♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Thursday, March 31, 2011

Tahajud bukan mudah, perlu mujahadah.

6 comments:

"Malam itu gelap gelita tetapi ia amat indah. Di muka langit bertaburan bintang-bintang yang berkelipan, disisi bulan yang terang benderang. Untuk apakah Allah s.w.t jadikan malam? Ada waktu malam yang dihiasi dengan munajat kepada Allah s.w.t dan ada malam yang dihiasi dengan derhaka kepada Allah s.w.t. Jadi malam itu tidak sentiasa indah dan permai kerana ia bergantung kepada penghuni-penghuninya. Subhanallah, ampunkan daku, sepanjang perjalanan daku mencari cintaMu, kadang-kadang tersasar di siang hari, kembali kepadaMu dimalam hari. Esoknya tersasar lagi. Malamnya kembali lagi. Ampunkan aku atas dosa dan kelalaianku sendiri.

Bagi orang-orang yang soleh merindui malam ibarat pengantin menanti malam pertama. Kerana pada waktu malam untuk mereka bermesra-mesra dengan Tuhannya. Pada waktu malam tiada kebisingan kecuali mereka mengadu dan bermunajat kepada Tuhannya.

Malam bukan untuk menonton movie hingga lewat malam sehingga Subuh esoknya menjadi Subuh gajah atau Subuh dinasour. Malam bukan untuk bergelak ketawa sehingga terlupa taubat dan witir sebelum memejamkan mata.

Kalau sepasang kekasih mencari waktu malam untuk memadu kasih, maka tidak hairan kalau orang-orang yang soleh juga menggunakan waktu malam untuk memadu cinta sejati dengan Allah s.w.t. Berkata Al Fudhail bin Iyadh, "Apabila terbenam matahari maka saya gembira dengan gelap. Dan apabila terbitnya matahari maka saya berdukacita kerana datangnya manusia kepadaku!" Abu Sulaiman pula berkata, "Jikalau tidaklah kerana malam nescaya saya tidaklah menyukai tinggal di dunia ini."
   
Selain dari keheningan malam yang ada pada waktu malam, Allah juga menurunkan malaikat-malaikat pada malam hari untuk memberi rahmat kepda hamba-hambaNya yang sedang beribadah. Malaikat akan turun ke bumi mencari manusia-manusia yang menghidupkan malam dengan ibadah untuk diberi rahmat dan diaminkan doanya.
Malaikat mencari hamba yang beribadah di malam hari, malunya seandainya malaikat melihat kita sedang bergelumang dengan maksiat di malam hari. Ampunkan hamba ya Rabbil Izzati.
J



Pada waktu malam juga akan ada satu detik di mana barangsiapa yang berdoa ketika itu akan dikabulkan segala hajatnya. Solat yang didirikan pada waktu malam juga lebih banyak manfaat dan lebih pahalanya. Sabda Rasulullah bermaksud: "Dua rakaat yang dikerjakan oleh hamba pada waktu tengah malam adalah lebih baik baginya dari dunia dan isinya. Dan kalaulah tidak memberi kesukaran kepada umatku, nescaya saya wajibkan kedua rakaat itu atas mereka."


Sabda Rasulullah lagi yang bermaksud: "Kerjakan solat dua rakaat dalam kegelapan malam untuk kesuraman kubur."


Maka sebaik-baik pengisian waktu malam ialah dengan mendirikan ibadah solat. Allah memberi pandangan kepada golongan ini kerana mereka telah sanggup meninggal keenakan dan keselesaan beristirehat untuk bangun mengabdikan diri sebagai seorang hamba. Di tengah-tengah kesejukan dan kedinginan malam, maka golongan ini telah membasuh diri dengan wudhuk dan berdiri serta sujud kepada Allah s.w.t. Untuk melakukan pekerjaan ini bukannya mudah. Ia memerlukan kegigihan pada hati serta hidup cintanya dengan Tuhan. Sebab itu Allah menyediakan sebuah syurga bagi hamba-hambaNya yang menghidupkan malam.
tapi kita.. bila diuji, bila datang dugaan, bila sedang memohon sesuatu, kita sanggup bangun malam.. jika tidak.... katil lebih jauh menjadi pilihan..
J



Meskipun itu adalah janji dari Allah s.w.t. kepada kita namun kepayahan untuk menghidupkan malam lebih ketara lagi kerana syaitan turut memainkan peranan dengan bersungguh-sungguh menghalang manusia melakukannya.
    
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Diikat oleh syaitan di atas seseorang kamu dengan tiga ikatan apabila ia sedang tidur. Maka syaitan memukul tiap-tiap tempat ikatan tersebut sepanjang malam sehingga tertidurlah kamu. Kalau kamu terbangun dan berzikir kepada Allah s.w.t nescaya terbukalah satu ikatan. Kalau berwuduk nescaya terbukalah satu ikatan lagi dan kalau bersolat nescaya terbukalah semuanya. Sehingga kamu menjadi rajin dan baik jiwanya. Kalau tidak yang demikian nescaya menjadi keji jiwa dan malas."

Bila dilihat dari segi halangan-halangan yang terpaksa ditempuhi oleh seseorang yang mahu menghidupkan malam dengan ibadah, maka tidak salah kalau diletakkan mereka dealam golongan mnusia yang berjiwa gigih dan hidup cintanya dengan Allah s.w.t. Golongan ini juga telah mewarisi pekerjaan orang-orang soleh.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Haruslah kamu bangun malam kerana itu adalah kebiasaan orang-orang soleh sebelum kamu. Sesungguhnya bangun malam adalah mendekatkan diri kepada Allah Azzawajalla, menutup segala dosa, menghilangkan segala penyakit pada tubuh dan mencegah daripada dosa."

Dipetik dari Panduan Solat Tahajjud, oleh Muhammad Uzair Al Aziz.


manisnya tahajjud apabila dikerjakan dengan hati yang ikhlas...
manisnya tahajjud apabila kita dapat bersendirian dengan Allah...
manisnya tahajjud apabila kita dapat menangis kerana Allah..
manisnya tahajjud apabila kita dapat melembutkan jiwa dengan zikrullah...
manisnya tahajjud di saat sujud memohon keampunan...
manisnya tahajjud apabila ditemani malam yang dingin...
manisnya tahajjud apabila disulami dengan perasaan kerdil...
manisnya tahajjud apabila diiringi dengan hati yang sarat dengan rindu...
manisnya tahajjud apabila mengadu kepada Allah...
manisnya tahajjud apabila ia jauh dr perasaan riak...
manisnya tahajjud apabila kita istiqamah....

Tahajud bukan mudah, perlu pada mujahadah. tinggal lagi usaha kita mengawal nafsu malas. Witir jangan dilupakan pula. Hari-hari yang dilalui lebih bermakna dan penuh bersedia andai dimulakan dengan tahajud dan taubat.
tinta anak muda:
Cik Husna 

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Wednesday, March 30, 2011

Tinggal lagi tawakkal.

5 comments:

Setelah hamper seminggu berusaha untuk membuat yang terbaek, kini tinggal lagi tawakkal dan usaha.doa. Meletakkan setinggi-tinggi tawakkal kepada Allah.

Tidak mengaku bahawa hamba telah banyak berusaha. Tidak sama sekali. Jika hendak dibandingkan usaha hamba dengan kejayaan yang hamba pinta, mungkin tidak setimpal. Belum dikira dosa-dosa yang terpalit pada diri. Tidak layak hamba memohon dari Ilahi. Tapi lumrah seorang hamba, tetap memohon kerana mengetahui bahawa Pencipta Agung itu terlalu luas pengampunanNya pada hambaNya. Moga-moga hamba tergolong dalam golongan yang terampun dosa-dosa yang sebanyak buih di lautan itu.

Nak kata tido tak lena, aish, lena je. Malah terlena-lena pulak tu. Nak kata makan tak lalu, tak jugak, nasi goring kat Café A tu habes sepinggan dihentam begitu saja. Nak kata tak basah mandi, lagi la salah, berkali-kali mandi. Tapi usaha beta hanyalah usaha manusia biasa yang tak lari dari fitrah manusia biasa. Ehhee.

Cuma, pinta hamba, ada rahmatNya buat hamba. Moga-moga mendapat yang terbaek.


Jika kegagalan itu baek untuk hamba untuk lebih dekat dengan pencipta ujian buat hamba, maka, kuatkanlah hati hamba menempuhnya. Biarlah senyuman dibibir, bukan tangisan di tubir. Jika kejayaan mampu menarik hamba dekat denganNya, janganlah jadikan hamba riya' dan bangga dengan sedikit nikmat itu. Jadikankan hati hamba sentiasa bersyukur, baek atau buruk. Jangan jadikan hamba manusia yang lupa untuk beriman pada Qada' dan Qadar Allahu Taala. 
Moga-moga Allah mudahkan semua urusan saya dan kawan-kawan seangkatan. Di kacamata saya, ujian ini ujian peningkatan iman. Menguji samada kita lebih jauh atau lebih dekat dengan Tuhan. Tinggal lagi kita memilih, redha atau terpaksa. Tinggal lagi kita memilih, syukur atau kufur. Tinggal lagi kita menentukan, usaha atau sebaleknya. Dan selebihnya, kuasa DIA, lulus atau gagal bukan ditangan kita, bukan di tangan sesiapa. Tapi di tentukan Qada' QadarNya melalui mediumnya yang pelbagai. Tinggal lagi jiwa ini redha dan syukur padaNya. Jika diberi pilihan pilihlah jalan yang terbaek untuk mendekatiNya, jangan sesekali melangkah untuk menjauhiNya.






entum memang sentiasa bermakna dalam ingatan. Insya allah.


Alhamdulillah, selesai saja 'ujian peningkatan iman', patik berkejar-kejar ke Stesen Putra PWTC untuk naek bas ke Kelantan. Waktu tengah qailulah, terdengar mereka mengeluh kerana patik pulang terlalu awal. Maafkan patik. Terlepas jamuan sate dan kek coklat. Rugi. Bukan rugi sebab tak dapat makan, tapi rugi sebab tak dapat jumpa mereka semua. Maafkan patik sebab menghilang macam tu je. Bukan patik sengaja cabut tanpa berita. Tapi jam tangan menunjukkan waktu terpaksa patik berkejar-kejar. Patik tahu patik mengecewakan mereka, tapi tiada ungkap paling baek untuk patik ungkapkan melainkan, "kita jumpa lain kali dengan izinNya." Insya Allah. Patik pasti mencari kalian, terutamanya yang nak ke Gombak dan yang nak keluar UIA. J Patik terlepas makan sate tak pe, yang penting, patik tak mahu terkecuali dari orang yang ada dalam ingatan entum J



Tribute untuk jiran tetangga : Illeya Ibrahim. Noor Atiqah Razak. Musfirah. Syarah Munirah. Afiqah Zulkifli. Muna 'Adila. Shaahida Zainal. Hannani Puad. Nabilah Othman. Farah Adlina. Wirdah Mohd Zain. Khadijah Abas. Hajariah Manan. Asyitah. Athiah.

Berukhuwwah hingga ke SYURGA. J

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Terima Kasih Ujian!

13 comments:

Study Room, 9 Malam.

"Allahummaj'alni nuura, wa fi qalbi, nuura. Wa fi sam'ii nuura….."

"Bismillah…"

Nota dibuka.

Tiba-tiba gegaran lagu Insya Allah dari Nokia berbunyi nyaring. Pada awalnya tidak diendahkan. Menjenguk panggilan dari siapa, Illeya Ibrahim. Panggilan dijawab.

"Kak Husna, ground floor sekarang!"

Terpinga-pinga. Lama dah tak buat kerja macam ni. Buku dipandang, berat. Hati diikhlaskan niat. Pheww. Sedang berperang dengan perasaan, lagu Insya Allah berbunyi lagi. Aduh, Madam Saayah pulak.

"Ok madam. Sekejap lagi saya turun.."

Buku ditutup kembali. Tersenyum pada diri sendiri di cermin telefon bimbit. Akhirnya kaki diangkat menuju ke bilik.

Setelah 'bertukar', turun ke groundfloor. Pandangan mereka hiba. Ahha. Takpe. Saya OK saja. Lebih baik ikhlas, dapat pahala. Kalau tak ikhlas, buat saja-saja, tak dapat apa-apa.

"Kak Husna, pergi naik study." Tegur Illeya. Hek eleh, padahal dia yang call akak tadi. Ahha.


***

Tak mengapa. Tak perlu risau dengan ujian. Allah maha mengetahui. Mana mungkin diturunkan ujian sengaja-ngaja. Tanpa Dia mahu kita belajar sesuatu. 
Allah mahu saya kuat, dia kuat, dan mereka pun kuat. Walaupun, tak sesiapa pun yang inginkannya, tapi Allah tetap beri. Kadang-kadang terasa berat, tapi kadang-kadang seronok pun ada jugak. 
Kenapa seronok? Mana tidaknya, banyak benda baru boleh belajar. Peng'asah' otak yang baek. Buatkan otak menjadi [geliga].

Ya, terima kasih UJIAN. Kerana adanya ujian, saya belajar banyak benda baru. Saya hadapi banyak benda baru. Saya mengalami banyak benda baru. Saya mengenali ramai orang baru. Semuanya kerana adanya ujian.

Terima kasih UJIAN. Kerana dengan adanya ujian, kami menjadi semakin rapat. Ukhuwwah kami dunia akhirat. Kerjasama kami semakin mantap. Perancangan kami semakin menggila tapi tetap hebat. J

Terima kasih UJIAN. Membuat kami menghargai masa. Membuat kami menjaga ibadah. Membuat kami tak mudah leka. Membuat kami peka. Membuat kami rasa bertanggungjawab. Menyedarkan kami tentang kiamat. J

Terima kasih UJIAN. Menemukan kami seperti keluarga. Menjadikan kami berjanji untuk ke syurga. Syurga dituju bersama-sama. Indahnya ujian. J
Tanpa ujian, mungkin kami susah nak berhimpun bersama-sama. Mana nak ada peluang duduk berbumbungkan langit sampai pukul dua pagi. Mana nak ada peluang lepak baca manzil sama-sama. Susah nak ada peluang baca Yassin ramai-ramai. J Semuanya kerana UJIAN. Bila lagi nak habes kredit macam air yang mengalir. J
Terima Kasih UJIAN.

Tribute to : Siti Khadijah Abas, Illeya Ibrahim, Hannani Puad, Farah Adlina, Wirdah Mohd Zain, Hazirah Taharin, Noor Atiqah Abdul Razak, Afiqah Zulkifli, Asyitah Idris, dan Athiah. J
Entum memang best lah. J

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Monday, March 28, 2011

Habibuna Munzir Fuad Al-Musawwa.

1 comment:

J

Alhamdulillah. Buat kesekian kalinya diberi peluang menghadiri tausiyah dan pengajian di Madras An-Nur.

Jujurnya, ini kali pertama saya mampu menyertai rombongan ke majlis sebegini. Biasanya, bila ada majlis dengan Habib, saya tak dapat peluang menyertai, kekangan kerja dan meeting yang selalu berkebetulan dengan majlis sebegini.

Sekarang, bebas dari sebarang taklifat yang mengikat. Alhamdulillah. Berpeluang menyertai. Syukur tidak terhingga.

Pertama, terima kasih buat mereka yang memahami dan memberi kerjasama. Walaupun saya Nampak blurr, mereka totap senyum, seolah-olah memberi semangat, "Kak Husna boleh buat punye!!"

Kedua, maaf bagi sesiapa yang tersesat. Sebenaqnya itu juga kali pertama saya menjejakkan kaki ke Madras Annur. Tapi bila depa tanya, kat mana tempat tu? Muka confident habes. Macam dah berkali-kali pergi. J Nasib baik ada guide leader. Hah, biar depa kat depan, saya menurut saja. Senang cerita. Lagipun, saya jarang naik bas. Paling ye pun, naik bas no.12 pergi MidValley. Kalau tanya KTM, insya Allah masyi. J

Yang penting, its worth! Kalau nak tahu apa yang berlaku di sana, skodeng saja kat blog roommate beta, farahadlina. khususan post ini.

Yang penting, saya berharap rombongan macam ni berulang lagi.

Saje mencipta kenangan dengan mereka yang bakal ke Gombak, Afiqah ZUlkifli. Asyitah (Insya Allah) dan Atiyah. J dan yang lain-lain tu tak ketinggalan.

J

Terima kasih kerana banyak memberi semangat. J Memandang saja sudah memberi semangat. J Syukran jazilan. J

p/s : terkesan dengan doa Habib Munzir.



Pengajaran: Bila menghadiri majlis sebegini, mendekati golongan Habib, memang melonjak iman. Ramai orang yang memuji, suka, gembira dengan majlis-majlis sebegini. Tapi berapa ramai yang berusaha berubah untuk lebih dekat dengan Allah selepas menghadiri majlis sebegini? Katanya iman dah melonjak naik? Jangan hanya berkata-kata, tapi buktikan dengan kelakuan kita. Ditujukan buat diri sendiri. kebetulan tadi bercerita pada ibu, kegembiraan menghadiri majlis bersama Habib Munzir. Kata Ibu, jangan gembira semata-mata, buktikan dengan amal soleh dan cinta Allah yang semakin membara. Mari, buktikan! Kuatkan amal ibadah. Tak guna menangis sakan waktu Habib baca doa kalau balik UIA kita banyak buat benda lagha. Sama-sama muhasabah. 
Tinta budak blurr,

Bintu Kamarudin.

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Bunuh diri.

2 comments:

Terkejut den dengar cerita panas kat Kelantan.

Astaghfirullah. Moga-moga 'dia' bertaubat. tidak bertujuan mengaibkannya, cuma memberi iktibar kepada yang lain. 


JATUH TAPI SELAMAT... Anggota Bomba dan Penyelamat Kota Bharu serta Pengkalan Chepa cuba menyelamatkan seorang gadis yang dipercayai mahu membunuh diri dengan terjun dari tingkat atas bangunan Pusat Beli-Belah KB Mall, petang semalam. Bagaimanapun gadis berkenaan meronta-ronta menyebabkannya terjatuh. Namun dia selamat kerana terjatuh atas tilam. Haha. Apa nak jadi……???? – SMS yang saya terima dari seorang kenalan. Tersenyum membaca.



Risau melihat keadaan anak bangsa sekarang.



Didakwa, bunuh diri kerana cinta, frust katanya.



Ya Allah, aku mohon jauh daripada mencintai manusia melebihi cintaku padaMu. Jika ada cinta hambaMu untukku, maka hadirkanlah dengan sederhana. Moga-moga dengan cinta itu aku lebih mendekatiMu, dan sesekali tidak membelakangkanMu. Aku mohon, dengan cinta hamba, aku lebih mengenali cinta Al-Khaleeq. 


Apapun, muhasabah dunia akhir zaman. Apa tindakan kita?





p/s: KB Mall saya punya fevret shoping centre. Selalu spend masa dengan abang kakak adik kat sini bila holiday kat Kelantan. Dapatkan wallet, beg, kasut pun kat sini. Boleh kata kalau balik Kelantan mesti melawat KB Mall lah. Seram sejuk pula bila baca cerita pelik-pelik. Kat KB Mall ada medan selera, best sangat nasik goring ayam kat situ. J Selalu 'lepak' dengan kawan juga di medan selera. J
Insya allah,luse balik kelantan..




:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Sunday, March 27, 2011

Bila mahu istiqamah Berniqab?

6 comments:

kenangan tetratravelog Hospital Selayang.
Soalan yang seolah-olah sinis.

"Bila mahu istiqamah berniqab? On Off je. Suke suki dia je.."

Ya, anda prihatin.

"Bukan suka-suki. Mana ada suka-suki nak amalkan pemakaian sunnah zaujah Nabi ni."

"Jadi, kenapa sekejap pakai, sekejap tidak?"

"Mungkin pemakainya memakai purdah bila berada dalam keadaan yang boleh menimbulkan fitnah."

"Contoh? Apa keadaan yang boleh menimbulkan fitnah?"

"Contohnya bermusafir seorang diri. Might be rasa 'save' bila berpurdah. Atau dalam keadaan yang tertentu yang apabila ia dilihat di satu tempat tu, boleh menimbulkan fitnah. Terpulang pada pemakainya."

"Sedap lah macam tu. Rasa nak pakai, pakai. Rasa tak nak pakai, tak payah pakai!"

"Bukan macam tu. Sebelum kita judge mereka, lebih baik kita dalami ilmu tentang niqab ni terlebih dulu. Masing-masing ada pegangan masing-masing. Khilaf, perkara biasa."

"Apa alasan awak tak isitqamah dengan niqab?"

"Saya? Sebab ibu bapa berat hati. Bukan tak izinkan, mereka izinkan, tapi mereka berat hati. Jadi saya mengambil langkah menyempurnakankewajipan untuk taat kepada ibu bapa terlebih dulu, berbanding hukum yang saya pegang dalam pemakaian niqab adalah untuk lebih sempurna dalam menutup aurat. Jadi. Saya sempurnakan yang wajib terlebih dahulu, taat ibu bapa."

"Jadi sampai bila-bila awak takkan pakai niqab dengan istiqamah?"

"Tak semestinya. Ketaatan saya selepas ini adalah kepada suami saya. Jadi, kalau suami mengizinkan dengan perbincangan yang hikmah dan bersesuaian dengan waqi' dan ditimbang segala urusan, insya Allah, akan istiqamah."

"Begitu rupanya. Saya terlupa bahawa ketaatan seorang wanita bakal berpindah pada suami."

"Ya, itulah sebabnya kena pilih suami yang bagus-bagus."

"Dan si suami pun kena pilih isteri yang bagus-bagus jugak. Bukan semua orang faham hukum taat suami dan willing untuk taat pada suami, kan?"

"UWafiq miah bi miah. Saya rasa saya kena offline dulu. Saya mahu ke pengajian Habib Munzir. Saya harap penerangan saya tidak diambil terlalu rigid, rujuklah ustaz/ustazah lain terlebih dahulu, seperti yang saya katakana sebelum ni, saya bukan ustazah, ilmu agama pun tak banyak. Sekadar pandangan manusia biasa yang normal melakukan kesilapan."

"Habib Munzir? Apa tu?"

"Oh, try search kat google, taip namanya. Habib Munzir Fuad Al-Musawwa. Saya tak boleh lama, terpaksa minta diri, mereka sedang menunggu disana."

"Baiklah pemilik blog. Salam perkenalan dan terima kasih atas perkongsian."

"Wassalam."



Demikianlah perbualan dengan seorang hamba Allah yang tidak diketahui identitinya. Ber'chatting' menggunakan nama samarannya, HAMBA ALLAH dari chat box di blog ini. Terima kasih kerana sudi bertanya dan mengemukan persoalan. Terima kasih juga kerana selalu follow up blog ni. Syukran ala kulli khair. J

Saya tidak kenal siapa anda, tapi saya yakin, anda tidak berniat menjatuhkan saya atau mempermainkan saya. Saya jujur menjawab persoalan anda dengan harapan anda juga jujur dengan saya. Kalau anda kenal siapa saya pun, saya tak kisah. Its OK. [walaupun anda kata anda tak kenal.]

Maaf kalau pendapat saya tidak bagus. Ilmu saya masih kurang. Mohon penambahbaikan jika kurang.

Atau boleh rujuk disini jika mahukan penerangan yang lebih baek. [sini]


 

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Saturday, March 26, 2011

Kasihku merayu rindu..

6 comments:



5 tahun

"Kakak nak beskal yang mahal tu. Kakak nak beskal yang canggih, ada gear. Nak yang paling cantik.."

"Mana boleh… Kakak kecik lagi. Belum masanya lagi. Nanti dah besar nanti kita beli."

"Tak nak.. Tak nak. Kakak nak jugak basikal tu. Tak kira kakak nak jugak!"

"Tak boleh!!"

*Menangis Meraung* sambil berfikir dengan lebih rasional.





10 tahun

"Kakak rasa kakak nak belajar motosikal la ibu. Buleh tak?"

"Eh, kakak ni. Kaki pun tak jejak tanah lagi dah berani nak bawak motosikal?"

"Tak pe lah. Boleh tak Bu?"

"Mana boleh. Kakak pendek lagi, nanti kaki dah jejak tanah ibu suruh Abang ajarkan."

*Muncung sejengkal* sambil berusaha makan calcium banyak-banyak supaya cepat tinggi dan besar.



15 tahun

"Baba, kakak nak laptop yang macam abang tu boleh tak?"

"Nak buat apa?"

"Alaa, abang ada laptop, kakak nak jugak."

"Kakak nanti salah guna pulak. Lagipun bukannya kakak perlukan laptop lagi sekarang ni. Nanti kalau kakak perlukan laptop, baba belikan."

*Merajuk 2 hari* sambil berusaha belajar bersungguh-sungguh untuk ke menara gading dan mampu memiliki laptop seperti abang.



20 tahun

"Ba, Ibu, kakak nak kawen buleh dak? Teringin lah."

"Heh, calon takdak lagi, mana boleh kawen."

"Tak kira. Tak kira. Kakak nak kawen jugak!"

"Ibu kata tak boleh! Persediaan belum cukup pun lagi, calon tadak! Kalau tiba masanya nanti kami pasti izinkan kakak kawen!"

*Membawa diri* sambil memikirkan persediaan yang perlu dilakukan untuk melayakkan diri.



***


Ibu dan ayah cukup tahu akan keperluan anak-anaknya. Mereka tahu apakah anaknya sesuai dan padan dengan permintaannya. Jika tidak sesuai, mereka tangguhkan dulu. Bukan tandanya mereka tidak sayang, tapi mereka terlalu sayang. Takut anak-anak mereka terleka dengan nikmat dan segala kemudahan.

Kata Ibu, tidak mahu terlalu memanjakan anak. Begitulah Dia yang tidak mahu terlalu manjakan hambaNYA.
Begitulah Tuhan. Dia cukup mengenali hambaNya. Kadang-kadang apa yang hambaNya minta tidak terus ditunaikan. Bukan Dia tidak sayang pada hambaNya, malah terlalu sayang. DIa Cuma mahu melihat kesungguhan hambaNya. Keimanan hambaNya. Kemampuan hambaNya.

Begitulah Tuhan. Kasih sayang pada hambaNya tidak pernah kurang. Lebih-lebih lagi hambaNya yang beriman. Mungkin perlu lebih kesungguhan, dan usaha yang lebih berterusan. Bukan Tuhan tidak mahu memberi apa yang kita minta. Tuhan Cuma memberi apa yang kita perlu, bukan apa yang kita mahu.

Usah ragu pada kasih Tuhan. Ar Rahman dan Ar Rahim. Ya, Dia maha pengasih dan penyayang. Usah meraguinya. Mungkin ada silap kita. Mungkin kurang usaha kita. Mungkin belum tiba masa kita. Cuma, dalam hati perlu yakin, kelak pasti tiba masanya. Jika tidak didunia yang fana ini, pasti syurga kelak ada balasannya. Yang penting, jangan putus harapan pada TUhan. Dan berbaik sangkalah pada Dia.

Tuhan tahu apa yang kita perlu. Pandangan dan pengetahuan Tuhan tidak terbatas, sedangkan kita, memandang hanya apa yang ada di depan, tidak memandang apa yang bakal terjadi AKAN DATANG. Serahkan sebulat tawakkalmu padaNya, buktikan keimanan teguhmu buatNya.

Mungkin kita diuji dengan ujian kerana Tuhan tidak mahu jika leka dengan belaian nikmat berpanjangan. Mungkin Tuhan risau kita lalai andai diuji dengan nikmat berterusan. Maka dihantarnya sedikit ujian, agar hati ini sentiasa teguh berpegang pada tali Tuhan.
Alangkah indahnya sekeping hati yang diuji dan tidak henti-henti memuji Tuhan. Yang diuji dengan nikmat, bukan lalai dari mengingati Tuhan. Maka, bersyukurlah. Tuhan mahu munajat kita buatnya berpanjangan. Mengapa harus ada rasa sedih dengan ketentuan Tuhan? Sedangkan kita bertuah, Tuhan mahu menghapuskan dosa dan mengangkat martabat hamba. Usah risau, SYURGA ada menanti di sana.
Mohonlah pertolongan dengan solat dan sabar. Moga Allah permudahkan segala urusan kita. Tuhan, gandakan usaha kami, dan gandakan keimanan kami kepadaMu, moga kami menjadi hambaMu yang sentiasa terpilih, bukan saja terpilih didunia untuk menerima ujianMu, malah terpilih di akhirat untuk mendapat keredhaan dan syurgaMu.

Bangkitlah dari kekalahan yang sementara. Sesungguhnya, pasti ADA KEMENANGAN YANG TERTANGGUH buat kita. Usah rasa dukacita. Kita ada Pencipta yang adil dan saksama. Allahu Allah. J


p/s: Apa cerita sahabatku yang sudah mendiamkan diri tanpa berita. Moga-moga anda khair-khair saja disana. Dan ketemu bahagia yang dicari. Yang penting, kalau dah jumpa, jangan lupakan saya! J

mari kita kuat sama-sama.
J
J
J

Pegang erat tanganku, bawaku terbang bersamamu. J

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Najwa Anak Muhyiddin Yassin?

5 comments:
Najwa (yang tidak bertudung), kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. 
Bila disebut namanya, pasti ramai yang tidak begitu mengenali siapa sebenarnya Najwa, insan yang bersuara serak basah dalam industri muzik tanah air.

Penampilannya yang penuh sopan santun membuatkan ramai yang terpegun dengannya.

Walaupun menyedari dia anak kepada pemimpin nombor dua negara, Tan Sri Muhyiddin Yassin namun Najwa tetap dengan sifatnya yang selalu merendah diri terutama ketika pertama kali bersemuka dengannya.

Mula berjinak lebih kurang empat tahun lalu dalam bidang ini, Najwa dalam nada bersederhana memberitahu dia tidak begitu dikenali mungkin kerana tidak seperti artis lain yang selalu membuat persembahan di luar.

"Saya terlalu sibuk dengan pengajian saya, sekarang ini baru boleh bergiat aktif dan menunjukan bakat yang ada," ujarnya selepas sidang media Konsert Malam Nada Biru Bersama Najwa dan Yuna, di Bsync Production, Kuala Lumpur.

Najwa yang hadir bersendirian pada majlis tersebut memberitahu dia lebih senang dikenali sebagai artis biasa yang bermula daripada bawah dan tidak mahu menggunakan nama bapanya semata-mata untuk meraih publisiti dalam kariernya.

"Saya senang dengan cara sekarang, lagipun apa yang saya buat ini adalah berdasarkan minat saya sendiri. Rasanya tidak perlu untuk saya mengaitkan dengan sesiapa, cukup sekadar orang kenal saya sebagai Najwa," katanya sambil tersenyum.

Ditanya mengenai minatnya yang mendalam dalam bidang tersebut, dia sejujurnya memberitahu tidak mengikut bakat daripada sesiapa, tetapi mungkin lahir daripada dirinya sendiri kerana sejak kecil sudah terasuh dengan bidang itu kerana telah dihantar ke kelas piano dan muzik.

Artis menjadi pilihan hati walau jauh berbeza dengan profesion ayahnya.


"Saya sendiri yang memang berminat dengan bidang muzik, mungkin sudah terdidik sejak daripada kecil lagi.

"Keluarga saya tidak pernah menghalang saya menceburi bidang ini, mereka tetap menyokong dan memberi semangat kepada saya supaya melakukan yang terbaik," kata Najwa, 24.

Najwa yang meminati irama muzik jazz dan neo soul memberitahu tawaran yang diterimanya daripada Mujik Production yang mahukan dia bergandingan di konsert Malam Nada Biru Bersama Yuna itu diterimanya dengan sepenuh hati.

"Saya dapat panggilan daripada Atilia dan dia menawarkan saya untuk membuat persembahan di di konsert tersebut.

"Saya pernah menonton konsert tersebut pada tahun lepas yang menggandingkan Atilia dan Noryn Aziz. Daripada situ saya sudah menyimpan hasrat untuk berada di tempat mereka untuk membuat persembahan," katanya yang akan menyanyikan sembilan buah lagu ciptaannya sendiri semasa konsert tersebut.

Walaupun dilahirkan daripada keluarga politik, namun cintanya terhadap bidang muzik membuatkan Najwa nekad beralih arah daripada jurusan jurutera kepada bidang muzik.

"Dulu saya memang belajar bidang lain, tapi disebabkan minat yang mendalam, saya membuat keputusan untuk tukar bidang pengajian," katanya yang sedang mengikuti kursus di peringkat ijazah dalam bidang muzik di Kolej Antarabangsa Muzik (ICOM).

"Keluarga tidak pernah memaksa saya untuk mengikut jejak bapa yang jauh berbeza dengan bidang yang saya ceburi sekarang," katanya.

Selain menunjukan bakat yang dimilikinya, Najwa mengakui menyanyi, mencipta lirik serta mengubah lagu, adalah antara caranya mengekspresi diri.

Sementara itu, Najwa yang bakal melanjutkan baki pengajiannya dalam bidang muzik akan ke Boston selama dua tahun bagi mendapatkan ijazah dalam bidang tersebut.



rujukan : sini sini

dan boleh tonton gambarnya yang PELBAGAI disini

p/s: No comment lah... =(
:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Emel dari Encik Kamarudin.

8 comments:

Anda sedia maklum, Encik Kamarudin Ab Rahman adalah ayahandaku, namanya yang saya bawa ke mana-mana. Setiap kali diminta untuk taaruf, tidak ketinggalan nama ayahanda disebut, NURUL HUSNA KAMARUDIN. Tandanya, anakanda ini membawa restu ayah bonda kemana saja perginya dan apa saja yang anakanda lakukan Insya Allah.




Dengan itu, disini saya teruja untuk meletakkan balasan emel dari ayahanda. Ibarat kata, jawapan ayahanda bila anakandanya meminta kebenaran untuk berkahwin walaupun masih berstatus sebagai seorang pelajar, penuntut university, dan tentunya masih belum graduate. 


Mempunyai 4 anak yang masing bujang, belum berstatus sebagai suami/isteri. Dua lelaki dan dua perempuan.

Ayahanda seorang yang tegas, garang dan berdisiplin. Sejak kecil, kami adik-beradik sangat takut pada beliau, sampai sekarang pun takut lagi, tapi takut dengan cara yang berbeza. Ahhaa. Usianya makin meningkat, kesihatannya kian tergugat, tapi ayahanda masih sanggup mengirim amanat. Emel di hantar sebagai kata-kata wasiat dan pesanan buat sang anak.



Menitis airmata tatkala membaca amanat ayahanda di kotak emelku. Besar dan tinggi harapan ayahanda serta pengorbanan ayah bonda buat anakanda. Sejak dulu, ayahanda sering mengulang ayatnya,

"Pilihlah apa yang anak-anak mahu. Nanti kami berdua bakal mati, kalian yang bakal meneruskan hidup. Maka, pilih dan buat keputusan untuk kehidupan kalian, bukan untuk kami."

Disebabkan ayat ini, patik tidak 'terbang' mengambil jurusan medic seperti kehendaknya ayahanda. Tapi patik tetap tak memilih jurusan kegemaran patik, juga kerana ayah bonda. Patik memilih jalan tengah, yakni jalan yang telah Allah permudahkan buat patik, walaupun jalan ini kadang-kadang ada payahnya, tapi patik mohon moga ini jalan yang terbaek buat patik.



Melangkah dewasa, masuk university, pasti membuatkan ayah bonda senyum hingga ke pipi. Tapi menghampiri usia dewasa, ayah bonda mula takut kehilangan anakanda, takut dibawa pergi oleh anak teruna atau anak dara orang lain. Kataku buat ayahanda, "Perkahwinan tidak pernah merampas kami dari ayahanda dan bonda. Malah, perkhawinan ini kami mahu menambah bilangan anak ayah dan bonda. Usah risau, calon yang kami cari pasti boleh menjadi anak buat ayah bonda. Perkahwinan tidak memisahkan kita, malah ayahanda patut berbangga, anakanda membawa menantu yang Insya Allah istimewa."


Tak guna cakap panjang. Selamat membaca emel dari Encik Kamarudin. J



AMANAT

Sebagai insan yang sempurna zahir an batin tidak terlepas dari heiraki kehidupan sejati. Dari kelahiran Zahiriah kemudian dari kelahiran rohiniyah adalah berturutan…. Bermula dari bapa dan ibu… kemudian melahirkan… kemudian mengasuh….. kemudian mendidik…. Kemudian memberi pelajaran dan pendidikan…… kemudian mendapat pencapaian…. Berjaya… lulus….cemerlang…. gemilang….. dan terbilang……. Dari Peringkat desa, Bandar, jajahan, negeri, Negara dan dunia serta akhirat sehingga kebangkitan semula.



Pengisian kehidupan



a. bermula dari zaman bayi, kanak-kanak, pelajar, penuntut, siswa/siswi graduan/gradui, sarjana, phd. dan tiada lagi, tapi belajar itu masih perlu, dengan nama pengalaman.



b. Peringkat pertengahan-Ibu bapa memerah keringat, menurut keinginan sang anak. Diwaktu ini kedua-duanya tahan nafsu makan, pakai, bergaya dan menghadkan aktiviti mereka demi memperuntukan segala yang ada kepada anak tanggungannya dengan harapan tidak menghampakan hasrat anaknya. Adalah hanya mengharapkan anak mereka tidak terhina antara sesama rakan sebaya, anak orang lain ada, anak kita hendak juga dipenuhi maunya.



c. Pengharapan agar anaknya tidak terhina, dengan mengasuh, mendidik memberi pelajaran dan pengajaran setimpal bagi memenuhi cita-cita mereka. Inginkan anak-anaknya berkelulusan, berpendidikan dan Berjaya dalam mengejar zaman diabadnya, bukan saja DUNIA, tapi AKHIRAT.



d. Kepuasan ibu bapa ialah bila melihat anaknya berjaya dalam menjalani hidup, berkerjaya, berbahagia dan mampu dalam segala.



e. Berdikari dan bebas, setelah usia remaja diberi kebebasan memilih, mencari sesuatu yang lumrah yakni mencari pasangan hidup, kerjaya dan mencipta kebahagiaan dalam penghidupan. Harapan orang tuanya agar mendapat jodoh yang baik dan boleh menyumbang dalam membina sebuah rumahtangga yang bertamadun.



f. Ibu bapa merelakan memberi pelepasan kepada anaknya pergi ke pulau pengharapan bersama pilihannya, bagi mencorakkan kehidupannya yang tersendiri maka lepas bebaslah mereka mencorakkan suasana rumahtangga impian.



Bagaimanakah pengisian sebuah rumah tangga



a. Ilmu agama dan Berkerjaya



b. Mampu milik – rumah idaman – kenderaan terhajat, hartanah dll.



c. Mentadbir – rumah tangga – mertua – ibu bapa – anak-anak dan adik-adik.



d. Mendidik – bersefahaman – melayan suami - mangasuh anak-anak.



e. Kewajiban – kepada keluarga – bangsa – tanah air dunia dan akhirat



f. Cita-cita – diri – suami – anak-anak – keluarga juga.



g. Falsafah – diperlu dalam sebuah kehidupan yang berketerampilan.



Kami sebagai orang tua tidaklah berhajat menakluki kehidupan anak-anak, tiba masanya mereka membawa hala masing-masing (perahu diair, pendayung ditangan kemudilah sesempurna mungkin) Kami merestui pilihan – merestui bila tarikh menamatkan taraf anak dara (perkahwinan) diusia ini segalanya mungkin, itu atas kehendak sanubari sendiri, KAMI HANYA MENGIKUT… merestui asalkan tidak menghalang pengajian, hajat dan cita-cita.









p/s: yang nak kawennya bukan patik, tapi kakanda patik yang sedang menuntut ilmu kedoktoran di Indonesia. Moga-moga Allah permudahkan urusan kakak. Seperti mana patik mahu urusan patik dipermudahkan kelak. J

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Friday, March 25, 2011

Coret Jumaat

11 comments:

Bismillah. Hari Jumaat yang selalunya membawa keberkatan. Dalam hati, dipanjatkan jutaan doa, moga Allah mudahkan segala urusan. Semalam, bermunajat panjang di bawah bintang yang tiada di langit yang merah, tidak lama kemudian ditemani hujan yang tak berapa nak lebat, seolah mengerti perasaan orang yang sedang bermunajat. Hebat. J

Tidak terasa kedatangan hari Jumaat. Dengan UIA yang sunyi dan sepi. Tidak berminat untuk keluar melihat-lihat. Kuala Lumpur tentu masih sama seperti dulu. Mid Valley pasti masih sebising dulu, sama, tetap sama. Yang berubah, mungkin pengunjung yang mencorakkan keadaannya. Tapi keadaannya tetap sama, tidak ISLAMIK langsung, walaupun saya berada di sebuah Negara Islam. Ting!

Hati tidak tenang. Seolah diragut ketenangan dariNya, mungkin dek kerana terlalai dari mengingatiNya. Ibu menelefon memberikan semangat yang tidak pernah putus. Tapi yang pelik, bibir tetap senyum, hati tetap mahu gagah walau rasa payah. Ahha.

Cik Farah Adlina pula tidak disini. Awal-awal pagi lagi keluar ke KLIA menghantar ayahandanya ke Makkah bagi menunaikan Umrah.

"Ba, kakak nak pi umrah jugak, semua kawan kakak pi umrah dah."

"Ada rezeki nanti pergilah. Yang penting kakak kena betul-betul sihat. Bila-bila ada rezeki, Allah panggil jenguk baitullah, kita pergi nanti… Insya Allah.. Doa banyak-banyak.."

Tak sabar menjadi tetamu Allah. Cemburu dengan Wan Qurrotu Aini, Fathiah Radzi, Najah Solihah, Munirah Zulkifli, Afiqah Ibrahim, dan ramai lagi..

Bertuahnya mereka dipilih Allah. Entoh bila akan tiba waktuku, mohon doa padaNya, supaya sempat sebelum maut datang menjemput ruh daripada jasad bertemu Rabb. J

Teringin ke Seremban. Mahu. Ya, mahu. Tapi sayang, belum ada peluang. Best lah duduk di Seremban. Walaupun kos hidup agak mahal, tapi menarik. J Teringin nak ambil barang-barang keperluan yang masih di Seremban. Tak sanggup nak hidup koboi berminggu-minggu begini. Tapi takpe, minggu depan den nak balik Kelantan. J Insya Allah.

Semalam mendapat panggilan dari seseorang, bertanya tentang sirah Rasulllah sewaktu di Thaif. Tertanya-tanya, siapa pulak ni bertanya soalan begini melalui telefon bimbit. Berlainan jantina pulak tu. Apabila ditanya, katanya, "Kakak dah lupa pada adik LG kakak ye?" Subhanallah. Bukan terlupa, tapi tak sangka, masih diselidik dan dikaji apa yang pernah kami ceramahkan. Kagum dengan perasaan ingin tahu anda walaupun kami tak mampu memberi komitmen penuh pada kalian, LG MEDCY. J

Subhanallah. Terasa rindu dengan kesibukan lalu. Dulu, mana ada boring macam ni. Tak biasa rasanya nak jadi ulat buku yang hanya tenung buku 24 jam. Tak reti den. J


MERINDUI BERPENCAK BERSAMA KALIAN.
[ehem3, ber'bangga' menjadi trainer wanita tunggal. :P]

Jumaat, moga segala doaku dimakbulkan Tuhan, segala dosaku diampunkan Tuhan, segala kelemahanku digantikan kekuatan dari Tuhan. Ameen… J

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Serba kekurangan

12 comments:

Alhamdulillah. Bumi UIA kini kembali dipijak. Rumputnya masih hijau, tidak bertukar warna lagi. Bangunan KC masih koko, dan masih sama tinggi seperti dulu. Maksudnya, baru sekejap hamba bercuti, tapi terasa macam dah lama meninggalkan CFS. Almaklumlah, cuti yang sedikit ini dihabiskan di empat negeri. Alhamdulillah. Jauh perjalanan luas pengalaman. J

Mendiami tingkat tiga adalah pengalaman pertama, lebih-lebih lagi se mini tidak berpeluang 'mencatur' bilik sendiri. jika dulu, diberi hak istimewa memilih mana-mana bilik kegemaran. Maka, 511 menjadi pilihan. Kali ini tercampak ke 341. Alhamdulillah, bilik bernombor ganjil. J Tidak berapa minat kerana bangunan ini menghadap makmal. Kalau anda dimakmal, mungkin saya boleh melambai anda, terlalu dekat. Maka, penjagaan aurat perlu dititik beratkan. Tapi seperti biasa, Allah sentiasa memberi peluang, bilik semakin dekat dengan surau. Kalau dulu pun dekat juga, tapi kali ini lebih lebih dekat. Beberapa langkah saja, tinggal lagi u ntuk mengimarahkannya. Insya Allah.

Bumi UIA cukup sunyi. Tidak ada lagi muka-muka yang cukup dikenali. Adik-adik lebih mendominasi kali ini. Takpe, biasalah tu.

Indah dan seronoknya berada di UIA yang penuh cabaran dan dugaan kerana adanya kalian. Bila kalian tiada, sunyi dan sepi UIA, tidak terasa mahu bergegas pergi. Kalian ibarat pelangi yang muncul selepas hujan. Kadang-kadang kalian menjadi mentari, mengeringkan 'hujan' di hujung mata. Itulah kalian. Dan kini separuh dari kalian hilang dari pandangan mata. Moga doa kalian tidak henti-henti buat kami.
Tak selamanya kita bakal bersama. Perpisahan tetap bakal tiba, persoalannya Cuma bila, cepat atau lambat saja. Ya, PERPISAHAN. Pedih, tapi kerana ada perpisahanlah kita lebih menghargai apa yang ada. Percaya atau tidak? Cuba rasainya sendiri. J

Menginap di bilik yang serba kekurangan. Tanpa cadar. Wah, zuhud. Sesiapa yang ada cadar lebih dan baek hati, bolehlah kasi pinjamkan dulu. Belajar hidup dengan zuhud. Tanpa bantal. Dengan almari yang kosong dan serba-serbi tidak ada. Bekalan Cuma beberapa pasang baju kurung yang diulangbawa sejak 'melawat' masjid lagi. Itulah yang dibawa ke Johor. Itulah yang dibawa ke Seremban. Itulah juga yang bawa balik ke Kelantan. Koboi.

Ya, saya serba kekurangan. Kekurangan mereka yang pernah menjadikan hidup ini bermakna. Kekurangan kelengkapan dan sebagainya. Tapi kekurangan ini mengajar kita untuk bersyukur dengan apa yang kita ada. Ya, bersyukurlah.

Sejak akhir2 ni terlalu banyak perancangan hamba yg tidak sama dgn perancangan Dia. Kata Ibu, tak mengapa, itu tandanya Dia mengawasi kita. Kerana perancanganNya tentu jauh lebih baek dari perancangan kita kerana Dia yang Maha mengetahui segala yg ada di DEPAN. Sedangkan perancangan kita adalah TERBATAS. Tuhan, terima kasih atas 'batu' yang dihantar. Mungkin ini 'sedikit' berbanding dosa hamba padaNya. Allahu Allah..
Perancangan Allah terlalu baek. Tapi kadang-kadang saya yang terlupa untuk beriman dengan Qada' dan QadarNya. Ighfirli Ya Allah. J

Mungkin kita sedang terlupa sesuatu, iaitu BERIMAN pada Qada' dan Qadar Allah, samada BAEK atau BURUK. Usah mengeluh, tapi kuatlah tempuhi hari mendatang. Kita bukan calang-calang orang, tapi kita adalah PEJUANG yang BERIMAN dengan Qada' dan Qadar ketentuan Tuhan, samada membahagiakan atau mendukacitakan. Dan nasib kita tidak akan berubah, melaenkan kita berusaha mengubahnya. Mari usaha lagi!


Alhamdulillah, talaqi pertama shortsem telah bermula. Tapi muka-muka baru yang mewarnainya. Tidak ada lagi muka-muka lama yang familiar. Kekok pun ada. Tapi itulah namanya hidup kan? Silih berganti. Melihat selipar-selipar yang sudah tidak dikenali. Menanti wajah lama muncul kembali, tapi itu mungkin hanya fantasi. Ya, masih terbayang kehadiran entum semua disisi. Takpe, mungkin kita bakal bertemu di tempat yang lebih menarik. Allahu Allah. Manisnya ukhuwwah lebih terasa selepas perpisahan ini. Ya, terlalu mengingati entum semua dan berharap entum ada disini. J Datanglah. Warnai hari-hari kami. J



Ya, maafkan saya Ibu, saya tak mampu menjadi anak yang terbaek. Tak mampu memenuhi semua harapan Ibu. Walaupun saya tahu Ibu tak pernah mengeluh dan sesal pada saya, tapi saya sentiasa merasakan saya masih belum cukup baek sebagai seorang anak. Mungkin ada cara lain untuk saya membahagiakan Ibu. Beri saya peluang. Saya mahu menjadi anak yang terbaek.

P/s: Kakak dah nak kawen. Abang pun. L Sedih. Tapi gembira jugak. Yang penting, live with. Not only love with. Ok, Abang Kakak, wish u all the best ya! J



Doakan disini semua khair-khair saja. Ameen….

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Thursday, March 24, 2011

SPM: Tahniah SMKA Lati dan keseluruhannya Kelantan.

2 comments:

SPM: Kelantan catat keputusan terbaik dalam tempoh 7 tahun

23/03/2011 2:30pm



Oleh RAHANA MOHD DAHARI

KOTA BHARU 23 Mac - Kelantan mencatat keputusan terbaik dalam tempoh tujuh tahun pada peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010 yang diumumkan hari ini dengan Gred Purata Negeri (GPN) mengatasi peringkat nasional iaitu 5.15 berbanding 5.19.

Pengarah Pelajaran negeri, Hussain Awang berkata, sebanyak 93.73 peratus daripada 35,594 calon yang menduduki peperiksaan itu layak mendapat sijil, berbanding 91.2 peratus di peringkat nasional.

Beliau berkata, seramai 278 calon mendapat keputusan cemerlang dengan enam orang memperoleh semua A bagi setiap mata pelajaran yang diambil.

Katanya, enam calon cemerlang itu ialah Faiz Ziad Zainuddin dan Liew Hong Kheng kedua-duanya dari Maktab Sultan Ismail, Kota Bharu yang memperoleh 10A ; Song Chai Lin dari Sekolah Menengah Kebangsaan (C) Chung Hwa, Kota Bharu juga 10A .

Turut memperoleh keputusan cemerlang ialah Muhamad Izzat Syameer Mohd. Zaid dari Sekolah Menengah Agama Lati, Pasir Mas (11A );

Imran Ariffin dari  
Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kubang Bemban, Pasir Mas dan Salina A/P Sangguan (10A ) dari SMK Sultan Ibrahim (1), Pasir Mas, masing-masing 10A .

"Pada tahun ini terdapat 59 buah sekolah mengatasi peratus calon yang layak mendapat sijil peringkat negeri dengan 22 sekolah mencapai kelulusan 100 peratus berbanding 18 buah sekolah tahun lalu," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar mengumumkan keputusan peperiksaan SPM 2010 di Jabatan Pelajaran Negeri di sini, hari ini. – Utusan



p/s: Walaupun banyak silap dalam utusan ni, saya totap bangga ada junior saya, junior debat dan pidato saya.Dah la Izzat Syameer cemerlang dalam Ko-kurikulum, pidatonya sampai peringkat kebangsaan setiap tahun, hebat pula dalam akademik. Sejak tingkatan 1, beliau sentiasa skor semua A untuk semua subjek. Subhanallah. Beliau pernah ikut pertukaran pelajar ke Barcelona. [ye ke, tak ingat exact venue]. Tapi bagi saya, beliau memang permata emas sekolah. Tahniah Izzat. Moga Izzat cemerlang syakhsi. Dan terus cemerlang dunia dan akhirat. Dan ucapan tahniah buat Athirah Ariffin atas kecemerlangan adiknya. Mana tidak tumpah kuah kalau tidak ke nasinya, ye tak Tirah? Tahniah Imran Ariffin, teruskan usaha menjadi huffaz teknokrat. [lama tak sebut perkataan ni] J Moga kecemerlangan ummat Islam meneraju kemajuan Ummat sejagat. J

Ni baru sekolah kerajaan, tak diumumkan pulak sekolah agama rakyat. J Macamana keputusan Maahad Muhammadi Perempuan? Maahad Muhammadi Lelaki? Maahad Tahfiz Pulai Chondong? Semoga sukses semuanya. J
Kejayaan di resit SPM adalah satu tiket untuk anda menjejakkan kaki ke Menara Gading impian anda, tapi jangan leka dan lalai bila sudah berada di UNIVERSITI. Sesungguhnya, lebih banyak rintangan di situ. Anda mesti lebih Berjaya di UNIVERSITI. 
Tahniah SMKA Lati, kecemerlangan anda tidak diragui. Teruskan mencoret kejayaan. J

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Monday, March 21, 2011

2 tahun usianya. =)

4 comments:

Alhamdulillah.



Sudah dua tahun laman sesawang husnabaek.blogpspot.com
menemani tuannya. Menjadi kanvas buat tuannya menulis suka duka sepanjang jalan kehidupan.

Ya, terlalu setia. Lihat post pertama yang dikeluarkan. Sungguh kebudak-budakkan. [link]

Sempena dua tahun usianya, moleklah untuk saya muhasabah semua penulisan saya.

Dari Mac 2009, tulisan yang kebudak-budakkan. Menceritakan banyak hal yang berkaetan diri sendiri. biasalah. Budak-budak lagi. Tak ada idea nak menulis tentang isu apa.

Mac 2010. Alhamdulillah. Sedikit matang. Ada perubahan yang baek.

Dan kini, Mac 2011, saya mahu menjadi lebih matang.

Sesekali apabila hati terasa down, dan memerlukan kekuatan, saya membuka lipatan silam. Melihat kembali contengan kanvas kehidupan.

Ada yang membuatkan saya tersenyum. "Wah, kuatnya aku!"

Dan ada juga yang membuatkan saya rasa menyesal. "Eh, kenapa aku buat macam ni.."

Terlalu macam-macam.

Semakin lama blog ini mula mendapat tempat di hati pembaca. [bukan pujian, sekadar menyedapkan hati sendiri].

Dan membuatkan saya semakin giat mencari idea untuk menulis dengan lebih baek dan menarik.

Meskipun kadang-kadang ditohmah dengan pelbagai tuduhan dan kejian, takpe. Diri ini mahu tetap gagah menulis.

Kata seorang teman, "Bagus Husna kau tulis blog. Umur kau mungkin tak panjang. Nanti kalau kau mati, orang dok baca blog kau. Nanti kau terus-terusan dapat pahala. Dengan syarat, kau tulis benda baek-baek. Nanti kau dalam kubur ramai-ramai sedeqah AlFatihah kat kau."

Ya, ayatnya kasar. Tapi memberi makna yang mendalam. Mati. Tak kiralah bila, tentu mati jugak. Tak kiralah bagaimana, tentu mati jugak. Maka, inilah jihad pena saya. Amal jariah saya.

Facebook menjadi medium utama mempromosikan BLOG disampin medium dakwah yang utama. 

Bila saya memberi ceramah, ceramah saya mungkin dilupakan, kalau ingat pun depa ingat part yang lawak-lawak je.

Kalau menulis, penulisannya sedia ada untuk dirujuk semula. Ya, jihad pena. Inilah jihad pena saya.

Mungkin jihad pena ini tidak sehebat penulisan-penulisan anda. Takpe, saya totap berpuas hati dan berusaha untuk mempertingkatkan kualiti saya dalam bidang penulisan.

Sejak dari sekolah, karangan saya memang menjadi buah mulut cikgu Bahasa Melayu. Menarik kata beliau. Dan saya pernah memasuki pertandingan Menulis Peringkat Negeri. Tapi tewas disitu, sekadar membawa pulang trofi Saguhati. Teringat kata-kata Cikgu Bahasa Melayu saya, merangkap Ayah Angkat saya yang juga merangkap Cikgu Latih Debat dan Pidato saya, "Anda berbakat untuk menulis, Cuma, anda perlu ada isu untuk diulas. Jadi, nak isu tu, anda perlu banyak membaca, mengkaji dan mengambil tahu. Jangan cakap kosong. Ayat anda bunga-bunga takpe, yang penting berisi mantap."

Ya, kata-kata cikgu saya tulis di kulit buku karangan saya. Sampai sekarang ada dalam almari. Mendalam maksudnya. Mungkin suatu hari nanti kalau saya berpeluang, saya mahu menjadi penulis. Dan kalau saya mati, tulisan saya menjadi amal jariah. Wah, menarik!

Heh, merepek. Terima kasih kerana sudi baca sampai habis bicara budak tak cukup umur dengan impian labu-labinya ni. J



Dua tahun bukan satu jangka masa yang lama. Sekejap saja. Jika dibaca semula post-post lama, terasa baru semalam kenangan itu berlaku. Tapi rupanya sudah dua tahun masa berlalu.
Tulis-tulis blog ni bukan saja-saja. Tentu ada agenda yang nak kita bawa.Kadang-kadang mungkin saya tersimpang dari jalan kebenaran, bantulah saya untuk tsabat menulis kerana agama. Kadang-kadang mencoret banyak perasaan pada dinding blog, mungkin saya terlupa memberi ibrah pada para pembaca. Mungkin saya terlupa, perkataan yang saya mahu ukir adalah perkataan dakwah. Setiap patah perkataannya, saya mahu  menjadikannya perkataan dakwah. Moga-moga jadi amal jariah kelak. Umur saya tidak panjang. 
Ada orang tu kata beliau planning nak kawen dua tahun lagi, maka dua tahun dah tak lama. Bukan kena gembira, tapi perlu risau tentang persediaan dan kesediaan untuk berumahtangga. Selamat bersedia semua! J


p/s: kalau ada kesilapan saya, mohon ringankanlah mulut untuk menegur saya. Jika banyak keterlanjuran saya, rajinkanlah hati memujuk saya. Pegang erat tanganku, bawaku terbang bersamamu.

TERIMA KASIH FOLLOWERS!
Biar Allah menjadi saksi.

Yeah. Moga anda bersabar membaca blog yang tahapehape. J



Tinta Budak Kecik Berjiwa BESAR,
Husnataqwa.

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Sunday, March 20, 2011

Cik Kasut =)

6 comments:

Say NO! to high heels.
"Sekarang sila cek dalam almari kasut anda, berapa pasangkah kasut milik anda? Jika lebih dari tiga pasang, anda patut muhasabah diri." Kata-kata seorang Ustaz zaman saya bersekolah masih terngiang-ngiang.

"Ustaz, saya ada kasut sukan satu, kasut pergi pasar satu, kasut jalan jauh satu. Macamana tu? Functionnya lain-lain Ustaz.." Seorang sahabat menyahut. Wajahnya cukup menandakan beliau tidak berpuas hati. Saya tersenyum saja.

"Maksud Ustaz, kasut sukan tu tak termasuk. Kalau kamu nak pergi restoran, kamu terpaksa memilih daripada 3 jenis kasut kamu. Ha, itulah masalahnya. Maksudnya, kamu ada banyak kasut untuk dipakai." Terang Ustaz.

"Kenapa kita tak boleh ada kasut banyak-banyak? Kita tak dikira membazir kan Ustaz?" Sahut seorang sahabat lain pula.

"Tidak salah punya banyak kasut. Ustaz cuma minta kita bermuhasabah. Ustaz tak marah dan ia tak menjadi kesalahan sekalipun. Cuma, kata Ustaz, muhasabahlah. Kita ada tiga pasang kasut, semuanya cantik-cantik belaka. Bagaimana nasib orang yang tak macam kita? Nak beli satu kasut pun susah." Terang Ustaz panjang lebar. Saya sedang asyik bermain Rubik Cube waktu itu. Teringat lagi bunyi kipas lama di siling kelas berpintu hijau itu.

"Husna, awak main apa tu? Awak ada berapa pasang kasut?" Seperti saya sangka, mesti Ustaz tegur. Mungkin respons saya yang tidak menarik.

"Satu je Ustaz. Kasut sekolah ni je saya pakai pergi mana-mana." Jawab saya, bersahaja. Tidak bermaksud langsung untuk membuat mereka ketawa. Tapi sayang, ketawa dalam kelas itu pecah berderai. Tenggelam bunyi kipas lama yang dari tadi mendapat perhatian. Alamak, salah ke jawapan aku?

Saya lihat Ustaz menggeleng kepala. Dan Ustaz masuk ke bab Tabarruj yang keseterusnya. Saya menyiku rakan di sebelah.

"Heh, kenapa korang gelakkan aku?" tanya saya, innocent.

"Ada ke patut kau guna kasut sekolah pergi jalan-jalan.. Haha." Terang sahabat sebelah saya. Saya berfikir, kenapa? Salah ke? Saya memandang kasut saya di bawah. Apa salahnya kasut hitam bertali ini? Terlalu lawakkah untuk memakainya ke Billion? Atau ke The Store? Tak boleh kah kasut seperti ini memasuki KB Mall? Apa salah saya? Sampai sekarang saya tak tahu.

rupa hampir sama dengan kasut saya sekarang.

***
 
"Ibu, saya nak beli kasut baru lah. Kasut ni dah tak best nak bawak pergi kuliah. Lagipun jalan nak pergi kuliah tu jalan tar. Kadang-kadang kena naik bukit." Adu saya.

"Ajak abang lah pergi cari kasut. Kakak cari kasut bukan sekejap. Tak larat ibu nak jalan." Jawab ibu.

"Alaa. Nak tunggu abang balik tak tahu bila. Abang tu bukan mudah nak dapat cuti. Kalau cuti pun hari Jumaat. Kedai tutup pulak. Nak solat Jumaat lagi." Terang saya. Alasan. J

"Yelah. Nanti lepas Zohor kita pergi KB Mall." Kata Ibu,mengalah akhirnya.

Selepas Solat Zohor kami ke KB Mall. Ibu bersabar melayan karenah saya. Satu persatu kedai kasut di KB Mall kami terjah. Tapi banyak juga alasan yang saya beri. Susah nak jumpa kasut yang menepati cirri-ciri yang saya suka.

  1. Bertapak getah. Untuk menyelesakan pergerakan. Bila naik bukit, kaki jadi gagah. Tak mudah rosak.
  2. Tak tinggi, tak rendah. Kasut bertapak tinggi menyukarkan pergerakan. Dah berapa kali rebah sebab berangan sangat nak pakai kasut tinggi. Kalau terlalu rendah susah nak jalan kalau ada air, nanti stoking basah.
  3. Tak mengeluarkan bunyi. Bila jalan pakai kasut tu, tak ada bunyi yang boleh menarik perhatian orang. Mana boleh pakai kasut ada bunyi, ingat ni baby ke nak pakai kasut yang bunyi-bunyi tu? Ahha. Bila hilang senang nak cari.
  4. Kasut tertutup penuh. Tak nak tutup separuh. Nanti stoking mudah kotor. Nak buat solat susah. Lebih selesa kasut tutup penuh.
  5. Mesti lembut dan tak keras (sama lah tu) sebab nak mengelakkan tumit kaki pecah-pecah bila banyak berjalan. Dah tahu kita tu jenis kuat berjalan, ha, pandai-pandailah pilih kasut yang selesa bila berjalan jauh. Ini tidak, jalan sikit dah lenguh, pastu tapak kaki habis melecet.
  6. Tak perlu kasut yang terlalu fancy dan menarik perhatian. Orang pakai kasut nak sembunyikan kaki. Pastu kalau pakai kasut lawa sangat habis semua orang tengok kasut kita. Apa barang?
  7. Kasut yang Nampak kukuh dan tahan lama. Kadang-kadang nak pergi campinglah, nak jalan jauhlah, kena pilih kasut yang kukuh. Kalau Nampak kasut tu macam 'manja' awal-awal jangan pilih, nanti penat asyik nak kena beli kasut baru. Jangan takut untuk spend banyak sikit untuk membeli kasut. Anda tak rugi. Keselesaan dan kesihatan kaki anda perlu dijaga. Kalau beli kasut murah sangat nanti mudah rosak dan postur kaki pun tak elok nanti.
Cerewat bukan? Dan round-round satu KB Mall. Siap berhenti makan lagi di Medan Selera. Pekena Nasik Air dan Mee Sizzling. Akhirnya Ibu warning, kalau tak dapat jugak kasut, kita balik. Pakai je kasut buruk tu. Ahha.

Maka, saya terpaksa mencari mana-mana kasut yang sesuai. Kalau tak, takkan nak pakai crocs Pasar Malam yang kena Fire Extinguisher tuh lagi. Oh, tidak!


Maka, akhirnya Red Modani menjadi pilihan.
 Kasut berwarna biru itu akhirnya dibeli. Cantik. Selesa. Yang penting, tak mengeluarkan bunyi bila berjalan. Tapi masih tak cukup criteria. Bila jalan jauh sedikit sakit tapak kaki,mungkin disebabkan tapak getahnya yang semakin menipis. Apapun, ia memuaskan hati. Tambah-tambah bila ramai yang puji.

Bila cakap soal kasut ni, kita kena ingat, pilih kasut jangan hanya mementingkan gaya semata-mata. Anda boleh untuk bergaya, tapi jangan sampai melampaui batas agama. Kadang-kadang saya sedih melihat sahabat-sahabat perempuan saya memakai kasut berbunyi kelentang-kelentung bila berjalan. Saya pun tak sanggup nak tengok. Belum lagi kasut yang macam-macam riben dan manik yang terlalu menarik perhatian. Boleh, tak salah. Tapi jangan keterlaluan. Biar bersederhana dalam berpakaian. 
Yang penting bila pakai kasut tu, jangan sesekali berniat nak menarik perhatian yang berlainan jantina.

Bila orang tanya, kenapa pakai kasut? Katakan pada hati, nak lindungi kaki. Itu saja. Cukup untuk membuatkan kita pandai memeilih kasut yang sesuai. Jangan beli kasut semata-mata lawa dan nak Nampak cantik. Bukan tak boleh Nampak cantik, boleh. Tapi seperti kata saya, biar berpada-pada dan pentingkan juga aspek lain seperti keselesaaan dan kesihatan kaki anda.

Saya tidak cemburu melihat anda memakai kasut yang jauh lebih cantik dari saya,mungkin jauh lebih mahal. Tidak cemburu sama sekali. Saya Cuma mahu berkongsi pendapat dan mengajak kita sama-sama berfikir. 
Islam tidak pernah melarang kita bercantik-cantik. Suka melihat orang yang cantik. Pakai melawa je selalu. Tapi jangan lupa, yang dinilai Allah dan orang beriman tetap apa yang ada dalam hati. Bukan apa yang kita Nampak pada luaran. Hanya permata yang boleh menilai permata. Dan kaca, hanya dinilai oleh kaca. 
Jangan pula anda semua tidak endahkan langsung penampilan anda. Mana boleh. Kita mesti berpenampilan menarik, sesuai dengan ajaran Islam. Tapi menarik dan melawa itu berbeza. Kemas dan tabarruj itu juga berbeza. Nilailah dengan iman, usah dinilai dengan nafsu yang sentiasa mengajak kearah keburukan.

Boleh melawa, yang penting, jangan berlebih-lebihan. Yang lagi penting, jangan utamakan kecantikan luaran sehingga terlupa menjaga kecantikan dalaman. Wajah dan penampilan yang cantik tidak menjamin apa-apa, tapi hati yang cantik dan dalaman yang menarik, nilaiannya pasti tinggi disisi Allah Taala. J



Ilalliqa. Sehingga ketemu lagi.

Tinta Anak Kampung,

Husnakamarudin.

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.