♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Sunday, July 31, 2011

Perkongsian yang baek ^___^

No comments:

Dakwah itu cinta.
=)

Tertarik dengan perkongsian adik-adik di group matrikulasi PJ. Malah, merasa lega kerana ada yang prihatin dengan keadaan biah solehah di sana. Kredit kepada hamba Allah yang memulakan kempen biah solehah di PJ. (Asif, tatau keadaan di Nilai macamana.)

Sesekali melihat mereka memberi komentar dengan ideology yang pelbagai. Tersenyum, tapi kadang-kadang ada juga rasa resah gelisah dengan komentar-komentar tersebut. Masya Allah. J
Terpaksa 'rosakkan' nama pengomen lain kerana post ini dikeluarkan tanpa pengetahuan mereka dan dalam masa yang sama tidak mahu mengaibkan mana-mana pihak sama sekali. Wallahu a'lam. Menarik adik-adik ini memberi pandangan. Yang penting, JUJUR.




akhirnya ada konklusi yang baek, "TEGUR JE, HABIS CERITA"
Suka sangat bila tengok.
Harap-harap mereka dapat sesuatu.
Tahniah pada empunya post, yang membuatkan post anda menjadi tempat perkongsian yang ilmiah. =)


Perbualan ini boleh dilihat di sini, klik di link ini ye
Apapun, saya sentiasa setuju dengan perkongsian-perkongsian ilmiah yang menarik. Tapi kadang-kadang, saya sendiri takut untuk lebarkan sayap perbincangan. Bukan apa, takut saya sendiri tidak mampu untuk counter discussion yang saya mulakan. Tapi Alhamdulillah, adik-adik di matrik Berjaya. Satu usaha yang baik.

Dipersoalkan tentang biah solehah di PJ, ada yang menyuarakan rasa 'tidak kisah' dengan situasi yang berlaku (dating di café and etc). apakah sifat 'AKU TAK PEDULISM' semakin menebal dalam jiwa mahasiswa?

Sesekali terasa bagai mahu menyalahkan diri sendiri. kata dalam hati, "Aku yang tak jaga junior baik-baik." Pernah ditempelak oleh senior, "Kalau entum macam ni, entah macamana junior yang entum lahirkan!" Masya Allah, rasa mahu menangis sendiri. mungkin kami yang tidak menjalankan tugas dengan baik, wallahu a'lam.

Tapi saya kira, ia satu muhasabah yang baik agar kita sentiasa mengambil peluang dakwah sehabes baek. Agar biah solehah dan dakwah itu sentiasa harum mekar baunya di seluruh Petaling Jaya.

Dan saya kira, FB ni ada baiknya juga. Banyak manfaat kalau guna dengan berhemah. J

FB ni macam-macam ada. Kalau nak yang baik, kita dapat yang baik, kalau nak yang tak baik, kita dapat yang tak baik. Maka, pilihlah yang baik-baik. J





p/s: Esok ke Gua Musang, menghantar adik bermusafir sebentar sepanjang Ramadha di sana sebagai Imam Terawih. Pada awalnya Terangganu, kemudian diubah ke Masjid An-Nur USJ, Selangor, tapi sekali lagi diubah ke sebuah masjid di Gua Musang, saya tidak pasti nama masjid. Semoga musafirnya adinda memberi banyak peluang untuk lebih berdikari dan mendalami ilmu akhirat serta ilmu kematangan sebagai seorang yang mahu diasuh sebagai Ulama' Muktabar seiring cita-cita Ibu Ayah. Insya Allah. Moga-moga tercapai. J Allahumma Amiin.



Ala kulli hal, SALAM RAMADHAN MUBARAK. J

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Saturday, July 30, 2011

Checklist diri sendiri =,=

No comments:

Ramadhan hamper menjelang tiba. Perbanyakkanlah sesi muhasabah diri. Carilah renungan dan hadis nabi untuk dibedah. Bukan maknanya kita nak ibadah dan buat baek hanya pada bulan Ramadhan, tapi jadikan bulan yang penuh rahmat ini sebagai satu medium untuk kita lebih bersemangat mengejar kebaekan. Tak salah. Bukan bermaksud bulan-bulan yang lain kita tidak muhasabah, kita tak banyak amalan, tapi kita memperbanyakkan amalan di bulan Ramadhan, dan moga-moga momentum itu kekal ke bulan-bulan yang akan datang. Jadi, jangan takut nak berubah di Ramadhan. J

Mari renungkan 10 wasiat Imam Hassan Al-Banna. Moga-moga kita para JUNDULLAH, sentiasa muhasabah diri dengan checklist-checklist pada pejuang. Biar ada garis panduan. Jangan main hentam je. J

Selamat meng'check' diri masing-masing. Jangan renung orang lain, renung diri sendiri. J

1.Apabila mendengar azan, bangunlah bersembahyang dengan serta merta walaubagaimana keadaan sekali pun.

2. Bacalah Al- Quran, tatapilah buku-buku ilmu, pergilah ke majlis-majlis ilmu dan amalkanlah zikrullah dan janganlah membuang masa dalam perkara yang tiada memberi faedah.

3. Berusahalah untuk bertutur dalam Bahasa Arab kerana Bahasa Arab yang betul itu ialah satu-satunya syiar Islam.

4. Janganlah bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran yang kosong itu tiada memberi apa-apa jua kebaikan.

5. Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Alla itu sentiasa tenang dan tenteram.

6. Janganlah banyak bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan sungguh-sungguh dalam setiap perkara.

7. Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring itu suatu resmi yang sia-sia malah menyakiti hati orang.

8.  Jauhilah daripada mengumpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan dan janganlah bercakap melainkan apa-apa yang memberi kebaikan.

9. Berkenal-kenalanlah dengan setiap Muslim yang ditemui kerana asa gerakan dakwah kita ialah berkenal-kenalan dan berkasih sayang.

10. Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak dari  masa yang ada pada kita, oleh itu gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah perlaksanaannya
.


:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Friday, July 29, 2011

Aku Mahu Syahid… +__+

13 comments:


 

Gejolak yang membuncah memenuhi dada ini…
Bersama rasa yang rindu mendalam…
Dari hamba yang berlumur dosa dan kealpaan…
Berharap dapat bersua dengan-Mu…

Wahai Rabbul`alamiin…
Dengan taubat ku berharap…
Kuatkan jiwa ini mendatanginya…
Kukuhkan langkah kaki ini menempuhnya…
Azzamkan niat ini dalam mencapainya…

Ikhlaskan hati ini menjalaninya…
Aku rindu…aku rindu…aku rindu…
Rindu berjumpa dengan-Mu dalam SYAHADAH…
Rindu bersua dengan-Mu dalam IMAN…
Rindu bersama-Mu dalam TAUHID…
Rindu indahnya hidup dalam naungan ridha-Mu…
Syari`at ISLAM…Daulah ISLAM…Khilafah ISLAM

 
Duhai Allah yang tiada sekutu bagi-Mu…
Hantarkanlah kerinduanku ini…
Mudahkanlah…
Lapangkanlah…
Untuk raih cita-cita…
KEMULIAAN HIDUP DALAM ISLAM, ATAU
SYAHID DALAM PERJUANGAN!


 

Hidup mulia atau mati syahid! J

 
Ya Allah, izinkanlah aku Syahid seperti Hanzalah. Sedikitpun dunia tidak menggodanya dalam mengejar cintaMu. Masya Allah..   -'Abdullah Hanzalah-

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Thursday, July 28, 2011

Apek dan Manusia *__*

No comments:

Malam ni perlawanan sengit (sengit ke?), Malaysia melawan Singapura. Singa lawan Harimau? Apa-apalah. Yang penting, TV memang kena booked dah kat kaum muslimin yang ada kat rumah ni (dua orang je pun). 'Terpaksa' jugaklah menjeling. Sesekali tengok Khairul Fahmi beraksi, hebat! Dalam surat khabar Sinar Harian, katanya Khairul Fahmi mungkin tak bermain malam ni, eh, tiba-tiba Nampak kat padang bola. Semangat habis semua penonton. Mereka ternanti-nanti Apek (Khairul Fahmi) beraksi. J

Setiap kali Khairul Fahmi Berjaya menempis serangan bertalu-talu dari pihak lawan, semua orang bersorak-sorai. Macam-macam dialog ada.


Apek dengan TGNA. =)

"Apek, I love you forever!"

"Kalau Apek masuk padang, confirm kita menang!"

"Hoo. Apek makan apa hari ni? Hebat. Hebat!"

"Apek kaki emas Harimau Malaya!"

"Apek, cerah masa depan Malaysia keranamu!"

Pelbagailah yang pentingnya. Kadang-kadang menggeleng kepala juga baca status pelik-pelik. Terutama dari sister. Bukan nak marah, tapi tak manis puji melebih-lebih anak teruna orang tu. J

Bila Apek melebarkan tangannya menghalang bola memasuki jaringan gol, semua manusia memujinya.

Tapi sayang, bila sepakan dari pemain Singapura melepasi kawalan Apek dan bola menerjang ke jaringan gol, sorakan dari pihak lawan menjulang ke langit. Dan penyokong Malaysia berhenti memuji, malah ada yang terkutuk.

Aksi Khairul Fahmi dinanti-nanti oleh peminatnya.

"Apa la Apek, dah tak ada semangat lah tu bila dah sumbat satu gol tadi."

"Apek ni ingat tunang ke? Khayal pulak!"

Masya Allah. Manusia. Memang tidak boleh lari dari fitrahnya begitu. Bila keadaan menyebelahinya, dipujinya habis-habisan. Bila keadaan tak menyebelahinya, dikutuknya habis-habisan.


Sama juga, bila Allah beri nikmat, manusia mengangkat tangan memuji Allah, khusyuk dalam ibadah, semangat dengan amal soleh. Tapi bila Allah uji dengan ujian yang sedikit, terus lupa pada nikmat yang banyak. Mempersoalkan keadilan Allah, persoalkan kasih sayang Allah. Terus jadi buta dengan segala nikmat yang banyaaaaak Allah beri sebelumnya.
Ujian yang sedikit sudah boleh melunturkan syukur pada nikmat yang banyak. Manusia, memang mudah lupa.

Berbalik kepada situasi Apek, sudah 10 cubaan menjaringkan gol oleh pihak lawan, dan salah satu cubaannya pihak lawan Berjaya menerobos gol Negara Malaysia. Lantas Apek diperkotak-katikkan. Mungkin orang ramai tak Nampak, dah 10 cubaan Apek Berjaya tangkis, Cuma satu satu yang terlepas. Kenapa mereka memandang yang satu itu tapi tidak memandang yang 10 itu? J

ujian itu ibarat SMS CINTA dari Allah, menguji, samada hambanya setia atau derhaka. =)


Maka, pandanglah nikmatnya yang banyak, berbanding ujiannya yang sedikit. Kerana setiap kali kita melihat pada ujian, tentu kita akan rasa susah hati dan tidak tenteram, sedangkan setiap kali kita diberi kemenangan, kita selalu mengatakan ini semua dari Tuhan. 
Ada juga orang macam ni. J

Banyak dan ramai. J

Yang penting, mari kita elakkan bersikap pesimis seperti itu. Kita kena optimis. Ujian Allah beri itu, insya Allah, gugur dosa-dosa kita, insya Allah ringan azab kita di sana. Siapa tahu? Jadi jangan mengeluh dengan ujian ya! J
Cuba teka ini follower blog sapa sampai 15 ribu! Masya Allah, first time jumpa ni~
tengok betul-betul jumlah follower nya!

Inilah blog tersebut..
macamana boleh dapat terlalu lalu ramai follower? 
Sebab...
sebab penulis blog ini adalah tunang si Khairul Fahmi. Wah, terkena tempiasnya. Erk, no komen.

Wallahu a'lam. J

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Pesan IBU beribu-ribu -__-

2 comments:

Seorang Ibu, tidak pernah terlintas mahukan keburukan buat anaknya. Sentiasa seorang Ibu memikirkan apakah yang terbaik untuk anaknya. Mahu anaknya sihat tubuh badan, serta sihat iman dan amalan. Itulah Ibu. Semua IBU kat dunia ni, sentiasa berusaha memberikan yang paling baik untuk anak-anaknya. Maka, hargailah pesanan ibu anda walaupun sepatah perkataan. J




Sebelum ni, mari hayati dulu kisah sahabat di zaman Rasulullah.

Suatu saat Rasulullah saw bercerita kepada para sahabat, “Sungguh, kelak ada orang yang termasuk tabi’in terbaik yang bernama Uwais. Dia memiliki seorang ibu, dan dia sangat berbakti kepadanya. Sehingga, kalau dia mau berdoa kepada Allah, pasti Allah akan mengabulkan doanya. Dia punya sedikit bekas penyakit kusta. Oleh karena itu, perintahkan dia untuk berdoa, niscaya dia akan memintakan ampun untuk kalian.” (HR Muslim).
Bernama lengkap Uwais Al-Qarni, ia tinggal bersama ibunya di negeri Yaman. Setiap hari ia menggembalakan haiwan milik orang lain. Upah yang diterimanya cukup untuk menampung hidup bersama ibunya. Bila ada kelebihan dari upahnya itu terkadang ia berikan kepada tetangganya yang kekurangan.
Ia termasuk orang yang taat beribadah, selalu menjalankan ajaran yang dibawa Rasulullah Saw. Ia punya suatu keinginan yang belum terlaksana sejak lama yaitu bertemu dengan Rasulullah Saw. Keinginan itu kian memuncak setiap kali melihat tetangganya yang baru pulang dari Madinah dan sempat bertemu Rasulullah saw. Tetapi apa daya, ibunya sudah tua  dan sangat lemah. Ia begitu menyayanginya sehingga tak sanggup meninggalkannya sendiri.
Semakin hari kerinduan bertemu Rasulullah saw berkobar-kobar. Ia sangat gelisah mengingat-ingat itu. Suatu hari kerinduannya tak tertahan lagi, ia memberanikan diri mengungkapkan perasaan itu kepada ibunya. Mendengar curahan hati anaknya, ibunya terharu, ia pun diizinkan menemui Rasulullah saw.
Namun kerinduan itu tak sempat terubati karena saat ia datang, Rasulullah saw sedang tak berada di rumah. Ingin sekali ia menunggu, tetapi ia teringat pesan ibunya untuk segera pulang. Ia pun memilih taat ibunya dan segera memohon diri pada ‘Aisyah.
Ketika Rasulullah Saw kembali, beliau menanyakan tentang seseorang yang mencarinya. ‘Aisyah menjelaskan kedatangan Uwais. Kemudian Rasulullah Saw mengatakan Uwais yang taat pada ibunya itu penghuni langit. Rasulullah Saw meneruskan keterangan tentang Uwais kepada para sahabat. Seraya memandang Ali dan beliau mengatakan, “Suatu ketika jika kalian bertemu dengan Uwais mintalah doa dan istighfar darinya.”

"Kakak nanti kat Kuantan, belajar sungguh-sungguh. Jangan main-main lagi. kalau boleh, belajar jangan sampai ijazah je, biar buleh sambung master. Jangan fikir benda lain, fikir belajar, belajar, belajar."

"Ooo. Hem, 'persatuan'?"

"Yelah, 'persatuan' tu tak apalah. Tapi waktu belajar, belajar sungguh-sungguh, waktu 'persatuan', buat juga sungguh-sungguh."

Terima kasih Ibu kerana memahami 'jiwa muda' anakmu ini. J

Dalam hati, terfikir, Nampak macam tak ada peluang nak kahwin masa belajar ni.

Dua tiga hari lepas tu,

"Kakak kat Kuantan nanti boleh la start cari-cari calon."

"Eh? Hari tu kata suruh belajar sungguh-sungguh?"

"Belajar tu belajar la. Belajar dengan 'persatuan' tu main course, cari calon tu sub-course. Kena juga usaha."

Wah, greenlight ni. J

"Haha. Nak cari calon macamana eh?" saja menyoal, meminta pendapat Ibu.

"Letak pilihan AGAMA di hadapan, tentu CINTA akan mengikut di belakang."
Wah, menarik nasihat Ibu kali ini.

"Lagipun, kahwin ni jangan ingat untuk diri sendiri. bukan untuk diri sendiri. kahwin ni untuk agama, untuk akhirat. Kalau fikir untuk diri sendiri, tentu CINTA yang dinilai pertama-tama. Jangan macam tu. Cari agama dulu, cinta pelengkap rumah tangga. Agama tu tiang pada rumah tangga."
Akhirnya saya mengangguk, sambil tergelak. Gelak sebab terfikir, "Layak ke nak dapat orang hebat 'agama'nya tu? Setakat mana sangatlah kita ni." J

mum with her lovely daughet and dua cucunya. =)


Seronok meluangkan masa dengan Ibu dan Ayah. Macam-macam pesanan ada. Ibu ayah lah pengubat hati, waktu sedih, gembira, ketawa, menangis. J

**Hari ini, Ayahanda terpaksa ke hospital. Dah berminggu Ayah asyik sakit. Tapi refuse setiap kali diajak ke hospital. Tapi hari ni terpaksa juga nampaknya, tak tahan sakit. Disahkan menghidap penyakit jantung. Masya Allah. Patutlah Ayah selalu tak sihat akhir-akhir ni. L Semoga Allah memberi yang terbaek untuk Ayahanda.

**Hari ini juga ulangtahun kelahiran adik tunggal saya, Khalil Ridha yang ke-15. Dan sama tarikh juga dengan ulangtahun kelahiran anak saudara saya, Ahmad Naim bin Khairil Sedqi yang ke-2. Semoga Allah merahmati Ridha dan Naim dan semoga umur mereka diberkati oleh Allah. Insya Allah. J

wah, cikna rindu jugak lah dekat Ali. Ali kejar Abang Naim ye? Baiknya Abang Naim senyuuuum je. sukalah tengok Abang Naim senyum. Ali dah memang suka senyum. Wah, rindu semua anak buah CIkna. Nanti raya kita jumpa ye ^__^


Ahmad Naim dan Abinya. (mencapub je abi dia ni. =))

Ahmad Naim dengan kudanya di Kampung. Im, bila nak naik kuda yang betul punya ni? Tak best la yang plastik je. Jom ajak Abi jom main kuda betul-betul. Baru Masyukkk.. Ikut sunnah lagi. =) Sayang Naim sangat. =)


Si anak buah sulong ni pun selalu dirindui sokmo. Rindu cikna nak kawan dengan Munir. Cepat-cepat balik, cikna tunggu. =)


dan mestilah tak lupa, anak sedara tunggal WANITA. ehee. RIndu nak gaduh dengan Aleeya. Nanti Aleeya balik Kampung kita rebut-rebut Adik Nuyah lagi deh ^___^
take care!

p/s: Kena letak semua gambar anak saudara, kalau tak nanti ada yang cemburu pula. Merajuk susah nak pujuk. ^___^



Wallahu a'lam. Semoga Allah menjadikan hari-hari yang dilalui penuh muhasabah dan semakin meningkat rasa CINTA pada Ilahi, insya Allah....

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

010811- Ramadhan 2011

No comments:

Demikianlah tarikh yang direncanakan bermulanya puasa. Insya Allah, kebiasaannya, tarikh yang diletakkan dalam calendar, sama saja walaupun bila dah tengok anak bulan. Tapi apa-apa pun, kita tunggu jugak Penyimpan Mohor Besar Diraja umumkan tarikh rasmi 1 Ramadhan.
 Insya Allah, ada pelbagai perasaan bila nak dekat dengan Ramadhan ni. Antara yang terlintas kat benak hati, "Boleh ke aku istiqamah dengan KPI aku untuk Ramadhan kali ni?"




Bukan tidak percaya pada diri, tapi mengikut pengalaman-pengalaman lepas, selalunya panas awal-awal Ramadhan, kat tengah-tengah Ramadhan tu suam-suam kuku, bila nak hujung-hujung tu baru menggelegak balik. Masya Allah. Jadi, persoalan yang timbul itu, sebagai satu post-mortem, bagaimana nak kekalkan momentum ibadah dengan efektif. Insya Allah.

Alhamdulillah, Ramadhan kali ini fully puasa di rumah. Ada plan nak ke Johor dan Seremban, tapi setakat ini masih 'beku'. Kadang-kadang terfikir, apa salahnya habiskan Ramadhan tahun ni dengan Ibu Ayah, mungkin ini Ramadhan terakhir bersama mereka, samada mereka yang meninggalkan saya, atau saya yang meninggalkan mereka, wallahu a'lam. Yang pasti, bila ajal mendatang, tidak akan lewat walau sesaat dan tidak cepat walau sesaat. Maka, beringatlah akan MATI dan bersedialah untuknya. Insya Allah. J

Tahun ni, pasti rindu pada Petaling Jaya dan terlebih rindu dengan Ramadhan Mubarak di Darul Quran.
Kalau di Darul Quran, bila tiba Ramadhan, rutin ke Dewan Makan (DM) tidak diulang 4 kali sehari lagi. kalau ada yang rajin, turun bersahur di DM seawall jam 4.30 pagi. Tapi saya memilih untuk bersahur di bilik dengan kurma dan Jacob. Kadang-kadang, sempat makan kurma 3 biji kurma serta buah tiin saja. Penyakit malas nak pakai jubah, malas nak turun tangga, menyebabkan golongan-golongan ini tidak turun bersahur, walaupun nasi dan makanan sahur sudah disediakan, orang hidang lagi, tinggal makan saja. Wah, nikmatnya hidup di Darul Quran. J Kadang-kadang kalau terbangun awal pagi pun, lebih memilih untuk mencari 'modal' untuk tasmik. Semangat mujahadah begitu tinggi. Kalaulah semangat yang sama ada sampai sekarang, masya ALLAH! Paling seronok Subuh di Darul Quran. Kesejukan dingin pagi tatkala melalui rumput-rumput hijau, berlatar belakangkan tasik, berjalan menuju ke Masjid. Sejuknya sampai ke tulang sum-sum! Tapi terubat dengan bacaan-bacaan dari Imam-Imam yang sungguh syahdu dan merdu. Alhamdulillah. pelbagai lagu pulak tu. Mana nak cari, susah dah. J

Waktu kat DQ lah, paling seronok, sebab selalu jemaah 5 waktu setiap hari di Masjid. Alhamdulillah. tapi sekarang susah dah nak ulang sejarah itu. Subhanallah. Lepas berbuka puasa, kadang-kadang beli makanan di café, kadang-kadang ambil makanan di dewan makan, dan kalau yang lagi semangat, keluar ke Bazar Ramadhan di Kuala Kubu Bharu. Selepas azan Maghrib, cepat-cepat bukak puasa, kemudian berkejar-kejar ke Masjid, nak dapat takbir pertamalah katakan. J Seronok benar kenangan 'takbir pertama', bila teringat, asyik rasa nak senyum je. Ish2.. Lepas Solat Maghrib, macam biasa cari modal. Kemudian, solat Isyak dan terawih ramai-ramai. Waktu Ramadhan ni memang saff penuh sampai ke belakang. Kadang-kadang tak muat! Kalau bulan biasa, paling ramai pun 4-5 saff saja. Tapi kalau bulan Ramadhan, sampai ke depan saffnya. Masya Allah. Kagum sungguh dengan barakah bulan Ramadhan. Kemudian, ada tazkirah. Saya masih ingat, tazkirah yang membuat saya sayu dan menitiskan air mata dengan kisah Nabi Yusuf yang disampaikan oleh Ustaz Ihsan Fadhli, waktu itu YDP Darul Quran, mantop orangnya. Tazkirah yang disampaikan saban malam sepanjang Ramadhan, benar-benar bermakna, ada input dan pengajarannya.
Alhamdulillah. selepas terawih, kami teruskan usaha cari modal. Saya lebih suka bermastautin di masjid berbanding bilik. Kalau di bilik, konsentrasi mencari modal terganggu dengan banyak benda, ada tetamu datanglah, tetiba rasa nak kemas mejalah, tetiba rasa nak melawat bilik oranglah,macam-macam rasa timbul, kadang-kadang jadi rajin tak tentu pasal. Kalau di Masjid, tenang dan focus juga lebih baik. Lepas cari modal, dalam perjalanan pulang, ada orang sediakan moreh. Kadang-kadang kuih, bihun goreng, bubur lambuk dan macam-macam lagilah. Seronok. Bawa balik ke bilik dan makan ramai-ramai. Kadang-kadang, tak boleh nak focus baca Quran sebab terfikir, "Malam ni moreh apa ye?" Kenangan sungguh. J

selipar sisters di surau KC waktu Ramadhan. kalau bukan Ramadhan, susah benar nak tengok macam ni. Alhamdulillah.....


Berbeza pula suasananya di Petaling Jaya. Kalau nak ke masjid tu, macam liat sikit, sebab jauh. (alasan.. alasan) Biasanya berterawih di surau KC, atau di level 5 punya surau. Banyak kenangan sangat di surau level 5. J Kadang-kadang jadi imam solat terawih, pakej terus dengan jadi bilalahnya. J Seronok. Waktu ni semangat belajar jadi bilalah. Sampai sekarang pun dah masyi apa yang bilal baca. Kalau sahur pula, sama saja, dengan tiga biji kurma, kadang-kadang ada roti, kalau bernasib baik, ada nasi lemak yang dibeli pada waktu malamnya. Walaupun ada kedai yang dibuka untuk makan sahur, tapi memilih untuk makan di bilik. Nak efektifkan masa, untuk qiam, baca Quran dan sebagainya. Kalau turun makan, dah banyak burn masa. (alasan.. alasan..) takpe, yang penting, kita sahur juga, ambil berkat sahur. Jangan sampai malas nak bangun untuk sahur, itu memang teruk sangat tu. J
Kalau buka puasa pula, selalu cari peluang iftar murah. Bayar RM1, dapat makan nasi lauk ayam dengan air siap hidang. Best juga. Save bajet. Kadang-kadang ada iftar dengan anak-anak yatim dan ibu tunggal. Menarik sungguh. Kat AMF jadi sasarannya. Makan dalam talam. Kadang-kadang terus terawih kat AMF. Sejuk air-cond, memang khusyuk lah, selesa. J (demand.. demand..) Yang lagi seronok, iftar dengan sahabat-sahabat kat bilik. Macam-macam selera ada. Ada yang suka ikan bakar, kerang bakar, air carrot, susu. Masya Allah, selera memang macam-macam. Waktu nak buka puasa, penuh makanan, kadang-kadang sampai tak habis. (nafsu..nafsu..) Seronok membeli. Kadang-kadang keluar ke bazaar ramadhan. Tapi saya jarang keluar, selalu kirim saja pada yang rajin keluar. Jauh nak jalan ke main gate pun rasa malas.

Itulah, kenangan yang pelbagai. Tak kira lagi dengan event-event lain. Subhanallah, terlalu banyak memori rupanya. Bukan sedikit,kalau nak diulang tayang semuanya, mahunya berminggu-minggu. (macamanalah kat Padang Mahsyar nanti bila semua amalan dunia di'siar'kan oleh Allah. Muhasabah. )

Dan kali ni, tiada lagi terawih di masjid Darul Quran, tiada lagi iftar di AMF, kembali kepada zaman kanak-kanak semula, berpuasa di bawah ketiak mak ayah. J

Mungkin tahun ini, Allah mahu ibadah puasa lebih berkualiti. Tanpa kelas yang memenatkan, tanpa assignment yang perl disiapkan, tanpa program yang perlu dihandle, Allah beri peluang tahun ni untuk ibadah habis-habisan di bulan Ramadhan. 
Apa lagi nikmat yang boleh kita dustakan? Kalau kat rumah, insya Allah, sahur dengan nasi, lauk apa pun tak kisah, lalu je nak telan, kadang-kadang telur mata pun sedap. Tiap-tiap hari sahur telur mata letak kicap pun takpa. Alhamdulillah Allah bagi nafsu makan sahur yang molek. Ada setengah orang tu sampai demand macam-macam untuk sahur. Sudah lah begitu, tidak ada komitmen lain. Kalau saya sendiri, sekarang sudah tidak bekerja, duduk 'goyang kaki' di rumah. Banyak masa terluang. Jadi masa luang ni boleh banyak-banyak isi dengan amal soleh di bulan Ramadhan. Kalau Ramadhan kat Darul Quran dank at Petaling Jaya boleh khatam 30 juzuk Al-Quran, kat rumah ni boleh try buat dua juzk sehari pula. Mana tahu boleh khatam 60 juzuk untuk Ramadhan tahun ni. Tentu boleh kalau ada mujahadah yang kuat. Paling tidak pun, kuatkan amalan sunnat yang lain seperti solat sunnat, qiam tu tentu dah wajib, zikir, tambah ilmu dan tsaqafah dan macam-macam lah.

Jangan pula mentang-mentang di rumah, asyik fikir nak buat kuih raya apa, langsir nak tukar ke tak, nak basuh itu, nak basuh ini. Bukan tak boleh, boleh, itupun ibadah juga. Apa salahnya tolong mak buat kuih, basuh langsir, tapi jangan sampai obsess sangat sampai amal soleh terbengkalai. J Aulakan yang lebih aula. J

Persiapan hari raya tu perlu juga. Buatlah sedikit demi sedikit. Esok, tentative keluarga saya, insya Allah nak selesaikan urusan cari baju raya. Setelkan semuanya sebelum puasa, supaya bulan puasa nanti, focus pada benda lain pula. Insya Allah.

Kali ni, saya berpuasa sebagai anak tunggal lagi. (sokmo gini..) ingatkan adik bakal menemani saya berpuasa di rumah. Tapi rupanya tidak. Adik dapat tugasan menjadi iman terawih di Kuala Terengganu. Masya Allah, jauh. Ibu pun macam susah nak lepas, tapi keinginan adik sendiri menyebabkan Ibu tak menghalang. Memang adik saya semangat nak jadi imam terawih. Pada mulanya, dihantar ke Selangor, tapi Ibu memang berat hati, kemudian, tukar ke Kuala Terengganu. Insya Allah lebih tenang, kata Ibu. Biasalah, anak bongsu. Tambah-tambah, adik tak pernah keluar negeri, selalu dalam Kelate saja, selalu ibu boleh jenguk bila-bila masa. Tapi kali ni, jauh. Insya Allah, kami sekeluarga berhajat ke Terengganu hari Ahad nanti. Kata Ibu nak tengok penginapan, makan minum adik kat sana macamana. Risau beanr kat anak bongsu mereka nampaknya. Maklumlah, umur adik pun baru 15 tahun. Muda lagi untuk hidup di tempat orang dan berdikari. Takpe, tarbiyyah untuk adik, insya Allah. J

Kagum den kat dia, Quran masyi, baca sedap, Alhamdulillah, tercapai hasrat ibu ayah, insya Allah. J

Demikian saja coretan Ramadhan dari saya. Tidak ada yang istimewa melainkan disebabkan keistimewaan Ramadhan itu sendiri, maka istimewalah semuanya. Masya Allah. 
Mari bersedia untuk Ramadhan yang lebih berkualiti. J



Sehingga bertemu lagi,

Wallahu a'lam. J

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Tuesday, July 26, 2011

Tegur SALAH, tak tegur pun SALAH!

4 comments:



assalamualaikum, kebelakangan ini saya selalu memikirkan bagaimana untuk saya menasihati kawan saya dan mengajaknya kearah kebaikan tanpa menyakiti perasannya... apabila saya ingin menegurnya saya takut dia tersinggung..harap saudari dapat bantu
inilah soalannya di formspring saya. menggunakan identiti sebagai anonymous. Ahlan bik ya Ukhtah. =)

Demikian soalan dari Formspring saya. Pertama kali membaca soalan ini, saya tersenyum. Soalan yang sama selalu bermain di benak hati saya. Benar susah. Tak mudah. Bukan mudah nak menjawab persoalan sebegini. Sehingga kini, saya sendiri masih belum ketemu cara yang paling efektif. Tapi saya kira, ada beberapa usaha yang boleh dikongsikan bersama. Sekadar perkongsian mengikut pengalaman dan pemerhatian saya semata-mata, tidak lebih dari itu. Sebelum tu, izinkan saya menyuarakan pendapat berkenaan soalan diatas, (maaf kepada yg bertanya), 'kawan' disini bermaksud kawan yang bagaimana? Kawan rapat atau kawan kenalan atau kawan sampingan (ada ke?) atau kawan yang bagaimana? Tak mengapa. Mari kita berkongsi secara umumi. J

dakwah itu adalah CINTA. =)


Pertama sekali, pada pendapat saya, kita mesti kenal siapa sasaran (mad'u) kita yang ingin kita seru kearah kebaekan (dakwah). Kenapa KENAL yang mesti dihighlighkan disini, biar analogi ini menjawab persoalan itu. Katakan anda mempunyai 2buah kereta, sebuah kereta berjenama Honda Civic dan sebuah lagi kereta Proton Wira. Sebelum memandu, tentu anda perlu tahu tentang kereta itu terlebih dahulu. Contoh, kereta Honda Civic sebuah kereta yang otomatik berbeza dengan Proton Wira yang manual gearnya. Selain itu, Honda Civic menggunakan system berkomputer, sedangkan tidak bagi Proton Wira. Maka, bila anda KENAL kereta itu, tentu sangat mudah untuk anda pandunya dengan begitu baik sekali. Betul kan? J Begitulah manusia. Bila kita KENAL dia BAGAIMANA, tentu mudah untuk kita mendekat, malah mudah untuk kita 'pandu' dengan nasihat-nasihat dan seruan kepada kebaekan. Insya Allah.

Yang kedua, FAHAM. Faham merupakan 'rukun' yang cukup penting dalam apa saja urusan. Kalau kita guna analogi yang sama, kereta Honda Civic dan Proton Wira tadi. Kereta Honda Civic hendaklah dipandu menggunakan skill otomatik dan berbeza dengan Proton Wira yang perlukan skill manual gear. Itu berbeza. Maka, perlunya 'layanan' yang berbeza. Jadi, suka untuk saya katakan disini, jangan melayan 'mad'u' kita sama dengan diri kita sendiri. jangan pernah samakan kita dengan sahabat kita. Walaupun mungkin kita berasal dari kampong yang sama, sekolah yang sama, university yang sama. Lagikan adik beradik tidak sama, inikan pula sahabat. Hebatnya Tuhan menjadikan manusia berlain-lain sikap dan acuan. Masya Allah. Maka, kita kena FAHAM, bahawa sahabat kita bukan kita. Maka, cara untuk serunya pada kebaekan juga tidak boleh sama dengan kita. Contoh, kita bila dengar Ustaz bagi ceramah, kita dah insaf sampai nangis-nangis, tapi berbeza dengan dia. Kita nangis, dia biasa saja. Itu normal. Masing-masing ada 'hot spot' yang tersendiri. Sebab itulah pertama sekali kita kena KENAL kemudian FAHAM akan hukum ALAM yang diciptakan Al-Khaliq, yakni manusia tidak sama. Subhanallah! J

dakwah itu adalah ibadah. Maka sabarlah dalam dakwah. =)


Seterusnya, selepas kita sudah KENAL dan FAHAM, tibanya untuk kita melakukan 'action'. Action yang bagaimana? Action yang sesuai untuk sahabat kita bertindak balas dengan action yang kita kenakan (react). Ini bahagian yang paling sukar untuk mencari di mana 'hot spot' sahabat kita. Tentunya sahabat punya kelebihan dan punya kekurangannya. Jadi, untuk bertindak, memerlukan kreativiti kita (creative thinking). Ini yang saya sendiri merasakan cukup susah. Namun begitu, sekiranya kita melepasi fasa pertama iaitu KENAL dan fasa kedua iaitu FAHAM dengan sebaek mungkin, tentu kita tak ada masalah untuk mengenakan 'action' yang baek pada 'hot spot'nya supaya dia 'react' dengan baik. Insya Allah.

dakwah bil hal. dakwah terbaek. 

Nasihat. Addinunnasihah. (rujuk hadis 40).agama itu adalah nasihat. Apa maksud nasihat? Tidak semestinya kata-kata, tidak semestinya ceramah panjang lebar atau yang lebih kasar, 'condemn'. Bukan itu tafsiran nasihat. Ada dakwah billisan, seperti kata-kata nasihat dan tulisan-tulisan hikmat dan ada dakwah bil hal. Sesungguhnya, yang paling baik adalah dakwah bilhal. Kalau tak silap, itu kata-kata ulamak, tapi kurang ingat, siapa. (akan dirujuk kemudian,insya Allah). Tentu bukan biasa-biasa, dakwah bil hal adalah dakwah yang cukup indah. Jangan menyangkakan, saya memakai tudung labuh, memakai jubah, menutup aurat dengan sempurna, maka saya sudah sempurna dalam dakwah bilhal. Tidak. Itu silap. Dakwah bilhal ayng sempurna adalah setiap gerak langkah serta kelakuannya meskipun sekecil zarah hingga ke sebesar-besar perbuatan, itulah dakwah. Termasuk semuanya. Merangkumi semuanya. Sebab itu, dakwah dengan perbuatan adalah sebaek-baek dakwah.

tetap menjaga ukhuwwah dalam dakwah.

Baiklah, macam banyak pulak merepeknya. Maaflah, kalau dah menulis tu banyak yang nak dicerita, tak habis. Nasib menulis, reti juga rasa penat tangan, kalau bercakap, lagilah panjang lebar. J

Secara praktikalnya, saya lebih suka mengklasifikasikan kepada beberapa bahagian.

  1. Sahabat baik
kalau sahabat yang ingin diseur itu sahabat yang baek, selalulah bersamanya. Apabila selalu bersama, lebih banyak peluang untuk kita berdakwah. Ikhlaslah menemaninya serta niat untuk menegurnya. Apabila sering bersama, gunakanlah peluang itu untuk sedikit demi sedikit membawanya menuju 'cahaya' disamping dalam masa yang sama, tunjukkan juga minat kita untuk menuju 'cahaya' tersebut. Contohnya kita nak seru sahabat supaya baca Quran. Apabila selalu bersama, pesan padanya untuk baca Quran. Tak cukup sekadar pesan, kalau boleh, kita sama-sama dengan dia membaca Quran. Baru betul. Ramai orang sekarang, bila menasihati kawan baek, dia suka 'sembur' dengan ceramah panjang-panjang, lepas tu tinggal macam tu saja. Kan lagi elok kalau lepas 'sembur' tu,kita sama-sama dengan sahabat kita membuat kebaekan. Ajaknya setiap kali kita nak buat kebaekan. Jangan pernah tunjuk bahawa kita lebih baek dari dia. Tapi tunjukkan bahawa kita dan sahabat kita sama-sama berminat dan mahu mencari jalan kebaekan. Insya Allah. Kebersamaan itu kuat auranya. Saya yakin, kalau kita selalu bersama dan lakukan maaruf bersama-sama, mudah urusan kita untuk dakwah padanya. Bila dia percaya pada kita, insya Allah, dia sendiri akan mencari dan mendampingi kita.

  1. Sahabat biasa
Kalau dia bukan sahabat yang akrab dengan kita, maknanya tak selalu bersama, maka perlahan-lahannya 'menuai' dan jangan gelojoh mahukan hasilnya. Mulakan dengan perkara-perkara kecil seperti mengajaknya berbual bersama,makan bersama dan membuat aktiviti yang digemari bersama. Lakukan usaha-usaha yang dipandang kecil, contohnya, cuba minta pendapatnya tentang apa-apa masalah berkenaan hukum agama. Contoh, cuba tanya pendapatnya, "Apa pendapat awak tentang couple eh?" Mulakan perbualan dengan 'non-official'. Bila dia utarakan pendapatnya, terima saja dan hargai. Biar dia rasa kita hargai dia. Kemudian, kita carilah artikel-artikel yang berkaitan couple dari Ustaz Hasrizal ke, beri kepadanya. Kemudian, selepas itu, tanya lagi pendapatnya. Tentu berbeza pendapatnya yang sebelum membaca artikel dan selepas membaca artikel. Insya Allah. Yang penting, kita jangan memandang remeh dengan usaha kecil. Kalau sahabat yang biasa-biasa saja dengan kita, kita gunakan pendekatan yang lebih halus dan lembut. Biar lambat, asalkan tercapai matlamat. Ramai orang yang gelojoh dalam soal dakwah, hasilnya? Hasilnya mad'u lari entah kemana. Lebih teruk, mad'u memandang 'hina' pada golongan-golongan daie. Nauzubillah. Jangan gelojoh. Mesti BERHIKMAH. Insya Allah. Mungkin boleh baca ini (link) dan ini (link). Kesabaran juga adalah aspek yang cukup penting insya Allah. J

Dari dunia hendak ke syurga. =)


Rasanya sekadar itu perkongsian saya. Sekadar perkongsian yang sederhana. Menulis sementara menunggu azan Isya' berkumandang. Terima kasih kepada yang bertanya. Dalam masa yang sama, menyedarkan saya dan membuatkan saya berfikir. J

Pesanan saya kesekian kalinya, dalam usaha dakwah, kita perlu pada SABAR dan perlu pada HIKMAH. Dan jangan sesekali pun kita pula, ALLAH yang memegang hati-hati manusia. Maka, jangan henti berdoa dan berdoa. 
Tahniah kepada yang bertanya kerana punya kesedaran yang tinggi dalam dakwah malah berusaha mencari jalan terbaek tanpa menyinggung perasaan sahabat. Moga balasan Allah besar untukmu, Cik Anonymous. J

Akhirul kalam, perasaan 'tegur salah, tak tegur pun salah' tak patut ada dalam hati kecil kita. Mesti usaha dan jangan pernah berhenti untuk berdakwah dan teruskan berdakwah.

Kata Guru saya, Ustaz Muhadir, "Dalam urusan dakwah, tidak ada noktah dan titik. Tidak ada perkataan putus asa dan berhenti. Mesti teruskan dan teruskan." Insya Allah, saya pegang pesan ini. Mesti teruskan dakwah, walaupun dengan sekecil-kecil usaha. 
Wallahu a'lam.


oh, ini ada lagi satu soalan yang saya kira SANGAT MENARIK. =)
Pun dari anonymous. Syukran Ukhtah kerana bertanya. =)


:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

formspring.me

No comments:
Ask me anything http://formspring.me/husnataqwa
:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Monday, July 25, 2011

Hak yang tidak tertunai ^___^

5 comments:

Pada zaman Rasulullah, ada dua orang sahabat baik yang bekerja sebagai pengembala kambing. Pada suatu hari, sahabatnya yang pertama bertanya kepada sahabatnya yang kedua.

"Apakah benar engkau sahabatku yang sebenar benar sahabat??

aku rindu sahabat T-T


Maka sahabatnya yang kedua menjawab,

"bukan kah kita telah bersama semenjak masih kecil dan membesar bersama-sama? Aku tidak pernah mengkhianati dirimu.. Apa lagi yang mampu aku jadikan bukti bahawa aku benar-benar sahabat mu??

Sahabat yang pertama tadi membentak "Sesungguhnya kamu lah manusia paling pendusta"

Sahabatnya kedua tadi kehairanan dan bertanya apakah kesalahannya sehingga sahabatnya itu melayannya seperti itu.

Sahabat pertama tadi menjawab, "Pulanglah kau kerumah, cari lah jawapannya, dan esok datanglah kau berjumpa aku."

Sehari harian, sahabat kedua tadi mencari punca dia dimarahi oleh sahabatnya. Sedangkan sahabatnya itu tidak pernah berkelakuan seperti itu sebelum ini. Keesokan harinya, pergilah dia bertemu dengan sahabatnya itu.

"Wahai sahabat, puas sudah aku mencari jawapan untuk soalan mu...tapi tidak juga kutemui.." katanya sambil menangis. "Katakanlah wahai sahabat..apa kesalahanku??"

Sahabat yang pertama merenung wajah sahabat kedua.

"Pernahkah kau mengingatkann aku supaya mengucapkan dua kalimah syahadah, atau berselawat keatas junjungan ketika kita berehat dari lelah bekerja dan bersembang kosong??" sahabatnya menggeleng.

"Pernahkah kau mengingatkan aku supaya segera solat dan kebaikan segera bersolat setiap kali azan dikumandangkan??"

sahabatnya menggelengkan kepala lagi. "Pernahkah kau menasihatkan aku supaya bepuasa setiap hari pada bulan ramadhan?? " Sahabatnya menggeleng lagi.

"Pernah juga kah kau mengingatkan aku mengenai tanggungjawab ku supaya berzakat?? "

Sahabatnya menggeleng lagi seraya menangis.

Namun sahabat pertama tadi mneruskan soalannya.

"Dan soalan ku yang terakhir... Pernahkah kau mengajak aku menunaikan haji setiap kali kita dikurniakan lebihan rezeki?"

Sahabat kedua mendiamkann diri sambil menengis teresak esak.

"Tidak pernah bukan?? Maka tidak layaklah engkau bergelar sahabat padaku. Engkau tidak pernah membantu aku melarikan diri dari neraka jahanam. Pergilah kau...mulai hari ini kita bukan lagi sahabat."


***

Hamba berdosa ini memohon maaf sekiranya saya tidak pernah menjadi sahabat yang benar-benar sahabat buat entum. Tidak mengingatkan entum akan kebesaran Allah. Lupa mengingatkan entum akan azabnya neraka Allah. Maafkan saya yang mungkin sering melalaikan kalian dengan keindahan dunia. membuat kalian jatuh cinta dengan imbuhan dunia semata-mata sehingga lupa pada Akhirat yang sejahtera.
Maafkan hamba. Andai bersama dengan saya, kalian melupakan Tuhan. Andai bersama dengan saya, kalian lalai mengerjakan suruhan Allah. Andai bersama dengan saya, kalian menjadi jauh dengan Rabbi. Maafkan saya andai bersama saya, kalian terlupa pada perjuangan menegakkan haq. Maafkan saya kerana tidak menjadi sahabat yang selalu mengingatkan kalian pada Pencipta yang Agung.
Hak-hak kalian yang sudah saya abaikan, minta halalkan.


Sahabat yang baik itu, apabila memandangnya, terasa tenang hati dengan jernih wajahnya. Apabila mendengar bicaranya, terasa tenteram jiwa dalam kalimah agung Rabbi. Apabila membaca tulisan, terasa dekat dengan Al-Khaliq Yang Esa. Apabila bersama dengannya, tingkah lakunya mengingatkan kita pada sunnah RasulNya. Apabila berjauhan dengannya, terasa semakin dekat dengan Tuhan dengan merinduinya.
Betapa jauhnya aku daripada kayu ukur ciptaan sendiri. masya Allah. Muhasabahlah!




Sahabat, aku mahu menjadi seorang yang apabila bersama denganku, dirimu dekat dengan Tuhan. Apabila bersama denganku, dirimu sentiasa rindukan perjuangan. Apabila bersama denganku, bibirmu tidak berhenti memuji Tuhan. Insya Allah. Mari sama-sama kita usahakan.
Segala Puji bagi Allah yang menjadikan kita bersahabat, tapi AWAS, ambillah waktu untuk melihat hak-hak kita pada sahabat kita. Moga tertunai dan terlunas!
Sehingga bertemu dalam lembaran akan datang.
kenangan dengan sahabat. =)

Dari sahabat buat sahabat.

Husnataqwa. J

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Kaku melihat wajah itu.

4 comments:

Hari ini saya mengambil keputusan untuk menyelesaikan segala urusan kemasukan ke Kuantan. Wah, Nampak macam semangat sangat. Padahal lagi 6 minggu baru masuk Kuantan. Lambat lagi tu. Tapi memandangkan Ramadhan Mubarak bakal menjelma, saya mengambil keputusan untuk menyelesaikan segala urusan, nak reserve Ramadhan untuk aktiviti yang lebih menarik. Siapa yang berminat nak join, JOM. Kita buat aktiviti JELAJAH dan IMARAH Masjid sempena Ramadhan. Di samping 'mengulang' dan 'mengulang'! Ramadhan datang sebulan setahun, tak mahu sia-siakan begitu saja. Semuanya mesti BERKUALITI, kuantiti tolak ke belakang sedikit, tapi tetap diambil berat. Nak jaga kualiti Ramadhan, kena FOKUS. Betul tak? J



Lagipun, ini kali pertama Ramadhan saya sebagai seorang PENGANGGUR. Maka, perlu lebih KUALITI, tanda SYUKUR dengan NIKMAT masa lapang yang ALLAH beri. Alhamdulillah. J



Allah mudahkan semua urusan saya hari ini. Menarik pula tu perjalanan seharian. Walaupun sendirian tanpa teman, tapi tak mengapa, saya mesti jadi independent. Orang yang takut menjadi independent, payah nak ada cita-cita besar, pesan 'cikgu' saya.

11 pagi saya bertolak ke Kota Bharu. Perlahan memandu, sambil dendangan Qasidah dan Nasyid bergegar dari speaker, kuat. Sesekali menjadi chorus, sesekali menjadi solo. Dan kadang-kadang berduet mendendangkan Qasidah Burdah dan Selawat Badriah. Seketika teringat CFS. L

Setibanya di Bank Muamalat, nak buat pembayaran yuran pendaftaran berjumlah RM310, saya kelam-kabut mencari parking kereta. Rezeki tidak ada untuk saya, terpaksa parking diluar kawasan bank. Kemudian saya berjalan laju kearah bank. Setibanya saya di perkarangan bank, saya kaku di tengah jalan. Terlihat satu susuk yang mendebarkan hati. Sejuk habis kaki dan tangan. Masya Allah, jiwa saya 'cair' apabila terpandang susuk tubuh itu. Masya Allah. Jalannya perlahan, di bahunya tersangkut kot hitam, barangkali melindunginya dari kesejukan. Saya terkaku di depan pintu masuk itu, lama. Dan susuk itu melintasi dekat dengan saya yang kaku. Bau yang harum, mengingatkan saya pada taman syurga. Masya Allah, nak menangis pun ada juga. Ya, susuk itu melintasi saya, dekat sungguh. Kalau saya lelaki, confirm saya pergi salam dengannya. Mata saya mengikut jejaknya.(kaku pun sempat juga ambil gambar). Sebuah kereta PERDANA sederhana mewah menunnggunya di hujung anak tangga. Kemudian, susuk itu menapak ke dalam kereta. Saya memandang tidak berganjak. Sehingga kereta itu berlalu pergi. Dan saya tetap disitu. Memandang dan berfikir, seorang Menteri Besar yang terlalu sempurna di pandangan mata saya. Tanpa ditemani 'orang ramai', hanya bertemankan pemandu dan seorang pengiringnya, susuk tubuh yang Nampak lemah itu masih gagah mahu menapak. Lama saya termenung. Berfikir, kalau Allah membawanya 'pergi', pasti seluruh dunia terasa kehilangannya. Masya Allah. Sungguh, saya kagum dengan beliau, Tuan Guru Nik Abdul Aziz (TGNA). Dengan pakaian sepasang baju melayu, beliau seperti 'orang biasa' yang sekiranya tidak diketahui dialah MB Kelantan, Mursyidul Am PAS. J

sempat ambik gambar. Masya Allah, susuk itu sungguh saya kagum. Subhanallah!

berbaju belayu, berserban, imej yang sinonim dengan beliau. Allah, rahmatilah beliau...

terambil gambar slip BMMB. Kenangan dan BUKTI PEMBAYARAN. =)
Anda dah bayar ke? Kalau belum, cepat-cepat selesaikan semuanya. =)


Masya Allah. Diari ini saya titipkan kelak buat tatapan generasi-generasi akan datang. Biar mereka tahu, susuk ini yang memperjuangkan agama, susuk ini sungguh gagah dalam bicara, walaupun jasadnya kian dimamah usia. Susuk ini tak gentar menapak langkah, walau yang membencinya semakin lantang bersuara. Ya, susuk ini terlalu ISTIMEWA. Jiwanya gagah, hatinya zuhud, hidupnya sederhana. Kalauku punya anak, biar anak-anakku jadikan beliau idola. Erk, terlalu taksubkah seorang aku? J

Maha suci Allah yang memberi saya peluang menatap wajah itu. Semalam saya sempat menatap wajah Sheikh Nuruddin di sekolah adik saya sewaktu kuliah Subuh di masjidnya. Walaupun sekejap mendengar butir bicaranya, sudah mampu membuat saya bermuhasabah panjang. Hari ini Allah temukan saya dengan seorang lagi ulamak.
Maka, hati mana yang tidak menangis pilu, mengenangkan sayangnya Allah pada aku, memberi aku cahaya-cahaya muhasabah, supaya aku mengikut mereka punya jejak langkah. Masya Allah. 
Terima kasih Allah. Hati ini, mahu selalu dekat dan ditarbiyyah. J

Ya Allah, lindungilah negeri kami, Kelantan Darul Naim dan pemimpin kami, TGNA serta barisan-barisan pimpinan yang lain. Semoga Allah merahmati kepimpinan Tok Guru. J

Perjalanan saya diteruskan dengan mudah, Alhamdulillah. sewaktu saya nak dapatkan sarung kaki, yang asalnya ditawarkan dengan harga RM6 sepasang, saya dapat dengan harga RM4 sepasang. Apa lagi, saya borong 10 pasang. Susah sangat nak jumpa sarung kaki SYAM, sekali jumpa, beli banyak-banyak terus, untuk bekalan masa hadapan. J Alhamdulillah. urusan saya dengan Maybank dan klinik juga dipermudahkan Allah. Urusan saya selesai awal, pukul 2 dah selesai semuanya. Sementara menunggu Ibu pulang dari sekolah, Allah beri ruang untuk I'tikaf di masjid. Seronok juga sorang-sorang, tak adalah melepak dan berborak kosong semata-mata. J

Terlalu banyak Allah mentarbiyyah kita dalam hari-hari yang kita lalui. Tinggal lagi, kita mahu ambil ibrah atau sebaliknya. Kerana dirimu begitu berharga. Mari bina jiwa tarbiyyah. J



Wallahu a'lam. J

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Sunday, July 24, 2011

Ya Haamilal Quran.. +___+ Mari Mujahadah!

13 comments:



يا حَامِلَ القُرْآنْ، قَدْ خَصَّكَ الرَّحْمَنْ، بِالْفَضْلِ والتِّيْجَانْ، والرُّوْحِ والرَّيْحَانْ


Wahai Penghafaz Quran, Allah telah menganugerahi engkau dengan kelebihan dan penghormatan, kebahagiaan dan syurga,






يا دَائِمَ التَّرْتِيلْ، لِلذِّكْرِ وَالتَّنْزِيلْ، بُشْرَاكَ يَوْمَ رَحِيلْ، سَتَفُوْزُ بِالغُفْراَنْ
Wahai orang yang selalu mengalunkan Quran, wahyu yang diturunkan, bergembiralah pada hari engkau mati, bahawa engkau akan mendapat pengampunan,






يا قَارِئَ الآياتْ، فِي الْجَمْعِ وَالْخَلَوَاتْ، تَزْهُوْ بِكَ السَّماَوَاتْ، وتَنْتَشِي اْلأَكْوَانْ
Wahai Pembaca Quran, samada depan umum atau bersendirian, penduduk langit menyebut-nyebut namamu dan seluruh alam semesta bersamamu.





Segan rasanya, bila ditanya, 
"Awak Al-Hafizah kan?" 
Masya Allah, rasa macam tak nak mengaku. Apalagi kalau tengok sijil khatam hafazan dari DQ tu, memang rasa malu sangat pada diri sendiri. Malu pada orang lain. Dan terlebih-lebih malu pada Allah yang menurunkan AlQuran yang mulia itu. 
Aku tidak punya apa-apa melainkan Quran itu dalam dadaku. Sekiranya Quran itu tidak aku 'jaga', maka, aku tidak punya harga. 
Tuhan, beri kekuatan untuk aku bukan saja mengulang, bukan saja masyi di bibir, tapi aku mahu 'MENJAGA' kalamMu itu. 
Ampunkan hambaMu yang selalu on-off mengulang. 

Sejak dua minggu yang lepas, ambil keputusan untuk mengulang start dari zero. Mengulang bukan nak masyi, bukan bila orang suro jadi imamah rasa senang hati, tapi mengulang sebab tanggungjawab pada Al-Quran untuk menjaganya. Ya, tanggungjawab. Dan AMANAH. Masya Allah.

hafiz hafizah yang dilahirkan 2008/2009.
Generasi 9 IQRaC. =)

Dah dua tahun meninggalkan DQ, apa yang ada dalam dada? Banyak mana Quran yang abadi di dalam hati?

Allah tidak menilai sebanyak mana anda ingat dan masyi Al-Quran itu, tapi Allah nilai MUJAHADAH kita menjaganya. Tapi kalau mampu ingat dan masyi, itulah BONUS yang sangat BERHARGA, lebih dari segala HARTA DUNIA. Mari MUJAHADAH.

Bila baca blog Akh Rahman, bingkisan dari Ukhti Rahmatulnisah, zaujahnya,{link} terharu dengan kisah hidupnya sebagai suami isteri yang berusrah dan mengulang Al-Quran. Janji Allah itu pasti. Lelaki yang menjaga Al-Quran untuk perempuan yang menjaga Al-Quran. Mendamba seorang Imam yang selalu menjaga Al-Quran, pasti perlu dimulakan oleh diri sendiri terlebih dahulu. Mari mujahadah.

Menyeru diri sendiri terutamanya. Dan orang lain untuk bersama-sama.
Lakukan apa saja untuk anda bersemangat mengulang dan mengulang. 
Baru-baru ini Abang hadiahkan saya sebuah mashaf Rasm Othmani. Biasa-biasa saja. Tulis  Abang di Quran tu,
 "Murah je Quran ni, tapi kalau selalu baca insya Allah mahal imbalannya kat Akhirat sana nanti. Selamat menjaga Quran Cik Al-Hafizah."
Quran pemberian Abang. =)
p/s: the owner is 'blue crazy'. 

Terharu juga saya dengan kata-kata itu. Memang terharu. 
Bila saya persoalkan, kenapa beli yang murah, katanya nanti bertunang, tunang bagi Quran jugak, lepas tu mana nak guna dah Quran dia bagi. Ceh, Abang punya cerita memang tak habis. Macam-macam!

tempat tersemainya cinta pada Quran.

Nak mujahadah susah. Memang susah. Selama saya hidup, saya rasa nak mujahadah untuk lakukan kebaikan agak susah berbanding mujahadah nak tinggalkan maksiat. Dan saya suka quote ini, "Biarlah kita lebih melakukan amal soleh, sehingga kita tak larat membuat maksiat." Makanya, perlu kuat-kuat mujahadah untuk membuat kebaekan. Mari Mujahadah!

Saya bukan orang yang masyi 30 juzuk, bukan juga golongan 'cair' Quran. Kata-kata ini dutujukan khas buat diri sendiri tentunya. Kang cuak pulak kalau tiba-tiba orang datang 'serang' nak 'tebuk', Haru pulak saya. Kalau 'tebuk', berlubang, apa nak cerita? Haru juga kalau tiba-tiba dapat borang suro masuk pertandingan Hafazan. Tak layak den. =)
perjalanan masih jauh. Aku mesti mujahadah!


Apapun, mari kita mujahadah dulu. Yang lain, kita fikir kemudian.

Tak salah kalau kita doa,
"Ya Allah Ya Rahman, hadiahkanlah aku seorang IMAM yang CINTA pada QURAN dan cinta pada PERJUANGAN ISLAM. Moga-moga dia menjadi wasilah aku tsabat dalam jalan Quran, tsabat juga dalam PERJUANGAN. Dan kekalkan kami di jalan kebaekan menuju JannahMu. Ameen..."

Wallahu a'lam.

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.