♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Monday, January 31, 2011

Ali Aqil =)

3 comments:

Ali Aqil Bin Mohd Khairul Azinor.
Cikna tahu Ali tak pandai baca kat sini. Tapi Cikna dah suro Papa bacakan untuk Ali.
Ali nanti jadi anak soleh dan musleh.
Ali jangan kecewakan hati ibu dan dalamilah erti sebenar ketaatan kepada ibu bapa.
Ali mesti strong. Suatu hari nanti Cikna nak Ali jadi orang hebat. Lagi hebat dari IM Asyraf.
Cikna nak Ali belajar pandai-pandai, lagi pandai dari Albert Einstein.
Cikna nak Ali lagi inovatif berbanding Mark Zuckerbarg yang mencipta Facebook.
Cikna nak Ali mendalami Al Quran, kerana Al Quran itu adalah skrip untuk Ali teruskan lakonan di pentas dunia dengan hebat.
Cikna nak Ali dan amal ibadah tidak dipisahkan. Kerana amal ibadah yang boleh menjaga iman dan hatimu.
Cikna nak Ali segagah Saidina Umar. Sehingga diumpamakan seperti singa.
Cikna nak Ali sehebat Saidina Abu Bakar. Sehingga mendapat gelaran Assiddiq oleh Rasul dek kerana kepercayaan dan kasih sayangnya yang hebat pada Rasul Allah.
Cikna nak Ali betul-betul jadi Saidina Ali. Yang mendengar namanya saja sudah disegani dunia.
Sungguh, Ali, dunia hari ini milik anak-anak sepertimu. Dan untuk apa kami mewariskan dunia andai bakal pemegangnya bukan orang selayaknya untuk memakmurkannya.
Ali, dari kecil aku mahu engkau ditarbiyyah dengan hebat. Tarbiyyah orang-orang yang bukan calang-calangnya.
Tarbiyyah yang aku mahu anakku juga ditarbiyyah dengan tarbiyyah yang sama.
Ali, jangan jadi macam manusia hari ini, yang haq dan bathil tidak dapat dibezakan. J
Ali, kelak bangun berjuang bersama putera-puteri Cikna ya!

 
Nanti Ali dah besar, Ali baca balik semua yang Cikna tulis. Moga-moga Ali sentiasa bersemangat. J
Ali, Salam Ulangtahun yang Pertama.
Ali dah setahun! Alhamdulillah. J
Nanti Cikna balek Chinese New Year kita jumpa. Tak sabar nak jumpa Ali. J
Take good care dear Ali. J
Peluk cium buat Ali. All the best in your future years to go. J


With Love,

Cikna yang menyayangi Ali Aqil.

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Rindukan itu~

No comments:


Meluahkan kerinduan pada satu lampiran yang tak berperasaan. Supaya kelak hati juga menjadi tidak mempunyai perasaan. Kerana perasaan yang terlampau, boleh menjejaskan kehidupan seharian.

Rindu pada sebuah yang bernama kenangan. Kenangan lampau yang membuatkan kita menjadi seperti hari ini.

Seolah-olah satu putaran masa lalu sedang bermain di kalbu. Semakin ingin lari, semakin ia mendekati.

Kenapa manusia mudah lupa pada sejarah? Sedangkan sejarah yang membentuk kita hari ini.

Setiap hari, sebelum anda mencipta sejarah. Ingatlah bahawa, sejarah yang anda cipta hari ini, bakal terpatri selamanya.

Dan takkan luput, akan terus dikenang sampai bila-bila.

Maka laluilah hari-hari anda dengan baek. Ciptalah sejarah yang baek-baek.

Kerana tanpa sejarah yang baek, masa depan menjadi pertaruhan.

Letakkan diri di dalam keadaan yang paling baik. Supaya kelak kebaekan menjadi warisan.



Tanpa iman, manusia boleh menjadi gila.

Dengan iman, ramai manusia yang sentiasa alpa.

Perkukuhkan iman, ramai manusia khusyuk mencari Tuhan. – dan aku mahu menjadi golongan ini. Golongan yang sentiasa mencari erti ketuhanan yang membawa pada cinta akhirat yang berpanjagan-



Apa gunanya hidup kalau matlamat mati entah kemana.

Apa ertinya hidup andai dunia tidak dijadikan jambatan menuju syurga idaman.



Tebuklah hati. Tengok putih atau hitam.

Kalau hitam, perkasakan usaha dengan taubat yang senantiasa, tinggalkan perkara-perkara maksiat dan dosa.

Kalau putih, bersiap-siagalah mempertahankan kesuciannya. Kerana hati yang putih selalu digoda oleh nafsu yang halus.



Cinta akhirat. Cinta dunia.

Anda pilih, anda yang menanggungnya. L



p/s :Harap-harap hadiah buat roommate mereka terima dengan gembira. Maaf, tak pandai beli hadiah. J

p/s: rendu sangat teramat nak balik kampong. Terbayang wajah ibu. Segalanya rasa indah disisi mereka yang tersayang. J

menuju redha, mendamba syurga Ilahi.

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Sunday, January 30, 2011

Is coming back.

6 comments:

Alhamdulillah.

Selamat tiba di PJ tepat jam 6.24 petang tadi. Syukur, perjalanan selamat dan dimudahkan Allah.

Moga-moga ada manfaat kepada semua.

Insya Allah, kesahnya bakal dicoretkan di helaian ini. Sebagai salah satu memori yang pernah berlaku pada diri.

Heh, boring juga hidup ini tanpa roommates include cik Mantan Birthday girl, Wirdah J yang sentiasa mewarnai hari-hariku.

Tahniah sebab buat saya teringatkan anda dalam perjalanan ke Kuantan. J

Insya Allah.

Dan Alhamdulillah sempat berSELAWAT di Masjid Kolej Islam. Syukur sebab Allah memillih saya untuk menyertainya. Terima kasih Tuhan. J



Esok ada banyak kuiz. Risau menghadapi hari mendatang. Moga Allah tenangkan hati.

Doakan saya. Ok.

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Saturday, January 29, 2011

Jangan fikir bukan-bukan. =)

No comments:

Kadang-kadang, anda buzz saya di YM, saya tak reply. Mungkin anda fikir, saya tidak sudi melayan anda. Sedangkan waktu itu saya sedang berusaha untuk qailulah.

Kadang-kadang anda chat di FB dengan saya. Saya tak reply. Anda fikir,saya sombong. Hakikatnya saya sedang sibuk bersiap ke kelas,mungkin.



Kita suka fikir bukan-bukan.

Dan orang perempuan dikatakan kategori yang paling suka berbukan-bukan. J

Takpe, saya faham kaum saya ini,bukan terlebih fikir, bukan terlebih risau, tapi terlalu ambil berat. Sifat semulajadi wanita.

kalau jumpa orang couple, tanya dia. "Hubungan apakah yang sedang entum bina??"

kalau jawapannya seolah-olah menghalalkan hubungan tersebut, kata padanya, "Entum rasa hubungan entum halal? Beri saya dalil."

Wah, itu baru gentleman beb. J



Ok. Jangan fikir bukan-bukan. Kalau nak tahu kebenarannya, sila bertanya pada yang hak.

Tak guna entum beratkan kepala entum berfikir yang salah-salah. Kan best, kalau entum dapat penjelasan yang tepat.

Kurangkan kntrovesi, tingkatkan prestasi!

J



Kalau entum terasa hati dengan saya, tanyalah saya sebab musabbab saya menyebabkan entum terasa hati. Kerana mungkin saya melakukannya dalam kedaan yang tidak sengaja. Maka, mana mungkin saya sedar akan kesilapan saya. Saya cuba menjadi yang terbaek buat semua orang. Saya cuba untuk memenuhi segala kehendak orang lain. Tapi saya minta, kalau saya pernah membuat entum rasa saya tak suka pada entum, mengenetepikan entum, entum soallah pada ana. Mungkin ana ada jawapannya. Dan kalau betul ana memboikot entum, tentu ana ada reason dan sebab musabbab yang tertentu. Kalau nak tahu, tak payah buat conclusion sendiri, datang menghadap beb. Tanak jumpa depan-depan, YM ada. Email ada. Sume cara is ok. J





p/s: Orang suka kata saya dah ada 'calon' dan sebagainya, tak perlu susah-susah fikir bukan-bukan. Kalau berani,tanya beb. Jangan sangka-sangka aje. J

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Kuantan. Here we come.

2 comments:

Tak sabarnya menunggu esok datang dan selepas Subuh bergegas berkumpul di dataran bas UIA. (depan Fatimah College la tu)

Sungguh tak sabar… (Ye ke? Kalo roommate tahu mesti dia kata saya tipu..)

Insya Allah, perjalanan kami budak-budak baek MEDCY akan bermula daripada pukul 7.30 Pagi daripada UIA. Dijangka tiba ke Kuantan pada pukul 11 Pagi. Mungkinkah? (maaf,saya lupa tentative).

Akan berkampung sebentar bersama orang Kuantan. Insya Allah. Akan dipecahkan ikut course. Kemudian ada briefing best. J Jangan jeles orang yang tak datang. J

Petangnya kami dijadualkan bertolak ke Chalet Aman Sari. DQians, I hope all of us still remember this chalet, ok.

Check-in. praying. The best event, BBQ-ing. Oh, mereka memang patut jeles. J (sedang sedapkan hati.. L)

Kemudian, menginaplah di dalam bilik berhawa dingin dilengkapi TV dengan selesanya. Wah, what kind of holiday!! J

Esoknya, aktiviti senam robik. Ayyaak, Gen9 pasti ingat apa yang kita buat dulu-dulu. Bestnya. J

Aktiviti beach-walking dan menghirup udara-udara yang bersih dari Pantai Sepat tentunya. Hope so. Jadi anda mmg patut jeles. J

Selepas itu, dalam pukul 10 pagi, kami akan bertolak pulang. Wait, before that, kami akan singgah di Teluk Cempedak. Melihat keindahan alam sekitar. J

Sekejap saja di TC. Dijadualkan tiba kembali ke UIA dalam pukul 4 petang.

Jangan berani sampai lambat. Kalau tak nanti saya mauled dalam bas tuh.

Saya sungguh berharap perjalanan yang dirancang sama dengan perancangan Allah. Namun seandainya ada perancangan Allah yang lebih baek, maka berlapang dada dengan aturanNya adalah yang terbaek. Moga-moga perjalanan di berkati dan selamat.

Perkara yang saya paling titik beratkan, BARAKAH. Tak guna jalan jauh-jauh, pergi ziarah tempat ilmu dan budi tapi tiada keberkatannya.

Mohon dengan sangat, para peserta dan komiti terutamanya, menjaga keberkatan program kita sepanjang hamper dua hari.

Perkara yang sama yang selalu saya pesan pada adik-adik bakal penyambung perjuangan saya. J insya Allah. J



Dan yang penting, moga-moga kami tiba awal di UIA. Saya tidak mahu melepaskan peluang mengikut majlis UIA BERSELAWAT. Oh, takmungkin saya lepaskan.

Baru-baru ni saya dah terlepas KL BERSELAWAT. Tentu tidak akan melepaskan UIA BERSELAWAT. Malah, saya jadi komiti untuk majlis ini. Teruja!

Kawan-kawan, jangan lupakan saya. Saya juga mahu berkhidmat. I like.





Yang penting, pemergian saya pasti dirindui oleh roommate dan bear family. I know u will… J

"Ya Allah, sekiranya perancangan kami ini tidak baek, maka Kau perbaekkanlah dengan ilmuMu. J"
Jangan Lupa Solat Sunnat Musafir!


 
Erk,Senior, wait me there!


p/s: Saya sedang bermusafir. Bateri hset tentu tidak dapat dijangka. Maaf. Dan mesti doakan saya berterusan supaya kami selamat sejahtera. Terlalu banyak kemalangan yang dilaporkan sejak kebelakangan ini. Moga-moga Allah melindungi kami dari sebarang musibah. J Mohon dengan baek, Ya Rahman. Doakan ya teman-teman. (Macam nak pergi lama je)

ayah ibu abang kakak – jangan risau, saya pandai jaga diri. Bukan budak kecik. Dah puluhan tahun dah. Doakan saya juga ye. Yang penting doakan saya ikhlas dan selamat semuanya. Sayang kalian!


 

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Friday, January 28, 2011

Ku singkap kembali kenangan supaya kita kembali bersatu hati.

No comments:


Menjadi harapan untukku menyaksikan
Umat yang bertuah ini kembali bersatu hati
Buangkan yang keruh ambillah yang jernih
Tiada yang lebih berharga selain dari perpaduan

Lupakanlah segala persengketaan
Hubungkan kembali tali persaudaraan

Kerna orang beriman itu bersaudara
Saling bertolong bantu berkasih mesra
Agar generasi kita di masa hadapan
Bangga dengan apa yang kita wariskan

Menjadi harapan untukku menyaksikan
Umat yang bertuah ini kembali bersatu hati

Bersatu kita teguh bercerai kita roboh
Yang berat sama dipikul
Yang ringan dijinjing sama

Sepakat membawa berkat asas hidup bermasyarakat
Amalkan hidup yang sihat selamat dunia akhirat

Lupakanlah segala persengketaan
Hubungkan kembali tali persaudaraan ( 2X )

Kerna orang beriman itu bersaudara
Saling bertolong bantu berkasih mesra
Agar generasi kita di masa hadapan
Bangga dengan apa yang kita wariskan

p/s: betul tu. Mari kita bersatu. Tak perlu menjatuhkan antara kita. Malah mari saling kuatkan sesame kita. Takguna kita berpecah belah kerana matlamat kita adalah untuk bersatu. Jangan gado2. Kita bersatu. J

Erk, lagu ni mengimbau sebuah memori di permulaan jalan. Kini menghampiri pada penamat di bumi PJ. J
ingat lagi???

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Adab : Pergaulan, Persaudaraan, Persahabatan.

No comments:

Adab Pergaulan, Persaudaraan Dan Persahabatan

 

 

Keutamaan pergaulan dan persaudaraan

 

    Ketahuilah, bahwasanya pergaulan baik itu adalah buah daripada kemurniaan budi pekerti, manakala perpecahan pula merupakan buah daripada kejelekan budi pekerti. Maka kebaikan dan kemurniaan budi pekerti itu menelurkan sikap saling cinta mencintai, bersatu-padu antara satu sama dengan yang lain dan berhaluan satu, manakala kejelekan budi pekerti membuahkan sikap saling benci-membenci, dengki antara satu dengan yang lain dan bermusuh-musuhan.

    Mengenai kebaikan budi pekerti ini, sudah tidak sepi lagi keutamaannya dalam agama sebab dengan sifat inilah Allah s.w.t. telah memuji NabiNya alaihis-salam dalam firmanNya.

 

    "Dan sesungguhnya engkau memiliki budi perkerti yang luhur."(al-Qalam: 4)

 

    Rasulullah s.a.w telah bersabda:

 

    "Kebanyakan sebab yang memasukkan manusia ke dalam syurga ialah

taqwa kepada Allah dan kebaikan budi pekerti."

 

    Sabdanya lagi:

 

    "Aku telah diutus untuk menyempurnakan kebaikan-kebaikan budi pekerti."

 

    Dengan itu sudah jelaslah, bahwa buahnya budi pekerti yang baik menimbulkan rasa perpaduan dan menghalang rasa kesepian jiwa. Dalam hal ini terdapat banyak huraian yang menyimpulkan berbagai-bagai kepujian terhadap sikap perpaduan itu, terutama sekali bila yang menyebabkan ikatan itu, ialah taqwa atau agama ataupun cinta kepada Allah. Kepujian-kepujian itu ada yang terdiri dari ayat-ayat al-Quran, Hadis-hadis Rasulullah s.a.w., atau atsar para sahabat dan tabi'in, semuanya cukup dan lengkap.

   

Allah s.w.t. telah berfirman untuk memperlihatkan kebesaran kurniaNya ke atas kaum Mu'minin, katanya:

 

    "Maka kamu sekalian, dengan sebab kurniaNya itu menjadi saudara."   


(ali-Imran: 103)


 

    Maksud dari ayat tersebut ialah kurnia perpaduan antara satu dengan yang lain.

 

    Allah s.w.t. mencela perpecahan dan menegah dengan keras sikap itu dalam firmanNya:

 

    "Berpegang teguhlah dengan tali Allah bersama-sama, dan janganlah

berpecah-belah"    (ali-Imran: 102)

 

    Rasulullah s.a.w. pula telah bersabda:



    "Sesungguhnya orang yang paling hampir kedudukannya kepadaKu, ialah orang

yang paling terbaik budi pekertinya. Mereka yang bersikap merendah diri

senang bermesra dan dimesrai."                   

     

   





Sabdanya lagi:

 

    "Seorang Mu'min ialah orang yang senang bermesra dan dimesrai dan tiada gunanya pada orang yang tidak tahu bemersra dan tidak suka dimesrai.

 

    Sabdanya lagi:

 

 

    "Sesiapa yang dikehendaki oleh Allah kebaikan baginya, dikurniakannya seorang teman yang saleh. Apabila terlupa diingatkan dan apabila teringat ditolong oleh teman itu."

 

    Lagi sabdanya:

 

    "Tiadalah dua orang yang saling cinta-mencintai kerana Allah itu, melainkan yang lebih dicintai oleh Allah itu, ialah orang yang lebih banyak cintanya kepada rakannya."

 

    Sabdanya lagi:

 

    "Sesungguhnya Allah s.w.t. telah berkata: Sudah pastilah kecintaanKu itu terhadap orang-orang yang ziarah-menziarahi keranaKu: Sudah pastilah kecintaanKu itu terhadap orang-orang yang cinta-mencintai keranaKu. Sudah pastilah kecintaanKu itu terhadap orang-orang yang bersusah payah keranaKu. Dan sudah pastilah kecintaanKu itu terhadap orang-orang yang tolong-menolong keranaKu."

 

    Lagi sabdanya:

 

    "Sesungguhnya orang yang amat dicintai oleh Allah, ialah orang yang senang bermesra-mesra dan senang dimesrai. Dan sesungguhnya orang yang amat dibenci oleh Allah, ialah orang yang suka menaburkan kata-kata nista dan suka memecah-belahkan antara sesama saudara."

 

    Dari atsar pula, apa yang diriwayatkan dari al-Fudhail rahimahullah Ta'ala, katanya: Ah! Engkau ingin menetap dalam Syurga Firdhaus, serta harap bertetangga dengan Allah di dalam rumahNya (Syurga) bersama-sama para Nabi dan Siddiqin, Syuhada dan Salihin! Amalan apakah yang telah anda kerjakan? Syahwat manakah yang telah anda tinggalkan? Kemarahan yang mana satukah telah anda manahan diri? Keluarga yang mana satu telah anda perhubungkan? Kikhilafan saudaramu, sudahkah anda maafkan? Orang dekat yang mana telah anda jauhkan kerana mencari keredhaan Allah? Dan dengan orang jauh yang mana telah anda dekatkan kerana mencari keredhaan Allah!

    Dia berkata lagi: Seseorang yang mengamat-amati wajah saudaranya kerana cinta dan rahmat adalah melakukan suatu ibadat.

 


:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Oh My Formspring!

No comments:
Saya baru saja berkecimpung dalam bidang Formspring. Tak mahir. Memang tak mahir. Belum tahu selok beloknya dengan baek. Saya Cuma meniru daripada blog roommate, Farah Adlina. Kotak Formspring yang ada di blognya menarik minat saya untuk memiliki kotak Formspring juga. Maka saya usahakannya.

Pastu ada orang tanya saya soalan, macamana nak tengok jawapan pada soalan yang telah ditanya.







Wah. Soalan yang dihantar ke Formspring semuanya saya jawab. Insya Allah, selagi jawapan untuk soalan itu ada dalam pengetahuan saya, saya jawab.

Kalau entum bertanya di kotak tersebut nak nak tengok jawapan bagi soalan entum, mudah saja. Entum klik saja pada kotak Formspring tersebut. Nanti akan keluar Home Page Formspring saya dan entum boleh lihat jawapan pada soalan entum di situ. Insya Allah, kalau soalannya boleh dijawab terus, ana khayr jawab saja. Tapi kalau jawapannya mungkin sedikit peribadi, ana suka menghantar jawapan itu pada email entum. Jadi bolehlah tinggalkan email ye.






Beberapa hari saya 'bela' Formspring, tak banyak pun dapat soalan. Yelah, saya tidak sefemes orang-orang lain yang femes. J

Kotak Formspring pun dah ada, rugi kalau tak gunakannya.

Segala kemusykilan boleh tanya. Lebih baek daripada buat macam-macam cerita.



Kepada yang bertanya, lepas ni boleh la tengok jawapan untuk soalan anda dengan mengKLIK pada kotak Formspring tersebut. KLIK jangan tak KLIK! J

Chat Room pun ada kalau nak tanya secara direct. Insya Allah saya menjawab kalau saya berada di depan LAPTOP dan tidak mempunyai aulawiyyat lain. J
Mari rapatkan ukhuwwah dan berkongsi idea dan pengalaman. Saya suka. J

Jangan malu jangan segan. J

Anda tetamu, dan saya akan melayan anda sebaek mungkin sebagai tetamu saya. Selagi mana entum tidak menceroboh hak-hak tuan rumah, entum akan dilayan seperti mana yang diajarkan oleh Allah dan Rasul kami untuk memuliakan tetamu. J

Semoga ada manfaat yang boleh kita kongsi bersama.


Boleh juga cari saya di FB.

Dan Rajin-rajin tinggal jejak di shoutbox saya juga.

p/s : ok sekarang sila rajin-rajin tanya soalan. Bagi soalan tsaqafah best jugak, mesti saya menelaah kitab sebentar lagi. J



Jiwa Haraki, Jiwa Sufi. Saya nak jadi sufi haraki. J


apalagi yang anda cari di dunia yang sementara sedangkan akhirat bakal datang bila-bila masa saja?
perkuatkan ibadah. 
ketaatan pada allah adalah segala yang kita mahu. :)

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Kenapa malas nak update blog?

No comments:

Ehem..ehem..

Orang selalu tanya, macamana saya boleh update blog hamper setiap hari? Kadang-kadang dalam sehari banyak post pulak.

Entah. Saya sendiri tak tahu kenapa. Sebelum tido, saya menaip apa yang saya rasa, apa yang saya dapat sepanjang hari.

Kadang-kadang apa yang saya tulis tu pulak, jadi peringatan buat diri saya. Bila baca balik, rasa macam satu peringatan yang baek untuk diri sendiri. J

Banyaknya idea nak update blog selalu? Roommate selalu tanya. "Update blog lagi??" Saya diam je. Dah Nampak saya menaip laju-laju tu, tengah update blog lah tu.

Kemudian dia geram, "Asyik ada idea je!" Saya diam. Khusyuk menaip.

Idea tu nak kata banyak, takde lah. Tapi selalu cari idea nak taip ape.

Bila nak tulis blog, kadang-kadang baca buku lain dulu. Supaya ada idea. Bila baca buku lain, sekurang-kurangnya dapat tambah tsaqafah. Menarik tu.



Alhamdulillah. Talaqi yang menarik juga minggu ni. Setiap minggu menarik. Malam tadi tak ramai sangat orang. Mungkin ada event dan macam-macam hal. Saya pun sebenarnya ada meeting MEDCY. Tapi saya skip. Semangat sangat nak pergi talaqi. J Bahagia. J

Apa yang nak kongsi, apa yang dapat masa talaqi.

Ustaz Muhadir cerita tentang Menjaga Kemaluan dan Menjaga Tangan serta Kaki. Saya tertarik untuk kongsikan tentang menjaga tangan. Kita dilarang berkata-kata perkara yang haram dan tidak baek seperti mengumpat, dan larangan ini juga merupakan larangan yang sama dengan menulis sesuatu yang tidak baek. Makna kata, kita tak boleh nak mengumpat dengan versi menulis.

Apa yang saya suka untuk kongsikan jugak, Ustaz kata, kalau kita selalu update blog kita dengan amar maaruf, dan segala kebaekan, insya allah, pahalanya sentiasa berkekalan selagi wujudnya blog kita. Kan best tuh? Macam amal jariah pulak. Selagi blog tu dibaca dan member manfaat pada orang lain, selagi itu pahala berterusan. Itu kalau update blog dengan kebaekan, kalau tak? Tentu sebaliknya yang berlaku kan? Mohon jauh dari segala kemungkaran. J

Kebetulan, Ustaz teringat pada Arwah Nabil dan Arwah Fatimah Zurwanty. Maka, kami ramai-ramai sedeqahkan mereka ALfatihah dan Surah Al –Ikhlas 11x. Sayang sungguh Ustaz pada anak-anak talaqinya. Agak-agak kalau saya mati nanti, Ustaz ingat tak kat saya macam Ustaz ingat pada Arwah Nabil dan Arwah Atim. Hem…. Moga-moga… J (Kena mati dulu untuk buktikannya)

Tapi Ustaz Muhadir tetap berpesan, kalau ada blog, jangan sampai lagha. J Menarik ni. Pesanan untuk diri saya sendiri tentunya. Ustaz juga menceritakan blognya yang telah dibantu oleh Akh Syafiq Kamil, tapi Ustaz belum aktifkan blognya atas sebab-sebab tertentu. J Bagus sungguh Ustaz. I like. I like. J

Maka, rajin-rajinlah update blog. Isilah blog anda yang bersawang tu dengan kebaekan-kebaekan. Insya Allah pahalanya bagus. Dan berterusan. J

Daripada kita mengelamun, pergi lepak bilik kawan, lagi elok kita upde blog. Dengan syarat menulis sesuatu yang bermanfaat. Blog saya pun tidaklah banyak member manfaat tapi, saya berusaha sebaek mungkin untuk jadikan blog ini bermanfaat pada rakan-rakan seperjuagan terutamanya dan mereka yang selalu menyokong saya dibelakang. J (Phewww)

Tabungan akhirat perlu diperbanyakkan kerana mati itu tidak tahu bila dan bagaimana. J



Tadi kakak tepon, beliau kata beliau mahu ke kubur esok pagi. Cemburunya saya. Saya juga teringin melawat nenek di sana. Dah lama saya tak bersama-sama dalam kativiti ziarah kubur. Best ziarah kubur, boleh hidupkan hati yang mati. Boleh ingatkan kita dengan kematian yang sentiasa mendekat. Tidak menjauh. J

Mari perbaiki diri. Kalau saya kurang, boleh tegur. Kalau saya lebih, silalah tegur.



J

Saya mahu mencapai state of equilibrium. J



Mari menjadi yang terbaek sebagai hamba!

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Thursday, January 27, 2011

FB : Macam-macam Ragam. =)

No comments:







(KLIK GAMBAR UNTUK IMAGE YANG LEBIH JELAS)

Inilah kehidupan apabila dikelillingi mereka yang sufi dan haraki. :)

Dimana lagi mahu dicari teman sahabat seperti kalian?
Moga Allah sentiasa dekatkan hati-hati kita yang mencintaiNya..

Bersahabat hingga ke syurga. Jangan biar aku jauh dari jalan menujuNya.

Manisnya berukhuwwah kerana Islam~

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Semangat Jihad

No comments:
>

Ucapan asy Syahid Abd Aziz Rantisi sejurus mengambil alih kepimpinan HAMAS dari Asy Syahid Syeikh Ahmad Yassin, "Buat apa kita takutkan kematian, semua manusia akan mati, samada kerana dibunuh ataupun kerana sakit. Jika saya diberikan peluang untuk memilih samada ingin mati kerana sakit jantung atau pun kerana (ditembak oleh) Helikopter Apatchie, saya memilih helikopter Apatchie!".


Pertama kali saya mendengar seorang penceramah melafazkan ayat ini, jantung saya berdebar-debar. Hebat sungguh semangat jihad beliau. Tidak takut mati di jalan Allah. Malah saya yakin, kecintaannya pada akhirat yang membuatnya begitu hebat semangat juangnya.

Masih adakah di dunia hari ini manusia sehebat Asy Syahid Abd Aziz Rantisi?

Sekuat asy Syahid Syeikh Ahmad Yassin?

Sungguh. Mereka pasti sedang menerima nikmat yang besar disana~


Alfatihah buat kedua-dua Asy Syahid dan buat semua yang telah terkorban kerana memperjuangkan agama Islam.

Alfatihah……….


:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

EMAIL: Mujahid. Berjuang Jangan Henti.

No comments:

Wahai para mujahid maralah ke hadapan
Kerahkanlah tenagamu dan jua fikiran
Korbankanlah harta sekalipun jiwa raga
Teguhkan keyakinan teruskanlah perjuangan

Wahai para mujahid janganlah terpengaruh
Ujian nikmat hidup duniawi
Biarpun ianya begitu indah
Namun hanya sementara

Memang berjuang itu terkorban
Kerana kita berjuang untuk berkorban
Itulah asam garam perjuangan
Syarat mendapat cinta Allah

Wahai para pejuang kebenaran
Suburkanlah semangat juangmu

Setiap masa sepanjang hayatmu
Dengan irama hiburan ini

Tempuhilah penderitaan
Di dalam perjuangan
Kerana itu adalah penghapus dosamu
Berjuang kerana Ilahi
Walaupun sedikit tetap kan dinilai
Sebagai amalanmu yang soleh


Somebody paste this lyric and attach to my email. The footnote said, "Jangan rindu rumah sampai rasa hilang semangat nak juang. Masa kat PJ,guna masa betul-betul, sebab masa yang bersisa tinggal sikiiiit sangat lagi. Jangan risau, balasan Allah pasti besar. Take care. Belajar rajin-rajin ea. Exam dah dekat. Pulun betul-betul. Akademik jangan jadi fitnah pada kita. Ke Kuantan tu.. Hem.. Tahu apa perasaan sampai tak nak pergi, afham.. Tapi pergilah. Itu tanggungjawab. Husna kan figure. Jangan rosakkan nama. Pergilah dengan ikhlas. Insya Allah, ada kebaikan disitu. Jangan menolak tanggungjawab. J Ok. Love to read ur blog. Uhibbuki Fillah. J"


TERIMA KASIH atas kata semangat. Semoga Allah membalas segala kebaikan dengan kebaikan yang lebih baik. Ameen. :)



:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

[[Terribly Hurt]]

No comments:

Ramai orang terluka, terasa, terkecewa, nak marah apabila segala tindak tanduk kesalahannya menjadi buah mulut orang lain.

Normal. Memang rasa nak marah bila kita buat salah, pastu orang keep discussing about us.

Tapi kalau pandang dari sudut positif, anggaplah itu tanda mereka mahu menyelamatkan kita dari terus menerus melakukan dosa.

Saya faham.


 

Apa yang saya tak paham.

Bila benda yang tak betul, tapi orang asyik berkata-kata.

Gossip. Hot gossip. Is it?

Apa yang anda kata, tak pernah berlaku antara kami.

Agak-agak yang ni lagi la rasa nak marah kan?


 


 

Better ask before you speak. J

*kalau ada bukti, mari bentang depan mata, apa yang membuatkan statement tersebut diusung-usung keliling kampong*


:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Terribly hurt.

No comments:

[[Death's note]]


 

Unpleasant words


 

Unsettled task


 

Unfinished jobs


 

Sour face


 

High


 


 

**mohon maaf atas segala khilaf hamba yang tidak pernah surut dari melakukan dosa**


 

***moga Allah redha dan berkati kita semua***







**mum dad - need to see your face. gain ur bless. Allah. Tiket flight ada ni, kalau tak ke Kuantan, mmg ku fly ke kampung halaman. TERLALU R.I.N.D.U~
:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Wednesday, January 26, 2011

Kenangan : Jawapan Ayah

No comments:

"Kakak, tadi ada orang mesej Ba. Dia bagitau pasal kakak. Macam-macam dia bagitau."

"Heh? Bakpo pulak mesej Ba? Peliknya?"

"Tak tahulah. Kakak buat gapo di sekolah?"

"Erk.. Blajo le. Mende budak tu cakap?"

"Mana kakak tahu orang tu 'budak tu'?"

"Tah. Dia curi no tepon Ba.."

"Hem… " Diam. Tandanya marah dan kurang senang.

Apalah lelaki ni. Kalau nak jadi gentleman pun tengok umur la beb. Baru 16 tahun.

"Bukan kakak salah. Apa Ba jawab?"

"Ba kata, tak payah gatal. Anak Ba ni kecik lagi. Kat rumah dok main hujan lagi. Berhingus lagi."

Amek hang. Ayah saya sporting beb.

Tapi kalo beliau garang, saya nak keluar bilik pun tak berani ok.

Dari dulu, ayah memang so strict tentang muamalat dan yang seerti dengannya.

Mungkinkah ini reality kehidupan yang alternative dan membuatkan saya culture shock bila keluar dari kepompong 'bawah ketiak mak ayah'?

Wallahu A'lam.

Yang pasti, didikan ayah ibu yang membuatkan saya menjadi seperti hari ini. Tough atau tidak seorang Husna adalah sebahagiaan dari tarbiyyah oleh ibu dan ayah.


 

Maka, tahniah buat senior saya di Maahad Pasir Mas, Akh Izwan Najib, yang baru mendapat cahaya mata sulungnya. Semoga corakan dan didikan Abang Wan dan Kak Dafiqah buat anaknda adalah corakan yang terbaek. Moga-moga penyambung perjuangan itu menjadi 'batik' yang cukup indah contengannya. Tahniah Abang Wan dan Kak Dafiqah di Syria. J Semoga Bahagia. J


:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Pesan pada hati.

No comments:

Wahai diri, jangan jadi DAIE YG MALANG,

Yang hanya tahu berdakwah tapi TAK MELAKSANAKAN,

Wahai diri, jangan jadi ABID YG TERTIPU,

Terasa banyak amalan, tapi tak sedar PAHALA ITU KUASA TUHAN,

Wahai diri, jangan jadi 'ALIM YG TERTIPU,

Disangka ilmunya banyak, tapi TIADA TERKESAN DI JIWA,

Wahai diri, jangan jadi MUJAHID YG TERTIPU,

Disangka perjuangannya itu yang terbaik,


 

Tapi ternyata ISLAM TAK MEMERLUKANNYA, TAPI DIALAH YANG MEMERLUKAN ISLAM.


 

*Lepas ni kalau tak berada dalam perjuangan, jangan salahkan orang lain, salahkan diri sendiri. apa kita buat sehingga perjuangan meninggalkan kita?*


:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Dimana letaknya hati?

3 comments:

Kalau depan manusia kita tak segan nak buat dosa, tolonglah malu pada Allah yang meminjamkan segala nikmat pada hamba.

Dimana letaknya hati andai ukhuwwah pun sanggup letak tepi.

Lebih percaya pada sebuah janji yang belum tentu pasti.

Teringat pesan seorang Ustaz, "Nak tahu kita ni ada iman atau tidak, tengok balik hati kita, malu tak nak buat dosa? Kalau tak malu, maknanya separuh dari iman dah tadak. Kan malu tu sebahagian dari iman?"

Dulu waktu Ustaz cakap, angguk je. Angguk je semua. Tak kesah pun, sebab terbiasa berada di sbuah zon selesa. (kat DQ).

Ramai yang apabila masuk ke zon reality sebenar kehidupan, kecundang. Hancur. Hilang iman.

Mungkin kerana DQ adalah sebuah tempat yang memberi kita kehidupan reality yang alternative? Seperti kata Ustaz Hasrizal. **

Mungkin ya. Mungkin tidak. Semuanya bergantung pada peribadi dan iman seseorang untuk menentukannya.


 

*kalau tak nak bagi orang cakap belakang, jangan buat dosa bagi orang Nampak depan-depan*

Buat dosa jangan bagi manusia Nampak. Dan yang penting jangan bagi ALLAH Nampak ok. Carilah tempat itu kalau ketemu. **

Lagi satu, kot ye pun, hormat sikit orang lain**


:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Dari jauh ku pohon doa restu..

4 comments:

Teristimewa buat ayah ibu.

Merinduimu tanpa kata. Tapi dengan air mata. L

Allah,kuatkan hati-hati hambaMu yang memerah keringat untuk berjihad pada jalanMu.


 


 

Tidak dapat kugambarkan
Rindu yang lahir dari hati ini 
hanya yang mampu tuk kulafazkan
Aku Merinduimu

Terasa amat jauh diri ini
Kerna kau tiada disisi
Bergenang air mataku
bila terkenangkan wajahmu

Ayah ibu 
Dari jauh kupohon restu
Doamu titian kejayaanku
Nasihat darimu kuingat selalu
Tersemat di kalbu

Oh Tuhan
Berkatilah ku dalam mencari ilmu
Dengan RedhaMu
Moga kujejaki tempat yang dituju


 


 

Aku Merinduimu

Album : Album Mini Motivasi Devotees
Munsyid : Devotees
http://liriknasyid.com


 


:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

SAIFUL ISLAM menggegar CFS Petaling Jaya.

10 comments:

Alhamdulillah.

Dari mata turun ke hati.

Demikianlah bunyi tajuk yang Ustaz Hasrizal atau lebih dikenali dengan nama glamornya, SAIFUL ISLAM atau Abu Saif sampaikan di Dewan Al Malik Faisal.

Saya kira cukup menarik. Sungguh menarik.

Tahniah PRESS. Menjuarai Kempen Biah Solehah. Saya masih rasa bersalah dan terkesan dengan Kempen Biah Solehah yang tidak mampu dijalankan oleh MEDCY. Sungguh saya terkesan. Teramat kecewa. Tugas saya yang utama berada di dalam MEDCY seolah terabai. [salahkan diri sendiri. tidak orang lain]

Saya suka tajuk talk, lebih-lebih lagi Ustaz hasrizal yang membawanya. Tentu sekali, beliau orang yang cukup berpengalaman dalam bab-bab sebegini. Lihat saja buku-bukunya yang sungguh menarik seperti Murabbi Cinta, Aku Terima Nikahnya dan sebagainya. Maaf Ustaz, ana masih belum Berjaya habiskan buku-buku itu walaupun mencuba. J

Benar kata ukhtiku, Siti Khadijah, "Kalau Ustaz cakap baru ada umpph. Kalau kita cakap, mana diorang nak dengar. Dah orang-orang hebat pun terjebak dalam benda yang sama."

Saya mendiamkan diri. Tanda bersetuju. Mudah saja. Kalau tak setuju, baru saya ulas panjang. J

saya juga tertarik dengan kata ukhti junior kepada saya, "Kalau mereka mendengar dengar hati, tentu kesannya hingga ke sanubari kan kak? Saya takut yang datangnya ramai, tapi yang membawa pulang inputnya sedikit. Yang bawak pulang jenaka ustaz pulak yang ramainya."

Saya juga bersetuju. Dengarlah dengan hati. Kerana hanya hati yang boleh menilai dengan iman. Bukan telinga. J

Dan ada satu ayat lagi yang saya jua bersetuju, "Ustaz cakap betul-betul. Pandai gaya Ustaz nak terangkan pada kita. Tapi kita ni hah yang masih nak rasa apa yang kita buat tak salah. Muamalat tak jaga. Lepas tu nak salahkan orang kalau ada orang ter'jatuh' dengan kita. Selalu suka sangat nak buat trend kurangkan rasa berdosa. Saya tak faham. Dah Ustaz jelas-jelas sebut dalil macam-macam, tapi kita tetap nak ringankan hukum Islam. Kurang faham saya."

Ok. Saya bersetuju atas komen positif anda. Maaf, kali ni saya tak cakap banyak. Saya menunggu masa yang sesuai untuk bercakap. Dengan banyaknya. Insya Allah. JJ

Eh, sebenarnya saya tulis post ni nak suro entum semua baca update Ustaz Hasrizal tentang apa yang beliau sampaikan pada kami.

Moga-moga ada keberkatannya perkongsian Ustaz dengan kita semua.

Hah, yang ada di CFS, tapi tak datang malam ni, WAJIB baca tau. Dan sila baca dengan mata hati. Moga ada secebis hidayah dan taufiq buat kita semua.

Insya Allah.

Ustaz banyak menjelaskan berkenaan Cinta dalam Islam. Makna kata cinta Enta Enti. CInta Ustaz Ustazah. Dan saya terkesan dengan penyampaian Ustaz. Makin kuat rasanya keinginan untuk bernikah atas dasar dakwah. :) Anda tentu berminat juga, jadi mari menyemai impian dengan memperbaiki diri dan menjadi yang terbaek,sentiasa. :)

Mari doa ramai-ramai, "Ya Allah, aku memohon supaya Kau melindungi aku dari panahan mata cinta yang buta yang boleh membawaku ke neraka. Tapi letakkan aku ke dalam sebuah cinta yang menghantarku ke syurga. Kerana aku tidak dambakan cinta yang mengundang dosa. Tapi aku Cuma mahukan sebuah cinta yang dipenuhi pahala. Dekatkan aku dengan sebaik-baik lelaki, supaya kami saling berkasih sayang keranaMu dan ber'sinergi' pada jalan dakwahMu"



Di jalan dakwah aku menikah. – buleh Tanya Cik Wirdah, beliau sedang berusaha khatamkan ini buku. Saya? Tentu belum. Tengok saja kulit bukunya yang berwarna pink. Menyimpan hasrat untuk membaca. Hanya menunggu masa yang sesuai. J


:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Tuesday, January 25, 2011

Kenangan : DQ,titik mula yang istimewa.

5 comments:

Bismillah Alhamdulillah.

Sekadar perkongsian apa yang boleh saya kongsikan. Apa yang menarik untuk dijadikan ibrah, tafadhal alaik.

Saya tertarik dengan pertanyaan anonymous di kotak formspring saya. Insya Allah, mungkin post ini tidak menjawab pertanyaan beliau, tapi sekadar sedikit bercerita. Insya Allah. Sebelum itu, post ini juga bersambung dengan post yang sebelumnya, lihat DISINI jika berminat.

Memasuki DQ tidak ada dalam perancangan hidup saya. Tidak pernah ada. Tapi ada dalam perancangan terhebat Tuhan yang menciptakan. Alhamdulillah. Hujung tahun 2008 kaki saya menjejak ke bumi barakah Darul Quran JAKIM. Bukan senang dan bukan calang-calang orang yang terpilih memasukinya. Ada yang terpilih, tapi terkeluar di tengah jalan. Hanya yang benar-benar bertuah mampu menghabiskan journey di sebuah tempat bernama DQ. Saya kira, rahmat Tuhan cukup banyak untuk saya kerana membenarkan hamba hina seperti saya yang tak henti melakukan dosa untuk berada di dalam sebuah bumi barakah. Besar hikmahnya untuk mentarbiyyah hati dan diri. J

Perjalanan hidup di DQ sungguh mendamaikan. Dengan rutin yang sama. Bangun tidur, bersiap ke masjid untuk solat Subuh. Kemudian dari masjid terus ke kuliah. 8 pagi hingga 11.30 pagi berada di dalam kelas bersama Pensyarah Tasmi'. Balik dari kels, berqailulah. Kemudian makan tengahari dan terus ke masjid untuk solat Zohor. Menunggu Asar di masjid sambil mencari 'modal' untuk tasmi' eso hari. Selepas tazkirah Asar di masjid, makan malam di DM (Dewan Makan). Kemudian balik ke bilik. Rehat. Bersiap untuk ke masjid untuk solat Maghrib dan Isyak. Kadang-kadang meluangkan masa berjalan-jalan menghirup angin segar di sekitar tasik DQ. Maghrib di masjid, sambung mencari 'modal' sementara menunggu Isyak. Selepas Isyak terus mencari 'modal' dengan bermujahadah di masjid sehingga jam 11 malam. Balik ke bilik, berehat, kemudian sambung mengulang untuk melancarkan hafazan esok hari. Rutin yang sama berulang hamper setiap hari. Ya, saya cukup 'baek' di DQ. Tanpa penglibatan dalam mana-mana gerak kerja. La ba'sa, ada hikmahnya. Tuhan mengaturnya dengan sungguh baik.

Mendengar rutin harian saya di DQ, saya sendiri rasa teruja. Wah, bagusnya saya dulu kala! Di DQ, setiap masa dengan Al-Quran. Nak pergi makan pun sempat mengulang lagi. Tapi sekarang nak baca sejuzuk sehari pun dah liat. Ighfirli yang Rabbil Alamin. L (Antara tips yang saya selalu kongsi bila ditanya, bacalah Al-Quran sejuzuk sehari. Mesti bahagia. Tapi sekarang saya sendiri mula liat untuk mengerjakannya. Dan dalam usaha untuk kembali Berjaya mengalunkan sejuzuk sehari. Sikit je tu. Sepatutnya 3 juzuk beb!)

Setelah 3 bulan saya di DQ, bertasmi' dengan Ustaz Wan Noor. Alhamdulillah. Pengalaman yang sungguh manis sehingga hari ini. Dan ukhuwwah antara kami kekal sehingga hari ini. Alhamdulillah. Ustaz Wan walaupun hanya satu semester menjadi pensyarah kami, tapi nyata rabithat antara kami cukup baik dan membahagiakan. Bukan saja Ustaz Wan malah bersama juga Kak Majdiah dan Busyra serta Asma dan kini ahli barunya, Hajar. J

Saya mula perasan perubahan yang teruk pada kesihatan saya setelah mendapat keputusan SPM. Seperti yang saya jangkakan, keputusan saya tidak sehebat yang ditarget. Sila baca disini untuk penjelasan. Sebelum itu, saya cukup biasa mengalami sakit kepala yang melampau. Doctor kata, itu migraine. Tapi lama-lama, mereka kata, itu bukan migraine. Saya pun penat melayan semua doctor dengan diagnosisnya tersendiri. Dari tingkatan 4 hingga di DQ, ibu ayah tak pernah henti membawa saya mencari penawar untuk segala yang saya rasa. Selepas SPM keluar keputusannya, saya sedikit kecewa dengan pencapaian saya. Tapi Allah sungguh menyayangi saya. Walaupun saya tidak sehebat mereka di DQ, tapi saya masih mampu bersama dengan mereka. Alhamdulillah.

Bulan Mac 2009, doctor mengatakan saya menghidap penyakit Hepatitis B. penyakit ini sungguh normal. Penyakit ini dikesan apabila saya tak boleh makan. Dan selalu muntah bila makan. Dan sepanjang itu,saya hanya makan buah untuk mendapatkan tenaga. Jarang saya mampu untuk makan nasi. Kalau makan, mesti keluarkan balik semuanya. Lama saya memendam rasa. Pernah saya mengikuti satu program di DQ. Dalam program yang membahagiakan, saya menjadi beban pada orang lain. Saya lembik,pucat dan terketar-ketar. Kemudian saya dihantar ke HUKM. Itu pengalaman yang sunggh memalukan. L Kemudian saya tidak berpeluang menyertai mana-mana program selepas itu. Kekecewaan yang berpanjangan sehingga hari ini. Hanya Allah mengetahui hikmahnya.

Apabila saya di diagnosis, doctor mengatakan kandungan darah saya sungguh pelik. Jumlah sel darah merah, sel darah putih dan platelet sungguh jatuh merudum. Di HUSM, pertama kali setelah mengelak beberapa kali, saya ditahan di wad. Kuasa Tuhan, walauun saya berada di wad dalam keadaan doctor sungguh bimbang dengan diagnosisnya, saya sungguh cergas. Macam tak sakit pun. Tapi pucat muka memang tak dapat disembunyikan. Bila doctor Tanya, "kenapa adik tak rasa lemah ke? Darah adik ada masalah ni.." Jawapan saya mudah, "Allah bantu saya dengan ayat-ayatnya."

Walaupun saya ditahan di wad, saya mampu berjalan sendiri. malah, mampu ke cafeteria dengan keluarga untuk makan sama-sama disana. Memang itu menghairankan. Saya juga hairan. Doctor kata, sungguh mustahil ini berlaku! Tapi bagi saya, apa yang Allah mahu, semuanya tidak mustahil.

Beberapa minggu saya terpaksa bercuti di Kelantan. Meninggalkan kehidupan sebagai seorang Mahasiswi di Darul Quran. Apabila saya kembali ke DQ, saya terpaksa berhempas pulas dengan persaingan mengejar 'modal' dan tahap hafazan. Sabahat-sahabat saya sudah jauh meninggalkan saya. Maka saya terpaksa bertungkus lumus menyaingi mereka. Dan Alhamdulillah. Satu nikmat yang saya sendiri tak terjangka, Allah memudahkan hafazan saya. Kadang-kadang saya mampu mentasmi' 10 muka surat dalam sehari. Pencapaian yang sungguh baik untuk saya, seorang yang baru mula untuk penghafaz. Dari situ, bertambah kekuatan saya. Tidak merasa lemah dengan ujian. Walaupun saya lambat daripada orang lain, tapi saya tetap berusaha. Dan Alhamdulillah. Sewaktu di akhir semester, apabila exam hamper menjelma, kekuatan saya semakin luar biasa. Saya masih ingat kata Ustaz Wan, "Dah tasmi' 13 muka! Bagus!" Ya, saya sendiri tidak tahu dimana datangnya kekuatan untuk menghantar 13 muka surat. Tapi saya yakin ,Allah sebaik-baik penjaga buat saya.

Kehidupan di DQ membuat saya menyedari kepentingan Ukhuwwah. Memandang DQ merupakan asrama pertama dalam hidup saya, maka saya cukup susah untuk menyesuaikan diri. Nasib baik kat DQ sebilik dua orang. Itu pun bilik cukup luas. Lagi luas dari bilik untuk 4 orang di CFS. Nikmat Allah tidak terhingga. J Alhamdulillah. Saya mempunyai masalah untuk berkongsi. Ini masalah yang sampai sekarang saya cuba atasi. Pernah saya mencuba untuk duduk di asrama ketika sekolah menengah dulu, tapi saya gagal. Semalaman saja sudah cukup untuk saya menelefon ibu supaya datang mengmabil saya semula di asrama. Tertekan apabila terpaksa berebut tandas, dan berkongsi banyak benda. Paling saya rasa tak selesa, apabila terpaksa tidur di dalam bilik seramai hamper 22 orang. Masya Allah. Itu dulu. Kini saya mula biasakan diri dan saya Berjaya. Tapi masih ada beberapa benda yang sedang saya perbaiki.

DQ, satu tempat yang damai dan indah buat jiwa. Jauh dari kesibukan kota. Hiruk pikuk bandarraya. Susah nak jumpa benda pelik-pelik. Melainkan kalau kita yag berusaha mencarinya. Kiri kanan bukit. J Malamnya cukup tenang dan mendamaikan. Sunyi dan ada ketikanya merdu dengan alunan Quran dari pelbagai jenis suara, pelbagai jenis surah dan muqarrar. Alhamdulillah. Barakah mmg barakah. J

Terlalu banyak memori yang saya cipta pada semester pertama di DQ. Marjan Hanani antara kenangan yang tak mungkin saya lupa. Usrah yang saya akan kenang sampai bila-bila. Allah. Jagalah mereka. Kini, adik beradik usrah saya sudah bertebaran di muka bumi, kembara ilmu. Alhamdulillah. Ada di Syria, ada di Mesir, ada di India, ada di UK. Alhamdulillah. Moga kalian Berjaya walau dimana kalian berada. Sesiapa yang pernah memasuki DQ, pasti kalian tahu apa auranya. Cukup saya katakan, saya rasa begitu harmonis di sana. J

Alhamdulillah. Saya Berjaya menghabiskan semester pertama. Walaupun keadaan saya cukup nazak saya kira. Darah saya terlalu rendah yang selalu membuatkan saya sakit kepala. Pening dan rasa nak pitam. Selera makan yang totally hilang. Dulu sungguh kurus. J sebelum Imtihan, saya diuji lagi, dua minggu saya balik ke Kelantan. Atas nasihat doctor. Saya masih ingat, saya bertemu dengan pakar dari mana entah. Lupa. J Beliau menasihati saya untuk berhenti belajar dan focus untuk teruskan rawatan untuk kesembuhan saya. Tapi saya menolak. Saya katakan, saya tidak mahu mati di atas katil hospital. Biar saya mati di medan jihad ilmu. Saya rela. Walau mungkin berjauhan dengan keluarga. Setelah itu, pakar tersebut menerima alasan saya. Setelah menyiasat latar belakang saya, saya masih ingat kata-kata pakar tersebut pada doctor saya, "This child is Al Hafizah. She's going well because the Quran. So you no need to worry on her that much. Trust me, she'll be well. And I think you know that this kind of blood is not same with this person who standing in front of us." Atau saya translate ke dalam bahasa mudah, "Budak ini penghafaz Al Quran. Dia akan sehat sebab Al Quran. Jadi awak takperlu risau padanya. Percayalah kata saya, dia akan baik-baik. Dan saya rasa awak tahu kedaan darah yang macam ni tak sepatutnya sama keadaannya dengan orang yang sedang berdiri dihadapan kita sekarang."

Saya lihat doctor saya mengangguk. Dan senyum pada ayah saya. Kemudian, doctor pakar tersebut kembali menghampiri saya, membuang drip IV yang ada pada tangan saya, kemudian berkata, "Just recite the verses one by one well. Then you don't need this anymore."

Saya gembira dengan pesanannya. Kemudian saya dibenarkan meneruskan pelajaran di DQ walaupun waktu itu abang dan kakak sungguh menghalang saya. Saya tahu mereka cukup risaukan saya. Saya tahu. Tapi saya tetap yakinkan mereka, 'I'll be doing well. Don't worry."

Dan akhirnya saya meneruskan perjalanan untuk semester kedua di Darul Quran. Menghafaz juzuk 10-20 daripada Al Quran. Saya sangkakan ujiannya sampai disitu. Tapi sayang, Allah masih mahu menguji kekuatan iman saya. Tidak disitu terhentinya ujian. Masih panjang rupanya jalan ujian yang Dia hadiahka buat saya. Jika dilihat kembali, saya sendiri tida menyangka saya mampu berada di sini seperti hari ini.

Azan Asar dah berkumandang. Nampaknya cerita ini tidak mampu saya sambung. Laungan azan melaungkan seruan untuk smebahyang. Seruan untuk mencapai kejayaan. Maka, saya mahu meyahut seruan itu. Mohon doa supaya mampu menyampung cerita ini untuk episode akan datang. Dan moga ibrahnya dapat dikutip dan seterusnya menjawab persoalan dari yang bertanya. Insya Allah.

Dah solat belum?

'


:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Jadilah engkau seperti Hanzalah. =)

6 comments:


Suka untuk saya bingkiskan berkenaan sirah Hanzalah. Baru habis kelas , earphone dipasang ke telinga. Ikim pilhan utama. Daripada dok fikir bukan-bukan, elok juga dengar Ikim. Time Ikim zikir, mulut dan hati turut teringat Allah. Saya tak sehebat entum yang sentiasa mengingati Allah, maka saya perlu menggunakan dan mencari jalan supaya hati saya sentiasa mengingatiNya. Dan tidaklah hati saya keras kerana melupakan Allah. Saya juga risau seandainya Allah terlupa kewujudan NURUL HUSNA KAMARUDIN kerana saya melupakanNya. Maha Suci Allah, mengingati Allah adalah satu azam yang saya nukilkan setiap hari apabila bangun tidur. Sebab tu bila bangun tidur, roommate asyik bising dengar saya 'menjerit' dengan suara yang tak berada merdu mengalunkan zikir yang saya mahu praktikkan. Maafkan saya roommate sekalian. Malang sungguh nasib kalian dapat roommate macam saya. L

Saya diperkenalkan dengan Hanzalah sejak saya masih kecil. Ibu saya selalu menasihati kami adik beradik dengan memperumpamakan kami dengan Hanzalah. Kata ibu,'Hanzalah tu sanggup tinggalkan isteri untuk jihad, kita nak tinggal makwe pun tak boleh?' sindir ibu. Masya Allah. Waktu kecil-kecil dulu abang pernah juga ada couple, ibu pula tak marah-marah. Tapi ibu nasihatkan dengan ibrah-ibrah yang baik. Subhanallah. Dan ibrahnya tertempias pada saya yang masih kecik-kecik cili padi. Alhamdulillah.

Bila saya Tanya ibu tentang Hanzalah, ibu ceritakan secara rambang. Tidak secara mendalam. Kemudian saya diperkenalkan dengan lagu Hanzalah. [liriknya ada dibawah]

Malah ibu juga turut sama meminati lagu Hanzalah. Bila saya selak sejarah hidup Hanzalah, bukan calang-calang orang rupanya. Hebat sungguh. Ternyata, ada sesuaut yang cukup istimewa tentnag Hanzalah yang ibu sebut sejak dulu. J

Tarbiyyah dari sirah Hanzalahh saya semai di dalam hati.

Sebelum saya teruskan nukilan saya yang panjang manjang baik entum baca dulu sirah hidup Hanzalah yang saya minta Pak CIk Google tolong carikan tadi. Insya Allah. J

Baca dengan khusyu' ya!

Perkahwinan Hanzalah bin Abu Amir dengan sepupunya, Jamilah binti Ubay sudah siap diatur. Kebetulan pula, hari berlangsungnya perkahwinan Hanzalah bertembung dengan hari peperangan tentera Islam menentang musuh di Bukit Uhud. Hanzalah bin Abu Amir mendekati Rasulullah s.a.w., "Saya bercadang menangguhkan sahaja perkahwinan saya malam nanti." Pada masa itu, Nabi Muhammad s.a.w. dan tentera-tentera Islam di kota Madinah sibuk membuat persiapan akhir untuk berperang. "Tidak mengapa, teruskan sahaja perkahwinan ini," balas Rasulullah s.a.w.. "Tetapi saya sungguh berhajat bagi menyertainya, " Hanzalah bertegas. Rasulullah s.a.w. berkeras supaya Hanzalah meneruskan perkahwinannya dan memberi cadangan supaya Hanzalah menyusuli tentera Islam di Bukit Uhud pada keesokan hari, setelah selesai upacara perkahwinan.

Hanzalah mendiamkan diri. Ada benarnya saranan Nabi Muhammad itu; perkahwinan ini bukan sahaja melibatkan dirinya bahkan bakal isterinya juga. Pada malam Jumaat yang hening, perkahwinan antara Hanzalah bin Abu Amir dan Jamilah binti Ubay dilangsungkan secara sederhana. Suasana yang hening dan sunyi itu tidak tenang hingga ke pagi. Kota Madinah tiba-tiba dikejutkn dengan paluan gendang yang bertubi-tubi. Paluan gendang mengejutkan para pejuang bersama laungan menyebarkan berita.

"Bersegeralah! Kita bersegera perangi musuh Allah."

"Berkumpul segera! Keluarlah! Rebutlah syurga Allah!"

"Perang akan bermula!"

Pukulan gendang dan laungan jihad itu mengejutkan pasangan pengantin yang baru sahaja dinikahkan. Hanzalah bingkas dari tempat tidurnya, "Saya harus menyertai mereka." "Bukankah malam ini malam perkahwinan kita dan Nabi Muhammad mengizinkan kanda berangkat esok?" Soal isterinya. Hanzalah menjawab tegas, "Saya bukanlah orang yang suka memberi alasan bagi merebut syurga Allah."

Jamilah terdiam dan hanya mampu memerhatikan suaminya bersiap memakai pakaian perang dan menyelitkan pedang ke pinggangnya. Hanzalah menoleh ke arah isterinya, "Janganlah bersedih, doakan pemergian saya semoga saya beroleh kemenangan." Suami isteri itu berpelukan dan bersalaman. Berat hati Jamilah melepaskan lelaki yang baru sahaja menjadi suaminya ke medan perang. Namun, Jamilah menguatkan hatinya dan melepaskannya dengan penuh redha. "Saya mendoakan kanda beroleh kemenangan."

Hanzalah melompat ke atas kudanya dan terus memecut tanpa menoleh ke belakang. Akhirnya, dia berjaya bergabung dengan tentera Islam yang tiba lebih awal daripadanya.

Di medan perang, jumlah tentera musuh adalah seramai tiga ribu orang yang lengkap bersenjata manakala jumlah tentera Islam hanyalah seramai seribu orang. Perbezaan itu tidak menggugat sanggar wibawa tentera Islam termasuklah Hanzalah. Dia menghayun pedangnya menebas leher-leher musuh yang menghampiri dan apabila dia terpandang Abu Sufyan, panglima tentera Quraisy, Hanzalah menerkam Abu Sufyan umpama singa lapar. Mereka berlawan pedang dan bergelut; akhirnya Abu Sufyan sungkur ke tanah. Tatkala Hanzalah mengangkat pedang mahu menebas leher Abu Sufyan, dengan kuat panglima tentera Quraisy itu menjerit menarik perhatian tentera Quraisy. Tentera-tentera Quraisy menyerbu Hanzalah dan Hanzalah tewas, rebah ke bumi.

Sebaik sahaja perang tamat, tentera Islam yang tercedera diberikan rawatan. Mayat-mayat yang bergelimpangan dikenalpasti dan nama-nama mereka, tujuh puluh orang kesemuanya, dicatat. Sedang Nabi Muhammad yang tercedera dan patah beberapa batang giginya diberi rawatan, beliau mengatakan sesuatu yang menyentak kalbu, "Saya terlihat antara langit dan bumi, para malaikat memandikan mayat Hanzalah dengan air daripada awan yang diisikan ke dalam bekas perak." Abu Said Saidi, antara tentera yang berada dekat dengan Nabi Muhammad bingkas mencari jenazah Hanzalah. "Benar kata-kata Nabi Muhammad. Rambutnya masih basah bekas dimandikan!" Abu Said Saidi menyaksikan ketenangan wajah Hanzalah walaupun beliau cedera parah di seluruh badannya. Rambutnya basah dan titisan air mengalir di hujung rambutnya sedang ketika itu matahari terik memancar.


Apakah ibrah yang mampu saya nukilkan? Biarlah. Kalau boleh mahu saya lontarkan idea-idea yang bersarang dalam kepala. Tapi sayang ada wajibaat lain yang harus saya aulakan sebentar lagi. Maka, biarlah saya ringkaskan disini. Kalau tak puas hati, boleh emelkan saya. [tapi sila senonoh bila emel dengan saya. Saya tak suka orang kacau YM tanpa sebab dan nak menggedik. Harap maklum]


Ibrah Hanzalah-Muslimin,contohilah Hanzalah.

Muslimin yang saya hormati kerana ketangkasannya, contohilah Hanzalah. Kajilah sejaraj hidupnya. Dan ambillah semangat juangnya. Semangat cintanya yang terlalu tinggi pada perjuangan dan Islam tentunya. Ramai di kalangan muslimin, tewas dengan godaan bernama WANITA. Hakikatnya, bagaimana Hanzalah sanggup meninggalkan WANITA yang sudah halal buatnya semata-mata kerana cintakan Islam? Dan kita bagaimana? Sanggup bergadai maruah, menggadaikan duit, menggadaikan tenaga untuk wanita yang belum tentu HALAL untuk kita selagi akad yang indah itu tidak bergema dilafazkan. Muslimin, usah tewas dengan godaan yang bernama WANITA. Kenapa mahu dijadikan dunia ini pendek dengan mennyerahkan hidup untuk cinta yang belum tentu kemana? [terkecuali untuk suami isteri ok]

Saya kagum dengan semangat cinta Hanzalah pada perjuangan. Dan mampukah saya kelak berdampingan dengan seorang lelaki sehebat Hanzalah? Yang cintanya benar-benar bulat-bulat untuk Allah. Yang benar-benar mencintai perjuangan tanpa syarat. Yang benar-benar sanggup keluar berjuang meninggalkan nikmat dunia?

Hanzalah keluar dari rumah dalam keadaan junub. Hebat. Sungguh hebat. Muslimin, bagaimana nak jadi hebat anda kita nak solat kat masjid lima waktu pun susah? [maaf, saya sekadar ambil kata-kata tazkirah dari seorang Muslimin]

Ibrah Hanzalah- Muslimat, mari menjadi pendamping hebat buat Hanzalah Junior. J

Bagaimana seorang isteri tidak merengek, tidak menghalang perjuangan Hanzalah. Subhanallah. Hebat sungguh. Jiwa tarbiyyah apakah yang dimiliki oleh seorang isteri yang sanggup melepaskan suaminya pergi selepas malam pertama perkahwinannya? Kemudian suaminya pula syahid. Alhamdulillah. Bertemu di syurga kelak insya allah. Muslimat, siapakah kita mahu memiliki lelaki sepenuhnya?

Teruja dengan kata-kata azimat yang pernah dikutip [lupa dah kat mana],

"infaqlah untuk Islam. Kalau takde harta, infaqlah suami untuk Islam. Relakan beliau bekerja kuat untuk Islam. Sekali-sekala ditinggalkan, anggaplah itu infaq anda untuk Islam"

Tu dia aih. Naik semangat dengar. J

Menjadi muslimat yang solehah, jangan menjadi muslimat yang menjadi penghalang pada perjuangan suami. Mungkin kita buta untuk mengaplikasikan sejarah Hanzalah. Sekarang mana ada perang-perang dah. Habis tu nak benarkan suami berjuang ke mana?

Berjuang bukan hanya dimedan perang. Berjuang di pentas mengeluarkan idea dan pendapat. Menyeru pada kebaikan. Itu juga perjuangan. Jangan kerana muslimat, semua kulaiti yang ada pada muslimin terbantut dek kerana kononnya cinta. J habis, cinta Allah letak dimana? Tanyalah pada diri.

Belum pun kawen lagi, tapi ada dah yang sanggup membantutkan gerak kerja muslimin. Sehingga muslimin jatuh dan jatuh di medan 'peperangan'nya. Tak jadi suami lagi tu. Kalau dah jadi suami tak tahu lah macamana. Sepatutnya sebagai seorang muslimat, walaupun belum bergelar isteri, jagalah kaum muslimin. Lihatlah dimana kelemahan mereka dan kita jadilah penguat buat mereka. Kalau mereka lemah dengan wanita, maka kita kuatkan diri kita untuk tidak menggodanya. Supaya kelak, kita menjadi pembantu buat muslimin bukan pembantut.

Suka untuk saya katakan, sedih melihat ramai muslimin yang ter'sungkur' dek kerana muslimat. Kita,muslimat, kena ada kesedaran bahawa, kita dijadikan di sini,dunia hari ini, untuk menjadi penguat buat muslimin. Seperti mana Hawa menjadi penguat buat Adam AS. Bukan menjadi penggodam semangat juang mereka.

Tidak ada yang halal melainkan yang nyatanya adalah halal.

Maka, mencari yang halal itu fardhu bagi ummat Islam. J


Akhirul Kalam, saya hidangkan lirik lagu Hanzalah buat tatapan pembaca. Ambillah ibrah yang ada padanya. Kalau tak puas hati dengan segala maklumat yang ada disini, boleh minta bantuan Pakcik Google. Anda sanggup minta pakcik Domino hantarkan Pizza ke UIA, kenapa tidak menaip sedikit untuk meminta bantuan Pakcik Google untuk sedikit pencerahan ilmu. J

Insya allah. Kalo rajin carilah lagu ini dalam internet. Best lagu ni. Best sangat. Maksudnya pun mendalam. JJJ

Handzalah - Lirik Lagu Rabbani

Relakanlah perpisahan kita ini
Iringailah pemergian daku nnti
Dengan doa yang tidak berhenti
Moga Islam terus berdiri

Usapilah genang airmata kasih
Senyuamanmu penguat semangat daku
Andai kita tak jumpa lagi
Ku semai cintamu di syurga

Bepisahlah dua jiwa
Meninggalkan kuntum cinta
Mekar di istama taqwa
Menyahut panggilan Allah

Dengan nama Mu Allah yang Maha Gagah
Langkah ku atur pasrah daku berserah
Menangkanlah kaum Muslilin
Hancurkanlah kaum musyrikin

Demi Islam ditegakkan

Hanzalah pergi ke medan jihad
Bersama dengan para sahabat
Bertempur hebat penuh semangat
Sehingga dia syahid akhirnya

Turunlah Malaikat ke bumi
Mandikan jasadnya simpati
Sucilah jasadnya mewangi
Diarak rohnya ke firdausi


Hening malam menyaksikan
Korban cinta dua insan
Baru diijab kabulkan
Rela menyahut seruan
Demi islam ditegakkan
Jihad menjadi pilihan

Hanzalah pergi ke medan jihad
Bersama dengan para sahabat
Bertempur hebat penuh semangat
Sehingga dia syahid akhirnya

Turunlah Malaikat ke bumi
Mandikan jasadnya simpati
Sucilah jasadnya mewangi
Diarak rohnya ke Firdausi


Moga apa yang baik dijadikan tauladan dan yang tidak baik dijadikan sempadan.

Hidup adalah perjuangan. Jangan berhenti mencari tarbiyyah buat hati.

Kerana tanpa tarbiyyah jiwa kita pasti kegersangan.

Ditarbiyyah untuk mentarbiyyah.


p/s: kalau orang lain sebuk-sebuk nak namakan anak mereka dengan nama Abdullah Khairul Azzam,watak utama dalam movie Ketika Cinta Bertasbih, dengan harapan anaknya menjadi sebaek acuan Abdurrahman El-Shirazy keatas Abdullah Khairul Azzam dalam KCB. Biarlah saya bercita-cita menamakan zuriat bakal pneyambung perjuangan dengan seindah nama,

Abdullah Hanzalah.

Moga-moga Abdullah Hanzalah mencintai Syurga melebihi dunia dan isinya.

Ameen. :)


:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.