♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Saturday, October 30, 2010

Kita suka..

No comments:


Kadang-kadang, kita suka nak orang ikut cara kita. Kita suka makan mee goreng kita nak orang lain pun suka mee goreng. Kita tak suka makan donut, kita pun tak mahu orang lain suka donut.


Lupakah kita pada manusia yang diciptakan berbeza-beza dan pelbagai?


Kadnag-kadang kita sanggup menarik muka masam bila orang lain tak buat apa yang kita suka buat. Kita tak suka jalan-jalan, dan kita pun tak mahu orang lain suka jalan-jalan.


Kadang-kadang kita nak semua orang ikut cara kita.


Kita suka tangguh kerja, kita nak orang lain pun tangguh kerja jugak. Haih. Kita kena hormat orang lain, insya Allah orang lain akan hormat pada kita.


Jangan samakan sikap kita dengan sikap orang lain. mungkin ada yang sama. Tapi bukan semua. Kadang-kadang ada orang yang tak boleh terima. Kadang-kadang ada orang yang boleh terima. Bersikap terbuka dalam bersahabat. Menerima pendapat orang lain. tidak ego dengan pendapat sendiri. Tidak marah jika pendapat ditolak. Jangan terlampau taksub dengan pendapat sendiri. Kerana pendapat semua orang memang betol, tapi bagi setengah orang ia mungkin tidak. Maka, jangan memaksa mereka berpendapat seperti anda. Anda ingin mengeluarkan hujah boleh, tapi jangan memaksa.


Kita suka orang layan kita dengan baek, tapi kenapa kita susah nak layan orang dengan baek?


[peringatan untuk diri sendiri]


Selalu berada diluar. Sinonim berada di luar. Kadang-kadang cemburu dengan mereka yang berada di dalam.


:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Friday, October 29, 2010

Bersahabat.

1 comment:

Mengaku, saya bukan sahabat yang baek. L Smoga Allah memberi ketenangan dan mengekalkan saya dalam kebaekan. Seinfiniti kemaafan saya pohon. Moga segala khilaf tidak menjarakkan.


 

Ku biar kalam berbicara
Menghurai maksudnya di jiwa
Agar mudah ku mengerti
Segala yang terjadi
Sudah suratan Ilahi

Ku biarkan pena menulis
Meluahkan hasrat di hati
Moga terubat segala
Keresahan di jiwa
Tak pernah ku ingini

Aku telah pun sedaya
Tak melukai hatimu
Mungkin sudah suratan hidupku
Kasih yang lama terjalin
Berderai bagaikan kaca
Oh teman, maafkanlah diriku

C/O :
Oh Tuhan
Tunjukkan ku jalan
Untuk menempuhi dugaan ini
Teman, maafkan jika ku melukaimu
Moga ikatan ukhwah yang dibina
Ke akhirnya

Aku tidak kan berdaya
Menahan hibanya rasa
Kau pergi meninggalkan diriku
Redhalah apa terjadi
Usahlah kau kesali
Mungkin ada rahmat yang tersembunyi


 

Mode: Seremban – Rasa sedih pulak anak sedara mintak jangan balek PJ lagi. Kasihan dia sorang2. Kalo tade Family Day MEDCY, of course I spend my day here. J


:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Jeram Linang – Menjadi Muslimah bukan penghalang.

2 comments:


Alhamdulillah. Cuti semester yang lepas. Sempat saya dan beberapa orang sahabat (macam ramai je bunyinya, padahal dua orang je) berehlah. Dua kali pulak tu.



Sekarang saya mengerti mengapa orang sanggup spend banyak ribu untuk pergi melancong, pergi rehlah, sebab padanya ada kepuasan tersendiri. Tapi, kalo kita bole spend banyak ribu untuk pegi melancong, pegi rehlah, mestilah kita kena banyak spend jugak untuk kerja dakwah, zakat dan sedeqah, kan? Yelah, tentu pahalanya berlipat kali ganda, malah memberi manfaat pulak untuk orang lain. masya allah.



Saya kira ini kali pertama ibu saya benarkan saya memandu tanpa ibu dan kakak dengan kejauhan sebegini. Lebih kurang hampir dua jam memandu. Mungkin ibu saya memahami tekanan saya pada waktu itu. Tertekan dengan masalah birokrasi hospital. Apabila doctor saya tiada disini, semuanya menjadi susah. Maka, tekanan demi tekanan saya rasai, ditambah dengan ketidaksanggupan saya untuk meng'extend' tahun pengajian sekiranya masalah saya tidak dapat diselesaikan. Itu cukup untuk menjadi beban besar kepada saya. Kepada Allah tempat mengadu dan sebaek-baek tempat meminta pertolongan. Alhamdulillah. Allah mudahkan segalanya walaupun saya terpaksa merajinkan diri mengampil pil-pil kegemaran saya buat sementara waktu.



Perjalanan tak terasa lama, walaupun hampir dua jam, ditemani Zakirah dan Wirdah serta pelbagai topic menarik yang dibualkan. Memandangkan hari tersebut merupakan hari Selasa, maka tak ramai orang di tempat air terjun tersebut. maka, kami bergembira. Memasang khemah. Setup tempat memasak dan sebagainya. alhamduliillah. Kali ni best dengan pelbagai kelengkapan lengkap dari Zakirah. Sekaligus melatih skill untuk lebih berdikari. Tapi bab masak-memasak, Wirdah memang gemar sangat. Jadi serahkan saja pada dia. Berbekalkan setin kecil sardine dan tiga biji telur (kedekut betol) kami memasak dengan riang gembira. Best. Buat air teh limau kegemaran Zakirah. Scramble egg kegemaran Wirdah. Saya? Roti Gardenia menjadi pilihan memandangkan perut masih dalam dalam servis lagi. Pergh!



Menjadi seorang wanita muslimah bukan penghalang untuk mandi-manda di air terjun. Sapa kata muslimah tak boleh mandi air terjun? Jangan jumud. Tak perlu membeli pakaian mandi muslimah yang berharga ratusan ringgit, tetapi tetap tidak sempurna penutupan auratnya. Cukuplah sekadar berbaju T-Shirt labuh lengan panjang, berseluar panjang, dan bertudung besar. Tudung besar mengelakkan masalah mudah tercabut dan melindungi apa yang sepatutnya dilindungi. Bagi saya sendiri, lebih selesa memakai baju kurung dan berseluar panjang berbanding T-Shirt labuh. Mengikut siasatan kes saya, baju kurung mengelakkan bentuk badan jelas terbentuk apabila kita mandi di dalam air berbanding baju T-Shirt yang melekat di tubuh. Itu pendapat peribadi. Berhak dipersetujui, berhak jua dibangkang. Tapi, tak payah la nak bahas, saya dah pencen. J



Saya sedih melihat kawan-kawan sejantina saya yang bertudung lengkap menutup aurat, tetapi apabila melakukan aktiviti rehlah di air terjun atau pantai, mereka membuka tudung dan tidak menutup aurat. Seolah-olah di dalam air, segala hukum Tuhan tidak berkuat-kuasa. Kan bagos kalau kita menutup aurat. Tak rugi, bukan susah. Malah melindungi diri kita dari gangguan makhluk yang berlainan jantina dengan kita, iaitu lelaki.



Takpe, bole kalo nak mandi tak pakai tudung, mandi dalam bilik air. Tak pun, nanti dah kaya-raya, buat kolam mandi dalam rumah. Pastu mandi puas-puas tayah pakai tudung. Kan senang. Waktu mandi di tempat awam, jagalah apa yang perlu dijaga. Terutama aurat. Hukum Allah fleksibel di mana-mana. Anda tak percaya? Saya pernah melakukannya. Tiba giliran anda membuktikannya. Insya allah Allah redha.








Next destination? Langkawi?


:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Thursday, October 28, 2010

Bongsu. Aduuh!

2 comments:

Bukan nak cerita pasal saya yang orang selalu anggap anak bongsu. Teruk sangat ke saya sampai korang ingat saya anak bongsu? Ngeh! Saya ada adik. Adik lelaki. Satu je. Erk, sorang je lah. Sebut satu nanti diorang ingat patung doraemon plak! Tapi mungkin sebab jarak umur saya dan adik sedikit jauh. Tak mengapalah. Saya pun tak kesah orang nk kata saya anak bongsu, tapi adik saya mungkin kesah. J

Aduhh. Bukan nak cakap pasal anak bongsu ke. Anak mak ke. Anak ayah ke. Anak apa-apa je. Tapi nak cakap pasal gigi geraham bongsu. Pergh. Bahaya jugak penangan gigi geraham yang bongsu ni eh. Agak-agak anak bongsu pun bahaya macam ni kot? Dek kerana penangan gigi yang bongsu ni, best jugak. Saya dah tak banyak cakap. Elok jugak. Tade la orang nk terasa ke. Nak terbakar ke dengan ayat-ayat saya tu. Tapi part sakit tu mmg takle tahan jugak. Nak nangis malu plak. Nanti orang Tanya, kenapa nangis? Saket gigi! Malu lah! Eh, tak gosok gigi ke? Huaaa….! Mengarutnya!

Takpelah. Bila dah saket tu, saya pun start la research kat Pusat Sumber saya. Banyak sumber. Antaranya Ibu la kan. Pengalaman tentu dah banyak. Internet pun teman setia jugak bila nak cari maklumat. Library? Yang ni kurang minat sket. Sebab kurang privacy. Haha! So, saya pun berbangga nak kongsi dengan semua orang yang terbaca post ni tentang Geraham Bongsu. Klo korang dah ada keempat-empat Geraham Bongsu ni takpe lah. Baca info ni, nati klo anak-anak korang Tanya, sekurangnya korang boleh jadi Pusat Sumber buat mereka. So, keep reading!


 

Gigi geraham bongsu adalah gigi molar ketiga (terakhir).

Manusia biasanya mempunyai 4 gigi geraham bongsu, 2 di atas dan 2 di bawah,biasanya keluar antara umur 18-25 tahun.

Gigi geraham bongsu atas biasanya tidak banyak masalah,

tetapi gigi geraham bongsu bawah biasanya tidak cukup tempat untuk keluar,iaitu terbenam atau keluar mencondong.


 

MASALAH GIGI GERAHAM BONGSU

 Sumbatan makanan berbau busuk

 Gusi yang meliputi gigi bengkak; demam.

 Merosakan gigi di depan serta tulang dan gusi sekitarnya


 

(Jika gigi di depan rosak teruk, cabutan gigi depan tersebut (bukan geraham bongsu) mungkin diperlukan

 Gigi depan menjadi berlubang,sensitif atau sakit

 Pipi dan leher bengkak,mulut tidak boleh buka luas.

 Kesakitan mungkin merebak ke leher,telinga,kepala malahan gigi berdekatan.

 Gigi mungkin melemahkan rahang bawah,lebih mudah pecah apabila pembedahan atau terkena daya kuat.

 Ketumbuhan tidak normal terjadi, menghakis tulang berdekatan.

PERNAH mendengar mengenai geraham bongsu? Kononnya, selagi ia tidak tumbuh, selagi itulah anda belum 'dewasa'. Geraham bongsu selalu dikaitkan dengan kesakitan dan dianggap penanda kedewasaan seseorang.

Geraham bongsu sebenarnya tidak banyak berbeza daripada gigi yang lain. Ia adalah gigi yang tumbuh di hujung mulut.

Sebenarnya, bukan semua orang mengalami kesakitan apabila geraham bongsu ini tumbuh. Jika anda mengalami kesakitan ketika geraham bongsu tumbuh, anak anda mungkin tidak. Jadi jangan terlalu menakut-nakutkan dia.

Geraham bongsu boleh mendatangkan masalah dan kesakitan jika ia tidak tumbuh dengan betul. Misalnya, ia mungkin tumbuh secara horizontal.

Kedudukan geraham bongsu yang tumbuh tidak betul juga boleh mengganggu susunan gigi lain atau merosakkan tulang rahang atau saraf. Kedudukan itu membuatkan ia mudah reput.

Jika ia terperangkap dalam tisu atau tulang rahang atau tumbuh separuh saja ia juga boleh mendatangkan masalah.

Gigi geraham bongsu yang tumbuh separuh boleh menyebabkan masalah gusi. Malah kedudukannya yang jauh menyukarkan anda memberusnya. Geraham bongsu yang tumbuh separuh menimbulkan kesakitan.

Keadaan ini dikenali sebagai 'impacted'. Geraham bongsu ini tersekat pertumbuhannya kerana rahang tidak memiliki ruang yang cukup untuk semua gigi. Ini disebabkan gigi anda tidak tumbuh dengan susunan yang betul. Mungkin sebahagiannya senget atau tidak teratur. Atau mungkin juga rahang tidak cukup luas untuk kesemua gigi.

Masalah geraham bongsu yang begini memang sangat biasa ditemui. Begitupun masih ada mereka yang tidak mengalami masalah. Malah mungkin langsung tidak menyedari, gigi geraham bongsunya sedang tumbuh!

Gigi geraham bongsu yang tersekat boleh mendatangkan masalah. Ia mudah memerangkap sisa makanan dan plak. Ia menyebabkan kawasan itu bengkak, sakit dan mulut berbau. Ia juga kadang kala boleh merosakkan gigi yang lain kerana jangkitan.

Jika geraham bongsu itu tidak berfungsi, mereput, mengalami jangkitan atau mengganggu kunyahan, ia mungkin perlu dikeluarkan. Begitupun, setiap kes berbeza dan hanya doktor yang boleh memastikan sama ada ia perlu dikeluarkan atau tidak.

P/S: Oooh. Geraham bongsu, adakah anda hadir untuk mengatakan bahawa saya sudah dewasa? Nampaknya kedatangan anda tidak diundang. J


:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Sunday, October 24, 2010

Kesakitan ibrah mendekati Tuhan

7 comments:

Dari Abdullah r.a katanya : " aku datang mengunjungi Rasulullah s.a.w ketika beliau sakit, lalu kusentuh baginda seraya berkata " ya, Rasulullah ! demammu bertambah teruk." Jawab baginda " memang demamku sama dengan dua orang kamu." Kataku pula, " semoga anda mendapat pahala berganda pula." Jawab baginda : " semoga!" kemudian sabda baginda pula : " tidak ada seorang muslim yang ditimpa cubaan berupa sakit dan sebagainya melainkan dihapuskan Allah taala dosa-dosanya seperti pohon kayu menggugurkan daunnya."

Wahai... Pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Kupasrahkan semua padaMu

Tuhan... Baru ku sadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini kuharapkan cintaMu

Reff. :
Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya ilahi....
Muhasabah cintaku...

Tuhan... Kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu


 

Orang yang tak pernah sakit, kadang-kadang tak rasa nikmat sakit. Yang membuatkan tidak faham bagaimana kesakitan itu dirasai bagi pesakit.

Bagi yang selalu sakit, ingatlah, Tuhan sedang menguji dan berbicara denganmu. Tabahlah dengan segala ketabahan yang kau ada. Jika tak cukup, mintalah pada Tuhan ditambahkan ketabahan dan kekuatan.

Beruntunglah orang yang selalu sakit, hidupnya sentiasa dekat pada Tuhan, bibirnya basah dengan asma-asma Tuhan yang penuh dengan keindahan. Hari-harinya dilalui dengan kesabaran. Bukan senang bertahan dengan kesabaran tanpa iman yang kukuh dalam genggaman.

Beruntunglah orang yang selalu sakit, tanda pendapat perhatian Tuhan. Tanda mendapat kasih dan sayang Tuhan. Tanda mendapat keampunan dari Tuhan. Bukan mudah menghapuskan dosa dan noda dari diri yang penuh kedhaifan.

Beruntunglah orang yang sakit, sekiranya ujian kesakitan membuatnya bertambah iman. Bukan mudah menjaga iman. Kadang-kadang hilang, kadang-kadang membuak-buak. Iman bukan boleh dibeli mahupun diwarissi. Tapi iman milik mutlak Sang Pencipta, Ilahi Rabbi.

Beruntung orang yang selalu sakit, terlalu banyak keuntungan buat kalian. Jadi mengapa kalian masih ingin mengeluh dan meratapi nasib? Bukankah kalian tahu Allah tak akan menguji seseorang melampaui batas kemampuannya? Kalian sering mengalunkan kalamNYA tapi kalian seakan tidak yakin dan percaya dengan janjiNYA? Betapa tidak bersyukurnya kalian.

Moga-moga Allah melindungi kalian. Membuat kalian senyum dalam kesakitan. Membuat kalian bahagia menanggung sedikit penderitaan. Insya allah, moga-moga penderitaan itu tidak berkekalan. Moga-moga penderitaan yang sedikit itu berakhir dengan cepat. Dan kalian mendapat balasan. Jika tidak disini, didunia yang fatamorgana ini, insya allah, balasannya di syurga kelak. Di syurga tempat terindah dari segala-gala yang fatamorgana di sini.

Usah kalian takut untuk melangkah. Jangan gentar untuk terus bergerak. Kalian harus punya jiwa besar. Lebih besar dari sekalian manusia. Kerana kalian manusia yang diuji Allah.

Kadang-kadang aku terharu memandang mereka yang kesaktan di katil hospital. Tidak mampu melakukan apa-apa tanpa bantuan. Namun ada yang cekal, menadah Quran dan Surah Yaasin sebagai peneman. Ada yang lalai, tidur berpanjangan, malah sedikit sakit menjadi penghalang dalam amal ibadah dilaksanakan. Suatu hari nanti, jika aku ditempat mereka, bagaimanakah aku? Adakah aku si tua dengan kitab suciNYA? Atau si tua dan sakit dengan tidur dan ibadah yang dilupakannya? Moga-moga Allah menempatkan aku ditempat yang paling baik dan moga matiku dalam husnul khatimah. Aku pohon keampunan dan kasih sayangmu Tuhan.

Jangan risau kalau diuji dengan sedikit nikmat sakit. Insya allah, nikmat-nikmat lain tidak mahal disisi Allah. Pandanglah dengan mata hati, bukan mata kasar yang selalu menipu dan mengaburi. Pandanglah dengan jiwa yang suci. Bukan jiwa yang selalu menginggari suruhan Ilahi. Bukan susah menjadi hamba, Cuma taat pada perintahNYA, jauhi segala laranganNYA. Kuatkan iman. Tebalkan taqwa. Jangan resah dengan ujian dan mehnah.

JJJJJJJJJJJJJJJJJJJ

Anas r.a berkata, Rasulullah bersabda " bahawa besarnya sesuatu balasan itu menurut besarnya sesuatu bencana ujian, dan bahawa Allah apabila mengasihi sesuatu kaum diuji mereka, kemudian sesiapa yang menerima ujian itu dengan reda, maka dia akan beroleh keredaan Allah, dan sesiapa yang bersikap keluh kesah serta benci menerima ujian itu , maka dia akan mendapat kemurkaan daripada Allah." ( at-tirmidzi dan ibnu majah)


:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Saturday, October 23, 2010

Inzar

No comments:

Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta-benda mereka dengan (balasan), bahawa mereka akan beroleh syurga (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah didalam (kitab- kitab) Taurat dan Injil, serta Al Quran dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jualbelinya itu dan (ketahuilah bahawa) jualbeli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar.
   Allah hath purchased of the Believers their persons and their goods for theirs (in return) is the Garden (of Paradise): they fight in His Cause, and slay and are slain: a promise binding on Him in Truth, through the Law, the Gospel, and the Quran. And who is more faithful to his covenant than Allah? Then rejoice in the bargain which ye have concluded: that is the achievement supreme.

Surah Attaubah Ayat 111

Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?
   O ye who believe! Shall I lead you to a bargain that will save you from a grievous Penalty?-

Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan RasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan ugama Allah dengan harta benda dan diri kamu yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).
   That ye believe in Allah and His Messenger, and that ye strive (your utmost) in the cause of Allah, with your wealth and your persons: that will be best for you, if ye but knew!

Surah as-Saff Ayat 10-11


 

Usah gentar untuk terus berjuang. Bersemangatlah! Kita melakukan segala kebaikan kerana ALLAH.

Moga- moga besar ganjarannya disisi ALLAH.

SAYANG ALLAH dan RASUL.


 

p/s: Oh, Allah, please release this pain. Its hurt a lot. Semalam ada makan-makan sket kat rumah. Keluarga-keluarga sahaja. Tapi sayang pulak potong steam sebab semalam terkena lagi serangan saket kepala yang menggila. Memang rasa nak pecahkan kepala and get a new one. J memang mencabar. Sejak dua menjak ni kurang pasti kenapa selalu sangat saket kepala yang menggila macam ni. Panadol pun dah tadak kesan dah. L klo tido, bangon balek pon saket jugak. Waktu macam ni mmg rasa nk nyanyi lagu Muhasabah CInta. [nyanyi sendiri, malas paste lirik]

7.14 a.m : semalam abang belikan eskrem. Nak g makan eskrem lah. Hope this headache berkurang bile makan eskrem. Erk.. Huh! Jom makan eskrem.


:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Friday, October 22, 2010

Cukupkah dengan sekadar ALHAMDULILLAH?

No comments:

Apabila ada sesuatu yang membautkan hati anda rasa gembira, kebanyakannya akan kata, "Alhamdulillah. Alhamdulillah." Good. I like. Bila dengar orang cakap macam tu sejuk rasa hati. Yelah, kan Allah kata, kalau kita bersyukur, Allah akan tambah nikmat kita. Insya Allah. Yakinlah janji Allah itu benar.

Tapi cukupkah sekadar mengucapkan ALHAMDULILLAH..? Tahniah yang sudah membiasakan diri dengan ucapan tahmid memuji Allah ini. Hebat kalian! Tapi tidak cukup dengan hanya mengucapkan ALHAMDULILLAH. Nak bersyukur, bukan hanya pada ucapan, perkataan semata-mata. Pelbagai cara yang kita patut buat untuk menunjukkan rasa syukur. Antaranya?

  • -lebih baik dalam melakukan amalan-amalan wajib
  • -memperbanyakkan amalan sunnat. Seperti solat Sunnat, puasa Sunnat, membaca Kalamullah dan sebagainya.
  • -bersedeqah dan menginfaqkan harta pada jalan Allah.
  • -menggunakan nikmat-nikmat yang Allah bagi dengan baek dan pada jalan yang betul.
  • -tidak takabbur dan riak.
  • -mempertingkatkan kualiti diri.
  • -dan segala perkara-perkara yang mendatangkan kebaekan.

Kadang-kadang, kita mengucapkan syukur pada Allah dalam pelbagai bahasa. Arab. English. Siam. Jawa. Spanish. Japan. Tak kiralah bahasa apa sekalipun yang anda gunakan. Tapi ucapan ALHAMDULILLAH bukan sekadar ucapan yang dinukilkan oleh bibir mugil anda. Ucapan ALHAMDULILLAH menunjuk rasa bersyukur kita kepada ALLAH. Dan kita wajib menunjukkan rasa syukur dengan perbuatan, bukan ucapan semata.

Tak salah.. Bukan tak boleh saying ALHAMDULILLAH. Boleh. Boleh sangat. Molek dah tu. Cume perkuatkan lagi dengan perbuatan-perbuatan yang menunjukkan kita bersyukur kepadaNYA. Nanti Allah lagi saaayang kita kan. Waa.. Bestnya mendapat kasih sayang Allah. +____+

Khair. Selamat bersyukur semua.

Alhamdulillah. Dah Berjaya lagi update blog. [lepas ni kena selalu update-update lagi. ni tandanya syukur dengan segala nikmat yang Allah bagi. Hehe.]

Alhamdulillah ala kulli hal Ya Rabbul Jalil…. +________+

Jangan sedih kalo result tak menepati piwaian yang anda targetkan. Mungkin Allah punya hikmahNYA yang tersendiri. Mungkin kita ada kesilapannya yang tak disedari. Kembali hisab diri. Apapun keadaan kita, sentiasa bersyukur. Kerana nikmat Allah tidak pernah terhenti dariNYA untuk kita. +____+

Selamat berdoa dan menjadi insane yang lebih baek.

Subhanallah. Glory be to Allah.

Alhamdulillah. Praise be to Allah.

Allahu akbar. Allah is great.


:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Thursday, October 21, 2010

20102010 – buat yang ada hati

1 comment:

Nice date. Nice. Very nice. Date ni jugak keluar result. bab tu tak nice. Sometimes I wonder, hebatnya you all, bila result kua berebut-rebut nak tengok result. sampai server down! Tengok saya. Rilek sudaa. Dah biasa tengok result lambat. Tapi tadi tergoda jugak tengok semua orang pakat dok buat status kat FB pasal result [FB mmg penggoda terbaek]. Tapi bila saya goda portal IIUM tak dapat pulak. Melepas nak tengok result awal. Tidak mengapa. Ada peluang lagi untuk terus berdoa. Moga-moga Allah redha.

And. For those yang dah tengok result tu, macam-macam reaksi ada. Ada yang senyum. Ada yang menangis. [shown in FB]. Great spy lah FB nih. Paling menyejukkan hati, yang say "Alhamdulillah". Better! Walau apapun keputusan kita, capai target. Tak capai target. Ingat, semuanya di tangan Allah. Why not spend some times sujud syukur buatNYA? DIA tidak memerlukan kita. Tapi kita yang memerlukan DIA. Tapi yang say ALHAMDULILLAH kat FB pun, dalam hati dia mana kita tahu kan? Itulah orang yang bersabar. Maksudnya? Walaupun dapat result yang tak ditarget, tapi hati cuba untuk bersyukur dengan pemberian Allah. Dalam hati, tak boleh lari dengan sedih, gundah gulana, resah gelisah, itukan fitrah. Tapi cuba neutralkan dengan iman, itu pasti!

Tentang result, boleh kata saya dah kebal dengan result tak capai target, mengejutkan, unexpected dan sebagainya. Dah sebati dah. Itulah, belajar matang dari pengalaman. Terbaeek. Antara petua yang saya boleh kongsi, don't put high hope sangat. Contoh, kita target dapat 3.9. kalau dapat 3.5 mungkin dah down. Gelisah dan sebagainya. Padahal 3.5 dah ok sangat dah tu. Lagi satu, bersedia betol2 sebelum tengok result. bukan apa, supaya hati kita tenang dan tak berperang dengan takdir Tuhan. Risau nanti kalau tak bersedia, bila tengok result tak seperti yang diimpikan, nak terajang habes harta benda. Oih, risau tuh. Hem.. Tenangkan hati. Amek wudhu. Baca doa. Pesan pada hati, redhalah dengan apa yang Allah beri. Pesan pada mata, jangan cepat rembeskan air masinmu. Pesan pada telinga, jangan dengar cakap orang. Pesan pada bibir, senyumlah walau apapun yang kita dapat. Insya allah. Kita rasa tenang walaupun tengok result, terpaksa repeat paper. Tenang. Percayalah. Ada hikmahnya walaupun kena repeat paper. Ada hikmahnya walaupun tak capai target kita. Yang penting kita bersedia hadapi apa jua yang ada dihadapan. Kan?

Tahniah buat yang Berjaya. Tahniah buat yang capai target dan cita. Jangan lupa pada PEMBERI NIKMAT setelah mendapat NIKMAT. Jangan ditanya result saya. Belom dilihat lagi. buat masa sekarang. Lepas ni mungkin ada. Dah beberapa kali saya mencuba untuk online portal student, tapi sayang, belom rezeki saya kot. Tak dapat masuk pun. Dengki sungguh ITD dengan saya? Huuu. Takpe, saya tak kesah. Mengambil masa supaya hati lebih bersedia. Yelah, kalau result tak memuaskan, hati kena bersedia untuk redha. Kalau result best sangat, hati kena bersedia untuk lebih dekatkan diri kepadaNYA. Tak gitu? Saya bercadang nak menggoda portal ni paa Jumaat nanti. Senang. Tentu dah dapat. Insya allah. Harap-harap tak ada saman. Rasanya dah jadi budak baek kat CFS. No more saman2. Kat DQ dulu, buku outing tak pernah kena cop merah. Walaupun selalu balik dan datang lambat. Memang bertuah. Kalau ada saman, memang tak dapat tengok result. L harap-harap tak ada. Rasanya hari tu p KFC dah mintak dengan Pak Cik Misai sebab CFS tade café yg bukak. Dia tak saman kan? Huu.

Apapun, doakan saya, mereka, dia, kita dan semua. Takkira la pelajar UIA ke mana-mana university ke. Tak pe. Doakan semua sukses mencari ilmullah. Doakan semoga semua istiqamah dengan segala kebaekan. Insya allah.

Kadang-kadang saya terfikir,

people always know our good side. but they dont know our bad side. when they know, they will feel annoyed. kan?

Kadang-kadang kita rasa, kita seperti seorang gadis memakai kasut tumit tinggi, berjalan di depan ribuan orang ramai, dengan memakai gaun putih, berjalan di atas lumpur. Wau. Sila bayangkan. Ok. Dan bila kita jatuh atau gaun kita kotor terkena lumpur, people will say, "alah, budak ni tak macam yang kita sangka rupenya."

Padahal kita juga seorang mausia biasa walaupun kelihatan mungkin seperti puteri raja. Kita manusia dan tak boleh lari dari fitrah manusia biasa. Betol! Percayalah. Seperti saya. Punya kelemahan dan segala. Memang saya tidak sempurna. kadang-kadang hati ini lari jugak. Lalai jugak. Lemah. Tapi tak mahu membiasakan hati ini dengan kelalaian. Biar hati ini hidup tegar dengan iman. Allah. Susah memang susah. Tapi itu impian. Moga Allah mudahkan.

Kadang-kadang, bila kita memuji manusia, kita boleh jadi terlupa, dia juga manusia. Manusia biasa. Macam kita-kita. Cuma mungkin jalannya sedikit berbeza. Jangan sampai kita memuji mereka, sehingga mereka segan menjadi diri sendiri. Segan menunjukkan diri mereka yang sebenarnya. Moga-moga kita berpada pada memuji. Berpada pada bila membuat expectation. Kita semua sama. Bezanya Cuma taqwa dan amalan kita. J

Terlajak perahu boleh diundur, terlajak perbuatan macamana?

Semalam, great day lah. Together with Zakirah dan Wirdah. Camping di Jeram Linang. Waa! Memang best. Diorang siap masak-masak lagi. takpe, next time cerita bila dah dapat gambar dari Wirdah. J

Apa kata kita berlari? Saya mengakui saya tak mampu berhadapan dengan beberapa dugaan. Terutama bab hati dan perasaan. Lemah jantung boleh jadi. Kan dah cakap saya budak kecik lagi. jantung pun kecik. Sebab tu lemah. Lawak je. Heh. Daripada terus melakukan dosa dan maksiat, lebih baek kita lari. Takkesah apa saja masalah anda, sekiranya sesuatu perkara yang anda hadapi membuatkan hati anda diragut ketenangannya, jiwa anda hilang ketaqwaannya, nafsu anda mencerlang gelodaknya, lari. Lari sejauh mungkin. Supaya anda tidak menjadi mangsa korban diri sendiri. Larilah, apa tunggu lagi. Jom lari------------------------------------------------------------------------------------


:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Monday, October 18, 2010

Ditembak tak mati

3 comments:

Selepas saya menaip post kontrovesi, saya ditembak pelbagai sudut. Walaupun saya rasa post tersebut tidaklah kontroversi sangat. L tapi telah dikontroversikan. Heh. Apakah saya sedang merepek ini. Ditembak dengan soalan-soalan yang saya kira kejam. Tidak baek menghukum saya hanya dengan membaca post tersebut. Senang kata, tak semestinya itu kisah saya. Walaupun saya cakap macam tu, orang nak jugak kata, "eh, tayah sembunyi-sembunyi. Benda baek tak elok sembunyi." "Apa salahnya kongsi-kongsi. Kita semua kawan-kawan ja." Heh, kalo la betol, dah lama saya kongsi wak. J


Walaupun korang tembak kat mana-mana sudut pun, saya tak matilah. Email ke.YM ke. SMS ke. Nasib baek takde panggilan tefon kan. Ceyt, bajet artis. J


CFS dah nak kembali beroperasi. Macam dah rasa syahdu nak tinggal rumah kesayangan. Bilik kesayangan. Dan semua yang tersayanglah. This is the last semester. I hope so. Sekejap je satu semester ni. Kejap sangat. Tak terasa pun. Macam last semester, eh, tibe2 dah nak exam kah? Roda hidup.. paaaaling risau, result yang nak kua esok lusa. Adoiya. Dapat mesej bertimbun-timbun, habaq mai result nak keluaq 20hb after 5pm. Fuiyoo, tak sabar rasanya tak nak tengok result. orang kata, maximize kan doa. Hooray! Mari sama-sama banyakkan berdoa. Moga-moga apa saja result yang kita dapat kita mampu berlapang dada. Moga-moga result kita nanti menambahkan lagi rasa cinta kita pada ilmu dan sekaligus pada PENCIPTA ILMU. Insya allah.


Start dah keje-keje MEDCY menyinggah kepala otak. Bukan kepala kotak eh. Macam one of my friend said, "next sem, MEDCY banyak sangat event. LG lagi. Tarbiah lagi. Pengisian takkan awak nak tinggalkan? Sem depan awak amek EAP lagi. Belajar nak achieve pointer lagi. Banyak sangat. Mesti board awak penuh dengan pelbagai task yang kena siapkan. Tambah pulak dengan keadaan kesihatan awak. Jadi, semua tu tak boleh nak tolak tepi. Awak kena buat, itukan tanggungjawab dan amanah? Makanya, segala persiapan bermula sekarang. Start bila iman kat hati, start belajar untuk terima tekanan dan sebagainya. yang penting kena belajar untuk ikhlas buat semua keje-keje. Kalau tak sia-sia lah kan? Persiapkan diri awak untuk masuk sem baru, yang mana last sem awak moga-moganya." Betollah segala perkataannya dan saya berterima kasih pada yang berkata. Peringatan yang cukup bernas. Sukesuke. Tak pe, kepada semua yang memang tak pernah jemu sumbang tenaga kat CFS macam Presiden-Presiden mana-mana organisasi, Majlis tertinggi mana-mana organisasi, head comm. Mana-mana organissasi sekalipun, kita semua mesti bersedia menyiapkan diri, lebih-lebih lagi nak stabilkan akademik dan kerja-kerja dalam organisasi. Itu paling penting. J



Biarlah bagaimanapun kita ditembak, dengan tekanan, dengan masalah anak-anak buah, dengan masalah rakan sekerja, dengan masalah commitment, dengan masalah dengan pihak pentadbiran, tak kesah, yang penting kita kena kebal dengan segala masalah. Nak jadi orang yang hebat, kena biasa dengan ujian. Saya pernah kata pada seorang sahabat saya, "strong soul, the medicine is challenge.". jiwa yang kuat, ubatnya adalah ujian dan cabaran. Betollah tu. J


Kalau ditembak dengan senapang pun, sila sediakan baju kalis peluru awal-awal. Same goes to this situation. Mari kita sediakan baju kalis peluru supaya kita mampu mengharungi semua dugaan dalam CFS nanti. Moga-moga tidak ada yang 'down', tension, larikan diri, sepikan dan sebagainya. moga-moga sayalah orang pertama yang terlindung darinya. Ameen…. J
J
J
J
J


Namun begitu, saya tentu berasa kehilangan dengan pemergian kawan-kawan yang setahun setengah. Mostly bukan budak MEDCY. Biasanya PRESS, INTECH, ENGINE dan LAW. Semoga pemergian kalian digantikan dengan jiwa baru yang bakal memperjuangkan kebaekan di CFS. Namun, kehilangan kalian pasti dirasai kami di sini. Moga-moga kalian beroleh yang terbaek di sana dan kita bertemu lagi jika panjang jodohnya di MAIN CAMPUS. Perpisahan 10 bulan bukan sekejap. Terlalu lama. Moga-moga ukhuwwah kita tetap kukuh dan istimewa. J


Sometimes, saya selalu dengar orang kata, "hidup ni susah.."


Hidup ni susah? Compared to what? Mati? Anda yakin kehidupan selepas mati itu senang? Live ur life. Make it well. Achieve mardhatillah. J


:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Friday, October 15, 2010

Mari belajar tunjuk rasa sayang

No comments:

Orang selalu kata pada saya, "biar pandai sikit ekspresi kasih sayang." Ini memang kelemahan saya sendiri. Saya mengakuilah. Kan Rasul suro kita saling berkasih-sayang. Saya cuba mengubah diri, perlahan-lahan. Jangan mendesak ya. Saya mencuba. Dalam proses. Heh, ini bermaksud sesame jantina saje lah kan. Berlainan jantina mana bole. Suami isteri laen cerita.. Ngeh3. Takpe2. Bile jumpe satu page yg bagi tips canne nk zahirkan kasih sayang, tertarik pulak nk paste kat sini. Meh sama2 kita cube buat. Hidupkan kasih sayang, hidupkan suasana yang harmoni. Waaaaahhh. Menarik. J

  1. Tell the other person that you love them (kadang-kadang dengan sahabat rapat pun kita kita cakap tau. Walaupun kita rasa dia tahu kita sayang dia, tapi kalo kita cakap,lagi-lagi la dia tahu. Bila tahu, lagi erat persaudaraan..)
  2. Give or get a hug (time salamwaktu pas solat jamaah tu pelok sket. Kasi erat. Sebab tu penting tau solat jamaah ni. Banyak kelebihannya. J)
  3. Make sure the other person feels important and respected (jangan sia-siakan kawan kita. Kita akan perlukannya suatu hari nanti. Layanlah mereka di sekeliling kita dengan cara yang terbaek. Tak salah berlakon nak amek hati orang. Hipokrit ke? Tapi nak jaga ukhwah kira ok lah. Ye ke? Hem.. J)
  4. Tell the other person that you care (kalo kawan kita minum ais banyak2, kita cakap kat dia, jangan la, nanti saket, saya susah tau. Mesti dia rasa bangga sebab kita care kat dia. Ye ke? Cuba lah buat. Kalo orang tade perasaan mungkin tak rasa eh..)
  5. Hold hands (macam kelakar. Tapi kadang-kadang buat la. Geli geleman pulak rasa. Yang bole buat tu buat la. Sentuhan ni hebat powernya. Kan?)
  6. Go for a long bike ride (dulu kat DQ ade la beskal. Sekarang dah tade. Naek tren @ bas 12 pon kire ok lah~)
  7. Give a special present (sometimes besday die ke, p lawat die saket ke, bagi la hadiah kat dia. At least dia tau kita hargai dia. Huuuu)
  8. Be there when they need a friend (kalo kawan kite sunyi, ade masalah, frust, temankanlah dia. Walau dia kata, dia takeesah dok sengsorang, tapi dalam hati dia, dia nak ada orang teman. Temankan dia. Kita kan kawan. Susah senang sama2 la)
  9. Spend time together (petang-petang borak2 sket. Jangan asyik study je.. J)
  10. Talk about your feelings (bagitau ape perasaan kita klo ade sumting happen. Make she know. Ape yg kita suke. Apa yang kita tak suke. Jangan pendam je tau.)
  11. Share dreams with each other (bagitau die, wak, nati saya nak kawen dengan orang kaya.. bla…bla...bla…*dream*….)
  12. Sit together in the park (kekadang p tepi AMF,ajak dia rehat2 makan eskrem. Saya selalu buat dengan Zakirah. Heee)
  13. Take a walk together (Pegi pasar malam same2 pun jadikk.)
  14. Go out for a meal (kadang2
    ajak p makan kat ZC ka, U Café ka. Spend time makan same2. Waktu laen susah dah nk jumpe.kan.)
  15. Have a picnic (ni susah sket nk buat. Kena ade ongkos. Takpe, nati kita nak p Langkawi kan Banat Gen9? Heee)
  16. Just be close
  17. Go shopping for food (klo roommate nk beli makanan kat kiosk tu temankan lah. )
  18. Cook a meal together (Kat CFS takle masak. Tapi klo p mane2, masak same2 mmg eratkan hubungan. J)
  19. Touch each other in a loving way
  20. Do homework together (kadang2 study same2 bagi yg subjek same. Klo subjek tak same, tak salah stay by side study gak. Support2!)
  21. Plan and go on a trip together ( langkawi! Here we come!)
  22. Throw a party together ( Parti besday kire ok la tu..open room pon ok. JJ)
  23. Bake a cake (susah nk buat. Klo ade chan teringin nak buat dengan kamu. J)
  24. Go to the library (sape yg suke p library, haa. Boleh la. Tapi klo kawan taksuke p library, jangan paksa ye. Sian die.)
  25. Find out what's special for the other person - and do it (klo kawan kita suke eskrem, bagi die eskrem,supaya die rasa istimewa.)
  26. Exercise together ( pagi2 p jogging, takkpon p gim. Slim same2, rest same2. Huuu)
  27. Talk to each other (selalu2 la cakap. Walupon kite rasa cakap ni macam bodo je. Tapi cakap la, bole eratkan hubungan. Walupon Tanya, eh,wak dah makan?? Jadikklaa)
  28. Listen to worries (klo kawan kite tengah bimbang result nak kua, dengaq la pe die nak habaq. Listen2. )
  29. Trust one another ( ni penting, tadak ni tadak kawan la. Kena percaya kat kawan. Dan kena buat kawan percaya kat kita. Jangan khianat naa.. J)

Tapi kan.. kadang-kadang kita tak boleh nk letak semua orang pada prinsip kita.. ade orang suke kumpul2, ade yang tak suke. Takpe, jangan paksa. Klo paksa, takde nilai ikhlas pulakk kan.. huuu. Kita tak bole anggap sume orang same macam kita. Betol kan? Mungkin awak suke spend petang2 bawah pokok rambutan.. makan mempelam. Tapi mungkin saya tak sempat nk buat semua tu macam awak. Mungkin petang2 yang saya ade untuk khidmat diri saya. Tak semua orang sama dengan kita. Kena faham tu. Ade yang suke macam tu, ade yang suke macam ni. Jangan letak kesukaan kita pada semua orang. Tak semestiny kita suke lepak same2, jadi kite nak suro orang laen suke lepak same2. Masing2 punya kommitmen masing2. Kan? Hem… tapi sebagai individu, kite kena pandai piker. Kite hidup bermasyarakat. Kena usaha spend masa dengan orang laen. Klo bukan selalu pun kadang2. Tapi kan klo kite sebuk sangat, kita rasa nak lepak2 ni such a BIG thing to do plak. Sebab mengejar masa. Takpe, yang penting, ukhwah tetap kena jalan walapon cannot spend time together. Hidupkan suasana kasih sayang. Itukan sunnah~

Mari same hidupkan suasana kasih sayang. Mari. Mari.


:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Wednesday, October 13, 2010

Steady sudaa.

1 comment:


Alhamdulillah. Kembali sedar diri setelah beberapa hari 'hilang diri'. Hilang diri, bertambah iman tidak mengapa. Risau hilang diri,hilang iman. Parah itu.


Selesai saya menjalani 11 Oktober. Dengan penuh perasaan. Alhamdulillah. Syukurlah walaupun saya rasa tidak berapa selesa. Moga-moga apa yang Allah beri itu yang terbaek. Abang kata, jangan buruk sangka dengan Allah. Abang kata, ada hikmahnya, kena sabar. Abang kata abang nak jadi manager kilang macam hari ni pun tak mudah. Macam-macam. Kata-kata abang buat saya jadi murah air mata.


Tidak mengapalah.kita kena terima apa yang Allah bagi. Ikhlas kan hati. [susah]


Takkesah la kalau pinggan nasi saya tertukar dengan pinggan sayur. Sebab timbunan sayur penuh sangat. Takkesah. Takkesah kalau dalam peti ais tu penuh dengan susu segar yg kena minum. Gugusan anggur yang kena makan [sukesuke]. Takkesah kalau nak gerak pun rasa susah. Takkesah semua tu. Betol tak kesah. Yang penting, nikmat Iman dan Islam masih sudi bersama saya. Masih berjiwa hamba. Itu sangat bermakna bagi saya. Walaupun banyak benda yang saya suka buat saya dah tak boleh buat. Takkesah. Janji iman dan Islam masih sudi Allah nikmatkan untuk saya. Saya sayang Allah.


Saya kata pada Abang, kasihan ibu kena bela [biawak hidup] macam saya. Abang marah. Saya cakap betol lah. Saya rasa tak guna. Tapi Abang kata kena sabar dulu, lepas ni insya allah Allah bagi jalan yang indah untuk tempuh. Abang selalu kata macam tu. Saya nak Tanya, [ada ke Bang waktunya nanti?] mesti Abang kata saya tak percaya pada Allah. Tak lah! Saya percaya pada Allah. Saya yakin apa yang Dia beri adalah yang terbaek. Cuma kadang-kadang saya suka Abang, Ibu, Kakak atau takkesah la sapa-sapa ingatkan saya. Saya suka kalau kalian bagitau saya, [Allah Sayang Saya]. Sukee.. [.]


Saya dah makin baek. Alhamdulillah. Esok saya Wirdah dan Zakirah will spend our day kat Pantai Seri Tujoh. Ambik angin. Ibu berat jugak nak benarkan. Tapi saya [rayu]jugak. Kemudian ibu benarkan. Insya allah, saya harap saya semakin baek selepas mengambil angin esok hari. Doakan saya.


Steady sudaa.. Saya selalu cakap kat orang, rilek sudaa. Sekarang saya kena terima perkataan itu untuk diri saya sendiri.


Semoga Allah beri yang terbaek. Buat saya awak dan semua.


:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Tuesday, October 12, 2010

sEnDiRi- :)

2 comments:
mereka bertaburan di seluruh dunia. mencari matlamat yang sama. adik beradikku, teruskan amanahmu di dunia yang sementara. moga kita bakal ketemu jua nanti akhirnya.






Terasa tersisih sendiri di pinggir sana
Kau tiada lagi di sampingku, berbicara menyalakan api
Tika kau di sampingku tuturmu kuanggap bisu
Tingkahmu untukku sumbang bagi diriku
Harapanmu padaku tidak ku endahkan

Nasihatmu madu penyembuh luka
Pabila bersamamu hilang dukaku
Lewat kusedari nilai cintamu
Pabila kau tiada lagi disisiku
Belaianmu kini masih terasa
Restu darimu membawa ku ke syurga
Lewat kusedari nilai cintamu
Pabila kau tiada lagi di sisiku

Andai dapat ku kembali, mengubah yang terjadi
Pasti takkan ku ulangi, walau hanya sekali
Namun hanya do'a yang bisa, ku kirimkan

Ku kan cuba tempuh hidup sendiri
Kerana kita kan, kerna kita kan akhirnya sendiri.







:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Nasihat buat yang berduka

No comments:

Nasihat orang-orang bukan Muslim kepada mereka yang selalu ditimpa duka dan kesedihan adalah dengan menyuruh mereka duduk di tepi sungai, mendengar muzik, bermain dadu dan bermain ski di atas salji. Kadang-kadang menyuruh mengambil alcohol dan dadah, supaya rasa resah gelisah terbang dari hidupnya.

Tapi berbeza dengan kita. Orang Muslim. Hebat perbezaannya. Apabila musibah melanda, kita disarankan duduk di antara azan dan iqamat di sebuah taman Syurga (masjid), berzikir kepada Allah,melakukan solat, pasrah terhadap qadha dan qadar Allah. Kita juga harus redha terhadap rezeki yang Allah beri. Yang penting perlu ada tawakkal yang tinggi kepadaNYA. Apalah bezanya kita dengan orang kafir sekiranya kita melupakan Allah tatkala musibah dan kedukaan melanda.

Tidak salah sesekali memanjakan diri apabila ditimpa masalah. Bawa diri ke pantai. Rehatkan diri. Tidak salah. Tapi ingatlah Allah, berserahlah padaNYA terlebih dahulu. Melihat keindahan pantai, ingatlah pada yang menciptakannya. Lihat pada sungai yang mengalir, ingatlah pada kuasa yang menjadikannya. Ingatlah Allah yang memberikan masalah. Yang menimpakan musibah. Yang memberi segala ujian dan mehnah.

Tidak salah merehatkan diri disungai, boleh. Kadang-kadang saya juga melakukan perkara yang sama. Kadang-kadang saya membawa diri. Pergi ke Seremban. Bukan bererti lari dari masalah. Bukan benci dengan bebanan yang menimpa. Tapi mencari kekuatan. Mencari jalan. Supaya mehnah yang mendatang, saya mampu hadapi dengan cara sebagai manusia yang berTUHAN. Datang kepadaNYA. Menghadap dan pasrah kepadaNYA. Itu yang terbaek tentunya.

SELAMAT MENCARI JALAN MENDEKATI TUHAN.


:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Ujian itu tarbiah kan..?

5 comments:
thanks for stay by my side

Ada yang mengatakan ujian adalah kesusahan pada tubuh badan

kesusahan pada jiwa

apa untungnya Allah menyusahkan jasad dan jiwa

bukankah ia tidak menambahkan keagungan dan kemuliaan-Nya

apalagi Dia Maha Mengasihani Maha Sopan-santun.


Pandanglah ujian dengan hatimu

ujian adalah perbuatan Tuhanmu

bukan untuk menghancurkan tetapi untuk meneguhkanmu

bila kamu memperolehi keteguhan baharu kamu menjadi pilihan

bila sudah lulus dan dipilih

Dia bangga memperkenalkan kamu kepada makhluk-Nya

keteguhan kamu melintasi ujian

menjadi dalil pilihan-Nya adalah tepat

inilah keadilan-Nya.


Ujian ditujukan kepada rohani bukan kepada jasad atau jiwa

tujuannya untuk mengukur tauhid

bukan sekadar untuk kesabaran

apakah nilai sabar tanpa tauhid

bukankah sabar juga bersama si kafir.


Ujian yang diterima dengan iman meneguhkan tauhid

menambahkan kekuatan pandangan hati

tidak berkelip memandang kepada Tuhan

sehingga kepedihan ujian menjadi kemanisan
.

usah resah, tapi biar tabah.

usah minta diringankan beban ujian,tapi mintalah dikuatkan iman untuk menempuh segala mehnah ujian. moga kuat. moga tenang. moga senyuman tidak hilang. moga dunia menjadi jambatan terbaek menuju negeri abadi. moga tidak lekang mengingati Tuhan. Mari menjadi hamba terbaek.



:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Monday, October 11, 2010

Mohon maaf.. ;(

3 comments:

Bismillah Alhamdulillah.

Here,

Saya, Penulis Blog ni nak memohon maaf atas kekurangan setiap yang ada pada blog ini. Sesunngguhnya, sekiranya kalian mencari kesempurnaan padaku,nescaya tidak kalian temui. Namun,tidak dinafikan hamba mencari jalan kesempurnaan. Moga-moga tidak jauh tersimpang dari jalan yang benar. Insya allah.

Pertama kali, saya rasa saya terlalu dhaif. Seperti kata kalian, benar saya terlalu dhaif. Dah kedhaifan saya terlihat pada setiap gerak geri dan kelakuan saya. Mohon tunjuk ajar dari kalian yang lebih 'alim dan jauh lebih hebat dari hamba yang serba kekurangan.

Saya pada awalnya menceburi bidang penulisan blog untuk memenuhi hajat keluarga yang waktu itu seorang di Indonesia dan seorang di Jepun. Tak lupa yang di Mekah dan Mesir. Alhamdulillah. Saya melaksanakan hajat kakak abang dan saudara terdekat. Tidak pernah saya sangka saya bakal menulis hari ini. Mohon ampun atas persediaan yang tidak mapan dan kekurangan yang terlampau-lampau jelas pada pandangan kalian.

Mungkin saya sepatutnya mampir dengan persediaan yang mantap untuk menjadi seorang blogger seperti kalian. Apa pun, saya berterima kasih atas teguran kalian yang menyedarkan saya di atas kekurangan saya. Alhamdulillah. Semoga Allah membalas jasa baek kalian. Di samping itu, saya memohon kalian yang serba hebat untuk terus membimbing saya.

Semoga kalian dilindungi Allah dan mendapat kebaekan yg berterusan. Mohon doa dari kalian buat saya. Moga-moga doa kalian menjadi segenggam tabah buat saya.

Kepada yang mewarnai malam saya kali ini, Anje Noor, Wirdah, Fathiah Radzi, saya dahului dengan ucapan SYUKRAN JAZILAN buat kalian. Moga-moga rahmat Allah tidak terhalang buat kalian.

Wirdah, thanks for a very nice word ya!

Saya penuh kekurangan, tapi jangan tinggalkan saya keseorangan.

buat teman seperjuangan, moga kita ketemu lagi dengan sakinah dan mawaddah. Insya Allah.


:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Friday, October 08, 2010

Taat dan Kasih

6 comments:

Taat dan kasih. Agak-agak apa perbezaannya? Untuk menjawab persoalannya, biar saya kemukan satu soalan,

Anda mengikut kata ibu bapa,kerana apa? Kerana taat kepada mereka? Atau kerana kasihkan mereka? Cuba renung dan fikirkan. Agak-agak kenapa ya aku ikut semua kata ibu ayahku? Bila ayah kata "A",maka "A" lah aku. Kerana aku mahu taat kepadanya atau kerana aku kasih kepadanya?

Suka untuk saya membicarakan perkara ini kerana tertarik dengan statement seorang lelaki 20-an yang saya jumpa di rumah saudara, Pulai Chondong, pagi tadi.

"Nasib baek die tu ibu. kalau bukan sebab berdosa tak taat kat dia, dah lama saya pi kerja kat luar negara."

Merungkai persoalan, kita taat atau kita kasih. Mudah saja. Bagi saya, sebagai seorang anak, yang bercita-cita untuk menjadi anak yang solehah, tentu sekali ketaatan harus berjalan seiringan dengan kasih sayang. Kita lakukan dengan perasaan taat dan kasih. Macamana ye agaknya?

Contoh jelas ingin saya bawa disini, mungkin sering berlaku. Seorang ibu menyuruh anaknya mengurut tangan ibunya. Si anak dengan wajah mencuka, mengurut dengan sambil lewa. Menerut perintah, kerana taat. Tanpa kasih sayang. Berbeza dengan si anak yang mengurut tangan ibunya dengan muka yang manis,semanis strawberi coklat Siti Nurhaliza dan Datuk K. J Si anak sedang mengurut kerana taat dan kasih. Jelas contohnya?

Saban hari saya melihat ramai anak-anak yang melayan ibu-bapanya kerana taat,patuh atau tuntutan agama. Tidak dengan kasih sayang. Bayangkan hati si ibu jika si anak mentaati perintahnya dengan penuh kasih sayang.

Bayangkan, di waktu cuti yang baru bermula, si ibu mengetuk pintu bilik si anak yang sedang tidur. Lantas si ibu meminta si anak menghantarnya ke sekolah. Dek kerana taat, si anak bangun kerana terpaksa. Menghempas pintu dan memandu dengan laju, seperti baru saja lepas menelan sebiji pil kuda. Benar,si anak mengikut arahan ibunya. Tidak ingkar. Tetapi si anak melakukan tanpa kasih sayang. Agaknya apa perasaan si ibu? jangan kata si ibu, kita yang memandang pun kadang-kadang rasa nak hempap si anak dengan kayu golf Tiger Wood yang dah bersara.

Cuba kita muhasabahkan kembali pada diri kita. As long as umur kita sekarang. Tak kira lah kalau yang baru berumur 18 tahun atau yang sudah berumur baya-baya Lisa Surihani mahupun yang sudah berumur lebih kurang Rosyam Nor. Selama kita hidup, berapa banyak kita memenuhi hajat ibu dengan taat dan kasih sayang? Senang untuk taat, tapi tidak senang untuk melakukan dengan kasih sayang,

Cuba kita letak keadaan yang sama pada situasi suami isteri. Taat dan kasih sayang juga perlu berjalan seiring. Ini tips keluarga bahagia. Tak percaya? Cubalah! Bagi yang dah kawen, boleh cuba sekarang, bagi yang belum tu kena sabar dulu, simpan tips hingga dah berumahtangga nanti.

Sepasang suami isteri baru pulang dari kerja. Jam 9 malam. Dua-dua penat. Sampai saja di rumah, si suami minta secawan Kopi Janda ataupun Kopi Radix. "Mai Secawan!"

Dalam keadaan penat, si isteri boleh saja pergi ke dapur, masam mencuka dan buatkan kopi. Boleh jadi sangat pekat atau terlalu cair. Letak atas meja dengan muncung sepanjang Jambatan Pulau Pinang. (hanya yang pernah sampai Jambatan Pulau Pinang yang mengetahui kepanjangannya. J) Dalam hati siap kutuk lagi, "ingat dia sorang penat, aku tak penat?" tapi agaknya kenapa si isteri menurut kata suami walau dalam keadaan begitu? Kerana taatlah! Taat pada suami dan si isteri melakukannya kerana tuntutan agama. Tiada added value.

Cuba bandingkan dengan keadaan kedua, bila si suami minta kopi, bukan saja kopi, malah kek pisang serta semua jenis biskut raya yang masih tersisa dihidangkan. (jangan tiru aksi ini dirumah). Ya, si isteri taat pada suami. Dalam masa yang sama, si isteri saaaayaaang pada suami. Sebab itu lah, bila si suami minta kopi Janda, si isteri terfikir, "penat kot suamiku comel ini". Lantas dihidangnya segala jenis yang ada dengan wajah yang semanis kurma walaupun kepenatan dek kerana bekerja. Berbezakan? Si suami yang memandang pun sejuk rasa hati walaupun si isteri belum mandi pun lagi. Tak mengapalah. Si isteri saayaaang, bukan hanya taat. Pentingkan taat dan kasih sayang berjalan seiring? Jika anda belum bersetuju, senang saja. Baca berulang kali dan bayangkan anda berada di situasi yang tersebut. insya allah, anda akan tahu bernilainya sebuah ketaatan hadir bersama kasih sayang.

Sekarang, mari kita pergi pada skop yang lebih luas, tentunya sebagai hamba. J

Sebagai hamba, taat dan kasih sayang sangat perlu berjalan seiring. Tuntutan sebagai muslim, kita wajib mengerjakan solat lima waktu.

Kalau hanya ada taat, kita kerjakan solat Subuh, tetapi mungkin hanya sekadar mahu menyempurnakan tuntutan. Kenapa solat? Sebab nanti kalau orang Tanya, dah solat belum, I will say, "Yes,I am".

Ramai orang solat. Kat masjid tu, penuh masjid. Tapi berapa ramai solatnya Berjaya mencegah dirinya daripada perkara mungkar? Tahniah jika anda Berjaya! Alhamdulillah! Teruskan usaha. Jika belum Berjaya, cuba kita renung kembali. Bayangkan kita melakukan solat kerana kasih sayang. Tentu kita tak kesah nak solat lama-lama. Sebab kita saaayaaang Allah, macam kita saaayaaang suami kita. Kan? Kita sayang Allah, kita melakukan ketaatan dengan penuh kasih sayang. Allah kata, solat 5 waktu. Tapi kita bukan saja kerjakan yang wajib, malah solat sunnat, selagi mampu dan ada kesempatan, mahu sangat kita tunaikan. Kerana kasihnya kita pada Allah. Kan best kalau kita jatuh hati pada Allah sama macam kita jatuh hati pada pacar-pacar kita? Macam ramai pulak pacar-pacar. Huu. Kalau kita dendangkan lagu "For the rest of My Life" buat pakwe/makwe kita kerana kita sayang padanya, tentunya sebahagia itu kita melafazkan zikir kepada Allah, kerana kita sayang pada Allah. Setuju?

Kadang-kadang saya buntu, bila orang bertanya, bagaimana saya mahu dekat pada Allah? Saya telah melakukan semua yang diperintahkan. Cuba renung kembali. Adakah kita melakukan dengan penuh kusyuk dan tawadhu'? adakah kita melakukan dengan segenap rasa kasih yang ada di hati kita? Renungkan dan perbetulkan apa yang tidak betul. Saya mula faham, bagaimana kasih sayang pada seseorang boleh membuatkan kita sanggup merentas lautan api, sanggup menghabiskan kredit telefon berates ringgit. Kerana apa? Kerana CINTA! Ini bukan slot Akasia di TV3, lakonan Fasha Sandha. Tapi ini CINTA, yang ada dalam jiwa kita. "Kuasa cinta ni hebat" kata seorang rakan. Dan saya tersenyum sambil menutup mata. Membayangkan CINTA lah! Mana tidaknya, adanya Taj Mahal lambing CINTA Mumtaz pada Syah Jehannya. Wah, teringin nak jadi Syah Jehan jugak lah! J takpe, boleh nak jadi Syah Jehan ke sape-sape ke. Mak kata, kena cinta Allah dulu. Insya Allah, nanti cinta manusia yang menyusul, penuh barakahnya. Mak kata jugak, Allah itu pemberi CINTA. Pencipta CINTA. Kalau kita CINTA pada DIA, insya allah, bakal diberikan kita CINTA yang cuuukuuup INDAH ciptaanNYA. Waahhh.. Mak,itu sya mahu!! CINTA.. Saya pejam mata lagi. Bayangkan CINTA! [+______+]

Tidak mengapalah. Hari ini, mari kita lakukan semuanya dengan penuh kasih sayang. Taat pada ibu dengan kasih sayang. Taat pada suami dengan kasih sayang. Mesti suami makin saaayaaang! Kalau kita taat pada Allah dengan sepenuh hati yang segenapnya dipenuhi rasa CINTA, tentu Allah maakiiin SAAAAYAAAANG, kan?

Kita berusaha menjadi anak solehah. Isteri Solehah. Mari jugak kita berusaha menjadi hamba ALLAH yang solehah. Mari. Mari. Jangan lupa, bawa saya sekali tau- Saya pun mahu menjadi yang solehah. Bawa saya juga, saya masih perlu pada 'lampu suluh' untuk bawa saya menyelusuri jalan yang pelbagai rintangannya. Saya risau tersasar dari [jalan kebenaran]. Mohon tunjuk ajar dan doa berterusan. JJJJ


:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Segenggam tabah :))

6 comments:


Bertali arus dugaan tiba
Menakung sebak airmata
Namun tak pernah pun setitis
Gugur berderai di pipi
Tidak ditempah hidup sengsara
Suratan nasib yang melanda
Menongkah badai bergelora
Diredah bersendirian
Bagaikan camar pulang senja
Patah sayapnya tetap terbang jua
Sekadar secicip rezeki
Buat yang sedang rindu menanti
Segenggam tabah dipertahankan
Buat bekalan di perjalanan
Kau bebat luka yang berdarah
Kau balut hati yang calar

Telah tertulis suratan nasibmu
Derita buatmu ada hikmahnya
Terlukis senyum di bibir lesu
Tak siapa tahu hatimu
Biarpun keruh air di hulu
Mungkinkah jernih di muara
Biarpun jenuh hidup dipalu
Pasti bertemu tenangnya


Ooh In-Team, thanks for this song, gimme segenggam tabah. Insya allah, berkat doa semua, semakin rasa cuba untuk bersedia. Suka duka itu kan sunnatullah. Suka pasangannya duka. Gembira pasangannya derita. Senyuman plastikku kian hilang. Gelak palsuku mula terbang entah kemana. Hadirlah, biarpun palsu, tidak mengapa. Asalkan ia membuatkan orang sekeliling bahagia. Segenggam tabah dari In-Team, buat semua. Cinta Allah~ J


:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Thursday, October 07, 2010

I.K.H.L.A.S

9 comments:

Detik demi detik aku mengira. Terseksa rasanya. Bukan aku tidak sanggup menerima. Tapi ragu pada diri. Bersediakah hamba?

Biar apa pun yang datang menduga. Biar macamana sekalipun Tuhan mahu menguji. Biar. Hati ini mahu redha. Apa saja keputusannya nanti, hamba mahu bersedia.

Tuhan. Engkau mengajarku erti tabah sudah bertahun lamanya. Dan kini. Kau mahu menguji T.A.B.A.H ini dengan sesuatu yang lebih besar.

Tidak mengapa.. Aku cuba untuk ikhlas dan ikhlas.

Indah hidup berTuhan. Biar penuh derita kesakitan, tapi bernafas dalam jiwa hamba memang membahagiakan.

B.A.H.A.G.I.A menjadi hamba. Setiap kali bersyukur, semuanya rasa sempurna. Setiap kali berdoa, segala hajat rasa kesampaian.

Oh… Tuhan. Aku tahu Kau menyayangiku.

TIADA PERCINTAAN YANG LEBIH INDAH SELAIN BERCINTA DENGAN TUHAN.

Lafazkan kalimah syukur
Lafazkan kalimah itu
Alhamdulillah...

Segalanya yang ku kecapi
Adalah milikMu Ilahi -Tuhan Maha Pemurah-
Tak kan terbalas walaupun sebesar zarah

Kenikmatan yang bertandang
Terkadang tidak dihiraukan - Lepas dari pandangan -
Dan bila hilang barulah dikesalkan

Adakalanya aku hanyut
Adakalanya aku lupa
Adakala aku leka
Ampunilah...
Kerana ku manusia
Lemah dan tidak berdaya di sisiMu
Seringkali terlupa nikmatMu
Datang tiada jemu
Bila terhimpit mulalah
Mencari dan menyebut namaMu
Barulah merasai makna sebenar erti syukur
Syukur atas rahmatMu

Adakala ku hanyut
Adakala ku lupa
Adakala ku leka dan adakala ku alpa
Kerana ku manusia
Lemah dan tak berdaya
Seringkali terlupa nikmat yang Kau kurnia
Ku bersyukur ya Tuhan
Segala pemberian
Walau luas lautan
Bukanlah perbandingan
Ku tingkat keimanan
Ku gilap ketaqwaan
Sebagai perlambangan
Terima kasih ku Tuhan

Onak duri kehidupan
Jatuh bangun sendirian
Ada hikmah yang tersimpan
Yang menguji iman

Bersyukurlah selalu
Sentiasalah redha dan menerima
Tiap ujian tiba bukan diminta
Sebaliknya Allah Maha Mengetahui

Kan ku bertasbih selalu
Bertahmid berzikir padaMu
Sebagai tanda ku nilai
RahmatMu Tuhan

Aku bersyukur Ya Allah
Segala pemberianMu pada ku
Seluas lautan pun bukanlah jadi ukurannya
Memang tiada bandingan
Segalanya yang ku kecapi
Adalah milikMu Ilahi -Tuhan Maha Permurah-
Bukan miliku pinjaman sementara
Syukur Alhamdulillah

Sesungguhnya solatku,
Amalku, hidupku, matiku
Kerna Allah yang satu
Kuserahkan segala harta jiwa dan raga
Sebagai tanda cinta
KepadaMu Yang Esa


:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

hesitate

6 comments:


Salam. Terasa lama pulak tak menulis. Padahal baru sehari. Kat rumah, tak ada orang. Dok sorang-sorang. Memang boring. Waktu macam nilah perasaan nak kawen muncul.Kah3. buat lawak je lah. Semalam ayah pinjam broadband. So, saya tak dapat online. Bahagia saja. Masak untuk ibu bukak puasa. Masak western pulak tu. Best lah spend time berkhidmat untuk ibu bapa ni. Bahagia rasa.


Saya meluangkan masa baca buku. Tapi asyik baca buku manjang, tergeliat urat leher. Boring betollah jadi anak tunggal. Baek Wirdah, tengahari kena masak bagi adik-adik makan. Saya nak masak untuk sapa makan? Wirdah pagi-pagi kena kemas rumah. Rumah saya tak da sapa nak sepah-sepahkan kalau bukan saya, jadi nak kemas apa? Orang lain pagi-pagi sidai kain. Saya nak sidai kain pun tadak kain, 3hari sekali basuh kain. Lawak jugak. Aktiviti luar pun buat masa sekarang tak dapat nak buat lagi. Selagi spek hitam saya tidak ditemui. Siapakah yang 'berhati mulia' mengambil spek hitam saya yang bergaya tuh?kasihan saya kena berkurung. Menunggu hari minggu nak bawak ibu carikan saya spek baru. Huu.


Bila difikirkan kembali, banyak benda saya boleh buat. Kadang-kadang, kita selalu piker nak buat benda yang kita minat. Kita lupa nak buat benda yang kita perlu buat. Kadang-kadnag, kita asyik hesitate saje. Macam saya. Boring sangat kat rumah. Kakak saya kata, belajar bukan bererti kuliah saja. Belajar banyak benda. Jangan belajar yang kita minat. Belajar yang kita perlu buat. Contoh, memasak. Macamana tak minat sekalipun, this thing u must to know lah senang kata. Bagi saya saya tak anggap belajar memasak tuh untuk kebahagiaan suami. Nope only that. Bagi saya, belajar memasak adalah keperluan untuk diri sendiri. One day, kalau dah ade rumah sewa, ada rumah sendiri, waktu tu kemahiran memasak kita perlukan. One day, kalau kita duduk dalam hutan, mana ada kedai nak beli makanan, jadi waktu tu kemahiran memasak sangat diperlukan. Betol tak? Tak bermaksud, nak kawen kena pandai masak. Habes yang belom ada calon nakkawen, tapayah la belajar masak? Bahagialah saya! Jadi, belajarlah apa saja. Note again, tak semestinya belajar perkara yang penuh keperempuanan saja. Bagi kita yang muslimat nih, why not belajar memaku. Belajar tukar minyak brek motor. Belajar isi bateri keta. Belajar tukar tayar motor. Tak ada masalah. Belajar untuk diri sendiri. Sekurang-kurangnya, one day, bila kita perlukan semua ni, kita tak harapkan bantuan orang lain, kerana kita dah serba boleh. Bahagialah boleh jadi independent, tak kena harap kat orang. Bagos sangat, lelaki pun suka kalau perempuan ada many added value. (abang saya kata lah)


So. Selagi ada masa nih, gunalah sebaek mungkin. Lepas ni, dah masuk main camp cuti mungkin tak sebanyak nih. Jangan asyik dok tidoq ja kat bilik. Make something nice than that. kita buat apa yang perlu,jangan buat apa yang kita mahu. Bear in mind…


*teruja menunggu 11 Oktober.**


:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Tuesday, October 05, 2010

Coret-coret

3 comments:

Salam bercuti. Saya kira sudah terlewat untuk saya mengucapkan selamat bercuti kepada rakan se-CFS saya. Mana tidaknya, orang bercuti bermula 30 September. Tapi saya baru mula nak rasa cuti. Apapun Alhamdulillah, berpeluang juga saya bercuti.

Insya allah, cuti kali ini kita manfaatkan dengan sebenar-benar cuti. Bukan senang nak dapat cuti 3 minggu ni. Tambah-tambah orang rajin macam budak UIA ni. Fuh! Cayalah!

Rasanya kali ini saya tidak berniat menulis panjang. Selalunya entri saya panjang. Kadang-kadang ada kawan-kawan yang berleter, panjang sangat, tak ada mood mereka nak baca. Jadi setiap kali saya menulis saya cuba pendekkan tulisan saya. Waktu kat sekolah, bila kena buat karangan pun, cikgu bahasa Melayu saya selalu pesan jangan tulis panjang sangat, malas cikgu nak baca. Tapi saya tetap tak boleh tulis pendek. Kat kertas kajang tu saya nak tulis semua yang saya tahu. Perangai~

Buat sahabat-sahabat saya,

Waktu cuti ni merupakan uujian buat kita. Waktu ni masa lapang terlalu banyak. Jadi, gunakanlah sebaiknya. Jangan disebabkan terlalu ghairah dengan nikmat masa lapang, menyebabkan hati kita jadi mati. Mati kerana tidak mendapat hak yang selayaknya untuk hati. Jagalah hati kita. Jangan kerana kita diberi rehat, hati kita juga mendapat rehat. Bimbang hati menjadi malas dan susah untuk hidup kembali. Sama-sama jaga hati. Dulu, waktu saya sekolah, waktu cuti bukan waktu rehat. Walaupun cuti panjang, ada tuisyen kena ikut. Ada kelas tambahan kena ikut. Tak sempat nak bermalas-malas. Tapi sejak masuk U ni, bila cuti semester, memang buntu tatau nak buat apa! Kalau tak mampu buat banyak, buat sedikit pun takpa, jangan sampai tak buat langsung.

Hari ini saya mendapat panggilan telefon dari seorang rakan. Beliau minta saya turut serta dalam kembara beliau dengan beberapa aktiviti menarik. Namun saya terpaksa menolak. Walaupun aktiviti yang disebutkan menarik. Memang buat saya tertarik. Tapi alasan saya kukuh menolak pelawaannya. Apapun teman, terima kasih kerana sudi mempelawa.

Petang tadi juga, ibu saya dihadapkan dengan kisah seorang anak saudaranya yang berumur 18 tahun, tapi teringin sangat nak kawen. Sampai menangis-nangis nak kawen. Masalahnya yang lelaki tu umurnya pun masih 18. Saya kira masih muda, kerana lelaki lebih lambat matang berbanding perempuan. Anak saudara berkata pada Ibu, dia benar-benar serius. Memang nak kawen. Masya Allah, saya hanya berdiam diri. Tidak berani menjampuk. Akhirnya saya terpana bila ibu berkata,

"Tengokk kak Husna ni. Umur dah 20 tahun. Tak da dok menggatal nak kawen pun. Dia ada duet sendiri dah. Cuba Tanya dia ada brapa ribu dalam akaun dia? Tapi dia tak de dok mengamuk nak kawen lagi. Awak ni duet topap RM3 pun mintak kat mami lagi. Kak Husna gewe pun tak de. Bukan tak de sape nak, tapi reti piker, umur muda lagi, nak kawen nak buat apa? Belajar pun idak!"

Heh, high expectation lah ibu. Mana ibu tahu tak mengamuk nak kawen? Sekarang tak lagi, Alhamdulillah. Lepas ni? Mintak jauh.

Sepupu yang mendengar pun terlopong saja. Pastu datang Tanya, "Kak ada duet berapa?"

Saya gelak saja. "Banyak!"

Dia pun tersipu-sipu masuk ke bilik dan mengurungkan diri. Saya terdiam. Memandang ibu, syahdu. Ibu, baeknya anak ibu ni dalam fikiran ibu. Don't worry. Saya akan jadi macam ibu nak. Apa saja, sejak dulu pun memang saya mengikut kata ibu. Masok UIA, amek aliran sains. Semuanya saya ikut. Dan insya allah, dengan kekuatan dari Allah, saya akan terus mengikut nasihat ibu. Saya yakin, jalan yang ibu tunjuk, ada barakahnya. Moga-moga ibu sentiasa doakan saya. Dan Allah menilai baek usaha saya.

Ya, saya mahu jadi anak solehah.

Mari, bersama saya.


:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Monday, October 04, 2010

Tudung Bidang

7 comments:
tudung labuh
tudung bidang 60'

tudung bidang 45'





Salam. Mentang-mentang saya dah menjawab persoalan Menjaga Pandangan, kali ini saya ditanya dengan pendapat yang lebih berat (bagi saya), iaitu tentang tudung bidang 60'. Persoalan yang ditimbulkan, menarik. J dan saya pernah jua dipersoalkan untuk berbincang akan soal ini sesame rakan-rakan se-DQ. Alhamdulillah. Saya rasa pendirian saya sendiri dalam hal ini dah cukup jelas. Dan rakan se-DQ pun ramai yang faham. Kalau dulu, ramai juga yang kondem budak DQ pakai tudung bidang ni. Tapi bagi saya sendiri, tidak ada apa-apa lah!




Persoalan ditimbulkan oleh email sender banyak menyentuh tentang diri saya. Tapi disini biarlah saya menyebut secara umum. Kerana sesungguhnya saya sangat tidak sempurna.




Sebenarnya, jujur saya katakana, saya tidak apa masalah dengan sebarang tudung yang dipakai oleh rakan-rakan saya yang perempuan, khususnya rakan se-CFS. Selagi mana tudung yang dipakai menepati cirri yang digariskan islam, cukup untuk saya berlapang dada. Tetapi, apa yang menggugat perasaan saya, apabila ada yang bertudung tetapi tidak menepati cirri piawaian Islam. Ringkasnya, tudung yang dipakai harus menutup bahagian dada, atau dalam kata lain tidak menzahirkan apa yang ada sehingga jelas pada pandangan orang lain. Tudung yang dipaka I juga tidak boleh jarang sehingga menampakkan batang leher. Lebih terus lagi, sehingga orang yang memandang boleh melihat uraian rambut dan kadang-kadang dapat melihat dengan jelas jenis ikat rambut yang digunakannya! Paling tak senang, bagi yang berselendang. Saya tidak ada masalah sekiranya anda ingin berselendang. Tapi kalau boleh carilah selendang yang besar sikit dan jangan jarang. Apa tujuannya kita memakai tudung kalau setiap inci kepala kita dapat dilihat dengan jelas oleh orang lain lebih-lebih lagi lelaki lain yang ajnabi?




Persoalan kenapa memilih tudung labuh berbanding tudung besar. Sebenarnya, seperti yang saya katakana di atas, tidak ada masalah jenis tudung yang mahu dipilih. Asalkan menepati piawaian Islam. Berkenaan tudung labuh vs tudung bidang, langsung tidak memberi masalah kepada saya. Tudung bidang pun Alhamdulillah menepati piawaian jika tidak dililit hingga menzahirkan batang leher. Tudung labuh pun cantik sungguh,sempurna sekali. Jika disoal pada saya, kenapa saya tak pakai tudung bidang, cukuplah jawapan, saya lebih selesa bertudung labuh. Sejak form 1 saya biasa dengan tudung labuh. Dan bermula form 3, saya istiqamah dengannya. Tetapi ini tidak bermaksud saya memandang rendah pada mereka yang bertudung bidang. Tidak dapat dinafikan, ada yang bertudung bidang lebih baik daripada yang bertudung labuh. Sesungguhnya tudung labuh bukan ukuran melihat iman seseorang. Tak semestinya yang bertudung labuh, imannya selabuh tudungnya. Jangan menghukum begitu. Ia boleh mengundang padah.sebab itu saya katakana, saya tak kisah bagaimana anda ingin bertudung. Pilih yang mana anda rasa selesa dan berkenang di hati. Tapi rayu saya, jangan lupa jadikan Islam asas kepada cara pemakaian kita. Jika tidak mengikut syariat, pakailah apa saja, dan anda mendakwa diri anda kuat iman, itu salah. J jangan buat dakwaan bodoh la kawan. Saya mengaku, di rumah, kadang-kadang saya juga memakai tudung bidang. Tak kerap sangat. Tapi saya pernah. Ini bermakna, saya memang tak menghukum kalian yang bertudung bidang. Tak mengapa, mengikut keselasaan. Islam itu bukan agama yang susah. Islam kan fleksibel. Tak gitu?




Jangan kita terlampau persoalkan tentang tudung itu,tudung begini sehingga kita terlepas pandang perkara-perkara lain, seperti amal ibadah. Perkuatkan ibadah. Perkuatkan amalan kebaekan. Insya-allah, keselasaan akan datang dengan iman yang mapan. Insya allah. Jika nak kata peranan keluarga, saya mengakui. Ibu saya bertudung labuh. Kakak saya juga. Nenek saya pun. Tapi bagi saya, itu bukan ukuran terbaik. Ada saja yang ibunya tidak bertudung labuh, tetapi anaknya bertudung labuh. Ada juga ibunya bertudung labuh, anaknya tidak bertudung pun. Jadi jelas saya katakana, prasarana keluarga benar memainkan peranan tetapi bukan peranan utama. Yang penting hubungan kita dengan Allah dan hidayah Allah buat kita. Itu yang lebih penting dan boleh dijadikan matlamat utama kita. Insya allah. Saya menyetujui bahawa kurang senang dengan orang yang terlalu rigid dalam berprinsip. Sehingga mengeluarkan 'fatwa' murahan menghukum orang lain. Bagi saya, apa yang anda mampu, itulah yang anda lakukan. Jangan kerana nak mencapai kesempurnaan, anda mengejar segala kebaikan, tapi anda terlupa tentang ikhlas itu sendiri. Kalau anda rasa selasa bertudung bidang, silakanlah. Jangan memaksa untuk memenuhi kehendak orang lain sedangkan hati anda tidak ikhlas untuk melakukannya. Tapi ingat, dalam bab menepati pakaian y ang digariskan islam, itu tiada kompromi. Islam itu tegas dengan orang yang mahu melencong dari jalannya. Sama-sama praktikkan.




Namun begitu, suka untuk saya sebutkan disini, pilihkan jalan yang paling sempurna. Moga-moga pada jalan itu, ada hidayah Allah untuk kita. Jangan mengharapkan hidayah allah, tanpa berusaha mengejar dan mencarinya. Berusahalah. Jangan hanya menunggu bulan jatuh ke riba. Tiru macam Sheikh Muzaffar, berusaha keras untuk ke angkasa. Begitulah kita. Lihat bulan, ingin mencapai bulan, carilah jalan pergi ke bulan. Melihat kesempurnaan, ingin mencapai kesempurnaan, carilah jalan kea rah kesempurnaan. Moga padanya ada rahmat Tuhan yang tiada terhingga buat hambaNYA yang mencari redhaNYA di bumiNYA. Insya allah. Salam muhasabah bersama.




Mari mencari jalan TAQWA.



:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Sunday, October 03, 2010

Heh. Rindu sama DQ.

3 comments:

Perasaan yang sukar betol untuk ditafsirkan. Sejak akhir-akhir ni, perasaan pelik-pelik selalu muncul dalam hati aku. Rasa yang tak tahu nak ungkap. Tetiba rasa nak pergi DQ. Tapi buat masa sekarang tak mampu. Terasa angin kuat di DQ menyapa badan,kasar. Rindu untuk berada di situ. Situasi itu. Quran Darul Iman digenggam erat di tangan. Kemana saja melangkah, Quran selalu dibawa. Kini, bila orang suruh keluarkan Quran, malu nak cakap tak bawak Quran, pastu cakap, "Quran saya ada kat sini (sambil tunjuk kat kepala)". Padahal, hanya diri sendiri saja yang tahu berapa peratus Quran yang masih berlari laju dalam kepala. Teringat pada asatizah kat DQ. Masya Allah. Perasaan ini saya rasa pelik, sebab ia hadir dalam keadaan pelik. Banyak sangat keadaan pelik berlaku. Satu malam beberapa bulan yang lepas, saya pernah bermimpi, saya hadir ke satu tempat. Dua tingkat. Dalam hutan. Di bawahnya seperti sebuah dewan. Diatas seperti tempat penginapan. Saya bermimpi saya memanjat tangga rumah tersebut. tetiba-tiba, dalam minggu ni, saya ternampak tempat yang sebijik sama dalam mimpi saya. Dalam mimpi, waktu saya mimpi tu, keadaan tu rasa best sangat,manis sangat. Waktu saya ternampak tempat tu pun, saya rasa manis dan best sangat. Sejibik sama dalam mimpi. Huh! Kebetulan yang menarik!

DQ.. DQ.. Tak kisah lah ada orang yang kata produk keluaran DQ kurang kualiti. Produk DQ pun tak kurang dengan orang yang bukan DQ. Itu semua tak mengganggu gugat ketenangan saya. Kerana hanya saya yang tahu sejauh mana buni barakah DQ memberi kesan pada hati saya. Jadi, biar saya yang judge my own place, that I ever be there. Hurm!

Best jugak jejalan kat Seremban ni. Berniat mengajak sahabat datnag menjenguk bumi Seremban, sebelum bermigrasi ke Kuantan. Insya allah, ada rezeki kita datang berkelah ke Seremban. Port Dickson tempat yang menarik,kan? Wasilah ukhwah antara kita, insya allah.

Ok lah. Saya sedang menguatkan diri dan menyediakan diri dengan beberapa persiapan yang perlu. Doakan kejayaan saya. Doakan saya sentiasa istiqamah dan yakin dengan apa saja yang Dia beri pada saya. Doakan saya redha apa yang Dia mahu beri pada saya. Terima kasih semua.

Salam penuh Kesejahteraan dan Kedamaian.


:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.