♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Saturday, August 29, 2009

MEDCY vs FAMILY

4 comments:
yeah..!
hari ni induction Medcy.. (290809)
ana? ni di pasir mas kelantan!
waa..mesti abang ana marah kalo dapat tahu secepat ini ana menulis.
huhu.
sebenarnya,ana merancang lama dah nak balek untuk cuti merdeka. then,kebetulan, ana ade musyaqqah yang sangat besar pada 280809. sangat besau. tak ble nak cite. terlalu peribadi. inskripsi. ye,tarikh 28 ogos mungkin diingati oleh beberapa orang yang rapat dengan ana. terima kaseh. doakan ana. dan alhamdulillah. walopon sampai sekrang masih belom selesai,tapi ana nampak sesuatu yang positif. tak pe. mesti korang pelik. ape yang ana cakapkan ni. nak tahu sile tnaya secara peribadi. maaf. ana jugak tak suke layan mesej yang tak de kena mengena. harap maklum. dah berubah. tanak buat mende sia2. kalo tak penting,tanak layan. kecuali mereka yang terdekat.
doakan perubahan ni menjadi satu yang istiqomah dalam hidup ana. entunna tanak cube?
haha.
ok. mengarut je ana. ok. kenapa ana escape dari induction medcy?
hem. sepatotnya apa yang ana tahu,induction akan dibuat pada 270809. so ana pon suro mak beli tiket pada 280809. tapi,sedihnya rasa hati bile induksi tu dibuat pada 280809. ana tendang2 kerusi. sepak2 meja. (hiperbola)
ade yang suro ana batalkan tiket. ada yang sanggup nak bayar tiket. sebab nak suro ana buat koktel untuk iftor medcy malamnya. tapi terpaksa. dan terpaksa. panggilan dari ibu berkali2. minta keputusan untuk balek dikekalkan.
ibu harap ana tetap balek untuk 'benda penting' itu. kebetulan. kakak dari indon pulang bercuti 2 minggu di mesia. so,ana gunakan kesempatan ini. dah setahun tak jumpa kakak. rindu. sangat. bayangkan,selama setahun kemana2 dan buat ape2 dengan abang. boring. perangai seperti lelaki da.. terikot2 abang. skrang ade peluang kua dengan kakak. kongsi keje orang pompuan dengan kakak. bukan senang. haha.
MEDCY.. maafkanku. haha. bajet penting sangat untuk medcy. bese je.
tak de sape2 pun terjejas ana tak gi. diri sendiri yang emosi. haha.
bertolak pulang pada jumaat pagi. haha. mesti ramai yang tatau. sebab ia dirahsiakan. bese la tu. fly. namenya. pelbagai dugaan menimpa di stesen putra. ayahanda sedang dalam proses nak saman orang yang memberi penderaan mental kepada ana sewaktu di putra. ayahanda sangat grang. haha.bese je.
nak tahu ape yang terjadi? tanya sendiri secara peribadi.
haha.
padan muka.
iftor di rumah pakcik.
besar2an.
semua sepupu sepapat.
best.
sejak di uia,baru dua kali iftor sendiri. selebihnya ikot majlis. duet yang sir mahadir bagi khas untuk ana buat iftor pon belom digunakan lagi. sorry sir. tak sempat. asyik makan free je iftor. huhu. alhamdulillah. rezeki.
sesungguhnya allah memberi rezeki kepada sesiapa saj ayang Dia mahu. titik.
thanks allah.
love allah.
bagi commitee medcy,selamat berinduksi dan selamat berbirthday celebration.
rugi tade malam ni. ade birthday celebration. macam best. arhg.,family lagi best. sayang family.
kasih medcy.
haha.
ok la/
tak lupe buat secretary and treasurer..
selamat berinduksi dan selamat masok ke MEDCY secara rasmi.
tahniah dan tahniah.
allahu yubarik fiih...
hem..
ehem..
bvuat ahli medcy sekalian.
2hb sept nanti akan diadakan ifthor jamaie medcy..
di AMF hall.
makanan?
oh,jangan riso. itu ana yang uruskan sebagai unit catering untuk iftor medcy.
Catering? saya suka! kenapa? anda tahu!
haha
so,pakat2 mai iftor medcy. beli kupon di booth medcy dengan harga RM3 je. kemudian anda akan dapat layanan istimewa dari warga commitee medcy.
ye ke?
ana pon tatau perjalanan program stakat ni.
sebab tak g meting.
dapat mesej meting dah ade dalam bas.
sooryy..
ahhaaaa.. tahniah ustaz muntaqim atas pelawaan tazkirah secara mengejut. tahniah dan tahniah. tatau nak cakap ape. ilmu tak banyak. maaf jika tidak menepati kriteria yang diingini. trima kasih. haha.
ok. ayah bising je kalo dok ngadap komputer. dia cakap,
"pegi cabut rumput lagi baek,"
haih. ye la ayah.. tak maen lagi..
bye.
:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Sunday, August 23, 2009

SALAM RAMADHAN

No comments:
ramadhan itu bulan yang sangat mulia.
tinggalkan semua perkara yang sia2.
ini kali kedua berpuasa di tempat orang.
sedih. semalam mengadu pada ibu. mahu pulang.
kebetulan kakak dari Indon pulang. ana juga mahu berpuasa bersama mereka.
munir juga ada di kelantan. anakku.. huhu.
tapi tak pe. ibu cakap. ini perjuangan. rujuk surah Annur ayat 55.
ramai yang tinggalkan jihad sebab 10 perkara yang lebih dikasihi manusia. antaranya keluarga. so,ini adalah pengorbanan yang ikhlas. i'allah.tawaran menjadi imamah terawih disambut senang. bukan mahu mengaku MASYI atau sebagainya. kalo diikutkan sangatlah tidak masyi. tapi ini adalah satu latihan supaya masyi. imamah terawih tentunya memerlukan komitmen yang tinggi bukan? insyaallah. doakan ana.
ok. kepada semua. selamat berpuasa. dan ikhlaskan hati serta niat. i'allah. besar ganjarannya.
buat kakak,selamat pulang ke Malaysia.
buat Emielia,maaf diatas segala kesulitan.
buat fadiah,terima kasih atas sokongan.
buat commitee medcy,selamat ber'induction..
buat SK, tahniah atas kejayaan.
buat semua, sambutlah ramadhan dengan senyuman.
salam alaik.
:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

FASTRAIN '09

No comments:
PDS TRAINING CAMP PASIR PANJANG PORT DICKSON.
SurAh noor ayat 55

Fastrain 20009

“ya allah thabatkan hatiku dengan ape keputusan yang telah aku buat. Sesungguhnya aku benar2 pergi untuk ditarbiah dan menimba ilmu.”
Lantas kaki dihayun yaqin menuju ke bas persiaran yang ‘segak’ menunggu di hadapan Mahallah Fatimah itu. Sesekali bisikan syaitan turut menggongcangkan iman.
“takpe2. ini ape yang aku pilih. Aku redha ape saje yang bakal terjadi. Aku serahkan kepada Dia.”katakan pada hati.
Bas meluncur tenang detemani tazkirah alam roh dari Ustaz Khairi yang dimaenkan oleh DVD Player. Mungkin bas sebuah lagi lebih bertuah mendapat santapan tazkirah secara ‘live’. Singgah sebentar di R&R Seremban. Bersolat. Waa.. dekat dengan rumah akak. Sabar2.
Ok. Aktiviti pertama sebagai peserta. (ops,sebenarnya dah lame tak jadik peserta. Lama sangat.) kembali semula ke zaman DQ. Ditarbiah dan ditarbiah. Tiada jemu. Sekarang,rase janggal jugak ye.. haha. Bese je.
Dibahagikan group bercampur dengan brothers. Ya,benar. Sekali lagi,kurang biasa. Aktiviti pertama,membina rakit dan mendayungnya di tengah laut yang bergelora. Ya. Mencabar. Sudah lama berhenti dari melakukan aktiviti lasak sejak sejarah terlantar di katil hospital. Lama. Tapi alhamdulillah. Kembali dapat mengecap nikmat ke’lasak’an yang memang digemari sejak dulu. Sesekali risau jugak dengan sentakan2 halus yang terasa di hulu jantung. Risau jugak dengan ‘striking’ pandangan mata dan kepala. Selawat ke atas Nabi konsisten memohon keselamatan dan kekuatan. Ikhtilat? Ade. Tapi sebenarnya ia terpulang kepada kite bukan? Contohnya,jika buat kerja dalam group antara sister dan brother. Sebarang masalah boleh diatasi sekiranya masing2 tahu menjaga diri masing2. masing2 tahu role masing2. itu penting. Dan perkara yang tak disenangi boleh dielakkan. Agama tidak pernah menghalang untuk bermuamalat antara lelaki dan perempuan. Tapi,tetap ade lampu isyaratnya. Agar kite tak kecundang. Kan? Sebab tu la.. kalo boleh,masing2 jangan nak salahkan sesapa,tapi pandang diri sendiri an sedar dengan kesedaran paling tinggi tentang biah yang perlu kite jaga. Kan?
Mendayung rakit memang penat. Belajar sesuatu. Kerjasama adalah sangat penting. Dan lelaki dan wanita punya ‘role’ yang tersendiri. Benar. Betol. Haha.
Maghrib berlalu. Baru pulang kembali ke daratan. Kedengaran beberapa orang brothers bermunaqasyah tentang solat jama’ dan qasar. Beberapa orang brothers berbincang dan masing2 mengeluarkan pendapat dan ‘fatwa’ masing2. rase jugak ingin menjampuk,tapi niat kurang sopan itu dibatalkan. Bukan nak dpaatkan publisiti murahan. Haha. Sebenarnya, bukan dalam kalangan brothers saje. Sisters pon same. Pelbagai pendapat mengenai solat jama’ dan qasar. Bagi ana pulak,sejak kecik ana sudah didedahkan dengan solat jama dan qasar dalam keluaga. Bile bermusafir,ibu teros memberi pendidikan tidak formal kepada ana dan adik beradik yang laen jugak. Indah. Jadi,konklusi pendenknya, tambahkan ilmu didada same2 eh. Makin jaoh hidop kite,makin banyak ilmu yang perlu kite terokai. Same,untuk anda dan untuk ana, same2 kite tambahkan saqofah kite. Pengajaran. Sesi malam diteroskan dengan ceramah oleh ustaz dari UIA sendiri. Walopun beberapa orang sahabat kurang terkesan dengan ceramah itu,tapi bagi ana,itu bukan salah ustaz. Itu adalah salah kite. Tumpuan kite. Kalo kite ingin mencari kebaekan dari sesuatu, kite psti dapat kebaekan itu. Tapi sekiranya kite mendengar tanpa matlamat,memang.. memang kite tak tahu ape yang ustaz nak sampaikan. Benar? Setuju? Kemudian diteruskan dengan KEMBARA HIKMAH. Jujur,ana tak paham ape motif modul ini. (ana seornag yang suke berterus-terang kan..haha..)dengan keadaan penat berakit,memang ana blur. dAn sahabat2 seangkatan pon ramai yang blur dan kurang faham dan kurang terkesan. Tak pe. Itu perkara biasa. Bukan salah pihak penganjur. Tapi mungkin kerana ana sendiri penat dan dengan sentakan2 halus di hulu jantung,memang ana tak dapaat tumpukan perhatian. Maka modul itu tidak dapat ana cari objektif dan matlamatnya. Tak pe. Itu salalh diri sendiri. Tidak salah orang yang membuat modul. Tentunya tujuh malam tujuh hari unit modul bertafakkur untuk dapatkan modul. Huhu. Laen kali boleh mintak pendapat ana. Ana seorang pengkritik yang hebat. Dan jujur. Haha.
Keesokannya,aktiviti compass marching. Menarik. Naek bukit meredah hutan dengan menggunakan kompas dan sekeping peta. Pada mulanya,terasa mahu tarik diri. Teringat pesan doctor dan parents untuk berhenti melakukan aktiviti lasak. Kalo kat rumah,jemur pakaian tengah panas pon ibu tak bagi. Haha. Atas alasan2 tertentu. Bukan saje nak jadik anak manja. Atau anak emas. Tapi keinginan diri sendiri terlalu tinggi. Tetap naek ke bukit. Bukan itu sahaja,malah menjadi peneraju kepada ahli kumpulan laen. Bergerak di kepala paling hadapan,sebagai kumpulan nombor satu dan terdiri dari ahli semua sister. Memang mencabar. Satu kompas menjadi panduan. Risau sekiranya tersalah arah,kesian pengikut2 di belakang. Beberapa kali tersungkur di akar kayu dan bergelincir dek kerana tanah lembab. Biasa. Sebelom ni ana memang biasa dengan kerja lasak. Tapi sejak 2tahun yang lalu,memang tak buat ape2 aktiviti yang lasak walopun jemur pakaian tengah panas(lasak ke tuh)haha)
Seluar yang awalnya puteh bersih kini hitam dan koko. Tak pe. Dynamo kannn adeee.. haha.
Aktiviti ceramah oleh Ustaz Ismail Wong. Boleh tahan. Tapi sory ustaz. Jari yang injured sebab basket ball kembali minta diberikan perhatian. Tapi tumpuan cube diberikan sepenuhnya. Ape yang ana ingat sampai sekarang dialog ustaz..
“ape yang baek itu belom tentu baek. Ape yang burok itu belom tentu buruk..”
Indah ayat ini. Macam bagi satu kekuatan untuk ana. Dan mereka jua. Mungkin. Tahniah ustaz. Kemudian kemunculan DEAN CFS IIUM. Dr. Syed Zahir Idid bin Othman Idid. Bagos. Gembira bile dean tetap turun padang.senang hati bila dapat berkongsi beberapa perkata tentang CFS sendiri dengan DEAN.
DEAN bercakap sangat perlahan. Lembut dan santun. Kurang dengar. System PA di dewan itu mungkin tidak secanggih system PA di Angkasapuri ataupon PWTC. Haha. Maka,kurang dengar,tambah pulak DEAN cakap English. Yelah,bukan tak pandai English,tapi makin le tak jelas. Tapi tak pe. Kalo tumpukan perhatian betol2dapatnya input2 berharga. Ape yang menarik perhatian beta sebagai pendengar dari belakang, DEAN ade sebut tentang GPDP dan dalam mase yang same,bertanya sape yang tulis kat blog tentnag GPDP. Ok,Siti khadijah.. Kenapa tak mengaku..?? haha. Ramai je yang tulis. Diri sendiri pun ade menyebut tentnag itu dib log ni tapi tidak secara langsung. DEAN mengakui kesilapan mereka dan mahu membaikinya di mase yang akan datang. Ok. Takpe. Itu janji. Harap2 tidak jadik seperti tikus membaiki labu. Kan? Huu.
Tahniah,encik DEAN.
Kemudian diteruskan dengan aktiviti outdoor lagi. Sahabat menasihati supaya ana batalkan niat menyertai aktiviti lasak kali ni. Dengan tangan yang putih seperti mayat dan bibir yang semakin pucat,memang merisaukan mereka yang memandang. Tapi kenakalan tak le bla.. maen jugak. Siap jadik ketua kumpulan lagi. Mula penat dan sakit badan. Lalu,tidak menjadi leader terbaek. Kurang semangat. Ana yang rase lemah dan kurang bertenaga. Maka ana hanya melepaskan batuk ditangga. Tidak mengeluarkan sebarang idea untuk mereka. Maaf. Ade idea,tapi memang jantung dan kepala ini kurang ‘selesa’ pada waktu itu. Lagi,maaf.

Anyway,best jugak explorace ni. Tahniah unit modul. Good job. Selepas maghrib,santapan best! BBQ. Best. Memang tak tipu. Tahniah unit catering.
Good job.
kemudian diteruskan dengan solat terawih. Lupe,esok satu ramadhan. Patu mula rasa sayu. Nak balek j erase. Nak pose kat rumah. Panggilan dari ibu mula menggongcangkan hati. Namun kata ibu,
“kita ade jihad kite. Jangan sedih. Hanya orang ikhlas dan taqwa yang akan tenang.”
Maka,ana mula bertenang. Benar. Ini jihadku. Ini langkahku. Shoutul harakah. Itu lagu tema kami. Tak pernah dengar sebelom ni. So,tak reti sangat nak nyanyi. Sedangkan ana peminat setia nasyid. Huhu. Takpe. Tahniah.
Diimamkan oleh al hafiz-al hafiz. Best. Habis satu juzuk untuk satu malam. Mantop. Meskipun kaki rase nak tercabut,tapi nikmat ibadah tak terkira manisnya. Alhamdulillah.
Hari terakhir. Seawall jam 5 pagi bersahur dan diteruskan dengan solat subuh biljamaah. Ramai yang syahid.. memang sejak terawih semalam ramai yang syahid. Tapi pagi ni lagi ramai. Huhu. Ana termasok jugak. Tapi ana syahid selepas aktiviti tadarus alquran. Kemudian aktiviti diteroskan dengan sharing opinion. Diketuai oleh Bro Izdihar. Berbincang tentang aktiviti study circle dan peranan2 fasilitator.sesiapa saje yang ade pendapat,sile keluarkan. Sesiapa saje ade pertanyaan,silakan saje. Bagos. Ia membuka peluang meluahkan rase tak puas hati. Kenapa ana tak bersuara? Entah. Memang awalnya nak bersuara. Tapi risau tak mampu berhenti bercakap. Ana kan gile bercakap sket. Haha. Lagipon ana wakilkan saje pada sahabat2 seangkatan. Tak tahu kenapa dan sejak bile jadik pemalu. Huhu. Sapa la ana ni nak kuakan pendapat. Tetiba rase rendah diri. Maka walopun banyak yang nak disampaikan. Ana amik keputusan diam dan hanya berceramah dalam kalangan group ana sendiri. Tak pe la. Sape suro jadi pengecut. Hampeh.
Tahniah buat saudari seangkatan,Atiqah Razak,atas keberanian beliau. Ana? Hampeh. Ana sangat hampeh. Haha. Kutuk diri sendiri. Tak menyumbang langsung.banyak kalo nak kupas tentang masalah2 yang dikemukan/ tetiba rase tertarik nak menyertai FRC. Namun,mungkin sudah terlambat. Kan best,secara ‘live’ berada di thoriq dakwah. Memang tugas dan peranan FRC menjadi uslub dakwah yang ana nampak padanya jalan yang indah sekali. Benar. Rase nak berjuang di dalam FRC. Tapi itu mustahil. Angan2 saje. Tak pe. Sekurng2nya ade niat.
Oh, ade yang menarik bagi ana. Penginapan. Dalam satu dorm,diletakkan seramai lebih dari 40 orang peserta. Segan dan pelik. Itu ape yang ana rasa la, sangat ramai. Tak biasa mungkin. Huhu. Takpe,ini pengalaman kan..
Sekejap ja rase. Dah nak balek daa. Tahniah kepada committee sekalian. Nice job.
Kepada,PM,saudara Irfan dan saudari Isdayantie. Tak lupe kepada PC. Ramai. Saudara Majdi. Saudari Shida. Dan sesape saje yang pegang taklifat sebagai PC. Unit2 modul,catering,special task. Dan tak terkecuali pemimpin paling tinggi dalam FRC,saudara Syafiq Kamil. Tahniah buat kesekian kalinya.
“apa yang anda dapat?” soal seorang sahabat yang mungkin ingin menyindir dengan perkataan “tarbiah” yang ana tekankan sebelom hadir ke aktiviti ini. Oh,sangat banyal. Itu jawapan ana. Ia bergantung kepada kite. Anda yang tentukan apa yang anda dapat. Sekiranya anda tidak mencari sesuatu,maka anda tidak akan mendapat sesuatu. Sekiranya anda kembara dengan hasrat ingin mendapatkan sesuatu,pasti.. yakin.. anda akan mendapat sesuatu. Maka,ana mendapat sesuatu yang ana cari. Tu hakikat. Bagaimana dengan anda? Nilai dan piker.
Pukol 3.30 petang tiba di CFS IIUM. Huhu. Penat. Sepanjang perjalanan tidur aje. Huuh. Tapi kepenatan itu dicover dengan rase puas. Maka,jam 5 petang,keluar ke Mid Valley. Ana perlu dapatkan kasut kuliah baru untuk gantikan kasut Polo yang dah tenat dan nazak itu. habis pecah tapak kaki sebab kasut kurang selesa. Kali ni nak cari kasut yang selesa agar tak melukakan diri sendiri. Tambah2,mase pakai kasut lebih banyak berbanding tidak berkasut. Kasut tu penting. Tapak. Satu pelantar untuk kite berdiri. Kalo kasut best,kite tentu rasa yakin dengan diri sendiri. Huhu.
Dan untuk hari pertama ramadhan,ana,zakirah dan Qurrotu berbuka di Mid Valley. Awalnya tidak ade niat untuk itu. Tapi keadaan menjadikan begitu. Betolkan.. allah merancang,kite pon merancang. Ok.
:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

keliru?dan bagaimana?

No comments:
Keliru? Dan bagaimana?

“husna tahu tak kite kena gi PD?”
“buat ape?”
“facilitator training. 3 hari. Bermula khamis hingga sabtu.”
Subhanallah.
Baru saje terfikir minggu ni nak berehat sepenuhnya di bilik kayangan. Rancangan sahabat dari KMB mahu bermalam di UIA hujung minggu ini disambut senang. Namun ade yang lebih perlu diaulakan.
Sebenarnya, pada awalnya hati menolak untuk pergi ke training kali ni. Walaupon setelah hadir ke taklimat, program ni salah satu program tarbiah. Islamik input sangat banyak mungkin. Kenapa hati menolak? Sebab selepas cuti mid sem, ana sangat sebok dengan bende2 laen. Blajar? Hampeh. Ana sedar kelemahan itu. Walopon cube semampunya untuk keep on give full attention dalam kelas, namun itu tak cukop. Tapi ini adalah program tarbiah. Ana harus memilih. Ana teros menelefon ibu ana. Kebetulan ayahanda menjawab panggilan. Ana luahkan kekeliruan di hati.
“kak, blaja tu tak semestinya dalam kelas je. Kat mane2 pon akak boleh blajar. Ba’ suke akak pergi program tarbiah..”
Maka, selepas mendapat ransangan dari ayahanda, ana kembali bersemangat. Rakan2 sekelas pon yang turut same mendapat tawaran nampaknya menyambut riang. So, ana tak kesah la. Kalo tinggal kelas pon ana tak keseorangan. Ade teman. Namun keadaan mula berubah. Seorang sahabat mengemukakan fakta “tak mahu tinggal kelas math”. Dan dalam kelas tu yang awalnya hamper 10 orang yang terpilih,sekarang hanya ana berdua(siti zakirah) yang masih tetap mahu ke kem tersebut. Hati mula goyah. Rakan sekelas, Siti khadijah Abas memang diwajibkan pergi sebab beliau salah seorang AJK program tersebut. Maka, bila ramai yang tarik diri, dan tawaran seorang banin sekelas yang rela hati mahu buatkan surat excuse lepaskan diri turut menggamit hati.
“sir azrul nak ajar satu chapter esok…” kata seorang sahabat.
“rugi tau..”
Goyah. Memang goyah.
“kau tu dah la sebok, ni nak gi training lagi 3 hari. Batalkan saje niat tu. Ko pasni belambak lagi keje nak buat. Dah 3 minggu straight ko tade kat UIA. Ni nak pegi lagi?”
“ko tan insaf ke? Minggu lepas sebok da. Ni nak kua lagi. Tak serik tertido dalam kelas?”
Soalan bertalu dari sahabat seperjuangan.
Haih. Ana paling tak suke untuk memilih. Ini yang paling tak best bile kena buat keputusan. Pergi atau tidak. Hadir atau tidak. Tarbiah atau tidak. Pengorbanan atau tidak.
Petang itu memang ana pikirkan habisan. Ana bukan pemikir terbaek. Itu satu hakikat. Maka, kepada Yang Terbaek ana memohon ditunjukkan jalan. Pergi atau tidak. Tolong.. keputusannya malam ni jugak. No more times. Seusai solat maghrib, ana menelefon ibu ana. Meminta pendapat kesekian kalinya. Kali ini ibu ana sangat yakin menyuruh ana pergi. Ibu ana sangat bersemangat. Oh, ibu tak mungkin memberi pendapat tanpa hujah yang kukuh. Hujah yang membuat hati luluh,air mata rase nak luruh. Haha.
Hujah ibu tak mungkin diutarakan tanpa ayat2 ALQURAN. Ibu.. engkau hebat!
Pelbagai ayat Allah ibu bacakan untuk ana. Kata ibu,
“ibu taknak kak hanya jadi pelajar yang tahu ngadap buku. Ibu nak anak ibu lebih dari itu. Tuntutlah ilmu. Tapi tarbiah jgn lupe. Kalo kak pandai manage mases,taka de masalah. Allah dah janji,orang yang infaqkan diri untuk ditarbiah, allah mudahkan hidup di dunia. Allah dah cakap, kak tak ingat ke. “wasaari’u ila maghfiratin mirrabbikum wajannatin ‘ardhuha ssamawati wal’ard. ‘u’iddat lilmuttaqin”(surah ali imram ayat 133)”. Akak patot lebih tahu. Kejarlah akhirat, nescaya dunia akan kejar kak.” Panjang hujah ibu. Dan ana sendiri tewas dengan dalil2 naqli yang ibu keluarkan fasih dari bibirnya, berbanding ana sendiri. Tahniah ibu. Ibu kebanggaanku.
“yang penting niat kak. Niat akak untuk ditarbiah. Macamane akak nak mentarbiah oorang,nak bagi tazkirah kat orang kalo akak sendiri dah tak ditarbiah? Pegi la PD. Insya allah. Niat akak baek allah tolong akak. Ibu doakan.”
Terima kasih ibu.
“tapi bu, sume kawan tak pegi..”
“tak pe la, kak tergolong dalam golongan yang allah masih pilih untuk ditarbiah. Akak pergi untuk Dia. Untuk Dia. Akak jangan risau. Yakin dengan Dia. Dia pemilik segala kejayaan dan keluarbiasaan.”
Ibu.. katamu azimat buatku. Itu hakikat. Benar kata ibu. Kerana kelas math 2 jam akak nak lepaskan sesi tarbiah 3 hari? Wajarke? Ibu. Pendapat ibu tak pernah salah. Hujah ibu tak mampu kalah.
Maka, walopon ana sendiri berat hati nak pegi ke PD, namun dengan semangat dan nasihat ibu, ana gagahkan kaki. Moga pilihan ana tidak salah. Ana benar2 perlukan tarbiah. Jujur,hati ana gersang. Jiwa ana kosong. Bagaimana mahu mentarbiah jika da’ie sendiri tak sanggup berkorban untuk ditarbiah? Entah. Anda yang tidak hadir ke Fastrain pasti punyai alasan yang tersendiri. Terpulang. Ana hanya mampu berkata dan memberi pendapat. Keputusan tetap entunna yang buat. Keputusan tetap entunna pilih dan terima. Tak semestinya entum dan entunna jahat. Tidak. Ana yakin entum dan entunna ade alasan yang tersendiri. Tak pe. Itu hak entum. Bukan ana. Entum pasti ebih hebat dari ana. Entum pasti berfikir berkali2 dan lebih matang dari ana. Mungkin entum berfikir dari aspek yang ana tak terpikir. Tak pe. Ana tak kesah. Ana tak marah. Ana bukan kondem entum dan entunna. Tidak. Tapi ini keputusan ana milik ana. Dan pendapat ana untuk semua. Ana pegang apa yang ibu ana katakan. Ana pergi betol2 kerana Dia. Bukan kerana nak escape kelas. Bukan kerana nak berjalan2. bukan kerana nak tido resort. Tidak. Bukan untuk itu. Ana pergi dengan harapan ana mampu bawak pulang berjuta ilmu berharga untuk mentarbiah. Ya, jika bukan kita siapa lagi? Sume orang sudah undur diri. Undur diri. Jadi ana hendak undur diri jugakkah? Terlalu pengecut jika ana berbuat demikian. Ana tidak pengecut. Ana mencuba. Ana serahkan kepada Dia. Hanya Dia. Yang ana percaya. Dia. Dia yang Satu dan Sempurna. Dia yang memegang rezeki dan kemuliaan. Dia yang segalanya.
Ok. Sape2 nak ikot ana, jom. Kite sedia untuk ditarbiah dan dalam mase yang same mentarbiah mungkin. Pergi hanya kerana Dia. Bukan mudah nak dapat peluang. Free of charge. Ade peluang,amek. Nanti2 mungkin ade peluang, tapi kite tak tahu macamane keadaan kite waktu itu. Mungkin tak sihat dan mungkin tak sesempurna sekarang. Kan? Minggu lepas ana dapat 2 tawaran tarbiah. Kem ibadah di Cheras dan menjadi Urusetia di Kajang. Dua2 ana tolak sebab masih penat dengan Health and fitness week yang baru tamat dan kebetulan ana mahu ke Ipoh,konvo abang ana. Maka,kali pon ana nak menolak lagi? Tapi kelas Math macamane? Ana cuak. Ana nak blaja math jugak. 2 jam. Ana cuak.
Tak pe. Ini keputusan ana. Ini perjuangan ana. Ana berjanji untuk infaqkan diri sepenuhnya kepada Dia. Ana bersedia untuk melakukan pengorbanan. Masa. Management. Semoga allah memudahkan urusan ana. Semoga allah membantu meringankan beban ana. Ana cuak jugak sebenarnya. Tak pe. Doakan ana. Serius. Ana takot. Ana takot ketinggalan dalam pelajaran walopon setakat ni semua masih stabil. Belom ketinggalan. Tapi tetap cuak. Ye, ana cuak. Tenangkan ana. Tenangkan hati ana. Sokong lah ana. Terima kasih. Jumpa lagi.
180809
2244
Ops.. hari ni besday mantan roommate ana.
Nurul nadiah hassan.
Selamat hari lahir. Semoga bertambah iman dan ketaqwaan.
Gembira ke dapat ucapan dari ‘die’? haha.
Tahniah. Semoga bahagia dan gembira selalu.
Kebahagiaan mu kebahagiaanku jua.
Sukses selalu. Doakan beliau. Semoga allah memberi rezeki dan membuka pintu rahmat buat sahabat ana,NURUL NADIAH, serta buat ana sendiri dan tak lupe buat antum serta antunna. Amiin. Taqabbalallah.

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

MUSAFIR KASIH FAMILY

No comments:
Musafir kasih family

Seawall jam 9 pagi, kaki melangkah keluar pagar CFS.
“betol ke tindakan ni?” soal hati.
Keinginan tak dapat dibendeng lagi. Tetap melangkah pergi.
Ya allah, mudahkan perjalanan hambaMu ini. Melepasi pak cik guard dengan senyuman dan menayangkan kad matrik dengan riang. Keluar saje, sebuah teksi kebetulan berhenti. Memang lebih prefer memilih teksi berbanding bas. Bukan berlagak atau banyak duet. Tak. Tapi tak reti sebenarnya. Haha. Kelakar tak? Kat kelantan selalu bergerak dengan kenderaan sendiri, jadii kurang arif dan takot tak sampai ke destinasi. Persoalannya,macamane kalo salah ternaek bas? Macamane kalo loceng bas tak berhenti? Macamane kalo bas tak lalu kawasan tu? Maka,teksi dicatar menuju ke stesen LRT Universiti. Dari Stesen Universiti teros ke Masjid Jamek dan tukar tren lagi ke Plaza Rakyat. Susah jugak. Duet keluar macam air. Panggilan dari Abang Taufiq disahut riang.
Pelbagai pesanan diberikan. Itu dan ini. Tak pernah habes dengan ‘pesanan penaja’nya itu. Haih. Senyum sendiri.
Tuhan, ramainya orang. Cuak. Memang. Tak tipu. Mana nak tuju pon tak tahu. This is the first time nak cari bas sendiri ke Ipoh. Ini kali pertama. Cuak. Cuak. Dan cuak. Gelabah.
Bese je.
Ekspress Kesatuan? Tak pernah dengar pon. Tapi kat labelnya tertulis, UTP,Iskandar dan Lumut. Lantas tiket ke UTP ana beli. Dalam hati tuhan saje yang tahu. Sebenarnya kurang yakin dengan tindakanyang dibuat. Pergi UTP? Sorang?
“Husna betol ke nak pegi sorang ni?” soalan kawan2 dibiar sepi.
Mereka tak paham. Konvokesyen abang sekali saje. Dan harapan abang untuk ana hadir tak mungkin ana sanggup hancurkan. Walaupon pada mulanya ana merancang ke UTP dengan Kakak dan Abang Ipar. Tapi rancangan Tuhan menentukan kakak tak dapat hadir atas beberapa sebab. Ajakan abang masih terngiang2 di telinga. Haih. Sayang.. kerana itu kaki tetap melangkah. Hati tetap menggagah.
Bas ekspress Kesatuan dipandu oleh pemandu India. Kurang senang. Kenapa la tak pilih bas transnasional ke.. tak de rase cuak macam ni. Berkali-kali pesan kepada driver,
“pakcik nanti berhenti di UTP tau.”
Pukol 1.30 petang tiba di UTP. Bersolat. Dan sejak pagi belom menjamah nasik. Erk, gastric.. sakitnya perot. Sabar. Abang Sulong nampak memahami. Lantas nasik bekal dari Kelantan dihidang untuk santapan. Terima kasih,abang!
Berehat sebentar di Masjid UTP. Subhanallah. Indah! Cantik! Syahdu! Tak dapat menahan air mata tatkala bersolat didalamnya. Keindahannya menyebabkan hati rase tunduk dengan kebesaran allah. Maha suciMu Ya Rahim.. Rendahnya diriku disisiMU..
Tak tipu.. sangat hebat binaan masjidnya. Menguntum senyuman. Teringat masjid DQ. Tersenyum lagi.
Pukol 2.30 petang bergerak ke dewan kaunselor. Ibu dan ayah serta abang belom ku jumpa.
Mereka lebih awal berada di dewan kaunselor.
Rezeki. Diberi peluang masok ke dewan kaunselor menyertai konvo. Alhamdulillah.
Dewan yang sangat besar dan canggih. UTP sangat canggih dan mewah. Sesuai dengan PETRONAS nye itu,kan? Mewah. Dan mewah. Ana sendiri cukop tahu, abang sebagai graduan Sarjana Muda kejuruteraan Mekanikal tak pernah hidop susah slame bergelar plajar UTP. Mewah dan senang. Itulah gambarannya. Tahniah abang Fiq.
Selesai sesi dewan yang pada awalnya best tapi lame2 boring tahap cipan.
Sesi bergambar pula. Pelukan erat tanda kebanggaan kedua ibu bapa. Gembiranya ibu!
Tahniah tiada terhingga untuk abang taufiq!
Sudah lewat petang. Seusai makan di restoran Seri Iskandar, homestay Taman Maju jadik tempat persinggahan. Merehatkan diri dan badan. Esok isnin dan kuliah seperti biase. Tapi ana? Nampaknya kali ni menjadi pelajar kurang cemerlang. Ponteng kelas! Atau ayat yang lebih elok, skip kelas. Haha.
Jeng! Jeng! Jeng!
Pukol 8 pagi, mesej dari madam Beena.
“Hello Husna. Please inform others that there will be listening test this evening at 2 o’clock. Compulsory to attend. Tq.”
Subhanallah. Nak nangis! Tak mungkin mampu sampai UIA secepat itu. Tapi mesti diusahakan jugak. Dari Ipoh ke KL mengambil mase hamper 3 jam. Sabar. Dan bertenang pesan ibu. Ibu sangat rilek. Tapi hatinya susah dan risau. Abang taufiq sudah bertolak pulang ke Kelantan sebab dia kerje di Rhom Wako,kilang terbesar di Kelantan.
Apa nak buat ni… cuak. Gelabah. Argh!
Ayahanda tiada di homestay,menghantar abang taufiq ke Ipoh. Kenapa ana tak ikot abang ke Ipoh? Kalau tak mesti dah boleh balek teros. Jangan mengeluh. Bertenang pesan ibu lagi.
Nasib sedikit baek, homestay yang disewa berdekatan dengan Hentian Seri Iskandar. Berjalan kaki ke sana menunggu bas ke Kuala Lumpur. Pertama, bas ekspress Kesatuan yang dijanjikan tiba pukol 10.15. ana menunggu di situ. Sendirian. Cuak. Ana tahu ibu lebih cuak. Maka ana berlagak tenang. Abang yang tahu cerita ni lagi la cuak. Tak pe. Ana boleh survive.
Sedang ana berkira2 sempat atau tidak untuk sampai di UIA pukol 2,tiba2 Madam Beena menelefon.
“Husna, the papers are not ready yet. So the exam was cancelled.”
Subhanallah. Waktu itu tak dapat tahan air mata. Mengalir selajunya. Tuhan.terima kasih sepenuh hati. Selawat keatas Nabi ku panjat tiada henti. Tuhan.. tuhan..
Engkau terlalu berkuasa dan Penyayang..
Bas belom tiba. Pergi ke kaunter tiket Plus Liner. Katanya bas ke KL pukol 10.55pagi. okey. Sekarang tukar bas pulak. Tunggu bas,sendirian.
Cuak dan takot. Susah jugak ye.
Tak pe. Tak pe. Tak pe.
Dan akhirnya bas plusliner melintas tanpa berhenti mengambil ana di bus stand itu. Terlepas bas. Hampa dan kecewa. Bertukar kepada bas seterusnya, Sri Maju. Sayang,bas ke Kuala Lumpur baru saje lepas. Hampa. Hampa. Sedih. Kecewa. Sayu. Susah hati. Risau. Semuanya!
Akhirnya, ayahanda pulang dari Ipoh. Dan tmengambil keputusan sekali lagi ke Ipoh menghantar ana ke stesen bas. Kesian Ba’. Namun riaknya tenang. Tak nampak rase susah. Sedangkan ana tak mampu menahan hati. Mesej abang menyuruh ayahanda menghantar ana teros ke KL, ana abaikan. Tak sanggup menyusahkan mereka. Cukop. Cukop setakat ini. Ibu memandang ana sayu. Ana tahu ibu sedih dan susah hati. Pandangan mata ibu yang redup menyebabkan hati ana sebak. Ana menyusahkan ibu. Lagi dan lagi. Ana sedihkan hati ibu. Lagi dan lagi. Tiada henti ana membebankan ibu. Tapi mata ibu tetap begitu. Redup merrenung. Seolah memberi kekuatan.
Kata ibu,
“jangan susah hati. Kite selesaikan sume..”
Ibu dan ibu.. engkaulah ibu. Berat hati ana merasa susah dan payah, ana tahu lagi berat hati seorang ibu mendalami ape yang sedang anaknya rase. Ibu. Ibu.
Ana cube gembirakan suasana. Ibu jangan sedih. Jangan dan jangan. Ibu. Jangan risaukan anak ibu ni. Anak ibu dah pandai berdikari. Ibu mendekat. Ibu usap kepala. Ibu kucup lembut. Ibu kata, sabar. Ibu kata,jangan susah hati. Ibu urut jari yang terseliuh gara2 basket ball hari tu. Ibu pandang redup. Ibu kata,kuat. Ibu tahu ana sedih. Ibu tahu ana tahan air mata. Ibu tahu ana sebak. Walaupon ana tak tunjuk. Ibu tahu. Terima kasih ibu.
Dari Ipoh, teros ke Medan Gopeng. Makan tengahari di kedai Mamak kegemaran ayahanda. Kemudian kali ni bas transnasional menjadi kepercayaan. Seusai makan, mereka menghantarku ke tempat naek bas. Tepat pukol 2 bas bertolak ke Kuala Lumpur. Alhamdulillah. Setelah berat dan pelbagai ujian yang diterima, akhirnya air mata ibu terburai kelegaan. Selamat anakku. Itu barangkali dialog hati ibu. Dan ibu sekeluarga meneruskan perjalanan pulang ke Kelantan. Selamat hendaknya ibu dan keluarga.
Ape yang penting.
Kita merancang. Tapi kite jangan lupe. Allah juga sedang merancang untuk kite. Kan?
Kadang2 plan kite dah rase macam smooth je. Tapi plan allah meskipon berliku pasti adehikmat dan pengajarannya. Tiba di UIA PJ pukol 6 petang dengan keadaan hujan lebat. Syukur dan syukur.
Dan prinsipnya,serahkan segala pekerjaan kite kepada allah setelah kite merancang. Nescaya hati mudah menjadi redha. Hati tidak selalu mempersoalkan takdir Ilahi. Jangan risau. Allah itu perancang terbaek. Meskipon susah dan payah, pasti ade senangny,kan ibu? Itu pesan ibu. Dalam setiap kesusahan itupsti ada kesenangan. Pesan ibu. Makaseh. Sayang ibu. Jangan risau, meskipon hati rase berat dan terbeban dengan ape yang allah uji, tapi itulah yang bestnya hidop ni. Kalo hidop kite smooth je.. mesti tak best kan..
Same cam kalo kite maen game dan kite asyik menang. Mesti bosan maen game tu. Betol tak?
So begitulah hidop ni..
Kadang2 kite kena rase susah agar kite tak bosan untuk hidop. Kan?
Ape yang penting, sabar dan redha kunci hati yang tenang. Terima kasih ibu. Sayang keluarga. Sayang semuanya.
:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

KASIHNYA AKU KEPADA dia.

No comments:
kasihnya aku kepada dia…

beberapa orang cakap, ana ni bukan seorang yang penyayang. Kalo sayang pon nak ekspresi ‘sayang’ tu memang susah. Kalo ade pon,jarang-jarang. Itu ape yang orang kate je. Sedang ana meneliti sendiri.. agaknya betol kot. Entah. Kalo sayang gile-gile pon kat sape2 je. Terutama kawan-kawan, memang taknak ngaku. Pelik jugak. Haha.
Ego tak bertempat kate mereka. Bukan taknak ngaku. Kena ke ekspresi? Haha. Tah tak paham. Ape yang ana buat untuk anda itulah tanda ana sayang anda. Ana marah anda, itu tanda ana sangat kasih kepada anda. Ana tinggalkan anda, itu tanda ana memang kasih pada anda. Persoalan ekspresi dengan lisan, memang ana kureng sket. Haha.
Hem. Tak pe. Katalah ape saje yang ingin dikatekan.
Sebenarnya.. esok hari konvokesyen abang ana, Khalifa Taufiq Kamarudin.
Seperti yang dijanjikan, sepatotnya ana dan kakak akan ke Perak esok(160809).
Tapi memandangkan kakak ade beberapa urusan yang tak dapat dielakkan. Maka kakak tak dapat pergi ke Perak bersama ana. Nampaknya ana kena pergi sorang ke Perak untuk hadir ke konvokesyen abang ana. Erk. Macam mane ni? Ana menelefon ibu memberitahu masalah tersebut. Ibu pon mengharapkan ana datang. Abang, tentunya lebih3 lagi nak ana hadir ke majlisnya. Ana mula serba salah.
Tapi disebabkan rase kasih kepada die, ana ambil keputusan untuk pergi ke Perak.
Itu satu cabaran dan mungkin jugak kerja gile.
Kawan2 cakap,
“tak takot ke nak g Ipoh sorang? Bukan hang pernah sampai pon Ipoh.”
Itu benar. Pernah je sampai Ipoh, tapi sorang2 belom pernah lagi la. Haih.
Tapi ana bertekad. Ana akan turun Ipoh ahad nanti. Sapa nak ikot? Jom temankan ana. Haha.
Tak pe. Memang berat rase hati. So ubati hati sendiri. Nak pegi tuh mana ana tahu arah tujuan. Abang ana konvo di UTP,Tronoh..
Tak pe. Redah je. Tanda kasih sayang ana kepada dia. Hakikatnya same, ana jarang meluahkan rase sayang kepada die. Tapi ini caranya ana tunjukkan rase kasih ana kepada die. Kalo abang call, kadang2 bile nak tamatkan panggilan tu ade jugak cakap,
“I love you” Tapi jarang jugak. Kalo abang cakap pon, besenya ana gelak je. Tak pon cakap, “me too..”
Haha. Ego punya pasal.
Sebenarnya abang ana ni baru je dapat kerja di kilang terbesar di Kelantan, Rhom-Wako.
Di pengkalan chepaa.
Parents ana gembira bukan maen abang dapat keje kat kelantan.
Kata mereka,
“nanti mesti dapat menantu orang kelantan kali ni..”
Haih. Parents ana memang nak menantu perempuan orang kelantan. Menantu lelaki? Erk. Mungkin jugak. Tapi tak kesah pon. Haha. Sorang kedah,sorang johor.. menantu dari johor bakal bertambah kot. Erk,tentunya bukan dari ana la. Kakak ana. Ana tak de calon pon. Nak jadi anak yang baek. Tak maen calon2 ni. Haha. Yelah tu. Syhhhh….
Haha.
Memandangkan gaji pon tak dapat lagi… wlaopon gaji sebagai engineer lumayan seyh. Katanya nak bagi ana hset baru dengan gaji pertamanya. Tak mintak pon. Tak kesah pon.
Ok. Sebab tak dapat first salary lagi, maka untuk membina hidup baru.. seperti nak sewa rumah, beli kelengkapan rumah sewa, nak datang konvo.. semuanya perlukan duet. Abang duk umah sewa sebab perjalanan dari Pasir Mas Ke pengkalan chepaa bukan dekat. Sangat jaoh. Minyak petrol mahal eh.
Jadi untuk semua itu, die mitak pinjam duet biasiswa ana. Abang yang baek, die tak sanggup nak mintak dengan parents lagi. Sebab dah banyak kali mintak. Die rase segan kot. Ana faham. Dan ana tak rase sedih pon korbankan duet biasiswa ana. Lagipon abang pinjam je. Nanti die bayar balek. Kan? Sekarang dlaam bank duet ana ade rm90 sahaja. Untuk hidup selama 1bulan ramadhan. Perit seyh. Tapi tak kesah. Janji abang bahagia dan senang hati. Ana kene berjimat. Memang kena. Bile tengok duet dalam bank, rase gak sayu. Tapi sebab rase sayang dan kaseh tuh, anajadi tak kesah. Tak pe.. tak pe.. dan tak pe..
Walopon ana rahsiakan dari parents pada awalnya, namun hakikatnya rasie tak mampu disimpan lame2. akhirnya parents ana tahu. Reaksi mereka? Marah? Tak ade pon. Sikit pon tak marah. Mereka terharu. Mereka tak sangka ana buat macam tu. Sejak dari dulou memang dimanjakan. Tak lepas. Bile parents tahu, ana tetap tak nak parents bayar duet tu. Tak pe. Ana masih mampu hidup. Nanti ana terdesak,pasti ana mitak dari parents ana. Tapi kasihnya parents kat anak ni memang tak le blah..
Akaun BSN ditopap loaded kembali. Tapi ana tak pernah gune.
Dan tak nak gune. Belajar berdikari dan hidup susah. Belajar untuk berjimat cermat.
Memang taka de ibu bapa yang nak tengok anaknya susah hati. Itu ana tahu. Sebab itu ibu sangat susah hati bile tahu ana taka de duet. Sebenarnya ana sendiri tak kesah. Itu bukti kasih sayang ibu. Tak dinafikan. Meskipun ibu punya keinginannya yang tersendiri, namun keinginan ana lebih diutamakan. Keinginan anak2 lebih di’aulakan. Kasihnya seorang ibu kan.
Kasih sayang itu terlalu indah. Teramat indah. Jika kasih, tentu kite tak kesah untuk berkorban dan terkorban kan. Tak kesah. Betol tak kesah. Duet bukan nilainya. Duet bukan ukurannya. Biar pon diri sendiri papa kedana tak berwang, janji insane yang disayangi senang dan gembira. Itulah kaseh sayang. Kaseh dan sayang. Indah bukan kepalang. Biarpon susah dan payah, tapi demi sebuah kaseh dan syang semuanya rase mudah.
Ibu.. terima kasih atas pengorbanan yang tidak terhingga itu,
Abang.. semoga sukses selalu.. dan tahniah.
:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

idamanku. DARUL TAQWA.

No comments:
FERRARI, PIERRE CARDIN DI DARUL TAQWA.

Digosok-gosok lagi matanya. Dia seakan-akan tidak percaya apa yang
dilihatnya. Apakah aku kembali ke zaman unta, ke zaman kolot dan purba?
begitulah detik hatinya. Dikesat hidungnya yang berair dengan kertas
tisu. Kertas itu kemudiannya dicampakkannya ke tepi jalan.

"Assalamualaikum, pakcik..tolong kutip kertas itu. Nanti pakcik rugi di
Akhirat. Kebersihan itu separuh daripada iman." Bunyi satu suara di
belakangnya. Ia bingkas berpaling. Siapa berani menegurku? Aku Datuk
Dr.Johar, orang besar negara ini. "pakcik, biarlah saya tolong kutip,
sebelum Penguatkuasa Iman dan Islam datang. Nanti didendanya pakcik,"
kata budak kecil berpakaian putih dengan serban yang melilit kepalanya.
Datuk Dr. Johar membetulkan tali lehernya. Ah, kalau dia datang biar
aku sogok dengan duit ini . Siapa yang tak kelabu mata,tengok duit
merah, biru berlapis-lapis.
Namun, Datuk Dr. Johar terus hairan. Bangunan pencakar langit dengan
wajah pembangunan yang sofistikated. Ada helikopter bersimpang -siur
bergerak di udara. Railbus bercerakah ke sana sini. Bullet train
meluncur bagaikan panah dilepaskan dari busurnya. Kesibukan yang layak
dipikul oleh manusia-manusia moden. Namun peliknya, pakaian mereka,
tingkah-laku mereka...Ah, di mana aku sekarang ini, gerutu hati
Datuk Dr.Johar.

"Hoi budak, Aku dimana sekarang ?" soalnya kepada budak yang menegurnya
tadi. Budak itu tersenyum. Mukanya cerah dan indah. Tenang dan bersuara
lunak. Apakah ini Aladin, budak Arab dengan lampu ajaibnya: teka-teki
itu terus menerjah kepala dan kotak fikir Datuk Dr. Johar. Budak itu
membuka mulut hendak menjawab. Belum sempat,tiba-tiba datang sebuah
kereta jenis Ferrari, merah dan bercahaya. Keluar dua orang lelaki
dengan pakaian yang hebat dan segak.Serban mereka berwarna hitam
berjalur biru.

"Assalamualaikum....Maaf, pakcik. Kami terpaksa mendenda pakcik.
Kesalahan membuang sampah ini sudah belasan tahun tidak berlaku di
Darul Taqwa ini. Kami terpaksa mendenda pakcik. Kebersihan itu lambang
iman. Negara ini menitikberatkan iman....Pakcik didenda, 30 kali
subhanallah, 30 kali astaghfirullah dan selawat 100 kali."
Kata pegawai penguatkuasa itu dengan lembut. Datuk Dr. Johar tersentak.
Apa namanya undang-undang ini. Tak ada dewan bandaraya di seluruh
pelusuk dunia mengamalkannya. Dia tercengang-cengang. Namun egonya
membumbung tinggi.

Apa? Dia nak marahkan aku? " Ni duit lima ratus. Saya tak mahu buat
apa yang kamu minta. Kita selesaikan di sini saja. Berapa gaji yang
kamu dapat sebulan?" tanyanya angkuh.
"Pakcik, kita bekerja kerana Allah, bukan kerana gaji. Lagipun duit
bukan ada harga lagi di zaman ini. Semuanya dipandang sebagai alat,
bukan matlamat," kata pegawai berjanggut dan berjambang itu dengan
tenang.
"Oh, oh .... maafkan kami, pakcik. Kami nak tanya sikit, kenapa pakcik
pakai pakaian zaman dulu? Mana pakcik dapat pakaian macam itu ?" Tanya
pegawai itu pula. Aku yang gila, atau dia yang gila? Detak hati Datuk
Dr. Johar. Dia berjalan ke arah kereta Ferrari yang berkilat itu.
Melalui cerminnya dia nampak perawakannya dengan jelas. Tak ada yang
salah. Tali leher, kemeja dan kotnya masih kemas dan segak. Daripada
jenama yang mahal pula - Pierre Cardin. Kasutnya hitam berkilat
daripada jenis Bally. Ah! Aku masih unggul. Lelaki tampan, lambang
status dan kejayaan. Dia yang kolot, dia yang ketinggalan zaman.

"Anak muda, pakaian pakcik ni pakaian pemimpin. Pakcik orang besar di
negara ini. Pakcik dah keliling dunia dengan pakaian ni. "

"Pakcik, itu pakaian puluhan tahun yang lampau. Ketika Islam belum
berdaulat di Darul Taqwa ni. Moyang -moyang kami dulu saja yang
pertahankan pakaian macam itu. Itu pakaian orang kuno di Barat.Sekarang,
kami hanya dapat lihat gambar-gambarnya saja. Itupun dalam buku sejarah
zaman peralihan Islam. Orang Barat zaman moden ini dah berpakaian macam
yang kami pakai. Tak ada orang yang pakai macam tu kecuali orang-orang
bukan Islam yang dijamin kebebasannya dalam sebuah negara Islam seperti
darul Taqwa."

Datuk Dr. Johar termanggu-manggu kebingungan."Di mana aku sebenarnya
ni?" Dia bertanya lagi kepada pegawai penguatkuasa dan budak kecil di
tepi jalan. Dia masih kenal, Ini Jalan Chow Kit ditengah bandar Kuala
lumpur. Masih ada Masjid Pakistan dan Masjid Kampung Baru di sebelah
sana. Tetapi itu sahaja, yang lain tak ada.

"Pakcik di bandar Mutmainnah. Ini jalan Mujahadah, namanya. Saya Haji
Din,Pegawai Penguatkuasa Iman dan Islam. Diberi amanah untuk memastikan
kebersihan lahir batin bandar ini.

"Apa? Bandaraya Kuala Lumpur dah jadi Bandaraya Mutmainnah? Jalan Chow
Kit dah jadi jalan Mujahadah? Apa dia mutmainnah? Apa dia mujahadah tu?
Apa yang terjadi ni? Soalan-soalan itu terus menyerang benak Datuk
Dr. Johar.

"Pakcik, kami rayu pakcik membayar denda tadi. Kalau tak boleh sekarang,
lepas sembahyang nanti pakcik laksanakanlah. Demi kebaikan pakcik dunia
dan Akhirat..."

Tiba-tiba terdengar suara orang memberi salam dari jauh. Nyaring dan
jelas. Seorang lelaki pertengahan umur seorang kepada pegawai
penguatkuasa.

"Tuan, hukumlah saya. Saya mengumpat tadi. Ya Allah ! seksa Neraka amat
pedih..Tolonglah, tuan. Hukum saya di dunia sebelum saya di hukum di
Akhirat!" rayu lelaki itu. Pegawai tadi berpaling ke arah lelaki yang
baru datang, dan kesempatan itu diambil oleh Datuk Dr. Johar. Ia lari
sekuat-kuat hati.Peliknya mereka tidak mengejarnya. Ia terlepas...Lega.
Dahaga, lapar mula menggigit tekak dan perutnya. Dia mesti makan.Dia
perlu minum. Tapi di mana? Tiba-tiba ia terdengar suara komputer dari
sound system di tepi-tepi jalan :

"Assalamualaikum, kepada seluruh penduduk Kota Mutmainnah. Syed Al
Abrar, hartawan besar berada di jalan Uwais Al Qarni. Dia merayu fakir
miskin supaya sudi menerima sedekahnya. Hari ini ia menjamu nasi dan
minuman. Sila datang!"

Datuk Dr. Johar orang besar Darul Ghurur itu tidak akan mencemar duli
menagih nasi. Dia ada duit, mampu membelinya sendiri. Dia pun masuk ke
sebuah restoran di tepi jalan. Di situ penuh dengan pelanggan. Semuanya
berserban dan berjubah.Matanya tak betah lagi melihat semua itu.Tapi
kerana lapar ia masuk juga.

"Maaf tuan, itu pintu masuk untuk wanita. Di sini untuk lelaki."
"Ceh! Diskriminasi, doubel-standard, lelaki dipisahkan daripada
perempuan."Mukanya dicemekkan kepada tuan kedai yang menegurnya.
"Ada restoran lain yang mengamalkan persamaan taraf antara lelaki dan
perempuan? Saya tak suka pemisahan -pemisahan macam ni"

Lelaki itu tersenyum. "Empat puluh tahun yang lalu adalah.Sekarang ni
kita sudah bebas dan merdeka. Zaman penjajahan fikiran dan jiwa sudah
berlalu. Tak ada diskriminasi wanita di sini, tuan. Amir Muhammad,
pemimpin Darul Taqwa telah menaikkan taraf wanita tanpa Women's Libs.
Kalau tuan ada isteri dan membawanya bersama, sila masuk ke sana. Di
sana ada tempat khusus untuk makan bersama isteri dan anak perempuan,"
terangnya. Mukanya jernih.Serban dan jubahnya serba putih.

"Ini bertentangan dengan prinsip demokrasi. Sistem pemerintahan
kapitalis, sosialis, nasionalis malah komunis sekalipun tak macam ni..."
"Masya-Allah pakcik, jangan disebut lagi nama-nama ideologi tu. Semuanya
telah termaktub sebagai ajaran-ajaran sesat dalam perlembagaan Darul
Taqwa ini. Tak ada orang lagi orang yang berpegang dengan fahaman
jahiliyyah tu...Subhanallah...." Keluh tuan restoran itu sambil
mengurut-ngurut dadanya. Ekor serbannya bergoyang-goyang ketika ia
menggeleng-gelengkan kepalanya.

Ah! Persetankan semua itu. Perut aku lapar. Datuk Dr. Johar pun masuk.
"Nasi beriani sepinggan !"ujarnya kepada pelayan. "Dalam pinggan, tuan?"
tanya pelayan itu kehairanan.
"Ya, Apa peliknya ?". "Baik,tuan.Tapi semua orang berebut-rebut pahala
makan berjamaah. Tuan makan seorang ?" tanya pelayan berkulit hitam itu.
Dia tambah geram.direnung ke hadapan, iaitu ketempat orang menikmati
makanan.Tidak ada meja makan hanya hamparan permaidani tebal dengan
dulang-dulang indah yang tersusun rapi. Mereka makan satu dulang. Yek!
Jijiknya. Ah! Aku tetap aku. Aku ada pendirian! Nasi beriani dengan
ayam goreng kegemarannya terhidang di atas kain putih khas.
"Jemput makan dengan nama Allah yang memberi rezeki." kata pelayan itu
dengan sopan. Datuk Dr. Johar makan dengan seleranya. Dewan makan itu
berhawa dingin lengkap dengan alat TV dan pita videonya sekali. Dia
makan seorang diri bagai kera sumbang.

" Ya Allah, apa musibah yang menimpa ana Subuh tadi. Ana masbuk dalam
sembahyang jemaah Subuh, " ujar seorang lelaki muda dengan wajah yang
kecewa. Suapnya perlahan. Macam tak lalu makan saja

"Anta tak cuba tampung dengan amal makrufat yang lain ?"tanya sahabatnya
di sebelah.Dia nampak simpati. Datuk Dr. Johar pasang telinga saja.
"Ana nak sedekahkan lima ribu ringgit ...malang nasib ana. Ana tunggu
lima jam di tepi jalan tadi, seorang pun tak mahu terima sedekah ana "
Keluhnya. "Susah kita sekarang. Orang miskin yang bolot pahala redha,
pahala sabar. Mereka patutnya bantulah kita.Tolonglah terima sedekah
kita.Ah, susahnya jadi orang kaya macam kita ini. Dahlah nanti di
Akhirat banyak hisabnya, Di dunia orang tak sudi pula terima sedekah
kita.Oh...!" keluh seorang yang sama-sama makan dengan lelaki muda
tadi."Kalaulah kita hidup zaman moyang kita dulu, kan dapat kita
korbankan harta yang banyak ini. Saya pun dapat harta ni melalui warisan
daripada bapa, yang diwarisi oleh datuk saya daripada moyangnya. Kita
tunggulah bila kerajaan nak bangunkan projek negara atau nak gunakan
duit untuk kemaskinikan kementerian-kementeriannya.... saya nak labur
habis-habisan. Biar jadi saham Akhirat," kata pemuda itu menutup
perbualan. Mereka pun makan dengan perlahan -lahan.

Datuk Dr.Johar makin pelik. "Tambah nasi sepinggan lagi!" ujarnya kepada
pelayan restoran. "Demi kesihatan tuan, saya nasihatkan ... berhentilah
sebelum kenyang.Maaf tuan saya terpaksa mengatakan demikian. Saya
pelayan kedai merangkap pegawai perubatan ...," kata pelayan itu lagi.
"Apa? Awak pegawai perubatan? Seorang doktor ke? Kelulusan luar negeri
atau dalam negeri? Awak sepatutnya bertugas di hospital, bukan di
restoran!" bentaknya. Marah campur geram.

"Tuan, mana ada hospital sekarang.Yang ada khusus untuk bayi,
kanak-kanak dan wanita, juga para mubaligh dan mujahid yang cedera
ketika berjuang. Tuan, kalau tuan amalkan makan hanya bila lapar dan
berhenti sebelum kenyang, tuan akan sihat, insya-Allah. Kita tak
perlu hospital!"

"Bodoh, kalau macam tu, macam mana nak rawat pesakit kencing manis macam
aku ini?" leternya perlahan-lahan.
"Penyakit kencing manis? Tuan menghidapnya? Saya ada baca buku perubatan
edisi tahun 1990 dulu. Sekarang penyakit tu dah tak ada siapa
menghidapnya.....". "Batalkan saja oder saya tadi, banyak sangat cakap,
boring. saya perlu hiburan sekarang ...Di mana boleh saya dapati?"
tanyanya.
"Di sana, tuan. Melalui butang pada sistem komputer di sebelah sana,
tuan boleh dapat apa saja hiburan yang menyegarkan. Tak payah risau
pasal bil. Percuma." Datuk Dr. Johar, orang besar negara, melangkah
hebat ke tempat yang ditunjukkan. Berbagai -bagai butang dengan bermacam
warna berkelip-kelip. Sangat rumit tapi kekeliruan itu dapat
disembunyikannya. Dia malu kalau-kalau dengan pakaian jenama Pierre
Cardinnya ia masih kelihatan kolot..
Entah di mana falsafah moden Datuk Dr. Johar. Pada pakaiannyakah, atau
otaknya? Diberanikan hatinya; satu butang warna hitam ditekan. Dalam
skrin timbul tajuk besar-KHAUF.
Apa bendanya ni? Kemudian menyusul nama-nama lagu:
MATI ITU TERLALU SAKIT,ALAM BARZAKH YANG PASTI, MIZAN NOKTAH PENYESALAN,
IZRAEL DATANG TIBA-TIBA Oh...Oh ... seram sejuk tubuhnya.

Apa nama lagu macam ini? Biarlah menaruh harapan sikit. Hatiku macam
kristal, boleh pecah denganlagu-lagu macam tu. aku belum nak mati lagi,
protes hati Datuk Dr.Johar. Dia beralih ke butang hijau tanpa lengah
terus menekannya.Tertera di atas skrin komputer:'RAJA'.kemudian
tersembul tajuk-tajuklagu. Dibacanya dengan teliti... FIRDAUSI
MELAMBAIMU, DEMI CINTA DAN RAHMAT-NYA, KEINDAHAN JANNAH YANG ABADI

Kepala datuk Dr. Johar makin pusing. Semuanya tentang Akhirat. Apa nak
jadi ni? "Tak ada lagu yang hot sikit ke?" tanyanya kepada seorang anak
muda berjubah coklat di sebelahnya. "Nanti ya pakcik . Saya pilihkan
lagu yang paling hot sekarang ni.Top-hit anak-anak muda sekarang..."
"Ya, ya saya setuju," balas Datuk Dr. Johar.Telinganya dihalakan kepada
sistem suara di dinding restoran itu. Dia ingin dengar lagu-lagu
kegemaran muda-mudi daerah asing itu. Ayat suci Al-Quran bergema...

"Eh ...ni suara orang mengaji," "Nanti dulu pakcik,selepas ni ada
terjemahannya kemudian baru menyusul lagunya," kata pemuda berjubah
cokat itu smbil matanya di tutup rapat-rapat. Asyik sekali dia. Kemudian
getaran suara bergema .... Cintaku berlabuh di persada rahmat-Mu
mendamba kasih yang tidak berhujung mengutip sayang di hamparan cinta
suci. Inilah getaran hatiku memburu cinta.......stanza hati merindu
Ilahi!"

Datuk Dr. Johar tak tahan lagi. Ia merengus dan pergi ke kaunter
bayaran.
"Maaf tuan, duit ini duit lama. Kalau tuan tak mampu bayar kami
halalkan sajalah ..." Datuk Dr. Johar makin geram. Dia menderam dan
berkata " Saya bayar dengan kad kredit saja!" Dia hulurkan kad kredit
warna keemasannya. "Maaf sekali lagi, tuan. Kad kredit ini bukan yang
boleh kami terima, kami halalkan sajalah." "Tak, pantang saya minta
sedekah. Saya ada harta simpanan berbungkal-bungkal emas di bank.Takkan
saya nak bawa, nanti disambar pencuri." " Darul Taqwa tak ada pencuri,
tuan. Pencuri terakhir telah dipotong tangannya 30 tahun yang lalu
ketika minta dihukum di hadapan hakim kerana takutkan seksa Neraka."

"Ah, aku tak nak dengar semuanya. makin gila aku dibuatnya," pekik
Datuk Dr. Johar lantas meluru keluar dari restoran itu. Di luar,semua
pandangan menyakitkan hati. Mengapa orang kolot ini mentadbir teknologi
begini tinggi. Pemandu bullet train berserban merah tersenyum kepadanya.
Pilot helikopter dengan tulisan'MAKRUFAT AIR TRANSPORT' sibuk dengan
urusannya. Di seberang jalan tertegak papan iklan dengan tulisan yang
jelas :"KELUARGA BAHAGIA GEMBIRA DENGAN SUNNAH". Di papan itu terpampang
gambar seorang lelaki dan perempuan berserta anak-anak meraka.
Semuanya berserban, berjubah dan berpurdah. Isy,meluatnya!Di jalan-jalan
raya suasana meriah dengan salam dan senyum. Baginya,semua itu
seolah-olah menyindir dan mengejek.

Kenapa jadi begini? Kenapa? Kenapa? Kenapa? Mengapa? Mengapa? Mengapa?
Datuk Dr. Johar tiba-tiba menjerit. Tekanan dalam jiwanya yang kian
tersumbat itu tiba-tiba meletus.

"Datuk..!Datuk..! Bangun, Datuk. Ada berita buruk !" Datuk Dr.Johar
bangun. Ia tertidur sewaktu menunggu keputusan pilihanraya hari itu.
"Kenapa? Parti kita kalah? Aku kalah? " tanya Datuk Dr. Johar.
"Tidak, Tuk. Rakyat bangun memprotes. Mereka tak mahu demokrasi.Mereka
tak mahu pilihanraya..."

"Habis, mereka mahu apa?"
"Mereka mahu Islam, Datuk!"
"Islam ? " keluh Datuk Dr. Johar. Digosok-gosok lagi mataya.

ISLAM adalah tertinggi...tiada yang lebih tinggi melainkan ISLAm...
ISLAM itu agama Allah, agama Allah PENYELAMAT UMMAH... MAka
ISLAM PENYELAMAT UMMAH...
:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

allah knows BEST

No comments:
ALLAH KNOWS BEST

Allah knows what's best for us,so why should we complain,

We always want the sunshine,But He knows there must be rain.

We always want laughter, and the merriment of cheer,but our heart will
lose their tenderness,If we never shed a tear.

Allah tests us often, with suffering and with sorrow,He tests us not
to punish us, But to help us meet tomorrow.For growing trees are
strengthened if they can withstand the storm,and the sharpness of
the chisel gave the marble its grace and form.

Allah test us often and for every pain He gives us,provided we are
patient, Is followed by rich gain

So whenever we feel that everything is going wrong,It is just Allah's
way to make our spirit strong.
:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Saturday, August 15, 2009

finished it!

No comments:
Finished it.

Jumaat.
Hari terakhir HEALTH AND FITNESS WEEK.
Skurang2nya mampu menarik nafas lega.. Lepas ni takk ade lagi nak terperap di AMF. Dah jadik macam ayam perap dah.. haha.
Dah tak ramai orang yang datang. Yang ramai pon datang ke booth bekam dan sabun2. mungkin sebab hari ni hari jumaat. Maka, manusia lebih suke berada di bilik, menambah amal ibadat di sayyidul Ayyam ni. Kan? Kenapa tidak. Hari ni adalah kepala bagi segala hari. Ana paling suka hari Jumaat. Tak tau la kenapa. Sebab esok cuti? Haha. Mungkin. Tapi kalo hari jumaat je, hati rase tenang semacam je. Rasa lepas beban dunia. Ye ke. Haha.
Anyway, hari ni jugak hari bulletin MEDCY first edition dikeluarkan. Namun, komitmen tak mampu ana beri sepunuhnya. Sebab berada di AMF. Mintak tolong rakan2 seperjuangan pon, ramai yang punya komitmen laen. Tak pe la. Ok je.
Sekarang. Ape yang ana dapat dari program seminggu yang infiniti kepenatannya ni..??
Ok. Banyak. Sangat banyak. Antaranya. Dalam kesebukan ni, kite mampu berfikir dengan lebih aktif. Contohnya, dalam satu masa, kite akan memikirkan banyak perkara. Dan kite kena setelkan pelbagai masalah yang timbul. Pemikiran menjadi kreatif. Ape yang paling penting, ketenangan dan diplomasi dengan hikmah dalam menyelesaikan masalah. Then. Ukhwah. Memang. Persaudaraan antara orang yang tak pernah kite kenal. Dan tak pernah terbayang akan kenal pon. Tapi bile buat kerja, skurang2nya ade dasar untuk menjadi rapat dan kenal. Itu bagos. Skop dakwah menjadi luas secara positifnya. Selain itu. Kite sbg tempat rujukan. Kenapa perlunya campur tangan anda? Yes. Ana maksudnya orang yang mempunyai pengetahuan tinggi dalam agama. Seperti Ustaz Muntaqim itu sendiri. Ustaz Asyraffuddin. Ustaz Sidqi. Kenapa tidak. Ramai yang mengambil fatwa dan pendapat dari meeka. Inilah pentiingnya campur tangan mereka. So, secara tidak langsung, proses meng’islamisasi’kan UIA berjalan. Walaopon mungkin tisak secara menyeluruh. Namun itu lebih baek daripada anda berada di bilik. Mengutuk mereka. Dan sedangkan anda tidak berbuat ape2. itu jaoh lebih terok dan busok.
Smile dan peace.
Ok. Tak pe. Banyak bende yang kite dapat. Kalo nak membezakan suasana dengan mantan tempat belajar ana, DARUL QURAN. Terlalu jaoh. Ye.tentu. sebab kata seorang sahabat ana sewaktu ana cube membandingkan DQ vs UIA.
“mana mungkin husna membezakan UIA dan DQ. Kerana itu adalah due benda yang berbeza. Tak dapat dibezakan.”
Mungkin. Tak patot sekiranya setiap aspek ana mahu bezakan DQ vs UIA.
Tapi, benda yang ketara yang jelas ana nampak. Adalah. Haha. Suspend.
Tentunya ketepatan masa.
Kalo kat UIA, setiap meting pasti berjalan ikot mase. Progeam yang dijalankan memang sharp pada time yang dijanjikan. Ye ke. Contohnya ade meting pukol 9.15 malam. Memang meting akan bermula. Nak kata tentang DQ? Tak pe lah. Simpankan saje. Hanya ana dan dia yang tahu. Ok.
Namun begitu, dari segi objektif dan matlamatnya,ia failed.
Bukan nak kondem program kelolaan sendiri. Tidak. Ini program medcy. Programme manager nya, ana dan Raja sendiri. Takkan nak kondem kot. Haha.
Tapi hakikatnya, ana lebih suke program yang jelas objektifnya. Ya,setiap perkara tentu ade objektifnya. Namun, sejaoh mane keberkesanan objektif itu dan kesan positifnya dalam jangka mase panjang dan jangka mase pendeknya. Paham tak? Maksud ana. Kat DQ, setiap program yang dianjurkan mestilah komplit dengan objektif yang memberi kesan bukan hanya untuk waktu sekarang,malah waktu akan datang. Harap paham. Berbelit ayat ana kan. Dan sekali lagi,ana tak mahu mengutuk ataupun mendedahkan aib di pihak yang satu lagi. Namun hakikatnya. Kedua2nya pasti mempunyai kelebihan dan kekurangan msing2. dan ana pula menilai dari perspektif ana sebagai manusia yang lemah dan hina nih. Oh. Jangan marah kepada pihak yang terlibat ataupun tidak.
Keluar dari bilek seawall pukol 10 pagi dan kembali smula untuk solat asar. Memang penat. Tapi adil sebab semua orang penat. Sume orang punya objektif yang tersendiri dan mempunyai role yang tersendiri dalam program kali ni. Oh, program pertama ana di UIA. Walopon hakikatnya ana hanya Pemberi Masalah. Haha.
Tak pe. Kata seorang ustaz. Proses mengislamisasi dan mentarbiah itu tidak mengambil mase 2 hari mahupun seminggu meskipun 10 tahun lamanya. Proses mengislamisasikan dan mentarbiah itu harus berjalan seiring dengan masa. Sentesa. Berterusan. Continuosly. Paham> that’s mean.. bukan sekadar seminggu sahaja islamisasi ini dibuat dan dijalankan. Namun ia wajib dibuat secara berperingkat. Dan harus berterusan. Jangan pernah berhenti. Ubah dan islamisasikan sedikit demi sedikt. Lama2 usaha itu akan kelihatan dan insya Allah akan ade pewarisnya nanti yang akan menyambung proses pengislamisasikan UIA. Hahaa.
Jangan marah. Mungkin post ana semakin hari semakin “comel” atau perkataan yang lebih tepat, MATANG. Nak kate ana dah berubah matang. Rasenya masih belom spenuhnya. Haha. Tak pe. Sedikt3. haha. Kan proses mentarbuah itu dilalui secara berperingkat. Kan? So. Doakan ana. Supaya proses pengislamisasian dan pentarbiahan yang ingin ana cube bawak sedikit demi sedikit berjaya. Jika tak mampu mengubah dunia sekalipon, ia skurang2 nya memberi kepuasan kepada diri sendiri. Skurang2 nya bile ditanya Allah tentang tanggungjawab, kite telah melakukan sesuatu. Lebih baek daripada kite goyang kaki dirumah dan lebih terok ade pihak yang mengutuk orang laen yang memperjuangkan dakwah. Sedangkan die tidak berbuat ape2. mulut je lebih. Ini taka de kena mengena dengan sesapa pon. Peringatan kita bersama. Jika anda tak mampu melakukan perkara yang besar untuk islam, maka buat lah perkara yang kecik. Skurang2nya anda berbuat sesuatu. Itu lebih baek berbanding dengan menonton dan memberi komen. Kan? Ok.
Namun ana tak nafikan ana sendiri membuat kesilapan. Terover. Terlebih. Termengada-ngada. Tu lah. Manusia. Yang lemah dan seringkali lupa. Itulah ana. Mungkin tidak anda. Tak pe. Tapi itu ana. Lemah. Lemah. Dan lemah. Sekiranya ade teguran mahupun nasihat. Dialu-alukan. Bukan di sini. Boleh dihantar ke email ana. …husna_taqwa@yahoo.com.
Bilhikmah..i;allah.
Semoga teguran yang diterima mampu mengubah diri sendiri menjadi lebih baek. Secara positifnya.. selagi tidak ditegur,selagi itu ana merasakan apa yang ana buat adalah betol. Ops. Tak jugak. Ana tahu ana ade membuat silap. Ade. Memang ade. Sedar. Memang sedar. Tak pe. Ana tetap alu-alukan teguran anda semua. Silakan.
Ok. Sekarang ana dah makin matang. Ye ke? Hakikat. Post ana semakin berubah kan.
Haha.
Takpe. Ana memang suke melakukan perubahan. Sekarang pon dalam proses melakukan perubahan lagi. Tunggu. Tungu perubahan akan datang. Dan doakan perubahan ana semakin baek dan semakin memberi kebaekan kepada agama yang ana dan anda pegang. Kite perlukan perubahan kan? Seperti mana kereta proton saga diubahsuai sejak ia dikeluarkan zaman dahulu kala lagi. Sehingga sekarang, proton saga pon masih diubah suai. Menjadi semakin baek mungkin. So, manusia pon same sahaja. Perlukan ubah suai. Mengikut keadaan semasa. Jika dulu proton saga lame sesuai di zaman datuk dan nenek kite. Sekarang proton saga baru lebih bermakna untuk zaman sekarang. Begitu jugak ana. Dan mungkin jugak anda. Lakukan perubahan. Tentunya menjadi lebih baek. Ubah. Sedikit demi sedikit. Minggu depan bulan Ramadhan. Peluang semakin besar untuk berubah. I’allah. Same2 mengubah diri kea rah yang lebih baek. I’allah. Doakan ana. Doakan dia. Dan doakan anda jugak.
Ok. Jumpe lagi.
Salam kemesraan.
:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Thursday, August 13, 2009

HnF

No comments:
Huuu..
Orang kata, ikot hati mati, ikot rase binasa,kan?
Ikot iman selesa. Kan?
Ikot la quran dan sunnah pasti berjaya.
Ok.
Itu hanya pendahuluan.
Ni minggu health and fitness week.(hNf)
Penat.
Tak pernah ada kat bilik.
Jarang.
Ibu suro tempah tiket ke Makassar pon tak sempat.
Sori ibu.
Mungkin ketidaksempatan itu kerana khilaf diri sendiri sebab tak pandai nak divide mase. Itu hakikat. Perdana menteri lebih banyak benda beliau nak buat. Dan beliau pon mempunyai 24 jam. Sama seperti ana. Dan sama seperti anda. Tapi beliau sempat je..
Seawall jam 8 pagi rutin hidup bermula. Tak smepat nak tidur lepas subuh. Itu satu perkembangan yang baek. Tidur lepas subuh sempitkan rezeki. Ibu selalu pesan, “jangan”
Dulu kat dq memang pantang tidur lepas subuh. Kalo penat sangat pon mesti tunggu dhuha dulu. Tapi skrang ni.. huh. Biar lah rasie.
Ok.
Perjalanan program.
Setiap hari ade pameran dan game di AMF Hall.
Ade beberapa booth dari orang luar speerti bekam,Rakan Muda dan sabun mengkudu. Haha.
Ops.. kire cam besar jugak la kan exhibition ni. Kan?
Ok.
Apa yang ade?
Ade gusti lengan,baling selipar,bowling,basketball,batu seremban dan teng-teng.
Sebenarnya exhibition ni nak dedahkan tradisional la sket.
Ade satu bilik dijadikan seperti kampong. Sangat menarik!
Ok.
Sebut basketball ni terpandang jari telunjuk ana belah kiri yang sampai sekarang “tak berfungsi’. Tak boleh straight kan..tak boleh bengkokkan.
Gara2 bermaen basketball.
Sapa suro cari pasal.
Dah la tangan kiri. Sebagai orang kidal,ia memang menyeksakan.
Oh,saket skali.
Anyway,thanks kawan2 yang amek berat.
Zaleha,Nabilah,Nik Aina,Dafni,Aimi.
Ya,dikelilingi dengan bakal2 doktor tak susah. Senang hati. Diurut dan dirawat.
Oh,tak lupe committee Medcy terutama Kak Mira dan tak lupe Afiq. Thanks for the taking care. Betol ke? Ah,biar!
Sewaktu cube untuk mengislamisasikan exhibition sangat susah. Bukan. Tak ade niat nak ubah plan yang dah dirancang dengan susah payah oleh PIC sekalian. Cume memang rase bertanggung jawab. Lebih2 lagi ditaklifkan sebagai PM. Haha. Pemberi Masalah.
Tak pe. Panggil dan labellah ape saje yang anda suke.
Pertama,gusti lengan bagi sister dihazafkan. Atas dasar2 tertentu. Memikirkan maruah dan masalah ikhtilat yang mungkin akan berlaku. So,lebih baek mencegah dulu. Antara hokum yang tak disepakati, kan ade. Bile kite tahu benda tu mampu menyumbang kepada maksiat, awal2 lagi kite mesti menghalang jalan ke arahnya. Ape name nya ye? Ana lupe. Tengok buku syariah. Antara tujuh hokum yang tidak disepakati.
Banyak halangan. Tapi akhirnya terpampang jugak “BROTHERS ONLY” kat meja arm wrestling tu. Walopon pada awalnya hamper berputus asa. Tapi alhamdulillah. Ketua ana, Raja Syahmi memang support ana 100%. Apa saje dia sentesa sokong ana. Terima kaseh,Raja.
Best jugak kan. Boleh kenal rmaai orang. Gembira. Tapi kepenatan tak mampu nak cerita. Masih belum bertentang mata dengan Emielia sejak balek konvo dari DQ. Apalagi untuk makan bersama. Sorry Emielia. Sorry semua.
Itu maybe boleh dipertimbangkan.
Tapi bagaimana dengan kerja dakwah yang dah tergendala…?
Mesej2 persoalan dakwah yang diterima pon tak mampu dibalas.
Elok ke?
Sebuk sehingga terabai tugas utama yang menjadi kewajipan.
Rasa bersalah.
Sangat.
Maaf kepada pihak yang terlibat.
Memang betol.
Kat mana2 pon ade saje jalan dakwah dan uslub dakwah.
Walopon tak mampu bertindak secara rasmi,namun tetap cube menerapkan unsur2 dakwah dalam kerja MEDCY.
Semoga difahami dan memahami.
Semoga mudah dan dipermudahkan.
Insya allah.
Sekarang, masih tinggal 2hari saje lagi exhibition ni.
Dan semalam ade talk tentnag H1N1. Best. Dapat ilmu baru. Pendedahan tentang H1N1.
Waa.. walapun dalam program ni ditaklifkan memegang Publication dan Promotion, namun entah macamane boleh jadi “asher”. Melayan Doktor jemputan, Dr. Prema Rajendran dan Anak perempuannya, Gayathiri.(ehem..ehem..kami paham..)
Ustaz Muntaqim kate, taka de doctor Islam di PJ yang boleh beri talk tentnag H1N1. So, kite meh pakat2 ramaikan doctor islam di Malaysia yang berstatus sebagai agama rasminya adalah ISLAM.
Ok.
Best cakap dengan Gayathiri ni. Speaking berabuk seyh. Waaa.. Ana pun terpaksa speaking walopon tak terror pon nak ber’speaking’. Lantak je lah. Sementara committee lelaki melayan Dr. Prema,ana sorang yang melayan anaknya. Bengkak hati gak rase. Sebab pada awalnya niat nak g talk kejap je sebab nak balek study Math. Ah, habes rosak plan gue. Dok depan skali canne nak kua. Nak tinggal tamu plak tuh. Tak sopan. Si Programme Coordinator plak macam harapkan ana je layan tamu nih. Ceh, tetiba macam tak iklas. Haha.
Iklaskan hati. Baru dapat balasan baek. Jangan tiru aksi kurang sopan k.
Haha
Ok la. Dah azan maghrib. Time ni je ade mase nak menulis. Ni baru abes kelas math. Hujan lebat. Sir Azrul best sangat. Huhu. Tengkiu sir for ur support and encouragement. Hem.. malam ni ade meeting dengan geng Pub & Info. Untuk buat buletin yang akan dikeluarkan berkala setiap 2 minggu sekali. Moga2 dakwah billisan ni mampu memberi pulangan indah untuk mereka (Kak Mira,Afiq especially Raja dan tak ketinggalan diri ana sendiri,kan?) di akhirat nanti. Mungkin skrang usaha itu dipandang remeh. Artikel? Buletin? Tapi itu lebih baek dari tidak berbuat apa2. kan? Sekurang2nya kite semua menunjukkan usaha untuk melakukan amar maaruf dan nahi mungkar, kan?
Semoga usaha ni menjadi satu titik kemajuan untuk Medcy di”islamisasikan” dan meng’islamisasikan’ CFS IIUM nih. Best kan? Insya allah. Nampak senang. Namun hakikat yang pahit nak telan, jalan menujunya pasti susah dan berliku. Malam ni entah kol baper mampu berada di bilik semula. Itulah bebanannya. Tak pe lah. Yang penting ade niat yang baek dan matlamat yang pasti fi mardhotillah, kan? Hem..azan dah habis pon.
Panjang lagi nak story. Tak pe lah. Sambung laen kali.
Insya allah.
Salam.
12 ogos
1924
:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Monday, August 10, 2009

No comments:
Alhamdulillah.
Ibu dan keluarga sampai di DQ pukol 1.30 petang. Tepat pada waktunya.
Jam 2 petang,kami berarak menuju ke dewan muktamar dari auditorium sheikh mohamad noor.
Sebak gak time berarak tu.
Dalam hati terdetik..
“akhirnya konvo jugak walau macam2 ujian..”
Huhu.
Perjalanan majlis alhamdulillah lancer walopun pada awalnya masalah teknikal melanda sket. Bese la tu.
Seusai majlis,berpeluk erat dengan ibu dan ayahanda tersayang. Ibu menangis. Ye,itu ana tahu. Dia sangat gembira. Ana puas. Ini hadiah untuk ibu dari ana. Istimewa untuk ibu. Ana takmampu nak buat ape lagi menghargai jasa ibu. Hanya sedikit pengorbanan ana menghadiahkan kejayaan kepada ibu.. sedangkan pengorbanan ibu terhadap ana lebih dari semua itu.. terima kaseh ibu. Kasihmu membawaku ke syurga. Terima kasih.. terima kasih ibu..
Bertemu dengan adek beradik. Seperti biasa. Gembira. Anak saudara dari jauh menjerit2 memanggil makciknya. Syahdu. Rindu mereka. Lantas Munir memelukku erat. Oh,munir sangat rapat dengan ana. Itu tak dinafikan. Sayang munir.
Kemudian makan2 di ekspo dan waktu tu ana sebuk uruskan semua urusan. Tak sempat pun makan. Kebetulan ana nak balek KL malam tu jugak. So mintak tolong spupu ana, Baihaqi,GEN 10 IQRaC hantaqrkan jubah ana. So,sape2 yang ternampak ana berjalan dengan dia waktu konvo tuh harap tak de fitnah la ye. Kami sepupu. Ok. Dengan hujan yang membasahi bumi DQ menjadikan keadaan bertambah sayu. Mungkin ini kali terakhir ana disini. Sadis.
Mesej dari Abang Ki menyayukan lagi hati. Sebenarnya,abang ki the most wanted person yang janji nak datang konvo ana. Dah lame die janji. Tapi sebab isteri die baru bersalin,so ana pon paham. Walopon pada mule2nya ana memberontak. Abang dah janji. Abang mungkiri. Abang tak sayangku lagi!
Tapi kasih soransg abang dapat ku rase dari hati. Betapa beliau menceritakan kekesalan dan kebersalahan beliau tidak mampu untuk hadir ke konvo ana kepada ibu. Ibu kate,abang cakap,
“harap2 dekna tak sedih. Abang sayang je die. Harap dia paham. Ibu tolong bagitau die ye. Kalo dekna nak abang pegi jugak,abang akan pergi. Tapi tinggal kak ju dan naim la..”
Oh,sangat sedih. Maka ana pon terima ketidakhadiran abang ke konvo ana. Tak pe. Tentu abang menggantikannya dengan saat lebih indah,kan?
Berjumpa dengan usrah terkasih marjan hanani memang menjadi impian dan harapan. Tambahan kepulangan ayong ke Malaysia. Namun kekangan sangat banyak untuk ana meluangkan mase bersame mereka. Maafkan ana.sayu rasenya meninggalkan usrah petang itu tanpa ape2 pon.. haih. Salah ana. Ana tak rancang dengan baek, tapi hakikatnya ana harus balik KL petang tu. Mungkin ade yang cakap ana balik PJ sebab program medcy. Sebenarnya tak pon. Ade benda yang lebih2 penting. Huu. Takpe. Ana cube sedaya upaya gantikan balek saat2 bersama dengan MH nanti. Maafkan ana. Terutama ayong dan uda dalila.
Ok. Selesai segala urusan di DQ,lantas teros pulang ke KL. Oh,masih penat. Sangat penat.
Teros ke KL selesaikan sedikit urusan dan kembali ke UIA. Sorang pon budak dq tak de di UIA. Semua masih di DQ menaksikan konsert Far east dan Soff One.
Ana terlepas konsert kali ni. Sedangkan ana minat Far East.
Takpe la. Ade benda lebih penting untuk diselesaikan malam itu.
Abang dan kakak menghantar ana ke UIA.
Makan sekejap di café ZC. Dan akhirnya tinggallah ana sorang si UIA. Haha.
Ibu menelefon berkali2 mendapatkan laporan keadaan anaknya. Kasihnya sornag ibu.
Konvo ini memang bererti bagi ana. Meskipun hanya 2 jam di dewan itu, tapi ia memberi erti setelah 18 bulan di DQ. Skurangnya ibu dan ayah gembira. Ape yang penting, ana menghargai segala pengorbanan mereka yang terlibat secara langsung atau tak langsung menjayakan konvokesyen di DQ.
Haha. Tetiba jadik baek.
Berbaring2 di bilek yang best,mesej dari Kak Mira supaya hadir ke court UKC pukol 7.30 pagi esok menarik perhatian. Huu. Best jugak. Maen2. sukan.
Sempena HEALTH and FITNESS week di UIA,ana ditaklifkan sebagai programme manager. Besau tuh pangkat. Macam pengarah program. Ana membantu ketua ana, Raja Syahmi.
Taklifat ini pada awalnya rase tah ape2. tetiba jadi pengarah program. Bengang. Time je la..
Huu..
Cite health and fitness week akan bersambung nanti. Tunggu perkembangan dan islamisasi yang akan dibawa.
Membangun bersama islam.
Doakan kekuatan ana meng’islamisasikan program medcy kali ni dengan dinaungi paying sebagai programe manager bersama Raja Syahmi yang sentesa menyokong ana. Thanks Raja. Teroskan.
Haha/
Ok.
Jumpa lagi.
:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

pesta konvokesyen darul quran

No comments:
Pesta konvokesyen darul quran.

Selepas tamat kelas BI pagi tu,teros melangkahkan kaki dengan pasti menerobos segala onak duri ke Darul Quran. Bas yang disediakan hanya sebuah. Maka, menjadi orang yang ‘kurang penting’ dan ‘kurang bernasib baek’ tentunya KTM menjadi jalan tengah untuk tiba di darul quran malam itu. Tak pe. Singgah sekejap di Sogo dengan harapan mahu membeli kasut dan baju buat anak saudara. Baru semalam menelefon mahu dibelikan baju batman dengan topengnya sekali. Haii.. anak.. ku cube turutkan jua. Waa.. tapi malangnya sepasang baju itu berharga hamper ratusan ringgit,sedangkan di Rantau Panjang atau Bebas Cukai Pengkalan Kubur dengan harga RM50 dah dapat memiliki 2 pasang baju yang sama. So,save the budget. Sorry Munir. Perjalanan diteruskan dengan menaiki KTM dari stesen Bank Negara. Melihat kesesakan tren,ana menggeleng kepala. Dengan merebaknya satu virus yang sudah menjadi pandemic sekarang,ana cukup risau. Walaupun kami bertiga menutup mulut dan hidung. Ada yang memakai mask dan berpurdah. Memandangkan waktu maghrib telah hamper tiba. Dan pada sama yang sama,tren yang sudah 40 minit delay jugak hamper tiba. Namun tangga KTM kembali dipanjat. Surau menjadi arah tujuan. Takpe. Allah tahu. HambaNya meng’aula’kan taklifatnya. Sedangkan hati ini risau jika tren teros delay dan tiba lewat di DQ,mungkin mengalami masalah. Seusai solat maghrib di surau kecil di stesen KTM yang besar itu, kami berlari2 mengejar tren. Tapi, akhirnya tren terlepas jua. Walaupun pelbagai formula Biology, anaerobic respiration telah kami aplikasikan ketika mengejar tren,namun gagal jugak. Selepas itu, terlalu banyak lactic acid yang berkumpul mungkin menjadikan kami mengah dan hamper syahid di situ. Tak pe. Namun tak dinafikan perasaan kecewa dan risau dengan tren. Terdetik di hati,kalaulah tak solat dulu tadi.. namun lekas2 beristighfar.. Ya allah.. Gadis2 berjalan malam2 buta di bandaraya ni kurang manis jugak. Mungkin formula tawakkal buleh diguna pakai. Maka, didalam hati mengatakan,
“aku serahkan segala padaMu. Ak tak mampu berbuat ape2 melainkan dengan izinMu,”
Kemudian, tiba2..
“Kepada pelanggan yang dihormati, tren shuttle dari seremban ke rawang akan tiba dalam masa 3 minit sahaja lagi. Diharap para pelanggan berdiri di belakang garisan kuning. Terima kasih.”
Subhanallah. Tren yang baru tiba ni kosong!
Berbanding tren tadi yang sesak dengan pelbagai jenis manusia. Seperti ikan sardine dalam tin!
Maka, segala kesyukuran dipanjatkan kepada Tuhan yang Esa dan Maha Penyayang.
Waktu ini, formula syukur digunakan.
Syukur = bertambah nikmat = redha tuhan
So good.
Then, bersyukurlah!
Alhamdulillah.
Kepenatan dan mengantuk tak boleh dibendung. Dalam tren, melelapkan mata sekejap.
Tapi tak berjaya. Pelbagai lawak dan jenaka tak henti2 dari manusia yang penuh dengan humor ni. Haha.
Tak pe.
Akhirnya.. tiba di KTM KKB.. Sewaktu itu seperti mahu menjerit. Maka formula sabar diaplikasikan. Terharu. Dah lama tak memijak lantai ini. Dah lama tak mengulang pelbagai sejarah yang indah dan duka di sini. Menangis? Formula ego dipertahankan. Huuu.. tak nak menangis. Tak mahu tertewas. Dan entah bila lagi akan memijakkan kaki ke sini. Ini mungkin yang terakhir. Ke? Mungkin.
Hanya tuhan yang tahu.
Formula doa.
Dengan harapan, mampu dan diberi peluang ke sini lagi suatu hari nanti.
Insya allah.
Doa sebaik2 ibadat.
Maka,berdoalah!
Prebet sapu pakcik (lupe name) dicata dengan tambang RM7 ke DQ. Setibanya di guard, formula ego hamper ditewaskan oleh formula terharu dan rindu.
Kereta masuk ke kawasan DQ. Hati hiba usah dibicarakan. Meskipun 1 tahun setengah berada di DQ, namun disinilah tempat yang mengubah diri dan hati ini. Subhanallah. Setiap penjuru tempat ade kenangan yang tersendiri. Di dewan muktamar itu.. di tasik itu. Di café itu.. sumenya. Ibarat kenangan yang terlukis di dalam hati. Terimbas saat susah senang di DQ bersama sahabat2 seangkatan. Ya allah.. teros sahaja ke pesta Darul Quran. Melihat biah dan suasana yang sudah lama ditinggalkan,rasa sangat terhibur dan ter’excited’. Meskipun ade pesta, namun suasananya tetap tenang dan aman. Suka!
Tak tipu.
Tu la.. orang suruh datang korang tak nak datang.
Best.
Jarang dapat suasana seperti ini.
Kat JOM HEBOH sure tak dapat suasana canni.
Huhu.
Berjalan2 sekitar ekspo. Excited. Jumpa dengan Fadiah. Beliau dah keluar UIA dan sekarang meneruskan pengajian di Maktab Perguruan Islam Bangi. Tak pe. Di mana shaja anda berada, ana sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan anda.
Formula doa.
Allah takkan menghampakan permintaan hambaNYA, maka dengan itu berdoalah seikhlas hati.
No more choice. Mintak hanya pada Tuhan.
Ok.
Melepaskan ‘gian’ dengan sahabat rapat merangkap rakan sekelas dan kaki secafe, rasa penat seolah2 terbang begitu sahaja. Oh.
Malam dah lewat. Terbang ke asrama darul quran. Kembali. Teringat. Zaman lalu. Zaman itu. Kenangan itu. Terlalu indah. Terlalu istimewa. Oh tuhan. Syahdunya!
Bilik lame dituju,dan menginap di situ. Kembali. Terimbau kenangan.
Sayang sungguh pada tempat ini.
Tak tipu.
Keesokannya, raptai dari pagi hingga petang. Penat? Tentu. Tak pe. Sekali je. Bukan selalu konvo kan? So terima je lah. Kenapa nak mengeluh dan mengeluh..? apa yang dilakukan oleh sekreteriat Konvokesyen pun hanya untuk kita semua. Di hari istimewa kita. Konvo sebagai seorang hafizah. Sekali seumur hidup. Kan?
Susah sedikit, demi kesenangan akan datang. Apa salahnya.
Gunakan formula redha.
Insya allah hatimu tenang.
Percaya!
Makan malam bersama Pengarah DQ. Biasa. Huu. Chicken Chop jadi hidangan. Terima kasih DQ.
Layanan yang memberangsangkan.
Makan ditanggung.
Save budget.
Tapi ingat, kami membayar RM150 untuk menghadiri konvo ni. Huhu.
Memang berbaloi.
Terima kasih DQ.
Semoga majlis pun berjalan dengan lancer. Insya allah.
Keesokannya..
Pelajar persijilan mungkin ramai yang berada di bilik. Meng’outer’ jubah konvo mungkin. Atau bagi banat mungkin sedang betulkan riben biru untuk diletakkan di kepala seolah2 pengantin. Atau bagi banin mungkin sibuk memperbetulkan serban hafiz mereka. Mungkin. Atau ana sendiri pagi tadi menghabiskan masa di masjid DQ. Waa. Ini saat paling istimewa. Rindu! Dah lama tak berjamaah di masjid. Tak tipu. Memang lama. Syahdu. Imam subuh mengalunkan bacaan yang dirindui. Surah Al Hujurat jadi pilihan. Subhanallah. Lama sudah keadaan ini ku harap berulang kembali. Akhirnya hari ini ana kembali di saf ini. MenghadapMu yang memberi segala kesenangan dan kenikmatan hidup dunia yang sementara ini. Terima kasih tuhan.
Mungkin sejadah ini sudah tidak mengenali dahi ini.
Mungkin dinding ini sudah tidak mengecam badan ini. Mungkin rehal ini sudah tidak pasti penggunanya kali ini. Mungkin kipas itu sudah tidak mengecam suara ini. Tapi hati ini sentiasa terikat dengan tempat yang pernah menjadi ‘kubu pertahanan’ ini. Rindu dan syahdu. Keaadaan masjid yang jarang dialami di masjid lain. Percayalah. Ana tak pernah rasa seperti ana rasa berada di masjid DQ pabila ana berada di masjid lain. Mungkin ada. Tapi ana belum jumpa dan berpeluang bertafakkur di dalamnya.
Tidur di masjid. Aktiviti harian. Huu.. tak sah kalau tak tidur. Maka peluang tadi digunakan jugak untuk tidur, bukan hanya bertafakkur. Haha.
Sebenarnya, hari ni la hari konvo.
Tapi pagi ni konvokesyen Diploma dan Sijil Orang kurang Upaya Masalah Penglihatan(OKU MP) sahajaa.
Konvo kami budak2 persijilan ni akan dimulakan pada tengahari nanti.
Oh,tak sabar. Tapi jubah belum iron pun.
Ibu masih di seremban.
Semalam mereka ke JOHOR. Melawat Naim. Cucu baru.
Kemudian mereka ke rumah akak di seremban. Dan pagi ini katanya nak bertolak ke DQ. Semoga selamat segalanya. I’allah.
Tak pe lah. Nak pegi iron jubah konvo.
Jumpa lagi.
Doakan ana dan rakan2 seangkatan ana disini.
Maal salamah.
Ilalliqa’.
8.57 pagi.
080809
:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

bacalah..

No comments:
Kisah teladan bersama

Abu Laits as-Samarqandi adalah seorang ahli fiqh yang masyur. Suatu ketika dia pernah berkata, ayahku menceritakan bahawa antara Nabi-nabi yang bukan Rasul ada menerima wahyu dalam bentuk mimpi dan ada yang hanya mendengar suara.
Maka salah seorang Nabi yang menerima wahyu melalui mimpi itu, pada suatu malam bermimpi diperintahkan yang berbunyi, "Esok engkau dikehendaki keluar dari rumah pada waktu pagi menghala ke barat. Engkau dikehendaki berbuat, pertama; apa yang negkau lihat (hadapi) maka makanlah, kedua; engkau sembunyikan, ketiga; engkau terimalah, keempat; jangan engkau putuskan harapan, yang kelima; larilah engkau daripadanya."

Pada keesokan harinya, Nabi itu pun keluar dari rumahnya menuju ke barat dan kebetulan yang pertama dihadapinya ialah sebuah bukit besar berwarna hitam. Nabi itu kebingungan sambil berkata, "Aku diperintahkan memakan pertama aku hadapi, tapi sungguh aneh sesuatu yang mustahil yang tidak dapat dilaksanakan."
Maka Nabi itu terus berjalan menuju ke bukit itu dengan hasrat untuk memakannya. Ketika dia menghampirinya, tiba-tiba bukit itu mengecilkan diri sehingga menjadi sebesar buku roti. Maka Nabi itu pun mengambilnya lalu disuapkan ke mulutnya. Bila ditelan terasa sungguh manis bagaikan madu. Dia pun mengucapkan syukur 'Alhamdulillah'.

Kemudian Nabi itu meneruskan perjalanannya lalu bertemu pula dengan sebuah mangkuk emas. Dia teringat akan arahan mimpinya supaya disembunyikan, lantas Nabi itu pun menggali sebuah lubang lalu ditanamkan mangkuk emas itu, kemudian ditinggalkannya. Tiba-tiba mangkuk emas itu terkeluar semula. Nabi itu pun menanamkannya semula sehingga tiga kali berturut-turut.
Maka berkatalah Nabi itu, "Aku telah melaksanakan perintahmu." Lalu dia pun meneruskan perjalanannya tanpa disedari oleh Nabi itu yang mangkuk emas itu terkeluar semula dari tempat ia ditanam.

Ketika dia sedang berjalan, tiba-tiba dia ternampak seekor burung helang sedang mengejar seekor burung kecil. Kemudian terdengarlah burung kecil itu berkata, "Wahai Nabi Allah, tolonglah aku."
Mendengar rayuan burung itu, hatinya merasa simpati lalu dia pun mengambil burung itu dan dimasukkan ke dalam bajunya. Melihatkan keadaan itu, lantas burung helang itu pun datang menghampiri Nabi itu sambil berkata, "Wahai Nabi Allah, aku sangat lapar dan aku mengejar burung itu sejak pagi tadi. Oleh itu janganlah engkau patahkan harapanku dari rezekiku."

Nabi itu teringatkan pesanan arahan dalam mimpinya yang keempat, iaitu tidak boleh putuskan harapan. Dia menjadi kebingungan untuk menyelesaikan perkara itu. Akhirnya dia membuat keputusan untuk mengambil pedangnya lalu memotong sedikit daging pehanya dan diberikan kepada helang itu. Setelah mendapat daging itu, helang pun terbang dan burung kecil tadi dilepaskan dari dalam bajunya.
Selepas kejadian itu, Nabi meneruskan perjalannya. Tidak lama kemudian dia bertemu dengan satu bangkai yang amat busuk baunya, maka dia pun bergegas lari dari situ kerana tidak tahan menghidu bau yang menyakitkan hidungnya. Setelah menemui kelima-lima peristiwa itu, maka kembalilah Nabi ke rumahnya. Pada malam itu, Nabi pun berdoa. Dalam doanya dia berkata, "Ya Allah, aku telah pun melaksanakan perintah-Mu sebagaimana yang diberitahu di dalam mimpiku, maka jelaskanlah kepadaku erti semuanya ini."

Dalam mimpi beliau telah diberitahu oleh Allah S.W.T. bahawa, "Yang pertama engkau makan itu ialah marah. Pada mulanya nampak besar seperti bukittetapi pada akhirnya jika bersabar dan dapat mengawal serta menahannya, maka marah itu pun akan menjadi lebih manis daripada madu.
Kedua; semua amal kebaikan (budi), walaupun disembunyikan, maka ia tetap akan nampak jua. Ketiga; jika sudah menerima amanah seseorang, maka janganlah kamu khianat kepadanya. Keempat; jika orang meminta kepadamu, maka usahakanlah untuknya demi membantu kepadanya meskipun kau sendiri berhajat. Kelima; bau yang busuk itu ialah ghibah (menceritakan hal seseorang). Maka larilah dari orang-orang yang sedang duduk berkumpul membuat ghibah."

Saudara-saudaraku, kelima-lima kisah ini hendaklah kita semaikan dalam diri kita, sebab kelima-lima perkara ini sentiasa sahaja berlaku dalam kehidupan kita sehari-hari. Perkara yang tidak dapat kita elakkan setiap hari ialah mengata hal orang, memang menjadi tabiat seseorang itu suka mengata hal orang lain. Haruslah kita ingat bahawa kata-mengata hal seseorang itu akan menghilangkan pahala kita, sebab ada sebuah hadis mengatakan di akhirat nanti ada seorang hamba Allah akan terkejut melihat pahala yang tidak pernah dikerjakannya. Lalu dia bertanya, "Wahai Allah, sesungguhnya pahala yang Kamu berikan ini tidak pernah aku kerjakan di dunia dulu."

Maka berkata Allah S.W.T., "Ini adalah pahala orang yang mengata-ngata tentang dirimu." Dengan ini haruslah kita sedar bahawa walaupun apa yang kita kata itu memang benar, tetapi kata-mengata itu akan merugikan diri kita sendiri. Oleh kerana itu, hendaklah kita jangan mengata hal orang walaupun ia benar.
:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

tension ke?

No comments:
4 ogos 2009
Minggu ni rase terok sangat.. haih.
Ape jadik ni pun tatau..
Sir biology yang disayangi merajok sebab sume pelajar kelas tak perform dengan baek mase exam midsem ari tu.
Diri sendiri pon same.
Sedih kan?
Tah la..nak buat formula pon rase malas.
Tapi mungkin betol ape yg diperkatakan sebelom ni.budak dq kena panaskan engine dulu.
Masih tak paham dan dah terbiasa dengan kehidupan tanpa saingan mase kat dq dulu.
Ye la kat dq dulu failed pun tade sape nak marah.
Balek kelas kol 11 pagi tido manjang pon tak kesah.
Pas maghrib baru stat cari modal.
Haih.
Kat sini kehidupan snagat berbeza.
Woo..sedih.
Tatau nak describe canne lagi. Kuciwa sir mahathir, ana lebih2 lagi kuciwa.
Haih.
Ana asyik mngeluh je.burok pangai.
Haha
Jgn tiru aksi tak sopan ni.
Ok.
Sedih.
Agak.
Kecewa.
Agak a
Haih.
Meting kena marah kat boss, lecture kena marah kat lecturer..
So bad. I feel so bad.
Rase diri sendiri tak gune je.
Tension seyh.
Nasib ade kawan2 menyokong kat blakang.
Thanks.
Skurang2nya tak rase down sangat.
Serius. Sejak kebelakanganni rase down je manjang.
Nak kate tension, gelak buleh je.
Gelak memang gelak, tapi dalam hati ni ade rasa semacam je..
Rase yg tak sedap.
Ana ni jenis cepat serik.
Kena marah sekali dah cuak.
Smalam boss marah dalam meeting sket je, dah cuak gile. Rase nak kua ikot pintu blakang je. Huuu.. tolong la rasional sket kan.
Tah la,consider la boss tengah demam. So tak pe ah die nak hangin pun.
Sape boss?
Oh,rasie.
Haha
Dah tahu?
Senyap2.
Nasib dalam meting smalam pakai mask,so tade a nampak sangat muke kojoi nak nangis. Haha. Kalo tak buat malu kaum kerabat serta sahabat handai je. Haih.
Tengok tuh,ngeluh lagi.
Elok le.
Ade rase malas nak g meting pun ade gak. Bukan sedih. Bukan tak le terima kena marah.
Tak kesah je. Maybe tu silap diri sendiri gak.
Memang kot. Dah orang bagi task pon tak le nak setel kan tu kenapa kan…
Tapi da cakap kat boss tak setelkan.. tapi boss marah gak.
Takpe,terima kesalahan tu.
Tapi cuak seyh.
Terbayang muke boss mintak penjelasan time tu. Nasib boss pon pakai mask, so tak nampak sangat muka die. Kalo tak mahu nye tak le tido 2,3 malam terbayang2 muka boss tuh.
Haha. Terok tol.
Terngiang2 lak suare boss tengah marah.
Waaa… cuak. Tak nak berulang lagi.
Serius tak tipu memang cuak seyh.
Haha.
Take it easy husna.
Ok.
Orang yang beriman die tak give up cepat.
Mesti sentesa mencuba dan teros mencube untuk jadi yang terbaek.
Smakin lame,rase smakin tak sesuai berada dalam bidang terjun yang dipegang sekarang.
Susah la jugak. Tak kena pada jiwa. Ye ke? Ke sebab kena marah kat boss??
Haaaa.. kalo boss bace mesti boss ‘gembira’ sebab takot kat die.. oh,boss..memang cuak..
Huh.
Minggu ni berterabur dan bercelaru.
Blur dan bermasalah.
Maafkan ana boss..
Yang lebih penting,
Maafkan ana sir mahathir.. insya allah I’ll perform better for our final exam.
Pray for me.
Bye.
:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.