Tuhan untukku menghadapi hari-hari nanti.. Bagaimana untuk aku gagah meniti segala mehnah dan tribulasi. TanpaMu dan kasih syaangMu sudah tentu aku rebah di tengah jalan suci ini. Tuhan, fitrahku seperti manusia lain. Inginkan kasih sayang dan mahukannya disisi. Tapi apakan daya keadaan nampaknya tak mengizinkanku pergi.

Pintaku Tuhan, aku tidak menolak fitrah dan perasaan yang hadir ini. Aku mengerti ia kurnian Ilahi. Malah aku mahu merasai dikasihi. Tapi Tuhan.. Kuatkan aku untuk menempuh beberapa minggu lagi. Kuatkan aku untuk menjalankan taklifan seperti biasa. Sebelumku melangkahkan kaki pulang ke kampung halaman dan berrtemu si ayah bonda yang menungguku pulang.

Oooh… Aku ingin pulang…. Aku ingin berada disisi mereka, merasai kehangatan kasih sayang mereka. Merasai keenakan masakan mereka. Merasai lembutnya usapan mereka. Merasai syahdunya bicara dan nasihat mereka. Merasai indahnya setiap detik bersama mereka. Keluarga bahagia.. Idamanku hingga ke SYURGA..

Ikhlas dari hati dan jiwa.. Ibu.. ba.. dan keluarga tercinta..

Aku ingin pulang…


:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Khas buat Muslimat.. *~*

2 comments:


 



 

Bingkisan ISTIMEWA buat MUSLIMAT-MUSLIMAT yang disayangi kerana ALLAH. Sebagai peringatan dalam perjuangan. Sebagai semangat meneruskan perjuangan.


Muslimat Jatuh Cinta??

Tak ada yang aneh, mereka juga adalah manusia...

Bukankah cinta adalah fitrah manusia???

Tak salah muslimat jatuh cinta???

Mereka juga punya hati dan rasa...
Jangan menafikan fitrah manusia biasa walaupun gelarannya MUSLIMAT.

Tapi tahukah kalian betapa berbedanya mereka saat cinta seorang lelaki menyapa hatinya???
Tak ada senyum bahagia, tak ada rona malu di wajah, tak ada buncah suka di dada... Tapi kadang-kadang bila muslimat jatuh cinta, keadaan lebih parah dari manusia biasa
.

Ketika Muslimat Jatuh Cinta...

Yang mereka rasakan adalah penyesalan yang amat sangat, atas sebuah hijab yang tersingkap...
Ketika lelaki yang tak halal baginya, bergelimpangan dalam alam fikirannya, yang mereka rasakan adalah ketakutan yang begitu besar akan cinta yang tak suci lagi...

Ketika rasa rindu mulai merekah di hatinya, yang mereka rasakan adalah kesedihan yang tak terperih akan sbuah rasa yang tak semestinya…

Tak ada senyum bahagia, tak ada rona malu…
Yang ada adalah malam-malam yang dipenuhi air mata penyesalan atas cinta-Nya yang ternodai…
Yang ada adalah kegelisahan, karena rasa yang salah arah…
Yang ada adalah penderitaan akan hati yang mulai sakit…

Ketika Muslimat Jatuh Cinta…

Bukan harapan untuk bertemu yang mereka nantikan, tapi yang ada adalah rasa ingin menghindar dan menjauh dari orang tersebut…

Tak ada kata-kata cinta dan rayuan…

Yang ada adalah kekhawatiran yang amat sangat, akan hati yang mulai merindukan lelaki yang belum halal atau bahkan tak akan pernah halal baginya…

Ketika mereka jatuh cinta, maka perhatikanlah, kegelisahan di hatinya yang tak mampu lagi memberikan ketenangan di wajahnya yang dulu teduh…

Mereka akan terus berusaha mematikan rasa itu bagaimanapun caranya…
Bahkan kendati dia harus menghilang, maka itu pun akan mereka lakukan...

Alangkah kasihannya jika Muslimat jatuh cinta dalam keadaan yang belum tiba masanya…
Karena yang ada adalah penderitaan…

Tapi ukhti…
Bersabarlah…
Jadikan ini ujian dari Rabbmu…

Matikan rasa itu secepatnya…
Pasang tembok pembatas antara kau dan dia…
Pasang duri dalam hatimu, agar rasa itu tak tumbuh bersemai…
Cuci dengan air mata penyesalan akan hijab yang sempat tersingkap...

Putar balik kemudi hatimu, agar rasa itu tetap terarah hanya padaNya…
Pupuskan rasa rindu padanya dan kembalikan dalam hatimu rasa rindu akan cinta Rabbmu…

Ukhti… Jangan khawatir kau akan kehilangan cintanya…

Karena bila memang kalian ditakdirkan bersama, maka tak akan ada yang dapat mencegah kalian bersatu…

Tapi ketahuilah, bagaimana pun usaha kalian untuk bersatu, jika Allah tak menghendakinya, maka tak akan pernah kalian bersatu…

Ukhti… Bersabarlah… Biarkan Allah yang mengaturnya...
Maka yakinlah... Semuanya akan baik-baik saja…

Semua Akan Indah Pada Waktunya…

p/s: Istimewa buat MUSLIMAT SPEERJUANGANku. Kita masing2 faham matlamat kita. Jangan disebabkan perkara sebegini,matlamat besar kita terkandas di tengah jalan.

Carilah penyelesaian. Dekatlah dengan Tuhan. Aku sendiri tahu, ia payah,ia susah. Ia parah. Tapi bukan aku tidak pernah menghadapinya. Lalu aku percaya,ia mampu dicegah. Ia mampu dilawan.

Aku yakin dan aku pernah membuktikannya. Lawanlah perasaan itu MUSLIMATku. Lawanlah nafsu yang tidak kena pada tempatnya Adik beradikku sekalian..

Kita boleh. Kita MUSLIMAT POWER. Kita generasi tarbiyah. Kita tidak boleh lari dari ditimpa fitrah remaja. Tapi kita boleh berusaha menghalangnya tumbuh seperti dalam jiwa manusia biasa. Semoga coretan ini membangkitkan kembali semangatmu MUSLIMATku. Kau masih belum terlambat. Tadahlah tangan mohon ampunanNYA. Aku yakin,kata-kataku bakal diuji. Aku bakal ditimpa ujian. Maka,nasihatkanlah aku jua sekiranya suatu hari nanti aku berada di tempat kalian. Aku tidak jemu mendengar rintihan kalian. Jadi kalian harus tidak jemu mendengar nasihat dan semangat dariku. Bangkitlah kembali. Islam memerlukan jiwamu yang kental dengan perjuangan. Islam memerlukan hatiku yang gagah dalam dakwah. Carilah masa untuk kalian berkhalwat denganNYA. DIA yang member perasaan ini kepada kalian, dan hanya DIA yang mampu mengambil kembali perasaan ini daripada kalian. Allah, kau lindungilah MUSLIMAT kami dariperkara2 yang tidak sepatutnya. Ameen.

*terima kasih ditujukan kpd penulis asal artikel ini..coretanmu memberi ketenangan dan harapan baru buat diri ini..barakallahu fiik..


:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Friday, July 16, 2010

Bakal imamku...

2 comments:

Syabab harapan agama,
Ana sedih melihat kalian.Di mana syabab yang boleh diharap untuk menjaga kami kaum Hawa yang lemah? Baru-baru ini ana terbaca surat khabar, seorang lelaki merogol teman wanitanya di hadapan ibunya sendiri. Ana beristigfar panjang tika membaca berita ini. Lelaki hari ini hanya seperti binatang yang bertopengkan manusia. Sunggu jijik!. Sedih hati ini, masih ada lagikah lelaki yang boleh diharap pada hari ini? Syabab harapan agama, turut menjadi harapan ana, kerana syabab harapan agama juga adalah bakal imam buat diriku dan buat fatayat sekalian. Ana bermonolog sendirian, pernah ana nyatakan untuk tidak berkahwin, kerana perkahwinan bukan suatu yang mudah. Tambah pula apabila mengenangkan syabab hari ini sudah tidak berkualiti, sesungguhnya ku merindui syabab keluaran Madrasah Nabi… Tapi…perkahwinan kan satu sunnah, hmm…ana serahkan segala-Nya pada Allah, jika ada jodoh ada la. Ana pun tak pasti siapakah bakal imamku? Pengharapan kita pada Allah jadi serahkan segala-galanya pada-Nya.

Buat bakal imamku, Aku tak pasti dan tak tahu siapakah bakal imam yang akan mengemudi masjid yang bakalku bina suatu hari nanti. Namun,hanya satu harapan ana, ana mengharapkan Allah menghadirkan ana seorang syabab yang mampu membimbing diri ke jalan yang diredhai-NYA. Buat bakal imamku, ketahuilah aku bukanlah seorang wanita yang cantik rupa parasnya, yang lembut tuturnya, ku hanya insan biasa yang terkadang melakukan salah dan silap, jangalah mengharapkan kesempurnaan dari diri yang hina ini.

Aku inginkan seorang suami yang mampu menjadi imam tika ku ingin solat, yang mampu bersamaku dalam perjuangan ini. Sedarlah bakal imamku, telahku pasakkan cintaku buat perjuangan Islam. Sedarlah bahawa bakal isterimu ini telah menginfakkan dirinya untuk perjuangan Islam kerana syahid impiannya. Jadilah dikau bakal imamku, yang sentiasa membenarkan setiap derap langkahku untuk perjuangan jihad ini.

Buat bakal imamku, Cita-citaku adalah untuk mati syahid sebagai mujahidah yang memperjuangkan Islam. Sanggupkah engkau bersamaku dalam perjuangan ini. Aku tak mahu bakal imamku tidak menyibukkan dirinya untuk memikirkan masalah ummah. Tak sanggup rasanya aku melihat bakal imamku hanya bersenang di rumah sedangkan ummahnya sedang menderita. Buat bakal imamku, jika kau mengahwiniku, maka kau juga perlu berkahwin dengan perjuangan jihad ini. Ya Allah Kau kurniakanlah aku seorang suami yang turut berjuang bersama untuk menegakkan syiar ISLAM. ALLAHUAKBAR!
copied from:
Serikandi Umar

p/s: i wonder.. penulisan ini dari pelajar yang bakal menghadapi SPM tahun ini. Hamba yang dah 3tahun melepasi SPM pun belom tentu mampu merungkai impian sebegini. Tapi bila tatkala membaca post ini, terasa benarlah butir bicaranya. Benarlah impiannya impian seluruh muslimat. Benarlah katanya, harapannya harapan kami si fatayat. Dan setiap kali terfikir akan benda2 sebegini, hamba sering menepisnya dengan ego dan iman di hati. RUpanya Serikandi Umar ini lebih awal memikirkannya.. Dan impiannya besar, besar lagi impianku.. Tapi keadaan sekarang mmg lebih banyak taklifat yang perlu diselesaikan. Yang perlu pengorbanan yang tinggi. Perlu perhatian yang bukan mudah. Jadi wajarlah hamba mengaulakan apa yang lebih aula. Apa yang lebih perlukan perhatian di kala waktu ini. Tahniah srikandi umar. Semoga enti dapat menggapai impian enti. Dan mungkin impian semua muslimat.. Ameen.. Semoga allah redho..

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

prestasi Quran yang merosot

3 comments:






Salam bissmillah..

Semester ni aku rasa prestasi Quran aku sangat merosot. Sangat merosot. Ustaz Ibrahim pon beberapa klai menegur ketidakfokusan aku dan ketidak masyian aku dalam iadah AlQuran.Aku menjadi malu. Aku mencari sebab musabbab. Aku malu pada Allah. Manusia mungkin tidak tahu sejauh mana kelalaianku. Tapi Allah Maha Tahu. Dia tahu aku banyak lagha. Aku tak jaga hati. Aku banyak buat maksiat. Dia yang lebih tahu. Aku malu kat Allah. Malu sangat. Nanti klo Allah tanya apa aku nak jawab?

Dulu:
Ustaz: Cepat enti hafal ya? Laju je enti tasmi' pun lancar. Enti selalu iadah ke?
Husna: Takde la Ustaz. Biasanya ana iadah petang tadi untuk modal malam ni. Ana biasa iadah surah2 yang ana rasa nak..
Ustaz: Bagosla. Tapi klo enti selalu datang kelas dengan modal macam ni,alhamdulillah. Bagus la. Enti boleh potong Musyirah ni. Enti buat macamane boleh hantar banyak2 ni?
Husna: Ana biasanya baca 1 Juzuk sehari ustaz. Jadi dalam sebulan,khatam. Bila cantu,iadah jadi senang sangat ustaz. Macam sume ayat dah jadi biasa kat mulut kita.
Ustaz: Bagos. bagos sangat tu. harap eni istiqamah lah..

Sekarang:
Ustaz: Husna, enti baca Quran sejuzuk sehari lagi tak?
Husna: (diam. sambil menghitung page yang dibaca..)
Ustaz: 4 Maqraa sehari?
Husna: (diam sambil senyum kambing..)
Ustaz: Ana nampak enti ni hilang fokus. Enti dah tak macam dulu. Enti tersekat2. Dulu enti tak macam ni..
Husna: Saya mintak maaf Ustaz.
Ustaz: Haha. Mintak maaf dengan ustaz buat apa...

Begitulah al kesahnya.
Dulu aku tak paham kenapa orang kata susah bila jadi HAFIZAH QURAN ni. Kena hafal, kena ingat,kena tadabbur..
Dulu,aku rasa senang je.
Tapi sekarang baru aku tahu. Susah la jugak. hantar 5 muka sehari tu kira jumlah yang sikit la kan? Dulu aku mampu hantar lebih dari itu. Hakikat sekarang hanya aku dan Dia yang tahu soal hati aku sekarang. Agak2 sama hitam dengan minyak hitam kot. Nauzubillah.. Ampunkan aku ya Allah......

So,ni aku terjumpa artikel dari rakan sekelas tasmi aku. Tak pasti sapa. Hazwani ke. Aisyah Humaira ke. Afiqah IMY ke. Sarah ke. Musyirah ke. Tak pasti. Tapi aku curi kat blog Banat GEN9. Teroskan membaca sebagai tauladan Ya!







location: LY 08
time: 9.15pm

..pada hari kejadian, bertempat seperti yg tertera di atas, saya ditanya dgn 1 soalan yg benar2 mmbuatkan lidah saya kelu..seperti ada simpulan pada lidah, saya terdiam langsung tidak dapat berbicara..

pnjg sebenarnya perbualan ini..tapi saya quote part saya je la..
ustaz: ukhti..kamu ingat semua x al-Quran?..ingt 30 juzu'??
saya: (buat2 x dengar)
ustaz: ukti ingat x quran?...sehari kamu peruntuk 4 jam untuk mngulang quran?
saya: *silent mode..(tp still bagi respon kat ust..dgn mnggeleng kepala)

mungkin ust perasan perubahan mendadak pada wajah saya,terus diajukan soalan pada shbt saya..(menjadi jugak eh muka sedih saya..huhu..p/s: ini bukan lakonan...bagaimana sedihnya hati saya,begitulah yg terpancar di wajah.)

saya genggam tngn saya erat2..1) sebab bilik kuliah tu sejuk sangat..2)sebab ingin mengumpul kembali kekuatan yg hilang entah ke mana selepas disoal sebegitu..kepala saya ditunduk rapat ke bawah, menilik kasut sendiri yg berusia hampir setahun..sebenarnya sebab xnak tgok wajah ust..takut ust perasan perubahan ketara pada wajah saya..walaupn xdak cermin di hadapan saya,tapi saya sngt pasti wajah saya dh bertukar warna..'better u hold ur tears..jgn dok buat drama kat sini'..pesan untuk diri sndri..
saya toleh ke sebelah,mlihat reaksi sahabat saya..kpalanya jga ditundukkan ke bawah..

mungkin ust pun x sangka..persoalan2nya tadi telah mencipta suasana sejuk beku sunyi sepi dalam kelas tersebut..maka tercetuslah mode muhasabah antara kami dan ust..yg pling penting, Allah mnjadi saksi di atas penyesalan2 kami ini.

*catatan di bawah ini apa yg saya dapat sepanjang muhasabah dan tasji' yg ust kongsi dgn kami pada mlm tersebut.

Sesungguhnya al-Quran itu nilaiannya amat tinggi..bukan sekadar kitab biasa..tapi kalam Allah yg diwahyukan untuk umat manusia jadikan pegangn sepanjang zaman.
Kerana nilainya yg amat tinggi, kerana kandungannya yg tiada tandingan, kerana yg menurunkannya itu Allah Yang Maha Agung..maka untuk mendapatkannya bukan hanya dgn 'usaha yg biasa-biasa'..untuk betul2 mengingatnya bukan dgn 'iadah yg biasa-biasa'..untuk betul2 menjaganya di dalam hati bukan hanya dgn 'perisai yg biasa-biasa'..

Analogi yg diberikan sangat mudah..masing2 tahu bukan betapa bernilai dan mahalnya harga berlian?Yang saya tahu harganya mmg mahal..but d exact value saya xtahu lah..sebb x pnah lagi merasai gaya hidup mewah ni..
perumpamaan ini saya tujukan untuk diri saya..andai kata saya mmpunyai beberapa butir berlian,kemudian saya ingin menjadikannya seutas rantai(subhanallah..pasti terletak cantik di leher si pemakai)..tanpa berlengah saya akan ke mana2 kedai emas..habib jewels mungkin..
...dialog yg mungkin terjadi..

saya: auntie,saya nk auntie ikat semua berlian yg saya ada ni untuk buat seutas rantai..boleh x auntie?
auntie: amoi,manyak cantik ini berlian..mana lu dapat?
saya: owh..nenek saya yg bagi.
auntie: betuah ini budak..nenek lu betul sayang sama lu,sebab tu dia bagi oo..lu tahu x mahal ini berlian..
saya: (senyum sudaahh)
auntie: lu mau auntie ikat ini berlian dgn emas berapa kalat??..(betul ke karat jadi kalat?)
saya: emas?..eh..x payah la auntie..ikat dgn stainless steel pun dah cantik saya rasa..murah pun murah.
auntie: ini budak mmg x pandai lorr..berlian ini manyak cantik..manyak mahal..kalau mau ikat,mesti guna emas maa..kalau lu mau ikat itu batu kat atas jalan,baru padan guna besi...ini berlian pun mau guna besi ka....bla..bla..bla..
saya: .............................
(mungkin ada lagi dialog lepas kena beleter macam tu,tp mls nk tulis)

Berlian..pasangannya dgn emas..baru setanding..terbentuk cantik rantai tu..
Berlian..kalau dipasangkan dgn besi..macam lain macam ja kan?..

begitulah perumpamaan yg ustaz saya beri..
Al-quran itu nilaiannya sangat tinggi..bagi penghafaz2 al-Quran,kalam2 itu perlu diikatkan di hati...tapi hati yg bagaimana?..
'HATI YG SEPERTI EMAS'...bukan hati yg biasa-biasa..bukan hati besi,stainless steel,atau dawai..tapi emas..

Tersentak lagi saya ketika itu...bibir menyebut lemah perkataan itu..hati seperti emas?..
x kuat iadah + hafazan yg lemah = hati....................
Astaghfirullahal'azim3x....mana mungkin kalam suci itu berada dalam hati yg penuh titik dosa..
mustahil sekali ayat-ayat Allah itu berada dlm hati yg berpenyakit..hati yg berprasangka..hati yg lalai..hati yg jarang mngingati Allah..hati yg alpa dgn kematian yg sentiasa di sisi..hati yg riak..hati yg dengki...ighfir zunubi ya Allah...ighfirli....

Manusia boleh pandang org disinya hebat..kerana yg dilihatnya hnya luaran..tapi jika masing2 dapat melihat hati yg sakit itu,pasti dipandangnya dgn pandangan yg begitu jelek..
Bagaimana diri ini di pandangan Allah??..
Dimanakah tempat yg selayak disisi-Nya??..
Malunya dgn penghuni di langit.....ya Allah...

Al-Quran itu letaknya di hati yg bersih..hati yg benar-benar menginginkannya.
kekuatan dipohon dariMu Ya Allah..agar saya benar-benar kuat untuk menjaga hati saya..kuatlah wahai diri untuk bermujahadah..wahai anasir2 luar,jgnlah dekati hati yg sedang dirawat ini..saya takut saya lemah........

Pesanan lain dari ust...jgn sesekali berputus asa dlm iadah..ulang 3x masih x ingat..ulang 8x pun x ingat...berbelas2 kali mungkin baru ingat..
semua ini datang dari Allah..Allah nk beri kita pahala lebih sewaktu berulang2 kali menyebut ayat yg sama..kenapa kita nk bersedih bila Allah nk bagi kita ganjaran?..Allah..jahilnya saya dalam menilai...
Dengan berulang2 kali meyebut ayat yg sama,mugkin menjadi penghapus kepada dosa2 kita...Allah ingin mmberi keampunan kpd kita dgn cara itu...subhanallah...alhamdulillah..
Terima kasih Ya Allah..kerana memberikan saya kekuatan menghafaz 30 juzu' sewaktu di darul quran...kini saya pohon lagi kekuatan dariMu agar saya istiqamah dalam iadah...

......Bagaimanakah agaknya rasa kita kalau menerima sepucuk surat drpd seorang kekasih,tetapi kita tidak faham apa yg telah dituliskannya...
Allah-'Kekasih' org beriman itu telah mengutus 114 surahnya; berapa surah yg kita telah tahu maknanya, faham tafsirannya, amal kehendaknya, dan perjuangkan tuntutannya??
'kita dilimpahi jutaan nikmat...tapi kita melupakan pmberi nikmat..sepatutnya kita hitung kesyukuran..sebaliknya kita hitung kesukaran'
..kami ingin cintaMu Ya Allah, ampunilah kami yg jauh drpd solat dan al-Quran..bukan Kau yg jauh..tapi kami yg menjauh..

~awan~

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

For all ‘JULY’ians~

2 comments:

Salam. Now, I would like to give my special wishes to all of my friends. Due to their birthday. This is not the first time I pray for them. But,this is the special time to wish them on their special day. I hope, all of my friends (which is their birthday on JULY), always remember Allah in everything we do. And I pray the best for all of you in everything you do. I hope Allah bless you and Allah love you,but,we must love Allah first,right? Anyway,if I didn't have kesempatan time to wish you. But here I would like to warmly wishes you,on air!

3rd July

Andi Ramony Andi Rahim. I know her since last semester. She's come from Sabah ba.. Proud to know her.

5th July

Siti Sarah Ghazali@Suhaimi. She's a dentist-to-be. Coming from Pahang. Very like with PENERBITAN. Erk. Very silent person,but I don't know her well due to lack of meeting with her.

8th July

Izzati Azwa. Waa! This is my DQ-mate. Hoho. She's my roommate bestfriend(Cokdi's bestfriend). Ex-SAMBEST. Physical Sc. Course and one and half year only at CFS. This is her last semester. Perhap,Allah give the best to her. And.. She ever blanja me with LAKSA PENANG KUAH PEKAT from Pasar Malam. Waa. Thanks very much Izzati. When somebody mentioned her name, I remember her cute voice! Opss!! But,our ukhwah last long forever rite??Hee..

10th July

Faizah Shamsul Arifin. Also my DQ-mate. Sweet voice. Sifu in TARANNUM. Since I know her, she's very well-managed person. Coming from Perak. Wah! Very good you know! Anyway,im proud to be her friend. Her father very famous in Tarannum's field. Wah,very lucky2!

16th July.

Halimaton Saadiah Rusli. Coming from Kedah and taking ICT at CFS. One of the ICT main comm. Small but attractive person. I know her well only on this semester but its enough for me to write about her here. May Allah bless our 'friendship'.

17th July

Ummu Habibah Sulaiman. Also my DQ-mate. But she's not at UIA now. She's fly to Misr (MESIR). But you know, 1st day at DQ,she was my roommate. But after that the PERKEMAT change my roommate to Farah Haseenah. Anyway, im proud to be their roommate. (Farah Haseenah and Ummu Habibah). I hope, one day, when Ummu come back to Malaysia, we will see each other together with other GEN9. May Allah take care of our relationship..!

19th July

Alyaa Zahraa. Coming from Sarawak. One day, I wish to eat kek lapis SARAWAk from her. She ever be my anak usrah on STUDY CIRCLE organized by CFS. But now I am no more facilitators. I pon don't know why they just reject me like that.
Sometimes I feel bad because before I'm become a facilitator there was a interview with Leadership Training Department. But know,they just throw me away like that. Like I never work for them. Ohh.. no…!

21st July

Ashamdie Hakimi. He's my classmate during SPM. Well known. And he was my class rep. Anyway,he was very well-managed person too. He had finish his foundation on Engineering at CFS and now he's at Gombak,main campus. Alhamdulillah. Anyway, one day I hope they will call me to join their reunion. Because since I was DQ student, they really afraid with me. I don't know why. What I know, since I was studied at DQ, I never know how to kill people or what ever. And they still afraid with me till now. I hope one day I will know why.

Nur Ilyana Jusuh. Ha! This is very happy-go-lucky friend you know. Ahhaa. She's coming from Terengganu and her slank very good. Haha. When im talking to her, I cant bear to speak in Terengganu as what my adik beradik Usrah MArjan Hanani make me feel. Hoho.

28th July

Mohd Khalil Ridha. He's my brother. Youngest brother. Some people don't believe that I have a 'adek'. But,if you want to know, I have a 'adek' la. I don't know why they think I am anak bongsu. Hoho. My ade is studying at Pondok Lubuh Tapah in Tahfiz Quran. Alhamdulillah. He is very masyi than me. Of course. And this Ramadhan, 1st time he will be far apart from us because he got an offer to conduct the Solat Terawikh at Pahang. Wah,adek! Im proud of you. Act,im not a good sister. Because sometimes I think I am anak bongsu jugak. But Ridha is a very good 'adek'. I always marah2 my brother. Because I hope he'll be more better then his brothers and sisters. Oh. I hope u understand dek! Don't worry, when I come back home on this 29th July, I will bring you jalan2 and Makan2. Ya? So,wait for me!

Ahmad Naim bin Mohammad Khairil Sedqi. Haha. This is my nephew! His 1st anniversary. Look,his father name very long le. Alamak. All of my brother got the same problem with their son because father's name very long. Ohho. Ahmad Naim!! I really miss to meet you. Lastly I met Naim on Februari at Kuala Lumpur. We were visited AQUARIA you know together with all of my family. Very excited. On last Tuesday,during my meeting with Fahmi and Zaleha due to DnW of MEDCY, Ahmad Naim called me! (of course Abi dia yang call kan). My brother said, NAim very active. And comel like me. Opss.. this is what my brother told me. So I don't know.. Haha.

30th July

Nur Shakila Muhammad Safie. Syakila is from Kedah. I hope im not wrong. Shakila is very attractive person. But, I don't know her well yet. Don't worry,I will! Heee.

31st July

Nor Amanina Yusran Azizan. Credit to Marjan Hanani. Amanina is my acik in Marjan Hanani. She's from Kedah and Doctor-To-Be. Insya allah. During my besday, she gave me very special message until I don't believe it was coming from her. I hope Acik understand me. And I want Acik know, I need Acik and I want Acik stay forever here.(sambil menunjuk kea rah hati). Acik ye? May Allah bless our ukhwah. And for Marjan Hanani, don't forget to wosh our Acik soon yaa!


That's all from me. I know, mybe I miss some name and date. Im sorry. I cant remember all. But, if someone do not satisfied with me,just come and lempang me. Ahhaa. Anyway, with this, iknow I have many friend! Waa! Don't be jealous ya! And for others who celebrate their besday on July, please don't forget to say ALHAMDULILLAH and great thanks to our parents on their all effort for us. Of course, they taking care of us very well,rite! So, give thanks to Allah.. And pray the best to be 'tua'. Ok? See u..


:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.