♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Sunday, February 28, 2010

sapaan mesra

5 comments:
Salam.
Sekarang ana sudah berada di Pasir Mas Kelantan. Di teratak kesayangan. Keseorangan. Macam anak tunggal. Ana menghabiskan beberapa hari d Seremban. Saja. Melawat anak saudara kesayangan.

Ana jugak nak mintak maaf sebab banyak mesej dan email ana tak bagi respon sebab laptop ana tak berapa ok. henset plak tak de kredit kot. Semoga anda berlapang dada dengan hamba.

Itu saja coretan ana, sedikit. Untuk memaklumkan saje. Banyak cerita yang nak dikongsi, mungkin kena tunggu dulu. Ini baru saje sampai di rumah. Belum melawat anak saudara baru lagi. Banyak task yang perlu diselesaikan.

Jumpa lagi. Doakan ana jugak! Ana mahu optimis dan positif..

dalam masa yang same, cuti dua minggu ni kena guna betul2 untuk ALQURAN dan ibadah2 lain.. Alquran mesti dihati. Letak TV blakang kaki. Baca Quran dulu, baru tengok TV.

Pesanan buat diri sendiri..

Dan mereka yang sama2 bercuti bersama.

(suasana sunyi ditinggalkan ibu ayah yang pergi kerja sejak pagi. apa yang boleh saya buat? tido? kata beliau, tido bukan nikmat terbesar bagi kite, kerana nikmat kite adalah dalam medan perjuangan kerana kite adalah pejuang..)
:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Saturday, February 20, 2010

lagu tema study~

34 comments:
lintas langsung dari bilik study..
Sejak di'kuarantin' untuk menunggu paper terakhir untuk semester ini, yakni PHYSIC, pelbagai ragam dapat dilihat. PHYSIC ni subjek 'kegemaran' kami.
Maka,
disebabkan itu,
carry mark sangat 'tinggi'.
Sedang asyik dibuai 'ketidaksabaran' untuk menghadapi paper terchenta ni,
pelbagai lagu menjadi mainan hset kami,
kononnya penguat semangat.
Sedang diuji dengan pelbagai mehnah hantaran dari TUHAN,
kekuatan dan 'ketidakbolehtiduran'
dek kerana banyak topik yang memang sudah 'hadam'.
Mereka kata,
"ujian Allah hantar nak tambah amalan kita."
makan,
seperti biasa,
rukun usrah yang pertama,
BERLAPANG DADA.
Yelah,
nak berjaya,
kena ada pengorbanan.
Panjang pulak.
Ingat nak lintas langsung 5minit aje.
Tape la,
ini lagu tema kami di bilik study kami.
Skadar nak kongsi,
mana tahu boleh jadi lagu tema kamu jua nanti.
Lagu ni dipilih disebabkan beberapa 'word' yang digunakan boleh menaikkan semangat.
Bile sebut,
"isteri cerdik yang solehah',
semua akan kembali menatap buku,
kuat.. kuat...
satu umpan yang hebat untuk mengelakkan ada yang tertidur dek kerana
semua nak rebut title,
"ISTERI CERDIK DAN SOLEHAH".
Memang,
lambat lagi,
tapi nak jadi cerdik dan solehah,
kena bermula dari sekarang~
Maka, tengoklah lagu ini.
Kalau nak soft copy,
bole bluetooth dengan
SITI KHADIJAH.
(promote).
Senang, download dalam internet.
Dunia bertambah maju.
Atau anda boleh on YM anda,
dan kita boleh transfer file lagu tema kami ini.
Sekian.
Selamat melihat lagu.
Pergi dulu.
Isteri Solehah
( 1 )
Isteri cerdik yang solehah
Penyejuk mata, penawar hati, penajam fikiran
Di rumah dia isteri, di jalanan kawan
Di waktu kita buntu, dia penunjuk jalan
( ulang 1 )
Pandangan kita diperteguhkan
Menjadikan kita tetap pendirian
Ilmu yang diberi dapat disimpan
Kita lupa, dia mengingatkan
( ulang 1 )
Nasihat kita dijadikan pakaian
Silap kita, dia betulkan
Penghibur di waktu kesunyian
Terasa ramai bila bersamanya
( korus )
Dia umpama tongkat si buta
Bila tiada satu kehilangan
Dia ibarat simpanan ilmu
Semoga kekal untuk diwariskan
( ulang 1 )
( ulang korus )
Doakan kami menghadapi paper terakhir pada
22 FEBRUARI 2010.
Doakan.
Rabbi Yassir Wala Tu'assir.
Allahumma najjahna fil Imtihan Mumtaazan Naajihan...
Ameen.
Ameeen..
Ameeeen ya Karim..
Taqabbalallahuminkum..
Minna waminkum.

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Friday, February 19, 2010

SABAR atau MENGELUH?-(TABAHLAH AKH MAJDI)

8 comments:

Allah Maha Besar. Allah Maha Besar. Demi Allah, aku hambaMU tidak pernah mengetahui perancangan agungMu.





Titipan buat Saudara Majdi Nadwan yang kehilangan ayahanda kesayangan pada 18 Februari 2010,baru-baru ini. (ALFATIHAH)


Moga kisah ini boleh dijadikan kekuatan untuk Akh dan kami semua yang bakal diuji jua suata hari nanti. Sayangnya Allah kepada Akh,menghantar ujian seberat ini seawal ini,dalam fatrah exam ini. Itulah besarnya ILMULLAH yang tak terjangkau fikiran manusia..



ANTARA SABAR DAN MENGELUH


Pada zaman dahulu ada seorang yang bernama Abul Hassan yang pergi haji di Baitul Haram. Diwaktu tawaf tiba-tiba ia melihat seorang wanita yang bersinar dan berseri wajahnya.


"Demi Allah, belum pernah aku melihat wajah secantik dan secerah wanita itu,tidak lain kerana itu pasti kerana tidak pernah risau dan bersedih hati."


Tiba-tiba wanita itu mendengar ucapan Abul Hassan lalu ia bertanya,


"Apakah katamu hai saudaraku ? Demi Allah aku tetap terbelenggu oleh perasaan dukacita dan luka hati kerana risau, dan seorang pun yang menyekutuinya aku dalam hal ini."


Abu Hassan bertanya,


"Bagaimana hal yang merisaukanmu?"


Wanita itu menjawab,


"Pada suatu hari ketika suamiku sedang menyembelih kambing korban, dan pada aku mempunyai dua orang anak yang sudah boleh bermain dan yang satu masih menyusu, dan ketika aku bangun untuk membuat makanan, tiba-tiba anakku yang agak besar berkata pada adiknya,


"Hai adikku, sukakah aku tunjukkan padamu bagaimana ayah menyembelih kambing ?" Jawab adiknya,


"Baiklah kalau begitu ?"


Lalu disuruh adiknya baring dan disembelihkannya leher adiknya itu. Kemudian dia merasa ketakutan setelah melihat darah memancut keluar dan lari ke bukit yang mana di sana ia dimakan oleh serigala, lalu ayahnya pergi mencari anaknya itu sehingga mati kehausan dan ketika aku letakkan bayiku untuk keluar mencari suamiku, tiba-tiba bayiku merangkak menuju ke periuk yang berisi air panas, ditariknya periuk tersebut dan tumpahlah air panas terkena ke badannya habis melecur kulit badannya.


Berita ini terdengar kepada anakku yang telah berkahwin dan tinggal di daerah lain, maka ia jatuh pengsan hingga sampai menuju ajalnya. Dan kini aku tinggal sebatang kara di antara mereka semua."


Lalu Abul Hassan bertanya,


"Bagaimanakah kesabaranmu menghadapi semua musibah yang sangat hebat itu ?"


Wanita itu menjawab,


"Tiada seorang pun yang dapat membezakan antara sabar dengan mengeluh melainkan ia menemukan di antara keduanya ada jalan yang berzeda. Adapun sabar dengan memperbaiki yang lahir, maka hal itu baik dan terpuji akibatnya. Dan adapun mengeluh, maka orangnya tidak mendapat ganti yakni sia-sia belaka."





Demikianlah cerita di atas, satu cerita yang dapat dijadikan tauladan di mana kesabaran sangat digalakkan oleh agama dan harus dimiliki oleh setiap orang yang mengaku beriman kepada Allah dalam setiap terkena musibah dan dugaan dari Allah.


Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda dalam firman Allah dalam sebuah hadith Qudsi,:





" Tidak ada balasan bagi hamba-Ku yang Mukmin, jika Aku ambil kekasihnya dari ahli dunia kemudian ia sabar, melainkan syurga baginya."





Begitu juga mengeluh. Perbuatan ini sangat dikutuk oleh agama dan hukumnya haram. Kerana itu


Rasulullah s.a.w bersabda,: " Tiga macam daripada tanda kekafiran terhadap Allah, merobek baju, mengeluh dan menghina nasab orang."


Dan sabdanya pula,


" Mengeluh itu termasuk kebiasaan Jahiliyyah, dan orang yang mengeluh, jika ia mati sebelum taubat, maka Allah akan memotongnya bagi pakaian dari wap api neraka." (Riwayat oleh Imam Majah)





Semoga kita dijadikan sebagai hamba Tuhan yang sabar dalam menghadapi segala musibah.


Teutama buat Akh Majdi. Allah, kuatkanlah beliau menghadapi dugaanMu..





Cerita tentang pemergian AYAH Akh Majdi boleh dirujuk di blog:






:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

mengumpat versatile

2 comments:







Dosa Mengumpat







Mengumpat ialah menceritakan atau menyebut keburukan atau kekurangan seseorang kepada orang lain.







Rasulullah S.A. W. menjelaskan mengenai mengumpat separti sabda nya bermaksud







"Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya" (Hadis Riwayat Muslim)














Mengumpat berlaku sama ada disedari atau tidak. Perbuatan itu termasuk apabila menyebut atau menceritakan keburukan







Biarpun tanpa menyebut nama pelakunya tetapi diketahui oleh orang yang mendengarnya.







Memandangkan betapa buruk dan hinanya mengumpat, ia Disamakan seperti memakan daging saudara seagama. Manusia waras tidak sanggup memakan daging manusia, inikan pula daging saudara sendiri.







Dosa mengumpat bukan saja besar, malah antara dosa yang tidak akan diampunkan oleh Allah biarpun pelakunya benar-benar bertaubat.







Dosa mengumpat hanya layak diampunkan oleh orang yang diumpatkan. Selagi orang yang diumpatnya tidak mengampunkan, maka dosa itu akan kekal dan menerima pembalasannya diakhirat.







Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya. "Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat" (Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibbad)














Disebabkan mengumpat terlalu biasa dilakukan, maka ia Tidak dirasakan lagi sebagai satu perbuatan dosa. Hakikat inilah perlu direnungkan oleh semua. Mengumpat dan mencari kesalahan orang lain akan mendedahkan diri pelakunya diperlakukan perkara yang sama oleh orang lain.







Allah akan membalas perbuatan itu dengan mendedahkan keburukan pada dirinya.














Sabda Rasulullah S.A.W. "wahai orang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum muslim, dan jangan lah kamu mengintip-intip keaibannya. Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaibannya, dan dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri" (Hadis riwayat Abu Daud)














Orang yang mengumpat akan mendapat kerugian besar pada hari akhirat. Pada rekod amalan mereka akan dicatatkan sebagai perbuatan menghapuskan pahala.














Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud : "Perbuatan mengumpat itu samalah seperti api memakan ranting kayu kering".







Pahala yang dikumpulkan sebelum itu akan musnah atau dihapuskan seperti mudahnya api memakan kayu kering sehingga tidak tinggal apa-apa lagi. Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili, diakhirat seorang terkejut besar apabila melihat catatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya didunia. Maka, dia berkata kepada Allah "Wahai Tuhan ku, dari manakah datangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah melakukannya". Maka Allah menjawab :"Semua itu kebaikan (pahala) orang yang mengumpat engkau tanpa engkau ketahui". Sebaliknya, jika pahala orang yang mengumpat tidak ada lagi untuk diberikan kepada orang yang diumpat, maka dosa orang yang diumpat akan dipindahkan kepada orang yang mengumpat. Inilah dikatakan orang muflis diakhirat nanti. Memandangkan betapa buruknya sifat mengumpat, kita wajib berusaha mengelakkan diri daripada melakukannya. Oleh itu perbanyakkan lah zikir supaya dapat menghindarkan diri daripada mengumpat samada langsung,tidak langsung, henfon,laptop,mahupon kertas..

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Thursday, February 18, 2010

istimewa 18 FEBRUARI

3 comments:


Dulu aku sangkakan


tanpa dirimu tak mengapa


aku bisa berjalan sendirian


kerana aku telah dewasa




namun selepas mengalaminya


perit terasa berat dijiwa


aku masih perlukanmu


aku masih mahu seperti dulu




kakiku melangkah dengan pasti


kau kata "langkah jangan henti"


setiap katamu azimat buat diri


takkanku lupa segala jasa dan budi




aku mahu kau disisi


merawat segala kedukaan hati


aku mahu kau menemani


perjalanan aku yang payah ini




Tuhan..


dia teramat aku sayangi


dia teramat aku kasihi


lukanya aku dia ubati


jatuhnya aku dia temani




Sakitnya aku dia ubati


deritanya aku dia rasai


sedihnya aku dia tangisi


perlunya aku dia pasti disisi




Hilangnya dia tak sanggup aku bayangi


perginya dia tak sanggup aku tangisi


kasihnya aku buat dia tiada tandingi


kasihnya dia buat aku lebih-lebih lagi





NUKILAN istimewa buat ABANG KHALIFA TAUFIQ in conjunction with HIS BIRTHDAY on this 18 FEBRUARY.


Selamat menjadi 26 tahun Abang.





Dan dalam masa yang sama, sajak ini juga dinukilkan buat kakakku yang jaoh di pandangan mata, NURHANNANI MURNI INDAH. Sesungguhnya saat kita bersama adek beradek sangat aku rindui,kak..


(p/s: abang sedang cari jodoh,sape yang berminat boleh hubungi saya. Jangan risau,abang saya ada steady job. Insya Allah. Tapi beliau nak cari cekgu(ibu yang suro carik cekgu,beliau setuju aje,alasan ibu,engineer sebok,cekgu paling sesuai) dan abang nak orang KELANTAN, sebabnya jelas, ehem2.. sebab abang keje kat KELANTAN. Lagipon orang KELANTAN baek2. Insya Allah. Dan ibu kata nanti abang tak kena distributed setiap kali hari raya,tak kena gado2,dan tak kena zalimi anak orang. jadi,sapa berminat,saya alu-alukan.)





Di samping itu,





nak wish jugak birthday kepada semua sahabat yang menyambut ulangtahun kelahiran di BULAN FEBRUARI.




Adek beradek MEDCY,


Kak Masitah Salihah- 17 FEBRUARY


Kak Jalilah- 18 FEBRUARY


Fathiah Radzi - 23 FEBRUARY


Naqib- 24 FEBRUARY.





Semoga Allah melindungi entum semua. Semoga Allah memberkati entum dan memberi yang terbaek untuk kite semua. Insya Allah.




Barakallahulakum.

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Wednesday, February 17, 2010

examMANIAC

10 comments:





EXAMMANIAC???




Yeah~ i am!












Buat sahabat2 GEN9, sahabat2 MEDCY, sahabat2 seMAHALLAH, seKELAS, seTALAQI, seUKJ, seCFS PJ sekalian,








orang yang beriman itu, menyerahkan segala urusan dan ketentuan kepada DIA.




Namun syaratnya, usaha harus sepenuh dan semampunya. Pelbagai ragam yang kite lihat dalam fatrah exam nih,




3pagi skrg),
ade yang tatido malam(macam yg sedang menulis pada pukol



ade yg studi tahenti2,




ade yg rilek asyik terlelap,ade yg baring je kat katil gelak2 sebab tade exam esok..




Namun, menjadi yang 'terpilih' benar2 susah. Bukan senang mendapat pandangan rahmah Allah. Bukan senang menggapai kaseh sayang DIA. Orang yang berjaya mengikhlaskan niat, yang berjaya meletakkan matlamat, dan tinggi tawakkalnya, itulah orang yang bakal dipandang RAHMATNYA.








Buat kakak2 ni DARUL QURAN (DIPLOMA) yang senang menghadapi imtihan.. Terutamanya Along Syahadah yang sedang bertarung untuk final Sem di DQ, semoga entum semua tak terlepas dari rahmat ALLAH. RahmatNya besar, teramat besar, namun mendapatkannya tidaklah semudah mengatakannya. Insya allah.








Berusahalah semampu mungkin sahabat2 ku..








Tido lewat jangan sampai langgar QIAM. Itu kekuatan kite.




Tido lambat jangan sampai terlambat subuh
(hati2, 6.30pagi tu dah dikire LEWAT!)




Bace buku banyak2 jangan lupe baca QURAN jugak. Tanggungjawab dengan QURAN tak terlepas dengan adanya PEPERIKSAAN, kerana PEPERIKSAAN dengan TUHAN lebih INFINITI kesudahannya.




Baca buku jangan sampai hilang muamalat dengan rakan2 seperjuangan.




Khusyuk studi jangan sampai hilang khusyuk dalam solat.




Yang penting, yang kuat mesti bantu yang lemah. Jangan tinggalkan kawan2 kite.




Tengok mereka. Berjaya kena sama2 berjaya. Islam itu tak mengajar kite PENTINGKAN DIRI.




Jangan. Jangan begitu. Sekali Allah murka, nescaya belom tentu kau sanggup menghadapnya!




Buat semua, jangan terlalu mengejar dunia EXAM sehingga melupakan AKHIRAT yang INFINITI.
Jangan terlalu obses dengan EXAM sehingga ALQURAN hentah kemana.
Peringatan ini khusus buat diri sendiri yang sudah beberapa hari kuota bacaan ALQURAN tak cukop.(sepatutnya 1/2 JUZUK sehari).








Malu pada Tuhan. Buku khatam berkali2, QURAN 1/2 Juzuk pon takle baca!




Patu terhegeh2 menta RAHMAT NYA? BantuanNYA?




Sedar diri,HUSNA!








Kamu HAMBA dan DIA TUHAN.




Kuasa Pada DIA, kamu langsung lemah tiada daya!








Maka, berusaha, meminta, tawakkal!








Jika selepas kamu berdoa, kamu bertawakkal dihiasi dengan usaha tiada tara, nescaya ALLAH bakal meletakkan kamu ditempat yang terbaek.....








Percaya janjiNYA.








Dan ingat, kebaekan disisi ALLAH tidak pernah sama dengan kebaekan yang dilihat disisi manusia. Pandangan manusia tentunya jaoh 'bodo' berbanding pandangan DIA yang MAHA TAHU.








Dan ingatlah, kesudahan yang baek adalah bagi orang2 yang bertaqwa!






DOAKAN KAMI
DOAKAN YANG TERBAEK
Jika kegagalan kami bakal membawa FITNAH pada AGAMA,
maka
KAU berilah aku kejayaan.
Jika kejayaan kami membawa fitnah buat agama.
Maka,
aku serahkan segala padaMU
untukMU
tentukan
segala yang TERBAEK
buat kami
kerana kami
HAMBAMU
dan ENGKAU
TUHANKU.
Doakan kami,
Ibu, baba,
Doakan anakandamu
di
medan pertempuran
dengan
PEN DAN KERTAS.
(rasa takot macam perang dengan senapang)
kakak,abang,
doakan adekmu
membuat sehabes baek.
Doakan.
Doakan.
Jangan kedekut
berdoa.
Buat diri sendiri dan ornag laen.
Doakan.
Doakan.
Doakan.
Salam sayang buat
KELUARGA TERSAYANG.
serta
tak lupa
SAHABAT
keliling pinggan!
Doakan.
Doakan.
Wassalam.

-husnataqwa

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Saturday, February 13, 2010

semoga khair-khair saje..

1 comment:




Aku confius.
kena ke aku buat post ni.
entah. sebab ni waktu subuh. dan aku pon tanak tido lepas subuh.
dan aku sekadar isi masa sebelom tak lama lagi family aku nak datang amek aku kat sini. dan kami bakal berkampung di Klang untuk kenduri sedara aku.

Aku cume nak kata,
13 februari 2010
Selamat ulangtahun kelahiran
buat kawan aku yang sambut besday yang ke 21 hari ni dan tarikh yang sama pada tahun2 lepas dan tahun2 akan datang.

Tetiba aku rase die sangat tua.

Aku rase die dah ada semua yang baek-baek, jadi aku doa saje semua kebaekan itu dipertingkatkan dan dikekalkan.




Dan aku tringat sorang kawan aku, KETUA PELAJAR aku waktu sekolah menengah, ASYRAF ABDULLAH, berkongsi tarikh yang sama sembut besday yang ke 20 pada hari ini. Dan beliau sekarang di UK. Aku tatau aku kawan atau musuh, sebab waktu sekolah aku selalu fight die untuk dapat title BEST STUDENT. Dan memang beliau yang menang. Tapi beliau akan selalu kata aku lebih bertuah
sebab aku hafai Quran.

Ah,aku tetap tak puas hati. Tapi aku yang paling muda antara mereka.
Aku maseh 18 tahun!



Jadi,sesapa saja yang berkongsi tarikh lahir dengan mereka yang pernah aku kenal ni,
semoga korang sume dipanjangkan umur sentesa untuk sambut besday pada tahun 2011 pulak.

Aku jugak harap iman dan taqwa korang khair-khair saja hendaknya.
Dan korang berjaya hidop dunia akhirat. Jugak korang dapat apa yang korang nak yang mana baek disisi Allah.


Dan korang tak serik-serik berjuang pada AGAMA SYUMUL ni.
Dan tak keterlaluan kalao aku nak doakan korang mati SYAHID.
Aku bukan nak korang mati.
Tapi klo Allah suke korang mati, aku tumpang gembira!
Tapi kalo aku doa untuk hidup saje, tak berbaloi. Sebab sah-sah korang hidop sementara saje di bumi fana ini.
Yang pasti, kite bakal kekal di akhirat sana.
Khair-khair saja hendaknya.
Untuk aku jugak.
Serta untuk mereka yang bace post aku ni.

kamu semua pon kena doakan aku.

Alu maseh ada 2 paper lagi untuk final exam.

Demikian saja.
Sampai sekarang aku tatau samada post aku ni perlu aku publish atau tak.
dan akhirnya....

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Friday, February 12, 2010

Allah! Aku yakin padaMu, bertambah yakin.

6 comments:






Sedikit perkongsian yang ana nak kongsi.
Dulu, selalu saja mendengar orang mengalunkan ayat 7 Surah Muhammad. (sila tengok QURAN). Dan kadang2 diri sendiri yang menggunakan ayat itu untuk menguatkan ornag laen termasok diri sendiri.

“Jika kamu menolong agama Allah, maka Allah akan menolong kamu..”

Demikian ayat ini bakal menjadi AYAT UTAMA untuk ana kongsikan dalam post kali ni.

10 Feb 2010. (EXAM EPT WRITING AND READING)

“Husna, ko dapat mesej yang budak UUM nak buat operation tu tak? Yang nak mintak derma kilat tu?”

“Dapat2. Tak logic je nak masokkan dalam akaun sebelom kol 3.”

Seorang sahabiah di UUM mengalami kanser otak dan kanser darah. Maka beliau memerlukan sumbangan sebelom pukol 3 hari tersebot untuk buat operation.

Masok saje ke bilek, Muna semangat pegang tabung Palestin.

“Aku tepon hang await tak jawab? Haih!” Garang dan bengis.

Berjiwa waja rupanya sahabat aku sorang ni. Beliau mengutip derma kilat dari SATU MAHALLAH! Kagum jugak. Aku dan Cokdi waktu tu memang niat nak tido,sangat mengantuk. Tapi Muna mengajak kami ke Bank Islam terdekat.

Mase tu tak berapa nak ikhlas. Sempat ke. Ni dah pukol berapa. Lagipon kite ada berapa sen sangat nak bagi. Lagipon mesej ni boleh percaya ke. Aku query diri sendiri.

Disebabkan banyak sangat query, maka dengan bantuan Presiden, aku teros menelefon Ustaz Idris untuk mendapatkan kepastian. Dan beliau mengesahkannya! Selepas tu aku mendail Ustaz Farhan pula, same! Disahkan ini cerita betol!

Muna tetap semangat. Cokdi pon same. Mereka semangat research BANK ISLAM terdekat dengan bantuan BROADBAND CELCOM ini.

“Hah, ni yang terdekat, SEKSYEN 14!!”

“Sekarang kutipan ade berapa?”

“Hem.. RM80. Tape, meh aku gadai hset aku.”

Kemudian timbul satu kesedaran, semangatnya budak ni. Aku takkan nak jadi pembantut plak! Maka, aku bersama Cokdi membatalkan niat untuk berQAILULAH. Walopon waktu tu dah kol 2petang. QAILULLAH ape lagi.. Nafsu2..

“Jom la Husna kite pegi SEKSYEN 14.”

Maka, semangat membara seolah2 sedang marak dalam hati Jom la. Walopon aku sendiri sedia maklum beberapa prosedur yang perlu dibuat untuk keluar dari kampus pada hari KULIAH. Terbayang wajah Principal Mahallah Khadijah. Hem,mesti beliau akan mintak surat ni. Teringat waktu urusan untuk AGD MEDCY,berkejar2 aku nak uruskan prosedur untuk keluar kampus. Payah2.

Maka,kami masih meneruskan usaha menambah kutipan derma kilat tersebut. Bantuan dari Muslimin juga kami mintak, tapi mungkin tidak menyeluruh sebab waktu tu waktu dah suntuk,kami kejar masa!

Di MAHALLAH OFFICE (MO), kami terpaksa berurusan dengan kakitangan MO. Sah, memang payah. Nak buat baek pon payah! Kami ikhlas nak pegi Bank Islam. Klo kami boleh buat tanpa keluar dari kawasan kampus ni,nescaya kami takkan datang menghadap anda. Tapi soalan yang banyak bertalu2 mempersoalkan keikhlasan kami, memang menaekkan api kemarahan. Sudahlah kami mengejar masa, nak buat bukan benda bukan2. Kami mintak untuk pergi Bank saje. Kerani MO pandang macam kami nak pegi FUNFAIR. Atau mungkin beliau anggap kami nak pegi ponteng. Haih,dalam fatrah exam macam ni, tade mase nak piker nak jalan2. Lantas, aku mengambil keputusan untuk berurusan dengan Principal MO KC yang kebetulan tiada di pejabat pada waktu itu.

Dalam waktu yang sama, Muna menguruskan urusan dengan pihak Muslimin.

“Husna, nak jumpa kat mana beliau?”

“Hem.. Hem.. Hish.. Ha, klinik.”

Sementara mengatur temu dengan pihak Muslimin untuk amek duet tersebut, Cokdi menelefon Principal. Sayang, Principal tidak memberi ape2 respon. Robot yang menjawab panggilan kami. Frust. Benar2 frust. Canne nak keluar. Dah pukol berapa.



Kami menuju ke klinik. Walopon pada waktu tu masing2 sedar, kami memang tiada kebenaran untuk keluar. Di klinik, sekejap sahaja urusan dengan pihak Muslimin, Hanya mengambil kutipan wang. Sekarang, kutipan kami berjumlah RM500! Percaya atau tidak? Hset belom digadai. Semangat sangat nak tolong yang memerlukan.

Apabila menelefon Principal tak dapat2, kami berehat di kerusi di hadapan klinik.

“Husna, jom kite keluar ikot masjid..”

“Hish. Bukan idea yang bagos.”

“Dah tu canne ni. Madam tak jawab.”

“ kita naek ambulans aje lah!” Gurau salah seorang dari kami. Ketawa.

Aku mencelah,

“Tajdidkan niat.. Sekarang..” Maka berbuih2 istighar dari mulut kami. Memohon semoga kerja yang dilakukan benar2 kerana Allah untuk membantu yang memerlukan. Semoga apa yang dilakukan bukan untuk memuaskan hati dan nafsu sendiri, tetapi dengan nama Allah yang Maha Penyayang untuk kepentingan beliau yang memerlukan bantuan di sana.

Depan klinik…

Waktu itu jam sudah menunjukkan pukol 3.30 petang. Muncul seorang lelaki (pakcik). Die bertanya2 untuk makan Mee Sup. Kemudian beliau datang ke hadapan kami, lalu bertanya,

“Nak ikot pegi makan sup kat seksyen 14 tak?”



Cokdi dan Muna terpegun. hah?? Seksyen 14???
Pada waktu tu, aku tatau perasaan sebenar. Aku gembira. Kenapa mesti beliau mengajak ke Syeksen 14? Mengapa mesti Syeksen 14. Dan siapakah beliau. Tidak pernah mengenali! Tuhan, ini malaikat yang kau hantar untuk kami ke?

Cokdi sangat semangat bersetuju. Aku kurang percaya. Betol ke ni.

“Takot lah pakcik nanti guard tahan klo die nampak.”

“Heh, takot apenya, tengoklah sapa drivernya.”

Selepas itu beliau masok beberapa ketika ke dalam klinik, aku dan mereka berbincang2. Penuh perasaan taajub. Betol ke ni nak ikot pakcik ni? Jatoh thiqah la kena makan dengan die kat kedai makan. Haih. Kang die bawak pg tempat laen canne. Haru. Exam tak habes lagi ni. Bole caya ke?

“ha, jom la. Nak gi bank Islam kan?” Tetiba pakcik tu keluar dari klinik.

“Tapi pakcik, takot guard tu nampak la pulak keluar..”

“Alaa. Jangan risau. Tengok la sapa drivernya!” Cokdi dan Muna semangat bangon. Dan waktu tu pakcik tu bergerak kea rah……






AMBULANS!!

“Ha,naek ambulans nanti tade sape nak nampak,tade sape nak syak!” dengan bangganya pakcik itu berkata.

Hah? Ambulan? Sesungguhnya sangatlah tiada tertahan rasa geli hati untuk ketawa. Cokd semangat! Betol2 semangat!

Kemudian, menjadilah hikayat, kami bertiga naek ke dalam ambulan tersebot. Aku dan Cokdi duduk di bahagian blakang. Aku baring di katel pesakit. Tak janggal, ini kali kedua aku naek ambulans UIA.
Tapi perasaan geli hati seolah2 tak dapat dibendung. Niat hati nak naek ambulans ke Bank tercapai! Sampai di Pakcik guard yang bakal menentukan berjaya untuk keluar atau tidak, pakcik ambulans tu siap hon panjang2 lagi kat pak guard!

“Tahu tak kenapa pakcik tak bawak kereta tadi?”soal pakcik pula.

“kenapa ye?”

“Sebab takot jam. Kalao jam nanti kite boleh pasang siren”

Dan waktu ni memang saket perot menahan gelak. Tidak lama selepas itu, pakcik itu bertanya,

“Eh,kamu nak pegi bank nak buat ape?”

Subhanallah! Maha Kaya Allah. Pakcik ini dengan baek hatinya membawa seludup kami ke Bank tanpa mengetahui musabbabnya. Kemudian, kami punya jurucakap menerangkannya dengan butir yang tidak berapa details.



Pakcik tersebot berhenti membeli pisang goring, kemudian menghantar kami ke bank dan menunggu kami berurusan di dalam bank dengan sabarnya. Hampir setengah jam jugak urusan di bank. Dalam ambulans, pakcik itu sabar menunggu sambil makan pisang goreng. MahaSuci Allah. Siapakah yang telah Kau hantar untuk menolong kami ini? Beliau benar2 dihantar untuk menolong kami. Beliau keluar tiada matlamat laen, hanya nak hantar kami ke bank! Canteknya perancangan Allah. Hakikatnya kami tidak pernah mengenali beliau, kalau nak dibandingkan dengan kerani MO yang banyak kali jumpa. Betapa percayanya Pakcik itu terhadap kami, sanggup menghantar kami dengan ambulans! Pada awalnya, beliau mintak kami pulang sendiri, dalam hati kami berdoa, harap2 Allah mudahkan jalan untuk kami pulang semula ke UIA. Tanpa disangka2, pakcik itu tanpa banyak soal menunggu kami selesaikan urusan di bank tersebot.

Ya Allah, sekarang, aku benar2 percaya dengan PERTOLONGANMU.

Sesunguhnya hanya pada Allah semua pertolongan dan syafaat. Maha AgungMu Tuhan. Aku benar2 terharu dan terkesima. Tuhan, benar janjiMu. Dan Engkau benar tidak pernah memungkiri janji. Aku yakin padaMu Tuhan. Bertambah yakin.

Secara logiknya, pakcik itu benar2 dihantar oleh Allah. Kami tidak pernah mengenalinya. Dan kami tiada sedikit pon terniat meminta pertolongannya. Dengan senang hati, beliau menawarkan perkhidmatan. Dan beliau sangat amek berat. Tanya macam2.




Seusai urusan di bank, kami berhajat belanja pakcik makan mi sup di ZC. Tapi pakcik tersebot menolak. Maha AgungMu Tuhan. Pak cik ini benar2 ikhlas. Moga beliau mendapat ganjaran setimpal. Beliau mendapat pahala setimpal. Insya allah. Dan aku yang membelanja mereka berddua mi sup ZC yang sedap itu!

Jika entum berada di tempat kami, tentu entum semua bakal merasakan sangt dekat dengan Allah. Betapa Allah benar2 kabulkan niat kami untuk menaiki ambulan. Dan betapa Allah mudahkan urusan kami. Dan yang penting, ada hikmah jua kerani MO tu tak leh deal dengan kami. Sebab jjika dapat kebenaran, kami terpaksa naek teksi yang mungkin menelan belanja hamper rm20 atau lebih untuk perjalanan pergi dan balek. Maha Agung dan Bijaksana perancanganMu Ya ‘Alim.

RM 500 itu mungkin jumlah yang kecil buat sahabat kami dari UUM itu, tapi itu adalah sumbangan paling ikhlas dan paling mampu kami kutip dari pelajar UIA dalam mase 3jam. Mungkin jika diberitahu lebih awal, gerakan transformasi kami mampu melakukan yang lebih lagi dengan izin Allah. Buat yang menerima bantuan tersebot, nilai wang itu mungkin kecil, tapi hati pelajar2 UIA yang menolongmu sangat mengharapkan kebaekan untukmu. Kebaekan disini bermakna bukan kebaekan di sisi manusia, tapi tentunya kebaekan disisi Allah. Dia maha Tahu, hidop atau mati yang paling baek. Ahsantum.

Pengajarannya, ikhlaskan niat. Niat mampu mudahkan pertolongan Allah buat kite. Aku yakin dan bertambah yakin, jika benar kite serahkan urusan kite buat NYA, DIA takkan loket untuk menolong kite. Yang penting, hati. Hati disini bukan kibdah, tetapi QALBI.

Semoga kisah yang tak berapa best bile ditulis (lebih best jika cerita live) mampumemberi pengajaran buat sahabat-sahabiah sekalian. Sesungguhnya, aku yang mengalaminya merasai kaseh sayang Allah. Dan sahabat2 ku yang pernah mendengar live dari mulut kami pon merasakan satu ketenangan hati yang tidak bias dicari ganti, iaitu ketenangan apabila segala urusan benar2 digantung harapkan pada Allah, Tuhan semesta Alam.

Harapan, harap kesah ini tidak di print atau dibawa kepada pihak DEAN, kerana risau pakcik ambulans dan kami mendapat warning letters ataupun surat saman RM50. Kami tidak merancang untuk keluar secara haram. Kami mencari jalan terbaek untuk mendapat kebenaran. Tapi Allah bukakkan kami jalan yang tak pernah kami sngkakan. Itu ALLAH. Tuhan aku dan Tuhan kamu.


-Kalo nak dengar secara live, khayr saja.





(ada gambar.mungkin di upload kemudian)
Petangnya pula, pihak UKJ ade task lagi. Menguji dan mencabar betol hari ini nampaknya.



Yang penting, niat. Dan memperbaiki hati!
Insya Allah.
-Terima keseh jua kepada watak2 pembantu. Dari Muslimat, Zaleha dan dari pihak Muslimin, tidak lupe bantuan UKJ jua.
:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Monday, February 08, 2010

SHORTSEM: Menduga imankah?

2 comments:






"Ibu. Ada short sem plak. Takdi baru kelih module hok baru. Benci la gini.. Punoh abih sume plan.. Tokse.. Tokse.."













"Doh tu nok wak gano.. Biarlah kakna.. hok tu hok molek doh tu Tuhe letok. Kito tok tahu depe aghi nuh lagu mano.."













Itulah ibu. Apapon yang ana adu, pasti jadi neutral. Setiap kali ana ber'acid', IBU lah 'alkali' terbaek me'neutral'kan anaknya. Jaoh berbeza dengan Ayah. Lumrah, lelaki memang bersifat PEMBELA. Betol? Itu pemerhatian ana pada ayah dan abang2 ana. Mereka suka membela, jangan meneutralkan.













Teringat satu kesah lalu.. (melencong sket eh.)






"Tak suko la dok skoloh baru ni.." Dialog yang aku luahkan setelah beberapa hari aku bertukar ke SMKA.






"Tak dok saing.."






Maka, dalam keadaan itu, Ayahku sebok nak tukarkan aku ke sekolah laen. Sama dengan abangku. Kebetulan waktu itu aku mendapat tawaran ke KISAS. Ayah dan abang mendesak aku ke sana. Tapi jaoh berbeza dengan ibu yang saban hari memujuk dan sanggup menghantar aku ke sekolah beberapa hari semata2 nak pujok aku kekal bersekolah di SMKA.






Seminggu kemudian aku gembira di sekolah baru itu. Berbeza bukan? Hikmahnya, mungkin kalo aku pegi KISAS, aku takle duduk sebab aku memang takle dok ASRAMA. Tak selesa, rimas, homesick dan macam2. 3hari mencuba asrama di SMKA pon sudah cukop membuat aku pening dan terganggu emosi.






Pengajaran pendek, LELAKI lebih suka MEMBELA berbanding MENCARI PENYELESAIAN. Banyak lagi contoh laen yang boleh dirujuk. Hakikatnya, lelaki memang suka MEMBELA.













Berbalik kepada tajok asal; SHORTSEM.






Shortsem bukan sejenis kueh berwarna coklat atau binatang berkaki empat, sebaleknya SHORTSEM ialah dalam bahasa MELAYU nya, SEMESTER PENDEK. Ia dibuat untuk membantu student meringankan subjek yang diambil sewaktu SEMESTER PANJANG mereka. Dan SHORTSEM ini hanya 7MINGGU tanpa MID SEM dan hanya ada FINAL SEM. Lebih memboringkan, segala gerak kerja persatuan, tidak dibenarkan sewaktu MIDSEM. Dan hendaklah semua duduk diatas kerusi, membaca buku dengan boringnya ditambah dengan CONTACT HOUR yang sedikit. Seperti aku, hanya 6 jam seminggu. 3hari saja hari KULIAH. Yang laen? Tido? Balek Seremban? Balek Kelantan? Kami bercadang FOTOSTAT surat cuti balek kampung dan setiap minggu mengesahkan surat yang dicopy dengan PRINCIPAL MAHALLAH. Baek kan? Sekurang2nya mintak kebenaran.













Untuk cutipanjang kali ni pelbagai aktiviti telah ku rancang. Cadangnya nak aktifkan keahlian MERCY MALAYSIA. Mana tau kalo aku boleh pegi Padang untuk misi kemanusian. Kan best. Dan yang paling menyayat hati, tiket ke Jakarta untuk melawat Kakak di sana terpaksa dibatalkan. Ini part yang paling sedih. Sudahlah begitu, untuk cuti panjang ni, aku terpaksa masok belajar hanya untuk satu subjek sahaja! Basic Theme of Al Quran. Lebih sedih kerana ia bukan CORE COURSE. Dan lebih saket hati kerana pada asalnya aku adalah student


ONE AND HALF YEAR(bukan niat nak berlagak). Seolah2 tertipu, tanpa apa2 briefing, dengan bahagianya module baru telah ditampal. Dan dari setahun setengah pengajian, dilanjutkan menjadi 2TAHUN beserta SHORTSEM! Dan yang lebih parah, untuk FINAL SEM nanti (10 2010- 02 2011), aku hanya mengambil satu subjek sahaja! CHEMISTRY II. Dan untuk 4bulan, contact hour aku hanya 5JAM SEMINGGU(bayangkan ape orang yang takle dok diam seperti aku akan buat). Tetapi, ADVISOR aku membenarkan aku mengambil EAP di CFS, subjek sepatutnya aku amek di MAIN CAMPUS. Gembira ke? Hem. Yelah. Katanya, nanti senang kalo2 aku nak tukar course MEDIC! Oh, tidak!


Betapa 'bahagia'nya aku mendapat module baru kali ni. Plan nak buat umrah sekali lagi terbatal. Cuba bayangkan, terseksanya hati, menjeritnya jiwa, berdarahnya batin.. Dan lebih perit bagi student ONE YEAR yang menangguhhkan pelajaran, dari ONE YEAR, menjadi ONE AND HALF YEAR, dan sekarang TWO YEARS!! Perit bagi mereka seperti Nadiah Hassan, Afiqah Ibrahim, Bahiah Shakiman, Musyirah Amaran, Ameerah Rosli, Faizah Shamsul Arifin, Qurrotu Aini, Amanina dan ramai lagi. Paling untung Aimi Shamsudin, Afiq Arshad, Wan Adib. Tahniah. Antum tidak tertipu!!













Namun begitu, sebagai manusia yang beriman, NAFSU harus dibuang berjaohan. Letakkan IMAN di HADAPAN. Jika benar pergantungan hidup pada TUHAN, tentunya putusan ini diterima dengan hati yang penuh ketenangan. Tuhan menciptakan ALAM, menciptakan orbit dan proses putaran planet, proses pasang surut, segalanya TUHAN aturkan dengan sempurna, tanpa sedikit kesilapan! Begitu juga dengan KEHIDUPAN kita insan yang kerdil. TUHAN pasti merancangkan dengan teliti dan meletakkan kita dengan sebaek2 perletakan.













Benar bukan, TUHAN cukop hebat. MAHA HEBAT. MAHA AGUNG. Mana mungkin DIA tersalah ATUR. Mana mungkin DIA tersilap plan. Dia MAHA SEMPURNA. Tiada siapa yang mampu menandingi KESEMPURNAANNYA. Dia jua MAHA PENYAYANG. Mana mungkin DIA menzalimi kita hambanya. Dia MAHA MENGETAHUI. Mana mungkin DIA alpa tempat terbaek buat kita. DIA MAHA PEMURAH. Mana mungkin DIA biarkan kita KESUSAHAN di dalam PERCATURANNYA. Hebat!!













Maka, perlukah lagi bibir ini mengomel tetapan SANG PENCIPTA?






Perlu lagikah jiwa ini memberontak dengan ATURAN YANG ESA?






Mana perginya KESYUKURAN terhadap YANG PENYAYANG di atas sebaek PERLETAKAN?













Terdiam. Ibu banyak memberi tasji' untukku menerima KETENTUAN ini. Meskipon aku katakan, KEWANGAN bakal menyusahkan KITA ibu. Kerana WANG BIASISWA tidak dibekalkan!






Namun, IBU tenang menjawab,






"Kalau kakna betol2 ikhlas cari ilmu, rezeki Allah boleh datang melimpah ruah, bergolek-golek. Dan ALLAH itu tidak pernah melupakan hambaNYA, melaenkan Kakna yang MELUPAKAN DIA.. belajar la. Ikhlas la. Ingatlah pada DIA. RezekiNYA I'ALLAH ada untuk Kakna.."













Aku tersentap. Ibu, mantopnya peganganmu dengan KETUHANAN. Aku yang kononnya HAFIZAH QURAN pon terduduk memandang. Ibu, engkaulah sumber kekuatanku. TERIMA KASEH ALLAH, menghadiahkan aku IBU yang sangat BAEK.













Pesan Abang,






"Nanti shortsem, banyak masa luang, guna untuk ngulang QURAN. Jangan dok perasan takde kerja. Banyak lagi masa yang nak guna untuk ISLAM. Dekna ingat dekna boleh goyang kaki ke? Biarlah ornag laen bercuti panjang, dekna buat kerja untuk ISLAM. Belajar.. Kata nak jadi PENCERAMAH.. Cari ilmu banyak2. Memang abang tak suka dekna amek shortsem, tapi itu yang ALLAH suka. Kite kena suka jugak la.."













Persis yang pernah aku katakan,






keluarga aku sentesa MEMAHAMI. Sentesa MENDOKONG aku kekal pada JALAN ini. Mereka menguatkan aku dalam semua segi. Dan bertuahnya aku dikurniakan TUHAN keluarga yang sangat PENYAYANG dan sangat PAHAM. TAHMID.













Benar, terlalu banyak kerja yang perlu dilakukan. Jangan ingat kita tiada kerja. jangan bermimpi goyang kaki selagi ISLAM belom kau julang tinggi! Jangan bermimpi tidur siang hari, sebelom KAFIR dan ZIONIS kau tembak mati!













Takbir!!













Insya Allah. SHORTSEM benar2 menduga iman. Tapi dengan adanya keluarga tersayang, segalanya berubah menjadi PENGUAT IMAN. Alangkah bahagia dikelilingi manusia yang memahami akan hakikat KETUHANAN dan PENTARBIYYAHAN. Alangkah bahagia diselimutkan dengan KATA-KATA TUHAN oleh mereka yang berada bersebelahan. Bahagianya ibarat mendapat KASEH SAYANG TUHAN.






Semoga aku dan kamu serta mereka teros dalam lindungan TUHAN.






Sayang TUHAN, TUHAN sayang kita.






Ingat TUHAN, TUHAN ingat kita.






Cinta TUHAN, TUHAN cinta kita.













Maka,






SHORTSEM bakal bermula 15 MAC sehingga 6 MEI 2010. Doakan aku ikhlas menuntut ILMULLAH. Dan thabat pada DAKWAH DAN PERJUANGAN.






Lagi satu, doakan aku cepat2 matang eh. Huah.













Semoga ketemu lagi dalam iman.






Wassalam
:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Buat si PEJUANG

No comments:




LANGKAH jangan henti,
hayun kakimu membelah bumi,
hentak kakimu bangkit berdiri,
engkau hamba milik Ilahi.


Serukan aku kata semangatmu,
Supaya aku tegak memandangmu
Biar aku kagum meneriak namamu,
Kerana engkau berjuang tiada jemu.

Terajangkan segala godaan dunia,
Biar ia jaoh dari menguji kita,
Kerana kita tidak punya banyak masa,
Untuk melayan godaan syaitan manusia.

Usah berpaling kesana lagi,
Aku menunggumu di medan ini,
Kita bakal berada di thoriq ini,
Thoriiq kebenaran warisan Nabi

Andaii tetap engkau mahu pergi,
Aku tidak punya kuasa merayu lagi
Tapi buat engkau yang aku sayangi,
Aku akan tetap menunggumu di jalan jihad ini.

Allah tuhan kami
Alquran panduan kami
Al Rasul tauladan kami
Shahid cita tertinggi kami
.






:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Saturday, February 06, 2010

PALESTIN: Perhimpunan Perdana

5 comments:
6 FEBRUARI 2010

dalam kegentaran nak hadap EXAM FINAL, ana sengaja pengambil peluang menyertai PERHIMPUNAN PERDANA PALESTIN yang mana turut dihadiri oleh Penasihat Kanan Ulama Palestin, Sheikh Abu Bakar. Satu penghargaan buat diri sendiri sebab berpeluang berdepan dengan ulama yang berpengalaman diseksa sebanyak 9 kali dalam tahanan Israel Laknatullah.

Bersemangat waja semua nampaknya walaupon pada awalnya semua nampak kurang bertenaga.
Kejutan buat ana, melihat makcik2 menderma untuk Palestin. Ade yang membuka barang kemas mereka dan meletakkan dalam 'tong derma'. Ana nampak dengan mata kepala ana sendiri, sorang makcik tu, beliau keluarkan gelang tangan yang ana kira mencecah 7-8k(sebab sangat besar,sudah tentu berat,EMAS sekarang mahal!), dan meletakkan dalam sampul, selepas meniupkan 'keikhlasan' pada sampul itu barangkali, beliau meletakkan ke dalam tong. Ana kagum. Benar. Ana sendiri merasakan sejaoh mana kemampuan ana untuk melakukan pengorbanan seperti beliau disaat ana menjadi BERHARTA seperti beliau suatu hari nanti. Ana terfikir,

"pasni kalo aku kaya,aku sanggup ke buat cantu?"

Lantaran itu, Nadiah Hassan yang turut sama beserta Zakirah, berkata,

"Sebab tu la kena ada banyak duet, nanti kite bole bagi derma banyak2."

Persoalannya, adakah kalo kite ada duet, kite akan menderma sebanyak itu?
Sedangkan kite sedia maklum, KAYA merupakan UJIAN Allah yang sangat besar.
Semoga kita tergolong dalam golongan HAMBA ALLAH yang zuhud dan berhati perot.

Insya Allah.

Majlis bertambah ceria, diserikan dengan persembahan dari Muadz yang popular dengan lagu STAND UP.

Majlis bermula pada pukol 2.30 petang dan berakhir pada pukol 5 petang.
Disebabkan kelewatan bas, kami menjejakkan kaki ke CFS kembali pada pukol 7.15 petang selepas bertolak seawal pukol 12.35tengahari.

Ini, ana sertakan lagu GELOMBANG KEADILAN.
Sekadar pekongsian. Lagu ini dari SHOUTUL HARAKAH.
Kalo liriknya salah, bagitau la. Ini ape yang ana ingat aje.

Kan melangkah kaki dengan pasti,
Menerobos segala onak duri,
Generasi baru yang telah dinanti,
Tak takot dicaci tak gentar mati.

Bagai gelombang teros menerjang,
Tuk tumbangkan segala kezaliman,
Dengan tulus ikhlas untuk keadilan,
Hingga pertiwi gapai sejahtera.

Takkan surut walau selangkah,
Takkan henti walau sejenak,
Cita kami hidup mulia,
Atau syahid mendapat SYURGA.





:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

HUFFAZ: Inzar buat kita.

No comments:


MEMINJAM CERMIN TURKI






Sebagai perbandingan, jika dilihat ke sebuah negara yang kaya dengan huffaz seperti Turki, di negara itu tidak ada sesiapa yang digelar sebagai al-hafiz. Menjadi seorang hafiz atau hafizah bukanlah sesuatu yang dianggap pencapaian dengan status sosial, tetapi ia hanya melunaskan satu tuntutan sebagai seorang Muslim. Justeru, mindset setiap pelajar yang menghafal al-Quran bukan untuk membawa hafazannya sebagai satu aset kerjaya. Menjadi hafiz bererti telah memiliki sesuatu yang sangat besar untuk diri sendiri, tetapi belum mempunyai apa-apa untuk orang lain. Oleh itu, mereka menjadikan hafazan itu sebagai bekalan untuk meneruskan lagi proses pembelajaran. Dengan pemikiran seperti itu, saya melihat sendiri betapa sejumlah besar mahasiswa dan mahasiswi di Ilahiyat Fakultesi adalah terdiri daripada hafiz dan hafizah. Ia menjadi satu kredit besar buat mereka semasa melunaskan pengajian di peringkat universiti.
“Kamu sudah khatam al-Quran?” itu soalan yang sering ditanya di dalam masyarakat kita.
Terutamanya kepada anak gadis sebelum naik pelamin.
Tetapi di Turki jarang sekali kedengaran orang bertanya demikian.
Lazimnya mereka akan bertanya, “kamu sudah menghafal al-Quran?”
Suasana Kuran Kursu di Turki tempat anak-anak tempatan belajar dan seterusnya menghafal al-Quran. Kasual!
PROSES YANG MELENGKAPI
Saya kongsikan diskusi berkenaan dengan hal ini bersama pelajar Darul Quran, agar mereka meletakkan satu azam untuk tidak mudah berpuas hati hanya dengan selesai menghafal al-Quran dan memperolehi Sijil atau Diploma yang ditawarkan, sebaliknya hendaklah disambung lagi dengan peringkat pengajian yang lebih tinggi, hingga sekurang-kurangnya berjaya memperolehi ijazah di dalam mana-mana cabang bidang Pengajian Islam, sebelum benar-benar boleh berperanan dengan baik menanggung kepimpinan Islam di dalam masyarakat.
Begitu juga dengan program pensijilan yang meletakkan sasaran program untuk melahirkan hafiz dan hafizah, yang kemudiannya disalurkan mengambil jurusan profesional (bukan Syariah), sebagai acuan melahirkan golongan Profesional Muslim, atau Profesional yang hafiz! Saya merasakan seperti ada unsur simplistik dalam meletakkan formula sedemikian rupa. Seorang jurutera yang menghafal al-Quran adalah satu kelebihan yang besar pada dirinya untuk menjadi seorang Muslim Profesional atau Profesional Muslim, asalkan hafazan itu dimasak dengan latihan formal atau tidak formal di dalam cabang-cabang disiplin Pengajian Islam yang kita sedia maklum. Tetapi untuk sekadar memiliki 30 juzuk hafalan di dalam diri, dan kemudian beralih pula ke bidang perubatan dan kejuruteraan untuk melahirkan tokoh-tokoh yang berinspirasikan al-Khawarizmi dan yang seumpama dengannya, ia kedengaran seperti satu retorik.








PROAKTIF
Sebahagian Huffaz yang menjadi tulang belakang di sebalik penganjuran Bengkel Tinta Da’ie baru-baru ini
Justeru, kepada para hafiz dan hafizah itu sendirilah tanggungjawab bagi mereka bertindak secara proaktif dengan tidak membataskan diri kepada persepsi-persepsi itu tadi. Mereka harus mencabar diri untuk pergi lebih jauh. Jangan tunduk kepada demand yang hanya menghendaki kalian mengimamkan Tarawih. Itu besar, tetapi ada yang lebih besar menanti!
Kuasai ilmu-ilmu alat di dalam Pengajian Islam.
Kuasai juga Bahasa Arab dengan sebaiknya.



Itu jika jalan yang dipilih adalah pada mahu menjadi seorang agamawan.
Lebih cantik jika dapat dilengkapkan dengan penguasaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa ilmu, serta kemahiran-kemahiran lain seperti ICT, pengurusan, komunikasi dan lain-lain keperluan dakwah.



Ada pun jika para huffaz mahu meneruskan pengajian di dalam bidang akademik bukan Pengajian Islam seperti kejuruteraan dan perubatan, teruskan cita-cita yang amat bermakna itu. Namun perlu ada kesediaan di minda bahawa hafazan yang telah berjaya diperolehi, masih merupakan bahan separuh masak yang perlu dicanai lagi dengan pelbagai ilmu berkaitan Syariah. Justeru di celah-celah pengajian di universiti di bidang masing-masing, carilah ruang dan peluang untuk meneruskan pembelajaran di bidang agama.



Sesungguhnya saya sangat kagum dengan disiplin dan potensi yang dilihat selama saya berada bersama para huffaz di Darul Quran. Apa yang perlu diberikan secara konsisten adalah semangat untuk mereka terus berjiwa besar dan membawa al-Quran ke massa dengan segala ruang dakwah yang menanti.



“Dan dia (Yaaqub) berkata lagi: “Wahai anak-anakku! janganlah kamu masuk (ke bandar Mesir) dari sebuah pintu sahaja, tetapi masuklah dari beberapa buah pintu yang berlainan. Dan aku (dengan nasihatku ini), tidak dapat menyelamatkan kamu dari sesuatu takdir yang telah ditetapkan oleh Allah. Kuasa menetapkan sesuatu itu hanya tertentu bagi Allah. Kepada-Nyalah aku berserah diri, dan kepada-Nyalah hendaknya berserah orang-orang yang mahu berserah diri” [Yusuf 12: 67]




Selamat maju jaya saya ucapkan kepada para
huffaz al-Quran di mana sahaja mereka berada.
Semoga jiwamu sebesar al-Quran
yang telah mengisi hatimu.



ABU SAIF @ http://www.saifulislam.com/


68000 AMPANG

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Friday, February 05, 2010

buat GEN11: thabatlah pada marhalah perjuangan..

4 comments:




Hari Khamis merupakan hari yang menyenangkan. Sebab untuk hari Khamis memang takde subjek CORE, dan hari Jumaat plak, kebiasaannya tade kelas. Melaenkan KELAS TALAQI bersama Ustaz Muhadir.

Satu panggilan dari seorang Ustazah dari DQ, berbelah bagi ana nak jawab panggilan tersebot. Risau di'tebok'!! Malu ber'lubang'!!
Konflik hati ana berfikir, agaknya ustazah nak tanya AMANAT yang beliau bagi ke? Pening nak cari jawapan!

Tapi akhirnya ana angkat jugak.
Ustazah sekadar bertanya khabar. Terasa malu. Apa punya anak murid, ustazah yang tanya khabar?

"Husna,dah berapa lama tak datang DQ?"

"Oh,sejak hari konvo tak pegi lagi. Tapi perancangan nak pegi tu ade.."

"Saya nak minta tolong. Turunlah DQ, tengok adek2 awak kat sini."

"Kenapa ustazah? Mereka bermasalah ke? Muqarrar?"

"Adek2 awak yang baru masok ni.. Muqarrar sume ok,alhamdulillah. Mereka ok. Tapi saya tak nampak keikhlasan,kesungguhan.. Mereka seolah2 tak paham. Memang berbeza dengan apa yang saya nampak pada awak dan kawan2 awak dulu. Biasalah,hakikat, makin lama, permata yang dilahirkan makin kurang serinya. Sistem kat sini pon banyak berubah.."

"Adek2 GEN11 eh.. Ye ke. Sedih plak. Tapi saya bukan PIMPINAN IQRaC ustazah.."

"Saya thiqah pada awak. Ajaklah kawan2 awak turun padang. Bagi nasihat selaku orang yang pernah berada kat tempat mereka. Bagi tasji'. Mereka kena paham Husna. Saya tak nak mereka sekadar hafal.. Walaupon awak bukan PIMPINAN, tapi ia tetap tanggungjawab awak jugak kan? Saya kenal awak. Saya tahu kesungguhan awak nak dapatkan QURAN walopon dengan keadaan awak ulang alik keluar masok hospital, awak antara yang paling awal khatam, dan kawan2 awak.. Kesungguhan dan keikhlasan tu saya nampak pada wajah kamu semua. Tapi kali ni saya rasa laen la Husna.."

"Insya Allah Ustazah. Saya cube usahakan."





"Mereka ni cepat down. Cepat lemah dan putus semangat. Saya tak reti dah nak asah mereka ni. Saya ingat awak lagi pakar la dalam hal ni sebab awak pernah ada kat kerusi mereka kan.. Lagi satu, saya hangin kalau mereka nak masok persatuan. Adek2 awak ni pon bakal berpersatuan. Saya risau muqarrar mereka tak terjaga. Kena tendang macam sahabat2 awak dulu,kan malu.. Pegang jawatan IQRaC, muqarrar entah kemana. Saya bukan nak marah orang pegang jawatan,tapi kalau mampu,laen cerita!"

"Hem.. Mereka aktif sangat ke? Tapi persatuan ni baek jugak ustazah untuk mereka."

"Memang Husna.. Saya dulu pon berpersatuan. Saya dulu pon pegang tampuk PIMPINAN PERKEMAT. Tak jadi masalah kalau AKADEMIK kite cemerlang. Tapi yang saya risau, pegang persatuan sebagai PIMPINAN, tapi kebajikan diri sendiri tak terjaga, macamane kite nak jage kebajikan orang laen? Saya suka kalau anak2 didik saya jadi pemimpin, saya gembira, tapi saya nak mereka pandai jaga masa mereka, jaga kepentingan diri mereka juga.."

"Hem.. Mungkin slack kat beberapa part la tu. Tapi boleh baiki insya Allah. Tape,insya allah saya cari mase sesuai untuk turun padang. Kena bincang jugak dengan sahabat2 yang laen. Tapi kami dalam FATRAH nak exam sekarang ni. Tape2. Tu pon tanggungjawab kami jugak, insya allah saya usahakan. Kalo saya tak turun pon, PIMPINAN turun insya allah. Tapi saya cube jugak untuk turun nanti. Nak janji rasa tak sedap plak. Tapi saya cube la ustazah.."

"Saya faham,awak pon banyak komitmen. Macam yang saya cakap, saya thiqah pada awak, syaa yakin awak boleh pulihkan semangat adek2 awak ni. Kawan2 awak pun. Emielia, Fadiah.. Naekkan semangat mereka. Cerita pada mereka bagaimana kehidupan yang bakal mereka tempuh kat UIA seperti yang sedang awak tempuh sekarang. Payah kan? Sukarkan? Quran tak sempat dah nak layan macam dulu, betol tak? Saya nak mereka betol2 cair dan mampu adaptasi QURAN tu dalam peribadi mereka. Saya nak bakal graduate DQ nanti sume hebat2 dari segi ALQURAN nya. Insya ALLAH hebat dari segi akhlak dan ciri pimpinannya.."

"Ustazah, fadiah dah pegi maktab dah sekarang.."

"Oh, ye ke.. Kat mana2 pon QURAN tu tetap AMANAT ye.. Husna nanti mesej lah pada saya. Buat sharing moment sket dengan adek2 tentang kehidupan kat UIA. Tentang perjuangan awak dulu2 bersama kawan2.. Insya allah jadi pedoman untuk mereka. Anak saya menangis tu, nanti mesej ye Husna."




"Ok2. Terima kaseh ustazah ingat saya lagi. Maaf la lame tak tanya khabar."

"Eh,tape2,saya tahu awak sebok. Ok2. Assalamualaikum.."

Demikianlah perbualan ana dengan UStazah dari DQ. Terasa ingin terbang berjumpa adek2 di sana. Tapi keadaan kurang mengizinkan.

Buat adek2ku, GEN11,
ALQURAN itu bukan satu 'benda' yang biasa. Tapi ia adalah MUKJIZAT yang luar biasa. Menjadi HAMALATUL QURAN bukan pada 'masyi'nya ALQURAN pada bibir antum, tapi HAMALATUL QURAN itu pada kesungguhan mendapatkannya, pada keikhlasan mentadabburkan ajarannya. Menjaga ALQURAN itu tak smeudah yang kita fikirkan. ALQURAN itu lebih cepat lari daripada BINATANG TERNAKAN. ALQURAN itu boleh menjadi LAKNAT buat kita.
ALQURAN itu benar2 CAHAYA andai pandai kita menberikan HAK nya.
Ana tidak bercakap sebagai seorang yang HEBAT mahupon orang yang ALIM dalam bidang ini, ana sekadar bercakap sebagai MANUSIA yang pernah berada di tempat antum. Andai ana diberi peluang akembali ke tempat itu, berada didalam kelas yang kononnya 'panas' itu, duduk di bilek yang selesa itu, iktikaf di MASJID yang IZZAH itu, pasti ana takkan sia2kan walau SEDETIK pon saat ana di sana. Pasti ana infakkan seluruhnya pada ALQURAN. Ana menyesal. Walaupon ana antara orang yang KHATAM AWAL pada waktu itu, tapi yakin sekali, 30 JUZUK ALQURAN tidak cair semuanya. Bukan ana menghalang antum berpersatuan. Ana antara orang yang aktif berpersatuan. Ana tak boleh dok diam. Ana paham matlamat kita berpersatuan. Tak tipu, ana pernah berada di tempat antum. Berpersatuan lah! Tapi, seorang PEMIMPIN mesti bijak dengan MASANYA, bijak dengan PENGURUSANNYA, bijak meletakkan sesuatu pada TEMPATNYA. Bijak mengetahui KEUTAMAAN dan KEPENTINGAN dalam hidopnya. Jadilah PEMIMPIN! Tapi biar tahu menjaga kebajikan diri sendiri. Biar tahu memikirkan capaian diri sendiri. Ana tidak mengutuk, memandang hina pada sesiapa yang memegang IQRaC dah jatoh dalam AKADEMIK. Itu adalah UJIAN, itu adalah TARBIAH untuk kite sedar dan mengubah PENGURUSAN kita. Jangan jumud. Jangan hanyut. Antum semua bakal menjadi HAMALATUL QURAN, bakal menggenggam senjata ISLAM, menerobos segala matlamat dalam PERJUANGAN. Maka, kuatkanlah KESABARAN antum. IKHLASKAN NIAT antum. Dan thabatlah pada jalan yang ALLAH tetapkan untuk antum. Pastinya, jalan ini TERBAEK buat antum. Kita bakal berjumpa adek2, jika TUHAN izinkan pertemuan kita nanti. Moga2 ia bakal membawa BARAKAH buat kite semua! Insya Allah...

Siiru 'ala Barakatillah.

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.