♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Thursday, December 31, 2009

MasiN.

No comments:
"kol bape ko nak g hospital?"
"jap lagi. Tadi pakcik ambulan cakap nak datang kol 9. Tetiba die g Gombak plak."
"Ko g sorang je?"
"tak. pakcik ambulan tu kan ade."

Deringan Continental NOKIA 1202.
"Eh, mane list name untuk register AGD ni? Ade orang nak register ni."
"Jap. Jap lagi ana sampai. Nanti ana tanya yang terbabit. Sabar ye."

"tape2. tulis kat kertas biase dulu."

"Eh,kenapa bagi kad yang orang dah tempah? Tadi die datang query. Kenapa tak tengok list name dulu tadi?" Dalam hati, sebab tadi list name takde.

"Kenapa tak datang kelas RIM?"
"Pegi hospital jap tadi. Xray Lumbar Sacral."
"Asyik ponteng je keje ko nih.."
Aduh. Macam la sume benda nih dipinta.

"Bile nak dapat keputusan? Korang nak maenkan kami ke? Kami nak jugak gi AGD. Takkan jadik reserve aje. Mana aci."
"Sabar2. Minggu depan kami bagi keputusan. Insya allah dapat pegi. Kami cube usahakan."
"hah, yelah sangat tuh. Biar betol. Jangan nak tipu lagi."
bile masa la aku pernah tipu korang. Ni baru pertama kali jumpa. Haih.

"Bajet ni cukop ke? kornag pikir tak kebarangkalian sume2 tuh?"
"insya allah, setakat ni memang tunggu respon dari unit sponsor."
"jangan tahu buat je, pastu tak reti nak tanggung akibat."
"Insya allah. Semoga yang terbaek."
"hem, jangan lepas ni nak mintak tolong macam2."
Aduh. Senget telinga dengar.

Masinnya nak telan. Tapi kena telan jugak sebab dah masok dalam mulut.
Takkan nak ludah balek. Kan meludah dimerata-rata tempat tu dilarang.
Dahtu, pahit ke ade ke, telan saje la. Garam ni kalo sket memang masin.
Tapi kalo banyak2, bole jadi pahit.
Apa kata, kurangkan keluarkan garam dari mulut kite.
Jadi, kurangkan orang yang mendengar percakapan kite tuh makan "garam".
Bukan ape,
banyak2 makan "garam", nanti "darah tinggi".
Bile "darah tinggi", hangin satu badan.
Susah tuh nak dapat ubatnya.

Jangan risau. Kalau anda terkena "darah tinggi" tu, banyak2 "minum air".
Banyak2 makan "madu".
Insya Allah. Air terbaek tentunya ALQURAN. Madu terkenal tentunya ZIKRILLAH.
Praktikkan.
Maafkan tindakan2 ana yang kurang menyenangkan.
Sesungguhnya,
ana benar2 kena "darah tinggi". dan ana sedang istiqamah dengan "air minuman" dan "madu".
Doakan ana cepat sembuh.

Ana mahu kembali norma.
Mahu dan mahu.
:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Wednesday, December 30, 2009

PERIBADI: kalah pada EMOSI

1 comment:
Minggu ini boleh dikatakan cukop “hebat” untuk diri sendiri melaluinya.
Best, sapa kata tak best. Kelas Mathematic untuk minggu ni, seminggu tade.
Kebahagiaan yang sementara. Dah jadi cantu, berniat nak buat tutor Math yang belambak.
Tapi.. Hem.. Aturan Allah lebih hebat. Sumenya tak jadi. Tutor Math satu soalan pon tak siap. Bertuah punya budak. Agak2 kalo Madam Norafizah terbaca post ni mesti beliau hempap dengan DUSTER kot. Hah. Sape suro malas.

Minggu ni dimulakan dengan bukak booth AGD. Ok. Alhamdulillah. AJK Special Task yang membantu ana kira cukop cekap walopon bukan Committee Medcy. Ana berbangga. Mereka lebih efektif berbanding committee yang sebenar-benar committee.
TAHNIAH buat Syukri G9, Bazli G9, Nazrin G9, Asyraf G9, Badriah dan Aisyah. (haih,tapaham juge kenapa sume brothers ni G9. Pengaruh PM dan PC sangat kuat nampaknya)

Manusia tapernah mampu untuk lari dari masalah. Seperti yang selalu ana katakan, tak diamakan kepala kalo tade santan. TRak dinamakan manusia kalo tade masalah. Apa yang penting, keimanan dan ketaqwaan kepada Allah.(kebetulan tazkirah dalam kelas hari ni jugak sebut tentang IMAN DAN TAQWA)

Malam Isninnya, ana mendapat dua undangan MEETING. Intelectual Discourse dan MEDCY. Dlaam hati, ana teros niat, tanak pegi dua2 meeting. Nak buat tutor MATH. Mencari masa untuk diri sendiri,kononnya. Tapi, Allah Maha Berkuasa. Ana memang tidak menghadiri kedua2 meeting tersebut, mengikut perancangan dan niat qasad didalam hati. Tapi, disebabkan niat menjauhi majlis ilmu, Allah juga tidak meninggalkan ana sendirian untuk buat tutor Math dengan senang hati, tapi dengan kuasa Allah, Iblis tak henti2 mengganggu penduduk Mahallah Khadijah. Kalut ana menghubungi Banin(sebab sume brother dari DQ. Lebih spesifik sebut BANIN)
Disepak terajang oleh jin yang mempunyai kekuatan yang sangat kuat menyebabkan ana cedera ‘parah’. Allah.. Ini balasannya orang yang mahu meninggalkan majlis Ilmu.
Malu. Malu pada diri sendiri sebab meniatkan begitu. Sedangkan majlis ilmu itulah THORIQ yang paling baek untuk mendapatkan INPUT pada jalan DAKWAH ini. Tapi, hatiku yang kelam menolak, dek kerana tutor MATH yang kesudahannya entah bagaimana.(sebab niat dalam hati nak tukar kos IRKHS(ilmu wahyu)hehe)

Keadaan ana yang ana rasa ‘tenat’ (sebab sangat saket di bahagian pinggang,takle dudok lame2,bile nak tukar posisi dan jalan pon sangat saket), menyebabkan ana tewas pada emosi. Dengan tidor yang tidak mencukupi, pelbagai masalah pula timbul dengan AGD. Invitation Card. Sewaktu meting dengan Special Task dibawah terik mentari petang, INVITATION CARD benar2 meniupkan bara api dalam hati. Sedikit tegang dengan PC(Siddqi dan Fathiah) serta Luqman. Ana benar2 tewas. Rasional? Tolak tepi. Ana tak sempat nak berfikir dengan rasional, jauh skali untuk menjadi PROFESIONAL dengan kesalahan yang dilakukan oleh MANUSIA. Seperti ana, juga MANUSIA.

“barangsiapa yang mengatakan bahawa Tuhannya adalah ALLAH, kemudian beristiqamah dengannya, diturunkan untuk mereka MALAIKAT, janganlah TAKOT dan BERSEDIH HATI, telah Aku berikan berita gembira dengan SYURGA yang telahku janjikan”

Tidak sudah dengan itu, PM pon turut terkena tempiasnya.
“Jangan angin..”
Terfikir, aku dah kena rasuk ke ni?
Tetiba naek angin. Musykilah.
Salahkan jin?
Kenapa tidak memandang kesalahan diri sendiri?
Langsung tiada pergantungan kepada Allah.
Langsung tiada KESABARAN yang kononnya dididik sejak kecik.
Langsung tidak menjadi PROFESIONAL yang RASIONAL.
Malu pada diri sendiri.
Dalam masa yang sama, tekanan diri sendiri juga menyebabkan orang laen turut tertekan.
Dan samapi hari ni takot nak teguq BELIAU,(takot kena lempang).

Aduh,lemahnya hamba. Memang diciptakan dengan manusia yang bersifat LEMAH. Mangaku. Tapi kekuatan dan kemuliaan itu milik Dia. Mintalah pada DIA. Malu. Dimanakah Allah dalam hatiku? Aku tewas pada benda halus yang bernama EMOSI.
Disudut manakah aku meletak keyakinan aku pada ALLAH..?
Aku malu. Aku segan untuk menyebut namaNYA. Kerana aku seolah-olah membelakangkan DIA dalam percaturan hidupku, sedangkan SEMUANYA ditentukan OLEHNYA.

Perkara semalam berlaku lagi. Jin menyerang hamba ALLAh, yang die katakan,
“kau hina, kau dari tanah, aku dari api” (dialog real,tak tipu)
Memang kita hina, dan KEMULIAAN itu hanya milik ALLAH.
Subhanallah. Allah benar mengangkat kita sebagai KHALIFAH, tapi kata JIN itu juga,
“kau yang rosakkan dunia ni. Kau yang kononnya KHALIFAH”(dialog real)
Malu sendiri.
Wahai manusia, bangkitlah dari kelalaian yang panjang, bangunlah, dan kembali taat kepada ALLAH. Kembali patoh pada SURUHANNYA dan tinggalkan segala LARANGANNYA.

“dan memang aku nak sesatkan kau pun. Dulu aku berjaya sesatkan Adam, apatah lagi kau manusia yang bodoh.”(dialog real)

Kembalilah pada Jalan.
Emosi, aku takkan biarkan kau teros menewaskan aku.
Selamat berjumpa lagi,
Dan akanku pastikan,
Kau EMOSI,
Tertewas dengan AKU.

-contengan peribadi-
:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Monday, December 28, 2009

CinTan PerJuaNgaN

4 comments:



Enti menangis..??

?Untuk apa ana menangis, bukankah akh selalu pesan,
jangan menangis kerana manusia.?

?Habis, mata enti berair??

?Mata ana masuk habuk. Kebelakangan ni, selalu sangat
mata ana ni berair.? Aku tersenyum. Alasan ni dah
lapuk sebenarnya, seingat aku semasa aku berumur 7
tahun, aku sudah tidak percaya alasan ?masuk habuk?
yang menyebabkan mata seseorang berair. Filem-filem
Melayu yang mengajar aku.

?Ana tahu enti menangis..?

"Tidak?!! Tak faham-faham ke?!" Dia tiba-tiba
membentak.

"Oklah.. oklah.. mata enti masuk habuk. Ginilah, kapal
terbang akan bertolak besok pukul 7.00 petang. Kalau
enti nak hantar pun hantarlah. Kalau tak nak pun,
kapal terbang tu tetap akan bertolak. Ana pergi cuma 2
tahun, tak lama.."

"Insya-Allah ana akan hantar. Tapi kalau ana tak
hantar pun, ana harap akh tidak kecil hati. Ana takut
berlalu fitnah. Maklumlah, kita bukannya diikat dengan
ikatan yang sah lagi. Sekadar pertunangan?"

"Pertunangan bukannya ikatan yang sahkah..?"

"Bukan itu maksud ana, namun setidak-tidaknya ia kan
boleh putus bila-bila masa sahaja. Sekali dihempas
ombak, sekali pantai berubah.."

"Pantai berubah kerana ombaklah tunangnya. Cuba jika
bulan menjadi gerhana, atau matahari hilang sinarnya,
berubahkah pantai?" Aku berfalsafah. Dan memang dia
akan selalu kalah kalau beradu bahasa denganku.
Temannya yang sering dibawa apabila berjumpa denganku
tergelak kecil. Satu sokongan moral untukku.

"Akh punya pasallah. Ana nak pergi. Jumpa lagi besok.
Assalamualaikum.." Aku tidak menjawab salamnya.
Bukankah menjawab salam dari seorang wanita yang bukan
mahram hukumnya makruh?

***



"Ana tak setuju dengan pandangan ustaz!!" Seorang
muslimah bangun membentak. Aii.. ada juga yang berani
rupanya.

"Bukankah demokrasi telah lama memperdayakan kita?
Adakah Rasulullah SAW berjuang untuk mendapatkan kuasa
baru dilaksanakan syariah seperti yang terdapat dalam
hukum demokrasi..?" Dia berhenti seketika. Mengambil
nafas rasanya. Ini baru kali pertama aku melihat dia
bangun berucap di khalayak.

"Kalaulah demokrasi boleh gagal di Turki, boleh gagal
di Algeria, kenapa tidak di negara kita" Ustaz
bercakap terlalu yakin dengan demokrasi. Di mana pula
komitmen ustaz terhadap pembinaan tanzim seperti yang
diajar oleh Hassan Al-Banna dan Syed Qutb?" Suasana
semakin bising. Apabila seorang pembentang kertas
kerja seperti aku ditentang di khalayak ramai, ia satu
kejanggalan yang ketara. Sekalipun Dewan Badar ini
sudah cukup sejuk, namun ia tetap "hangat" pada malam
ini.

"Ana rasa ustazah sudah silap faham terhadap pandangan
ana. Ana cuma ingin menyatakan, kadang-kadang
demokrasi boleh digunakan untuk mendapatkan kuasa
selagi mana diizinkan. Ciri demokrasi yang paling
ketara ialah pemilihan pemimpin melelaui majoriti.
Bukankah Abu Bakar sendiri dipilih melalui majoriti
dan bai'ah? Bezanya, bai'ah dahulu dengan tangan,
manakala sekarang dengan menggunakan kertas undi. Yang
penting, kerelaaan!"

"Baiklah. Cuma ana ingin bertanya, adakah ustaz
berpandangan bahawa demokrasi ialah satu-satunya cara
untuk memastikan kedaulatan Islam di bumi kita?"

"Hmmm.. sehingga sekarang, ya. Kita masih boleh
bergerak bebas, gunakanlah ruang yang ada sekadar yang
termampu."

"Maaflah ustaz. Ana tidak mampu untuk bersetuju dengan
pandangan ustaz." Dia menamatkan 'soalannya' lalu
mengambil tempatnya kembali. Aku terkasima sendirian.

***
"Kau kenal dia Abdullah?" Aku memulakan pertanyaan
yang sekian lama tertanam di dalam benakku. Abdullah
berhenti menyuap nasi, memaku matanya ke wajahku.
Sekarang aku nekad, sekurang-kurangnya aku harus
mengenali orang yang begitu berani menongkah
pendapatku di tengah khalayak. Suasana di restoran sup
tulang yang biasanya sibuk dengan pelanggan malam ini
nampaknya begitu lengang seolah-olah memberikan ruang
yang cukup untukku berbicara dari hati ke hati dengan
Abdullah.

"Ini kali pertama kau bertanyakan soalan kepadaku
tentang perempuan. Hai, sudah kau jualkah prinsip kau
selama ini. Kau kan tak mahu menjadi hamba cinta?!"
Memang hebat Abdullah kalau diberikan peluang untuk
menyindir. Mungkin dia terlupa bahawa dia hanya
menumpang keretaku untuk datang ke sini atau dia sudah
bersedia untuk balik dengan hanya berjalan kaki.

"Jawab soalan aku dulu.."

"Rupa-rupanya, manusia berhati batu macam kau pun tahu
erti cinta?" Abdullah belum puas lagi menyindir
nampaknya.

"Jawab soalan aku dulu.." Aku memohon untuk kali
kedua.

"Baiklah Muhammad, aku tahu sejak malam tu kau
sebenarnya ingin mengenali dia. Orang seperti kau ni
Muhammad hanya akan 'kalah' dengan kaum yang spesis
dengan kau saja. Maksud aku, yang boleh diajak
berbincang tentang perkara-perkara yang kau minati
yang kebanyakannya adalah membosankan!"

"Jawab soalan aku dulu.." Aku ulangi permintaanku
untuk kali seterusnya.

"Ok.. dia, namanya kau sudah tahu. Seorang yang
pendiam dan suka menulis. Menurut kakakku yang sebilik
dengannya, dia ni sering bangun awal. Sebelum pukul 5
sudah di atas tikar sejadah. Bukan macam? "

"Aku? Hai.. kau ni silap tuju. Kau yang bangun lewat
Abdullah.. ok, teruskan."

"Kalau kat asrama, dia ni suka baca Al-Quran, tak suka
bersembang kosong, tak suka jalan-jalan dan banyak
lagi yang dia tak suka.." Abdullah dengan selamba
menceritakan segala-galanya.

"Lagi.. negatifnya?"

"Negatifnya.. banyak.." Abdullah tersenyum sejenak.
Lalu menyambung,

"Negatifnya.. pelajaran dia agak sederhana. Tapi bagi
aku, itu tidak menjadi masalah. Cuma.. aku tak pasti
adakah kau akan setuju dengannya jika aku menyatakan
sesuatu."

"Apa dia..? Negatifkah."

"Tidaklah negatif sangat, namun bertentang dengan
aliranmu. Dia terlibat dengan satu pergerakan rahsia!
Maksud aku, pergerakan yang memperjuangkan sesuatu
yang tidak selari dengan undang-undang demokrasi."

"Gerakan militankah?"

"Mungkin, namun aku tak pasti. Sebab aktiviti mereka
terlalu rahsia. Kau mungkin maklum, manhaj mereka
berasaskan semangat 'hazar' yang dididik oleh gerakan
Ikhwanul-Muslimin. Ketaatan mereka kepada amir mereka
melebihi ketaatan mereka kepada sesiapa saja..
termasuklah ibubapa mereka sendiri!!"

"Sampai begitu sekali.. matlamat mereka?"

"Sama macam kau, memperjuangkan Islam! Tapi mereka
lebih praktikal. Mereka dilatih dengan
marhalah-marhalah tarbiyyah mereka sendiri. Dan mereka
menyintai syahid. Tidak macam kita rasanya, kita
bercakap tentang Islam, tapi kita berehat lebih banyak
dari bekerja! Dan kau jangan terkejut kalau mereka
sebenarnya mempunyai hunungan dengan rangkaian
peringkat nasional malah antarabangsa termasuk gerakan
Hamas dan Briged Aqsa di Palestin!"

"Kalaulah.. aku memilihnya menjadi teman hidupku,
adakah ketaatannya kepada jemaahnya melebihi ketaatan
kepadaku sebagai suami?" Aku mengutarakan soalan bonus
untuk Abdullah.

"Aku pasti, dia akan memenuhi tanggungjawab sebagai
isteri dan ibu. Namun kalau kau harap dia akan
memecahkan rahsia gerakannya dan menderhakai bai'ahnya
kepada jemaah, lebih baik kau bercinta dengan bulan
sahaja!"



***


Aku tidak tahu kenapa aku harus memilih dia. Dia
bukanlah yang tercantik di bumi ini. Aku pasti. Tidak
juga yang terkaya. Jauh sekali dari yang terbijak di
dalam pelajaran. Namun aku yakin, dia yang terbaik
untukku. Ciri-ciri muslimah sejati terserlah ketara
pada dirinya yang membuatkan diriku terasa tenang
sekali apabila memandangnya. Langkahnya yang teratur
dan pandangannya yang dijaga adalah benih-benih
keimanan yang terserlah dari hati yang dididik dengan
ketaqwaan. Tapi persoalan yang dibangkitkan oleh
Abdullah membuatkan aku termenung sejenak. Bolehkah
aku hidup dengan orang yang berlainan aliran
perjuangannya denganku. Bahagiakah aku?

"Ustaz sudah fikirkan masak-masak..?"

"Bukan setakat masak, ana rasa sudahpun rentung. Cuma
bagi pihak ustazah, adakah ustazah setuju menerima
ana. Maksud ana, dengan segala kekurangan yang ana
miliki.?"

"Ustaz orang famous. Siapalah ana. Ana rasa tak layak
sebenarnya." Dia merendahkan diri namun dalam intonasi
suara yang masih terkawal.

"Ini bukan soal famous atau tidak. Sekurang-kurangnya,
sebelum ana ke bumi ambiya' ana sudah mempunyai
'ikatan' di sini. Dan ana memilih ustazah yang ana
yakini boleh menjadi ibu kepada anak-anak ana nanti."
Aku berterus-terang. Dari mana datangnya kekuatan
untuk berbuat demikianpun aku tidak tahu.

"Ustaz tidak main-mainkan ana?"

"Hanya orang yang tidak ada perasaan sahaja yang
sanggup main-mainkan perasaan orang lain."

"Jemputlah ke rumah, jumpa dengan ibu ayah ana.." Dia
terus mematikan talian telefon. Pantas dan cepat. Kak
Yang yang aku tugaskan untuk menjadi 'perisik'ku
memang sudah memberikan amaran kepadaku, orang ini
jarang sekali bergayut di telefon apatah lagi dengan
lelaki bukan mahramnya.



***


Sudah lima bulan aku di bumi ambiya', suasana
pembelajaran di sini jauh lebih mencabar dari yang
kuperolehi di bumi Malaysia. Benarlah kata orang, bumi
ambiya' ini mengajar kita berdikari. Hilang seketika
soal cinta dari benak fikiranku. Namun kekadang
bayangannya tetap mendatangi ruang mata terutama
ketika aku merebahkan badan. Namun seperti yang sering
kutegaskan padanya..

"Mungkin cinta ana pada enti sudah cukup besar, namun
cinta ana pada ilmu dan juga kepada Allah jauh lebih
besar.." dan dia akan terus menyambung,

"Mungkin ketaatan ana pada akh cukup dituntut, namun
ketaatan ana pada perjuangan dan jemaah lebih-lebih
lagi dituntut..? Dan biasanya aku akan 'cemburu'
dengan kata-katanya. Namun akan terus kubisikkan
kepada diriku, bukankah dia taat kepada perjuangan dan
kenapa aku harus cemburu. Dia juga berjuang dan
perjuangannya juga kerana Allah. Cuma, apa yang
menjadi rahsia ialah langkah-langkah pergerakannya
yang sehingga kini masih menjadi misteri bagiku.

Hari itu, selepas menadah kitab Al-Umm dengan seorang
senior di Rumah Melayu, aku bergegas ke Cuber Café
yang menjadi rumah 'kedua'ku. Ku buka laman web Utusan
Online, satu tajuk berita yang cukup menarik
perhatianku,

'SEORANG WANITA MALAYSIA TERLIBAT DALAM SERANGAN
BERANI MATI DI TEL AVIV'

Ku tinggalkan seketika pelayar web tersebut apabila
satu lagi pelayar web menunjukkan mesej :

"you have 1 unread message" namun jangkaanku meleset
apabila inboxku hanya dihiasi dengan e-mail dari
Abdullah dan bukan dari si dia yang kunanti-nantikan.

"Muhammad, kau apa khabar? Muhammad, aku ada satu
khabar penting. Aku harap kau tidak terkejut. 'Dia'
yang kau amanahkan padaku untuk 'tengok-tengok' telah
diperintahkan bersama-sama kawan-kawannya untuk ke
Palestin membantu Gerakan Briged Aqsa melakukan
serangan istisyhadiah ke atas Israel. Ini kerana
rakyat Malaysia yang memasuki Israel tidak akan
diysaki apa-apa kerana dianggap sebagai pelancong.
Muhammad, kau lihat tajuk berita hari ini, wanita yang
terkorban dalam serangan istisyadiah itu ialah 'dia',
tunang kau yang kau perintahkan untukku menjaganya.
Maafkan aku Muhammad..!!"

Serta merta ku teringat panggilan telefon darinya
beberapa hari yang lepas,

"Akh, kalaupun cinta kita tidak bertaut di dunia,
biarlah ia bertaut di syurga. Kerana cinta kita ialah
cinta perjuangan..!!"

Seterusnya, aku rebah dari kerusi dan kudapati alam di
sekelilingku gelap gelita!





alhamdulillah
~dengan harapan kesah cinta kite juga berakhir dengan SYahid jua.
kerana,
kalo bukan kite bakal Syuhada' itu,sape lagi..
Jangan harapkan mereka.
Harap2 nanti tertiarap..
dan ingatlah,
kite tak mampu mengumpul dua cinta.
Lebih2 lagi jika cinta itu HAQ dan BATHIL.
Mereka haram nikah.
Sebab MUHRIM
Jadi, pisahkan HAQ dan BATHIL.
Biarlah HAQ bersama dengan HAQ.
Dan BATHIL hilang dengan KEBATHILAN itu.. Yang nyatanya tidak memberi apa2 keuntungan..
Kita manusia, Tuan kita adalah DIA.
Selamat bercinta dengan perjuangan!.

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Sunday, December 27, 2009

Lenggang kankung.

2 comments:
Nikmat yang pastinya sementara.

“Ai Cik Husna, nak kemana? Lenggang kangkung nampak..”

Aik, bila masa ana makan kangkung? Sayuran hijau? Tolong la.. Susah tuh nak telan.

“Tade. Saje merayau. Keliling kampong. Tade orang plak ye malam ni? Sunyi aje..”

“Heh, susah nak tengok YB merayau. Tade keje ke YB? Hehe. orang ramai YB.. Sume tengah tengok movie. Nak join ke?”

“Heh, movie2 YB tak layan. Banyak lagi ‘masalah rakyat’ YB nak piker.”

Manusia adalah sejenis makhluk yang sangat pelupa.

Rasanya, baru 6 jam yang lepas,
Keluhan seorang manusia,

“pasni tamau memaen lagi. Nyesal tak study awai2..”
Aih, nyesal sat ja. Patu jadi ‘kucing’ balek. Hampeh. Ni cakap kat diri sendiri. Tade kena mengena dengan Aina Fauzi ke sesapa.(kebetulan g bilek Aina ade show movie baek punya)

Ateh kate, tido lagi best.

Maka, dia tido dengan bahagia.

Kadang-kadang ana terfikir, patotlah Allah murka sangat pada ana ni.
Benarlah, Allah berkata,
Manusia apabila berada dalam kesusahan, menyebot namaKu,
Meminta pertolonganKu.
Tapi,
Apabila mereka mendapat kesenangan,
Mereka melupakannya. Mereka meninggalkanKu.
Dan mereka kufur kepadaKU.
Maka, tak mustahillah, ada yang paginya Islam, petangnya kufur dan sebaleknya.

Malu pada diri sendiri. Lepas exam, langsung buku tak sentuh. Dalam hati kate, “malam ni nak rilek puas2..”
Lepas ni bila nak dekat final exam, kecoh le carik nota tu, fotostat nota ni. Haih. Diri sendiri punya ‘kucing’.

Bila la nak berubah…

“Allah takkan ubah nasib sesuatu kaum melaenkan mereka mengubahnya sendiri..”
Haih. Jadi kena start sendiri la nih? Susah tuh nak dapat kekuatan.

“Mintalah kepadaKu, nescaya akan Ku kabulkan permintaan
hambaKU.”

Lah, malu plak, asyik mintak aje.

“Hanya kepadaNya kami sembah, dan kepadaNya lah kami meminta pertolongan.”
Malu tak? Allah dah sediakan sume complete, tinggal kite aje yang nak rungkai sumenya.
Alohai, tengok Aimi tuh, rilek aje die. Budak One Year plak tuh.

Kagum betol dengan budak One Year, tambah2 yang skor pointer ganas nih.
Musykil jugak. Bese la tuh.

Hikmat Allah, tak larat kite nak merungkainya. Terkandung dengan penuh hikmat yang tersembunyi.

Sekarang dengar cite, budak one and half year kena tangguh jadik 2tahun. Semua orang. Haih. Saket hati dengar.

Dah namanya manusia, susah seyh nak puaskan hati.

Bukan maen planning nak jadik ustazah sementara cuti 6 bulan nanti. Sekarng dah kena ubah planning.

Kata Zakirah dan <em>Nadiatul Husna,
“Rosak planning nak kawen. Kena awalkan majlis nih.”

“Ai, dah nak kawen? English pon tak exempted lagi,Cik Mek.”
Tu lah, kalo la kite dah tahu semua perancangan Allah yang bakal kite lalui,
Tentu kite dah tahu segalanya yang bakal tak terjadi.

Tak perlu susah2 nak hidop begini dan begitu.

Itulah rahsia Allah.

Dia punya ketentuan yang jaoh lebih hebat perbanding perancangan kita.
Cuma, susahnya kita untuk berlapang dada dengan pelbagai rahsia yang sedikit demi sedikit dibuka hijabnya.

Sayang, kalau kita yakin, ketetapan Allah yang terbaek, tentu kita takkan risau,
Apalagi mengeluh dengan segala yang ditulisNya.

Jangan jadi manusia yang tak reti bersyukur,
Jangan jadi manusia yang kufur pada nikmat Allah yang tak terhitung hebatnya!


:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Saturday, December 26, 2009

Jenama Cinta

3 comments:
Semalaman berleku menghabiskan study physic yang perlu dibace dan requirement university subject, Religion in Malaysia.

Kebiasaannya, YM ana sentesa online, walaupon pergi kelas atau meeting.
Jadi, semalam seorang sahabat lama, ana kenalinya sejak di alam persekolahan.
"buzz" YM ana, dan meninggalkan pesanan,(sebab waktu tu ana 'idle')

"Wes,sihat dop?aku rasa nak mati doo.. die da ade owang len.."

Dari situ, konklusinya, ana menafsirkan beliau putus cinta.
Seperti yang ana sedia maklum, beliau dan 'pasangan'nya sudah 'bersatu' sejak di alam persekolahan lagi. (harap maklum,sekolah ni bukan sekolah ana).

Dulu (waktu maseh jahil), asal hari minggu je, ana temankan beliau "bercengkerama di bawah sinaran panas mentari". Dengan DAM 1905 yang tentunya menjadi milik penuh ana waktu itu,



sudah tentu segala pergerakannya mudah untuk ana tolong. Almaklumlah, waktu itu memang jahil. Setiap kali ini minta ana temankan beliau ke kedai, pasti ana turutkan, dan kadang2 ana tatau pon beliau nak jumpa "belangkas"nya.
Kadang2 ana turut dipermaenkan,mungkin kerana beliau menyangkakan ana sebuah "playground",yakni tempat orang "bermaen-maen".

Tapi, ana tidaklah terlalu jahil, berkali ana nasehatkan beliau. Supaya beliau kurangkan "berbelangkas". Kata ana, "nanti result peksa rendah."
dengan "ugutan" itu, beliau sedikit "slow the rate of reaction" dalam berbelangkas.
Mungkin terkesan, dan memang result peperiksaannya "deccelerate".

Sejak meninggalkan bangku persekolah, ana tidak sempat "berbulan madu" seperti mereka.

Ana dijemput Allah menjadi "tentera" di "SYURGA". Kehidupan baru yang ana tempuh di bumi barakah, menberi banyak kesedaran yang menyebabkan rasa bertanggungjawab menggunung tinggi.

Ditakdir sewaktu cuti di Darul Quran, (dah lupe cuti ape), ana sengaja menjemputnya keluar ke KB Mall. Sekadar "mencuci mata" serta "melicinkan duet" elaun dalam BSN.
Ana kesana memandu "unta" kesayangan BOSS ana dan memakir di tempat parking yang baru-baru ini terjadi tragedi.

Nak dijadikan cerita, ana ternampak sebuah kancil yang betol2 berhenti di hadapan "unta" ana. Tepat 90 darjah ke hadapan, ana nampak seorang wanita yang cukop ana kenali, bersalaman, laga pipi dengan seorang lelaki. Dan bile lelaki tu memusingkan kepala 60 darjah kearah ana, ternyata, LELAKI ITU. Yang dulunya mentah dan "baek". Ana berlagak tenang.

Itu adalah sahabat ana. Orang yang ana kenal. Rapat dengan ana. Ana sendiri sudah kaku untuk "menerajang" perbuatannya, apalagi menempelak mahupon menegur. Lemahnya iman seorang ana.

Sekarang, beliau hadir kepada ana, meminta nasehat dan sokongan. Terasa "jerk" dengan perbuatannya.

Dalam hati,
"Dulu aku dah pesan,jangan..jangan.. bukan nak dengar.."

Namun itu bukanlah satu tindakannya yang baek memandangkan ana juga manusia. Dan ana pon pernah melakukan kesilapan.

Inilah cinta berjenama NAFSU.

Kelam dan hitam walaupon pada luarannya terang dan senang.

Tidak, kesenangan itu bukan berpanjangan.

Manusia tak mungkin lenang jika hidup bertemankan nafsu.

Siapa tidak cemburu melihat "dia" dikasihi.
Diambil berat, diberi nasihat dan dilihat-lihat.

Namun, ingatlah, sesuatu yang dilihat-lihat,
mungkin suatu hari nanti dikerat-kerat.


Anda ingin bercinta?

Pastikan jenama cinta anda adalah iman.
Yakni maharnya adalah dugaan dan cabaran,
yakni pengorbanan.

Benar, kesenangan dan kebahagiaan,
ataupon
"kenikmatan" yang ingin dikejar,
tade jalan pintasan..

Semuanya perlu dilakukan mengikut syariat Tuhan.

Insya allah, kebahagiaan itu pasti berkekalan.

Mengharapkan sesuatu yang indah,
jangan dibayar dengan kemurahan.

Maharnya pasti keimanan dan ketaqwaan.

Selamat mencari cinta berjenama IMAN.

~Petang tadi dah lepas sesi peperiksaan. Lega walaupon jawapan lintang pukang.

Adoi mak.. Apsal la Fizik ni rumit sangat.

Kalau la Fizik ni senang macam buat roti canai..

Kan tak de la otak ni jadik lunyai..

Masya Allah, azabnya menjawab kertas tadi, Tuhan sajelah yang tahu.

Terbayang dok dalam kelas Fizik belakang sekali (sebab selesa),
pastu tengok madam Harlina ajar macam buat RadiX Koko yang instant tuh.
Madam buat kat papan putih lagi senang dari buat Instant noodle yang selalu aku makan tuh.

Keluar aje exam, mesej berkenaan AGD dah menghiasi skrin. Nak melantak ikan keli, dah habes. memang kecewa. Sejak datang sini, tiap2 hari 2x sehari, makan nasik putih dengan ikan keli goreng kat ZC.
Bahagia. Yang laen sume tak lalu nak makan.
Oh,ikan keli kegemaran~

Fasa 2 kehidupan bakal bermula. Akak kata, yang lepas tuh biarlah lepas, memang nak sambar takkan dapat.
Sekarang, pandang depan, hadap muka, teroskan perjuangan.
Kak,tapi CARRY MARK nye canne?
Hah, carry aje lah.. Sape suro maen2?
Sendiri buat, sendiri tanggung.

Rasa nak balek kampung...
Menganggur dan tanam jagung..
:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Friday, December 25, 2009

unleashed your confident!

2 comments:
Salam.

Tiap2 hari menjengok blog. Hanya mampu memandang.

Takpe, bukan blog ana aje yang tak aktif. Blog orang-orang laen juga.

Terutamanya blog gen9 IQRac
. Haha.
Sekadar tasji' supaya selalu update blog.


Sejak menjejakkan kaki ke CFS, ternyata hidup sangat tidak terator.

Bukan saja dari segi jadual harian, tetapi emosi!

Emosi jugak tidak stabil.

Sebagai manusia, perasaan berduka, tentulah perasaan yang norma.
Bukan pelik.

"ish2.. kenapa la budak tu sedih ye??"

tak. tak perlu nak heran2. Tu benda yang biasa bagi seorang manusia.

Sekarang ana dan kawan2 seangkatan ana, berada dalam fatrah yang dinamakan fatrah exam.
Semua orang sebok nak study.
Nak strugle.

Same. Sama seperti ana.

Ana bakal menghadapi paper Physic dan Religion in Malaysia pada hari yang sama.
Sabtu 26hb Dec 2009.

Itu sudah cukop membuatkan ana tak cukop tido, tak cukop makan dan tak cukop minum.

Ye ke?,dalam hati.

Tidak diceritakan lagi program yang sangat banyak untuk semester ini.

Henset taklepas dari tangan. Ibu jari makin aktif menekan punat hset "murah" yang baru dibeli selepas LG canggih itu dicampak dari tingkat atas oleh anak saudara yang nakal.

Pelbagai dugaan perasaan melanda.
Benar, ana teruji.
Terasa bukan diri sendiri yang tersenyum.
Jika dikira kesesakan dalam dada memikirkan tentang banyak perkara,
tentu bukan ana manusia yang senyum.
Manusia yang mampu bersenda dalam kelas atau meeting.

Tuhan itu sayangkan kite,
tak pernah Dia biarkan kite senang dan lekang dari ujian..
Tidak pernah sekali2..

Kerana dengan ujian itu Dia membuat dahi kite sujud menyembah bumi.
Percayalah. Itu kaseh tuhan!

Okeyh.
Nak ucapkan,

selamat tamat exam SPM buat junior2 kesayangan.

Selamat mendapat keputusan PMR bagi adek2 yang dikasehi.
Moga keputusan yang baek mendorong dirimu memperbaek imanmu.
Keputusan yang tidak baek itu sebagai azimat untukmu memperkasa usahamu.
Jangan sedih.


selaen itu jugak,nak ucapkah
HAPPY BIRTHDAY buat Hanisah Mohd Sofian, Ucu Marjan Hanani.
25 december..

Semoga iman bertambah,taqwa meningkat,syurga dalam genggaman.

Ramai jugak yang bertanya,
ana kehilangan?
Siapa?
Seorang yang ana tak pernah sangka kaseh sayangnya buat ana sejaoh itu..
Sehingga "barang" itu die hadiahkan untuk ana. Nilaian yang sangat tinggi.
Sedangkan, 2bulan ana tidak menghantar khabar buatnya, apalagi membalas SMS mahupon Emelnya.

Benar. Walaupun ana tak hebohkan, tapi ana benar2 kehilangan.

Kematian..

Dia meninggalkan ana.

Dia pergi tanpa kata apa2 pada ana.

Waktu ana saket,
die pasti berkata,

"mesti kuat. Klo u mati, I tade sape2.."


tapi die yang terlebih dahulu mendahului ana.

Tuhan saja yang mengetahui perasaan kehilangan yang sangat terok.

Ana tak mungkin dapat mencari ganti seorang yang menyayangi ana seperti yang die lakukan.

Walaupon ana kadang2 "membenci" die. Itulah keterokan ana yang tak dapat disangkal.

Setiap yang hidop, pasti akan mati.

Tuhan lebih sayangkan die dari ana.

tapi ana terkilan sebab 2hari selepas kematiannya, ana baru mendapat tahu.
Lebih sedih,baru saje ana naek bas untuk ke KL,
ana mendapat mesej makluman tentang kematiannya.

Dan waktu itu ana terkilan sebab tak mampu melawat ibu dan ayahnya.
Yang pasti maseh lagi mengingati ana.

Ana terkilan. Dan ana memang tak mampu langsung untuk bercakap tentang pemergiannya.
Kepada sesiapapun ana tak ceritakan.
Mungkin ramai yang tidak mengertahui pon kewujudannya dalam hidop ana.

Ana bertekad untuk melawat pusaranya nanti.

Sebab kematiannya memang ana tak pasti.

Apabila ditanya,
apa yang ana tahu,
die pengsan selepas pulang dari masjid.
Bila dibawa ke hospital, die langsung tak sedarkan diri.
Dan die disahkan mati. Kanser darah.
Sedangkan ana tak tahu langsung die ade penyakit tuh.
Katanya ana istimewa baginya, tapi kenapa langsung die tak bagitau ana?
Huh.
Tuhan, moga aku redha dengan perginya die.

Untuk diri sendiri dan orang laen,

Unleashed Ur confident!!
:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Sunday, December 20, 2009

azimat buat diri

3 comments:




kesaketan itu adalah tarbiah..

menghadapinya memang payah..

bisa buat iman jadi goyah..

tapi kesudahannya insya allah indah..

usah terpedaya dengan hasutan syaitan..

kesaketan itu hanya dugaan..

bukan tanda dilupakan Tuhan..

tapi tanda kaseh yang berpanjangan..

usah gerun menghadapi kesaketan..

kesaketan itu benar-benar tarbiah buat diri..

supaya keimanan bertambah tinggi..

dan dan melimpah ketaqwaan untuk Ilahi..

akan tenang dengan tawakkal yang tinggi..

jangan sedih dengan kesaketan yang datang..

ia datang memang tidak diundang..

ia datang supaya manusia memandang..

hikmah dari Tuhan yang Maha Penyayang..


~semangat buat diri..
usah pandang belakang lagi..
hadapi dengan pasti..
mohon petunjuk Ilahi..
Tuhan itu Maha Mengasihi..

Salam Juang buat bakal Syuhada'~

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Friday, December 18, 2009

The Making Of..

4 comments:
Huh.

Salam sejahtera keatas seluroh ummat manusia.

Salam tahun baru Hijrah buat semua~
Memantap Ukhwah, memperkasa Ummah!

Fenomena 1

Suatu petang, saya bersama kakak melawat ke rumah ibu saudara.
Kebetulan berhampiran dengan jalan keretapi.
Maka,sudah menjadi kebiasaan sejak kecik, apabila melawat kesana, saya pasti melepak di landasan keretapi.
Jika dulu dengan abang2 dan kakak serta sepupu2 yang laen.
Kali ni saya sendiri. Begitu cepat masa mendewasakan saya dan mereka.
Terasa baru saja landasan itu menjadi saksi kami sekeluarga bermaen batu-bata disitu. Sedang melihat dan ‘recall’ kembali kenangan lalu,kedengaran riuh rendah. Rupanya berhampiran tempat saya tu ade sekumpulan orang yang turut sama melepak.

Kononnye peramah, saya menghampiri mereka. Sekadar bertegor sapa. Mereka mengajak saya menyertai mereka. Apa salahnya. Setelah berbual dan bertanya itu dan ini,tiba-
tiba,

Seorang gadis yang berusia 17tahun agaknya. Dengan pakaian yang cukop menjolok mata,ketat sana sini,robek sini sana,bertudung jaoh sekali,
Bangon dan menghampiri sebuah motosikal yang ditunggangi 2orang lelaki. Mereka berbual mesra. Pegang sana, sentuh sini.
Tampar itu, cubit ini.
Melampau budak2 zaman sekarang.


Tiba-tiba, seorang mak cik memanggil lelaki itu, mengajaknya berbual bersama kami,
Katanya, “mai la borak kat sini kot ye pon nak borak dengan anak dara orang..”

Saya memandang,hambar.

Lalu,saya bertanya, kepada seornag kenalan disitu,

“sape mak cik tuh?”

“oh,tu mak budak tu la..”

Ha??

Saya terkejut.

Mak? Huh.



Fenomena 2



Saya dan abang meronda-ronda sekitar Bandar. Tiada arah tuju. Sekadar berjalan dengan kereta “baru” abang.
Abang berhenti membeli sedikit pisang goreng. Saya mengambil keputusan untuk duduk di dalam kereta saje.
Maka, abang keluar membeli dan sempat saya memesan air kelapa kegemaran.

Kebetulan tempat abang parking kereta itu berdekatan dengan bus stand.
Tidak lame kemudian, kelihatan seorang gadis bertudung dengan pakaian sendat, tetapi sedikit sopan berbanding fenomena 1. Kemudian menunggu bas disitu,tetapi macam cacing kepanasan, pandang sana, pandang sini.
Agaknya kenapa ye.
Saya memandang saje dia. Kemudian, kelibat seorang wanita tua, lingkungan 50-an agaknya, berkaen batik, berselendang ala kadar dan berkaki ayam menuju kearah gadis tadi.
Meluru laju.
Gadis itu kebingungan. Lantas, wanita tua itu, saya kira, agak lemah, menghampiri gadis tersebut lalu mengheret tangan gadis itu, lantas
menamparnya dua kali
.

“aku kata balek!! Balek!”

Jeritan wanita tua itu,bertenaga. Beberapa orang di bus stand itu, memandang sepi.

Pasti itu ibunya!
HEBAT!


Fenomena 3

Malam itu saya menemani abang membeli barang2 kereta beliau di KB Mall.
Kebetulan saya juga mahu mendapatkan beberapa barang keperluan.
Singgah sebentar di rumah Bapa saudara kami di Kota Baru. Jam sudah lewat malam, hamper pukol 1 pagi saya kira.
Kami sudah menghampiri kawasan rumah. Lorong masok rumah kami tu sedikit gelap, maklumlah, kampong, hanya di hadapan rumah kami saje ade lampu jalan. Memang gelap.

Pagi yang nyaman itu, abang membelok kereta masok ke lorong rumah kami. Terserempak dengan dua orang lelaki, memegang guni dan mengheret motosikal mereka. Saya dan abang berpandangan. Hairan. Selepas mereka melepasi kawasan rumah orang, mereka menghidopkan enjin motor dan memecut laju.

Saya memandang abang, mengharap penjelasan. Tapi kami tidak berfikir panjang. Pagi esoknya, riuh orang kampong mengadu kehilangan ayam beberapa ekor. Ayam hilang? Sapa curi?

Kemudian, saya menceritakan kepada ibu kesah semalam.
Lalu ibu berkata,

“haa.. tu lah pencurinya.. Dua beranak.”

“dua beranak?” soal saya.

“Yelah, ayah dan anak. Bapak borek,anak rintik.”

Saya terkesima. Ayah dan anak mencuri ayam?


Fenomena 4


Saya: Salam makcik. Semalam saya nampak anak mak cik baru balek ye?


Limah: Ye. Anak aku yang dok kuala Lumpur tu baru sampai tadi. Hah,datang la kerumah

jumpa anak aku tu. Sejak ke Bandar,makin bergaya anak aku tu.



Saya: Insya allah Makcik. Dia balek dengan ape? Cuti sampai bile?

Limah: Semalam si Cairy yang antakan die. Hah,si Cairy tu ade kat rumah makcik la

tu. Katanya seminggu cuti.


Saya: Cairy tu sape makcik? Tunang die ke?

Limah: mana la anak aku tu ade tunang lagi. Tu kawan2 die aje. Hah,kau pergi la

rumah aku,jumpa dengan Siah tu. Nanti kau Tanya die sendiri. Aku nak ke kedai ni.

Saya: Yelah makcik. Lame jugak saya tak jumpa Siah.

Di rumah Siah.
Saya lihat pintu berkunci. Gelap aje dalam rumah, kata Mak Cik Limah tadi, Siah ade di rumah.
Kereta kancil pon tersergam indah diparking di garaj kereta. Amboii..
Saya sekadar menjengah ke belakang rumah. Kedengaran satu suara. Renggekan manja wanita.
Diselangi tawa garau si lelaki. Saya mula rasa tak sedap hati. Saya beranikan diri. Mengintai.
Subhanallah.
Keadaan yang sangat mencurigakan. Saya teros memberi salam, sekuat mungkin. Siah keluar melayani saya. Kemudian ajak saya naek kerumah. Tidak lama kemudian, Cairy keluar pula, bertegor apa dengan saya. Mesra sangat mereka berdua.

Mak nya bagaimana??



Inferens.


Itu hanya 4 fenomena yang mampu ana nukilkan. Kalau dikira, banyak lagi fenomena laen yang berlaku sekeliling kita. Sedar atau tidak, dunia semakin berubah.


Jadi, post kali ni bukan nak mengumpat mane2 pihak, mahupon memburuk mane2 pihak.
Cume sekadar mengajak kite semua berfikir,

Ibu dan bapa fenomena manakah pilihan kite?

Baek atau buruk?

Dan anak2 jenis manekah yang bakal kite lahirkan?

Tepok dada Tanya iman.

Abang bertanya,

Nak anak canne?

Tentunya jawapan kite,

Soleh,baek,indah akhlak,beragama,berilmu.

JAwapan abang,

Jadi seperti itu terlebih dahulu.

Jangan harapkan gangsa melahirkan emas.

Jangan harapkan ayam bertelor lembu.

Jangan harapkan pasir menjadi mutiara.

Semuanya bermula dari pokoknya.

Hanya tiram yang melahirkan mutiara.

Hanya emas melahirkan emas.

Renung kan bersama.


Mendidik anak bermula dari mencari bakal suami/isteri.

Inginkan anak yang berdedikasi,berkredibiliti,

Lihat dulu ibu dan ayahnya.

Insya allah.
Hebat ibu dan ayahnya,

Hebat jua bakal jundi yang dilahirkan.

Maka, didikan anak anda bermula dari sekarang,

Yakni anda mendidik diri anda.

Elok pekerti,buruk budi,

Andalah cerminnya!!

Andalah coraknya.

Mana tidak tumpahnya kuah kalau bukan ke nasik.

Mana tidak terbangnya kapal terbang, kalau bukan ke langit,kan?

CArilah bakal suami/isteri bukan pada parasnya.

Bukan pada hartanya. Tetapi pada kebolehannya,kebertanggungjawabannya untuk

menjaga,mendidik,mentarbiah amanah yang paling besar,yakni ANAK yang bakal Allah

anugerahkan.

Mencari bakal suami/isteri itulah langkah pertama kite membentuk anak2 kite.

The Making Of disini bermaksud sebalek tabir.

Benarlah kata saya,

sekiranya kerja sebalek tabir yang kite lakukan hebat,

tentu hebat filem yang bakal kite lahirkan.

Sekiranya filem tu arahan Ahmad Idham, Keluaran KRU, pelakon Fasha Sandha.

Tentunya filem yang dilakonkan tip top! Bukan>

Same juga dalam kehidupan kite!

Sekiranya pengarah itu Allah, Skripnya ALQURAN, pelakon contohnya NABI MUHAMMAD,

tetnunya lakaran sebuah kehidupan yang bakal kite nukilkan lebih hebat dari filem

arahan Ahmad Idham itu!

Sedarkah kite, dunia itu pentas lakonan dan kite adalah pelakonnya?

Suatu hari nanti akan tiba hari penganugerahannye??

Trofinya syurga atau neraka?

Tepok dada, tanya iman!

Syurga;
anda pilih, anda bahagia!

Itu aje.
Moga same2 menjadi renungan untuk kite tahsinkan lagi akhlak kite semua.

Insya allah.

Semoga Allah memberkati usaha kita melahirkan bakal khalifah di muka bumi ini yang hebat untuk memakmurkan bumi Allah ini.

Insya Allah.

Semoga dirahmati~

Salam Satu Islam!!

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Monday, December 14, 2009

aidiladha: biarkan ia bercerita

No comments:
dah basi ke nak cerita tentang adha yang lepas??

tak kesah.
sekadar coretan peribadi yang nak dikongsi.

raya adha ketiga: trip ke rumah Ayah Chik; Prof Dr Hj Badri,Kota Bharu Kelantan.
Lets stand together.




















:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Salam Percutian bittauhid wattaqwa~

No comments:
Salam alaik.
Sudah lama rasanya ana tak menjenguk blog ni.
Boleh jadi terlupa passwordnya.
Masya allah.
Kehidupan di kampung memang best!
Tak terasa hari telah pon beranjak ke hari Isnin.
Rasanya baru sekejap beraja di kampong.

Allahu Rabbana..
Hinanya diri kerana gagal dalam menguruskan masa sendiri.
Masya allah..
Masa itu seperti emas.
Tapi bagi ana,
masa itu seperti UDARA.

Kenapa?

Kerana khilaf diri sendiri yang tak pandai menguruskan masa,
meskipon masa itu sangat banyak,
tetapi diri sendiri yang tak pandai manage untuk menyedut "UDARA" yang cukop berharga.

Mohon taubat dan ampun dari Allah,Rabbul Izzati..

Ya Rahman,
Ampunilah hamba dan berkatilah masa hambaMu..

Sebelom pulang ke kampung,memang sangat sebok.
Dek kerana menguruskan Annual Grand Dinner yang bakal berlangsung di Hotel Singgahsana,Insya allah, pada 18 Januari 2010.
Dan untuk program kali ni ana ditaklifkan sebagai Main board.
Timbalan Bendahari, diketuai oleh Akh Syafiq(Sub Comm MEDCY).

Sebelom pulang hari tu sempat kami,(SEMUA BANAT) pergi survey hotel di PJ.

Kenapa sume Banin kami?
Tak tahu kemana menghilang!!
Eh,tade lah,mereka ade kelas..

Malas plak nak cerita panjang tentang hotel ni,
boleh rujuk di blog Ukhti Najwa MEDCY untuk cerita selanjutnya.

http://najwahamali.blogspot.com/2009/12/jalan-jalan.html

Ok,selepas itu pulang dengan BAS PERDANA ke kelantan.
Sebelom naek bas pukol 11 malam,
maseh sempat ana menghadiri meeting bermula pukol 9.30 malam,
dan ana mintak keluar pada jam 11 malam untuk naek bas.
Wah,menakjubkan!!

Terasa beban kesebokan untuk menguruskan projek yang bernilai hamper RM20k.
Ditambah plak ana telah menyerahkan diri sebagai comittee FRC untuk RAFEST.
Ni namanya kerja cari sendiri.
Hah, jika semuanya diniatkan untuk Allah,
insya allah,
dimudahkan semua urusan hambaNYA ni.
Ameen..

Di kampung pula?
Ingatkan mampu untuk tido.
Ganti tido katanya.
Tapi anggapan cukop silap.

Jadual harian penuh dengan pelbagai kerja yang seolah2 tunggu untuk diselesaikan.
Tapi hakikatnya,
tidaklah sesebok di CFS.

Kegiatan yang seolah2 perlu, tentunya membantu meringankan kerja ibu.
Antaranya, membawa nenek yang sudah mencecah 80tahun berjumpa doktor pakar di HUSM.
Oh,nenek sangat banyak penyakit.
Darah tinggi, kencing manis, jantung, gastrik..
Waa.. completed!

Mintak dari Tuhan jaoh dari penyakit2 sebegini.

Dari pagi sampai petang beraja di hospital.
Huh.
Bahagia.

Banyak lagi kerja2 yang maseh tertangguh.
Antaranya tutor Math dan Phy.
Dan antara perkara yang sangat mahu dilakukan tentunya melawat junior2 yang bakal menghabiskan SPM mereka tak lama lagi.

Lama sudah tidak menjamah hati2 mereka dengan peringatan dari manusia yang pernah melalui saat2 seperti mereka awalnya.
Lama sudah tidak bersama mereka menentukan kehidupan dan menambah perasa "iman" mereka.
Rindu pada mereka.
Rindu pada tarbiah mereka.
Masya Allah..

Apa pun,
ini sekadar coretan peribadi.
Menceritakan sebuah kehidupan yang memang takpernah habes untuk diceritakan.
Ramai yang bertanya,

"sebokkah?"
"Kamu memang selalu sebok.."

Sebok ini bukanlah sebok yang dicari2.
Tapi kesebokan ini adalah taklifat dan amanah sebagai seor senang anak,adek,mak saudara,kakak dan cucu serta senior yang perlu dilaksanakan.

Sekurang2nya ada jugak input yang "beragam" dalam kehidupan hamba yang hina dan lemah ini.

Semoga cuti sahabat2 yang dihormati sekalian
penuh barokah.
Keberkatan cuti itu dilihat pada berapa banyak perkara yang berfaedah yang dilakukan oleh kita.
Perkara berfaedah itu pula
terbahagi kepada banyak cabangnya.
Sebagai anak,
kakak,
adek
dan sebagainya.

Dan tentunya yang paling penting,
taklifat kite kepada Allah sebagai HAMBA.

Itu yang cukop penting.
Jagalah hubungan dengan Allah.
Dan semoga Dia merahmati cuti yang seminggu ini dengan berkat dan kaseh sayangNya,
Ameen..

Ok,itu saje stakat ni.
Jumpa lagi di episod yang akan datang!!
Jika panjang umor.
Insya Allah.
Teruskan membaca laman2 Ilmiah yang laen,sahabat!

Moga banyak input untuk diri dan iman kite semua!!

Salam Membaca bittauhid wattaqwa~
:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Thursday, December 10, 2009

bingkisan kaseh hamba

No comments:



"eh,ko ni ok ke tak?"

"ok aje. Nape?"

"biar betol. Macam ade masalah je?"

Jungkit bahu. Macam jongkang jungkit.

"kalo ade masalah bagitau la. Insya allah kite tolong. Kite kan kawan.."

"hem..Ok."

"hah,ape masalahnya sampai menonggeng canni mukenya?"

"ye."

"ko ni. Org tade masalah pon buleh jadi ade masalah cakap dengan ko. Haih."

"ntah."

"lantak ko lah Minah oi.. Hangin plak budak nih."



Alangkah susah mencari kawan,
bukanlah kenalan di zaman silam,

salah yang kecil,
dibesarkan..
yang besar apatah lagi...


Huh.

"aik,sal yang ko nyanyi dalam hati plak?"

"mane ko tau aku nyanyi."

"aku kan kawan ko.."

"Kawan tu ape ha?"

Kadang2 kawan jadi lawan..
kadang2 lawan jadi kawan..

"ko rase?"

jangan sedih..
selalu tersisih..
bukan kau saja..
ditimpa malang..
ingatlah..
Para Rasul mulia..
lebih terseksa..
menderita...

"Tah. Orang kata kawan macam Astro. Macam2 ada.."

"Betul ke?"

"Kot. Ko ade kawan tak?"

"tah. Ko rase?"

"Hem, kalau aku, aku tanak jadi kawan ko. Klo jadi pon tak ikhlas. Haha."

"kenapa?"

"LPLS. (Lu Pikir La Sendiri)

Mereka bahagia..
dalam derita..
mereka kaya..
di dalam papa..

mereka..
memadai dengan Tuhannya..
Itulah kebahagiaan..
Diwaktu sempit seorang diri..
kawan janganlah disedihkan hatimu..

(air mata)

jangan sedih..
selalu tersisih..
bukan kau saja..
ditimpa malang..

(air mata)

"susah ke nak cari kawan?"

geleng.

Kemudian angguk.

"Manusia.. Masing2 sayangkan diri sendiri."

Angguk. Kemudian geleng.

Kawan..
apalah yang kau kesalkan..
kerana Tuhan kau kehilangan kawan..
kerana kebenaran dihina..
jangan kau ragu dalam keimanan..

(air mata)

kdang2 kawan jadi lawan..
kadang2 lawan jadi kawan..
apalah disedihkan hati..
setiap insan didalam kekurangan..

(air mata)

"kau ni mane satu?Kejap angguk,kejap geleng."

"semua."

"hish,budak2. Malas tol nak layan. Hah,mane kawan kau?"

Geleng2.

"Jangan harapkan manusia. Harapkan Allah.. Kecewa kalau kite harapkan manusia. Mereka tak mampu sempurnakan hajat dan kehendak mereka."

"Ye."

"Kau tunggu kawan kau ke?"

Angguk. "Tah, ade ke yang nak datang."

"Hahaha.. Jangan mengharap, nanti tertiarap!"

Angguk.

"Manusia ni.. kite hamba Allah. Jadikan Allah sebagai satu2 tempat pergantungan. Tengok kau sekarang. Keadaan kau. Kau tunggu kawan datang ke? Kenapa? Tuh, Allah tuh dah sedia ada nak dengar sume masalah ko. Allah tu Maha Tahu masalah,beban yang kau pikol. Manusia yang kau harapkan tu tak paham. kalau paham pon tak boleh buat apa.."

Angguk. (air mata dengan velocity increase)

"hah,nangis la banyak2. Accelerationkan lagi tangisan tuh puas2 biar sampai maximum point."

"Tidak sempurna iman sesorang itu sehingga dia mengasihi saudaranya speerti mana die mengasihi dirinya.."


"Dah,jangan nak buat tekanan ber"pascal2" plak kat sini. Tak de mase nak kire volume air mate kau tuh. Pegi sane. Cari Allah. Dia Maha Pengasih dan Penyayang. Pegi cepat."

"Trima kaseh. Kau kawan aku."

"tak. sebelom ni aku musuh ko. aku benci ko. aku jeles sume kelebihan yang ko ade."

"aku tak kesah."

"jangan. Ko cari Allah aje. Kaseh aku untuk ko tak kekal. Berubah2. Sedangkan kalao ko kasehkan Allah,bonding tu covalent bond. Kuat!"

(air mata)

"kau sayang Allah kan? Aku harap Allah sayangkan kau jugak. Bye! Salam."

(air mata)

sahabat..
maseh ada waktu..
untuk kau dan aku..
menghitung dosa2 lalu..

Maafkan jika ku tak sempurna...

Jangan mengharap sahabat sesetia Abu Bakar,
jika diri tidak sehebat Nabi Muhammad.

Akan ku utuskan salam ingatanku..
dalam doa Qudusku sepanjang waktu..

salam ingatan buat sahabat2 yang diingati kerana Allah!

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Wednesday, December 09, 2009

KB MALL runtuh??

1 comment:
Baru-baru ni digemparkan cerita terbaru di Kelantan.
Dah basi dah kot.
tapi

tape. Nak tulis jugak kat blog, bagi orang-orang yang belom tahu.
Actually,

ana sendiri tatau jugak kesah benarnya.
tapi,
abang crite,
sebuah kete rosak. sorang lelaki dan dua pompuan. then,laki tu suro pompuan tu dok dalam kete,sebab laki tu nak tolak kete(benda yang ana selalu buat bile JBS merah yang dah tua tu rosak.).
alaa.. mesti paham kan. Macam orang slalu buat bile kete abes bateri.
Yang pompuan tu macam tak pandai sangat la. Yelah,pompuan mane expert benda2 canni. tapi ana pernah buat.
nak dijadikan cerita, kereta tu hilang kawalan dan langgar dinding. Masa tu kete tu ada kat parking lot rooftop.

Bile dah hilang kawalan,
langgar dinding,
dan dengan "bangga"nya kete tu terjun ke ground floor KB MALL, jatuh betol2 celah-celah eskelator.
Dan nak dijadikan cerita,
dua orang perempuan pelajar Masterskill college meninggal dunia desebabkan kejadian ni.
Paling best orang yang terlibat tuh dah larikan diri.

Canni la,susah snagat.
Ana pon tak pasti kesohehannya.
Ni ana copy paste dari blog orang laen.
http://mysuperkids.net/kb-mall-runtuh-di-sebalik-tragedi/

baca aje laporan nih.
klo nak tau lebih lanjut,
abang ajar,
search aje kat google.
belambak hit citer ni kua.
nanti pilih la yang mana suke.
mungkin ade ibrah yang tersendiri.

Kaetannya?
Doa Nik Aziz?
Struktur bangunan??

hem. LPLS.
Lu pikir la sendiri.

same2 jadikan semua kejadian sebagai ibrah terbaek dari Tuhan.
Ingatlah Tuhan dalam setiap kejadian..
Tak kire,
baek mahupon burok.

ok. slamat mengkaji diri!




KB Mall Runtuh – Di Sebalik Tragedi
by Mommy Lyna on December 7, 2009 · 27 comments




If you enjoy this article, subscribe to MSK RSS feed for more updates & offer specially designed for MySuperKids readers only.


Bila dapat SMS dari IbuKauthar semalam yang bertanya tentang KB Mall runtuh tu, memang terkejut jugak. Ingatkan runtuh menyembah bumi ke apa.. kot la ada earthquake kat Kota Bharu ke pulak.

Rupa-rupanya kerana sebuah kereta yang terlanggar dinding di parking rooftop lalu terjunam ke arah eskalator. Dari rooftop tu elok2 landing kat celah2 eskalator depan Watson kat ground floor.

Menurut ceritanya 2 beradik dan kawan mereka sedang nak menghidupkan kereta, dalam tengah duk tolak sana tarik sini tekan sana press sini, tiba2 kereta tu terluncur ke arah dinding batu-bata tu, terus terjunam ke bawah.

Mangsa yang menenui ajal dikatakan terkena runtuhan yang turut jatuh bersama kereta tu (al-Fatihah buat mereka).

Yang lagi best, mereka yang terlibat tu sempat pula melarikan diri despite ramai-ramai orang kat KB Mall petang tu. Tapi saya heran macamana mereka sempat lari.

Mungkin tak ramai sangat orang sejurus kejadian berlaku.
Orang ramai panik bila dengar jeritan, bunyi dentuman.
Mereka terlalu takut dan terkejut bila kejadian berlaku.
Dengan kejadian ni, banyak spekulasi yang dibuat:

Kereta modified untuk drift.
Bumbung KB Mall berhantu.
Pembalasan kepada doa Tuan Guru.
Design bangunan tak menepati standard.
Kejadian ni memanglah kemalangan. Tapi ia menjadi isu kerana kereta tu masuk ke dalam bangunan dan menyebabkan kematian. Jika ada sesiapa ingat kejadian dalam tahun 2004 tak silap (ke bila ye?), kejadian di parkir CIMB Damansara Heights, yang mana pemandu yang tidur dalam kereta ter-reverse keretanya, langgar penghadang dan jatuh di tebing. Kesnya lebih kurang aje lah. Cuma kes CIMB tu tak melibatkan orang awam.

Apa yang saya nampak, pengajaran dari laporan akhbar dan blog2 tertentu:-

Janganla suruh adik yang takde lesen/baru dapat lesen bawak kereta, hatta just nak hidupkan dari parking pun.
Take responsibility dan accountability. Dah buat janganlah lari nanti lagi nampak macam penjenayah.
Baca doa masuk kereta!
Jangan ingat berada dalam shopping complex anda selamat
Kepada yang suka shopping tu, ingat2 Tuhan jugak masa merambang ke sana sini dalam kedai tu. Gitew…
Takut dowh nak pegi KB Mall.
Dan janganla politikkan isu ni pula. Tak ada apa yang pelik. Sama2 kita doakan arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang dikasihi-Nya dan keluarganya tabah menghadapi situasi ni. Semoga yang melarikan diri tu terbuka hatinya untuk pulang ke jalan yang benar.

Yang nyata kejadian ni menjadi trauma kepada yang menyaksikannya.
:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

titipan buat BONDA.

7 comments:


WARKAH BUAT IBU...

Mak.....

Terlalu bosan rasanya duduk membilang hari.....
Dah hampir sepuluh bulan mak pergi,
Rasanya baru semalam mak peluk kiter kan
sejuk sahdu masih terasa lagi nih....
Mak tau tak.....

itu lah pertama kali mak peluk anak mak yang nakal ni sejak kiter
dewasa.....
dan itu juga terakhir kali nya.

Emmmm...rupanya mak dah tau mak nak pergi jauh.....
nak tinggal kan anak2 mak.....
nak tinggal kan dunia fana ni.....
mak macam dan sedia.....

Seminggu sebelum tu.....mak dah menganyam tikar mengkuang 3 helai.....
Akak kata sampai ke pagi mak anyam tikar tuu.....
tanpa rasa mengantuk, tanpa rasa letih.....
kakak pun rasa hairan.....mak tak penah buat gitu.....

pastu mak pasang radio kecil di sebelah mak.....
tampi mak seolah2 tak sedar bahawa rancangan radio tu siaran siam.....
kengkadang siaran indonesia...mak terus tekun menganyam...
Rupanya tikar yang telah mak siapkan tu di gunakan untuk mengiringi
mak kekuburan...
Pastu mak basuh tangga rumah bersih².....

pastu mak jemur karpet dan yang paling menarik sekali mak kabo kat
maner
sume duit dan barang kemas mak..

ada kat dalam almari.....
ada dalam ASB.....
ada kat dalam gulung tikar.....


ada kat dalam dalam beg.....masa tu mak pasann takk..??

kiter gelak sakann bila mak kabo duit dalam gulung tikar...kiter kata
mak
memang pesenn lama laaa...

mak cuma gelak juga
eeemmm..bahagiaa nya saat ituu..Mak.....
pukul 3 petang mak tiba² sakit
perut.....

bila malam tu kiter sampai dari KL.....mak dah dalam kesakitan.
Akak dan abang kat kampong semua dah pujuk.....

mak tetap takmoh pi hospital.....
dan cuma tinggal giliran kiter sahaja yang belum pujuk...
Mak kata mak takmoh duduk dalam hospital.....
tapi kiter berkeras juga pujukk..

nanti di hospital ada doktor...ada ubat untuk mak..
kat rumah kami hanya mampu sapu minyak dan urut ajer..
Mak tetap tak bersetuju.....mak memang degil...
tak salah anak mak yang ni pon mengikut perangai mak tu..
Tapi akhirnya bila melihat keadaan mak makin teruk...
mak sakit perut sampai nak sentuhh perut mak pon sakit kami adik
beradik
sepakat hantar juga mak ke hospital.....

Mak.....amponn kan kami semua...kami nak mak sehat...kami sayang
mak...kami
tak moh mak sakit...kami terpaksa juga hantar mak ke hospital....
ampon kan kami yer mak....
Mak.....
Malam itu abang bawa mak ke hospital dan itu lah pertama dan terakhir
kali
mak
naik kereta kiter...

Masih terbayang betapa ceria dan gembiranya mak kiter kata nak beli
kereta....
Mak asikk tanya ajer..cukup ker duitt..kiter jawap pula...kalau tak
cukupp
mak
kan banyak duit...
mak gelak ajerr.....

Lepas tu bila kereta kiter sampai.....mak buat kenduri kesyukuran.....
Dan kiter masih ingat lagi...bila kiter eksiden terlanggar kelinn naik
motor.....
Punya la kiter takut...kiter warning kakak kiter jangan sesekali kabo
kat
mak.....
Bila balik sahaja kampong....kiter cecepat simpan keta dalam
garaj.....
Tapi mak perasan juga bumper depan kiter kemek...mak tanya kenapa...?
Selamba bodoo jerr kiter jawap terlangar pokok bunga.....
Mak....tujuan kiter menipu tu supaya mak tak risau...
Maafkan kiter kerana sampai mak pergi mak tak tau hal sebenar..
mak kiter menipu mak kan...ampon kan kiter....
Mak.....
Jam 4.30 pagi

Bila tiba aja kat hospital....nurse tengah balut mak dengan kain
putih.....

mak mesti nampak kiter jatuh terduduk di lantai hospital...
Mesti mak nampak abang cium dahi mak.....
Mesti mak nampak akak baca doa untuk mak....
Mesti mak nampak adik terduduk kat kerusi kat sudut itu...
mesti mak nampak semua tu kann...kann..kannn

Mak tau tak....
Pagi tu balik dari hospital jam 5.20 pagi kiter mamandu dalam keadaan

separuh sedar...

Adik kat sebelah diam melayan perasann...
Kenangan bersama mak berputar dalam kepala ini...
jalan di depan ku rasa makin kelam.....airmata dah tak mampu di
tahan....

Masa tu seandainya apa² terjadi di jalan itu kiter rela...
Namun alhamdulillah akhirnya kiter sampai juga...
di sebab kan pagi masih awal jadi jalan tu
lenggang..kosong....sekosong
hati ini.....

Sepanjang perjalanan terasa kedinginan subuh itu lain benar suasana
nya.....

terasa syahdu dan sayu gitu...dinginnnn....

Mak.....
Jam 11.00 pagi mak di mandi kan....
Anak² mak yang pangku masa mak mandi....
Mak mesti rasa betapa lembut nya kami mengosok seluruh tubuh mak.....
Kiter gosok kaki mak perlahan lahan.....
Mak perasan tak...?

Makcik yang mandikan mak tu pujuk kiter.....
Dia kata..." dikk...jangan nangis...kalau sayang mak jangan buat
gitu...jangan
nangis ya.."

Bila makcik tu kata gitu...
lagi laaaa laju airmata ni..tapi kiter kawal supaya tak menitik atas
mak....


Mak..
Sebelum muka mak di tutup buat selama nya....
Semua anak² mak mengelilingi mak...menatap wajah mak buat kali

terakhir....

Semua orang kata mak seolah² senyum aja...

Mak rasa tak....masa tu kiter sentuh dahi mak....

kiter rasa sejukkkk sangat dahi makk.....

Kiter tak mampu nak cium mak...kiter tak daya....

Airmata kiter tak boleh tahan....

Jam 12 tengahari mak di turun kan dari rumah....

kaki kiter terus lemahh...dunia terasa berputar...tiba² kiter rasa

gelap...

Jam 5.00 petang....

Bila terjaga kiter rasa kepala berdenyut denyut...

badan terasa panas...mata semakin kecil...

makk...anak mak demam nih..!

Mak tauu...cuma kiter sorang saja anak mak yang tak mengiringi mak ke

tanah

perkuburan...

Akak kata kiter pengsan...

Terkilan..terkilan sungguh terkilan...

Kenapa kiter lemah..?

kenapa anak mak yang lain tidak begitu..?

kenapa adik boleh bertahan..??

>Mak.....

Hari² ku lalui tanpa keujudan mak lagi...

Begitu terasa kehilangan mak...boleh kata setiap malam selepas maghrib

anak

mak ini berendam airmata>

Dan sampai satu tahap....masa tu malam jumaat selepas maghrib...

Selepas kiter baca yassin....

entah kenapa kiter keluarkan gambar² mak pastu apa lagi...

semakin kiter tenung terasa semakin sayu...tangisan tak dapat di

bendung...

Mak tauu...kiter cuba bertahan...memujuk diri sendiri tapi tak juga

reda...

Kiter rasa nak telefon mak...

nak cakap dengan mak....

Mak...gila kah anak mak ini..????

Dan akhirnya dalam sedu sedan itu kiter telefon kampong...

Kiter cakap dengan kakak..kiter nangis lagi...

Puas la kakak memujuk kiter...
Akak kata..." tak baik laa nangis aje..doa lah untuk mak..nanti kalau
gini
ajer
,mak yang susah kat sana.."
Dan akhirnya akak juga nangis.....

Agaknya mak nampak adegan tu...
sebab malam jumaat kata orang roh balik rumahh...mengharap sedekah
dari
anak² nya...
Mak tau tak...di saat itu kerinduan terasa menusuk sehingga ke hulu
hati...rasa

nyilu sangat....menusuk nusuk sehingga terasa begitu sakit dalam dada
ni....
Sampai sekarang bila kerinduan itu menjelma...hanya sedekah al-fatihah
kiter
berikan.....
Mak.....

~erk,jangan salah paham. alhamdulillah. Ibu ana maseh ada lagi kat dunia ni..
tetiba bangon tido teros teringat kat ibu. dah la overslept. Then,tak gi kelas.
Tringat snagat kat ibu. Klo ibu tau anak die ni tak gi kelas,tentu ibu sedih.
Mesti kat rumah,ibu bayangkan anak die sedang sebok belajar,sebab tu ibu tak call.
sedihnya. abang kate,ibu dah tanya2 kenapa anak yang baek ni tak call pun.
Yelah,klo ibu call,kadang2 dalam kelas,dalam meting,ade talk..
jadi,ibu amek keputusan biar ana buat misscall dan ibu call semula.
Rendu sangat kat ibu.
Ibu,kak tak call bukan sebab tak ingat..
Tapi sebab hset abang bagi dah rosak, Munir baling dari tingkat atas ari tu.
Bederai hset tuh..
Nasib tak jadi arwah..
Ibu..

Sesapa yang maseh ade ibu tuh,hargailah ibu kite.
Kewajipan sebagai sorang anak, takkan terlepas walapon ibu kite dah meninggal dunia.
Renung lah,
pengorbanan beliau.
Memang tiada tandingi.

"satu..
kaseh yang abadi..
membawa ke syurga..
kasehnya..
ibu..."
(1234 aris ariswatan)
lagu ni anak saudara,Munir pon pandai nyanyi..
ibu dan aliya.
Ibu.......~
aku merinduimu... lebih dari yang kau tahu..
meskipon kau tak pernah tahu...

Ibu.
nantikan kepulanganku di rumah.
Esok je dah nak balek.
mesti ibu tak sabar nak tunggu kepulangan anaknye.
:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Monday, December 07, 2009

permusafiran seorang hamba dalam penjara

23 comments:



"husna,malam ni ade iftor sisters MEDCY di surau.."

"malam ni free tak?nak jumpa,bincang sket.."

"husna,bile kite nak siapkan course project?"

"salam husna,study circle minggu ni bile??"

"kelas iadah mungkin diawalkan untuk minggu ni.."

"husna dah siap ke tutor math dan fizik?"

Soalan yang cukop "senang" ditanya,namun jawapan untuk mengatur semuanya dengan baek tidaklah sesenang menganggukkan kepala tanda menyetujui semuanya.

"otak manusia mesti sentiasa berfikir agar menjadi aktif"-ustaz Muhammad Zakaria.

Kehidupan adalah sebuah perjalanan. Baek buruk kesudahannya bergantung pada pengisian kehidupan tersebut.
Kehidupan bukan maenan,meskipon ramai yang anggap kehidupan hanya persinggahan.
Tapi sebenarnya,
KEHIDUPAN inilah JAMBATAN untuk menuju SYURGA IDAMAN.
Pahit menelan liur.
SYURGA IDAMAN?
Idaman?
Betol kah?

Sewaktu nafsu menginginkan sebuah telefon bimbit yang 'canggih',
hubungan dengan abang diper'kualitikan' kerana mahu 'pau' abang supaya membelikan henset canggih dengan gaji pertamanya.
Semua keinginan abang,dituruti.
Menemani abang ke futsal.
Menemani abang ke pasaraya membeli barang kereta,rumah sewa dan komputer,
semuanya dituruti dengan patuh dan taat,\
kerana semata-mata mengharapkan henset idaman dari abang.

Tapi,sejaoh mana usaha yang telah dilakukan untuk mendapatkan SYURGA IDAMAN?
Muhasabah sendiri.
LPLS.
(LU PIKIR LA SENDIRI)






Setiap manusia mempunyai matlamat hidup tersendiri.
DOKTOR?

ENGINEER?

jadilah apa saja yang anda mahu selagi ia tidak bertentang dengan syariatullah.

Sejanak terkenang permusafiran yang telah menjadi "PAST TENSES".
Tuhan meletakkan ana di sebaek-baek tempat dan sebaek-baek percaturan.
Tapi sayang,
ana tidak menggunakan ke"BAEK"kan itu dengan se'BAEK'nya.
Moga-moga Allah menjaohkan ana dan semua dari tergolong dalam golongan orang-orang yang rugi.
Yakni, tatkala mendapat nikmat, tidak menggunakan nikmat itu sebaek mungkin.

Allah ade berfirman,

"sesungguhnya bagi orang-orang yang bertaqwa itu adalah kejayaan.."

Sejaoh mana TAQWA dihati, apabila jari menghitung mengharap kejayaan dari ALLAH?
Terduduk sejenak.

Kononnya menyahut cabaran
Ustaz Ehsan


Mahu tergolong dalam khaira ummah,penyebar dakwah yang intelek dan teknokrat.
Namun,
sejaoh mane usaha itu??
Malu apabila sekali lagi Ustaz Ehsan bertanya.
Sebarang jawapan terasa kelu.
Mengaku salah rasa bersalah.
Pejuang apa yang takot berjuang?
Mengaku kalah sebelom berjuang?

Kononnya melaungkan jihad besar-besaran..
Namun,jihad apa yang diperjuangkan kalau lepas Subuh pon maseh berselimut tanpa baca Quran?

Jihad apa yang mahu diperjuangkan?
Kononnya nak jadi penceramah yang lebih hebat dari Datok Nor Bahiyah.
Penceramah yang bagaimana kalau ilmu tidak konsisten ditopap??

Hah,berangan la kau sorang-sorang Husna!!
Macam la kejayaan tu boleh datang tergolek depan mate.
Macamlah dakwah tu tersebar luas dengan impian kau yang gagah dan perkasa.
Hanya impian dalam buta!

Cukoplah berangan,tapi bangonlah berjuang..
Cukoplah bermaen,tapi bangonlah dengan iman.

Kononnya sebok.
Tak sempat.
Banyak keje.

Kerja ape?
kerja untuk kepentingan diri sendiri?
itukah dakwah?
Tanpa memikirkan orang laen?
dakwah apa yang kau buat?
Husna.. Husna..
Gegaran suara itu tak mampu menggegar dunia tanpa gerakan jihadmu.
Maka,bergeraklah!!


dunia memerlukan kita semua,dengan perjuangan dan pengorbanan!


Qum Fa Anzir!

BANGUN,MAKA BERILAH PERINGATAN!!

Bangun!!
Qum Ya Fatayat!!

Mungkin untuk semester ini,mahu menjadi pendengar. Men "top up" sebanyak dan sebaek mungkin. Mahu menjadi pendengar dan penerima.
Mahu menjadi penuntut ilmu perjuangan,
sebelom bangkit menggegar dunia.

Sama-sama bangon menyentap kembali ke'senang'an,
dan membina kembali ke'GEMILANG'an.

Kerana,
jika bukan kita,
jangan harapkan dia atau mereka!!
TAPI,
tanggung jawab ini,
untuk KITA.
KITA BERSAMA.




sekiranya engkau takot untuk bergerak,
tidak layak engkau bercakap soal pengorbanan.
sekiranya engkau takot dipulaukan,
usah bicara soal perjuangan..
:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Saturday, December 05, 2009

saya adil atau zalim?

4 comments:
ADIL DAN ZALIM
Fenomena dalam masyarakat

Manusia mempunyai dua sifat semulajadi iaitu zalim dan adil. Kedua-dua sifat ini menyebabkan mereka sesat dan tidak melaksanakan amanah Allah Taala. Akibatnya mereka hidup dalam keadaan kufur dan tidak aman. Untuk menyelamatkan mereka daripada keadaan tersebut Allah yang Maha Adil dan Maha Mengetahui memberi hidayah dengan menurunkan Al-Quran dan mengutuskan Rasul supaya mereka dapat berlaku adil dan mempunyai ilmu untuk menghapuskan kezaliman dan menegakkan keadilan.
Ayat Al-Quran berikut merakamkan kenyataan di atas:

(Surah Al-Ahzab ayat 72) Ertinya:

Sesungguhnya kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesunguhnya tabiat kebaikan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan.

(Surah Al-Baqarah ayat 213) Ertinya:

Pada mulanya manusia itu ialah umat yang satu (menurut agama Allah yang satu, tetapi setelah mereka berselisih), maka Allah mengutuskan Nabi-nabi sebagai pemberi khabar gembira (kepada orang-orang yang beriman dengan balasan Syurga), dan pemberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar dengan balasan azab Neraka); dan Allah menurunkan bersama Nabi-nabi itu kitab-kitab suci yang (mengandungi keterangan-keterangan yang) benar, untuk menjalankan hukum di antara manusia mengenai apa yang mereka perselisihkan. Dan (sebenarnya) tidak ada yang melakukan perselisihan melainkan orang-orang yang telah diberi kepada mereka kitab-kitab suci yang tersebut itu, iaitu sesudah datang kepada mereka keterangan-keterangan yang jelas nyata, ( Mereka berselisih ) semata-mata kerana hasad dengki sesama sendiri. Maka Allah memberikan petunjuk kepada orang-orang yang beriman kearah kebenaran yang diperselisihkan oleh mereka (yang derhaka itu), dengan izinnya. Dan Allah sentiasa memberi petunjuk hidayahnya kepada sesiapa yang dikehendakinya ke jalan yang betul dan lurus (mengikut undang-undang peraturannya).

PENGERTIAN ADIL

Terdapat beberapa pengertian yang di buat oleh Ulamak tentang adil:

1. Adil bererti meletakkan sesuatu pada tempatnya.

2. Adil bererti menerima hak tanpa lebih dan memberikan hak orang lain tanpa kurang.

3. Adil bererti memberi hak setiap orang yang berhak tanpa lebih dan tanpa kurang sesama orang yang berhak dan menghukum orang yang jahat atau melanggar hukum setara dengan kesalahannya.

Daripada ketiga-tiga pengertian yang tersebut dapatlah dirumuskan bahawa keadilan itu:

1. Menjamin hak individu (diri sendiri dan orang lain).

2. Menghapuskan kezaliman.

3. Melaksanakan hukum dengan saksama.

4. Memastikan orang berkuasa tidak menyalahgunakan kuasa dan orang yang lemah tidak teraniaya.


ADIL KEPADA DIRI SENDIRI

Menurut Islam keadilan dan kezaliman boleh berlaku pada diri sendiri dan pada orang lain. Asas keadilan pada diri sendiri ialah iman, amal Soleh dan akhlak mulia dan asas kezaliman pada diri sendiri ialah kufur, maksiat dan akhlak yang hina. Selain itu setiap orang hendaklah menjaga hak, keperluan dan kehormatan diri sendiri iaitu hak keperluan dan kehormatan rohani dan jasmani. Sebab itu orang Islam di larang daripada membiarkan diri teraniaya.

Firman Allah Taala: (Surah Al Baqarah Ayat 195) Ertinya:

Dan belanjakan ( apa yang ada pada kamu ) kerana ( menegakkan ) Agama Allah. Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri ke dalam bahaya kebinasaan (dengan sikap bakhil) dan perbaikilah ( dengan sebaik-baiknya segala usaha dan ) perbuatan kamu, kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berusaha supaya baik amalannya.

Lebih utama lagi, bagi menegakkan keadilan pada diri sendiri seseorang itu hendaklah berani mengakui kesalahan dirinya sendiri dan bersedia menerima akibat daripada kesalahan tersebut. Keadilan pada diri sendiri itu dapat dipelihara apabila seseorang itu mempunyai ilmu tentang yang benar (hak) dan yang salah (batil), tentang yang baik dan yang buruk, tentang yang berguna dan sia-sia. Orang yang beriman dan menyedari akan hakikat diri dan amalannya akan sentiasa berdoa kepada Allah Taala seperi doa Nabi Adam Alahissalam.

( Surah Al Araf Ayat 23 ) Ertinya:

Mereka berdua merayu : øWahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan kalau engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah kami orang-orang yang rugi.Ó

Sabda Rasullallah Sallallahu Alaihi Wasallam; Ertinya:

Berlaku adillah walaupun ke atas diri kamu.

Orang yang tidak beriman dan orang yang melakukan maksiat sebenarnya orang yang zalim kepada diri sendiri kerana mereka tidak akan terlepas daripada hukuman Allah Taala di dunia dan di akhirat disebabkan mereka tidak mahu menyahut seruan Islam dan tidak patuh kepada hukum yang ditentukan oleh Allah Taala.


ADIL KEPADA ORANG LAIN

Keadilan kepada orang lain berasaskan penyempurnaan hak mereka dan melaksanakan hukum secara saksama antara mereka, membela orang yang teraniaya dan menghukum orang yang bersalah. Ini berdasarkan ayat Al-Quran:

(Surah An Nahl Ayat 90) Ertinya:

Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil dan berbuat kebaikan, serta memberikan bantuan kepada kaum kerabat; dan melarang daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang keji dan mungkar serta kezaliman. Ia mengajar kamu ( dengan suruhan dan larangannya ini ), supaya kamu mengambil peringatan mematuhinya.

(Surah Al Maidah Ayat 42) Ertinya:

Dan jika engkau nenghukum, maka hukumlah di antara mereka dengan adil; kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.
Asas bagi melaksanakan keadilan kepada orang lain ialah:

1. Iman dan takwa kepada Allah.

2. Amanah, bertanggungjawab dan Ihsan.

3. Ilmu dan kebenaran bersumberkan Al-Quran, hadis, Ijmak dan qias.

4. berpandukan kaedah atau prosedur melaksanakan hukum atau undang-undang.

Tanpa berpegang pada asas (prinsip) yang tersebut manusia boleh dipengaruhi oleh kepentingan peribadi atau kebendaan sehigga mereka sanggup melakukan kezaliman dlam pelaksanaan keadilan iaitu:

1. Orang yang lemah tidak mendapat haknya dan orang yang kuat merampas hak orang
yang lemah.

2. Orang yang bersalah bebas daripada hukuman dan orang yang tidak bersalah teraniaya.

3. hukum tidak berlandaskan kebenaran dan keadilan, tetapi berlandaskan kekuasaan dan kepentingan tertentu.


SIFAT ORANG YANG ADIL.

Antara sifat-sifat orang (hakim) yang dapat berlaku adil.
1. Mempunyai iman yang kukuh dan bertakwa kepada Allah Taala.

2. Menguasai ilmu syariat dan ilmu Aqliah.

3. Melaksanakan amanah dengan penuh tanggungjawab.

4. Ikhlas dan bertawakal kepada Allah Taala.

5. Berperibadi mulia iaitu:

i- tidak mementingkan diri sendiri

ii- berperikemanusiaan dan belas Ihsan.

iii- Bijak dan tegas

iv- Berani menghadapi risiko.


Sabda Rasullalahi Sallallahu Alaihi Wassalam Yang bermaksud :

(hakim) itu tiga jenis ; dua daripadanya masuk ke Neraka dan satu daripadanya masuk
ke Syurga. Lelaki (hakim) yang tahu perkara yang benar, lalu ia menghukum berlandaskan kebenaran tersebut, maka ia masuk ke Syurga. Dan lelaki (hakim) yang tidak tahu perkara yang benar, lalu ia menjalankan hukuman atas kejahilannya,maka ia masuk ke Neraka.


~ syukran atas tegoran sume. Insya allah ana cube perbaiki kesilapan2 yang haq mahupon bathil. Sesungguhnya ana memang manusia yang tidak sempurna,tetapi sentesa mencari dan mengharapkan kepada kesempurnaan,tapi sayang..jalan ke arah kesempurnaan itu terlalu sukar dan payah untuk digapai. Namun dengan tegoran,nasehat dan kritikan,itulah "makanan" terbaek buat kesempurnaan yang mahu di"pelok" erat.
Dan.. Semoga kalian tidak meng"impi"kan kesempurnaan dari "pencari sempurna" yang baru nak bermula ini.
Terima kaseh. Datang lagi.

Islah nafsak, wad'u ghairak~
Sesungguhnya apa yang manusia inginkan itu terlalu sukar untuk dipuaskan. Dan sesungguhnya manusia itu fitrahnya sukakan pada sesuatu yang sempurna. Dan manusia itu mempunyai pelbagai citarasa yang masing-masing ingin dipenuhi.
Begitu juga diri sendiri.
Inginkan sesuatu yang terlalu sukar untuk dipuaskan..
Mengharapkan kepada kesempurnaan yang tentunya tak mampu dicapai.
Allahu yubariklana~
(esok exam math 2) doakan semua~
:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

takot jika gembira,saket jika kecewa.

10 comments:
Kehidupan kat dunia ni,ibarat roda. Ade yang kate ibarat puzzle. Macam-macam orang kata. Tapi bagi ana,kehidupan ni macam Maybeline, kerana dirimu begitu berharga.
Bila tengok jam tangan ni,dah terlalu lewat,da sepatotnya dah lelap.(2.15pagi)
tapi rendu pulak nak buat coretan kat blog ni.
Masa semakin cepat berlalu. Sangat cepat. Rasanya baru je masok semester dua,sedar tak sedar,dah kena amek mid semester paper. Belajar tercungap-cungap. Kesebokan dengan berpersatuan juga menjadi salah satu tanggungjawab yang merumitkan lagi sebuah kehidupan peribadi hamba abdi.
Sebenarnya,tadi setelah study circle,berkejar-kejar ke meting MEDCY. Meting kali ni adalah postmortem untuk minggu HERE TO HEAL yang tamat hari ni jugak.
Alhamdulillah. Meting berjalan dengan baek,walaupon keadaan sedikit tegang. Alhamdulillah. Syukur pada Allah. Dengan benda-benda canni,hubungan jadi maken rapat. Insya allah. Walaupon pelbagai masalah timbul,dan sesi kritik mengkritik dengan sampul surat berlaku dengan lancar,namun kite harus berlapang dada bukan? kerana itulah rukun ukhwah yang utama. Salamatul shodri. Ana pon mengkritik dan dikritik jugak. Alhamdulillah,kritikan tak banyak,smapul maseh nipis. Mngkin jaoh berbeza dgn "inbox" Ust Muntaqim,Kak Julia..
Sebagai manusia yang memegang taklifat sebagai hamba,perjalanan yang kite kembara harus dilaksanakan dengan amanah. Sebagai manusia biasa yang tak lari dari melakukan kesilapan,ana mohon jutaan kemaafan sekiranya taklifan yang ana pegang tak mencapai piawaian yang diminta oleh pihak yang meminta.
Semalam,diadakan "PASAK" talk by Prof DR ARIP KASMO. Talk ni best! dan mase handle talk ni ana rasa bahagia sangat,sebab sangat kena dengan jiwa ana. Ana rasa senang walaupon esoknya adalah exam English. Ana rasa teruja dengan sambutan,walapon sambutan tidaklah sehebat sambutan ceramah KIAMAT 2012 by Ustaz Shaari yang lepas. Tapi ana senang. Walaupon akhirnya "dihalau" balek sebab exam keesokan paginya.
Bila ade perasaan gembira,ana automatik jadi takot. Sebab ana gembira. dan ana tak mahu kegembiraan ni hilang. Ana takot kalo kegembiraan ni ana tak gunakan dengan baek,lalu "dia" merajok dan tamau datang kat ana lagi. Sebab tu ana selalu kate,ana takot,jika ana gembira. Ana takot kalau2 kegembiraan tu tak kunjung tiba lagi. Ya allah,nikmat kegembiraan tu cukop besar untuk aku yang berjiwa hamba..
Tapi hakikat yang tak boleh ana tolak,ana saket bila kecewa. Ana saket bile terkesima. Baru-baru ni kenangan "manis" buat ana,percuma mendapat drip 2 botol Sodium Chloride 0.9% di klinik UIA. Kecewa terpaksa missed banyak kelas dan terpaksa tangguh presentation Speaking English. Bila kecewa,ana rase saket dan sebak. Tapi kite wajib tahu,saket dan sebak inilah ubat. Kerana ubat inilah penawar bagi dosa. Ubat inilah penyembuh dari luka dan kecewa. Ubat inilah remedy terbaek buat jiwa. Ana kecewa.. Dan saket waktu kecewa itu tentunya hisab dosa terbaek 'hadiah' dari Pencipta.
Terlalu banyak perkara yang berlaku disekeliling ana. Ada yang membuatkan ana bahagia. Tak kurang banyaknya yang buat ana kecewa.
Perasaan kecewa yang membara,tatkala melihat perubahan sahabat2 kearah yang kurang "cemerlang". Rasa sedih dan kecewa. Tapi tindakannya tetap zero. Ana tidak bercakap perihal pelajaar DQ. Sahabat2 ana bukan dari DQ aje. Ramai lagi.
Perasaan kecewa yang dirasai bile melihat perubahan tidak 'cemerlang' mereka tntunya ubat buat iman agar perkasakan dakwah dan seruan.
Itulah.. Indahnya hidup kerana setiap sebesar zarah pun perkara yang berlaku,ada ibrah hadiah dari Allah.
Tuhan,hamba ini terlalu jaoh melangkah. Hamba risau sekiranya hati hamba jua jaoh dariMu. Hamba risau seandainya hamba membelakangkanMu. Rahmati hamba dan bimbing hamba pada jalan kebenaran,jalan para anbiya; an solihin..
Salam Ukhwah fillah!
:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.