♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Monday, February 28, 2011

“dan ingatlah semua ikrar kita..”

10 comments:

"Masih segar di ingatan ku sentiasa
Kenangan menggamit rasa
Tempuhi onak dan duri
Itulah yang diharungi
Janji yang telah kita bina
Tetap kekal abadi"
Bila buka FB, everyone keep saying the same thing.
"RINDU pada kenangan lalu."
Bila baca, rasa hiba pun ada.
Baru semakin mula rasa berharga.
"Namun kini perpisahan yang terjadi
Dugaan yang menimpa diri
Bersabarlah diatas suratan
Kutetap pergi jua

Kan kuutuskan salam ingatanku
Dalam doa kudusku sepanjang waktu
Ya Alloh bantulah hamba-Mu

Mencari hidayah dari pada-Mu
Dalam mendidikan kesabaranku
Ya Alloh tabahkan hati hamba-Mu
Diatas perpisahan ini"
Perpisahan. Satu lumrah yg memang takkan dapat dielakkan.
Bertemu berpisah bukan benda luar biasa.
Ya, perkara yg terlalu biasa.
Begitulah kita 'bersahabat'.
Bertemu tidak jemu, berpisah tidak gelisah.
Masalahnya, bertemu dengan entum tak pernah membuah rasa jemu.
Tapi berpisah dengan entum beberapa jam sudah membuat hatiku gelisah.
Hanya Allah yg tahu betapa terasa ingin mengulang semua kenangan lalu.
"Bangkitlah mujahid bangkitlah
Rapatkan barisan rapatkan
Ayunkanlah langkah perjuangan
Mati syahid atau hidup mulia

Siapkan dirimu siapkan
Gentarkan musuhmu gentarkan
Takkan pernah usai pertarungan
Hingga ajal kan menjelang

Enyahkan rasa takut dan gentar
Walau raga kan meregang nyawa
Karena Allah tlah janjikan surga
Untukmu mujahid setia"
Dengarlah lagu itu. Dan bersiap-siagalah menghadapi hari mendatang.
Benar, perpisahan ini menimbulkan kegelisahan di hati.
Tapi gerakan kita tidak mati, mesti teruskan walau jauh dimata, tentu dekat dihati.
Mujahid setia, permantapkan diri dengan segala kualiti yg membina. Moga kita diberkati.
Berpisah, berjauhan bukan alasan untuk kita lemah dan melemahkan.
Berjanjilah,
Untuk melangkah tidak rebah.
Untuk membina tidak jatuh.
Untuk mencari tidak hilang.
Berjanjilah,
Selama mana sekalipun masa yang diambil sebelum kita bersua kembali,
Ikrar lampau tetap ikrar.
Tegakkan ISLAM mesti tegakkan.
Teruskan DAKWAH mesti teruskan.
Taqarrub ilallah mesti taqarrubkan.
Awak-awak semua,
Mari berjalan menuju SYURGA.
Tak kira siapa di sisi kita.
Yang penting dalam hati ada
AWAK-AWAK SEMUA.

 
Semoga Allah memberkati.
"Malam siang berlalu
Gerhana kesayuan
Tiada berkesudahan

Detik masa berlalu
Tiada berhenti
Oh syahdunya

Sejenak ku terkenang
Hakikat perjuangan
Penuh onak dan cabalan

Bersama teman - teman
Arungi kehidupan
Oh indahnya o ooo

Berat rasanya
Didalam jiwa
Untuk melangkah
meninggalkan semua

Kasih dan cinta
Yang terbina
Diakan selamanya
O ooo

Slamat berjuang sahabatku
Semoga Alloh berkatimu
Kenangan indah bersamamu
Takkan kubiar dia berlalu
Berjuanglah hingga ke akhirnya
Dan ingatlah semua ikrar kita

Hati ini sayu mengenangkan
Sengsara di dalam perjuangan
Jiwa ku merana dan meronta mengharapkan
Kedamaian dan jua ketenangan wo uwo

Tetapi kuatur pada hakikat
Suka dan duka dalam perjuangan
Perlu ketabahan dan kekuatan
Keteguhan hati berlandaskan iman

Slamat berjuang sahabatku(sahabatku)
Semoga Alloh berkatimu (berkatimu)
Kenangan indah bersamamu (bersamamu)
Takkan kubiar dia berlalu (ooooo)
Berjuanglah hingga ke akhirnya
Dan ingatlah (ingatlah) semua ikrar kita"


 

 
Hamba yang merindui awak-awak,
Husnabaek.

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Sunday, February 27, 2011

Perjalanan percutian

8 comments:


 

    Orang kata, cuti adalah waktu yang paling best. sebab apa best?

Sebab tak kena bangun pagi iron baju dan pergi kuliah.

Sebab tak kena fikir tutor yang kena siapkan before dateline.

Sebab tak kena sakit kepala terketar-ketar bila tau ada kuiz.

Sebab tak kena 'tahan mengantuk' dalam kelas bila lecturer mengajar benda 'susah'.

Sebab pagi-pagi tak kena beli susu untuk diminum kalau mengantuk. (padahal minum susu lagi mengantuk).

Yang penting tak kena fikir exam dunia yang menyeksakan jiwa. Exam akhirat lebih-lebih la lagi. L


 

Ya, bercuti. Satu perkataan bila university lain mendengar kami bercuti, mereka berkata, "jeles!"

Ehee. Biasa lah tu. Kami tak pernah nak jeles entum cuti lama-lama dari kami. Sepanjang dok PJ, cuti paling lama pun 3 minggu. Paling lama tu..

Sebelum balik ke Seremban, saya sempat singgah di sebuah masjid. Menunaikan solat di situ. Mengambil peluang sebaik mungkin untuk mengazamkan diri istiqamah pada jalan kebenaran. J saya ternampak scene yang menarik. Seorang ayah menarik lengan anaknya untuk solat di masjid berjamaah. Anaknya pula menangis minta dilepaskan. Meronta-ronta. Mungkin mahu bermain dengan kawan-kawannya yang lain di luar masjid. Tapi sang ayah tetap berkeras. Menarik dengan bengis, walaupun saya yakin, dalam hati sang ayah, penuh kasih sayang. Ya, saya cukup yakin. Itulah kasih sayang sebenar sang ayah. Tegas dalam mendidik. Saya mula terfikir, agaknya waktu ayahnya muda-muda dulu, ayahnya rajin ke masjid tak? Atau seliat itu juga untuk bersolat di masjid? Maka, saya terbayangkan generasi saya akan datang. Anak-anak saya kelak. Apakah mereka juga seperti itu? Terpaksa diheret lengan untuk solat di masjid. Terpaksa di pulas telinga. Terpaksa di cubit paha. Terpaksa ditinggikan suara. Haih, patutlah, membina generasi gemilang bermula hari ini. Patutlah orang kata, "nak tengok dunia akan datang, lihatlah remaja hari ini." Betol dah tu. Kalau remaja hari ini suka merempit, jarang sekali mereka bakal melahirkan anak-anak soleh dan musleh. Mungkin ada, tapi peratusannya terlalu lalu lalu rendah, saya fikir. J sejurus selepas ini, saya mula terfikir, kalaulah anak-anak saya selepas ini seliat itu, walaupun ayahnya memang kaki masjid, tapi boleh jadi anak-anak menjadi liat sebab ibunya yang memang liat dalam bab solat. Allah, satu muhasabah yang terbaek. Anak-anak adalah cermin ayah ibunya. Tapi peranan kita, bakal ibu dan ayah, tak kiralah walau lambat lagi nak jadi ibu ayah, tapi semuanya bermula hari ini. Bermula dengan akhlak kita saat ini. Perbaikilah diri. Muhasabah yang cukup baik dan menginsafkan. Kita ghairah mencari calon yang serba hebat dengan 5 aspek taruhan, tapi kita sendiri? berusaha tidak sepenuhnya mencapai apa yang kita mahu capai. Maka, dimana letaknya kesedaran untuk melahirkan generasi hebat akan datang? Hence, mari kita perbaiki diri. Mencari calon yang soleh musleh dan menjadi calon yang solehah dan muslehah. J

"Heh, melamun apa tu?" teguran seseorang menganggu kesentrasi sedang 'bermuhasabah' (atau lebih tepat sedang berangan). Memandang yang menegur di sebelah, sedang tersenyum manis.

"Dalam rumah Allah ni doa makbul. Doa la banyak-banyak. Saya doakan awak dapat apa yang awak nak." Tetiba rasa macam pelik. Kenapa dengan 'orang ni'? saya tersenyum saja. Tidak ada perkataan yang menarik untuk dituturkan. Tapi rupanya 'cemarah ringkasnya' tidak berakhir disitu.

Perbualan di tarik sedikit demi sedikit menjadi panjang. Takpe, bukan perbualan yang sia-sia insya Allah.

Allahu Allah.

Sebelum beg ditarik untuk menuju ke Seremban, sempat menjeling mereka yang memaknakan kehidupan. Tuhan, jagalah mereka dan semoga perjalanan mereka diberkati dan mudahkan urusan mereka. Lantas, dengan berat hati, kaki melangkah keluar dari masjid, sambil mata mencari mereka untuk ditatap. Tapi tak kelihatan nampaknya. Maka, dalam hati, aku mohon pada Allah, sampaikan buatnya salam, moga namaku tidak diupakan. J Subhanallah. J

Perjalanan ke Seremban memang menarik. Dengan beg besar dan ego untuk berdikari,kononnya. Tak sedar diri tangan kanan masih belum berfungsi. J

Penat mendegar leteran 'kasih sayang' dek kerana tangan yang belum sembuh-sembuh hamper seminggu terganggu. Selepas berperang dengan 'nafsu' yang menyebabkan tangan cedera 'parah', kemudian belum sempat sembuh sepenuhnya, berperang pula dengan 'musuh Allah' yang sering mengganggu hambaNya. Lepas berperang dengan 'musuh Allah' memang jadi biru tangan. Itulah, orang tanya OK ke tak, jawab OK, walaupun tangan yang mula kembali pada warna asal sudah kembali biru. Maka berterusanlah ia dibalut yang menyebabkan hambaNya tak larat dah nak jawab kaa orang tanya. Akhirnya jawapan mudah yang dijawab oleh orang terdekat, "Husna cedera sebab berperang dengan nafsu. Maka tewaslah nafsu, menanglah Husna." Senget punya kawan. Sabar sajalah. J

Sungguh indah kenangan bersama mereka. Indah bila bisa berulang lagi. Rindu pada situasi itu. Begitu dan begini. Dalam bulatan, segi empat, semuanya terasa indah. Allah betul-betul memberi peluang hambaNya merasai indahnya berukhwah. Sempat jika berusrah dengan usrah special, walaupun tak cukup ahli, anggap saja mereka ada depan mata, sebab ahli usrah yang special ni semuanya hebat-hebat dan banyak taklifan masing-masing. Hebatlah entum! Terima Kasih sebab benarkan ana menyertai entum sedangkan ana ni tak layak nak berdiri sebelah entum pun. J

Mencipta kenangan memang membahagiakan. Tapi sungguh menyeksakan saat terkenangkan kemesraan.

Huh. Tak boleh menulis panjang. Walaupun tangan dah OK selepas bertemu dengan si dia berkot putih di KPJ Seremban, tapi anak sedara bising-bising minta ajarkan iron baju sekolahnya. Sabar saja lah. J

Sedikit perkongsian yang tak berapa nak menarik. Insya allah, soalan dari yang bertanya di YM bakal di jawab kelak. Masih mencari testimony untuk membuat laporan lengkap, insya Allah. J

Semoga Allah mudahkan urusan mereka, si mujahid setia. J


:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Friday, February 25, 2011

Kemuncak

No comments:

Hari ini kertas terakhir dalam calendar peperiksaan UIA. Biology II, subjek kegemaran saya. Sungguh, saya sangat shukee subjek ni. Dan subjek ni banyak bantu saya increase my pointer. Alhamdulillahh. Ada minat semua jadi. Ada cinta ramai yg merana. J

Start the day dengan meeting. Mungkin ini meeting terakhir untuk semester ni. Eh, memang terakhirlah! Kemudian, mengambil sedikit masa bertemu Ustaz Muhadir. Sape tau kalau tak ambil shortsem, tak dapat dah nak jumpa Al Fadhil Ustaz. Lama juga berjumpa Ustaz. Alhamdulillah. J

Semalam ada majlis Maulid. Oo. Memang saya shukee Qasidah ni. Selalu berlatih kat bilik, siap ada rakaman lagi. Qasidah best, kalau baca maksudnya lagi-lagi la best. mengalir air mata tanda cinta ummat pada Allah dan Nabi.

Kemudian, makan chicken chop. Oo. Sungguh mengidam sejak semalam lagi. Kadang-kadang kita kena raikan diri sendiri. ini namanya, masa untuk manjakan diri. Hilanglah segala tensi. J

Sayu pulak bila jumpa sahabat-sahabat yg bakal ke Gombak. Susah dah nak jumpa lepas ni. Sedih? Tidak juga. Tapi terkilan kerana tidak mampu menjadi sahabat yang baik sewaktu kita bersama. Maafkan saya sahabat.

Alhamdulillah. Semua orang dah habis exam, semua orang mula kosongkan bilik dan macam-macam aktiviti 'pelik' yang menarik. J



Menemani seorang sahabat ke pejabat pos di Jaya One. Kemudian, pulangnya ke sini, ditemani butir-butir hujan yang membahagiakan. (bukan air mata, ni betol-betol hujan). Bukan main lebat. Angin pula bertiup kencang, habis jatuh bangku padang yang baru tuh. J hebat. Itu baru sikit Allah buat. Belum kiamat lagi. Best mandi hujan;antara aktiviti favaurite ni.

Sampai di UIA, ramainya orang kat lobi. Stuck rupanya. Takpe-takpe. Hujan berhenti nanti entum keluarlah balik beramai-ramai. Jangan redah hujan tu, lebat sangat. J

Entah apa saya merepek. Saya pun tatau. Mata dah kuyu, minta dipejamkan.

rindu berpencak. :)

Alhamdulillah, bilik dah kosong sekosong-kosongnya. Tengahari tadi abang ipar datang ambil barang. Mulanya dia nak datang malam, tapi tak jadi. Dijanjikan nak datang lepas Subuh esoknya. Tapi tunggu-tunggu, tak datang jugak. Sebak hamba menunggu. Terpaksa angkat printer kehulur-kehilir, dari atas ke bawah, dari bawah ke atas. Nak tinggai kat situ kang dikebas orang pulak. Air mineral HPA pun ada orang kebas, ni kalau letak printer kat situ. Maka, kebetulan Ibu menelefon. Saya ceritakan masalah saya yang menunggu abang ipar dari semalam. Terpaksa pula menganggkat printer dengan tangan yang minta direhatkan. Kemudian, ibu menelefon kembali, kata Ibu, "Ba kata letak je printer tu kat bawah, tawakkal kat Allah. Takpe kalau hilang Ba beli lain. Insya Allah takde orang ambek. Kakak jangan angkat barang berat-berat. Sakit tangan tu nanti. Tinggal je Ba kata.."

i miss u all keluargaku. terima kasih kerana menyayangiku. :)

Sungguh, hati ini terlalu bersyukur dikurniakan sebuah keluarga yang sungguh menyayangiku. Pasti semua orang begitu. Mempunyai sebuah keluarga yang menyayangi. Bahagia bukan? Kerana itu yang halal dan mendapat keberkatan. Sehingga membuatkan aku takut berpaling dari Tuhan, bimbang kasih sayang mereka hilang dari pandangan. Kenapa? Kerana bukankah kasih sayang itu dari Tuhan? Maka, kedapa siapa lagi harus aku panjatkan kesyukuran? Dan bukti kesyukuran itu adalah ketaatan. Tuhan, terima kasih atas segalanya.

Beberapa hari might be offline.

Nak balik Johor. Janji abang nak bawak jalan PD. Pergi Teluk Kemang. Pergi Sirusa. Whoa. Best. best.

J

Enjoy your life and make it worth for akhirah. J

Nak enjoy-enjoy juga, amalan jangan lupe. J

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Thursday, February 24, 2011

Menjadi Muslimat Hebat!

No comments:

Muslimat Power! 
Sejarah Perjuangan Muslimat

Penglibatan muslimat dalam gerakan dakwah dan perjuangan menegakkan
kalimatul haq di atas muka bumi ini bukan perkara baru. Malah ia berlaku sejak zaman Rasulullah SAW lagi.

Contoh yang ditunjukkan oleh muslimat terdahulu seperti isteri pertama Rasulullah SAW, Saidatina Khadijah menjadi wanita pertama yang menyahut seruan Iman. Seorang yang cukup setia menemani baginda dalam susah dan senang , tidak pernah berhenti berusaha menenangkan hati baginda, menjadi penyokong dan sumber kekuatan yang kuat kepada baginda
. Saidatina Khadijah....... yang asalnya dari golongan bangsawan yang mempunyai harta yang banyak, menjadi sumber kewangan kepada perjuangan Islam ketika itu atas sifatnya yang sangat pemurah. Sehingga diriwayatkan, di akhir hayatnya, tidak ada harta yang tinggal padanya, semuanya diinfakkan ke jalan ALLAH SWT. Kewafatan Saidatina Khadijah membuatkan Rasulullah SAW berduka kerana kehilangan seorang isteri yang setia, pembantu dan pembela baginda dalam melanjutkan tugas dakwah yang suci ini.

Kata baginda;
"Allah tidak memberikan pengganti untukku yang lebih baik daripada Khadijah. Dia percaya kepadaku tatkala orang lain mengingkariku, dia membenarkan aku di kala orang lain mendustakanku, dia menyerahkan hartanya kepadaku tatkala orang lain menghalang aku, Allah mengurniakan keturunan melalui rahimnya tatkala aku tidak dapat daripada perempuan-permpuan lain (isteri-isteriku)"


Begitu dalamnya cinta dan sayang baginda kepada Saidatina Khadijah. Saya pasti, sukar untuk kita mencari wanita sehebat beliau dalam sejarah perjuangan muslimat hari ini.

Sejarah tidak melupakan kehebatan seorang wanita yang hebat dalam ilmu Al-Quran, hadis, ilmu fiqh, sejarah dan juga Bahasa Arab, iaitu juga salah seorang isteri baginda Rasulullah yang dikahwini pada usia yang begitu muda,
Saidatina Aisyah r.a. Abu Burdah bin Musa dari ayahnya ada menerangkan bahwa ; "setiap sahabat yang menemukan kesulitan dan bertanya kepada Aisyah r.a pastilah mereka mendapat jawapan yang mantap dan ilmiah.." Tercatat juga dalam sejarah bahawa Saidatina Aisyah r.a adalah termasuk salah seorang daripada 7 orang Majlis Syura. Kehebatan Saidatina Aisyah r.a dalam bidang ilmu banyak membantu baginda dalam menyampaikan risalah dakwah terutamanya dikalangan kaum wanita. (Maka, muslimat, mantapkan ilmu untuk membantu dakwah Zaujmasing-masing kelak. Kata nak jadi sayap kiri perjuangan? J )


Saya tampilkan juga seorang lagi pejuang muslimat yang cukup tegar di medan peperangan,penuh keberanian,
Nusaibah binti Ka'ab. Nusaibah antara wanita yang ikut sama di dalam perang Uhud, yang tugasnya memberi minum kepada muslimin yang berperang dan terluka di siang hari. Namun di saat genting, ketika tentera muslimin dalam porak poranda akibat tidak mengikuti arahan baginda Rasulullah, beliau segera mendekati Rasulullah dengan pedang dan anak panah sebagai pelindung kepada baginda. (Jangan di sangka tangan yang lembut menghayun buaian tidak boleh menggoncang dunia. Mari hebat dalam segala sudut. MULTITASKER! ) Di dalam peperangan ini, dengan keberanian yang ada pada Nusaibah, beliau telah mendapat luka yang teruk di seluruh badannnya di mana luka itu mengambil masa selama satu tahun untuk sembuh. Nusaibah sehingga kini disebut sebagai Srikandi Perisai Nabi.

Seorang lagi srikandi yang saya suka untuk kongsikan di sini iaitu,
Sumayyah, orang pertama yang bergelar syahid. Kerana teguh dengan keimanan, beliau diseksa dengan begitu kejam sekali oleh Abu Jahal. Beliau dipakaikan baju besi dan dijemur dibawah terik panas matahari yang membakar. Kerana keteguhan inilah, Abu Jahal telah merejam beliau dengan tombak sampai mati. Teringat saya akan bait-bait indah dalam lagu yang disampaikan oleh kumpulan Hijjaz akan perjuangan syahidah pertama ini.

Sabarlah keluarga Yasir bagimu Syurga di sana
Dan kau pun tega memilih syurga
Walau terpaksa berkorban nyawa
Lalu tombak yang tajam menikam jasadmu yang tiada bermaya
Namun iman di dadamu sedikit tidak berubah

Darahmu menjadi sumbu pelita iman
Sumayyah kau lambang wanita solehah
Tangan yang disangka lembut menghayun buaian
Menggoncang dunia mencipata sejarah

Bait lagu ini pernah menanam satu semangat dan keinginan yang tinggi dalam hati dan jiwa saya untuk menjadi seorang insan yang berbakti kepada agama selama kehidupan ini.
( Insya Allah)

Ramai lagi pejuang Islam Wanita yang boleh dijadikan contoh dan ikutan kita di zaman ini. Cumanya, saya tampilkan empat srikandi ini untuk saya rumuskan beberapa perkara.

Pertama, seorang isteri itu perlu ada kesetiaan dan rela hidup bersama dengan suami dalam senang dan susah. Tidak kira dalam kondisi dia seorang yang berkerjaya, yang lebih tinggi gajinya daripada suami, ataupun yang mempunyai pangkat yang tinggi berbanding suami. Kesetiaan ini, mampu memberi impak yang tinggi kepada si suami dalam meneruskan perjuangan seperti setianya Saidatina Khadijah kepada baginda Rasulullah SAW. Susah senang suami dapat dirasai bersama oleh isteri dan sentiasa berada di sampingnya untuk memberikan semangat kepada suami.

Kedua, seorang isteri perlu ada kemahiran psikologi yang baik. Ilmu kejiwaan ini sangat membantu dalam kehidupan suami yang berada dalam gerakan dakwah ini. Mereka yang berjaya menguasai ilmu psikologi ini dapat membantu suami dalam perjalanan dakwah dengan tenang di samping pertolongan dari ALLAH.

Ketiga, kepentingan ilmu. Muslimat yang ingin berada dalam gerakan dakwah, perlu ada ilmu. Agar perjuangannya mempunyai sandaran dan asas. Imam Hasan Al-Banna sendiri meletakkan rukun pertama ialah FAHAM. Untuk memahami, muslimat harus dilengkapkan dengan ilmu dan menyampaikan juga berdasarkan ilmu. Sebagaimana Saidatina Aisyah r.a yang menjadi gedung ilmu, begitulah juga muslimat pada hari ini. Yusuf Qardhawi menyebut, adalah wajib bagi setiap wanita terhadap orang tuanya, anak-anaknya, serta kawan-kawan sejantina dengannya, untuk menganjurkan pembersihan aqidah dan tauhidnya dari pengaruh di luar Islam. Dan kewajipan ini memerlukan ilmu.

Keempat,
muslimat harus berani.
Muslimat kadang-kadang perlu dibelakang sebagai pendorong dan pembantu, namun ada masa dan ketikanya harus di hadapan. Sebagaimana Nusaibah yang asalnya bergerak sebagai pemberi air dan perawat luka tentera muslimin, namun, di saat yang genting, memerlukan dia untuk tampil ke hadapan berjuang di medan peperangan. Muslimat sebagai isteri solehah, ibu mithali, keutamaannya adalah mendidik anak-anak, namun tidak bererti dia harus meninggalkan lapangan dakwah dalam konteks masa kini yang memerlukan tenaga muslimat di lapangan dakwah. Jadi, harus bijak bertindak.
Bagaimana? Rancang dan fikirlah.

Kelima, mujahadah dan kesabaran yang tinggi. Indahnya kesabaran dan semangat jihad yang ditunjukkan oleh Sumayyah dalam mempertahankan aqidahnya. Hakikat kehidupan dalam perjuangan, jika mudah dan senang itu, bukan dinamakan perjuangan. Sabar kita dalam berkerjaya, sabar kita dalam menguruskan rumahtangga, sabar kita dalam menyampaikan dakwah.
Andai hilang kesabaran, rebahlah kita di pertengahan jalan.

Sekian. Wassalam.


 

J


:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Wednesday, February 23, 2011

Allah memberi bila Dia mahu.

18 comments:

Allah memberi bila Dia mahu. Tapi sebagai hamba, kita perlu meminta. Bacalah dengan nama Tuhanmu.

Jangan berhenti menadah tangan dan berdoa.

Dan berdoalah benda yang baek-baek.

Allah mahu beri kejayaan. Tapi kita tetap kena memohon doa padaNYA.

Kerana itu fitrah hamba.



Erk. Tak jadi menulis panjang-panjang. Stuck. Iingat masih boleh menulis, tapi tak dapat. Tangan kanan tak boleh berfungsi dengan baek. Sebelah tangan tak mampu nk menaip. Alhamdulillah, tidak berlaku sewaktu dalam fatrah exam. Pandai cari masa untuk sakit rupanya Encik Tangan ni. J Alhamdulillah. Doakan saya cepat sembuh. Mood lepas exam dah rosak. L

Apapun,

Allah memberi bila DIa mahu. Dia mahu saya sakit, maka Dia beri. Dan Dia menarik kembali bila Dia mahu. Maka, saya Cuma ada doa untuk mohon yang terbaek dariNya. Kerana itu fitrah manusia, meminta pada yang lebih berkuasa. Allah, sembuhkan tangan ini dan beri yang terbaek buat hamba ini.



Allah memberi. Allah menarik kembali.

Maka bersyukur pada setiap nikmat mahupun ujian yang datang bertandang. J

Kepada yang masih strive untuk paper exam yang belum habis, all the best. make it well.

Ok. Memang tak mampu dah. Terpaksa berhenti disini. Walau rasa banyak nak cakap. ………
salam kejayaan buat semua from garden of knowledge and virtue.


:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Menyahut seruan KHAIRA UMMAH.

3 comments:

Satu persoalan yang dilontarkan di Formspring.

Saya tertarik dengan soalan tersebut. "bagaimana kalau ada yg berfikiran cukup saja menjadi orang yg biasa2..(sebab saya sdg berperasaan sebegitu sekarang ini..) sbb sy mmg x punya apa2.. salahkah sy jika berfikiran seperti itu? memohon pandangan..."

Alhamdulillah. Soalan yang Berjaya membuat saya berfikir kembali. Kenapa kita berkejar-kejar untuk mencari kualiti diri? Apakah kerana duniawi? Bagaimana pula sisi pandangan Allah?

Membaca soalan ini, ayat Al Quran bermain-main di kepala. Surah Ali Imran ayat 110. Sungguh, tidak ada soalan yang tidak punya jawapan dari Kalam Allah itu. Cuma kita yang tak jumpa jawapan itu.


110. Kalian adalah umat terbaik yang diutus untuk manusia. Kalian menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya Ahlul Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka; di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik.

Menyahut seruan Khaira Ummah. Be part of it!


Dalam ayat ini Allah menggunakan gelaran yang sungguh hebat buat kita. Ibnu Kathir dan Muhammad Ali Ashshobuni berpendapat bahawa perkataan "KALIAN" itu membawa maksud UMMAT MUHAMMAD. Sapa lagi kalau bukan kita yang termasuk sebagai UMMAT MUHAMMAD. Menjadi ummat yang terbaik, pasti memberi satu indicator mudah untuk kita menjadi manusia yang sentiasa memperbaiki diri kearah kebaekan. Di samping itu, menjadi indicator juga untuk kita mempertingkatkan kualiti diri. Sebab tu persoalan untuk menjadi orang yang biasa-biasa, tidak patut ada dalam diri kita, kerana mahu atau tidak, kita sudah menjadi ummat yang terbaek. Nak tak nak, kita mesti berusaha mempertingkatkan kualiti diri.

Pernah mengetahui satu hadis berbunyi, "Aku diberi sesuatu yang tidak diberikan kepada seorang Nabi pun sebelumku." Kata Rasulullah. Apakah itu? Antaranya adalah "Ju;ilat Ummatiy khairul umami" yang bermaksud, dijadikan ummatku adalah ummat yang terbaek. Subhanallah. Sebagai ummat Muhammad, membacanya saja menjadikan hati ini bersemangat untuk meningkatkan prestasi diri.

Semua orang tidak bermula dengan kehebatan. Permulaan kita sama. Lahir sebagai seorang manusia yang bodoh dan tidak punya apa-apa. Apa yang membezakan antara manusia, tentunya pengalaman hidup dan perjalanan yang dilaluinya. Atau nak kata senang, tarbiyyah hidup seseorang. Carilah pengalaman dan tarbiyyah yang boleh mematangkan kita. Yang boleh memberi kita ilmu yang tidak kita dapat di dalam bilik darjah. Yang penting, menuntut ilmu sufi haraki juga tidak boleh ditinggalkan. Menjadi orang yang hebat, tidak dari satu cabang saja. Mesti hebat dari cabang yang pelbagai. Baru sesuai dengan erti kata HEBAT itu sendiri. bukan begitu?

Selain itu, sabda Nabi juga yang berbunyi, "Khairunnaas, anfa'uhum linnaas.."

Sebaik-baik manusia adalah yang bermanfaat kepada manusia lain.



Ayat ini jelas menunjukkan satu pujian terhormatdari Baginda untuk ummat baginda. Bagaimana mahu menjadi manusia yang bermanfaat kepada orang lain seandainya kita tidak punya apa-apa yang boleh dimanfaatkan? Maka, untuk merealisasikan ayat ini, kita perlu menjadi manusia yang berkualiti tinggi. Supaya kelak, kita boleh bermanfaat kepada orang lain. Bagaimana kita yang biasa-biasa mahu memanfaati orang lain? Maka, disini perlunya kualiti-kualiti yang baik. Sebab tu, kita mesti usaha jadi ummat yang terbaek sekaligus memberi manfaat pada orang lain.



Kadang-kadang saya mengeluh pada Ibu, bila terlalu banyak taklifat dan gangguan kesihatan yang kadang-kadang tak menentu. Ibu menguatkan saya dengan hadis ini. "Bermanfaat kepada orang lain itu sebaik-baik manusia.." Kata Ibu. Ayat ini selalu membuat saya bangkit semangat. Saya mesti jadi sebaik-baik manusia. Saya mahu menyahut seruan KHAIRA UMMAH. Tapi saya tidak mahu bangkit sorang-sorang, saya mahu ramai-ramai! Ya, itu dia, RAMAI-RAMAI.

Tengok semula tafsir surah Ali Imran ayat 110 diatas. Selepas "Kalian adalah ummat terbaek yang diutus untuk manusia", frasa yang seterusnya berbunyi, "Kalian menyuruh kepada maaruf dan mencegah dari mungkar". Maka, bagaimana proses amar maaruf nahi mungkar ini dijalankan seandainya kita benar-benar tidak ada kualiti yang baek? Tentu proses amar maaruf nahi mungkar tidak dapat dijalankan bukan? Tanpa proses penambahbaikan pada diri, tentu kita tak mampu untuk menjalankan amanah besar yang Allah beri, iaitu Amaar Maaruf dan tak boleh lupa, Nahi Mungkar. "ISLAH NAFSAK, WAD'U GHAIRAK" Memperbaiki diri sendiri dan menyeru orang lain. Frasa ini juga menunjukkan bahawa kita perlu memperbaiki diri sendiri. tentu disini, kita tak boleh menjadi yang biasa-biasa.



Mengapa kita mengelak daripada di taklifkan menjadi hamba yang terbaek sedangkan kita sudah memperoleh title tersebut.



Usah risau. Kualiti diri adalah sesuatu yang subjektif. Ramai orang mengatakan "saya tak punya apa-apa" sedangkan Allah memberinya banyak peluang untuk punya segala-gala. Percaya atau tidak, kualiti adalah sesuatu yang subjektif. Ada orang yang hebat dalam menulis. Ada yang hebat merancang. Hebat bercakap. Dan macam-macam kebolehan. Jangan memaksa diri untuk menjadi orang lain. Tapi jadilah diri sendiri dan carilah kelebihan diri sendiri untuk diperkualitikan. Kelak tentu kita hebat dengan cara kita sendiri. itu tentu lebih baek. Kenal pasti kelebihan diri dan jadikan kelebihan itu satu wadah untuk kita menyahut seruan KHAIRA UMMAH.



" Apakah manusia itu mengira bahwa dia akan dibiarkan begitu saja (tanpa mempertanggung jawabkan apa yang telah diperbuatnya?"



surah At-Thur ayat 21 yang bermaksud : ' Setiap orang yang bertanggungjawab terhadap apa yang dikerjakannya '

jadi mengapa menolak seruan KHAIRA UMMAH? Tidak ada alasan untuk menolaknya.

Mari mempertingkat kualiti diri. Insya Allah, kejayaan yang besar bagi orang –orang yang bertaqwa.

102. Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dengan sebenar-benar takwa, dan janganlah kalian rnati kecuali dalam keadaan muslim. [Ali Imran]

Mari menyahut seruan Khaira Ummah.



[maaf pada setiap kesilapan yang pernah dilakukan]



Bakal pendakwah muda,

Husnataqwa.

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Ulat dan perjuangan

12 comments:

Bila orang sebut ulat, saya terus tersenyum. Ada kenangan yg terbayang di rupanya.

Terbayang bekas warna putih. Ada roti. Ada ulat banyak-banyak.

erk. geli geleman.

Dulu waktu zaman dahulu kata, saya pernah mengikuti satu program yang menjadikan ulat sebagai 'bahan ujian' untuk menguji semangat perjuangan.

ingat tak ulat ni?

Geli-geliman. Saya sendiri tidak sanggup memegang ulat itu. Apatah lagi untuk diletakkan satu persatu diatas tangan peserta. Takpe,orang lain yang buat.

Bila disoal kesediaan untuk berjuang, ramai yang mengatakan tidak sepenuhnya. Separuh-separuh. Belum sampai sanggup berjuang. Entah semangat apa yang tinggal buat kita andai perjuangan pun terasa separuh-separuh di dalam hati.

Teringatkan kisah ulat dan perjuangan, teringat kisah seorang teman yang pengsan dek kerana terlalu 'cuak' dengan ulat tersebut. Eh, ulat tu bukan nak bagi makan, bagi pegang usya-usya aje. Makan mee goreng yang sodap lagi. Ada ke suruh orang makan ulat? Aish..

Sungguh kenangan lalu seolah-olah menjadi video dalam kepala. Sejak dok melayang perasaan ni, memang macan-macam datang bertandang. Maklumlah, sedang menjadi penganggur sementara. J jangan tiru contoh yang tak baik ini.

Kenangan demi kenangan datang.

Ya, betol. Bertemu dan berpisah itu adat kehidupan.

Berpisah dengan manusia, insya Allah bias ketemu lagi. Tapi berpisah dengan kenangan, yang tinggal hanyalah memori.


Tuhan saja yang tahu betapa durjanya rasa hati mahu meninggalkan CFS.

Ibu pula masih berkeras tidak mahu saya mengikuti semester pendek. Ada alasan yang tersendiri.

Masih memujuk Ibu untuk benarkan saya mengambil semester pendek. Kalau tidak, pilihan Ibu perlu saya tunaikan demi kebaekan bersama, insyaAllah. J

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Tuesday, February 22, 2011

Larian ditamatkan.

No comments:

Alhamdulillah. Segala kesyukuran kepada Allah selayaknya dipanjatkan. Syukur untuk 22 Feb yang menjadi saksi sebuah larian Berjaya ditamatkan. Bukan sedikit, ramai yang menamatkan larian hari ini. Ada yang termengah-mengah. Ada yang sempoi. Ada yang bahagia semacam.

Pelbagai wajah. 1001 wajah mampu dilihat dari riak mereka. Sungguh, kegembiraan penamatkan sebuat larian, memang bermakna.


Begitulah berserinya wajah ini dulu sewaktu penamatkan pelarian di DQ.

Dan teringin untuk ulang ayat yang sama seperti pernah diulang dulu,

"larian ini tamat, tapi perjalanan baru ingin bermula. Larian di sini tamat. Tapi bukan noktah pada segalanya. Larian hari ini tamat. Tapi satu kehidupan baru yang lebih mencabar bakal bermula."

Lipatkanlah lengan bajumu dan bersiap-siaga untuk naik ke tingkat hidup yang lebih mencabar. Ya. Tentu lebih mencabar. J

Usah berpangku lengan dan berpuas hati dengan usaha yang dilakukan hari ini. Tapi semailah satu ruh untuk menjadi lebih baik apabila melangkah satu langkah lagi kehadapan.

Kepala rasa ringan. Tidak ada apa yang memberatkan. Cuma sedikit sedih. Meninggalkan UIA serta kenangan yang ada padanya.

Sama. Sama keadaannya seperti meninggalkan DQ serta segala kenangan indah padanya. J Tragis dan sedih.

Dulu, sewaktu meninggalkan DQ untuk ke UIA, memang dah rasa mesti jarang untuk kembali semula ke DQ. Jarak PJ ke DQ bukan dekat. Hampir 3 jam. Boleh nak pergi, tapi perlu pada masa yang khusus. Insya allah, cuti ni mahu ke DQ. J Moga Allah mudahkan.

Dan sekali lagi sejarah berulang. meninggalkan PJ untuk ke Kuantan. Jarak Kuantan dan PJ juga hamper 3 jam. Tentu jarang dapat melawat PJ seperti yang berlaku pada senior yang sudah di Kuantan. Begitulah bakal berlaku kepada kami.

Terasa dewasa pula. Lepas ni kalau ada orang tanya Ibu,

"Anak yang nombor 6 tu belajar kat mana sekarang?"

"Ha, dah dok UIA Kuantan dah…"

Ehhee.. Macam besar dah rasa. J

Kalau dulu selalu rasa budak-budak kecik bila Ibu sebut, "Dok matrik lagi.."

Status bakal berubah kepada seorang Mahasiswa yang betol-betol Mahasiswa.

Lepas satu-satu status berubah.

Status Hamalatul Quran. Status Mahasiswa.

Moga-moga setiap perubahan status itu ada kesan pada empunyanya.

Jiwa yang kuat serta tabah tertarbiyyah dengan hidup yang dilalui. Bukan mudah menjadi seperti hari ini. Maka, biar bermakna mewarnai hari-hari yang dilalui.

Mungkinkah semangat yang berkobar-kobar ini bakal mundur selepas cuti hamper 7 bulan? Wallahu a'lam. Harap-harap TIDAK!

Larian ini tamat pada zahirnya. Tapi pada batinnya, insan ini baru mula mahu melangkah ke alam yang betul-betul mencabar.

Mencari status diri yang lebih baik. J

Langkah demi langkah diatur indah.

Moga kekal pengakhirannya juga cantik.

Moga kelak penamat hakikinya yakni mati juga molek.

Allah, padaMu kami serahkan hidup ini. Maka aturlah hidup ini dengan seni yang paling hebat. J

Kelak tercatat sejarah dengan keindahan seni hidup seorang hamba yang menarik.

Mari mencipta sejarah. J Sejarah yang baek dan menarik.

[mood : selepas menghadap paper chemistry yang boleh tahan mencabarnya]

Tinta budak habis exam,
husnakamarudin

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Monday, February 21, 2011

Mencari kejayaan.

No comments:

Berjalan di jalan yang berbatu, tak takut jatuh atau tersungkur, kerana matlamat besar di hadapan seolah melambai tangan mengajakku kehadapan.

Itulah perumpamaannya dengan sebuah kejayaan.

Meski susah dan ada potensi untuk terjatuh, tapi dengan cita-cita yang menggunung tinggi sedang menggamit jiwa seolah memanggilku untuk mendatanginya.

Allah.

Kejayaan itu milikMu.

Dan tak mungkin aku miliki melainkan dengan izinMu.

Mudahkan urusanku dan luaskan rezekiku.




Ya Allah anugerahkanlah rahmat dan kesejahteraan yang sempurna ke atas penghulu kami Nabi Muhammad, yang dengan selawat keatasnya terhurai apa yang tersimpul, terlepas daripada segala kesusahan, juga ditunaikan segala hajat, dan tercapai segala keinginan, dan akhir hayat yang baik, dan dicurahkan rahmat, hasil keberkatan wajahnya, yang mulia, kerahmatan dan kesejahteraan yang sempurna Engkau anugerahkan juga Ya Allah ke atas keluarga dan sahabatnya dengan kiraan setiap kerdipan mata juga hembusan nafas dan setiap bilangan ilmu yang ada bagiMu. [terjemahan selawat tafrijiyyah]

Mari doa ramai-ramai. Allah sayang hamba yang bergantung harap padaNya.
Senyum seindah suria. J

hamba yg lemah,
husna..

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Sunday, February 20, 2011

Tidak seindah pelangi.

22 comments:

Sebagai seorang hamba yang memang suka mencari kesempurnaan, sehingga kita terlupa untuk bersyukur dengan apa yang kita ada.




Dan (ingatlah) tatakala Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras". (Surah Ibrahim Ayat 7)
Kembara seorang hamba mencari cinta Ilahi, jangan disangka hidup mendaki syurga itu terlalu mudah. Sehingga apabila diberi ujian, menangis tak berlagu. Siapakah kita menafikan ujian yang Dia beri?

[2:214] Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (ujian) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cobaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: "Bilakah datangnya pertolongan Allah?" Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.
Ayat Surah Al Baqarah ayat yang ke 24 ini selalu say abaca. Terlalu-lalu suka dengan quote, PERTOLONGAN ALLAH ITU AMAT DEKAT. J Tapi kadang-kadang sebagai hamba kita lupa pada Allah sehingga kita bersandar pada makhluk. J

Mesti penat korang baca luahan hati orang yang sedang kecewa seperti saya. Kecewa. Allah tidak memilih saya bersama untuk bersama mereka ke Forum Maulidur Rasul di Taman Samudera Batu Caves. Mungkin ada dosa atau niat yang tidak bersih untuk ke sana? Ighfirli Ya Rabbil 'Alamin.. Semangat sungguh saya mencari peta untuk sampai ke sana. Ingat nak pergi sendiri. bila cari-cari peta, jauhnya. Dekat-dekat dengan Selayang Encik Google tu bagitau. Selayang? Oh, ada kenangan indah dengan trip to Selayang. Memang tetra-travelog terindah. Jika punya masa nanti, teringin nukilkan kenangan seindah itu disini. Jauh sangat kalau pergi menggunakan perkhidmatan awam. Tambah pula malam-malam. Sabar ya Cik Husna. Allah sedang berbicara denganmu, kata seorang teman. Macam takde kena mengena. Tapi takpelah. J

erk, masjid background tu macam masjid DQ. Sape buat poster ni eh? Bertambah-tambah rendu pada Masjid DQ. :)

Cik Farah Adlina pula mengajak saya naik bas bersama-sama. Segan, sebab tak daftar nama dan katanya bas dah penuh. Kalau naik boleh, tapi kena berdiri! Part berdiri tu tak kesah. Tapi rasa tak seronok kalau pergi macam tu. Nanti dipertikaikan pula. Saya ni penyegan sikit. Bayangkan, orang lain yang nak pergi, tapi tak dapat pergi sebab bas dah penuh. Tapi saya dengan senang lenang naik bas jugak walau tak daftar nama. Mesti orang kata, "Mentang-mentang dia kenal dengan 'kabel' boleh pergi macam tu je.." Tasedap la kan. Lainlah kalau memang terbuka kat semua orang boleh naik bas tu sampai bas tu penuh macam sardin. Segan tak bertempat! J Takpelah. Dalam hati kata, kalau Allah bagi rezeki dapat pergi forum tu, mesti ada jalannya punya. Yakin.. Yakin.. Tapi tetap rasa kecewa. Pesan pada Cik Farah Adlina, kalau ada tempat kosong dalam bas tu bagitau la. I datang terus. On the spot! Dah siap iron baju dan tudung untuk ready kalau dapat panggilan bas ada tempat kosong. Sungguh, ready sangat dah ni.

Tapi, lepas Maghrib tu, sambil baca Ratib Haddad, dok tengok je henset. Kalau-kalau Cik Farah Adlina call. Tunggu punya tunggu, sampai dah habis baca Ratib. Takde jugak. Hem. Memang takde rezeki lah. Redha. Ada juga cuba dapatkan kereta dari mereka yang dikenali, tapi tak dapat jugak. Dah usaha dah macam-macam, kalau Allah tak bagi pergi, memang tak dapat pergi jugak. Keyakinan kena mantop pada Dia. Tentu hati dikurniakan ketenangan yang fuhhh…… hebat!

Tengah dengar Ikim.fm sambil update blog, dapat mesej dari Cik Farah Adlina.

"Datang tak? Ada banyak tempat kosong. Muslimin ramai tak mai."

Rahang bawahku jatuh. No komen lah. Sebab bas dah gerak… dalam hati memang kecewa rasa macam nak kejar bas tu berkaki ayam. Tapi apakan daya… bisikan syaitan kata, "bukannya diorang nak cakap awal-awal ramai tak dapat datang." Bisikan iman kata, "takpelah. TUhan nak suruh study tu. Lusa kan exam. Allah dah buat elok tu, tentu ada hikmah."

Maka, pilihlah kata iman. Tak guna nak marah orang lain.

Kata Ateh pula, "Semoga apa yang disampaikan malam ni di'bluetooth'kan ke otak adik."

Insya Allah. Moga-moga. J

Hidup memang tak seindah pelangi. Kadang kala segala hajat kita ditunaikan. Tapi kadang-kadang hajat kita terbantut. Takpe, itu tandanya kita ingat bahawa ada kuasa yang lebih berkuasa menentukan perjalanan kita. Tak gitu?

Selera makan sejak akhir-akhir ni berkurang. Makan nasik memang tak habis punyalah. Ibu ayah risau dah kat kampong. Rileks la. Ni tekanan exam mungkin. J Makan megi tu nasib baik habis. Tu je yang berselera untuk dimakan. Tom yam pun dah tak rasa menarik. Apabila nikmat makan ditarik Allah, hidang masak lomak cili padi pun tak rebah punya. Erk, macam sodap pulak masak lomak cili padi. Argh. Bila nak balik Seremban ni…

Tekak pulak rasa sakit nak telan air liur ni. Tonsil lagi ke… Atau nak demam… Memang menduga hati sungguh. Tapi takpe, kita punya sumber kekuatan, tak lain tak bukan zikrullah. J

Tribute untuk Cokdi : Jazakillah sebab belanja Big Apple Donut perisa Alien tadi. Pastu dapat pulak key chain lawa. Allah saja yang mampu membalas kebaekan anda. J Terima kasih sahabat dunia akhirat.

Kalau kita tak dapat apa yang kita nak, tandanya, Allah mahu kita perbanyakkan doa dan usaha untuk mendapatkannya. Bukankah itu cara Allah menggandakan usaha kita? Jadi kenapa kita mesti rasa sedih dan kecewa?

Ibaratnya orang nak bagi emas. Tapi kita mencemuh di sepanjang jalan untuk mendapatkan emas tersebut. Hati-hati! Nanti pemilik emas tu tarik balik apa yang Dia nak bagi!

Manusia yang paling beruntung adalah manusia yang bersabar. Bukankah Allah menyukai orang yang bersabar?

Tuhan. Tolong aku menjadi hambaMu yang bersabar.

Walaupun hidup tak seindah pelangi, kelak pasti akan tiba bahagianya. Tak rugi susah sikit-sikit demi kebahagiaan yang berpanjangan (Syurga).

Semua orang bila ditanya, "saya mahu syurga."

Saya tak hairan jika mendengar sesiapa pun yang mendamba syurga. Yeah. Sape tak nak syurga?

Tapi yang jadi pelik, ramai antara kita (termasuk saya) tak usaha betul-betul untuk dapatkan syurga. J Malah, kadang-kadang hingga menyimpang dari jalan menuju syurga. Itu yang pelik tu.

Ibaratnya, nak pergi Majlis Kahwin kat hotel tapi masuk bendang hingga kotor baju, makan eskrem comot-comot, sampai kat pintu masuk hotel tu, agak-agak orang bagi tak kita masuk? Mesti tak. Melainkan, kita basuk pakaian kita bersih-bersih. Hah, itu taubat namanya. Jadi kalau kita terpesong,jangan lupa untuk bertaubat.

Heh, panjang pulak. Roommate dah bising sebab asyik update blog. Ok. Ok. Saya stop.. Saya stop.. J

Jumpa lagi!



[3:186] Kamu sungguh-sungguh akan diuji terhadap hartamu dan dirimu. Dan (juga) kamu sungguh-sungguh akan mendengar dari orang-orang yang diberi kitab sebelum kamu dan dari orang-orang yang mempersekutukan Allah, gangguan yang banyak yang menyakitkan hati. Jika kamu bersabar dan bertakwa, maka sesungguhnya yang demikian itu termasuk urusan yang patut diutamakan.
[47:31] Dan sesungguhnya Kami benar-benar akan menguji kamu agar Kami mengetahui orang-orang yang berjihad dan bersabar di antara kamu, dan agar Kami menyatakan (baik buruknya) hal ehwalmu.


[moga-moga ada hikmahnya tak dapat pergi forum malam ni. ehhee, PERSIS yang buat jamuan tuh jangan lupa kongsi-kongsi.]


rendu untuk aktif berpencak. Ahh. Sungguh, taksuke takde keje. bila tade keje membuatkan jiwa berfikir benda yang tak sepatutnya. rendu sungguh nak berpencak ni. berikan aku pentas. :)

Pendamba Syurga Ilahi,
Husnakamarudin

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Chemistry – kami berjuang!

5 comments:



Salam Juang.


Doa semakin tumpul & tiada maqbul apabila tidak menyeru kepada kebaikan dan melarang dari kemungkaran (yg nyata & disepakati). Nabi ingatkan : "Apabila dua itu tidak dilakukan, hampir sangatlah azab akan diturunkan, dan pabila kamu berdoa, ia tidak lagi maqbul" (At-Tirmizi : Sohih)


22hb, insya Allah paper yang terakhir untuk diduduki. Harap-harap, no repeat paper. Ameen… J

Semoga kenangan menuntut ilmu Chemistry bersama Sir Iqbal sentiasa dikenang.

Memang kelas 'terbaek' lah. J
Semoga doa antara kita menguatkan sesama kita. 
kepada kelas kembar, All the best jugak.
dan kepada sesapa je yang sedang hebat dan mantop bejruang untuk final semester kali ni, tido tido juga. makan makan juga. Hak pada diri jangan lupa. Quran kena baca. :)
Mula terasa rindu pada UIA, belum lagi meninggalkannya. 
PJ, disini terlalu banyak kenangan.
Kalau ditulis di dalam buku, kenangan disini, pasti berbuku-buku. :)
Sungguh. Punya yang istimewa, punya yang menyakitkan jiwa. Tapi kelak pasti semuanya menjadi manis dijiwa. 
Allah, Islam kami bersamamu.
Kalau kegagalan itu menjadi fitnah kepada kami yang membawa agama, maka berilah kejayaan yang cemerlang untuk kami. :)
Allahumma zuqnal istiqamah fi jihadil ilmi... 
Mudahkan urusan kami dalam menuntut ilmu, Ya Rabbil Alamin.... 




berjuang dengan kalkulator dan buku. :)



:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Saturday, February 19, 2011

Nak tengok movie…

8 comments:

"Abang. Heh. Apesal abg tak bagi saya letak movie dalam laptop?"

"Budak kecik mana boleh tengok-tengok movie. Bahaya."

"Kawan kata, bukan sume movie teruk. Ada je movie Jepun yang banyak pengajaran. Story pasal family. Story pasal penyiasatan. Sal abg tak bagi sangat? Bukan budak kecik dah. Dah besar."

"Hem.. memang la.. Ada movie yang bagus-bagus. Kenapa tibe-tibe ni? Nak tengok movie ape? Exam dah habis ke?"

"Dah tu kenapa abang tak bagi saya tengok movie yang bagus-bagus? Takdelah. Saya segan la kat kawan-kawan. Saya asyik tengok movie yang same je. Satu tu je yang ada dalam laptop saya. Yang abang kasi tu je lah yang ada. Kawan-kawan saya macam-macam movie diorang tengok. Saya nak dewasa jugak."

"Dewasa tu dengan tengok movie ke?"

"Alah. Nape la payah sangat. Bukan orang mintak apa pun. Yang abg tak bagi sangat tu kenapa?"

"Fikirlah sendiri. katanya dah dewasa."

"Grrr… Cepat la cakap. Serius orang nak tahu kenapa abang tak suke sangat saya tengok movie. Bagi la saya movie yang sesuai untuk tontonan umum. Tayah bagi cite yang pelik-pelik. Kawan saya kata ada je movie yang bagus-bagus tapi takde pelik-pelik."



"Wonder. Kenapa tibe-tibe adik jadi macam ni. Sapa kata abang tak bagi tengok movie sebab ada benda pelik-pelik? Sebab 18SX? Sapa kata sebab tu? Pernah abang kata?"

"Dulu orang tanya apehal abang kata sebab saya kecik lagi."

"Kalau setakat benda pelik-pelik tu, abang tahu kamu dah reti nak jaga diri. Yang abang tak bagi kamu isi tangki hard disk kamu dengan movie tu sebab abang tak nak kamu lagha. Asyik tengok movie. Abang tahu lah. Kita sama-sama pernah dewasa dik.. Abang dah lalui time line yang kamu tengah lalui. Abang tak nak whole day kamu habiskan dengan laptop untuk movie. Banyak lagi kerja lain yang kamu boleh buat.."

"Hem… ye ke. Sayangnya abang kat saya."

"Kamu ingat abang tak kenal sapa kamu? Sayang la. Abang tak nak adik abang dok buang masa, lagha, pastu jadi bengong kepala otak sebab otak dah jadi otak movie. Abang rela adik abang otak program dari ojadi otak movie. Sekarang ada faham? Ada nak marah lagi? Nak movie ke?Nasib abang tak block FB kamu je.."

"Tanak.. Tanak. Serius terkedu. Thanks abang sebab jaga saya sampai macam tu. L"

"I should do better. Bukan tak kesian tengok adik abang asyik out of date dengan benda macam tu. Kasihan. Sebab memang abang tahu kawan-kawan kamu mesti tengok movie lah. Pastu kamu jadi bengong. Lebih baik macam tu. Tapi kan abang bagi can kat kamu bile kamu cuti. Kan abang bagi hard disk abang kalau kamu balik kampong? Tu bonus lah. Abang tak de nak penjarakan kamu.."

"Wah. Terharunya i. Tak sangka sangat.. Selama ni saya selalu memberontak bila selalu out of date bila kawan-kawan cakap pasal movie. Now I know. Thanks sangat bang sebab bagi jawapan yang.. buat saya senyap."

"Kalau abang tak jaga kamu, nanti kamu cari orang lain pulak suruh jaga kamu. Kang dosa free pulak abang dapat… Ok lah. Abang ada presentation esok. Adios."

"J Present molek-molek. Hanya Allah mampu balas usaha abang didik adik abang. Take care dear.."

"Hah! Study molek. Amigooos….!"



Perbualan YM tamat disitu. Dengan linangan air mata. (Ceyt, jiwang pulak tiba-tiba)

Memang jiwa muda saya pernah memberontak. Kini saya faham kenapa setiap kali saya simpan movie dalam laptop, mesti abang delete. Dia tak cakap banyak, dia delete je. Dan dia tinggal satu saja movie dalam laptop saya. Yukan Club. Dia nak delete, tapi saya merayu. Akhirnya tidak di'delete'. Dia tak pernah kata apa-apa kenapa saya tidak dibenarkan menonton movie. Dan malam ni dia reveal semuanya. Mana tak terharu beb. J

Dan betul lah. Saya tak pernah perasan, setiap kali saya balik bercuti, beliau mesti pulang ke rumah dengan hard disk nya. Rupanya nak bagi can. J tak pernah faham. Game yang diinstal dalam laptop saya pula, game yang menguji minda berkaitan fizik. Huh, penat main tak lepas-lepas. Akhirnya boring. J



Renungan--

Dan mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang tidak menghadiri tempat-tempat melakukan perkara-perkara yang dilarang, dan apabila mereka bertembung dengan sesuatu yang sia-sia, mereka melaluinya dengan cara membersihkan diri daripadanya.(surah Furqan Ayat 72)

Pengajaran ayat yang berwarna merah : Susah untuk kita lari dari perkara yang sia-sia, sebagai contoh, menonton movie, berborak, lepak dan sebagainya. Disini Allah memuji orang yang apabila dia bertemu dengan sesuatu yang sia-sia, maka dia meninggalkan perkara sia-sia itu. J

Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang- orang) yang apabila diberi peringatan dengan ayat-ayat keterangan Tuhan mereka, tidaklah mereka tunduk mendengarnya secara orang-orang yang pekak dan buta. (Surah Furqan Ayat 73)

Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang- orang) yang berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa. (Surah Furqan Ayat 74)

Mereka itu semuanya akan dibalas dengan mendapat tempat yang tinggi di Syurga disebabkan kesabaran mereka, dan mereka pula akan menerima penghormatan dan ucapan selamat di dalamnya,(Surah Furqan Ayat 75)



Lihat bagaimana Allah membalas dengan syurga bagi golongan hambaNya yang dinyatakan sifatnya dalam ayat 72-74.

Maka, mari kejar berusaha menjadi manusia yang berguna. J

Saling peringatkan antara kita.

Jika lepas ni saya lupa, ingatkan saya. J


 
Hamba Allah yang sering lupa,
Dhaifatul Husna.

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Kuatkan mujahadah =)

No comments:

Rimbun dan redup kasih-Mu
Kau tempatku berpayung
Di manakah lagi
Dapat ku rebahkan
Rasa gundah ini
Nun kau teguh di sana
Pengasih dan penyayang
Pun ku masih terleka
Meneguk ihsan-Mu
Walau ku sedari
Oh nyamannya, bila dipelukan rindu-Mu
Mengimbaulah sentosa
Bentangkanku permaidani
Dari baldu berwarna putih
Moga tak ku terasakan
Dugaan yang ku galas ini
Kepada-Mu titianku
Hijrahkanlah diri ini


[husna] kuatkan mujahadah. Hati perlu sekuat Nabi Ayub melalui ujianNya. J Sungguh, selepas mujahadah itu pasti VICTORY untuk kita. J

Mengcopy ayat Naqibah; Fatin Hakimah Zamani dalam SMS yang dihantar tengahari tadi,

"So don't become weak nor be sad and u'll be superior (IN VICTORY) if u're indeed (true) believers." [3:139]

Syukran atas tasji' yang sentiasa kena pada masanya. J




"Daripada Abu Hurairah katanya Rasulullah saw telah bersabda orang mukmin yang paling sempurna imannya adalah mereka yg paling elok akhlaknya dan orang yang paling baek antara kamu adalah mereka yg melakukan kebaekan kepada isteri mereka," -hadis riwayat At-Tirmizi.




"Sesungguhnya kami milik allah dan kepanya kami kembali. Ya allah berilah aku ketabahan dalam menghadapi musibah ini dan gantikan dengan yang lebih baek darinya."

Sebagai orang yang beriman yang mengamalkan doa ini, akan menambahkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah. Kita harus terima dengan redha dan sabar serta mengingatkan diri kita apa yang kita dapat didunia ini adalah pinjaman yang sementara. Dengan harapan semoga allah memberi yg lebih baek dari sebelumnya. J

bukan ringan amanah yg dipikul. maka lawanlah nafsu yg membawa pada kemunduran semangat juang.
walau dalam keadaan apa sekalipun, terus buat saya senyum biar pahit, biar susah.. terima kasih sahabat. :)



Rendu sama itu DQ. Bagaimana Quran dihatimu?

bagaimana Quran dihatimu? memandangnya saja membuatku sebak. apatah lagi mendengar alunannya. lebih-lebih lagi jika ditebuk dan berlubang-lubang, nescaya menangis tidak berlagu mengenangkan kelalaian diri dalam menjaga kalamNya. ampuni aku dan beri aku peluang untuk memperbaiki semuanya Allah. Insya Allah. restu dan redhailah aku..


Tinta hamba yang mustaghfirin,

Cikhusna J

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Bila rindu pada rumah…

6 comments:

rendu telatah mereka. :(

Bila hati terasa rindu pada rumah..

Mata rasa nak menatap wajah ibu ayah,

Mulut rasa nak makan macam-macam..

Masak lemak cili padi di N9.

Nasi dagang di Terengganu.

Laksa kuah Incik Kamarudin.

Nasi Kerabu di Kota Bharu.

Tangan rasa nak memegang stereng.

Berjalan tanpa arah tuju.

Singgah bundle beli baju.

Singgah farmasi beli vitamin.

Singgah warung beli air kelapa.

Telinga rasa nak dengar suara ayam.

Pagi-pagi ayam bising kejut bangun tidur.

Dengar kucing gaduh nak kawin.

Dengar lembu kat sawah padi.

Dengar suara ibu ayah tiap-tiap hari.

Kaki rasa nak melompat-lompat.

Main badminton di petang hari.

Ziarah rumah saudara dan kubur saban hari.

Kejar anak saudara bila bertemu kembali.

Sungguh. Rindu sangat nak balik.

Tambah-tambah dalam keadaan seperti ini.

Keadaan yang perlukan mujahadah yang tinggi.

Takpe-takpe.

Kuat-kuat. Hebat-hebat. J

Kebetulan, diajak pula ke PD. Melawat Teluk Kemang dan menziarahi Ayah Long di SiRusa. Argh. Tensi. L
Dear Abang Khalifa Taufiq Kamarudin, 18th February ulangtahun anda. Tapi anda tak pernah berubah.. tetap sama macam dulu walau dah 27 tahun. Bila anda nak matang.. wondering… J yang penting bila anda nak kawen.. J

semoga menjadi anak soleh sebelum menjadi suami soleh. :)




anak dan adik yang merindui,
dekna.

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.