♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Wednesday, September 29, 2010

Rindu Pada Ibu

6 comments:




Memang saya buat post ni untuk ibu saya. Memandang waktu kecik-kecik, ibu saya ajar saya dan abang kakak saya lagu ni. tak percaya? Kitorang boleh buat persembahan choir kalo nak tengok. Datang lah rumah. tapi kena datang waktu semua orang ada. Time raya dua tahun sekali je lah sume orang ada. Huhu. Memang susah nak gather sume adik-beradik. takpe, waktu gather hari tu, kami dah nyanyi dah lagu ni kat Ibu. Tanda kasih sayang yang tiada terperi.


*Ibu, terima kasih sebab sudi layan semua karenah anak-anak ibu yang tujuh orang ni. Dari yang sulung, sampai yang bongsu, masing-masing ada perangai masing-masing. Tapi ibu tetap nak mengalah, Ibu tetap tak jemu nak layan semua karenah kami. Terharulah Ibu! Ibu memang terbaeek!!


Terima kasih jua Ibu atas doa dan sms semangat dari ibu sepanjang anaknda menempuh peperiksaan. Tiada apa yang lebih membahagiakan anaknda selain daripada doa dari seorang Ibu buat anaknda.


**suatu hari nanti nak jadi Ibu Mithali jugak ***


Memancar sang suria menyinar cahayanya


begitulah berseri wajah ummiku sayang


aku sayang ummi


ummiku sayang ummi


sayang sayang ummi


ummiku sayang


walaupun ummi letih


mengasuh kami ini


namun masih tersenyum


menyejukkan hati


aku sayang ummi


ummiku sayang ummi


sayang sayang ummi


ummiku syang


bila pulang sekolah


ummi sambut kami


sembahyang sama ummi


alhamdulillah


aku sayang ummi


ummiku sayang ummi


sayang sayang ummi


ummiku sayang


ummiku sayang


kaulah serikandi


berkorban selalu untuk kami


ummiku sayang


kau ibu mithali


semoga allah kan berkati


aku sayang ummi


ummiku sayang ummi


sayang sayang ummi


ummiku sayang




Bingkisan dari : Anak Solehahmu..


:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Kongsi sikit.

1 comment:


As well as ada orang yang bertanya pada saya, tentang maksud taqdim, baru saya sedar, saya tak mampu beri jawapan yang terbaek. Memang saya tak tahu. Atau dalam kata laen, jahil. Saya mungkin faham, apa itu taqdim, tapi tidak pasti samada apa yang saya faham itu tepat dengan maksud sebenar TAQDIM itu sendiri. Saya mula belajar perkataan ini, since berlakunya peristiwa Mac dan peristiwa April dalam hidup saya dan team saya. (hanya orang tertentu yang memahami). Bila saya research kat internet ni, tak keluar pula hit yang sesuai untuk menjawab persoalan saya. Nak Tanya Tok Guru, macam melampau sangat. Tadi sesapa yang tahu, apekebendanya maksud taqdim tuh, boleh la share-share dengan saya yang jahil dan pembaca blog ni yang teringin nak tahu.


By the way, mase tengah cari meaning TAQDIM, saya terjumpa satu blog yang buat saya melekat dengannya. Heh, susah saya nak melekat dengan blog orang ni. Blog ni best, apa saya nak kata, sesuai untuk WANITA MUSLIMAT la terutamanya. The blog owner baru umuq 20 tahun. Lebih kurang sebaya dengan kita-kita. Tapi dah kawen. J menarik perkongsiannya. Bagaimana cerita beliau tidak mengenali suami sebelum berkahwin menarik minat saya untuk meneroka blognya. Makin teroka, makin banyak yang saya tahu. Best lah! Tak tipu. Kalau tak percaya, jemputlah bertandang


ke blog Saudari Insyirah Solehah, link beliau sudah ada di link blog saya. J


Percayalah kata saya, menarik blog beliau. Khas untuk teman seperjuangan saya yang mencari eri cinta dan kehidupan. Terutamanya tentulah pedoman buat diri sendiri kan? Bacalah, Muslimat. Muslimin nak baca pun apa salahnya. J


Penjelasan juga buat yang bertanya kat shoutbox, saya sepenuhnya kepunyaan Allah, dibawah jagaan ibu bapa saya. Maksudnya saya belum berkahwin lah tuh. J saya baru berumur belasan tahun. Terlalu awal untuk melangkah kea lam perkahwinan. Bila dah puluhan nanti, insya allah. J jika ada rezeki, sampai waktunya, sesuai calonnya, insya allah kita semua bakal bergelar isteri @ suami. Jadi tak perlu risau lah kan? Dan tak perlu 'terdesak' mencari cinta manusia jika keadaannya belum sesuai. Kan? Buat semua sahabat, selamat menjaga cinta yarr!! Dan terutamanya tentunya buat diri sendiri yang lemah dan penuh dengan kedhaifan ini.


Okeyh.


Kadang-kadang rasa tak sabar nak exam BIOLOGY nih. Tapi bila piker-pikir balik tak ready fully-fully lagi. Allah menjadi tempat sebaek pergantungan. Stress jugak asyik hadap buku BIO. Sampai sakit-sakit kepala. Adoiya. Dugaan betollah! Moga-moga diri ini ikhlas menerima dugaan yang ditimpakan olehNYA. Syg Allah lah! J


Hem. Mari sama-sama doa moga kita dapat buat yang terbaek dalam exam dunia dan exam akhirat jugak. Bagi yang dah habis paper, doakan dapat keputusan yang terbaek. Serahkan semua urusan itu pada Allah selepas kita dah berusaha sebaek mungkin,kan? HohoHo.


Buat yang sudah start bercuti, haa… jangan lupa manfaatkan cuti anda sebaeknya yarr. Manfaatkan pada diri sendiri, pada ibu pada, keluarga, jiran tetangga, saudara mara, agama dan negara. Kan best dapat cuti sekali sekala, tambah-tambah waktu dah habis exam ni. Takde tutor kena buat. Takde quiz kena study. Jadi, waktu terbaek untuk ketepikan kitab-kitab akademik dan menghadap kitab Allah sepenuhnya. Kan? Great idea for a freat person like u all okeyh!




:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Tuesday, September 28, 2010

*catatan seorang muslimah*: CERI:SIMPAN DI SYURGA

No comments:
*catatan seorang muslimah*: CERI:SIMPAN DI SYURGA: "Rasulullah s.a.w bersabda “ Daripada Nu’man bin Bashir r.a : Bahawa Rasulullah s.a.w bersabda : Perbandingan orang-orang mukmin pada kasih s..."

SYUKRAN NAJWA HAMALI atas bingkisan yang cukup bererti..
:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Ikhlaskan aku Ya Rabbi..

2 comments:

Kadang-kadang kita terjatuh,

kita sakit dan mengeluh,

kita lupa,

dulu sewaktu kita diatas,

kita senang dan gembira,

terasa amat bahagia,

hingga kita lupa pada DIA.

Kita rasa kita baik,

Kita mulia disisiNYA,

Kita bangga dengan diri sendiri,

Tapi amalan kita sejauh mana diterima?

Soal pada hati,

Jika ujian mendatangi,

Jika bala menghampiri,

Jika azab ditanggungi,

Sanggupkah diri ini?

Dek kerana kealpaan diri,

Kelalaian hati..

Bersabarlah hati,

Janji Tuhan itu pasti.

Ingat Tuhan sampai mati.

Insya Allah kita diberkati.

Biarlah ujian dari Tuhan menghampiri,

Biar diri sentiasa sedar diri,

Tapi aku mohon padaMU ilahi,

Jadikan hati ini,

Ikhlas melalui segala tribulasi.

KAU YANG MEMEGANG HATI INI,

AKU MAHU IKHLAS, RABBI!

Pengalaman membersihkan karpet, angkat, gantung & pukul hingga keluar debu & pasir tersembunyi. Hati & iman tidak akan diketahui kebersihan hakikinya jika tidak dipukul dengan UJIAN. Jika berjaya, bersih & naiklah kedudukannya. Jika iman tidak kukuh, ia boleh mengoyakkannya terus, seperti rosaknya permaidani murah akibat pukulan pembersihan. Doa & usahalah agar ia tidak koyak, tika hadapi ujian susah & senang.


:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Monday, September 27, 2010

KESIHATAN: Kencing Tikus? Mari discover!

2 comments:

Penyakit kencing tikus atau Leptospirosis (juga dikenali sebagai, penyakit/sindrom Weil, demam canicola, demam ladang tebu, demam 7-hari  merupakan penyakit berjangkit zoonosis yang berpunca daripada spirochaete dalam genus Leptospira yang menjejaskan manusia dan sejumlah besar haiwan, termasuk mamalia, burung, afimbia, dan reptilia. Penyakit ini pertama kali digambarkan oleh Adolf Weil pada tahun 1886 apabila dia melaporkan "penyakit jangkitan akut dengan bengkak spleen ("splenomegaly"), penyakit kuning dan nephritis". Leptospira pertama kali dilihat pada 1907 dari hirisan buah pinggang bedah siasat. Pada 1908, Inada dan Ito pertama kali mengenal pasti ia sebagai organisma penyebab  dan pada 1916 menyedari kehadirannya pada tikus.

Sungguhpun diakui sebagai antara zoonosis paling biasa di dunia, leptospirosis merupakan jangkitan bakteria jarang berlaku pada manusia. Jangkitan biasanya dipindahkan kepada manusia apabila air yang dicemari dengan air kencing haiwan menyentuh bukaan pada kulit, mata, atau dengan selaput lendir. Di luar kawasan tropika, kes leptospirosis berlaku mengikut musim dan kebanyakannya berlaku sekitar bulan Ogos–September/Februari–March.

Manusia boleh dijangkiti melalui hubungan dengan air, makanan, atau tanah yang mengandungi kencing haiwan yang dijangkiti ini. Ini mungkin berlaku dengan menelan makanan atau air yang dicemari, atau melalui sentuhan luka pada kulit. Penyakit ini tidak diketahui berjangkit dari manusia ke manusia dan kes penyebaran bacteria pada mereka yang sedang sembuh amat jarang bagi manusia. Leptospirosis biasa berlaku dikalangan peminat sukan air di kawasan tertentu kerana lama berendam diketahui menggalakkan kemasukan bakteria. Peluncur dan pengayuh air berbuih ("whitewater") adalah berisiko tinggi di kawasan yang diketahui mempunyai bacteria, dan boleh dijangkit dengan menelan air tercemar Leptospirosis, menyimbah air tercemar Leptospirosis pada mata atau hidung, atau atau luka terdedah kepada air yang dijangkiti. Pekerjaan berisiko termasuk veterinarian, pekerja penyembelihan, petani, pekerja kumbahan, dan mereka yang bekerja di rumah tinggal, pendayung juga kadang-kala diketahui turut dijangkiti penyakit tersebut.

Jangkitan Leptospiral pada manusia menyebabkan sejumlah symptom, dan sesetengah mereka yang dijangkiti mungkin tidak menunjukkan sebarang symptom sama sekali. Leptospirosis merupakan penyakit dwifasa ("biphasic") yang bermula dengan simptom seperti selsema (demam, sejuk, myalgia, sakit kepala yang kuat). Fasa pertama sembuh, dan pesakit tanpa symptom ("asymptomatic") sehingga fasa kedua bermula. Ini berciri meningitis, kerosakan hati (menyebabkan demam kuning), dan kegagalan buah pinggang. Jangkitan ini sering kali salah diagnosis kerana symptom yang meluas. Ini mendorong kepada jumlah kes berdaftar yang jauh lebih rendah berbanding yang sebenarnya berlaku. Simptom leptospirosis termasuk demam tinggi, askit kepala yang teruk, sejuk, sakik otot, dan muntah-muntah, dan mungkin termasuk demam kuning, mata merah, sakit perut, cirit-birit, dan keradangan. Simptom bagi manusia hadir selepas 4–14 hari tempoh pengeraman.

Komplikasi

Komplikasi termasuk meningitis, kelesuan melampau, kehilangan pendengaran, masaalah pernafasan, azotemia, dan masaalah buah pinggan ("renal interstitial tubular necrosis", yang menyebabkan kegagalan buah pinggang dan sering kali kegagalan hati (bentuk penyakit ini yang teruk dikenali sebagai Penyakit Weil, sunggupun ia turut dikenali sebagai Sindrom Weil). Masaalah kardiovaskular juga mungkin.

Berhati-hati bagi yang nak pergi berkelah :

MEngikut beberapa sumber yang aku perolehi..

kes 1_remaja dari satu keluarga disyaki mendpat penyakit kencing tikus. Punca dari air yg tercemar. Dia bersama keluarganya baru saja pulang dari berkelah di sg.congkak, langat.Mangsa dlm proses rawatan.

Kes 2- Sg.Gabai..mangsa masuk ICU. remaja belasan tahun. Alhamdulillah selamat. Kencing tikus yg tercemar kedalam air boleh meninggalkan kesan yg lama pada tubuh manusia.

KEmungkinan2- tempat2 tu kan dah jadi kawasan tumpuan ramai..plak tu dtg bawa sgala aneka makanan..dan paling best...sampah pun merata2 dibuangnya... maka...dgn itu..tak salah la tikus utan datang makan pelbagai baki sisa makanan yg ada dgn mewahnya..akibat salah kita sendiri jugak. Lepas makan..mesti depa dahaga kan..apa lagi..minum air sungai...dah minum mesti nak terkencing pulak kan..kencing tepi sungai...dah kencing mesti nak basuhkan.....basuh kat sungai. agak2 akulah..mcm inila ia tercemar...dan jgn disalahkan tikus...SALAH KAN DIRI KITA SENDIRI YG TAK PANDAI MENGHARGAI ALAM SEKITAR.

p/s: ni rumours ajer...dan yg sakit selepas pulang dari sg.congkak dan gabai tu mungkin kebetulan ke apa ke..tapi mmg puncanya doktor bgtau dari air yg tercemar..dan kebetulan pulak kedua2 keluarga ni baru je balik dari tempat2 tersebut. Wallah-hu alam

nak tahu pasal LEPTOSPIRA (kencing tikus) sila refer pada website ini http://www.btdm.net/arkib2/09/may/seksyen9.pdf

p/s: menambah ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang merupakan bonus bagi kita. Mengetahui ilmu yang bukan dlaam bidang kita juga merupakan bonus untuk kita. Yelah, kita kan nak jadi serba tahu. Golongan intelektualkan? Banyakkan membaca yarr!!

Salam Syawal. Bagi yang belom habis puasa enam, ada masa lagi untuk sempurnakan puasa enam tuh. Selagi mampu, mari kita puasa yaarr.. bagi muslimat pula, cepat-cepat habiskan puasa ganti. Dah habis puasa ganti, pasni boleh buat puasa sunat banyak-banyak pulak! Hoho.

Dari Allah kita datang, kepada Allah kita kembali.


:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Aku sudi jadi makmummu..

No comments:





Dedikasi terindah buat Cik Wirdah dan Cik Nadiah Hassan. Semoga cita-cita kalian tercapai untuk menjaga cinta. Sama-sama kita menngejar cinta yang Esa dulu~



Quote someone say to me : Awak jadi yang terbaek. Saya jadi yang terbaek. Satu hari nanti kita jumpa dalam keadaan yang baek. Perkahwinan yang baek. Zuriat dan keturunan yang baek. Moga-moga pengakhiran kita juga yang terbaek."



Satu ketika kau bertanya..






.......................



sudikah kau menjadi Makmum



disetiap solatku..



agar solatku lebih bermakna



dan terjaga hendaknya..






........................



sudikah kau menjadi Penjaga



diri dan maruahku



agar hidupku lebih tenang dan bahagia






.........................



sudikah kau menjadi Pendidik



hati dan jiwaku



agar rohaniku terisi hikmahNya



dan akhlakku terjaga hendaknya






..........................



sudikah kau menjadi Pemerhati



setiap gerak dan langkahku



agar aku tahu mana salah dan buruk lakuku






............................



sudikah kau menjadi Peneman



di kala suka dan duka ku



agar satu hari, jika ujian itu dtg



air mataku ada yg menghapuskan..






............................



sudikah kau menjadi Pembela



diriku dan agamaku



agar aku terus berada di atas jln yg benar






.............................



sudikah kau menjadi Penggerak



semangatku..



agar bila aku kelesuan



kau mampu memberi bantuan



walau hanya sekadar senyuman :)






.............................



Sudikah kau menjadi Sahabat



buat diriku..mendengar luahan hatiku



agar aku boleh berbicara apa sj dgn mu



tnpa rasa ragu..






...............................



Sudikah kau menjadi Penghibur



tika ku kesunyian



agar aku boleh ketawa riang






Satu ketika aku menjawab...






"Ya, Aku sudi..



Kerana kau pilihanku kerana ILLAHI



dan Kau juga memilihku kerana petunjuk RABBI"









Tetapi,



aku kembalikan soalan ini kepadamu..






................................



sudikah kau terus menjadi IMAM di setiap SOLATKU?






jika aku sudah tidak seperti dulu?






.................................



Sudikah kau pula menjadi



Imam, Penjaga, Pendidik



Pemerhati, Peneman, Pembela



Penggerak, Sahabat dan Penghiburku






Jika suatu ketika nanti



aku sudah tidak mampu lagi menjadi



Makmum di setiap solatmu..






Jika aku sudah tidak mampu lagi



menjagamu,



menemanimu



memerhatikanmu,



mendidikmu



membelamu,



menggerakkanmu



menjadi sahabatmu dan



menghiburkanmu






Sudikah kamu wahai .....................?






Aku percaya..kau masih sudi..






"Kerana Aku pilihanmu kerana ILLAHI



dan Aku juga telah memilihmu kerana petunjuk RABBI"






Nikmatilah Percintaan itu dgn caranya yg terindah



~PERKAHWINAN~




gambar sebagai HIASAN:

Imam Muda Asyraf dan isteri.


:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Sunday, September 26, 2010

Dia pergi lagi..

No comments:


"Pegi laa anta dia. Sian dia balek setaun sekali je..Bu takleh dah nak hantar dia.. pegi laa sekejap.."



kata ibu. Maka, dengan penuh rasa tanggungjawab, kaki ini aku langkah laju seusai exam chemistry selesai. Tanpa sempat melayan perasaan dan muhasabah diri tentang exam, aku berada di KTM Mid Valley pada pukul 6.10 petang. Laju kan pakcik taxi tu bawak kete? Hoho.



Alhamdulillah. Aku tiba di Seremban pada pukul 8.10 malam. Bergegas solat Maghrib dan Isya' dan berbuka puasa. Kemudian perjalanan diteruskan ke Taman Cengal Utama Senawang.



Memiliki dengan rasa kasih sayang merupakan sesuatu yang sangat berharga. Aku menyayanginya dengan segenap jiwa yang ada padaku. Walaupun hakikatnya, kami sering berjauhan, namun perasaan kasih itu tidak pernah luntur dan tidak mungkin akan luntur. Insya Allah. Ameen. Di LCCT, aku ditemani kakak, abang ipar, Munir dan sepupu, kami melambainya pergi. Entah bila dapat bersua lagi kan.. kau pergi dan tinggal aku disini.



Bagi aku, dia memahami aku. Sangat. Dia mengenali aku. Teramat. Itu sudah cukup untuk membuat kami akrab. Hanya Tuhan yang tahu betapa aku mengharap dia sentiasa disini. Ada disisi. Namun aku memahami perjuangannya. Aku memahami kerjayanya. Aku tahu dia memperjuangkan masa depan kami bersama. Semua yang aku tahu inilah yang membuatkan aku melepaskan dia pergi. Walaupun rasa hati berat sekali.



Keadaan ini membuatkan hatiku dirundum sayu sepanjang perjalanan pulangku ke CFS. Sebentar Cuma aku ke sana. Hasratnya memang untuk menghantarnya sahaja. Tidakku hirau hujan lebat dan puasa serta tidur yang tidak cukup gara-gara exam. Kerana kasih sayang, aku tempuh jua. Aku Cuma mahu dia tahu, walau apa yang aku buat padanya, aku Cuma mahu dia sentiasa ada untukku,malah dekat denganku.



Huh- luahan jiwa betullah kali ni. Tuhan saje yang tahu ape perasaan kat hati. Nak study pun kena make up balek semangat. Teringat pesannya, "belajar sungguh-sungguh. Jadi yang terbaik. Jangan cepat rasa puas hati dengan keje kita"



Ya, dia mengenali aku. Dan aku tahu, dia menyayangi aku. Moga-moga kasih sygnya buatku tidak pudar walaupun dengan kehadiran insan baru dalam hidupnya. Aku tidak cemburu. Tapi aku takut, aku kehilangan lagi.. insan yang berstatus sepertinya.



Walaupun aku terluka, dia terluka pada malam sebelum pemergiannya, aku tahu, itu hikmah dari Tuhan, supaya hubungan ini tercipta lebih erat.



Walaupun aku rasa kosong bila melihatnya terbang, aku kata pada hati,



"takpe, ini kali terakhir dia pergi. Lepas ni dia dah habis study.. dan kami akan bersama seperti orang lain" pujukku pada hati.



Dia mungkin tidak sunyi, kerana dia punya orang yang menyayangi. Biarlah siapapun aku dihatinya, selagi aku mampu, aku mahu terus begini, menyayangi sepanjang hari, segenap hati. Semoga Allah merahmati.



Ramai yang menegur keakraban kami. Ramai yang memahami kami. Terima kasih Tuhan kerana memberiku peluang mengenap saat manis bersamanya lagi.



Aku mohon Tuhan, pertemukan kami lagi dalam keadaan yang lebih bererti.


selepas dia pergi, aku berjumpa DIA, meratap dan menangis padaNYA sepuas hati. Moga DIA melindungi dia disana. dan menjadikan rasa yang ada pada hatiku ini pembangkit semangat untukku. Aku jua meminta, segalanya urusannya dimudahkanNYA. Moga-moga ketenangan hatinya disana, memberi kebahagian untukku disini. Dan aku mohon dengan sangat padaNYA, Tuhan, Kau sayangilah dia. Dakaplah dia Tuhan. Sayangilah dia melebihi aku menyayanginya.

p/s: kalau bole aku nak dia balik lagi minggu depan. dan aku mahu kami menghabiskan cuti semesterku bersama di Kelate. Kerana aku tahu tawa kami menyenangkan hati ibu dan keluarga seperti mana tenangnya hatiku berada dekat dengannya.



*TATAPAN ISTIMEWA BUAT KAKAK, NURHANNANI MURNI INDAH KAMARUDIN*







:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Friday, September 24, 2010

News- ‘Bini Puaka’

1 comment:

Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini memutuskan tiada prima facie dalam kes Rosmah 'bini puaka' terhadap lima mahasiswa Universiti Malaya (UM).

Sehubungan itu, Hakim Rozana Ali Yusoff mengarahkan mereka - yang berdepan dengan tuduhan cubaan melakukan khianat dengan menggunakan api dan melakukan pencerobohan jenayah - dibebaskan.

 

Rozana membuat keputusan tersebut di Mahkamah Sesyen 2, di Kompleks Jalan Duta Kuala Lumpur.

Lima mahasiswa berkenaan - Shazni Munir Mohd Ithnin, Muhammad Aizat Roslan, Muhammad Saufi Jelani,Mohd Izzuddin Hilmi Mohd Zaini dan Mohd Syahriuldeen Ahmad Rosli dari Universiti Malaya - dituduh melakukan jenayah dibawah Seksyen 427, 436 dan 447 Kanun Keseksaan.

Bagi Seksyen 427, mereka dituduh menyimbah petrol di atas permaidani - yang bakal dilalui isteri Perdana Menteri Rosmah Mansor - dan menconteng di sebuah dewan akademi pengajian itu kira-kira jam 4 pagi.

Manakala bagi Seksyen 436, kelima-lima mahasiswa itu dituduh melakukan perbuatan khianat dengan menggunakan api di tempat dan waktu yang sama.

Bagi Seksyen 447 pula, mereka dituduh melakukan pencerobohan jenayah pada tarikh dan masa yang sama.

Semua itu, gara-gara mahasiswa berkenaan dikaitkan dengan contengan perkataan- perkataan "C4", "bini puaka" dan "pembunuh Altantuya" di dinding dewan sebelum kedatangan isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor.

Rozana dalam penghakimannya pagi ini berkata dalam pertuduhan seksyen 436 pihak pendakwaraya gagal membuktikan elemen-elemen penting dalam pertuduhan bahawa semua tertuduh telah melakukan khianat dan mempunyai niat bersama.

Katanya lagi, tiada keterangan bagi mengenal pasti bahan api serta kesan kerosakan daripada bahan api berkenaan.

Manakala bagi seksyen 447 pula, pendakwaraya gagal membuktikan niat bersama tertuduh untuk melakukan kesalahan tersebut.

Sementara bagi seksyen 427 pula, Rozana berkata pihak pendakwaraya turut gagal membuktikan bahan api yang digunakan ke atas permaidani merah berkenaan adalah bahan petrol.

"Setelah meneliti dan menimbang semua keterangan daripada saksi pendakwaraya, exibit dan hujah, mahkamah mendapati, di atas penilaian mahkamah, pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie.

"Dengan ini melepaskan tertuduh dan membebaskan terhadap tiga pertuduhan itu tanpa memanggil untuk pembelaan," kata Rozana.

Sumber : Malaysiakini


:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Doa saya

10 comments:


Saya mahu menjadi anak yang




S

O

L

E

H

A

H




Menjadi




Penyejuk mata ibu ayah,




Mendamai jiwa mereka,




Menggembirakan hati mereka,




Dan insya allah,




Menjadi bekalan terbaek buat mereka apabila mereka pergi menemuiNYA.




Dan insya allah berkat disisiNya jua.




Ameen…




Moga kasih sayangku buat ibu ayah serta adik-beradik dinilai baik disisiNya.








:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Thursday, September 23, 2010

Kucing Bonsai.

4 comments:





Utk pengetahuan insan2 yg mempunyai hati dan perasaan...

Terdapat seorang Jepun di New York sedang menjual suatu produk baru; yg dikenali sebagai 'Kucing Bonsai'. Apa yang orang Jepun ini buat ialah memadatkan seekor anak kucing ke dalam balang atau botol yang diperbuat daripada kaca.

Kemudian, dua batang straw akan dimasukkan ke dalam balang itu melalui dua lubang kecil yg ditebuk di atas penutup balang itu. Tujuan dua straw itu ialah satu utk memberi makanan kepada anak kucing itu, dan satu lagi utk mengeluarkan najisnya.

Untuk memastikan anak kucing itu membesar dan mengikut rupa dan saiz balang atau botol itu, dia akan memberi anak kucing itu makan sejenis dadah yang akan menjadikan tulangnya lembut, supaya badannya mudah utk mengikut bentuk dalaman balang itu. Dia hanya akan berhentikan pemberian makanan dadah ini sekiranya anak kucing itu mati.

Adakah penganiayaan dan pengzaliman seperti ini dapat dihentikan? Anak kucing itu pasti tidak boleh bergerak di dalam balang itu, apatah lagi utk membersihkan badannya, dan langsung tak boleh membuat apa-apa. Kalau dia menjerit sekalipun, siapa yang akan mendengar jeritan batinnya di dalam balang itu?
Barangan yang zalim seperti ini telah dipasarkan secara meluas di serata New York, Indonesia dan New Zealand.

Jika anda ingin mendapat maklumat lanjut berhubung perkara ini, layarilah:

http://www.bonsaikitten.com/

Lihat sahaja gambar-gambar ini... Amat zalim dan menyakitkan!



Apa yang lebih menyedihkannya ialah, dia menganiaya haiwan yang tidak dapat mempertahankan diri mereka. Padahal masih banyak lagi objek lain yang boleh dikormesialkan... Bukan menzalimi benda hidup seperti anak-anak kucing itu!

Kami benar-benar mengharap penganiayaan seperti ini dapat dihentikan secepat mungkin. Jika 'kucing bonsai' seperti ini menjadi trend baru dan setiap orang ingin membelinya, tiada apa lagi yang dapat kami katakan lagi jika unsur-unsur kemanusiaan sudah hilang dalam sanubari manusia itu sendiri.



p/s: tade keje sangat kot. Binatang yang tak de dosa pun dia nak komersialkan. Dunia akhir zaman,macam ni la gayanya…


:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Wednesday, September 22, 2010

Tasyji’ buat hati..

6 comments:





Sebentar tadi setelah penat(yeke penat? ke malas) menelaah buku Chemistry Silberburg, aku merenung henset. Badan mula nak panas balik. Ooh, susahnya! Terlalu banyak dosa, membuatkan hamba sentiasa ditimpa pembalasanNYA. Bersabarlah duhai hati. Henset aku ambil. Mainkan lagu dengan music player. Sementara aku membelek compilation. Tengok compilation teringat MEDCY. Aduh.. tension~~ tiba-tiba, satu lagu menarik perhatianku. Membuatkan hati ini rasa bersemangat. Moga-moga aku semakin kuat. Tuhan, apalagi yang aku mohon melainkan kasih sayangMu buatku… Selamat menghayati lirik lagu ni. Best. Cube dengar lagu ni.






Ku Berlari - Firdaus






Ku langkahkan kaki ini
Di hangat mentari pagi
Ku syukuri hari ini, aku masih berdiri

Dan aku tinggalkan masa kelabu
Dan lalu mulakan jalannya kerna-Mu


Semangat optimis diri jalan hari dengan pasti
Selama jantung berdetak, selama itupun

Takkan berhenti berlari wujudkan mimpi
Terus berlari agar hidup ini bererti


Terjatuh bangkit aku kembali
Susah payah aku tak peduli
Kerna hidup hanya sekali



Dengarkanlah teman seloka hiburan
Tak perlulah kita asyik nak berlawan
Kita semua kawan tak boleh berlawan
Kalau kita renggang kita ketinggalan

Bebaskan dirimu dari dibelenggu
Teruskan langkahmu ayuh kita maju
Mari bersamaku nyanyi lagu ini
Jangan difikirkan resah yang di hati

Semua itu hanya dimindamu
Tak perlu kau sangsi tak perlu kau ragu
Segala-galanya pastikan berlalu
Mentari kan muncul mendung kan berlalu


Suka duka perkara biasa
Kita pasti lalu bezanya pada waktu
Bila berlari kenalah berstrategi
Jangan ikut hati, ikut hati nanti mati
Biarlah terlambat atur jalan cermat
Pelan-pelan kayuh jangan sampai otak penat
Sentiasa bawa diri hati-hati hari-hari beri erti pada diri
Jangan berhenti kejar mimpi senyuman diberi tanpa semua benci menghantui hati
Biarkan saja, takdir semua nyata
Bersyukurlah masih lagi bernyawa

Dan aku tinggalkan masa kelabu
Takkan berhenti berlari wujudkan mimpi
Terus berlari agar hidup ini bererti

Takkan berhenti
Berlari wujudkan mimpi
Terus berlari
Agar hidup ini bererti

Takkan berhenti berlari wujudkan mimpi
Berlari..






Tuhan, semakin aku hampiri, semakin berat dugaan datang bertandang. Aku mahu kuat. Biar keresahan hati berlalu pergi. Aku mahu setia menagih cintaMU Tuhanku……….





KAU SUMBER INSPIRASIKU...


:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Salam Imtihan--

2 comments:


Assalamualaikum.


Alhamdulillah. Hari ini, 22hb September 2010, saya Berjaya menjejakkan kaki ke CFS IIUM PJ. Syukur yang tidak terhingga. Semalam dalam bas, teresak-esak menangis menahan sendu. Dek kerana melihat ibu,Ayah, Abang Taufiq, Abang Khairul, Kak Za, Aleeya, Ali, dan Kak Hannani melambai tangan syahdu sewaktu perjalananku bermula. Allah, Tuhan saje yang tahu sebaknya rasa hati. Walaupun dua minggu lagi bakal bertemu kembali.


Pemergianku kali ni untuk menghadapi fatrah norma bagi seorang pelajar. Yakni, fatrah Exam. Normal. Sejak tadika (walaupun saya tak pernah masuk tadika) hinggga kea lam university, exam merupakan fatrah yang memang perlu dihadapi. Walaupun apa je keadaan kita. Raya ke. Musim haji ke. Tak abes study ke. Apa saje, exam tetap kita perlu hadapi. Tidak perlu saya mengomen system pendidikan negara, mungkin ada yang lebih jauh lebih faqih daripada saya yang serba kekurangan dan cetek dengan ilmu.


Walauapapun, susah nak kembalikan mood study. Saya mengakuinya. Lebih-lebih lagi saya yang baru jejak kaki ke CFS. Dengan keadaan selesema yang masih berlarutan. Sepanjang di rumah, saya banyak meluangkan masa bersama keluarga. Memandang kakak saya hanya setahun sekali pulang ke Malaysia, saya rasa lebih bertanggungjawab untuk menyenangkan hati beliau dan bersama beliau, bergaduh, berwsenda gurau dan sebagainya. Ahh.. memang kenangan bersama kakak saban tahun tidak akan saya lupakan. Memandangkan kakak merupakan kakak yang paling hampir umur dengan saya, jadi lumrahnya hubungan kami akrab. Alhamdulillah. Itulah nikmat yang saya tidak pernah dustakan. Tidak terkecuali jua abang serta adik. Memandangkan ibu saya mengeluh bahawa saya jarang pulang kerumah, jarang menelefon dan berbual panjang sejak saya memasuki semester baru, saya mula berasa tidak sedap hati. Saya tidak mahu apa yang saya perjuangkan memberi efek kepada ikatan kekeluargaan kami. Benar, ibu memahami. Namun saya tidak mahu menyalahgunakan kefahaman ibu. Maka, saya banyak meluangkan masa menemani ibu. Lebih-lebih lagi, keadaan ibu yang kurang sihat. Sehari sebelum berhari raya, ibu saya pengsan. Dan dimasukkan ke wad. Sekejap je. Tapi ia cukup memberi efek yang besar bagi hari raya kami. Muka ibu yang pucat dan keadaan ibu yang lemah, buat ayah tak tentu hala. Kami apatah lagi. Jika sebelum ni perkara itu sering terjadi pada saya. Kini bila ia berlaku pada ibu, saya mahu saya yang menanggungnya.


Walaubagaimanapun. Saya tetap berbesar hati untuk mengucapkan SALAM IMTIHAN Bittaufiq wannajah kepada semua warga CFS IIUM, terutama roommate saya, rakan-rakan sekelas chemistry dan biology,adik-beradik Usrah saya, rakan sekerja MEDCY dan rakan seperjuangan saya. Semoga dengan kehadiran fatrah exam ini tidak melalaikan kita dengan perkara-perkara wajib dan sunnat yang lain seperti solat awal waktu, baca Quran, bertahajjud, berzikir dan sebagainya. moga-moga fatrah exam ini menjadikan kita lebih dekat dengan Tuhan. Insya-Allah. Dan semoga dekatnya dengan Tuhan sentiasa istiqamah dalam diri kita. Insya-Allah.


Saya bakal menghadapi dua paper sahaja.. (??)


Iaitu


Chemistry 1 : 25 September 2010 : 2.30 petang


Biology 2 : 30 September 2010 : 9 pagi.


Dan insya allah saya bakal pulang ke Kelantan pada 4hb oktober 2010. Dan bercuti selama 3minggu. Insya allah, cuti ni saya akan cover balik cuti hari raya saya yang terbuang begitu sahaja. Yakni tak sempat berjumpa teman-teman walau seorang pun. Apatah lagi menyumbang bakti dan tenaga. Insya allah.


Buat teman-teman yang sudah lama tidak bertemu, semoga kalian sukses selalu. Masing-masing faham akan fatrah exam. Maka, berkelakuanlah seperti orang yang faham.


Allahumma najjahna fil imtihan mumtaazan naajiha….




p/s: terima kasih jua buat yang menghantar mesej salam imtihan ke inbox henset saya. Saya menghargai doa kalian dan moga doa-doa tersebut dimakbulkan Tuhan. Ameen….


:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Sunday, September 19, 2010

Anda mampu menjawabnya..

No comments:
mereka yang tidak mengerti bermain gembira di lobi hospital


Kenangan silam…


Petang Ahad di sebuah Hospital Kerajaan:


Doktor: Pakcik, anak pakcik kami kena tahan kat wad dulu beberapa hari sebelum kita dapat result diagnosis.


Ayah: oh, kalau macam tu saya ikut aje kata doctor.


Doktor: Pakcik nak pilih wad kelas berapa ye? Kat sini ada wad kelas 2 dan kelas 3 saje. Kelas 2 bayarannya RM25 sehari termasuk kos caj rawatan. Kalau kelas 3 kos caj Cuma RM3 saja.


(dalam hati, kat hospital pun nak main hieraki jugak?)


Ayah: pilih kelas 2 lah. Selesa sket. Lagipun dia perempuan. Senang nak jaga aurat kalo ada bilik.


Doktor: baiklah. Kalau macam tu pakcik boleh pergi ke kaunter cukai untuk urusan ye. Yang kat sini,saya uruskan.


Kata doctor lelaki itu dengan senyuman manis. Baik sungguh doctor. Walaupun tadi pertelingkahan kecil dengan nurse berlaku. Macam-macam.


Pagi Isnin:


Berjalan-jalan di sekitar kawasan hospital. Bukan sakit tak boleh jalan, lari pun boleh. Pegi tandas,pergh! Tak tahan. Tak de cleaner ke? Memang la tandas ni digunakan oleh orang-orang yang sakit, tapi at least biau le ada cleaner yang jaga. Nak termuntah! Nasi di hospital tidakku jamah walaupun kos semuanya termasuk dengan harga yang dibayar. Tapi sayang, nasik terlampau lembik, terlebih air barangkali. Ayam yang dimasak masih berbau hanyir. Sayut terasa pahit. Whats the problem? Walaupun dah bayar banyak? Ibu dan ayah bekerja. Ditinggalkan sendiri di wad. Merayau mencari makanan yang boleh dimakan.


Terjumpa seorang makcik tua. Senyum. Bertegur sapa. (kenal kot sebab pakai uniform ward)


Mak cik: adik dok wad perempuan jugak ke? Tak pernah Nampak pun.


Pesakit: Aah. Wad perempuan tapi dalam bilik.


Mak cik: oh, kelas diraja ye? Banyaknya duit. Makcik tak mampu nak letak anak makcik kat situ.


Pesakit: anak makcik sakit apa?


Mak cik: Anak makcik kemalangan. Minggu depan dia periksa PMR. Ayahnya meninggal dalam kemalangan tu. Nasibnya baik masih stabil dik.. makcik kesian anak mak cik tu, nak tido tak boleh, dia masih trauma. Tambah pulak kat bilik kelas 3 tu,macam-macam ragam ada. Mak cik tak mampu nak letak anak makcik kelas 2 dik. Sekarang dah 3hari anak makcik asyik meracau je. Mak cik bagitau doctor pun, diorang mintak deposit ratusan ringgit. Mana la makcik ada duit. Suami baru je meninggal. Kalau mak cik ni kerja kerajaan, boleh jugak minta bantuan. Setakat penoreh getah macam mak cik ni tak de sapa pandang dik oi…


Pesakit: anak mak cik sedar? Teruk ke dia?


Mak cik: sedar. 2hari lepas dia koma. Tapi sekrang dah stabil sket. Teruk tu tak ada la sangat. Masih boleh bernyawa pun makcik bersyukur. Dialah satu-satunya anak yang mak cik ada. Abangnya pulak dah masuk lokap, menagih! Mak cik kalau boleh nak bawak anak mak cik balik, biar dia selesa sket. Tapi dia kena pakai mesin. Tak boleh jugak.. sabar je lah orang yang tak ada duit macam kami ni dik..


Mak cik tersebut menangis. Kemudian berjalan beriringan. Menuju ke katil anaknya. Semua nurse memandang. Dengan uniform ward dan drip IV yang dicabut sendiri, berjalan perlahan. Memerhatikan pesakit di ward kelas 3. Tiba di katil 27, terkejut. Matanya membengkak. Mulutnya menyebut ayahnya. Syahdu. Wajahnya suci bersih. Kasihan budak perempuan ni. Dek kerana duit, dia tidak mampu berada selesa seperti di kelas 2. Kelas 2 cukup selesa. Dengan pendingin hawa dan privacy yang menyerunukkan.


Bezanya Cuma duit. Duit. Dan DUIT. Mungkin juga KEDUDUKAN.


Dlm hati : suatu hari nanti aku nak buat satu hospital yang tak de perbezaan mengikut duit. Semuanya dilayan dengan sama. Memberi perkhidmatan yang terbaik buat pesakit. Bukan kerajaan tidak punya wang, tapi banyak dilaburkan di tempat lain. Dimana? Anda mampu menjawabnya!


:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Nikmat sihat..

7 comments:


Masa form 5 dulu, memang selalu hafal hadis yang mengatakan bahawa ANTARA NIKMAT YANG SELALU DILUPAKAN ADALAH NIKMAT SIHAT DAN MASA LAPANG. Memang betul lah! Waktu kita sihat, kita tak ingat diri. Kita rasa kita gagah. Kita kuat. Kita mampu buat macam-macam. Masa tu jugak, mungkin kita hampir terlupa ada SATU KUASA yang jauh lebih hebat dari kita. Tentunya DIA, Allah Tuhan kita. Kna? J


Hari raya tahun ni nampaknya tidak menyebelahi saya. Tidak mengapa. Saya tidak kecewa. Bagi saya ini satu penyucian jiwa. Saya yang derhaka pada DIA. Buat dosa tak berkira-kira. Bila ditimpa azab seksa baru rasa nak mengira. Percaya atau tidak, saya tidak keluar kemana-mana melainkan bersama keluarga ke rumah sanak saudara. Kadang-kadang memang rasa susah nak percaya. Tapi kali ni saya betul-betul jadi sangat baik. Pelawaan kawan semuanya terpaksa saya tolak dek kerana kesihatan yang berminggu tidak sempurna malah belum menunjukkan ia bakal sempurna. Ditambah pula kaki saya yang saya tak tahu kenapa ia tak nak sembuh-sembuh walaupun dah berkali saya merujuk PAKAR URUT kampung saya. Ngeh! Itulah, tanpa izin Tuhan kaki saya takkan sembuh lah! Mak saya kata sebab saya paksa diri waktu kaki saya sakit dulu. Sebab tu susah nak sembuh. Saya fikir-fikir.. boleh tahan jugak. Meeting sana sini semua pakai kaki. Teringat pula meeting dengan adik-adik LG untuk GCI,bagaimana saya menangis sebelum menghadiri meeting tersebut di Annex. Saya terpaksa kerana partner saya tidak dapat hadir. Fuh,kuat juga saya ye!


Saya teringin keluar dengan kawan-kawan lama. Jumpa,borak,imbas kenangan silam dan meng'update' perkembangan. Walaupun tentunya perkembangan saya yang paling tak best untuk di'update'. Confirm! Ada yang mengamuk bila call saya tak angkat,mesej saya tak balas. Saya benar-benar minta maaf.kebetulan di rumah pun selalu ada keramaian. Dan jika saya menghadiri keramaian pun,saya jarang membawa henset bersama. Jadi,memang silap saya tidak membalas panggilan dan sms yang diterima. Insya-Allah, kita ketemu jika diberikan peluang dari Tuhan. Selain itu juga, pada hari raya kelima, rumah saya bermajlis sedikit. Alhamdulillah. Semua berjalan lancar. Tapi kepenatan tok sah dok cerita. Lepas majlis bersyariat tu, makin galak la demam dan selesema saya memberontak. Kaki saya pun makin membengkak. Tapi takpe, saya gembira majlis berjalan dengan lancar walaupun pada awalnya buat saya 'otak'. Hoho.


Rumah saya dah jadi sunyi sepi. Tak ada dah tangisan baby. Rindu pula nak dengar Ahmad Naim dengan tangisannya. Waktu Naim kat kampung dulu, rasa tension jugak asyik dengar budak tu menangis. Kesian Naim.. Asyik nangis je. Pastu cirit-birit dan demam. Sekarang bila Naim tak ada, rindu melanda. Dok tiru gaya Naim pulak. Wah! Sayang Naim~ munir pun apa kurangnya. Budak tu memang genius bila makin besar ni. Mulut tu.. pandai sangat! Malam raya diorang main bunga api. (note that mercun is prohibited on my family,bunga api je bole.) senang tengok mereka gembira. Munir dan Aleeya. Budak-budak ni tak ada dosa. Sedap mata pandang mereka. Ali pun apa kurangnya. Baru 7 bulan tapi dah nak start merangkak. Dah la suka melompat pulak tu. Penat eden nak layan. Tapi Ali memang bakal jadi segagah Saidina Ali. Insya Allah. Nama Ali pun diletak sebab nak suruh Ali mengikut keperipadian Saidina Ali karramallah. Ameen. Saya suka kat budak-budak. Baru perasan. Tambah-tambah bayi macam Naim dan Ali. Cium diorang ada satu bau yang hanya ada pada baby. Tak ada pada mak bapak baby. Bestnya!


Baru-baru ni saya dan kakak serta adik terpaksa ikut abang pi kenduri kawen kawan abang. Adui bang, sume kawan awak dah kawen, awak bila lagi? Takkan nak tunggu saya langkah bendul betoi2 kot?? Hoho. Merayap kat KB Mall pun rasa tak best. Tambah pulak tak sedap badan. Lagi tragis, bila kakak saya memandu kereta kesayangan ayah saya, lantas melanggar sebuah wira. Dan kemalangan pun berlaku. Saya pun ada dalam kereta tu. Terpegun seketika. Habis kereta orang dirempuhnya. Kereta ayah saya pun kemek jugak. Tapi tak teruk. Sebab ada guard a.k.a spoiler. Tah betol ke tak tu nama die. Saya dengar abang saya panggil cantu. Nasib baik kakak yang bawa, bukan saya. Tapi ayah saya pun selalu pesan, jangan bagi kakak bawak kete, ayah nampaknya lebih percayakan saya. Sebab saya dah lama memandu,berbanding kakak. Memang rasa teruk sebab tu pertama kali kereta kesayangan langgar orang. Pergh! Tak pe. Dah benda nak jadi. Kakak kata, kenapalaa dia tak bagi aku yang bawak kete. Aku kata, benda nak jadi, kalo aku bawak,kete laggar lagi teruk sapa tau? Sebab Allah buat tu dah yang paling terbaik dah. Tak payah ada 'kalau' lagi dah.


Saya belum belajar lagi walaupun final semakin lama semakin dekat. Kalau nak belajar, saya memang memerlukan kesabaran. Waktu kakak dan abang semua ada di rumah, cabaran besar saya nak belajar. Memang jihad! Kebetulan, raya tahun ni semua orang ada kat rumah. 7 anak. 3 menantu. 4 cucu. Alhamdulillah. Ibu saya pun gembira. Hoho. Bila semua orang dah tak ada, hidung saya pula tidak henti-henti mengeluarkan mucus berlebihan. Goblet cell pulak tak jemu-jemu menghasilkan mucus. Tak pe. Sabar. Bisa melekit nota dengan mucus-mucus berlebihan yang dikumbahkan. Ting!


Bumblebee…………… wassalam~


:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Monday, September 13, 2010

Perutusan Aidilfitri

6 comments:











Pertama dan selamanya saya mengucapkan syukur kepada Allah kerana diberi nikmat untuk menyambut lebaran pada tahun ini. Sebulan melalui bulan Ramadhan yang penuh barakah pastinya menjadi saat-saat yang begitu bermakna buat diri ini. Ramadhan, kali ini kau pergi lagi meninggalkan kami. Dan kami, sentiasa menunggu Ramadhan akan datang. Moga-moga berkesempatan bertemumu Ramadhan kembali.





Ramadhan. Dulu. Waktu bulan Ramadhan, kita rajin tadarrus Quran. Kita rajin bangun Qiam. Kita rajin bersedeqah dan sebagainya. moga-moga kita sentiasa istiqamah dengan segala kebaekan. Kita sentiasa mencegah diri kita dari perkara mungkar. Contoh, nak mengumpat,





"ish, jangan, ni bulan Ramadhan.."





Kita mencegah diri kita dari fahsya'. Adakah kerana Ramadhan atau kerana kita takutkan Tuhan? Tepuk dada Tanya iman didada. Jangan Tanya Aiman ya!





Muhasabah kembali diri. Terasa kucar-kacir sekali. Masya allah. Berapa banyak Ramadhan Berjaya mengubah diri ini? Perangai-perangai lapuk seperti cepat marah, mudah bosan, malas melakukan ibadat sunnat, masih bersisa dalam diri. Ampunkan hamba hina ini Ya Ghaffar..





Menjejakkan kaki ke kampung halaman jua merupakan nikmat yang teramat besar. Berjumpa adik-beradik dan saudara-mara merupakan satu amalan yang dipuji oleh Rasulullah S.A.W. insya allah.





Hari raya pertama di sini (istana saya), seperti kebiasaannya. Solat Subuh berjamaah. Makan nasi minyak hasil gotong royong kami sekeluarga pada malam raya. Kemudian sesi bersalaman dan bermaafan dan fotografi. Lalu, berjemaah ke masjid menunaikan Solat Sunnat Aidilfitri. Rutin yang sama setiap tahun namun tidak pernah jemu,malah rindu. J seusai pulang dari masjid, menyaksikan kehadiran para tetamu ke teratak kami. Lazim dengan keadaan seperti ini. Setiap tahun kehadiran tetamu tidak pernah susut. Malah makin bertambah mungkin. J Alhamdulillah. (jangan pernah lupa mengucapkan ucapan SYUKUR kepada Allah J) Santapan nasi minyak dah jadi rutin sejak 15tahun yang lalu. Tapi tahun ni kami buat kelainan sedikit. Menambah juadah soto. Dek kerana menantu-menantu kat teratak kami 'orang luar' jadi hidangan soto istimewa buat mereka. Kakak abang pulak pernah menetap kat Johor, jadi soto jadi febret lah kat rumah ni. JJ









Raya kedua? Huh. Menarik sangat. J saya merayakannya di Hospital Pasir Mas. Memandangkan keadaan yang sangat normal, yakni jalan raya yang sangat sesak, memustahilkan saya ke Kota Bharu Medical Centre ataupun Specialist Perdana, maka kami terpaksa ke Hospital KERAJAAN. Yang menyebabkan saya berada di situ sehari suntuk bersama kakak. L Paling benci karenah seperti ini dengan kerajaan. Dari pagi sampai petang saya disitu. Akhirnya pulang dan terpaksa mengambil 'khidmat' di klinik swasta jua akhirnya. Masya Allah. Waktu ini memang menguji kesabaran hamba. Dengan kesesakan lalu lintas yang memang parah,makin-makin lah S.A.B.A.R itu perlu. Sebab tu Allah sayang orang SABAR,kan?? J





Raya ketiga pun boleh tahan. Kali ini tak sambut kat hospital dah. Serik menjejak kaki ke hospital kerajaan. Sepatutnya hospital kerajaan memberikan khidmat yang lebih cemerlang berbanding hospital swasta. Pengalaman saya sendiri, 70% layanan dan khidmat hospital swasta lagi baik berbanding hospital kerajaan. Mungkin kebetulan dengan nasib saya yang sentiasa malang di hospital kerajaan. Masya Allah. Hospital Universiti pun boleh tahan, seperti PPUM (Pusat Perubatan Universiti Malaya), walaupun duit keluar macam air, tapi khidmat yang diberikan memuaskan, its ok! Ops.. berbalik pada cerita hari raya ketiga, aktiviti menziarahi saudara-mara sangat pesat berlangsung. Time macam ni lah nak bermesra dengan saudara-mara. Semua orang ada. Makan biskut raya tu dah kira nombor dua kan? Hoho. Dari Pasir Mas ke Kota Bharu, nampaknya kesesakan lalu lintas semakin parah. Jam sepanjang 4kilometer memeritkan pemandunya. Masya Allah. Kelantan ni mmg best lah! Ramai orang! Tak percaya? Korang datang la sendirikkkk… tak tipu, best lah kat Kelantan! Ting!





Demikian hari raya yang dilalui saya. Kadang-kadang saya tertanya-tanya, adakah hari raya hanya sekadar itu? Makan + Ziarah + Kesesakan lalulintas = HARI RAYA? Bukankah Hari Raya merupakan anugerah dari Allah sebagai hari kemenangan? Yakni kemenangan yang bagaimana kita sambut dan raikan? Dan sejauh mana erti kemenangan tersebut untuk kita? Hurm------- Tepuk dada jangan Tanya selera! J





Peti mesej telefon bimbit (skemanya) saya jua masih penuh dnegan mesej-mesej yang tidak dibuka dan tidak dibaca. Bukan tak berkesempatan, tapi kurang mood dengan telefon bimbit sejak Aidilfitri menjelang. Tambah pulak dengan 'pemanggil misteri' yang muncul baru-baru ni sampai hari ni. Lebih baik melayan Munir, Aleeya, Naim dan Ali. Anak saudaraku lebih banyak karenah menarik untuk dilayan. J berbanding telefon bimbit yang semakin hari rasa semakin nak campak tepi jalan. L ngeh!





Apapun. Tahun ni saya tak forward mesej hari raya. Alasan sama seperti diatas. Jemu dengan telefon selular. Lantas, ni ruangan ini, (yang pembacanya mungkin beberapa orang sahaja), saya mengambil kesempatan memohon jutaan ampun dan maaf atas segala khilaf sebagai tanda hamba ini lemah dan terlalu dhaif. Diri ini tidak punya apa-apa melainkan yang dipinjamkan oleh Allah. Maafkan saya atas segala perkataan yang selalu mengguris hati kalian. Yang selalu keciiikkkkan jiwa kalian dan sebagianya. Maafkan saya jika pernah ter'masam' muka, tertinggi suara, terpukul tak sengaja, terlepas bicara dan sebagainya. saya hamba biasa yang tak lari dari kesilapan yang kesalahan. Tegorlah saya. Saya penuh dengan kecacatan.





Buat kalian sahabat seperjuangan, bantulah saya kembali dan terus thabat pada jalan yang kita pilih bersama. Dan berlapang dadalah dengan segala kelemahan yang ada pada saya. Saya cuba menjadi yang terbaik. Tapi saya tak mampu memenuhi semua yang terbaek yang kalian mahu. Maafkan saya dari hujung rambut ke hujung kaki. Ampunkan hak-hak saya yang tidak tertunai kerana saya risau saya dipersolkan di negeri abadi kelak. Ampunkan salah silap saya selama kita bergerak kerja, berukhwah, bersenda gurau dan berapa-apa aje lah.





Buat keluarga MEDCY pula, di tempat mana sekalipun saya berada, anggaplah saya manusia biasa. Kesalahan dan kesilapan saya bukan perkara luar biasa. Tegurlah salah saya. Jangan biar saya binasa.





Buat adik-adik junior, terima kasih atas sokongan kalian. Maafkan akak atas segala khilaf dan hak yang tidak tertunai. Tak lupa istimewa buat adik-adik LG MEDCY, akak tidak diciptakan sempurna, namun akak melalui jalan taqwa dalam mencari kesempurnaan. Akan tetapi, kadang-kadang akak jua bias tergelincir dari landasan sebenar. Maka, teruslah bersamaku, menuju jalan ketemu Tuhan. Insya Allah.





p/s: raya keempat kami sekeluarga bakal belayar ke Pantai. Berehlah bersama. Aktiviti tahunan yang wajib. J semoga Allah redha dan mudahkan aktiviti kami esok hari. Ameen.





p/s 2: sesapa nak datang rumah, mesej dulu bagitau. Takut-takut tak wujud kat rumah. Ngeh!





Ilalliqa'.


:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Monday, September 06, 2010

TV3- Patut lebih peka sensitivity kami

4 comments:

*dah try nak masokkan video tapi tak Berjaya. You may refer to the link or search je lah kat youtube*

<object width="480" height="385"><param name="movie" value="http://www.youtube.com/v/YKN5jW8WJ9Y?fs=1&amp;hl=en_US"></param><param name="allowFullScreen" value="true"></param><param name="allowscriptaccess" value="always"></param><embed src="http://www.youtube.com/v/YKN5jW8WJ9Y?fs=1&amp;hl=en_US" type="application/x-shockwave-flash" allowscriptaccess="always" allowfullscreen="true" width="480" height="385"></embed></object>

Scene 1

Budak Lelaki Melayu sedang menilik-nilik sebuah buku bergambar di malam yang gelap dalam sebuah pondok buruk beratapkan rumbia dengan bertemankan sebiji mentol. Terdapat sebuah sangkar burung yang tergantung di sebelah kanan tingkap yang terbuka

a) Budak Lelaki Melayu - Orang Melayu

b) Buku – Bible

c) Pondok Buruk Beratap Rumbia – Kemiskinan

d) Malam Yang Gelap - Islam yang mundur

e) Mentol Lampu - Pencerahan (Illumination) - Lucifer@Iblis

f) Sangkar Burung - Simbol manusia yang terkurung dan terkongkong dengan ajaran ISLAM

g) Tingkap Terbuka - Jalan keluar dari kemiskinan dan kemunduran

Scene 2

Close up sehelai mukasurat yang mempunyai gambar sebuah beca bewarna merah dengan berlatarbelakangkan sebuah pokok Krismas dan North Star (Bintang Utara), menutup sehelai mukasurat lain bertulisan JAWI yang diterbalikkan (inverted).

a) Mukasurat Bergambar - Bible (Christianity)

b) Mukasurat Jawi terbalik - Al-Quran yang dihinakan

c) Beca Merah - Samaran untuk kenderaan Santa Claus

d) North Star - Bintang Kelahiran Horus (Dajjal)Pokok Krismas - Simbol Paganism

Scene 3

Keluarnya bintang-bintang kecil beraura yang membawa cahaya dari gambar beca. Budak Melayu delighted (kagum dan gembira). Bintang-bintang berterbangan keluar dari tingkap rumah buruk lalu membentuk sebuah beca merah berlampu lip-lap dengan seorang lelaki separuh abad yang memakai songkok (bukan ketayap) putih dan berambut putih. Lelaki separuh abad mempelawa budak Melayu untuk bersama-sama menaiki beca merah dan seterusnya meninggalkan pondok buruk.

a) Bintang-bintang kecil beraura - Keajaiban, kekayaan, kemahsyuran, kemodenan etc.

b) Lelaki Rambut Putih Dan Bersongkok Putih - POPE - Ketua Agama Kristian

c) Pelawaan Menaiki Beca - Pelawaan Masuk Kristian

Scene 4

Budak Lelaki Melayu dengan seorang Budak Perempuan Melayu masuk ke dalam beca dan terus duduk bersandar. (Scene ini memaparkan kejayaan memurtadkan (merosakkan) Bangsa Melayu)

a) Budak Lelaki Dan Budak Perempuan Melayu - Bangsa Melayu.

Scene 5

Beca terbang ke Pulau Pinang, Teluk Intan, dan Kuala Lumpur. Tempat-tempat ini bercahaya dan bersinar (illuminated) dengan kehadiran beca merah.

a) Pulau Pinang - Tempat Illuminati mula bertapak (Francis Light)

b) Teluk Intan, Hilir Perak (Anson) - Ada Illuminati Lodge kat sini. Rotary club pun bersepah.

c) Kuala Lumpur - Malaysian Illuminati punya capital.

SOURCE-you may refer here.

Masya Allah, first time tengok iklan tu (kat dalam youtube),memang aku terkejut sangat. Tengok sekali imbas pun dah boleh agak dah nak tiru krismas. Apalagi manusia-manusia yang hebat yang melakukan research sehingga mengeluarkan fakta-fakta seperti diatas. Apa nak jadi dengan iklan zaman sekarang? Tak cukup dengan iklan tuala wanita yang melampau, iklan deodorant yang tak senonoh, iklan sabun mandi,syampu dan sebagainya. semuanya memang macam-macam! Kalau kita tengok iklan kat Arab mana ada iklan yang dedahkan wanita macam yang negara kita buat. Hoh! Memang kuciwa. Apa nak jadi?

Ada bantahan yang akan dihantar terhadap TV3. You may refer here.

Yang memelikkan aku, takkan la TV3 tak tengok dulu iklan ni? Kalau tengok, takkan tak rasa apa? Anak sedara aku umuq 5tahun pun bila tengo iklan tu dia kata,

"Sama macam orang kafir la kan cikna?"

Pergh* tu budak 5tahun, aku tatau la kalau 'bayi' yang berumur 35-45 tahun tak mumayyiz untuk membezakan sume ni. Masya Allah.

Pastu, aku tengok kat internet, (makluman la kaki isu semasa), TV3 mohon maaf. Senang je kan TV3 minta maaf.. takpe, kalau betol kesilapan di silap mereka, aku harap mereka sedar dengan hati. Bukan minta maaf sebab tanak customer lari. Bukan tarik balik iklan tu sebab tanak orang boikot TV3. Harap mereka tarik iklan tu sebab mereka thau iklan tu berkait rapat dengan sensitivity Islam. Agama kita yang SYUMUL. Masya Allah. Aku rasa macam tak percaya pun ada. Takkan la tak perasan. Dah la pelakon tu pelakon melayu. Memang tipu la kalau mereka kata mereka tak sempat nak nilai atau sebagainya. kalau orang kafir buat iklan macam ni, nak hina agama kita, aku geram jugak. Ni orang melayu kita, orang Islam aku berganda-ganda tambah geram.

Tapi apapun, aku tetap rasa bangga. Bila aku bukak facebook, ramai rupanya orang yang peka dengan iklan ni. Yang peka dengan sensitivity Islam. Yang mahu Islam dijaga dan tidak dimanipulasi oleh setengah pihak yang mahu mengaut keuntungan. Aku senang tengok remaja-remaja marah dan memberontak dengan iklan iluminati ni. Tapi pesanan aku, kalau korang betul2 sayangkan Islam, masuklah kedalam Islam sepenuhnya. Tutuplah aurat sebaiknya. Jagalah pergaulan sebetulnya. Taatlah pada Allah sepenuhnya. Kerana itu bukan PILIHAN TAPI KEWAJIPAN. Kan?

Apapun, aku memang sedih dengan kisah ni. *_*

Aku rasa macam tak guna duduk negara Islam kalau benda macam tu pun boleh dipandang remeh oleh sesetengah pihak.

Wait! Kau rasa negara kita ni negara Islam ke? Hem…

Apapun, aku sayang Malaysia. Aku harap Malaysia mampu jadi lebih baik dari hari ni. Tak lupa, aku harap Malaysia menjadi sebuah negara yang betul2 Islam, yakni bukan hanya pada nama dan bukan hanya pada beberapa perkara. Tapi Malaysia, Islam seluruhnya! Tak kesah la nak buat 1 MALAYSIA ke ape ke. Janji tak bertentangan dengan syariat. Kan?

Aku harap lepas ni tak da dah kesalahan yang sama dibuat oleh TV3. Aku bukan benci TV3. Aku suka je. Tonton Al-Kuliyyah, Jejak Rasul kat TV3. Best. Tapi dalam beberapa aspek, TV3 perlu lebih peka dan sensitive dengan isu ummat Islam. Ingatlah, AKHIRAT kelak takkan terlepas punya wak!

Moga kesalahan yang sama tak berulang. Dan moga kita, sebagai ummat Islam, peka dan sentiasa sensitive dengan isu-isu sebegini. Cayalah korang! Gempak punya!!

** for futher information, better korang search kat google. Try la cari lagi maklumat tentang semua ni. Kita kan kena jadi generasi UP-TO-DATE dengan isu-isu semasa. Kalau bukan kita yang remaja ni, sapa lagi yang kita nak harapkan? Takkan nak harapkan anak saudara berusia 5 tahun tu kan? Haa.. meh same2,mendaulatkan generasi remaja Islam. Penuh dengan thaqafah~


 


 


 


:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.