♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Wednesday, November 30, 2011

Aziz Bari may QUIT UIA in a WEEK

4 comments:


SEREMBAN: Constitutional law expert Aziz Bari is considering quitting his job as professor at the International Islamic University (UIA) to stop the alleged persecution of scholars close to him.
“I will decide in a week whether to remain as a professor in UIA or quit the job immediately,” he told FMT yesterday in an interview here at Akademi Merdeka, where he attended a forum on the Federal Constitution organised by the Institute for Democracy and Economic Affairs (IDEAS).
He said he liked working at UIA and could deal with the pressure the university was placing on him for his outspokenness.
“But people surrounding me, especially my friends, are suffering because of me,” he added.
“For example, one of my friends wrote and launched a book. He mentioned my name in the appreciation section of the book. Just for that he was questioned by certain quarters.”
Aziz said many of his associates had been giving him advice about his future since his recent run-in with the UIA management and other authorities over his comments on the constitutionality of decisions made by the Sultan of Selangor.
“Some of them asked me to remain as an academician in UIA, but some of them suggest that I jump into politics.
“I need time and definitely I have to consult with my family and close friends before I decide. But if I quit my job at UIA, it doesn’t necessarily mean that I will join any political party. I’m not committing to that yet. Let me think first.”
Aziz courted controversy when he commented on the Sultan’s statement that there was evidence—though not enough for prosecution in a court of law—that a local church group was engaged in attempts to convert Muslims to Christianity.
That comment led to his suspension from UIA, which was eventually lifted.
He again found himself in hot water when he gave his opinion on allegations that the Sultan had ordered the Selangor legislative assembly to dispense with debate and pass amendments that gave the Selangor Islamic Religious Council unprecedented powers.


p/s: After reading this, am totally understand that, DUNIA memang dah AKHIR ZAMAN.

Prof, kebenaran itu tidak akan kalah sampai bila-bila. KEBENARAN itu akan menang, cuma masanya saja yang menjadi RAHSIA DIA. Insya ALLAH.

Dan oh ya, comel je poster ni :


Marilah kita amalkannya. Tak susah, UBAH saja. =)

Dan lagi satu, another GIRL yang baru lahir tu, had got name. Baru tadi Abang mesej sekali dengan gambarnya. Aina Nuha. Such a sweet name. And i am the one yang menyumbang untuk nama tersebut. Yang membawa maksud, Permata Yang Cerdik. Pada mulanya nak letak Aifa Nuha yang membawa maksud Yang Sihat, Yang Cerdik. Tapi dipertikaikan Mak CIk pulak, katanya maksud Aifa tu tak jelas sangat, yang sebetulnya 'Iffah. Wallahu a'lam lah pasal tu. Tapi at least, puas hati juga. Suka sangat nama 'NUHA', dalam surah Taha, dua kali diulang sebut word ni 'NUHA'. Maksudnya pun comel. Dear Aina Nuha, semoga Aina Nuha membesar jadi muslimat yang pintar dan kepintarannya menjadi aset bermanfaat buat AGAMA, macam Aisyah Radiallahu Anha. Ameeen. Sweet Aina Nuha. =)

CAMPRO is still ON. 

Another thing nak remind student UIA Kuantan, CAMPRO is still ON. Get updated from here, 




:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Tuesday, November 29, 2011

HIJRAH: Aku juga punya AZAM ^__^

No comments:
^____________^

Menyambut Muharram, bulan HIJRAH, dengan AZAM.

Setiap kali HIJRAH, kita di'bising'kan dengan perubahan diri dan azam baru.

Ya, point adalah sama. PERUBAHAN.

Saban tahun meraikan HIJRAH, umur meningkat, akhirat makin dekat.

Kalau masih nak berehat, nampak gaya dah terlupa kat akhirat?
Teringat zaman kegemilangan waktu kanak-kanak dahulu kala. ^__^
Nak mengulang lagi disini atau sebaliknya? Sendiri pilih beb. ^__^

Majlis bacaan doa berlaku di JB tahun ini.
Selepas bacaan doa awal tahun, kami sekeluarga berkongsi AZAM paling baru.

Masing-masing mahu yang terbaek.

Akhirnya pesan ibu,

"Jangan harapkan kebaekan itu datang kepada kita selagi kita masih setia bersama dengan keburukan."

Maknakatanya?

Kalau inginkan sesuatu yang baek, tinggalkan segala perkara buruk yang menjadi tabi'e kita. Insya ALLAH, semua perkara baik datang kepada kita. Ameeen. ^___^

Saya juga ada AZAM. Azam besaq. ^__^

Insya ALLAH, sedikit USAHA dan DOA berterusan, agar ALLAH makbulkan permintaan saya.

Kalau ALLAH mudahkan, nescaya benarlah jalan yang dipilih. Kalau ALLAH mudahkan, nescaya tepatlah pilihan yang dipilih. Maka, serahkan segala urusan ini kepada ALLAH.

Apa AZAM anda?

Yang penting, MAKE SURE azam tersebut matlamatnya jelas. Bukan untuk diri sendiri. Bukan untuk dunia semata-mata. ^__^

AZAM pun AZAM juga, FINAL EXAM is coming tu jangan terlupa pula. ^___^



:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

another GIRL ^__^

2 comments:
Alhamdulillah. After a long time, Allah give us what are we waiting for.

Bukankah Allah telah berkata, "dalam kesusahan itu pasti ada kesenangan" =)

4 Muharram bersamaan 29 November 2011, kelahiran seorang puteri hasil bait muslim kakanda saya, Khairil Sedqi Kamarudin dan zaujahnya, Juriyah Sarmani. Alhamdulillah, Ahmad Naim dah ada adik perempuan sekarang.

Tahniah buat kakak ipar, selamat menjalani waktu-waktu sukar untuk melahirkan puteri sulungnya.

Ahmad Naim dah jadi Abang. ^__^


3 hari di JB memang seronok dan menyeronokkan.

Puas hati ^___^

3 hari kat JB memang asyik dok fikir nama untuk ahli keluarga baru kami.
Excited terlebih sebab sekarang saya sedang berusaha menambah ahli korum wanita supaya menjadi majoriti. Bila majoriti lelaki, wanita asyik kalah bila berebut siaran televisyen. Asyik kalah bila nak pilih tempat makan. Asyik kalah bila nak pilih menu makan. Asyik kalah bila nak pilih tempat bercuti. Asyik kalah bila nak pilih warna peralatan rumah.

tengah tunggu khabar gembira dari pengantin baru. ^__^


Oh tahniah baby girl baru, kedatangan anda sangat ditunggu-tunggu. Kita kasi tewaskan jejaka-jejaka yang dah mula besar kepala.

Abang kata,
"Dekna kawen cepat-cepat, nanti tambah lagi sorang korum lelaki untuk kami. HAHAHA"

Lepas ni kena warning awal-awal bakal suami, jangan menyebelahi depa. ^__^


Selamat datang baby girl. One day, baby girl mesti jadi wanita besi, tak tergoda dengan dunia yang semakin melekeh-lekehkan maruah seorang wanita. Jom baby girl, kita kasi JIHAD. ^__^


p/s : Abang, akhirnya apa nama buat puteri yang baru datang ke dunia kita? ^__^
:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Friday, November 25, 2011

Johor .:: home SWEET home ::.

2 comments:
Sebelum tu, mari sama-sama sedekahkan Al-Fatihah buat Kamalhadi Rosli, student ICT First Year UIA GOmbak yang baru saja kembali ke rahmatullah.

Inna lillahi wa inna ilaihi raaji'un.

Peringatan yang paling baek akan kematian adalah apabila melihat orang yang dekat dengan kita dipanggil menjadi tetamu akhirat ALLAH.

Menghitung saat dan selalu berdoa, "Ya ALLAH, berikanlah aku mati yang baik, husnul khaatimah."

Takziah buat keluarga ARWAH. Semoga ALLAH mencucuri rahmat ke atas roh pelajar yang sedang berjihad seperti ARWAH. Allahumma Ameeen.


terlalu pendek dunia ini, sedangkan akhirat itu terlalu dekat, dan panjang. berusahalah mengumpul saham akhirat sebaiknya.

Dan tarikh ini juga Walimah Junior saya di DQ, Adik GEN10, juga merangkap junior di PJ automatically. Tahniah dan Mabruk alaikuma buat Farah Aida Anuar dan pasangan. Insya ALLAH bahagia. Akak doakan Farah istiqamah dalam apa jua keadaan. Dan kalau dah terbina baitul muslim tu, lagi lagi lagi la meningkat momentum dalam perjuangan. Insya ALLAH. Maaf tak dapat dapat walimah, sebab ada komitmen lain di JB. +____+

p/s: Walaupun junior dah kawen dulu, saya tak tercabar langsung. ^__^ (cover..cover)


selamat mengemudi alam BAITUL MUSLIM  buat Farah Aida dan Suami. ^___^


"Kak Husna balik mana?"
"Balik Johor."
"Eh bila jadi orang Johor? "

Mana ada 'jadi' orang Johor. Tulen Kelate original tak celup-celup pun. ^__^

Insya Allah will be off for a few days. Out to JB.


^__^ 2.15 petang bas kat Terminal Makmur. Seriously tak sabar. Tapi sebelum tu ada 'konsert' nasyid sikit kat lecture hall. ^__^

p/s: Seronok dapat jamming. Dulu jamming Qasidah. Sekarang jamming nasyid pulak. Aduh. Kena praktis balik jamming qasidah, jangan lupa diri, Husna. ^___^
cc: Farah Adlina, Illeya Ibrahim, Wirdah Mohd Zain, Hannani Ahmad Puad, Shaahida Zainal Abidin, Afiqah Zulkifli, Syitah Idris, Izzati Johari. Jom Jamming Qasidah Ya Thoibah~


Doakan musafir ini selamat sampai ke Bumi Johor deh. ^___^

Kepada sahabat sahabat, minta maaf tak dapat join Khalifah Training Program sama-sama. Unexpected. ^__^

Apapun, enjoy the program deh ^__^

wait for me deh Dear Ali dan Ahmad Naim. ^__^



:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Thursday, November 24, 2011

Mana pergi ADAB kita?

1 comment:

Orang zaman sekarang dah kurang ADAB.

Kalau adab kurang, maksudnya AKHLAK pun lintang pukang.

Kalau akhlak lintang pukang, maksudnya AQIDAH dan IBADAH tak 'kattang'.

Hebat atau lebihnya anda daripada orang lain bukan alasan untuk tidak berakhlak mulia.

Hormatilah orang lain. Automatically anda akan dihormati.

Kurangkan rasa dengki dan iri hati pada orang lain.

Ingat, hati tu memang manusia tak nampak, tapi ALLAH tahu.



Berakhlak mulia dan beradab sopan adalah 'kerangka' bagi orang yang mempunyai Aqidah yang Soheh dan Ibadah yang Mantop.

Nak nilai sejauh mana aqidah dan ibadah anda, nilailah akhlak dan adab anda.

Jangan nilai luaran jah, nilai dalaman sekali. Penting tu =)

Muhasabahlah diri, muhasabahlah hati.

Seindah-indah pakaian adalah TAQWA.



Dan salah satu dari TAQWA itu adalah INDAH AKHLAKNYA.

Mari menjadi bidadari dunia. Yakni kecantikan dalaman diluahkan dengan akhlak yang comel. Cantik dalam, cantik luar, itulah AURA MUKMIN yang sebenarnya. Mampu menarik mad'u tanpa bicara sekalipun.

Contoh paling jelas, Rasulullah. Baginda hanya tersenyum pun, mad'u dah tertarik. Sebab hatinya BERSIH. Bersih dari MASALAH HATI. Bersih dari DENDAM dan IRI HATI.


p/s:



Untuk mendapatkan sesuatu jawatan, kena perlu ingat, ALLAH yang memilih kita, manusia sebagai wasilah sahaja. Sekiranya kita berusaha sedaya upaya nak 'please' manusia sekalipun, tapi dalam masa yang sama kita keep on buat dosa, tak guna juga. Ya, betul, ALLAH yang pilih. Bukan tak boleh usaha, boleh, tapi make sure usaha ikut guideline yang Allah bagi, bukan sebaliknya.

Salam perjuangan dengan AKHLAK seindah bunga di TAMAN SYURGA. Harum wanginya semerbak menjadi penarik, walaupun belum dilihat pada rupanya. Maknanya, kalau bunya itu subur, tentu ia mengeluarkan bau yang wangi. Tanpa melihat bagaimana bentuk bunga itu, orang sudah boleh jatuh cinta dengan BAU. Begitulah manusia. Sebarkan 'keharuman' sebaiknya.  Kelak, dengan sendiri kita didekati, ALLAH juga memilih kita, insya ALLAH.


Wallahu a'lam.


sabaq naa tunggu cikna sampai ^___^


p/s: cant wait to be at JOHOR!
:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Lelaki yang sibuk ^__^

9 comments:
Petang tadi menelefon anak saudara di Johor, Munir. Maklumlah, saya dah jadi Ummi nombor duanya. Saya tanya pada dia,
"Munir rindu Ummi tak?"
Maka dia respon macam nak menangis.
"Aah la Munir rindu.."

Sadis sungguh bunyinya. Saya boleh bayangkan perasaan kanak-kanak berumur 6 tahun ditinggalkan jauh di Johor (rumahnya kat Seremban) dan berpisah hampir seminggu dengan Ummi Baba.

Kakak saya memang terpaksa pergi ke Kursus tersebut. Pada awalnya nak tinggalkan Munir dengan Babanya. Tapi Babanya sibuk di tengah laut. Pergh. Babanya ni memang workaholic.

Kadang-kadang raya pun tak balik. Saya pun pelik, apa yang dicarinya. Wallahu a'lam.

Kadang-kadang kasihan sungguh saya pada Munir. Dengan Babanya pun susah nak jumpa. Selalu cakap kat telefon je. Tapi alhamdulillah, budak ni tak spoil. Macamana nak spoil, memang saya tarbiyyah dia cukup-cukup. *___*

Situasi ini membuatkan saya terfikir. Kedua-dua kakak saya berkahwin dengan orang sibuk.Agak sibuk. Kakak yang masih belajar di Indon, berkahwin dengan juga seorang Engineer. Pergh. Kat rumah tu rasa macam duk kat kilang. Semua lelaki tu engineer, melainkan anak bongsu, Ibu Ayah, jadi Imam. ^__^

Ibu saya juga selalu bertanya pada saya,
"Kakak tengok mereka kawin semua dengan orang busy, kakak macamana pulak?"

Jawapan skema saya,
"Busy ke tak tu bukan ukuran dia. Kalau dia busy, tapi dia pandai bagi masa kat family, tanggungjawab dia kat family, takde masalah pun. Kalau workaholic sampai family pun tak sempat nak jaga, tak boleh jugak..Kakak kan nak cari 'mujahid'. Mana ada 'mujahid' yang suka rehat."


'mujahid quran'

Ibu saya berpuas hati. Betul, memang sibuk atau tidak seorang lelaki, bagi saya, memang patut dia sibuk. Dah tu memang tanggungjawabnya mencari nafkah, menyumbang bakti. Tapi bukanlah sehingga mengabaikan tanggungjawab pada keluarga.

*Harap maklum, saya tak tulis post ni nak kutuk abang-abang ipar saya, dan abang-abang saya yang memang sibuk bekerja. Tapi depa semua busy kerja, alhamdulillah semua masih stabil setakat ni. ^__^
Jujurnya, berpuas hati dengan kekanda-kekanda sekalian. Kadang-kadang kita kena faham bila ada tuntutan kerja yang memang memerlukan. Bukankah hidup ini perlu fleksibel dan tolak ansur? yang penting, kalau dah jadi isteri tu, jangan asyik nak fikir diri sendiri pula. Pergh. Dunia ni besar sheikh. ^___^

Munir kat LCCT. Hantaq Baba kerja.

Sebenarnya, bagi lelaki kat luar sana yang dah bekeluarga dan mengatakan anda adalah sibuk, percayalah, Najib yang jadi Perdana Menteri tu pun ada masa untuk isterinya yang terchenta. Anda kalau setakat kerja tak capai tahap menteri tu, toksah duk bagi alasan sibuk untuk mengambil tahu urusan rumah tangga pulak. Pergh. Tatau ni ayat puji ke ayat keji. Ish, tak baik kutuk orang.


Saya teringat kata-kata sahabat saya,
ada muslimat yang risau untuk bersuamikan lelaki yang aktif dalam urusan dakwah dan urusan Islam. Bimbang tanggungjawab terhadap ummat mengatasi tanggungjawab pada keluarga.
Jawapan yang saya dapat sangat menarik, katanya,

"Tak sempurna seorang pejuang itu apabila tidak menunaikan tanggungjawabn pada keluarganya terlebih dahulu. Mana mungkin orang yang memahami tuntutan dakwah meninggalkan keluarga di belakang, sedangkan keluargalah 'sasaran' pertama yang perlu dititik beratkan."

Kalau semua orang fikir macam ni, tentu takdak kes pelik-pelik. Semua ibu bapa, tak kira ustaz ke ustazah ke penceramah ke sape-sape ke, tanggungjawab terhadap keluarga itu perlu diaulakan dulu. ^__^

Wallahu a'lam. ^___^
:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Wednesday, November 23, 2011

Maksiat yang dicari ^__^

No comments:
Semalam, dalam 'bulatan bulat',kami berkongsi. Banyak Ya banyak. Mad'u yang memang saya berhasrat menarik hatinya. Bukan menarik hati pada saya, tapi pada dakwah dan Islam umumnya.

Seronok, berkongsi dengan orang yang kadang-kadang kita tak sangka akan mendapat ilmu baru dengannya.

Pada awal perkongsian, saya mengemukakan dua resolusi untuk  menjaga iman.

Pertama, sentiasa melakukan solat sunnat taubat. Sentiasa. Kalau boleh, make sure setiap hati solat taubat. Sebaeknya before we start the day lah. Maksudnya? Sebelum Subuh. Sebab tu jangan LIAT sangat nak bangun awal pagi. Bangun seawal 5 pagi, dan terus mandi. Insya ALLAH tak ada alasan lagi untuk menunaikan solat taubat dan diteruskan dengan tahajud. Kalau tak mampu nak buat setiap hari pun, at least, dua minggu sekali. Yang penting, buat sebab memang nak cari redha ALLAH, bukan sebab taklifat semata-mata.
Profesor Muhaya berkata, yang saya dengar dari IKIM, selalu solat taubat akan membuka banyak pintu rahmat ALLAH buat kita. Kenapa? Kerana kita manusia biasa yang tak mampu lari dari dosa. Maka, menyucikan diri dari dosa, mampu membuka pintu rahmat ALLAH buat kita. Insya ALLAH.

Kedua, yang selalu Guru kami pesan, Al Fadhil Ustaz Muhadir, supaya menutup pintu maksiat. Maknanya, menjauhkan diri dari membuka peluang melakukan maksiat.

Jujurnya, kadang-kadang dalam urusan maksiat, kita sendiri yang memberi peluang perkara itu bertapak di hati sanubari kita.


taubat..taubat.. taubat..

Mana tidaknya, contoh mudah yang terlalu common. Berapa banyak movie Korea yang ada dalam laptop anda?
Beberapa orang yang saya pernah berbual, berkata, "Cek takmau dah nengok Korea ni, baziq masa cek ja."

Bagus, azam yang comel. Tapi sayang, dari segi pelaksanaanya agak kurang. Pesan saya padanya, "Hang letak segala mak bapak Korea tu dalam hardisk, jangan simpan dalam Lappy. Hardisk tu hang letak bawah katil. Hang balut tiga pat lapis. Insya ALLAH, hang malas nak tengok movie tu."

Sama juga seperti maksiat-maksiat lain.


mahkotakanku dengan TAQWA ^__^

Contoh dalam soal  menjaga hati. Kita tend to mengambil masa berjam-jam untuk 'MENGELAMUN' pada si dia. Kemudian, kita mula mengeluh, "Dah cuba dah tamau pikir dia, tapi muncul jugak!"

Soalannya, siapa yang cari sebenarnya?

Sebolehnya, dalam soal masalah hati, setiap kali terfikir kat si dia, pi baca quran ka, pi lawat bilik kawan ka, pi makan ka.. Yang penting jangan dilayan perasaan itu. Tapi first thing to do, doa banyak banyak kat ALLAH, agar Allah jauhkan hati dari rasa cinta pada Maksiat. Insya ALLAH.

Tak dinafikan, dunia siber yang semakin terkehadapan membuatkan maksiat itu terlalu mudah untuk dicapai. Gambar-gambar yang agak lucah berada di mana-mana. Iklan-iklan yang menaikkan syahwat, dimerata-rata. Tidak pelik dalam keadaan dunia hari ini.

Tapi tinggal lagi TAQWA kita yang dinilai. TAQWA ini yang memilih. Apa yang boleh, mana yang tak boleh.

Kerana orang yang BERTAQWA itu, takut melakukan sesuatu yang HALAL yang boleh jatuh hukumnya kepada HARAM.

COntoh, tengok TV. Halal kan? Tapi bila tengok benda-benda lagha, atau tengok iklan-iklan syahwat, dah jadi hukumnya HARAM.

Erk, jadi kurangkan tengok TV. Kalau nak tengok, tengok cerita Melayu saja, sekurangnya IKLAN sex tidak seperti movie Barat. Walaupun filem Melayu pun kadang-kadang tahhapehape jugak. Konklusi, tengok yang penting-penting je. ^__^

Suka pada perkongsian. Kerana di akhir perkongsian, saya diingatkan kembali dengan apa yang saya tuturkan.

Waktu itu terasa seperti, YA, Ini PERKARA SERIUS YANG AKU ORANG PERTAMA YANG MESTI MELAKSANAKANNYA.

Cabaran buat para DAIE, yang bagi saya mencabar, ialah melaksanakan apa yang dikatakannya. Ya, mencabar. Dan saya tercabar untuk melaksanakannya.

Sama juga sepertimana saya tidak suka orang yang LAMBAT apabila berjanji. Lebih-lebih lagi bila melibatkan masa. Jadi pertama-tamanya, tentu saya yang mesti menjadi ORANG YANG PALING SHARP kat atas dunia ni. Be on time. So semua orang nanti automatik tertarbiyyah dengan kita. Seronok. Dua dalam satu. Dalam masa kita tarbiyyah diri sendiri, kita juga boleh bantu mentarbiyyah orang lain.

Mari sama-sama aplikasi. ^__^

Minggu ni jarang 'tengok' buku. Checklist tu dah 3 hari tanda pangkah. Maksudnya tak spend 30 minit pun untuk belajar. Masya ALLAH, bersalah sungguh. Yang penting, jangan ulang untuk hari yang keempat.

Entah kenapa merasakan selepas mid-term, jadual kelas sudah mula tidak padat, tetapi jadual 'kerja' sudah mula padat. Dan I LIKE IT. ^__^

Doakan saya mampu istiqamah di jalan ini. Ameeeeeen!





beta rindu kat budak ni. Tapi laani dah besaq dah. Waktu beta tidoq rumah dia hari tu, asyik buat beta seronok je dengan keletah dia. Budak ni gagah sungguh. Sebab nama dia ALI. Nenek dia selalu habaq, "gagah Ali.. gagah Ali.." Laani memang gagah. Tak larat nak perang dengan dia. Tengok mata dia, memang ada harapan nak jadi ALI nombor dua ni. =)
budak ni pulak lagi baguih. Umminya tinggai kat Johor 3 hari dah. Ummi kena p kursus. Baba pulak sibuk kerja tengah laut. Laani dia baik-baik ja duk umah Mak Long dia kat JB. Dah ada henfon dah. Bila beta call, dia habaq, "CIkna tayah call Munir, Munir busy. Kenapa semua orang call Munir ni?" Orang call dia sebab risau dia rindu Ummi dia ka. Tapi buleh pulak dia habaq lagu tu. Munir..Munir.. Kalau dengaq dia cakap, memang gaya orang tua dah. Waktu beta habaq, "Mak Uda masuk hospital." Dia pub balas balik, "Apsal Munir tatau. Kenapa Mak Uda masuk hospital? Hospital kat mana nanti Munir pi tengok Mak Uda dengan Aleeya" Comel sungguh. Tahun depan dah sekolah dah. ^___^ Yang ni memang beta sayang. Dia besaq dengan beta. ^___^


p/s: Tiap hari depa kat Johor dok tepon. Suruh p sana. Insya ALLAH, bakal menjejak Johor hujung minggu nanti. Keadaan Kakak Ipar become worst. Keadaan disana pun agak 'huru-hara'. Yelah, si Abang tak mampu nak jaga anaknya tanpa ibunya. Diri sendiri tidak terurus, inikan pula nak menguruskan anak. Maka, tugas saya tentu sekali 'menyelia' keadaan mereka di sana. Ya, sehebat mana pun lelaki, mereka gagal dalam urusan yang mahir bagi kaum wanita. Baru tau macamana susahnya tugas seorang IBU. ^___^

Wallahu a'lam. ^__^
:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Tuesday, November 22, 2011

Air Mata Palestin : Ada aku kisah?

No comments:
Seusai talk Tears of the Palestinian's Night. Alhamdulillah.

First masuk dewan, terkejut. Kenapa? Sebab tengok kerusi brothers kosong. Biasanya pun memang kosong, tapi kali ni memang melampau kosong. (ni bukan kritikan untuk brothers, tapi cabaran. =))

Dr Syed Abdul Khaliq menyampaikan pengalamannya di Gaza sangat menarik.

Kadang-kadang saya terfikir,
dalam masalah Palestin, kita lebih banyak bercakap berbanding bertindak.

Soalan pertama yang nak tanya,
berapa ramai yang setiap kali doa lepas solat, memang WAJIB doakan Palestin?

Jujur, saya sendiri TIDAK.

Itu belum termasuk berapa ramai yang baca Qunut Nazilah.

Ternyata, disitu kita dapat nilai, 'care' atau tidak sebenarnya kita akan Palestin.

Perkara pertama yang saya fikir, bila tengok video yang disediakan,
kalau saya kat sana, sanggup ke saya melahirkan anak, dan anak itu dihantar untuk mati?



Atau saya memilih untuk tidak melahirkan anak. Agar anakanda saya tidak terseksa di bumi Palestin, dengan bom dan peluru di merata tempat.

Tapi saya cukup kagum dengan kecekalan muslimat di sana. Dimana perkahwinan mereka, PASTI bukan kerana NAFSU. Tapi benar-benar kerana MAHU menyambung ZURIAT yang akan MEMPERTAHANKAN serta MEMPERJUANGKAN Diinul HAQ.

Reflek semula pada diri sendiri. Am i that so GOOD and IKHLAS?

Kebanyakan orang bila bicara soal kahwin, PERASAAN akan di dahulukan. Soal dakwah, soal jihad, soal SYAHID, dinombor-duakan. Meskipun ramai yang bercita-cita membina BAITUL MUSLIM. Tapi 'jenama' Baitul Muslim itu dicipta seenak rasa. Bukan tidak meletakkan dakwah padanya, tapi tidak menjadikan 'dakwah' itu yang TERATAS diantaranya.


Sesetengah orang berkata, saya agak memilih soal jodoh. Kerana saya tidak mencari pasangan yang mahu hidup bersama-sama. Tapi mencari pasangan yang mahu mati bersama-sama. Mendalam maksudnya. Kena cerita lain kali. =) Yang pasti kerana kita menuju ke AKHIRAT. Dan KIAMAT itu terlalu DEKAT. Wallahu a'lam. Oh ya, tak bermaksud tak sabar nak kahwin. Itu perancangan SENDIRI. Calon pun tadak lagi. Tinggal lagi menunggu perancangan ALLAH. =)

Yang lagi seronok, bila lihat kanak-kanak yang mungkin belum baligh ditembak oleh senapang-senapang kejam Zionis, wajah mereka SUBHANALLAH sungguh berseri, tak tertanding orang yang pakai SIMPLYCITY. Memang NATURAL NUR... =)

Saya berfikir, agaknya bagaimana BAHAGIAnya seorang IBU menghantar MUJAHID KECILNYA menjadi SYUHADA'.. Menanam cita-cita untuk melahirkan MUJAHID. Insya ALLAH.



Yang paling saya terkesan,
pengajaran buat diri,
mereka disana berjuang dengan senjata dan kesusahan, namun tidak pernah mengeluh apatah lagi putus asa. Kita disini berjuang, penuh kemewahan. Tapi penuh keluh-kesah dan gundah-gulana. Mereka disana, berjuang tanpa mengira penat lelah. Tapi kita disini, mengorbankan waktu tidur pun sudah lebih dari LIAT. Mereka disana, berebut-rebut bergelar SYUHADA', kita disini berebut-rebut nak berada di barisan belakang. Berbezanya MEREKA dengan KITA. Sedangkan Tanah Palestina itu milik kita, ORANG ISLAM.

Alhamdulillah, kutipan yang berjaya dikumpulkan adalah sebanyak lebih tiga ribu. Jumlah yang agak sedikit berbanding populasi UIA yang agak BESAR. Takpe, USAHA LAGI!




Seronoklah CAMPRO! Rasa macam 'terisi'. =)

Orang kata pada saya, "dulu kat PJ, nak p majlis ilmu senang ja. Turun tangga ja semua ada depan mata. Tinggal pilih ja nak yang mana. AMF ka, lecture hall ka, seminar room ka. Semua boleh tanpa sempadan. Tapi bila kat sini, susah nak pi. Kena tunggu bas, kena jalan kaki... Hemmmmmmmm"

Jawapannya mudah walau bunyinya sangat 'biasa',
"Takpe, lagi susah nak pi, lagi dapat banyak pahala jihad. Setiap langkah menuju majlis ilmu itukan sedeqah."

JOM JOM. CAMPRO masih sedang AKTIF berlangsung. Jangan pulak kita terperuk kat BILIK.

Tak guna jadi MAHASISWA 4K. (Katil Kelas Komputer Kafe + lagi satulah KOREA).

Semua orang sedar dunia ini sedikit masa lagi bakal berakhir. Semua orang berkejar-kejar mencari akhirat yang hakiki. Tapi kalau kita masih ASYIK dengan DUNIA SENDIRI, ternyata kita memang tidak punya 'hati'.

moga kita berjaya GRADE dari DUNIA dengan KEJAAN yang totally CEMERLANG. Insya ALLAH.

p/s: Tahniah Malaysia atas KEMENANGAN bola SEPAK menentang INDONESIA. ^___^

: Bola oh Bola ::

Team kita ada Khairul Fahmi Che Mat yang CERMAT tangkap bola,
Baddrol Bahtiar yang sentaias BERIKHTIAR jaringkan GOL,
Asra yang sentiasa MARA ke hadapan,
Gurusamy yang menjadi GURU kepada pasukan kita,
Fakri yang memang NGERI,
paling penting ada ONG KIM SWEE yang mmg ada ONG la..!!

p/s : Kemenangan Negara... Kegembiraan Kita... Moga ada manfaat buat Agama...

#Zikir Didahulukan... kemenangan Diraikan... ^_^"

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Sunday, November 20, 2011

11th : Kuantan membuat saya menjadi dewasa.

No comments:
Dikelilingi golongan profesional yang hebat, membuatkan diri semakin berfikir menjadi hebat.

Betul kata orang-orang, siapa kita banyak dicorakkan oleh dengan siapa disisi kita. Kalau disisi kita penjahat, kita cenderung menjadi penjahat, dan vice versa. Maka sebab tu kita kena berhati-hati memilih kawan.

Zaman sekarang, susah nak cari sahabat yang tulus ikhlas. Tambah-tambah kat Kuantan. Hidup makin mencabar, semua orang start fikir diri sendiri. Memang.

Kat Kuantan, kena banyaaaak berdikari. Kena pandai urus diri sendiri. Kemudian saya semakin tahu, itulah agaknya budak UIA shuke kawen cepat. Memang keadaan disini sangat menggalakkan perkahwinan. Alhamdulillah. Itulah kelebihan universiti yang ku chenta ini. =)

Mid-term paper berakhir pada Khamis yang lalu. Beban terasa diangkat. Tapi sebenarnya, berehat dua tiga hari sebelum prepare untuk final exam. Takmau dah prepare last minute. Serik dengan pengalaman lalu. Alhamdulillah Allah dah 'ajar' awal-awal. Awal lagi tak tahu erti GAGAL, dan ia sungguh PAHIT.
Sekarang mahu mengulang KEGEMILANGAN yang pernah dicipta DULU. Waktu pakai kain warna biru dan berbaju kurung putih. =)

Bersyukur dikurniakan keluarga yang memahami. Ibu Ayah yang tidak pernah berat menyediakan kemudahan untuk meneruskan jihad ilmu. Syukur. Walaupun saya tidak berasal dari keluarga yang kaya raya, berada sakan, tapi Ibu Ayah benar-benar 'kaya jiwa'.

Baru-baru ini TAD saya (bukan milik saya) rosak. Almaklumlah, tinggal dah 2minggu tak layan TAD tu. Tuannya happy sangat gembira balik kampung. Lepas exam, nak start, dah merajuk. Terpaksalah m'repair'. Takpe, awal-awal Allah bagi tarbiyyah. Waktu rosak tu, Ibu kata, "Mintak tolonglah dengan kawan-kawan kakak yang lelaki tu. Takkan Ibu nak suruh Abang turun dari Johor, jauh tu." Memang waktu kereta rosak, saya terfikir nak minta Abang dari Johor saja yang turun. Sebab memang taktau nak buat apa. Kalau rosak kat Kelantan, tahu juga mana nak hentam. Ini kat bumi Kuantan, yang baru 2 bulan bermastautin. Kuantan ini dirasakan terlalu 'baru' lagi bagi saya. Kemudian terfikir, "aku ni ada ke kawan lelaki yang boleh minta tolong?" harap maklum, ini bukan statement 'saya budak baik takde kawan lelaki', tapi statement ini bermaksud, 'saya kurang pandai bina network'.

Baru dapat rasa, ada juga rupanya perkara yang memang kita (wanita), tak dapat selesaikan sendiri. Patutlah Allah bagi lelaki pelengkapnya. Maha Agung sungguh aturan Allah.

Walaupun dah belajar banyak kali nak 'jumping' bateri kereta, tapi tetap tidak ada 'KONFIDEN' nak melakukannya sendiri. Waktu ni memang dalam hati menangis panggil ABANG sajalah. =)

Mencabar. Sejak ada kereta, macam-macam kena fikir. Tak masuk lagi maintenance kereta. Minyak tu toksah cerita. Patutlah awal-awal lagi dipesan segala bagai, "kena jimat-cermat, kita bukan JUTAWAN HARTA, kita cuma ALLAH beri sedikit NIKMAT untuk DISYUKURI. Kita tak KAYA, Kakak."
Inspiring ME. =)

Minggu yang ke 11 ini, memang asyik demam dan kurang sihat. Nak kata penangan rindu pada kampung, macam teruk sangat. Mencari masa sesuai nak menjejak Doktor di klinik UIA. Tapi sayang sungguh, setiap kali pergi, KLINIK tu mesti tutup, kadang-kadang takde DOKTOR. Kadang-kadang dah tak ambil registration baru. Seminggu tunggu.  Akhirnya atas desakan Ibu, terpaksa ke klinik luar. Susah juga nak cari klinik kat area Kuantan. Maka, saya sendiri, explore Kuantan. Dan dijodohkan bertemu sebuah klinik. Alhamdulillah. Tapi masalah kalau ke klinik, BAYARAN yang AGAK &*^%#$. Redha sajalah. Nasib baik saya tidak ke KMC (Kuantan Medical Centre), entah-entah bayarannya berlipat kali ganda. Begitulah negara ini yang terchenta, hanya ORANG KAYA saja yang mampu menikmati KEMUDAHAN yang TERBAIK. Kalau kita yang duit tak berapa nak BANYAK, boleh dapat yang 'biasa-biasa' je. Aduh, Malaysia Terchenta... =)

Balik dari klinik, singgah solat Asar di Masjid Afzan. Dek kerana lapar, singgah makan di kedai berdekatan, seorang diri. Bernasib baik, ada orang tolong bayarkan makanan. Agak serba salah, tapi semangat sangat orangnya. Den pun cuak sebab den sorang-sorang. Cepat-cepat 'cabut'.

Abang dari Johor pula menelefon. Memaklumkan kakak Ipar di wad. Dalam proses nak melahirkan anakanda kedua. Katanya, banyak komplikasi, mungkin tak dapat bersalin normal. Dah induce dah, tapi still ada problem. Sebak semacam je suara Abang. Saya pula yang 'banjir' disini bila dengar suaranya.
Perbualan agak pendek dan tidak seperti biasa. Yang saya pasti, Abang bertanya, "Tak nak datang sini ke?"
Ajakan itu jelas membuktikan, saya diperlukan disana. (Perasan sikit. ^__^)
Saya kata, saya cuba berada disana. Sebaik mungkin saya cuba. Saya tahu dia perlukan orang disisi. Setiap kali saya ada masalah, dia tak pernah tak ada disisi saya. ^___^
Akhirnya panggilan dimatikan. Ya, saya tahu ia sengaja. Kerana suaranya makin lama makin berubah.

Abang, doa yang mampu adinda utus, moga dipermudahkan segala urusan kakanda dan keluarga disana. ^__^

p/s: Teringat waktu menghabiskan cuti di JB, Abang sangat suka saya buatkan sarapan untuknya. Kadang-kadang dia mengada-ngada taknak makan luar, nak suruh kami (saya dan kakak) masak. Apapun, dia seorang abang yang sungguh BAIK. =)

Hidup ini diciptakan sungguh warna-warni.

Kadang-kadang Allah beri kita ujian, supaya kita MATANG. Bila MATANG, segala kesusahan kita rasa SENANG.

Hebat sungguh Allah. =)

Catatan minggu kesebelas yang agak 'melalut', sama seperti keadaan penulisnya yang kalut.

Doakan yang paliiiiing baik untuk saya dan keluarga. =)

Semoga DOA kalian, menjadi hadiah terbaik buat saya. =)

Wallahu A'lam.
:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Thursday, November 17, 2011

'Saya DAIE, saya OK!'

No comments:
"Tahu tak result exam Development Pshycology dah keluar. Kat board depan common room." kata seorang sahabat.

Dalam perjalanan melihat keputusan, selawat banyak-banyak. Mohon Allah tenangkan hati, redhakan jiwa atas apa saja natijahnya.

Tiba di tempat yang dituju, list di'scan' satu persatu mencari nombor matrik diri sendiri.
Ahh, akhirnya jumpa juga nombor matrik yang cumel tu. Kemudian.............................. Mark : **.*

Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Tiba-tiba,
"Eh tau tak highest mark 97!" tersentak.

"Alhamdulillah aku dapat 90!"

Dan kemudian, dalam hati mula terdetik,
"Lah, mereka dapat lagi banyak.."

Disitulah kerja SYAITAN bermula. Perasaan dengki, cemburu, hasad, mula timbul. Dan yang lagi menakutkan, perasaan TIDAK PUAS HATI DENGAN TUHAN.

"Aku rasa aku usaha banyak dah. Tapi awat tak dapat 90 lagi.."

"Laa. Tingginya markah dia.."

Tiba-tiba, UCAPAN SYUKUR yang pada awal tadi diungkapkan hilang nilainya.

Kalau tak SYUKUR, bimbang nanti KUFUR jadinya.

Beristighfarlah. Memohon ampunan pada ALLAH.


Benar susah menjadi manusia yang MAMPU BERSYUKUR senantiasa, walau musibah yang melanda. Tapi itulah MUJAHADAH yang paling manis natijahnya. Insya ALLAH.

Pernah juga saya mengeluh pada Abang. Tentang akademik saya. Ya, saya bukan budak genius yang mampu skor 4.00 atau dean list setiap semester.

Katanya, kurangkan bersaing dengan orang lain, banyakkan bersaing dengan diri sendiri. Sentiasa mencabar diri untuk lakukan yang terbaek dari yang sebelumnya. Kalau kita selalu melihat pada orang lain, kita akan selalu rasa diri kita tak cukup. Sedangkan ALLAH beri pada setiap seseorang berbeza 'habuan'nya.

Ya, sentap. Saya mula terfikir, setiap kali saya melihat orang lain, saya akan selalu rasa saya KURANG dan dia LEBIH. Dan saya mula rasa kenapa ALLAH buat saya KURANG dan dia selaluuuuu LEBIH?

Sejak itu, saya kembali positif. Walaupun tak dapat 90 marks, takpe. Next time cuba lagi yang lebih baek. Mesti sentiasa ada peningkatan. Bersaing dengan diri sendiri.



Kalau kita bersaing dengan orang, kita akan improve diri sampai kita berada di paaaaaaaaaling atas. Tapi kalau kita bersaing dengan diri sendiri, achievement kita takkan ada PENAMATnya. INFINITY tuuuuu!

Teringat kata sahabat di FB, Ustaz Jamnul Azhar Mulkan, ada lebih dari satu Ph.D. But still beliau tak pernah berhenti menuntut ilmu. Masih menuntut ilmu. KAGUM! Sangat kagum. Ya, beliau tidak bersaing dengan orang lain. Kalau beliau bersaing dengan orang lain, tentu beliau SUDAH RASA CUKUP. Tapi kerana beliau faham, tuntutan menuntut ilmu itu adalah FARDHU bagi ummat ISLAM, maka beliau move move move ke stage yang seterusnya, tanpa rasa BOSAN, dan tanpa rasa BANGGA DIRI.

terutamanya diri saya sendiri. tak kata kat orang lain..


Masya ALLAH. Saya begitu kagum dengan beliau. Saya pun mahu mencontohi beliau. POSITIF dan sentiasa berusaha untuk menjadi yang terbaek, bukan kerana mahu mendapat PUJIAN manusia, bukan kerana nak berada TERATAS dalam kalangan sahabat satu batch, tapi kerana FAHAM bahawa MENUNTUT ILMU itu FARDHU. Dan melaksanakannya dengan cara yang betul, adalah IBADAH.

Insya ALLAH. Lepas ni saya kena mulakan langkah lebih giat.

Erk, ada orang kata, saya 'gila study'. Post saya sangat 'akademik'. Yelah, post orang lain semua tsiqah-tsiqah. Segan den. =)

Takpe, saya takkesah. Saya dalam proses 'project' diri sendiri. Pengalaman di PJ banyak memberi INSPIRASI untuk saya TIDAK MENGULANG SEJARAH yang sama. Pengalaman di PJ banyak memberi saya PENGAJARAN. Saya mesti menyediakan PELURU yang MANTAP, sebelum saya TERJUN SEDALAM MUNGKIN ke lautan yang saya YAKIN, perlu pada JUTAAN pengorbanan. Tapi tak bererti sekarang tak 'terjun'. Tapi masih perlahan. Ya, saya perlu siapkan satu LESEN BESAR untuk saya 'bergerak' tanpa 'SEKATAN'. Insya ALLAH. Doakan deh~

Saya mencabar diri sendiri, kerana saya mahu mengelakkan masalah hati. Kerana saya yakin, perasaan cemburu pada sahabat, hanya membuahkan rasa benci, dan tidak puas hati, hanya mengundang murka Allah pada kita, hanya menggelapkan hati kita dengan dosa, ya, perasaan dengki itu sangat KOTOR dan ia MENGOTORKAN. Mohon dijauhkan daripadanya.


Gembira atas KEJAYAAN orang lain. Senang atas KESENANGAN orang lain. Tapi jangan DIAM DIRI dalam usaha MENCIPTA KEJAYAAN SENDIRI.

Tak guna bertepuk tangan untuk orang lain, tapi diri sendiri jatuh seperti nangka busuk. Tepuk tangan untuk orang lain, dalam masa yang sama, diri sendiri MENCIPTA SEJARAH yang TERSENDIRI.




Kita semua ada KELEBIHAN masing-masing. Bagaimana kita APLIKASI kelebihan itu, terserah. Tapi INGAT, ALLAH adalah RAJA pada segala NIKMAT. Jagalah DIA, agar DIA menjaga KITA. Tunaikanlah HAKNYA, agar termakbul DOA dan berbaloi segala USAHA kita. Insya ALLAH.

Wah, panjang pulak update blog bila dah habis exam ni.
Alhamdulillah hari ini Allah beri banyak nikmat. Alfu Syukr. =)

Pssss. CAMPRO 2011 akan membuka tirainya. JOM JOIN, jangan lepaskan PELUANG KEEMASAN ini!


Rebut AKHIRAT, nescaya DUNIA ikut di BELAKANG.


Oh ye, dan lagi satu, bila tengok tajuk tu, rasa dah terlupa dari niat asal nak tulis pasal apa. Takpelah, share sikit. Dalam CAMPRO nanti, ada TALK bertajuk 'I'm ROCK, I'm OK!' oleh Sham Kamikaze.



Kemudian, saya mula mencipta angan-angan, nanti saya nak buat talk tajuknya, 'Saya DAIE, Saya OK!' Jadi 'OK'  kat sini, PERLU BANYAK ASPEK yang menjadi PROJECTION. Mujahadah. Mujahadah.
Jom. Kita buat tagline pulak, "SAYA DAIE, SAYA OK!" =)


Gua ikut enta~

Wallahu a'lam.


:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Monday, November 14, 2011

Daerah PERJUANGAN

No comments:
Bayu pagi Tabari menyambut kepulangan dengan kesejukan hingga ke tulang belulang.

Akhirnya, menjejak kembali daerah perjuangan.

Separuh masa pertama telah berlalu. Tinggal lagi separuh masa kedua, sebelum larian semester pertama, tahun pertama di tamatkan.



Tahniah buat diri sendiri kerana menamatkan separuh masa pertama. *___*


Muhasabah kembali bagaimana kita melaluinya. Dengan IMAN atau NAFSU. Dengan JUANG atau REHAT. Bagaimana kita mengisi MASA yang tentunya padat dengan jadual akademik untuk ISLAM?

Anda semua pasti ada jawapannya.

Perbetulkan NIAT. Perbaharui NIAT.

is project myself toward excellence!


Saya disini bukan untuk kepentingan diri sendiri. Saya disini kerana UMMAT. Saya disini sedang mengasah diri menjadi KHALIFAH. Yang bakal mentadbir dunia dengan penuh IZZAH. Ya, kita disini bukan saja-saja. =)

*This person is in process to project herself to become a SUPERPOWER Khalifatullah,SUPERPOWER Daughter, SUPERPOWER Wife, SUPERPOWER Mum. Mohon doaNYA. Ameeeeen!

Matlamatnya satu, CINTA ALLAH yang SATU. ^___^

Cuti seminggu berakhir. Dua PAPER masih menunggu.
Aku, penuh CITA dan CINTA kembali menapak ke DAERAH PERJUANGAN ini.
Pagar Tabari menyambut kepulanganku dengan JUTAAN CABARAN.
Cabaran agar menamatkan SEMESTER PERTAMA dengan CEMERLANG dan tak lupa, KEJAYAAN untuk 'project' diri sendiri dengan GEMILANG.

Kerana aku mahu menjadi PANAH ISLAM. Dimana saja aku DIHANTAR, aku mampu PERFORM WELL. Kerana, HIDUPKU MULIA dengan ISLAM. Dan aku mahu SYAHID di DAERAH PINJAMAN.

Selamat meneruskan PERJUANGAN buat SEMUA.
DOAkan KAMI tenang dalam IMAN. =)

p/s: Erk, broadband tertinggal kat kampung. Aduh.
 
Oh, jangan hancurkan harapan saya. Bantulah saya. Jangan biar saya buntu. 



 
 Berbekalkan harapan Ibu Ayah, berbekalkan sokongan adik beradik, saya mahu menjadi yang terbaik. Dan saya yakin, impian yang cantik tidak akan terlaksana melainkan dengan usaha yang berganda-ganda. Bantulah saya, agar saya tidak buntu. 
Sehingga bertemu kembali. May Allah BLESS. =)
p/s: lama tak cakap ayat ni, "pegang erat tanganku, bawaku terbang ke daerah perjuangan." ^____^
Ku kembali ke daerah perjuangan, dengan penuh harapan.

p/s: bila baca post INI rasa sebak pula. Perasaan yang sama, pernah dirasai sewaku di PJ. =)

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Monday, November 07, 2011

Sekitar Aidil Adha 2011 *___*

6 comments:
Munir dan family potrait. Sayang Munir!

Pengantin Tak Berapa Nak Baru : Kakak dan Abang Ayub.

Wah, nostalgik!
My mummy and my sister. *___*
Semua orang kata mereka sama. =)
Munir with Grannie. =)
Cucu sulung yang disayangi~
Waaa. Kek FRESH CREAM ni sungguh sedap tak tipu sangat beshhhh...

p/s: Abang terchenta yang dua orang kat JB tu tak balik. Anak sedara pun ada sorang tu sajalah. Sunyi pulak rumah ni rasa. Alhamdulillah, aidil adha seronok. Sebab cuti. Lama kot tak balik kampung. Semua orang tanya,
"Dah tahun berapa belajar? Tahun 3 ke tahun 4?"
Eh Eh, malu nak jawab, "Tahun satu..."
Lagi seronok bila ada yang tanya pada Ibu,
"Bila nak dapat menantu lagi?"
Eh Eh, gembira je saya nak jawab, tapi Ibu jawab,
"Budak ni selalu sakit, sape nak amek lah..."
Sedih kan? Tapi saya tergelak sajalah. =)




p/s to abang-abang yang tak balik, next time jangan la tak balik. Tak besh la semua takde. Sunyiiiii je. Kalo pergi rumah orang dah tak konvoi tiga kereta. Tak besh.

p/s buat kakak ipar, selamat menunggu kedatangan baby girl baru~
:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Friday, November 04, 2011

Cakap soal akhirat, aku jadi sebak..

7 comments:
Khamis. Kalau di PJ, hari Khamis paling ditunggu-tunggu. Sebab hari Khamis ada talaqi. Lagipun, kalau hari ni hari Khamis, esok tak ada kelas di PJ. Seronok. Kalau bab cuti memang kita seronok.

Petang tadi, last paper untuk mid-term sebelum cuti. Lepas cuti, ada 2 killer-paper. =)

Kemudian diteruskan dengan kelas UNGS. Seronok kelas UNGS, walaupun waktunya kurang menyenangkan, 5.30 petang hingga 7 malam. Terasa macam kena bagi tazkirah. Ustaz a.k.a Doktor Ibrahim, selaaaaaalu buat saya sebak. Banyak peringatannya tentang akhirat. Belajar dengannya, akhirat itu terasa dekat. Alhamdulillah. Saya kagum dengan Dr. Ibrahim. Al-Quran terlalu 'cair' di bibirnya. Bukan itu saja, beliau juga sangat-sangat menjaga masa. (Yang ni paling respek sebab susah nak cari MUSLIM yang RETI MENGHARGAI MASA!).

Sewaktu kelas tadi, Dr. Ibrahim berkata setelah ditranslate kepada bahasa Melayu,

"Di akhirat kelak ada orang yang wajahnya gelap dan hitam, dan ada orang yang wajahnya putih dan tenang. Pada waktu itu tidak ada guna sebarang taubat atau penyesalan. Yang tinggal hanya pembalasan. If you want to be one of the orang yang berwajah putih dan tenang, hari ini adalah permulaannya. Pahala itulah cahaya. Amalan itulah cahaya. Dosa itulah yang hitam dan gelap."

Tak tahu kenapa kata-kata ini sungguh menikam jantung hati. Terasa seperti terlampau banyak dosa dan maksiat yang dilakukan diri ini. Masya ALLAH.

Bagaimanakah wajahku kelak di sana?

Adakah hitam dan kelam? Atau putih dan tenang?

Bukan itu yang perlu aku persoalkan. Sekarang, aku perlu tingkatkan AMALAN.






p/s: Lepas kelas UNGS, seorang classmate bertanya pada saya,

"Kak Husna, macamana you punya general knowledge sangat bagus. Mesti akak banyak  membaca!"

Jawapan saya,
"Membaca tu satu.. Lagi satu, USRAH!"

Mereka tergamam dan diam. Akhirnya perbualan itu tamat tanpa apa-apa respon dari mereka.

Erk, jawapan itu terlalu menakutkan ke?

Wallahu a'lam!
:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.