♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Tuesday, May 31, 2011

Menulis bukan kerana nama.

5 comments:

Tentu semua orang pernah mendengar lirik lagu ini dengan rentaknya,

aku menulis bukan kerna nama...

"Aku menulis bukan kerna nama…"

Pernah diajukan persoalan tentang bagaimana status-status FB yang berbaur dakwah. Sesetengah pihak 'menuduh' bahawa status-status itu hanya ditulis untuk mendapatkan "LIKE" semata-mata. Erk, gembira ke bila status kita buat kat FB di"LIKE" oleh hamper 30-40 orang? Oh! Mesti!

Lantas dilontarkan persoalan oleh daie-daie, status seperti itu adakah maknanya si menulis mahu mengangkat diri? Mahu menunjukkan dirinya hebat?

Jawapannya mudah. Ia terpulang pada NIAT. Kembali pada hadis pertama dalam kitab Hadis 40.

Situasi yang mungkin berlaku berbeza. Tapi persoalan mudah, kenapa aku update status FB?

Adakah aku nak orang tahu aku seorang yang dekat dengan ALLAH?

Atau.. Aku memang betul-betul berniat menyeru semua rakan FB mengingati ALLAH?

Jawapan kepada soalan itu adalah jawapan kepada UJUB atau tidak seseorang daie mengupdate status dengan Ayat-Ayat Cinta yang manis dibaca, sedap di dengar.

Pertanyaannya sama. Bagaimana dengan Si Penceramah yang memberi ucapannya selama satu jam. Apakah yang diharapkan dalam ceramahnya? Adakah harapannya suatu hari nanti dia dipanggil lagi untuk memberi ceramah? Atau harapannya, apa yang disampaikan olehnya diambil iktibar oleh hamba-hambaNya yang lain?

Jawapan kepada soalan diatas juga adalah jawapan penentu kepada soalan UJUB atau tidak.

Saya juga pernah bertanya kepada beberapa rakan yang agak 'aktif' berFB.

Soalannya,

"Kenapa kita update status FB? Jawab dengan JUJUR!"

Pelbagai jawapan saya terima. Antara jawapan yang menarik saya kira.

"Sebab rasa bertanggungjawab nak letak ayat-ayat yang mengingatkan ALLAH. Kadang-kadang bila tengok kat HOME banyak benda tak senonoh. So I take the step to make it well!"
Saya kira jawapan ini cukup 'skematik' tapi walaubagaimanapun saya cukup respek pada pemberi jawpaan. AHSANTUM!

"Kadang-kadang terdetik juga update sebab gembira tengok orang LIKE status kita ramai-ramai. Terutama kalau bicara tentang CINTA. Bukan CINTA ALLAH, tapi CINTA MAKHLUK. Erk, CINTA MUSLIMIN MUSLIMAT. Lagi la ramai orang nak LIKE. But bagus lah kan, sekurang-kurangnya, its nice rather than other status yang mengarut entah ape-ape."
Dan satu lagi jawapan yang saya cukup KAGUM padanya,

"Mak mertua lepas ni nak tengok calon menantu, tengok je WALL FB tu hah. Kalau WALL FB tu mengarut, huh, awal-awal jangan di buat menantu, nanti jadi hantu. Kalau Nampak di WALL FB tu sopan santun, jaga muamalat, update status pun sejuk-sejuk mata mak mertua tengok, baru LULUS jaid menantu."
Wah, LOGIK sungguh pemikiran sahabat-sahabat saya! Betul jugak tu. Sejak dengar jawapan ni, RAMAI yang 'BEHAVE' kat FB, erk,takut saham jatuh, mungkin!

Akhir sekali, jawapan yang saya kira cukup sadis tapi kadang-kala terkena pada diri sendiri,

"Bila kita update status bagus-bagus, orang pandang kita bagus, orang mula respek kita dan puji kita. Nice kan? Kadang-kadang bila nak update, timbul juga perasaan itu. Sanggup jelajah kat web cari ayat-ayat sedap nak update status. Sanggup buka terjemahan Quran semata-mata nak update status dengan terjemahan Quran. Kalau nak harapkan bukak tafsir tu, punyalah liat, tapi untuk update FB, sanggup! Kadang-kadang ada juga masanya bila tengok status orang lain punyalah ramai orang LIKE, teringin nak buat macam dia. Tapi tu syaitan semuanya, nafsu yang NAK KAN NAMA. Bukan nak BAWA ISLAM. Apapun, yang penting NIAT kita. Kalau rasa before update tu banyak serabai je, kemaskini balik NIAT tuh. Apa susah. Kasi tewas itu SYAITAN dan NAFSU. Macam ust Muhadir selalu cakap, tewaskan NAFSU dan tunjuk pada NAFSU, "AMEK KAU, AKU DAH BERJAYA TEWASKAN KAU!" Itulah yang sepatutnya. Persoalan UJUB,RIYA' ni tak habis dipersoalkan. Apapun, kita berbalik pada hati kembali, kerana disitu bermulanya semua perkara. Yang penting, jangan berhenti UPDATE STATUS dengan AYAT-AYAT CINTA yang menyeru MANUSIA kearah HASANAH DUNIA dan AKHIRAT. Jangan PERNAH BERHENTI! Tapi, niat kena la selalu kemaskini. Kan?"
Terlalu suka dengan jawapan ini. J

AHSAN sahabat. Aku tidak pernah rugi mempunyai kalian disekeliling aku, walaupun kadang-kadang aku seolah-olah menjadi sahabat yang tidak menghargai sahabat. J

Kalau orang kata kita menulis kerana NAMA, jangan mudah sedih. Yang penting, NIAT dalam hati, hanya KITA dan ALLAH yang tahu.
Dan, satu hari nanti, yang akan MENGHAKIMI kita adalah DIA, bukan MEREKA. J

Teruskan bertinta dakwah. Jangan mengalah bila ditohmah. J



p/s: Sudah lame tidak diupdate. Alhamdulillah. Kesihatan sudah mula membaik. Syukur kepada ALLAH yang tidak henti-henti mengurniakan hambaNYA nikmat SIHAT yang seadanya. Tidak perlu membandingkan diri dengan orang lain. Tapi cukuplah melihat pada diri, apa yang telah ALLAH berikan. Tentu ianya lebih dari CUKUP buat hamba yang hina seperti diri ini. Syukran pada sahabat yang tidak henti mendoakan dan sahabat yang memahami keadaan diri yang serba kekurangan. Maafkan jua kerana tidak mampu bersama apabila kalian datang bertandang di Bumi Serambi Mekah. Bukan tidak sudi, tapi kekangan yang terlalu banyak merintagi. Kalau dibedah hati ini, ketahuilah keinginan untuk bersama kalian terlalu tinggi. Tapi terpaksa MAFHUM dengan keadaan diri.

Dan Alhamdulillah henset juga sudah kembali beroperasi seperti biasa. Walaupun beberapa nombor TERPAKSA didelete pada awalnya atas PANGGILAN MISTERI yang berleluasa. Akhirnya saya delete, bukan maksudnya BENCI, tapi buntu bila berhadapa dengan henset yang meroyan. Akhirnya saya sendiri yang pening bagaimana mahu mendapatkan kembali nombor-nombor yang telah didelete. Fuh.. (mengeluh) Kalau anda rasa nombor anda didelete, ku pohon, hantarlah SMS… L

Ala kulli hal, agak sibuk dengan persiapan kakak yang bakal menjadi ISTERI pada 4 JUN nanti. Tinggal beberapa hari saja lagi, saya bakal KEHILANGAN seorang KAKAK. Bakal beliau mencurahkan kasih taat setia sepenuhnya pada Sang SUAMI. Apapun, totap tumpang gembira untuk BELIAU. Semoga ALLAH memudahkan majlis perkahwinannya nanti, insya ALLAH.

Menjemput semua sahabat berdekatan (yang ada di KELANTAN), hadir bersama memeriahkan MAJLIS. Insya ALLAH, kedatangan kalian sangat dialu-alukan. J

Disertakan lirik lagu BUKAN KERNA NAMA buat tatapan semua. J

Jangan kau pandang bibir yang manis
Kerana dia bisa menghancurkan
Jangan kau pandang wajah yang indah
Kerana dia bisa meracunmu

( korus )
Dengarlah hai teman
Dengarkan bersama
Aku menulis bukan kerna nama
Kerna sifat kasih
Pada sesama insan
Dan menyatakan kasih sayangmu
Kita sama semuanya sama
Apa yang ada hanyalah kehidupan

Jangan kau dengar puisi dusta
Kerana dia bisa merosakkan jiwamu
Dengarkanlah puisi di pusaka
Yang telah turun temurun hari ini

Jangan kau alas hatimu itu
Dengan secebis warna kehitaman
Dialah seperti anai-anai
Lambat laun hancurlah dirimu

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Monday, May 23, 2011

Wanita SEKSI punya ALASAN.

4 comments:

PENGALAMAN SENDIRI

Saya juga pernah menyoal siasat adik yang berada dalam program saya sewaktu saya meng'handle' program di sebuah sekolah menengah. Masya ALLAH, pakaiannya sungguh-sungguh seksi. Tidaklah seperti mereka di KL, tapi kalau kat Kelate, kira dah 'pelik' berpakaian sebegitu. Maka saya bertanya pada beliau,

"Kenapa tak pakai molek-molek?" punyalah lembut soalan saya, tapi sayang beliau memasamkan muka. Riaknya yang ceria tadi berubah. Lantas beliau menjawab soalan saya dengan perasaan yang cukup tidak puas hati,

"Kakak ingat kakak ahli syurga ke nak tegur saya? Saya tau la kakak baik, tapi belum tentu sampai mati kakak baik. Syukur la kakak jadi baik, tak payah nak sibuk hal orang."

Keras orangnya. Maka setelah berbalas mulut, akhirnya saya berputus asa. Budak ini tidak boleh ditegur dan tidak mahu ditegur. Akhirnya, saya memberi kata putus,

"Takpelah. Nanti kalau rasa dah nak mati, datanglah cari kakak. Kakak sedia nak tolong awak. Cari FB kakak kat internet. Taip je nama kakak. "kata saya sambil menaip nama penuh saya dan emel, moga-moga terbuka pintu hatinya untuk mencari saya suatu hari nanti. Beliau ambil walaupun wajahnya cukup tegang.

"Jangan buang pulak kertas tu, simpan tau. Nanti kamu cari kakak kalau ada apa-apa. Kalau kakak mampu bantu,kakak bantu, kalau kakak tak mampu, kakak minta orang yang mampu untuk tolong kamu. Tapi pesan kakak, kamu kena ingat, lagi lama kamu tunggu untuk berubah, lagi banyak dosa, lagi lama duduk dalam neraka."

Kemudian saya melihat kertas itu diselitkan didalam walletnya. Saya lega. Sekurangnya beliau masih mahu menyimpan nama dan emel saya. Saya senyum semanis mungkin, tidak mahu beliau menganggap saya mahu memusuhinya.

Dan ALHAMDULILLAH, selepas enam bulan, saya mendapat mesej melalui FB, (waktu itu nama FB saya masih NURUL HUSNA KAMARUDIN),

"Kakak? Kakak ingat saya? Saya sekolah kat XXXXXXXXX sekarang. Kakak, doakan saya. Bulan lepas mak saya meninggal. Saya janji saya nak berubah. Kakak jangan dendam dengan saya, saya minta maaf pada kakak. Ni nombor telefon saya, XXXXXXXXXXXX. Kakak, hubungi saya ye, saya jarang buka internet. Kena ke cyber café dulu. Tengkiu Kakak."

Dan sewaktu itu saya menitis air mata sambil meneliti profile FBnya. Walaupun tidak banyak update, tetapi gambar-gambarnya cukup berbeza berbanding dulu. Bukan saya yang memberikan hidayah, pemberi hidayah itu adalah DIA. Tapi betapa bersyukurnya rasa hati melihat perubah tersebut.

Dan sehingga hari ini beliau sering berbalas SMS dengan saya. Dan saya kira beliau cukup sabar melayan saya yang selalu jarang membalas SMS beliau. Bukan tidak mahu, tapi kekangan-kekangan yang mungkin sengaja dicipta bila mendapat mesej beliau. Apapun, saya cukup bangga dengan beliau. Moga ALLAH merahmati beliau dan seluruh ahli keluarganya.

13 SOALAN DAN JAWAPAN TIPIKAL WANITA SEKSI.

Pernah nasihat atau tegur kawan-kawan anda yang tidak menutup aurat? Jom kita tengok apakah alasan yang selalu digunakan wanita yang enggan menutup aurat apabila ditegur kesalahan mereka itu. Dan apa jawapan yang mungkin sesuai untuk mereka.

1. Semua yang tutup aurat, kompom masuk syurga ke?

-Yang pasti, tak tutup aurat, kompom masuk neraka.

2. Tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak. Mengumpat orang.

-Bila Iblis tak mahu ikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, dia menyalahkan perintah Allah itu. "Apahal pulak aku kena sujud, aku lebih baik dan mulia". Samalah dengan tudung. Tudung pula yang disalahkan, " pakai tudung tak mestinya baik..bla...bla...bla..."

3. Macamlah kau bagus sangat nak tegur aku. Kau dulu lagi jahat nak mampos.

-Tidak tersabit larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk Islam untuk pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah itu tuntutan. Selagi kau Islam, dakwah tu wajib walaupun kau sendiri tak berapa betul. Sekurang-kurang dia insaf dan bertaubat sekarang.

4. Walau kami pakai seksi tapi hati kami baik.

-Adakah kau mendakwa diri kau mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri kau tanpa perlu menutup aurat?

5. Pakai jarang ke ketat ke, itu hak kami. Kalau tak suka jangan tengok.

-Adakah kau berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi mempunyai hati suci dan iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan serta nafsu yang membuak-buak?

6. Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang kepada individu yang memandang kami.

-Seksi atau tidak, kau tetap berdosa walaupun hanya menayang sehelai rambut kau.

7. Walau kami tak bertudung, kami tetap sembahyang dan puasa.

-Apakah ibadat kau diterima? Kau yakin cuma dengan berpuasa sudah cukup untuk menjamin kau masuk syurga?

8. Sukahati kamilah nak pakai macam ni. Kami tak susahkan hidup orang lain.

-Kau sebenarnya dah susahkan bapa, abang, adik, suami serta orang lain dengan menarik mereka ke neraka bersama kau disebabkan mereka tidak menegur dan gagal mendidik kau.

9. Apa yang kami pakai, ini antara kami dengan Tuhan.

-Berani cakap di dunia, berani ke kau cakap macam tu depan Allah nanti? Lawan perintah Allah, Neraka tempatnya.

10. Kami pakai seksi macam ni, sebab ikut arahan photographer/pengarah filem untuk disesuaikan dalam scene. (ayat artis)

-Sanggup patuh arahan mereka daripada patuh suruhan Allah?

11. Bukan kami tak mahu menutup aurat, cuma masih belum sampai seru.

-Mati tidak mengenal usia. Tak takut ke mati dalam usia muda? Tak sempat nak bertaubat nanti.

12. Takkan nak buat perubahan secara drastik? Slow-slow la..

-Boleh ke cakap kat Malaikat Izrail nanti, tunggu kejap! Lepak la dulu. Jangan ambil lagi nyawa aku.

13. Tutup aurat tu bagus tapi kami tidak mahu hipokrit kerana tidak ikhlas melakukannya.

-Kalau begitu kau sebenarnya memang hipokrit kerana tidak ikhlas beragama Islam."Wahai wanita, setiap ciptaan tuhan yang berharga di dunia ini akan terlindung dan amat sukar untuk diperolehi. Di mana kamu boleh dapatkan permata? Tertanam jauh di perut bumi, tertudung dan dilindungi. Dimana kamu jumpa Mutiara? Terbenam jauh di dalam lautan, tertudung dan dilindungi oleh kulit kerang yang cantik. Di mana kamu cari emas? Terperosok di lapisan bumi tertudung dengan lapisan demi lapisan tanah dan batu. Tubuh kamu adalah suci malah lebih berharga daripada emas mahupun permata. Oleh itu kamu juga perlu bertudung dan melindungi diri kamu."

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Kekuatan Perlu Dibina...

6 comments:

Semalam aku kelukaan,
Kecewa kehampaan,
Mencalar ketabahan,
Impian seringku harapkan menjadi kenyataan
Namun tak kesampaian,

Allah…
Inginku hentikan langkah ini
Bagaikan tak mampu untuk ku bertahan
Semangat tenggelam lemah daya,
Haruskah aku mengelamun jiwa
Ku berbisik inilah dugaan

Dan langkahku kini terbuka
Pada hikmah dugaan uji keimanan
Dan dilontarkannya ujian diluar kekuatan setiap diri insan

Allah…
Pimpini diriku,
Untuk bangkit semula meneruskan langkah perjuangan ini
Cekalkan hati dan semangatku
Kurniakan ketabahan........
Agar mimpi jadi nyata..
padaMu ku meminta

Dan ku mohon agung kudratMu
Wahai Tuhan Yang Satu
Segalanya dariMu


 
Tinta Cinta terlalu Agung untukMu Penciptaku.
Mohon dikuatkan jasad dan rohani.
Kekuatan itu sesuatu yang perlu dibina.
Ia takkan hadir dengan PERCUMA.
♥♥♥

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Checklist seorang PEJUANG

No comments:

Taklifat adalah AMANAH.
Sekadar untuk muhasabah diri sendiri dan sahabat-sahabat.

Ibadah merupakan asas yang cukup penting dalam membentuk peribadi mukmin yang sempurna. Tanpa ibadah yang sempurna, tidak akan lahir golongan mukmin yang mapan. Ibadah juga merupakan elemen tugasan yang besar apabila menjadi khalifah di muka bumi ALLAH. Dengan ibadah, kita lebih dekat dengan DIA.

Jangan dipandang enteng dengan ibadah dan amalan-amalan zikir seharian. Kerana tanpa kekuatan dalaman, tidak akan terlahir kekuatan luaran.
Ibadah juga sebagai tanda kesyukuran hamba kepada PenciptaNYA.

Betapa banyak yang ALLAH beri dan betapa bersyukur kepadaNYA kita berada di saff ini dan mendapat nikmat seperti hari ini. Alhamdulillah.

Pandanglah ujian itu sebagai satu tiket penebus dosa dan nikmat itu tiket untuk bersyukur.

Tak sia-sia mukmin yang kuat. Kerana ALLAH lebih menyayangi mukmin yang kuat berbanding mukmin yang lemah.

Sama-sama memperingati diri dan orang sekeliling akan penjagaan ibadah.

Usah memandang pada yang bercakap yang juga serba kekurangan. Insya ALLAH sama-sama perbaiki diri dan amalan kebaekan.

Selamat mempertingkatkan kualiti ibadah!

Bukan kuantiti yang menjadi hitungan, tapi KUALITI dan ISTIQAMAH dalam amalan menjadi hitungan!
J

Salam Mujahadah dalam IBADAH!

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

I need a JOB!

6 comments:

Domestic Engineer?

Semenjak menjadi penganggur di rumah, rutin harian kian berubah. Kalau dulu, 'santapan' seharian adalah kelas, tutor, kuiz, consult, meeting, 'jamuan' dan sebagainya. Kalau kat rumah, 'santapan' lebih menarik seperti memandu, memasak, mengemas, badminton, dan benda-benda alah yang domestic engineer selalu kena buat. J

Takkesah apa yang kita lakukan, yang penting, make sure apa yang kita buat memberi keuntungan kepada kita, samada dalam hal dunia mahupun akhirat. Jangan buat aktiviti yang sia-sia. Make sure everything may benefit you. J itu first lesson. Second, make sure juga apa yang kita buat ada objektifnya. Don't do something without motive, its useless. Every single thing, please, make sure you have your own motive!

Sebagai orang yang bercuti, memang tak boleh lari dari rasa boring dan tak ada kerja menarik untuk dilakukan. 4 bulan bercuti. Bukan pendek. Lama tu. Rasa pelik pula bila keluar ke Bandar, terjumpa dengan Pak Cik tiket bas, beliau bertanya,

"Tok se tempah tiket ke Putra ke?"

Saya tersenyum. Bukan tidak akan ke Putra lagi, insya ALLAH bakal menjejak PJ dalam bulan Jun nanti. Menyelesaikan segala urusan yang masih tersisa. Tapi, buat masa sekarang, tidak ada lagi sesi menempah tiket bas ke Putra. Dan kalau ia berlaku lagi, mungkin tidak sekerap dulu. Mungkin saya perlu memberitahu kepada Pak Cik supaya menukarkan trip perjalanan saya ke Kuantan selepas ini. Ameen. Ameen Ya Allah. J

Sekarang, insya ALLAH dalam perancangan untuk mencari kerja sebagai guru ganti di mana-mana sekolah. Sesiapa yang mahu tawarkan saya bekerja, AHLAN.
Mahu mentarbiyyah KESABARAN, Komitmen, Dedikasi dan Inspirasi!

Ibarat menunggu durian jatuh ke riba. Bukan soal gaji yang menjadi hitungan, tapi soal PENGALAMAN dan PENGGERAK FIKIRAN

. Duk rumah ni otak tak seaktif di UIA. Asyik rehat saja. Lepas menyelesaikan pekerjaan sebagai domestic engineer, TV menjadi santapan. Itupun pandang tak pandang saja sebab tiada cerita menarik. Tiada Astro. Ok, tak pernah ada Astro. J Jadi, saya rasa mahukan aktiviti yang lebih 'mencabar'.

Lama-lama tak jumpa orang, rasa macam nak 'hang' kepala. Laptop bukan pengubat segala-galanya.

Thinking of being a teacher and make a good relationship with them. Pelaburan yang BAEK untuk masa depan!

Job --à please come to me! Jß-----

Tapi, pesanan penaja, saya tidak suka pekerjaan seperti MLM dan jualan langsung. Mitak maaf… Bukan tidak percaya ia mampu menjana pendapatan yang baik, tapi tak mengapalah.
Mungkin saya lebih gemar dengan JOB yang lebih kepada mendidik dan 'bercakap' tentunya.
To build a MAN we need a teacher. So I want to be one of THEIR teacher. A very good teacher. 
Disamping mencari PENGALAMAN untuk masa hadapan, kerana thinking of be a TEACHER or LECTURER in the FUTURE. Jadi pensyarah dan cikgu ni dapat luang banyak masa untuk buat 'benda lain'. Disamping dapat menumpukan perhatian kepada KELUARGA kelak apabila sudah beranak suami. J



Whoever I am, I still will be a WIFE and A MOTHER. So, tak boleh lari.
to-be

Ok. Gimme a JOB!



:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Sunday, May 22, 2011

Tanah Runtuh: Pasti ada IBRAHnya.

1 comment:

Gambar mereka sebelum kejadian tanah runtuh.
"Allahummaghfirlahum warhamhum wa'afihi wa'fuanhum" 
Sedang asyik menonton televisyen cerekarama di TV3, sesekali muncul wartawan TV3 dengan update terbaru setiap setengah jam berkenaan kejadian tanah runtuh di Hulu Selangor. Innalillahi Wa Inna Ilaihi Raajiun..

Kali pertama wartawan lelaki itu muncul sendirian, kali kedua dengan ketua penyelamat, kali ketiga, dengan Timbalan Perdana Menteri. Caring sungguh menteri-menteri kat Malaysia ni. Alhamdulillah. J Tenaga-tenaga pembantu dari UMNO pun sudah berada di tapak kejadian, membantu gerakan mencari mangsa yang tertimbus.

Anak yatim tenggelam ditimbus timbunan batu. Sebak juga. Besar ujian buat mereka. Kalau kita sudah merasakan ujian kita hebat, lihatlah ujian buat mereka. Kehilangan ibu ayah, kini diuji lagi dengan dugaan sebegini. Hanya orang yang sabar dan redha yang mampu melaluinya dengan 'senyuman'.

Doa buat mereka, semoga ALLAH meringankan beban mereka dan melapangkan dada mereka dengan ujian yang sedang dilalui. Semoga ALLAH gembirakan hati mereka, jika tidak didunia, di akhirat kelak, janjiNYA pasti. Insya ALLAH.

Pasti ada ibrahnya yang tersendiri. Dan ibrahnya pasti diketahuiNYA. Wallahu a'lam.



Mari ramai-ramai doakan mereka!

KAJANG, 21 Mei: Sehingga jam 11 malam tadi, angka korban dalam tagedi tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Hidayah Madrasah Al-Taqwa Hulu Langat meningkat kepada 10 orang.

Dalam perkembangan terbaru juga, sembilan orang yang berjaya ditemui dengan keadaan cedera dibawa untuk dirwat di Hospital Ampang.

Pasukan penyelamat kini sedang berusaha mengesan enam lagi mangsa yang masih tertimbus.

Kira-kira jam 2.30 petang tadi, seramai 25 kanak-kanak dikhuatiri tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Jalan Sungai Semungkis, Kampung Gahal di Hulu Langat.

Menurut Ahli Parlimen Hulu Langat, Che Rosli Che Mat, pasukan mencari dan menyelamat terdiri daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat, polis, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan penduduk kampung mengeluarkan mayat dan mangsa yang cedera parah dan dikejarkan ke Hospital Kajang.

Difahamkan ketika itu, kesemua kanak-kanak itu berada dewan makan rumah anak-anak yatim itu membuat latihan persembahan bagi satu program yang akan diadakan di madrasah itu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah pada satu sidang akhbar di sini berkata, 14 mangsa masih terperangkap dan mereka yang cedera dihantar ke Hospital Kajang untuk rawatan dan setakat ini keadaan mereka tidak diketahui.

Beliau berkata rumah anak yatim yang terletak berhampiran bukit itu menempatkan 49 orang termasuk penghuni dan pekerja.

Dalam insiden malang itu, sebanyak 25 orang terselamat sementara 20 pelajar dan 4 penjaga menjadi mangsa.

Tambahnya, kesemua penghuni rumah itu adalah lelaki.

"Kami difahamkan berlaku dua kali tanah runtuh secara serentak dalam sekelip mata. Semua mereka yang berada dalam dewan itu tidak sempat menyelamatkan diri," katanya.

May check this out by this ----------------------------à
tanah runtuh
tanah runtuh
tanah runtuh


Mahasiswa cakna ISU SEMASA!

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Saturday, May 21, 2011

Drop by to say HI…

7 comments:




Dunia ini luas.
-Broga Hill with love-



Assalamualaikum.
Menemui sahabat-sahabat seperjuangan dan pembaca-pembaca blog terutama silent reader yang dikasihi Allah sekalian, semoga entum semua khair-khair hendaknya. Sebagai seorang hamba, tidak dapat tidak kita berlepas diri daripada melafazkan rasa SYUKUR kepada yang menciptakan, kerana tanpaNYA tidak mampu kita mengecapi apa yang kita ada sekarang. Bersyukurlah, kerana itu tandanya masih ada 'iman' di dalam hati kita. Insya ALLAH.

Alhamdulillah. Syukur yang teramat sangat kerana sehingga hari ini masih diberi peluang untuk menaip tinta-tinta dakwah di ruangan kecil yang serba kekurangan ini. J Setelah melalui waktu-waktu sukar, akhirnya mampu jua untuk tersenyum. Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. Waktu-waktu sukar yang dilalui, pasti tidak sia-sia, hamba cukup meyakini janjiNYA. Segala dugaan dan ujian yang menimpa pasti tidak bukan melainkan untuk menghapuskan dosa-dosa hamba ibarat buih di pantai yang luas, terlalu banyak.
L

Syukran kepada sahabat-sahabat yang mendoakan. Yang menghantar SMS dengan kata-kata semangat dan sebagainya. Sungguh, hanya senyuman yang mampu dibalas apabila jari-jemari yang lemah ini menekan-nekan skrin telefon bimbit itu. Senyuman yang bukan biasa-biasa, tapi senyuman yang menghargai kepingan-kepingan SMS yang dikirim. Nilaiannya bukan 1sen, tapi nilaiannya ingatan, doa serta sokongan dari sahabat-sahabat yang dikasihi Allah, Insya ALLAH.

Sekarang, suasana cukup 'sibuk' dengan persiapan perkahwinan kakak. Macam-macam perlu dibuat. Tarikhnya tak kurang 3 minggu dari sekarang. Pelbagai persiapan yang perlu diselesaikan. Kebetulan, kakak memang menunggu saya untuk membantunya. Jadi, saya mencurahkan khidmat sebaek mungkin, walaupun saya serba kekurangan. Renovate sana sini, beli itu ini. Lastly, saya concludekan, KAWIN ITU TAK MUDAH. Tapi boleh dipermudahkan. Belum bercakap soal bersedia dan kesediaan bakal pengantin, insya ALLAH saya mahu nukilkan buat KAKAK, tribute untuk Bakal Isteri. Sekarang masih mencari masa sesuai, insya ALLAH.

Dulu, saya dan kakak tak dipisahkan. Apa yang kakak dapat, saya dapat. Apa yang kakak ada, saya ada. Sekarang, kakak bakal mempunyai suami. Saya juga tak lepas diejek dan disoal siasat. Penat den nak melayan. Mungkin mereka terlupa umur saya masih muda. Beza saya dan kakak hamper 4 tahun. Tapi mereka merasakan beza kami Cuma setahun. Mungkin saya yang terlebih tua atau kakak yang terlebih muda? J

Jangan lupa DATANG bagi yg berkelapangan.
Jemput semua sahabat dan kenalan-kenalan. Ahlan. Ahlan. 


KLIK Pada gambar untuk imej jelas.

"Husna bila? Kenapa tak buat sekali saja majlis dengan Kakak?" soalan biasa yang Ibu dapat. Ibu Cuma tersenyum. Dan biasanya saya yang menjawab,

"Muda lagi Mak Cik…"

"Eh, orang zaman sekarang semua pakat kawin muda belaka. Banyak faedah kawin muda ni…….." panjang pula leterannya. Saya sekadar mendengar. Dan kadang-kadang tersenyum. Itu saja yang mampu saya lakukan. Baru saya tahu, penat rupanya bila asyik ditanya dan diasak. Itupun umur saya masih muda. Jadi tidaklah terasa sangat.

Sepupu kata,

"Orang zaman sekarang, kalau tak ada 'gewe' umur 20 tahun, pelik! Kalau orang tanya kau cakap saja dah ada orang. Tunggu habis belajar je…"

Tapi sayang, saya tak bersetuju.



Memang sesetengah orang berfikiran kalau tak ada 'calon' pada usia 20-21 tahun, itu adalah pelik. Tapi bagi kita, bukan soal 'calon' atau 'gewe', tapi soal bersedia dan kesediaan. Kalau belum tiba masanya, tentu ALLAH belum hadirkan. Kalau sudah sesuai masanya, pasti ALLAH mudahkan. Kalau masa belum sesuai, ALLAH beri, nanti jadi benda lain pula.
Betapa ramai manusia hari ini mendapat nikmat tapi menyalahgunakan nikmat itu.
Ya, tidak dinafikan, mempunyai 'calon' adalah sesuatu yang 'indah' dan 'menarik'. Tak tipulah. Orang kata, NIKMAT dapat calon awal-awal. Betul dah tu. Kalau dari segi positifnya, dapat jaga hati, dapat jaga diri dan sebagainya. Ok, itu nikmat. Tapi NIKMAT itu jangan disalah gunakan. Jangan pula dengan NIKMAT mengundang AZAB.
J Nauzubillah……….

Kebetulan Abang juga mahu bertunang Jun nanti. Lagi-lagi saya diasak. Memandang kami bertiga Nampak SEBAYA. Ye ke? Mungkin kami bertiga selalu bersama, jadi bila kakak nak kawin, abang nak bertunang, maka saya kelihatan seperti TAK LAKU. Tapi takpe, Abang kata, "Umur hang baru 20. Rilek la. No hard feeling beb!" J

"Bertunang la sekali dengan Abang tu. Buat sekali je majlis, senang sikit…" Mak Cik belum berpuas hati nampaknya, masih dengan usul-usul yang tak logic akal.

Kata saya,

"Kalau dah ada calon, nak buat sekarang pun, buat la Mak Cik, masalahnya tak ada calon." Kata saya, innocent. J Ibu memandang dari jauh. Alamak. Saya sonyap sajalah. Apa nak dikato…

"Mak Cik tunggu hang suruh mak Cik cari je, kalau hang suruh, terus Mak Cik carikan. Tunggu green light je ni…hahahaha." Gelak semangat di hujungnya.

Heh, sabo sajalah. Karenah orang kampong. J Takpe, terima kasih atas tawaran menarik tersebut. Kalau dah desperate sangat nanti saya minta Mak Cik carikan. Yang penting, jangan isikan saya borang Baitul Muslim yang IKRAM punya sudahlah. J

Jodoh itu semuanya ada pada DIA. Kita tak mampu nak mengaturnya sendiri. berusaha boleh, tapi sekadarnya saja. Selebihnya, ALLAH yang tentukan. Bukan tak boleh berusaha. Boleh. Jangan buang ikhtiar. Tapi jangan berusaha seolah-olah terlupa, ada DIA sedang mengatur sebaeknya diatas sana. Kadang-kadang orang yang kita mahu, kita tak dapat. Kita sengsara dan merana. Seolah kita terlupa, DIA tak pernah melupakan kita. DIA sudah tetapkan yang cukup baik untuk kita. Tinggal lagi kita membentuk FARDHU MUSLIM yang sempurna sebelum menjejak tingkatan BAITUL MUSLIM yang sempurna.
Kata Illeya Ibrahim, "Isteri mithali adalah isteri yang bestari.."
Kredit to Encik Khalifa Taufiq for the design.
Nanti design saya punya kad jugak ye!

Tahniah juga buat kawan-kawan seangkatan yang bakal mendirikan rumah tangga Jun nanti. Tak pelik sebenarnya, sebab sahabat-sahabat se'MAAHAD' dengan saya berumur dua tahun lebih dua dari saya. Tak pelik untuk mereka melangkah kea lam baru. J Tahniah. Ahsantum! Selamat melayari bahtera rumah tangga dengan sebaiknya.

Allah terlalu hebat. Dan tidak ada siapa yang mampu menandingi kehebatanNya. Maka, angkat tangan, dan mintalah pada DIA. Moga kita diberikan yang terbaek didunia dan akhirnya membawa kepada segala kebaekan di AKHIRAT SANA. Insya Allah. J

Saya juga memohon maaf, kisah saya yang saya janji untuk ceritakan, buat masa sekarang, saya masih memilih untuk mendiamkan diri berkenaan kisah tersebut. Bukan tidak mahu berkongsi dengan sahabat. Tapi masih belum bersedia. Insya ALLAH, saya bakal ceritakan kisah saya dan hospital bila tiba masanya. J Yang penting, mohon doa dari semua. J Syukran!

Sungguh merindui Petaling Jaya, tak tipu! J
Jumpa lagi. doakan saya semangat untuk mengupdate blog dalam kesibukan yang dibuat-buat ini. J



MUKMIN yg kuat lebih dikasihi ALLAH berbanding MUKMIN yang LEMAH. Jadi, kalo nak jadi KEKASIH ALLAH, kena jadi KUAT dan KUAT lah. Mana boleh LEMAH, jiwa kita JIWA TARBIYYAH. Jalan kita JALAN PERJUANGAN. =)
(Memberi tasji pada diri sendiri)
Ala kulli hal, ALL THE BEST UNGS! Moga Allah memberkati pejuang2 yang masih disana.... =) Ahsantum!
Buat yang "SEHABES BAEK"
♥♥♥

Karisma- UTM- UUM- USIM- UTHM- USM- 'SHOPPING'- Class- Tutor- Quiz- Outing- Talaqi- Maulid- ON CALL- Perghh............
-MERINDUI Petaling Jaya dan SEGALA ISI serta KENANGAN yang ada PADANYA-
-MENDAMBA TASJI dan KUPASAN ILMIAH dari SAHABAT-SAHABAT-
-MENGHARAPKAN sahabat dan ALL DOUBLE SIBLINGS LIVE the LIFE WELL-
Anyway- Please, KEEP IN TOUCH!
♥♥♥
Setiap org pasti diuji. Dan ujian itu pasti tidak melebihi kapasiti individu tersebut, itu janjiNya, maka yakinlah.
Syukran Allah atas tarbiyyah yg berterusan. Walau jiwa kdg2 keluhkesah, tp janjiNya dikemudian hari menjadi penghilang resah.
Syukran sahabat2 atas doa dan kata2 semangat.
<dlm proses menyesuaikan diri>
♥♥♥

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Tuesday, May 17, 2011

Gula-gula yang manis

13 comments:

Masa kecik-kecik dulu, suka sangat makan gula-gula. Aci nangis je, orang bagi gula-gula, bajet pujuk lah tu.

Oh, sodapnyo!

Ada ke orang kat Malaysia yang 'kaya raya' ni tak pernah makan gula-gula?

Semua ula-gula manis. Ada yang masam, tapi bila dah habis perasa masam tu, kembali manis. So, statement yang pertama, gula-gula itu manis.

Kalau makan gula-gula selalu, lama-lama gigi rosak, mudah rasa sengal.


Kalau makan gula-gula banyak, nanti boleh kena kencing manis.

sebab yang manis itu selalu buat orang lupa pada Tuhan.

Kerana itu, Allah selalu menjadikan hidup kita kadang-kadang gembira, kadang-kadang sedih.

Sebab orang yang selalu gembira, cenderung untuk melupakan Tuhan.

Jangan risau kalau hidup kita tak selalu manis macam gula-gula, yang penting kita yakin pada DIA yang takkan memberi sesuatu yang sia-sia.

Gula-gula manis, tapi kenapa Mama tak selalu bagi kita makan gula-gula?


Sebab takut kita terlalu biasa dengan 'gula-gula' yang manis sehingga takut untuk makan 'ubat' yang pahit. 
Allah itu cukup mengetahui apa yang ada dalam hati hambaNya. Lantas bila diuji, jangan cepat buruk sangka pada DIA.

"Yang manis jangan terus ditelan dan yang pahit jangan terus dibuang."
Kadang-kadang yang manis itu manisnya cuma sekejap saja, dan mungkin membawa mudarat selepas itu. Tapi yang pahit, pahitnya juga mungkin sekejap, tapi ibrahnya pasti besar buat orang yang menanggungnya. 
Hidup ini tak dicipta untuk menjadi manis macam gula-gula.


Tapi SYURGA yang Allah cipta terlalu manis, jauh lebih manis berbanding gula-gula.

Cumanya, ia perlu pada sabar dan redha. J







Erk, tapi yang sedihnya, bila search gambar gula-gula kat Encik Google, terjumpa pulak gambar ini.

Apakah?
Mungkinkah ini 'gula-gula' pilihanraya dari BN?


Taubat nasuha. Sungguh sedih. Dan terfikir-fikir, apalah mentality rakyat Malaysia hari ni. Dah la harga minyak asyik naik je. (Ada kena mengena ke?) Lepas ni semua orang naik beskal macam Jepun la, senang cerita, kasi padan muka itu otai minyak. Korupsi banyak, lepas ni jadi macam Indonesia. Adui. Yang gambar kat atas ni pulak rosakkan imej Malaysia saja. Katanya Negara Islam, ini ke imejnya? Geleng kepala sampai rasa pening. Kiamat dah nak dekat ni. (Memang sentiasa mendekat, kiamat tak pernah menjauh.)

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Almost two month…

No comments:

Hampir dua bulan tidak menjejak kaki ke Istana di Kubang Batang. Setelah bermain hujan bak filem Hindustan kat The Mall, kemudian menyantap Nasi Arab kat food court, bas Sani Express meluncur laju membawa saya dan Wirdah ke bumi Pasir Mas. Hujan sepanjang perjalanan seolah-olah tahu apa yang ada dalam hati. Terketar-ketar menahan kesejukan. Mana tidaknya, basah lencun dengan hujan yang cukup lebat. Setelah Bintu Puaad menghantar ke stesen bas untuk mendapatkan teksi, tubir mata mula memberat, tapi pak cik teksi yang ramah mula banyak berbual, tak jadi nak layan perasaan. Ahha.

Setibanya di istana Kubang Batang, terkejut dengan banyak perubahan. Bakal berkenduri, jadi rumah pun banyak di'renovate'. Kata Ayah, tamau renovate banyak-banyak, tapi bila jelajah rumah tadi, banyak juga yang berubah. Takpelah, nak dapat menantu anak kelima yang baru katakan. Kalau nak tunggu menantu yang keenamnya, entah bila pulak. J

Biasanya dirumah, perwatakan kita akan berubah. Kalau du UIA, cara kita berjuang adalah berbeza, dan dirumah, bukan tak boleh berjuang, boleh, tapi methodnya mungkin sedikit berbeza. Yang penting mesti ada usaha untuk berjuang. Banyak juga kisah-kisah orang yang totally berubah bila berada dirumah. Kalau di tempat pengajian, dialah orang yang paling hebat, paling tak dok diam dan sebagainya. Tapi bila dirumah, dia menjadi manusia paling kuat 'TiKan' = Tidur + Makan.

Seruan untuk semua, termasuk diri sendiri yang baru sampai tapi sudah mula 'tenggelam' dengan nikmat yang ada di rumah, kita mesti ada 'aim' untuk melakukan sesuatu. Dan sila 'aim' benda yang baik-baik dan berfaedah. Ahsantum!


Friends, always KEEP IN TOUCH ya…!

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Monday, May 16, 2011

Is going back… =(

10 comments:

Setelah gembira dengan "Broga Hill With Love",
saya terpaksa meninggalkan semua kenangan di CFS. Dan pulang ke kampong. Pada awalnya meminta kebenaran untuk pulang sedikit lewat ke kampong, tapi Ibu tidak benarkan, ada urusan yang perlu diselesaikan di kampong. Saya mengikut. Barang-barang mula dimasukkan ke dalam beg. Badan sakit-sakit setelah mendaki tanpa warming up. Mereka excited sangat, sampai tak sempat nak sarapan dan warming up. Kagum den pada mereka semua. Kenangan di CFS pula berputar laju. Dua tahun disini. Bukan sedikit kenangan tercoret. Terlalu banyak. Bukan sedikit mencipta kenangan dengan mereka yang dekat. Terlalu banyak.

Maka, rakyat Kelantan semua, saya bakal berada di Kelantan 17hb Mei 2011 sehingga… yang tak pasti. Mungkin September jika tiada aral melintang. Bakal saya imarahkan sebaek mungkin, Insya Allah. Moga Allah memberi saya peluang. 

"Husna,kenapa sedih? Sedangkan menamatkan CFS adalah impian semua orang. Tak payah sedih, kan suka sangat balik kampong…"

Jawapannya mudah,

"Lumrah manusia takut pada perpisahan. Saya sangat takut meninggalkan 'daerah ini'. Daerah yang mengajar saya banyak erti tarbiyyah, mengenali mereka yang hebat-hebat. 'Daerah ini' terlalu hebat kesannya pada diri dan jiwa. Dan saya cukup takut 'Daerah ini' sudah tidak menjadi milik saya. Ya, saya sayang 'DAERAH INI."
Allah. Daerah ini
daerah yang cukup bermakna bagiku.
J

Selamat Tinggal CFS!
Teman, bila aku jauh dari 'daerah ini' kelak, jangan tinggalkan aku, ingatkanlah aku pada perjuangan yang masih bersisa. Jangan biarkan hati aku hambar tanpa cinta. Jangan biarkan aku jauh dan ketinggalan. Aku sentiasa mahu dekat dengan kalian. Dan sekiranya aku lalai, tegurlah aku. Tepuklah aku dari terus lena dengan kelazatan dunia yang mungkin melalaikan. Berjanjilah untuk membawa aku sekiranya aku terlepas dari tali yang membawa kita ke DAERAH INI. Terima kasih PJ!
Lagu DAERAH INI
dari ALGEBRA, khas untuk semua.


Mereka kata kau akan sayu di daerah itu
Jawab aku selalu bersama Tuhanku
Kupasrah padaNya sehening tiupan salju
KernaNya aku rasa jitu dan mampu melebihi manusia beribu

Daerah ini daerah tenang sekalipun ada yang kata usang
Daerah ini daerah damai sekalipun sukar untuk sampai
Daerah ini daerah merdeka sekalipun ada yang memeranginya
Biarkan saja aku di daerah ini..

Kata mereka daerah mu itu jauh
Jawab ku pada Tuhan aku bersauh kukuh
Yang jauh itu jiwa yang mungkir
Padaku daerah ini amat hampir

Kata mereka daerah kau itu sepi
Jawabku aku tak pernah sunyi dengan alunan murni
Yang sepi itu jiwa yang inginkan pujian
Padaku cukuplah dengan irama keredhaan Tuhan

Daerahku ini daerah berpendirian
Berpaksikan firman Tuhan
Bukan hukum insan bukan gema sorakan bukan riuh tepukan

Daerah ini tak pernah peduli
Apa kata abdi atau pembesar negeri
Daerah ini berpasakkan Nabi
Bagindalah mimpi Bagindalah realiti..

Biarkan saja aku di daerah ini
Sekalipun ada yang tak gemari

Biarkan saja aku di daerah ini
Sendiri membawa diri & sanubari

Biarkan saja aku di daerah ini
Sekalipun ada yang tak gemari
Biarkan saja aku di daerah ini
Kerna aku mengerti ia amat suci & abadi

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Saturday, May 14, 2011

Inspirasi Hati

No comments:





"Mummy, kakak nak jugak keropok durian tu."

"Kalau kakak nak keropok durian tu, kakak tak boleh beli aiskrim ni tau?"

Angguk-angguk. Kemudian aiskrim disimpan semula ke dalam peti ais.



Dialog ini terlalu biasa, sejak dari kecil, begitulah ibu ayah memujuk anakandanya. Sehingga hari ni, bila saya memujuk anak saudara saya, saya juga menggunakan taktik yang sama.



"Cikna, Munir nak aiskrim dua. Nanti Munir kongsi."

"Kalau Munir nak aiskrim dua, Munir simpan balik gula-gula ni. Nanti rosak gigi makan jajan banyak-banyak."

Dan Munir mengikut. Gula-gula disimpan, aiskrim diambil satu lagi. walaupun aiskrim itu bukan untuk dirinya sendiri, tapi untuk sepupunya, Aleeya.

Budak sebesar itupun tahu untuk berkorban. J



Bila jadi dewasa, benda yang sama pun berlaku.

"Kakak nak masuk DQ, nak hafal Quran."

"Kalau kakak nak hafal Quran, tolaklah tawaran foundation untuk belajar Bahasa Jepun tu."

Dan akhirnya aku menolak peluang belajar Bahasa Jepun.



Ya, kehidupan ini semuanya perlu pada pengorbanan.

Benda yang paling penting yang saya belajar, dalam hidup ini, tak semua yang saya mahu saya akan dapat. Kadang-kadang untuk dapatkan apa yang saya mahu, saya kena korbankan apa yang saya ada. Dan yang penting lagi, pengorbanan yang saya buat, kadang-kadang bukan untuk diri sendiri, perlu berkorban untuk orang lain. 
Bila dewasa juga, dulu-dulu Arwah Nenda selalu pesan,

"Kalau nak benda tu, kalau tak halal lagi, biar dulu, lepaskan dulu. Insya Allah datang yang lebih baik dalam keadaan halal."

Cukup mafhum.

Ini soal hati pula.

Kalau kita sukakan seseorang, tapi ternyata masih belum halal untuk kita, lepaskna dulu kalau belum mampu untuk menjadi halal untuknya. Nanti akan datang saat halalnya dan datangnya pasti dalam keadaan yang lebih baek.


Semuanya tentang kehidupan. Kehidupan yang kita lalui sebelum mendiami kehidupan sebenar di alam akhirat.

Saya juga teringat pesanan seorang Ustaz,

"Kurangkan nafsumu pada dunia, nak pilihlah untuk hidup bahagia di akhirat selamanya."
Walaupun saya belum capai tahap itu, tapi saya sentiasa berusaha untuk berada di situ. Walaupun saya mengakui, saya selalu tewas pada cabaran diri sendiri.

Oh, tewas pada pencabar? Dulu saya ada pencabar saya. Pencabar saya hebat orangnya. Cukup hebat. Saya bermimpi untuk standing dengannya. Walaupun bagai langit dan bumi. Oh, beliau tahu saya mahu bersaing dengannya. Bersaing untuk terbang tinggi di langit sama-sama. Semakin hari semakin mencabar. Sekarang? Takpe, biar saya simpan status cabaran ini sorang-sorang. J Yang penting, cabaran ni bakal berakhir, sebab lepas ni saya mungkin 'kehilangan' beliau. J

Ini hidup saya. Dan anda ada hidup anda sendiri.
Lakarlah peta terbaek hidup diri sendiri. moga-moga lakaran peta kita selari dengan lakaran peta DIA. J



Sebelum tu, saya teruja berkongsi lagu Inspirasi Hati ini buat tatapan semua orang dan  PENCABAR saya. J



Bila sendirian fikiranku buntu
Mengingati dirimu
Dikau tiada lagi di sisiku
Hatiku sayu bertambah pilu
Kasih kau inspirasiku
Kau mengajarku erti kehidupan ini
Takkan ku lupakan nasihatmu
Kerna ianya berguna untukku

Seringkali aku berdoa pada-Nya
Agar tabah menyusuri hidup ini
Ya Allah berilah ku kekuatan
Untuk tempuhi dugaan yang mencabar
Sekiranya ku mendapat pengganti
Ku harapkan insan sepertimu oh kasih
Banyak membantu dan mendorongku
Menjadi hamba yang taat kepada-Nya

Seringkali aku berdoa pada-Nya
Agar tabah menyusuri hidup ini
Ya Allah berilah ku kekuatan
Untuk tempuhi dugaan yang mencabar
Sekiranya ku mendapat pengganti
Ku harapkan insan sepertimu oh kasih
Banyak membantu dan mendorongku
Menjadi hamba yang taat kepada-Nya
Walau dirimu tiada lagi
Tapi hatiku tetap kepadamu
Kenangan bersamamu subur mewangi
Takkan luput dari ingatanku
Takkan luput dari ingatanku…
Tajuk Nasyid : Inspirasi Hati
Artis : DeHearty
Album : Di Hati (DeHearty)


:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Thursday, May 12, 2011

Dimana Allah dihatimu…

4 comments:

DimaMu dihatiku.........??

"Kenapa payah sangat ni…" soalku dalam hati.

Aku mencuba lagi. Dan lagi. Tapi telefon bimbit tetap tidak mahu berfungsi seperti biasa.

Cover belakang aku buka, aku buka bateri dari tempatnya, kemudian aku tiup dan lap bateri tersebut pada cadar katilku.

Sekali lagi aku pasang semula ke tempatnya, "Bismillah…"

Aku tekan butang ON. Lampunya masih tak menyala walaupun sudah 2minit aku menekan butang tersebut. Kepala mula bingung.

Banyak SMS perlu dibalas. Nanti orang salah faham pula kalau SMS tidak dibalas.

Maka sekali lagi aku mencuba. Selepas selawat 11 kali, aku cuba menekan butang ON, lampunya menyala, tertera perkataan NOKIA.

Aku menjerit halus. "Yeah!"

Tapi kemudian lampunya kembali mati. Dan aku kembali masam muka.

Telefon itu aku campak ke tepi. Tensi. Dalam hati aku mengomel macam-macam, "Bukan murah beli telefon, rosak jugak. Asyik buat hal je."



Allah... Aku mahu dekat padaMu.. Dan didekati olehMu...
-'Abdullah Hanzalah-


Lantas, begitulah hamba Allah. Bila diambil nikmat darinya, dia mengeluh dan mengeluh. Apabila dikatakan padanya seruan untuk berusaha, dia berusaha, tapi sekadar cukup syarat. Dia lebih suka bertawakkal. Mungkin dia terlupa, tawakkal tanpa usaha adalah sia-sia. 

Dimana letaknya konsep tawakkal? Tanya pada hati. Berusaha cukup syarat, kemudian mengeluh dan mengeluh.

"Aku dah berusaha, sekarang tawakkal sajalah."

Apabila diberi nikmat, terlupa pada Pemberi Nikmat. Mudah lupa jasa. Kalau jasa manusia padanya, dikenang bertahun-tahun, tapi nikmat yang Allah bagi semalam, hari ini pun sudah mampu dilupakan.

Memang manusia cepat lupa.

Dimana kita di mata Allah, adalah bergantung pada di mana Allah di hati kita.

Letaklah Allah di tempat yang paling agung dalam hatimu, nescaya kasih sayang Allah menjadi milikmu.



Usaha mengeluh dengan ujian yang sedikit, tapi kagumlah pda banyaknya nikmat yang diberiNya.

Kita snagat banyak terhutang budi pada Allah, maka, berbuatlah kebaekan. Seinfinitinya.

Walaupun manusia mengkhianati, tidak mengapa, biar Allah yang mengadili.

Kalaupun manusia tidak mempercayai, tidak mengapa, biar Allah yang memberi bukti.

Sekalipun manusia membenci, tidak mengapa, asalkan ada Allah di hati.



Allah. Allah. Allah.

Rahmati aku dan sahabat-sahabatku. Ameen.

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Wednesday, May 11, 2011

Tahniah Aleeya!

6 comments:
Aleeya di dalam wad sebelum operation. 
Bila dapat gambar ini di telefon bimbit, syahdu pula memandang wajah Aleeya. Macam menjadi pulak dia posing.

Alhamdulillah, Aleeya selamat dan sihat kembali seperti biasa. Harap-harap lepas ni Aleeya boleh cergas main-main macam dulu.

Allah menguji pasti tidak sia-sia.

Terima Kasih atas yang mendoakan~

Ini pula Adik Aleeya, namanya Ali. Comel. Sedang dimandikan Umminya di sinki rumahku.
Alhamdulillah Ya Allah atas nikmat yang tidak boleh kami dustakan. Semoga segala ujian dan nikmat yang Kau beri kepada kami tiada lain melainkan mendekatkan kami sekeluarga kepadaMu. Insya Allah.

p/s: Maaf, telefon bimbit saya 'meracau'. Tiba-tiba jadi OFFLINE, dan kadang-kadang MATI dengan sendiri. Penangan 'berenang' dalam gulai di UKC barangkali. Minta maaf jika ada SMS lambat dibalas, panggilan tak dijawab atau SMS yang dibalas menggunakan telefon orang lain. Tidak ada niat tak nak kawan dan sebagainya, tapi ada musyaqqah yang menghalang. Mohon difahami. =)

Sehingga ketemu lagi~

mode: Merindui keluarga. Bersabar, 4 hari lagi bakal pulang dan berkampung di kampung hampir 4 bulan!
:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Memori Tercipta

4 comments:


Bergetar jiwa dipersada bercahaya
Pertemuan harapan pertama kalinya
Bergetar jiwa menghadapi mimpi-mimpi
Sukar dipercaya pintunya terbuka
Di sini jua memori tercipta 
Walau seketika terjalin kasih kita
Mungkin disini kita kan terpisah
Kenangan bersama tiada kulupa

Mengalun suara sesuri bisikan hati
Seiringan mencari haluan berseni
Bergetar jiwa menghadapi mimpi-mimpi
Tiada pon terduga pintunya terbuka

Yang terpahit jua termanis
Semuanya bagiku terindah
Kuingati buat selama-lamanya


Mungkin disini kita kan terpisah
Kenangan bersama (3x)
Mungkin disini kita kan terpisah
Kenangan bersama tiada kulupa


 

p/s: Saya mohon maaf atas segala kekurangan dan keterlanjuran dalam perbuatan atau perkataan. Maaf, fikiran agak kusut-masai. Maafkan saya sahabat. Doakan saya dan sahabat-sahabat yang lain. Syukran kerana memahami.

Good luck for the examination!

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Tuesday, May 10, 2011

Mudahkan semuanya untuk MEREKA…

5 comments:

Assalamualaikum.

Aleeya bersama Papa dan Ummi.

Semalam SMS Abang Sulong saya, Mohd Khairul Azinor Kamarudin bertandang ke telefon NOKIA saya. Jarang Abang Yu menghantar SMS. Biasanya menelefon.

"Salam. To inform all of us, Insya Allah esok Aleeya akan masuk wad untuk operate telinga. Mintak doa dengan adik-beradik. Moga Allah mudahkan urusan kami sekeluarga. Ujian yang Allah hantar bukan sia-sia kan? Berat mata memandang, berat bahu memikul.. Doakan kami…"
Muka innocent Aleeya.

Hamper terhempas telefon bimbit sewaktu membaca SMS tersebut. Teringat kelincahan Si Aleeya yang baru berusia 5 tahun. Lincahnya dia. Rajin menolong Umminya mengemas rumah. Sungguh, budak kecil itu sungguh tidak berdosa. Mukanya telus dan mulus. Seolah-olah tidak mengerti apa yang berlaku.

Aleeya dan Mak (Ibu saya) di rumahnya.

Walaupun saya mengetahui anak saudara saya ini akan dioperate sewaktu balik bercuti sebelum shortsem hari tu, tapi perasaan terkejut tetap ada. Cepatnya masa berlalu. Masih saya ingat, di ruang tamu kediaman kami, selepas majlis kenduri tahlil nenda, kami bersidang. Abang mula meluahkan rasa, teruji. Sewaktu itu Aleeya ada mendengar, tapi sungguh, Aleeya tidak mengerti apa yang dibicarakan oleh orang-orang dewasa di sekeliling. Memandang Aleeya saja sudah membuat saya jatuh simpati. Kasihan Aleeya. Kalau saya diuji dengan kesakitan, saya tahu, sepadan dengan dosa-dosa saya yang banyak mendiami hati. Tapi kalau budak sekecil itu apa yang dia faham?

"Aleeya, tahu tak nanti Aleeya nak masuk wad?" soalku pada Aleeya, sadis.


"Yelah, nanti Aleeya masuk wad, Aleeya boleh tidur atas katil macam Cikna dulu-dulu. Nanti Aleeya tak kena main dengan adik. Cikna suka ke duk kat wad?" walaupun pelat, tapi bicaranya lancar, seperti orang dewasa. Kemudian saya sebak. Tidak mampu menyambung bicara dengan Aleeya. Kalaulah Aleeya tahu perasaan berada di katil wad tersebut. Betapa rasa seperti dalam 'penjara'. Dengan tangan melekat dengan DRIP IV, bergerak sedikit dah boleh buat darah memancut keluar. Belum lagi makanan hospital yang dipaksa telan. Kalau sedap, tak mengapalah. Itu tak kermasuk lagi dengan detikan JAM yang menjadi sangat PERLAHAN. Satu jam yang berlalu terasa bagai 4 jam. Nurse-nurse yang menyakitkan hati dengan tugas yang tidak sempurna dijalankan. Dan lagi tak best dengan pil-pil yang perlu ditelah "on time". Allahu Allah, itu bukan satu kegembiraan.

Aleeya berbaju purple menunggang basikal bersama Munir, anak saudara sulung saya.

Saya memandang Abang Yu, pasti hatinya lebih dari saya. Takpe, itu ujian. Saya yakin, seperti mana Abang selalu tenangkan saya bila saya diuji, seperti mana Abang selalu ingatkan saya pada Allah, seperti itulah motivasi yang Abang ada. Pasti Abang tak cepat melatah.

Kami berbincang. Pembedahan tersebut biasa-biasa, tapi memakan belanja mencecah RM9500. Awas, post ini tidak berniat meminta sumbangan, samasekali tidak. Insya Allah, rezeki buat Si Kecil ini Alhamdulillah melimpah ruah. Lagipun, Mak dan Ayah (Nenek dan Datuk Aleeya, bersamaan Ibu Ayah saya) sedia membantu tanpa berat hati walaupun Abang dah kawin. Itulah Ayah dan Ibu, tak pernah berhenti meringankan beban anak-anak, walaupun anak-anak dah beranak bini. Kasihnya Ayah hingga ke Syurga. Sayangnya Ibu tiada terhingga. Syukran Allah menghadiahkan kami Ibu Ayah yang cukup baik. Alhamdulillah. J

Dan saya pula disini, tidak mampu menghantarnya ke wad. Tidak mampu membawanya makan KFC sebelum menghantarnya ke wad. Tak mampu mengucup ubun-ubunnya sebelum tangannya disuntik-suntik oleh nurse yang mungkin baik, mungkin garang. Saya Cuma mampu menelefon kakak ipar, bertanya khabar. Bukan tidak mahu berada di Kelantan, tapi kekangan yang ada sekarang cukup menghalang. Cuma doa yang mampu dititip buat Abang sekeluarga.

Aleeya dan Munir gembira bermain di air terjun sempena rehlah rasmi kelurga kami setelah mendapat menantu. Bila dapat menantu, mesti datang ke air terjun ini. Tak ada orang, boleh main sepuasnya. Dengar cerita, lepas dapat menantu baru bulan enam nanti, mereka dah plan untuk ke sini lagi. Moga-moga Aleeya mempu bermain dengan Munir seceria ini lagi. Aleeya, semoga Allah merahmati Aleeya. Cikna sayang Aleeya walaupun Cikna garang. Sobss. Sobss..

Akhirnya selepas lamunan yang panjang, saya membalas mesej Abang,

"Orang-orang yang bertaqwa pada Allah, nescaya akan diberikan jalan keluar. Allah uji anak-anak ni insya Allah Allah nak hapuskan dosa ibu ayahnya. Takpe, berlapang dada. Jangan risau, dekna sentiasa doakan abang sekeluarga. Yang penting, letak setinggi-tinggi harapan pada Allah. Aleeya kuat insya Allah. Jangan sedih-sedih ye. Pesan pada Aleeya, dok wad nanti jangan nakal-nakal, nanti cikna balik, Aleeya dah kena keluar wad. Semoga tabah Abang!"
Akhirnya saya senyum. Budak sekecil itu diuji, masih mampu tersenyum walau mungkin tidak memahami. Tapi saya, kenapa begitu cepat melatah bila diuji? Muhasabah diri sendiri.

Moga Allah ampunkan dosa kami sekeluarga, hamba berdosa.

Mohon doa semua pembaca, doakan anak saudara saya semoga semua urusan dipermudahkan. Moga lapang hati ibu ayah Aleeya, tidak gelisah dengan ujian, malah semakin tenang dalam pengabdian diri pada Tuhan. Insya Allah.

Abang, saya tahu abang strong. Sebab tu Allah uji. Jangan sedih ye. Mesti senyum sokmo. J



Tinta adik yang tak mampu bersama,
Bintu Kamarudin

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Monday, May 09, 2011

Jemputan Majlis Walimah~

14 comments:

Majlis Kesyukuran

 
Bismillah Alhamdulillah.
Alhamdulillah,Its our moment
to celebrate
the love that unite us

 
Together with our parents,

 
Che Norisah Sheikh Ahmad
&
Kamarudin Ab. Rahman

 
we

 
Nur Hannani @ Murni Indah Kamarudin
&
Mohd Ayub Solihan

 
Invite you to share with us
This joyous celebration of love
At our marriage
Saturday,4th june 2011

 
Lot 611,Kg Kubang Batang
17000 Pasir Mas,Kelantan.

 
Celebrating the starting day for Hannani and Ayub to start their way of life.

 
Bersama mengundang:
Khairul Azinor & Rosehaliza
Nafizah Khairiah & Abdul Mutalib
Khairil Sedqi & Juriyah 
Khalifa Taufiq
Nurul Husna
Khalil Ridha

 
P/s: Semua yang mengenali dijemput hadir, terutama sahabat-sahabat Maahad Muhammadi Pasir Mas, SMKA Lati, Darul Quran, dan Universiti Islam Antarabangsa. J
Tak sabaq nak menulis tribute untuk bakal isteri. Tunggu ye kakak.. J
Ikhlas mengundang, yang berkelapangan dijemput memeriahkan majlis. J

 
AHLAN WASAHLAN WA MARHABAN BIKUM. J

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.